The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by g-74128759, 2021-08-31 23:10:03

PSV T4 KSSM TAJUK 7 SENI UKIRAN

PSV T4 KSSM TAJUK 7 SENI UKIRAN

TAJUK 7 SENI
UKIRAN

Pendidikan Seni Visual Tingkatan 4 KSSM

Standard 7.1 Pemahaman terhadap Prinsip Seni
kandungan Ukiran.

7.2 Eksplorasi dan aplikasi proses Seni
Ukiran bagi pengikuhan pemahaman
terhadap prinsip asas Seni Ukiran.

7.3 pengzahiran idea dan konsep
melalui pelbagai sumber dan
teknologi dalam penjanaan tugasan.

7.4 penghayatan terhadap hasil
produk Seni Ukiran dengan
menggunakan Bahasa Seni Visual.

Standard Murid boleh :
Pembelajaran
7.1.1 menjelaskan prinsip asas Seni
Ukiran.

7.1.2 mengenal pasti alat dan bahan
Seni Ukiran

7.1.3 Mengkategorikan motif Seni
Ukiran

7.1.4 Menyenaraikan Jenis Ukiran

7.1.5 Menerangkan proses Seni Ukiran

Prinsip Asas Seni Ukiran

• Seni ukiran mempunyai beberapa
prinsip asas.

• Prinsip asas seni ukiran daripada aspek
Bahasa Seni Visual dapat dilihat pada
susunan motif produk yang dihasilkan.

• Seorang pengukir yang mahir akan
memastikan pemilihan motif dan silat
yang sesuai.

• Tukang ukir menghasilkan motif ukiran
yang berasaskan prinsip asas yang
meliputi garisan, rupa, bentuk, ruang,
jalinan, harmoni, irama dan
pergerakan, kesatuan dan penegasan.

Prinsip Asas Seni Ukiran

• Prinsip seni ukiran bagi setiap kaum
mempunyai persamaan secara
universal, iaitu prinsip ketuhanan,
hubungan sosial dan kepercayaan.

• Motif seni ukiran yang digunakan
bersifat harmoni dengan
persekitaran.

• Bagi kaum Melayu, kebanyakan
ukiran yang dihasilkan
menggunakan motif flora.

• Motif flora melambangkan
keindahan alam melalui olahan
daun, batang, bunga, buah dan
sulur pada ukiran.

Prinsip Asas Seni Ukiran

• Nilai falsafah dan kerohanian orang Melayu
turut diserapkan oleh pengukir dalam seni
ukiran.

• Ukiran bukan sahaja sebagai seni budaya malah
mempunyai nilai-nilai keagamaan.

• Contohnya, konsep awan larat yang
menunjukkan tumbuhan keluar dari satu punca
membawa prinsip ketuhanan, iaitu segalanya
bermula daripada Allah.

• Manakala prinsip hubungan sesama manusia
dijelaskan oleh falsafah tidak menegak atau
melentik jauh ke luar ruang.

Prinsip Asas Seni Ukiran

• Ukiran kaum Cina pula banyak menggunakan
motif haiwan seperti Naga yang membawa
maksud kemewahan dan kekuasaan.

• Manakala kaum India menggunakan motif
Burung Merak, Gajah dan Bunga Teratai yang
membawa prinsip ketuhanan dan kesucian.

• Bagi suku orang asli pula, kebanyakan
ukirannya berbentuk patung berdasarkan
kepercayaan animisme.

Alatan

• Seni ukiran perlu menggunakan
peralatan yang sesuai bagi
memastikan proses mengukir
berjalan dengan lancar dan
dapat menghasilkan motif yang
menarik.

• Kesemua alatan yang digunakan
dalam proses penghasilan ukiran
mempunyai fungsi tersendiri.

Alatan

• Pahat
• Gergaji kecil
• Mesin Jigsaw
• Ketam kayu
• Pisau wali
• Gandin kayu
• Kikir pari
• Getar/Cetar
• Daun mempelas dan kertas pasir

Pahat
• Digunakan untuk

menebuk, membuang
dan melicinkan
bahagian dasar kayu.

Gergaji kecil
• Memotong bahagian

kayu yang tidak
diperlukan.

Mesin
Jigsaw

Memotong dan menebuk
bahagian lengkungan.

Ketam
kayu

Merata dan melicinkan
permukaan kayu.

Pisau wali

Membuat silat, mengikis dan
melicinkan silat.

Gandin
kayu

Mengetuk pahat untuk
menebuk kayu.

Kikir pari

Merata dan melicinkan ukiran
kayu.

Getar/Cetar

Digunakan untuk membentuk
kayu peringkat permulaan.

Daun mempelas dan
kertas pasir

Melicinkan permukaan ukiran.

Bahan

• Bahan utama dalam
menghasilkan seni ukiran ialah
kayu.

