Saya bersetuju dengan hipotesis kamu. Mari kita jalankan eksperimen dengan menggunakan hirisan epal ini. Beberapa hirisan epal akan dipek di dalam pek vakum, manakala beberapa hirisan lagi tidak dipek di dalam pek vakum. Bagaimanakah kehadiran udara mempengaruhi pertumbuhan mikroorganisma? Saya berpendapat bahawa yis memerlukan nutrien untuk bertumbuh dan menjadi aktif. Mengapakah kita perlu memasukkan gula ketika menggunakan yis dalam eksperimen sebelum ini? Adakah kehadiran nutrien mempengaruhi pertumbuhan mikroorganisma? Perhatikan pertumbuhan bakteria dalam eksperimen di atas selepas tiga hari. air suling susu segar Mari kita siasat pertumbuhan bakteria dalam air suling dan susu segar pula. Susu segar mengandungi nutrien, manakala air suling tidak mengandungi nutrien. 43 Kehadiran Nutrien
Bagaimanakah mangga yang dijerukkan kekal elok untuk jangka masa yang lama? Saya berpendapat bahawa keasidan air jeruk tidak sesuai untuk pertumbuhan mikroorganisma. Tahukah kamu, roti menjadi lembut dan gebu disebabkan oleh tindakan mikroorganisma? Sesetengah tindakan mikroorganisma seperti fungi, bakteria, alga dan protozoa berguna kepada kita. Bakteria dan fungi digunakan untuk membuat keju. Fungi digunakan untuk membuat tempe. Yis digunakan untuk membuat roti dan tapai. Bakteria juga digunakan dalam pembuatan yogurt. Bagaimanakah tindakan mikroorganisma memberikan faedah kepada kita? Pembuatan makanan Berdasarkan kesemua eksperimen yang telah kamu jalankan, apakah kesimpulan yang dapat kamu buat tentang faktor-faktor yang mempengaruhi pertumbuhan mikroorganisma? Wah, lembut dan gebunya roti ini! Mari kita jalankan eksperimen untuk menyiasat faktor keasidan yang sesuai dalam mempengaruhi pertumbuhan mikroorganisma. Kita siasat hirisan buah epal ini. Satu hirisan direndam dalam larutan cuka, manakala satu hirisan lagi direndam dalam air pili. 44 Keasidan yang Sesuai Kegunaan Mikroorganisma
Mereputkan gigi Bakteria pada mulut menghasilkan asid daripada gula dan sisa makanan. Asid yang dihasilkan mereputkan gigi. Sesetengah fungi, bakteria dan virus digunakan dalam penghasilan vaksin yang merangsang penghasilan antibodi bagi melawan virus berbahaya. Sesetengah fungi digunakan untuk menghasilkan penisilin, iaitu sejenis antibiotik yang menghalang pertumbuhan bakteria berbahaya. Penghasilan ubat-ubatan Bakteria membantu proses pereputan tinja dengan menguraikan sisa organik yang terdapat di dalam loji kumbahan. Perawatan sisa kumbahan Tinja haiwan yang digaulkan dengan serbuk kayu akan diuraikan oleh bakteria untuk dijadikan baja organik. Penghasilan baja organik Fungi yang tumbuh pada makanan menyebabkan makanan menjadi rosak. Merosakkan makanan Tindakan mikroorganisma juga memberikan kesan keburukan. Bagaimanakah tindakan mikroorganisma memberikan kesan buruk kepada kita? 3.1.5 45 Keburukan Mikroorganisma
Jelaskan kesan tindakan mikroorganisma dalam kehidupan harian kita. Apakah penyakit berjangkit lain yang disebabkan oleh mikroorganisma? Menyebabkan penyakit berjangkit Menyebabkan keracunan makanan Keracunan makanan berlaku akibat tindakan bakteria Salmonella daripada sumber yang tercemar. Merosakkan tanaman Fungi yang tumbuh pada daun mengganggu proses fotosintesis. Influenza juga dikenali dengan nama penyakit selesema. Influenza terjadi apabila tubuh dijangkiti oleh virus influenza. Demam campak ialah penyakit yang disebabkan oleh virus. Influenza Campak Beguk ialah sejenis penyakit yang disebabkan oleh virus. Beguk menyebabkan bengkak di kawasan pipi dan leher. Beguk Kurap ialah jangkitan yang disebabkan oleh fungi. Kurap 46
