The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by hashliza liza, 2020-10-27 10:04:18

MANTIK

MODUL JIHAD

Natijah : Maka bumi basah

Syakl al-Qiyas ‫ الشكل‬dan contohnya:

i. Syakl pertama ( ‫) الشكل الأول‬

Jika Haddul awsat menjadi mahmul dalam mukaddimah sughra dan maudu’
dalam mukaddimah kubra

Contoh : “Arak itu memudaratkan”(sughra).
“Setiap yang memudaratkan itu adalah haram” (kubra)

Natijah : “Arak adalah haram” Haddul awsat : memudaratkan

ii.Syakl kedua ( ‫) الشكل الثانى‬

Jika Haddul awsat adalah mahmul dalam mukaddimah sughra dan kubra

Contoh: “Arak itu memudaratkan” (sughra).
“Tiada satupun daripada yang halal itu memudaratkan” (kubra)

Natijah : “Tiada satupun daripada arak itu halal” Haddul awsat : memudaratkan

iii.Syakl ketiga (‫) الشكل الثالث‬

Jika Haddul awsat adalah maudu’ dalam mukaddimah sughra dan kubra

Contoh: “Arak itu memudaratkan” (sughra).
“Arak itu haram ” (kubra)

Natijah: “Yang memudaratkan adalah haram” Haddul awsat : arak

iv.Syakl keempat ( ‫) الشكل الرابع‬

Jika Haddul awsat adalah maudu’ dalam mukaddimah sughra dan
Mahmul dalam mukaddimah kubra.

Contoh: “Yang memudaratkan adalah haram”(sughra).
“Arak adalah memudaratkan” (kubra)

Natijah: “Yang haram adalah arak” Haddul awsat : memudaratkan

PETA MINDA CORAK SYAKL

HAD AL-AWSAT DALAM SYAKL ( 3)

MAWDU’ MAWDU’

HAD AL-AWSAT DALAM SYAKL ( 1)

HAD AL-AWSAT DALAM SYAKL ( 4)

HAD AL-AWSAT DALAM SYAKL ( 1)

MAHMUL’ MAHMUL

HAD AL-AWSAT DALAM SYAKL ( 2)

Menjelaskan kandungan muqadimah qiyas seperti awwaliyyat, mutawatirat, tajribah dan lain-
lain

1.Awwaliyyat ( ‫) أوليات‬

Awwaliyat ialah qadiyyah-qadiyyah yang dihukumkan oleh akal semata-mata gambaran kepada
dua aspek contoh “ satu separuh daripada dua dan semua lebih besar daripada sebahagian”

2. Mutawatirat ( ‫) متواترات‬
Mutawatirat ialah Qadiyah-qadiyah yang dihukum oleh akal melalui perantaraan pendengaran
daripada kelompok yang ramai yang mustahil akal untuk dituduh berdusta pada adat.contoh”
Mekah terletak di Hijaz”

3.Tajribat ( ‫) تجريبات‬

Tajribat ialah Qadiyah-qadiyah yang dihukumkan oleh akal melalui perantaaan deria contoh “
Air menghilangkan dahaga ”

4.Musyahadat ( ‫) مشاهدات‬

Musyahadah ialah Qadiyyah-qadiyah yang dihukum oleh akal melalui parantaraan
pancaindera.sekiranya panceindera zahir dinamakan mahsusat contoh “matahari terbit dan api
membakar”. Manakala pancaindera batin dinamakan wujdaniyyat.contoh” kita lapar ,dahaga”

5. Hadasiyyat ( ‫) حدسيات‬

Hadasiyyat ialah qadiyah-qadiyah yang dihukum oleh akal sekilas pandang melalui
pancaindera contoh “ cahaya bulan diambil daripada cahaya matahari”

Perbezaan antara hadisiyyat dan tajribat ialah hadasiyyat berlaku tanpa ikthiar manusia.
Manakala tajribah melalui ikthiar orang yang mengujinya.

2.3.4. PENGGUNAAN QIYAS DALAM KARYA USULUDDIN
(K) Contoh penggunaan metode qiyas dalam bidang Usuluddin

Ilmu
Falsafah

Ulum al- Ilmu Ilmu
Quran USULUDDIN kalam

Ulum
Hadis

1. Ilmu Kalam merangkumi tiga perkara asas iaitu Uluhiyyat, Nubuwwah dan sam‘iyyat.
Uluhiyyah atau Rububiyyah ialah konsep ketuhanan yang membawa kepada kepercayaan
dan keyakinan manusia bahawa Allah sebagai tuhan yang mencipta dan mentadbir alam ini
dan Dialah yang berhak disembah.

Nubuwwah pula ialah kepercayaan bahawa nabi adalah utusan Allah untuk membantu
dan memandu akal manusia. Akal manusia adalah satu juzuk kecil daripada alam yang luas . Ia
tidak mampu memikirkan semua perkara, apa lagi perkara disebalik alam tabie. Oleh itu
manusia perlu kepada kenabian untuk membimbing akal mereka.

Samiyyat ialah kepercayaan kepada perkara-perkara ghaib seperti alam barzakh,
kebangkitan semula, hisab, mizan , syurga dan neraka.

Ketiga-tiga konsep tersebut memerlukan pembuktian secara akli supaya non muslim
meyakini Islam melalui konsep qiyas.

Penggunaan qiyas:

1. Uluhiyyah.

1.1 Memandu manusia ke arah pengukuhan akidah dan mengakui keesaan Allah serta

meneguhkan keimanan kepadaNya.

