BMMB1074
SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA
MELAYU
DISEDIAKAN: NUR AMIRAH BINTI MOHAMMAD RIDWAL
PENSYARAH: ENCIK ZAINUDIN BIN RAMLI
ISI KANDUNGAN:
• SEJARAH PERKEMBANGAN TULISAN DALAM BAHASA MELAYU
• SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU PRAMERDEKA DAN
PASCAMERDEKA
• CABARAN DAN MASA DEPAN BAHASA MELAYU
SEJARAH
PERKEMBANGAN
TULISAN DALAM
BAHASA MELAYU
SISTEM TULISAN PALLAWA
•Nama tulisan ini berasal dari Dinasti Pallawa yang merupakan sebuah kerajaan yang
pernah berkuasa di Selantan India pada abad ke-4 hingga ke-9 Masihi.
•Tulisan ini merupakan tulisan paling awal yang digunakan di Kawasan Kepulauan
Melayu.
•Tulisan ini mula bertapak di Kepulauan Jawa dan digunakan dalam bahasa Sanskrit.
Pada ketika itu bahasa Sanskrit merupakan bahasa pentadbiran dan ilmu pengetahuan.
•Tulisan ini terdiri daripada 46 abjad. Walaubagaimanapun, penyebaran tulisan dan
bahasa Hindu adalah terhad. Hal ini demikian kerana, tulisan ini hanya digunakan oleh
golongan istana dan tiada kemudahan asas untuk mengajar rakyat membaca dan
menulis.
•Tulisan ini juga merupakan tulisan terawal yang digunakan untuk menulis dalam bahasa
Melayu Kuno. Tulisan ini terpahat pada beberapa artifak sejarah misalnya, Batu Bersurat
Kedukan Bukit di Palembang, Batu Bersurat Kota Kapur di Bangka dan banyak lagi.
SISTEM TULISAN KAWI
•Tulisan Kawi merupakan sistem tulisan selepas Pallawa yang dikatakan turunan
daripada sistem Pali. Kawi berasal daripada perkataan Sanskrit yang bermaksud penyair.
•Tulisan ini wujud pada abad ke-8 Masihi seiring dengan era pemulaan tulisan jawi di
kalangan orang Melayu dan digunakan oleh orang Jawa sebelum dibawa masuk ke Asia
Tenggara seterusnya berkembang menjadi sistem tulisan baharu. Pada awalnya, tulisan
ini terdiri daripada huruf Vangki (Wenggi), iaitu huruf yang berasal dari Coromandel,
India. Tulisan ini digunakan untuk menulis dalam bahasa Kawi yang dituturkan oleh
orang Jawa.
•Pada awalnya tulisan ini ditulis di atas daun lontar dan diubah suai dan ditulis pada batu.
•Bukti penggunaan tulisan ini ialah melalui inskripsi yang dijumpai di Joreng, Tanapuli,
Sumantera Utara. Sistem tulisan ini telah menurunkan pelbagai jenis bahasa daerah
seperti Batak, Rejang, dan sebagainya. Sistem tulisan ini diasaskan oleh orang Jawa.
Oleh itu, tulisan ini turut dikenali sebagai tulisan lama Jawa.
SISTEM TULISAN JAWI
SEJARAH PERKEMBANGAN
• Berasal dari skrip Arab yang dating ke kepulauan Melayu Bersama agama Islam.
ZAMAN AWAL TULISAN JAWI
• Ia wujud setelah hampir 300 tahun daripada kali pertama munculnya tulisan Arab.
• Ia dijumpai pada batu bersurat yang ditemui di Terengganu.
PERKEMBANGAN HURUF JAWI
• Semua huruf klasik Arab diserap masuk ke dalam huruf Jawi.
• Namun huruf ini tidak memenuhi semua elemen yang diperlukan oleh bahasa
Melayu.
PERKEMBANGAN EJAAN JAWI
• Ejaan Jawi asal adalah mengikut ejaan Arab iaitu menggunakan baris.
• Namun lama kelamaan sistem ejaan Jawi semakin berkembang iaitu baris
dihilangkan dan hanya meninggalkan huruf-huruf tanpa baris.
SISTEM TULISAN SISTEM TULISAN KAWI
PALLAWA
SISTEM EJAAN ZA’BA
• Huruf-huruf bahasa Melayu dibahagikan kepada huruf saksi dan huruf benar.
Huruf saksi adalah huruf vokal iaitu a, e, e, i, o dan u. Huruf benar adalah
huruf konsonan iaitu 21 huruf.
• Terdapat 40 peraturan yang dinyatakan dalam sistem Ejaan Za’ba.
