The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Sains Sosial PPD Sibu, 2024-04-04 02:54:11

SEJARAH TING 4 BAB 3

SEJARAH TING 4 BAB 3

3.7.4 PENENTANGAN INDIVIDU 51 01 GURCHAN SINGH Your Text Here • Anggota polis sebelum pendudukan Jepun • Menyebarkan risalah dan propaganda • Nama samaran “Lion of Malaya” • Risalahnya diedar secara teratur dan berkesan untuk memberitahu pendudukan tentang fakta sebenar perang dan pendudukan tentera Jepun • Menghadiri sidang akhbar tentera Jepun dengan menyamar sebagai wartawan • Mendalangi sabotaj terhadap landasan kereta api yang jejaskan pengangkutan Jepun • Ditangkap oleh Kempeitai setelah dikhianati tapi berjaya lari ke Burma hingga perang tamat SYBIL KATHIGASU 02 • Nama Sybil Medan Daly jururawat berani dan cekal bantu mangsa perang gerila anti-Jepun di Perak • Sybil dan suami Dr. Abdon Clement Kathigasu buka klinik di Ipoh sebelum perang hingga kedatangan Jepun • Semasa Jepun mereka memberi bantuan ubat dan perubatan kepada gerila anti-Jepun • Sembunyikan radio dan berkongsi maklumat dari siaran radio British dengan gerila anti-Jepun • Ditangkap bila kegiatan terbongkar dan semasa dalam tahanan mereka diseksa hingga suaminya mati • Jepun serah kalah, Sybil dibebaskan dan dibawa ke Britain untuk rawatan • Dianugerahi Pingat King George di Istana Buckingham oleh Raja George VI kerana keberaniannya BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM JPN TERENGGANU


3.7.5 GERAKAN ANTI-JEPUN DI SARAWAK DAN SABAH 52 OPERASI SEMUT • Siri operasi peninjauan oleh Unit Khas Z Australia, Kempen tentera Bersekutu menentang Jepun di Sarawak • Jabatan Peninjauan Perkhidmatan Australia (Australian Services Reconnaissance Department (SRD) • Mengumpulkan risikan dan melatih orang tempatan melancarkan perang gerila melawan Jepun • Anggota SRD mendarat di kawasan tengah dan timur laut Sarawak untuk atur penentangan terhadap Jepun dan membuat persediaan pendaratan pasukan Bersekutu • Anggota SRD terdiri dari tentera Australia, British dan New Zealand • Rekrut tempatan yang dikenali gerila Semut diambil dari orang Kayan, Kenyah, Kelabit dan Murut • Orang Iban dari Rajang kemudian sertai SRD • Kepakaran gerila Semut penting dalam merancang taktikal perang gerila menentang Jepun kerana penduduk tempatan tahu selok belok bumi Sarawak Lembah Bario hingga ke Belait dan Trusan SEMUT 1 Lembangan Sungai Baram, Tutong, Marudi dan Brunei SEMUT II KAWASAN OPERASI SEMUT Seluruh lembangan Sg. Rajang SEMUT III Bintulu dan Mukah SEMUT IV BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM JPN TERENGGANU


3.7.5 GERAKAN ANTI-JEPUN DI SARAWAK DAN SABAH 53 PEMBERONTAKAN JESSELTON • Dikenali sebagai Pemberontakan Double Tenth diketuai Albert Kwok • Kumpulan Albert Kwok dikenali gerila Kinabalu • Lancar serangan terhadap pejabat pentadbiran, balai polis dan kemudahan Tentera Diraja Jepun serta membunuh tentera Jepun di Jesselton, Kota Belud, Menggatal dan Tuaran • Jepun bertindak balas melancarkan serangan balas dengan pantas dan kejam • Perkampungan di persisiran pantai diserang dan dibom • Beratus-ratus disoal siasat dan diseksa hingga mati dalam usaha cari pemimpin dan pemberontak • Albert Kwok menyerah diri dengan harapan dapat menamatkan serangan balas Jepun terhadap orang awam • Beliau dan 175 anggota lain dihukum bunuh di Petagas dan 131 orang dipenjara di Labuan • Terdapat gerila anti Jepun yang dipimpin oleh Datu Mustapha Datu Harun BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM JPN TERENGGANU


