The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Art Noq, 2023-03-02 05:22:19

Cara Penggunaan Meter Pelbagai

Cara Penggunaan Meter Pelbagai

METER PELBAGAI DIGITAL BAB TIGA 48 ii. Seterusnya tekan butan SELECT untuk memilih Voltan Arus Ulangalik (a.c.). Rajah 3.11 : Pemilihan Pengukuran Voltan Arus Ulang-alik. iii. Tekan butang RANGE bagi memilih bagi memilih julat voltan bacaan yang sesuai iaitu samada dalam julat mV jika ramalan bacaan voltan adalah kecil ataupun dalam julat V. Tekan butang SELECT bagi memilih jenis Voltan Pengukuran Simbol paparan bagi Voltan Arus Ulangalik


METER PELBAGAI DIGITAL BAB TIGA 49 iv. Jika kita belum pasti ramalan bacaan voltan pengukuran yang akan diambil, maka setkan julat meter tersebut kepada AUTO iaitu julat meter pelbagai kita adalah disetkan kepada mod automatik. Rajah 3.12 : Pemilihan Julat pada mod Automatik v. Sambungkan meter selari dengan beban yang hendak diukur seperti rajah 3.13. Pastikan prob –prob disambung pada terminal litar arus ulang-alik yang hendak diukur seperti contoh terminal LIVE dan terminal NEUTRAL . vi. Nilai voltan pengukuran terus boleh dibaca pada paparan seperti rajah 3.14. Simbol paparan bagi tetapan mod Automatik


METER PELBAGAI DIGITAL BAB TIGA 50 Rajah 3.12: Meter Disambung Selari Dengan Beban Rajah 3.13: Bacaan Voltan pengukuran 250.6 Vac


METER PELBAGAI DIGITAL BAB TIGA 51 3.5 Pengukuran Arus Terus (DCA) Tidak seperti kaedah pengukuran voltan, harus diingat bahawa, bagi pengukuran arus iaitu samada arus terus ataupun arus ulang-alik, prob-prob yang disambung pada litar bebanan adalah secara sesiri. Bagi mengelakkan kerosakkan pada meter pelbagai, adalah lebih baik terlebih dahulu bagi mematikan sumber kuasa pada litar bebanan sebelum penyambungan prob-prob meter pelbagai pada litar bebanan. Selepas memastikan semua penyambung telah dibuat iaitu secara sesiri, barulah boleh menghidupkan sumber kuasa litar dan pengukuran boleh dibuat. Antara langkah-langkah untuk pengukuran Arus Terus adalah: i. Sambungkan meter sesiri dengan litar beban yang hendak diukur. Pastikan prob hitam disambung pada terminal –ve daripada sumber kuasa dan prob merah disambung kepada terminal +ve daripada litar beban. Rajah 3.14: Sambungan Meter Pelbagai Pada Litar Sesiri


METER PELBAGAI DIGITAL BAB TIGA 52 ii. Tetapkan Suis Pemilih pada Julat mA. Rajah 3.15 : Suis Pemilih pada Julat mA iii. Seterusnya tekan butan SELECT untuk memilih Arus Terus (a.t.).


METER PELBAGAI DIGITAL BAB TIGA 53 Rajah 3.16 : Pemilihan Pengukuran Arus Terus. iv. Setkan julat meter tersebut kepada AUTO iaitu julat meter pelbagai kita adalah disetkan kepada mod automatik sama seperti pengukuran voltan. v. Sekarang hidupkan sumber kuasa litar tersebut. vi. Ambil bacaan terus pada paparan meter pelbagai. Tekan butang SELECT bagi memilih jenis Arus Pengukuran Simbol paparan bagi Arus Terus


METER PELBAGAI DIGITAL BAB TIGA 54 3.5 Pengukuran Arus Ulang-Alik (ACA) Dari segi tatacara dan kaedah pengukuran bagi arus ulang-alik adalah sama seperti kaedah pengukuran arus terus, melainkan butang SELECT dipilih untuk mod arus ulang-alik. Antara langkah-langkah untuk pengukuran Arus Ulang-alik adalah: i. Sambungkan meter secara sesiri dengan litar beban arus ulangalik yang hendak diukur. Rajah 3.17: Sambungan Meter Pelbagai Pada Litar Sesiri ii. Tetapkan Suis Pemilih pada Julat mA. iii. Seterusnya tekan butang SELECT untuk memilih Arus Terus (a.t.).


