ILMU MANTIK :Mantik Dalam Tradisi Ilmu Islam
Soalan
1.Huraikan takrif Ilmu Mantik [4]
2.Huraikan takrif Ilmu Mantik menurut pendapat ulama Mantik [6]
3.Jelaskan perbandingan takrif Ilmu Mantik berdasarkan pandangan Ibnu Sina dan Imam al
Ghazali. [4]
4.Apakah yang dimaksudkan dengan ilmu mantik [2]
5.Berikan pengertian ilmu mantik menurut ahli mantik. [2]
6.Bincangkan pandangan Imam al Ghazali dan Imam al Shafie tentang ilmu mantik [12]
a) Bahasa :
1. Berasal daripada bahasa Yunani, ‘Logos’, yangbermaksud fikiran yang benar.
2. Daripada bahasa Arab,asal perkataan ‘ ’نطقataupun ‘natoqa’ bermaksud berkata atau
bercakap.Ulama’ mengaitkan ucapan dan pemikiran itu tidak boleh dipisahkan dengan
ilmu.Oleh itu,manusia sering digambarkan sebagai makhluk atau haiwan yang berkata.
3. Menurut Kamus Dewan halaman ke 951, Edisi keempat, logik bermaksud sains yang
berkaitan dengan prinsip yang membolehkan pemikiran dan penaakulan dibuat secara
teratur dan bersistem, ilmu tentang cara berfikir atau kaedah berfikir.
b) Istilah:
1. Ibnu Sina: Suatu ilmu mengawal manusia dari tersalah dan terpesong sewaktu
berfikir. Ilmu Mantik juga suatu ilmu untuk mencari dalil serta menjadi peraturan kepada
manusia ketika berfikir.Dengan erti kata lain Ilmu Mantik sebagai suatu ilmu untuk
mencari dalil dan bukti serta menjadi peraturan-peraturan kepada manusia ketika berfikir.
2. Imam Ghazali: Ilmu yang membezakan di antara suatu ilmu yang membawa ke arah
kebenaran dan ilmu yang membawa ke arah pemikiran yang samar dan salah.Dalam erti
kata lain Imam al-Ghazali mengatakan Ilmu Mantik adalah sebagai neraca segala ilmu
atau Mizan al-Ilm.
3. Ibnu Khaldun: Suatu peraturan dan undang-undang yang boleh menjelaskan antara
pemikiran yang benar dengan pemikiran yang salah danianya berfungsi untuk
menjelaskan hakikat sesuatu.
4. Aristotle pula berpendapat, Ilmu Mantik merupakan suatu ilmu yang merupakan alat serta
asas kepada ilmu-ilmu lain.
Beliau berbicara menggunakan kesimpulan (Qiyas), bukti dan debat. Beliau juga
telah menyusun beberapa kaedah yang boleh menyimpulkan sesuatu secara
meyakinkan.Beliau telah dianggap sebagai penyusun Ilmu Mantik pada zamannya.
Kesimpulannya, Pengertian Ilmu Mantik sebagaimana yang diterima oleh majoriti
ahli Mantik ialah, suatu ilmu yang mengandungi peraturan-peraturan untuk memandu
serta mengawal akal pemikiran manusia sewaktu berfikir supaya berfikir dengan tepat.
1.Huraikan sejarah kemunculan dan perkembangan Ilmu mantik [12]
2.Huraikan sejarah perkembangan ilmu mantik pada zaman tradisi ilmu Islam [12]
3.Jelaskan sejarah kemunculan Ilmu Mantik pada zaman Yunani [8]
4.Bincangkan peranan ilmuan Islam dalam perkembangan ilmu mantik [10]
5.Jelaskan empat punca kemunculan ilmu mantik dalam dunia Islam [8]
6.Huraikan empat peringkat sejarah kemunculan ilmu mantik [12]
Sejarah kemunculan dan perkembangan ilmu mantik ialah :
a) Peringkat Pertama: Zaman Kemunculan
Penggunaan Mantik muncul semenjak kurun ke-6 sebelum Masihi.Contohnya, pada
zaman Herakleitos yang dilahirkan di Kota Ephesos pada tahun( 540 S.M- 489 S.M ) telah
menggunakan akal untuk mengkaji kuasa yang menguasai hukum dunia dan segala yang
menyebabkan berlakunya perubahan terhadap sesuatu unsur.
Selain dari itu pada kurun ke-6 S.M juga, muncul Pythagoras yang dilahirkan pada tahun
580 S.M dan meninggal dunia pada tahun 500 S.M telah mencipta Teorem Pythagoras.
Ada juga pandangan yang menyatakan Mantik telah wujud dalam pemikiran India kuno
pada abad ke 18 SM. Begitu juga ia wujud dalam pemikiran Cina pada abad ke 6 SM. Kitab-
kitab peninggalan konfusius menunjukkan perhatian yang tinggi terhadap ilmu mantik.
Sejarah Kemunculan dan Perkembangan Mantik di Zaman Yunani
Di zaman awal falsafah Yunani, pemikiran mereka lebih bersifat material.Pythagorus
merupakan orang pertama yang mengetengahkan pemikiran mantik.Ia merupakan perubahan dari
zaman yang hanya percaya kepada mitos dan khurafat kepada kepercayaan kepada bukti dan
dalil.
Sementara Socrates merupakan pengasas yang menyusun ilmu mantik. Beliau menyusun
perbincangan ilmu mantik yang berkaitan dengan takrif, istidlal, al-jadal dan lain-lain.Kemudian
dikembangkan lagi oleh Plato.
Kemudian muncul Madrasah Abiqur dan Ruwaqiyyun yang mengembangkan lagi
perbincangan mantik. Mereka menjadikan mantik sebagai satu disiplin ilmu bukan lagi segai
pengantar kepada ilmu lain. Mereka meluaskan perbincangan mengenai Qadiyyah
Syartiyyah.Sementara Neo Platinism mengupas mengenai Kuliyyat al-Khamsah.
b) Peringkat Kedua: Zaman Awal Islam
Secara tidak langsung pertapakan dan perkembangan ilmu Mantik dalam masyarakat
Islam telah pun lahir seiring dengan perutusan Nabi Muhammad SAW lagi.Di mana melalui
Hadis Baginda terdapat penuturan yang sememangnya menggunakan logik dan berita yang
diperkatakan semua benar tanpa pertikaian lagi.
Seterusnya permulaan yang menyebabkan pertumbuhan ilmu mantik dalam masyarakat
Islam adalah ekoran perselisihan umat Islam dalam persoalan Imamah (akhir pemerintahan
khalifah al-Rashidin dan awal pemerintahan khalifah Umaiyyah) dan telah merebak kepada
persoalan akidah yang akhirnya terbentuk puak Khawarij, Syiah dan Ahli Sunnah.
Pada abad ke 2 Hijrah muncul Ulama mujtahid dari kalangan Tabiin dan Tabi' al-Tabiin
yang menggunakan kaedah al-Qiyas dalam ilmu usul Fiqh.Selain itu Imam al-Syafie juga telah
menggunakan kaedah al-Istiqra' untuk mempastikan tempoh haid yang paling singkat dan yang
paling lama terhadap wanita.
Ilmu Mantik mempengaruhi masyarakat Islam adalah ekoran perkembangan ilmu
Kalam.Tokoh terkenal tentang ilmu tersebut dan menyokong Ahli Sunnah Wal Jamaah ialah Abu
Hassan al-Asy'ary dan Abu Mansur al-Maturidy.Mereka bangkit mempertahankan aliran Al-
Sunnah Wal Jamaah dengan menggabungkan dalil akal berserta al-Quran dan hadis untuk
berhujah dan mengukuhkan akidah.
Ulama Islam mempelajari ilmu mantik dengan menggunakan hujah dan logik akal adalah
untuk berhujah dengan Ahli Kitab dan berdebat dengan golongan Atheis dan al-Dahriyyun yang
tidak mengakui kewujudan Allah.
Ilmu Mantik berkembang pesat dalam masyarakat Islam pada zaman kerajaan Bani
Abasiyyah, khasnya pada masa pemerintahan Abu Jaafar al-Mansur dan al-Makmun.Ia
merupakan kemuncak kepada perkembangan dan penterjemahan buku-buku Yunani dan Ilmu
Mantik. Contohnya kitab Organon Aristotle yang berasal daripada bahasa Yunani telah
diterjemahkan kedalam bahasa Arab.
Sejarah ilmu mantiq tidak lepas dari filsafat yunani yang diadopsi oleh ulama muslim,
akan tetapi pada hakekatnya semenjak manusia pertama sudah kegiatan berpikir sudah ada meski
belum sistematis (secara mantiq), manusia yang menciptakan sistemisasi berpikir adalah
Aristoteles bin Nicomakhus dilahirkan di sebuah kota yang bernama Stafira pada tahun pertama
pemerintahan Raja Artaxerxes bin Darius dan memasuki dunia islam pada masa Daulah
Abbasyiah.
Perkembangan dan kegiatan menterjemah buku-buku mantik mencapai kemuncak
terutamanya pada masa pemerintahan al-Makmun b Harun al-Rasyid.Antara penterjemah
terkenal pada masa itu ialah Hunain b Ishak al-Abdi yang mahir dalam Bahasa Yunani, Bahasa
Arab, Syria dan Parsi.Keadaan ini berlaku kerana khalifah al-Makmun adalah seorang khalifah
yang sukakan kepada kebebasan berfikir, meminati semua jenis ilmu pengetahuan, khususnya
ilmu keagamaan.Beliau sentiasa memberi galakan dan dorongan kepada rakyatnya supaya
mempelajari dan mendalami semua bidang ilmu.Beliau juga memberikan ganjaran/upah yang
lumayan kepada sesiapa sahaja yang menterjemah atau mengarang buku.Dengan itu ilmu Mantik
kukuh berkembang dan menjadi penting.
Peringkat Ketiga: Zaman Saurah (Reformasi)
Pada kurun yang pertama Hijrah kaum Muslimin dikenali dengan suatu kaedah mantiq
yang tersendiri.Ini sebelum mantiq Aristotle berkembang luas.Mantiq kaum Muslimin dapat
dilihat dengan jelas dalam bidang teologi dan prinsip-prinsip perundangan Islam.Dalam kurun-
kurun berikutnya kedua-dua bidang ini menjadi bidang keutamaan kaum Muslimin.Mereka
mengenal pasti dan menyelesaikan permasalahan agama dengan pertolongan dua bidang ilmu ini,
khususnya teologi.Mereka bergantung kepada mantiq bagi membuktikan hujah-hujah mereka,
dan bagi memperolehi kesimpulan-kesimpulan yang sahih, tanpa perlu merujuk kepada mantiq
Aristotle.
Pemikir Islam telah membangunkan semula mantik Yunani sehingga dapat difahami
dengan lebih mendalam.Mereka membangunkan perbincangan berkaitan al-alfaz dan al-dilalat.
Mereka menyempurnakan perbincangan mengenai takrif dan membezakan antara takrif dengan
had dan rasm.
Mereka juga telah mencipta mantik moden yang berasaskan tajribah. Tokoh awal yang
mengembangkan mantik tajribi adalah Ibnu Sina. Oleh itu ilmu mantik Islam telah muncul dalam
bentuk baru dan berbeza sama sekali dengan mantik Yunan.
Aristotle adalah orang pertama memperkenalkan logik sebagai kaedah ilmiah yang
tersendiri dan seterusnya menulis tentangnya pada kurun keempat sebelum Masihi.Dengan sebab
itu dia dikenali sebagai pengasas mantiq dan guru pertama.
Bidang ilmu yang membicarakan dasar-dasar perundangan adalah hasil mantiq para
fuqaha.Golongan Mutakallimun tidak menggunakan mantiq Aristotle hinggalah ke kurun ke-5
hijrah disebabkan kepercayaan yang tinggi terhadap kemampuan dan keyakinan yang tinggi
terhadap kemampuan dan keyakinan yang diberikan oleh mantiq mereka sendiri pada ketika itu.
Ramai ilmuwan ulung telah menyumbang bidang mantiq, antaranya al-Kindi, Abu Bishr
Matta b. Yunus, al-Qarani, Yahya Ibn Adi al-Nasrani, al-Farabi, Ibn Sina, al-Ghazali, Bihminyar
dan al-Lawkari. Walaupun Ibn Sina tidak menghuraikan sepenuhnya mantiq Aristotle dalam
bukunya al-Shifa’, dan tidak menjelaskannya dengan sempurna, dia telah melakukannya dalam
buku-buku yang lain, dan dia telah menyampaikannya dengan tepat.
Para filasuf Muslim pada umumnya menghabiskan banyak masa dan usaha bagi
menjelaskan masalah-masalah berkaitan mantiq.Sesetengahnya, seperti al-Farabi, Ibn Sina dan
Nasiruddin al-Tusi, adalah contoh-contoh yang cemerlang dalam soal ini. Setengah ilmuwan dan
pemikir lain seperti Fakhr al-Din al-Razi, Abu al-Barakat al-Baghdadi, al-Qutb al-Razi dan Sadr
al-Din al-Shirazi turut memberi sumbangan besar terhadap bidang ini.
