The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

GARIS PANDUAN PROJEK PERNIAGAAN

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by arbkvsp2, 2020-11-01 02:52:08

DBF 4044 PROJEK PERNIAGAAN

GARIS PANDUAN PROJEK PERNIAGAAN

BAHAGIAN PENDIDIKAN DAN LATIHAN TEKNIKAL VOKASIONAL

i

BAHAGIAN PENDIDIKAN DAN LATIHAN TEKNIKAL VOKASIONAL

1.0 ISI KANDUNGAN MUKA
2.0 JAWATANKUASA PANEL SURAT
3.0 KATA ALUAN
4.0 PENDAHULUAN iii
5.0 PENGENALAN iv
TEMPOH PELAKSANAAN v
6.0 CARTA ALIR PROSES PELAKSANAAN PROJEK PERNIAGAAN 1
PEMILIHAN PROJEK 1
7.0 PENYEDIAAN RANCANGAN PERNIAGAAN 2
5.1 Kandungan Rancangan Perniagaan 3
8.0 5.2 Format Rancangan Perniagaan 4
5.3 Format Kulit Depan Rancangan Perniagaan 4
9.0 LAPORAN AKTIVITI PROJEK PERNIAGAAN 9
10.0 6.1 Arahan Penulisan Aktiviti 10
6.2 Maklumat yang Perlu dimasukkan ke Dalam Laporan Aktiviti Projek 10
10
Pelajar
PEMBENTANGAN LAPORAN AKHIR PROJEK PERNIAGAAN 10
7.1 Kandungan Pembentangan
7.2 Format Pembentangan 11
7.3 Masa Pembentangan 11
12
12

PENYEDIAAN PENULISAN LAPORAN AKHIR PROJEK 13
PERNIAGAAN 13
8.1 Susunan dan Kandungan 16
16
8.2 Format Penulisan Laporan 16

8.3 Format Kulit Depan Laporan

PENUTUP

LAMPIRAN

ii

BAHAGIAN PENDIDIKAN DAN LATIHAN TEKNIKAL VOKASIONAL

JAWATANKUASA PANEL

Penasihat

Dato’ Haidzir bin Hussin

Kluster Pembangunan Kurikulum dan Program TVET

Pengerusi
Tn. Hj. Fauzi bin Abdullah
Ketua Penolong Pengarah Kanan
Sektor Kurikulum TVET

Timbalan Pengerusi
Pn. Hafidzah binti Omar
Ketua Penolong Pengarah
Unit Jaminan Kualiti dan Pengiktirafan Program SVM/DVM

Pengurus Projek
Ts. Rosman bin Bahri
Penolong Pengarah
Unit Jaminan Kualiti dan Pengiktirafan Program SVM/DVM

Setiausaha
Pn. Anita binti Hashim
Penolong Pengarah
Unit Jaminan Kualiti dan Pengiktirafan Program SVM/DVM

Ahli-ahli Panel
1. Prof. Madya Dr. Suhaily Binti Mohd Ramly (Penasihat)

(Kolej Universiti Poly-Tech MARA, Kuala Lumpur)
2. Abdul Rahman Bin Budin (KV Sungai Petani 2)
3. Marina Bt Rahman (KV Sultan Ahmad Shah)
4. Oh Zi Jian (KV Batu Lanchang)
5. Mohd Azmi Bin Zakaria (KV Kuala Kangsar)
6. Syaiffudin Bin Mohamad (KV Port Dickson)
7. Siti Khadijah Binti Ahmad Ramli (KV Port Dickson)
8. Mohd Tajuddin Bin Mohamad Salleh (KV Kajang)
9. Mustapa Bin Hj Kamar (KV Sultan Ahmad Shah)
10. Nor Aliza Binti Mohd Ridwan (KV Sultan Abdul Samad)
11. Yogeswary A/P Mogana Sondaran (KV Kluang)
12. Chin Hwei Chin (KV Butterworth)

iii

BAHAGIAN PENDIDIKAN DAN LATIHAN TEKNIKAL VOKASIONAL

KATA ALUAN

Terlebih dahulu marilah kita panjatkan kesyukuran ke hadrat Allah S.W.T serta

selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad S.A.W atas kesempatan untuk
menyediakan Garis Panduan Projek Perniagaan bagi membantu membangunkan
modal insan negara yang berdaya saing dengan negara maju di dunia serta berupaya
melahirkan generasi muda yang berpengetahuan, mampu berfikir secara kritis dan
kreatif, mempunyai kemahiran kepimpinan yang mantap dan berupaya berkomunikasi
dengan berkesan pada peringkat global.

Dalam usaha mencapai aspirasi yang tinggi dalam persekitaran persaingan global
yang semakin sengit, tidak dinafikan bahawa proses pelaksanaan pembelajaran dan
pengajaran memerlukan pendekatan yang strategi baharu agar setiap pelajar mampu
memiliki dan menguasai kemahiran yang diperlukan dalam abad ke-21. Pelaksanaan
projek berfungsi sebagai titik tumpuan yang kemuncak bagi menggalakkan pelajar
mengaitkan pengetahuan, kemahiran dan kebolehan mereka sepanjang berada di
kolej vokasional seperti yang digariskan dalam Kerangka Kelayakan Malaysia. Situasi
ini menggambarkan bahawa pelajar perlu menguasai hasil pembelajaran sebelum
mereka bergraduat.

Sehubungan dengan itu, Bahagian Pendidikan Dan Latihan Teknikal Vokasional
(BPLTV) telah mengambil langkah proaktif dengan menyediakan Garis Panduan
Projek Perniagaan bagi kegunaan pelajar dengan mengambil kira pelaksanaan
pembelajaran dan pengajaran terdahulu.

