PENGAJIAN PERNIAGAAN STPM
SEMESTER 1
946/1
PUAN ROHAYU ABD RAZAK
SMK JENGKA 2
BAB 1 : PERNIAGAAN DAN
PERSEKITARANNYA
1.2
PERSEKITARAN
PERNIAGAAN
1.1 1.3 ENTITI DAN
PENGENALAN AKTIVITI
KEPADA PERNIAGAAN
PERNIAGAAN
BAB 1 PERNIAGAAN
DAN
PERSEKITARANNYA
1.3 ENTITI DAN AKTIVITI
PERNIAGAAN
1.3.1 Jenis pemilikan
entiti perniagaan
1.3.4 Tahap OBJEKTIF 1.3.2 Aktiviti
perniagaan PEMBELAJARAN perniagaan
1.3.3 Sektor
perniagaan
1.3.1 JENIS PEMILIKAN ENTITI
PERNIAGAAN
1 . Menjelaskan organisasi
perniagaan berdasarkan
pemilikan, aktiviti, sektor dan
tahap perniagaan
OBJEKTIF 2. Membincangkan
PEMBELAJARAN pemilikan organisasi
3. Menjelaskan langkah-
langkah penubuhan perniagaan yang
organisasi tersebut merangkumi pemilikan
tunggal, perkongsian,
syarikat, koperasi dan
mengaitkannya dengan
undang-undang yang
berkaitan.
1.3. ENTITI DAN AKTIVITI
PERNIAGAAN
1.3.1. JENIS PEMILIKAN ENTITI PERNIAGAAN.
1. PEMILIKAN TUNGGAL
Merupakan sejenis perniagaan yang dimiliki
dan diusahakan oleh seorang individu sahaja
Perniagaan Milikan Tunggal
- Ditubuhkan dibawah Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 (Pindaan
1978).
-Pemilik perlu mendaftarkan perniagaannya dengan Pendaftar
Perniagaan di Suruhanjaya Syarikat Malaysia.
-Mudah dibentuk@ditubuhkan kerana tidak terikat pada syarat dan
peraturan yang ketat.
-Modal perniagaan disumbangkan oleh pemilik sama ada melalui
simpanan atau pinjaman daripada ahli keluarga dan rakan-rakan.
Contoh Kedai Runcit Sinar, Kedai Gunting Ella dan lain-lain.
Pemilik dan perniagaan tidak boleh dipisahkan.
Membuat keputusan berdasarkan budi bicara dan pertimbangan diri sendiri.
Segala urusan perniagaan dijalankan oleh pemilik @ mungkin dibantu oleh ahli
keluarga terdekat @ pekerja yang dibayar gaji.
Menjalinkan hubungan rapat secara langsung dengan pelanggan.
Menanggung liabiliti tidak terhad iaitu sekiranya perniagaan mengalami kerugian,
pemilik tersebut terpaksa menggunakan semua harta peribadinya untuk
menjelaskan hutang.
Milikan tunggal tidak dikenakan cukai perniagaan. Pemilik hanya perlu membayar
cukai pendapatan perseorangan.
Langkah •Mesti didaftarkan dengan Pendaftar
Penubuhan Perniagaan di Suruhanjaya Syarikat
Pemilikan Malaysia.
Tunggal. •Membuat permohonan carian nama
dengan menggunakan Borang PNA
42.
•Membuat permohonan
mendaftarkan nama perniagaan
dengan menggunakan borang A.
•Perlu membayar yuran pendaftaran.
•Mendapatkan sijil perakuan
pendaftaran (Borang D) dan
mempamerkannya.
KEBAIKAN DAN KEBURUKAN MILIKAN TUNGGAL
KEBAIKAN KEBURUKAN
i) Mudah ditubuhkan i) Liabiliti tidak terhad.
- prosedur penubuhan milikan tunggal adalah paling -Pemilik perlu bertanggungjawab atas semua hutang
mudah dengan hanya perlu mengisi Borang A dan perniagaan dan harta peribadi akan terlibat jika
membayar yuran pendaftaran yang rendah dan tidak perniagaan mengalami kerugian.
terikat dengan syarat2 yg ketat
ii) Beban cukai yang rendah. ii) Keterusan perniagaan tidak terjamin.
