The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Art Noq, 2023-03-02 05:22:19

Cara Penggunaan Meter Pelbagai

Cara Penggunaan Meter Pelbagai

KANDUNGAN Perakuan i Penghargaan ii Penafian iii 1 Pengenalan Kepada Meter Pelbagai 1 1.1 Meter Pelbagai Analog 2 1.2 Meter Pelbagai Digital 3 1.3 Fungsi-fungsi Meter Pelbagai 4 1.4 Prob Meter Pelbagai 5 2 Meter Pelbagai Analog 9 2.1 Bahagian Utama meter Pelbagai Analog 10 2.2 Pengukuran Arus Terus (DCA) 15 2.3 Pengukuran Voltan Arus Terus (DCV) 22 2.4 Pengukuran Voltan Ulang Alik (ACV) 27 2.5 Pengukuran Rintangan (R) 33 3 Meter Pelbagai Digital 38 3.1 Bahagian Utama meter Pelbagai Digital 39 3.2 Di Awal Penggunaan Meter Pelbagai Digital 41 3.3 Pengukuran Voltan Arus Terus (DCV). 43 3.4 Pengukuran Voltan Arus Ulang-Alik (ACV). 47 3.5 Pengukuran Arus Terus (DCA) 51 3.6 Pengukuran Arus Ulang-Alik (ACA) 54 3.7 Pengukuran Rintangan (R) 56 3.8 Pengujian Diod 59 3.9 Pemeriksaan Keterusan 61


KANDUNGAN 3.10 Pengukuran Kemuatan 63 4 Langkah Penjagaan 68 4.1 Penjagaan meter pelbagai 69 4.2 Penyelenggaraan 69 4.3 Keselamatan dan langkah berjaga-jaga 70 4.4 Simbol-simbol keselamatan dan berkaitan 71


Pengenalan BAB SATU


PENGENALAN KEPADA METER PELBAGAI BAB SATU 2 PENGENALAN KEPADA METER PELBAGAI Meter Pelbagai atau dalam bahasa Inggerisnya Multimeter merupakan satu peranti yang sangat berguna dan sinonim dengan dunia elektronik. Ianya berkemampuan untuk membaca bacaan-bacaan nilai seperti Voltan, Arus dan juga nilai rintangan. Penggunaannya sangat meluas terutamanya dalam mencari punca masalah dalam litar atau Troubleshooting. Terdapat berbagai-bagai jenis meter pelbagai dipasaran, namun begitu di dalam buku ini kita hanya akan membincangkan dua jenis meter pelbagai mudah alih iaitu Meter Pelbagai Analog (Analog Multimeter) dan juga Meter Pelbagai Digital (Digital Multimeter). 1.1 Meter Pelbagai Analog Meter Pelbagai analog adalah peranti pengukuran yang mana kaedah pembacaan hasil nilai-nilai bacaan adalah secara manual. Ia adalah dengan cara menghitung nilai-nilai bacaan tadi berdasarkan kedudukan yang ditunjukkan oleh mata jarum penunjuk daripada meter pelbagai tadi.


PENGENALAN KEPADA METER PELBAGAI BAB SATU 3 Rajah 1.0 : Contoh Meter Pelbagai Analog dan paparannya. 1.2 Meter Pelbagai Digital Meter Pelbagai Digital pula adalah peranti pengukuran dengan kaedah pembacaan nilai-nilai bacaan terus dibaca secara automatic seperti yang tertera pada skrin LCD pada meter tersebut.


PENGENALAN KEPADA METER PELBAGAI BAB SATU 4 Rajah 1.1: Contoh Meter Pelbagai Digital 1.3 Fungsi-fungsi Meter Pelbagai Di antara fungsi-fungsi Meter Pelbagai yang selalu dipakai atau digunakan adalah seperti pengukuran Voltan Arus Ulang-alik (Vac), Voltan Arus Terus (Vdc), Arus dan juga Rintangan. Jadi ini seolah-olah dalam satu Meter Pelbagai ini merangkumi banyak fungsi peranti pengukuran yang lain seperti Voltmeter AC, Voltmeter DC, Ampere meter dan juga Ohm meter.