APLIKASI KBAT DAN ELEMEN K (K10.2.8) Sikap sedia berkorban untuk tanah air perlu ada dalam diri rakyat Malaysia. Bahaskan. 54 BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM JPN TERENGGANU


C A K N A M I N D A APLIKASI KBAT 55 Kerjasama daripada semua pihak penting dalam menentang pencerobohan kuasa asing. Buktikan. BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM JPN TERENGGANU


56 3.8 PERKEMBANGAN GERAKAN NASIONALISME TEMPATAN DAN PENDUDUKAN JEPUN Pada akhir pembelajaran, murid akan dapat: ➢ Menghubungkaitkan perkembangan gerakan nasionalisme tempatan dengan pendudukan Jepun BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM JPN TERENGGANU


3.8.1 PERKEMBANGAN SEMANGAT ANTI PENJAJAH 57 PENDUDUKAN JEPUN Berlaku ketika kesedaran nasionalisme mula berkembang BEKERJASAMA DENGAN JEPUN KMM bekerjasama dengan Jepun dan berharap Jepun dapat beri kemerdekaan SLOGAN DAN PROPAGANDA Menekankan kebebasan Asia, menentukan kemajuan dan meningkatkan persaudaraan sejagat KESATUAN MELAYU MUDA Selari dengan perjuangan nasionalis seperti Kesatuan Melayu Muda (KMM) KEJAYAAN TENTERA JEPUN Mengalahkan British menyedarkan orang tempatan bahawa orang Asia mampu mengalahkan orang Eropah yang dianggap kuasa besar BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM JPN TERENGGANU 01 02 03 04 05


3.8.2 PERJUANGAN MENUNTUT KEMERDEKAAN 58 PERJUANGAN MENUNTUT KEMERDEKAAN DIKALANGAN ORANG MELAYU • Tentera Jepun membebaskan nasionalisme Melayu (ahli KMM) yang dipenjarakan oleh British • Membangkitkan semangat nasionalisme • Jepun beri ruang kepada KMM untuk dapatkan sokongan masyarakat tempatan • Jepun membubar KMM kerana tindakan pemimpinnya tuntut merdeka dari Jepun • Jepun tidak akan beri merdeka walaupun membantu Jepun dalam peperangan dengan British • KMM menguna taktik baharu - Giyu Gun dan Giyu Tai menyertai gerakan bawah tanah menentang Jepun • Jepun semakin tertekan dengan serangan Bersekutu dan berusaha memenangi hati nasionalis Melayu • Pemimpin KMM menubuhkan Kesatuan Rakyat Indonesia Semenanjung (KRIS) • Jepun merestui matlamat KRIS untuk mencapai kemerdekaan bersama dengan Indonesia melalui semangat “Asia untuk Asia” • Tidak dapat dilaksanakan kerana Jepun menyerah kalah pada 15 Ogos 1945 • Perjuangan KRIS diteruskan dengan penubuhan Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) iaitu parti pertama ditubuhkan selepas zaman pendudukan Jepun Giyu Tai: Pasukan membantu pertahanan pesisiran pantai dan menjaga ketenteraman awam. Onan Haji Siraj ketua dan dilantik Leftenan Kolonel BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM JPN TERENGGANU


KESEDARAN POLITIK DI SARAWAK • Dikawal melalui persatuan yang ditaja oleh tentera Jepun • Persatuan Cina digabungkan menjadi Kakeo Kokokai • Jepun kekurangan pegawai, orang Melayu dan Iban diberi jawatan dan kuasa lebih tinggi • Pemimpin tempatan menjadi Pegawai Daerah ialah Abang Haji Openg (Kuching), Empenit Adam (Simanggang) dan Satem (Lawas) • Memberi kesedaran dan keyakinan kepada pegawai tempatan untuk menjalankan tugas penting menjadikan peribumi Sarawak lebih yakin untuk berkerajaan sendiri selepas Perang Dunia Kedua 3.8.3 KESEDARAN POLITIK DI SARAWAK 59 Kakeo Kokokai: Persatuan Cina Seberang Laut anjuran Jepun. Gabungan persatuan Cina yang merangkumi dialek, daerah dan nama keluarga di bawah satu pertubuhan. Diasaskan di Kuching. Mempunyai cawangan di bandar utama yang didiami orang Cina seperti Sibu. BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM JPN TERENGGANU