Dalam konteks ini, diharap garis panduan ini dapat membantu pelajar dan warga Kolej
Vokasional dalam penyediaan Projek Perniagaan serta mencapai hasil pembelajaran
yang dikehendaki. Setinggi-tinggi tahniah kepada semua pihak yang telah berusaha
dengan gigih untuk menghasilkan garis panduan ini.

Saya berharap garis panduan yang disediakan untuk Program Diploma Pengurusan
Perniagaan ini dapat memenuhi keperluan dan objektif projek perniagaan bagi
melahirkan pelajar yang berdaya saing dalam bidang keusahawanan.

DATO’ HAIDZIR BIN HUSSIN
Timbalan Pengarah Kanan
Kluster Pembangunan Kurikulum Dan Program TVET
Bahagian Pendidikan Dan Latihan Teknikal Vokasional
Kementerian Pendidikan Malaysia

iv

BAHAGIAN PENDIDIKAN DAN LATIHAN TEKNIKAL VOKASIONAL

PENDAHULUAN
NAMA DAN TARIKH BERKUATKUASA
Dokumen ini dinamakan GARIS PANDUAN PROJEK PERNIAGAAN. Garis panduan
ini diwujudkan di bawah amalan dan bidang kuasa Bahagian Pendidikan Latihan
dan Teknikal Vokasional bagi pelaksanaan Struktur Diploma Pengurusan Perniagaan
Kolej Vokasional, Kementerian Pendidikan Malaysia yang berkuatkuasa pada tarikh
1 Januari 2019.
TUJUAN
Garis panduan ini disediakan bagi membantu semua pelajar di bawah Kolej Vokasional
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang melaksanakan Program Diploma
Pengurusan Perniagaan dalam menjalankan projek perniagaan.
HASIL PEMBELAJARAN

CLO1 Membangunkan rancangan perniagaan untuk projek perniagaan.
(C3,PLO1)

CLO2 Melaporkan aktiviti perniagaan melalui pembentangan dan laporan
bertulis (A2,PLO5)

CLO3 Melakukan analisa pelaksanaan projek perniagaan berdasarkan garis
panduan yang diberikan. (A3,PLO8)

v

BAHAGIAN PENDIDIKAN DAN LATIHAN TEKNIKAL VOKASIONAL

1.0 PENGENALAN

Projek perniagaan merupakan kursus teras dalam program Diploma
Pengurusan Perniagaan yang perlu dilaksanakan pada semester 4.
Pelaksanaan Projek Perniagaan bagi pelajar Diploma Pengurusan Perniagaan
Kolej Vokasional Malaysia adalah bertujuan menguji dan menilai kemahiran
pelajar dalam mengaplikasikan kemahiran yang telah dipelajari sepanjang
tempoh pengajian dua (2) tahun peringkat diploma.

Sepanjang pelaksanaan, pelajar dibimbing oleh pensyarah yang berperanan
sebagai penyelia bagi memantau dan membantu perjalanan projek tersebut.
Penyelia juga bertanggungjawab dalam memastikan projek perniagaan dapat
disempurnakan dalam masa dan format yang ditetapkan.

2.0 TEMPOH PELAKSANAAN

Tempoh pelaksanaan projek perniagaan adalah selama 14 minggu dalam
semester 4 dengan peruntukan 6 jam pertemuan (4 kredit). Setiap projek
perniagaan yang hendak dibangunkan boleh dilaksanakan secara berkumpulan
(tidak melebihi 4 orang pelajar) mengikut bentuk projek yang hendak
dijalankan. Skop tugasan bagi setiap ahli hendaklah dinyatakan dengan jelas.
Sepanjang pelaksanaan projek perniagaan, pelajar sekurang-kurangnya perlu
membuat tiga (3) kali pertemuan bersama penyelia.

1

BAHAGIAN PENDIDIKAN DAN LATIHAN TEKNIKAL VOKASIONAL

3.0 CARTA ALIR PROSES PELAKSANAAN PROJEK PERNIAGAAN

PROSES PELAKSANAAN PROJEK PERNIAGAAN
MULA

Taklimat Projek Perniagaan Penyelia

Pemilihan Tajuk Projek Perniagaan Pelajar dan
Penyediaan Rancangan Perniagaan Penyelia

Pelajar

Pembetulan Tidak Penyelia

Diterima?

Aktiviti Projek Perniagaan Pelajar
Pelajar
Laporan Aktiviti
Projek Perniagaan

Pembentangan Laporan dan Penulisan Pelajar dan
Laporan Akhir Projek Perniagaan Penyelia

Y

TAMAT

2

BAHAGIAN PENDIDIKAN DAN LATIHAN TEKNIKAL VOKASIONAL

4.0 PEMILIHAN PROJEK

Pemilihan projek berdasarkan kepada produk fizikal atau perkhidmatan atau
trading yang mempunyai ciri-ciri inovasi dan memberikan impak serta
mempunyai nilai komersial atau aspek keusahawanan. Projek yang boleh
diaplikasi mengikut keperluan industri dan komuniti amat digalakkan.

