The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Buku rujukan pelajar yang mengambil kursus kokurikulum Pertahanan Awam semeter pertama. Buku ini juga sesuai kepada anggota baru.

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Mohd Sanusi, 2021-11-14 11:49:20

Kursus Asas Pertahanan Awam

Buku rujukan pelajar yang mengambil kursus kokurikulum Pertahanan Awam semeter pertama. Buku ini juga sesuai kepada anggota baru.

Keywords: apm,pertahanan awam,kursus asas,menyelamat,ippa,jppkk

DITERBITKAN OLEH:
POLITEKNIK KOTA BHARU

KM24, KOK LANAS,
16450 KETEREH, KELANTAN

No. Tel: +609-7889126 / 7889344 / 7889343 No. Faks: +603-7888739
Laman sesawang: www.pkb.edu.my

© 2021 Hakcipta terpelihara. Politeknik Kota Bharu

Senarai tajuk

Tajuk Muka surat

BAB 1 : KAWAD KAKI 1
Pengenalan 3
Bahasa Hukuman 5
Kawad Kaki Statik
11
BAB 2 : PENGENALAN PERTAHANAN AWAM 13
Sejarah Penubuhan 14
Akta Pertahanan Awam Malaysia 1951 (Akta 221) 27
Akta 221 (Pindaan) 2016 27
Misi, Visi & Motto 28
Objektif Penubuhan APM
Fokus Pertahanan Awam 30
31
BAB 3 : PERTOLONGAN CEMAS 32
Pengenalan 36
Skop pertolongan Cemas
Prinsip Pertolongan Cemas 38
Peti Pertolongan Cemas 40
41
BAB 4 : SISTEM PEREDARAN DARAH 44
Pengenalan 49
Jenis-jenis Saluran Darah
Struktur & Anatomi Jantung 52
Renjatan 52
Lain-lain Gejala Yang Serius 53
53
BAB 5 : KIMIA KERBAKRAN & ALAT PEMADAM API 54
Pengenalan 55
Unsur-Unsur Asas Kebakaran 55
Punca-Punca Kebakaran 56
Kemerebakan Api
Proses Pembakaran
Pembesaran Api
Jenis-Jenis Api
Alat Memadam Api

Kandungan Muka surat

Bab 6 : IKATAN & SIMPULAN TALI 64
Pengenalan 65
Jenis-Jenis Simpulan Tali 72
Langkah Penjagaan Tali
75
BAB 7 : MENYELAMAT KECEMASAN & KAWAD USUNGAN 76
Pengenalan 76
Teknik Seorang Penyelamat 77
Teknik Dua Ata Lebih Penyelamat 77
Menyelimut Dan Mengikat Mangsa Pasa Usungan
Pengurusn Ambulans

BAB 1
KAWAD KAKI

PENGENALAN

Kawad kaki kaki merupakan pergerakan anggota badan secara serentak, berirama
secara berkumpulan. Kawad kaki asas untuk membentuk tatatertib dalam pasukan.

Sejarah Kawad kaki

Sejarah kawad kaki bermula sejak kehadiran tentera-tentera asing di Tanah Melayu
pada awal kurun ke 14. Kehadiran tentera Portugis yang berjaya mengalahkan tentera
Melaka pada tahun 1511 dilihat sebagai satu pasukan tentera yang berdisiplin, patuh
kepada arahan ketua, sistematik mengatur strategi dan seragam. Kehadiran tentera
Inggeris di Pulau Pinang pada tahun 1900-an dan di Singapura pada tahun 1800-an
juga dilihat sebagai satu titik tolak kepada perkembangan kawad kaki. Walaupun
tentera Inggeris pada masa itu sebahagian besarnya adalah tentera upahan dari India,
namun corak dan cara disiplin yang ditunjukkan menunjukkan mereka adalah pasukan
yang mantap dan setia kepada tuannya.

Penubuhan awal pasukan-pasukan uniform di Malaysia seperti Home Guard, Pasukan
Simpanan (Teritory Army), Rejimen Askar Melayu, pasukan laut dan udara serta
pasukan uniform bukan tentera seperti Pengakap (Scout), Pasukan Palang Merah (Red
Cross), St John Ambulance dan sebagainya telah menyemarakkan aktiviti kawad kaki
di negara ini.

Pertandingan kawad kaki telah menjadi kelaziman atau rutin dalam pasukan
beruniform yang memaparkan kehebatan, kepakaran, keunikan, keseragaman dan
paling penting sebagai identiti pasukan.

Pada masa kini terdapat tiga kumpulan pasukan uniform di sekolah iaitu yang dinaungi
oleh Kementerian Pelajaran Malaysia, badan-badan kerajaan (NGO) dan badan-badan
bukan kerajaan (NGO). Usaha menyelaraskan aktiviti kawad kaki khususnya yang
berkaitan dengan pertandingan kawad kaki telah dilakukan. Walaupun terdapat
kelainan dan aspek gerakan kawad kaki namun usaha-usaha seperti membentuk

1

sistem pertandingan atau format pertandingan yang selaras telah dilakukan.
Institusi pendidikan dan latihan seperti universiti awam dan swasta, politeknik, kolej
kejururawatan kementerian kesihatan, kolej komuniti dan lain-lain mempunyai reputasi
yang sangat baik dalam pertandingan kawad kaki kaki samada di peringkat daerah,
negeri mahupun kebangsaan.

Tujuan Kawad kaki

Pergerakan dilakukan secara seragam dalam barisan mempunyai tujuan khusus iaitu:
1. Membentuk seseorang atau kumpulan supaya bermegah-megah dengan
tatatertib cergas, sekata dan taat setia.
2. Membina kerjasama yang erat dalam kumpulan.

Kawad Kaki Statik

Pergerakan seragam yang dilakukan pada lokasi yang sama.
1. Jadikan tiga barisan
2. Ke kanan lurus/pandang depan
3. Pusing kanan/kiri
4. Menghadap ke hadapan/ke belakang

Kawad Kaki Dinamik
Pergerakan yang dilakukan pada lokasi yang berlainan.

1. Cepat jalan
2. Kiri belok/kanan belok
3. Tukar langkah semasa cepat jalan
4. Perlahan jalan
5. Tukar langkah semasa perlahan jalan
6. Ke hadapan hormat
7. Ke kanan hormat
8. Selaku terima sijil/hadiah dan lain-lain

2

BAHASA HUKUMAN

Bahasa hukuman yang jelas dan tegas menghasilkan kawad kaki yang baik. Bahasa
hukuman mestilah betul, terang, jelas, dan difahami oleh skuad. Bahasa terbahagi
kepada dua iaitu bahasa amaran dan bahasa perbuatan. Bahasa amaran hendaklah
diberi dengan lantang dan terang maksudnya. Manakala bahasa perbuatan hendaklah
diberi dengan kuat dan nyaring.

Bil Arahan Bahasa hukuman

1 Sedia skuad/baris/kontinjen ........... sedia
2 Senang diri skuad/baris/kontinjen ........... senang diri

Gerakkan skuad ke bergerak ke kanan bertiga- tiga/berturut-turut ..... ke
3 kanan kanan ..... pusing

Gerakkan skuad ke bergerak ke kiri.......... bertiga-tiga/berturut
4 kiri ..... bertiga-tiga/berturut ..… ke kiri ..... pusing

5 Berjalan dari kiri @ kanan (tengok tangan anggota) cepat jalan

Berhenti semasa skuad/baris/kontinjen ....... henti (atas kaki kiri)
6
skuad/baris/kontinjen ...... akan menghadap ke hadapan
cepat jalan .................................................. ke belakang ..... pusing

Menghadap ke
7 hadapan

Menghadap ke skuad/baris/kontinjen ...... akan menghadap ke belakang
8 belakang .................................................. ke belakang pusing

bergerak ke kanan @ kiri bertiga-tiga .....

9 Ke belakang pusing ke belakang....... pusing (atas kaki kanan),

(cepat jalan) ke kanan @ kiri hendaklah lihat tangan anggota yang

menghadap ke hadapan

10 Hormat hormat ..... hormat ke hadapan ..... hormat (atas kaki kiri)

11 Terima sijil hormat selaku terima sijil.......hormat ke
hadapan ...... hormat (atas kaki kiri)

12 Ke kanan @ ke kiri hormat ..... hormat ke kanan/kiri ..... hormat (atas kaki

hormat kiri)

13 Pandang kanan @ pandang.......kanan/kiri (atas kaki kiri)

3

kiri
14 Pandang hadapan pandang hadapan (atas kaki kiri)

15 Tukar langkah tukar langkah semasa berjalan ...... tukar langkah (atas
kaki kiri berturut dengan kaki kanan)

Cepat jalan ke tukar langkah perlahan ..... perlahan ..... jalan (atas kaki
16 kanan)

perlahn jalan

bergerak ke kanan @ kiri bertiga-tiga, ke

17 Ke belakang pusing belakang ...... pusing (atas kaki kanan) ke

(perlahan jalan) kanan @ kiri hendaklah lihat tangan anggota yang

menghadap ke hadapan

Berhenti semasa skuad/baris.......henti (atas kaki kanan)
18

perlahan jalan

Perlahan jalan ke tukar langkah cepat ..... cepat jalan .....
19 (kaki kiri berturut dengan kaki kanan)

cepat jalan

Hentak kaki semasa
20 hentak ...... kaki (atas kaki kanan)

cepat jalan

Maju selepas maju.......(atas kaki kanan)
21

hentak kaki

Menghadap ke

belakang skuad/baris.......akan menghadap ke

skuad/baris…akan semasa cepat jalan belakang.......ke

menghadap ke kanan @ kiri pusing (kaki yang berlawanan
22 dengan arah)

Semasa cepat

jalan

Menghadap ke

belakang
skuad/baris.......akan menghadap ke

skuad/baris
23 semasa perlahan jalan belakang ...... ke

…. akan menghadap
kanan @ kiri pusing (kaki yang mengikut arah)

ke semasa perlahan

jalan

Tukar langkah tukar langkah semasa hentak kaki .....

semasa hentak tukar langkah (mana-mana kaki berturut-
24 turut)

kaki

4

Sekiranya skuad skuad/baris, akan bergerak ke kanan/kiri ke kanan/kiri
anda menghadap ................................ pusing
skuad/baris, akan
bergerak ke
25 kanan/kiri ke
belakang (semasa
berhenti)

KAWAD KAKI STATIK

Sedia

Hukuman:

“Skuad ........... sedia”

Perbuatan:
Dengan pantas angkat kaki kanan, tapak kaki selari dengan bumi (6 inci) dan hentak
pada pada bumi sebelah kaki kiri. Jatuhkan tapak kaki supaya menghasilkan bunyi
sekali sahaja. Kedudukan kaki ialah kedua- dua tumit rapat dan sebaris, hujung kaki
terbuka 300, kedua-dua lutut bertahan lurus, badan tegak, timbang keberatan badan
antara tapak kaki dengan tumit, kedua-dua bahu tarik ke belakang bawah sedikit
supaya dada terbuka, kedua-dua tangan lurus ke bawah dan siku rapat ke sisi badan.

Senang Diri

Hukuman:

“Senang.......... diri”

Perbuatan:
Dalam kedudukan senang diri, turunkan kedua-dua tangan berpegangan pergelangan
tangan ke kedudukan punggung dalam satu pergerakan dan rehatkan semua anggota
badan. Kedudukan kaki terbuka.
Nota:
Dalam kedudukan rehatkan diri, anggota boleh mengerakkan anggota badan dari
pinggang ke atas.

