The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by ROHAYU ABD RAZAK, 2021-11-01 01:01:38

PAMPASAN,TINDAKAN DISIPLIN DAN PERHUBUNGAN INDUSTRI

SUMBER MANUSIA

Keywords: SUMBER MANUSIA

PENGURUSAN SUMBER MANUSIA

5.5 PAMPASAN
5.6 TINDAKAN DISIPLIN DAN PENAMATAN PERKHIDMATAN
5.7 PERHUBUNGAN INDUSTRI



Satu bentuk faedah dan ganjaran yang diberikan kepada
pekerja sama ada berbentuk kewangan atau bukan kewangan
atas sumbangan yang diberikan kepada organisasi.
Contohnya:bonus,elaun,gaji,faedah perubatan,pengangkutan

Menarik tenaga kerja TUJUAN Mewujudkan
berkualiti untuk hubungan yang
PEMBERIAN erat dan mesra
berkhidmat dengan PAMPASAN antara pekerja
organisasi dengan majikan
Mengiktiraf dan
Membantu menghargai jasa Memberikan
mengekalkan dan pengorbanan dorongan dan
pekerja terhadap motivasi kepada
pekerja pekerja untuk terus
berpengalaman dan organisasi meningkatkan
berkemahiran untuk
prestasi
terus berkhidmat

Meningkatkan Menarik
motivasi pekerja
pekerja berprestasi
tinggi
menyertai
organisasi

Meningkatkan Kepentingan Mengurangkan
kepuasan pampasan kadar lantik
bekerja henti pekerja
dalam
organisasi

Melindungi Membiayai kos
kebajikan sara hidup
pekerja pekerja

Meningkatkan motivasi pekerja

Mendorong kepada pekerja untuk terus menyumbang
dan meningkatkan keuntungan kepada organisasi

Meningkatkan kepuasan bekerja

Bergantung kepada keseronokan bekerja
dan peningkatan dalam produktiviti

Melindungi kebajikan pekerja

Melalui potongan KWSP,PERKESO,insurans
berkelompok,kemudahan perubatan

Membiayai kos sara hidup

Melalui pemberian pelbagai kemudahan elaun
dan faedah ganjaran kewangan yang lain

Mengurangkan kadar lantik henti
pekerja dalam organisasi

Mekanisme pampasan yang sistematik akan mewujudkan
tarikan untuk pekerja terus setia dengan majikan

Menarik pekerja berprestasi tinggi
menyertai organisasi

Menarik pekerja berprestasi tinggi menyertai
organisasi

FAEDAH Ganjaran

Pemberian majikan kepada Pemberian majikan dalam
pekerja dalam bentuk bentuk kewangan dan bukan
kewangan dan bukan kewangan kepada sebilangan
kewangan berdasarkan kecil pekerja yang telah
kontrak perkhidmatan yang menunjukkan prestasi yang
dipersetujui antara pekerja baik kepada organisasi
dengan majikan

GAJI ASAS UPAH ELAUN BONUS
TAHUNAN

KOMISEN PERKONGSIAN
JUALAN KEUNTUNGAN

Gaji asas

Gaji asas yang dibayar mengikut tempoh tertentu sama
ada bulanan,mingguan atau harian.
Gaji asas akan dibayar mengikut perjanjian pekerjaan
yang telah dibuat antara pihak majikan dengan pekerja.
Jumlah yang dibayar bergantung kepada
kelayakan,pengalaman,dan kemahiran

Upah

Merupakan bayaran yang dibayar kepada pekerja berdasarkan
tempoh jam bekerja atau mengikut hari bekerja
Upah akan dibayar oleh pihak majikan setelah pekerja tersebut
menyelesaikan tugas mereka mengikut tempoh jam bekerja,hari
bekerja atau mengikut kuantiti pengeluaran
Bersifat tidak tetap

Elaun

Merupakan bayaran tambahan yang akan dibayar
oleh majikan kepada pekerjanya
Pemberian elaun bergantung kepada jenis
jawatan
Contohnya:elaun sara hidup,elaun tetap khidmat
awam(ETKA),elaun perumahan

Bonus tambahan

Ganjaran kepada pekerja pada akhir tempoh tertentu
Bergantung kepada prestasi kerja,keuntungan syarikat dan
kemampuan syarikat

Komisen jualan

Ganjaran yang diberi kepada pekerja yang terlibat
dalam aktiviti jualan
Jumlah komisen bergantung kepada jumlah jualan
yang dilakukan oleh pekerja dalam kadar peratusan
yang telah dipersetujui oleh kedua dua belah pihak

Perkongsian keuntungan

Ganjaran yang diterima oleh pihak
pengurusan atasan dalam bentuk peratusan
daripada keuntungan syarikat atau jumlah
saham yang dimiliki dalam syarikat

FAEDAH Berbentuk bukan wang

Berbentuk wang Kemudahan kesihatan
Percutian
Insurans pekerja Kemudahan tempat tinggal
Caruman KWSP(kumpulan wang Keahlian badan professional dan kelab
simpanan pekerja) Kemudahan pengangkutan
Kemudahan pinjaman Kemudahan cuti
Caruman PERKESO(Pertumbuhan
Keselamatan Sosial)

Faedah berbentuk wang

INSURANS PEKERJA

• Pihak majikan membayar wang premium kpd syarikat
insurans untuk melindungi pekerja daripada sebarang risiko
semasa bekerja seperti kemalangan menggunakan mesin.