-pemilik tidak perlu membayar cukai perniagaan tetapi -jangka hayat perniagaan bergantung kepada jangka
hanya perlu membayar cukai pendapatan perseorangan. hayat pemilik yang tidak berkekalan.
iii) Pemilik menikmati semua keuntungan. iii) Modal terhad.
-Oleh kerana semua untung adalah milik sendiri, maka -oleh kerana saiz perniagaan kecil, pemilik sukar
pemilik mempunyai dorongan untuk terus berusaha. memperoleh pinjaman drpd bank dan institusi kwngn yang
mengakibatkan modal adalah terhad untuk
iv) Kebebasan membuat keputusan sendiri. mengembangkan perniagaan.
-pemiik bebas mengurus, mengawal dan iv) Kekurangan kemahiran pengurusan.
membuat keputusan perniagaan tanpa campur
tangan orang lain. -Pemilik tidak mempunyai semua kemahiran
pengurusan menyebabkan perniagaan sukar
berkembang.
Contoh soalan stpm penggal 1 2014, 1b.
b) Nyatakan lima kekurangan perniagaan pemilikan tunggal. [5]
Contoh jawapan:
1. Sukar berkembang kerana modal yang diperolehi adalah kecil.
2. Pemilik mungkin menghadapi masalah untuk menguruskan perniagaannya
disebabkan kekurangan kemahiran.
3. Sukar memperoleh pinjaman dari bank dan institusi kewangan.
4. Menanggung liabiliti tidak terhad; harta peribadi boleh dituntut sekiranya
perniagaan menghadapi masalah kewangan.
5. Daya saing perniagaan adalah lemah disebabkab ketiadaan tenaga kerja
profesional dan pakar.
6. Jangka hayat perniagaan adalah pendek jika pemilik meninggal dunia atau
hilang upaya.
7. Segala risiko perniagaan perlu ditanggung oleh pemilik. Sebaliknya pemilik
hanya perlu membayar cukai pendapatan yang rendah.
Contoh soalan stpm 2005, 1b.
1.b) Nyatakan dua sebab mengapa seorang peniaga
keempunyaan tunggal sanggup menggunakan lebih masa dan
usaha untuk mengurus perniagaannya. [2]
Contoh jawapan;
Dua sebab mengapa seorang peniaga keempunyaan tunggal
sanggup menggunakan lebih masa dan usaha untuk
mengurus perniagaannya;
i) Peniaga tunggal perlu menanggung kesemua risiko
perniagaan / menanggung kerugian atau keuntungan.
ii) Keuntungan perniagaan dinikmati oleh peniaga tunggal
seorang diri tanpa berkongsi dengan orang lain.
Contoh soalan stpm 2005, 3a.
3.a) Jelaskan mengapa entiti perniagaan berbentuk keempunyaan tunggal
dianggap sesuai bagi perusahaan kecil. [5]
Contoh jawapan;
Mengapa entiti perniagaan berbentuk keempunyaan tunggal dianggap sesuai bagi
perusaaan kecil ialah
i) Mudah ditubuhkan.
ii) Mudah diuruskan.
iii) Pasaran yang terhad.
iv) Modal kecil.
v) Sesuai bagi orang yang baru belajar berniaga untuk mendapatkan
pengalaman.
vi) Mudah dikawal.
vii) Perkhidmatan bersifat peribadi.
2. PERKONGSIAN
Perniagaan yang dibentuk melalui kerjasama dua
atau lebih individu untuk mendapatkan keuntungan.
Bagi perkongsian biasa, bilangan rakan kongsi yang
dibenarkan antara 2 hingga 20 orang.
Bagi perniagaan profesional antara 2 hingga 30
orang.
Contoh perkongsian ialah Klinik Lim & Assocites,
Peguam bela & Peguam cara.
Lapan butiran kandungan surat ikatan perjanjian perkongsian:
i) Nama firma serta nama semua pekongsi.
ii) Jenis perniagaan dan alamat perniagaan.
iii) Jumlah modal yang disumbangkan oleh setiap pekongsi.
iv) Nisbah pembahagian untung atau rugi antara pekongsi-pekongsi.
v) Kuasa dan tanggungjawab setiap pekongsi.
vi) Cara menyimpan akaun.
vii) Gaji yang dibayar kepada pekongsi aktif.
viii) Jumlah ambilan yang dibenarkan dan kadar faedah yang dikenakan.
ix) Kadar faedah atas modal dan pinjaman yang diberi oleh pekongsi kepada perkongsian.
x) Tempoh perkongsian dan syarat menamatkan perkongsian.