METER PELBAGAI DIGITAL BAB TIGA 55 Rajah 3.18 : Suis Pemilih pada Julat mA Rajah 3.19 : Pemilihan Pengukuran Arus Ulang-alik. Tekan butang SELECT bagi memilih jenis Arus Pengukuran Simbol paparan bagi Arus Ulang-alik


METER PELBAGAI DIGITAL BAB TIGA 56 iv. Setkan julat meter tersebut kepada AUTO iaitu julat meter pelbagai kita adalah disetkan kepada mod automatik. v. Sekarang hidupkan sumber kuasa litar tersebut. vi. Ambil bacaan pada meter pelbagai. 3.7 Pengukuran Rintangan (R) Harus diingat, bagi pengukuran nilai rintangan sesuatu perintang, kita tidak boleh mengukur perintang diatas papan litar yang mempunyai pelbagai komponen-komponen lain. Ini adalah kerana jika kita mengukur, komponenkomponen lain akan mempengaruhi nilai rintangan tersebut dan memberi nilai yang tidak tepat keatas perintang. Semasa pengukuran dibuat, jangan memegang terminal perintang yang diukur dengan menggunakan tangan, ini adalah kerana nilai pengukuran yang dipengaruhi oleh rintangan dalam badan manusia dan juga member satu nilai yang kurang tepat. Antara langkah-langkah untuk pengukuran adalah : i. Setkan Suis Pemilih kepada Ω / / / . ii. Tekan butang SELECT untuk memilih Ω. iii. Letakkan prob-prob keatas terminal-terminal perintang yang hendak diukur. iv. Ambil bacaan pada paparan meter pelbagai.


METER PELBAGAI DIGITAL BAB TIGA 57 Rajah 3.20 : Pemilihan Pengukuran bagi Rintangan Rajah 3.21 : Pemilihan Pengukuran Rintangan. Tekan butang SELECT beberapa kali bagi memilih jenis Arus Pengukuran Simbol paparan bagi Arus Ulang-alik


METER PELBAGAI DIGITAL BAB TIGA 58 Rajah 3.22: Probe Meter Pada Perintang Siri Rajah 3.23: Bacaan Rintangan 0.985 kΩ. A B A & B ialah point yang hendak diukur bagi litar perintang.


METER PELBAGAI DIGITAL BAB TIGA 59 Jika bacaan pada meter pelbagai menunjukkan nilai “OL” (overload), tekan butang RANGE untuk menukar julat pengukuran kepada yang lebih besar. Dan jika keadaan ini masih sama, berkemungkinan perintang tersebut sudah rosak ataupun putus secara dalaman. 3.6 Pengujian Diode Tidak semua meter pelbagai yang mempunyai fungsi meter pelbagai untuk menguji keadaan sesuatu Diod. Bagi meter pelbagai yang mempunyai fungsi ini tujuan pengujian diod ini adalah untuk memeriksa keadaan diode samada masih berfungsi ataupun sudah rosak. Antara langkah-langkahnya adalah : i. Setkan Suis Pemilih kepada Ω / / / . Rajah 3.24 : Pemilihan Pengukuran bagi Pengujian Diod.


METER PELBAGAI DIGITAL BAB TIGA 60 ii. Tekan butang SELECT untuk memilih fungsi diod . Rajah 3.25 : Pemilihan Pengukuran Pengujian Diod. iii. Letakkan prob hitam kepada terminal Katod Diod dan prob merah pada terminal Anod Diod. Rajah 3.26: Probe Meter Pada terminal Diod Tekan butang SELECT beberapa kali bagi memilih mod Pengujian Diod Simbol paparan bagi Pengujian Diod


