KSSM SEJARAH TINGKATAN 4 BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM JPN TERENGGANU Bahan sokongan ini hanya boleh digunakan untuk tujuan PdP Sejarah sahaja. TIDAK DIBENARKAN untuk menggunakan mana-mana bahagian bahan ini untuk tujuan komersial dan penerbitan semula
BAB 3 KONFLIK DUNIA DAN PENDUDUKAN JEPUN DI NEGARA KITA SEJARAH TINGKATAN 4 BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM JPN TERENGGANU
BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM JPN TERENGGANU 3 • Perang Dunia Pertama • Berakhir Perang Dunia Kedua • Kesan Perang Dunia Pertama LATAR BELAKANG PERANG DUNIA • Kesedaran Awal Nasionalisme NASIONALISME DI NEGARA KITA SEBELUM PERANG DUNIA • Faktor Tercetusnya PDII • PDII di Eropah • Berakhirnya PDII di Eropah PERANG DUNIA KEDUA (PDII) • Perluasan Kuasa Jepun • Bermulanya PDII di Asia Pasifik PERANG DUNIA KEDUA DI ASIA PASIFIK • Serangan Jepun Terhadap Negara Kita FAKTOR KEDATANGAN JEPUN DI NEGARA KITA • Dasar Pentadbiran • Dasar Ekonomi • Dasar Sosial DASAR PENDUDUKAN JEPUN DI NEGARA KITA • Rejimen Askar Melayu Benteng Pertahanan Tanah Air • Penentangan MPAJA • Kerjasama MPAJA dengan Force 136 • Kerjasama Parti Kuomintang dan MPAJA • Force 136 • Penentangan Individu • Gerakan Anti-Jepun di Sarawak dan Sabah PERJUANGAN RAKYAT MENENTANG JEPUN • Perkembangan Semangat Antipenjajah • Perjuangan Menuntut Kemerdekaan dalam Kalangan Orang Melayu • Kesedaran Politik di Sarawak dan Sabah PERKEMBANGAN GERAKAN NASIONALISME TEMPATAN DAN PENDUDUKAN JEPUN • Kekalahan Tentera Jepun dan Pengakhiran PDII • Penguasaan Bintang Tiga di Tanah Melayu KEADAAN NEGARA KITA SELEPAS KEKALAHAN JEPUN KONFLIK DUNIA DAN PENDUDUKAN JEPUN DI NEGARA KITA 01 03 02 04 06 05 07 08 09
BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM JPN TERENGGANU 4 3.1 NASIONALISME DI NEGARA KITA SEBELUM PERANG DUNIA Pada akhir pembelajaran, murid akan dapat: ➢ Memerihalkan kesedaran nasionalisme di negara kita sebelum Perang Dunia
• Pembunuhan Putera Mahkota Austria-Hungary • Perang Dunia Pertama meletus 1914 1918 1919 1939 1941 1945 • Perjanjian Versailles ditandatangani untuk syarat perdamaian • Jepun menyerang Tanah Melayu dan Pearl Harbour • Perang Dunia Kedua di Asia Pasifik • Jerman menandatangai genjatan senjata • Berakhirnya Perang Dunia Pertama • Jerman menakluki Poland • Perang Dunia Kedua bermula di Eropah • Bom atom digugurkan di Hiroshima dan Nagasaki • Jepun menyerah kalah • Perang Dunia Kedua berakhir GARIS MASA KONFLIK DUNIA 5 BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM JPN TERENGGANU
• British berwaspada terhadap Gerakan Pan-Islamisme • Penentangan Tok Janggut hasil kesedaran politik antarabangsa dan kesan daripada kebangkitan masyarakat Islam sedunia • Penentangan tersebut melibatkan penduduk Pasir Puteh, Kelantan • Tujuan untuk pertahankan agama Islam dan hak penduduk KEBANGKITAN ISLAM PERINGKAT ANTARABANGSA MENGGUNAKAN AKHBAR DAN MAJALAH • Gerakan awal secara terbuka, mendapat reaksi dan tindak balas keras dari British • British kenalkan Enakmen Undang-Undang Islam untuk penjarakan sesiapa yang cetak/ edar tulisan berkaitan agama dan politik Islam tanpa izin sultan • British tubuhkan dua badan penyiasat iaitu Jabatan Siasatan Jenayah dan Biro Siasatan Politik untuk kawal gerakan Islah Islamiyah GERAKAN ORANG MELAYU MENENTANG CAMPUR TANGAN BRITISH PENGLIBATAN EMPAYAR UTMANIYAH DALAM PERANG DUNIA PERTAMA 3.1.1 KESEDARAN AWAL NASIONALISME 6 • Uthmaniyah menyeru orang Islam yang ditindas bangkit menentang penjajah • Penentangan memperjuangkan agama dikaitkan dengan isu cukai dan sikap membenci British • British berwaspada terhadap sokongan orang Melayu kerana perang buatkan pemimpin negeri Melayu sokong khalifah Uthmaniyah yang dianggap pelindung umat Islam dan penaung bagi tanah suci Mekah serta Madinah • Masyarakat Melayu susun strategi lain iaitu gunakan akhbar dan majalah untuk tiup kesedaran kebangsaan setelah penentangan Tok Janggut gagal • Undang-Undang British halang orang Melayu menyatakan sikap politik melalui bahan penulisan. • British mengawal kebebasan bersuara, penerbitan, berpersatuan dan kegiatan yang mengancam kedudukan British BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM JPN TERENGGANU 01 02 03 04
APLIKASI KBAT DAN ELEMEN K (K10.1.5) Keamanan dunia penting untuk dipelihara bersama dan memberi kesan kepada negara kita. Bincangkan. 7 BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM JPN TERENGGANU
C A K N A M I N D A APLIKASI KBAT BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM JPN TERENGGANU 8 Kesedaran nasionalisme Melayu yang lahir daripada semangat cinta akan negara sebelum perang dunia tercetus menjadi asas gerakan penentangan yang lebih menyeluruh selepas Perang Dunia Kedua berakhir. Jelaskan.