PENGENALAN KEPADA METER PELBAGAI BAB SATU 5 Namun begitu, terdapat juga Meter Pelbagai di pasaran yang mempunyai fungsi-fungsi tambahan seperti : a) Penguji Diod (Diode Tester) b) Penguji Transistor (Transistor Tester) c) Penguji Penyambungan Litar (Continuity Tester) d) Meter Kemuatan (Capacitance Meter) 1.4 Prob Meter Pelbagai Meter Pelbagai mesti digunakan bersama-sama dengan Prob yang menghubungkan antara litar ataupun barang ujian yang mahu dibuat pengukuran dengan badan meter pelbagai.Prob-prob ini mestilah digunakan dengan dua terminal yang kebiasaannya dibezakan dengan dua warna iaitu MERAH dan HITAM. Terdapat banyak jenis prob-prob tersebut dan bergantung kepada kesesuaian kaedah untuk kita mengambil bacaan pengukurannya. Antara jenis-jenis prob yang biasa digunakan adalah seperti: a) Prob Banana Jack –to-Test Pin: Prob ini sangat popular dan selalu digunakan kerana kita dapat mengambil ukuran dengan cepat. Kita hanya perlu meletakkan Test Pin prob tadi kepermukaan atau pin yang mahu diambil bacaan.Kelemahan prob jenis ini adalah kita perlu memegang kedua-dua prob ini semasa pengukuran


PENGENALAN KEPADA METER PELBAGAI BAB SATU 6 dibuat. Kebiasaannya prob jenis ini digunakan bagi mengambil pengukuran Voltan di dalam litar. Rajah 1.2: Prob Banana Jack to Test pin b) Prob Banana Jack –to-Crocodile Clip : Prob jenis ini pula amat sesuai bagi menyambungkan prob kepada tempat pengukuran berjenis wayar atau terminal pin yang besar seperti pada litar breadboard. Melalui penggunaan prob jenis ini kita tidak perlu memegang prob-prob ini semasa kita mengambil pengukuran pada litar. Dengan itu kita hanya perlu menyepit terminal klip buaya pada prob tadi kepada terminal pin yang akan dibuat pengukuran.


PENGENALAN KEPADA METER PELBAGAI BAB SATU 7 Rajah 1.3: Prob Banana Jack to Crocodile Clip c) Prob Banana Jack –to – Tweezer Clip : Secara am nya, prob jenis ini digunakan bagi memudahkan pengukuran komponen-komponen SMD (Surface Mount Devices) yang kecil. Kebiasaannya ia selalu digunakan bagi mengukur nilai rintangan pada perintang SMD atau nilai kapasitan pada kapasitor SMD. Cara


PENGENALAN KEPADA METER PELBAGAI BAB SATU 8 penggunaannya adalah kita hanya perlu menyepit komponen-komponen SMD dengan memastikan pin prob tadi menyentuh kedua-dua terminal komponen tadi. Rajah 1.4 : Prob Banana Jack to Tweezer Clip Rajah 1.5 : Contoh Komponen elektronik SMD yang berlainan saiz


Meter Pelbagai Analog BAB DUA


METER PELBAGAI ANALOG BAB DUA 10 METER PELBAGAI ANALOG 2.1 BahagianUtama Meter Pelbagai Sebelum kita boleh membaca meter, adalah penting bagi kita mengenali dan mengetahui bentuk fizikal serta komponen-komponen asas yang ada pada sebuah meter pelbagai. Rajah 2.1: ContohBentukFizikalSebuah Meter Pelbagai Analog 1 2 3 4 5 8 7 6 9


METER PELBAGAI ANALOG BAB DUA 11 Fungsi setiap komponen: 1. Penuding/Jarum penunjuk (Pointer) Menunjukkan nilai sesuatu ukuran yang dibuat. 2. Julat skala (Range scale) Digunakan untuk memilih julat pengukuran yang sesuai 3. Suis Pemilih (Range selector ) Digunakan untuk memilih jenis pengukuran yang sesuai (contoh; arus, voltan dan rintangan) 4. Terminal pengukuran – COM (Measuring terminal–COM) Tempat untuk menyambung probe meter negatif. 5. Skala bacaan (Scale reading) Skala yang dirujuk bagi mewakili nilai pengukuran yang dibuat (Pointer akan bergerak ke arah nilai yang sesuai pada skala bacaan bergantung pada nilai yang diukur). 6. Pelaras zero ‘0’ (Zero corrector) Digunakan untuk membetulkan kedudukan pointer (Pointer seharusnya akan sentiasa menunjuk ke arah nilai kosong (0). 7. Pelaras 0 Ω (0 Ω adjusting) Digunakan untuk melaras jarum penunjuk kepada 0 Ω (sebelum mengukur rintangan adalah penting bagi seorang juruteknik bagi menentukur meter agar ianya berada pada nilai 0 Ω.