Pendaftaran Perkongsian
Perlu didaftarkan dengan Suruhanjaya Syarikat
Malaysia, tertakluk pada segala keperluan dan
syarat di bawah Akta Perkongsian 1961.
Membuat permohonan carian nama dengan
menggunakan borang PNA 42.
Rakan kongsi boleh menyediakan perjanjian
perkongsian mereka sendiri.
Bagi •Keuntungan atau kerugian
perkongsian dibahagikan secara sama rata.
yang merujuk
•Rakan kongsi aktif yang
kepada menguruskan perniagaan tidak
perjanjian akan dibayar gaji.
perkongsian
umum di •Modal yang disumbangkan tidak
bawah Akta akan dibayar dividen.
Perkongsian
1961, syarat •Perkongsian akan dibubarkan
sekiranya salah seorang daripada
berikut rakan kongsi keluar daripada
adalah perniagaan atau meninggal
terpakai: dunia.
Pengurusan
Perkongsian boleh diuruskan oleh semua rakan kongsi yang ada.
Walaubagaimanapun, terdapat rakan kongsi aktif dan pasif dalam
sesebuah perkongsian
Rakan kongsi aktif ialah rakan kongsi yang terlibat secara langsung
dalam pengurusan perniagaan perkongsian.
Manakala rakan kongsi pasif ialah rakan kongsi yang tidak terlibat
dalam pengurusan perniagaan perkongsian.
Segala keputusan yang dibuat oleh sesebuah perkongsian perlu
mendapat persetujuan daripada semua rakan kongsi terlebih dahulu.
Pembubaran
Salah seorang rakan kongsi meninggal dunia, tidak siuman,
hilang upaya atau bankrap.
Tempoh penubuhan perkongsian dalam perjanjian tamat
Tujuan penubuhan tercapai atau tamat sesuatu usaha niaga atau
projek.
Persetujuan semua rakan kongsi.
Melalui penguatkuasaan undang-undang.
Jenis Pekongsi
Rakan kongsi biasa Rakan kongsi berhad
a) Mempunyai liabiliti tidak a) Mempunyai liabiliti terhad
terhad, di mana kerugian yang hanya menanggung
perniagaan akan melibatkan rugi atas modal yang dilabur
harta peribadi yang terpaksa jika perniagaan mengalami
dijual untuk menampung kerugian.
kerugian.
b) Berhak mengurus dan b) Tidak berhak mengurus
mentadbirkan perniagaan. dan mentadbirkan
perniagaan.
c) Berhak menyemak semua c) Berhak menyemak semua
buku dan rekod perniagaan. buku dan rekod perniagaan.
Kebaikan Perkongsian
Lebih banyak modal dapat dikumpulkan melalui sumbangan setiap rakan
kongsi.
Mudah ditubuhkan kerana tiada syarat-syarat yang ketat.
Kemahiran dan pengetahuan setiap rakan kongsi boleh digabungkan untuk
memajukan perkongsian.
Tidak perlu membayar cukai keuntungan perniagaan. Setiap rakan kongsi
dikenakan cukai berdasarkan kadar cukai pendapatan perseorangan.
Pendapatan rakan kongsi boleh disalurkan semula ke dalam perniagaan.
Risiko perniagaan dapat disebarkan antara semua rakan kongsi dalam
perkongsian.
Keburukan Perkongsian
Persetujuan daripada semua rakan kongsi perlu diperoleh sebelum sebarang
keputusan boleh dibuat.
Maklumat perniagaan tidak dapat dirahsiakan daripada pengetahuan rakan
kongsi.
Setiap rakan kongsi menanggung liabiliti tidak terhad;harta peribadi rakan
kongsi boleh dituntut oleh pemiutang jika perkongsian gagal membayar hutang.
Perselisihan faham dan konflik cenderung berlaku di kalangan rakan kongsi
sehingga ada yang terpaksa menarik diri.
Jangka hayat yang pendek kerana kematian,kebankrapan atau ketidaksiuman
mana-mana rakan kongsi boleh menyebabkan perkongsian terbubar.
Usaha mendapatkan modal tambahan tertakluk kepada keupayaan tertakluk
kepada keupayaan kewangan rakan kongsi.
Contoh soalan stpm 2010, 1b.
