LAPORAN PROGRAM PRANTIS GURU (PPG2)
NAMA MUHAMMAD NUR IRFAN BIN IZANI
NO.MATRIK D20192091526
PROGRAM AT-59 IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN
FAKULTI (PENDIDIKAN JASMANI)
SAINS SUKAN DAN KEJURULATIHAN
SEMESTER 1 SESI 2021/2022
NAMA PROFESOR DR. SHAHARUDIN BIN ABDUL AZIZ
PENYELIA
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN
NAMA TANAH MERAH (1)
SEKOLAH
GAMBAR
ISI KANDUNGAN KOMPONEN MUKA
BIL SURAT
1. PENGENALAN 1
2. PENGETAHUAN DALAM DOKUMEN STANDARD 2
KURIKULUM DAN PENTAKSIRAN 3-5
3. 1.1PEMERHATIAN TERH ADAP RPH GURU
4. 1.2.1 MELAKSANAKAN TEMU BUAL TERHADAP 5-6
GURU PEMBIMBING 7-8
5. 1.2.2 REFLEKSI KENDIRI TERHADAP PROSES PDPC
GURU PEMBIMBING
6. 2.1 MERANCANG DAN MENGHASILKAN RPH 9-11
7. 2.2 PENILAIAN TERHADAP RPH 11-22
8. 2.3 MEMBUAT LAPORAN DAN REFLEKSI 23-25
TERHADAP RPH
9. 3.1 LAPORAN MENGENAI PENGLIBATAN BERSAMA 26-31
GURU PEMBIMBING SEMASA CUTI SEKOLAH
10 3.2 LAPORAN MENGENAI PENGLIBATAN BERSAMA 32-40
GURU PEMBIMBING MERANCANG AKTIVITI
APABILA SESI PERSEKOLAHAN BERMULA
11 RUMUSAN 41
12 LAMPIRAN 42
PENGENALAN
Program Perantis Guru 2 merupakan kesinambungan kepada Program Perantis
Guru 1 yang telah dijalani oleh semua pelajar yang mengambil Ijazah Sarjana Muda
Pendidikan. Program Perantis Guru (PPG) ini merupakan satu program pembaharuan
yang diilhamkan daripada program yang dikenali sebagai ROS pada suatu ketika
dahulu. Program ini bertujuan untuk memberi pendedahan awal kepada para pelajar
dalam bidang pendidikan untuk mendapatkan pengalaman dan gambaran awal
mengenai suasana sebagai seorang guru di sekolah.
Pada 6 February 2022, saya telah melapor diri di Sekolah Menengah
KebangsaanTanah Merah (1) yang terletak di daerah Tanah Merah, Kelantan bagi
menjalani Program Perantis Guru 2 (PPG 2) selama tiga minggu iaitu bermula pada
tanggal 6 February 2022 sehingga 27 February 2022. Saya memilih sekolah tersebut
disebabkan sekolah ini merupakan sekolah berstatus sekolah harian yang bukan sahaja
cemerlang dari segi akademik tetapi mempunyai visi dan misi yang jelas terhadap
pembangunan sukan hoki bagi para pelajar. Kredibiliti para guru dan fasiliti yang
terdapat di sekolah tersebut menarik perhatian saya agar mengambil kesempatan ini
untuk menimba ilmu dan pengalaman sebagai seorang guru.
Sekolah Menengah Kebangsaan Tanah Merah (1) terletak di Jalan Ismail Petra,
17500 Tanah Merah, Kelantan Darul Naim. Sekolah ini dilengkapi khas dengan fasiliti-
fasiliti yang membantu dalam bidang kurikulum seperti dewan, perpustakaan, makmal
komputer, makmal sains, padang sekolah, kediaman asrama, bengkel seni dan banyak
lagi. Bagi bidang kokurikulum, sekolah ini mempunyai fasiliti yang membanggakan
seperti padang sekolah, padang hoki dan gelanggang bola jaring.
Sekolah ini mempunyai dua sesi di mana sesi minggu pertama separuh
pelajar di dalam kelas dan separuh lagi belajar di rumah. Manakala bagi sesi minggu
kedua perlu bergilir-gilir yang mana pelajar yang belum datang ke sekolah minggu
pertama perlu datang pada mingu kedua dan yang sudah hadir ke sekolah minggu
pertama tidak perlu datang ke sekolah pada minggu ke-2. Sekolah ini juga mempunyai
pelajar Tingkatan 6 iaitu seramai 119 orang yangmenawarkan pelbagai bidang seperti
sains, seni, dan sains sukan. Ini merupakansedikit sebanyak info berkaitan sekolah yang
saya jalani. Saya akan mengulas lebih lanjut berkaitan penglibatan dan aktiviti yang
dijalankan sepanjang menjalani PPG2 selama tiga minggu di sekolah ini.
1
DOKUMEN STANDARD KURIKULUM DAN PENTAKSIRAN (DSKP)
DSKP Pendidikan Jasmani Tingkatan 1
DSKP Pendidikan Jasmani Tingkatan 2
DSKP Pendidikan Jasmani Tingkatan 3
DSKP Pendidikan Jasmani Tingkatan 4 Dan 5
2
1.1 KEMAHIRAN DAN AMALAN PDPC GURU PEMBIMBING
Tarikh 22.2.2022
Guru Encik Azhar Bin Ab Razzak
Mata pelajaran Pendidikan Jasmani
Tingkatan 5 RBT 1
Tajuk Unit 2 - Kemahiran ragbi sentuh
Objektif pengajaran
- Memastikan pelajar mengetahui kemahiran -kemahiran
dalam sukan ragbi sentuh.