Peraturan 1 hingga 5 menyentuh berkaitan keserasian vokal dalam suku
kata pertama dan kedua jika jika suku kata kedua itu suku kata tertutup.
Antaranya adalah huruf h dan k adalah huruf akhir dalam suku kata akhir
tertutup, maka vokal e yang dipilih bukan vokal i pada suku kata itu misalnya,
aleh, leteh, sireh, dan sebagainya, kecuali jika terdapat deretan bunyi
diftong a-i, maka ejaan diftong dikekalkan. Contohnya, naik, baik, dan
sebagainya.
• Jika suku kata akhir tertutup, bukan diakhiri oleh konsonan h dan konsonan
k, maka vokal i digunakan bukannya vokal e. Contohnya nasib, katil, kutip,
pasir dan sebagainya, kecuali jika vokal dalam suku kata pertama ialah vokal
o dan vokal e, maka vokal e digunakan bukannya vokal i. Contohnya deret,
leher, bogel, chomel, montel dan sebagainya.
• Perkataan pinjaman bahasa Arab yang belum diubah hendaklah dieja
mengikut bunyi asal.
SISTEM EJAAN RUMI KONGRES
• Tulisan Rumi dijadikan tulisan rasmi bahasa Melayu dan tulisan Jawi digalakkan, idea
ini telah dicadangkan ketika Kongers Persuratan Melayu pertama pada tahun 1952.
• Semasa Kongres kedua pada tahun 1954 pula timbul keinginan untuk melakukan
tinjauan terhadap tulisan Rumi bahasa Melayu.
• Dalam kongres ketiga pula pada tahun 1956, sistem ejaan yang dikenali “Ejaan
Kongres” telah diperkenalkan.
• Namun sistem ini tidak pernah digunakan kerana sistem ini mempunyai penerapan
lambing fonetik dalam sistem ejaan itu.
• Ejaan Kongres menentukan beberapa dasar pengejaan bahasa Melayu dengan huruf
rumi:
- Ejaan di Tanah Melayu dan Indonesia disatukan
- Peraturan ejaan mesti mudah supaya sistem fonologi diterima sebagai sistem yang
lebih baik
daripada sistem fonetik
- Pengejaan tetap dan sama
- Kata-kata asing mesti disesuaikan dengan pengejaannya mengikut hukum sistem
fonologi
Melayu.
PEDOMAN EJAAN RUMI BAHASA MELAYU
Penggunaan Penulisan Penulisan
abjad huruf kata
Tanda baca Penulisan
unsur
serapan
PENGGUNAAN B. HURUF VOKAL C. HURUF DIFTONG
ABJAD:
Terdiri daripada huruf Gabungan dua huruf
A. ABJAD a, e, i, o, u. vokal seperti ai, au, oi.
Aa-e huruf e terbahagi Dilafazkan sebagai bunyi
Bb-bi kepada e pepet dan geluncuran.
Cc-si e taling.
Dd-di F. PEMENGGALAN KATA
Ee-i
Ff-ef Pemisahan suku kata pada
Gg-ji kata dasar
Hh-ec
Pemisahan dilakukan pada
D. HURUF KONSONAN E. GABUNGAN kedua vokal.
HURUF KONSONAN
Terdiri daripada huruf b, c, Contoh: ma-in
d, f, g, h, j, k, l, m, n, p, q, r, Terdapat lima
s, t, v, w, x, y, z gabungan iaitu gh, kh,
ng, sy, ny.
PENGGUNAAN HURUF B. HURUF CONDONG C. HURUF TEBAL
A. HURUF Digunakan untuk menulis Digunakan pada tajuk
BESAR nama buku, majalah, atau buku, bab, bahagian,
surat khabar yang dikutip dan sebagainya.
Digunakan pada dalam atau untuk
huruf pertama kata penulisan. Seperti, Digunakan untuk
awal ayat. majalah Bahana menulis tajuk jadual
dan yang sejenisnya di
Huruf pertama Untuk menegaskan huruf, dalam naskah.
petikan langsung. bahagian perkataan atau,
atau kelompok perkataan. Dapat digunakan untuk
Untuk gelaran menggantikan huruf
kehormatan Untuk menulis perkataan miring.
berstatus sebagai nama
Melambangkan ilmiah atau ungkapan
jawatan seseorang. asing.
Huruf pertama untuk
unsur nama orang
PENULISAN KATA D. GABUNGAN KATA
A. KATA DASAR Lazimnya disebut rangkai
kata, termasuk istilah khusus
Ditulis terpisah ditulis terpisah.
B. KATA TURUNAN E. KATA GANTI ( KU, KAU, MU)
Imbuhan(awalan, akhiran, dan Ditulis serangkai
sisipan) ditulis serangkai dengan mengikutinya.
kata dasarnya.