Alat dan bahan: bekas berpenutup jernih, sisa makanan, air, botol semburan Langkah-langkah: 1. Dilarang membuka penutup bekas. 2. Dilarang menyentuh mikroorganisma dengan menggunakan tangan. Soalan: 1. Apakah mikroorganisma yang dapat kamu perhatikan? 2. Apakah tindakan mikroorganisma tersebut pada sisa makanan kamu? 3. Sisa makanan manakah yang paling banyak ditumbuhi mikroorganisma? Mengapa? Bimbing murid cara untuk melupuskan terarium kulat dengan betulnya. Susun sisa makanan di dalam bekas secara berjarak. 1. Semburkan air pada setiap sisa makanan. Tutupkan bekas dengan kemasnya. 2. Ramalkan pemerhatian kamu berdasarkan soalan berikut: • Sisa makanan yang manakah yang rosak dahulu? • Apakah mikroorganisma yang akan dapat diperhatikan? 3. Setiap kumpulan akan meletakkan terarium di tempat yang berbeza. Perhatikan terarium setiap tiga hari selama enam hari. Bandingkan pemerhatian kamu dengan ramalan yang telah kamu lakukan. 5. 4. Jawab soalan tersebut secara bergilir dan catat pada sehelai kertas. 47 3.1.1, 3.1.5, 3.1.6 Terarium Kulat
Hasilkan tempe dengan menggunakan 500 g kacang soya, setengah sudu teh ragi tempe, beg plastik berzip dan air. Langkah-langkah: 1. Rendam kacang soya semalaman dalam air suam. Kemudian, buang kulit kacang soya. Rebus kacang soya sehingga 34 masak atau selama 45 minit hingga 11 2 jam. 2. 3. Biarkan kacang soya menyejuk. Kemudian, tabur ragi tempe dan gaul. Tebuk lubang pada plastik berzip. Masukkan kacang soya dan zip beg plastik. 4. Simpan beg plastik berisi kacang soya di tempat bersuhu bilik dan mempunyai aliran udara. Perhatikan tempe selepas 36 jam hingga 48 jam. 5. Berhati-hati ketika mengendalikan dapur gas. 48 Membuat Tempe
1. Mikroorganisma bermaksud hidupan seni yang tidak dapat dilihat oleh mata kasar. 2. Terdapat lima jenis mikroorganisma, iaitu: • fungi • bakteria • alga • protozoa • virus 3. Proses hidup mikroorganisma adalah seperti yang berikut: • bernafas • bergerak • bertumbuh 4. Faktor-faktor yang mempengaruhi pertumbuhan mikroorganisma adalah seperti yang berikut: • suhu yang sesuai • kehadiran air • kehadiran udara • kehadiran nutrien • keasidan yang sesuai 5. Tindakan mikroorganisma memberi kesan seperti yang berikut: Kebaikan Keburukan • pembuatan makanan • penghasilan ubat-ubatan • penghasilan baja organik • perawatan sisa kumbahan • merosakkan makanan • mereputkan gigi • menyebabkan keracunan makanan • merosakkan tanaman • menyebabkan penyakit berjangkit 49
Jawab semua soalan yang berikut dalam buku latihan Sains. 1. Nyatakan jenis mikroorganisma berdasarkan setiap ciri berikut: (a) paling seni (b) membuat makanan sendiri (c) mempunyai sifat haiwan (d) membiak melalui spora (e) berbentuk sfera, rod atau lingkaran 2. Gambar di bawah menunjukkan setitis air kolam yang diperhatikan di bawah mikroskop. X air kolam (a) Namakan X. (b) Ramalkan kedudukan X selepas lima minit. (c) Berikan inferens terhadap jawapan kamu pada 2(b). 3. Gambar berikut menunjukkan tiga doh yang telah dibiarkan selepas 20 minit. Saiz asal doh dan jumlah gula yang dimasukkan ke dalam setiap doh adalah sama. a b c (a) Nyatakan satu pemerhatian. (b) Berikan inferens terhadap pemerhatian kamu pada 3(a). (c) Namakan proses hidup mikroorganisma berdasarkan situasi di atas. (d) Gambar di bawah menunjukkan doh yang telah dimasukkan dengan yis tetapi tidak dimasukkan gula. Adakah saiz doh ini akan bertambah selepas 20 minit? Mengapa? 4. Hasilkan satu persembahan grafik tentang kesan tindakan mikroorganisma dalam kehidupan harian mengikut kreativiti kamu. 50
