SEKOLAH KEBANGSAAN TAHUN 6 RM12.70 BT07001
SEKOLAH KEBANGSAAN TAHUN 6 SEKOLAHKEBANGSAAN TAHUN6 (SEMAKAN 2017)
Dewan Bahasa dan Pustaka Kuala Lumpur 2021 Penulis Suwaibatullaslamiah binti Jalaludin Mohd Ramadhan bin Anwar Jong Tze Kian Editor Magdaline Carol anak Eteng@Ating Marliana binti Shamsir Noor Hidayah binti Abdul Jalil Pereka Bentuk Nor Azzua binti Omar Khairunnisa binti Ma’at Ilustrator Hasbullah bin Abu Hashim Zulkifli bin Abang SEKOLAH KEBANGSAAN TAHUN 6 KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH (SEMAKAN 2017)
No. Siri Buku: 0005 Penerbitan buku teks ini melibatkan kerjasama daripada banyak pihak. Sekalung penghargaan dan ucapan terima kasih ditujukan khusus kepada semua pihak yang terlibat: • Jawatankuasa Penyemakan Pruf Muka Surat dan Naskhah Sedia Kamera, Bahagian Sumber dan Teknologi Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia. • Bahagian Sumber dan Teknologi Pendidikan dan Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia. • Jawatankuasa Peningkatan Mutu, Dewan Bahasa dan Pustaka. • Panel Pembaca Luar, Dewan Bahasa dan Pustaka. • Planetarium Negara, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi. • SK Sendayan, Seremban, Negeri Sembilan. • SK Bandar Bukit Mahkota, Kajang, Selangor. • Semua pihak yang terlibat dalam proses penerbitan buku ini. KK 507-221-0102011-49-3278-20101 ISBN 978-983-49-3278-7 Cetakan Pertama 2021 © Kementerian Pendidikan Malaysia 2021 Hak Cipta Terpelihara. Mana-mana bahan dalam buku ini tidak dibenarkan diterbitkan semula, disimpan dalam cara yang boleh dipergunakan lagi, ataupun dipindahkan dalam sebarang bentuk atau cara, baik dengan cara elektronik, mekanik, penggambaran semula mahupun dengan cara perakaman tanpa kebenaran terlebih dahulu daripada Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia, Kementerian Pendidikan Malaysia. Perundingan tertakluk kepada perkiraan royalti atau honorarium. Diterbitkan untuk Kementerian Pendidikan Malaysia oleh Dewan Bahasa dan Pustaka, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur. No. Telefon: 03-21479000 (8 talian) No. Faksimile: 03-21479643 Laman web: http://www.dbp.gov.my Reka Letak dan Atur Huruf: Percetakan Rina Sdn. Bhd. Muka Taip Teks: KSSR Saiz Muka Taip Teks: 13 poin Dicetak oleh: Percetakan Haji Jantan Sdn. Bhd., No. 12, Jalan 4/118C, Desa Tun Razak, 56000 Cheras, Kuala Lumpur.
Pengenalan v Keterangan Ikon vi Kemahiran Proses Sains 2 Santai Sains 10 Imbas Kembali 11 Asah Minda 11 UNIT 1 KEMAHIRAN SAINTIFIK 1 Pembiakan Manusia 14 Organ Pembiakan Lelaki 14 Organ Pembiakan Perempuan 15 Proses Persenyawaan Manusia hingga Bayi Dilahirkan 16 Kepentingan Pembiakan kepada Manusia 18 Sistem Saraf Manusia 20 Jenis Sistem Saraf Manusia 21 Fungsi Sistem Saraf Manusia 22 Kegagalan Fungsi Sistem Saraf Periferi 25 Menjaga Sistem Saraf 26 Santai Sains 29 Imbas Kembali 30 Asah Minda 31 UNIT 2 MANUSIA 13 Mikroorganisma 34 Proses Hidup Mikroorganisma 36 Faktor-faktor yang Mempengaruhi Pertumbuhan Mikroorganisma 40 Kegunaan Mikroorganisma 44 Keburukan Mikroorganisma 45 Santai Sains 48 Imbas Kembali 49 Asah Minda 50 UNIT 3 MIKROORGANISMA 33 Interaksi antara Hidupan 52 Interaksi antara Haiwan 52 Interaksi antara Tumbuhan 59 Kepentingan Interaksi antara Hidupan kepada Ekosistem 63 Santai Sains 65 Imbas Kembali 65 Asah Minda 66 UNIT 4 INTERAKSI ANTARA HIDUPAN 51 Haiwan yang Telah Pupus 68 Haiwan dan Tumbuhan yang Diancam Kepupusan 70 Faktor-faktor yang Menyebabkan Haiwan dan Tumbuhan Diancam Kepupusan 72 Pemeliharaan Haiwan dan Tumbuhan 75 Pemuliharaan Haiwan dan Tumbuhan 78 Kepentingan Pemeliharaan dan Pemuliharaan 80 Santai Sains 84 Imbas Kembali 85 Asah Minda 86 UNIT 5 PEMELIHARAAN DAN PEMULIHARAAN 67 Daya 88 Kesan Daya 90 Daya Geseran 93 Kesan Daya Geseran 95 Faktor-faktor yang Mempengaruhi Daya Geseran 97 Daya Geseran dalam Kehidupan Harian 99 Tekanan Udara 101 Hubung Kait antara Tekanan Udara dengan Ketinggian 105 Aplikasi Tekanan Udara 107 Santai Sains 109 Imbas Kembali 110 Asah Minda 111 UNIT 6 DAYA 87 iii
Unit Kelajuan 114 Hubungan antara Kelajuan, Jarak dan Masa 116 Mengira Kelajuan, Jarak dan Masa 119 Santai Sains 123 Imbas Kembali 124 Asah Minda 125 113 UNIT 7 KELAJUAN Kerosakan Makanan 128 Pengawetan Makanan 131 Projek Pengawetan Makanan 135 Gabungan Kaedah Pengawetan Makanan 139 Kepentingan Teknologi Pengawetan Makanan 140 Santai Sains 144 Imbas Kembali 145 Asah Minda 146 UNIT 8 TEKNOLOGI PENGAWETAN MAKANAN 127 Pengurusan Bahan Buangan 148 Bahan Buangan Terbiodegradasi dan Bahan Buangan Tidak Terbiodegradasi 150 Penggunaan Bahan Terbiodegradasi dan Bahan Tidak Terbiodegradasi 152 Pengurusan Bahan Buangan Secara Terancang 156 Santai Sains 162 Imbas Kembali 163 Asah Minda 164 UNIT 9 BAHAN BUANGAN 147 Gerhana Bulan 166 Gerhana Matahari 168 Hubung kait antara Gerhana dengan Sifat Cahaya 171 Keadaan di Bumi Semasa Gerhana 174 Santai Sains 175 Imbas Kembali 176 Asah Minda 177 UNIT 10 GERHANA 165 Kenali Galaksi 180 Galaksi Bima Sakti 183 Saiz Sistem Suria di dalam Galaksi Bima Sakti 187 Santai Sains 189 Imbas Kembali 190 Asah Minda 190 UNIT 11 GALAKSI 179 Kestabilan Objek dan Binaan 194 Faktor-faktor yang Mempengaruhi Kestabilan Objek dan Binaan 195 Kekuatan Objek dan Binaan 199 Faktor-faktor yang Mempengaruhi Kekuatan Objek dan Binaan 199 Kepentingan Binaan yang Kuat dan Stabil 206 Mencipta Model Binaan: Bangku Botol 207 Santai Sains 208 Imbas Kembali 209 Asah Minda 210 UNIT 12 KESTABILAN DAN KEKUATAN 193 Teknologi dan Kepentingannya 212 Perkembangan Teknologi 214 Kebaikan dan Keburukan Teknologi 218 Santai Sains 220 Imbas Kembali 221 Asah Minda 222 UNIT 13 TEKNOLOGI 211 CADANGAN JAWAPAN DAN RUJUKAN 223 iv