1.2 Menghapuskan bentuk pemikiran yang berbentuk karut dan pemikiran yang tidak

diterima oleh akal.

Contoh:

‫كل كائن مخلوق‬
‫وكل مخلوق يحتاج الى خالق‬

‫الكائن يحتاج الى خالق‬

Semua benda adalah makhluk

Semua makhluk perlu kepada pencipta

Semua benda perlu kepada pencipta

2. Nubuwwah
2.1 Membimbing akal manusia menerima kebenaran yang dibawa oleh nabi dan rasul.
2.2 Membezakan antara yang hak dan batil.

Contoh: ‫كل انسان له عقل‬
‫وكل عقل يحتاج الى الهدى‬
Semua manusia ada akal ‫كل انسان يحتاج الى الهدى‬
Semua akal memerlukan kepada bimbingan
Semua manusia memerlukan bimbingan

3. Sam‘iyyat

3.1. Memandu akal manusia supaya berfikir di sebalik alam nyata yang tidak dapat

ditanggapi oleh pancaindera.

Contoh:

‫العالم حادث‬

‫وكل حادث هالك‬

‫العالم هالك‬

Alam ini baru
Setiap yang baru akan binasa
Alam akan binasa

2. Ilmu Hadis

2.1 Ilmu Rijal al hadis : ilmu yang membicarakan tentang keadaan perawi, sifat perawi,
tempat-tempat hijrah perawi dan guru-guru perawi. Ilmu ini dikenali juga dengan “ ilmu
tarikh al Ruwat”.
Contoh : Setiap sahabat adil
Setiap yang adil makbul
Sahabat makbul

2.2 Klasifikasi hadis ( Hadis Sahih ): Hadis yang diriwayatkan oleh perawi yang adil, dhabit,
bersambung sanad, tiada illah dan tiada syaz.
Contoh : Hadis sebagai sumber rujukan
Setiap sumber rujukan jadi pegangan
Hadis jadi pegangan

Penggunaan Qiyas dalam ilmu hadis :
- Memandu arah manusia supaya boleh memilih dan berpegang dengan hadis sehingga

mampu membezakan sesuatu hadis itu sahih, hasan atau dhaif.

Mana-mana nas yang menyalahi usul maka nas itu dikira tertolak/mardud*

Penggunaan Metode qiyas dalam Usuluddin:
1. Qiyas merupakan hujah atau dalil lojik yang boleh menolah hujjah dan pendapat
golongan yang menyeleweng dari Ahli Sunnah Wal Jamaah.

2. Ulama’ menggunakan kaedah qiya ini dalam penulisan karya-karya mereka supaya
mudah difahami oleh pembaca dengan menggunakan kekuatan dalil akal .

3. Qiyas juga digunakan untuk mempertahankan hujjah yang benar terutama dalam isu
akidah supaya umat Islam tidak mudah terpengaruh .

4. Kebanyakkan dalil Usuluddin adalah bersumberkan kepada dalil akal mengikut kaedah
mantik.Ia merupakan dalil yang kuat selepas wahyu,oleh itu qiyas digunakan sebagai
perantara untuk memberi kefahaman yang mendalam kepada pembaca atau pendengar .Ia
juga digunakan sebagai medium dalam membantu penyebaran dakwah.

Kesimpulannya,kaedah qiyas digunakan secara meluas dan ia mampu membantu pendakwah dan
umat Islam dalam usaha memantapkan akidah.

2.3.4. PENGGUNAAN QIYAS DALAM KARYA USULUDDIN
(K) Contoh penggunaan metode qiyas dalam bidang Usuluddin

Ilmu
Falsafah

Ulum al- Ilmu Ilmu
Quran USULUDDIN kalam

Ulum
Hadis

3. Ilmu Kalam merangkumi tiga perkara asas iaitu Uluhiyyat, Nubuwwah dan sam‘iyyat.
Uluhiyyah atau Rububiyyah ialah konsep ketuhanan yang membawa kepada kepercayaan
dan keyakinan manusia bahawa Allah sebagai tuhan yang mencipta dan mentadbir alam ini
dan Dialah yang berhak disembah.

Nubuwwah pula ialah kepercayaan bahawa nabi adalah utusan Allah untuk membantu
dan memandu akal manusia. Akal manusia adalah satu juzuk kecil daripada alam yang luas . Ia
tidak mampu memikirkan semua perkara, apa lagi perkara disebalik alam tabie. Oleh itu
manusia perlu kepada kenabian untuk membimbing akal mereka.

Samiyyat ialah kepercayaan kepada perkara-perkara ghaib seperti alam barzakh,
kebangkitan semula, hisab, mizan , syurga dan neraka.

Ketiga-tiga konsep tersebut memerlukan pembuktian secara akli supaya non muslim
meyakini Islam melalui konsep qiyas.

Penggunaan qiyas:

4. Uluhiyyah.

4.1 Memandu manusia ke arah pengukuhan akidah dan mengakui keesaan Allah serta

meneguhkan keimanan kepadaNya.

4.2 Menghapuskan bentuk pemikiran yang berbentuk karut dan pemikiran yang tidak

diterima oleh akal.

Contoh:

‫كل كائن مخلوق‬
‫وكل مخلوق يحتاج الى خالق‬

‫الكائن يحتاج الى خالق‬

Semua benda adalah makhluk

Semua makhluk perlu kepada pencipta

Semua benda perlu kepada pencipta

5. Nubuwwah
5.1 Membimbing akal manusia menerima kebenaran yang dibawa oleh nabi dan rasul.
5.2 Membezakan antara yang hak dan batil.