F. KATA DEPAN ( DI, KE, DAN DARI)
Jika bentuk dasar berupa
gabungan kata, awalan atau Ditulis terpisah daripada
akhiran ditulis serangkai kata yang akan mengikuti
dengan unsur yang mengikuti kecuali gabungan kata yang
sudah seperti kepada dan
C. BENTUK GANDAAN daripada.
Ditulis menggunakan tanda
sempang (-)
TANDA BACA
A. TANDA TITIK C. TANDA KOMA BERTITIK (;) F. TANDA PISAH
Digunakan pada akhir ayat Digunakan sebagai pemisah Panjangnya dua kali
yang bukan pertanyaan atau ayat, ayat yang sejenis atau tanda sepang.
seruan. setara.
Ia membatasi
Digunakan pada akhir D. TANDA TITIK BERTINDIH (:) penyisipan kata, kelompok
singkatan nama orang kata atau anak ayat yang
Digunakan pada akhir suatu memberi penjelasan yang
Digunakan pada akhiran pernyataan apabila diikuti khusus
gelaran, jawatan, pangkat suatu (i) rangkaian atau
dan sapaan. pemerian atau (ii) penjelasan Ia juga menegaskan
adanya keterangan aposisi
B. TANDA KOMA E. TANDA SEMPANG atau keterangan yang lain
agar ayat menjadi lebih
Sebagai pemisah unsur Sebagai penyambung suku- jelas.
dalam suatu pemerician suku kata dasar yang terpisah
atau pembilangan. oleh penggantian baris
TANDA BACA K. KATA KURUNG SIKU ([]) M. TANDA PETIK TUNGGAL (‘’)
H. TANDA TANYA (?) Mengapit huruf, kata, Digunakan dalam ungkapan
atau kelompok kata atau ayat yang sudah diapit
Digunakan pada sebagai pembetulan atau tanda petik.
akhir ayat tanya. tambahan kepada ayat
yang dituliskan oleh N. TANDA ULANG (2)
I. TANDA SERU (!) orang lain. Tanda itu
adalah isyarat bahawa Digunakan untuk tujuan
Digunakan sesudah ungkapan kesalahan itu memang menyegarkan catatan
atau pernyataan yang berupa terdapat dalam teks atau
seruan, perintah, atau yang asal. O. TANDA GARIS MIRING (/)
menegaskan kebenaran,
ketidakpercayaan atau emosi. L. TANDA PETIK (“”) Digunakan dalam
penomboran kod surat
J. TANDA KURUNG () Mengapit petikan
langsung yang berbentuk
Mengapit keterangan atau dialog daripada naskah
penjelasan tambahan. atau bahan tertulis lain.
SEJARAH
PERKEMBANGAN
BAHASA MELAYU
PRAMERDEKA DAN
PASCAMERDEKA.
PENGENALAN
BAHASA MELAYU PRAMERDEKA
• Bermula sebelum Perang Dunia Kedua, bahasaMelayu digunakan dalam
urusan rasmi Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu dan di Jabatan Polis
di Negeri-Negeri Melayu Bersekutu.
• Pada waktu ini, pengawai-pengawai Inggeris yang bertugas di negeri
Melayu hendaklah mempelajari bahasa Melayu dan lulus peperiksaan
sebelum disahkan jawatan.
• Ramai pengawai Inggeris yang berjaya menguasai bahasa Melayu
dengan baik misalnya, R.O Winstedt, J.R. Wilkinson dan ramai lagi.
• Selepas Perang Dunia Kedua, kedudukan bahasa Melayu sedikit tergugat
kerana pihak British lebih mengutamakan bahasa Inggeris yang
merupakan bahasa pengantar di sekolah
PENGENALAN
BAHASA MELAYU PASCAMERDEKA
• Dalam Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu Pertama, Kedua dan
Ketiga, terdapat desakan yang untuk memperkasakan kedudukan
bahasa Melayu.
• Dalam Laporan Razak 1956 terdapat cadangan untuk menjadikan
bahasa Melayu sebagai matapelajaran wajib di setiap sekolah rendah
dan menengah.
• Maka wujudlah akta-akta yang menyentuh berkaitan kedudukan bahasa
Melayu dan wujudnya institusi yang bertanggungjawab untuk
mengembangkan bahasa kebangsaan.
PEJABAT
KARANG
MENGARANG
SEJARAH PENUBUHAN
Penubuhannya Pada tahun 1942 Pengasas
merupakan ilham pertubuhan ini Pertubuhan ini
O.T. Dussek, setelah mula ditubuhkan di adalah sama
beliau melawat Balai Maktab Perguruan dengan pengetua
Pustaka di Indonesia. Sultan Idris (MPSI) iaitu O.T. Dussek
Za’ba merupakan R. O. Winstedt dan O.
