The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Buku rujukan pelajar yang mengambil kursus kokurikulum Pertahanan Awam semeter pertama. Buku ini juga sesuai kepada anggota baru.

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Mohd Sanusi, 2021-11-14 11:49:20

Kursus Asas Pertahanan Awam

Buku rujukan pelajar yang mengambil kursus kokurikulum Pertahanan Awam semeter pertama. Buku ini juga sesuai kepada anggota baru.

Keywords: apm,pertahanan awam,kursus asas,menyelamat,ippa,jppkk

kepada persekitaran seperti pada bumi, dahan pokok dan lain-lain objek
yang berhampiran. Kecederaan yang berpunca dari panahan petir secara
langsung atau kecederaan akibat kebakaran dalaman jarang berlaku.
Kematian akibat panahan petir berpunca daripada kesan renjatan kepada
sistem denyutan jantung atau kerosakan pada sistem saraf.

Komplikasi

Komplikasi kepada kecederaan akibat renjatan elektrik/petir bergantung kepada
kecederaan yang dialami seperti yang diterangkan di atas dan dihuraikan di bawah:
akibat bahagian tubuh yang terbakar,

1. Kulit; bergantung kepada keluasan kawasan yang terbakar(body surface area) dan
di mana ianya berlaku. (rujuk bahagian perawatan kecederaan akibat kebakaran)

2. Otot; kematian sel otot yang teruk perlu dirawat melalui pembedahan
membuang tisu-tisu yang mati.

3. Organ dalaman; bergantung pada bahagian organ yang terbakar. Kecederaan
sehingga melibatkan organ dalaman biasanya berakhir dengan kematian kerana
melibatkan renjatan bervoltan tinggi.

4. Jantung; Serangan jantung jika tidak diberi rawatan serta merta biasanya
mengakibatkan kematian.

5. Sistem Saraf; Renjatan elektrik yang menyebabkan kecederaan otak boleh
menyebabkan berlakunya kerosakan otak/saraf yang kekal dan mengakibatkan
mangsa mengalami sawan, kelumpuhan atau perubahan personaliti.

Sebab-Sebab (Punca)

1. Pendarahan berlebihan.
2. Kekurangan air dalam badan.
3. Serangan sakit jantung.
4. Alahan.
5. Tekanan emosi.
6. Kejutan eletrik
7. Kejutan urat saraf.
8. Kuman berlebihan dalam darah.

47

9. Kekurangan plasma akibat terbakar atau melecur.
10.Kesakitan yang amat sangat, terlalu terkejut dan cedera parah.
11.Kehilangan cecair dalam tubuh seperti cirit-birit, muntah-muntah dan

sebagainya.
12.Suntikan, sengatan serangga, patukan ular atau kejutan elektrik.
13.Disebabkan oleh penyakit dan juga sakit jantung.

Rawatan

Rawatan Am Renjatan;
1. Rawat sebarang punca renjatan seperti kejutan eletrik dan perdarahan
luaran.
2. Baringkan mangsa dengan meninggikan bahagian kaki dan merendahkan
bahagian kepala.
3. Tenangkan mangsa dan maklumkan bahawa bantuan perubatan dalam
perjalanan.
4. Dongakkan kepala mangsa supaya saluran pernafasan terbuka. Periksa
pernafasan dan gerak nadi.
5. Tinggikan kaki daripada paras jantung. Hati-hati jika disyaki ada keretakan
tulang.
6. Berikan bantuan CPR jika perlu.
7. Longgarkan pakaian yang ketat, tali pinggang dan tudung bagi perempuan. Jika
ramai orang mengelilingi mangsa, minta mereka berundur bagi memberi ruang
pengudaraan.
8. Selimutkan mangsa jika mangsa dalam keadaan kesejukan.
9. Rawat sebarang kecederaan jika mangsa cedera.
10. Jangan beri sembarangan makanan dan minuman sekiranya mangsa mengalami
renjatan. Apabila pulih basahkan bibirnya bagi menghilangkan dahaga.
11. Jika mangsa pengsan tanpa sebarang kecederaan, letakkan dalam posisi
pemulihan.
12. Periksa nadi setiap 5 minit dan sentiasa berdamping dengan mangsa.
13. Buat panggilan ke pusat kecemasan MERS 999.

48

Rawatan Di Rumah
Renjatan elektrik bervoltan rendah dan sekejap masa biasanya tidak menyebabkan
sebarang kemudaratan atau hanya luka sedikit yang boleh dirawat di rumah. Bagi
semua renjatan bervoltan tinggi atau kecederaan yang mengakibatkan bahagian
tubuh terbakar, rawatan selanjutnya di hospital perlu dilakukan.
Walau bagaimanapun, jika rawatan di rumah ini tidak berhasil, sila dapatkan nasihat
lanjut untuk rawatan atau suntikan tetanus jika perlu. Bagi semua kes ibu hamil yang
mendapat renjatan elektrik, mereka perlu mendapat pemeriksaan susulan dan rawatan
di hospital.

Rawatan Doktor

Semua kes renjatan bervoltan tinggi (500 volt ke atas) perlu mendapat rawatan
di Unit Kecemasan di Hospital. Perkara berikut perlu diberi perhatian:

1. Sebarang kecederaan atau kesan terbakar pada kulit
2. Sejarah pengsan sewaktu terkena renjatan
3. Sebarang aduan kekebasan, sesemut, kelumpuhan/kelemahan pada

pergerakan, penglihatan, pendegaran atau masalah bertutur
4. Semua kes ibu hamil terutamanya jika 20 minggu keatas.

LAIN-LAIN GEJALA YANG SERIUS.

Ujian Klinikal
Semasa pemeriksaan dilakukan, keutamaan diberi kepada berlakunya
sebarangkecederaan pada organ dalaman, sistem otot/tulang, jantung dan sistem
saraf.
Pegawai perubatan akan menjalankan ujian-ujian berikut berdasarkan kepada sejarah
insiden yang berlaku dan pemeriksaan fizikal yang dilakukan.

1. Ujian ECG bagi memeriksa jantung.
2. Ujian Full Blood Count bagi mengenalpasti kepekatan darah (jika berlaku

perdarahan atau kemungkinan jangkitan).
3. Ujian air kencing UFEME bagi melihat kehadiran enzim otot (myoglobinuria) bagi

kecederaan otot yang serius.
4. Ujian X-ray sekiranya diperlukan bagi melihat sebarang kemungkinan berlakunya

kepatahan semasa terkena renjatan.
5. Imbasan CT jika diperlukan apabila kecederaan kepala berlaku atau mangsa

49

renjatan separa sedar.