3.8.3 KESEDARAN POLITIK DI SABAH 60 Di bahagian pantai timur Sabah, Parti Kebangsaan Melayu Tawau ditubuhkan Parti Kebangsaan Melayu Labuan (PKML) oleh Tengku Noordin, Abu Bakar dan Zakaria Gunn berdasarkan idea Harun Aminurrashid Beberapa pertubuhan yang ditubuhkan selepas pendudukan Jepun Pengerusinya Orang Kaya-Kaya Abu Bakar Pendudukan Jepun memberi kesedaran politik masyarakat Sabah BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM JPN TERENGGANU 01 02 03 04 05


AWESOME SLIDE LOREM IPSUM DOLOR SIT AMET BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM JPN TERENGGANU


APLIKASI KBAT DAN ELEMEN K (K10.2.9) Ketahanan fizikal dan mental penting dalam menghadapi cabaran hidup. Bincangkan. 62 BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM JPN TERENGGANU


C A K N A M I N D A APLIKASI KBAT 63 Slogan dan propaganda Jepun berjaya mempengaruhi rakyat tempatan untuk menyokong Jepun dan pupuk semangat antipenjajah Barat. Bersetujukah anda? Huraikan pendirian anda. BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM JPN TERENGGANU


64 3.9 KEADAAN NEGARA KITA SELEPAS KEKALAHAN JEPUN Pada akhir pembelajaran, murid akan dapat: ➢ Menganalisis keadaan negara kita selepas kekalahan Jepun BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM JPN TERENGGANU


3.9.1 KEKALAHAN JEPUN DAN PENGAKHIRAN PDII 65 6 OGOS 1945 Amerika Syarikat guna bom atom “Little Boy” digugurkan ke atas bandar Hiroshima 15 OGOS 1945 Maharaja Hirohito umum Jepun menyerah kalah. Jepun meminta agar maharaja terus diiktiraf sebagai pemerintah dan dipersetujui oleh Bersekutu 8 OGOS 1945 Kabinet Jepun bermesyuarat memutuskan untuk meneruskan peperangan 9 OGOS 1945 Bom atom “Fat Man” digugurkan ke atas bandar Nagasaki 2 SEPTEMBER 1945 Upacara penyerahan rasmi oleh pemerintah tentera Jepun kepada Jeneral Douglas MacArthur KEKALAHAN JEPUN DAN PDII BERAKHIR • Amerika Syarikat menggunakan bom atom dalam serangan terhadap Jepun pada Ogos 1945 • Dato Haji Abdul Razak bin Abdul Hamid (Razak Sensei) sedang menuntut di Universiti Hiroshima selamat dalam pengeboman tersebut • Selepas Jepun menyerah kalah, Lord Louis Mountbatten, Pemerintah Tertinggi Tentera Bersekutu di Asia Tenggara merancang untuk segera mendarat di Tanah Melayu • Namun tidak dibenarkan berbuat demikian hingga selesai upacara penyerahan rasmi oleh pemerintah tentera Jepun kepada Jeneral Douglas MacArthur pada 2 Sept 1945 BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM JPN TERENGGANU