Contoh: ‫كل انسان له عقل‬
‫وكل عقل يحتاج الى الهدى‬
Semua manusia ada akal ‫كل انسان يحتاج الى الهدى‬
Semua akal memerlukan kepada bimbingan
Semua manusia memerlukan bimbingan

6. Sam‘iyyat

3.1. Memandu akal manusia supaya berfikir di sebalik alam nyata yang tidak dapat

ditanggapi oleh pancaindera.

Contoh:

‫العالم حادث‬

‫وكل حادث هالك‬

‫العالم هالك‬

Alam ini baru
Setiap yang baru akan binasa
Alam akan binasa

4. Ilmu Hadis
4.1 Ilmu Rijal al hadis : ilmu yang membicarakan tentang keadaan perawi, sifat perawi,
tempat-tempat hijrah perawi dan guru-guru perawi. Ilmu ini dikenali juga dengan “ ilmu
tarikh al Ruwat”.
Contoh : Setiap sahabat adil
Setiap yang adil makbul
Sahabat makbul

4.2 Klasifikasi hadis ( Hadis Sahih ): Hadis yang diriwayatkan oleh perawi yang adil, dhabit,
bersambung sanad, tiada illah dan tiada syaz.
Contoh : Hadis sebagai sumber rujukan
Setiap sumber rujukan jadi pegangan
Hadis jadi pegangan

Penggunaan Qiyas dalam ilmu hadis :
- Memandu arah manusia supaya boleh memilih dan berpegang dengan hadis sehingga

mampu membezakan sesuatu hadis itu sahih, hasan atau dhaif.

Mana-mana nas yang menyalahi usul maka nas itu dikira tertolak/mardud*

Penggunaan Metode qiyas dalam Usuluddin:

5. Qiyas merupakan hujah atau dalil lojik yang boleh menolah hujjah dan pendapat
golongan yang menyeleweng dari Ahli Sunnah Wal Jamaah.

6. Ulama’ menggunakan kaedah qiya ini dalam penulisan karya-karya mereka supaya
mudah difahami oleh pembaca dengan menggunakan kekuatan dalil akal .

7. Qiyas juga digunakan untuk mempertahankan hujjah yang benar terutama dalam isu
akidah supaya umat Islam tidak mudah terpengaruh .

8. Kebanyakkan dalil Usuluddin adalah bersumberkan kepada dalil akal mengikut kaedah
mantik.Ia merupakan dalil yang kuat selepas wahyu,oleh itu qiyas digunakan sebagai
perantara untuk memberi kefahaman yang mendalam kepada pembaca atau pendengar .Ia
juga digunakan sebagai medium dalam membantu penyebaran dakwah.

Kesimpulannya,kaedah qiyas digunakan secara meluas dan ia mampu membantu pendakwah dan
umat Islam dalam usaha memantapkan akidah.

RALAT DAN FALASI

1.

Mukaddimah kubra : Semua manusia adalah haiwan

Mukaddimah sughra : Sebahagian haiwan mempunyai dua sayap

Natijah : Sebahagian manusia mempunyai dua sayap.

Qiyas di atas ialah sebahagian bentuk falasi yang berlaku dalam mantik klasik .dimaksudkan

a)Kenal pasti falasi yang terdapat dalam qiyas di atas [2]

b)Berdasarkan qiyas di atas, huraikan empat sebab berlakunya falasi dalam berfikir [8]

c)Mengapakah ralat boleh berlaku dalam memberikan takrif terhadap sesuatu perkara? [10]

2. Apakah yang dimaksudkan dengan falasi dalam ilmu mantik [2]

3.Jelaskan empat faktor berlakunya ralat dalam al takrif [8]
4.Bincangkan sebab berlakunya falasi dalam berhujah [10]

2.3.6.1 KONSEP RALAT DAN FALASI

Hasil Pembelajaran:
Menerangkan konsep ralat dan falasi

PENGERTIAN RALAT

Menurut Kamus Dewan :

1. Tidak betul , keliru, salah, silap
2. Kesalahan cetakan (tulisan dan lain-lain)

Menurut Ilmu Mantik :

1. Ralat ialah kesalahan dan kesilapan dalam menerangkan hakikat dan pengertian sebenar
bagi sesuatu perkara atau kesalahan yang berlaku dalam sesuatu pentakrifan.

2. Ralat ialah kesilapan mentakrifkan sesuatu disebabkan takrifan itu tidak menepati syarat-
syarat untuk membina sesuatu takrif secara ilmu mantik.

Kesimpulan :

Ralat adalah kesalahan berfikir secara konseptual

Contoh Ralat :
Takrif kipas ialah “Alat yang menyejukkan”.

RALAT DALAM MANTIK KLASIK

Hasil Pembelajaran :
Menjelaskan faktor yang menyebabkan berlakunya ralat dalam mentakrifkan sesuatu dan
berhujah.

FAKTOR BERLAKU RALAT

1. Sesuatu takrif itu tidak Jami‘ (tidak menyebut semua ciri asasi sesuatu yang hendak
ditakrifkan) serta tidak Mani‘ (menyebut sifat yang ditakrifkan yang masih dikongsi
dengan afrad yang lain).
Contoh: Meja ialah “Perabot yang berkaki empat”.
Definisi ini ralat kerana berkaki empat masih boleh dikongsi sifatnya dengan pelbagai
perabot lain seperti kerusi, almari, katil dan lain-lain. Di samping itu juga terdapat meja
yang berkaki satu.