Rawatan Kecemasan Semasa Mangsa Terkena Renjatan
1. Padamkan bekalan alat elektrik atau jika perlu, bekalan elektrik pada suis utama
di rumah atau di tempat kerja. Mematikan alat elektrik TIDAK memberhentikan
arus elektrik.
2. Dapatkan bantuan kecemasan. Dail MERS 999 untuk ambulans dan paramedik
3. Jika bekalan elektrik tidak dapat dimatikan, gunakan objek bukan pengalir
elektrik kering seperti kayu atau alas kaki getah untuk menolak mangsa dari
sumber elektrik. Pastikan berdiri di atas bahan bukan pengalir seperti alas kaki
getah. JANGAN sama sekali cuba menyelamatkan mangsa jika insiden ini berlaku
di kawasan bervoltan tinggi.
4. Setelah dipisahkan dari punca elektrik, periksa mangsa untuk pernafasan dan
denyutan jantung. Jika tiada, lakukan CPR .
5. Jika mangsa mengalami luka terbakar, tanggalkan pakaian dan jiruskan dengan
air mengalir sederhana sejuk hingga kesakitan hilang. Beri rawatan kecemasan
sepertimana biasa kepada luka terbakar. Tunggu di sisi mangsa sehinggalah
bantuan tiba.
6. Sekiranya mangsa mengalami trauma akibat terpelanting dari kawasan renjatan
elektrik, pastikan tengkuk tidak digerakkan jika dikhuatiri berlaku kecederaan
pada saraf tunjang. Berikan rawatan kecemasan kepada kecederaan luka atau
kepatahan yang berlaku seperti biasa.
JANGAN LAKUKAN INI:
1. Menghampiri mangsa yang terkena renjatan bervoltan tinggi sehinggalah
suis dimatikan sepenuhnya atau ada risiko letupan berlaku
2. Menyapu ais, mentega, minyak atau sebarang dressing melekat pada luka
terbakar.
3. Jangan buangkan kulit yang mati atau memecahkan lepuh pada kulit
4. Jangan sentuh kulit seseorang yang sedang terkena renjatan elektrik.

Rawatan Perubatan Seterusnya
Rawatan diberi bergantung kepada tahap kecederaan akibat terbakar (burns

50

wound) dan jika berlaku kecederaan-kecederaan sampingan.
1. Kecederaan akibat terbakar (burns wound) :
• Minor: rawatan krim antibiotik dan dressing.
• Kecederaan lebih teruk mungkin memerlukan pembedahan untuk
membuang tisu-tisu mati atau bagi tujuan skin grafting.
• Kecederaan serius pada lengan, kaki atau tangan ada kalanya memerlukan
pembedahan untuk membuang otot-otot yang terbakar sehinggalah kepada
amputasi sekiranya diperlukan.
2. Lain-lain kecederaan yang memerlukan perhatian.
• Kecederaan mata memerlukan pemeriksaan dan rawatan oleh doktor mata.
• Kepatahan memerlukan rujukan kepada doktor otopedik bagi tujuan rawatan
seterusnya (splinting, casting atau pembedahan).
• Kecederaan organ dalaman memerlukan pemerhatian dalam wad
Besi itu sendiri bukan satu tarikan kepada petir, tetapi ia berupaya
mengalirkan arus elektrik kepada mangsa yang bersentuh dengannya.

Rehabilitasi
Pemulihan daripada renjatan elektrik bergantung kepada jenis dan keterukan
kecederaan yang dialami. Bagi mereka yang mengalami kecederaan pada bahagian
kulit yang terbakar (superficial burns wounds), kepulihan bergantung kepada peratusan
tubuh yangterbakar (body surface area) dan tahap intensitinya.

Mangsa yang tiada sebarang kecederaan teruk pada bahagian yang terdedah atau
terkena renjatan elektrik, mangsa akan pulih seperti biasa tanpa masalah dan tidak
memerlukan rehabilitasi. Harus diingati bahawa jangkitan kuman pada luka terbakar
menjadi punca utama kematian bagi mangsa.

Kecederaan pada otak baik kesan langsung daripada renjatan atau kerana terjatuh
atau terhantuk yang serius boleh menyebabkan kecederaan kekal pada otak yang
mengakibatkan sawan, lumpuh atau perubahan personaliti.

51

BAB 5
KIMIA KEBAKARAN &

ALAT PEMADAM API

PENGENALAN

Sains kebakaran merupakan proses pemeluwapan dan pengoksidaan (tindakbalas
kimia) tiga unsur utama iaitu bahan api, oksigen dan haba. Dalam kajian sains
kebakaran, kajian fokus kepada asal-usul sesuatu kebakaran, sifat-sifat api, punca-
punca kebakaran, kemerebakan kebakaran serta tindakan yang boleh diambil bagi
mengelakkan dan memadam kebakaran.

Reaksi kimia

UNSUR-UNSUR ASAS KEBAKARAN

Terdapat 3 unsur utama dalam sains kebakaran. Unsur-unsur ini mestilah lengkap bagi
setiap nyalaan. Kebakaran akan padam jika salah satu unsur ini dihalang daripada
sampai ke nyalaan. Berikut adalah unsur-unsur asas:

1. Bahan bakar

52

Adalah suatu unsur yang di dalamnya terkandung hidrokarbon yang terbebas
keluar apabila dipanaskan lalu bertindakbalas dengan oksigen persekitaran.
Objek yang boleh dijadikan bahan api seperti kayu, plastik, tayar, kain, perabot,
kertas dan sebagainya.
2. Oksigen
Oksigen yang terdapat dalam udara persekitaran, ia bertindakbalas dengan
hidrokarbon yang termeluwap lalu berlaku nyalaan pada takat suhu nyalaan.
3. Haba
Adalah sejenis tenaga. Haba berfungsi untuk menaikkan suhu bahan api
kepada nilai tertentu supaya hidrokarbon yang termeluwap terbakar. Contoh
punca haba antaranya lilin, litar pintas, cuaca panas melampau, enjin,
peralatan elektrik, rokok dan sebagainya.

PUNCA-PUNCA KEBAKARAN

Punca kebakaran terlalu banyak jika hendak disenaraikan. Kebanyakan kebakaran
berpunca disebabkan faktor kemanusiaan selain kemalangan dan bencana alam. Antara
penyebab utama kebakaran antaranya khianat, litar pintas, kerosakan peralatan
elektrik, merokok, petir, kemalangan, panas melampau dan sebagainya.

KEMEREBAKAN API

Api merebak melalui 3 kaedah iaitu pengaliran, olakhaba dan bahangan. Kemerebakan
api menjadi lebih cepat jika dipengaruhi 5 elemen lain iaitu luas permukaan terbakar,
kadar pemindahan haba, arah angin, bertiup suhu sekeliling dan jenis bahan bakar.

1. Pengaliran
Suhu panas mengalir melalui bahan yang mempunyai sifat pengalir haba.
Antara pengalir haba ialah logam, simen, dinding bangunan, lantai dan
sebagainya. Dalam bahan ini terdapat keluli yang mempunyai sifat pengalir
haba yang baik. Bahan pengalir ini akan menjadi panas dan bersentuhan
dengan bahan yang mudah terbakar. Apabila suhunya mencapai takat suhu
nyalaan, maka api akan terhasil.