- Mengetahui konsep pergerakan kemahiran asas yang
diterangkan.
Kaedah mengajar - Kaedah simulasi
Penggunaan alat bantu - Kaedah tunjuk cara
mengajar
Kemahiran yang dipelajari - Kaedah penyoalan
oleh murid
- Kaedah perbincangan
Pengurusan bilik darjah
Rujukan (buku latihan, buku rujukan, buku teks), laptop, slide
pembentangan, bahan (edaran latihan dalam talian).
- Mentakrif definisi sukan ragbi sentuh yang difahami.
- Menyatakan kemahiran-kemahiran ragbi sentuh.
- Mengenal pasti perbezaan setiap kemahiran yang
diterangkan.
- Guru dapat menghadirkan suasana belajar secara online
dan offline
- Guru menggunakan suara yang jelas agar dapat difahami
para pelajar semasa kelas online berlangsung.
- Kehadiran dan keberadaan para pelajar di dalam kelas
online amat dititikberatkan oleh beliau sebelum sesiPdPr
bermula. Segala keberadaan pelajar direkod di
dalam buku pengurusan kelas dan secara online.
3
Pengurusan masa - Guru mewujudkan komunikasi dua hala dengan pelajar dan
pengajaran interaksi secara aktif sewaktu PdPc dijalankan dengan
menggunakan kaedah simulasi, tunjuk cara, penyoalan
Kaedah penilaian dan perbincangan. Pelajar yang menyertaikelas secara
Penutup online memberikan maklum balas yang
baik.
Hasil pembelajaran
- Guru menggunakan masa PdPr sebaiknya dengan
mengisi pelbagai elemen penting seperti sesi mengajar
dan diselangi dengan menjawab soalan serta
perbincangan soalan bersama para pelajar.
- Satu hari sebelum kelas berlangsung, guru memberikan
maklumat pengajaran di dalam kumpulan kelas secara
offline telegram agar pelajar dapat mengikuti kelas
sebaiknya pada waktu pembelajaran online.
- Melalui pertanyaan soalan terbuka.
- Melalui penyelesaian pelbagai soalan melalui edaran
kertas kepada setiap pelajar.
- Melalui buku latihan.
- Pelajar diuji dengan menjawab beberapa soalan yang
berkaitan kemahiran ragbi sentuh secara lisan dan
latihan secara offline iaitu dengan memberikan gambar
soalan kepada pelajar untuk menguji tahap kefahaman
pelajar.
- Pelajar mencatat kerja rumah yang diberikan oleh guru.
Pelajar seharusnya boleh:
i. Memahami konsep permainan ragbi sentuh dari segi
kemahiran dan strategi untuk bermain.
ii. Pelajar dapat membezakan teknik yang diajar dalam
sukan ragbi sentuh serta dapat mengaplikasikan di
luar bilik darjah.
4
Refleksi - Guru meminta beberapa orang pelajar untuk membuat
sedikit refleksi berkaitan dengan pengajaran yang
berlangsung.
- Pelajar memberi sambutan yang baik namun boleh
dipertingkatkan lagi dari segi kehadiran dan ketepatan masa
pengajaran.
1.2.1 MELAKSANAKAN TEMU BUAL TERHADAP GURU PEMBIMBING
I. Sebelum pengajaran.
Melalui temubual yang dijalankan bersama guru pembimbing, kaedah
pengajaran yang digunakan berbeza kerana kelas secara bersemuka di sekolah tidak
dapat dilakukan sepenuhnya. Pihak kementerian meminta guru memperbaharui kaedah
pengajaran sepanjang penularan pandemik Covid-19 ini. Oleh itu, persediaan sebelum
pengajaran berlangsung ialah guru perlu menyediakan Rancangan Pengajaran Harian
(RPH) sekurang-kurangnya satu hari sebelum berlangsungnya pengajaran. Selain itu
guru akan menghantar bahan pengajaran kepada murid dalam talian menggunakan
aplikasi telegram. Bahan ini berbentuk video, slide pembentangan, dan sebagainya. Hal
ini supaya pelajar dapat diberikan pendedahan awal dari segi tajuk dan maklumat yang
akan diajar. Kemudian, guru juga akan memberikan link pengajaran untuk hari esok dan
mengingatkan pelajar agar dapat memasuki kelas secara online menggunakan link
yang diberikan.
II. Semasa pengajaran.
Selepas pelajar-pelajar memasuki kelas secara maya iaitu melalui link yang diberikan
di dalam telegram, guru akan mengajar mengikut RPH yang telah direka sehari sebelum
kelas berlangsung. Walaupun terdapat kekangan dari segi rangkaian internet sama ada
terhadap guru dan pelajar, guru akan memastikan maklumat yang disampaikan
diperoleh oleh pelajar-pelajar. Selain itu, guru juga akan merakam kelas secara maya
tersebut dan berikan kepada pelajar-pelajar terutamanya kepada pelajar yang terlepas
kelas atau sebagainya. Guru juga memberikan latihan berdasarkan topik yang diajar ke
dalam telegram dan meminta pelajar menjawab soalan-soalan tersebut sebagai kerja
rumah untuk pelajar.