Perkara-perkara berikut boleh dijadikan panduan untuk membantu pelajar
membuat pemilihan projek:
• Penyelia digalakkan menetapkan tema / tajuk / kategori bagi membantu

pelajar menjana idea dan menentukan projek yang bakal dilaksanakan.
Cara pelaksanaan projek perniagaan dicadangkan seperti berikut:
i) Urus niaga secara online;
ii) Tapak atau kiosk; atau
iii) Gabungan mana-mana dua di atas.
• Pembangunan projek perniagaan perlulah dicadang dan dilaksanakan
mengikut perancangan rancangan perniagaan yang telah disediakan.
• Semua projek perniagaan yang dibangunkan mestilah berpandukan
keperluan kolej atau industri (industry driven) dan boleh dikomersialkan jika
sesuai.
• Projek perniagaan juga boleh mempunyai nilai-nilai ‘future upgrade’ yang
boleh dibuat penambahsuaian atau penambahbaikan bagi meningkatkan
kualiti projek tersebut pada masa akan datang.
• Projek perniagaan harus direka dengan mengambil kira perkembangan
teknologi terkini seperti teknologi hijau, inovasi, penjimatan tenaga,
pemasangan mudah, mudah alih, kitar semula, ergonomik, Internet of
Things (IoT), Industrial Revolution 4.0 (IR 4.0) dan lain-lain.
• Ciri-ciri Project Base Education (PBE) dan School Enterprise (SE)
hendaklah diterapkan mengikut kesesuaian projek.

3

BAHAGIAN PENDIDIKAN DAN LATIHAN TEKNIKAL VOKASIONAL

5.0 PENYEDIAAN RANCANGAN PERNIAGAAN
5.1 Kandungan Rancangan Perniagaan
Kertas rancangan perniagaan perlu merangkumi keterangan secara
teknikal yang lengkap berkenaan projek perniagaan yang hendak
dibangunkan yang merangkumi perkara-perkara berikut:
i) Tujuan Rancangan Perniagaan
ii) Ringkasan Eksekutif
iii) Latar Belakang
iv) Rancangan Pentadbiran
v) Rancangan Operasi
vi) Rancangan Pemasaran
vii) Rancangan Kewangan
viii) Penutup
ix) Lampiran (Dokumen-dokumen sokongan yang berkaitan)

4

BAHAGIAN PENDIDIKAN DAN LATIHAN TEKNIKAL VOKASIONAL

Bahagian 1 – Tujuan Rancangan Perniagaan
Tujuan rancangan perniagaan perlu dinyatakan dengan jelas dan spesifik.
Bahagian 2 – Ringkasan Eksekutif
Bahagian pengenalan perlu memberi gambaran umum berkaitan bidang
perniagaan yang diceburi. Sebagai panduan, bahagian pengenalan ini
perlu dihurai dengan jelas berkaitan maklumat-maklumat berikut:
i) Nama Syarikat
ii) Jenis Perniagaan yang Diceburi
iii) Nama dan Lokasi/ Alamat Perniagaan
iv) Saiz dan Sasaran Pasaran
v) Produk/ Perkhidmatan
vi) Peluang, Pentadbiran, Pemasaran dan Perancangan
vii) Anggaran Kos Projek

5

BAHAGIAN PENDIDIKAN DAN LATIHAN TEKNIKAL VOKASIONAL

Bahagian 3 – Latar Belakang Perniagaan asas berkenaan
Bahagian ini menyatakan maklumat-maklumat
perniagaan yang dicadangkan seperti :

i) Nama Syarikat / Perniagaan
ii) Jenis Milikan
iii) Tarikh Didaftarkan
iv) Tarikh Mula Operasi
v) Nombor Pendaftaran Perniagaan
vi) Nombor Telefon
vii) Nombor Faks
viii) Alamat Operasi Perniagaan
ix) E-Mel
x) Jenis Industri
xi) Jenis Produk/Perkhidmatan
xii) Modal Permulaan

Bahagian 4 – Rancangan Pentadbiran asas berkenaan
Bahagian ini menyatakan maklumat-maklumat
perniagaan yang dicadangkan seperti:

i) Struktur Organisasi
ii) Senarai Jawatan dan Senarai Tugas Pekerja
iii) Maklumat Pemilik, Maklumat Rakan Kongsi, Maklumat Ahli

Organisasi

6

BAHAGIAN PENDIDIKAN DAN LATIHAN TEKNIKAL VOKASIONAL

Bahagian 5 – Rancangan Operasi
i) Carta Alir Proses Pengeluaran

Nyatakan langkah-langkah utama dalam proses pengeluaran
produk / penyediaan perkhidmatan berkenaan (Proses ini
dipersembahkan dalam carta proses kerja).
ii) Unit Pengeluaran / Jam Operasi
Nyatakan hasil operasi dalam unit produk pengeluaran mengikut
kesesuaian projek. Anggaran ini berlandaskan ramalan jualan yang
telah dinyatakan dalam rancangan pemasaran.
iii) Sumber Tenaga Kerja (Bahagian Pengeluaran)
Menyenaraikan jawatan bahagian pengeluaran dan senarai tugas
bagi setiap jawatan.
iv) Keperluan Bahan
Senaraikan bahan mentah atau stok barang yang diperlukan.
v) Peralatan
Senaraikan peralatan yang diperlukan dengan keperluan
pengeluaran atau operasi.
vi) Susun Atur Ruang Operasi
Nyatakan faktor-faktor utama yang diambil kira dalam merancang
susun atur ruang operasi sesuai dengan keperluan operasi
perniagaan serta pelan grafik ruang operasi tersebut.
vii) Lokasi Proses Pengeluaran (jika berkaitan)
Letakkan alamat dan lokasi perniagaan menjalankan operasi
pengeluaran menggunakan aplikasi google maps.

