The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by ROHAYU ABD RAZAK, 2021-09-02 11:34:56

1.3 ENTITI DAN AKTIVITI PERNIAGAAN

1.3 ENTITI DAN AKTIVITI PERNIAGAAN

2. PERANAN SEKTOR SWASTA DALAM PERKEMBANGAN EKONOMI NEGARA.

a) Mewujudkan peluang pekerjaan.

-perniagaan yang dijalankan memerlukan tenaga pekerja yang ramai.
-peluang pekerjaan yang wujud dapat mengurangkan kadar pengangguran negara.

b) Meningkatkkan pendapatan negara.

-pendapatan kerajaan dapat dipertingkatkan melalui pembayaran cukai.
-ini membolehkan kerajaan berkemampuan melaksanakan pelbagai projek pembangunan

negara.

c) Mengembangkan industri sampingan.

-industri huluan dapat mewujudkan banyak industri hiliran
-Cth: industri automobil telah mewujudkan industri besi keluli, industri membuat tayar dan

sebagainya.

d) Meningkatkan kemudahan awam.

-perniagaan membantu mewujudkan kemudahan pengangkutan, perhubungan dan
kemudahan awam yang lain.
-ini kerana cukai perniagaan yang dibayar secara tidak langsung membolehkan kerajaan
menyediakan kemudahan awam untuk kepentingan masyarakat.

e) Mewujudkan penempatan baru.

-perniagaan mendorong kewujudan bandar-bandar baru.
-ini kerana aktiviti perniagaan telah menarik ramai penduduk untuk menetap di sesuatu
tempat.

f) Menawarkan produk berkualiti dengan harga berpatutan.

-melalui persaingan antara perniagaan, pelanggan dapat menikmat pelbagai jenis barang
dan perkhidmatan yang berkualiti pada harga yang berpatutan.

-kehendak dan kepuasan pelanggan dapat dipenuhi.

3. PERANAN BADAN BERKANUN DALAM PERKEMBANGAN EKONOMI NEGARA.

a) Melibatkan diri dalam bidang sosioekonomi yang tidak diceburi oleh sektor
swasta.
b) Meningkatkkan penglibatan bumiputera dalam bidang ekonomi melalui
bantuan kewangan.
c) Melibatkan diri dalam sektor industri berat yang tidak mampu dilaksanakan
oleh sektor swasta.
d) Membantu kerajaan menyediakan perkhidmatan awam dan melaksanakan
projek kerajaan.
e) Menjalankan penyelidikan dan pembangunan untuk menghasilkan ciptaan
baru yang dapat memberi faedah kepada masyarakat.
f) Menyediakan kursus dan latihan kepada pekerja bagi melahirkan tenaga
pekerja yang terlatih.

Contoh soalan stpm 2010, 3a.
3.a) Jelaskan empat peranan sektor awam dalam perkembangan
ekonomi negara. [12]

Contoh jawapan:
a) Empat peranan sektor awam dalam perkembangan ekonomi
negara;

i) menyediakan kemudahan infrastruktur / perkhidmatan awam.
-kemudahan pengangkutan/elektrik/air dan telekomunikasi/

perkhidmatan keselamatan/kemudahan pendidikan/kemudahan
perkhidmatan kesihatan.

-Contoh –membina lebuhraya dari Johor Baharu ke Padang
Besar untuk melancarkan agihan barangan.

ii) Mengamalkan monopoli semulajadi.
-Melaksanakan projek berisiko / projek yang memerlukan modal

dan kepakaran yang tinggi / mengelakkan persaingan yang
merugikan / Memastikan dapat menikmati faedah skel ekonomi
bidangan.

-Contoh – membina empangan hidro untuk membekalkan kuasa
elektrik.

iii) Menggubal dan melaksana dasar-dasar fiskal dan kewangan.
-Menentukan kaedah percukaian yang sesuai / memberi

bantuan subsidi / pinjaman / kepakaran / menbentuk dasar
belanjawan yang fleksibel.