Ketua pengarang T. Dussek
dan Penterjemah berperanan sebagai
Kanan. penasihat.
Bagi mengatasi TUJUAN Berjaya
masalah PENUBUHAN menerbitkan
Penulisan, Ejaan,
kekurangan bahan Menerbitkan Tatabahasa Bahasa
bacaan sekolah- pelbagai genre Melayu, Sejarah,
sekolah Melayu, bahan bacaan Ilmu Hisab, Ilmu
untuk sekolah
terutamanya Alam dan
masyarakat Melayu. Melayu. Kesihatan.
Berusaha untuk Buku-buku
menerbitkan teks
lebih banyak
buku sekolah diterbitkan di
dan bahan bawah siri
bacaan untuk Buku Teks
masyarakat Sekolah.
Melayu.
Membina asas PERANAN Menerbitkan bahan
pengetahuan bacaan yang penting
Melayu. Membuka peluang misalnya, Pelita
kepada orang Bahasa Melayu dan
Banyak Melayu Ilmu Mengarang.
menyumbang mempelajari asas
kepada ilmu karang Melahirkan
perkembangan mengarang. Dewan
bahasa dan Bahasa dan
persuratan Melayu. Memajukan Pustaka.
Pendidikan
dalam kalangan
masyarakat
Melayu.
PAKATAN BELAJAR
MENGAJAR
PENGETAHUAN
BAHASA
Ditububuhkan pada 1888 di Ia merupakan satu Pada abad ke-19,
Johor Bahru dan diasaskan perhimpunan belajar- pertubuhan ini
oleh Dato’ Seri Amar Diraja mengajar dalam kurang mendapat
Abdul Rahman Andak dan pengetahuan dan sambutan dan
Dato’ Muhammad Ibrahim peraturan bahasa Melayu mengalami masalah
Munshi. (ejaan dan perkataan). kewangan.
Pada 14 April 1935, SEJARAH Nama pertubuhan ini
pertubuhan ini diberi PENUBUHAN ditukar menjadi
gelaran “Diraja” oleh Pakatan Bahasa
Sultan Johor, Sultan Pada masa itu, tonggak Melayu Persuratan
Ibrahim. utama PBmPBD ialah Buku Diraja Johor
Mohd. Said Sulaiman. (PBmPBD).
Selepas dihidupkan
semula,
keanggotaannya
melebihi 200 orang.
Tujuan penubuhan ini Antara kegiatannya Pada masa itu, tonggak utama
adalah untuk ialah menerbitkan PBmPBD ialah Mohd. Said
buku, membentuk Sulaiman.
menyeragamkan ejaan, istilah, mengadakan Beliau seorang insan yang banyak
mencipta perkataan majlis-majlis ceramah menyumbang makalah dalam
baharu, menyediakan dan perbincangan. PBmPBD dan menghasilkan
kata daftar dan pelbagai buku untuk diterbitkan.
memelihara tulisan Jawi. PERANAN Antara tahun 1935-1947,
pertubuhan ini telah
Sebanyak 16 buah buku Pertubuhan ini juga Berjaya menerbitkan
tentang ilmu bahasa melarang sebanyak 34 buah buku
Melayu yang terdiri anggotanya
daripada perkamusan, menyebut atau Antara istilah yang telah
tatabahasa, ejaan, dan mengeja perkataan diubah oleh pertubuhan ini
daftar kata. Selebihnya selain yang telah ialah jurucakap,
ialah buku sejarah, ditetapkan. setiausaha, kerja raya dan
kebudayaan, Riwayat jadual waktu.
perjalanan, dan
maklumat berkaitan
PBmPBD.
ANGKATAN
SASTERAWAN
50 (ASAS 50)
SEJARAH ASAS 50 merupakan sebuah pertubuhan
PENUBUHAN yang memberi sumbangan besar kepada
perancangan dan perkembangan bahasa
Melayu. Ia ditubuhkan sebelum merdeka.
Ia ditubuhkan pada 6 Ogos 1950 dan dibentuk
oleh satu Angkatan penulis generasi muda
seperti Tongkat Warrant, Keris Mas, A.
Samad Ismail, dan Mansuri S. N. Asraf.
ASAS 50 merupakan subuah pertubuhan yang
memberi sumbangan besar kepada
perancangan dan perkembangan bahasa
Melayu. Ia ditubuhkan sebelum merdeka.
Mengembangkan TUJUAN Pertubuhan ini
bahasa dan PENUBUHAN mewakili suara
umat Melayu yang
kesusasteraan ingin mencapai
Melayu untuk kemerdekaan
memajukan daripada Inggeris.