1.b) Nyatakan dua kebaikan perkongsian. [2]
Contoh jawapan;
b) Dua kebaikan perkongsian;
i) Dapat mengumpulkan modal yang lebih untuk
mengembangkan perniagaan.
ii) Dapat mengumpulkan kemahiran dan kepakaran /
pengkhususan yang berlainan.
iii) Risiko / kerugian perniagaan ditanggung bersama.
iv) Perniagaan perkongsian tidak dikenakan cukai perniagaan,
hanya dikenakan cukai persendirian/individu.
v) Perbincangan boleh dilakukan antara rakan-rakan kongsi / idea
dikongsi bersama.
vi) Lebih mudah ditubuhkan berbanding dengan syarikat.
3. SYARIKAT
Sejenis perniagaan yang mempunyai entiti perniagaan yang
berasingan di antara syarikat dengan pemegang saham dan
dimiliki oleh sekurang-kurangnya dua orang pemegang saham.
Syarikat berhad terdiri daripada Syarikat Sendirian Berhad dan
Syarikat Awam Berhad.
Syarikat berhad ditubuhkan di bawah Akta Syarikat 1965.
Ciri-ciri • Pemegang saham ialah pemilik syarikat.
utama • Maksud “sendirian” ialah pemilik syarikat terdiri daripada ahli keluarga,
Syarikat
sendirian sahabat handai atau mereka yang dikenali.
berhad. • Modal dikumpulkan melalui penjualan saham kepada kenalan dan
terhad kepada 50 orang sahaja.
• Saham syarikat boleh dijual beli tetapi tidak boleh dilakukan secara
terbuka di pasaran saham.
• Jual beli saham tidak boleh dilakukan tanpa mendapat persetujuan
daripada pemilik saham yang lain.
• Pemegang saham mempunyai liabiliti terhad setakat jumlah modal
yang disumbangkan.
• Pemegang saham yang memiliki 51% atau lebih daripada jumlah
saham biasa syarikat boleh mengawal operasi syarikat berkenaan.
• Diuruskan oleh Ahli Lembaga Pengarah (mesti daripada pemegang
saham) yang dilantik oleh pemegang saham dalam mesyuarat agung
tahunan.
• Agihan untung kepada pemegang saham adalah dalam bentuk dividen
dan sebahagiannya disimpan sebagai rezab.
• Keuntungan syarikat dikenakan cukai keuntungan syarikat.
Ciri-ciri • Pemegang saham ialah pemilik syarikat.
utama • Perkataan “awam” bermaksud saham boleh dijual kepada
Syarikat
awam orangramai dengan menerbitkan prospektus.
berhad. • Saham boleh dijual kepada orangramai dan boleh dipindah milik
melalui bursa saham.
• Bilangan minimum pemegang saham adalah 2 orang dan tiada
bilangan maksimum.
• Pemilik saham menanggung liabiliti terhad atas jumlah modal yang
dilaburkan.
• Diuruskan oleh Ahli Lembaga Pengarah yang dilantik oleh pemegang
saham dalam mesyuarat agung tahunan dan Ahli Lembaga Pengarah
tidak semestinya pemegang saham.
• Pemegang saham yang memiliki 51% saham boleh menguasai
Lembaga Pengarah dan mengawal syarikat.
• Kedudukan kewangan mesti diumumkan kepada orang ramai setiap
tahun.
• Agihan untung kepada pemegang saham adalah dalam bentuk
dividen.
• Keuntungan syarikat dikenakan cukai keuntungan syarikat.
PERBEZAAN ANTARA SYARIKAT SENDIRIAN BERHAD DENGAN SYARIKAT
AWAM BERHAD
Dimensi Syarikat sendirian berhad Syarikat awam berhad
1. Nama Perkataan ‘Sendirian Ada perkataan ‘Berhad’(‘Bhd.’) pada
Berhad’(‘Sdn.Bhd.’) pada penghujung penghujung nama syarikat.
2. Bilangan nama syarikat.
pemegang Sekurang-kurangnya 2 orang pemegang
saham Sekurang kurangnya 2 orang pemegang saham tetap tiada jumlah
saham dan maksimum 50 orang maksimum(terhad kepada bilangan
3. Pemilikan pemegang saham. saham berbayar).
saham
syarikat Pemilikan syer terbuka kepada Pemilikan syer terbuka kepada orang
sekumpulan orang persendirian sahaja. ramai melalui pasaran saham / bursa
Biasanya terdiri daripada ahli keluarga saham. Terdiri daripada orang ramai
terdekat, saudara-mara @ rakan. yang berminat untuk melabur.