METER PELBAGAI ANALOG BAB DUA 12 8. Terminal pengukuran + (Measuring terminal +) Tempat untuk menyambung probe meter positif. 9. Prob / Test Lead Meter Untuk menyentuh titik/kawasan yang hendak diuji. Apa Yang Perlu Dilakukan Sebelum Memulakan Pengukuran? Berikut adalah langkah-langkah yang PERLU dibuat sebelum sesuatu pengukuran menggunakan meter pelbagai dilakukan : Langkah 1 Pasangkan ‘probe/test leads’ pada meter. Probe berwarna merah pada + jack dan warna hitam pada –COM jack. Langkah 2 Semak jarum penunjuk. Untuk meter yang telah ditentukur dengan baik, jarum penunjuk akan menunjukkan nilai 0 (nilai 0 yang dimaksudkan berada di sebelah kiri meter).


METER PELBAGAI ANALOG BAB DUA 13 Langkah 3 Sekiranya jarum penunjuk tidak berada pada nilai ‘0’, laraskan jarum penunjuk pada ‘pelaras zero’ sehingga berada pada nilai yang sepatutnya iaitu dengan menggunakan pena ujian (Test Pen). Rajah 2.2: UntukLangkah 2 danLangkah 3 Langkah 2 : Jarum penunjuk ditentukur supaya berada pada nilai ‘0’ Langkah 3 : Pelaras Zero (‘0’)


METER PELBAGAI ANALOG BAB DUA 14 Langkah 4 Untuk pengukuran rintangan, pelarasan kosong (‘0’) perlu dilakukan setiap kali julat yang digunakan berubah. Rajah 2.3 : Julat-julat Rintangan Langkah 4 : Pelarasan dibuat setiap kali julat


METER PELBAGAI ANALOG BAB DUA 15 Seperti yang telah dibincangkan sebelum ini, meter pelbagai boleh digunakan untuk membuat beberapa jenis pengukuran. Sebagaicontoh : a) PengukuranArusTerus (DCA) b) Pengukuran voltan Arus Terus (DCV) c) Pengukuranvoltan AC (ACV) d) Pengukuranrintangandan e) Pengujian transistor (tidak semua meter pelbagai mempunyai fungsi ini). 2.1 Pengukuran Arus Terus (DC A) i. Tetapkan Suis Pemilih pada julat skala DC A. Rajah 2.4: PengukuranArusTerus Putarkan sehingga berada pada julat skala DC A Julat DC A


METER PELBAGAI ANALOG BAB DUA 16 ii. Pilih nilai julat yang tertinggi ( ini bagi mengelakkan kerosakan pada meter ) – nilai tertinggi meter seperti Rajah 2.5 Rajah 2.5: Memilih JulatTertinggi (DC A) Pilih julat tertinggi


METER PELBAGAI ANALOG BAB DUA 17 iii. Sambungkan meter sesiri dengan cabang yang hendak diukur. Rajah 2.6: Sambungan Sebenar Meter Pelbagai Pada Litar Sesiri


METER PELBAGAI ANALOG BAB DUA 18 Rajah 2.7: Sambungan Sebenar Meter Pelbagai Pada Litar Selari


METER PELBAGAI ANALOG BAB DUA 19 iv. Hidupkan bekalan kuasa litar, sekiranya jarum penunjuk tidak menunjukkan sebarang bacaan ( jarum tidak bergerak), rendahkan ke julat nilai seterusnya (PERHATIAN: Julat direndahkan langkah demi langkah. Jangan langkau setiap julat yang ada). v. Sekiranya jarum penunjuk bergerak dan menunjukkan nilai bacaan yang mudah dibaca, pada kebiasaannya julat yang digunakan itu adalah betul. Oleh itu bacaan bolehlah diambil. vi. Secara amnya untuk membaca nilai bagi pengukuran DC A, skala bacaan yang digunakan ialah pada bahagian yang ditanda dengan DC A (biasanya ditulis dengan warna ‘hitam’).