-Contoh – mengurangkan kesan inflasi kepada ekonomi melalui
kenaikan kadar faedah.

iv) Penguatkuasaan Undang-Undang dan kawalan.
-Mengawal dan memantau aktiviti swasta atau awam / menjamin

kepentingan pengguna / Menggubal akta dan peraturan / Mengeluarkan
lesen / Penyebaran maklumat tentang peraturan dan prosedur yang
jelas/ mengenakan tindakan atau mendakwa.

-Contoh – penetapan harga maksimum bagi barangan kawalan untuk
mengelakkan inflasi / meningkatkan kuasa beli.

v) Melaksanakan program Pendidikan Pengguna.
-Menjaga kepentingan pengguna/ penyampaian maklumat yang tepat/

mengadakan penerbitan risalah/ majalah/ pengiklanan/ mengadakan
Seminar Kepenggunaan.

-Contoh – mengadakan kempen beli barangan buatan tempatan untuk
mengurangkan aliran keluar mata wang / menggalakkan perniagaan
domestik.

vi) Mewujudkan peluang pekerjaan.

-Mengurangkan kadar pengangguran /
meningkatkan taraf hidup/ meningkatkan kuasa beli.

-Contoh – mewujudkan skim jawatan sementara/
kontrak di jabatan kerajaan bagi memberi
pendapatan kepada lepasan universiti untuk
mengurangkan pengangguran.

1.3.4 TAHAP PERNIAGAAN

Objektif •Menjelaskan
pembelajaran tahap-tahap
perniagaan dari
perspektif berikut;

•Primer, sekunder
dan tertier

•Huluan dan Hiliran
•Domestik dan

Antarabangsa

1. PERNIAGAAN TAHAP PRIMER.

-aktiviti pengeluaran bahan mentah dari perut bumi atau yang
mengeluarkan sumber semulajadi dari tempat asal dan aktiviti
menggunakan sumber tersebut dalam bentuk asal.
-Cth; aktiviti pembalakan, perikanan, penternakan dan
perhutanan.
-Hasil pengeluaran daripada tahap primer perlu diproses
dalam tahap sekunder sebelum dapat digunakan oleh
pengguna akhir.

2. PERNIAGAAN TAHAP SEKUNDER.

-aktiviti ekonomi yang menggunakan bahan mentah yang
dihasilkan oleh aktiviti primer dan menukarkannya kepada
bentuk lain seperti barang separuh siap atau barang siap.
-Cth: pemprosesan isirong kelapa sawit menjadi minyak kelapa
sawit.
-Contoh aktiviti; Bijih besi ditukarkan kepada paip atau
kepingan besi, kayu balak diproses menjadi perabot dan kulit
binatang diproses menjadi kasut.

3. PERNIAGAAN TAHAP TERTIAR.

-aktiviti ekonomi yang menyediakan perkhidmatan dalam aktiviti jual
beli barang separuh siap dan barang siap.
-Perniagaan tahap tertiar menjadi sektor sokongan kepada perniagaan
tahap sekunder supaya barang yang dikeluarkan dalam tahap
sekunder dapat sampai kepada pengguna akhir dengan lancar.
-Contoh perniagaan: peruncitan, pengangkutan,
perhubungan,perhotelan, pergudangan, insurans, kewangan dan lain-
lain.
-Contoh aktiviti: Syarikat pengangkutan menyediakan perkhidmatan
menghantar produk dari kilang ke pasaran melalui udara, laut dan
darat.

Contoh soalan stpm 2009, 3b.
3.b) Jelaskan aktiviti pengeluaran pada tahap perniagaan primer,
sekunder, dan tertiar bagi penghasilan produk kasut sukan. [15]

Contoh jawapan;
Aktiviti pengeluaran pada tahap primer ialah aktiviti perniagaan
mengeluarkan/ mengekstrak sumber asli yang akan digunakan
untuk proses pengeluaran selanjutnya.
-Usahawan mengurus tanah, buruh dan modal untuk menghasilkan
sumber bahan mentah.
-Komponen utama membuat kasut sukan ialah getah, kapas dan
kulit.
-Aktiviti menoreh pokok getah untuk mendapatkan susu getah.
-Aktiviti mengutip dan mengumpul kapas dari pokok kapas.
-Aktiviti mendapatkan dan mengumpul kulit haiwan.