Zaman Abu Nasr Al Farabi
Abu Nasr al-Farabi telah menulis suatu kajian yang luas dan lengkap tentang mantiq,
walaupun pada hakikatnya beliau hanyalah menulis suatu ringkasan dalam pembicaraannya
tentang Organon karya Aristotle. Dia percaya dengan menggalakkan mantiq seseorang boleh
memperbaiki kaedah yang digunakan; jika digunakan dengan betul, seseorang akan dipandu oleh
akal ke jalan yang benar dan terpelihara dari kesilapan.
Dia juga percaya bahawa kaitan mantiq dan akan seumpama kaitan nahu dan bahasa, atau
prinsip-prinsip ‘arud dengan syair. Beliau menekankan aspek-aspek amali mantiq, dan
meletakkan akal di bawah prinsip-prinsip mantiq.
Al-Farabi berhujah bahawa penggunaan khitabah dan jadal, ataupun kejuruteraan dan
arithmetik, tidak berupaya menggantikan peranan mantiq kerana mantiq bukanlah ibarat suatu
perhiasan yang tidak bermakna.Sebaliknya kecenderungan semula jadi manusia
menyebabkannya mustahil ditukar ganti.
Isi kandungan dan unsur-unsur mantiq adalah berkenaan dengan perkara-perkara yang
mengkaji prinsip-prinsip yang sahih dalam gerak daya berfikir.Karya yang dipersembahkan oleh
al-Farabi dalam bidang syair mempunyai dua aspek. Yang pertama menyentuh keupayaan beliau
memahami secara menyeluruh dan tepat mantiq Aristotle yang sudah tersebar ke dunia Arab;
yang kedua menyentuh kemampuannya mengasaskan lima seni, yakni lima bentuk hujah.
Zaman Ibnu Sina
Pada kurun-kurun ke-5 dan ke-6 Hijrah, Ibn Sina berjaya menjelaskan mantiq Aristotle,
meringkas dan mengkajinya, dan menghabiskan masa yang banyak dalam usaha memahaminya.
Dalam pendahuluan bukunya beliau ada menyebut tentang mantiq Timur, dan mendakwa ia
selaras dengan mantiq aliran Mashsha‘i. Beliau mengajarkan falsafah gaya baru yang cenderung
ke arah aliran Aristotle dan Mashsha‘i, menggabungkan kedua- duanya dengan pendekatan
kaedah berdasarkan falsafah Neo-Platonik.
Antara karya-karya terpenting sumbangan Ibn Sina ialah Kitab al-Najat yang
kemudiannya diterjemah ke bahasa Parsi dengan judul Danishnamah Ala‘i. Ibn Sina menulis
buku berkenaan bagi memujuk Sultan Dinasti Kakwayh, dan mempersembahkannya kepada
baginda sebagai hadiah.
Sumbangan lain beliau tentang mantiq boleh dilihat dalam al-Nukat wa al-Fawa‘id.
Risalah ini tidak diketahui umum sebagai karyanya.Walau bagaimanapun terdapat satu salinan
karya ini, di Istanbul. Secara ringkasnya ia merupakan suatu risalah tentang mantiq, fizik dan
metafizik. Persoalan-persoalan yang dibincangkan itu juga boleh dijumpai di dalam kitab al-
Najat dan juga al-Isharat yang juga merupakan karangan beliau.
Di dalam kitab al-Shifa’, yang dianggap salah satu karya teragung dalam bidang falsafah,
Ibn Sina telah menulis suatu bab khusus tentang mantiq. Tajuk bab itu ialah al-Burhan dan ia
telah diterbitkan secara berasingan di Kaherah pada tahun 1954 oleh Abdul Rahman Badawi.
Zaman Nasruddin At-Tusi
Nasruddin at-Tusi juga dianggap ilmuwan besar ilmu mantiq, lebih daripada keahlian
beliau dalam perundangan Islam, sains, teologi, falsafah, matematik dan astrologi.
Nasruddin al-Tusi menyatakan bahawa mantiq itu adalah merupakan suatu ilmu dan suatu
alat. Tujuannya sama dengan sains yang menyelidiki makna-makna dan sifat. Ia juga seperti
suatu alat disebabkan sifatnya seumpama kunci kepada tanggapan dan kefahaman terhadap ilmu-
ilmu yang lain. Beliau percaya bahawa ilmu mantiq mampu menghalang akal fikiran daripada
terjerumus ke dalam kesilapan dan kekeliruan.
Al-Tusi membahagikan semua ilmu kepada faham (konsep) dan hukum.Beliau berhujah
bahawa kefahaman terhadap sesuatu faham itu boleh dicapai melalui takrif, dan manakala hukum
pula diketahui melalui qiyas (analogi). Beliau percaya bahawa takrif dan qiyas adalah merupakan
alat-alat, dengan menggunakannya seseorang akan memperolehi ilmu.
Qiyas berdasarkan kepada takrif yang diberikan oleh Ibn Sina berbeza daripada takrif
Aristotle. Ibn Sina membahagikan silogisme kepada dua: Konjunktif dan ekseptif. Beliau
menyempurnakan takrifan itu dengan menggunakan gaya bahasanya yang tersendiri.
Zaman Taqiyuddin Abu Al Abbas Ahmad bin Abdul Halim (Ibnu Taimiyah)
Taqiyyuddin Abu al-Abbas Ahmad bin Abdul Halim, juga dikenali sebagai Ibn
Taymiyyah, dilahirkan di Harran pada tahun 661 Hijrah. Dalam bukunya, al-Raddu ala al-
Matiqiyyin, beliau merujuk kepada suatu buku yang bertajuk al-Ara’ wa al-Diyanah yang ditulis
oleh al-Hassan bin Musa al-Nawbakhti yang mendedahkan dan menjelaskan kesilapan-kesilapan
Aristotle dan falsafahnya. Ada permulaan bukunya Ibn Taimiyyah membicarakan tentang istilah
ilmu mantiq. Seperti al-Hadd, al-Qawl al-Sharih dan istilah-istilah lain. Beliau juga
membicarakan tentang silogisme, yang dibahagikan kepada pembuktian, jadal, khitabah, syair
dan safsatah.Di hujung perbahasan tentang silogisme beliau memberikan penjelasan yang begitu
cemerlang tentang qiyas dan induksi.
Selepas Ibn Taymiyyah seorang lagi ilmuwan muslim yang terkenal telah muncul, Abdul
Rahman bin Muhammad Khaldun al-Maghribi, atau lebih dikenali sebagai Ibn Khaldun. Beliau
amat kritikal terhadap mantiq Aristotle dan merupakan seorang tokoh ilmu kemasyarakatan
dalam dunia Islam.
Zaman Ibnu Khaldun
Ibn Khaldun membicarakan tentang mantiq dalam beberapa bab bukunya al-
Muqaddimah. Beliau melihat persoalan ini dari sudut sejarah dan menjelaskan bagaimana ia
muncul dan disebarkan ke seluruh dunia Islam. Beliau mentakrifkan intipati ilmu logik secara
tepat dan kemudiannya menjelaskan asas-asasnya dan perbezaan-perbezaan yang
berkenaan.Beliau dengan keras mengkritik mantiq Aristotle dan mempertahankan kritikannya itu
dalam karya-karya beliau.
Kemunculan Sadr al-Din al-Shirazi pada kurun ke-10 dan ke-11 menandakan kemuncak
pencapaian akliah dalam tamadun Islam.Tatkala kelihatan tanda-tanda kejumudan dan
keruntuhan, zaman ini membuka jalan kepada kaedah baru dalam ilmu-ilmu akal yang
menggabungkan falsafah Greek, falsafah Mashsha‘i, falsafah Iluminasi dan ajaran-ajaran Islam.
Dalam muqaddimah bukunya al-Asfar, beliau membahagikan ilmu kepada dua: ilmu teori
yang terdiri daripada mantiq, matematik, fizik dan metafizik; dan ilmu amali yang mengandungi
akhlak pentadbiran (ekonomi) dan politik bernegara.
Peringkat Keempat: Zaman Mantik Moden
Benih- benih mantik moden telah wujud di zaman Islam. Namun setelah perkembangan
ilmu pengetahuan berpindah ke Eropah, muncul berbagai-bagai bentuk mantik moden seperti
mantik tajribi oleh Roger Bacon, mantik Matematik oleh Kant dan Hegel dan lain-lain.
Perkembangan mantik moden secara khusus berlaku apabila tokoh tokoh abad
pertengahan seperti Roger Bacon yang mendapati mantik klasik Greek mempunyai banyak
kelemahan ketara yang perlu diperbaiki terutamanya penekanan kepada teori semata – mata .
Ini berlaku pada kurun ke 13 Masihi di mana Bacon yang menginpirasikan bacaan dan
tulisan sarjana Islam mengemukakan metod Riyadhi dan Tajribi dalam kajiannya.
Usaha berterusan dilakukan untuk menukar mantik Aristotle dengan metod baru ini .
Pendalilan secara riyadhi dan tajribi adalah sesuatu yang asas dalam kajian alam semulajadi
menurut bacon , tanpanya adalah mustahil untuk kita mengetahui sesuatu tentang alam dengan
pengetahuan atau ilmu yang sahih .
Sekalipun di sana ada tiga jalan mendapat makrifat :-
a) Kata kata ahli agama
b) Pendalilan qiyasi
c) Tajribah
Bagi mengikut Aristotle, mereka menyangka penggunaan kaedah mantik qiyasi sudah
memadai untuk memperolehi ilmu.
Kemudian ianya diperhalusi oleh Galileo , ahli matematik dan fizik Itali yang sezaman
dengan bacon yang mengembangkan metod baru dalam memperjelaskan pemikirannya , di mana
pentingnya manhaj riyadhi sebagai panduan kepada penerokaan dan pendedahan kepada alam
fizikal ini .
Menurut pandangan sesetengan ilmuan, Galileo boleh dianggap tokoh falsafah moden
menggantikan Bacon dengan idea–idea sainsnya. Beliaulah yang berjaya mencipta telescop dan
berjaya menemui planet baru dan mengetahui rahsianya.Beliau juga mengarang buku starry
messenger dan dialogue concerning the two chief world system.
Kritikan terhadap metodologi mantik Aristotle dikritik seterusnya oleh Butros Rimus –
seorang ahli mantik dan pada zaman abad ke 17 muncul pula francis bacon tokoh yang masyhur
dalam mantik tajribi dan pengasas kepada metod kajian ilmiah yang menggabungkan teori dan
praktikal
Buku beliau yang terpeinci ialah novum organum sebagai metod percubaan atau
eksperimen , beliau memperbaiki metod istiqra’ Aristotle yang memberi tumpuan kepada teori
semata mata.
Antara metod kajian utama francis bacon yang beliau cadangkan ialah al janibi al salbi,
metod pendalilan beliau ialah induktif dan deduktif .
Seterusnya muncul pula Rene Descartes yang mengasaskan al isti’lal ar riyadhi dan akhirnya
John Stuart Mill yang memperkemaskan mantik moden ini pada kurun ke 19 masihi.
Peranan dan Kepentingan Ilmu Mantik: [8]
[8]
1. Huraikan peranan ilmu mantik dalam bidang ilmu Bahasa [8]
2.Huraikan empat kepentingan ilmu mantik dalam ilmu falsafah [8]
3.Jelaskan empat peranan ilmu mantik dalam pengajian Usuluddin [10]
4.Huraikan peranan ilmu mantik dalam bidang ilmu Bahasa [10]
5.Huraikan kepentingan ilmu mantik dalam ilmu Bahasa Arab [10]
6.Bincangkan empat peranan ilmu mantik dalam bidang falsafah
7.Bincangkan empat kepentingan ilmu mantik dalalm bidang Usuluddin
Peranan dan kepentingan Ilmu Mantik dalam :-
a) Peranan dan kepentingan Ilmu Mantik dalam Falsafah
PERANAN :-
1. Ilmu mantik sebagai ilmu yang menyusun pemikiran yang merupakan mukadimah kepada
ilmu falsafah.
2. Sebagai penjamin supaya pemikiran yang dilakukan tidak tersalah. Ini kerana sebelum
sesuatu keputusan dimuktamadkan, ia perlu kepada suatu neraca, iaitu mantik. Falsafah
adalah pemikiran yang bebas.
3. Ilmu mantik bertindak sebagai landasan untuk sama ada sesuatu pemikiran itu benar atau
salah. Mantik mengemukakan metode berfikir dalam falsafah.Ia juga mampu
mendedahkan jalan untuk memahami metode sesuatu ilmu.
4. Sebagai pembentuk kekuatan seseorang ahli falsafah dalam mengkritik dan menghargai
pemikiran orang lain.Mantik juga menjadi alat kepada failasuf untuk mencari sebab
musabab dalam alam untuk mengenali Allah .
5. Menurut al-Farabi - Ilmu Mantik sebagai ilmu yang membentuk landasan-landasan yang
bertujuan dan boleh membentuk pemikiran manusia, sekaligus ia memandu manusia ke
arah kebenaran dalam semua lapangan yang difikirkan oleh akal.
KEPENTINGAN :-
1. Ilmu Mantik dan penggunaan logik akal penting dan digunakan dalam majlis perdebatan
dan perbahasan, khasnya untuk mempertahankan akidah Islam.