2. Olakhaba
Udara panas bersifat ringin, ianya naik ke atas dan diganti oleh udara sejuk dari
bawah. Ini menyebabkan berlaku pusingan udara (air circulation). Udara yang

53

terperangkap di atas menjadi terlalu panas sehingga mencapai tahap suhu
nyalaan.
3. Bahangan
Suhu panas bergerak melalui gelombang menghasilkan bahangan panas di
persekitaran. Bahangan ini merebak ke sekitar melalui media udara
(gelombang elektromagnet). Angin yang bertiup akan membawa bahangan ke
bangunan sebelah. Suhu bahangan yang mencapai tahap nyalaan akan
menyebabkan berlaku kebakaran.

PROSES PEMBAKARAN

Bagaimana api bermula?
Ada tiga peringkat menerbitkan kebakaran :-

1. Memanaskan bahan api sehingga berlakunya pemeluwapan unsur
hidrokarbon.

2. Hidrokarbon terbebas bertindakbalas kimia dengan oksigen yang ada dalam
udara persekitan.

3. Kebakaran tercetus apabila tindakbalas kimia ini berlaku pada suhu yang
mencukupi.

Segitiga api

54

PEMBESARAN API

Apabila ada api, kita akan merasa lebih panas. Kepanasan yang bertambah akan
mengeluarkan wap hidrokarbon dari bahan yang terbakar. Api itu juga akan
menambahkan lagi kepanasan udara dan menarik oksigen yang diperlukan dengan
lebih banyak dari segenap sudut. Tambahan lagi, ia akan meninggalkan suhu campuran
sehingga menghasilkan nyalaan api yang besar. Beginilah cara kitaran ianya berulang
sehingga api dapat dikawal atau dipadamkan. Kebakaran akan terus menyalakan selagi
tidak unsur asas diperolehi.

Setelah memahami proses nyalaan, maka diketahui bahawa terdapat 3 kaedah
memadam api iaitu melemaskan, melaparkan dan menyejukkan haba. Kebakaran yang
sedang berlaku boleh dipadamkan jika berjaya menghalang bahan api daripada terus
terbakar atau menghalang oksigen sampai kepada punca api. Kebakaran juga akan
terpadam apabila ianya disirami air.

JENIS-JENIS API

Jenis-jenis api dikelaskan supaya pemilihan alat pemadam api yang sesuai boleh
dilakukan. Adalah penting menggunakan alat pemadam api yang betul bagi
memastikan keberkesanannya. Berikut adalah kelas- kelas api.

1. KelasA
Api berpunca daripada bahan pepejal (kecuali logam) seperti kayu,
kertas, kain, plastik dan sebagainya.

2. Kelas B
Berpunca dari bahan cecair yang mudah terbakar seperti minyak petrol,
gas dapur, diesel, varnis, cat dan sebagainya.

3. Kelas C
Berpunca dari gas atau wap yang mudah terbakar seperti hidrogen,
methane, propane, oxy-acetylene, gas LPG dapur dan sebagainya.

4. Kelas D
Berpunca dari bahan logam seperti magnesium, aluminium, natrium,
kalium dan sebagainya.

55

ALAT MEMADAMKAN API

Alat pemadam api adalah salah satu daripada pepasangan keselamatan kebakaran
bangunan yang termaktub dalam peruntukan Undang-Undang Kecil Bangunan
Seragam 1984 dan Akta Perkhidmatan Bomba1988 (Akta 341). Setiap alat pemadam api
untuk kegunaan bukan domestik (seperti di kilang dan pejabat) wajib didaftarkan
kepada Jabatan Bomba melalui kontraktor yang berdaftar. Sijil Perakuan Bahan yang
dikeluarkan oleh Jabatan Bomba bagi alat pemadam api berdaftar hendaklah disimpan
dengan baik dan perlu diperbaharui setiap tahun. Pelekat (Barcode) yang dibekalkan
oleh Jabatan Bomba bagi setiap alat pemadam api berdaftar hendaklah ditampal pada
silinder pemadam api.

Alat yang digunakan untuk mengawal/memadam kebakaran kecil di peringkat awal,
boleh dikendalikan seorang dalam tempoh masa yang singkat. Semua jenis alat
pemadam api ini hanya boleh digunakan sekali sahaja dan tidak mampu untuk
memadamkan kebakaran yang besar. Setiap alat pemadam api ini perlulah diletakkan
di tempat-tempat yang boleh dilihat dan sewajarnya digantung untuk mengelakkannya
daripada rosak.

Alat pemadam api ini juga perlu diperiksa sekurang-kurangnya sebulan sekali ianya
berada dalam keadaan yang baik dan sedia untuk digunakan. Sebelum menggunakan
alat pemadam api haruslah dipastikan jenis alat pemadam api itu terlebih dahulu
kerana jika terguna jenis yang salah tidak akan memberi sebarang kesan malah akan
menyebabkan kebakaran menjadi lebih besar lagi.

Alat pemadam api adalah salah satu daripada pemasangan keselamatan kebakaran
bangunan yang termaktub dalam peruntukan Undang-Undang Kecil Bangunan
Seragam 1984 dan Akta Perkhidmatan Bomba1988 (Akta 341). 5.2 Setiap alat pemadam
api untuk kegunaan bukan domestik (seperti di kilang dan pejabat) wajib didaftarkan
kepada Jabatan Bomba melalui kontraktor yang berdaftar. 5.3 Sijil Perakuan Bahan
yang dikeluarkan oleh Jabatan Bomba bagi alat pemadam api berdaftar hendaklah
disimpan dengan baik dan perlu diperbaharui setiap tahun. 5.4 Pelekat (Barcode) yang
dibekalkan oleh Jabatan Bomba bagi setiap alat pemadam api berdaftar hendaklah
ditampal pada silinder pemadam api.

Jenis-Jenis Alat Pemadam Api
Pemilihan jenis bahan api bergantung kepada jenis-jenis api.
Terdapat 4 jenis alat pemadam api mengikut piawaian SIRIM.