Aktiviti pengeluaran pada tahap sekunder ialah aktiviti
perniagaan yang memproses bahan mentah kepada barang
siap atau barang separuh siap.
-pengilang-pengilang akan membeli getah dan kapas untuk
ditukar bentuk dan tambah nilai.
-Getah dijadikan kepingan material / tapak kasut / badan
kasut.
-kapas dijadikan kain/ tali kasut/ bahagian atas kasut/
kanvas.
-Kulit dijadikan bahagian atas kasut/ pelapik dalam kasut.
-Bahan-bahan ini digabung dan diproses oleh pengusaha
dengan menggunakan sumber manusia, kewangan dan
teknologi untuk menghasilkan kasut sukan.

Aktiviti perniagaan tahap tertiar ialah aktiviti perniagaan yang melibatkan
perkhidmatan/ produk tak ketara yang tidak boleh diproses lagi.
-Usahawan mendapatkan perkhidmatan perbankan – mendapat modal
melalui pinjaman, menggunakan kemudahan perbankan dan kredit.
-Perkhidmatan insurans – perlindungan stok kasut daripada risiko seperti
kebakaran, kecurian.
-Perkhidmatan pengangkutan- menghantar/memindahkan stok kasut dari
kilang ke tempat jualan.
-Perkhidmatan komunikasi /perhubungan – menerima pesanan,
memperoleh maklumat pasaran.
-Perkhidmatan pergudangan – menyimpan stok kasut.
-Perkhidmatan pengedaran – saluran-saluran agihan seperti pemborong,
peruncit dan ejen yang membolehkan kasut diedar ke pasaran.
-Perkhidmatan pemasaran- melibatkan aktiviti 4P untuk memasarkan
kasut kepada pelanggan.

1. PERNIAGAAN HULUAN

- perniagaan huluan merujuk kepada perniagaan yang terlibat dalam
perniagaan jenis ekstraktif yang mengeluarkan bahan mentah atau barang
separa siap sebagai input untuk menghasilkan barang siap.
- ia merupakan aktiviti perniagaan yang terlebih dahulu berlaku sebelum
perniagaan dapat dijalankan dan menjadi aktiviti teras yang wujud dalam
organisasi.

-Cth: bagi industri membuat tayar, perniagaan huluannya ialah perniagaan
memproses susu getah.
-Ayamas membekalkan ayam yang telah diproses kepada restoran KFC
untuk menghasilkan ayam goreng. Ayamas dianggap sebagai perniagaan
huluan jenis perladangan kerana ia membekalkan ayam proses kepada
perniagaan lain.

2. PERNIAGAAN HILIRAN

-aktiviti perniagaan yang berlaku bagi memproses input yang diperoleh dari perniagaan
huluan bagi menghasilkan barang siap atau barang separa siap dan boleh dijual kepada
pengguna akhir atau industri.
-aktiviti perniagaan hiliran wujud selepas berlakunya perniagaan huluan

-Cth: bagi industri membuat tayar, perniagaan hilirannya ialah perniagaan pemasangan
kereta.
-Restoran KFC tidak dapat menjalankan proses perniagaan ayam goreng jika tidak
mendapat bekalan ayam proses daripada Ayamas. Perniagaan ayam goreng di KFC
merupakan perniagaan hiliran bagi Ayamas.

Contoh soalan stpm 2011, 1b.

1.b) Huraikan tiga tahap perniagaan yang wujud dalam kegiatan ekonomi
sesebuah negara. [3]

1. b)Tiga tahap perniagaan yang wujud dalam kegiatan ekonomi sesebuah negara:

i) primer

-Pengeluaran bahan asas.