• Insurans akan diambil secara berkelompok
• Keselamtan akan dijamin oleh pihak insurans dan akan

menerima ganti rugi apabila mengalami kemalangan

Caruman KWSP

Memberikan perlindungan kewangan kepada pekerja
apabila bersara dan hilang upaya utk bekerja

Kemudahan pinjaman

Majikan akan mewujudkan skim pinjaman mudah dengan kadar
bunga yang rendah atau sifar kepada pekerja yang memerlukan
pinjaman
Pekerja boleh meminjam daripada syarikat berdasarkan syarat-
syarat pinjaman yang ditetapkan
Contohnya: pinjaman perumahan,pinjaman kenderaan dan pinjaman
peribadi

Caruman perkeso

Bertujuan untuk melindungi pekerja jika berlaku sebarang
kemalangan dan perkara yang tidak diingini semasa
melakukan tugas
Majikan juga boleh membeli insurans kemalangan untuk
pekerja bergantung kepada jenis pekerjaan yang
dilakukan

Faedah berbentuk bukan wang

Kemudahan kesihatan

• Merujuk kepada faedah perubatan dan penjagaan
kesihatan

• Apabila pekerja menghadapi sebarang penyakit,kos
perubatan akan dibiayai oleh majikan sama ada melalui
panel klinik atau hospital yang dilantik majikan @
membayar di mana mana hospital swasta atau kerajaan

• Kos penjagaan kesihatan juga dibiayai

Percutian

Majikan juga boleh memberi penghargaan kepada pencapaian
cemerlang pekerja dengan menganjurkan percutian sama ada di
dalam atau luar negara
Kos terlibat seperti penginapan,pengangkutan dan makanan akan
ditanggung sepenuhnya oleh pihak majikan

Kemudahan tempat tinggal

Majikan menyediakan kemudahan rumah,kuarters atau asrama
kepada pekerja
Kemudahan ini juga bergantung pada jawatan dan jenis
pekerjaan serta keperluan pekerja

Keahlian badan profesional dan kelab

Majikan akan menawarkan keahlian kelab kepada pekerja supaya
pekerja yang terlibat boleh menyertai aktiviti-aktiviti yang dianjurkan
oleh kelab tersebut
Pihak majikan akan membiayai yuran keahlian seperti yuran
pendaftaran dan yuran tahunan

Kemudahan pengangkutan

Pihak majikan akan menyediakan kemudahan
pengangkutan pergi dan balik kepada pekerjanya
Kemudahan ini juga bergantung pada jawatan dan jenis
pekerjaan serta keperluan pekerja

Kemudahan cuti

Majikan memberikan kemudahan cuti kepada pekerja
Cuti yang diberi merangkumi cuti sakit, cuti rehat,cuti bersalin dan
sebagainya

Kemampuan Ganjaran Peraturan dan
organisasi yang dibayar undang
oleh pesaing undang
Bentuk atau
jenis tugasan PENENTU Kelayakan
PAMPASAN pekerja
Pasaran
buruh Kesetaraan Risiko
pampasan pekerjaan

Kemampuan organisasi

Merujuk kepada kedudukan kewangan atau kedudukan aset dan
tingkatkan keuntungan perniagaan
Organisasi yang mempunyai kedudukan kewangan yang lebih kukuh
akan memberikan lebih banyak ganjaran kepada pekerja berbanding
organisasi yang mempunyai kedudukan kewangan yang lemah

Bentuk atau jenis tugasan

Setiap pekerja dalam organisasi akan menjalankan tugas yang berbeza
Kerja yang menjalankan tugas yang rumit dan mempunyai tanggungjawab
yang berat akan diberi ganjaran yang lebih tinggi berbanding pekerja yang
menjalankan tugas yang kurang penting dan bersifat rutin

Pasaran buruh

Permintaan buruh yang tinggi dalam sektor tertentu akan menyebabkan kadar upah
meningkat
Manakala,penawaran buruh yang berlebihan dalam sektor tertentu akan
menyebabkan kadar upah menurun
Contohnya permintaan yang tinggi terhadap tenaga pakar perubatan menyebabkan
hospital swasta terpaksa membayar kos upah yang tinggi kepada doktor

Ganjaran yang dibayar oleh pesaing

Dalam usaha mengelakkan pekerja daripada berpindah ke
organisasi lain, majikan akan memberikan ganjaran yang
setara atau lebih tinggi berbanding dengan ganjaran yang
diberi oleh pesaing dalam industri yang sama