5

Membetulkan Barisan

Hukuman:

“Ke kanan ......... lurus”

Perbuatan:
Penanda kanan diam. Yang lain julur kaki kanan ke hadapan 6 inci dan angkat kaki kiri
serta hentak di sebelah kaki kanan, kedua-dua tangan lurus ke bawah dan rapat ke
badan. Diam dan kira masa sendiri. Kemudian paling muka ke kanan; melainkan
anggota yang nombor satu dalam setiap barisan, serentak dengan itu anggota dalam
barisan hadapan angkat tangan ke paras bahu melalui sebelah belakang anggota di
kanannya. Diam dan kita masa sendiri, (2-1), diikuti dengan hentak kaki pendek-pendek
sehingga baris lurus.

Penanda kanan diam. Anggota di sebelah kanan barisan tengah dan belakang
hendaklah mengangkat tangan sekadar menyentuh bahu anggota di hadapannya.
Setiap barisan hendaklah berdiri bersetentang dengan anggota di hadapan. Apabila
semua barisan lurus, semua anggota diam dan tunggu hukuman pandang depan.

Hukuman:

“Pandang… ....... depan”

Perbuatan:
Paling muka ke hadapan dan turunkan tangan ke sebelah rusuk serentak dengan
pantas.

Hukuman:

“Ke kiri… ....... lurus”
Perbuatan:
Penanda kiri diam. Yang lain julur kaki kanan ke hadapan 6 inci dan angkat kaki kiri
serta hentak di sebelah kaki kanan, kedua-dua tangan lurus ke bawah dan rapat ke
badan. Diam dan kira masa sendiri. Kemudian paling muka ke kiri; melainkan anggota
yang nombor satu dalam setiap barisan, serentak dengan itu anggota dalam barisan
hadapan angkat tangan ke paras bahu melalui sebelah belakang anggota di kirinya.
Diam dan kita masa sendiri, (2-1), diikuti dengan hentak kaki pendek-pendek sehingga

6

baris lurus.
Nota:
Hukuman ini diberi semasa skuad menghadap ke belakang dan penanda berada di
sebelah kiri. Perbuatan adalah sama dengan ke kanan lurus kecuali semua anggota
akan palingkan muka ke kiri dan angkat tangan kiri. Penanda di sebelah kiri hendaklah
diam. Nombor boleh diberikan samada dari kanan atau kiri.

Hukumannya:

“Luruskan barisan”

Perbuatan:
Pergerakan seperti di atas tetapi tidak perlu selangkah ke hadapan, Cuma hentakkan
kaki ke kanan dan kiri berturut-turut dan terus bergerak betulkan barisan. Apabila
barisan telah lurus, turunkan tangan dan palingkan muka ke hadapan. Anggota barisan
tengah dan belakang ikuti perbuatan barisan hadapan.

Nombor

Memudahkan pembelajaran, skuad dinomborkan pada peringkat permulaan supaya
menyenangkan jurulatih memanggil anggota. Memadai dengan panggilan
“Nombor………. barisan ………” saja. Anggota juga tahu kedudukannya dalam skuad.

Hukuman:

“Dari kanan ……… nombor”

Perbuatan:
Barisan di hadapan sahaja membilang nombor dengan pantas, jelas dan tegas dari
kanan ke kiri. Anggota di sebelah kanan sekali bilang “satu” dan anggota sebelahnya
bilang “dua”, yang lain sambung nombor seterusnya sehingga anggota terakhir. Jika
ada anggota tersilap bilang, jurulatih akan beri hukuman “semula”. Ulang perbuatan
yang sama.

Buka Tutup Barisan

Hukuman:

7

"Buka barisan……… gerak"

Perbuatan:
Barisan hadapan ambil dua langkah ke hadapan, langkah kaki kanan ke hadapan 30 inci
dan kaki kiri ke kiri 15 inci. Kemudian angkat kaki kanan dan hentak di sebelah kaki kiri
kepada kedudukan sedia. Barisan belakang ambil dua langkah ke belakang mulai kaki
kanan diikuti kaki kiri, kemudian angkat kaki kanan dan hentak padat di sebelah kiri
kepada kedudukan sedia. Masa bergerak bilang 1-2-1.
Hukuman:

“Tutup barisan……… gerak”

Perbuatan:
Barisan hadapan ambil dua langkah ke belakang dan barisan belakang ambil dua
langkah ke hadapan. Pergerakannya adalah serupa seperti “Buka barisan gerak”
Nota:
Apabila skuad berjalan dalam barisan ke hadapan atau ke belakang semasa hukuman
buka barisan diberikan, barisan hadapan hendaklah jalan terus, barisan tengah
hentak kaki dua kali, manakala barisan belakang hentak kaki empat kali dan maju.
Kalau hukuman barisan diberi, pergerakan adalah sebaliknya.

Berpusing Ke Kanan/Kiri/Belakang

Hukumannya:

“Bergerak ke kanan….. kanan ........................................... pusing”

Perbuatan:
Menetapkan kedua-dua lutut lurus, hendaklah berpusing sebanyak 900 ke kanan, di
atas tumit kaki kanan dan hujung kaki kiri dengan mengangkat hujung kaki kanan dan
tumit kaki kiri. Apabila sampai ke hala yang baru tapak kaki kanan terletak atas bumi
menyerong ke kanan dan tumit kaki kiri terangkat sedikit. Kedua-dua lutut lurus, badan
tegak, bahu ke belakang seperti kedudukan sedia. Keberatan badan di atas kaki kanan.
Angkat kaki kiri dan hentak di sebelah kaki kanan dengan pantas kepada kedudukan
sedia.
Hukuman:

“Bergerak ke kiri….. kiri….................................................. pusing”

8

Perbuatan:
Menetapkan kedua-dua lutut lurus, hendaklah berpusing sebanyak 900 ke kiri, di atas
tumit kaki kiri dan hujung kaki kanan dengan mengangkat hujung kaki kiri dan tumit
kaki kanan. Apabila sampai ke hala yang baru tapak kaki kiri terletak atas bumi
menyerong ke kiri dan tumit kaki kanan terangkat. Kedua-dua lutut lurus, badan tegak,
bahu ke belakang seperti kedudukan sedia. Keberatan badan di atas kaki kiri. Angkat
kaki kiri dan hentak di sebelah kaki kanan dengan pantas kepada kedudukan sedia.

Berpusing Separuh Kanan/Kiri

Hukuman:

“Bergerak ke kanan….. separuh kanan............pusing”
“Bergerak ke kiri….. separuh kiri… ........ pusing”

Nota:
Pergerakan sebagaimana berpusing kanan/kiri tetapi separuh kanan/kiri sahaja iaitu
900.

Keluar Baris Dan Bersurai

Hukuman:

“Keluar ......... baris”

Perbuatan:
Skuad hendaklah dalam keadaan tutup barisan, pusing ke kanan, hentak kaki kiri
sebelah kaki kanan, terus langkah ke hadapan mulai kaki kanan sebanyak tiga
langkah dalam masa cepat.
Nota:
Anggota berehat dan akan dipanggil masuk baris semula.

Hukuman:

“Ber ...…... surai”
Perbuatan:
Skuad hendaklah dalam keadaan tutup barisan, pusing ke kanan, hentak kaki kiri
sebelah kaki kanan, hormat sekali terus langkah ke hadapan mulai kaki kanan

9

sebanyak tiga langkah dalam masa cepat; terus bersurai.
Nota:
Latihan atau aktiviti telah tamat. Anggota boleh bersurai dan pulang.

10

BAB 2
PENGENALAN
PERTAHANAN AWAM

SEJARAH PENUBUHAN

Dalam tahun 1951, “Civil Defence Ordinance 1951” telah diluluskan. Sehubungan
dengan itu, pada 24 Mac 1952, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia ditubuhkan bagi
melaksanakan ordinan tersebut. Apabila Negara mencapai kemerdekaan pada tahun
1957, tanggungjawab Pertahanan Awam adalah terletak di bawah bidang kuasa
Kerajaan Persekutuan sebagaimana yang termaktub di dalam jadual kesembilan
Perlembagaan Malaysia.

Maksud Pertahanan Awam

Maksud mengikut Akta Pertahanan Awam 1951 (Akta 221) ini terbahagi kepada dua
keadaan iaitu :

Semasa Peperangan
Apa-apa jua langkah yang tidak melibatkan penggunaan senjata bagi menghadapi
serangan permusuhan samada langkah yang diambil sebelum, semasa atau selepas
serangan musuh.

Semasa Aman
Apa–apa jua langkah yang diambil bagi melindungi nyawa dan harta benda samada
langkah itu diambil sebelum, semasa atau selepas sesuatu bencana berlaku.
Pada tahun 1939 Aktiviti Pertahanan Awam di Malaysia telah dimulakan oleh pihak
British sebagai Passive Defence yang dibentuk di bawah Emergency Regulation
Enactment Chapter 41 untuk mengadakan langkah-langkah bagi menghadapi
Peperangan Dunia Kedua. The Civil Defense Ordinance 1951 digubal secara rasmi
sebagai satu undang-undang dalam sistem keselamatan Tanah Melayu. Pada tahun
1952, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia ditubuhkan pada 24 Mac secara rasmi bagi
melaksanakan peruntukan ordinan. Pada tahun 1957 pula The Civil Defense Ordinance

11

1951 ditukar menjadi Akta Pertahanan Awam 1951 (Akta 221) berikutan kemerdekaan
Negara.

Tahun 1958 Pertahanan Awam menjadi unsur tetap dan penting dalam sistem
pertahanan negara mengikut Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan. Tahun
1964 Pertahanan Awan diperluaskan ke Sabah, Sarawak dan Singapura berikutan
konfrontasi Malaysia–Indonesia (Kertas Kabinet No. 302/314/64). Tahun 1965 pula
jumlah keanggotaan ditambah menjadi seramai 36,000 anggota dan 37 cawangan
selain kelengkapan logistik terbaru pada masa itu diperolehi untuk seluruh negara.
Tahun 1993 negara dikejutkan tragedi Highland Towers tumbang di Hulu Kelang mula
merubah organisasi Pertahanan Awam Malaysia.

Tahun 1994 pengenalan nama ringkas JPA3 digunakan dan diterima pakai ke seluruh
negara untuk membezakan dengan Jabatan Perkhidmatan Awam dan Jabatan
Penerbangan Awam. Tahun 1995 talian kecemasan 991 dilancarkan pada 20 Mei
sebagai tanda komitmen JPA3 memberikan khidmat bantuan kecemasan 24 jam
sehari. Tahun 2009, pengenalan nama ringkas JPAM diperkenalkan.

Tahun 2003 perkhidmatan penyelamat pantai JPAM (Baywatch) dimulakan di Batu
Feringhi, Pulau Pinang dan diikuti di Miri, Sarawak. Tahun 2004 pula Pertahanan Awam
sekali lagi selangkah ke hadapan dengan 7 menara penyelamat pantai memulakan
operasi di 2 lokasi di Pulau Pinang; 2 lokasi di Langkawi; 1 lokasi di Teluk Kemang, Port
Dickson; 1 lokasi di Pangkalan Balak, Melaka dan 1 lokasi di Pantai Irama, Kelantan.
Pada tahun 2006 Pertahanan Awam memperkenalkan slogan baru “Sedia, Pantas dan
Berintegriti” sebagai pemangkin menjadikan Jabatan Pertahanan Awam sebuah
jabatan yang unggul.