3.9.2 TENTERA BRITISH KEMBALI KE TANAH MELAYU 66 TENTERA BRITISH KEMBALI KE TANAH MELAYU • 3 Sept 1945, tentera British kembali ke Tanah Melayu • Upacara rasmi penyerahan kalah tentera Jepun diadakan di Sabah, Sarawak, Singapura dan Tanah Melayu • Penyerahan kalah Jepun menamatkan pendudukan Jepun di negara kita dari 15 Februari 1942 sehingga 12 September 1945 Pemerintah Tertinggi Tentera Jepun ke-37 Leftenan Masao Baba menyerah kalah di Surrender Point, Labuan 10 SEPT 1945 Lord Mountbatten, Pemerintah Tertinggi Tentera Bersekutu di Asia Tenggara menandatangani pernyataan menyerah kalah tentera Jepun 12 SEPT 1945 Pendaratan pertama tentera British di Pulau Pinang, 3 minggu selepas Jepun menyerah kalah 3 SEPT 1945 Mejar Jeneral Hiyoe Yamamura menyerah kalah kepada tentera Bersekutu di atas kapal Tentera Laut Australia, HMAS Kapunda di Kuching 11 SEPT 1945 01 02 03 04 Jeneral Teizo Ishiguro menyerah kalah kepada Leftenan O.L Robert di Kuala Lumpur 13 SEPT 1945 BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM JPN TERENGGANU


3.9.3 PENGUASAAN BINTANG TIGA DI TANAH MELAYU 67 Kesempatan ini digunakan oleh Bintang Tiga PKM melalui MPAJA mengambil alih Tanah Melayu KEKOSONGAN KUASA POLITIK Sebagai lambang keunggulan, kekuatan dan keberanian mereka menentang Jepun KEKALAHAN TENTERA JEPUN Kuasai bandar, balai polis dan pejabat pentadbiran kerajaan tinggalan tentera Jepun dan jalankan undang-undang sendiri PKM MELALUI BINTANG TIGA Tempoh penguasaan Bintang Tiga semasa kekosongan politik tersebut ialah lebih kurang 14 hari TEMPOH 14 HARI Seksa dan bunuh anggota polis, askar, pegawai daerah dan sukarelawan Melayu CABAR KESABARAN ORANG MELAYU Komunis kendalikan sebuah mahkamah untuk jatuhkan hukuman mati terhadap sesiapa yang bekerjasama dengan Jepun terutama orang Melayu GUNAKAN SEBUAH MAHKAMAH BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM JPN TERENGGANU 01 02 04 03 05 06


3.9.4 TINDAK BALAS ORANG MELAYU 68 ORANG MELAYU BERSATU apabila Bintang Tiga ancam institusi politik, kekeluargaan dan agama Islam GERAKAN FI-SABILILLAH Gerakan ini dilancarkan oleh orang Melayu akibat gangguan Bintang Tiga dalam urusan agama di surau dan masjid TUJUAN TINDAK BALAS mempertahankan maruah bangsa, hak, harta dan kelangsungan hidup orang Melayu KHALIFAH PERANG PANJANG Tuan Haji Bakri Haji Mohd Saman menjadi Khalifah Perang Panjang di Sungai Manik (Perak) menentang Bintang Tiga TENTERA SELEMPANG MERAH Haji Salleh Abdul Karim (Kiai Salleh) tubuhkan pasukan Tentera Selempang Merah untuk menentang Bintang Tiga KEPIMPINAN ULAMA TEMPATAN memberikan inspirasi kepada orang Melayu berhadapan kezaliman Bintang Tiga BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM JPN TERENGGANU 01 02 04 03 05 06


3.9.5 KOMPROMI DAN USAHA PERUNDINGAN 69 USAHA DATO’ ONN JAAFAR • Dato Onn dilantik oleh Sultan Ibrahim sebagai Pegawai Daerah Batu Pahat • Tugas utamanya menamatkan kekacauan dan memulihkan keamanan di Batu Pahat • Ogos 1945 beliau atur perundingan dengan Kiai Salleh dan pemimpin Melayu dengan ketua Bintang Tiga di Dewan Perniagaan Cina Batu Pahat • Beliau berjaya memujuk Kiai Salleh membebaskan orang Cina yang ditahan di Parit Raja • Bintang Tiga menamatkan penguasaan mereka di Balai Polis Batu Pahat • Kedua-dua pihak beri kerjasama kepada beliau sebagai Pegawai Daerah untuk mengembalikan keamanan di Johor Kebangkitan orang Melayu cetuskan pergaduhan kaum dan sedarkan pemimpin dan Raja-raja Melayu tentang kepentingan perdamaian PERANAN RAJA-RAJA MELAYU • Berperanan menyelesaikan pergaduhan kaum • Sultan Pahang, Sultan Abu Bakar Ri’ayatuddin Al-Mu’adzam Shah berangkat ke Kuala Lipis untuk mengingatkan penduduk agar tidak lagi berlaku pergaduhan antara orang Melayu dan Cina • Sultan Perak, Sultan Abdul Aziz al-Mustasim Billah Shah mengadakan lawatan dan pemantauan ke beberapa daerah untuk pastikan tiada pergaduhan antara orang Melayu dengan Cina • Raja juga melawat kawasan yang terlibat untuk berjumpa dengan pemimpin setempat • Mesyuarat dengan penghulu, ketua kampung dan pegawai kerajaan bagi memastikan kerja pemulihan selepas perang diberi keutamaan KOMPROMI DAN USAHA PERUNDINGAN BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM JPN TERENGGANU 01 02