2. Dalam penghujahan dengan mereka, umat Islam wajar mempelajari Ilmu Mantik.
3. Pengabaian terhadap penggunaan Ilmu Mantik dalam falsafah akan menyebabkan berlaku
penyelewengan dan ingkar ketuhanan .
Kesimpulannya, ilmu mantik memainkan peranan yang amat besar kepada ilmu falsafah.Tanpa
ilmu mantik, seseorang itu tidak dapat memahami falsafah dengan baik.
b) Peranan dan kepentingan Ilmu Mantik dalam Usuluddin
PERANAN :-
1. Ilmu mantik dapat membantu untuk mencapai hujah yang yakin mengenai kewujudan
Allah.Akal akan memainkan peranan dalam menilai dan membuat keputuskan
berdasarkan bukti yang nyata.
2. Ilmu mantik mampu memberikan hujah akal yang yakin mengenai keesaan Allah.Melalui
ilmu ini,seseorang mampu memandu dan mengarah akal untuk berfikir secara tepat
berpandukan bukti-bukti yang nyata.
3. Ilmu mantik dapat meningkatkan keupayaan ulama Islam menolak syubhah golongan
mulhid.
4. Ilmu Mantik juga dapat memeliharaseseorang daripada melakukan falasi dan ralat dalam
berfikir.
KEPENTINGAN :-
1. Ilmu mantik penting untuk membantu seseorang mengenal dan membezakan antara hak
dan batil .
2. Ilmu Mantik penting untuk mengelakkan diri seseorang daripada penguasaan nafsu dan
naluri dan terlalu berpandukan kepada akal .
3. Ilmu Mantik juga penting untuk memandu seseorang ke arah pengukuhan akidah dan
mengakui keEsaan Allah dan meneguhkan keimanan kepadaNya.
4. Kepentingan Ilmu Mantik dalam Usuluddin juga adalah untuk menghapuskan bentuk-
bentuk pemikiran yang karut dan pemikiran yang tidak dapat diterima oleh akal.
Kesimpulannya,ilmu mantik mempunyai peranan dan kepentingan yang sangat besar dalam
bidang usuluddin.Tanpa ilmu mantik,manusia tidak dapat membuat penilaian dan keputusan
yang benar tentang aspek ketuhanan dan pegangan akidah.
c) Peranan dan kepentingan Ilmu Mantik dalam Usul Fiqh
PERANAN :-
1. Ilmu Mantik berperanan dalam Ilmu Usul Fiqh. Dalil al-Qiyas dan Konsep al-Qiyas
digunakan secara meluas dalam penetapan hukum, seperti pengharaman terhadap
semua jenis benda yang memabukkan. Contohnya wiski itu memabukkan, semua
benda yang memabukkan adalah haram, kesimpulannya wiski itu haram.
2. Untuk membezakan lafaz al-Am ( ) العامdan al-Khas ( ) الخاصal-Mutlak ( )المطلقdan al-
Muqayyad ( ) المقيدdan lain-lain.
3. Mantik berperanan untuk membentuk konsep perbincangan Usul Fiqh.
KEPENTINGAN :-
1. Mantik penting dalam pentakrifan yang lengkap berkaitan dengan istilah – istilah
Agama .
2. Mantik juga penting dalam membentuk pendalilan secara akal dan membuat
kesimpulan hukum.
3. Mantik juga penting untuk mentarjihkan pendapat yang berbeza di kalangan
Ulama’.
d) Peranan dan kepentingan Ilmu Mantik dalam Ilmu Bahasa
PERANAN :-
1. Ilmu mantik mempunyai peranan dalam ilmu bahasa kerana terdapat topik perbahasan
mengenai penggunaan bahasa dalam penghujahan dan juga pentakrifan .
2. Ilmu Mantik dan Ilmu Bahasa juga memberi penekanan terhadap lafaz dan makna
dalam pengucapan .
3. Ilmu Mantik juga menitik - beratkan inti dan maksud pemikiran yang benar dan
bahasa pula menekankan tentang maksud serta ucapan yang betul.
KEPENTINGAN :-
1. Dalam ilmu tatabahasa,Ilmu Mantik penting untuk membina takrif dan istilah dengan
tepat.
2. Begitu juga kepentingan mantik dalam ilmu balaghah khususnya berkaitan dengan
persoalan lafaz dan makna.
3. Begitu juga kepentingan sesuatu kinayah akan dapat diketahui maknanya melalui
lafaz.
4. Pemahaman terhadap ilmu mantik mampu memantapkan lagi pemahaman bahasa.
Menurut As-Sakaki bahawa isti’arah dan kinayah merupakan kias mantik yang
digugurkan had al-awasatnya.
5. Mantik penting untuk membantu seseorang yang ingin menyusun struktur ayat
dengan betul dan bercakap dengan tepat .
1.Huraikan polimik IlmuMantik menurut pandangan Ulama yang menolak mempelajari ilmu
mantik [8]
2.Huraikan polimik IlmuMantik menurut pandangan Ulama yang menerima mempelajari ilmu
mantik [8]
3.Kemukakan hujah ulama yang menolak mempelajari ilmu mantik [8]
4.Huraikan perbezaan hukum mempelajari ilmu mantik menurut pandangan Imam al- Ghazali
dan Imam an- Nawawi [6]
7.Berikan pendapat anda tentang mempelajari ilmu mantik sebagai cabang ilmu. [4]
8.Jelaskan pendapat jumhur ulama mengenai hukum mempelajari ilmu Mantik [4]
9.Terangkan persamaan pendapat ulamak yang menolak mempelajari Ilmu Mantik [6]
10.Terangkan persamaan pendapat ulamak yang mengharuskan mempelajari Ilmu Mantik [6]
11.Huraikan empat hujah ulama yang berpandangan bahawa hokum mempelajari ilmu mantik
adalah harus. [8]
12.bincangkan tiga pandangan ulama yang menolak ilmu mantik [12]
13.Bincangkan pandangan Imam al Ghazali dan Imam al Shafie tentang ilmu Mantik [12]
14.Bincangkan pandangan ulama tentang hokum mempelajari ilmu mantik. [8]
15.Bincangkan akibat penolakan ilmu mantik dalam pengajian Usuluddin [10]
2. Perbezaan pendapat ulamak mempelajari Ilmu Mantik.
Pandangan Ulamak yang menyokong Pandangan Ulamak yang menolak
1. Ibnu Rusd 1.Ibn Solah .
Alasan : Alasan :
- Ilmu Mantik bercampur aduk
- Berdasarkan dalil-dalil al-Quran yang dengan unsur bidaah dan khurafat.
mengajak manusia supaya menggunakan - Menilai suasana zaman beliau ang
akal dalam meneliti kejadian Allah mana masyarakatnya tidak teguh
dengan menggunaakan al-qiyas al-akli. pegangan aqidah serta mempelajari
Contohnya firman Allah : (surah al- ilmu mantik dengan tujuan untuk
Hasyr : 2) yang bermaksud : “maka memutarbelitkan fakta.
insaflah dan ambillah pelajaran ( dari - Ilmu Mantik pada waktu itu diambil
peristiwa itu) wahai orang-orang berakal terus daripada Yunani tanpa
fikiran serta celik mata hatinya)”. mengubah suai mengikut kehendak
2. Imam al-Ghazali Islam dan digunakan bukanuntuk
mencari kebenaran.
Alasan :
- Berdasarkan suasana dan keperluan 2. Imam Nawawi
zaman beliau. Ilmu mantik dan falsafah
begitu luas dipelajari dan digunakan. Alasan :
- Ilmu tersebut bercanggah dengan apa
- Ahli falsafah dan golongan muktazilah yang digariskan oleh al-Quran dan al-
menggunakan logik akal, ilmu mantik da Hadis.
kepakaran berdebat untuk menegakkan - Mereka terdiri daripada kalangan
hujjah mereka yang dikira tidak tepat. orang yang tidak mendalam tentang
Contohnya golongan Muktazilah ilmu al-Quran dan al-Hadis.
mengatakan soal mungkar dan nakir di - Ini menyebabkan mereka
dalam kubur tidak ada. menggunakan ilmu mantik untuk
mentafsir sesuatu mengikut akal
- Disebabkan itulah umat Islam khususnya mereka.
ahli sunnah waljamaah ASWJ perlu
mempelajari ilmu ini untuk berdebat dan 3. Imam al-Sayuti
mematahkan hujah golongan tersebut.
Alasan :
-
3. Al-Farabi
Alasan :
- Beliau mengganggap ilmu mantik suatu - Mereka akan terpengaruh dengan
ilmu yang tidak menjadi kesalahan ilmu mantik Yunani dan mengabaikan
mempelajarinya. bahasa arab serta al-Quran dan al-
Hadis.
- Beliau juga banyak menghasilkan karya
mantik dan mengulas mantik Aristotle - Akan menyebabkan umat Islam
dan mendapat jolokan dengan gelaran akantersesat dan tersebar
‘guru mantikkedua ‘ selepas Aristotle. perkarabidaah dan khurafat.
- Mantik juga adalah llmu yang penting 4. Imam al-Syafei
untuk membantu manusia ke arah
berfikir dengan benar Alasan :
- Merupakan alat kepada segala ilmu yang - Beliau menolakIlmu Mantik kerana
paling tinggi berbandin ilmu-ilmu lain. boleh membawa kepada perpecahan .
4. Ibnu Sina - Sebagaimana mafhum daripada kata-
kata beliau iaitu orang arab tidak akan
Alasan : berselisih selagi mereka berpegang
teguh dengan bahasa arab dan
- Pendapat Ibnu Sina sama dengan al- kaedahnya. Mereka akan berselisih
Farabi iaitu mantik merupakan alat pendapat dan jahil apabila mereka
kepada ilmu-ilmu lain. Mantik juga menerima dan cenderung kepada
merupakan kaedah yang membantu fahaman Aristotle serta semua
fikiran manusia supaya berfikir pemikiran Yunani dan Greek.
dengan benar. Bukti Ibnu Sina
menerima ilmu mantik ialah melalui
karyanya antaranya ‘al-Syifa’ dan ‘al-
Najat’.
5. Ibnu Hazmi 5. Imam Ibnu Taimiyah
Alasan : Alasan :
- Ilmu mantik itu tidak ada sebarang - Beliau menolak kerana ilmu mantik
unsur yang bercanggah dengan tidak dapat memberi apa-apa faedah
syarak. kepada orang yang cerdik dan tidak
dapat di ambil apa-apa manfaat oleh
- Ilmu Mantik ditolak sekiranya orang jahil.
dikatakan ilmu yang berbentuk
khurafat dan Bidaah sekiranya
mencampuradukkan dengan unsur
yang tidak betul.
- Ilmu Mantik boleh membantu
individu dalam mengenal Allah.
-
6. Jumhur Ulamak
Alasan :- Berpendapat mempelajari ilmu
mantik adalah fardu Kifayah.
- Sekiranya tiada seorang pun orang islam
yang berminat untuk mempelajari ilmu
tersebut, semua orang Islam akan berdosa.
- Jika ada seorang yang mempelajari ilmu ini,
maka semua orang Islam akan terlepas
daripada tuntutan mempelajarinya.
Persamaan pendapat ulamak yang menolak mempelajari Ilmu Mantik .
1. Ibn Solah , Imam Ghazali dan Imam Nawawi menolak Ilmu Mantik kerana ia
bertentangan dengan apa yang telah digariskan dengan al-Quran dan al-Hadis .
2. Ibn Solah dan Imam Nawawi menolak kerana menilai terhadap pada zaman beliau yang
tidak mendalami ilmu al-Quran dan Hadis .
3. Imam Shafie dan Ibn Solah menolak kerana ilmu ini datangnya daripada Yunani dan
Greek .
Persamaan pendapat ulamak yang mengharuskan mempelajari Ilmu Mantik .
1. Al-Farabi , Ibn Sina dan Ibn Rusdmengharuskan kerana Ilmu Mantik penting membantu
manusia ke arah berfikir dengan benar .
2. Ibn Rusd dan , Ibn Hazm mengharuskan kerana ianya tidak bercanggah dengan syarak
3. Imam Syubky dan Ibn Khaldun mengharuskan kerana bagi mereka yang mempunyai
tahap kecergasan yang tinggi dan sentiasa berpandukan kepada ajaran al-Quran dan al-
Sunnah .
Pandangan calon terhadap hukum mempelajari Ilmu Mantik .
Hukum mempelajari ilmu mantik adalah harus.
Alasan :
1. Mantik hanyalah satu ilmu alat berupa himpunan perkaedahan berfikir yang
disusun bagi mengawasi kegiatan berfikir. Sesutu alat tentunya tidak boleh dinilai
sebagai negatif berdasarkan sifat alat tersebut.Apa yang perlu diperhatikan ialah
bagaimana penggunaan alat tersebut, sama ada ia digunakan dengan cara yang betul
ataupun sebaliknya. Kesilapan yang berlaku kepada ahli falsafah ialah kerana
kegagalan mereka menggunakan kaedah-kaedah mantik yang tepat ketika mereka
membahaska persoalan metafizzik yang di luar cerapan akal manusia.