METER PELBAGAI DIGITAL BAB TIGA 61 iv. Untuk diod yang baik, meter pelbagai akan memaparkan nilai kejatuhan voltan hadapan (forward Voltage) diode tersebut, sebagai contoh nilai Voltan jatuh adalah 0.7V. v. Sekarang tukar tempat prob-prob merah dan hitam iaitu prob hitam pada terminal Anod dan prob merah pada terminal Katod. vi. Paparan pada meter pelbagai sepatutnya “OL”. vii. Ini bererti diode tersebut masih baik, jika keadaan sebaliknya maka diod yang diuji itu adalah berkeadaan rosak. 3.9 Pemeriksaan Keterusan Untuk fungsi ini, ia adalah untuk memeriksa atau menguji keterusan sesuatu litar atau pun pengalir. Langkah-langkahnya : i. Setkan Suis Pemilih kepada Ω / / / . ii. Tekan butang SELECT untuk memilih fungsi keterusan . iii. Letakkan prob hitam pada hujung atau terminal litar dan prob merah pada hujung litar yang lain. iv. Jika Buzer meter pelbagai berbunyi, maka litar atau pengalir tersebut adalah baik, dan jika tidak berbunyi maka litar atau pengalir adalah sebaliknya,


METER PELBAGAI DIGITAL BAB TIGA 62 Rajah 3.27 : Penetapan suis pemilih pada mod ujian keterusan. Rajah 3.28 : Paparan simbol keterusan. Langkah 1 Putarkan Suis pemilih kepada fungsi keterusan Langkah 2 Paparan symbol keterusan dipaparkan selepas butang SELECT ditekan beberapa kali.


METER PELBAGAI DIGITAL BAB TIGA 63 Rajah 3.29 : Prob pada kedua-dua hujung terminal pengujian. 3.10 Pengukuran Kemuatan Sama seperti fungsi pengujian diod, tidak semua meter pelbagai yang mempunyai fungsi pengukuran nilai kemuatan sesuatu pemuat. Harus diingat, bagi pengukuran nilai kapasitan sesuatu kapasitor, ianya sama kaedahnya seperti mengukur nilai rintangan iaitu kita tidak boleh mengukurnya diatas papan litar yang mempunyai pelbagai komponenkomponen lain. Ini adalah kerana jika kita mengukur, komponen-komponen lain akan mempengaruhi nilai tersebut dan memberi nilai yang tidak tepat ke atas kapasitor.


METER PELBAGAI DIGITAL BAB TIGA 64 Langkah-langkahnya : i. Setkan Suis Pemilih kepada Ω / / / . Rajah 3.30 : Penetapan suis pemilih pada mod ujian kemuatan. ii. Tekan butang SELECT untuk memilih fungsi kemuatan . iii. Tekan butang REL untuk mensetkan semula kepada nilai 00.00nF. iv. Letakkan prob hitam pada terminal katod kapasitor dan prob merah pada terminal anod kapasitor. Langkah 1 Putarkan Suis pemilih kepada fungsi kemuatan


METER PELBAGAI DIGITAL BAB TIGA 65 Rajah 3.31 : Paparan simbol kemuatan. Rajah 3.32 : Kedudukan prob-prob pada terminal kapasitor. Langkah 2 Paparan symbol kemuatan dipaparkan selepas butang SELECT ditekan beberapa kali.


METER PELBAGAI DIGITAL BAB TIGA 66 v. Baca bacaan nilai kemuatan pada paparan meter pelbagai. Bandingkan dengan nilai kemuatan pada badan kapasitor yang diukur. Kebiasaannya nilai bacaan yang diambil akan berbeza sedikit dengan nilai yang tertera pada badan kapasitor. Ini adalah bergantung kepada nilai toleran sesuatu kapasitor bergantung kepada pengilang kapasitor tersebut. Sebagai contoh : Nilai kemuatan yang tertera pada badan kapasitor adalah 47uF. Setelah diambil kira nilai toleran dari pengilang iaitu 20%, maka pengiraan nilai kemuatan yang dibenarkan untuk beroperasi adalah seperti berikut : Nilai toleran = 47 × 20% = 9.4 Nilai kemuatan Minimum ; 47 − 47 − 9.4 = . Nilai kemuatan Maksimum ; 47 + 47 + 9.4 = . Maka nilai kemuatan yang dibenarkan untuk berfungsi adalah di antara 37.6uF sehingga 56.4uF. Selain dari julat tersebut, boleh dikatakan kapasitor tersebut telah rosak.