9 3.2 LATAR BELAKANG PERANG DUNIA Pada akhir pembelajaran, murid akan dapat: ➢ Menerangkan latar belakang Perang Dunia BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM JPN TERENGGANU
3.2.1 LATAR BELAKANG PERANG DUNIA 10 LATAR BELAKANG PERANG PERANG DUNIA PERTAMA PAKATAN KETENTERAAN KRISIS RANTAU BALKAN PIHAK TERLIBAT • Punca dari perkembangan nasionalisme dalam kalangan negara Eropah • Persaingan kuasa Barat untuk mempertahankan kepentingan sendiri cetuskan Perang Dunia Pertama dan Perang Dunia Kedua • Berlaku antara negara Eropah termasuk empayar Uthmaniyah • Persaingan untuk mendapatkan tanah jajahan, bahan mentah (bijih timah) dan pasaran hasil industri • Cetus permusuhan contoh antara Perancis dan Jerman • Terbentuk pakatan ketenteraan iaitu Kuasa Tengah dan Pakatan Bertiga • Menyebabkan ketidakstabilan politik di Eropah. • Persaingan dapatkan tanah jajahan, penghasilan senjata moden dan berperang untuk jaga kepentingan sendiri • Kesan permusuhan Austria-Hungary dengan Serbia • Austria-Hungary tuduh Serbia menghasut rakyat Austria supaya berjuang bebaskan diri daripada Austria-Hungary • Kemuncak krisis pembunuhan Archduke Ferdinand dan isteri, Sophie oleh pemuda Serbia • Eropah terlibat dalam Perang Dunia Pertama • Kuasa Tengah: Jerman, Austria-Hungary disertai Bulgaria dan Uthmaniyah • Pakatan Bertiga: Britain, Perancis, Rusia disokong Serbia, Itali, Romania, Portugal dan Greece BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM JPN TERENGGANU 01 02 03 04 05
3.2.2 PERISTIWA PERANG DUNIA PERTAMA 11 28 Julai 1914 - Austria-Hungary dengan sokongan Jerman isytihar perang terhadap Serbia 30 Julai 1914 - Rusia beri bantuan tentera untuk pertahankan Serbia 1 Ogos 1914 - Jerman isytihar perang terhadap Rusia 3 Ogos 1914 - Jerman isytihar perang terhadap Perancis yang menyebelahi Rusia dengan menceroboh Belgium untuk serang Perancis 4 Ogos 1914 - Britain sertai Rusia dan Perancis serang Jerman yang menceroboh Belgium April 1917 - Amerika Syarikat sertai perang dengan memihak kepada Pakatan Bertiga Mac 1915 - Itali sertai Perancis, Britain dan Rusia dalam Pakatan Bertiga Oktober 1914 - Empayar Uthmaniyah sertai perang dengan memihak kepada Kuasa Tengah BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM JPN TERENGGANU
3.2.3 PETA PERANG DUNIA PERTAMA
3.2.4 BERAKHIR PERANG DUNIA PERTAMA 13 PERSIDANGAN DAMAI PARIS 18 JANUARI 1919 02 01 PENGLIBATAN AMERIKA SYARIKAT • membawa kejayaan kepada Pakatan Bertiga • Jerman terpaksa tandatangani genjatan senjata • beberapa siri persidangan dan perjanjian damai memberi kesan kepada negara Eropah • Amerika Syarikat diiktiraf kuasa besar dunia 03 • bincangkan syarat perdamaian selepas perang • pastikan Jerman tidak menjadi ancaman keamanan di Eropah • lahirkan Deklarasi 14 Perkara Woodrow Wilson • mengandungi 2 prinsip utama iaitu penentuan nasib negara oleh rakyat sendiri dan sempadan negara berasaskan bangsa PERJANJIAN VERSAILLES 28 JUN 1919 • ditandatangani oleh Pakatan Bertiga dan Jerman • Jerman bertanggungjawab terhadap kemusnahan akibat perang, membayar pampasan kepada Pakatan Bertiga, mengehadkan saiz angkatan tentera dan menyerahkan wilayah dan tanah jajahan kepada Pakatan Bertiga • Kesan lain, penubuhan Liga Bangsa-Bangsa untuk galakkan keamanan dan kerjasama antarabangsa BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM JPN TERENGGANU