7

BAHAGIAN PENDIDIKAN DAN LATIHAN TEKNIKAL VOKASIONAL

Bahagian 6 – Rancangan Pemasaran
i) Sasaran Pasaran dan Saiz Pasaran

Nyatakan profil pelanggan di sekitar kawasan pasaran yang dipilih.
Kenal pasti kewujudan kumpulan pelanggan yang berbeza atau
segmen-segmen pasaran di kawasan berkenaan. Saiz pasaran
perlu dikenal pasti untuk meramal jualan perniagaan. Nyatakan
saiz pasaran dalam bentuk unit jualan atau RM atau kedua-
duanya sekali.
ii) Pesaing-Pesaing Utama
Kenal pasti dan pilih pesaing-pesaing utama. Lebih baik jika
pesaing dikenal pasti mengikut nama perniagaan mereka.
iii) Kekuatan dan Kelemahan Pesaing
Nyatakan kekuatan dan kelemahan setiap pesaing.
iv) Ramalan Jualan
Sediakan pelunjuran jualan bulanan sekurang-kurangnya untuk 12
bulan.
v) Strategi Pemasaran
• Strategi Produk
• Strategi Perletakan Harga
• Strategi Promosi
• Strategi Pengagihan

8

BAHAGIAN PENDIDIKAN DAN LATIHAN TEKNIKAL VOKASIONAL

Bahagian 7 – Rancangan Kewangan
i) Sumber Kewangan
ii) Kos Pengeluaran

a) Kos Bahan Mentah
b) Kos Upah
c) Kos Overhead
d) Kos Pengeluaran Keseluruhan
e) Kos Pengeluaran Seunit
f) Margin Keuntungan
g) Harga Jualan Seunit

5.2 Format Rancangan Perniagaan

Penyediaan laporan ini perlulah ditaip dengan menggunakan perisian Ms
Word. Format laporan adalah seperti berikut:

i) Kertas : A4 (tanpa cetak di muka belakang)
ii) Jenis Tulisan : Times New Roman / Arial
iii) Saiz Tulisan : 12 (hitam)
iv) Jarak langkau (Paragraph) : 1.5 spacing
v) Text Alignment: Justify
vi) Bilangan patah perkataan 2500 tidak termasuk lampiran
vii) Laporan berjilid
viii) Format Rancangan Perniagaan seperti di Lampiran 1

9

BAHAGIAN PENDIDIKAN DAN LATIHAN TEKNIKAL VOKASIONAL

5.3 Format Kulit Depan Rancangan Perniagaan
Kulit muka hadapan mestilah mengandungi maklumat seperti berikut:
i) Logo perniagaan
ii) Nama dan alamat perniagaan
iii) Rancangan Perniagaan (Nama perniagaan)
iv) Nama dan nombor kad pengenalan

6.0 LAPORAN AKTIVITI PROJEK PERNIAGAAN
6.1 Arahan penulisan aktiviti:
Laporan aktiviti perlu diserahkan kepada penyelia untuk disemak dan
dinilai sebanyak dua kali. (Minggu ketujuh dan minggu kesepuluh).
6.2 Maklumat yang perlu dimasukkan ke dalam laporan aktiviti
pelaksanaan projek:
i) Perincian segala aktiviti (bergambar) yang dilaksanakan ketika
menjalankan perniagaan.
ii) Laporan jualan bagi setiap minggu.
iii) Bilangan patah perkataan 1000 tidak termasuk lampiran.
iv) Format laporan aktiviti seperti di Lampiran 2.

10

BAHAGIAN PENDIDIKAN DAN LATIHAN TEKNIKAL VOKASIONAL

7.0 PEMBENTANGAN LAPORAN AKHIR PROJEK PERNIAGAAN
Satu sesi pembentangan laporan akhir projek perniagaan akan diadakan.
Setiap kumpulan perlu membentangkan laporan akhir projek perniagaan di
hadapan penyelia bagi tujuan pentaksiran.
7.1 Kandungan Pembentangan
Pembentangan laporan akhir projek mestilah merangkumi perkara-
perkara berikut:
i) Pengenalan
ii) Dapatan dan analisis
iii) Cadangan penambahbaikan
iv) Kesimpulan
Isi kandungan pembentangan hendaklah ringkas dan padat, yang mana
hanya memaparkan isi-isi penting pembentangan sahaja serta
dipersembahkan mengikut turutan.

11

BAHAGIAN PENDIDIKAN DAN LATIHAN TEKNIKAL VOKASIONAL

7.2 Format Pembentangan

Pembentangan hendaklah dibuat menggunakan perisian Ms Power Point
atau yang setaraf. Manakala semua persembahan (dalam bentuk Ms Power
Point atau sebagainya) hendaklah dicetak bagi tujuan penilaian penyelia.
Cetakan hendaklah dibuat menggunakan format dua (2) slaid dalam satu
muka surat.

Cetakan 2 slaid dalam 1 muka surat

7.3 Masa Pembentangan

Tarikh pembentangan laporan akhir projek perniagaan akan ditetapkan oleh
penyelia masing-masing. Masa yang diberikan bagi setiap pembentangan
adalah 30 minit termasuk sesi soal jawab. Setiap kumpulan perlu
mengagihkan masa dengan bijak antara ahli kumpulan bagi setiap
penyampaian.

