AKTIVITI AMALI TINGKATAN 6 RENDAH
MASA PROGRAM GURU TING 6 R
8.00 – 10.30 6 SAINS : EN IZANI BIN AB GHANI
Aktiviti Amali – Bersama Guru
Tingkatan
- Penerangan tentang Amali
- Etika Berpakaian Pelajar Ting 6
semasa amali
REHAT REHAT
*9.00-9.15
*10.30 *Bersurai
31
PENUTUP
Pihak kami berharap agar program Amali ini berjalan dengan lancar dan jayanya.
REFLEKSI PROGRAM
Program rutin yang dilaksanakan ini sedikit sebanyak membantu pelajar
mengenali haluan diri di tingkatan enam di samping dapat membina matlamat untuk
berjaya masa depan. Seterusnya melalui program ini pelajar mendapat pendedahan alam
pra-universiti di samping melatih diri untuk membina kematangan berfikir dan
bersosial.
32
Sepanjang berlangsungnya program ini, pelajar-pelajar memberikan reaksi yang
memuaskan dan bersemangat. Guru-guru yang memberi penerangan juga sangat teliti
supaya pelajar mudah untuk memahami mengenai kelebihan tingkatan enam ini.
Aktiviti-aktiviti yang dirancang juga berjalan dengan lancar tanpa ada gangguan yang
serius.
Setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang terlibat kerana telah
menjalankan program ini dengan jayanya. Masing-masing telah menjalankan tugas
dengan penuh tanggungjawab dan komitmen yang jitu. Tiada sebarang situasi yang
tidak diingini berlaku sepanjang program ini dijalankan.
Pelajar tingkatan enam dalam program
Guru memberi penerangan mengenai Amali tingkatan enam
33
3.2 LAPORAN MENGENAI PENGLIBATAN BERSAMA DENGAN GURU
PEMBIMBING MERANCANG AKTIVITI APABILA SESI PERSEKOLAHAN
BERMULA
LAPORAN 1
PROGRAM MINGGU SILATURRAHIM TINGKATAN 6 BAWAH
PENGENALAN
Jawatankuasa kecemerlangan STPM SMK Tanah Merah 1 telah menjalankan Program
Minggu Silaturrahim Tingkatan 6 bawah. Program tersebut telah berlangsung selama 5
hari dan dimana kumpulan sasaran bagi program ini adalah semua pelajar tingkatan 6
bawah. Program ini dilaksanakan bertujuan untuk memberikan pendedahan semula
kepada pelajar tentang tingkatan 6 dan sukatan pelajaran sepanjang berada di pengajian
pra-universiti.
RASIONAL
Program Minggu Silaturrahim Tingkatan 6 bawah dirancang untuk meningkatkan
atau membantu pelajar tingkatan 6 terutama persiapan dari segi fizikal dan mental
untuk menghadapi 4 semester di peringkat pengajian pra-universiti.
OBJEKTIF PROGRAM
1.1 Melahirkan pelajar-pelajar yang berdaya saing.
1.2 Membantu pelajar-pelajar menghadapi semester-semester yang akan datang
dengan jayanya.
1.3 Meningkatkan semangat untuk belajar dan fokus dalam pengajian peringkat ini.
KUMPULAN SASARAN
Program ini mensasarkan semua pelajar tingkatan 6 bawah.
ANJURAN
Guru Pelatih Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dengan kerjasama Unit
Kokurikulum SMK Tanah Merah 1.
MAKLUMAT PERLAKSANAAN
Program ini akan diadakan pada:
34
Tarikh: 13 Februari 2022
Tempat: Dewan Al-Kindi
35
PERINCIAN PROGRAM
Program Minggu Silaturrahim akan berlangsung selama lima hari. Kumpulan sasaran
bagi program ini adalah semua pelajar tingkatan 6 bawah. Program ini dilaksanakan
bertujuan untuk memberikan pendedahan semula kepada pelajar tentang tingkatan 6
dan sukatan pelajaran sepanjang berada di pengajian pra-universiti.