5
III. Selepas pengajaran.
Setelah tamat pengajaran guru akan membuat laporan dalam sistem yang baru
diperkenalkan iaitu Sistem Pelaporan PdPr (SPDPR). Guru akan membuat laporan
ringkas dalam sistem SPDPR ini berkaitan dengan penglibatan pelajar yang menyertai
kelas secara maya, teknik pengajaran, dan sebagainya. Sistem ini bertujuan untuk
memastikan guru menjalankan tugas dan pelajar memberikan sambutan kepada
pengajaran sepanjang tempoh PdPR. Setelah itu, guru akan meminta pelajar menghantar
latihan dan menyemak jawapan pelajar. Seterusnya, guru pembimbing akan melakukan
rumusan berdasarkan pengajarannya supaya dapat diperbaiki segala permasalahan yang
berlaku untuk kelas akan datang.
Gambar menemu bual guru pembimbing
6
1.2.2 REFLEKSI KENDIRI TERHADAP PROSES PDPC GURU
PEMBIMBING
Berdasarkan pemerhatian saya, proses pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan
oleh guru pembimbing adalah berada di tahap cemerlang dan berjaya. Guru dapat
mencapai objektif pembelajaran yang disasarkan dan memastikan bahawa para pelajar
menguasai kemahiran-kemahiran yang disenarai pendek untuk topik ragbi sentuh.Kelas
secara maya iaitu online dan offline di waktu Perintah Kawalan Pergerakan
sememangnya memberi cabaran untuk sesi pengajaran. Namun, dengan ilmu dan teknik
pengajaran yang baru ia juga mampu memberikan pengajaran yang secukupnya
walaupun terdapat beberapa bahagian dalam pengajaran terpaksa di batalkan seperti
praktikal secara bersemuka di sekolah. Setiap pelajar yang menyertai kelas akan direkod
di dalam buku kawalan kelas dalam di dalam sistem.
Guru memulakan pengajaran PdPc dengan menanyakan soalan ringkas berkaitan
dengan ragbi sentuh kepada pelajar. Kemudian guru akan menceritakan sedikit
pengalamannya terhadap sukan ini kerana sukan ragbi merupakan salah satu sukan yang
digemari oleh guru tersebut. Seterusnya, guru akan menayangkan video permainan agar
pelajar lebih terdedah dengan memahami mengenai sukan tersebut. Selepas itu,
disebabkan kelas diadakan secara online, guru menayangkan bahan pengajaran kepada
pelajar dan membuat penerangan. Bahan-bahan pengajaran yang diperoleh adalah
berdasarkan buku teks dan buku rujukan. Untuk memastikan pelajar- pelajar kekal fokus
semasa sesi pembelajaran, guru akan menanyakan soalan ringkas berkaitan dengan
pembelajaran tersebut. Setelah membuat penerangan, guru akan menayangkan video
mengenai kemahiran-kemahiran yang diajar dan membuat sedikit simulasi agar pelajar
dapat mencapai tahap kefahaman yang tinggi. Sebelum menamatkan pengajaran secara
online guru meminta beberapa orang pelajar untuk membuat refleksi terhadap
pengajaran yang diberikan. Sambutan yang baik diberikan oleh pelajar tersebut kerana
mereka bersemangat untuk membuat refleksi. Setelah itu guru, memberikan latihan
sebagai kerja rumah untuk mereka mengulangkaji pelajaran.
7
Dari pemerhatian saya, terdapat kekurangan di dalam PdPc ini di mana keadaan
kelas agak senyap semasa online apabila para pelajar cuba untuk menjawab soalan yang
diberikan namun guru memahami ianya berkemungkinan masalah dari segi rangkaian
atau sebagainya. Selain itu, kekangan dari segi rangkaian internet juga merupakan satu
kekurangan semasa PdPc ini sama ada kepada guru tersebut ataupun kepada pelajar itu
sendiri. Perkara ini menyebabkan kelas secara online menjadi terganggu sedikit kerana
terdapat pelajar yang sering terkeluar dari kelas dan memasukinya kembali sehingga
kelas tamat.
Antara cadangan penambahbaikan yang dapat mengatasi masalah tersebut
adalah pelajar dan guru perlu bersedia lebih awal dari segi rangkaian internet, gajet
dan sebagainya. Hal ini supaya dapat mengelakkan daripada masalah kehabisan internet
seperti data atau wifi semasa kelas berlangsung. Selain itu, disebabkan pelajar yang tidak
terlalu ramai iaitu 27 orang termasuk guru, guru tersebut boleh menggunakan aplikasi
lain yang tidak menggunakan rangkaian internet terlalu banyak.Sebagai contoh guru
boleh membuat kelas online menggunakan aplikasi telegram itu sendiri yang mana
jumlah maksimum pelajar yang dapat menyertainya ialah seramai 30 orang. Perkara ini
dapat mengelakkan rangkaian internet guru dan pelajar terlalu banyak digunakan semasa
kelas.
Teori yang boleh dikaitkan dengan teknik pengajaran yang digunakan oleh guru
tersebut ialah Teori Sosial. . Teori ini juga dikenali sebagai Teori Perlakuan Model.
Albert Bandura, seorang tokoh teori ini menyatakan bahawa proses pembelajaran dapat
dilaksanakan dengan lebih berkesan dengan menggunakan pendekatan ‘permodelan’.
Beliau menjelaskan lagi bahawa aspek pemerhatian pelajar terhadap apa yang
disampaikan atau dilakukan oleh guru dan juga aspek peniruan oleh pelajar akan dapat
memberikan kesan yang optimum kepada kefahaman pelajar. Teori ini sejajar dengan
kaedah simulasi untuk kemahiran-kemahiran dalam sukan ragbi sentuh yang
ditunjukkan kepada pelajar.
8
2.1 MERANCANG DAN MENGHASILKAN RPH
Tarikh 22.2.2022
Guru Encik Azhar Bin Ab Razzak
Mata pelajaran Pendidikan Jasmani
Tingkatan 5 RBT 1
Tajuk Unit 2 - Kemahiran ragbi sentuh
Objektif pengajaran
- Memastikan pelajar mengetahui kemahiran -kemahiran
dalam sukan ragbi sentuh.