- aktiviti perniagaan mengeluarkan /mengekstrak sumber asli yang akan
digunakan untuk memproses pengeluaran selanjutnya.

ii) Sekunder.

-merangkumi aktiviti pembuatan dan perindustrian.

-Aktiviti perniagaan yang memproses bahan mentah kepada barang siap atau
separuh siap.

iii) Tertiar.

-melibatkan aktiviti perkhidmatan.

-Aktiviti perniagaan yang melibatkan perkhidmatan / produk tak ketara yang tidak
boleh diproses lagi.

iv) Huluan.
-Perniagaan yang terlibat dalam bidang ekstraktif / pengeluaran

bahan mentah / berasaskan bahan mentah.
v) Hiliran.

-Aktiviti perniagaan atau perusahaan yang berlaku bagi
memproses bahan mentah menjadi barang siap/separuh siap
untuk dipasar.
vi) Domestik.

-Aktiviti perniagaan hanya dalam negara / hanya menggunakan
matawang tempatan.
vii) Antarabangsa.

-Aktiviti perniagaan melibatkan import @eksport / kegiatan
perniagaan melibatkan negara luar / melibatkan pertukaran
matawang asing.

Soalan Ulangan Penggal 1 STPM 2014.
1.c) Huraikan tahap huluan dan tahap hiliran bagi pengeluaran sesuatu produk
pengguna. [4]

Contoh jawapan;

1. PERNIAGAAN DOMESTIK

Perniagaan domestik ialah perniagaan yang beroperasi
di dalam sesebuah negara, menggunakan matawang
tempatan dan mengeluarkan hasil keluaran untuk
pasaran tempatan atau domestik sahaja.
Kebanyakan perniagaan domestik di Malaysia terdiri
daripada industri kecil dan sederhana .

Meningkatkan Kemahiran Mewujudkan Peluang
Tenaga Kerja Pekerjaan

SUMBANGAN PERNIAGAAN
DOMESTIK

Menjimatkan Tukaran Asing Mewujudkan peluang perniagaan
Akibat Penggunaan Bahan atau industri sampingan
dalam negara
Mentah Tempatan

Pertambahan Tabungan
Negara

2. PERNIAGAAN ANTARABANGSA

Perniagaan yang melibatkan kegiatan eksport,import dan
entreport antara dua negara atau lebih .

Melibatkan penggunaan tukaran mata wang asing.

Meluaskan pasaran produk Meningkatkan pendapatan negara

FAKTOR
MENCEBURI PERNIAGAAN

TAHAP
ANTARABANGSA

Meningkatkan pelaburan asing Kos operasi yang lebih murah
ke dalam negara di luar negara

Peraturan Perundangan Ketidakstabilan Politik Di
Sesebuah Negara

HALANGAN DALAM PERNIAGAAN
ANTARABANGSA

Persaingan Cabaran Budaya Yang Berbeza

Contoh soalan stpm 2007, 3a.
3.a) Huraikan maksud perniagaan domestik dan sumbangannya kepada negara.
[13]

Maksud perniagaan domestik ialah
-perniagaan yang beroperasi dalam negara.
-menggunakan sumber/input/kewangan yang terdapat dalam negara.
-pasaran/pelanggan dalam negara.

Peranan perniagaan domestik;
i) Memberi pendapatan kepada negara – melalui sebarang cukai

perniagaan.
ii) Mewujudkan peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan –

mengurangkan kadar pengangguran/meningkatkan kadar
gunatenaga negara.
iii) Membangunkan peluang perniagaan – meningkatkan kegiatan
perusahaan huluan/ mewujudkan perusahaan lain yang
menyokong perusahaan asas(pengangkutan, makanan,
pembekalan).
iv) Menjimatkan pertukaran asing – melalui penggunaan sumber
tempatan / mengurangkan pengaliran keluar mata wang
negara.
v) Membangunkan modal insan – kemahiran asas kepada tenaga
kerja tempatan.


Click to View FlipBook Version