• Pemilihan kayu sangat penting
dalam proses ukiran. Kayu
yang sesuai dijadikan bahan
ukiran ialah kayu yang halus,
liat uratnya dan kayu yang tua
serta benar-benar kering.

• Contoh kayu yang baik ialah
kayu jelutung, kayu cengal,
kayu merbau dan kayu meranti
merah.

Bahan Kemasan

• Bahan kemasan digunakan untuk menjadikan
hasil seni ukiran kayu lebih menarik dan tahan
lama.

• Terdapat perbezaan antara varnis dan syelek.
• Varnis menghasilkan satu lapisan yang keras,

kuat dan lut sinar untuk melindungi permukaan
kayu.
• Varnis juga bersifat berkilat, tahan lama, kalis
air serta tidak memberi sebarang warna kepada
kayu.
• Contohnya varnis biasa digunakan pada
permukaan lantai kayu.

Bahan Kemasan

• Syelek pula menghasilkan
permukaan yang cantik,
berwarna, mudah digunakan
dan mempunyai lapisan
perlindungan yang kuat.

• Syelek juga bersifat kalis air
tetapi tidak tahan lama
sekiranya terdedah kepada
pencair syelek atau alkohol.

• Contohnya syelek digunakan
pada barangan antik dan
bingkai.

Definisi Motif

• Motif yang terhasil dalam seni ukiran ialah awan
larat atau ragam hias yang diilhamkan daripada
beberapa unsur.

• Awan larat terbahagi kepada dua jenis, iaitu awan
larat Melayu Asli (awan larat jawi) dan awan larat
Jawa.

• Pengukir akan menggunakan sumber alam semula
jadi yang terdapat di sekeliling mereka untuk
menghasilkan motif.

• Daya kreativiti pengukir mampu menghasilkan
beberapa variasi motif dalam seni ukiran.

• Motif ukiran yang sering dihasilkan iaitu, motif flora,
fauna, kosmos, geometri dan kaligrafi

Flora

• Seni ukiran Melayu lebih
banyak menggunakan
unsur flora sama ada
jenis menjalar ataupun
yang berbunga.

• Penghasilan motif-motif
flora dikaitkan dengan
kedatangan agama Islam.

Flora

• Motif akan diolah
berdasarkan keupayaan
dan kreativiti pengukir.

• Contoh motif yang
menjadi pilihan ialah
Motif Bunga Matahari,
Bunga Kiambang, Bunga
Melur, Bunga Kerak Nasi
dan lain-lain.

Fauna

• Motif berunsurkan fauna
juga menjadi pilihan
pengukir.

• Pengukir menghasilkan motif
yang menggambarkan fauna
yang telah diabstrakkan.

• Contohnya Ayam Berlaga,
Badar Mudik, Itik Pulang
Petang, Lebah Bergantung,
Unduk-unduk atau Kuda
Laut.

Kosmos

• Terdapat juga motif
kosmos yang
menggunakan unsur alam
seperti Matahari, Bulan,
Bintang, Awan bergerak,
Bukit-bukau, Ombak dan
sebagainya.

• Motif Matahari dan
Bintang ialah contoh
motif yang selalu
digunakan di tebar layar
bumbung rumah.

Geometri

• Penggunaan motif geometri
diambil daripada rupa
bulatan dan segi tiga yang
disusun secara selari dan
berulang bagi menampakkan
hasil yang kemas.

• Penghasilan bentuk geometri
ini dikatakan selari dengan
unsur geometri Islam.

• Motif-motif ini biasanya
dipasang di masjid, surau,
istana dan rumah.

Kaligrafi

• Motif kaligrafi yang bercirikan
Islam menggunakan tulisan Arab
dan tulisan Jawi daripada al-
Quran.

• Kedatangan Islam menjadi asas
perkembangan seni ukiran
kaligrafi. Seni ukiran bermotif
kaligrafi diolah bersama-sama
dengan motif flora dan geometri.

Kaligrafi

• Kaligrafi ini mempunyai
makna tertentu dan tidak
melibatkan unsur fauna
tetapi hanya melibatkan
unsur flora.

• Seni ukiran motif kaligrafi
biasanya diletakkan di
tempat tertentu seperti di
masjid, surau, pintu rumah
dan juga rehal.

Pola Corak Ukiran

• Pola ialah bentuk,
diagram atau model
yang digunakan
apabila menghasilkan
sesuatu ukiran.

• Terdapat tiga jenis
pola yang dihasilkan,
iaitu pola bujang,
pola pemidang dan
pola pelengkap.

Pola bujang

• Pola bujang juga
dikenali sebagai pola
putu.

• Pola bujang
menunjukkan pola
yang menggunakan
motif tunggal.

• Selalunya pola bujang
ini diambil daripada
motif tumbuhan,
kosmos atau objek
lain.

Pola pemidang

• Pola pemidang ialah pola
bingkai.