SENARAI AHLI JAWATANKUASA
AJK NAMA DESKRIPSI TUGAS
Pengerusi Mohd Sauli Bin Hassan 1. Memastikan pergerakan aktiviti
program berjalan dengan baik dan
(Pengetua) lancar.
Timbalan Pengerusi Tn. Hj. Kamarudin bin A. Kadir 2. Membuat laporan perjalanan
aktiviti.
(PK Pentadbiran) 3. Menjalankan tugas-tugas lain yang
diarahkan oleh tuan pengetua.
Naib Pengerusi Pn Hjh Noreha bt Idris
(PK HEM)
Nur ’Aqilah Binti Sukri
Nur Najihah Binti Jaffar
Pengarah Perogram Muhammad Zul Irshad Bin Zaini
Setiusaha Muhammad Nur Irfan Bin Izani
Naib Setiausaha Nor Amira Binti Zainal
PENUTUP
Pihak kami berharap program Minggu Silaturrahim ini dapat dijalankan dengan lancar
dan jayanya dan mencapai objektif yang ditentukan.
REFLEKSI
Kesimpulannya, perjalanan program ini mendapat sambutan dan kerjasama yang baik dari pihak
pelajar dan guru. Kerjasama dan tunjuk ajar daripada guru-guru berpengalaman sedikit sebanyak
membantu saya sepanjang program mempelajari sesuatu yang baharu. Saya juga berpuas hati
dengan program yang dilaksanakan kerana program tersebut membantu pelajar tingkatan 6 terutama
dari segi fizikal dan mental untuk menghadapi 4 semester di peringkat pra-universiti.
36
Persiapan Dewan untuk program
37
LAPORAN 2
PROGRAM KECEMERLANGAN SPM 2022
Pada pertengahan Februari, jawatankuasa kecemerlangan SPM SMK Tanah Merah 1
telah menjalankan Program Kecemerlangan SPM 2022, yang melibatkan semua pelajar
tingkatan 5 yang bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia tidak lama lagi.
Program tersebut dilaksanakan bertujuan untuk memberikan pendedahan kepada pelajar
mengenai teknik menjawab soalan yang betul serta memberi suntikan semangat
motivasi kepada pelajar supaya yakin untuk memantapkan lagi persediaan minda
mereka menjelang peperiksaan sebenar Sijil Pelajaran Malaysia yang bakal menjelma
tidak lama lagi.
OBJEKTIF
i. Memberikan pendedahan teknik menjawab soalan.
ii. Memberi suntikan semangat motivasi bagi memantapkan persediaan minda.
iii. Membuat persediaan awal dalam diri pelajar bagi menghadapi Sijil Pelajaran
Malaysia.
KUMPULAN SASARAN
Program ini kepada pelajar-pelajar tingkatan 5.
MAKLUMAT PERLAKSANAAN
Program ini akan diadakan pada:
Tarikh: 23 Februari 2022
Tempat: Bangunan Akademik
PERINCIAN PROGRAM
Program Kecemerlangan SPM 2022, yang melibatkan semua pelajar tingkatan 5 yang bakal
menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia tidak lama lagi. Program tersebut dilaksanakan
bertujuan untuk memberikan pendedahan kepada pelajar mengenai teknik menjawab soalan yang
betul serta memberi suntikan semangat motivasi kepada pelajar supaya yakin untuk memantapkan
lagi persediaan minda mereka menjelang peperiksaan sebenar Sijil Pelajaran Malaysia yang bakal
menjelma tidak lama lagi.
38
SENARAI AHLI JAWATANKUASA
AJK NAMA DESKRIPSI TUGAS
Pengerusi Mohd Sauli Bin Hassan 1. Memastikan pergerakan aktiviti
program berjalan dengan baik dan
(Pengetua) lancar.
Timbalan Pengerusi Tn. Hj. Kamarudin bin A. Kadir 2. Membuat laporan perjalanan
aktiviti.
(PK Pentadbiran) 3. Menjalankan tugas-tugas lain yang
diarahkan oleh tuan pengetua.