- Mengetahui konsep pergerakan kemahiran asas yang
diterangkan.
Kaedah mengajar - Kaedah simulasi
Penggunaan alat bantu - Kaedah tunjuk cara
mengajar
Kemahiran yang dipelajari - Kaedah penyoalan
oleh murid
- Kaedah perbincangan
Pengurusan bilik darjah
Rujukan (buku latihan, buku rujukan, buku teks), laptop, slide
pembentangan, bahan (edaran latihan dalam talian).
- Mentakrif definisi sukan ragbi sentuh yang difahami.
- Menyatakan kemahiran-kemahiran ragbi sentuh.
- Mengenal pasti perbezaan setiap kemahiran yang
diterangkan.
- Guru dapat menghadirkan suasana belajar secara online
dan offline
- Guru menggunakan suara yang jelas agar dapat
difahami para pelajar semasa kelas online berlangsung.
- Kehadiran dan keberadaan para pelajar di dalam kelas
online amat dititikberatkan oleh beliau sebelum sesi
9
Pengurusan masa PdPr bermula. Segala keberadaan pelajar direkod di
pengajaran dalam buku pengurusan kelas dan secara online.
- Guru mewujudkan komunikasi dua hala dengan pelajar dan
Kaedah penilaian interaksi secara aktif sewaktu PdPc dijalankan dengan
Penutup menggunakan kaedah simulasi, tunjuk cara, penyoalan
dan perbincangan. Pelajar yang menyertaikelas secara
Menyenaraikan kemahiran online memberikan maklum balas yang
yang dipelajari oleh murid baik.
Hasil pembelajaran - Guru menggunakan masa PdPr sebaiknya dengan
mengisi pelbagai elemen penting seperti sesi mengajar
dan diselangi dengan menjawab soalan serta
perbincangan soalan bersama para pelajar.
- Satu hari sebelum kelas berlangsung, guru memberikan
maklumat pengajaran di dalam kumpulan kelas secara
offline telegram agar pelajar dapat mengikuti kelas
sebaiknya pada waktu pembelajaran online.
- Melalui pertanyaan soalan terbuka.
- Melalui penyelesaian pelbagai soalan melalui edaran
kertas kepada setiap pelajar.
- Melalui buku latihan.
- Pelajar diuji dengan menjawab beberapa soalan yang
berkaitan kemahiran ragbi sentuh secara lisan dan
latihan secara offline iaitu dengan memberikan gambar
soalan kepada pelajar untuk menguji tahap kefahaman
pelajar.
- Pelajar mencatat kerja rumah yang diberikan oleh guru.
- Pelajar dapat menguasai tiga kemahiran yang dipelajari
dalam ragbi sentuh iaitu kemahiran tendang dan
tangkap, kemahiran hantaran silang, kemahiran
mengacah dengan zig-zag.
Pelajar seharusnya boleh:
- Memahami konsep permainan ragbi sentuh dari segi
10
Mengenal pasti murid- kemahiran dan strategi untuk bermain.
murid yang berkeperluan -Pelajar dapat membezakan teknik yang diajar dalam sukan
khas. ragbi sentuh serta dapat mengaplikasikan di luar bilik
darjah.
- memperoleh nilai-nilai murni seperti kerjasama,
bersemangat dan sebagainya.
- Tiada.
11
2.2 PENILAIAN TERHADAP RPH
RANCANGAN PELAJARAN HARIAN
PENDIDIKAN JASMANI
MINGGU : 12 TARIKH : 22 FEBRUARY HARI :
5
2022 SELASA KEMAHIRAN
KELAS: INSANIAH/ELEMEN
RBT 1 MASA: 8:10 – 10.10
Kehadiran: 24/26 MERENTAS
MATA KURIKULUM(EMK)
PELAJARAN: PAGI
TAJUK/BAB: Pendidikan Jasmani Bahasa /
OBJEKTIF
PEMBELAJARAN/ Kelestarian Alam Sekitar
STANDARD
KANDUNGAN: Nilai Murni /
HASIL Ragbi Sentuh Sains dan Teknologi
PEMBELAJARAN/ Murid akan diajar untuk:-
Patriotisme
STANDARD -Mengetahui konsep asas berkaitan kemahiran
PEMBELAJARAN: ragbi sentuh. Kreativiti dan Inovasi /
-Memahami kemahiran tendang dan tangkap,
MOD hantaran silang dan mengacah zig-zag dengan Keusahawanan
PEMBELAJARAN: cara yang betul.
Teknologi Maklumat dan /
Komunikasi (TMK)
Kelestarian Global
Pendidikan Kewangan
Sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran, Pembelajaran Sepanjang /
murid dapat:- Hayat
Psikomotor Tandakan ( / ) pada ruangan
i. Pelajar dapat memahami konsep dan berkenaan
kemahiran-kemahiran dalam ragbi sentuh. ARAS PEMBELAJARAN/
TAHAP PEMIKIRAN
(HOTs)
Mencipta (Creating)
Kognitif Menilai (Evaluating)
i. Pelajar dapat menyatakan jenis-jenis Menganalisis (Analysing) /
kemahiran dalam sukan ragbi sentuh.
Mengaplikasi (Applying) /
Afektif
Memahami /
i. Pelajar dapat menghuraikan cara lakuan (Understanding)
kemahiran dengan tepat.