4. Pengurusan Lembaga pengarah mesti dilantik Lembaga pengarah tidak semestinya
perniagaan daripada pemegang syer. Sekurang- dilantik daripada pemegang syer.
kurangnya seorang pengarah akan Sekurang-kurangnya dua orang
mengurus syarikat. pengarah akan mengurus syarikat.
PERBEZAAN ANTARA SYARIKAT SENDIRIAN BERHAD DENGAN SYARIKAT
AWAM BERHAD
Dimensi Syarikat sendirian berhad Syarikat awam berhad
5. Laporan Laporan kewangan hanya perlu Laporan kewangan perlu diumumkan
Kewangan diumumkan kepada pemilik syarikat kepada orang ramai melalui media
sahaja. cetak / elektronik.
6. Sumber Sumber modal adalah terhad. Mudah mendapat modal yang besar.
modal.
7. Pemindahan Terhad, dengan persetujuan ahli. Pemindahan saham adalah bebas.
saham.
KEBAIKAN DAN KEBURUKAN SYARIKAT
KEBAIKAN KEBURUKAN
Modal yang besar dapat Pemegang saham dan
dikumpulkan melalui sumbangan pengurusan syarikat dianggap
pemegang saham yang ramai. sebagai dua pihak, iaitu boleh
mendakwa dan didakwa.
Pemegang saham menanggung Terikat pada syarat ketat di
liabiliti terhad; harta peribadi bawah Akta Syarikat 1965,
mereka tidak boleh dituntut oleh menyerahkan dokumen Tatawujud
pihak pemiutang. & Tataurus semasa pendaftaran.
Syarikat mampu menggaji Dikenakan cukai yang tinggi, iaitu
pekerja berkemahiran untuk 28% daripada jumlah keuntungan
menguruskan perniagaan. perniagaan.
Mudah mendapat bantuan Penubuhan syarikat
kewangan daripada institusi melibatkan kos yang tinggi.
kewangan disebabkan
keyakinan dan kepercayaan
tinggi terhadap reputasi
perniagaan.
Perniagaan syarikat masih Penyata kewangan perlu
boleh diteruskan walaupun ada diaudit dan dihantar kepada
pemegang saham yang Pendaftar Syarikat dan pihak
meninggal dunia, hilang upaya lain bagi tujuan penaksiran
@ menarik diri. cukai.
Contoh soalan stpm 2010, 3b.
3. b) Huraikan faktor yang mendorong
peniaga mengubah entiti perniagaan
daripada bentuk perkongsian kepada
syarikat sendirian berhad. [13]
Contoh jawapan:
b) Faktor yang mendorong peniaga mengubah entiti perniagaan daripada bentuk
perkongsian kepada syarikat sendirian berhad ialah;
-Terdapat beberapa kelemahan perniagaan perkongsian berbanding syarikat sendirian
berhad.
i) Liabiliti tidak terhad bagi pekongsi (kecuali pekongsi berhad) – tanggungan meliputi
harta perniagaan dan harta persendirian.
ii) Kewujudan yang tidak kekal – perlu dibubarkan bila berlaku kematian/gila.
iii) Kemungkinan timbulnya konflik – wujudnya ketidaksefahaman – membawa kepada
tindakan undang-undang terhadap pemilik.
iv) Sumber modal agak terhad berbanding syarikat.
v) Tindakan seorang pekongsi berhubung perniagaan akan melibatkan kesan ke atas
semua pekongsi yang lain.
vi) Tiada pengasingan antara pengurusan dengan pemilik.
Kelebihan perniagaan Syarikat Sendirian Berhad berbanding perniagaan perkongsian;
i) Modal lebih besar dan mudah mendapatkan pembiayaan melalui penerbitan
saham/ pinjaman daripada institusi kewangan/ peluang mengembangkan
perniagaan.
ii) Liabiliti terhad – terhad kepada jumlah pelaburan sahaja.
iii) Operasi mudah dapat menggajikan orang lain dan ini dapat mengembangkan
perniagaan.
iv) Terdapat pengkhususan dalam pengurusan, iaitu pengurusan kewangan,
pemasaran, sumber manusia untuk operasi lebih cekap dan berkesan.
v) Keberterusan – jangka hayat perniagaan lebih panjang dan tidak akan ditutup
walaupun salah seorang meninggal dunia atau menjual sahamnya.
vi) Percukaian – cukai syarikat lebih rendah berbanding dengan cukai perseorangan.
vii) Syarikat sendirian berhad sebagai entiti yang berasingan, boleh didakwa dan
mendakwa.