METER PELBAGAI DIGITAL BAB TIGA 67 Rajah 3.33 : Nilai bacaan kemuatan 51.3uF


Langkah Penjagaan BAB EMPAT


LANGKAH PENJAGAAN BAB EMPAT 69 4.1 Penjagaan Meter Pelbagai Untuk memanjangkan hayat sebuah meter, perkara berikut perlu diamalkan: i. Tentukan kuantiti yang hendak diukur • Arus, voltan atau rintangan. ii. Semasa pengukuran voltan terutamanya, pastikan meter pelbagai tidak tersalah set kepada mod selain dari mod voltan. iii. Tentukan julat yang perlu digunakan Sentiasa gunakan julat yang tertinggi bagi mengelakkan gelung terputus. iv. Sentiasa rujuk kepada manual spesifikasi pengeluar meter pelbagai bagi merujuk julat yang dibenarkan untuk unit pengukuran. v. Pastikan polariti meter adalah betul semasa mengukur voltan dan arus. 4.2 Penyelenggaraan Sekiranya keadaan memerlukan meter pelbagai untuk dibuat penyelenggaran, langkah-langkah penting harus diambil kira. Adalah paling penting bagi kita untukmembaca terlebih dahulu manual pengunaan yang dikeluarkan oleh pengeluar meter pelbagai tersebut. Ini termasuklah spesifikasi yang telah ditetapkan oleh pengeluar. Langkah ini adalah penting bagi menjaga prestasi meter pelbagai dan juga jangka hayatnya.


LANGKAH PENJAGAAN BAB EMPAT 70 a. Pemeriksaan • Sentiasa periksa keadaan luaran meter pelbagai. • Periksa keadaan prob-prob dan juga keterusan wayar prob tersebut. b. Calibration / Penentukuran • Hanya syarikat pengeluar meter pelbagai itu sahaja yang boleh membuat penentukuran. c. Penukaran Bateri dan Fius. • Sekiranya Fius dalaman meter pelbagai telah terputus, hanya pengukuran arus sahaja tidak dapat dibuat. • Sebelum menukar fius dan juga bateri, pastikan meter pelbagai telah dimatikan terlebih dahulu. • Tukar bateri atau fius mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan oleh pengeluar. • Periksa arah polariti bateri semasa menukarnya. 4.3 Keselamatan dan langkah berjaga-jaga • Sentiasa berhati-hati apabila mengukur voltan 50V dan keatas, terutamanya pada terminal yang mempunyai voltan tinggi. Kebiasaanya label voltan tinggi akan diletakkan pada peralatan atau terminal yang mempunyai voltan tinggi. • Apabila memnuat pengukuran arus, pastikan sumber kuasa pada litar dimatikan terlebih dahulu sebelum membuat penyambunyan prob kepada litar.


LANGKAH PENJAGAAN BAB EMPAT 71 • Sebelum membuat pengukuran rintangan atau diod didalam litar, pastikan kuasa pada litar dimatikan dan discas terlebih dahulu. • Sentiasa mengambil peringatan untuk tidak membuat pengukuran unit selain dari julat yang dibenarkan dari jadual spesifikasi pengeluar meter pelbagai. 4.4 Simbol-simbol keselamatan dan berkaitan Simbol perhatian dan menunjukkan bahawa haruslah berujuk kepada manual spesifikasi untuk mengelakkan kerosakkan kepada peralatan dan/atau untuk mengelakkan kecederaan peribadi. Tanda AMARAN bahaya. Ia memberi peringatan sebarang prosedur atau amalan yang dijalankan secara tidak betul, boleh mengakibatkan kecederaan peribadi. Tanda AWAS menandakan bahaya. Ia memberi peringatan sebarang prosedur atau amalan yang dijalankan secara tidak betul, boleh mengakibatkan kerosakan kepada peralatan. Ini menasihati pengguna supaya terminal pada peralatan yang ditandakan ini tidak perlu disambungkan ke litar bervoltan terus ke bumi, melebihi 500 volt. Simbol kepada voltan berbahaya dan harus diambil perhatian dalam mengendali peralatan tersebut. Menunjukkan peralatan tersebut telah dilindungi dengan penebatan berganda. Piawaian keselamatan Eropah.


LANGKAH PENJAGAAN BAB EMPAT 72 DC (Arus terus). DC (Arus terus) dan AC (Arus ulang-alik) AC (Arus ulang-alik).


Click to View FlipBook Version