• Pemerintahan beraja di Jerman, Austria-Hungary, Rusia dan Empayar Uthmaniah • Republik Jerman didirikan apabila Kaiser Wilhem II terpaksa turun takhta dan terima perlindungan politik di Belanda • Empayar Austria-Hungary di bawah pemerintahan Dinasti Habsburg berakhir apabila timbul pemberontakan di wilayah yang dikuasainya • Revolusi di Rusia tumbangkan pemerintahan beraja Tsar Nicholas II (kerajaan komunis pertama di dunia) • Khalifah Sultan Mehmed VI digulingkan kerajaan Turki bercorak republik diketuai Mustafa Kemal Ataturk KERUNTUHAN PEMERINTAHAN BERAJA 3.2.5 KESAN PERANG DUNIA PERTAMA 14 • Hungary, Czechoslovakia dan Yugoslavia terbentuk dari runtuhnya empayar Austria-Hungary • Perpecahan Empayar Rusia tubuhkan negara baharu - Poland, Estonia, Latvia dan Lithuania • Perpecahan Empayar Utmaniyah bentuk negara - Lebanon, Syria dan Iraq KEMUNCULAN NEGARA BARU • Raja-raja Melayu diminta tandatangan pengisytiharan perang untuk sokong dan beri taat setia kepada British • Tujuan untuk sekat kebangkitan orang Melayu • Undang-undang berkaitan perang diluluskan oleh British termasuk peruntukan kuasa Pesuruhjaya Tinggi • British manipulasi ekonomi Tanah Melayu KESAN TERHADAP NEGARA KITA BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM JPN TERENGGANU 01 02 03
APLIKASI KBAT DAN ELEMEN K (K10.1.6) Semangat cinta akan negara penting dan perlu dipupuk dalam setiap diri rakyat Malaysia. Bersetujukah anda? Bincangkan. 15 BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM JPN TERENGGANU
C A K N A M I N D A APLIKASI KBAT BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM JPN TERENGGANU 16 Perang Dunia Pertama memberikan iktibar kepada kita tentang kepentingan keamanan dunia. Buktikan.
17 3.3 PERANG DUNIA KEDUA Pada akhir pembelajaran, murid akan dapat: ➢ Menghuraikan perkembangan Perang Dunia Kedua BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM JPN TERENGGANU
Berlaku pada tahun 1939-1945 melibatkan negara Eropah dan utara Afrika 3.3.1 PERANG DUNIA KEDUA (PDII) 18 Melibatkan Tanah Besar Asia dan Kepulauan Asia Tenggara Kuasa Paksi - Jerman, Itali dan Jepun Kuasa Bersekutu - Britain, Amerika Syarikat, Perancis dan Rusia BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM JPN TERENGGANU 01 02 03 04
KETIDAKPUASAN HATI TERHADAP PERJANJIAN VERSAILLES • Jerman anggap perjanjian tidak adil dan jejaskan kedaulatan negaranya • Jerman juga hilang tanah jajahan dan perlu bayar pampasan perang yang tinggi menyebabkan Jerman alami kemelesetan ekonomi serta inflasi yang teruk • Itali pula tidak puas hati terhadap perjanjian ini kerana tidak diberi tanah jajahan baru seperti yang diperoleh Perancis dan Poland KEGAGALAN LIGA BANGSA-BANGSA • Gagal kuatkuasakan perjanjian pelucutan senjata dan tangani krisis pencerobohan yang berlaku selepas Perang Dunia Pertama • Dunia terdedah kepada konflik berterusan membawa meletusnya PDII • Cabaran: ❑ Krisis Manchuria (1931-1933) ❑ Perjanjian Pelucutan Senjata (1932-1934) ❑ Krisis Habsyah (1935-1936) 3.3.2 FAKTOR-FAKTOR BERLAKUNYA PDII DI EROPAH 19 KEMUNCULAN IDEOLOGI BARU • Tujuan untuk atasi masalah kemelesetan ekonomi • Penduduk Itali dan Jerman adakan gerakan politik radikal • Gerakan Fasisme pimpinan Benito Mussolini - kuasai kerajaan Itali pada 1922 • Beri keutamaan kepada kepentingan negara melebihi kepentingan individu dan percaya nasionalisme melampau termasuk berperang untuk tingkatkan imej • Itali meluaskan jajahan dengan kuasai Habsyah dan Albania • Gerakan Nazisme pimpinan Adolf Hitler - bentuk kerajaan pada 1933 dan Nazisme agungkan bangsa Jerman • Hitler berusaha pulihkan nasionalisme Jerman dengan ketepikan Perjanjian Versailles, bina angkatan tentera semula dan menduduki semula Rhineland BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM JPN TERENGGANU 01 02 03
3.3.3 PERANG DUNIA KEDUA DI EROPAH 20 Meletusnya PDII apabila Jerman serang Poland menyebabkan Britian dan Perancis isytihar perang terhadap Jerman JERMAN TAKLUK EROPAH BARAT • Jerman mulakan serangan Blitzkrieg (serangan kilat) takluk negara di Eropah Barat • Jerman berjaya tawan Poland, Denmark, Norway, Belanda, Belgium, Luxembourg dan Perancis • Jerman kuasai hampir keseluruhan negara di Eropah Barat menjelang tahun 1941 PENGEBOMAN BRITAIN • Jerman serang Britain melalui udara dan laut pada September 1940 sehingga Jun 1941 • Jerman serang dan musnahkan pelabuhan, kawasan industri, pertahanan dan serangan telah menjejaskan ekonomi Britain PENYERTAAN ITALI • Itali sekutu Jerman, isytihar perangi Britain dan Perancis pada Jun 1940 • Itali menyerang Perancis melalui arah selatan manakala Jerman serang Perancis dari arah utara JERMAN SERANG RUSIA • Jerman lancar Operasi Barbarossa iaitu serangan besarbesaran untuk menawan Rusia • Sasaran bandar utama di Rusia iaitu Leningrad, Moscow dan Stalingrad BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM JPN TERENGGANU 01 02 03 04