Mengingat /
(Remembering)
Tandakan ( / ) pada ruangan
berkenaan
Perbincangan/ Pembentangan PETA PEMIKIRAN i-
Eksperimen THINK/
Simulasi
Projek i-THINK TOOLS MAPS
Pembelajaran Luar Bilik Darjah/
Bulatan (Circle)
/ Buih (Bubble)
/
Buih Berganda (Double
Bubble)
Pokok (Tree)
12
Lawatan / Dakap (Brace)
Integrasi Teknologi Maklumat
Lain-lain (Nyatakan) Alir (Flow)
Tandakan ( / ) pada ruangan berkenaan Pelbagai Alir (Multi-
flow)
Titi (Bridge)
Tandakan ( / ) pada ruangan
berkenaan
AKTIVITI Fasa Pengenalan -Pengenalan kepada sukan PENTAKSIRAN DAN /
PEMBELAJARAN Fasa ragbi sentuh. PENILAIAN /
Perkembangan /
DAN Aktiviti : -Tayangan video Latihan bertulis /
PEMUDAHCARAA Fasa Kemuncak kemahiran ragbi sentuh. Pemerhatian
Fasa Penutup Kuiz
N (PdPc)/ - Jenis-jenis Lisan
RINGKASAN kemahiran ragbi Lembaran Kerja
sentuh. Kerja Kumpulan
AKTIVITI: Pembentangan
Kuiz dan soalan
Lain-lain (Nyatakan):
Sesi refleksi
ALAT BANTU i. Laptop
MENGAJAR(ABM)/ ii. Slide pembentangan …………………………
………………
BAHAN BANTU iii. Video pengajaran
BELAJAR (BBB): iv. Bola ragbi Tandakan ( / ) pada ruangan
berkenaan
RUJUKAN/ i. DSKP KSSM
SUMBER: ii. Buku teks digital
REFLEKSI: 90% / 100%
Yang memahami tajuk kemahiran yang diajar.
13
FASA / MASA AKTIVITI MAKLUMAT PEN
PEMBELAJA
PERMULAAN
1. Set induksi Guru memberi Guru memberi
melakukan kaeda
( 30 minit) penerangan dan tentang jenis bo
bermain ragbi sentu
melakukan kaedah
Bola Ragbi Sentuh
brainstorming tentang
jenis bola dan kawasan
bermain ragbi sentuh
Kawasan Ragbi Se
1
NGAJARAN DAN ORGANISASI CATATAN
ARAN (P&P)
penerangan dan Pelajar diminta mendengar Nilai : Semangat
ah brainstorming penerangan dan berfikir ingin tahu.
ola dan kawasan mengenai sukan yang diajar
uh oleh guru.
h
entuh
14
-Tayangan video -Guru membuka
permainan ragbi sentuh permainan ragbi
kepada pelajar pelajar.
1
Pelajar diminta untuk
memberikan perhatian
kepada tayangan tersebut.
tayangan video Tayangan video
sentuh kepada permainan ragbi
sentuh bagi
memastikan
pelajar
mendapat
pendedahan
awal.
15
2.PERKEMBANGAN Langkah 1 Guru menerangkan
(1 jam) - Guru menerangkan kemahiran dalam su
dan menunjukkan s
kemahiran-
Antara kemahiranny
kemahiran dalam -Tendang dan Tang
ragbi sentuh. -Hantaran silang.
Mengacah dengan Z
Tendang dan Tang
- Strategi tendang d
digunakan apabila s
hendak menyerang
-Kemahiran ini digu
seorang pemain pas
yang membawa bol
- Apabila pemain te
dengan pemain pasu
1
kemahiran- Pelajar perlu memahamkan Alatan:
ukan ragbi sentuh kemahiran yang diajar -bola ragbi
simulasi .
ya:
gkap.
Zig-zag.
gkap
dan tangkap ini
sesebuah pasukan
pasukan lawan.
unakan oleh
sukan penyerang
la.
ersebut berdepan
ukan lawan, pemain
16
tersebut akan menen
pantas ke hadapan m
pasukan bertahan da
mendapatkan kemb
ditendang.
- Pemain ini meme
dalam larian untuk
melepasi pasukan p
- Kemahiran meny
dilakukan sama ada
sayap padang (gelan
1
ndang bola dengan
melepasi pemain
an berlari untuk
bali bola yang
erlukan kepantasan
memastikan dia
pemain bertahan.
yerang ini boleh
a di tengah atau di
nggang).
17
Hantaran Silang
- Strategi hantaran s
memerlukan pemain
penyerang yang me
ke hadapan dan men
secara bersilang ant
sepasukan.
- Strategi ini juga da
pemain pasukan law
dilakukan di kawasa
gelanggang menuju
in-goal.
1
silang ini
n pasukan
embawa bola berlari
nghantar bola
tara rakan
apat mengelirukan
wan dan sering kali
an tengah
u ke arah kawasan
18
Mengacah dengan
- Strategi ini sering
pasukan penyerang
membawa bola teru
- Bagi mengelakka
pemain pasukan ber
membawa bola
pergerakan mengac
- Pemain boleh
larian zig-zag,
pergerakan badan k
(dodge) secara
berhadapan dengan
lawan.
1
n Zig-zag
g digunakan apabila
g mendapat peluang
us ke hadapan.
an diri disentuh oleh
rtahan, pemain yang
boleh melakukan
cah dengan tangkas.
mengacah dengan
iaitu melakukan
ke kiri atau ke kanan
berselang semasa
n pemain pasukan
19
3.Kemuncak Tayangan video Guru membuka tay
(15 minit) pelajar berkaitan
berkaitan dengan
dalam ragbi sentuh
kemahiran -kemahiran disediakan.