2. Mantik tidak harus diharamkan atas alasan ianya dilahirkan oleh peradaban asing
kerana umat Islam dituntut mencari ilmu pengetahuan walau dari mana
sumbernnya. Rasulullah saw mengibaratkan ilmu pengetahuan sebagai barang
keciciran umat islam yang harus dipungut di mana sahaja ia menemuinya.
3. Islam mendorong umatnya supaya berfikir. Pengharaman ilmu mantik secara jelas
tidak pernah disentuh oleh sumber-sumber wahyu. Al-Quran dan al-Hadis tidak
pernah menyatakan hukum pengharaman .Lantaran itu umat Islam tidak ditegah dari
mendekati ilmu alat tersebut.
1.Huraikan kronologi sejarah Ilmu Mantik di Malaysia [10]
2.Perihalkan perkembangan pengajian ilmu mantik di Malaysia. [8]
Kronologi sejarah Ilmu Mantik di Malaysia dapat dibahagikan kepada empat peringkat .
Peringkat pertama sebelum abad 17.
1. Datang melalui pendakwah dan pelajar melayu yang belajar di Timur Tengah .
2. Kemunculan Ilmu Mantik di Tanah Melayu bermula zaman kegemilangan empayar Islam
di Melaka. Ianya seiring dengan kedatangan Islam di Melaka. Pedagang Islam bukan
saja berdagang tetapi berdakwah mengembang ilmu-ilmu Islam. Antara ilmu-ilmu yang
dibawa seperti ilmu Tauhid, Fekah , al-Quran dan termasuk Ilmu Mantik secara tidak
langsung.
3. Penggunaan mantik telah digunakan dalam kitab-kitab akidah secara meluas oleh ulama-
ulama besar nusantara seperti Syeikh Nuruddin al-Raniri,Hamzah Fansuri, Syeikh Abu
Daud al-Fatani, Syeikh Ahmad al-Fatani, Syeikh Ahmad al-Khatib Minangkabau, Syeikh
Umar Ismail Nurudin Kelantan, Syeikh Tahir Jalaluddin Minangkabau.
Peringkat ke dua abad 19.
1. Sistem pengajian pondok di Tanah Melayu pula mulai muncul .pada abad ke19.
2. Corak pendidikan pondok pada masa itu tidak formal .
1. Ianya seiring dengan perkembangan agama Islam pada masa itu .
2. Ilmu Mantik diajar di pusat pengajian pondok sebagai salah satu mata pelajaran. Antara
kitab mantik yang digunakan :
4. Kitrab Idah al-Mubham
5. Kitab Ma’qulat
6. Kitab Sulam al-Munauroq karya Adul Rahman Al-Akhdori (943/1536M)
7. Kitab Risalah Syamsiah karya Najmuddin al-Qozwini al-Katibi (675/1276 M)
Peringkat ke 3 pada abad 20.
1. Seterusnya Ilmu Mantik ini di ajar di sekolah-sekolah apabila system pendidikan moden
mula diperkenalkan di Malaysia . Antaranya sekolah agama rakyast (SAR), Sekolah
Agama Negeri (SAN).
2. Antara kitab yang digunakan seperti Mi’yar al-Ilmi al-Mantiq .
Peringkat masa kini .
1. Ilmu Mantik telah meluas. Ia menjadi mata pelajaran yang diiktiraf dan diajar di Sekolah
Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) dan SABK .Ianya menjadi mata pelajaran yang
diakui serta diiktiraf untuk kemasukan ke Institut Pengajian Tinggi . Sijil Tinggi Agama
Malaysia STAM dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM ).
2. Ia juga diajar diperingkat pengajian tinggi seperti di seperti di Universiti Malaya dan
Universiti Kebangsaan Malaysia .
3. Antara kitab-kitab yang digunakan seperti Tabsit al-Muktar Min Syarhi Sulam (asl-
Tasawurat) karangan Syeikh Muhammad Ali Muhammad Alim. Kitab al-Murshid al-
Salim fi al-Mantiqal-Qadim wa al-Hadis oleh ‘Iwad Allah al-Hijaziyy , Manahij al-Bahth
‘inda Mufakkiri al-Islam oleh Dr Ali Samiyy Nashar dan al-Qistas al-Mustaqim oleh al-
Ghazali.
AL DILALAH:
1.Huraikan takrif ad Dilalah dengan memberikan contoh yang bersesuaian. [4]
[8]
2.Jelaskan konsep ad Dilalah al Lafziah, pembahagian serta contoh yang bersesuaian
[8]
3.Jelaskan konsep ad Dilalah Ghair Lafziah , pembahagian serta contoh yang
bersesuaian dengannya
4.Kategorikan ad Dilalah yeng terlibat :
Contoh ayat Jenis Ad Dilalah
Lampu trafik berubah menjadi merah
Kereta ialah sesuatu yang mempunyai tayar
Kelihatan gelap dan guruh berdentum
[6]
5.Berikan maksud al Dilalah al Lafziyyah al aqliyyah dan al Dilalah al Lafziyyah al wadiyyah
beserta contohnya [4]
6.”Hubungan antara al- mafhum dengan al- masadiq adalah berbentuk “aksiyyah”.Jelaskan
pernyataan tersebut beserta contoh [6]
7. Al Dilalah
Al Ta’rif
Manusia Haiwan yang berfikir
Manusia Haiwan semata – mata
Rumah Pintu dan dinding sahaja
Rumah Kediaman yang mempunyai atap, dinding, pintu dan keperluan asas
kehidupan
Berdasarkan jadual di atas, kategorikan contoh al dilalah al lafziyyah al wadiyyah mengikut
bahagiannya dan huraikan setiap kategori tersebut. [10]
DILALAH
1.Takrif Dilalah
i.Memahami sesuatu daripada sesuatu yang lain.
Sesuatu yang pertama itu dinamakan “Madlul” (sesuatu yang ditunjuk),
manakala sesuatu yang kedua dinamakan “Dal”(Sesuatu yang menunjukkkan).
Secara lazimnya kita dapat memahami sesuatu itu dengan keadaan dan sifatnya
sama ada secara lafaz atau bukan lafaz.
ii. Setiap lafaz yang digunakan daripada lafaz-lafaz bahasa yang menunjukkan maksud
tertentu .
Namun petunjuk ini tidak terikat dengan lafaz semata-mata, ia juga merangkumi
pergerakan dan isyarat.
iii. Contoh :
(i) Secara Lafziyah :
Bunyi siren bomba ( adalah petunjuk ) menunjukkan ada kecemasan ( yang
menunjukkan ).
(ii) Bukan Lafziyah :
Muka pucat menunjukkan seseorang itu sakit
2. Bahagian Dilalah :
Terbahagi kepada dua :
(i) Dilalah Lafziyah
(ii) Dilalah Ghair Lafziyah
(i)Dilalah Lafziyah terbahagi kepada tiga :
(a) Dilalah Lafziyah Akliah ialah petunjuk berdasarkan lafaz dan dapat ditanggapi dengan
akal fikiran.
Contoh : 1. Suara pesakit menunjukkan pesakit itu masih hidup.
2. Suara dalam bilik menunjukkan ada orang
(b) Dilalah Lafziyah Tabi’iyyah ialah petunjuk berdasarkan lafaz dan dapat ditanggapi
dengan gejala semulajadi / kebiasaan yang berlaku di alam ini.
Contoh : 1. Terdengar suara orang sendawa menunjukkan ianya kenyang
2. Suara tangisan seseorang menunjukkan ianya sedih.
(c) Dilalah Lafziyah Wadh’iyyah ialah petunjuk berdasarkan lafaz dan dapat ditanggapi
dengan istilah yang telah ditentukan oleh para ilmuan / manusia.
Contoh : Lafaz insan menunjukkan ianya haiwan al-natiq (hidupan yang berfikir)
(ii) Dilalah Ghair Lafziyah :
(a)Dilalah Ghair Lafziyyah Akliah ialah petunjuk tanpa lafaz yang dapat ditanggapi dengan
akal fikiran.
Contoh : Keadaan bilik yang berselerak menunjukkan ada orang memasuki bilik tersebut
(b)Dilalah Ghair Lafziyyah Tabi’iyyah ialah petunjuk tanpa lafaz yang dapat ditanggapi
dengan gejala semulajadi / kebiasaan yang berlaku di alam ini.
Contoh : Merah muka menunjukkan orang itu rasa malu / marah
(c) Dilalah Ghair Lafziyyah Wadh’iyyah ialah petunjuk tanpa lafaz yang dapat ditanggapi
daripada istilah yang telah ditentukan oleh manusia
Contoh : Bendera dikibar separuh tiang menunjukkan raja mangkat.
Lampu Isyarat merah tanda berhenti.
Rumusan :
a) Dalam ilmu mantik hanya bahagian Dilalah Lafziyah Wadh’iyyah sahaja yang difokuskan
oleh ulama’ mantik, ini kerana :
i. Ianya lebih umum iaitu merangkumi perkara yang dapat dirasai dengan
pancaindera dan juga logik akal (kognitif).
ii. Ianya lebih mudah untuk difahami kerana ianya tidak perlu kepada analisa
pemikiran.
iii. Makna yang konsisten
iv.Dilalah Lafziyyah Wadh’iyyah sahaja yang digunakan oleh manusia untuk
berinteraksi antara satu sama lain.
b) Manakala Dilalah Ghair Lafziah tidak difokuskan kerana :
i. Terdapat kekurangan dan keterbatasan untuk difahami.
ii. Tidak merangkumi semua orang.
iii. Tidak berlaku pada setiap masa.
3. Hubungan Antara Dilalah dengan al-Takrif :
i. Al-Dilalah dan al-Ta’rif memainkan peranan penting dalam memberi kefahaman kepada
manusia tentang
sesuatu. Oleh itu al-Dilalah dan al-Ta’rif mempunyai hubungan yang rapat dalam memahami
konsep.
ii. Dilalah adalah komponen dalam Ta’rif
iii. Kulliyah Khamsah yang merupakan lafaz umum mesti digunakan dalam takrif yang lengkap
dan
sempurna.
iv. Takrif tidak akan sempurna tanpa penggunaan Dilalah seperti takrif dengan isyarat dan
sebagainya.
v. Takrif tanpa Dilalah yang tepat tidak akan lengkap dan membawa kepada berlakunya ralat.
Seperti takrif
dengan menggunakan lafaz majaz ( simbolik ). Contoh ‘polis adalah singa di jalan raya’.
1.Huraikan takrif ad Dilalah dengan memberikan contoh yang bersesuaian. [4]
2.Jelaskan konsep ad Dilalah al Lafziah, pembahagian serta contoh yang bersesuaian [8]
3.Jelaskan konsep ad Dilalah Ghair Lafziah , pembahagian serta contoh yang
bersesuaian dengannya [8]
4.Kategorikan ad Dilalah yeng terlibat :
Contoh ayat Jenis Ad Dilalah
Lampu trafik berubah menjadi merah
Kereta ialah sesuatu yang mempunyai tayar
Kelihatan gelap dan guruh berdentum
[6]
5.Berikan maksud al Dilalah al Lafziyyah al aqliyyah dan al Dilalah al Lafziyyah al wadiyyah
beserta contohnya [4]
6.”Hubungan antara al- mafhum dengan al- masadiq adalah berbentuk “aksiyyah”.Jelaskan
pernyataan tersebut beserta contoh [6]
7. Al Dilalah
Al Ta’rif
Manusia Haiwan yang berfikir
Manusia Haiwan semata – mata
Rumah Pintu dan dinding sahaja
Rumah Kediaman yang mempunyai atap, dinding, pintu dan keperluan asas
kehidupan
Berdasarkan jadual di atas, kategorikan contoh al dilalah al lafziyyah al wadiyyah mengikut
bahagiannya dan huraikan setiap kategori tersebut. [10]
8.Jelaskan dua perkara yang membentuk dilalah [4]
9.Kategorikan setiap contoh dilalah yang berikut :
i.Manusia adalah haiwan yang berfikir [1]
ii.Aduh! Aduh! [1]
iii.Asap yang keluar daripada rumah [1]
iv.Azan asar telah berkumandang [1]
v.Lampu isyarat berwarna merah [1]
vi.Air mata mengalir [1]
DILALAH
1.Takrif Dilalah
i.Memahami sesuatu daripada sesuatu yang lain.
Sesuatu yang pertama itu dinamakan “Madlul” (sesuatu yang ditunjuk),
manakala sesuatu yang kedua dinamakan “Dal”(Sesuatu yang menunjukkkan).
Secara lazimnya kita dapat memahami sesuatu itu dengan keadaan dan sifatnya
sama ada secara lafaz atau bukan lafaz.
ii. Setiap lafaz yang digunakan daripada lafaz-lafaz bahasa yang menunjukkan maksud
tertentu .
Namun petunjuk ini tidak terikat dengan lafaz semata-mata, ia juga merangkumi
pergerakan dan isyarat.
iii. Contoh :
(i) Secara Lafziyah :
Bunyi siren bomba ( adalah petunjuk ) menunjukkan ada kecemasan ( yang
menunjukkan ).
(ii) Bukan Lafziyah :
Muka pucat menunjukkan seseorang itu sakit
2. Bahagian Dilalah :
Terbahagi kepada dua :
(i) Dilalah Lafziyah
(ii) Dilalah Ghair Lafziyah
(i)Dilalah Lafziyah terbahagi kepada tiga :
(a) Dilalah Lafziyah Akliah ialah petunjuk berdasarkan lafaz dan dapat ditanggapi dengan
akal fikiran.