3.2.4 PETA LOKASI PERANG DUNIA KEDUA DI EROPAH
3.3.5 BERAKHIRNYA PDII DI EROPAH KERJASAMA KUASA BESAR • Presiden Amerika Syarikat, Franklin Roosevelt dan Perdana Menteri Britain, Winston Churchill bertemu membuat keputusan politik dan ketenteraan kemudian kerjasama disertai Presiden Rusia, Joseph Stalin. • Tentera Bersekutu iaitu tentera darat, udara dan laut beroperasi di bawah Komander Tertinggi Bersekutu diketuai oleh Amerika Syarikat KEBERKESANAN STRATEGI SERANGAN • Kesilapan Kuasa Paksi membuat keputusan politik dan ketenteraan semasa operasi menawan Rusia membawa kegagalan • Kuasa Bersekutu pimpinan Amerika Syarikat unggul dalam perancangan ketenteraan terutama kejayaan operasi pendaratan tentera Bersekutu di Normandy, Perancis KEGAGALAN OPERASI MENAWAN RUSIA KEJAYAAN OPERASI PENDARATAN TENTERA BERSEKUTU • Hasil kerjasama kuasa besar dan keberkesanan strategi • Memberi iktibar kepada kita bahawa kepentingan berkerjasama dan bermuafakat dalam hadapi cabaran KUASA BERSEKUTU MENANG • Serangan awal lancar namun tentera Jerman banyak terkorban semasa 2 musim sejuk di Rusia • Tempoh perang yang panjang buat Jerman kehabisan peluru, minyak dan makanan akhirnya semangat tentera lemah • Jeneral Jerman, Friedrich Von Paulus ingkar perintah Hitler untuk teruskan peperangan dan menyerah kalah di Stalingrad pada Januari 1943 • Operasi kod “D-Day” tentera Bersekutu berjaya mendarat di Normandy, Perancis • Tentera Bersekutu berjaya memperdaya tentera Jerman dan meningkatkan semangat mereka - menjadi titik tolak kejayaan membebaskan Perancis dan negara Eropah Barat dari penaklukan Jerman • Tentera Bersekutu memasuki Jerman dari arah Barat dan Tentera Rusia serang Jerman di bahagian Timur Jerman tandatangan menyerah kalah pada 07 Mei 1945 22 BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM JPN TERENGGANU 01 02 03 04
3.2.4 PETA PENDARATAN TENTERA BERSEKUTU
APLIKASI KBAT DAN ELEMEN K (K10.1.7) Peperangan meninggalkan kesan dan memberikan iktibar tentang kepentingan memelihara keamanan serta kesejahteraan dunia. Bahaskan. 24 BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM JPN TERENGGANU
C A K N A M I N D A APLIKASI KBAT 25 Kerjasama dan permuafakatan penting dalam merangka strategi semasa menghadapi sesuatu cabaran. Bersetujukah anda? Berikan penjelasan anda. BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM JPN TERENGGANU
26 3.4 PERANG DUNIA KEDUA DI ASIA PASIFIK Pada akhir pembelajaran, murid akan dapat: ➢ Menghuraikan perkembangan Perang Dunia Kedua di Asia Pasifik BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM JPN TERENGGANU
3.4.1 PELUASAN KUASA JEPUN 27 DASAR PELUASAN KUASA JEPUN • Pertempuran berlaku di Lautan Pasifik, Tanah Besar Asia dan Kepulauan Asia Tenggara • Berpunca dari kemunculan Jepun sebagai kuasa tentera di Asia yang menjalankan imperialisme di Asia Pasifik PERANG PASIFIK (1941-1945) • Jepun muncul sebagai kuasa industri pada abad ke-19 • Berusaha kurang bergantung kepada Barat bagi dapatkan bahan mentah • Jepun perlukan wilayah yang dapat bekalkan bahan mentah dan pasaran KEPERLUAN PERINDUSTRIAN • Tentera Jepun paling moden menjadi agresif bila tentera kuasai politik • Masalah ekonomi diselesaikan menerusi penaklukan kawasan kaya bahan mentah dan menjadi kawasan pasaran • Jeneral Hideki Tojo jadi Perdana Menteri dan mengheret Jepun dalam perang PENGARUH GOLONGAN TENTERA • Mengembangkan kuasa, kebebasan ekonomi dan menentang imperialisme Barat • Wujudkan orde baharu di Asia Timur iaitu Jepun, Korea, China, Manchuria dalam satu blok ekonomi dan dikembang ke Asia ORDE BAHARU ASIA Maksud Orde Baharu: Rancangan Jepun untuk singkirkan imperialis Barat di Asia dan anjurkan perkongsian kuasa serta kekayaan lebih adil dalam kalangan negara di Asia BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM JPN TERENGGANU 02 03 04 01