56

1. Serbuk Kering
Dilabel dengan pelekat berwarna biru, alat pemadam api jenis ini mampu untuk
memadamkan kebakaran yang melibatkan bahan logam dan bukan logam.
Antara contoh bahan-bahan tersebut ialah kalium, magnesium, natrium dan
titanium. Keistimewaan alat pemadam api kelas ini ialah ia juga mampu untuk
memadamkan jenis A, B dan C.
Spesifikasi:
• Dilabel dengan warna Biru
• Kandungan bahan kimia yang terdapat dalam debu kering:
- Sodium Bicarbonate (97.0%)
- Magnesium Stearate (1.5%)
- Magnesium Carbinate (1.0%)
- Tri Calcium Phospate (0.5%)
• Jarak pancutan 4-6 meter
• Jangka masa penggunaan ± 1.5 minit (mengikut saiz)
• Jangka hayat 12 tahun
• Kebaikan:
- Boleh memadam semua kelas api
• Keburukan:
- Hanya sekali guna sahaja - Berdebu dan kelihatan kotor

Jenis serbuk kering

2. Air
Alat pemadam api jenis air akan dilabel dengan pelekat yang berwarna merah.
Kebiasaannya alat pemadam api jenis air digunakan untuk memadamkan
kebakaran yang melibatkan bahan pepejal seperti kain, kertas dan kayu. Alat
pemadam api jenis ini amatlah berbahaya jika digunakan untuk kebakaran

57

elektrik kerana ia dikenali sebagai konduktor elektrik yang baik.
Spesifikasi:

• Dilabel dengan warna Merah.
• Diisi dengan air bersih dan dicampurkan dengan Sodium Nitrat untuk

mengelakkan air menjadi beku dan silinder menjadi berkarat
• Jarak pancutan 4 meter
• Jangka masa penggunaan ±1.5 minit
• Jangka hayat 10 tahun
• Kebaikan:

- Tidak merbahaya dan mudah digunakan
- Bertindak dengan segera
• Keburukan:
- Hanya boleh digunakan sekali sahaja

Jenis air

3. Buih
Jika kebakaran melibatkan bahan cecair ataupun gas yang mudah terbakar
seperti minyak, cat, varnis, gas asli dan gas asetilena maka alat pemadam api
jenis buih perlu digunakan. Alat pemadam api jenis ini dapat dikenali melalui
pelekat yang berwarna krim dan berfungsi untuk menyelimuti dan
menurunkan suhu. Ini merupakan jenis alat pemadam api yang sering
digunakan oleh pihak Bomba Jabatan Penerbangan.

Spesifikasi:

• Dilabel dengan warna Krim
• Kandungannya ialah 9 liter air dan 0.5 % AFFF (Aqueous Film

Forming Foam)
• Jarak pancutan 6 meter

58

• Jangka masa penggunaan ± 1.0 minit
• Jangka hayat 10 tahun
• Kebaikan :

- Tidak merbahaya dan mudah digunakan
- Menutup permukaan kebakaran
• Keburukan :
- Boleh menjadi beku jika diletakkan di tempat yang sejuk
- Tidak Boleh disimpan di tempat yang berhawa panas
- Hanya boleh digunakan sekali sahaja

Jenis buih
4. Karbon Dioksida

Kebakaran yang berpunca daripada arus elektrik seperti papan transformer,
peralatan kuasa elektrik, gas dan wap hanya boleh dipadamkan dengan alat
pemadam api jenis karbon dioksida. Antara kelebihan alat pemadam api yang
dilabel dengan pelekat berwarna hitam ini ialah gas tersebut tidak mengalirkan
elektrik dan dapat menembusi tempat-tempat yang mempunyai permukaan
yang kecil. Namun harus diingatkan bahawa alat pemadam api jenis ini tidak
sesuai untuk memadamkan kebakaran jenis lain dan juga tidak mampu untuk
memadamkan kebakaran yang besar.
Spesifikasi:

• Dilabel dengan warna Hitam
• Kandungannya ialah cecair CO2
• Jarak pancutan 2 meter
• Jangka masa penggunaan ± 0.5 minit
• Jangka hayat 10 tahun
• Kebaikan:

59

- Gas bersih, tidak merbahaya
- Tidak Meninggalkan kesan
- Boleh memadamkan api di tempat tersorok
- Cepat bertindak pada suhu biasa
• Keburukan:
- Kandungan gas tidak boleh dilihat
- Tidak sesuai memadam kebakaran di tempat yang terbuka

Jenis karbon dioksida
Bola Pemadam Api (Elide Fire Ball)
Merupakan alat pemadam api yang berbentuk bola. Digunakan untuk memadam api
kelas A, B, C dan D. Saiz yang kecil menjadikan bola pemadam api ini senang
dikendalikan dan mudah dipindah. Ianya boleh dikendalikan secara automatik dan
manual.
Bola ini perlu dipasang pada tempat yang mempunyai risiko tinggi berlakunya
kebakaran. Apabila kebakaran berlaku, api akan membakar sebahagian bola, maka
terjadilah meletup dan mengeluarkan serbuk kering. Kendalian secara manual juga
boleh dilakukan, seseorang perlu melemparkan bola ke dalam kebakaran dan letupan
serbuk kering akan memadamkan api.

60

Bola pemadam
Tatacara Penggunaan Alat Pemadam Api
Pemadaman api boleh dilakukan dengan berkesan jika seseorang mengenali
komponen-komponen tatacara penggunaan yang betul. Berikut adalah komponen
alat pemadam api:

Tatacara penggunaan alat pemadam api? Ingatlah PASS, iaitu:
61

Pull. Tarik pin keselamatan yang ada pada alat pemadam api. Pada saat menarik pin,
jangan tekan tuas agar tekanan tidak keluar. Pastikan jarum meter tekanan berada
pada bacaan berwarna hijau.

Aim. Angkat tong, pegang muncung hos dan tentukan arah tiupan angin. Halakan
ke pangkal api mengikut tiupan angin.

62

Squeeze. Tekan terus tuas sampai sehingga ap padam.
Sweep. Sapukan dari kiri ke kanan atau sebaliknya. Setelah selesai, baringkan tong.

63

BAB 6
IKATAN & SIMPULAN

TALI

PENGENALAN

Tali merupakan peralatan asas dalam operasi menyelamat. Ikatan dan simpulan tali
merupakan keperluan asas dalam operasi menyelamat. Kebiasaan dalam operasi
menyelamat, ikatan-ikatan tertentu digunakan seperti ikat seraya, ikat serong, lilit
balak dan sebagainya. Simpulan pula biasanya menggunakan tali yang kecil dan
sederhana.
Setiap anggota penyelamat harus mempelajari dan mengetahui selok belok tali serta
berlatih untuk memahirkan diri dalam setiap aspek mengenai tali dari aspek teknik
ikatan, kegunaan dan penjagaannya mengikut klasifikasi tali-tali tersebut.

Sejarah Tali
Mengikut pendapat ada mengatakan orang Mesir adalah orang pertama
menggunakan tali. Tali yang mereka gunakan diperbuat daripada rami yang halus,
dahan kurma, bulu unta dan akar kayu. Penemuan ini hasil kajian dan kesan semasa
menggali makam lama Mesir.