• Penggunaan pola
pemidang ini selalunya
pada bahagian-bahagian
dan peralatan di dalam
rumah.

• Contohnya pada almari,
tepak sirih, cucur atap,
penutup bendul dan
dulang kayu.

• Pola ini menggunakan
unsur yang sederhana.

Pola pelengkap

• Pola pelengkap disebut juga
sebagai pola induk merupakan
bentuk ukiran yang lengkap dari
segi motif dan gubahan yang
hendak dihasilkan.

• Contoh gubahan lengkap ialah
motif yang berunsurkan
tumbuhan meliputi akar, batang,
buah, dahan, daun, putik dan
sulur.

Jenis Ukiran Kayu

• Terdapat beberapa jenis ukiran kayu.
• Jenis-jenis seni ukiran kayu ditentukan

oleh ukiran tersebut.
• Contohnya ialah ukiran layang, ukiran

tebuk timbul bersilat, ukiran tebuk
timbul tanpa silat, ukiran tebuk tembus
bersilat dan ukiran tebuk tembus tanpa
silat.
• Perbezaan setiap jenis ukiran terdapat
pada ukiran itu sendiri.

Ukiran Layang

• Ukiran ini tidak tembus dan tidak
mempunyai corak timbul pada
permukaannya.

• Bahagian latar tidak ditebuk dan
hanya menggunakan teknik guris pada
permukaan dengan motif yang ringkas.

• Jenis ukiran ini selalu digunakan pada
perabot seperti almari dan katil.

Ukiran Tebuk Timbul Bersilat

• Ukiran tebuk timbul bersilat ialah
ukiran yang tidak ditebuk tembus.

• Bahagian motif yang diukir akan
timbul dan mempunyai silat.

• Kebiasaannya, jenis ukiran ini
terdapat pada peti kayu, daun pintu
dan tiang-tiang rumah Melayu
tradisional.

UkiranTebuk Timbul Tanpa Silat

• Jenis ukiran ini sama dengan ukiran
tebuk timbul bersilat, iaitu ukiran
yang tidak ditebuk tembus tetapi
motif-motif yang dihasilkan tidak
mempunyai silat.

• Contohnya ukiran pada perabot,
senjata dan barang hiasan.

Ukiran Tebuk Tembus Bersilat

• Ukiran ini mempunyai silat pada
motif ukirannya .

• Motif pada ukiran tebuk tembus
biasanya diukir balas pada bahagian
belakangnya dan hasilnya akan
lebih menarik.

• Jenis ukiran ini digunakan pada
kekisi, sekatan ruang rehat dan
perabot.

Ukiran Tebuk Tembus Tanpa Silat

• Ukiran tebuk tembus tanpa silat ini
pada bahagian dasar permukaannya
ditebuk menjadi lubang, manakala
motif dan coraknya dibiarkan rata
tanpa silat.

• Jenis ukiran ini biasanya terdapat
pada kekisi, pagar musang, sekatan
ruang, perabot dan cucur atap.

Bentuk-bentuk Silat

• Terdapat lima bentuk
silat dalam seni ukiran.

• Contoh silat yang biasa
dihasilkan ialah silat
leper, silat belah rotan,
silat dada tuma, silat
serong dan silat
Minangkabau.

• Silat-silat ini menjadikan
hasil ukiran lebih cantik
dan menarik.

Silat Leper

Corak silat ini menyerupai
silat belah rotan tetapi
sifatnya lebih leper dan
rendah.

Silat Serong
• Corak dihasilkan

secara menyerong,
melengkung atau
mencuram dan
menimbulkan bentuk
di bahagian tepi.

Silat Belah Rotan
• Silat jenis ini

berbentuk separuh
bulatan seperti rotan
yang dibelah dua.

Silat Dada Tuma

• Diukir lengkung di
tengah bunga.
Bentuknya seperti
silat belah rotan
tetapi bentuk pada
bahagian cembung
dipelbagaikan.

Silat Minangkabau

• Berasaskan bentuk atap
rumah orang
Minangkabau, iaitu
mempunyai batas
(bumbung) di tengahnya
dan serong di kedua-dua
tepinya.

• Bahagian tepi ukiran ini
menyerong dan lebih
rendah.

• Bahagian tengahnya pula
lebih tinggi dan tajam.

Proses Seni Ukiran

• Penyediaan kayu
• Melukis corak motif

pada kertas
• Menyurih motif

rekaan pada kayu
• Mengukir
• Menyilat
• Kemasan

Penyediaan
kayu

Pilih jenis kayu yang sesuai.
Permukaan kayu hendaklah
diratakan dengan menggunakan

ketam kayu.

Melukis
corak motif
pada kertas

Lakar motif yang dipilih
di atas kertas.

Menyurih
motif

rekaan pada
kayu

Menyurih motif rekaan pada
kayu

Mengukir

Proses mengukir mengikut
jenis ukiran pilihan.


Click to View FlipBook Version