The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by g-74128759, 2021-08-31 23:10:03

PSV T4 KSSM TAJUK 7 SENI UKIRAN

PSV T4 KSSM TAJUK 7 SENI UKIRAN

Menyilat

Hasilkan jenis silat yang
dipilih dan sesuai dengan

jenis ukiran.

Kemasan

Proses terakhir bertujuan untuk
mencantikkan ukiran. Selepas
proses menyilat,

kemasan dilakukan dengan dua
cara, iaitu:

Kemasan

Gunakan kertas pasir
atau daun mempelas
untuk melicinkan corak
pada ukiran.
Proses mengilatkan
ukiran boleh dilakukan
dengan menggunakan
syelek, varnis, pengilat
kayu dan pewarna kayu.

Kemasan
Proses mengilatkan
ukiran boleh dilakukan
dengan menggunakan
syelek, varnis, pengilat
kayu dan pewarna kayu.

Seni Ukiran Kaum-kaum
lain

• Selain orang Melayu, seni ukiran
juga terkenal dalam kalangan
kaum-kaum l ain di negara ini.

• Hasil seni ukiran ini dapat
dilihat pada produk-produk
hiasan yang mereka hasilkan.

• Seni ukiran tersebut
mempunyai makna dan
keistimewaan tersendiri.

Seni Ukiran Kaum-kaum
lain

• Bagi kaum Cina, kebanyakan ukiran
yang digunakan dalam seni bina
bertujuan untuk menyerikan ruang
bangunan dan menimbulkan ciri-
ciri seni pertukangan yang
mengagumkan.

• Contoh-contoh motif yang
digunakan ialah Naga yang bererti
keuntungan dan motif Kacang
Tanah yang melambangkan
kehidupan serta kekekalan.

Seni Ukiran Kaum-kaum lain

• Seni ukiran bagi kaum
India lebih kepada
berunsurkan ketuhanan

• . Contohnya, ukiran
bentuk Gajah yang
melambangkan
kekuatan.

• Ukiran ini dapat dilihat
pada pintu, dinding,
tiang rumah dan kuil.

Seni Ukiran Kaum-kaum lain

• Di Sabah, seni ukiran wujud dalam
kalangan orang Suluk sejak zaman
prakolonial.

• Seni ukiran ini dikenali sebagai 'kahuy
ukkil', iaitu 'kahuy' bermaksud kayu dan
pokok manakala 'ukkil' merujuk kepada
ukiran.

• Suku kaum Bajau juga mempunyai
warisan seni ukiran. Seni ukiran kaum
Bajau ditunjukkan pada sarung dan
hulu parang.

• Motif ukiran melambangkan budaya
dan corak kehidupan mereka

• Contohnya motif Serimpak, Cili dan
Paku Pakis.

Seni Ukiran Kaum-kaum lain

• Di Sarawak pula, seni ukiran dapat dilihat
pada terabai ataupun perisai, iaitu
peralatan perang milik kaum Iban.

• Kini, terabai telah menjadi barang
perhiasan di rumah atau sebagai
cenderamata kerana keunikannya.

• Terabai dibuat daripada kayu keras yang
dihiasi dengan ukiran

Seni Ukiran Kaum-kaum lain

• Terdapat pelbagai bentuk ukiran dengan motif
tertentu seperti Naga, Harimau dan Pacat.

• Ukiran dalam masyarakat Iban melambangkan
status sosial.

• Contohnya, motif Pacat hanya diukir pada senjata
yang digunakan untuk melawan musuh.

• Seni ukiran juga terdapat pada tiang keliring di
Sarawak.

• Tiang keliring membawa maksud tempayan yang
berisi abu mayat dan tulang-tulang yang
digunakan oleh kaum Sekapan dan Punan Bah.

Seni Ukiran Kaum-kaum lain

• Masyarakat orang asli seperti suku Jah
Hut dan Mah Meri juga terkenal dengan
seni ukiran.

• Mereka terkenal dengan ukiran berbentuk
arca, patung dan topeng yang diperbuat
daripada kayu.

• Penghasilan karya seni yang diwarisi ini
menggambarkan kehidupan dan budaya
masyarakat orang asli.

Contoh ukiran suku Mah Meri

Seni Ukiran Kaum-kaum lain

• Kehidupan kaum Jah Hut dan hasil seni
ukirnya berkait rapat dengan
kepercayaan dan pandangan mereka
terhadap alam ghaib.

• Kepercayaan tentang wajah-wajah Tuhan
dan hantu digambarkan dalam ukiran
mereka.

Seni Ukiran Kaum-
kaum lain

• Kebanyakan ukiran kaum
Mah Meri dihasilkan
daripada pelbagai jenis
kayu keras yang dipanggil
sebagai Nyireh Batu.

• Kebanyakan hasil ukiran
kayu mereka dipengaruhi
oleh kepercayaan dan
tahyul.

• Arca patung berukir kaum
Mah Meri berasaskan
mitos dan mewakili
moyang mereka.

Produk

• Seni ukir dihasilkan
untuk menghiasi dan
melengkapkan sesuatu
reka bentuk.

• Barangan perhiasan
seperti hiasan dinding,
kekisi, tiang larik dan
juga alat permainan
seperti congkak adalah
antara produk yang
selalu dihiasi dengan
seni ukiran.

Produk
• Ukiran kayu juga

terdapat pada rumah,
istana, masjid, surau,
wakaf, pintu gerbang,
senjata-senjata
pendek dan juga pada
kenderaan seperti
perahu tradisional,
kereta kuda dan
kereta lembu.

TAMAT


Click to View FlipBook Version