Perhatikan habitat tanah lembap ini. Berapakah jumlah hidupan yang boleh kamu kenal pasti dalam gambar ini? Semua hidupan di habitat ini tinggal bersama-sama dan berinteraksi antara satu sama lain untuk hidup. Bagaimanakah hidupan ini berinteraksi? 51 INTERAKSI ANTARA HIDUPAN UNIT 4
Pemangsa ialah haiwan yang memburu haiwan lain untuk dimakan. Haiwan yang diburu atau dimakan oleh pemangsa dinamakan sebagai mangsa. Citah ialah pemangsa yang memburu rusa. citah Rusa ialah mangsa yang dimakan oleh citah. rusa Interaksi antara hidupan ialah hubungan antara hidupan yang saling bergantung antara satu sama lain untuk mendapatkan keperluan asas bagi meneruskan hidup. Terdapat tiga jenis interaksi antara haiwan, iaitu mangsa-pemangsa, persaingan dan simbiosis. Interaksi antara hidupan ialah hubungan antara hidupan yang saling bergantung antara satu sama lain untuk mendapatkan keperluan asas bagi meneruskan hidup. Terdapat tiga jenis interaksi antara haiwan, iaitu mangsa-pemangsa, persaingan dan simbiosis. INFO SAINS Interaksi mangsa-pemangsa juga berlaku antara haiwan dan tumbuhan. Contohnya, interaksi antara lalat dengan pokok perangkap lalat Venus. Pokok perangkap lalat Venus ialah pokok pemangsa kepada serangga kecil seperti lalat. lalat pokok perangkap lalat Venus 52 4.1.1 Interaksi antara Hidupan Interaksi antara Haiwan Mangsa-pemangsa
obor-obor labah-labah belalang penyu Perhatikan interaksi yang berlaku di bawah. Nyatakan mangsa dan pemangsa dalam interaksi tersebut. burung ikan burung helang arnab 53
Apabila keperluan asas adalah terhad, haiwan akan bersaing antara satu sama lain untuk terus hidup. Persaingan antara spesies haiwan yang sama dinamakan sebagai persaingan intraspesies. Persaingan antara haiwan yang berlainan spesies dinamakan sebagai persaingan interspesies. Badak air bersaing untuk mempertahankan kawasan. Burung tiung jantan bersaing untuk mendapatkan burung tiung betina untuk mengawan. Kuda belang bersaing untuk mendapatkan air. Dubuk bersaing untuk mendapatkan makanan. Persaingan intraspesies berlaku apabila sumber makanan, air, tempat tinggal atau kawasan dan pasangan adalah terhad. Tempat tinggal atau kawasan Makanan Air Pasangan kuda belang badak air burung tiung jantan dubuk burung tiung betina Haiwan Intraspesies Faktor Persaingan 54 4.1.2 Persaingan antara Haiwan
Burung tiram sedang menghalau burung camar daripada mendekati kawasannya. Kuda belang dan gnu bersaing untuk mendapatkan air. Burung hering dan singa bersaing untuk mendapatkan makanan. Persaingan interspesies berlaku apabila sumber makanan, air, tempat tinggal atau kawasan adalah terhad. Apakah yang membezakan persaingan antara haiwan intraspesies dan persaingan antara haiwan interspesies? Jelaskan dengan contoh faktor persaingan bagi haiwan intraspesies dan haiwan interspesies. Apakah yang menjadi faktor persaingan antara haiwan? kuda belang singa burung hering gnu burung camar burung tiram Haiwan Interspesies 55