Pada asalnya tali diperbuat daripada kulit dan bulu binatang tertentu. Kemudian rotan
akar-akar kayu digunakan, setelah itu tali diperbuat pula daripada sabut, dawai, kapas,
rami dan bahan-bahan campuran sintetik. Tali terdapat dalam pelbagai saiz lilitannya
dan digunakan untuk berbagai-bagai tujuan. Contohnya tali digunakan untuk
mengangkut, menarik, mengikat dan menyelamat. Ini menunjukkan ketahanan
sesuatu jenis tali berbeza di antara satu sama lain. Contoh aktiviti rekreasi yang
melibatkan penggunaan tali ialah :

1. Aktiviti memanjat.
2. Aktiviti perkhemahan yang melibatkan pembinaan gadget dan

permainan.
3. Aktiviti menyelamat seperti menurunkan atau menaikkan mangsa dari tebing

yang tinggi.

64

4. Aktiviti ikhtiar hidup seperti memasang jerat.
5. Aktiviti memancing.

Jenis-Jenis Tali

Terdapat 2 jenis tali iaitu:
1. Tali fiber asli merupakan tali yang diperbuat daripada bahan-bahan
berunsurkan tumbuhan dan haiwan. Contoh tali fiber asli ialah:
• tali gentian manila
• tali sabut
• tali kapas
2. Tali fiber buatan merupakan tali sintetik yang terdiri daripada bahan-bahan
campuran berunsurkan tumbuhan dan kimia. Contoh tali fiber buatan ialah:
• tali nylon
• tali karamental
• tali poltster
• tali wayar
• tali drilena

Definisi Simpulan Dan Ikatan
Dianggarkan terdapat lebih kurang 3000 jenis simpulan dan ikatan. Tali yang
digunakan pada sepanjang masa, tempat dan keadaan, seperti oleh pengembara,
penyelamat, pendaki gunung, mengikat kapal di pelabuhan, penggunaan khas,
perhiasan dan kegiatan luar. Kita juga selalu menggunakan berbagai-bagai jenis ikatan
dan simpulan pada setiap masa. Empat definisi yang perlu diketahui tentang simpulan
dan ikatan, iaitu simpulan (knotting), ikatan (lashing), sambat (splicing) dan mematikan
hujung tali (whipping).

Simpulan
Biasanya simpulan menggunakan tali yang kecil dan sederhana saiznya. Ia digunakan
pada benda-benda yang kecil dan sederhana. Contoh-contoh simpulan ialah seperti
buku sila, tindih kasih, simpul himpit, lilit dua simpul, simpul pemukat dan sebagainya.
Simpulan digunakan pada banyak tempat seperti di rumah, hospital, mengikat kasut,
bungkusan dan memulakan jahitan.

65

Ikatan
Ikatan digunakan untuk mengikat kayu, buluh, tiang bendera, menara dan sebagainya.
Kebiasaannya dalam kegiatan menyelamat beberapa ikatan digunakan seperti ikat
seraya, ikat serong, ikat silang gunting dan lilit balak.

Sambat
Sambat digunakan untuk menyambung dua tali dan membuat sesuatu peralatan.
Menyambungkan dua tali dengan menggunakan kaedah sambat sangat baik dan
selamat digunakan. Sambat yang biasa digunakan seperti sambat balik, sambat
pendek dan sambat mata.

Mematikan hujung tali
Hujung tali yang dipotong akan terburai. Jadi hujung tali harus dirawat supaya ianya
tidak terburai dan kemas. Kebiasaannya hujung tali dimatikan dengan lilit pemati biasa
dan lilit pemati seli, kemudian serabut yang terburai di bakar.

JENIS-JENIS SIMPULAN ASAS

Terdapat sepuluh ikatan asas yang diguna pakai dalam kerja-kerja menyelamat. Ikatan
dan simpulan ini boleh dipelbagaikan untuk kerja- kerja menyelamat. Ikatan dan
simpulan yang digunakan ialah:

1. Simpul Mati/Thumb Knot/Stopper
2. Simpul angka 8/Figure Of Eight
3. Buku sila/Reef Knot
4. Bunga Geti/Sheet Bends
5. Tindih Kasih/Bowline
6. Setengah Belit/Half Hitch
7. Simpul Manok/Clove Hitch
8. 1 Lengkar ½ Belit/Round Turn and Half Hitch
9. Simpul Balak/Timber Hitch
10. Simpul Kerusi/Chair Knot

66

Simpul Mati / Thumb/Stopper Knot

Tali disimpul berbentuk membuat satu lingkaran dan kepala tali dimasukkan ke dalam
lingkaran dan ditarik. Satu ikatan yang kuat yang biasa digunakan sebagai ikatan di
hujung. Sukar dibuka semula.

Fungsinya ialah:
• Menyimpul hujung tali terburai.
• Menjadi ikatan penahan pada takal.

Simpulan Angka Lapan / Figure Of Eight Knot

Tali disimpul berbentuk angkat 8. Tujuannya adalah sama seperti simpul mati akan
tetapi ianya lebih mudah dibuka. Berfungsi sebagai ikatan sementara di hujung tali agar
tidak terburai jika hujung tali pecah. Ikatan pada hujung tali ini mampu menahan tali
daripada tercabut blok takal.

Fungsinya ialah:
• Mengikat kain anduh ahli pertolongan cemas.
• Menahan tali agar tidak tercabut dari takal.

Buku Sila / Reef Knot

67

Dua tali yang sama saiz disimpul dan bersilang serta saling memegang antara satu
sama lain. Kedua-dua hujung tali akan mengarah pada arah yang sama. Digunakan
untuk mengikat kain pembalut atau kain anduh, menyambung tali yang sama saiz dan
boleh digunakan untuk mematikan sebarang ikatan. Ikatan ini direka agar kedua-dua
punca atau hujung tali senang dibuka semula.

Fungsinya ialah:
• Menyambung 2 tali yang sama saiz.
• Mengikat kain segi tiga semasa pertolongan cemas.

Bunga Geti / Sheet Bends

Digunakan untuk mengikat dua tali yang tidak sama saiz serta tali licin dan basah.
Ianya juga ikatan yang digunakan untuk mengikat hujung tali di dalam kawasan
berair. Terdapat dua jenis ikatan iaitu bunga geti berganda dan tunggal. Untuk Bunga
geti berganda ianya dililit dua kali. Perbezaannya ialah dari segi kekuatan. Semakin
banyak lilitan semakin kuat ikatan.

Fungsinya ialah:
• Menyambung 2 tali yang tidak sama saiz.
• Mengikat tali ke suatu tanjul.

68

Tindih Kasih / Bowline

Tali disimpul dan membentuk satu lingkaran tali besar. Semakin ditarik, simpulan
semakin mencengkam lingkaran. Simpulan tindih kasih digunakan untuk membuat
gegelang tali yang tidak terjerut atau mengikat leher binatang supaya tidak terjerut.
Jenis ikatan ini juga boleh digunakan dalam kerja-kerja menyelamat seperti
menyelamatkan mangsa.