Pada 29 Julai 2015 JPAM telah diletakkan ke Jabatan Perdana Menteri. Menteri di
Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim dipertanggungjawabkan
menerajui bahagian pengurusan bencana alam. Keputusan Mesyuarat Jemaah Kabinet
pada 26 Ogos secara rasminya memutuskan bahawa pihak Jabatan Pertahanan Awam
Malaysia (JPAM) kini mengambil alih tugas pengendalian dan pengurusan bencana
dari Majlis Keselamatan Negara (MKN). Pada 1 September 2016, Pertahanan Awam
diwartakan sebagai Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) setelah kabinet
meluluskan pindaan Akta 221.

12

AKTA PERTAHANAN AWAM MALAYSIA 1951 (AKTA 221)

Suatu akta bertujuan mengadakan peruntukan mengenai Pertahanan Awam Malaysia.
Akta ini dikenali sebagai Akta 221.

Huraian Penting Akta 221

Seksyen 2 – Tafsiran
“Angkatan Pertahanan Awam” dan Perkhidmatan Pertahanan Awam” Ertinya
angkatan dan perkhidmatan yang ditubuhkan semata-mata atau terutamanya untuk
memenuhi kehendak fungsi pertahanan awam;
"Pertahanan Awam” Meliputi apa-apa langkah yang tidak terjumlah kombat sebenar
bagi mengadakan pertahanan terhadap apa-apa bentuk serangan permusuhan
daripada keseluruhan atau sebahagian dari akibatnya, sama ada langkah itu diambil
sebelum masa, semasa atau selepas masa serangan itu.

Seksyen 4 – Pelantikan Ketua Pesuruhjaya, Timbalan Ketua Pesuruhjaya, dll.
Yang di-Pertuan Agong boleh melantik seorang Ketua Pesuruhjaya dan Penolong-
Penolong Ketua Pesuruhjaya dan pegawai-pegawai yang difikirkan perlu bagi maksud
akta ini.
Subseksyen 4C - kuasa anggota Angkatan Anggota mempunyai kuasa seperti berikut
;

(a) Mengambil apa-apa tindakan yang difikirkan perlu dan sesuai untuk kerja-
kerja menyelamat nyawa atau harta benda.

(b) Mengarah pengungsian bangunan atau tempat serta berkuasa menahan
seseorang daripada memasuki kawasan bencana. Juga boleh mengeluarkan
seseorang daripada bangunan atau tempat bencana.

(c) Mengambil tindakan untuk mengeluarkan seseorang yang menganggu
operasi menyelamat.

(d) Memindah apa-apa saja termasuk kenderaan, bangunan, peralatan dan
sebagainya yang menghalang operasi menyelamat. Anggota dibenarkan
menggunakan kekerasan yang munasabah jika perlu.

(e)Masuk atau memecah masuk kedalam mana-mana bangunan atau premis jika
perlu dengan alasan yang munasabah untuk mengelak kecederaan,
menyelamat
nyawa atau harta benda.

13

(f) Menyekat pergerakan orang ramai atau menutup lalu lintas kepada sebarang
kenderaan. Anggota juga boleh menutup mana-mana bangunan supaya
orang ramai tidak boleh memasukinya.

Subseksyen 4D - Pelaksanaan tugas dan kuasa
Setiap anggota Angkatan mesti melaksanakan tugas dan mematuhi semua arahan
pihak atasan dari semasa ke semasa berkenaan pelaksanaan operasi pertahanan
awam.

Subseksyen 4G - Anggota sukarelawan Angkatan
Hanya dengan kelulusan Ketua Pesuruhjaya sahaja boleh daftarkan mana-mana orang
sebagai anggota Angkatan mengikut tatacara yang ditetapkan. Anggota layak
menerima elaun yang telah ditetapkan dari semasa ke semasa. Kerajaan tidak
menyediakan apa-apa saraan di atas perkhidmatan sebagai anggota Angkatan.

Seksyen 6 - Anggota sebagai penjawat awam
Mengikut maksud Kanun keseksaan [Akta 574], Anggota Angkatan disifatkan sebagai
perkhidmatan awam.

Seksyen 7 - Yang di-Pertuan Agong boleh mengerahkan Angkatan untuk
berkhidmat.
Yang di-Pertuan Agong boleh mengerah anggota Angkatan melaporkan diri untuk
berkhidmat semasa bencana pada bila-bila masa. Tiada mana-mana anggota diberi
pengecualian untuk lapor diri berkhidmat tanpa kelulusan Ketua Pesuruhjaya. Majikan
tidak boleh menghalang anggota Angkatan hadir bertugas. Anggota Angkatan yang
hadir bertugas apabila dikerahkan, majikan tidak boleh buang kerja, potong cuti
tahunan atau apa-apa faedah yang anggota berhak dapat.

AKTA 221 (PINDAAN) 2016

AKTA ANGKATAN PERTAHANAN AWAM MALAYSIA 1951, AKTA 221 (PINDAAN)
2016
Suatu akta untuk mengadakan peruntukan bagi penubuhan Pertahanan Awam
Malaysia dan untuk mengadakan peruntukan bagi fungsinya dan kuasanya dan
perkara yang berhubungan dengannya. [Semenanjung Malaysia – 24 Mac 1952;
Sabah – 30 Oktober 1964, P.U. 201/1965; Sarawak – 10 November 1964, P.U. 201/1965]
Seksyen

14

1. Tajuk ringkas
2. Tafsiran.
2A. Penubuhan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia. 2B. Fungsi angkatan.
2C. Pertindihanfungsi.
3. Menteri boleh membuat kaedah-kaedah bagi pertahanan awam.
4. Pelantikan Ketua Pesuruhjaya, Timbalan Ketua Pesuruhjaya, dll.

4A.
Fungsi Ketua Pesuruhjaya.
4B. Perintah tetap Ketua Pesuruhjaya. 4C. Kuasa anggota Angkatan
4D. Pelaksanaan tugas dan kuasa. 4E. Perkhidmatan di luar negara.
4F. Sangkutan anggota angkatan di luar Malaysia. 4G. Anggota sukarelawan
Angkatan.
4H. Anggota bantuan Angkatan.
4I. Penubuhan Pasukan Kadet Pertahanan Awam. 4J. Anggota Pasukan Kadet
Pertahanan Awam.
5. Ketua Pesuruhjaya boleh membuat peraturan-peraturan.
6. Anggota sebagai perkhidmatan awam.
6A. Akta Perlindungan Pihak Berkuasa Awam 1948.
7. Yang Di-Pertuan Agong boleh mengerahkan angkatan untuk
berkhidmat.
7A. Keengganan, persaraan atau peletakan jawatan semasa dikerah
khidmat oleh Yang di-Pertuan Agong.
7B. Peletakan jawatan sementara menunggu prosiding tatatertib selesai.
7C. Perlindungan hak pekerja.
7D. Latihan pertahanan awam bagi penduduk awam. 7E. Pangkat bagi
angkatan.
7F. Kuasa menteri untuk meminda jadual. 7G. Tauliah Kehormat dan
Bersekutu.
8. Anggota pertahanan awam boleh diarahkan untuk melakukan kerja
bantuan dan pemulihan.

15

9. Pemansuhan kaedah 28 Jadual

Tajuk ringkas
1. Akta ini bolehlah dinamakan Akta Angkatan Pertahanan Awam Malaysia 1951.

Taksiran
2. Dalam akta ini, melainkan jika konteksnya mengehendaki makna yang lain-
“anggota bantuan” ertinya mana-mana orang yang dilantik oleh Ketua
Pesuruhjaya di bawah subseksyen 4H(1);

“Ketua Pesuruhjaya” ertinya ketua Pesuruhjaya Angkatan yang dilantik di bawah
subseksyen 4(1);

“pertahanan awam” termasuklah apa-apa langkah yang tidak terjumlah kombat
sebenar bagi mengadakan pertahanan terhadap apa-apa bentuk serangan
permusuhan atau bagi menahan apa-apa bentuk serangan permusuhan daripada
keseluruhan atau sebahagian
daripada akibatnya, sama ada langkah itu diambil sebelum masa, semasa atau selepas
masa serangan itu;

“perkhidmatan pertahanan awam” ertinya apa-apa perkhidmatan yang diberikan atau
tugas yang dijalankan oleh angkatan berkaitan dengan fungsi pertahanan awam;

“bencana” ertinya sesuatu malapetaka, kejadian yang tidak diingini atau kejadian besar
dalam mana-mana kawasan, yang timbul daripada sebab semulajadi, atau buatan
manusia sama ada tidak disebabkan serangan oleh musuh atau apa-apa perbuatan
perang, atau oleh kemalangan atau kecuaian, yang mengakibatkan kehilangan nyawa
yang besar atau penderitaan manusia, atau kerosakan kepada, atau kemusnahan,
harta, atau kerosakan kepada atau penurunan kualiti, alam sekitar atau yang mengikut
apa-apa cara membahayakan keselamatan awam;

“pengurusan bencana” berhubung dengan pertahanan awam, ertinya suatu proses
perancangan, penyusunan, penyelarasan, dan pelaksanaan langkah yang berterusan
dan bersepadu yang adalah perlu atau suai manfaat bagi-

1. Pencegahan bahaya atau ancaman bagi apa-apa bencana;
2. Pengurangan atau penurunan risiko bagi apa-apa bencana atau

16

keterukannya atau akibatnya;
3. Pembinaan keupayaan;
4. Bersiap sedia untuk menangani apa-apa bencana;
5. Tindakbalas segera kepada apa-apa kaedah bencana yang

mengancam atau bencana.
6. Pengungsian, penyelamatan dan bantuan; dan
7. Pemulihan dan pembinaan semula;

“majikan” ertinya mana-mana majikan yang termasuk dalam takrif
“majikan” dalam Akta Kerja 1955 [Akta 265], Ordinan Buruh
[Sabah Bab 67], Ordinal Buruh [Sarawak Bab 76] atau Akta Perhubungan
Perusahaan 1967 [Akta 177];
“angkatan” ertinya angkatan Pertahanan Awam Malaysia yang ditubuhkan di
bawah seksyen 2A;
“Menteri” ertinya Menteri yang dipertanggungjawabkan dengan
bertanggungjawab bagi pertahanan awam;
“anggota biasa” ertinya mana-mana orang yang diguna khidmat
berdasarkan perkhidmatan penuh masa dalam Angkatan;
“anggota sukarelawan” ertinya mana-mana orang yang didaftarkan
dalam angkatan di bawah seksyen 4G.

Penubuhan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia.
2A. Angkatan Pertahanan Awam Malaysia ditubuhkan yang hendaklah terdiri
daripada anggota biasa, anggota sukarelawan dan anggota bantuan.