Buku teks Sains Tahun 6 Sekolah Kebangsaan ini ditulis dan dijelmakan berdasarkan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) yang terdapat dalam Kurikulum Standard Sekolah Rendah (Semakan 2017) Sains Tahun 6. Penulisan buku teks ini bertujuan untuk memenuhi dasar baharu di bawah Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013–2025 yang mengintegrasikan pengetahuan, nilai, Kemahiran Pembelajaran Abad ke-21 (PAK-21) dan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dengan pendekatan Science, Technology, Engineering and Mathematics (STEM) secara eksplisit. Kurikulum standard ini juga bertujuan untuk memberikan pendidikan yang setanding dengan pendidikan antarabangsa sekali gus dapat menyumbang ke arah kemenjadian murid. Buku teks ini mengandungi 13 unit yang merangkumi enam tema, iaitu Inkuiri dalam Sains, Sains Hayat, Sains Fizikal, Sains Bahan, Bumi dan Angkasa serta Teknologi dan Kehidupan Lestari. Penulisan buku teks ini telah disusun dengan tujuan untuk merangsang dan menarik minat murid untuk terus menghayati pembelajaran sama ada di dalam kelas atau pembelajaran kendiri. Setiap unit dalam buku teks ini dimulakan dengan halaman rangsangan, aktiviti rumusan, penilaian dan aktiviti pengayaan. Bagi meneguhkan proses pembelajaran, halaman jawapan untuk setiap unit disediakan pada akhir buku. Info Sains yang mengandungi maklumat tambahan juga dimuatkan sebagai nilai tambah kepada kandungan dalam setiap topik yang dibincangkan. Untuk memastikan matlamat dan objektif Kurikulum Standard Sekolah Rendah bagi mata pelajaran Sains tercapai, penulisan buku teks ini menekankan elemen KBAT dan memberikan fokus kepada pembelajaran berasaskan inkuiri dan pembelajaran berasaskan projek. Di samping itu, Elemen Merentas Kurikulum (EMK) yang sedia ada ditambah lagi dengan elemen kreativiti dan inovasi, keusahawanan serta Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK). Nilai murni dan sikap positif serta budaya kerja yang baik turut diterapkan dalam buku teks ini. Selain itu, DSKP bagi mata pelajaran Sains mempunyai strategi pengajaran dan pembelajaran, iaitu mengutamakan pembelajaran berfikrah, pemerolehan serta penguasaan kemahiran dan ilmu pengetahuan murid sehingga mencapai tahap yang optimum. Pendekatan STEM juga digarap secara kontekstual dan autentik bagi menggalakkan pembelajaran yang harmoni dalam kalangan murid menerusi aktiviti penyiasatan yang dapat memupuk minat murid ke arah budaya STEM. Minat dan keseronokan ini dapat dicetuskan melalui persembahan buku teks ini dengan unsur didik hibur yang digabungjalinkan dengan kandungan pembelajaran. Akhir kata, panel penulis berharap agar buku teks ini dapat mencetuskan idea kepada guru untuk meningkatkan keberkesanan penyampaian pengajaran. Diharapkan murid akan tertarik untuk menggunakan buku ini dalam pembelajaran mereka. Suwaibatullaslamiah binti Jalaludin Mohd Ramadhan bin Anwar Jong Tze Kian v
Maklumat tambahan dalam bentuk animasi atau interaktiviti yang boleh diimbas dengan menggunakan telefon pintar atau tablet. Murid perlu memuat turun aplikasi AR DBP Sains Tahun 6 SK daripada Play Store (Android) atau App Store (iOS 11 dan ke atas) sebelum mengimbas AR tersebut. Panduan dan maklumat tambahan yang membantu guru semasa aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Aspek keselamatan yang perlu diberikan perhatian oleh murid ketika menjalankan aktiviti. Maklumat tambahan untuk aktiviti pembelajaran yang boleh diimbas dengan menggunakan telefon pintar atau tablet. Soalan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) yang dapat menguji daya fikir murid tentang kandungan yang dipelajari. Maklumat tambahan untuk menambahkan pengetahuan murid. Nombor yang merujuk kepada standard pembelajaran dalam Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP). 8.2.6, 8.2.7 Pembelajaran Abad ke-21 dan elemennya berdasarkan aktiviti yang dicadangkan. Soalan yang bertujuan untuk mentaksir kefahaman murid pada akhir setiap unit. Nota ringkas berdasarkan kandungan teks pada akhir setiap unit. Aktiviti yang membantu murid menguasai standard pembelajaran melalui kaedah inovasi secara kreativiti sama ada untuk individu, berpasangan atau berkumpulan. Aktiviti sains berasaskan penyiasatan ringkas yang membantu murid menguasai standard pembelajaran. Aktiviti pengayaan yang menarik dan mencungkil daya kreativiti murid di samping memberikan keseronokan kepada murid untuk menghayati kandungan pembelajaran setiap unit. Aktiviti eksperimen mengikut keperluan standard pembelajaran. vi
Alia ingin membuat cabaran model bangunan kalis taufan. Dia mengaplikasikan kemahiran proses sains untuk membina model bangunan yang paling stabil. Perhatikan model di atas. Ramalkan model manakah yang tidak mudah tumbang apabila ditiup angin? Apakah alasan kamu? model A model B model C Ketinggian tiang binaan ketiga-tiga model ini berbeza. 1 KEMAHIRAN SAINTIFIK UNIT 1
Tahukah kamu bahawa kemahiran proses sains dapat membantu kita menyelesaikan masalah secara sistematik? Adakah kamu masih ingat akan kemahiran proses sains yang telah kamu pelajari? Mari ikuti kisah Raju dan rakan-rakannya yang mengaplikasikan kemahiran proses sains yang dipelajari oleh mereka. Ukur dan gunting dua batang penyedut minuman tidak boleh lentur sepanjang 11 cm. 1. Lekatkan penyedut minuman tersebut pada botol plastik dengan menggunakan pita pelekat. 2. Ukur dan gunting dua batang lidi sate sepanjang 15 cm. 3. Alat dan bahan yang diperlukan ialah gunting, pita pelekat, pembaris, botol plastik, empat keping penutup botol plastik, satu batang penyedut minuman boleh lentur, dua batang penyedut minuman tidak boleh lentur, dua batang lidi sate dan belon. Boleh, Alia. Saya juga hendak turut serta. Raju, bolehkah kamu ajar saya cara untuk membina kereta belon? Oh! Jika begitu, mari kita bertanding untuk melihat kereta belon siapa yang dapat bergerak paling jauh. Raju, saya juga mempunyai sebuah kereta belon seperti itu. Langkah-langkah untuk membina kereta belon adalah seperti yang berikut: Berhati-hati ketika menggunakan gunting. 2 1.1.1, 1.1.2, 1.1.3, 1.1.4, 1.1.5, 1.1.6, 1.1.7, 1.1.8, 1.1.9, 1.1.10, 1.1.11, 1.1.12 Kemahiran Proses Sains