METER PELBAGAI ANALOG BAB DUA 20 Rajah 2.8: Cara Baca Arus Pada DCV 1 2 3


METER PELBAGAI ANALOG BAB DUA 21 vii. Untuk memudahkan penerangan bagaimana mendapatkan nilai bacaan arus, rujuk pada bulatan yang berwarna merah di rajah 2.8: - Julat yang digunakan ialah 30m. - ini bermakna nilai arus tertinggi yang boleh diukur ialah 30mA. - Sekarang julat DC A meter kita ialah dari ’0 ~ 30mA’. - Pada meter (DCA) nilai yang tertera ialah 300 (0 ~ 300mA). - Seperti yang telah diterangkan pada (1) tadi, nilai maksimum ialah 30mA sahaja. - Oleh itu, bagi mendapatkan nilai setara dengan julat yang digunakan maka nilai 300 tadi hendaklah ditukar kepada 30 (dengan lain perkataan anggapkan 300 = 30) - Nilai yang ditunjukkan oleh jarum penunjuk ialah 100. - Pada langkah (2) kita telah anggapkan skala meter kita ialah dari ’0 ~ 30’. - Oleh itu bagi nilai 100 bacaan yang sepatutnya ialah 10mA. 2 3 1


METER PELBAGAI ANALOG BAB DUA 22 2.2 Pengukuran Voltan Arus Terus (DCV). i. Tetapkan Suis Pemilih pada julat skala DC V. Rajah 2.9: Skala bacaan DC V ii. Pilih nilai julat yang tertinggi ( ini bagi mengelakkan kerosakan pada meter ) Julat DC V Putarkan sehingga berada pada julat skala DC A Pilih julat tertinggi


METER PELBAGAI ANALOG BAB DUA 23 iii. Sambungkan meter selari dengan beban yang hendak diukur. Rajah 2.10: Meter Disambung Selari Dengan Beban


METER PELBAGAI ANALOG BAB DUA 24 iv. Rendahkan julat langkah demi langkah sehingga mendapat nilai yang mudah dibaca. Untuk contoh ini julat yang sesuai ialah 12DCV Rajah 2.8: Pemilihan Julat Meter Yang Sesuai Rajah 2.11: Rendahkan Julat ke Skala yang Sesuai v. Untuk membaca nilai yang diukur, rujuk pada skala DC AC V. (Peringatan: Pastikan sentiasa gunakan skala yang betul bagi mengelakkan ralat bacaan). Julat yang sesuai ialah 12 DCV


METER PELBAGAI ANALOG BAB DUA 25 Rajah 2.12: Cara Baca Voltan Pada Skala DCV 1 2 3


METER PELBAGAI ANALOG BAB DUA 26 viii. Untuk memudahkan penerangan bagaimana mendapatkan nilai bacaan voltan AT, rujuk pada bulatan yang berwarna merah dalam rajah 2.12: - Julat yang digunakan ialah 12 DCV. - Ini bermakna nilai voltan tertinggi yang boleh diukur ialah 12V. - Sekarang julat DC A meter kita ialah dari ’0 ~ 30mA’. - Rujuk skala DC AC V (telah diterangkan tadi) nilai yang ada ialah 300 (0 ~ 300V) dan 12 (0 ~ 12V). Manakah skala yang perlu dibaca? - Oleh kerana julat yang kita pilih pada langkah iv ialah 12 DCV maka skala yang perlu kita rujuk ialah pada skala 12 ( 0 ~ 12V). - Tadi kita sudah kenalpasti julat dan skala meter bagi DCV iaitu dari ’0 ~ 12V’. - Disebabkan skala meter ini terbahagi kepada 6 petak (ditunjukkan dalam lakaran bulatan merah). Maka setiap petak mewakili 2V. - Jarum meter menunjukkanpadanilai 7.2 - Oleh itu voltan AT yang diukur ialah 7.2V. 2 3 1