Pengagihan masa boleh berpandukan kepada pembahagian masa seperti

dibawah:

i) Pengenalan (ahli dan projek) -

ii) Persembahan teknikal - 20 minit

iii) Kesimpulan & penutup -

iv) Sesi soal jawab - 10 minit

12

BAHAGIAN PENDIDIKAN DAN LATIHAN TEKNIKAL VOKASIONAL

8.0 PENYEDIAAN PENULISAN LAPORAN AKHIR PROJEK PERNIAGAAN

8.1 Susunan dan Kandungan

8.1.1 Bahagian utama laporan hendaklah ditulis mengikut turutan
tajuk di bawah.
i) Pengenalan
ii) Dapatan dan Analisis
iii) Cadangan Penambahbaikan
iv) Kesimpulan

8.1.2 Pengenalan
Bahagian ini merumuskan secara keseluruhan projek yang
dilaksanakan seperti berikut:
i) Nama Syarikat
ii) Jenis Perniagaan yang Diceburi
iii) Nama dan Lokasi/ Alamat Perniagaan
iv) Produk/ Perkhidmatan
v) Carta Perbatuan Pelaksanaan Projek Perniagaan

8.1.3 Dapatan dan Analisis
Pada peringkat ini, pelajar perlu menerangkan hasil dapatan
dan analisis data berkaitan projek yang dibangunkan. Pelajar
perlu memberi penerangan berkaitan dengan maklumat-
maklumat berikut:
i) Pentadbiran
• Struktur Organisasi
• Jawatan dan Senarai Tugas Staf

13

BAHAGIAN PENDIDIKAN DAN LATIHAN TEKNIKAL VOKASIONAL

ii) Operasi
• Carta alir menerangkan proses awal hingga proses
akhir operasi perniagaan
• Senarai bahan mentah yang digunakan
• Peralatan dan mesin yang digunakan
• Sumber tenaga/pekerja yang terlibat dalam operasi
perniagaan
• Contoh: Laporan proses pengeluaran produk atau
perkhidmatan

iii) Pemasaran
• Laporan campuran pemasaran
• Strategi pemasaran yang digunakan

iv) Kewangan (Kos projek yang sebenar) – 8 minggu
• Laporan Aliran Tunai
• Laporan Jualan
• Penyata Pendapatan

v) Analisis Keseluruhan Perniagaan
• Kekuatan yang dimiliki oleh perniagaan
• Kelemahan yang terdapat pada perniagaan yang
dilaksanakan
• Peluang yang tersedia untuk meningkatkan
prestasi perniagaan
• Ancaman yang dihadapi semasa menjalankan
perniagaan

14

BAHAGIAN PENDIDIKAN DAN LATIHAN TEKNIKAL VOKASIONAL

8.1.4 Cadangan Penambahbaikan
Dalam bahagian ini, pelajar perlu membincangkan cadangan
penambahbaikan yang boleh dilaksanakan berdasarkan
dapatan dan analisis di atas. Ini termasuk aspek pentadbiran,
operasi, pemasaran dan kewangan.

8.1.5 Kesimpulan
Bahagian ini pelajar dikehendaki menyatakan pendiriannya
tentang perniagaan yang telah dilaksanakan dan harapan
untuk pengembangan projek perniagaan pada masa
hadapan.

15

BAHAGIAN PENDIDIKAN DAN LATIHAN TEKNIKAL VOKASIONAL

8.2 Format Penulisan Laporan
Penyediaan laporan ini perlulah ditaip dengan menggunakan perisian
Ms Word. Format laporan adalah seperti berikut:
i) Kertas : A4 (tanpa cetak di muka belakang)
ii) Jenis Tulisan : Times New Roman / Arial
iii) Saiz Tulisan : 12 (hitam)
iv) Jarak langkau (Paragraph) : 1.5 spacing
v) Text Alignment: Justify
vi) Bilangan patah perkataan 4000 tidak termasuk lampiran
vii) Laporan berjilid
viii) Format penulisan laporan seperti di Lampiran 3

8.3 Format Kulit Depan Laporan
Kulit muka hadapan mestilah mengandungi maklumat seperti berikut:
i) Logo Perniagaan
ii) Nama Dan Alamat Perniagaan
iii) Nama Pelajar
iv) Nombor Kad Pengenalan
v) Nama Penyelia

9.0 PENUTUP
Melalui pelaksanaan projek perniagaan ini, adalah diharapkan pelajar
akan berpeluang menggunakan segala ilmu dan kemahiran bagi
mengeluarkan hasil kerja yang bermutu tinggi.

16

BAHAGIAN PENDIDIKAN DAN LATIHAN TEKNIKAL VOKASIONAL

Adalah menjadi harapan, agar semua graduan yang bakal dilahirkan
mempunyai daya kreativiti dan inovasi yang tinggi serta dapat membantu
membangunkan sektor ekonomi negara ini.

Y
a

17

BAHAGIAN PENDIDIKAN DAN LATIHAN TEKNIKAL VOKASIONAL

LAMPIRAN

Lampiran 1 : Cadangan Format bagi Rancangan Perniagaan
Lampiran 2 : Cadangan Format Laporan Aktiviti, Laporan Jualan
Lampiran 3 : Cadangan Format Laporan Akhir Projek Perniagaan
Lampiran 4 : Rubrik Pemarkahan
Lampiran 5 : Borang Markah

18

BAHAGIAN PENDIDIKAN DAN LATIHAN TEKNIKAL VOKASIONAL

Lampiran 1

LOGO
PERNIAGAAN

ABC ENTERPRISE
NO. 75 XXXX

JALAN 36 XXXXX XXXXXX
71000 XXXX XXXXX
NEGERI XXXXXXXX

RANCANGAN PERNIAGAAN
TAHUN 2020

SYARIKAT XXXXXXXXX

Disediakan oleh :

19

BAHAGIAN PENDIDIKAN DAN LATIHAN TEKNIKAL VOKASIONAL

1.0 TUJUAN
Tujuan kertas rancangan perniagaan ini disediakan adalah

…………………………..
2.0 RINGKASAN EKSEKUTIF

Menceritakan secara ringkas berkaitan pengenalan perniagaan, bahagian
pentadbiran organisasi, produk (menerangkan produk yang dikeluarkan dan
keistimewaan produk), strategii pemasaran, anggaran kos dan mana-mana
maklumat yang bekaitan.