4. KOPERASI
-Sejenis perniagaan yang diusahakan oleh
sekumpulan individu secara sukarela
yang mempunyai bertujuan meningkatkan
kebajikan ekonomi dan social ahli-ahlinya.
-Koperasi perlu didaftarkan di Pejabat
Pendaftar Koperasi dan mesti mematuhi
segala syarat yang diletakkan di bawah
Akta Koperasi 1995.
Ciri-ciri Koperasi.
1. Keahlian-100 orang dan tidak terhad jumlah ahlinya.
2. Tujuan penubuhannya -kebajikan ahli dan mendapat untung yang maksimum.
3. Keanggotaan- sukarela dan terbuka.
4. Sumber kewangan - yuran ahli, jualan syer kepada ahli dan untung.
5. Modal saham - boleh ditambah dari masa ke semasa.
6. Keuntungan- dalam bentuk dividen mengikut jumlah syer dibeli.
7. Pengurusan- Ahli Lembaga Pengarah yang dipilih dalam Mesyuarat Agung Tahunan.
8. Satu ahli, satu undi
9. Liabiliti terhad-kerugian setakat jumlah syer yang dibeli.
10. Cukai- tiada cukai perniagaan
Langkah • Perlu didaftarkan dengan Pendaftar Koperasi di
penubuhan Jabatan Pembangunan Koperasi.
koperasi.
• Perlu membentuk Jawatankuasa Penaja yang
terdiri daripada sekurang-kurangnya 10 orang
dan mereka bertanggungjawab untuk
menyediakan kertas kerja untuk dibentangkan
kepada Pendaftar Jabatan Pembangunan
Koperasi bagi mendapat kelulusan awal
sebelum pendaftaran penubuhan secara rasmi
dibuat.
• Perlu mengadakan mesyuarat agung.
• Memohon mendaftar koperasi kepada Pendaftar
Negeri.
• Mendapatkan sijil perakuan pendaftaran.
Kebaikan Koperasi Kelemahan Koperasi.
1. Mudah mendapat ahli kerana koperasi 1. Koperasi biasanya menghadapi masalah
berusaha untuk menjaga kebajikan pengurusan yang lemah disebabkan
ahlinya. kekurangan pengalaman berniaga dan
pertukaran ahli Lembaga yang kerap.
2. Mendapat sokongan padu drp pihak
kerajaan disebabkan motifnya untuk 2. Tidak bebas untuk bertindak kerana
membantu rakyat. Ini membuka lebih diletakkan dibawah penyeliaan ketat
banyak peluang perniagaan utk koperasi. Jabatan Pendaftaran Koperasi.
3. Mengamalkan konsep kesamarataan yang 3. Pengurusan koperasi mungkin dimanipulasi
menggalakkan semua ahli untuk menjalin oleh individu yang mempunyai kepentingan
perhubungan rapat antara satu sama lain. peribadi.
4. Ahli koperasi dapat menikmati pelbagai faedah 4. Ramai ahli koperasi mungkin tidak aktif
melalui keanggotaan koperasi dalam kawasan sehingga meyebabkan matlamat koperasi
induk. tidak dapat dicapai dengan sepenuhnya.
5. Keuntungan koperasi dikecualikan daripada 5. Ketiadaan insentif keuntungan
cukai keuntungan perniagaan. Wang lebihan menyebabkan ahli tidak mempunyai
ini boleh digunakan untuk menawarkan faedah motivasi untuk bekerja kuat. Kesannya
kepada ahli seperti biasiswa untuk tanggungan banyak aktiviti koperasi mungkin tidak
ahli. dapat dijalankan.
1.3.2 AKTIVITI PERNIAGAAN
1. Membandingkan aktiviti perniagaan berasaskan
pengeluaran dan perkhidmatan
2. Menjelaskan aktiviti perniagaan berasaskan
pengeluaran seperti ekstraktif, barangan
pengguna [ konsumer], barangan industri,
pembuatan, pemasangan dan seumpamanya.