Pendidikan orang
Para penulis Melayu mula
Melayu. berfikir bahawa mereka
wajar untuk bergerak
Merupakan
perjuangan dalam pertubuhan penulis
orang Melayu agar dapat di sepakatkan
tuntutan yang berhubung
untuk
mencapai dengan politik, bahasa
kemerdekaan. dan sastera Melayu.
PERANAN
Pengurus dalam penubuhan ini Mereka bukan sahaja ASAS 50 juga mengemukan
terdiri daripada mereka yang pandai dalam lapangan cadangan agar bahasa Melayu
pernah menyertai parti-parti
politik yang progresif bahasa serta sastera diberi nilai ekonomi dengan
malahan berhasrat mengutamakan kelulusan
memperjuangkan kemerdekaan. memerdekan Tanah dalam bahasa Melayu untuk
memperoleh perkerjaan.
Melayu daripda penjajah.
Penubuhan ini juga menghimpunkan Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu
persatuan bahasa, sastera, budaya dan Kedua (1954) yang menjadikan tulisan
berjaya menganjurkan Kongres Bahasa
Persuratan Melayu Pertama (1952) yang Rumi sebagai tulisan rasmi untuk
memudahkan bahasa Melayu sebagai
menjadikan bahasa Melayu sebagai
bahasa kebangsaan. bahasa Kebangsaan.
PERANAN
Kongers Bahasa dan Perjuangannya tertumpu ASAS 50 juga
Persuratan ketiga (1956) berperanan dalam
kepada pembaharuan mengembangkan bahasa
ASAS 50 Melayu dalam aspek
mencadangkan dalam sastera dengan ejaan dan peristilahan
penubuhan Balai slogan “Seni untuk hingga mengangkat taraf
Pustaka, penyatuan bahasa Melayu sebagai
bahasa Melayu dan Masyarakat” dan status bahasa kebangsaan.
bahasa Indonesia dan
bahasa Melayu juga politik bahasa, iaitu
dijadikan bahasa
pengantar di sekolah. perjuangan bahasa dan
politik berjalan serentak.
BAHASA
MELAYU
DALAM SISTEM
PENDIDIKAN
LAPORAN BARNES 1951
Satu jawatankuasa yang Laporan ini telah Cadangan laporan ini
ditubuhkan oleh L. J. mengemukakan cadangan adalah menubuhkan
Barnes ditubuhkan radikal, iaitu menghapuskan sekolah dwibahasa
sekolah vernakular yang
bertujuan untu mengkaji manakala bahasa
dan memperbaik menggunakan bahasa pengantar ialah bahasa
ibunda sebagai bahasa
Pendidikan orang Melayu. Melayu dan bahasa
pemgantar. Inggeris.
Sekolah Melayu, Cina, dan Subjek Jawi digantikan dengan
Tamil ditukar secara pengajaran agama untuk meringankan
beransur-ansur kepada beban ibu bapa yang terpaksa
Sekolah Kebangsaan. menghantar anak mereka ke sekolah
agama pada waktu petang kerana
pengajaran agama agama tidak diajar
pada waktu persekolahan.
LAPORAN BARNES 1951
Kerajaan dalam Orang Melayu Manakala orang Cina
Laporan Barnes berpendapat bahawa pula berpendapat
akan memberi bahawa sistem ini
pendidikan secara sistem yang akan menjejaskan
percuma selama digunakan Laporan
bahasa dan mereka.
enam tahun. ini lebih
mementingkan
bahasa Inggeris.
Orang India pula meminta Tentangan ini
pihak kerajaan supaya kemudiannya
mengkaji semula membawa kepada
munculnya Laporan
kedudukan sekolah Tamil.
Perkara ini Berjaya Fenn-Wu.
mendapat perhatian
kerajaan Inggeris.
Jawatankuasa ini ditubuhkan di bawah Jawatankuasa ini mengkaji potensi
pimpinan Dr. W. P. dan Dr Wu The Yao. Dr sekolah Cina di Tanah Melayu.
Masyarakat Cina berpendapat
W. P. Fenn yang merupakan pakar bahawa Laporan Barnes akan
Pendidikan dari Amerika Syarikat. menjejaskan bahasa dan budaya
Manakala Dr. Wu Teh Yao ialah pengawai mereka.
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.
Laporan ini turut berusaha untuk LAPORAN FENN-WU Laporan ini juga
memperkasakan sekolah-sekolah mencadangkan agar
vokasional dan menyediakan buku menghapuskan pengaruh
teks yang menggambarkan kecintaan politik serta campur tangan
terhadap Tanah Melayu. Perkara ini
adalah bagi membezakan buku teks masyrakat dalam
yang ditulis dalam bahasa Cina. pentadbiran sekolah.