Fungsi Angkatan.
2B. Fungsi Angkatan adalah untuk menjalankan tugas pertahanan awam seperti
yang berikut:

(a) menjalankan pengurusan bencana;
(b) melaksanakan khidmat kemanusiaan;
(c) mengajar penduduk awam tentang pertahanan awam dan melengkapi

mereka bagi maksud pertahanan itu;
(d) melatih orang yang berikut bagi maksud pertahanan awam:

(i) angkatan pertahanan awam;
(ii) pasukan polis;

17

(iii) pegawai bomba;

(iv) pekerja badan berkanun dan badan lain, sama ada
diperbadankan atau tidak diperbadankan, yang diambil kerja
terutamanya bagi maksud selain maksud pertahanan awam;

(e) merekuisisi, membeli dan menyewa tanah, bangunan, bahan, harta dan
barang-barang yang dikehendaki bagi maksud pertahanan awam;

(f) memberi nasihat kepada menteri mengenai perkara yang berhubungan
dengan pertahanan awam;

(g) mengenal pasti bahaya dan risiko yang dianggap oleh Ketua Pesuruhjaya
mempunyai kepentingan nasional;

(h) melatih dan melengkapi penduduk awam untuk menghadapi dan
mengatasi dan membantu apa-apa maksud pertahanan awam

(i) memaklumi dan menasihati penduduk awam berhubung dengan
pertahanan awam

(j) menyelamat dan memindahkan orang yang terancam ke kawasan
selamat;

(k) menubuh pos kecemasan dan pertolongan cemas dan menyediakan
pertolongan cemas kepada orang yang terbunuh atau cedera dan
memindahkan orang yang terbunuh atau cedera ke hospital atau
kawasan selamat;

(l) membantu pihak berkuasa awam yang berkaitan dan agensi lain untuk
menyediakan bantuan kecemasan dan kebajikan secara amnya, termasuk
tempat penginapan bagi orang yang tiada tempat berteduh dan
penyimpanan dan pembekalan makanan, bahan api, pakaian, bekalan
pertolongan cemas dan perubatan dan keperluan lain;

(m) membantu pihak berkuasa awam yang berkaitan untuk menjalankan
langkah pelupusan mayat atau bangkai sekiranya berlaku kecemasan;

(n) membantu pihak berkuasa awam yang berkaitan untuk menjalankan
kerja pembersihan, membersihkan jalan, jalan raya dan tempat awam lain
dan mengalihkan dan melupuskan struktur dan bahan berbahaya;

(o) membantu pihak berkuasa awam yang berkaitan untuk menjalankan
pembaikan pada utiliti penting dan bangunan kerajaan sekiranya berlaku
kecemasan;

18

(p) mengawal dan menyelaraskan pencahayaan dan pengagihan air bersih
dan bekalan penting lain;

(q) menyedia, menyenggara, mengawal dan mengendalikan peranti amaran
awam yang ditetapkan;

(r) mengurus semua tempat perlindungan termasuk tempat perlindungan
daripada serangan udara dan tempat perlindungan sementara sekiranya
berlaku kecemasan;

(s) menyediakan dan menyenggara perkhidmatan ambulans kecemasan;

(t) mengambil langkah yang sah untuk melindungi nyawa dan harta jika
berlaku kebakaran dengan menyediakan perkhidmatan bomba bantuan;
dan

(u) melaksanakan apa-apa tugas lain sebagaimana yang dikenakan ke
atasnya oleh Akta ini atau mana-mana undang-undang bertulis lain;

Pertindihan fungsi.
2C. (1) Jika terdapat apa-apa pertindihan fungsi berhubung dengan pengendalian
bencana antara Angkatan dengan mana-mana agensi atau pihak berkuasa, pertindihan
fungsi itu hendaklah diselesaikan dan diuruskan secara pentadbiran.
(2) Bagi maksud seksyen ini, “mana-mana agensi atau pihak berkuasa” termasuklah
pasukan polis dan pegawai bomba.

Menteri boleh membuat kaedah-kaedah bagi pertahanan awam.
3. (1) Bilamana ternyata pada Menteri adalah perlu atau suai manfaat untuk
berbuat demikian dia boleh membuat apa-apa kaedah yang ternyata padanya
perlu atau suai manfaat bagi pertahanan awam Malaysia.
(2) Tanpa menjejaskan keluasan makna atau ruang lingkup kuasa yang diberikan
oleh subseksyen (1) kaedah-kaedah itu boleh mengadakan peruntukan bagi-

(a) pengelolaan, penubuhan, penyenggaraan, kelengkapan, latihan dan disiplin
Angkatan;

(b) pengelolaan, kelengkapan dan latihan bagi maksud pertahanan awam bagi
pasukan polis, pasukan bomba dan pekerja badan berkanun dan badan lain,
sama ada diperbadankan atau tidak diperbadankan, yang diambil kerja
terutamanya bagi maksud selain pertahanan awam;

(c) pengajaran orang awam tentang pertahanan awam dan kelengkapan mereka
bagi maksud pertahanan awam;

19

(d) pembekalan, penyimpanan dan penyenggaraan komuniti dan benda yang
dikehendaki bagi pertahanan awam;

(e) penyediaan, pembinaan, penyenggaraan dan pengubahan premis, struktur
dan penggalian bagi maksud pertahanan awam;

(f) perekuisisian, pembelian dan penyewaan tanah, bangunan, bahan, harta, dan
barang-barang yang dikehendaki bagi maksud pertahanan awam;

(g) penaksiran dan pembayaran saraan atau pampasan berkenaan dengan semua
perkara yang dilakukan termasuk kerja yang dilakukan dan perkhidmatan yang
diberikan dan kerosakan dan kecederaan yang ditanggung akibat daripada
kuasa yang diberikan oleh atau di bawah Akta ini;

(h) pembayaran pampasan berkenaan dengan apa-apa kecederaan fizikal yang
timbul daripada dan dalam pelaksanaan oleh seseorang anggota Angkatan
tugasnya sebagai anggota sedemikian;

(i) penubuhan badan dan pelantikan pegawai bagi maksud Akta ini dan
perwakilan kepada badan dan pegawai itu semua atau mana-mana kuasa yang
diberikan oleh atau di bawah Akta ini;

(j) pengenaan penalti bagi apa-apa perbuatan atau peninggalan yang melanggar
mana-mana kaedah dengan syarat bahawa tiada penalti boleh melebihi
denda sebanyak sepuluh ribu ringgit atau pemenjaraan selama tempoh lima
tahun atau kedua-duanya; dan

(k) tugas, kuasa dan keistimewaan seseorang anggota bantuan pertahanan awam
dan kawasan yang tugas, kuasa dan keistimewaan itu boleh dijalankan atau
dinikmati oleh anggota itu.

(3) (dipotong oleh Akta A1513)

Pelantikan Ketua Pesuruhjaya, Timbalan Pesuruhjaya, dll.

4 (1) Yang di-Pertuan Agong boleh melantik seorang Ketua Pesuruhjaya bagi
Angkatan.

(2)Yang di-Pertuan Agong boleh melantik apa-apa bilangan Timbalan Ketua
Pesuruhjaya, Pesuruhjaya, Timbalan Pesuruhjaya, Penolong Pesuruhjaya,
Kolonel dan pegawai pertahanan awam daripada kalangan anggota biasa dan
anggota sukarelawan sebagaimana yang difikirkannya perlu bagi maksud Akta
ini.

4A. (1) Ketua Pesuruhjaya hendaklah-

20

(a) bertanggungjawap bagi penjalanan, pentadbiran dan
pengurusan am Angkatan; dan

(b) menjalankan apa-apa fungsi lain yang diberikan oleh atau di bawah
Akta ini dan melaksanakan apa-apa fungsi lain yang adalah tambahan
kepada, bersampingan dengan atau berbangkit daripada mana-mana
fungsi yang dinyatakan dalam seksyen ini atau bagi membantu
melaksanakan fungsi pertahanan awam.

(2) Ketua Pesuruhjaya boleh secara bertulis, tertakluk kepada apa-apa syarat,
batasan atau sekatan yang difikirkan patut dikenakan, mewakilkan segala
atau mana-mana fungsinya di bawah Akta ini kepada Timbalan Ketua
Pesuruhjaya atau kepada mana=mana pegawai pertahanan awam.

(3) Perwakilan di bawah subseksyen (2) tidak boleh menjejaskan
pelaksanaan fungsi itu oleh Ketua Pesuruhjaya pada bila-bila masa.

Perintah Tetap Ketua Pesuruhjaya.
4B. Ketua Pesuruhjaya boleh membuat dan mengeluarkan perintah, yang dikenali
sebagai Perintah Tetap Ketua Pesuruhjaya, selaras dengan Akta atau mana-mana
perundangan subsidiari yang dibuat di bawah Akta ini bagi melaksanakan atau
memberi kuat kuasa penuh kepada peruntukan Akta ini.

Kuasa anggota Angkatan

4C. (1) Pada menjalankan mana-mana fungsi di bawah Akta ini, seseorang anggota
Angkatan hendaklah mempunyai kuasa yang berikut:

(a) mengambil apa-apa langkah yang ternyata padanya perlu atau suai manffat
bagi perlindungan nyawa dan harta.

(b) Mengarahkan pengungsian mana-mana kawasan, bangunan atau tempat, dan
menahan masuk orang ke mana-mana kawasan, bangunan atau tempat dan
dalam menjalankan kuasa itu boleh memindahkan atau menyebabkan
dipindahkan seseorang yang tidak mematuhi arahan untuk mengungsi atau
seseorang yang masuk atau dijumpai di dalam mana-mana kawasan,
bangunan atau tempat yang berkenaan dengannya suatu arahan bagi
menahan orang telah diberikan;

(c) mengeluarkan mana-mana orang yang kehadiran atau tindakannya
mengganggu operasi Angkatan.

(d) memindah dari suatu tempat, apa-apa kenderaan, apa-apa struktur atau apa-

21

apa jua yang menghalang operasi pengurusan kecemasan pertahanan awam
dan untuk memudahkannya boleh menggunakan apa-apa kekerasan yang
semunasabahnya perlu atau boleh memecah masuk ke dalam tempat,
kenderaan, struktur atau benda itu;

(e) masuk dan, jika perlu, memecah masuk ke dalam mana-mana tempat,
bangunan, premis atau tanah yang dia percaya atas alasan yang munasabah
bahawa adalah perlu untuk berbuat demikian bagi menyelamat nyawa atau
mengelakkan kecederaan atau menyelamatkan orang yang cedera atau
terancam atau bagi memudahkan penjalanan apa-apa langkah segera
berkenaan dengan pengurangan penderitaan dan kesedihan; dan

(f) menyekat pergerakan orang dan menutup kepada lalu lintas mana-mana jalan
raya, jalan dan mana-mana tempat yang kepadanya orang awam mempunyai
akses.

(2) Mana-mana orang yang tidak mematuhi apa-apa arahan yang diberikan di bawah
seksyen ini melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak
melebihi sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi
lima tahun atau kedua-duanya.
4D. Tiap-tiap anggota Angkatan hendaklah melaksanakan tugas dan menjalakan kuasa
sebagaimana yang di kenakan oleh Akta ini atau yang diberikan kepada anggota
Angkatan dan hendaklah mematuhi semua arahan berkenaan dengan pelaksanaan
jawatannya yang diterima dari semasa ke semasa daripada pegawai atasannya dalam
Angkatan.

Perkhidmatan di luar Malaysia
4E. Menteri boleh, jika difikirkannya suai manfaat, memerintahkan mana-mana
anggota Angkatan untuk berkhidmat di luar Malaysia.

Sangkutan anggota Angkatan di luar Malaysia
4F. Menteri boleh menempatkan sebagai anggota sangkutan secara sementara mana-
mana anggota Angkatan kepada mana-mana angkatan pertahanan awam asing atau
mana-mana pertubuhan di luar Malaysia.

Anggota sukarelawan Angkatan
4G. (1) Ketua Pesuruhjaya boleh mendaftar orang untuk berkhidmat secara sukarela
sebagai anggota Angkatan.
(2)Pendaftaran di bawah subseksyen (1) boleh dibuat mengikut cara yang ditetapkan.
(3)Anggota sukarelawan Angkatan tidak berhak menerima apa-apa saraan bagi

22

perkhidmatan ini, kecuali apa-apa elaun yang ditetapkan oleh Menteri dari semasa ke
semasa berhubung dengan tugas tertentu.
4H. (1)Ketua Pesuruhjaya boleh, dengan persetujuan Menteri, melantik mana-mana
orang untuk berkhidmat sebagai anggota bantuan Angkatan dan boleh menetapkan
kawasan yang anggota bantuan itu dikehendaki berkhidmat.
(2)Seseorang anggota bantuan Angkatan hendaklah berkhidmat secara sukarela dan
tidak berhak menerima apa-apa saraan bagi perkhidmatan itu, kecuali apa-apa elaun
yang ditetapkan oleh Menteri dari semasa ke semasa berhubung dengan tugas
tertentu.