Kesetaraan pampasan

Setara dengan pampasan pada peringkat dalam organisasi atau diluar
organisasi dalam industri yang sama
Contoh :pampasan pekerja yang bekerja di bandar lebih tinggi berbanding
luar bandar kerana mengambil kira kos sara hidup yang berbeza dan lokasi
perniagaan beroperasi

Peraturan dan undang-undang

Pihak kerajaan berhak menentukan kadar ganjaran yang
boleh diberi oleh sesebuah organisasi
Contohnya untuk melindungi hak pekerja dan
mengelakkan eksploitasi pekerja di negara ini, majikan
dalam dalam sektor perladangan diwajibkan untuk
membayar upah berdasarkan kadar upah minimum yang
telah ditetapkan oleh pihak kerajaan

Kelayakan pekerja

Keupayaan dan kebolehan pekerja yang tinggi seperti
memiliki pengalaman yang luas berkemahiran tinggi taraf
pendidikan dan sebagainya mempengaruhi ganjaran yang
turun di bayar dengan jumlah yang besar
Contohnya seorang pemain bola sepak profesional
dibayar pampasan yang tinggi apabila berlaku
perpindahan kelab bola sepak

Risiko pekerjaan

Risiko kerja yang tinggi mempengaruhi jumlah bayaran
pampasan yang tinggi dan sebaliknya jika risiko kerja rendah
akan mempengaruhi pampasan yang dibayar rendah
Contohnya,seorang juruterbang akan dibayar pampasan
yang tinggi kerana risiko kerjanya yang tinggi

TINDAKAN DISIPLIN DAN
PENAMATAN PERKHIDMATAN

DEFINISI DISIPLIN DALAM PERJAWATAN

Kesediaan pekerja untuk akur dan patuh
kepada peraturan,prosedur organisasi dalam
sesuatu bidang pekerjaan atau jawatan yang
disandang serta bersedia memikul
tanggungjawab dengan sempurna.

TINDAKAN DISIPLIN

Tindakan yang diambil terhadap pekerja
yang didapati melanggar peraturan yang
didapati melanggar peraturan yang
ditetapkan oleh organisasi sama ada
melalui pendekatan positif (psikologi)
atau progresif (turutan hukuman)

PROSES TINDAKAN DISIPLIN

Amaran lisan
Amaran bertulis
Surat tunjuk sebab

Inkuiri
Hukuman

AMARAN LISAN

Teguran secara lisan untuk kesalahan
kali pertama atau kesalahan ringan
Contohnya, datang lambat dan
poteng kerja

AMARAN BERTULIS

Diberikan kepada pekerja yang
melakukan kesalahan ringan berulang
Direkodkan dalam fail peribadi
pekerja

SURAT TUNJUK SEBAB

Pekerja diminta memberikan sebab dan alasan mengapa
tindakan mengapa tindakan disiplin tidak harus dikenakan
Contohnya,seorang pekerja diminta untuk menjawab dan
memberi alasan terhadap kesalahan menyeleweng harta
syarikat yang dilakukannya melalui surat tunjuk sebab.

INKUIRI

Suatu jawatankuasa disiplin atau panel yang menjalankan
penyiasatan ke atas pekerja setelah menerima surat tunjuk sebab
daripada pekerja bertujuan untuk mengesahkan kebenaran
Jawatankuasa atau panel yang dilantik akan membuat keputusan
sama ada bersalah atau tidak
Contohnya, satu panel telah ditubuhkan bagi menyiasat kesalahan
seorang pekerja yang membocorkan rahsia syarikat kepada syarikat
pesaing

HUKUMAN

Tindakan disiplin akan diambil terhadap pekerja berkenaan
bersesuaian dengan jenis kesalahan yang dilakukan
Pihak pengurusan perlu mengemukakan butiran lengkap
mengenai kesalahan yang telah dilakukan pekerja
Antara hukuman yang boleh diambil seperti menahan gaji ,
gantung kerja dan diturunkan pangkat.

Masalah dalam tindakan disiplin

1.Cabaran perundangan
-pekerja perlu diberi peluang untuk membela diri sebelum tindakan
diambil
-kegagalan memenuhi peruntukan undang-undang menyebabkan
tindakan disiplin tidak sah

2.Mengemukakan bukti salah laku
-sukar untuk mengemukakan dan mengumpulkan bahan bukti salah
laku pekerja yang jelas dan prosesnya mengambil masa yang lama.

3.Memaklumkan peraturan dan prosedur kepada pekerja
-pekerja mesti diberikan taklimat dan pemahaman secukupnya
berkenaan peraturan syarikat sebelum diambil tindakan

4.Perlu mengikut prosedur yang betul
-sebarang tindakan yang tidak mematuhi proses yang betul akan
mengundang risiko pendakwaan di mahkamah oleh pekerja
-prosedur yang panjang menyebabkan kos meningkat dan
pembaziran masa


Click to View FlipBook Version