Laporan ini menjelaskan bahawa Selain itu, orang Cina juga menyokong
orang Cina menentang sebarang supaya sistem persekolahan majmuk
usaha penurunan taraf bahasa dikekalkan dan memberi pengiktirafan
terhadap bahasa Cina selain bahasa
Cina ke peringkat yang lebih
rendah. Melayu dan bahasa Inggeris.
ORDINAN PELAJARAN 1952
Ordinan ini adalah Kedua-kedua Ordinan ini juga
bertujuan untuk laporan ini digubal untuk
mengkaji cadangan didakwa ingin memajukan lagi
Laporan Barnes dan memusnahkan bidang pendidikan
Laporan Fenn-Wu di Tanah Melayu
serta mencari satu bahasa dan
tradisi budaya mengikut
jalan tengah yang orang Cina di kesesuaian masa.
baik. Tanah Melayu.
Ordinan ini Bahasa Cina dan
menetapkan bahasa Tamil
bahawa sekolah
kebangsaan merupakan bahasa
sebagai corak ketiga namun tidak
menjadi sebahagian
sistem
persekolahan. daripada sistem
persekolahan
kebangsaan.
PERNYATA RAZAK 1956 SEJARAH PENUBUHAN
1. Semasa pilihan raya 1955, Parti Perikatan
yang terdiri daripada UMNO, MCA, dan MIC
telah dipilih untuk memerintah negara.
2. Untuk memenuhi manifiesto, sistem
pendidikan yang sama untuk semua
penduduk segera ditubuhkan iaitu
Jawatankuasa Pendidikan 1956.
3. Jawatankuasa ini dipengerusikan oleh Dato’
Abdul Razak Hussein sebagai Menteri
Pelajaran pada masa itu.
CADANGAN PENYATA RAZAK 1956
1. Persamaan sukatan pelajaran untuk semua sekolah di Tanah Melayu.
2. Bahasa Melayu sebagai bahasa Bahasa Pengantar utama.
3. Bahasa Melayu dan Inggeris wajib digunakan di semua sekolah rendah dan
menengah.
4. Sekolah rendah ditukar kepada Sekolah Kebangsaan dan bahasa Melayu
sebagai Bahasa Pengantar. Sekolah Jenis Kebangsaan boleh menggunakan
bahasa ibunda masing-masing.
5. Penubuhan satu jenis sekolah sahaja untuk semua kaum.
6. Guru-guru sekolah menengah dan rendah hendaklah mereka yang
berkelayakan sahaja.
7. Semua guru diletakkan di bawah perkhidmatan professional dan penubuhan
Jemaah Nazir Persekutuan.
8. Sekolah dikelolakan oleh Penguasa Pelajaran tempatan.
9. Sistem persekolahan peringkat menengah terdapat tiga bahagian iaitu Sekolah
Menengah Rendah (SMR). Sekolah Menengah Atas (SMA) dan Prauniversiti
(Pra-U).
PENGENALAN
BAHASA
MELAYU
MODEN
KONSEP BAHASA MELAYU MODEN
Bahasa Melayu moden merujuk bahasa yang digunakan pada abad ke-19
sehingga kini. Bahasa ini berkembang selari dengan penguasaan negara-negara
Eropah di Asia Tenggara. Bahasa Melayu moden adalah sambungan daripada
bahasa Melayu Klasik namun bahasa ini menerima pengaruh Inggeris yang sangat
kuat. Namun bahasa ini tidak menerima sebarang sistem pembentukan bahasa
Inggeris dan tidak juga mengetepikan bahasa Arab dan bahasa Sanskrit yang
digunakan sebelum ini. bahasa Melayu Moden giat berkembang selepas Tanah
Melayu mendapatkan kemerdekaan iaitu pada tahun 1957. Pada ketika itu, bahasa
Melayu dijadikan sebagai bahasa kebangsaan menurut Perkara 152
Perlembagaan Malaysia. Selain itu, bahasa Melayu juga berfungsi sebagai bahasa
rasmi, bahasa pentadbiran, bahasa perhubungan umum, bahasa pengantar dan
bahasa ilmiah di setiap sekolah dan institusi pengajian tinggi. Perancangan
mengenai bahasa dilakukan oleh pihak Dewan Bahasa dan Pustaka.
DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA (DBP) SEJARAH PENUBUHAN
1. Ditubuhkan pada 22 Jun 1956 sebelum Tanah
Melayu mencapai kemerdekaan.
2. DBP ditubuhkan di Johor Bahru hasil daripada
resolusi Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu ke-
3.