Contoh : 1. Suara pesakit menunjukkan pesakit itu masih hidup.
2. Suara dalam bilik menunjukkan ada orang
(b) Dilalah Lafziyah Tabi’iyyah ialah petunjuk berdasarkan lafaz dan dapat ditanggapi
dengan gejala semulajadi / kebiasaan yang berlaku di alam ini.
Contoh : 1. Terdengar suara orang sendawa menunjukkan ianya kenyang
2. Suara tangisan seseorang menunjukkan ianya sedih.
(c) Dilalah Lafziyah Wadh’iyyah ialah petunjuk berdasarkan lafaz dan dapat ditanggapi
dengan istilah yang telah ditentukan oleh para ilmuan / manusia.
Contoh : Lafaz insan menunjukkan ianya haiwan al-natiq (hidupan yang berfikir)
(ii) Dilalah Ghair Lafziyah :
(a)Dilalah Ghair Lafziyyah Akliah ialah petunjuk tanpa lafaz yang dapat ditanggapi dengan
akal fikiran.
Contoh : Keadaan bilik yang berselerak menunjukkan ada orang memasuki bilik tersebut
(b)Dilalah Ghair Lafziyyah Tabi’iyyah ialah petunjuk tanpa lafaz yang dapat ditanggapi
dengan gejala semulajadi / kebiasaan yang berlaku di alam ini.
Contoh : Merah muka menunjukkan orang itu rasa malu / marah
(c) Dilalah Ghair Lafziyyah Wadh’iyyah ialah petunjuk tanpa lafaz yang dapat ditanggapi
daripada istilah yang telah ditentukan oleh manusia
Contoh : Bendera dikibar separuh tiang menunjukkan raja mangkat.
Lampu Isyarat merah tanda berhenti.
Rumusan :
a) Dalam ilmu mantik hanya bahagian Dilalah Lafziyah Wadh’iyyah sahaja yang difokuskan
oleh ulama’ mantik, ini kerana :
i. Ianya lebih umum iaitu merangkumi perkara yang dapat dirasai dengan
pancaindera dan juga logik akal (kognitif).
ii. Ianya lebih mudah untuk difahami kerana ianya tidak perlu kepada analisa
pemikiran.
iii. Makna yang konsisten
iv.Dilalah Lafziyyah Wadh’iyyah sahaja yang digunakan oleh manusia untuk
berinteraksi antara satu sama lain.
b) Manakala Dilalah Ghair Lafziah tidak difokuskan kerana :
i. Terdapat kekurangan dan keterbatasan untuk difahami.
ii. Tidak merangkumi semua orang.
iii. Tidak berlaku pada setiap masa.
3. Hubungan Antara Dilalah dengan al-Takrif :
i. Al-Dilalah dan al-Ta’rif memainkan peranan penting dalam memberi kefahaman kepada
manusia tentang
sesuatu. Oleh itu al-Dilalah dan al-Ta’rif mempunyai hubungan yang rapat dalam memahami
konsep.
ii. Dilalah adalah komponen dalam Ta’rif
iii. Kulliyah Khamsah yang merupakan lafaz umum mesti digunakan dalam takrif yang lengkap
dan
sempurna.
iv. Takrif tidak akan sempurna tanpa penggunaan Dilalah seperti takrif dengan isyarat dan
sebagainya.
v. Takrif tanpa Dilalah yang tepat tidak akan lengkap dan membawa kepada berlakunya ralat.
Seperti takrif
dengan menggunakan lafaz majaz ( simbolik ). Contoh ‘polis adalah singa di jalan raya’.
AL TA’RIF
1.Huraikan pengertian at Ta’rif [4]
2.Jelaskan fungsi atau peranan al Ta’rif dalam bidang pengajian Islam [2]
3.Bezakan jins dengan naw’ berserta contoh [8]
4.Dengan memberikan satu contoh pentakrifan , tunjukkan syarat al ta’rif yang telah dipenuhi.
5.Bincangkan hubungan al dilalah dengan al ta’rif [10]
6.Bincangkan kepentingan al Ta’rif dalam kehidupan. [10]
[10]
2.2 Al-Ta'rif (Definisi )
2.2.1. Pengenalan al-Ta'rif
Perbahasan tentang al-Ta'rif atau al-Qawl al-Syarih merupakan skop dan kaedah
perbahasan yang terpenting dalam bahagian al-Tasawwurat. Bahagian ini penting kerana objektif
utama dan asal ilmu mantik itu untuk mengawal fikiran manusia daripada tersalah dalam berfikir.
Mantik memainkan peranan supaya tidak tersalah dalam membuat pengertian atau al-Ta'rif.
Ta'rif yang benar dan jelas merupakan sesuatu yang penting dan perlu kepada seseorang
untuk membolehkan mereka menggunakan perkataan atau lafaz sebaik mungkin di dalam
pergaulan dan kehidupan mereka. Al-Ta'rif juga berperanan menjelaskan kekeliruan dan
kesamaran sesuatu makna. Selain itu ia juga merupakan jalan untuk sampai kepada gambaran
atau al-Tasawwurat yang jelas tentang sesuatu benda.
Pengertian al-Ta'rif
Al-Ta'rif juga dikenali dengan nama al-Qawl al-Syarih iaitu sesuatu yang menyebabkan
sampai kepada gambaran atau al-Tasawwurat sama ada dalam bentuk ayat, pengertian,
penjelasan atau gambaran. Contohnya: Seseorang pelajar bertanya kepada seorang guru. Apakah
itu manusia? Guru menjawab dengan membawa pengertian, manusia ialah sejenis haiwan yang
dapat berfikir atau berakal.
Al-Ta'rif mengikut ahli mantik ialah penjelasan atau penerangan terhadap sesuatu perkara
dengan menyatakan sifat dan unsur asasi atau unsur khusus yang dapat membezakannya dengan
benda lain.
Kepentingan al-Ta'rif dalam disiplin Pengajian Islam
1) Untuk menjelaskan sebarang kekeliruan dan kesamaran sesuatu benda atau makna.
2) Merupakan jalan untuk sampai kepada gambaran atau tasawwur tentang sesuatu benda dan
unsur.
3) Mengawal fikiran manusia daripada salah tafsiran dalam berfikir.
4. Takrif yang benar dan jelas dapat membolehkkan manusia menggunakan perkataan atau lafaz
sebaik mungkin dalam pergaulan dan kehidupan mereka.
2.2.3. Bahagian dan syarat al-Ta’rif
Bahagian al-Ta’rif
al-Ta'rif
Al-Ta’rif al- Al-Ta’rif Ghayr
Mantiqi al-Mantiqi
Al-Ta'rif bi al- Al-Ta'rif bi al- Al-ta'rif bi al-
Had Rasm isyarah
Al-Ta’rif bi al- Al-Ta’rif bi al- Al-Ta'rif bi al- Al-Ta'rif bi al- Al-ta'rif bi al-
Had al-Tam Had al-Naqis Rasm al-Tam Rasm al-Naqis mithal
Al-ta'rif bi al-
muradif
Al-ta'rif bi al-
salb
Al-ta'rif bi al-
majaz
Al-Ta'rif dapat dibahagi kepada dua bahagian utama iaitu;
1. Al-Ta’rif al-Mantiqi atau al-Haqiqi ( definisi )
2. Al-Ta’rif Ghayr al-Mantiqi atau Ghayr al-Haqiqi ( penjelasan )
AL TA’RIF AL-MANTIQI ( DEFINISI )
Ia membawa maksud, ta’rif yang dibuat adalah jelas dan tidak ada keraguan atau
kesamaran. Antara lain juga, ta’rif yang dibuat itu bersifat jami’ dan mani’. Jami’ bermaksud
meliputi semua objek yang dita’rifkan. Manakala mani’ pula ialah mengeluarkan objek yang
tidak berkaitan dengan ta’rif yang diberikan.
BAHAGIAN TA’RIF AL-MANTIQI
Al-Ta'rif al-Mantiqi atau al-Ta’rif al-Haqiqi itu dapat dipecahkan kepada dua bahagian iaitu;
1. Al-Ta'rif bi al-Had
2. Al-Ta'rif bi al-Rasm
1-AL-TA'RIF BI AL-HAD
Ia membawa maksud sesuatu penjelasan atau sesuatu pengertian dengan kesempurnaan mengenai
hakikat sesuatu perkara yang hendak ditakrifkan itu. Ia adalah dengan menyebut sifat asasi dan
unsur asasi pada perkara yang hendak dita’rifkan.
BAHAGIAN AL-TA’RIF BI AL-HAD
Al-Ta’rif bi al-Had terbahagi kepada dua :
1. Al-Ta’rif bi al-Had al-Tam
2. Al-Ta’rif bi al-Had al-Naqis
AL-TA'RIF BI AL-HAD AL-TAM
Ia sesuatu ta’rif yang dibuat atau dibawa dengan menyebut sifat asasi yang sempurna yang terdiri
daripada al-jins al-qarib dan al-fasl al-qarib. Contohnya mentakrif manusia dengan haiwan al-
natiq. Ahli mantik mengistilahkan haiwan ini sebagai al-jins al-qarib kerana ia merupakan jenis
atau kelompok yang hampir dengan manusia. Manakala ahli mantik mengistilahkan al-natiq
dengan al-fasl al-qarib, kerana ia menjadi perbezaan yang jelas untuk membezakan di antara
manusia dengan makhluk lain.
AL-TA’RIF BI AL-HAD AL-NAQIS
Ia sesuatu ta’rif dengan menyebut sifat asasi yang tidak sempurna, yang mana ta’rif itu terdiri
daripada al-jins al-ba’id dan al-fasl al-qarib atau pun dengan membawa takrif melalui al-fasl al-
qarib sahaja.Contohnya, mentakrif manusia al-jins al-natiq iaitu jisim yang berfikir atau dengan
al-natiq iaitu berfikir sahaja.
2-AL-TA'RIF BI AL-RASM
Ta’rif yang menggunakan sifat-sifat luaran yang lazim bagi sesuatu yang dita’rifkan. Antara lain,
ia adalah ta’rif yang dibuat dengan tidak membawa sifat atau unsur asasi bagi dirinya, tetapi ia
hanya bergantung kepada sifat-sifat khusus sahaja.
BAHAGIAN AL-TA'RIF BI AL-RASM
Takrif ini dapat dipecahkan kepada dua bahagian iaitu:
1. Al-Ta'rif bi al-Rasm al-Tam
2. Al-Ta'rif bi al-Rasm al-Naqis
AL-TA'RIF BI AL-RASM AL-TAM
Al-Ta’rif bi al-Rasm al-Tam adalah dengan menggunakan jins qarib dan khassah. Contohnya:
Menta’rifkan manusia sebagai haiwan al-dhahik iaitu haiwan yang ketawa.
AL-TA’RIF BI AL-RASM AL-NAQIS
Ta’rif ini berlaku dengan menyebut al-jins al-ba’id dan al-khassah ataupun dengan menyebut al-
khassah sahaja. Contohnya: Mentakrif manusia sebagai jisim yang ketawa atau mentakrif
manusia dengan yang ketawa sahaja.
Sebagai kesimpulan, ta’rif yang dikira sempurna dan baik dalam ilmu mantik ialah al-Ta'rif bi
al-Had al-Tam. Hal tersebut kerana ia adalah bersifat jami’ dan mani’. Ia meliputi semua objek
yang tidak berkaitan dengan ta’rif yang diberikan.
Antara lain juga, al-Ta’rif bi al-Had adalah lebih baik dan lebih sempurna dan tepat berbanding
al-Ta’rif bi al-Rasm kerana al-Ta’rif bi al-Had ialah dengan membawa sifat asasi bagi sesuatu
unsur dan objek itu, sedangkan al-Ta’rif bi al-Rasm hanya dengan membawa sifat luaran sahaja.
AL-TA’RIF GHAYR AL-MANTIQI
Al-Ta’rif Ghayr al-Mantiqi atau ta’rif ghair al-haqiqi dapat dibahagikan kepada beberapa
bahagian tertentu, antaranya ialah:
a. Al-ta'rif bi al-isyarah
b. Al-ta'rif bi al-mithal
c. Al-ta'rif bi al-muradif
d. Al-ta'rif bi al-salb
e. Al-ta'rif bi al-majaz
a- AL-TA’RIF BI AL-ISYARAH
Iaitu ta’rif yang dibuat dengan mengisyaratkan kepada benda yang hendak dita’rifkan itu.
Contohnya: Hassan bertanya Ali mengenai unta. Ali menunjukkan atau mengisyaratkan ke arah
unta, inilah unta.
b- AL-TA’RIF AL-MITHAL
Iaitu ta’rif yang dibuat dengan membawa contoh seperti: Hassan bertanya Ali tentang kenderaan.