Penubuhan Pasukan kadet Pertahanan Awam
4J. (1) Orang yang berikut boleh memohon untuk menjadi anggota Pasukan Kadet
Pertahanan Awam:

(a) mana-mana orang yang berumur tidak kurang dari dua belas tahun dan tidak
lebih tiga puluh tahun yang memiliki kelayakan sebagaimana yang ditentukan
oleh Menteri;

(b) mana-mana murid daripada mana-mana sekolah menengah sebagimana yang
ditakrifkan di bawah akta Pendidikan 1669 [Akta 550], sebagaimana yang
ditentukan oleh Menteri, setelah berunding dengan Menteri yang
dipertanggungkan dengan tanggungjawap bagi pendidikan; atau

(c) mana-mana orang yang merupakan pelajar berdaftar mana- mana institusi
latihan atau pendidikan yang mengikuti kursus pengajian atau latihan
berdasarkan penuh masa atau separuh masa di institusi latihan atau pendidikan
itu, sebagaimana yang ditentukan oleh Menteri, setelah berunding dengan
Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawap bagi institusi latihan
dan pendidikan itu.

(2) Permohonan di bawah subseksyen (1) boleh dibuat mengikut cara yang ditetapkan.

Ketua Pesuruhjaya boleh membuat peraturan-peraturan
5.Ketua Pesuruhjaya boleh membuat peraturan-peraturan yang selaras dengan Akta
ini dan mana-mana kaedah yang dibuat dibawahnya yang memperuntukkan secara
am tentang butir-butir yang berkaitan dengan pengelolaan dan kakitangan Angkatan,
tentang pertahanan awam dan tentang tugas, kelengkapan dan latihan dan
pengajaran orang yang baginya kaedah-kaedah itu terpakai.

Anggota sebagai perkhidmatan awam
6. Anggota Angkatan hendaklah disifatkan sebagai pekhidmat awam bagi maksud

23

Kanun Keseksaan [Akta 574].

Akta Perlindungan Pihak Berkuasa Awam 1948
6A. Akta Perlindungan Pihak Berkuasa Awam 1948 [Akta 198] hendaklah terpakai bagi
apa-apa guaman, tindakan, pendakwaan atau prosiding terhadap Ketua Pesuruhjaya,
Timbalan Ketua Pesuruhjaya, Pesuruhjaya, Timbalan Pesuruhjaya, Penolong
Pesuruhjaya, Kolonel, pegawai atau mana-mana anggota
Angkatan berkenaan dengan apa-apa dilakukan olehnya dengan suci hati atau apa-
apa peninggalan olehnya dengan suci hati, atas sifat sedemikian.

Yang di-Pertuan Agong boleh mengerahkan Angkatan untuk berkhidmat
7. (1) Yang di-Pertuan Agong boleh melalui proklamasi, mengerahkan untuk
berkhidmat seluruh atau mana-mana bahagian Angkatan.
(2)Seseorang anggota Angkatan yang dikerah khidmat di bawah subseksyen (1)
hendaklah melaporkan diri untuk berkhidmat pada masa dan di tempat sebagaimana
yang ditetapkan oleh Ketua Pesuruhjaya melalui pemberitahuan dalam Warta atau
selainnya.
Keengganan, persaraan atau peletakan jawatan semasa dikerah khidmat oleh Yang di-
Pertuan Agong
7A. (1) Tiada anggota Angkatan boleh enggan untuk berkhidmat, bersara atau meletak
jawatan, mengikut mana-mana yang berkenaan, semasa dikerah khidmat oleh Yang
di-Pertuan Agong di bawah subseksyen 7(1).
(2) Walau apa pun subseksyen (1), seseorang anggota Angkatan boleh dibenarkan
untuk bersara atau meletak jawatan, mengikut mana- mana yang berkenaan, jika
disyorkan sedemikian oleh Ketua Pesuruhjaya.

Peletakan jawatan sementara menunggu prosiding tatatertib selesai
7B. Tiada anggota Angkatan boleh, tanpa kebenaran bertulis Ketua Pesuruhjaya,
bersara atau meletak jawatan, mengikut mana-mana yang berkenaan, daripada
Angkatan semasa apa-apa prosiding tatatertib atau pendakwaan yang dimulakan
terhadapnya belum selesai berkenaan dengan apa-apa kesalahan yang dia dipertuduh.

Perlindungan hak pekerja
7C. Mana-mana anggota sukarelawan atau anggota bantuan Angkatan yang, semasa
dikerah khidmat oleh Yang di-Pertuan Agong tidak hadir bertugas bagi pekerjaan
biasanya oleh sebab menjalankan tugas berkaitan dengan pertahanan awam atas
mana-mana sifat tidak boleh dibuang kerja, atau kehilangan cuti tahunan atau faedah
lain yang anggota itu berhak di bawah apa-apa anugerah atau perjanjian yang terpakai

24

bagi pekerjaan biasanya, semata-mata oleh sebab ketidakhadiran itu, sama ada atau
tidak majikan biasanya telah mengizinkan ketidakhadirannya.

Latihan pertahanan awam bagi penduduk awam
7D. Menteri boleh dari semasa ke semasa membuat perkiraan bagi penduduk awam
dilatih dalam perkara pertahanan awam dan bagi pengendalian latihan bagi maksud
pertahanan awam.

Pangkat bagi Angkatan
7E. Pangkat bagi Angkatan adalah sebagaimana yang dinyatakan dalam
jadual.

Kuasa Menteri untuk meminda Jadual
7F. Menteri boleh melalui perintah yang disiarkan dalam Warta meminda jadual.

Tauliah Kehormat dan Bersekutu
7G. Menteri boleh memberi Tauliah Kehormat dan tauliah Bersekutu
Angkatan kepada mana-mana orang yang difikirkannya layak.

Penyamaran
7H. Mana-mana orang yang bukan seorang anggota Angkatan yang;

(a) berpura-pura menjadi anggota Angkatan dengan mengetahui
bahawa dia bukan sedemikian;

(b) menyamar sebagai anggota Angkatan; atau
(c) atas sifat yang dibuat-buat itu melakukan atau cuba untuk

melakukan apa-apa perbuatan atas alasan menjadi seorang anggota
Angkatan,
melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, denda tidak melebihi
sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak lebih lima tahun
atau kedua-duanya.

Anggota pertahanan awam boleh diperintahkan untuk melakukan kerja bantuan dan
pemulihan.
8. (1) Ketua Pesuruhjaya boleh dengan persetujuan Menteri memerintahkan Angkatan
atau mana-mana bahagiannya digunakan khidmat bagi melakukan apa-apa kerja
bantuan atau memberi perlindungan kepada, atau mengambil langkah bagi menjamin

25

keselamatan nyawa, orang atau harta penduduk awam sekiranya berlaku apa-apa
bencana atau bencana yang akan melanda atau bagi melaksanakan atau
memudahkan pemulihan mereka selepas bencana itu.
(2) Anggota Angkatan yang digunakan khidmat menurut subseksyen
(3) Hendaklah disifatkan sebagai melaksanakan tugas pertahanan awam.

Pemansuhan kaedah 28
8. Kaedah 28 Kaedah-Kaedah Pertahanan Awam (Pasukan Pertahanan Awam)

1970 [P.U.(A) 74/1970] dimansuhkan.

JADUAL

PANGKAT PERTAHANAN AWAM

1. PEGAWAI KANAN
(a) Ketua Pesuruhjaya Pertahanan Awam
(b) Timbalan Ketua Pesuruhjaya Pertahanan Awam
(c) Pesuruhjaya Pertahanan Awam
(d) Timbalan Pesuruhjaya Pertahanan Awam
(e) Pembantu Pesuruhjaya Pertahanan Awam
(f) Kolonel Pertahanan Awam

2. PEGAWAI
(a) Leftenan Kolonel Pertahanan Awam
(b) Majer Pertahanan Awam
(c) Kapten Pertahanan Awam
(d) Leftenan Pertahanan Awam
(e) Leftenan Muda Pertahanan Awam

3. STAF PEJABAT
(a) Staf Tinggi
(b) Staf Kanan
(c) Staf Muda

26

4. LAIN-LAIN PANGKAT
(a) Sarjan Majer Pertahanan Awam
(b) Sarjan Pertahanan Awam
(c) Koperal Pertahanan Awam
(d) Lans Koperal Pertahanan Awam
(e) Prebet Pertahanan Awam

MISI, VISI & MOTTO

Visi
Menjadi Angkatan Pertahanan Awam Yang Kompeten Dalam Kesiapsiagaan
rakyat dan pengurusan bencana.

Misi
Memperkasa kesiapsiagaan awam untuk keselamatan dan
kesejahteraan negara.

Moto

“SEDIA, PANTAS, BERINTEGRITI”

OBJEKTIF PENUBUHAN APM

Mengurangkan risiko akibat bencana dengan cara:
1. Menyediakan latihan menyelamat kepada orang awam.
2. Mewujudkan serta mengendalikan sistem amaran bencana.
3. Menyediakan pusat-pusat latihan perlindungan samasa bencana berlaku.
Memberi tindak balas kepada bencana dengan cara:
1. Menubuhkan pasukan (First Responder).
2. Menyediakan perkhidmatan kecemasan. Memberi perkhidmatan pemulihan
dengan cara:
3. Menubuhkan pasukan (First responder).
4. Menyediakan perkhidmatan kecemasan.

27

FOKUS PERTAHANAN AWAM

Peranan Pertahanan Awam

1. Melatih seramai mungkin rakyat yang mempunyai pengetahuan dalam
aspek keselamatan dan Pertahanan Awam–Seksyen 3(2)c Akta Pertahanan
Awam 1951 (Akta 221).

2. Mengelola, menubuh, menyenggara, melengkapi, melatih dan mendisiplin
Angkatan dan Perkhidmatan Pertahanan Awam– Seksyen 3(2)A Akta 221.

3. Melakukan kerja bantuan bencana atau memberi perlindungan bagi
menjamin keselamatan nyawa, orang atau harta benda penduduk awam
sekiranya berlaku atau akan berlaku bencana serta memudahkan pemulihan
mangsa selepas bencana tersebut- Seksyen 8(1) Akta 221.

Fungsi Pertahanan Awam

Berikut adalah fungsi pertahanan di dalam Angkatan Pertahanan Awam Malaysia :

1. Melatih dan melengkapkan rakyat dengan ilmu pertahanan awam ke
arah Kesiapsiagaan menghadapi ancaman musuh, kecemasan dan
bencana.

2. Melaksanakan tugas menyelamat, perlindungan dan khidmat
kemanusiaan dari sebarang ancaman musuh, bencana dan
kecemasan.

3. Menggubal dan menyusun modul-modul latihan yang terkini dan
komprehensif bagi Angkatan Pertahanan Awam.

4. Menubuhkan dan mentadbir urus Angkatan Pertahanan Awam
melalui perkhidmatan dan logistik yang relevan dan terkini.

5. Mengenal pasti dan mengkaji ancaman serta mengawal risiko yang
boleh memberi impak terhadap keselamatan rakyat dan negara.