OBJEKTIF PEMBELAJARAN
3. Menjelaskan aktiviti perniagaan berasaskan
perkhidmatan seperti peruncitan, pemborongan,
kewangan, profesioanal, perhotelan, pendidikan
dan seumpamanya
AKTIVITI PERNIAGAAN.
a) Aktiviti perniagaan berasaskan
pengeluaran – aktiviti menghasilkan
barangan fizikal untuk dijual.
b) Aktiviti perniagaan berasaskan
perkhidmatan – aktiviti yang
melibatkan penawaran barangan tidak
ketara.
Jenis 1. AKTIVITI PENGELUARAN
1.Ekstraktif
Huraian
2.Barangan Aktiviti mengeluarkan hasil sumber bahan mentah dari alam
Konsumer semula jadi – pembalakan, perikanan, perlombongan.
3.Barangan Barangan yang dibeli oleh pengguna akhir untuk tujuan
Industri kegunaan sendiri dan bukan untuk perniagaan.
Barang yang dibeli oleh peniaga untuk tujuan dijual semula
4.Pembuatan atau diproses semula untuk dijadikan barang siap.
Aktiviti pengeluaran barang keperluan pengguna di kilang.
5.Pemasangan Aktiviti mencantum bahan-bahan yang dihasilkan supaya
membentuk satu barang – pemasangan kereta, pembinaan
rumah, jambatan.
Contoh soalan stpm 2011, 3a.
3.a) Dengan menggunakan contoh produk beras,
i) jelaskan maksud aktiviti perniagaan
ekstraktif, barangan industri dan barangan
konsumer.
[6]
ii) jelaskan perkaitan antara aktiviti tersebut. [6]
Contoh jawapan:
3.a.i) Maksud aktiviti perniagaan ekstraktif ialah perniagaan yang menjalankan proses
pengeluaran bahan mentah dari alam semulajadi. Contoh aktiviti menanam padi.
-maksud aktiviti perniagaan barangan industri ialah aktiviti memproses bahan
mentah / proses tambah nilai menjadi produk akhir atau separuh siap. Contoh padi
diproses menjadi beras.
-maksud aktiviti perniagaan barangan konsumer ialah barang dibeli untuk
kegunaan sendiri. Contoh beras dibeli untuk dimakan.
3.a.ii) Perkaitan antara perniagaan ekstraktif, barangan industri dan barangan
konsumer ialah;
-Dalam perniagaan ektraktif pesawah menanam padi untuk dijual kepada kilang
padi.
-Dalam perniagaan barangan industri, kilang memproses padi menjadi beras dan
dijual kepada peniaga.
-Dalam perniagaan barangan konsumer, peniaga menjual beras kepada pengguna
untuk kegunaan sendiri.
Contoh soalan stpm 2007, 1b.
1.b) Jelaskan maksud perniagaan berasaskan
pengeluaran barangan industri, dan berikan contoh. [3]
Maksud perniagaan barangan industri ialah perniagaan
yang melibatkan pembuat menjual barangan /
keluarannya kepada pembuat / syarikat lain dan
barangan tersebut diproses seterusnya / tranformasi /
tambah nilai bagi dijual semula / menghasilkan produk.
Contoh, papan yang dihasilkan oleh kilang papan dibeli
oleh pengilang perabot untuk diproses seterusnya kepada
produk berasaskan kayu seperti perabot, pintu dan
sebagainya.
Contoh soalan stpm 2006, 1a.
1.b) Dengan menggunakan pisang sebagai contoh, nyatakan
perbezaan antara barangan konsumer dengan barangan industri.
[3]
PeDribmeeznasai n barangan konBsauramngearndkaonsbuamrearnganBinadraunsgtarni;industri
-Kategori pembeli -Pengguna akhir -Pengilang
-Tujuan dibeli/diperoleh -Digunakan – -Diproses semula dan
dimakan/digoreng dijual kepada pengguna
akhir.
-Produk akhir -Pisang, pisang goreng. -Kek pisang, jem pisang.
-Input kepada produk
-Ciri produk -Produk akhir seterusnya.
2. AKTIVITI PERKHIDMATAN
Jenis Huraian
1.Peruncitan
Aktiviti yang melibatkan penjualan barang dan perkhidmatan
2.Pemborongan secara langsung kepada pengguna akhir untuk kegunaan
peribadi sendiri.