3.4.1 PELUASAN KUASA JEPUN 28 SEKATAN EKONOMI TERHADAP JEPUN • Selepas kuasai Korea, Manchuria dan China, Jepun kuasai kawasan strategik Laut China Selatan termasuk Pulau Hainan dan Indochina • Dasar peluasan kuasa dapat reaksi dari Kuasa Bersekutu • Amerika Syarikat, British dan Belanda kenakan sekatan ekonomi bagi halang Jepun dapatkan bahan mentah untuk industri dan operasi perang • Sekatan ekonomi - tindakan hentikan perdagangan dan bekukan semua harta milik Jepun di wilayah yang dikuasai British, Amerika Syarikat dan Belanda RANCANGAN PENAKLUKAN WILAYAH DI SELATAN • Jalan keluar dari sekatan ekonomi oleh pihak Bersekutu, Jepun rancang kuasai wilayah di selatan Asia Tenggara • Jerman hantar pakar ke Jepun untuk kaji serangan terhadap wilayah selatan dan bantu perkembangan industri pembuatan kapal terbang Jepun • Hasrat Jepun membentuk pemerintahan baharu di Asia Pasifik capai kemuncak bila rundingan di Amerika Syarikat untuk tamatkan sekatan ekonomi terhadap Jepun gagal • Pemerintah tentera Jepun pada Disember 1941 arahkan serangan serentak terhadap Asia Pasifik Pakatan Tiga Negara Jepun tandatangani perjanjian Pakatan Tiga Negara 1940 dengan Jerman dan Itali menjadikan Jepun terikat dengan Kuasa Paksi BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM JPN TERENGGANU 01 02
3.4.2 BERMULA PERANG DUNIA KEDUA DI ASIA PASIFIK 29 01 02 03 04 • Serang Tanah Melayu • Serang Pearl Harbour, Hawai iaitu pengkalan tentera laut Amerika Syarikat di Pasifik - jadi penghalang peluasan kuasa Jepun di Asia Pasifik MELUMPUHKAN ARMADA LAUT AMERIKA SYARIKAT • Amerika Syarikat, Britain dan Belanda • Bawa kepada penglibatan Amerika Syarikat dalam perang di Asia Pasifik dengan mengisytiharkan perang terhadap Jepun SERANG WILAYAH JAJAHAN • Strategi berkesan dan penguasaan serangan melalui laut, darat dan udara • Jepun berjaya membentuk empayar luas di Asia Pasifik menjelang April 1942 KEJAYAAN JEPUN • Korbankan 75 juta nyawa • Kemusnahan harta benda • Kematian, kesengsaraan, kelaparan, ketakutan, kezaliman dan kemiskinan menjadi iktibar agar kita menghargai nikmat keamanan KESAN PERANG DUNIA KEDUA BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM JPN TERENGGANU
BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM JPN TERENGGANU 3.4.3 PETA PELUASAN KUASA JEPUN
APLIKASI KBAT DAN ELEMEN K (K10.1.8) Rakyat memainkan peranan penting dalam mempertahankan kedaulatan negara. Bincangkan. 31 BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM JPN TERENGGANU
C A K N A M I N D A APLIKASI KBAT 32 Sebagai warganegara yang cintakan keamanan, bagaimanakah anda dapat mengelakkan daripada berlakunya peperangan? BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM JPN TERENGGANU
33 3.5 FAKTOR KEDATANGAN JEPUN DI NEGARA KITA Pada akhir pembelajaran, murid akan dapat: ➢ Menjelaskan faktor kedatangan Jepun di negara kita BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM JPN TERENGGANU
3.5.1 KEDATANGAN JEPUN KE NEGARA KITA 34 01 02 Serangan Jepun bermula di Tanah Melayu pada 8 Disember 1941 TANAH MELAYU Serangan terhadap Sarawak dan Sabah pada 16 Disember 1941 SARAWAK DAN SABAH Penuhi keperluan ekonomi dan kepentingan strategik ketenteraan akibat sekatan ekonomi oleh pihak Bersekutu . TUJUAN Slogan “Semangat Asia” dan “Asia untuk orang Asia” GUNAKAN PROPAGANDA Tanam semangat antipenjajah Barat dan menonjolkan imej Jepun sebagai pembela negara Asia PROPAGANDA JEPUN BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM JPN TERENGGANU 03 04 05