3. Penubuhan DBP pada mulanya bertaraf kerajaan
namun bertukar kepada badan berkanun setelah
diluluskan oleh Akta Dewan Bahasa dan Pustaka
pada tahun 1959.
4. DBP mempunyai kuasa automi untuk menggubal
dasar-dasar khusus, membina, serta
mengembangkan bahasa dan sastera menurut
kebijaksanaanya.
5. DBP diletakkan di bawah Kementerian Pendidikan
Malaysia.
PERANAN DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA
1. Matlamat DBP menurut Akta DBP (Semakan 1978 Pindaan dan Perluasan
1995) ialah membina dan memperkayakan bahasa kebangsaan dalam semua
bidang termasuklah bidang sains dan teknologi.
2. DBP juga berfungsi untuk mengembangkan bakat-bakat sastera dalam
kalangan rakyat di negara ini khususnya dalam bahasa kebangsaan.
3. DBP juga berperanan dalam menerbitkan dan mencetak buku, majalah, risalah,
dan kesusasteraan lain dalam bahasa kebangsaan dan bahasa-bahasa lain
juga.
4. DBP juga berperanan membakukan ejaan dan sebutan bahasa Melayu dan
membentuk pelbagai istilah yang sesuai dalam bahasa kebangsaan.
5. DBP juga menggalakkan orang ramai untuk menggunakan bahasa kebangsaan
yang betul secara meluas bagi segala maksud mengikut undang-undang yang
sedang berkuat kuasa.
KERJASAMA SERANTAU DALAM
MEMARTABATKAN BAHASA MELAYU
1. Untuk memartabatkan bahasa Melayu di peringkat serantau, telah wujud
pelbagai jalinan Kerjasama dijalankan bersama untuk memperkukuh
bahasa Melayu
2. Seperti penubuhan Majlis Antarabangsa Bahasa Melayu (MABM), Majlis
Bahasa Brunei Darulssalam-Indonesia-Malaysia (MABBIM), Majlis Sastera
Asia Tenggara (MASTERA), Jaringan Pustaka dan Forum Kerjasama
Penerbitan Serantau (FOKEPS).
3. Kesemua jaringan berikut diwujudkan untuk mengangkat bahasa Melayu ke
tahap yang lebih tinggi.
USAHA • Pusat pengajian Melayu ditubuhkan pada tahu 1876 di
MENGANTARABANG Leiden, Belanda dan masih diiktiraf sehingga kini.
SAKAN BAHASA • Penubuhan Kursi Pengajian Melayu di Eropah yang mana
MELAYU DI telah menempatkan seorang Profesor di Universiti Leiden.
BEBERAPA BENUA • Penubuhan Kursi adalah untuk mempertingkatkan bahasa
NEGARA Melayu di Eropah dan mengembangkan lagi kajian sastera
Melayu di Eropah. Ia juga bertujuan untuk mengembangkan
bahasa, budaya Melayu dan mempromosikan pengetahuan
dalam pelbagai bidang mengenai bahasa Malaysia dan
Dunia Melayu.
• Kursi Pengajian Melayu telah ditubuhkan di Universiti
Victoria, Wellington, New Zealand pada tahun 1995. Kursi
Pengajian Melayu turut ditubuhkan di Universiti Pengajian
Asing Beijing, China dan seorang Profesor ditempatkan
disitu pada tahun 2008.
Mengukuhkan Merangsang minat para
kerjasama antara Dunia pengkaji yang berminat dalam
Melayu dan Eropah. bidang berkaitan Dunia
Melayu dan budaya Melayu.
Ia akan mencetuskan
iklim sosioekonomi Bahasa, sastera, dan budaya
yang lebih teratur. Melayu akan berkembang
dengan lebih jelas di
peringkat antarabangsa.
MAJLIS SEJARAH PENUBUHAN:
ANTARABAN
GSA BAHASA • MABM dilancarkan pada 20 Ogos 2000 iaitu serentak
dengan sidangnya yang pertama yang dihadiri oleh
MELAYU wakil dari 20 buah negara.
(MABM)
• Majlis ini bertujuan untuk menyelaras semua aktivii
yang menjurus kepada pembinaan dan pengembangan
bahasa Melayu di peringkat antarabangsa dan turut
menaungi jawatankuasa bahasa pada pelbagai
peringkat.
• Sidang pertama berlangsung pada 21-23 Ogos 2000,
antara negara yang menghantar wakil ialah Belanda,
China, India, Jepun dan sebagainya.
• Malaysia merupakan tuan rumah sidang. Wakil negara
membentangkan laporan perkembangan pengajian
Melayu atau pengajaran bahasa Melayu di negara
masing-masing.