6. Menyediakan perkhidmatan kecemasan dan khidmat bantuan
kemanusiaan di seluruh negara.

7. Menilai dan menyebar maklumat, khidmat nasihat serta amaran
kepada orang awam berkaitan sebarang ancaman musuh, kecemasan
dan bencana.

8. Melaksana dan menambahbaikkan dasar-dasar pertahanan awam

28

berpandukan punca kuasa yang ditetapkan.
9. Merekuisisi aset dan fasiliti bagi tujuan pertahanan awam.

Teras Strategik

1. Pemantapan dasar pertahanan awam negara dan perundangan.
2. Keutuhan rakyat dan kesejateraan negara.
3. Pemerkasaan angkatan.
4. Pemantapan penyampaian perkhidmatan.

Nilai & Teras

1. Integriti.
2. Komitmen.
3. Kualiti.
4. Inovasi dan kreativiti.
5. Profesionalisme.
6. Semangat kekitaan dan sepunya.
7. Keterbukaan.
8. Kebolehcayaan.

29

BAB 3
PERTOLONGAN CEMAS

PENGENALAN

Definisi

Pertolongan cemas adalah bantuan awal yang diberikan serta merta kepada seseorang
yang ditimpa kemalangan atau penyakit secara tiba- tiba, sehingga ketibaan ambulans
dan pasukan perubatan yang bertauliah.

Konsep Pertolongan Cemas

Di dalam kehidupan kemalangan dan kecederaan yang tidak dijangka
berkemungkinan boleh berlaku. Seperti kata pepatah Melayu ‘malang tidak berbau”.
Kemalangan boleh berlaku di rumah, tempat kerja, jalan raya dan sebagainya.

Apabila berlaku kecederaan akibat kemalangan, beberapa tindakan yang perlu
dilakukan bertujuan untuk memberi bantuan atau pertolongan kepada mangsa.
Pertolongan cemas yang diberikan boleh mengelak kecederaan yang lebih parah
malahan mungkin juga boleh menyelamatkan nyawa.

Selepas bantuan awal, mangsa akan berada di bawah tanggungjawab para profesional
seperti jururawat, pembantu perubatan atau doktor. Pertolongan cemas berbeza
dengan rawatan domestik di mana kecederaan ringan yang berlaku boleh dirawat
tanpa

menghantar mangsa ke klinik atau hospital. Rawatan dilakukan menggunakan
kelengkapan peti kecemasan sahaja. Pertolongan cemas kerapkali dikendalikan
dengan apa sahaja alatan yang ada dan sesuai di tempat kejadian.

30

SKOP PERTOLONGAN CEMAS

1. Membuat diagnosis.
2. Menentukan bentuk dan tahap rawatan yang sesuai dan

memulakan rawatan yang diperlukan.
3. Menyediakan mangsa untuk dipindahkan ke ambulans.

Diagnosis

Sebelum memulakan sebarang rawatan, penting ahli pertolongan cemas mengetahui
sejarah kesihatan, persekitaran, alahan, tanda-tanda dan simptom yang dialami
mangsa. Sejarah adalah maklumat mengenai kesihatan lampau mangsa yang
diperolehi daripada mangsa sendiri, waris, rakan, saksi-saksi kejadian, bukti-bukti
persekitaran dan tanda- tanda yang dipakai mangsa. Sejarah ini menentukan jenis-jenis
rawatan yang boleh diberikan atau sebaliknya.

Penilaian persekitaran juga penting kerana ia boleh menunjukkan punca-punca
kejadian bencana. Kadang-kadang mangsa mempunyai alahan kepada sesuatu,
rawatan yang menyebabkan berlaku alahan akan menyebabkan keadaan mangsa
bertambah teruk, oleh demikian pastikan ahli pertolongan cemas mendapatkan
maklumat tentang alahan mangsa. Tanda-tanda keadaan yang berlainan daripada
kebiasaan pada mangsa boleh dikesan oleh ahli pertolongan cemas. Antara perubahan
pada mangsa ialah kepatahan, muntah, pucat, kulit kebiru-biruan, dan sebagainya.
Manakala simptom-simptom merupakan perasaan-perasaan yang dilaporkan oleh
mangsa antaranya pening, sakit kepala, dahaga dan sebagainya.

Menentukan Bentuk Dan Tahap Rawatan

Jika keadaan tidak bahaya, mulai dengan memeriksa dan seterusnya merawat mangsa
di tempat kejadian. Jika keadaan di tempat kejadian bahaya, alihkan mangsa ke tempat
selamat dan sesuai. Alihkan mangsa jika perlu sahaja.
Cara yang baik memulakan memeriksa mangsa dengan memulai dari kepala, muka,
badan dan seterusnya ke anggota lain. Perhatikan perubahan warna kulit dan air muka
mangsa. Jika bibir berubah kebiru- biruan, maknanya mangsa kekurangan oksigen
kesan daripada masalah pernafasan. Jika muka pucat dan kekeringan ini menunjukkan
mangsa mengalami renjatan. Air muka juga boleh menunjukkan tahap kesakitan.
keadaan mangsa yang mengantuk menunjukkan bahawa kemungkinan besar mangsa
akan alami koma. Mangsa dikatakan koma jika dia tidak dapat disedarkan langsung

31

walaupun dengan cara bersungguh-sungguh.

Periksa badan, perhatikan naik turun dada dan pernafasan. Kecederaan juga boleh
menjadi salah satu penyebab kesukaran bernafas. Kecederaan yang teruk diberikan
keutamaan rawatan. Jika bilangan mangsa ramai, keadaan akan lebih kelam kabut. Ahli
pertolongan cemas perlu tenang, tentukan keutamaan mangsa dan bertindak segera.
Mangsa luka, sukar bernafas dan patah perlu diberi rawatan terlebih dahulu.

Pindah Mangsa Ke Ambulans/Hospital

Memindah mangsa cedera tidak seharusnya menimbulkan sebarang bahaya. Ahli
pertolongan cemas hendaklah menggunakan kekuatan tenaga, tangan, paha, pinggul
dan kaki. Ahli pertolongan cemas hendaklah sentiasa bersama mangsa sehingga
bantuan tiba, membuat laporan tentang pemerhatian yang telah dilakukan ke atas
mangsa kepada pihak berkaitan. Memberi bantuan kepada pegawai perubatan
sekiranya perlu. Elakkan jangkitan silang (cross infection) antara mangsa dan ahli
pertolongan cemas.

Jangkitan silang merupakan jangkitan dari mangsa kepada ahli pertolongan cemas.
Ianya boleh berjangkit melalui cecair dari badan mangsa. Oleh demikian, elakkan diri
dari tersentuh cecair pada badan mangsa, basuh tangan sebelum dan selepas
memberi rawatan, pakai sarung tangan, guna topeng muka perubatan.

PRINSIP PERTOLONGAN CEMAS

Tindakan pertolongan cemas kepada mangsa mestilah berasaskan kepada skop dan
prinsip pertolongan cemas. Tindakan yang melebihi daripada prinsip pertolongan
cemas, boleh mendatangkan bahaya kepada mangsa dan ada kemungkinan
kecederaan bertambah teruk. Pertolongan cemas dilakukan sekadar mengurangkan
kecederaan dan kesakitan mangsa. Prinsip pertolongan cemas adalah sebagai
penyelamat nyawa, pencegahan keadaan kecederaan dari merosot, penyediaan untuk
pengambilalihan oleh pegawai perubatan, mengurangkan kesengsaraan dan
kesakitan.

1. Menyelamat nyawa.
Kecemasan boleh berlaku dan membahayakan nyawa yang diakibatkan oleh
saluran pernafasan tersumbat. Jika mangsa tidak sedarkan diri dan nadi

32

berhenti, lakukan CPR. Selain pernafasan, luka dan pendarahan yang banyak
juga boleh mengancam nyawa. Tindakan segera perlu dilakukan bagi
menghentikan pendarahan.

2. Mencegah kecederaan bertambah parah.

Antara kecederaan yang bertambah parah adalah luka, pendarahan dan patah
tulang. Luka yang dialami mangsa perlu dibalutkan segera bagi mengelak
pendarahan. Jika dibiarkan, ia akan mengakibatkan mangsa kehilangan darah
yang banyak. Sekiranya darah dalam badan berkurangan dengan mendadak,
mangsa akan kehilangan oksigen dan pengsan. Selain

pendarahan, kepatahan tulang juga perlu dibalut. Ini bagi mengelak tulang
bergeseran dan menusuk-nusuk otot. Patah tulang belakang boleh
mencederakan saraf dalam tulang belakang dan menjadi penyebab
kelumpuhan.

3. Penyediaan bagi pengambilan oleh pegawai perubatan profesional.

Bagi mempercepatkan pengambilalihan oleh pegawai perubatan, kecederaan
perlu dirawat terlebih dahulu. Luka terbuka perlu dibalut bagi mengelak
jangkitan kuman. Kepatahan mesti dikendalikan secara berhati-hati dan di
balut bagi mengelak kecederaan organ dan saluran darah bertambah teruk.

4. Memberi pertolongan semasa mangsa tercedera atau memerlukan rawatan
perubatan.

Sebaik sahaja bantuan boleh diberikan, nilaikan setiap kecederaan
menggunakan kaedah-kaedah yang sesuai. Pastikan segera samada mangsa
tidak sedar, sedar sepenuhnya, tidak sedar tapi masih bernafas atau tidak
bernafas tapi mempunyai denyutan. Lakukan rawatan sebaik mungkin
mengikut keparahan mangsa.

5. Melindungi dan mengurangkan kecemasan mangsa.

Tindakan yang tenang dan cekap dengan sendirinya memberi ketenangan dan
harapan kepada mangsa. Jika mangsa panik, tenteramkan mangsa supaya
suasana terkawal. Terangkan keadaan yang telah berlaku dan rawatan yang
akan dilakukan. Ini penting supaya mangsa tahu apa yang dilakukan
terhadapnya. Keluarkan mangsa ke tempat yang lebih selamat jika perlu.

6. Menyediakan ubatan, alat-alat untuk melindungi orang-orang yang cedera.

Membawa peti ubat kecemasan. Peti ubat mestilah mempunyai ubat-ubatan
dan kelengkapan yang mencukupi dan masih dalam tempoh penggunaan.

33

7. Mengelakkan komplikasi
Organ dalam boleh cedera semasa bencana berlaku antaranya tercucuk objek
tajam dan kepatahan tulang. Berikan rawatan khusus kepada kecederaan yang
dialami mangsa. Luka hendaklah dibalut dan patah dianduh. Sekiranya mangsa
pengsan, lakukan rawatan renjatan. Pastikan pergerakan mangsa dikurangkan
ke tahap minimum.

8. Menggalakkan pemulihan
Melakukan beberapa perkara yang boleh membawa kesembuhan yang
lebih cepat. Menenangkan pesakit, memberi kata-kata semangat,
mendapatkan bantuan segera serta kurangkan pergerakan mangsa.

Ciri–Ciri Seorang Ahli Pertolongan Cemas

1. Tajam pemerhatian
Nampak tanda-tanda dan gejala sesuatu kecederaan.

2. Pantas ikhtiar
Cepat berfikir untuk menggunakan alih ganti yang berada di sekitar
mangsa. Berupaya menggunakan apa-apa yang ada di sekeliling
sebagai alih ganti.