70 Berlaku ketegangan kaum di beberapa tempat sebelum pendaratan tentera Australia pada 11 Sept 1945 Permusuhan berlaku antara bekas gerila peribumi yang dilatih oleh SRD dengan orang Cina yang bersubahat dengan tentera Jepun Campur tangan segera tentera Australia mengenakan perintah berkurung berjaya menghalang pertumpahan darah antara kaum BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM JPN TERENGGANU 3.9.6 SARAWAK SELEPAS JEPUN MENYERAH KALAH 01 02 03


3.9.7 RUMUSAN 71 • Memberi impak negatif terhadap keharmonian masyarakat • Pelbagai usaha dilakukan bagi kembalikan keharmonian masyarakat • Menjadi iktibar supaya kita sentiasa mengelak daripada perkara yang boleh menimbulkan ketegangan kaum • Memberi ancaman kepada kerukunan hidup bermasyarakat dan kestabilan negara • Perang Dunia Pertama dan Perang Dunia Kedua memberi kesan terhadap kehidupan manusia • Kesengsaraan dan kemusnahan akibat perang memberi iktibar tentang nikmat keamanan yang wajar dipertahankan untuk kesejahteraan • Kita perlu belajar untuk hidup bersama-sama bagi menjamin keadaan aman dan harmoni KESAN PENDUDUKAN JEPUN KESAN KONFLIK DUNIA BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM JPN TERENGGANU 01 02


AWESOME SLIDE LOREM IPSUM DOLOR SIT AMET BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM JPN TERENGGANU


C A K N A M I N D A APLIKASI KBAT 73 Apakah iktibar yang boleh dipelajari daripada Perang Dunia Pertama dan Kedua? BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM JPN TERENGGANU


LATIHAN PENGUKUHAN AKHIR BAB 3 74 “Ilmu itu bukan yang dihafal, tetapi yang memberi manfaat” (Imam As-Syafie) #USAHATANGGAKEJAYAAN #SELAMATMAJUJAYA BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM JPN TERENGGANU


SOALAN OBJEKTIF (ANEKA PILIHAN) 1. Mengapa empayar Uthmaniyah mengeluarkan fatwa untuk orang Islam pada tahun 1914? A. Mencetus revolusi agama B. Menyeru menentang penjajah C. Menyekat pengaruh penjajah D. Menghapuskan fahaman sekularisme 2. Apakah isu yang dibangkitkan melalui akhbar Utusan Melayu yang diterbitkan sebelum Perang Dunia Kedua? A. Kesedaran kebangsaan B. Kemunduran rakyat C. Kekejaman penjajah D. Ketidakstabilan politik 3. Mengapakah Jerman tidak berpuas hati dengan Perjanjian Versailles? A. Terpinggir dalam perkembangan ekonomi B. Dilarang memiliki angkatan perang C. Kehilangan tanah jajahan D. Tercetus perang saudara 4. Mengapakah Perang Pasifik 1941-1945 berlaku? A. Imperialisme Barat B. Dasar Neokolonisasi C. Dasar Dekolonisasi D. Imperialisme Jepun Baca soalan dengan teliti, pilih dan tandakan jawapan yang tepat bagi setiap soalan 75 BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM JPN TERENGGANU