2. Membina takrif dengan ungkapan Majaz atau Metafora yang tidak ada kaitan yang jelas
dengan objek takrif.
Contoh : Guru ialah “Matahari yang menyuluh cahayanya pada gelap kejahilan manusia”.
Definisi ini ralat kerana ia tidak menjelaskan maksud guru yang sebenar.

3. Membina takrif dengan menggunakan bahasa simbolik yang sukar difahami.
Contoh : Durian ialah “ Keenakan dan keharuman yang menyebabkan anda lupa diri”.
Definisi ini ralat kerana “keenakan dan keharuman” bukan ciri asasi durian.

4. Membina takrif dengan menggunakan kata nafi bagi objek takrif .
Contoh : Kucing ialah “ bukan harimau”.
Definisi ini ralat kerana ia tidak menerangkan hakikat kucing dan ciri-cirinya.

5. Membina takrif dengan menggunakan perkataan yang mempunyai maksud yang
mushtarak (berkongsi makna) atau perkataan yang banyak erti.
Contoh : Bunga boleh diperolehi melalui pinjaman wang di bank.
Definisi ini ralat kerana perkataan “Bunga” boleh merujuk kepada tumbuhan dan bunga
juga boleh merujuk kepada riba’ (berkongsi makna).

6. Membina takrif yang mustahil serta bercanggah dengan logik akal secara badihi.
Contoh : Manusia ialah “Haiwan yang mengiau”.
Definisi ini ralat kerana sifat mengiau bukan sifat bagi manusia.

Kesimpulannya, ralat merujuk kepada kegagalan memberi ciri atau sifat asasi sesuatu objek
dengan tepat.

PENGERTIAN FALASI

Falasi berasal daripada perkataan Yunani iaitu Fallacia atau Fallaccy yang bermaksud sesat
berfikir.

Menurut Kamus Dewan Melayu-Inggeris:

Falasi bermaksud Mistaken belief, delusion iaitu salah anggapan seperti pernyataan “ Kekayaan
membawa kebahagiaan”.

Menurut Pengajian Pemikiran Kritis :

1. Falasi ialah hujah yang lemah atau satu bentuk hujahan yang tidak disertakan dengan
alasan yang kuat bagi menyokong pendapat yang dikemukakan.

2. Falasi juga diertikan sebagai sesuatu hujah yang salah disebabkan penggunaan kaedah
Qiyas yang tidak menepati syarat-syarat umum Qiyas atau pernyataan yang dibina
daripada mukaddimah yang tidak diyakini.

Contoh Falasi:
Seorang lelaki berhasrat untuk meminang seorang wanita, tiba-tiba ada seorang lelaki lain
terlebih dahulu meminangnya, lelaki tersebut membuat kesimpulan andainya dia
meminang terlebih dahulu daripada lelaki tersebut pastinya pinangan dia diterima.

Berlaku Falasi dalam kenyataan di atas kerana penghujahan ini dibuat menggunakan
andaian bahawa sesiapa yang meminang dahulu akan diterima. Sedangkan belum pasti
pinangannya akan diterima.

PEMBAHAGIAN FALASI

1. Mukhalafah (falasi formal) ialah hujah lemah atau salah dari segi struktur hujah
(menggunakan kaedah yang salah).
Ini bermaksud Mukaddimah Sughra (MS) Mukaddimah Kubra (MK) iaitu premis-premis
hujah tidak menyokong natijah (N) atau kesimpulannya. Hujah yang salah strukturnya
dianggap tidak sah.

Contoh :
MS: Manusia adalah mamalia
MK: Kucing adalah mamalia
N: Manusia adalah kucing (Falasi).

Contoh qiyas yang betul:

MS: Manusia adalah mamalia
MK: Setiap mamalia berdarah panas
N: Manusia berdarah panas

2. Mughalatah (falasi tidak formal) ialah hujah yang lemah atau salah tetapi tiada kaitan
secara langsung dengan kaedah atau struktur hujah tersebut.

Contoh:
MS: Pak Ali orang kaya.
MK: Semua orang kaya banyak ilmu.
N: Pak Ali banyak ilmu.

Hujah di atas falasi kerana bukan semua orang kaya itu mempunyai banyak ilmu.

Contoh qiyas yang betul:
MS: Pak Ali orang kaya.
MK: Sebahagian orang kaya banyak ilmu.
N: Pak Ali banyak ilmu.

2.3.6.3 FALASI DALAM PEMIKIRAN KRITIS

Hasil Pembelajaran :
Menjelaskan faktor yang menyebabkan berlakunya falasi dalam berfikir dan berhujah.

FAKTOR BERLAKUNYA FALASI DALAM BERFIKIR DAN BERHUJAH

Falasi boleh berlaku dalam dua bentuk iaitu Mukhalafah (Formal) dan Mughalatah (Tidak
Formal).

Falasi Formal:

1. Tidak menggunakan struktur qiyas yang betul sama ada Had al-Awsat, Had al-Asghar
dan Had al-Akbar dengan betul dalam Mukaddimah Sughra (MS) dan Mukaddimah
Kubra (MK).

Contoh :
MS: Biawak ialah reptilia
MK: Kura-kura ialah amfibia
N: Biawak ialah Amfibia (Falasi)

Biawak ialah kura-kura (Falasi)
Hujah di atas falasi kerana Mawdu‘ dan Mahmul pada MS dan MK tidak sama dan tiada
hubungan antara satu sama lain.

2. Menggunakan Mukaddimah Sughra dan Mukaddimah Kubra secara khusus atau Mawdu‘
tidak mencakupi Mahmulnya pada salah satu di antara dua mukaddimah tersebut.

