JENIS- JENIS HUKUMAN BERKAITAN DISIPLIN
MENAHAN
KENAIKAN GAJI
MENURUNKAN JENIS-JENIS MENGGANTUNG
PANGKAT HUKUMAN KERJA
BERKAITAN
DISIPLIN
MEMECAT MENARIK
PEKERJA BALIK FAEDAH
KERJA
SKIM KEMUDAHAN PENAMATAN PERKHIDMATAN
Secara wajib
menamatkan perkhidmatan tanpa sebarang syarat atau tamat kontrak tanpa
sebarang syarat.
contohnya,penamatan perkhidmatan berlaku apabila seseorang mencapai umur
pesaraan 60 tahun bagi pekerja sektor awam dan 55 tahun bagi sektor swasta.
Secara sukarela
memilih untuk bersara lebih awal atas pilihan sendiri.contohnya,bersara di usia 48
tahun kerana mempunyai masalah kesihatan.
Secara diberhentikan
diberhentikan disebabkan oleh pelanggaran syarat kontrak,penutupan
syarikat,pengecilan operasi bukan kerana bersara wajib atau sukarela.
5.7 - PERHUBUNGAN INDUSTRI
DEFINISI
Perhubungan industri
Hubungan antara majikan dengan pekerja dan
kesatuan sekerja dalam sesuatu sektor pekerjaan.
5.7.2 - Kepentingan Perhubungan
Industri.
• Menyelesaikan pertelingkahan dan
pertikaian yang melibatkan hubungan
pekerja dan majikan.
• Membela kepentingan pekerja dalam soal
pemecatan tanpa bukti yang kukuh.
• Menganjurkan perundingan kolektif antara
majikan dan pihak kesatuan sekerja dalam
menyelesaikan sesuatu masalah.
• Memelihara hak pekerja melalui
penglinatan dan penyertaan dalam aktiviti
kesatuan sekerja.
5.7.3 - Kesatuan Sekerja
Sebuah pertubuhan yang menggabungkan
semua pekerja dalam satu industri, kumpulan
pekejaan dalam bidang yang sama.
Contoh: kesatuan Sekerja Guru , NUTP, pekerja
bank, NUBE.
FUNGSI KESATUAN SEKERJA…
• Mengadakan rundingan antara pekerja dan majikan
terutama pertikaian industri seperti bayaran
upah,keselamatan tempat kerja dan penindasan oleh
majikan.
• Melindungi pekerja dari dieksploitasi oleh majikan
• Mengadakan dan menganjurkan kempen seperti
mogok, piket melalui notis yang telah diberikan.
• Melibatkan diri dalam penggubalan dasar-dasar
baru berkaitan pekerjaan dengan pihak kerajaan
dan majikan.
• Memastikan keselamatan tempat kerja sentiasa
dijaga bagi mengelakkan kecelakaan dan
kemalangan berlaku.
• Membantu menguruskan kes-kes pertikaian industri
yang telah dibawa ke mahkamah.
Peranan Kesatuan Sekerja.
• Memperjuangkan hak dan kepentingan
pekerja.
• Melindungi pekerja daripada
diskriminasi dan eksploitasi majikan
• Mewakili pekerja dengan bantuan
khidmat guaman dalam tindakan
perusahaan.
• Bertindak sebagai pemudah cara dalam
menangani isu pekerja.
• Memastikan pekerja berada dalam
keadaan selamat dengan persekitaran
tempat kerja yang kondusif.
Kepentingan Kesatuan Sekerja
1. Merangka dan mengadakan pelbagai kemudahan kepada
pekerja seperti kemudahan pendidikan,perlindungan
insurans bagi melindungi kebajikan pekerja.
2. Mengekalka faedah sedia ada supaya pekerja mendapat
ganjaran yag sepatutnya seterusnya menyumbang kepada
kepuasan kerja.
3. Mengukuhkan suara pekerja dalam organisasi melalui
Kerjasama dengan kesatuan.
4. Melindungi pekerja dalam tindakan perusahaan melalui
penyediaan khidmat guaman dalam kes-kes mahkamah.
5. Meningkatkan taraf hidup dan ekonomi pekerja melalui
perjuangan tuntutan faedah yang setara dalam industri yang
sama.
Satu kongres persatuan-persatuan perniagaan di Malaysia yang terdiri daripada
semua industry termasuk sector utama.
KAEDAH MENGEKALKAN PERHUBUNGAN HARMONI ANTARA
MAJIKAN DENGAN PEKERJA…
Kerajaan merupakan pihak ketiga yang mempunyai kuasa untuk
menggubal dan menguatkuasakan undang-undang buruh dan
pekerjaan bagi melindungi pekerja
Perundingan antara majikan dengan pekerja harus diadakan secara
aman bagi menggalakkan komunikasi berkesan.
Pihak pengurusan harus menunjukkan sikap bersedia untuk berunding
dengan pekerja.
Semua pihak juga harus bersedia untuk menerima campur tangan
pihak ketiga yang akan bertindak sebagai orang tengah dalam
mencari jalan penyelesaian terbaik terhadap pertikaian yang wujud.
Pihak majikan dan kesatuan sekerja harus bersedia untuk bekerjasama
demi pembangunan organisasi perniagaan dan pembangunan pekerja
sendiri. Kejayaan organisasi turut dipengaruhi keupayaan majikan dan
kesatuan sekerja untuk bertolak ansur dalam menyelesaikan pertikaian
yang wujud.