20

BAHAGIAN PENDIDIKAN DAN LATIHAN TEKNIKAL VOKASIONAL

3.0 LATAR BELAKANG
LATAR BELAKANG PERNIAGAAN

LOGO PERNIAGAAN

NAMA PERNIAGAAN
ALAMAT PERNIAGAAN
ALAMAT OPERASI
ALAMAT E-MEL
NO. TELEFON
MATLAMAT PERNIAGAAN
NO. DAFTAR PERNIAGAAN (SSM)
TARIKH DAFTAR NIAGA
JENIS PERNIAGAAN
AKTIVITI PERNIAGAAN
MODAL PERMULAAN
NAMA BANK
ALAMAT BANK
NO. AKAUN BANK
NAMA PEMILIK

21

BAHAGIAN PENDIDIKAN DAN LATIHAN TEKNIKAL VOKASIONAL

4.0 RANCANGAN PENTADBIRAN
4.1 Struktur Organisasi

Carta Organisasi Perniagaan

22

BAHAGIAN PENDIDIKAN DAN LATIHAN TEKNIKAL VOKASIONAL

4.2 Senarai Jawatan dan Senarai Tugas Pekerja

JAWATAN SENARAI TUGAS

4.3 Maklumat Pemilik

GAMBAR

NAMA PENUH
JAWATAN
ALAMAT
NO. TELEFON
E-MEL
NO. KAD PENGENALAN
TARIKH LAHIR
BANGSA
AGAMA
TARAF PERKAHWINAN
KELULUSAN AKADEMIK

23

BAHAGIAN PENDIDIKAN DAN LATIHAN TEKNIKAL VOKASIONAL

Maklumat Rakan Kongsi

GAMBAR

NAMA PENUH
JAWATAN
ALAMAT
NO. TELEFON
E-MEL
NO. KAD PENGENALAN
TARIKH LAHIR
BANGSA
AGAMA
TARAF PERKAHWINAN
KELULUSAN AKADEMIK

24

BAHAGIAN PENDIDIKAN DAN LATIHAN TEKNIKAL VOKASIONAL

Maklumat Ahli Organisasi

GAMBAR

NAMA PENUH
JAWATAN
ALAMAT
NO. TELEFON
E-MEL
NO. KAD PENGENALAN
TARIKH LAHIR
BANGSA
AGAMA
TARAF PERKAHWINAN
KELULUSAN AKADEMIK

25

BAHAGIAN PENDIDIKAN DAN LATIHAN TEKNIKAL VOKASIONAL

5.0 RANCANGAN OPERASI
5.1 Carta Alir Proses Pengeluaran

CONTOH :

Mula

Akhir

26

BAHAGIAN PENDIDIKAN DAN LATIHAN TEKNIKAL VOKASIONAL

5.2 Anggaran Jumlah Pengeluaran / Jam Operasi JAM OPERASI
(Jam x Hari)
BIL JUMLAH PENGELUARAN
(Mingguan)

5.3 Senarai Peralatan

SENARAI PERALATAN

BIL NAMA PERALATAN BILANGAN / KUANTITI

5.4 Senarai Bahan Mentah Yang Digunakan

BAHAN MENTAH YANG DIGUNAKAN
BIL SENARAI BAHAN MENTAH

27

BAHAGIAN PENDIDIKAN DAN LATIHAN TEKNIKAL VOKASIONAL

5.5 Cadangan Susun Atur Ruang Operasi Perniagaan
CONTOH :

28

BAHAGIAN PENDIDIKAN DAN LATIHAN TEKNIKAL VOKASIONAL

5.6 Lokasi Proses Pengeluaran
CONTOH :
Gambar Google Maps Lokasi Proses Pengeluaran

5.7 Sumber Tenaga Kerja (Bahagian Pengeluaran)

JAWATAN BIL SENARAI TUGAS
PEKERJA

29

BAHAGIAN PENDIDIKAN DAN LATIHAN TEKNIKAL VOKASIONAL

6.0 RANCANGAN PEMASARAN
6.1 Sasaran Dan Saiz Pasaran
6.2 Pesaing-pesaing Utama
6.3 Kekuatan dan Kelemahan pesaing
6.4 Ramalan Jualan (Jadual dan Carta)

CONTOH : KUANTITI YANG DIJUAL
BULAN
PERANCANGAN PENCAPAIAN

CONTOH :

Contoh Carta Jualan

30

BAHAGIAN PENDIDIKAN DAN LATIHAN TEKNIKAL VOKASIONAL

6.5 Strategi Pemasaran
a) Strategi Produk
b) Strategi Perletakan Harga
c) Strategi Promosi
d) Strategi Pengagihan

31

BAHAGIAN PENDIDIKAN DAN LATIHAN TEKNIKAL VOKASIONAL

7.0 RANCANGAN KEWANGAN
7.1 Sumber Kewangan
7.2 Kos Pengeluaran
CONTOH : Kos Pengeluaran = Kos Bahan Mentah + Kos Upah + Kos Overhead
a. Kos Bahan Mentah :

Bahan (Seunit) Harga Seunit (RM) Kuantiti Jumlah (RM)