SOALAN OBJEKTIF (ANEKA PILIHAN) 5. Apakah sumbangan tokoh di atas? A. Berkerjasama dengan komunis B. Berjuang menentang British C. Berjuang menentang Jepun D. Berkerjasama dengan Force 136 6. Apakah kesan apabila matawang di atas dicetak tanpa kawalan? A. Ekonomi berkembang B. Taraf hidup meningkat C. Berlaku inflasi D. Infrastruktur maju 7. Perang Dunia Pertama telah berlaku dari tahun 1914 hingga 1918. Apakah faktor pemangkin berlakunya perang tersebut? A. Pembunuhan pewaris takhta B. Pembesaran Angkatan tentera Jepun C. Penyerangan jerman ke atas Poland D. Perluasan pengaruh Itali di Habsyah Baca soalan dengan teliti, pilih dan tandakan jawapan yang tepat bagi setiap soalan 8. Apakah peranan Giyu Tai dalam gerakan nasionalisme zaman pendudukan Jepun ? A. Pertahanan persisiran pantai B. Persatuan cina seberang laut C. Menguruskan ekonomi Jepun D. Melancarkan gerakan gerila 76 BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM JPN TERENGGANU


SOALAN STRUKTUR Baca soalan dengan teliti dan jawab soalan mengikut peruntukan markah yang ditetapkan 1. Gambar di atas menunjukkan pihak yang terlibat dalam Perang Dunia Kedua 1939–1945. a) Nyatakan dua lokasi medan pertempuran berlakunya Perang Dunia Kedua? (2m) ……………………………………………………………… ……………………………………………………………… b) Nyatakan faktor tercetusnya Perang Dunia Kedua. (2m) ………………………………………………………………. ………………………………………………………………. ………………………………………………………………. c) Jerman yang kalah dalam Perang Dunia Pertama menganggap Perjanjian Versailles tidak adil. Mengapa situasi tersebut berlaku? (2m) ………………………………………………………………. ………………………………………………………………. ………………………………………………………………. d) Hubungan baik antara negara kita dengan negara-negara lain perlu dijalinkan demi keamanan dunia. Jelaskan (4m) ………………………………………………………………. ……………………………………………………............... ………………………………………………………………. ………………………………………………………………. ………………………………………………………………. 77 BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM JPN TERENGGANU


SOALAN STRUKTUR Baca soalan dengan teliti dan jawab soalan mengikut peruntukan markah yang ditetapkan 1. Gambar di atas menunjukkan tokoh yang berperanan penting mencetuskan Perang Dunia Kedua di Asia Pasifik pada tahun 1941 – 1945. a) Siapakah tokoh tersebut? (1 m) ……………………………………………………………… b) Nyatakan dua lokasi berlakunya perang tersebut. (1m) ……………………………………………………………… ……………………………………………………………… c) Senaraikan faktor-faktor yang menyebabkan tokoh yang dinyatakan dalam 1 (a) melaksanakan dasar peluasan kuasa di Asia Pasifik? (2m) ………………………………………………………………. ………………………………………………………………. d) Amerika Syarikat, Belanda dan Britain telah melancarkan sekatan ekonomi ke atas Jepun. Bagaimanakah Jepun mengatasi perkara tersebut? (2m) ………………………………………………………………. ………………………………………………………………. e) Bagaimana negara kita Malaysia boleh mengelakkan daripada terlibat dalam konflik antarabangsa pada masa depan? (4m) ………………………………………………………………. ……………………………………………………............... ………………………………………………………………. 78 BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM JPN TERENGGANU


TERIMA KASIH Unit Sejarah Bahagian Pembangunan Kurikulum dengan kerjasama JPN Terengganu dan Unit Sejarah MRSM Pengkalan Chepa Unit Sejarah +603-8884 2000 [email protected] http://bpk.moe.gov.my/ Bahan sokongan ini hanya boleh digunakan untuk tujuan PdP Sejarah sahaja. TIDAK DIBENARKAN untuk menggunakan mana-mana bahagian bahan ini untuk tujuan komersial dan penerbitan semula BPK Peneraju Pendidikan Negara


Click to View FlipBook Version