METER PELBAGAI ANALOG BAB DUA 27 2.3 Pengukuran Voltan Ulang Alik (ACV) i. Tetapkan Suis Pemilih pada julat skala AC V. Rajah 2.13: Skala Bagi Pengukuran AC V ii. Pilih nilai julat yang tertinggi ( ini bagi mengelakkan kerosakan pada meter). iii. Sambungkan meter selari dengan beban yang hendak diukur. Julat AC V Putarkan sehingga berada pada julat skala AC V Pilih julat tertinggi


METER PELBAGAI ANALOG BAB DUA 28 Rajah 2.14: Meter DisambungSelariDenganBeban iv. ONkan bekalan kuasa AC. Rendahkan julat langkah demi langkah sehingga mendapat nilai yang mudah dibaca. Untuk contoh ini, julat yang sesuai ialah 30ACV.


METER PELBAGAI ANALOG BAB DUA 29 Rajah 2.15: Pemilihan Julat Meter Yang Sesuai Julat yang sesuai ialah 30 ACV


METER PELBAGAI ANALOG BAB DUA 30 v. Untuk ACV ada dua skala bacaan yang perlu dipertimbangkan iaitu: a) Skala bacaan DC AC V – untuk julat 30, 120, 300 dan 1200ACV. b) Skala bacaan AC 6V – untuk julat 6 ACV sahaja. (Peringatan: Pastikan sentiasa gunakan skala yang betul bagi mengelakkan ralat bacaan). Rajah 2.16 : Skala Bacaan Pada Julat ACV vi. Disebabkan julat yang dipilih ialah 30ACV maka kita gunakan skala bacaan pada DC AC V (telah diterangkan pada langkah v). Untuk julat 30, 120, 300 dan 1200. Untuk julat 6ACV sahaja


METER PELBAGAI ANALOG BAB DUA 31 Rajah 2.17: Cara Baca Voltan Pada Julat ACV 1 2 3


METER PELBAGAI ANALOG BAB DUA 32 - Julat yang digunakan ialah 30 ACV. - Ini bermakna nilai voltan tertinggi yang boleh diukur ialah 30V. - Oleh itu, julat yang sepatutnya kita guna ialah dari 0 ~ 30V. - Skala bacaan yang perlu dibaca bagi pengukuran AC V (Rujuk pada skala DC AC V). - Rujuk skala DC AC V, nilai yang ada ialah 300 (0~300V) dan 12 (0 ~ 12V). Manakah skala yang perlu dibaca? - Oleh kerana julat yang kita pilih pada langkah iv ialah 30ACV maka skala yang perlu kita rujuk ialah pada skala 300 ( 0 ~ 300V). - Disebabkan oleh nilai maksimum julat ialah 30V maka skala 0 ~ 300 perlu ditukar kepada 0 ~ 30. - Sekarang julat DC AC V meter kita ialah dari 0 ~ 30V. - Tadi kita sudah kenalpasti julat dan skala meter bagi ACV iaitu dari ’0 ~ 300V’. - Sekali lagi kita lihat skala meter ini terbahagi kepada 6 bahagian yang mewakili 5V setiap bahagian sehingga 30V. - Jarum meter menunjukkan pada nilai 125. - Oleh itu nilai Voltan AC yang diukur ialah 12.5Vac. 2 3 1


METER PELBAGAI ANALOG BAB DUA 33 2.4 Pengukuran rintangan Pengukuran rintangan adalah jauh berbeza berbanding dengan pengukuran arus serta voltan. Ini kerana pengukuran rintangan akan mengukur perintang tanpa menggunakan sebarang voltan bekalan kuasa. Langkah-langkah untuk mengukur rintangan: i. Tetapkan suis pemilih pada julat rintangan ( bertanda Ω ). Rajah 2.18: Julat Pengukuran Rintangan ii. Tetapkan julat yang tertinggi. Walaupun kesalahan memilih julat tidak kritikal sepertimana pengukuran arus dan voltan tetapi adalah Putarkan sehingga berada pada julat skala Ω Julat Ω


METER PELBAGAI ANALOG BAB DUA 34 suatu amalan yang baik sekiranya pemilihan julat tertinggi diamalkan dalam pengukuran. iii. Laraskan jarum penunjuk pada nilai kosong (’0’) dengan memintaskan probe merah dan hitam. (Perhatian: Langkah ini perlu dilakukan setiap kali julat diubah) iv. Letakkan probe meter pada cabang yang hendak diukur. Rajah 2.19: Probe Meter Pada Perintang Siri A B A & B ialah point yang hendak diukur bagi litar perintang.