Fungsinya ialah:
• Membuat tanjul yang tidak boleh menjerut.
• Menarik mangsa yang jatuh ke dalam sungai atau gaung.

Setengah Belit / Half Hitch

Tali dibelit pada badan tali sebanyak setengah belit. Simpulannya mudah dilakukan
dan senang terbuka. Digunakan untuk mengunci ikatan atau simpulan yang dibuat.

Fungsinya ialah:
• Membuat kemasan ikatan pada pengusung

69

1 lengkar 2 setengah belit / Round Turn and Half Hitch

Tali dilingkarkan satu belitan dan disudahi setengah belit pada bahagian badan
tali. Digunakan untuk sebagai ikatan sauh/anchor pada sesebuah tiang untuk
kerja-kerja menyelamat. Perbezaannya ianya boleh diubah-ubah dan mudah
dibuka.

Fungsinya ialah:
• Mengikat bot pada tiang
• Mengikat mangsa pada usungan

Simpul Manok / Clove Hitch

Tali disimpul pada sebarang objek. Simpulan manok merupakan asas bagi
menambat ikatan di hujung atau tengah-tengah tali. Boleh digunakan untuk
ikatan sauh, mengikat mangsa di usungan. Kebiasaannya digunakan sebagai
permulaan ikatan ketika mula mengikat pada kayu atau sebagainya. Juga
digunakan semasa memulakan dan mematikan ikatan seraya dan silang
gunting.

70

Fungsinya ialah:
• Digunakan untuk mengikat tali pada tiang atau balak.
• Menarik peralatan menyelamat ke tempat selamat.

Simpul Balak / Timber Hitch

Tali dibelit pada objek dan selebihnya tali dibelit-belit pada badan tali. Digunakan
untuk mengangkat atau menurunkan kayu, papan, atau peralatan.

Fungsinya ialah:
• Mengikat hujung tali ke tiang atau pokok dengan mudah.
• Agar kayu itu tidak licin dan mudah digerak-gerakkan.
• Memulakan ikatan serong.

Simpul Kerusi / Chair Knot

Tali disimpul ditengah-tengah dua lingkaran besar. Saiz lingkaran tali mesti boleh
memuatkan paha mangsa. Digunakan untuk menaik dan menurunkan mangsa dari
tempat tinggi atau kawasan rendah. Ianya hanya digunakan pada mangsa yang tidak
sedarkan diri.

fungsinya ialah:
• Menurunkan atau menaikkan mangsa dari aras ketinggian yang bebeza.

71

PENJAGAAN & PENYELENGGARAAN TALI

Penjagaan dan penyelenggaraan tali amat penting bagi memanjangkan jangkahayat
dan mengelakkan kemalangan. Adalah penting mengesan kerosakan bagi
mengelakkan kemalangan semasa menyelamat. Tali mestilah dielakkan daripada:

1. Geselan pada bucu-bucu bangunan (yang tajam).
2. Penggunaan takal yang tidak sesuai.
3. Bengkok atau kerap dibengkokkan.
4. Tetas atau tergores/luka/terkoyak.
5. Geseran atau diseret pada permukaan tanah atau pasir yang kasar.
6. Reput atau telah mencapai jangka hayat penggunaannya.
7. Terkena bahan kimia (asid/alkali).
8. Bercendawan/berlapuk-lembap/basah atau terendam terlalu lama.
9. Dikenakan beban yang berlebihan.
10. Disalah guna.
11. Disentap-sentap.
12. Dikenakan beban secara mengejut.
13. Basah atau lembap.
14. Terkena minyak.
15. Bersimpul-simpul.
16. Terdedah kepada matahari secara terus.
Setiap hujung tali mestilah diikat atau “whipped” agar hujung tidak terburai. Elakkan
membuat banyak simpulan tetap pada tali. Jangan masukkan tali melalui lubang yang
kecil kerana ia menyebabkan kelukaan. Jika tali melalui bucu-bucu yang tajam, sila
lapik dengan alas yang sesuai. Bagi memanjangkan jangkahayat, tali dihampar dalam
keadaan tinggi dari aras tanah agar ianya sentiasa terdedah kepada udara sekeliling.
Pemeriksaan secara berkala mesti dilakukan bagi memastikan tali tidak reput di
bahagian luar dan dalam.

72

Langkah-Langkah Penjagaan Tali
1. Tali mesti diuji dari semasa ke semasa, terutamanya semasa:
• Tali baru dibeli
• Belum digunakan
• Selepas digunakan
• Penyelengaraan berkala
• Selepas tali diperbaiki
2. Jangkahayat tali yang digunakan dalam kerja-kerja biasa adalah 5 tahun.
Bagi tali karamental jangkahayatnya adalah 700 kali atau 100 jam
penggunaannya secara intensif.
3. Hamparkan tali yang baru pada pencangkuk berputar.
4. Elakkan dari memotong tali kecuali terpaksa.
5. Ikat dibahagian hujung supaya tidak terburai.
Rapikan hujung tali dengan mengunakan simpulan mati dan bakarkan
serat yang terburai agar pintalan menjadi kemas.
6. Elakkan dari mengikat tali secara tetap.
Simpulan yang dibuat pada tali mesti dilepaskan selepas selesai operasi
menyelamat. Simpulan yang lama menyebabkan struktur tali rosak.
7. Gunakan takal yang sesuai dengan saiz tali.
8. Gunakan pelapik yang sesuai jika bekerja di bucu-bucu yang tajam.
Elakkan daripada sebarang geseran dengan tebing, tembok dan lain-lain
agar bahagian luar tali tidak rosak.
9. Simpan tali di tempat kering pada suhu bilik.
Tali mesti disimpan ditempat yang teduh dan kering. Tali basah
dikeringkan terlebih dahulu sebelum disimpan.
10. Elak terdedah sinar matahari.
Elakkan dari terdedah kepada cahaya matahari yang terik secara langsung.
11. Guna tali yang sesuai.
Pilih tali yang sesuai dari segi saiz dan kekuatan menampung beban kerja.
12. Jangan basuh tali.

73

Tali yang basah cepat reput. Jemur tali di tempat teduh sehingga kering.
13. Jangan memijak tali.

Ketika menggunakan tali, hindarkan daripada terpijak atau tali
terkena tanah/debu secara lansung atau berlebihan. Jika tali
terpijak, secara langsung debu akan masuk kedalam tali dan akan
merosakan serat dalam tali.

Menguji Tali
Tali boleh diuji menggunakan kaedah mekanikal, visual dan pratikal. Pengujian
menggunakan peralatan hidraulik menghasilkan data ujian yang lebih tepat
berbanding dengan kaedah visual. Pengujian menggunakan peralatan hidraulik
mempunyai tiga cara iaitu ujian musnah, ujian tak musnah dan ujian penyelamat.
Ujian visual pula hanya dua cara sahaja iaitu melihat keadaan tali dan memeriksa
dengan sentuhan.