3. Tidak kasar
Rawatan dilakukan secara tertib dan tidak menyakiti mangsa.

4. Bertimbang rasa
Menghiburkan hati mangsa yang berada dalam kesakitan dan
kesusahan.

5. Berakal budi
Tidak menyakiti mangsa, sabar melayani mangsa yang kesakitan.

6. Sentiasa tersenyum
Muka tersenyum, berkeyakinan, lembah-lembut dalam semua gerak kerja.

Tanggungjawab Ahli Pertolongan Cemas

1. Menilai sesuatu keadaan dengan pantas dan selamat, kemudian meminta
bantuan dengan sewajarnya.

2. Mengenalpasti seboleh mungkin mekanisme kecederaan atau sebab sebab

34

kesakitan berlaku.

3. Memberi rawatan awal yang sesuai dan sewajarnya mengikut peraturan
tertentu dan keutamaan.

4. Memastikan mangsa dibawa ke hospital untuk rawatan
selanjutnya.

5. Menunggu mangsa sehingga diserahkan kepada pihak yang bertanggungjawab.

6. Memberi maklumat yang jelas kepada pegawai perubatan.

Tugas Seorang Ahli Pertolongan Cemas

1. Menahan darah daripada mengalir keluar.

Jika mangsa luka dan berdarah, balut menggunakan kaedah yang sesuai.
Pastikan tiada darah mengalir keluar.

2. Memberi perlindungan atau membuat teduh jika perlu.

Buat teduhan jika mangsa berada di tempat yang panas dan terdedah kepada
terikkan matahari.

3. Memberi bantuan pemulihan pernafasan.

Lakukan CPR, memulihkan mangsa yang terhenti pernafasan dengan
menggunakan tekanan di atas dada dan bantuan hembusan pernafasan.

4. Longgarkan pakaian atau objek yang menghalang pernafasan mangsa.

Longgarkan baju, tali lehar, kasut dan hijab yang dipakai untuk membolehkan
udara beredar dengan lancar. Jika mangsa tercekik, tekan bahagian perut
sehingga bendasing terkeluar.

5. Jika mukanya pucat, baringkan mangsa dan selimutkan.
Selimutkan mangsa agar sentiasa panas.

6. Jika ramai orang mengelilingi mangsa, minta jauhkan daripada
mangsa kerana mangsa memerlukan udara untuk pernafasan.

**CPR Satu tindakan bantuan awalan bagi memulihkan
mangsa yang terhenti pernafasan dengan menggunakan
teknik tekanan di atas dada (tekanan dari luar) dan
bantuan hembusan pernafasan

35

PETI PERTOLONGAN CEMAS (FIRST AID KIT)

Peti pertolongan cemas merupakan sebuah peti yang mempunyai barangan asas
perubatan yang diperlukan semasa berlaku kecemasan dan cedera ringan.
Kelengkapan yang mesti ada dalam peti kecemasan antaranya:

1. Kainanduh
Kain segi tiga. Membalut luka atau menetapkan bahagian yang cedera.

2. Pita pelekat
Menetapkan kainkasa.

3. Kain kasa
Menutup luka.

4. Kapas
Membersihkan luka dan menyapu ubat.

5. Plaster berubat
Menutup luka yang kecil.

6. Gunting
Gunting kain kasa, pita pelekat atau pembalut.

7. Pin keselamatan/pinbaju
Menetapkan kain anduh atau pembalut.

8. Termometer klinikal
Mengukur suhu badan.

9. Sarung tanganlateks
Melindungi penyelamat daripada terkena jangkitan.

10. Topengmuka
Melindungi penyelamat daripada terkena jangkitan.

11. Krimantiseptik
Membasmi kuman serta merawat luka, calar, lepuh kecil serta gigitan atau sengatan
haiwan.

36

12. Buku panduanpertolongancemas
Rujukan untuk maklumat yang tepat mengenalpasti pertolongan cemas.

13. Pek ais
Menuam pada bahagian lebam, terseliuh atau kecederaan otot.

14. Putikkapas
Membersihkan luka kecil atau menyapu ubat.

15. Pembalut
Membalut luka atau bahagian yang terseliuh.

16. Larutan bergaram
Membersihkan luka.

17. Larutan antiseptik
Membunuh kuman padabahagian luka.

18. Larutan akriflavin (losen kuning)
Membunuh kuman padabahagian luka.

19. Pengepit
Mengepit kapas dan kain kasa atau benda asing pada bahagian luka.

34.Minyak angin
Meringankan rasa sakit kepala atau pening kepala.

37

BAB 4
SISTEM PEREDARAN

DARAH

PENGENALAN

Sistem peredaran, juga dipanggil sistem kardiovaskular. Ia merupakan satu sistem
organ yang membenarkan darah beredar dan mengangkut nutrien, oksigen, karbon
dioksida, hormon dan sel-sel darah kepada dan daripada sel di dalam badan untuk
menyuburkannya dan membantu untuk melawan penyakit, menstabilkan suhu
badan dan pH, dan untuk mengekalkan homeostasis.

Sistem peredaran darah merupakan salah satu sistem yang penting dalam tubuh
manusia. Sistem ini mengedarkan darah bermula dari jantung ke seluruh badan
kemudian masuk semula ke jantung. Sistem peredaran darah ini juga dikenali sebagai
peredaran tertutup kerana darah mengalir di dalam salur yang tertutup.

Fungsi asas peredaran darah ialah menyampaikan zat-zat makanan dan oksigen
kepada sel–sel di dalam badan dan mengeluarkan karbon dioksida serta bahan yang
tidak diperlukan oleh badan.

Darah
Tubuh manusia mempunyai 8 hingga 10 pain (6 liter) darah. Tanpa darah mustahil
manusia boleh hidup. Ini menunjukkan bahawa darah sangat penting dalam sistem
tubuh badan manusia. Ia membawa oksigen dan zat-zat makanan keseluruhan sel dan
tisu badan. Selain itu, darah juga berfungsi melawan jangkitan kuman, membawa
bahan buangan, hormon-hormon dan enzim–enzim. Warna kulit juga dipengaruhi
oleh darah. Suhu badan juga ditentukan oleh darah yang mengalir.

Darah terdiri daripada pepejal (sel darah) sebanyak 40%, selebihnya adalah cecair
(plasma). Darah mengandungi tiga jenis sel iaitu sel darah merah, sel darah putih dan
sel pembekuan (platelet).

38

Plasma
Merupakan larutan yang berwarna jernih kekuningan dan mengandungi bahan larut
dalam air. Kebiasaan terdapat 90% air terkandung dalam plasma. Bahan larut yang
terdapat dalam plasma antaranya garam, bahan-bahan makanan (glukosa, asid amino),
protein darah (fibrinogen, globulin dan albumin), bahan-bahan kumuh (urea) dan
hormon.

Sel Darah Merah
Berbentuk ceper dwicekung, tidak mempunyai nukleus, mengandungi pigmen
hemoglobin yang berwarna merah. Saiz dan bentuknya menghasilkan nisbah luas
permukaan terhadap isipadu yang besar dan ini menambahkan kecekapan sel darah
bagi pertukaran oksigen dengan plasma. Sel ini boleh hidup lebih kurang 120 hari
sahaja. Ia dimusnahkan dalam hati dan diganti oleh sel-sel baru dalam sumsum tulang.

Sel Darah Putih (Leukosit)
Tidak berwarna dan mempunyai bentuk yang tidak sekata. Setiap sel mempunyai
nukleus di mana setiap sel dihasilkan daripada sumsum tulang dan kelenjar limfa dan
boleh hidup selama 30 jam. Terdapat pelbagai jenis sel darah putih yang berlainan dari
segi rupa dan fungsi. Ia memainkan peranan yang penting dalam pertahanan badan
seseorang terhadap serangan bakteria.

Sel Pembeku Darah (Platelet)
Terbentuk daripada luluhan sel-sel lain iaitu trombosit serpihan- serpihan sitoplasma
yang sangat kecil. Sel-sel ini tidak mempunyai nukleus. Ia memainkan peranan penting
dalam pembekuan darah. Sel ini boleh hidup selama 10 hari sahaja.

Mekanisme Pengaliran Darah
Darah dari semua bahagian badan mengalir masuk ke atrium kanan melalui vena kava.
Vena kava anterior membawa balik darah terdeoksigen dari kepala dan anggota
hadapan ke jantung. Vena kava inferior pula membawa balik darah terdeoksigen dari
anggota badan bawah ke organ badan lain. Darah yang terdeoksigen memenuhi atrium
kanan dan apabila atrium kanan mengecut, darah dipamkan ke dalam ventrikel kanan.
Ventrikel kanan kemudian mengecut dan darah dipaksa keluar melalui arteri pulmonari
ke peparu. Dalam masa yang sama, injap trikuspid tertutup bagi menghalang darah
daripada mengalir balik ke atrium kanan.

Pada arteri pulmonari, injap trikuspid akan tertutup bagi menghalang darah daripada
mengalir balik ke atrium kanan. Darah beroksigen dari peparu dibawa masuk atrium

39

kiri melalui vena pulmonari. Darah beroksigen akan memenuhi atrium kiri dan apabila
atrium kiri mengecut, darah mengalir masuk ke ventrikel kiri. Apabila tekanan dalam
ventrikel kiri tinggi, darah beroksigen akan ditolak keluar melalui aorta. Pada masa
yang sama, injap bikuspid akan tertutup untuk mengelakkan darah mengalir balik ke
atrium kiri. Injap sabit di pangkal aorta akan tertutup untuk menghalang darah dalam
aorta balik ke dalam ventrikel kiri apabila ventrikel kiri mengendur.

Jenis-Jenis Peredaran Darah
1. Peredaran Pulmonari
Peredaran ini membawa darah yang tidak mempunyai oksigen dari jantung
melalui arteri pulmonari ke paru–paru dan balik semula ke jantung melalui vena
pulmonari. Semasa melalui paru- paru, darah mengambil oksigen dan
melepaskan karbon dioksida.
2. Peredaran Sistematik
Perederan ini membawa darah yang beroksigen dari jantung melalui aorta ke
semua bahagian badan dan balik semula ke jantung.

JENIS-JENIS SALURAN DARAH

Terdapat 3 jenis salur darah iaitu:
1. Arteri
Salur darah yang membawa darah keluar dari jantung ke bahagian-bahagian
lain dalam badan. Dinding arteri tebal, berotot dan elastik supaya ia boleh tahan
tekanan darah yang tinggi disebabkan oleh denyutan jantung. Arteri
bercabang-cabang membentuk arteriol. Semua arteri membawa darah
beroksigen kecuali arteri pulmonari.
2. Vena
Salur darah yang membawa darah ke jantung dari bahagian- bahagian lain
dalam badan. Vena mempunyai dinding yang nipis dan saluran yang lebih besar
jika dibandingkan dengan arteri. Darah yang berada dalam vena mengalir pada
tekanan yang rendah dan oleh itu, dinding yang tebal tidak diperlukan. Saluran
yang besar memberikan kurang rintangan terhadap pengaliran darah. Vena
yang terkecil dikenali sebagai venul. Vena dilengkapi dengan injap-injap
menentukan darah mengalir hanya dalam satu arah sahaja iaitu ke arah jantung.
Injap-injap ini akan menghalang pengaliran darah yang berlaku secara

40

songsang. Semua vena membawa darah yang tidak mempunyai oksigen kecuali
vena pulmonari.
3. Kapilari
Salur darah yang paling kecil. Ia menghubung arteriol kepada venul. Dinding
kapilari darah hanya setebal satu sel sahaja dan penipisan dinding ini
memudahkan resapan bahan-bahan antara darah dan tisu-tisu berlaku dengan
cepat.