Contoh :
MS: Musa adalah Rasul
MK: Isa adalah Rasul
N: Musa adalah Isa (Salah)

Qiyas yang betul :
MS: Musa adalah Rasul
MK: Setiap Rasul adalah Nabi
N: Musa adalah Nabi (Betul)

3. Menggunakan kedua-dua Mukaddimah dengan ayat salbiyyah atau ayat nafi.

Contoh Falasi :
MS: Tiada satu pun reptilia itu berdarah panas
MK: Tiada satu pun ular itu berdarah panas
N: Tiada satu pun reptilia itu ular (Salah)

Qiyas yang betul ialah :
MS: Tiada satu pun reptilia itu berdarah panas
MK: Semua ular adalah reptilia
K : Semua ular itu bukanlah berdarah panas

Falasi Tidak Formal:

Faktor-faktor yang menyebabkan berlakunya falasi dalam sesuatu hujah adalah disebabkan tidak
cukup data atau fakta, bias, prejudis, emosi, paksaan, andaian/kepercayaan/kesimpulan yang
menyeleweng dan lain-lain. Antara falasi tidak formal ialah:

1. Tidak menepati syarat dalam marahil (peringkat) istiqra’.
Contoh:
Meninggalkan satu atau lebih dalam syarat marahil istiqra’ seperti al-Tasjil, al-Tikrar
dan sebagainya.

2. Hanya berpegang kepada deria (pancaindera) sahaja
Berpegang semata.mata kepada deria boleh membawa kepada penyelewengan dalam
berfikir kerana deria manusia kadangkala membekalkan maklumat yang tidak benar dan
tidak tepat.
Contoh :
Golongan atheis tidak mempercayai kewujudan Tuhan kerana mereka tidak dapat melihat
Tuhan melalui pancaindera.

3. Hanya berpandu kepada akal semata-mata.
Faktor bergantung kepada akal juga akan menyebabkan manusia menyeleweng dalam
berfikir. Ini kerana kemampuan akal manusia adalah terbatas. Manusia tidak dapat
memikirkan perkara diluar kemampuan terutama persoalan yang berkaitan dengan
ketuhanan dan perkara sam’iyyat.
Contoh :
Nabi Nuh menerima wahyu supaya membina kapal di atas bukit.
Jika hanya bergantung kepada logik akal-tentulah tidak munasabah membina kapal di atas
bukit.

4. Bukti tidak mencukupi
Falasi banyak berlaku disebabkan tidak cukup bukti. Bukti yang tidak mencukupi akan
menyebabkan hujah yang dibuat tiada keesahan dan kebolehpercayaan.
Contoh:
40 % lelaki berusia lima puluhan di Kelantan mengidap kencing manis. Masalah ini
berpunca dari gemar makan makanan manis. Kesimpulannya, lelaki di Malaysia
menghadapi risiko serangan penyakit kencing manis yang tinggi.

5. Taasub kepada pendapat yang belum pasti kebenarannya

Sikap terlalu taasub dan fanatik kepada pendapat atau fahaman tanpa mempertimbangkan
bukti dan fakta akan mendorong kepada kesalahan dalam berfikir. Hal ini kerana
kebenaran yang sebenar adalah datangnya daripada Allah SWT dan Rasul-Nya.

6. Percaya kepada perkara khurafat atau tahyul
Kecenderungan manusia mempercayai perkara-perkara khurafat atau tahyul juga akan
membawa kepada kesalahan dalam berfikir kerana keadaan tersebut akan menyebabkan
seseorang itu terkongkong dan pemikiran menjadi sempit.

7. Bias.
Buat keputusan secara bias (berat sebelah) bagi menutup atau memaklumkan kelemahan
diri sendiri.
Contoh :
Saya tidak dapat pekerjaan itu kerana saya meminta gaji yang tinggi selain rekod kerja
masa lalu yang kurang memuaskan.

8. Bukti palsu.
Mengada-adakan alasan atau hujah bertujuan mewajarkan sebarang kata-kata ,perbuatan
dan keputusan yang dilakukan.

9. Merujuk kepada kewibawaan atau autoriti seseorang.
Hujah yang dikeluarkan oleh seseorang yang mempunyai kemahiran, kepakaran dalam
bidang tertentu dan mempunyai kedudukan yang tinggi dalam masyarakat, dianggap
benar dan lebih diyakini.
Contoh :
Profesor Dr Mohaya terkenal sebagai penceramah motivasi. Oleh itu, semua kata-katanya
dianggap benar dan tepat.

10. Populariti
Hujah yang digunakan oleh seseorang dengan mengaitkan individu yang mempunyai
prestij dan terkenal terhadap sesuatu benda atau perkara bagi menunjukkan bahawa
sesuatu benda atau perkara tersebut sebagai bermutu atau sebaliknya.
Contoh :
Datuk Lee Chong Wei terkenal sebagai pemain badminton nombor satu negara. Beliau
suka memakai kasut sukan jenama adidas. Oleh itu, kehandalannya bermain badminton
dikaitkan dengan jenama kasut yang dipakainya.

11. Diktator

Keputusan yang dikehendaki oleh pemerintah terpaksa dipatuhi rakyat walaupun
keputusan tersebut tiada mendatangkan sebarang manfaat kepada rakyat.
Contoh :
Kerajaan melarang golongan wanita bekerja dengan anggapan wanita menutup peluang
pekerjaan kepada golongan lelaki.

12. Kebencian melampau
Kebencian terhadap seseorang atau sesuatu perkara menyebabkan seseorang itu tidak
melihat kebaikan atau kebenaran seseorang atau sesuatu perkara.
Contoh :
Kebencian Nani terhadap sikap bekas suaminya yang tidak bertanggungjawab
menyebabkan dia menganggap semua lelaki tidak boleh dipercayai.