Ujian cara pratikal merupakan ujian yang sering dilakukan sebelum dan selepas
penggunaannya. Tali diikat pada satu hujung dan satu hujung lagi ditarik oleh
3 orang penyelamat selama 30 saat. Kemudian ujian kedua dimana tali ditarik
dengan kekuatan 6 orang penyelamat selama 20 saat.

Pelupusan Tali
Tali rosak mesti dilupuskan dengan kadar segera untuk mengelak berlaku
kemalangan. Berikut adalah tanda-tanda yang membolehkan tali dilupuskan:

• Perubahan warna.
• Tanda berkilat.
• Kern(core) terkeluar.
• Berubah saiz diameter dan keseragaman.
• Kekerasan tidak konsisten.
• Kerosakan pada mentle (sheath) 50%.

74

BAB 7
MENYELAMAT KECEMASAN

& KAWAD USUNGAN

PENGENALAN

Apabila berlakunya sesebuah malapetaka yang besar, ramai penduduk akan menjadi
mangsa bencana. Mangsa ini mesti diselamatkan seramai mungkin. Tindakan yang
pantas untuk mengeluarkan mangsa dan harta benda dari kawasan berbahaya
merupakan satu tindakan yang mesti dilakukan. Oleh itu, melakukan menyelamat
kecemasan adalah jalan penyelesaian terbaik di mana ia harus dilakukan secara pantas
dan berkesan.
Kumpulan penyelamat kecemasan diketuai oleh seorang pegawai bertugas atau ketua
skuad penyelamat biasanya dianggotai oleh 8 orang. Kelengkapan individu paling
penting bagi seorang penyelamat ialah kelengkapan tali, pisau atau parang.
Penyelamat terbahagi 3 kategori utama iaitu penyelamat kelemasan, penyelamat
Ascending & Descending dan penyelamat teknikal.
Matlamat seorang penyelamat ialah menyelamat nyawa seramai mungkin dan harta
benda dalam jangka masa yang terhad tanpa mengabaikan keselamatan diri. Secara
amnya terdapat enam teknik yang digunapakai. Ianya terbahagi kepada dua mengikut
jumlah penyelamat iaitu teknik seorang penyelamat dan teknik dua atau lebih
penyelamat.

Penyelamat - Kumpulan atau individu yang selamat dan berkemampuan
menyelamatkan orang lain dan harta benda semasa berlaku bencana atau kecemasan.
Penyelamat kecemasan - Tindakan mengeluarkan seseorang daripada keadaan yang
bahaya. Mesti dilakukan dengan serta-merta untuk menyelamatkan nyawa dan harta
benda.

75

TEKNIK SEORANG PENYELAMAT

Teknik ini melibatkan hanya seorang penyelamat sahaja. Berikut adalah kaedah
menyelamat.

1. Dukung Sayang / Darling carry
Mangsa diangkat menggunakan kedua-dua belah tangan. Tangan kanan dan
kiri menampung belakang leher dan lutut masing-masing.

2. Pikul uncang / pick a back
Mengangkat mangsa dengan kaedah memikul sebuah uncang. Penyelamat
hendaklah menundukkan sedikit badan untuk memikul mangsa.

3. Gaya memapah seorang penyelamat / human cruth
Membawa mangsa dengan kaedah memapah mangsa di sisi penyelamat. Kaki
mangsa diletakkan diatas kanan penyelamat.

4. Dukungan penyelamat / rescuer lift
Digunakan untuk mengangkat mangsa yang tidak sedarkan diri atau mangsa
yang tidak bermaya

5. Merangkak penyelamat / rescuer crawl
Diguna untuk mengangkat mangsa yang mampu berdiri. Penyelamat berada
di sebelah atas mangsa dan tangan mangsa yang diikat diletakkan di atas leher
penyelamat dan penyelamat merangkak membawa mangsa keluar. Teknik ini
digunakan pada mangsa yang tidak sedarkan diri atau lebih berat dari
penyelamat.

TEKNIK DUA ATAU LEBIH PENYELAMAT

1. Teknik berekor-ekor / Fore and aftm method.
Teknik ini digunapakai untuk mangsa yang mengalami masalah untuk berjalan
atau pengsan dan digunapakai dengan 2 orang penyelamat.

2. Gaya memapah 2 orang penyelamat / human cruth
Membawa mangsa dengan kaedah memapah mangsa di sisi kanan dan kiri
penyelamat. Penyelamat menarik dan meletakkan tangan mangsa keatas
bahunya. Bagi mangsa yang tidak boleh berjalan, kedua-dua paha diangkat.

3. Duduk Di Atas Dua,Tiga Dan Empat Tangan / Two, Three & Four Handed Seat
Teknik ini digunapakai oleh dua orang penyelamat yang menguruskan

76

mangsa yang tidak mampu berjalan. Perbezaan pada ketiga-tiga teknik ini ialah
kedudukan tangan yang berbeza. Teknik ini sesuai untuk penstabilan mangsa.

MENYELIMUTKAN DAN MENGIKAT MANGSA PADA USUNGAN

Teknik menyelimut dan mengikat mangsa pada usungan merupakan kaedah mengalih
mangsa dari satu tempat ke tempat lain dengan selamat menggunakan alat usungan.
Semasa diatas usungan, mangsa diselimutkan dengan sehelai selimut supaya luka
tidak tersentuh dengan kain kanvas usungan.

Bagi memudahkan proses mengusung, adalah penting mangsa diselimuti dan diikat
terlebih dahulu. Di dalam beberapa keadaan, mangsa perlu diikatkan dengan kemas
kepada usungan supaya mangsa tidak terjatuh apabila melalui laluan yang sukar,
sempit dan berbahaya.

Cara Menyelimut Adalah Seperti Berikut :-
Mulai dengan membuat simpulan manok pada pemegang usungan dibahagian kepala
mangsa. Tarikkan tali ke paras dada, buatkan setengah belit pada usungan dan lilitkan
mangsa pada bahagian dada.

Ulangkan langkah sama pada bahagian pinggan dan bawah sedikit lutut. Satu pusingan
bulat dibuat di kaki orang dan seterusnya buatkan tiga setengah belit di atas tali di
usungan dan matikan dengan simpulan manok di pemegangnya. Adalah diingatkan
bahawa tempat penambat ketiga-tiga setengah belit itu boleh diubah mengikut
keadaan tempat kecederaan mangsa.