Masukkan lidi sate ke dalam kedua-dua batang penyedut minuman tidak boleh lentur untuk dijadikan gandar. 5. Tebukkan bahagian atas botol plastik. 7. Masukkan penyedut minuman boleh lentur ke dalam belon dan lekatkan belon dengan menggunakan pita pelekat. 6. Lekatkan bahagian hujung penyedut minuman yang telah dihalakan pada bahagian luar botol dengan menggunakan pita pelekat. 9. 4. Tebuk lubang dan cucukkan lidi sate pada bahagian tengah keempat-empat keping penutup botol. Kereta belon kita telah siap. Mari kita uji kereta belon ini. Adakah saiz belon mempengaruhi jarak pergerakan kereta belon? Berhati-hati ketika menggunakan gunting. Masukkan penyedut minuman boleh lentur melalui lubang yang telah ditebuk dan halakan hujung penyedut minuman pada bahagian luar botol. 8. 3
Nyatakan kemahiran proses sains yang dibincangkan oleh mereka dalam situasi di atas. Apakah ciri sepunya bagi kereta belon yang telah dibina? Kita menggunakan jenis botol plastik yang sama. Oleh itu, bentuk, saiz dan jisim kereta belon juga adalah sama. Jika saiz belon adalah besar, jarak pergerakan kereta belon akan lebih jauh. Sebelum menguji kereta belon, Raju dan rakan-rakannya membincangkan faktor-faktor yang mempengaruhi jarak pergerakan kereta belon. Jika begitu, kita akan dapat lihat jarak pergerakan kereta belon. Kawan-kawan, mari kita jadikan saiz belon yang berbeza-beza dalam eksperimen ini. Baiklah, kita tetapkan bentuk, saiz dan jisim kereta belon. Guru boleh membimbing murid mengenal pasti pemboleh ubah daripada langkah-langkah eksperimen. 4
Apakah kemahiran proses sains yang boleh dikenal pasti dalam aktiviti di atas? Baiklah, mari kita mulakan uji kaji dan perhatikan jarak pergerakan kereta belon ini. Kita perlu mengukur jarak pergerakan kereta belon dengan menggunakan pembaris ini. Ya, Alia. Jarak pergerakan kereta belon saya ialah 38 cm. Saya menjangka kereta belon Chua dapat bergerak paling jauh. 5
Berdasarkan aktiviti di atas, apakah kemahiran proses sains yang dilaksanakan? Saya telah merekodkan semua ukuran jarak pergerakan kereta belon dalam jadual ini. Kereta belon Chua bergerak paling jauh diikuti oleh kereta belon saya. Kereta belon Alia bergerak paling dekat. Mari kita susun kereta belon mengikut urutan bermula dengan kereta belon yang bergerak paling jauh. Jarak pergerakan kereta belon saya adalah paling dekat. Mengapa? Saya lihat saiz belon kamu sangat kecil kerana udara di dalamnya sangat sedikit. Ini menyebabkan jarak pergerakan kereta belon kamu adalah yang paling dekat. 6
Apakah kemahiran proses sains yang dibincangkan oleh keempat-empat orang sahabat ini? Lihat, Chua. Saiz belon berubah semasa kereta belon bergerak. Ya, Raju. Saya dapati saiz belon semakin mengecil apabila semakin lama kereta belon bergerak. Bagaimanakah kita hendak menentukan kereta belon yang paling laju? Pada pendapat saya, kereta belon yang bergerak paling laju ialah kereta belon yang dapat bergerak paling jauh. Oleh itu, kereta belon tersebut ialah pemenang. Mari kita ulangi uji kaji ini dengan menggunakan kereta belon yang sama tetapi jisim kereta belon hendaklah berbeza. Baiklah, Jesy. Saya jangka semakin ringan jisim kereta belon, semakin jauh jarak pergerakan kereta itu. 7
Rancang dan lakukan satu eksperimen untuk menguji hipotesis kamu. Hasilkan satu laporan eksperimen berdasarkan format di bawah. 1. Tujuan: ________________________________________________________ 2. Penyataan masalah: ____________________________________________ 3. Hipotesis: ______________________________________________________ 4. Pemboleh ubah: (a) dimanipulasikan: ______________________________________________ (b) bergerak balas: _______________________________________________ (c) dimalarkan: __________________________________________________ 5. Alat dan bahan: gunting, pita pelekat, pembaris, botol plastik, empat keping penutup botol plastik, satu batang penyedut minuman boleh lentur, dua batang penyedut minuman tidak boleh lentur, dua batang lidi sate, belon, 12 keping duit syiling 10 sen 6. Langkah-langkah: _______________________________________________ 7. Data: __________________________________________________________ 8. Mentafsirkan data: _____________________________________________ 9. Kesimpulan: (a) Hipotesis (diterima/tidak diterima). (b) Nyatakan kesimpulan: __________________________________________ Adakah jisim kereta belon akan mempengaruhi jarak pergerakan kereta belon? Berhati-hati ketika menggunakan gunting. 8 1.1.1, 1.1.2, 1.1.3, 1.1.4, 1.1.5, 1.1.6, 1.1.7, 1.1.8, 1.1.9, 1.1.10, 1.1.11, 1.1.12 Jisim Mempengaruhi Jarak Pergerakan Kereta Belon
Terbalikkan gelas B dan letakkannya di atas gelas A. 4. Titiskan pewarna merah ke dalam gelas A dan pewarna hijau ke dalam gelas B. Kemudian, kacau rata setiap larutan. 2. Pastikan kedudukan gelas A dan gelas B seperti gambar. 5. Letakkan kepingan plastik keras di atas gelas B dan tekan kepingan itu dengan menggunakan sarung tangan. 3. Tarik kepingan plastik keras secara perlahan-lahan dan lakukan pemerhatian. 6. Alat dan bahan: dua biji gelas jernih yang sama saiz, sarung tangan ketuhar, sekeping plastik keras, air sejuk, air panas, dua jenis pewarna makanan yang berbeza Langkah-langkah: Labelkan setiap gelas sebagai A dan B. Isikan air sejuk ke dalam gelas A dan air panas ke dalam gelas B. 1. A B Soalan: 1. Apakah yang dapat kamu perhatikan berdasarkan aktiviti yang dijalankan? Jelaskan. 2. Apakah kemahiran proses sains yang terdapat dalam aktiviti ini? sejuk panas Berhati-hati ketika menggunakan air panas. A B A B A B A B A B 9 1.1.1, 1.1.3, 1.1.5, 1.1.6, 1.1.9, 1.1.10, 1.1.11, 1.1.12 Air Ajaib