STRUKTUR & ANATOMI JANTUNG

Jantung
Jantung merupakan organ berongga yang berfungsi mengepam darah melalui
saluran darah dengan denyutan yang sekata berulang-ulang. Dalam tubuh manusia,
jantung terletak sebelah kiri sedikit dari tengah dada, dan di belakang tulang dada
(sternum). Bentuknya seperti buah pear iaitu tirus di hujungnya. Ia diselaputi oleh
kantung yang dikenali sebagai perikardium dan dikelilingi oleh paru- paru. Secara
purata, jantung orang dewasa mempunyai berat sekitar 300-350g. Setiap minit jantung
mengepam kira-kira 5 liter darah. Pengaliran dan pengepaman darah dari jantung
menjadi lebih banyak apabila seseorang melakukan pergerakan.

Ruang-Ruang Jantung
Terdapat 4 ruang jantung yang mempunyai fungsi masing-masing. Ruang tersebut
ialah atrium kiri, atrium kanan, ventrikel kiri dan ventrikel kanan.

Atrium : merupakan bahagian atas jantung berbentuk bilik yang terdiri dari atrium

kanan dan kiri. Atrium kanan berfungsi untuk menerima darah tanpa oksigen dari
tubuh yang dibawa oleh pembuluh darah. Sedang atrium kiri berfungsi untuk
menerima darah beroksigen dari paru-paru. Atrium memiliki dinding yang lebih nipis
dan tidak berotot kerana tugasnya hanya sebagai ruangan penerima darah.

Ventrikel : merupakan bahagian jantung bawah berbentuk bilik terdiri dari bahagian

kanan dan kiri. Ventrikel kanan berfungsi untuk mengepam darah tanpa oksigen dari
jantung ke paru-paru. Sementara itu, ventrikel kiri berfungsi untuk mengepam darah
beroksigen dari jantung ke seluruh tubuh. Dinding ventrikel jauh lebih tebal dan berotot
dibandingkan dengan atrium karena ia bekerja lebih kuat untuk mengepam darah
balik dari jantung ke paru-paru dan seluruh tubuh.

41

Ruang atrium lebih kecil berbanding ventrikel. Dinding atrium juga lebih nipis daripada
dinding ventrikel kerana atrium hanya mengepam darah ke dalam ventrikel di
bawahnya manakala ventrikel pula terpaksa mengepam darah ke organ badan yang
lain dengan tekanan yang lebih tinggi. Dinding ventrikel kiri pula lebih tebal dan
berotot jika dibandingkan dengan ventrikel kanan kerana ventrikel kiri perlu
mengepam darah ke seluruh badan manakala ventrikel kanan hanya mengepam darah
ke peparu sahaja.

Injap
Jantung mempunyai injap yang memastikan darah memasuki jantung mengalir sehala
sahaja, iaitu:

1. Injap Trikuspid
Mengatur aliran darah antara atrium kanan dan ventrikel kanan.

2. Injap Pulmonari
Mengatur aliran darah dari ventrikel kanan ke arteri pulmonari yang
membawa darah ke paru-paru untuk mengambil oksigen.

3. Injap Mitra
Mengalirkan darah beroksigen dari paru-paru mengalir dari atrium kiri ke
ventrikel kiri.

4. Injap Aorta
Membuka jalan bagi darah yang mempunyai banyak oksigen untuk
melalui dari ventrikel kiri ke aorta.
Injap dalam jantung dikenali sebagai injap trikuspid yang terletak antara atrium
kanan dan ventrikel kanan. Injap bikuspid pula terletak antara atrium kiri dan
ventrikel kiri. Kedua-dua injap ini memastikan tiada aliran balik dari ventrikel ke
atrium. Terdapat juga injap sabit pada pangkal arteri pulmonari dan aorta yang
mengelakkan aliran balik darah ke ventrikel kiri dan ventrikel kanan.
Dinding atrium kanan berdekatan dengan bukaan vena kava, terdapat suatu
bekas tisu gentian kardium yang dikenali sebagai nodus sinoatrium dan ianya
menjana impuls saraf yang menyebabkan otot kardium mengecut spontan bagi
memulakan denyutan jantung.

42

Jenis - Jenis Nadi
Secara amnya terdapat 9 tempat untuk merasakan denyut, iaitu temporal, karotid,
apikal, brankial, femoral, radial, popliteal, dorsalis pedis dan tibialis posterior, tetapi
yang paling umum adalah:

1. Nadi Radial
Terletak di sepanjang tulang radial, ia lebih mudah dirasakan di atas pergelangan
tangan di sisi ibu jari. Relatif yang mudah dan sering digunakan secara rutin.

2. Nadi Brankial
Terletak dalam bisep otot lengan atau medial di lipatan siku (feksa antekubital).
Digunakan untuk mengukur tekanan darah dan kes- kes serangan jantung pada
bayi.

3. Nadi Karotid
Terletak di leher di bawah lobus telinga, di mana terdapat arteri karotid yang

43

berdenyut antara trakea dan otot sternocleidomastoid. Sering digunakan untuk
bayi, kes-kes serangan jantung dan untuk memantau peredaran darah ke otak.

RENJATAN

Renjatan berlaku apabila sistem pendarahan gagal berfungsi menyebabkan darah
tidak sampai ke tisu-tisu badan. Fungsi-fungsi badan menjadi lemah dan aktiviti-
aktivitinya tidak dapat berjalan dengan sempurna. Keadaan ini berpunca dari
kecederaan, kehilangan darah, kehilangan cecair, gangguan perasaan, kesakitan,
alahan kepada ubatan atau bahan kimia, gangguan sistem saraf dan lain-lain. Renjatan
juga boleh berlaku disebabkan oleh:

1. Perdarahan yang banyak dan berterusansamada pendarahan dalaman dan
luaran.

2. Kehilangan plasma. kecederaan terbakar atau terlecur boleh menyebabkan
kehilangan plasma.

3. Kehilangan air dalam badan yang teruk. Contohnya berpeluh yang melampau,
muntah-muntah berterusan atau cirit birit dan taun.

4. Kecederaan yang teruk seperti patah tulang, luka besar yang
menyebabkan darah keluar dengan banyak.

5. Penyakit-penyakit tertentu seperti penyakit jantung, kencing manis, angin
ahmar dan sebagainya .

6. Ganguan saraf. Terkena kejutan elektrik, kilat, terminum atau tersedut
bahan beracun, alahan kepada ubatan boleh menganggu saraf.

Jenis-Jenis Renjatan
Terdapat tiga jenis renjatan yang boleh berlaku kepada mangsa iaitu renjatan terbina
dalam, renjatan saraf dan renjatan gabungan. Renjatan terbina dalam akibat dari
kehilangan cecair dan darah dalam badan. Renjatan saraf pula berpunca dari
gangguan pada sistem saraf yang menyebabkan aktiviti dalam badan terganggu.
Renjatan ini tidak melibatkan kehilangan cecair dalam badan. Renjatan gabungan
melibatkan gangguan pada sistem saraf dan kehilangan cecair dalam badan.

Renjatan Elektrik
Renjatan elektrik berlaku apabila seseorang tersentuh kepada punca elektrik. Arus
yang mengalir melalui badan boleh menyebabkan mangsa terkena renjatan elektrik.
Mangsa akan mengalami kecederaan dalaman pada otot atau organ dan gangguan

44

pada degupan jantung yang boleh mengakibatkan renjatan pada jantung (Cardiogenic
Shock).

Seseorang yang terkena petir pula boleh ditakrifkan sebagai terkena percikan elektrik
berkuasa tinggi dalam masa sangat singkat. Dari segi fiziknya, kesan percikan petir
tidak boleh dibandingkan dengan tenaga elektrik yang dijanakan untuk kegunaan
rumah atau industri. Dari itu, perbincangan mengenai kedua-dua tajuk ini akan
ditumpukan kepada
kesan dari sudut perubatannya sahaja. Bahaya renjatan elektrik bergantung kepada
faktor berikut:

1. Arus elektrik
Risiko kematian bergantung kepada nilai arus yang mengalir. Semakin tinggi
arus, maka lebih besarlah risikonya.

2. Tempoh masa pengaliran
Tempoh masa arus mengalir mempengaruhi risiko. Risiko kematian meningkat
selari dengan tempoh pengaliran arus dalam badan.

3. Perjalanan arah arus dalam tubuh
Arus yang mengalir melalui organ penting memberi risiko kematian yang tinggi.
Jika arus melalui jantung, risiko kematian amat tinggi.

4. Nilai voltan.
Semakin besar nilai voltan maka semakin tinggi risiko.

Gejala/Tanda
Seseorang yang terkena renjatan elektrik mungkin tidak menunjukkan sebarang tanda
luaran atau dengan jelas mengalami gejala kecederaan akibat kesan terbakar. Ada
mangsa renjatan yang pengsan/tidak sedarkan diri akibat renjatan pada saraf ataupun
jantung (cardiac arrhythmia). Secara umumnya, kecederaan akibat elektrik
terbahagi kepada:

1. Kecederaan akibat bahagian tubuh yang terbakar (Electrical burns wounds).
Bahagian yang terbakar biasanya paling teruk pada tempat yang bersentuh
(sumber elektrik dan membumikan). Selain daripada kecederaan luaran,
kontraksi otot boleh berlaku dan mengakibatkan kecederaan pada tengkuk,
tulang belakang atau organ dalaman. Sebarang perubahan bentuk (deformity)
mungkin berlaku akibat kepatahan tulang. Keseriusan kecederaan bahagian

45

tubuh yang terbakar bergantung pada sumber kuasa elektrik. Kecederaan voltan
tinggi (500-1000 volts) mencederakan tubuh badan melalui proses pemanasan
dalaman. Hakikatnya lebih ramai mangsa maut akibat luka terbakar berbanding
kesan arus elektrik itu semata-mata.

2. Serangan Jantung (Venticular Fibrillation)

Bekalan elektrik AC di rumah-rumah di Malaysia (240 volts) pada kadar 50Hz. Jika
terkena pada kawasan dada, otot-otot jantung boleh menguncup serentak dan
berlaku serangan jantung (ventricular fibrillation). Serangan jantung jika tidak
dirawat serta merta boleh mengakibatkan kematian.

3. Kesan kepada sistem saraf

Arus elektrik mengganggu fungsisaraf terutamanya pada otak, jantung dan paru-
paru. Pendedahan kepada arus elektrik pada saraf pula berpotensi menyebabkan
kerosakan saraf atau neuropati. Arus elektrik yang melalui otak boleh
menyebabkan mangsa pengsan dan tidak sedarkan diri. Arus yang melalui
jantung pula menyebabkan serangan jantung seperti diterangkan di atas.

4. Kesan radiasi haba pancaran (Arc-flash Hazards)

Pancaran sinar cahaya (arc flash) yang terhasil daripada renjatan elektrik
atau panahan petir adalah pancaran berhaba tinggi. Pancaran haba ini boleh
menyebabkan kebakaran teruk pada bahagian tubuh badan yang terdedah serta
pada persekitaran kawasan kulit yang berhampiran.

5. Kesan panahan petir

Panahan petir pula menyebabkan kecederaan melalui beberapa cara:

• Terkena renjatan elektrik dari petir secara langsung (jarang
berlaku)

• Melalui renjatan elektrik apabila mangsa tersentuh bahan(pengalir
elektrik) yang terkena petir(contoh talian telefon di rumah atau besi
tempat berlindung dari hujan).

• Melalui renjatan elektrik dari bumi tempat berpijak.

• Kecederaan akibat kesan sampingan objek-objek berhampiran yang
disambar petir.

• Kecederaan akibat terpelanting apabila terkena dentuman petir atau
kesan dentuman (barotrauma).

• Majoriti kecederaan berpunca daripada kesan dentuman (barotrauma)

46


Click to View FlipBook Version