PENGURUSAN AMBULANS

Ambulans merupakan satu medium perantara yang di gunakan dalam pengangkutan
pesakit ke kemudahan kesihatan bagi menerima dan mendapatkan rawatan lanjut.
Secara umumnya, perkhidmatan ambulans yang di gunakan dalam sistem yang di
unjurkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) adalah bagi tujuan "Pre-Hospital
Care" (PHC) dan "transport team". Tambahan lagi, "transport team" merujuk kepada
perkhidmatan menghantar pesakit ke hospital yang lain bagi tujuan rawatan lanjut
manakala PHC merujuk kepada satu perkhidmatan perubatan kecemasan dalam
memberikan rawatan awal kepada mangsa yang memerlukan yang di respon daripada
panggilan MERS 999.

Ambulans Angkatan Pertahanan Awam (APM) digunakan untuk merespon kes-kes
kecemasan dan pertolongan cemas. Ambulans ini ditempatkan di Pusat Kawalan
Operasi daerah (PKOD). Pergerakan ambulans bermula apabila panggilan kecemasan

77

diterima dan disahkan. APM juga menyediakan perkhidmatan pertolongan cemas
dengan menyediakan ambulans dan petugas.

Merujuk kepada perkara di atas, terdapat beberapa fakta yang perlu di ketahui umum
dan tidakkan yang perlu di lakukan semasa perkhidmatan ambulans iaitu:

1. Perkhidmatan ambulans hanya boleh digunakan untuk kes-kes kecemasan
sahaja, kes kes ringan adalah tidak di benarkan kecuali atas justifikasi pegawai.

2. Perkhidmatan ambulans tidak menerima kes dalam penghantaran pesakit
daripada rumah ke premis kesihatan (kecuali kecemasan).

3. Ambulans tidak boleh melanggar lampu isyarat.

4. Ambulans yang sedang membawa pesakit ke hospital tidak boleh berhenti
bagi melakukan proses menyelamat lain (jika dalam perjalanan terdapat
kecelakaan lain) tetapi ia bergantung pada justifikasi pegawai dan tahap
keterukan pesakit yang di bawa.

5. Ambulans tidak boleh membawa jenazah (mayat), jika sudah di sahkan "no
sign of life" , jenazah akan di uruskan oleh pihak polis.

6. Ambulans yang sedang bergerak dengan lampu "hazard" tetapi tidak
membunyikan siren menandakan ia sedang membawa pesakit yang tidak
kritikal.

7. Apabila berhadapan dengan ambulans daripada arah hadapan, sila ke kiri
bahu jalan bagi memberi laluan kepada ambulans.

8. Apabila berhadapan dengan ambulans daripada arah belakang, sila ke kanan
jalan kerana ambulans akan melalui dari arah kiri bahu jalan (laluan
kecemasan) - mengikut keadaan semasa

9. Orang awam dan waris tidak di benarkan menaiki ambulans bagi menemani
pesakit kecuali atas justifikasi pegawai.

10. Jika berlaku kecelakaan ke atas ambulans, waris yang tercedera tidak boleh
melakukan apa apa tuntutan.

11. Penghantaran pesakit ke hospital lain (transport team) adalah atas justifikasi
dan kebenaran Pengarah Hospital.

Perkara perkara di atas adalah perlu di ketahui umum oleh rakyat Malaysia bagi
mengelakkan penyalahgunaan perkhidmatan ambulans dan bagi menerangkan serba

78

sedikit perkhidmatan ambulans yang di unjurkan oleh APM.

Long Spine Board
Merupakan sebuah papan belakang, juga dikenal sebagai papan tulang panjang (Long
Spine Board), longboard, spineboard, atau papan, adalah sebuah pengusung yang
digunakan terutamanya dalam hospital dan digunakan untuk immobilisasi mangsa.
Paling kerap digunakan dalam ambulans.

Pengusung Beroda
Terdapat dua jenis asas pengusung digunakan:

1. Pengusung seorang.
2. Pengusung dua orang.

Pengusung seorang mempunyai roda memindah yang sedia dan sesuai untuk seorang
pengusung untuk memindahkan pesakit ke dalam ambulans. Pengusung Dua orang
pula memerlukan dua orang pembantu untuk mengangkat dan memuatkan pesakit
dalam ambulans. Pengusung biasanya boleh dilaraskan ke tahap yang berbeza dan
sudut yang berbeza. Sesetengah boleh diselaraskan untuk meningkatkan ketinggian.
Peralatan tambahan boleh diletakkan bersama pengusung termasuk oksigen, monitor
jantung dan sebagainya.

Panduan Mengalihkan Pesakit Menggunakan Pengusung Beroda
1. Pengusung harus dikendalikan oleh dua orang pembantu dengan kedua-dua
tangan atas pengusung. Kakitangan lain mungkin akan diminta untuk
membantu membawa peralatan tambahan jika perlu.
2. Jangan sekali-kali meninggalkan pesakit bersendirian atas pengusung.
3. Kedudukan seorang pembantu di kaki dan seorang lagi di kepala
pengusung apabila menolak pengusung.
4. Pembantu yang berada di bahagian kaki pesakit menarik manakala
pembantu di bahagian kepala menolak pengusung.
5. Sentiasa mengekalkan cengkaman yang kukuh ke atas pengusung
apabila menolak untuk mencegah pengusung terbalik.
6. Memerlukan empat orang pembantu, satu di setiap penjuru, apabila
membawa pengusung merentasi keadaan lantai yang sangat kasar.
7. Pastikan pesakit diikat dengan tali pinggang pada setiap masa walaupun
pengusung tidak dialihkan.

79

Pengusung Ortopedik / Scoop Stretcher
Pengusung ortopedik ini direka untuk memudahkan mengangkat pesakit yang
terlentang. Pengusung dibuat daripada tiub aluminium segi empat berbentuk V dan
mempunyai ciri-ciri sepunya dengan "senduk". Pengusung ortopedik boleh
mengangkat pesakit dari lantai atau tanah tanpa mengubah kedudukan mereka.
Kelebihan pengusung ini ialah ia boleh digunakan di dalam ruang yang sempit.
Pengusung jenis lain tidak mampu lakukan.
Pengusung ortopedik kebiasaannya digunakan untuk mengangkat pesakit yang
disyaki mempunyai kecederaan tulang belakang. Untuk mengalihkan pesakit,
bukakan bahagian yang boleh dibuka, “senduk”, kemudiannya diletakkan pesakit ke
atas pengusung untuk memindahkan mangsa. Berikut adalah langkah-langkah
penggunaan pengusung;

1. Laraskan panjang pengusung di atas tanah di sebelah pesakit untuk
menampung pesakit.

2. Angkat sedikit pakaian pesakit manakala seorang lagi pembantu menyorong
setengah pengususng di bawah sebelah pesakit. Ulangi di sisi lain.

3. Jika terdapat sebarang kecederaan tulang belakang, seorang lagi pembantu
perlu mengekalkan sokongan tulang belakang setiap masa.

4. Lapikkan kepada dengan alas supaya tinggi sedikt. Jika perlu ikat pesakit
pada pengusung, gunakan kaedah kawad usungan.

80


Click to View FlipBook Version