Hiaskan bilah kipas dengan menggunakan pita pelekat berwarna. 4. Letak bilah kipas secara terbalik di atas botol. 5. Halakan kincir botol ke arah kipas siling yang berputar. 6. Hasilkan kincir botol dengan menggunakan gunting, pita pelekat berwarna, dan botol plastik. Langkah-langkah: Ukur 10 cm dari bahagian bawah botol dan guntingkan. 1. Lipat setiap bahagian yang telah digunting ke arah luar untuk membentuk bilah kipas. 3. Berhati-hati ketika menggunakan gunting. kincir botol Ukur 8 cm dan gunting sekeliling botol secara menegak. 2. 8 cm 10 cm 1 cm 1 cm 10 Kincir Botol
Jawab semua soalan yang berikut dalam buku latihan Sains. 1. Gambar di bawah menunjukkan kaedah padi dituai. Kaedah padi dituai Keluasan tanah (hektar) menggunakan sabit 1.5 menggunakan jentera 5 (a) Berikan satu pemerhatian dan nyatakan inferens tentang perbezaan antara buah mangga A dengan buah mangga B. (b) Berikan pemerhatian lain bagi menyokong inferens jawapan 2(a). Buah Ciri-ciri Mangga A Mangga B jisim (g) 400 600 rasa masam manis Apakah pemboleh ubah yang dikenal pasti? menggunakan sabit mangga A mangga B menggunakan jentera Kemahiran proses sains adalah seperti yang berikut: • memerhati • mengelas • mengukur dan menggunakan nombor • membuat inferens • meramal • berkomunikasi • menggunakan perhubungan ruang dan masa • mentafsirkan data • mendefinisi secara operasi • mengawal pemboleh ubah • membuat hipotesis • mengeksperimen 2. Gambar yang berikut menunjukkan dua biji buah mangga yang sama jenis tetapi telah dipetik dari kebun yang berbeza. Jadual di bawah ialah data yang direkodkan oleh seorang murid tahun 6. 11
4. Gambar di bawah menunjukkan beberapa jenis haiwan yang dipelihara oleh Pak Teh. (a) Apakah ciri sepunya yang boleh digunakan untuk mengelaskan haiwan tersebut? (b) Cadangkan ciri sepunya lain yang boleh digunakan. (c) Bina carta pengelasan bagi ciri sepunya yang kamu cadangkan. 3. Laili menuang 100 mℓ susu segar dan 100 mℓ syampu di dalam dua bikar yang berlainan. Dia merekodkan tempoh yang diambil untuk setiap cecair mengalir keluar daripada silinder penyukat sehingga habis. Nyatakan satu hipotesis yang boleh dibuat dalam aktiviti ini. 25 50 75 100 125 175 225 150 200 250 10 20 30 40 50 60 70 80 90 100 25 50 75 100 125 175 225 150 200 250 10 20 30 40 50 60 70 80 90 100 susu segar syampu masa = 2 saat masa = 8 saat 12
Perhatikan situasi kelahiran bayi dalam gambar di atas. Kelahiran ialah suatu keajaiban dan saat paling menggembirakan buat pasangan suami dan isteri. Tahukah kamu bagaimanakah bayi terjadi? Apakah yang akan berlaku jika tiada kelahiran bayi di dunia ini? Sabar, puan. Kita hampir sampai di dewan bersalin. Tahniah, puan dapat anak lelaki. Sakitnya! 13 UNIT 2 MANUSIA
Bayi yang baru lahir ialah hasil daripada proses pembiakan manusia. Manusia membiak untuk memastikan kemandirian spesiesnya. Manusia membiak melalui proses pembiakan. Proses pembiakan manusia melibatkan pasangan lelaki dan perempuan. Organ-organ pembiakan lelaki dan perempuan membentuk sistem pembiakan. Organ pembiakan lelaki terdiri daripada testis dan zakar. Menyalurkan sperma ke dalam organ pembiakan perempuan. zakar Tempat sperma dihasilkan. testis Bagaimanakah manusia membiak? Apakah fungsi organ pembiakan lelaki dan perempuan? 14 2.1.1 Pembiakan Manusia Organ Pembiakan Lelaki
Organ pembiakan perempuan terdiri daripada faraj, uterus, tiub Fallopio dan ovari. Tempat ovum atau “telur” dihasilkan setiap bulan. ovari Saluran yang menerima sperma daripada zakar. faraj Tempat untuk embrio berkembang dan membesar. Uterus juga dikenali sebagai rahim. uterus Tempat proses persenyawaan berlaku antara sperma dengan ovum. tiub Fallopio Perihalkan fungsi organ pembiakan lelaki dan perempuan. Sekiranya ovari membebaskan lebih daripada satu ovum pada satu masa, terdapat kemungkinan berlakunya kelahiran kembar jika ovum tersebut berjaya disenyawakan. 15 Organ Pembiakan Perempuan
Tahukah kamu, apakah proses persenyawaan? Proses persenyawaan ialah percantuman sperma daripada lelaki dan ovum daripada perempuan. 1 3 4 Mari kita lihat dan fahami proses persenyawaan manusia hingga bayi dilahirkan. faraj tiub Fallopio uterus ovari Langkah Zakar lelaki menyalurkan sperma ke dalam faraj perempuan. 1 Langkah Sperma berenang ke arah ovum dengan menggunakan ekornya. Hanya satu sperma yang akan bercantum dengan satu ovum. Percantuman ini dikenali sebagai proses persenyawaan dan berlaku di tiub Fallopio. 2 Langkah Ovum yang telah disenyawakan dengan sperma dikenali sebagai zigot. Zigot akan membahagi dan membentuk banyak sel yang dikenali sebagai embrio. 3 5 sperma ovum 2 zigot membahagi dan membentuk embrio 16 2.1.2 Proses Persenyawaan Manusia hingga Bayi Dilahirkan
faraj Langkah Embrio akan berkembang di dalam uterus seorang ibu dan membentuk fetus. Fetus kekal di dalam uterus untuk jangka masa kurang lebih sembilan bulan sehingga fetus cukup lengkap dengan organ-organnya. Berdasarkan situasi di atas, jelaskan proses persenyawaan manusia hingga bayi dilahirkan. fetus 4 Langkah Setelah kurang lebih sembilan bulan, fetus dilahirkan melalui faraj dan dikenali sebagai bayi. INFO SAINS Fetus yang sedang berkembang berhubung dengan ibunya melalui tali pusat. Tali pusat ini membekalkan nutrien dan oksigen kepada fetus serta menyingkirkan bahan kumuh daripada tubuh fetus. 5 Apabila seorang lelaki mencapai peringkat akil baligh, testisnya akan mula menghasilkan sperma. Sperma Apabila seorang perempuan mencapai peringkat akil baligh, ovari akan menghasilkan ovum. Ovum INFO SAINS 17