Kemahiran tendan
Kemahiran hanta
Kemahiran meng
zag
2
yangan video kepada Pelajar perlu memberikan ABM: bar kod
dengan kemahiran perhatian terhadap video video kemahiran
dengan bar kod yang yang diberikan.
ng dan tangkap
aran silang
gacah dengan zig-
20
Penutup Refleksi oleh pelajar. Guru akan mem
(15 minit) -Menjawab soalan rawak untuk memb
-Guru memberi
dengan ragbi sentuh
2
milih pelajar secara -Pelajar akan membuat
buat refleksi. refleksi tentang ragbi sentuh.
soalan berkaitan -pelajar perlu menjawab
h soalan yang diberikan
21
Pelbagai ABM / BBM - Penggunaan laptop
- Slide pembentangan
Pentaksiran - Video pengajaran
- Buku teks dan buku rujukan.
Instrumen - Pemerhatian
Nilai-nilai - Kuiz
KBKK - Lisan
Pengurusan masa - Lembaran kerja
- Laptop, buku teks
- Semangat ingin tahu
- Berkeyakinan
- Kemahiran komunikasi
- Kuiz
-Soalan latihan
- Kelas berjalan selama 2 jam dari jam 8 pagi
sehingga10 pagi.
- 30 minit pertama adalah permulaan iaitu set induksi
- Seterusnya di sambung dengan sesi perkembangan
iaitu topik yang diajar.
- 15 minit seterusnya ialah fasa kemuncak iaitu tayangan
video.
- 15 minit terakhir ialah fasa penutup iaitu fasa refleksi
dan soalan
22
2.3 MEMBUAT LAPORAN DAN REFLEKSI TERHADAP RPH
Dengan melaksanakan Rancangan Pengajaran Harian (RPH) dan dipantau oleh
guru pembimbing, saya amat bersyukur kerana terdapat pelbagai ilmu dan pengalaman
yang berharga saya peroleh. Melalui pendedahan dan peluang yang diberikan, saya akan
menggunakan ilmu dan tunjuk ajar tersebut di masa akan datang dengan sebaiknya.
Antara ilmu dan pengajaran yang saya peroleh adalah sebagai seorang guru,
saya haruslah sentiasa berada dalam keadaan bersedia dan fleksibel dalam setiap
keadaan. Di dalam konteks ini, guru haruslah memastikan diri mereka sentiasa berada
dalam siap siaga dari pelbagai aspek iaitu seperti mental dan fizikal sebelum
memulakan PdPc di dalam mahupun di luar bilik darjah. Guru haruslah merangka dan
merancang aktiviti yang ingin dilakukan untuk memastikan segalanya berjalan dengan
lancar dan sempurna. Oleh hal demikian, RPH perlulah diisi sebelum memulakan
pengajaran agar visi dan misi seseorang guru jelas dan dapat dijadikan panduan. Hal
ini juga membantu guru untuk memastikan PdP yang mereka jalankan mencapai
objektif dan hasil pembelajaran serta elemen-elemen penting dapat dikuasai seperti
nilai-nilai murni, elemen merentasi kurikulum (EMK). Seperti RPH yang saya lakukan,
saya mahu memastikan anak murid saya memperoleh nilai-nilai murni, EMK yang
tertentu berdasarkan tajuk kemahiran ragbi sentuh yang akan saya ajari. Oleh hal
demikian, saya perlu merangka pengajaran yang akan saya lakukan di luar bilik darjah
iaitu secara online dan offline menggunakan laman aplikasi yang sesuai seperti
Whatsapp, Telegram, dan Google meet untuk memastikan misi ini tercapai, selain
daripada objektif pembelajaran. Bukan itu sahaja, bahan-bahan yang diperlukan di
dalam sesi PdPr seperti bahan bantuan mengajar dan fasiliti yang ingin diguna pakai
boleh disemak dan disenarai pendek di dalam RPH. Hal ini membantu guru agar untuk
mengelakkan berlakunya kecuaian atau terlupa sepanjang kelas berlangsung. Antara
bahan bantuan mengajar yang saya perlukan adalah seperti buku teks, buku rujukan,
link online kelas atau video pengajaran dan slide pengajaran.
Berdasarkan RPH yang saya rangka dan di di bawah pemantauan guru
pembimbing, saya bercadang untuk melaksanakan PAK-21 melalui kaedah
brainstormig di mana di awal sesi PdP, saya mahu murid berfikir di luar kotak dan
menjana idea melalui pengetahuan sedia ada di dalam diri mereka berkaitan tajuk
23
sukan Ragbi Sentuh. Selepas itu, saya akan memulakan fasa penerangan, penerokaan,
penglibatan, pengolahan, dan akhirnya penilaian. Di fasa penglibatan, para pelajar
akan berbincang dan bertukar pendapat dengan guru berkaitan kefahaman mereka.
Sekiranya terdapat kesalahan konsep, guru akan memperbetulkannya. Selain itu, pelajar
akan didedahkan dengan tayangan video bagi memastikan kemahiran- kemahiran dalam
sukan ragbi sentuh ini dapat difahami dengan sebaiknya. guru juga akan menggunakan
teknik simulasi untuk setiap kemahiran itu semula selepas tayangan video dilakukan.
Di fasa penilaian pula, guru akan mengajukan soalan ringkas dan rumusan kepada
murid berdasarkan tajuk sukan ragbi sentuh. Kuiz ringkasjuga akan dilaksanakan untuk
menguji tahap kefahaman dan konsep yang mereka kuasai.