3.5.2 FAKTOR KEDATANGAN JEPUN DI NEGARA KITA 35 • Kedudukan strategik negara kita sesuai untuk ketenteraan Jepun. • Penguasaan Singapura membuka laluan penguasaan telaga minyak di Sumatera • Penguasaan Pulau Borneo menjayakan penaklukan di Pulau Jawa • Tentera Jepun menggunakan strategi serangan kilat iaitu gerakan menyerang dengan kombinasi angkatan tentera darat, udara dan laut untuk menawan Tanah Melayu KEPENTINGAN STRATEGIK KETENTERAAN • Jepun ingin mengeksploitasi bahan mentah di negara kita untuk keperluan industri kesan Pembaharuan Meiji dan operasi ketenteraan Jepun • Tanah Melayu pengeluar timah dan getah di dunia. Tanah Melayu juga menghasilkan emas, bijih besi, arang batu dan bauksit • Sarawak kaya dengan minyak iaitu di Miri dan Lutong • Pendudukan Jepun merupakan sebahagian pembentukan kawasan Lingkungan Sekemakmuran Asia Timur Raya untuk kukuhkan ekonomi Jepun EKSPLOITASI SUMBER BAHAN MENTAH BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM JPN TERENGGANU 01 02
• Mendarat serentak di Kota Bharu (Pantai Sabak) dan di Thailand (Singgora dan Pattani) pada 8 Disember 1941 • Keseluruhan Tanah Melayu jatuh ke tangan Jepun apabila Singapura ditawan pada 15 Februari 1942 • Tentera Jepun mendarat di Kota Bharu dan mara ke selatan melalui jalan darat di negeri pantai timur • Kapal Repulse dan Prince Of Wales digerakkan untuk menyekat kemaraan Jepun tetapi ditenggelamkan oleh Jepun di perairan Kuantan • Tentera Jepun mendarat di Thailand memasuki Kedah dan berpecah kepada dua pasukan untuk mara ke selatan • Satu pasukan ke Pulau Pinang kemudian mara ke selatan melalui persisiran pantai barat • Satu pasukan lagi melalui jalan darat menuju bandar utama di negeri-negeri pantai barat • Serangan tentera Jepun ke atas Sarawak dan Sabah bermula dengan pendaratan di Miri • Sepasukan tentera Jepun mara menduduki Sibu dan Kuching • Sepasukan lagi mara ke Sabah melalui Labuan dan menduduki bandar utama Sabah • Pendudukan Jepun di Sandakan melengkapkan kempen serangan Jepun di Sabah 36 3.5.4 SERANGAN JEPUN TERHADAP NEGARA KITA BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM JPN TERENGGANU
BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM JPN TERENGGANU 3.5.3 SERANGAN JEPUN TERHADAP NEGARA KITA
APLIKASI KBAT DAN ELEMEN K (K10.2.6) Kebijaksanaan penting dalam merancang strategi untuk berjaya. Bersetujukah anda? Jelaskan. 38 BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM JPN TERENGGANU
C A K N A M I N D A APLIKASI KBAT 39 Strategi peperangan yang mantap, slogan dan propaganda Jepun yang berjaya mempengaruhi rakyat tempatan menjadi faktor mengapa Jepun mudah menakluki Tanah Melayu, Sarawak dan Sabah. Jelaskan. BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM JPN TERENGGANU
40 3.6 DASAR PENDUDUKAN JEPUN DI NEGARA KITA Pada akhir pembelajaran, murid akan dapat: ➢ Menerangkan dasar pendudukan Jepun di negara kita BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM JPN TERENGGANU
3.6.1 DASAR PENDUDUKAN JEPUN DI NEGARA KITA 41 DASAR PENDUDUKAN JEPUN DI NEGARA KITA DASAR PENTADBIRAN • Pentadbiran Tentera Jepun • Dasar Terhadap Raja-Raja Melayu • Dasar Terhadap Kepimpinan Tempatan Dasar Pemerintahan Tentera daripada Panglima Agung Japanese Southern Army DASAR EKONOMI DASAR SOSIAL • Pendidikan • Sikap Jepun Terhadap Agama • Catuan dan Penghasilan Makanan • Layanan Terhadap Penduduk BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM JPN TERENGGANU
3.6.2 DASAR PENTADBIRAN 42 • Tanah Melayu gabung dengan Sumatera untuk bentuk Kawasan Pertahanan Khas diletakkan di bawah pentadbiran tentera Jepun ke-25 berpusat di Singapura • Dipisahkan kerana perbezaan sistem politik dan ekonomi ketara di bawah British dan Belanda sebelum perang • Sumatera diletakkan di bawah tentera Jepun berpusat di Bukit Tinggi (Sumatera) • Tanah Melayu diletak bawah tentera Jepun berpusat di Taiping (Perak) • Singapura sebagai Syonan-to (Pulau Cahaya Selatan) dan diasingkan • Tanah Melayu dikenali sebagai Malai Baru (Melayu Baru) • Perlis, Kedah, Kelantan dan Terengganu di bawah pentadbiran Thailand • Sarawak, Sabah dan Brunei digabung