Proses pembiakan sangat penting kepada manusia sama seperti proses hidup yang lain. Perhatikan situasi di bawah. Encik Ahmad mempunyai tiga orang anak hasil daripada perkahwinan dengan isterinya. Kini, bilangan keluarga Encik Ahmad berjumlah 12 orang. Situasi 2 Situasi 1 Situasi di bawah menunjukkan gambaran keadaan di Bumi sekiranya manusia tidak membiak. Proses pembiakan penting untuk menambahkan bilangan individu yang baharu. Apakah akan terjadi kepada bilangan keluarga ini jika Encik Ahmad dan isterinya tidak membiak? Apakah yang akan terjadi kepada kemandirian 18 2.1.3 spesies manusia jika manusia tidak membiak? Kepentingan Pembiakan kepada Manusia
Alat dan bahan: komputer, capaian Internet, pencetak, gunting, kad manila, pita pelekat, pen penanda berwarna Langkah-langkah: 1. Imbas kod QR gambar rajah organ pembiakan dan proses persenyawaan manusia. 2. Cetak dan tampalkan gambar rajah pada kad manila. 3. Secara berkumpulan, bincangkan dan labelkan organ pembiakan lelaki dan perempuan serta fungsinya. 4. Bincangkan dan tuliskan proses persenyawaan manusia hingga bayi dilahirkan mengikut turutan pada kad manila. 5. Pamerkan hasil kumpulan kamu. Ketua kumpulan akan menerangkan proses persenyawaan manusia kepada rakan yang lain. organ pembiakan dan proses persenyawaan manusia Soalan: 1. Jelaskan fungsi organ pembiakan lelaki dan perempuan. 2. Jelaskan proses persenyawaan manusia. 3. Apakah kepentingan pembiakan kepada manusia? Berhati-hati ketika menggunakan gunting. Murid juga boleh mempersembahkan aktiviti di atas dalam bentuk poster elektronik (e-poster). 19 2.1.1, 2.1.2, 2.1.3, 2.1.4, 2.2.6 Poster Pembiakan Manusia
Setiap tindakan yang kita lakukan adalah disebabkan oleh koordinasi suatu sistem. Sistem inilah yang mengawal fungsi semua bahagian tubuh. Sistem ini juga memberitahu tubuh cara untuk bergerak balas apabila bersentuhan dengan suatu rangsangan. Tahukah kamu apakah sistem tersebut? Apakah yang berlaku ketika tangan kamu digigit nyamuk? Kamu dengan segeranya akan menggerakkan tangan kamu. Apakah yang berlaku apabila kamu memakan buah oren yang masam? Kamu dengan segera akan merasa masamnya oren tersebut. Bagaimanakah kamu boleh bernafas secara automatik? Aduh, nyah kau nyamuk! Oh, masamnya! Sistem tersebut dinamai sistem saraf. Koordinasi badan ialah penyelarasan gerak balas badan 20 dengan sebarang rangsangan di sekeliling kita. Sistem Saraf Manusia
Sistem saraf pusat Sistem saraf periferi Sistem saraf pusat terdiri daripada otak dan saraf tunjang. Sistem saraf periferi terdiri daripada rangkaian saraf. Sistem saraf periferi dikawal oleh sistem saraf pusat. otak saraf tunjang rangkaian saraf Sistem saraf terdiri daripada otak, saraf tunjang dan rangkaian saraf di seluruh tubuh. Sistem saraf terbahagi kepada dua jenis, iaitu sistem saraf pusat dan sistem saraf periferi. Nyatakan jenis sistem saraf manusia dan bahagian yang terlibat. INFO SAINS Unit asas sistem saraf dikenali sebagai sel saraf atau neuron. 2.2.1 21 Jenis Sistem Saraf Manusia
Sistem saraf mengawal dan mengkoordinasi fungsi pelbagai organ dan bahagian tubuh. Sistem ini mengesan dan bergerak balas kepada rangsangan. Sistem saraf berkomunikasi dengan bahagian tubuh yang berbeza melalui penghantaran isyarat. Sistem saraf pusat bertindak sebagai pusat untuk menerima maklumat dari organ deria dan mengkoordinasi gerak balas. Mari kita kenali fungsi sistem saraf pusat. Fungsi Sistem Saraf Pusat Otak mengkoordinasi tindakan terkawal dan tindakan luar kawal. otak rangsangan organ deria otak gerak balas dikesan oleh menghantar isyarat kepada menghasilkan Contoh tindakan terkawal adalah seperti yang berikut: Apakah yang berlaku ketika kamu melihat sekuntum bunga? Fahami gambar di bawah yang menunjukkan aliran isyarat yang dikawal oleh sistem saraf pusat. Tindakan Terkawal menari memerhati makan Urutan aliran isyarat daripada rangsangan kepada gerak balas 22 2.2.2 Fungsi Sistem Saraf Manusia
Tindakan Luar Kawal Contoh tindakan luar kawal adalah seperti yang berikut: Berdasarkan pemahaman kamu, nyatakan tindakan yang berlaku bagi setiap gambar di bawah. denyutan jantung pernafasan pencernaan minum peredaran darah bercakap Isyarat bergerak pada kelajuan beberapa ratus kilometer sejam. Oleh itu, isyarat hanya mengambil masa kurang daripada satu saat untuk bergerak dari bahagian kepala ke bahagian kaki. INFO SAINS • Tindakan terkawal ialah tindakan yang disedari di bawah kawalan kita. • Tindakan luar kawal ialah tindakan yang berlaku tanpa disedari. 23
Urutan aliran isyarat daripada rangsangan kepada gerak balas rangsangan organ deria saraf tunjang gerak balas saraf tunjang Apakah yang berlaku apabila kamu terpijak benda tajam? Fahami gambar di bawah yang menunjukkan aliran isyarat yang dikawal oleh saraf tunjang. Perihalkan sistem saraf pusat dan fungsinya. Tindakan refleks ialah tindakan tanpa disedari yang berlaku dengan pantasnya. Dalam situasi tertentu, saraf tunjang akan menerima dan mengarahkan tubuh untuk bergerak balas. Contoh situasi yang melibatkan tindakan refleks adalah seperti yang berikut: Saraf tunjang bersambung dengan otak. Saraf tunjang membawa maklumat dari seluruh tubuh ke otak dan dari otak ke seluruh tubuh. Saraf tunjang juga mengawal sebahagian daripada tindakan refleks. Tindakan Refleks bersin apabila hidung dimasuki habuk terpijak benda tajam tersentuh benda panas Tindakan refleks berlaku secara serta-merta tanpa perlu difikirkan. dikesan oleh menghantar isyarat kepada menghasilkan 24