METER PELBAGAI ANALOG BAB DUA 35 v. Untuk rintangan, skala bacaan yang perlu dirujuk ialah pada yang bertanda Ω. Rajah 2.20: Skala Bacaan Pengukuran Rintangan vi. Bagaimana untuk membaca nilai rintangan? a) Baca nilai yang ditunjukkan oleh jarum penunjuk pada skala bacaan Ω. b) Kenalpasti rintangan pendarab. c) Darabkan nilai yang diperolehi dengan rintangan pendarab. Skala bacaan pengukuran rintangan


METER PELBAGAI ANALOG BAB DUA 36 Rajah 2.21: Contoh bacaan Pengukuran Rintangan 1 2


METER PELBAGAI ANALOG BAB DUA 37 - Nilai pada skala bacaan – 12.5 - Rintangan pendarab – X100 - Darabkan nilai yang diperolehi dengan rintangan pendarab : 12.5 X 100 = 1250 Ω @ 1.25K Ω - Oleh itu nilai rintangan yang diukur ialah 1250 Ω @ 1.25K Ω 2 1


Meter Pelbagai Digital BAB TIGA


METER PELBAGAI DIGITAL BAB TIGA 39 3.1 BAHAGIAN UTAMA METER PELBAGAI DIGITAL Seperti Meter Pelbagai Analog juga, Meter Pelbagai Digital (DMM) juga mempunyai Julat Skala (Range Scale), Suis Pemilih (Range Selector) dan juga Terminal Pengukuran COM dan +. Tetapi yang membezakan antara dua jenis Meter Pelbagai tersebut adalah Meter Pelbagai Digital mempunyai paparan digital daripada LCD yang terus akan memaparkan nilai-nilai bacaan sesuatu pengukuran. Walaubagaimana pun terdapat berbagai-bagai jenis Meter Pelbagai Digital (DMM) yang berada di pasaran yang mempunyai berbagai jenis rupa dan butang fungsi bergantung kepada pengeluar tersebut. Rajah 3.1 :Contoh Bentuk Fizikal Sebuah Meter Pelbagai Digital 1 2 3 4


METER PELBAGAI DIGITAL BAB TIGA 40 Fungsi setiap komponen: 1. Paparan • Kebiasaannya paparan boleh memaparkan empat (4) digit nombor nilai pengukuran dan juga berkebolehan memaparkan nilai-nilai negatif, sebagai contoh memaparkan nilai voltan negative. 2. SuisPemilih ( Range Selector ) • Membenarkan pengguna meter pelbagai memilih jenis-jenis pengukuran yang akan dibuat seperti pengukuran arus, voltan, keterusan, kemuatan atau rintangan. 3. Prob Negatif • Prob (Hitam) bagi penyambungan kepada terminal negative pada litar. 4. Prob Positif • Prob (Merah) bagi penyambungan kepada terminal positif pada litar..


METER PELBAGAI DIGITAL BAB TIGA 41 3.2 DI AWAL PENGGUNAAN METER PELBAGAI DIGITAL Sebelum kita memulakan pengukuran menggunakan Meter Pelbagai Digital tersebut, adalah amat perlu bagi kita memeriksa terlebih dahulu keadaan meter pelbagai kita bagi mengelakkan sebarang bacaan pengukuran yang tidak tepat. Pada permulaan, kita mesti memeriksa keadaan bateri meter pelbagai yang mana jika terdapat paras bateri yang lemah, satu indikator akan dipaparkan pada paparan LCD meter pelbagai tersebut. Jangan sesekali menggunakan meter pelbagai yang telah rosak atau keadaan prob yang sudah tidak sesuai digunakan. Setelah keadaan meter pelbagai diperiksa dengan keadaan baik, lakukan ujian keterusan (Continuity Test) bagi menguji keterusan meter dan fius. Antara langkah-langkah bagi melakukan ujian keterusan meter adalah : Langkah 1 Putarkan Suis Pemilih kepada fungsi mod keterusan Ω . Langkah 2 Tekan Butang SELECT beberapa kali sehingga indikator simbol keterusan dipaparkan. Langkah 3 Pintaskan Prob Hitam dengan Prob Merah. Jika buzzer berbunyi, menunjukkan keadaaan meter adalah baik dan sedia digunakan, tetapi jika buzzer tidak berbunyi, bermakna meter tersebut rosak dan tidak boleh digunakan.