menjadi satu unit pentadbiran dikenali Kita Boruneo dan diketuai oleh Gabenor Jeneral PENTADBIRAN TENTERA JEPUN • Jepun iktiraf kedudukan Raja-raja Melayu sebagai ketua dalam hal agama Islam dan adat Melayu • Diberi pencen seperti sebelum perang • Kedudukan Sultan di negeri masingmasing di bawah pengawasan Gabenor Jepun • Pengiktirafan dibuat semasa persidangan Raja-raja Tanah Melayu dan Sumatera di Singapura pada Januari 1943 DASAR TERHADAP RAJA-RAJA MELAYU • Memberi peluang kenaikan pangkat kepada pemimpin tempatan • Tujuan untuk atasi masalah kekurangan pegawai dan mendapat sokongan penduduk • Penubuhan Institut Latihan Pemimpin-pemimpin Muda (Koa Kunrenjo) untuk melatih dan menanam semangat memperjuangkan cita-cita politik penduduk tempatan DASAR TERHADAP KEPIMPINAN TEMPATAN BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM JPN TERENGGANU Kempeitai Pasukan polis tentera menjaga kepentingan pentadbiran tentera Jepun. Ganas, kejam, seksa dan bunuh sesiapa disyaki sebagai antipentadbiran Jepun 01 02 03
• Memperkenalkan Rancangan Pengeluaran Lima Tahun untuk bangunkan industri tempatan, memastikan penggunaan optimun peralatan dan kemudahan sedia ada • Jawatankuasa Penyelidikan Bahan untuk mengawal selia pelupusan barangan dan membuat penyelidikan kegunaan baharu • Mata wang Jepun dikenali sebagai “wang pokok pisang” dicetak menggantikan mata wang yang digunakan oleh British EKONOMI KAWALAN 3.6.3 DASAR EKONOMI 43 BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM JPN TERENGGANU
3.6.4 DASAR SOSIAL 44 AGAMA PENDIDIKAN AL AY NAN CATUAN MAK NA NA • Jepun hormat agama Islam dan adat Melayu • Tidak campur tangan dalam adat resam tempatan • Kelas pengajian al-Quran dan sekolah agama diteruskan • Majlis Agama Negeri dibentuk • Persidangan agama Islam diadakan di Singapura dan Kuala Kangsar • Masjid digunakan untuk sampaikan titah sultan • Orang Melayu dan peribumi - layanan baik kerana berkerjasama dengan Jepun untuk dapat sokongan bagi licinkan pentadbiran • Orang India - Jepun bantu tubuhkan Tentera Kebangsaan India di Tanah Melayu dan Borneo Utara untuk dapatkan kerjasama mereka dalam rancangan kuasai negara India • Orang Cina - layanan kejam kerana permusuhan Perang China Jepun • Semua kaum sengsara dan pengalaman pahit akibat kekejaman Jepun • Tutup sekolah Inggeris dan Cina • Sistem persekolahan Jepun dikenalkan untuk bentuk semangat persaudaraan sejagat (Hakko Ichiu) bagi capai teknologi industri, tingkatkan disiplin dan terap nilai Jepun • Tentera Jepun berusaha pupuk nasionalisme Asia dan hapuskan pengaruh Barat • Tanam kesetiaan kepada Jepun melalui pendidikan • Pendidikan Semangat Jepun (Nippon Seishin), hormat kebudayaan dan Maharaja Jepun (Tenno Heika) • Kenalkan Ordinan Kawalan Barangan dan Bahan Penting untuk kawal bekalan akibat kekurangan makanan • Catuan makanan dikuatkuasakan untuk kawal penjualan barang asas seperti beras • Kad catuan makanan dikeluarkan oleh Pejabat Kawalan Makanan • Galakkan penduduk tanam makanan sendiri • Keperitan hidup menjadikan penduduk kreatif, hasilkan ciptaan baharu berasaskan bahan tempatan untuk kelangsungan hidup seperti tempe dari biji getah BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM JPN TERENGGANU 01 02 04 03
APLIKASI KBAT DAN ELEMEN K (K10.2.7) Berfikiran kreatif dan inovatif penting untuk berjaya dalam kehidupan. Bahaskan. 45 BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM JPN TERENGGANU
C A K N A M I N D A APLIKASI KBAT 46 Mengapa semasa zaman pendudukan Jepun di negara kita dikatakan semua rakyat tanpa mengira kaum hidup dalam keadaan sengsara? BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM JPN TERENGGANU
47 3.7 PERJUANGAN RAKYAT MENENTANG PENDUDUKAN JEPUN Pada akhir pembelajaran, murid akan dapat: ➢ Menghuraikan perjuangan rakyat menentang pendudukan Jepun BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM JPN TERENGGANU