Mutualisme ialah interaksi yang memberikan manfaat kepada kedua-dua belah pihak. Simbiosis ialah hubungan rapat antara dua spesies haiwan. Terdapat tiga jenis interaksi simbiosis, iaitu mutualisme, parasitisme dan komensalisme. Buaya membuka mulutnya untuk membiarkan burung singgah untuk memakan sisa makanan yang terdapat pada celah giginya. Pada masa yang sama, buaya dapat membersihkan giginya. Ikan badut bersembunyi di sebalik buran. Sengat pada buran melindungi ikan badut daripada dimakan oleh ikan pemangsa. Pada masa yang sama, ikan badut akan menakutkan pemangsa buran seperti ikan rama-rama. buaya ikan badut buran burung Gigi kamu sudah bersih dan saya sudah kenyang. Terima kasih. Kita akan menjaga antara satu sama lain. INFO SAINS Tahukah kamu parasitisme juga berlaku antara haiwan dengan manusia? Cacing pita ialah parasit yang menyerap makanan di dalam usus seperti usus manusia. Perumah boleh mendapat penyakit atau kehilangan berat badan. 56 4.1.3 Mutualisme Simbiosis antara Haiwan
Ikan remora melekatkan dirinya pada badan ikan jerung. Ikan remora mendapat pengangkutan, perlindungan percuma dan cebisan makanan yang terlepas daripada mulut ikan jerung. Ceritakan jenis interaksi simbiosis antara haiwan lain berserta contohnya. Parasitisme ialah interaksi yang memberi manfaat kepada satu pihak sahaja dan merugikan satu pihak yang lain. Dalam interaksi ini, pihak yang mendapat manfaat dikenali sebagai parasit, manakala pihak yang mendapat kerugian dikenali sebagai perumah. Sengkenit menghisap darah haiwan perumah seperti kucing. Kucing akan berasa gatal dan kehilangan darah. sengkenit kucing Aduh, sungguh gatal badan saya ini! Teritip mendapat pengangkutan percuma apabila melekatkan dirinya pada cangkerang ketam. Komensalisme ialah interaksi yang memberikan manfaat kepada satu pihak, tetapi tidak merugikan atau memberikan manfaat kepada pihak lain. ketam ikan jerung Bolehkah kami menumpang pada cangkerang kamu, ketam? Boleh, silakan. Terima kasih, jerung. Jom, berenang dengan saya! ikan remora ikan remora dan ikan jerung teritip 57 Parasitisme Komensalisme
Alat dan bahan: kad manila, kad berwarna, stapler, gunting, kotak, gam, gelang getah, kertas A4, penebuk lubang Langkah-langkah: 1. Hasilkan topi berbentuk kon dengan menggunakan kad manila dan stapler. Tebuk lubang pada dua bahagian tepi kon dan sambungkan lubang dengan menggunakan gelang getah. 2. Gunting kad berwarna untuk membentuk rupa haiwan dan tampalkan pada topi. 3. Hasilkan beberapa topi haiwan yang berlainan jenis. 4. Gunting kertas A4 kepada kepingan kecil. Tulis interaksi antara haiwan. Contohnya, Mangsa-Pemangsa. Gulung dan masukkan kertas tersebut ke dalam kotak. 5. Ketua kumpulan akan mencabut gulungan kertas tersebut dan memilih rakan yang lain untuk melakonkan interaksi antara haiwan. Ahli yang lain akan menyambung permainan dengan memilih gulungan kertas yang seterusnya. Soalan: 1. Nyatakan maksud interaksi antara hidupan. 2. Perihalkan jenis interaksi antara hidupan yang telah kamu pelajari. 3. Apakah faktor persaingan antara haiwan? 4. Nyatakan jenis interaksi simbiosis antara haiwan. Berhati-hati ketika menggunakan gunting. 58 4.1.1, 4.1.2, 4.1.3, 4.1.4 Drama Interaksi