Di samping itu, dengan melaksanakan RPH ia membantu para guru untuk
melakukan proses analisis dan merekod sewaktu sesi PdPc telah tamat dijalankan.
Pada waktu ini, guru boleh mencatat tahap kejayaan objektif dan hasil pembelajaran
yang diperoleh. Guru juga boleh menyimpan data-data berkaitan PdPc yang telah
digunakan untuk kegunaan masa akan datang. Dengan kaedah ini, guru boleh
menyemak akan keberkesanan sesuatu kaedah pengajaran dan bahan bantuan mengajar
yang telah digunakan. Sekiranya ia berhasil, guru boleh menggunakan teknik yang
sama di masa akan datang ataupun mengubahnya menjadi lebih relevan dan
mendatangkan hasil. Cara ini akan memberi pengalaman dan membantu mereka untuk
memilih sesuatu kaedah berdasarkan saiz kelas, tahap keaktifan pelajar dan banyak lagi.
Permasalahan yang dapat dikenal pasti sepanjang PdPc ialah penggunaan
rangkaian internet yang banyak. Setiap pelajar mempunyai perbezaan dari segi latar
belakang keluarga jadi terdapat segelintir pelajar yang kurang berkemampuan untuk
membeli data untuk kegunaan kelas secara online. Tambahan pula penggunaan aplikasi
google meet yang sememangnya menggunakan data yang berlebihan. Segelintir pelajar
yang tidak berupaya untuk memasuki kelas akan ketinggalan mengenai topik yang
diajar. Selain itu, melalui kelas secara online juga pelajar sedikit terganggu dan kurang
fokus kerana keadaan sekeliling mereka yang sedikit bising dan sebagainya. Perkara ini
dapat dikenal pasti apabila guru menanyakan permasalahan yang dihadapi oleh mereka.
24
Seterusnya, terdapat segelintir pelajar yang kurang berkemampuan untuk
memasuki kelas kerana kekurangan dari segi gajet. Adik beradik yang ramai dan
memerlukan gajet untuk kelas menjadikan mereka sukar untuk mengikuti kelas bagi
tempoh yang dikehendaki. Terdapat juga pelajar yang menggunakan gajet ibu dan
bapanya untuk memasuki kelas PdPc. Jadi jika ibu dan ayahnya keluar untuk bekerja
dan membawa gajet tersebut, mereka tidak dapat menyertai kelas tersebut.
Namun begitu, terdapat beberapa cadangan penambahbaikan iaitu pelajar dan
guru perlu bersedia lebih awal dari segi rangkaian internet, gajet dan sebagainya. Hal ini
supaya dapat mengelakkan daripada masalah kehabisan internet seperti data atau wifi
semasa kelas berlangsung. Selain itu, disebabkan pelajar yang tidak terlalu ramai iaitu
27 orang termasuk guru, guru tersebut boleh menggunakan aplikasi lain yang tidak
menggunakan rangkaian internet terlalu banyak. Sebagai contoh guru bolehmembuat
kelas online menggunakan aplikasi telegram itu sendiri yang mana jumlah maksimum
pelajar yang dapat menyertainya ialah seramai 30 orang. Perkara ini dapat mengelakkan
rangkaian internet guru dan pelajar terlalu banyak digunakan semasa kelas.
Teori yang boleh dikaitkan dengan teknik pengajaran yang digunakan oleh guru
tersebut ialah Teori Sosial. . Teori ini juga dikenali sebagai Teori Perlakuan Model.
Albert Bandura, seorang tokoh teori ini menyatakan bahawa proses pembelajaran dapat
dilaksanakan dengan lebih berkesan dengan menggunakan pendekatan ‘permodelan’.
Beliau menjelaskan lagi bahawa aspek pemerhatian pelajar terhadap apa yang
disampaikan atau dilakukan oleh guru dan juga aspek peniruan oleh pelajar akan dapat
memberikan kesan yang optimum kepada kefahaman pelajar. Teori ini sejajar dengan
kaedah simulasi untuk kemahiran-kemahiran dalam sukan ragbi sentuh yang
ditunjukkan kepada pelajar.
Model pendidikan yang digunakan ialah Model Sim. Model Sim terdapatempat
unsur penting dalam pengajaran iaitu guru, pelajar, isi pelajaran dan objektif pengajaran.
Unsur-unsur tersebut boleh berinteraksi antara satu sama lain. Dalam membuat
persediaan pengajaran, model sim mengandungi elemen-elemen guru, objektif dan isi
pelajaran. Model Sim berfaedah kepada guru kerana membantu guru merancang
pengajarannya dengan mengambil kira unsur-unsur penting seperti menentukan bahan,
cara mengajar dan penilaian.
25
3.1 MEMBUAT LAPORAN MENGENAI PENGLIBATAN BERSAMA
D E N G A N GURU PEMBIMBING SEMASA CUTI SEKOLAH
LAPORAN 1
PROGRAM GOTONG-ROYONG MEMBERSIHKAN KAWASAN SEKOLAH
DAN ASRAMA
PENGENALAN
Aktiviti Gotong royong ini telah dijalankan di Sekolah M e n e n g a h Kebangsaan
Tanah Merah 1 pada tarikh 19 February 2022. Aktiviti ini melibatkan beberapa orang
guru dan guru pelatih. Kami dibahagikan beberapa kumpulan dan menjalankan gotong-
royong membersihkan kawasan sekolah dan asrama. Aktiviti ini dijalankan dapat
memupuk semangat bekerjasama dan bertanggungjawab dalam kalangan guru-guru dan
guru pelatih ini. Selain itu, gotong-royong ini dijalankan untuk membersihkan keadaan
kawasan sekolah yang sedikit berselerak.