Kesimpulan

Setiap manusia terdedah kepada melakukan ralat dan falasi dalam tindakan mereka. Walau
bagaimanapun ralat dan falasi boleh diatasi sekiranya individu itu mengaplikasikan ilmu mantik
dan mengenal pasti punca-punca yang membawa kepada kesalahan berfikir dan berhujah.

TOKOH ILMU MANTIK:

IBNU SINA, IBNU HAYTHAM DAN IMAM AL GHAZALI

Huraikan Latar belakang tokoh Ibnu Sina [8]

Jelaskan pemikiran Ibnu Sina tentang Ilmu Mantik berdasarkan Kitab al Isharat wa al Tanbihat.

[8]

Huraikan sumbangan Ibnu Sina dalam bidang Mantik. [6]

Nyatakan kitab karya tokoh Ibnu Sina [4]

Huraikan Latar belakang tokoh Imam al Ghazali [8]

Jelaskan pemikiran Imam al Ghazali tentang Ilmu Mantik [8]

Huraikan sumbangan Imam al Ghazali dalam bidang Mantik. [6]

Nyatakan kitab karya tokoh Imam al Ghazali [4]

Huraikan Latar belakang tokoh Ibn Haytham [8]

Jelaskan metode Ibn Haytham terhadap mantik berdasarkakn kitabnya al Manazir [8]

Huraikan sumbangan Ibn Haytham dalam bidang Mantik. [8]

Nyatakan kitab karya tokoh Ibn Haytham [2]

Ibn Sina:
Latar belakang Ibn Sina sebagai seorang tokoh ilmu Mantik :

Nama sebenarnya al-Hussin bin Abdullah bin al-Hassan b Ali b Sina,lahir pada 370H/980M di
Afsyanah,Bukhara,Tukiministan.Meninggal dunia pada 428H/1036M.

Mempelajari ilmu Mantik dari ahli falsafah yang terkenal iatu Abdullah al-Natili di
Bukhara.Beliau berjaya menguasai disiplin mantik dengan baik dan mengatasi keilmuan yang
dimiliki gurunya dalam bidang tersebut.

Beliau banyak menelaah sendiri karya-karya mantik Aristotle yang terdapat di zamannya dan
dapat memahami dengan baik,termasuk kitab Isagoge,karya Porphry.Beliau menguasai ilmu
mantik dengan baik sebelum umurnya 20 tahun.

Ibn Sina banyak memberi syarahan karya-karya mantik,khususnya Aristotle untuk memudahkan
umat Islam memahami perkaedahan mantik Greek.Beliau memainkan peranan penting dalam
mengembangkan disiplin mantik selepas kematian al-Farabi. Oleh itu beliau digelar al-syaikh al-
rais.

Antara karya-karya beliau yang terkenal ialah kitab al-shifa’,al-Najat,al-Isyarat wa al-
Tanbihat,al-Munjiz,al-Mukhtasar al –aswat,Risalah fi al-hudud dan Risalah fi Anwa’ al-
Qadaya.

PEMIKIRAN MANTIK IBN SINA DALAM KITAB AL-ISHARAT WA AL TANBIHAT

SINOPSIS

Kitab al-Isyārat wa al-Tanbihāt (Isyarat dan Peringatan) disusun Ibn Sīnā di Parsi setelah masa
kejatuhan pemerintahan Sassanid Parsi, kemudian diselesaikan setelah beliau berada di
Isfahan.

Kitab ini adalah sebuah karya yang disusun di masa-masa akhirhidupnya.Salah satu versi
mengatakan bahawa al-Isyārat wa al-Tanbihātdisusun di awal tahun 1030an.Akan tetapi,
waktu tepat penulisan kitab ini tidak diketahui, selain bahawa ia merupakan karya– karya
terakhir Ibn Sīnā. Oleh kerana itu, salah satu kelebihan kitab ini lebih menggambarkan
kematangan berfikir Ibn Sīnā dibandingkan karya-karya sebelumnya.

Kitab ini merupakan sebuah ensiklopedia falsafah yang memberikan premis -premis
kunci dan kesimpulan-kesimpulan utama pandangan falsafahnya. Ia disusun ke dalam
empat jilid:

1. Jilid Pertama - Ilmu logik
2. Jilid Kedua - Ilmu fizik
3. Jilid Ketiga - Ilmu metafizik
4. Jilid Keempat - Ilmu tasawwuf .

Dari urutan penjilidan tersebut, jelas terlihat bahawa untuk memahami disiplin ilmu
yang melampaui dunia fizik, Ibn Sīnā mengantarkan para pembacanya melalui gerbang
logik. Dengan demikian, dapat disimpulkan bahawa jika kembali kepada pertanyaan awal
pada pembuka tulisan ini ditujukan pada Ibn Sīnā, “Dari mana memulai mempelajari
falsafah?”, tentu Ibnu Sina akan menjawab, “Dari logik.”

Dalam kitab ini, Ibnu Sina menerangkan kemahuan manusia dalam satu pembahagian yang
umum iaitu Syahwat, Amarah, Imaginasi dan Rasional Akal.

 Mengutamakan hiburan diri hingga mengabaikan keperluan diri sendiri seperti makan,
minum, kehendak seksual dan sebagainya. Seperti contoh, terlalu asyik bermain catur
sehingga lupa makan minumnya.