Sistem saraf periferi terdiri daripada rangkaian saraf yang berada di luar otak dan saraf tunjang. Sistem saraf periferi menghantar isyarat dari bahagian tubuh ke sistem saraf pusat dan menghantar isyarat arahan dari sistem saraf pusat ke seluruh bahagian tubuh. Bell’s palsy ialah keadaan yang berlaku apabila saraf periferi di bahagian otot muka rosak. Kawalan otot muka mengalami gangguan dan menyebabkan separuh daripada bahagian muka menjadi herot. Pesakit juga akan mengalami kesukaran untuk senyum atau menutup mata. Kerosakan sistem saraf periferi dapat menyebabkan perjalanan isyarat dari otak dan saraf tunjang ke bahagian tubuh terganggu. Isyarat arahan dari sistem saraf pusat dihantar ke bahagian tubuh untuk bergerak balas. Isyarat dari bahagian tubuh dihantar ke sistem saraf pusat. Bell’s palsy Apakah fungsi sistem saraf periferi? Kerosakan pada saraf di bahagian kaki dapat menyebabkan tubuh kita hilang keseimbangan ketika berjalan. Masalah keseimbangan tubuh Ramalkan keadaan yang akan berlaku jika sistem saraf periferi tidak berfungsi. 25 2.2.3, 2.2.4 Fungsi Sistem Saraf Periferi Kegagalan Fungsi Sistem Saraf Periferi
Menjaga Sistem Saraf Sistem saraf memainkan peranan penting dalam setiap aspek kesihatan kita. Sistem saraf mengkoordinasikan setiap aktiviti harian kita seperti bangun tidur, bernafas, berfikir dan membaca. Oleh itu, kita perlulah menjaga sistem ini agar semua sistem yang berkaitan dapat berfungsi dengan sempurnanya. Elakkan minum minuman beralkohol Tabiat minum minuman beralkohol boleh melambatkan penghantaran isyarat dalam sistem saraf. Bagaimanakah kita boleh menjaga sistem saraf kita? Makan makanan yang seimbang Makanan seimbang yang mengandungi vitamin B kompleks serta mineral adalah penting untuk menjaga sistem saraf kita. 26 2.2.5
Tidur yang mencukupi Tidur antara tujuh hingga lapan jam sehari dapat menguatkan rangkaian sistem saraf dan daya ingatan. Memakai alat pelindung tubuh Alat pelindung seperti topi keledar yang dipakai ketika menunggang motosikal dapat mengelakkan kecederaan pada otak sekiranya berlaku kemalangan. Menjalankan aktiviti harian dengan postur yang betul Penjagaan postur yang betul semasa berdiri, duduk dan menjalankan aktiviti harian dapat mengelakkan kecederaan pada sistem saraf. alat pelindung belakang tubuh Perhatikan alat pelindung belakang tubuh yang digunakan oleh pemuda ini. Bagaimanakah alat pelindung ini boleh menjaga sistem saraf? 27
Alat dan bahan: kertas mahjung, gunting, gam, benang, pita pelekat, pen penanda, gambar otak manusia, gambar saraf tunjang, gambar organ 1. Minta seorang rakan untuk berbaring di atas kertas mahjung. Lukis bentuk badan rakan kamu dengan menggunakan pen penanda. 2. Gunting dan lekatkan gambar otak manusia dan saraf tunjang. Kemudian, potong dan lekatkan benang untuk mewakili saraf periferi. 3. Tampalkan gambar-gambar organ tersebut dengan betulnya. 4. Mulakan aktiviti. Aktiviti ini akan menunjukkan aliran isyarat bagi setiap rangsangan yang berlaku. Contohnya, kumpulan kamu akan memilih satu situasi, iaitu terhidu bau masakan. Setiap ahli akan menyatakan aliran isyarat yang berlaku sambil menunjukkan organ-organ dan saraf yang terlibat. 5. Pilih situasi lain untuk meneruskan aktiviti. Soalan: 1. Nyatakan jenis sistem saraf manusia. 2. Perihalkan sistem saraf pusat dan fungsinya. 3. Perihalkan sistem saraf periferi dan fungsinya. Berhati-hati ketika menggunakan gunting. Guru meminta murid mencari gambar-gambar yang berkaitan 28 dengan aktiviti melalui pelbagai sumber sebelum kelas bermula. 2.2.1, 2.2.2, 2.2.3, 2.2.6 Aktiviti Isyarat Sistem Saraf
Jom belajar sambil bermain dengan mencipta permainan Bingo sistem pembiakan dengan menggunakan kertas bersaiz A4, pen penanda dan pembaris. Permainan ini sesuai dimainkan oleh dua hingga lima orang murid. Langkah-langkah: 1. Setiap pemain perlu mendapatkan sehelai kertas bersaiz A4. Kemudian, bahagikan kertas tersebut kepada 25 petak. 2. Guru akan menyediakan 25 istilah atau pembayang berkaitan pembiakan manusia. 3. Pemain akan menulis semua istilah dan pembayang tersebut ke dalam petak pada kertas masing-masing secara rawak. 4. Pemain pertama akan memangkah satu petak sambil memberi maksud istilah atau pembayang dalam petak tersebut. 5. Rakan-rakan pemain akan memangkah istilah atau pembayang yang sama pada kertas masing-masing. 6. Ulang langkah 4 dan langkah 5 untuk pemain seterusnya. 7. Pemain yang berjaya memangkah lima petak sebaris secara menegak, melintang atau menyerong akan menyebut perkataan “Bingo!” dan dikira sebagai pemenang pertama. 8. Permainan disambung untuk mencari pemenang seterusnya. ovari tempat ovum dihasilkan kemandirian spesies tali pusat uterus zakar tempat embrio berkembang dan membesar faraj tiub Fallopio zigot ovum sperma testis sistem pembiakan manusia menyalurkan sperma organ pembiakan perempuan rahim tempoh fetus berkembang embrio organ pembiakan lelaki persenyawaan kepentingan pembiakan tempat proses persenyawaan berlaku telur tempat sperma dihasilkan organ pembiakan perempuan tempat proses persenyawaan berlaku telur tempat sperma dihasilkan ovum testis sistem pembiakan manusia menyalurkan sperma zakar uterus faraj zigot tempat embrio berkembang dan membesar kemandirian spesies tali pusat ovari persenyawaan rahim tiub Fallopio tempat ovum dihasilkan kepentingan pembiakan sperma tempoh fetus berkembang embrio organ pembiakan lelaki melintang sistem pembiakan manusia tali pusat telur zakar uterus tempat embrio berkembang dan membesar ovum faraj testis kemandirian spesies tempat proses persenyawaan berlaku organ pembiakan perempuan zigot menyalurkan sperma ovari tempat sperma dihasilkan tiub Fallopio tempat ovum dihasilkan kepentingan pembiakan sperma persenyawaan rahim tempoh fetus berkembang embrio organ pembiakan lelaki menegak uterus ovari tali pusat tempat sperma dihasilkan zakar faraj zigot ovum sistem pembiakan manusia menyalurkan sperma tempat embrio berkembang dan membesar kemandirian spesies testis organ pembiakan perempuan tempat proses persenyawaan berlaku telur tiub Fallopio tempat ovum dihasilkan sperma kepentingan pembiakan persenyawaan rahim tempoh fetus berkembang embrio organ pembiakan lelaki menyerong rajah 1 29 Ayuh, Bingo!