3.Kewangan
Aktiviti yang melibatkan penjualan barang dan perkhidmatan
4. Perkhidmatan kepada penjual untuk kegunaan perniagaan.
Profesional
Aktiviti menyediakan pinjaman jangka pendek, pinjaman
jangka panjang dan kemudahan pindahan bayaran kepada
pelanggan seperti bank dan syarikat insurans.
Aktiviti menyediakan perkhidmatan seperti perkhidmatan
doktor, perkhidmatan peguam, menggunting rambut dan
sebagainya.
Jenis Huraian
5. Perhotelan
Merujuk kepada aktiviti perniagaan yang menawarkan
6. Perkhidmatan tempat penginapan, makanan dan minuman, serta
Pendidikan kemudahan rekreasi untuk pelancong.
7.Pengangkutan Merujuk kepada aktiviti perniagaan yang menawarkan
pendidikan kepada orang ramai seperti pusat tuisyen,
sekolah swasta, pusat latihan teknikal, kolej dan universiti
swasta.
Aktiviti memindahkan barangan dari satu tempat ke tempat
lain yang memerlukannya.
1.3.3 SEKTOR PERNIAGAAN
OBJEKTIF Membincangkan peranan
PEMBELAJARAN sektor industri seperti
swasta, awam dan badan
berkanun dalam
perkembangan
perniagaan
Perbezaan di antara sektor awam, sektor swasta dan badan
berkanun.
SEKTOR AWAM SEKTOR SWASTA BADAN BERKANUN
-Merujuk kepada sektor -Merujuk kepada syarikat -Merujuk kepada perbadanan
ekonomi dan pembangunan tempatan dan syarikat asing kerajaan yang ditubuhkan di
yang dijalankan dan dimiliki yang dijalankan dan dimiliki bawah Akta Parlimen atau
oleh kerajaan. oleh pihak persendirian. Enakmen Negeri dan
mempunyai entiti berasingan
daripada perkhidmatan awam.
-Tujuan ialah melaksanakan -Tujuan ialah mendapatkan -Tujuan ialah membantu
dasar-dasar dan mengawal keuntungan maksimum. kerajaan melaksanakan dasar-
kegiatan ekonomi agar dasar dan mengawal kegiatan
matlamatekonomi negara Cth: Malayan Banking Berhad ekonomi agar matlamat
dapat dicapai. ekonomi negara dapat
dicapai.
Cth: Kementerian
Pembangunan Usahawan Cth: Bank Simpanan Nasional
1. PERANAN SEKTOR AWAM DALAM PERKEMBANGAN EKONOMI NEGARA.
a) Melaksanakan dasar fiskal dan kewangan.
-dasar fiskal dan dasar kewangan digunakan untuk mengatasi masalah inflasi dan deflasi.
-Cth: Kerajaan melaksanakan belanjawan kurangan, iaitu meningkatkan perbelanjaan
kerajaan dan mengurangkan cukai untuk mengatasi kemelesetan ekonomi.
b) Menguatkuasakan undang-undang.
-undang-undang dikuatkuasakan untuk mengawal aktiviti sektor swasta supaya selari dengan
matlamat kerajaan.
-ia bertujuan untuk memastikan aktiviti perniagaan tidak meninggalkan kesan buruk kepada
kerajaan.
c) Menawarkan barangan dan perkhidmatan.
-barangan dan perkhidmatan awam disediakan untuk menjaga kebajikan orang ramai.
-Cth: perkhidmatan polis, hospital awam, perkhidmatan bomba dan sebagainya.
d) Mengenakan cukai.
-cukai dikenakan ke atas individu dan perniagaan untuk mengagihkan kekayaan ekonomi
secara setara.
-Ia bertujuan untuk merapatkan jurang perbezaan pendapatan golongan kaya dan miskin.
e) Menjalankan projek berisiko tinggi.
-oleh kerana modal dan kepakaran sektor swasta yang terhad, kerajaan akan menjalankan
projek yang tidak mampu dijalankan oleh sektor swasta.
-ini dapat memastikan masyarakat berpeluang menikmati barangan dan perkhidmatan yang
melibatkan kos tinggi.
f) Memberi bantuan dan galakan untuk mempercepatkan
perkembangan ekonomi.
-bantuan dan galakan seperti subsidi diberi kepada usahawan muda.
-bantuan ini dapat membantu usahawan meningkatkan produktiviti dalam pengeluaran.