 Boleh jadi medium untuk memperoleh pahala kebajikan seperti memberi makan dan
mengadakan majlis pernikahan yang boleh dilakukan mengikut syariat untuk peroleh
pahala kebajikan tetapi disebabkan untuk menjaga nama dan pangkat, mereka
mengadakan jamuan secara besar-besaran sebagai cara untuk dilihat akan orang
kehebatan atau kebesaran atau kekayaan dirinya.

 Kadangkala orang yang pemurah yang nak bersedekah, dia akan lebih ikhlas memberi
atas dasar sifat murni dan tidak mementingkan diri. Oleh itu dia akan bersedekah tanpa
memikirkan kepentingan diri sendiri. Jadi jelaslah bahawa nikmat bersedekah lebih indah
dari nikmat dunianya.

 Mereka yang berhati mulia, lebih memilih untuk menahan lapar dan dahaga. Apabila
mereka diajak berperang , mereka akan bersegera menyahut seruan itu dan langsung
memikirkan bahawa persoalan mati dan kehancuran itu sebagai perkara yang remeh.

 Dalam sesuatu peperangan selalunya akan disertai dengan penghargaan jika pihak itu
menang dalam peperangan itu tetapi bagi insan mulia mereka tidak menghiraukan bahaya
yang mendatang dalam peperangan dan tidak menghiraukan tentang penghargaan didunia
kerana lebih mengagumi penghargaan mereka setelah mati.

PEMIKIRAN IBN SINA TENTANG ILMU MANTIK DALAM KITAB AL-ISYARAH WA
TANBIHAT.

1. Ibn Sina berpendapat bahawa mantik adalah suatu medium berfikir untuk mengawasi
pemikiran manusia dari tersilap dalam kegiatan berfikir.

2. Ibn Sina melihat mantik sebagai alat intelektual yang sesuai untuk digunakan bagi
membahaskan ilmu-ilmu bersifat teoritis(al-ulum al-Nazariyyah) kerana ia mengandungi
prinsip yang diperlukan bagi mendapat maklumat tentang ilmu-ilmu yang belum diketahui
oleh manusia.

3. Ibn Sina mengumpamakan kedudukan mantik sebagai alat bagi menilai ketepatan fikiran
manusia,sama seperti kedudukan ilmu nahu yang dianggap sebagai alat bagi menilai
pernyataan-pernyataan bahasa atau sama dengan kedudukan ilmu arud yang statusnya adalah
alat bagi menilai syair-syair arab.

4. Umumnya manusia perlu kepada ilmu mantik kerana fitrah manusia semata-mata tidak
mampu membezakan antara kebenaran dan kepalsuan dalam hal-hal yang menyentuh
persoalan al-tasawwurat dan al-tasdiqat kecuali kalangan yang diberi anugerah kenabian dan
kerasulan oleh Allah S.W.T

5. Ilmu mantik amat diperlukan bagi melengkapkan ilmu pengetahuan yang terdapat pada
individu yang tidak dianugerahkan keistimewaan-keistimewaan peribadi tertentu dalam
pencapaian ilmu pengetahuan,contohnya pada para nabi dan wali Allah.

6. Kesimpulannya Ibn Sina melihat mantik sebagai alat berfikir bagi mengelak pemikiran
manusia dari tersilap

IMAM AL-GHAZALI : Latar belakang

Namanya Abu Hamid Muhammad bin Muhammad bin Ahmad al-Ghazali, al-
Tusi, al-Faqih al-Sufi.Beliau dilahirkan di kampung Ghazalah daerah Khurasan pada
tahun 450H/1058M dan meninggal dunia pada 505H/1111M.

Beliau hidup dalam keluarga yang miskin dan bapanya seorang yang zahid namun
beliau sangat mengambil berat dengan pendidikan dua anaknya iaitu Muhammad dan
Ahmad. Setelah bapanya meninggal, beliau mula belajar di sekolah yang banyak tersebar
pada masa itu di bandar Tus.

Kemudian beliau belajar di Naisabur dengan Imam al-Haramain. Di sana beliau
mempelajari fekah, akidah, ilmu kalam dan mantik.

Beliau mula mengajar pada zaman Imam al-Haramim dan mendapat pujian
daripda gurunya.Kemudian beliau keluar dari Naisabur dan menghadiri majlis Nizam al-
Malik.

Beliau berhijrah ke Baghdad pada tahun 484H dan menjadi ulama’ yang terkenal
pada masa itu.

Antara karya beliau yang masyhur adalah Ihya’ Ulum al-Din. Dalam bidang
Akidah dan Falsafah: Kitab Maqasid al-Falasifah, Tahafut al-Falasifah, al-Iqtisad Fi al-
I’tiqad, Iljam al-awam’an Ilm al-Kalam, al-Ma’sid al-Asna, Fadaih al-Batiniyyah.

Dalam bidang Usul Fekah: Kitab al-Mustasfa fi Usul Fiqh, al-Manhul fi T’liqat al-
Usul.Dalam bidang mantik: Mi’yar al-Ilm fi al-Mantiq, Muhikk al- Nazar, Muqadimah
al- Mustasfa.

Dalam bidang Tasawwuf: Ihya’, al-Mun’qiz min al-Dalal, al-Arb’in fi Usuluddin
dll.

SINOPSIS

Kitab Miyar Ilmi fi fanni Mantik ini ditulis oleh Imam Al Ghazali dengan dua tujuan:

1. Untuk pemahaman cara-cara berfikir dan berhujah serta menerangkan persoalan-
persoalan qiyas dan kaedah untuk mengeluarkan sesuatu kesimpulan.