• Batalion Kedua RAM bersama tentera British menentang pendaratan Jepun di Kelantan • Pertempuran RAM di Singapura mempunyai semangat juang tinggi REJIMEN ASKAR MELAYU (RAM) • Merupakan Panglima Pemerintah Tentera British di Tanah Melayu - sifatkan semangat juang ini sebagai contoh keteguhan dan ketahanan yang memberi inspirasi generasi akan datang LEFTENAN JENERAL A.E PERCIVAL • Dua batalion Rejimen Askar Melayu terlibat dalam mempertahankan tanah air ketika serangan Jepun • Keberanian dan keperwiraan askar Melayu yang sanggup berjuang hingga hujung nyawa wajar dikenang dan memberi iktibar tentang kepentingan sikap sedia berkorban untuk tanah air • Pemerintahan Jepun yang kejam dan kesengsaraan hidup dihadapi rakyat mencetuskan penentangan terhadap pendudukan Jepun PERJUANGAN RAKYAT MENENTANG PENDUDUKAN JEPUN 3.7.1 REJIMEN ASKAR MELAYU BENTENG PERTAHANAN 48 • Pertempuran sengit di Bukit Candu, Singapura julang nama RAM, keberanian dan semangat juang Askar Melayu seperti beliau LEFTENAN ADNAN SAIDI • Menyelamatkan hampir 2000 orang tentera Bersekutu yang terperangkap di pantai Johor dan dianugerahkan Pingat Military Cross LEFTENAN IBRAHIM ALLA DITTA MC • Dianugerahkan pingat Military Medal atas keberanian dalam pertempuran dengan Jepun di Pasir Panjang KOPERAL YAAKOB BIDIN BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM JPN TERENGGANU
3.7.2 PENENTANGAN MPAJA 49 PENENTANGAN MPAJA MPAJA MPAJA & FORCE 136 MALAYAN PEOPLE’S ANTI-JAPANESE ARMY (MPAJA) • Kekejaman Jepun menyebabkan sebahagian orang Cina mencari perlindungan di bawah Parti Komunis Malaya (PKM) bagi elak diseksa dan dibunuh • PKM tubuhkan pasukan gerila untuk menentang Jepun • MPAJA pula ditubuhkan selepas PKM bersetuju mewujudkan pasukan sukarela yang dilatih oleh British • 165 anggota PKM diberi latihan di Sekolah Latihan Khas di Singapura untuk sabotaj dan perang gerila terhadap Jepun kemudian dihantar ke Tanah Melayu untuk bentuk pasukan gerila yang menjadi asas pembentukan 8 rejimen MPAJA 01 02 03 MPAJA & KMT KERJASAMA MPAJA DAN FORCE 136 • MPAJA dan Force 136 yang mewakili tentera British telah mengadakan perjanjian kerjasama melawan Jepun • MPAJA mendapat bantuan senjata, ubatan, kewangan dan latihan ketenteraan daripada tentera British KERJASAMA PARTI KUOMINTANG DAN MPAJA • Gerila Cina yang dikuasai nasionalis daripada Parti Kuomintang (KMT) menentang Jepun di utara Tanah Melayu tubuhkan Overseas Chinese Anti-Japanese Army (OCAJA) - Tentera Bintang Satu. • Gerila KMT setuju kerjasama dengan MPAJA/ PKM bagi menentang Jepun MPAJA gerakan anti-Jepun terbesar di Tanah Melayu. Jepun guna tentera/ polis orang Melayu untuk menentang MPAJA yang menimbulkan ketegangan kaum BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM JPN TERENGGANU
FORCE 136 ULU PERAK – ASKAR MELAYU SETIA • Mendarat di Hulu Perak • Askar Melayu Setia ditubuhka n dengan bantuan Pegawai Daerah Gerik, Kapten Mohd Salleh Hj Sulaiman. 50 FORCE 136 PAHANG – WATANIAH PAHANG • Mendarat di Raub Pahang • gerila Wataniah Pahang ditub uhkan dengan bantuan Penolong Pegawai Daerah Raub, Yeop Mahidin FORCE 136 KEDAH – GERILA MELAYU KEDAH • Mendarat di Raub Pahang • Gerila Wataniah Pahang ditub uhkandengan bantuan Penolong Pegawai Daerah Raub, Yeop Mahidin, gerila BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM JPN TERENGGANU 3.7.3 FORCE 136 FORCE 136 • British menubuhkan South East Asia Command (SEAC) berpusat di Colombo (Sri Lanka) dan bentuk unit khas Force 136 dan anggotanya dilatih di India dan Sri Lanka • Tujuan untuk dapat sokongan orang Melayu dan menubuhkan pasukan gerila anti-Jepun • Dianggotai oleh Mejar Tengku Mahmood Mahyiddeen, Leftenan Tunku Yusuf Tunku Yaakub, Kapten Ibrahim Ismail dan Leftenan Osman Tengku Mohd Jiwa • Force 136 dan gerila Melayu bekerjasama menentang Jepun dengan jalankan aktiviti rahsia seperti kumpul maklumat, lakukan sabotaj, sebar propaganda dan lancarkan Operasi Zipper (serangan besar-besaran tawan Tanah Melayu semula pada 1945)