OBJEKTIF
I. Mewujudkan iklim yang kondusif serta identiti sekolah sebagai institusi yang
bersih, indah, selamat dan ceria.
II. Mewujudkan dan meningkatkan semangat kerjasama yang padu antara guru-guru
dan guru pelatih dalam melaksanakan aktiviti ini.
III. Melaksanakan amalan kebersihan bagi mencapai kepuasan tahap maksimum.
MAKLUMAT PERLAKSANAAN
Tarikh: 19 February 2022
Tempat: SMK Tanah Merah 1
Masa: 8.30 pagi - 1.00 Petang
26
NILAI DAN KEMAHIRAN YANG DIPELAJARI
i. Bekerjasama
ii. Perpaduan
iii. Kepimpinan
iv. Menepati Masa
CADANGAN AKTIVITI
1. Membaiki kerusi dan meja murid
- Membaiki kerosakan kerusi dan meja murid setiap kelas untuk keselesaan
pelajar akan datang.
2. Menebang pokok
- Menebang pokok yang tidak diperlukan dan mengganggu laluan.
3. Mengecat
- Mengecat kembali dinding-sekolah yang telah lusuh warnanya.
4. Membersihkan kawasan longkang
- Membersihkan dalam longkang yang dipenuhi dengan daun-daun pokok.
TENTATIF PROGRAM
MASA AKTIVITI
8.30 pagi Berkumpul dan sarapan
9.00 pagi Pengagihan tugas
9.30 pagi Gotong-royong bermula
12.30 tengah hari Guru berkumpul dan pemberian makanan
1.00 petang Bersurai
27
PENUTUP
Pihak kami berharap agar program aktiviti gotong royong ini berjalan dengan lancar
dan jayanya.
REFLEKSI PROGRAM
Program gotong-royong ini dijalankan dalam tempoh satu hari sahaja. Semua guru
pelatih terlibat sama dalam program ini dan ditambah dengan guru-guru sekolah. Kami
berkumpul di sekolah pada jam 8.30 pagi dan dibahagikan kepada 5 kumpulandi mana
setiap kumpulan terdiri dari 6 orang. Sebelum memulakan aktiviti kami diarahkan untuk
sarapan dahulu bagi mengelakkan berlakunya masalah yang tidak diingini seperti
pengsan dan sebagainya. Selepas sarapan pagi, kami akan memulakan aktiviti dan
masing-masing menuju ke destinasi yang ditetapkan. Antaranya ialah kawasan asrama,
padang, kantin, kelas, dewan dan sebagainya. Terdapat juga kumpulan yang perlu
mengumpulkan meja-meja rosak yang perlu dibaiki bagi menghadapi pelajar yang akan
menduduki peperiksaan.
28
Saya dan beberapa orang diarahkan untuk membersihkan kawasan asrama.
Selepas beberapa bulan ditinggalkan kawasan asrama menjadi bersepah dengan daun
gugur, longkang tersumbat dan sebagainya. Saya dan guru-guru dalam pasukan
membersihkan kawasan tersebut dan mengambil masa selama 1 jam. Selepas selesai
kami membersihkan di kawasan asrama dengan sukarela kami membantu guru-guru
lain menyelesaikan tugasnya seperti menebang pokok dan membaiki meja yang rosak.
Setelah selesai setiap kawasan yang perlu dibersihkan, kami berehat sebentar dan
ucapan terima kasih dan penutup daripada pengetua kerana berjaya menjalankan
program gotong-royong ini. Kami juga diberikan makanan tengah hari sebagai ganjaran
membantu menjayakan program tersebut.
Program ini sememangnya dapat meningkatkan semangat bekerjasama sesama
guru-guru dan memupuk semangat perpaduan antara satu sama lain. Saya berpuas hati
dengan aktiviti yang dijalankan ini. Guru-guru yang terlibat juga amat mesra dan
tidak sekali-kali menunjukkan jurang antara guru pelatih dan guru sekolah tersebut. Jika
diberi peluang untuk bersama-sama menjayakan program seperti ini lagi, saya tidak
akan teragak-agak untuk menerimanya dan menjayakan program tersebut.
29
LAPORAN 2
PROGRAM AMALI UNTUK PELAJAR TINGKATAN ENAM BAWAH
SEMESTER 2
PENDAHULUAN
Program Amali ini adalah salah satu subjek yang penting dalam sains sukan. Ianya salah
satu markah penting yang terdapat dalam kertas STPM sains sukan. Program ini
dirancang untuk memberi pendedahan kepada pelajar baharu tingkatan enam tentang
sistem pembelajaran dan peperiksaan di peringkat STPM. Persediaan inipenting untuk
mereka memahami sistem baharu supaya mudah untuk mereka melalui sistem
pembelajaran yang baharu seterusnya bersedia untuk melalui pengajian yang lebih
tinggi iaitu universiti.
OBJEKTIF
I. Menjelaskan sistem pengajian Tingkatan Enam.
II. Menerangkan kelebihan Tingkatan Enam.
III. Menjelaskan Peluang selepas STPM.
IV. Memupuk semangat ingin berjaya dalam pelajaran.
V. Mengaplikasikan pengetahuan sedia ada.
MAKLUMAT PERLAKSANAAN
Tarikh: 14 Februari 2022
Tempat: Tapak Perhimpunan
Masa: 8.00 pagi - 10.30 Petang
NILAI DAN KEMAHIRAN YANG DIPELAJARI
1) Kepimpinan
2) Perpaduan
3) Semangat ingin tahu
30