2. Untuk melihat kecelaruan di kalangan ahli falsafah yang merangkumi semua ilmu
berhujah secara aqli dan keilmuan.

Kandungan Kitab Miyar Ilmi Fi Fanni Mantik:

1. Pengenalan Kitab
a) Lafaz
b) Makna perkataan
c) Pembinaan perbahasan makna kalimah

2. Kitab Qiyas
a) Konsep Qiyas
b) Kandungan Qiyas
c) Kesalahan Qiyas
d) Penutup Qiyas

3. Kitab Pengertian dan Makna
a) Hukum pengertian dan Makna
b) Pecahan pengertian dan Makna

4. Kitab Pembahagian wujud dan hukumnya
a) Pembahagian wujud
b) Pembahagian wujud dengan tujuan pemahaman sifat-sifat wujud dan keadaannya

SUMBANGAN IMAM AL-GHAZALI DALAM BIDANG MANTIK

Imam al-Ghazali orang yang menjadikan mantik sebagai satu ilmu Islam yang perlu
dipelajari.Menurut beliau yang menyusun ilmu mantik bukan Aristotle, namun ia dari Allah,
gurunya adalah Jibril dan penggunanya ialah Nabi Ibrahim, Nabi Muhammad dan seluruh para
nabi. Pengasas mantik para Anbiya’.

Menurut beliau, mantik digunakan oleh fuqaha’ dan ulama’ usul. Ihtiraz dalam fiqah sama
dengan fasal dalam mantik. Al- Sabr wa al-Taqsim dalam ilmu kalam sama dengan qadiyyah
syartiyyah min fasilah dalam mantik,al-Tamsil dalam mantik adalah qiyas dalam usul. Had al-
awsat dalam mantik adalah Illah dalam qiyas usul. Mantik adalah alat kepada ilmu Islam.

Beliau cuba membuktikan qiyas mantik adalah digunakan dalam al-Quran. Qiyas mantik
diterima oleh al-Quran.

Imam Ghazali menetapkan setiap pemikiran perlu dinilai dengan mantik kalau tidak, ia tidak
akan diterima. Mantik sebagai Mizan.

Memahami mantik merupakan satu keperluan bagi setiap ilmu.Beliau mengkritik mantik
Aristotlekhususnya yang berkaitan dengan Qanun Ta’lil. Beliau berjaya mempermudah
perbincangan ilmu mantik dan berjaya menjadikan mantik sebagai satu disiplin ilmu Islam
dengan penemuan yang baru.

IBN HAYTHAM: :

LATAR BELAKANG IBN HAYTHAM

Nama penuh beliau ialah Abu Ali Al-Hassan bin Al- Haytham Al-Basri Al-Misri.
Dikenali di Eropah sebagai Al-Hazen. Lahir di Basrah pada tahun 354 Hijrah bersamaan 965
Masihi. Meninggal dunia di Kaherah pada 450 Hijrah bersamaan 1039 Masihi.

Merupakan tokoh mantik matematik dan sains tabii’, astronomi, perubatan, biologi dan
fizik serta optik.Berpindah ke Mesir dan berkhidmat di bawah pemerintahan Khalifah
Fatimiyyah iaitu Raja Al- Hakim yang memerintah Mesir dari 996-1020 Masihi.

Melakukan beberapa kerja penyelidikan tentang aliran dan saliran sungai Nil.Merupakan
orang pertama menemui tarikan graviti sebelum Issaac Newton menemuinya.

Menurut Prof. Mustafa Nezif, pandangan Ibn Haytham amat original dan sewajarnya
tambah beliau sanjungan yang diberikan tokoh Barat Roger Bacon ditukar kepada Ibn Haytham
menyentuh keilmuan Sains tulen.

SUMBANGAN DALAM ILMU MANTIK

1. Sumbangan beliau dalam penulisan buku-buku mantik seperti Kitab al-Manazir, Maqalaj fi
istirkhraj samt- al-Qiblah, fi al-maraya al-muhrikah bi al-dawa’ir dan lain-lain.

2. Ibnu Haytham ialah pengasas kepada mantik moden. Mula memperkenalkan sistematik
dalam uji kaji dan penggunaan kaedah saintifik dalam penyiasatan saintifik.

3. Pengasas manhaj al-istiqra’i.: Melakukan kajian terhadap sesuatu gejala atau fenomena
menerusi pemerhatian deria dan penelitian terhadap semua unsur juziyyat, guna alat canggih.
Bezakan sesuatu yang tetap dan berubah-ubah. Berjaga-jaga dengan tipu daya
deria(mulahazah).

4. Melakukan uji kaji secara terperinci dan bersistematik dan mengambil kira segala faktor dan
fenomena yang terbentuk sewaktu mengkaji dan melakukan pemerhatian (tajribah).Beliau
mengulangi dan mempelbagaikan kajian menerusi pelbagai metode yang sesuai cara ini
dapat menghasilkan keputusan atau dapatan yang lebih tepat dan konkrit (al-Tanwi’ wa al-
tikrar).

5. Melakukan kajian yang bebas dari sebarang unsur negatif yang mungkin mempengaruhi
dapatan kajian seperti hawa nafsu dan keinginan individu pengkaji. (al-Mawdu’iyyah wa al-
nazahiyyah)

6. Menghasilkan kajian dengan penuh keyakinan dan kebenaran ilmiah- matlamat kajian untuk
memperoleh kebenaran- sehingga ilmu dapat diterima umum tanpa ada keraguan dan
pertikaian. Jadi taraf ilmu itu ialah taraf yakin pasti (al-Yakin al-Ilmi).


Click to View FlipBook Version