Ali menyatakan kenderaan ialah kereta, kapal terbang dan kereta api.
c- AL-TA’RIF BI AL- MURADIF
Iaitu ta’rif yang dibuat dengan membawa erti yang sama atau membawa syarah atau maksud
yang sama. Contohnya seseorang itu bertanya apa itu barang kemas. Barang kemas itu ialah
emas.
d- AL-TA’RIF BI AL-SALB ( PENAFIAN )
Iaitu ta’rif yang dibuat dengan membawa pengertian sebaliknya atau negatifnya. Contoh:
Pengertian baru ialah tidak buruk atau sihat adalah tidak sakit.
e- AL-TA’RIF BI AL-MAJAZ
Iaitu ta’rif yang dibuat dengan membawa pengertian secara simbolik. Contohnya: Menta’rif
kesihatan ialah mahkota yang dipakai oleh orang sihat yang mana ia tidak dapat dinilai kecuali
oleh orang sakit.
SYARAT-SYARAT AL-TA’RIF
Untuk membolehkan sesuatu ta’rif yang dibawa oleh seseorang itu diterima ia hendaklah dengan
mempunyai syarat yang berikut:
1. Ta’rif yang dikemukakan itu hendaklah bersifat jami’ dan mani’. Jami’ bermaksud
menyeluruh atau meliputi semua objek yang dita’rifkan. Manakala mani’ pula ialah
dengan membuang atau mengeluarkan semua objek yang tidak berkaitan atau tiada
hubungan dengan ta’rif yang diberikan.
Contoh :
1. Manusia ialah haiwan yang berfikir.
2. Masjid ialah bangunan untuk orang Islam menunaikan solat dan ibadah lain.
3. Puasa ialah menahan diri daripada perkara-perkara yang membatalkannya bermula
terbit fajar sehingga terbenam matahari dan disertai dengan niat.
2. Ta’rif atau perkataan yang dibawa hendaklah lebih jelas daripada perkara atau benda
yang dita’rifkan itu. Dalam keadaan lain, ta’rif yang dibawa itu tidak samar-samar dan
tidak mengelirukan. Contoh :
3. Ta’rif yang dibawa mesti ada hubungan dan persamaan dengan benda atau perkara yang
dita’rif. Contoh :
4. Ta’rif yang dibawa itu hendaklah dengan tidak membawa ungkapan yang berbentuk
negatif. Contohnya mendefinisikan “SIHAT” dengan ungkapan negatif “TIDAK
SAKIT”. Ta’rif ini adalah tidak sah dan tidak boleh diterima.
5. Ta’rif yang dibawa itu tidak menggunakan kata-kata atau ungkapan berbentuk majaz
atau simbolik atau kiasan yang tidak ada qarinah atau ciri-ciri dengan benda yang
dita’rifkan . Sebagai contoh menta’rifkan pahlawan dengan harimau. Ta’rif ini adalah
tidak sah.
6. Ta’rif yang dibawa itu tidak menggunakan perkataan yang berbentuk musytarak.
Contoh : Mata membawa banyak maksud. Mata bermaksud anggota badan manusia, mata
bermaksud perisik, mata bermaksud sejenis sihir.
7. Ta’rif yang diberikan mempunyai maksud dan pengertian perkataan yang hendak
dita’rifkan seperti .
2.2.4 Aplikasi al-Ta'rif dalam Disiplin Ilmu dan Kehidupan
1- Disiplin Ilmu:
1) Menggunakan ta’rif untuk mendefinisikan sesuatu istilah dalam disiplin ilmu.
2) Menggunakan ta’rif untuk mengetahui unsur asas atau lazim dalam mengklasifikasikan
sesuatu ilmu.
3) Menggunakan ta’rif dalam setiap bidang ilmu agar menepati skop perbahasan sebenar.
4) Mengelakkan kekeliruan berkaitan dengan istilah-istilah dalam setiap bidang ilmu.
5) Mengelakkan daripada kesalahan dalam penta’rifan sesuatu disiplin ilmu.
2- Dalam Kehidupan:
1) Membantu seseorang menggunakan perkataan atau lafaz yang tepat dalam perbualan dan
pergaulan.
2) Menjelaskan sebarang kekeliruan dan kesamaran sesuatu benda atau makna.
3) Menggunakan ta’rif untuk membezakan antara perkara-perkara dan benda-benda yang
hampir sama.
4) Membantu seseorang muslim memahami ilmu dengan lebih mendalam.
5) Mengelakkan berlaku perselisihan dan pergaduhan dalam masyarakat.
6) Mengelakkan berlaku penyelewengan fakta dan hokum hakam agama.
Contoh Definisi :
1. Ilmu : Mengetahui sesuatu secara tepat
2. Al-‘adalah : Meletakkan sesuatu pada tempat sepatutnya atau memberikan sesuatu kepada
yang berhak menerimanya.
3. Wajib : Dari sudut syarak adalah suatu perkara yang mesti dilakukan oleh seorang muslim
dewasa dan waras ( mukallaf ) dimana jika dikerjakan dapat pahala, apabila ditinggalkan
mendapat dosa seperti solat, puasa, zakat dan sebagainya.
4. Akal : Sesuatu yang digunakan untuk berfikir dan membuat pendalilan.
5. Ilmu fardu ain : Ilmu yang wajib dipelajari oleh setiap umat Islam.
6. Ilmu fardu kifayah : Ilmu yang wajib dipelajari oleh sebahagian anggota masyarakat untuk
menjaga kepentingan umat Islam.
AL QADIYYAH:
1.Dengan memberikan contoh, jelaskan bahagian qadiyyah [8]
2.Dengan memberikan contoh, bincangkan bahagian qadiyyah hamliyyah dalam ilmu mantik
[12]
3.Nyatakan dua perbezaan antara qadiyyah hamliyyah dengan qadiyyah syartiyyah [4]
2.3.1. Al-Qadiyyah (Pernyataan) القضية
(a) Takrif qadiyyah
Terdapat beberapa pengertian qadiyyah iaitu:
1. Suatu pernyataan yang mungkin benar atau salah.
2. Sesuatu susunan kata atau ucapan yang membawa kemungkinan benar atau salah tanpa
meneliti kepada orang yang berbicara.
3. Khabar atau berita yang berkemungkinan benar atau salah.
4. khabar atau berita yang merangkumi susunan kata atau penyataan yang berkemungkinan
betul atau salah tanpa merujuk kepada penyampai.
Contoh qadiyyah :
i) Ahmad seorang pelajar yang rajin.
Keterangan : Dalam contoh pertama menunjukkan Ahmad adalah seorang pelajar yang
rajin. Kenyataan itu berkemungkinan salah atau betul. Jika ada pemerhatian
mendapati Ahmad itu rajin maka pernyataan itu betul. Jika pemerhatian mendapati
Ahmad tidak rajin maka pernyataan itu salah.
ii) Aminah seorang yang gagal
kenyataan ini menunjukkan Aminah seorang yang gagal. Kenyataan ini mungkin betul atau
salah. Jika pemerhatian mendapati Aminah rajin dan berjaya, maka dia tidak gagal dan
pernyataan itu salah. Jika pemerhatian mendapati Aminah malas dan tidak berjaya, maka dia
seorang yang gagal dan pernyataan itu benar.
(b) Bahagian-bahagian qadiyyah berserta contoh
Qadiyyah dapat dibahagikan kepada dua :
i) Qadiyah Hamliyah
ii) qadiyyah syartiyah
1. Qadiyyah Hamliyyah : القضية الحملية
a. Mensabitkan sesuatu dengan suatu yang lain atau menafikannya.
b. Pernyataan yang menghukumkan sesuatu tanpa ada ikatan dan syarat. Oleh itu
Qadiyah hamliyah adalah qadiyah yang mempunyai 2 bahagian antara keduanya
itu boleh disabitkan dan dinafikan.
Contoh : “Abdullah berilmu” dan “Abdullah tidak berilmu”
Keterangan : Dalam contoh pertama menetapkan “ ilmu“ kepada Abdullah
manakala contoh kedua menetapkan “tidak berilmu” kepada Abdullah. Maka Berilmu dan tidak
berilmu itu adalah perkara yang dihubungkan dengan Abdullah.
2. Qadiyyah Hamliyyah mengandungi 3 rukun iaitu :
a. Al-Maudu’ (Al-Mahkum A’laih): Subjek atau persoalan utama.
Contoh :
i) “Rumah itu cantik”. Perkataan rumah itu adalah Al-Maudu’ (al-Mahkum
A’laih).
b. Al-Mahmul (Al-Mahkum Bih) : Objek atau predikat
Contoh : (kena buat rajah)
i) “Rumah itu cantik”. Perkataan cantik adalah Al-Mahmul (al-Mahkum
Bih). Kita menyatakan bahawa rumah itu adalah cantik.
c. Al-Rabitah (Al-Hukm) : Hukum atau persabitan yang menjadi penghubung antara
al-Maudu’ dan al-Mahmul.
Contoh :
ii) “Rumah itu cantik”. Disabitkan cantik kepada rumah itu adalah al-
Rabitah.
Bahagian qadiyyah hamliyyah
Bahagian qadiyyah hamliyyah terbahagi kepada dua iaitu dari
i) sudut maudu`
ii) dari sudut mahmul (kaifiyat al-hukm):
a. Pembahagian Dari Sudut al-Maudu’ الموضوع
i. Al-Qadiyyah al-Hamliyyah al-Kulliyyah القضية الحملية الكلية
- al-Maudu’ berbentuk kulli atau umum dan meliputi semua dengan adanya al-Sur kulli.
- menggunakan lafaz kulli atau umum seperti : Kullu, Jami’ atau A’mmah (semua, setiap,
seluruh)
- contoh : “Semua yang hidup akan mati”
- ulasan : ayat ini menggunakan lafaz kulli iaitu “ semua yang hidup”
ii. Al-Qadiyyah al-Hamliyyah al-Ju’iyyah القضية الحمليةالجزئية
-al-Maudu’ berbentuk juz’i dengan adanya al-Sur juz`i.
-menggunakan lafaz juz’i seperti : Ba’dhu (sebahagian, sebilangan,)
-contoh : “ Sebahagian binatang adalah kuda”
-ulasan : ayat ini menggunakan lafaz juz’i
iii. Al-Qadiyyah al-Hamliyyah al-Syakhsiah القضية الحملية الشخصية
-qadiyah Hamliyah syakhsiah -Maudu’nya adalah lafaz juz`i. Ia terdiri daripada
Isim Isyarat, Isim Mausul, Nama Khas, Kata Pemilikan dan Kata Seruan. Qadiyah sakhsiah
menurut ulama` mantik menepati hukum kulliyah.
- contoh : “kuala lumpur Bandar yang maju”
- ulasan : al-Maudu’ dalam ayat tersebut adalah kuala lumpur.
iv. Al-Qadiyyah al-Hamliyyah al-Muhmalah القضية الحملية المهملة
-al-Maudu’ mengandungi lafaz umum tanpa menggunakan Al-Sur. Namun ulama` mantik
menetapkan qadiyah muhmalah pada tahap juz`iyah dalam semua hukumnya kecuali dapat
dikenalpasti bahawa hukumnya meliputi keseluruhan unit afrad.
-contoh: “Guru mengajar.” Manusia dalam kerugian.
- ulasan : objek tidak jelas, keliru dan terlalu umum
b. Pembahagian Dari Sudut al-Mahmul المحمولatau kaifiyat al-hukm.
Terbahagi kepada dua bahagian iaitu Mujabah dan salibah.
i. Al-Qadiyyah al-Hamliyyah al-Mujabah
Pengertian:
Kenyataan yang ditetapkan secara positif terhadap subjeknya.
-contoh : “ Kota Bharu adalah ibu negeri Kelantan”
-ulasan : ayat ini menetapkan ibu negeri Kelantan adalah Kota Bharu.
Al-Qadiyyah al-Hamliyyah al-Mujabah terbahagi kepada dua iaitu
mujabah kulliyah dan mujabah juz`iyah:
i) Mujabah al-Kuliyyah - Sur yang merangkumi semua benda yang
diisbatkan secara positif,. Contoh: Semua mamalia adalah
berdarah panas.
ii) Mujabah al-juziyyah- Sur yang menunjukkan penetapan hukum
terhadap sebahagian atau sebilangan benda secara positif. Contoh:
Sebahagian mamalia adalah manusia.
ii.Al-Qadiyyah al-Hamliyyah al-Salibah
Pengertian- Kenyataan yang ditetapkan dengan membawa penafian sesuatu
perkara terhadap al-Maudu’.
-contoh : “Tidak ada seorang pelajar pun hadir ke sekolah pada hari cuti”
-ulasan : ayat ini menafikan kehadiran pelajar pada hari cuti ke sekolah.
Al-Qadiyyah al-Hamliyyah al-Salibah terbahagi kepada 2, iaitu:
i) Salibah al-kuliyyah- menggunakan Sur yang menunjukkan penafian
semua benda seperti perkataan tiada sama sekali,tidak ada satu pun
dan lain-lain.
Contoh: Tiada seorang pun pelajar sekolah agama yang tidak
berakhlak mulia.
ii) Salibah al-juziyyah- Menggunakan Sur yang menunjukkan penafian
sebahagian seperti tidak semua, sebilangan…tidak, bukan semua
dan lain-lain.
Contoh:a) sebilangan pelajar sekolah agama tidak boleh membaca al-quran
dengan lancar.
b) Sebahagian buku tidak berfaedah kepada pembaca.
c) Tidak semua air boleh diminum.
d) Sebahagian air tidak boleh diminum.