JUMLAH
b. Kos Upah :
c. Kos Overhead :
d. Kos Pengeluaran Keseluruhan
e. Kos Pengeluaran Seunit
f. Margin Keuntungan
g. Harga Jualan Seunit

32

BAHAGIAN PENDIDIKAN DAN LATIHAN TEKNIKAL VOKASIONAL

8.0 KESIMPULAN / PENUTUP
Secara kesimpulannya, perniagaan………..

33

MINGGU BAHAGIAN PENDIDIKAN DAN LATIHAN TEKNIKAL VOKASIONAL

ISNIN Lampiran 2
SELASA
RABU LAPORAN AKTIVITI PROJEK PERNIAGAAN
KHAMIS <<NAMA PERNIAGAAN>>
JUMAAT
SABTU AKTIVITI
AHAD

RUMUSAN CONTOH:
KESELURUHAN 1. Isu/Permasalahan
AKTIVITI 2. Cadangan Penyelesaian
MINGGUAN

34

BAHAGIAN PENDIDIKAN DAN LATIHAN TEKNIKAL VOKASIONAL

GAMBAR AKTIVITI YANG DIJALANKAN (MINGGUAN)

GAMBAR GAMBAR
Huraian Gambar Huraian Gambar

GAMBAR GAMBAR

Huraian Gambar Huraian Gambar

TANDATANGAN PENYELIA SEMAKAN
NAMA PENYELIA
TARIKH

35

BAHAGIAN PENDIDIKAN DAN LATIHAN TEKNIKAL VOKASIONAL

LAPORAN JUALAN MINGGUAN
<<NAMA PERNIAGAAN>>

MINGGU LAPORAN JUALAN

PRODUK KUANTITI HARGA JUMLAH JUALAN (RM)
PRODUK A JUALAN JUALAN (RM)
PRODUK B

JUMLAH JUALAN
DISEDIAKAN OLEH:

Nama :
Tarikh :

36

BAHAGIAN PENDIDIKAN DAN LATIHAN TEKNIKAL VOKASIONAL

Lampiran 3

LOGO
PERNIAGAAN

ABC ENTERPRISE
NO. 75 XXXX

JALAN 36 XXXXX XXXXXX
71000 XXXX XXXXX
NEGERI XXXXXXXX

LAPORAN AKHIR PROJEK PERNIAGAAN

BIL NAMA NO. KAD PENGENALAN

1 AHMAD XXXXXX XXXXXX-XX-XXXX

2 XXXXXXXXXXX XXXXXX-XX-XXXX

3 XXXXXXXXX XXXXXX-XX-XXXX

NAMA PENYELIA:

37

BAHAGIAN PENDIDIKAN DAN LATIHAN TEKNIKAL VOKASIONAL

1.0 PENGENALAN

1.1 Nama Perniagaan
1.2 Jenis Perniagaan Yang Diceburi
1.3 Nama dan Lokasi/ Alamat Perniagaan
1.4 Produk/ Perkhidmatan
1.5 Carta Perbatuan Pelaksanaan Projek Perniagaan

2.0 DAPATAN DAN ANALISIS

2.1 PENTADBIRAN
2.1.1 Struktur Organisasi
2.1.2 Jawatan dan Senarai Tugas

2.2 OPERASI
2.2.1 Carta alir (Terangkan proses awal hingga akhir proses
operasi)
2.2.2 Senarai Bahan
2.2.3 Senarai Peralatan / Mesin
2.2.4 Sumber Tenaga/ Pekerja

2.3 PEMASARAN
2.3.1 Produk
2.3.2 Harga
2.3.3 Saluran Agihan
2.3.4 Promosi
2.3.5 Strategi Pemasaran

2.4 KEWANGAN
2.4.1 Laporan Aliran Tunai
2.4.2 Laporan Jualan
2.4.3 Laporan Pendapatan
38

BAHAGIAN PENDIDIKAN DAN LATIHAN TEKNIKAL VOKASIONAL

2.5 ANALISIS KESELURUHAN PERNIAGAAN
2.5.1 Kekuatan Perniagaan
2.5.2 Kelemahan Perniagaan
2.5.3 Peluang Perniagaan
2.5.4 Ancaman Perniagaan

3.0 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN PERNIAGAAN
Berdasarkan perniagaan yang telah dijalankan selama 8 minggu, penulis

mencadangkan: xxxxxxxxxx………………………
4.0 KESIMPULAN
Secara keseluruhannya, perniagaan yang dijalankan………………………..
LAMPIRAN

39

BAHAGIAN PENDIDIKAN D

RUBRIK PENTAK
DBF4044 B
RANCANG

TAJUK TAJUK PEMBERAT 1
KECIL 1
SANGAT LEMAH
RANCANGAN Pengenalan M
PERNIAGAAN Dan Tidak mempunyai s
butiran lengkap l
Ringkasan iaitu nama syarikat n
Eksekutif / jenis perniagaan j
yang diceburi / p
nama dan lokasi y
atau alamat n
perniagaan / l
status dan saiz a
projek, produk / p
perkhidmatan, s
peluang, p
pentadbiran, p
pemasaran dan p
perancangan / p
anggaran kos p
projek. p
a
p