METER PELBAGAI DIGITAL BAB TIGA 42 Rajah 3.2 : Penetapan suis pemilih pada mod ujian keterusan. Rajah 3.3 : Paparan Simbol Keterusan Langkah 1 Putarkan Suis pemilih kepada fungsi keterusan Langkah 2 Paparan symbol keterusan dipaparkan selepas butang SELECT ditekan beberapa kali.


METER PELBAGAI DIGITAL BAB TIGA 43 Rajah 3.4 : Kedua-dua Probe di pintaskan. 3.3 Pengukuran Voltan Arus Terus (DCV). i. Tetapkan Suis Pemilih pada julat V. Rajah 3.5 : Suis Pemilih pada Julat V (Voltan)


METER PELBAGAI DIGITAL BAB TIGA 44 ii. Seterusnya tekan butan SELECT untuk memilih Arus Terus (a.t.). Rajah 3.6 : Pemilihan Pengukuran Voltan Arus Ulang-alik atau Terus iii. Tekan butang RANGE bagi memilih bagi memilih julat voltan bacaan yang sesuai iaitu samada dalam julat mV jika ramalan bacaan voltan adalah kecil ataupun dalam julat V. Tekan butang SELECT bagi memilih jenis Voltan Pengukuran Simbol paparan bagi Voltan Arus Terus


METER PELBAGAI DIGITAL BAB TIGA 45 iv. Jika kita belum pasti ramalan bacaan voltan pengukuran yang akan diambil, maka setkan julat meter tersebut kepada AUTO iaitu julat meter pelbagai kita adalah disetkan kepada mod automatik. Rajah 3.7 : Pemilihan Julat pada mod Automatik v. Sambungkan meter selari dengan beban yang hendak diukur. Seperti rajah 3.8. Pastikan prob Hitam disambung kepada terminal –ve atau Gnd pada litar, dan prob merah disambung kepada terminal +ve pada litar. Jika keadaan kedua-dua prob ini terbalik, maka nilai bacaan voltan yang akan diukur akan menjadi nilai negatif. vi. Nilai voltan pengukuran terus boleh dibaca pada paparan seperti rajah 3.9. Simbol paparan bagi tetapan mod Automatik


METER PELBAGAI DIGITAL BAB TIGA 46 Rajah 3.8: Meter Disambung Selari Dengan Beban Rajah 3.9: Bacaan Voltan pengukuran 69.8V


METER PELBAGAI DIGITAL BAB TIGA 47 3.4 Pengukuran Voltan Arus Ulang-Alik (ACV). Sama seperti kaedah pengukuran Voltan Arus Terus sepertimana dibincangkan sebelum ini, pengukuran Voltan Arus Ulang-Alik diambil secara selari dengan litar arus ulang-alik. Harus diingatkan supaya memeriksa terlebih dahulu nilai voltan maksima yang boleh ditampung oleh meter pelbagai yang digunakan. Ini adalah bagi mengelakkan meter pelbagai tersebut rosak semasa pengukuran dibuat. Nilai voltan maksima ini boleh diperolehi daripada jadual spesifikasi dalam manual penggunaan meter pelbagai tersebut. Seperti contoh, jika nilai voltan maksima adalah 400Vac, meter pelbagai ini adalah tidak sesuai untuk digunakan bagi membuat pengukuran voltan arus ulang-alik yang bernilai 415Vac. Antara langkah-langkah pengukuran adalah : i. Tetapkan Suis Pemilih pada julat V. Rajah 3.10: Suis Pemilih pada Julat V (Voltan)


Click to View FlipBook Version