Sistem Pembiakan Manusia 1. Sistem pembiakan lelaki terdiri daripada organ seperti yang berikut: Organ Fungsi testis tempat sperma dihasilkan zakar menyalurkan sperma ke dalam organ pembiakan perempuan 2. Sistem pembiakan perempuan terdiri daripada organ seperti yang berikut: Organ Fungsi faraj saluran yang menerima sperma daripada zakar uterus tempat untuk embrio berkembang dan membesar tiub Fallopio tempat proses persenyawaan berlaku antara sperma dengan ovum ovari tempat ovum atau “telur” dihasilkan setiap bulan 3. Proses persenyawaan manusia sehingga bayi dilahirkan adalah seperti yang berikut: (a) zakar menyalurkan sperma ke dalam faraj (b) sperma berenang ke arah ovum (c) sperma bersenyawa dengan ovum dan membentuk zigot (d) zigot membahagi dan membentuk embrio (e) embrio berkembang dan membentuk fetus (f) fetus dilahirkan dan dikenali sebagai bayi 4. Pembiakan adalah penting kepada manusia untuk menambah bilangan populasi dan mengelakkan kepupusan. Sistem Saraf Manusia 1. Sistem saraf manusia terdiri daripada dua sistem, iaitu: • sistem saraf pusat yang terdiri daripada otak dan saraf tunjang • sistem saraf periferi yang terdiri daripada rangkaian saraf 2. Sistem saraf pusat berfungsi untuk menerima maklumat dari organ deria dan mengkoordinasi gerak balas. • Otak: Mengkoordinasi tindakan terkawal dan luar kawal. • Saraf tunjang: Membawa maklumat dari seluruh tubuh ke otak dan dari otak ke seluruh tubuh serta mengawal tindakan refleks. 3. Sistem saraf periferi berfungsi untuk menghantar isyarat dari bahagian tubuh ke sistem saraf pusat dan menghantar isyarat dari sistem saraf pusat ke bahagian tubuh yang lain. 30
Jawab semua soalan yang berikut dalam buku latihan Sains. 1. Labelkan organ pembiakan lelaki di bawah dan nyatakan fungsinya. 2. Rajah di bawah menunjukkan organ pembiakan perempuan. (a) Apakah yang berlaku selepas ovum yang dihasilkan oleh Y bercantum dengan sperma? (b) Apakah yang berlaku di X? (c) Disebabkan masalah kesihatan, seorang wanita terpaksa membuang kedua-dua bahagian Y pada dirinya. Adakah dia berpeluang untuk melahirkan anak? Jelaskan jawapan kamu. 4. Sistem saraf yang tidak berfungsi dapat mengakibatkan keadaan seperti Bell’s palsy dan masalah keseimbangan tubuh yang lain. 5. Sistem saraf boleh dijaga dengan mengamalkan langkah-langkah seperti yang berikut: • makan makanan yang seimbang • elakkan minum minuman beralkohol • tidur yang mencukupi • memakai alat pelindung tubuh • menjalankan aktiviti harian dengan postur yang betul Fungsi: (a) Organ: Fungsi: (b) Organ: X Y Y 31
3. Lengkapkan proses persenyawaan sehingga bayi dilahirkan. 5. Perihalkan jenis tindakan sistem saraf dan urutan aliran isyarat yang terlibat bagi setiap situasi di bawah. Situasi A: Zaimi memegang cerek yang panas lalu tangannya terangkat dengan segeranya. Situasi B: Siti mendengar bunyi deringan telefon lalu mengangkatnya. saraf tunjang rangkaian saraf 4. Labelkan sistem saraf manusia di bawah. (a) (b) otak Zakar lelaki menyalurkan (i)_________________ ke dalam (ii)_________________ perempuan. (a) Sperma (i)_________________ ke arah (ii)_________________ dan akan (iii)_________________ dengan satu ovum. (b) (i)_________________ yang telah disenyawakan dengan sperma dikenali sebagai (ii)_________________ (c) (i)_________________ akan berkembang di dalam uterus seorang ibu dan membentuk (ii)_________________ . (d) (i)_________________ kekal di dalam uterus ibu sehingga kurang lebih (ii)_________________ bulan sehingga cukup lengkap dengan organ-organnya . (e) (f) (i)_______________ dilahirkan dan dikenali sebagai (ii)_______________. 32
Benda hidup seperti manusia, haiwan dan tumbuhan boleh dilihat dengan mudahnya. Pernahkah kamu melihat benda hidup lain yang ditunjukkan dalam setiap bulatan di atas? Benda hidup tersebut tidak boleh dilihat dengan mata kasar dan wujud di dalam tanah, air, udara dan di dalam tubuh kita. Apakah benda hidup lain tersebut? 33 MIKROORGANISMA UNIT 3
Pernahkah kamu mendengar perkataan mikroorganisma? Mikroorganisma ialah gabungan daripada perkataan mikro dan organisma. Mikro bermaksud seni atau sangat halus dan tidak dapat dilihat oleh mata kasar. Organisma pula bermaksud hidupan. Oleh itu, apakah yang dimaksudkan dengan mikroorganisma? Kebanyakan mikroorganisma dapat diperhatikan dengan menggunakan alatan khas seperti mikroskop. Mikroorganisma hidup bersendirian atau secara berkumpulan. Apakah jenis-jenis mikroorganisma yang terdapat di sekeliling kita? Rhizopus (kulat roti) yis Penicillium Streptococcus Salmonella Spirillum Fungi boleh ditemukan di udara, air, tanah dan pada hidupan lain. Fungi hidup dengan mereput atau mengurai objek yang menjadi tempat tinggalnya. Hasil pereputan tersebut diserap sebagai nutrien. Fungi membiak melalui spora. Contoh fungi ialah kulat, yis dan Penicillium. Fungi Bakteria wujud dalam bentuk sfera, rod atau lingkaran. Bakteria boleh ditemukan di udara, air, tanah dan pada hidupan lain seperti manusia, haiwan dan tumbuhan. Bakteria hidup dengan menyerap nutrien daripada benda hidup lain. Contoh bakteria ialah Spirillum, Streptococcus, Escherichia coli dan Salmonella. Bakteria Mikroorganisma ialah hidupan seni yang tidak dapat dilihat oleh mata kasar. • Fungi terdiri daripada sekumpulan fungus. • Bakteria terdiri daripada sekumpulan bakterium. Escherichia coli 34 3.1.1, 3.1.2 Mikroorganisma
Chlorella Volvox Paramesium Amoeba Virus Influenza Alga mempunyai sifat tumbuhan. Alga mempunyai klorofil untuk menghasilkan makanannya sendiri melalui proses fotosintesis. Contoh alga ialah Chlorella, Chlamydomonas dan Volvox. Alga Protozoa mempunyai sifat haiwan kerana hidupan ini bergerak untuk mendapatkan makanan. Protozoa hidup dalam habitat berair seperti kolam, tasik atau sungai. Contoh protozoa ialah Paramesium dan Amoeba. Protozoa Human Immunodeficiency Virus (HIV) Nyatakan maksud mikroorganisma serta jelaskan jenis-jenis mikroorganisma yang terdapat di sekeliling kita. Volvox INFO SAINS Coronavirus (CoV) ialah sejenis virus yang menyebabkan jangkitan saluran pernafasan. Coronavirus terbaharu telah ditemukan pada tahun 2019 di China yang dikenali sebagai Coronavirus disease 2019 (COVID-19). Virus ini telah mengorbankan banyak nyawa. bakteriofaj Virus ialah mikroorganisma yang paling seni. Virus hanya dapat hidup dan membiak apabila berada di dalam benda hidup lain. Virus hanya dapat dilihat dengan menggunakan mikroskop elektron. Contoh virus ialah bakteriofaj, Human Immunodeficiency Virus (HIV) dan Virus Influenza. Virus Chlamydomonas Paramesium 35
Mikroorganisma juga menjalankan proses hidup sama seperti benda hidup yang lain. Mari kita jalankan penyiasatan untuk membuktikan mikroorganisma juga menjalankan proses hidup. Tujuan: Membuktikan mikroorganisma bernafas Langkah-langkah: Adakah mikroorganisma bernafas? Sukat air suam sebanyak 250 mℓ dan tuang ke dalam botol plastik. 1. Kemudian, masukkan dua sudu besar gula dan tiga sudu kecil yis ke dalam botol dengan menggunakan corong turas. 2. Pasangkan belon pada botol seperti gambar. 3. Goncangkan botol. 4. Aktiviti 1: Mikroorganisma Bernafas Alat dan bahan: gula, yis, air suam, belon, bikar, sudu besar, sudu kecil, botol plastik, benang, pembaris, corong turas 36 3.1.3 Proses Hidup Mikroorganisma Proses Hidup Mikroorganisma
5. Secara bergilir, rekodkan ukur lilit belon setiap 10 minit selama 30 minit. Catat hasil pemerhatian kamu dalam jadual. Soalan: 1. Apakah yang dapat kamu perhatikan pada ukur lilit belon? 2. Berikan inferens kamu tentang pemerhatian tersebut. 3. Apakah kesimpulan yang dapat dibuat berdasarkan aktiviti ini? Tujuan: Membuktikan mikroorganisma bergerak Alat dan bahan: mikroskop, penitis, slaid kaca, sisip kaca, bikar, piring petri, air kolam atau air sungai Bolehkah mikroorganisma bergerak? Langkah-langkah: Ambil sedikit air kolam atau air sungai dengan menggunakan penitis. Titiskan air tersebut ke atas slaid kaca dan tutup slaid kaca dengan sisip kaca. 1. Letakkan slaid kaca di atas pentas mikroskop. 2. Aktiviti 2: Mikroorganisma Bergerak 6. Persembahkan hasil pemerhatian kamu di hadapan kelas. Berhati-hati ketika mengendalikan sisip kaca. 3.1.3 37
Soalan: 1. Adakah kedudukan mikroorganisma yang kamu perhatikan berubah? 2. Apakah kesimpulan yang dapat dibuat berdasarkan aktiviti ini? Laraskan kedudukan cermin sehingga imej mikroorganisma dapat dilihat dengan jelasnya. 5. Gerakkan slaid kaca ke tengah sehingga mendapat imej mikroorganisma yang jelas. 4. Laraskan tombol pelaras kanta mikroskop untuk mendapatkan imej mikroorganisma yang jelas. 3. Perhatikan kedudukan mikroorganisma yang dapat dilihat. Lakarkan kedudukan mikroorganisma tersebut pada setiap minit selama tiga minit. Bincangkan hasil pemerhatian kamu di hadapan kelas. 6. mikroorganisma bergerak Gunakan cebisan kapas untuk menyerap lebihan sampel air sungai atau air kolam daripada sisip kaca untuk memudahkan pemerhatian 38 3.1.3 ke atas pergerakan mikroorganisma.