MAJLIS TUGAS:
ANTARABAN
GSA BAHASA • Menyelaras aktiviti kebahasaan yang berkaitan dengan
matlamat pengembangan bahasa Melayu pada peringkat
MELAYU antarabangsa.
(MABM)
• Pembinaan bahasa yang dilakukan oleh MABM mencakupi
aspek penyelidikan Bersama pelbagai institusi dan agensi
dalam bidang bahasa Melayu. Menganjurkan program
seperti pertukaran tenaga dan pelajar baharu.
• Penyelarasan penyelidikan tentang pelbagai aspek
linguistik dan persuratan Melayu di semua pusat pengajian
Melayu. Penyediaan Sukatan Kursus Bahasa Melayu untuk
penutur asing.
MAJLIS BAHASA SEJARAH PENUBUHAN:
BRUNEI
• Ia merupakan gabungan tiga negara Brunei, Malaysia, dan
DARUSSALAM- Indonesia.
INDONESIA-
MALAYSIA • Ia dibentuk pada 4 November 1985 apabila Brunei mula
(MABBIM) menyertai kerjasama kebahasaan.
• Dengan gabungan negara Brunei, satu piagam yang
memberikan takrif tujuan dan fungsi MABBIM digubal dan
dipersetujui bersama.
• MABBIM menjadi tapak langsung kerjasama kebahasaan
pada peringkat ASEAN, khususnya dalam bidang
penyelarasan peristilahan.
• Hasil daripada piagam ini, penyeragaman ejaan antara
negara anggota diisytiharkan pada 16 Ogos 1972, dengan
itu lahirlah Pedoman Ejaan Rumi Bahasa Rumi Bahasa
Melayu dan Pendoman Ejaan Rumi Bahasa Melayu pada
1981 dan Pendoman Transliterasi Huruf Arab ke Huruf Rumi
pada 1984.
MAJLIS BAHASA TUGAS:
BRUNEI
• Menerbitkan jurnal yang tersendiri iaitu
DARUSSALAM- Rampak Serantau yang diterbitkan
INDONESIA- setahun sekali oleh negara anggota
MALAYSIA secara bergilir-gilir.
(MABBIM)
• Kini jurnal ini boleh dilayari oleh orang
awam di bawah laman sesawang
Dewan Bahasa dan Pustaka.
MAJLIS SEJARAH PENUBUHAN:
SASTERA
• Ia merupakan sebuah majlis yang ditubuhkan untuk
ASIA
TENGGARA merancang dan memantau perkembangan sastera pada
(MASTERA)
peringkat nasional.
• Ia dianggotai oleh tiga negara iaitu Brunei, Indonesia, dan
Malaysia pada 25 Ogos 1996.
• Ia diputuskan sebagai sebuah majlis serantau yang
mewakili Lembaga pemerintah atau kerajaan setiap
negara anggota.
• Keanggotaannya turut terdiri daripada tiga kelompok
negara ahli dan negara pemerhati.
• Pada 17 Oktober 2012 Singapura secara rasminya
menjadi ahli MASTERA.
• Pada mulanya Singapura adalah negara pemerhati.
• Kini Thailand turut menyertai MASTERA.
MAJLIS TUGAS:
SASTERA
• Membina dan mengembangkan sastera bahasa
ASIA Melayu/Indonesia.
TENGGARA
(MASTERA) • Mengenal pasti karya sastera yang bermutu tinggi dalam
pelbagai genre bagi membolehkannya diterjemahkan ke
dalam bahasa negara anggota dan negara pemerhati.
• Memberi pengiktirafan bertaraf dunia kepada penulis
yang berjaya menghasilkan karya sastera bermutu tinggi.
• Urus setia MASTERA di Malaysia
dipertanggungjawabkan kepada DBP. Brunei pula
berada di bawah Dewan Bahasa di negara tersebut.
Manakala MASTERA Indonesia pula diletakkan di bawah
sekreatariatnya di Jakarta.
FORUM SEJARAH PENUBUHAN:
KERJASAMA • FOKEPS telah lama diilhamkan melalui satu
PENERBITAN
SERANTAU memorandum persefahaman yang telah dijalinkan
antara DBP dengan Balai Pustaka.
(FOKEPS) • Memorandum tersebut telah ditandatangani pada 21
Ogos 1995.
• FOKEPS mila ditubuhkan pada 15 Mac 2001
TUGAS:
• Memasarkan penerbitan buku yang telah dihasilkan
dan diterbitkan di negara angggota untuk dipasarkan di
negara serantau.
• Forum ini turut berfungsi sebagai sebuah rangkaian
kerjasama, melaksankan, dan memantau aktiviti
penerbitan karya bahasa Melayu/Indonesia pada
peringkat serantau.