DAN LATIHAN TEKNIKAL VOKASIONAL

KSIRAN BERTERUSAN (PB) LAMPIRAN 4

BUSINESS PROJECT
GAN PERNIAGAAN

SKALA PENCAPAIAN

2 3 4 5

LEMAH MEMUASKAN BAIK SANGAT BAIK

Mempunyai Mempunyai dua Mempunyai Mempunyai
satu butiran hingga tiga empat hingga enam hingga
lengkap iaitu butiran lengkap lima butiran tujuh butiran
nama syarikat / iaitu nama lengkap iaitu lengkap iaitu
jenis syarikat / jenis nama syarikat / nama syarikat /
perniagaan perniagaan yang jenis perniagaan jenis perniagaan
yang diceburi / diceburi / nama yang diceburi / yang diceburi /
nama dan dan lokasi atau nama dan lokasi nama dan lokasi
lokasi atau alamat atau alamat atau alamat
alamat perniagaan / perniagaan / perniagaan /
perniagaan / status dan saiz status dan saiz status dan saiz
status dan saiz projek, produk / projek, produk / projek, produk /
projek, produk / perkhidmatan, perkhidmatan, perkhidmatan,
perkhidmatan, peluang, peluang, peluang,
peluang, pentadbiran, pentadbiran, pentadbiran,
pentadbiran, pemasaran dan pemasaran dan pemasaran dan
pemasaran dan perancangan / perancangan / perancangan /
perancangan / anggaran kos anggaran kos anggaran kos
anggaran kos projek. projek. projek.
projek.

1

BAHAGIAN PENDIDIKAN D

TAJUK TAJUK PEMBERAT 1
KECIL 2
SANGAT LEMAH
Tujuan B
Rancangan Tidak m
Perniagaan mencadangkan isi s
iaitu merancang m
RANCANGAN pelaksanaan p
PERNIAGAAN projek / penyataan p
masalah / objektif p
Latar projek / tujuan m
Belakang projek. o
Perniagaan t

Tidak memberikan M

maklumat iaitu s

alamat / bentuk i

perniagaan / b

1 keperluan p

kebenaran / modal k

permulaan. k

m

p

DAN LATIHAN TEKNIKAL VOKASIONAL

SKALA PENCAPAIAN

2 3 4 5

LEMAH MEMUASKAN BAIK SANGAT BAIK

Berupaya Berupaya Berupaya Berupaya
mencadangkan mencadangkan mencadangkan mencadangkan
satu isi iaitu dua isi iaitu tiga isi iaitu empat isi iaitu
merancang merancang merancang merancang
pelaksanaan pelaksanaan pelaksanaan pelaksanaan
projek / projek / projek / projek /
penyataan penyataan penyataan penyataan
masalah / masalah / masalah / masalah /
objektif projek / objektif projek / objektif projek / objektif projek /
tujuan projek. tujuan projek. tujuan projek. tujuan projek.

Memberikan Memberikan dua Memberikan tiga Memberikan
satu maklumat maklumat iaitu maklumat iaitu empat
iaitu alamat / alamat / bentuk alamat / bentuk maklumat iaitu
bentuk perniagaan / perniagaan / alamat / bentuk
perniagaan / keperluan keperluan perniagaan /
keperluan kebenaran / kebenaran / keperluan
kebenaran / modal modal kebenaran /
modal permulaan. permulaan. modal
permulaan. permulaan.

2

BAHAGIAN PENDIDIKAN D

TAJUK TAJUK PEMBERAT 1
KECIL 1 SANGAT LEMAH
Tiada maklumat
Kedudukan lengkap iaitu M
Projek lokasi atau alamat s
/ plan lokasi / y
alamat, alamat l
web atau alamat l
media sosial. a
l
a
a
m

RANCANGAN Tiada maklumat M
PERNIAGAAN
iaitu carta organisasi m
Rancangan
Pentadbiran / senarai c

jawatankuasa atau s

bilangan pekerja / j

spesifikasi tugas / a

jadual imbuhan p

3 balas jasa, gaji atau s

upah / senarai j

keperluan pejabat / b

senarai a

perbelanjaan. s

k

p

p

DAN LATIHAN TEKNIKAL VOKASIONAL

SKALA PENCAPAIAN

2 3 4 5
LEMAH MEMUASKAN BAIK SANGAT BAIK
Memberikan Memberikan Memberikan dua Memberikan
satu maklumat satu maklumat maklumat tiga maklumat
yang tidak lengkap iaitu lengkap iaitu lengkap iaitu
lengkap iaitu lokasi atau lokasi atau lokasi atau
lokasi atau alamat / plan alamat / plan alamat / plan
alamat / plan lokasi / alamat, lokasi / alamat, lokasi / alamat,
lokasi / alamat, alamat web atau alamat web atau alamat web atau
alamat web alamat media alamat media alamat media
atau alamat sosial. sosial. sosial.
media sosial.

Menyatakan satu Menyatakan dua Menyatakan tiga Menyatakan lima
maklumat iaitu maklumat iaitu atau empat atau enam
carta organisasi / carta organisasi / maklumat iaitu maklumat iaitu
senarai senarai carta organisasi / carta organisasi /
jawatankuasa jawatankuasa atau senarai senarai
atau bilangan bilangan pekerja / jawatankuasa atau jawatankuasa
pekerja / spesifikasi tugas / bilangan pekerja / atau bilangan
spesifikasi tugas / jadual imbuhan spesifikasi tugas / pekerja /
jadual imbuhan balas jasa, gaji jadual imbuhan spesifikasi tugas /
balas jasa, gaji atau upah / balas jasa, gaji jadual imbuhan
atau upah / senarai keperluan atau upah / balas jasa, gaji
senarai pejabat / senarai senarai keperluan atau upah /
keperluan perbelanjaan. pejabat / senarai senarai keperluan
pejabat / senarai perbelanjaan. pejabat / senarai
perbelanjaan. perbelanjaan.

3


Click to View FlipBook Version