Tujuan: Membuktikan pertumbuhan mikroorganisma Alat dan bahan: beg plastik berzip, kanta pembesar, penyembur air, sekeping roti, air Adakah berlakunya pertumbuhan pada mikroorganisma? Langkah-langkah: Semburkan sedikit air pada kedua-dua permukaan roti. 1. Masukkan roti ke dalam beg plastik berzip. Keluarkan sedikit udara dari beg dan zipkan beg dengan kemas. 2. Letakkan beg berisi roti di tempat gelap. Contohnya di dalam almari atau di dalam laci. 3. Perhatikan permukaan roti mulai hari kelima hingga hari ketujuh. Perhatikan saiz kulapuk roti. 4. Soalan: 1. Apakah yang dapat diperhatikan pada permukaan roti? 2. Bagaimanakah perubahan saiz kulapuk dari hari kelima hingga hari ketujuh? 3. Apakah kesimpulan yang dapat dibuat berdasarkan aktiviti ini? Aktiviti 3: Mikroorganisma Bertumbuh Elakkan menyentuh kulapuk roti dengan menggunakan tangan. 3.1.3 39
Ayah, semua susu di pasar raya disimpan di ruangan sejuk yang bersuhu rendah. Mengapa? Jika susu disimpan dalam keadaan hangat dengan suhu yang bersesuaian, mikroorganisma pasti bertumbuh dan susu akan menjadi rosak. Adakah suhu yang sesuai merupakan satu daripada faktor pertumbuhan mikroorganisma? Cuba kamu buktikannya melalui eksperimen. Saya berjaya melihat protozoa bergerak dan berubah kedudukan. Ukur lilit belon semakin bertambah. Saiz kulapuk roti juga bertambah. Berdasarkan aktiviti yang telah dijalankan, apakah kesimpulan yang dapat kamu buat tentang proses hidup mikroorganisma? Cikgu, mengapakah yis di dalam peket ini tidak dapat bertumbuh? Yis di dalam peket ini tidak dapat bertumbuh kerana masih tidak aktif. Mikroorganisma akan bertumbuh jika semua keperluan untuk pertumbuhannya adalah mencukupi. Selepas menjalankan aktiviti, Chua dan rakan-rakannya berkongsi tentang pemerhatian yang diperoleh oleh mereka. Apakah keperluan untuk pertumbuhan mikroorganisma? Lihat situasi di bawah. 40 3.1.4 Faktor-faktor yang Mempengaruhi Pertumbuhan Mikroorganisma Suhu yang Sesuai
1. Tujuan: ________________________________________________________ 2. Penyataan masalah: Adakah suhu yang sesuai akan mempengaruhi keadaan susu? 3. Hipotesis: ______________________________________________________ 4. Pemboleh ubah: (a) dimanipulasikan: _____________________________________________ (b) bergerak balas: ______________________________________________ (c) dimalarkan: __________________________________________________ 5. Alat dan bahan: penunu Bunsen, dua biji botol berpenutup, termos, bikar, susu segar 6. Langkah-langkah: (a) Sediakan tiga biji gelas yang diisi dengan kuantiti susu segar yang sama. (b) Tuang susu dari gelas pertama ke dalam botol berlabel A. Tutup botol dan simpan di dalam peti sejuk. (c) Tuang susu dari gelas kedua ke dalam botol berlabel B. Tutup botol dan letakkannya di tempat bersuhu bilik. (d) Tuang susu dari gelas ketiga ke dalam bikar. Didihkan susu dengan menggunakan penunu Bunsen. Kemudian, tuangkan susu ke dalam termos. Tutupkan termos dan biarkannya di atas meja. (e) Perhatikan keadaan susu setiap hari selama tiga hari. (f) Catat hasil pemerhatian dalam jadual. 7. Data: _________________________________________________________ 8. Mentafsirkan data: (a) Keadaan susu paling cepat rosak pada suhu ______________________. (b) Suhu ____________ adalah sesuai untuk pertumbuhan mikroorganisma. 9. Kesimpulan: (a) Hipotesis (diterima/tidak diterima). (b) Keadaan susu akan menjadi _____________________ jika suhu susu adalah _____________________. A B 3.1.4 41 Suhu yang Sesuai
Selain dari suhu yang sesuai, apakah faktor lain yang mempengaruhi pertumbuhan mikroorganisma? Fahami situasi di bawah. Saya juga berfikir begitu. Roti biasa mempunyai kelembapan yang menyebabkan roti tersebut mudah ditumbuhi kulat. Mengapakah roti yang telah dikeringkan ini tahan lebih lama daripada roti biasa? Adakah ketiadaan air menyebabkan mikroorganisma tidak tumbuh? Mari kita lakukan penyiasatan dengan menggunakan roti kering. Kita gunakan dua keping roti kering yang dilabelkan roti A dan roti B, tetapi hanya roti B telah dicelup ke dalam air. Ya, saya berpendapat bahawa sayur-sayuran akan tahan lebih lama kerana tiada udara di dalam pek vakum ini. Mikroorganisma tidak dapat tumbuh jika tiada udara. Sayur asparagus ini dipek di dalam pek vakum. Adakah sayur-sayuran yang dipek di dalam pek vakum tahan lebih lama? roti A roti B Berdasarkan bahan yang dicadangkan, rancang dan jalankan eksperimen untuk menyiasat jika kehadiran air mempengaruhi pertumbuhan mikroorganisma. 42 Kehadiran Air Kehadiran Udara