Naib Pengerusi Pn Hjh Noreha bt Idris
(PK HEM)
Nur ’Aqilah Binti Sukri
Nur Najihah Binti Jaffar
Pengarah Perogram Muhammad Zul Irshad Bin Zaini
Setiusaha Muhammad Nur Irfan Bin Izani
Naib Setiausaha Nor Amira Binti Zainal
PENUTUP
Pihak kami berharap program Kecermelangan SPM 2022 ini dapat dijalankan dengan
lancar dan jayanya dan mencapai objektif yang ditentukan.
REFLEKSI PROGRAM
Kesimpulannya, perjalanan program ini mendapat sambutan dan kerjasama yang baik dari pihak
pelajar dan guru. Saya juga berpuas hati dengan program yang dilaksanakan kerana program
tersebut membantu sedikit sebanyak para pelajar untuk membuat persediaan awal dalam diri
mereka bagi menghadapi peperiksaan sebenar Sijil Pelajaran Malaysia.
39
Bangunan Akademik
Pelajar-pelajar Tingkatan 5 yang
bakal menghadapi Sijil Pelajaran
Malaysia
40
4.0 RUMUSAN
Secara kesuluruhanya, sepanjang menjalani Program Perantis Guru 2 (PPG2)
selama tiga minggu di Sekolah Menengah Kebangsaan Tanah Merah 1, terdapat
pelbagai ilmu dan pengalaman yang saya peroleh hasil daripada penglibatan dan
penyertaan aktiviti yang dijalankan. Berdasarkan pemerhatian saya, untuk menjadi
seorang guru yang cemerlang adalah bukan hanya bergantung kepada tahap ilmunya
sahaja, malah sahsiah dan ilmu keguruan juga memainkan peranan penting. Sebagai
seorang guru, kita juga haruslah sentiasa bersikap terbuka untuk terus menimba ilmu
sungguhpun telah mahir di dalam sesuatu perkara.
Saya amat bersyukur dan berterima kasih kepada pihak sekolah terutamanya
guru pembimbing kerana telah banyak membantu dalam melengkapkan tugasan PPG2
kali ini. Mereka juga sering memberi peluang kepada saya untuk mencuba sesuatu
perkara baharu untuk memberi pendedahan dan pengalaman berkaitan ilmu keguruan.
Saya amat beruntung dengan segala ilmu dan tunjuk ajar yang telah diberikan oleh pihak
mereka dan saya akan cuba mempraktik serta menyampaikan perkara ini di masa akan
datang. Sebagai seorang guru pelatih, sesi pengajaran dan pembelajaran yang telah
dikendalikan sewaktu menjalani PPG2 ini memberi pengalaman yang berharga kepada
saya. Bertanggungjawab terhadap kelas untuk tingkatan 5 iaitu 5 RBT 1, telah mengajar
saya bahawa teknik pengajaran dan pendekatan bersama pelajar amatlah memainkan
peranan penting dalam keberkesanan pembelajaran walaupun dijalankan secara online.
Perkara ini mendidik saya bahawa setiap pelajar mempunyai cara pendekatan dan tahap
kefahaman yang berbeza. Oleh itu, saya haruslah bijak memilih teknik pengajaran yang
berkesan dan kebolehan untuk mengawal situasi di dalam bilik darjah.
Pada pendapat saya, Program Perantis Guru ini merupakan sebuah program
yang memberi pendedahan dan impak positif kepada bakal-bakal guru. Hal ini demikian
kerana program ini menyediakan satu platform untuk para pelajarmengaplikasikan apa
yang telah dipelajari sewaktu di dalam kuliah di samping merasai situasi sebenar di
alam persekolahan sebagai guru. Saya berharap program ini akan diteruskan di samping
melalukan penambahbaikan agar sentiasa menjadi relevan dan mendatangkan hasil.
41
5.0 LAMPIRAN DAN GAMBAR
Sesi bergambar bersama d e n g a n pengetua
Sesi bergambar bersama dengan guru pembimbing
42
Sesi bergambar di dalam pejabat semasa punchcard
Sesi bergambar semasa mengajar di dalam kelas
43
Sesi bergambar semasa membuat persediaan kertas soalan untuk peperiksaan akhir tahun.
Sesi bergambar sebelum ke sekolah
44