3. Qadiyyah Syartiyyah : القضية الشرطية
a) Qadiyah syartiyah ialah dua qadiyah yang disertai katasendi bersyarat (adat) yang
menghubung atau memisahkan antara kedua qadiyah sehingga ia menjdi satu qadiyyah
sahaja.
b) Menghukumkan sama ada sesuatu itu berhubung atau tidak dalam satu qadiyyah.
Contoh : “jika anda berusaha anda berjaya”
ulasan: contoh tersebut menghubungkan antara kejayaan dengan berusaha iaitu
bersyarat (jika)
contoh: sama ada kita hidup merdeka atau mati syahid.
1. Bahagian qadiyyah syartiyyah
Terbahagi kepada dua bahagian iaitu Al-Qadiyyah al-Syartiyyah al-Muttasilah dan Al-Qadiyyah
al-Syartiyyah al-Munfasilah.
a. Al-Qadiyyah al-Syartiyyah al-Muttasilah
Pengertian :
Al-Qadiyyah yang terdapat hubung kait antara bahagian pertama dengan
kedua seperti : “Kalau saya sihat saya akan pergi” atau Al-Qadiyyah yang
dihukumkan benar berdasarkan kepada kebenaran satu al-Qadiyyah yang lain.
Juzu` atau bahagian terbahagi kepada 3, iaitu:
Al-muqaddam, iaitu jumlah syarat. Contoh : jika hujan turun dengan
lebat.
Al-tali iaitu jumlah al-jawab (jawab syarat). Contoh: maka pelajar
tidak hadir ke sekolah.
Adat syarat: , اذا,(لوjika),
Terdapat 4 bentuk syartiyah muttasilah:
Kuliyah mujabah – ) كلما- setiap), ) مهما- bagaimanapun), متئ
)sewaktu). Contoh: Apabila pelajar belajar bersungguh maka dia
akan lulus dengan cemerlang.
Kuliyah salibah - ( tidak sekali-kali) ليس البتةcontoh: tidak sekali-
kali apabila setiap pelajar itu bersungguh-sungguh, maka dia akan
gagal
Juziyyah mujabah –Qad Yakunu( kadang2 akan belaku)
contoh:Kadang2 akan berlaku,apabila hujan lebat turun di sesuatu
daerah,maka akan terjadi banjir.
Contoh: Kadang2 akan berlaku seseorang pelajar yang malas
berusaha, dia akan lulus dalam peperiksaan
Juziyyah salibah- Qad La Yakunu( Kadang2 tidak akan
berlaku,pelajar yang bersungguh-sungguh dalam pelajaran, dia akan
gagal.
b. Al-Qadiyyah al-Syartiyyah al-Munfasilah
Pengertian :
Al-Qadiyyah yang dihukumkan dengan membuat nisbah antara satu qadiyyah
dengan qadiyyah yang lain sebagai nisbah berlainan dan bertentangan seperti : “
Ahmad ada kalanya pergi, ada kalanya tidur” atau Al-Qadiyyah yang
dihukumkan padanya bertentangan di antara al-Muqaddam (pendahuluan) dengan
al-Tali (natijah).
Terdapat 3 juzu`:
i) muqaddam: juzu` atau bahagian yang pertama pada sesuatu al-
qadiyyah
ii) Al-tali – juzu` atau bahagian yang kedua kepada sesuatu qadiyyah.
iii) Adat al-`inad- imma ()اما
Bahagian Qadiyyah al-syartiyah al-munfasilah
Bahagian Qadiyyah al-syartiyah al-munfasilah terbahagi kepada empat:
1) Sudut ada pertentangan atau tidak Muqaddam dan Tali. Terbahagi kepada dua, iaitu:
i) Mujabah - Contoh: Minah ada kalanya ketawa ada kalanya menangis.
ii) Salibah - Contoh: tidaklah Salman itu ada kalanya posmen dan ada kalanya penternak
kambing.
2) Sudut keadaan dan masa ditetapkan ada pertentangan atau tidak Mukaddam dan Tali. Terbahagi
kepada empat, iaitu:
i) qadiyah makhsusah
ii) Qadiyah kulliyah
iii) Qadiyyah juz`iyyah
iv) Qadiyyah Muhmalah
-
3) Sudut tidak dapat berhimpun Mukaddam dan Tali dan tidak dapat hilang keduanya. Terbahagi
kepada tiga, iaitu:
i) Munfasilah Haqiqiyah, iaitu Mani` al-Jami` Wa al-kHuluwwi ( ) مانعة الجمع والخلو
ii) Mani` al-Jami` ( ) مانعة الجمع
iii) Mani`al-Khuluwwi ()مانعة الخلو
4) Sudut tabiat pertentangan antara Mukaddam dan Tali. Terbahagi kepada dua, iaitu:
i) `inadiyah
ii) Ittifaqiyah
(c) Perbezaan antara qadiyyah hamliyah dengan qadiyyah syartiyah.
i) Dari sudut pengertian iaitu qadiyyah hamliyah bermaksud sesuatu pernyataan
yang dihukum atau ditentukan zatnya dengan sesuatu objek yang lain, manakala
qadiyyah syartiyah pula ialah Sesuatu yang dihukumkan padanya dengan
menghubungkan antara kedua bahagiannya bersyarat.
ii) Qadiyah Hamliyah mempunyai 1 premis (pernyataan), manakala qadiyah
syartiyah mempunyai 2 premis (pernyataan) iaitu muqaddam dan al-tali.
iii) Qadiyah hamliyah tidak ada syarat, manakala qadiyah syartiyah mempunyai
syarat.
1. Berdasarkan takrif qiyas, berikan dua elemen asas qiyas [2]
2. Terangkan tiga bahagian qiyas hamli [6]
3.
Setiap manusia ialah haiwan
Sebahagian haiwan ialah kuda
Sebilangan manusia ialah kuda
Berdasarkan contoh qiyas di atas , nilaikan. [12]
4.Nyatakan proses penyelidikan yang perlu dilakukan oleh seseorang penyelidik [4]
5.Huraikan tiga syarat takmim al hukm [6]
6. Bincangkan kepentingan istiqra’ dalam pengajian Islam [10]
7.
[3]
Semua murid yang rajin disayangi oleh guru
Mereka yang disayangi oleh guru akan mendapat doa daripada guru [9]
Maka semua murid yang rajin akan mendapat doa daripada guru mereka [3]
Berdasarkan qiyas di atas ,
a) Jelaskan had yang terdapat dalam qiyas tersebut
b) Ubah suaikan kepada dua jenis syakl yang lain beserta huraian
[8]
8. Bincangkan syarat umum qiyas hamli
9.Berdasarkan pengertian mulahazah, berikan tiga unsur penting mulahazah
10. Huraikan empat langkah yang perlu dilakukan oleh seseorang saintis yang ingin memahami
fenomena banjir besar dengan menggunakan metode mulahazah.
[8]
11.Antara syarat mulahazah : [9]
i) al tikrar [3]
ii)al tasjil [8]
iii)penggunaan alat moden
Terangkan syarat i,ii,iii di atas beserta contohnya. [9]
12. Bezakan istidlal mubasyir dengan istidlal ghair mubasyir [8]
13. Huraikan empat syarat al tanaqudh beserta contohnya [4]
14. [8]
i.Kulliyah mujabah + Kulliyah Salibah [8]
ii.Juziyyah mujabah + Juziyyah Salibah
iii.Kulliyah mujabah + Juziyyah Mujabah [2]
Berdasarkakn rumus di atas , nyatakan jenis istidlal dan huraikan hukumnya. [8]
15.Berikan dua syarat umum qiyas dalam ilmu mantik [10]
16.Huraikan pembahagian istiqra’
17.Jelaskan empat syarat mulahazah
18.Mengapakah mulahazah penting dalam penyelidikan Islam.
19.Berikan dua syarat umum qiyas dalam ilmu mantik
20.Berdasarkan contoh qiyas , jelaskan tiga had qiyas
21.Bincangkan bagaimanakah metode qiyas digunakan dalam bidang Usuluddin
AL-ISTIDLALAT GHAIR AL MUBASYIR
PEMBAHAGIAN AL-ISTIDLAL
AL-ISTIDLAL
AL MUBASYIR
AL TAQABUL BAINA AL-QADAYA AL-QIAS
AL ‘AKS AL TAMSIL
AL-TANAQUDH AL ISTIQRA’
AL-TADAD
AL DUHKUL TAHTA AL-TADAD
AL-TADAKHUL
AL MUSTAWI
AL NAQIDH AL MUAFIQ
AL NAQIDH AL MUKHALIF
PENGERTIAN ISTIDLAL
Istidlal adalah menghasilkan satu penyataan ‘al-Qadiyah’ dari satu penyataan ‘al-Qadiyah’ atau
beberapa penyataan yang lain dari al-Qadiyah.
Istidlal adalah kaitan diantara satu penyataan dengan penyataan yang lain dinamakan al-
Mubasyir, jika ia beberapa penyataan yang lain dinamakan al-Istidlal Ghair al-Mubasyir.
2.3.2.Bahagian Istidlal
Istidlal dapat dibahagikan kepada dua bahagian iaitu:
a . Al-Istidlal al-Mubasyir الاستدلال المباشر
Al-Istidlal al-Mubasyir bermaksud berusaha menghasilkan penyataan yang benar atau salah
berdasarkan kepada benar atau salah, satu penyataan yang lain.
Maksud Istidlal di antara dua penyataan ini adalah membuat keputusan dan penghujahan secara
langsung mengenai benar atau salah penyataan tersebut tanpa memerlukan kepada banyak
penyataan.
Contoh 1:
Setiap limau adalah buah-buahan.
Sebahagian buah-buahan adalah limau.
Sekiranya benarnya penyataan pertama, maka salah penyataan kedua.
b. Al-Istidlal Ghair al-Mubasyir الاستدلال غير المباشر
-Membuat keputusan dan pembuktian secara tidak langsung dan ia menggunakan lebih dari
satu mukaddimah atau al-Qadiyah.
-Terbahagi kepada 3 bentuk :
i. al-Qiyas
ii.al-Istiqra’
iii.al-Tamthil
B. Al-Istidlal al-Mubasyir الاستدلال المباشر
(Menerangkan bahagian istidlal beserta contoh)
-Terbahagi kepada dua, iaitu:
1. al-Taqabul Bayna al-Qadaya
-Ia bermaksud pertentangan antara dua penyataan yang mempunyai ‘maudu’ dan ‘mahmul’ yang
sama, namun berbeza dari sudut al-Kam (kuantiti) atau al-kaif (bentuk) atau kedua-dua sekali.
Contohnya:
Setiap limau adalah buah-buahan.
Tiada satu pun daripada limau adalah buah-buahan.
- al-Taqabul Baina al-Qadaya terbahagi kepada empat bahagian:
i. al Tanaqudh
ii. al Tadad
iii. al Tadakhul
iv. al Dukhul tahta Tadad
AL TANAQUDH( saling berlawanan)
Tanaqudh adalah dua penyataan yang sama dari sudut maudu’ dan mahmul namun berlainan dari
sudut al Kam dan al Kaif.
Hukum al Tanaqudh jika penyataan pertama adalah benar maka penyataan kedua adalah salah.
Contoh:
Setiap besi adalah logam. (benar)
Sebahagian besi bukan logam.(salah)
Syarat-syarat Tanaqudh.
1. Bercanggah atau ikhtilaf di antara dua penyataan dari sudut bentuk (al-Kaif) samada ia
mujabah atau salibah.
2. Bercanggah atau ikhtilaf di antara dua penyataan dari sudut kuantiti iaitu kulli atau juz’i.
3. Sama dari sudut maudu’ dan mahmul dalam aspek
a. masa,
b. tempat
c. gender
d. potensi dan reality
e. nisbah bilangan
f. syarat
g. sandaran
Hukum Tanaqudh
1. Tidak mungkin benar kedua-dua penyataan secara serentak atau salah kedua-duanya
serentak.
2. Jika benar salah satu dari penyataan maka salahlah penyataan yang lain dan demikianlah
sebaliknya.
Huraian Hukum Tanaqudh:
1. Berlaku tanaqudh antara dua penyataan yang kedua-duanya Mujabah atau kedua-duanya
Salibah.
Contoh:
kereta itu cantik.
kereta itu cantik.
TANAQUDH - kereta itu cantik.
kereta itu tidak cantik.
2. Bersamaan atau kesatuan pada mahmul.
contoh:
Hasan berlari.
Hasan tidak tidur.
3. Bersamaan atau kesatuan pada masa.
contoh:
Ali datang ke sekolah hari ini.
Ali tidak datang ke sekolah kelmarin.
4. Bersamaan atau kesatuan pada tempat ( Jihah).
Contoh:
Ali menginap di asrama.
Ali tidak menginap di rumah.
Bil Tanaqudh Yang Betul Tanaqudh Yang Salah
1 kereta itu cantik, kereta itu cantik,
kereta itu cantik.
kereta itu tidak cantik. kereta itu tidak cantik,
2 kereta itu tidak cantik, kereta itu tidak cantik.
Semua epal itu buah-buahan.
kereta itu cantik. Semua epal itu buah-buahan.
3 Semua epal itu buah-buahan.
Tidak semua epal itu buah.
Al Taqabul Bi Al Tadad
Bermaksud dua penyataan Kulli yang sama pada maudu dan mahmul namun berbeza pada al-
Kaif. contoh:
Semua manusia adalah haiwan.
Tiada seorang pun manusia itu haiwan.
Hukum Al Tadad
Tidak mungkin kedua-duanya benar namun kadangkala kedua-duanya salah.
Huraian Hukum Al Tadad
Salah satu dari dua penyataan mesti betul atau salah. Semestinya maudu’ penyataan mestilah
lebih khusus daripada mahmul, jika maudu’ lebih umum daripada mahmul maka kedua-dua
penyataan itu salah.
contoh:
setiap limau adalah buah-buahan,
tiada satupun daripada buah-buahan itu limau.
(setiap buah-buahan adalah limau = salah di mana maudu’ BUAH-BUAHAN lebih
umum daripada mahmul LIMAU)
Bil Al Tadad Yang Betul Al Tadad Yang Salah
1 setiap limau adalah buah-buahan. setiap buah adalah limau.
tiada satupun daripada buah-buahan itu limau.
tiada satupun daripada limau itu dalah buah-
buahan.
Al Taqabul Bi Dukhul Tahta Tadhad
Bermaksud dua penyataan Juzi’ yang sama pada maudu dan mahmul namun berbeza pada al-
Kaif. Contoh:
sebahagian limau adalah buah-buahan.
sebahagian limau bukanlah buah-buahan.
Hukum Al Taqabul Bi Dukhul Tahta Tadhad
Tidak mungkin kedua-duanya salah namun adakala kedua-duanya benar.
Huraian Hukum Al Taqabul Bi Dukhul Tahta Tudhad.
Salah satu dari dua penyataan al-Juziyah mesti betul atau salah. Semestinya maudu’penyataan
mestilah lebih khusus daripada mahmul, jika maudu’ lebih umum daripada mahmul maka kedua-
dua penyataan itu salah.
TADAKHUL
Ia bermaksud dua penyataan yang berlawanan tetapi yang persamaan dari segi al-Kaif dan
bercanggah al-Kam. Contoh:
setiap manusia adalah haiwan.
sebahagian manusia adalah haiwan.
(kedua-dua kaif MUJABAH tetapi kam berlawanan iaitu SETIAP dan SEBAHAGIAN)
Hukum tadakhul ialah jika benar penyataan kulliyah maka benarlah penyataan juz’iah ,
demikian juga sebaliknya selagi keduanya berkaitan.
2. al-‘Aks ( العكسKeterbalikkan)
Bertujuan mengeluarkan hukum dengan cara menterbalikkan hukum yang sedia ada.
Contoh :
“sebahagian buah-buahan sedap rasanya” .
Al-‘Aks : “sebahagian yang sedap rasanya ialah buah-buahan”.
- al-‘Aks terbahagi kepada dua:
i. al-‘Aks Mustawa.
ii. al-‘Aks Naqidh Muwafiq.
iii. al-‘Aks Naqidh Mukhalif.
i. al-‘Aks Mustawa
- ia bermaksud perbezaan antara dua penyataan kulli pada maudu dan mahmul namun
persamaan pada al Kaif dan al Kam.
Huraian takrif al-Aks
penyataan pertama dinamakan al-asl (penyataan asal).
penyataan kedua dinamakan al-Aks (penyataan terbalik)
- Syarat al-‘Aks Mustawi
Syarat al-‘Aks Mustawi ada dua.
1. Kesatuan pada penyataan asal dan penyataan terbalik pada bentuk (al-Kaif).
Hendaklah penyataan asal dan al-‘Aks ada persamaan dari sudut al-Kaif, iaitu mujabah
dan salibah. Sekiranya penyataan asal itu mujabah, seharusnya al-‘Aks mujabah juga .
seandainya penyataan asal itu salibah, maka al-‘Aks seharusnya salibah.
2. Kekal hukum benar pada penyataan asal dan penyataan al-Aks.
3. Istighraq atau Rangkuman hanyalah terdapat pada penyataan asal sahaja tidak pada
penyataan al-Aks.
Hendaklah penyataan asal dan penyataan baru iaitu al-‘Aks kedua-duanya memberi
faedah dan memberi istighraq iaitu secara menyeluruh. Maka antara keduanya tidak boleh
bertentangan sudut faedahnya.
2.3.3.QIYAS (DEDUKSI)
Takrif Qiyas:
Takrif Bahasa :Mengukur sesuatu dengan sesuatu yang lain.
Istilah: “Qaul” atau kata –kata yang tersusun atau terdiri daripada dua penyataan
(Qadiyyah) atau lebih apabila diterima maka diterima natijahnya.
Ulasan Takrif :
Natijah atau kesimpulan yang diambil daripada dua penyataan yang mengandungi
unsur dan sifat bersamaan. Dua penyataan tersebut dinamakan mukaddimah manakala
penyataan yang ketiga dinamakan natijah.
contoh : al-Qadiyyah pertama( Mukadimah Syugra ) “Besi itu logam”.
al-Qadiyyah kedua ( Mukadimah Kubra) “ setiap logam boleh dileburkan”
al-Qadiyyah ketiga :( Natijah) “Besi boleh dileburkan”
contoh : al-Qadiyyah pertama( Mukadimah Syugra ) “Alam baharu ”.
al-Qadiyyah kedua ( Mukadimah Kubra) “ setiap yang baharu mempunyai
pencipta.”
al-Qadiyyah ketiga :( Natijah) “Alam mempunyai pencipta”
Ulasan Takrif :
Perkataan “Qaul atau kata-kata” ialah jins dalam takrif yang merangkumi semua kata-
kata yang tersusun samada ia adalah qadiyyah atau tidak.
Perkataan “ yang tersusun” mengeluarkan daripadanya kata –kata yang susunannya tidak
mengandungi had – had Qiyas serta syarat syaklnya seperti susunan kata Idhafah seperti “guru
sekolah “.
Perkataan “ daripada dua penyataan atau lebih ” mengeluarkan daripadanya kata- kata
yang mempunyai satu iyyah seperti “ epal itu manis”
Pekataan “ melazimkan daripadanya kata -kata yang lain” mengeluarkan daripadanaya
beberapa perkara antaranya:
i. Istiqra’Naqis ) (إستقراء ناقص
Ini kerana istiqra’ naqis mengharuskan tidak mengikut hukum kebiasaan
sebagaimana urutan jenis-jenis logam seperti tembaga, besi ,perak dan lain-lain.
Semuanya didapati boleh berkembang dengan suhu panas. Dikatakan bahawa : “
setiap logam boleh berkembang dengan suhu panas”. Oleh itu harus tidak mengikut
hukum kebiasaan kepada sebahagian logam yang tidak boleh berkembang dengan
suhu panas apabila ia membentuk sebagai bendasing.
ii. Qiyas Tamthil : ( ) قياس ثمثيل
Ini kerana tasybih memperumpamakan sesuatu dengan sesuatu yang lain
dengan makna mustarak (berkongsi ) bagi menetapkan kepada musyabah hukum
musyabah bih Contoh:] Nabiz seperti arak yang memabukkan” Maka ia haram,
bagaimanapun harus tidak berlaku persamaan kerana ia adalah zanni ( tidak pasti).
iii. Durub aqimah : ) ( ضروب عقيمة
Durub Aqimah ialah penyataan yang mencukupi syarat untuk membina qiyas
namun ia tidak boleh menghasilkan natijah kerana tidak menepati syarat contohnya:
“tiada sesuatu daripada emas adalah perak , dan setiap perak adalah logam” oleh
itu “tiada sesuatu daripada emas adalah logam” . Maka kenyataan itu adalah salah
namun kadang –kadang kenyataan boleh menjadi benar pada sesetengah perkara
kerana pengkhususan bahan tersebut sebagai contoh “ tiada sesuatu daripada buah
adalah emas dan setiap emas adalah logam” menghasilkan natijah “tidak ada
sesuatu daripada buah adalah logam”.Maka kenyataaan itu adalah benar namun
natijah durub ini tidak semestinya bagi setiap premis.
Komponen Asas al-Qiyas:
Al-Qiyas mesti mempunyai dua unsur berikut iaitu :
i. Mempunyai 3 hadd ( ) الحد
- al-Hadd al-Asghar ialah maudu’/subjek seperti “besi” dan “logam”
- al-Hadd al-Akbar ialah mahmul/objek seperti “ boleh dileburkan”
- al-Hadd al- Awsat ialah perkataan berulang dalam mukaddimah seperti “logam”
ii.Mempunyai 3 al-Qadiyyah ( ) القضية
- al-Qadiyyah pertama ( Mukadimah Syugra ) “Besi itu logam”.
- al-Qadiyyah kedua ( Mukadimah Kubra) “ setiap logam boleh dileburkan”
- al-Qadiyyah ketiga :( Natijah) “Besi boleh dileburkan”
HASIL PEMBELAJARAN 2:
Menerangkan syarat umum Qiyas.
Syarat umum Qiyas terbahagi dua:
1. Al-Kaif (bentuk)
Bentuk qiyas terdiri daripada dua perkara :
i.Dua muqaddimmah yang salibah (negative) tidak boleh mengeluarkan natijah kerana
had al-awsat dalam kedua-dua muqaddimah tidak berkaitan.
Contoh : “Tidak ada satupun manusia adalah batu”
“Tidak ada satupun haiwan adalah batu”
Natijah : “Tidak ada satupun manusia haiwan”.
ii.Jika salah satu muqaddimah qiyas adalah salibah maka natijahnya mesti salibah kerana
muqadimah salibah menjadikan had al-awsat terpisah daripada had al-asghar dan had al-
akbar,oleh itu natijah hendaklah salibah
Contoh : “setiap emas adalah logam”
“Tiada satupun logam adalah tumbuhan”
Natijah : “Tiada satupun emas adalah tumbuhan”
2. Al-Istghraq(rangkuman)
.Had al-awsat mestilah merangkumi kedua-dua muqaddimah
Contoh : “Semua bunga ros adalah bungaan”
“Semua bungaan cantik warnanya”
Natijah : “Semua bunga ros cantik warnanya”
Jika had pada natijah tidak terangkum secara keseluruhan unit maka tidak mungkin ianya
terangkum dalam natijah
Jika terdapat salah satu had dalam natijah terangkum maka mestilah had tersebut terdapat
dalam mana-mana muqaddimah
Contoh : “Setiap bunga ros adalah tumbuhan”
“Setiap bunga ros harum baunya”
Natijah : “Setiap tumbuhan harum baunya”
Aplikasi kepada kepada kaedah ini mendapati dua perkara :
i.Tidak ada natijah bagi dua muqaddimah juz’iyyah kerana had al-awsat tidak boleh
merangkumi keseluruhan unit dalam muqaddimah sughra dan kubra
Contoh ; “sebilangan haiwan adalah manusia”
“sebilangan haiwan adalah mengembik”
Natijah salah : “ ? ”
ii. Sekiranya salah satu muqaddimah juz’iyah maka natijahnya juga adalah juz’iyyah
Contoh : “Sebilangan tumbuhan adalah bunga ros”
“Setiap bunga ros cantik”
Natijah :”Sebilangan tumbuhan adalah cantik”
Menjelaskan bahagian qiyas dan syaklnya
Bahagian al-Qiyas:
i- al-Qiyas al-Iqtirani ( ) القياس الاقتراني
Al-Qiyas yang dua mukaddimahnya mengandungi natijah yang tidak disebut secara langsung.
Contoh: “Sebahagian manusia adalah haiwan”
“tiap-tiap haiwan mempunyai perasaan”
Natijah: “ Sebahagian manusia mempunyai perasaan”
Contoh : “Setiap jisim adalah tersusun”
“ setiap yang tersusun adalah baharu.
Natijah : “Setiap jisim adalah baharu.
Al-Qiyas al-Iqtirani terbahagi kepada :
a. Al-Qiyas al-Iqtirani al-Hamli ialah qiyas yang tersusun daripada qadiyyah-qadiyyah
hamliyyah sahaja.
Contoh: “Manusia adalah haiwan”
“tiap-tiap haiwan memerlukan makanan”
Natijah: “Manusia memerlukan makanan”
b. Al-Qiyas al-Iqtirani al-Syarty ialah qiyas yang tersusun daripada qadiyyah-qadiyyah
syartiyyah sama ada muttasillah atau munfasilah
Contoh: “Jika sesuatu itu besi ia adalah logam”
“setiap logam adalah jisim yang keras”
Natijah : “Jika sesuatu itu besi maka ia adalah jisim yang keras”.
ii. al-Qiyas al-Syarty ))القياس الشرطي
Al-Qiyas al-Syarty atau al-Istisna’i ialah qiyas yang disebut padanya natijah dan lawannya
dalam satu kumpulan. Ia terdiri daripada dua mukaddimah .
Contoh: “Apabila matahari terbit maka siang pun menjelma tetapi matahari tidak
terbit .
Natijah :Maka siang tidak menjelma”.
Contoh : Setiap kali hujan turun bumi basah, tetapi hujan turun .