Tumbuhan bersaing untuk mendapatkan keperluan asas yang terhad. Apakah yang menyebabkan tumbuhan bersaing? Tumbuhan dalam suatu habitat juga berinteraksi antara satu sama lain untuk terus hidup. Terdapat dua jenis interaksi antara tumbuhan, iaitu persaingan dan simbiosis. Aktiviti 1 Tujuan: Menyiasat ruang sebagai faktor yang menyebabkan persaingan antara tumbuhan Alat dan bahan: pasu kecil, pasu besar, tanah kebun, 30 biji benih kacang hijau, air Langkah-langkah: 1. Tanamkan 15 biji benih kacang hijau di dalam pasu kecil dan 15 biji benih kacang hijau lagi di dalam pasu besar. 2. Siram biji benih pada pasu kecil dan pasu besar dengan jumlah air yang sama setiap hari. 3. Bandingkan pertumbuhan anak pokok kacang hijau pada kedua-dua pasu selepas tiga minggu. Soalan: 1. Apakah yang dapat kamu perhatikan tentang pertumbuhan anak pokok dalam pasu kecil dan pasu besar? Mengapakah keadaan ini berlaku? 2. Nyatakan faktor yang menyebabkan perbezaan pertumbuhan anak-anak pokok kacang hijau dalam kedua-dua pasu tersebut. Biji benih kacang hijau boleh digantikan dengan biji benih yang lain seperti cili atau bendi. 59 4.2.1, 4.2.3 Persaingan antara Tumbuhan Interaksi antara Tumbuhan Tumbuhan Bersaing
Aktiviti 3 Tujuan: Menyiasat cahaya sebagai faktor yang menyebabkan persaingan antara tumbuhan Alat dan bahan: dua pasu kecil, dua kotak, tanah kebun, 18 biji benih kacang hijau, air Langkah-langkah: 1. Labelkan pasu A dan pasu B. Tanamkan 15 biji anak benih kacang hijau ke dalam pasu A dan tiga biji anak benih kacang hijau ke dalam pasu B. 2. Sediakan dua buah kotak kosong. 3. Tebuk lubang kecil pada bahagian atas kedua-dua kotak. 4. Telangkupkan kotak ke atas pasu A dan pasu B. Pastikan lubang kecil kotak menghadap ke atas. 5. Siram anak pokok setiap hari dengan menggunakan tiub air yang dimasukkan melalui lubang pada bahagian atas kedua-dua kotak. 6. Selepas tiga minggu, buka kotak dan perhatikan pertumbuhan anak-anak pokok kacang hijau. Soalan: 1. Bandingkan pertumbuhan anak pokok kacang hijau pada pasu A dan pasu B. Nyatakan inferens kamu. 2. Apakah faktor yang menyebabkan anak-anak pokok kacang hijau ini bersaing? Aktiviti 2 Tujuan: Menyiasat air sebagai faktor yang menyebabkan persaingan antara tumbuhan Alat dan bahan: dua pasu kecil, tanah kebun, 13 biji benih kacang hijau, air Langkah-langkah: 1. Labelkan pasu A dan pasu B. 2. Tanamkan 10 biji benih kacang hijau di dalam pasu A dan tiga biji benih kacang hijau lagi di dalam pasu B. 3. Siram biji benih dalam pasu A dan pasu B dengan jumlah air yang sama setiap hari. 4. Selepas tiga minggu, keluarkan anak pokok kacang hijau dari pasu A dan pasu B dengan berhati-hati. Perhatikan pertumbuhan akar pokok kacang hijau pada kedua-dua pasu. Soalan: 1. Bandingkan pertumbuhan akar anak pokok kacang hijau pada pasu A dan pasu B. Apakah yang dapat kamu perhatikan? 2. Mengapakah keadaan tersebut berlaku? 3. Apakah faktor yang menyebabkan anak-anak pokok kacang hijau ini bersaing? 60
Aktiviti 4 Tujuan: Menyiasat nutrien sebagai faktor yang menyebabkan persaingan antara tumbuhan Alat dan bahan: dua bekas tanaman, tanah kebun, 30 biji benih kacang hijau, baja, air Langkah-langkah: 1. Labelkan bekas tanaman A dan bekas tanaman B. 2. Tanamkan 15 biji benih kacang hijau pada jarak 5 cm antara satu sama lain di dalam bekas tanaman A dan bekas tanaman B. 3. Taburkan baja secara sekata di atas tanah dalam bekas tanaman B sahaja. 4. Siram anak benih kacang hijau dengan jumlah air yang sama setiap hari. 5. Bandingkan pertumbuhan anak-anak pokok kacang hijau pada bekas tanaman A dan bekas tanaman B selepas tiga minggu. Soalan: 1. Bandingkan pertumbuhan anak pokok kacang hijau pada bekas tanaman A dan B. Nyatakan inferens kamu. 2. Apakah faktor persaingan anak-anak pokok kacang hijau di dalam bekas tanaman A? Jelaskan semua faktor persaingan antara tumbuhan. Nampaknya akar tumbuhan di dalam pasu B tumbuh lebih sihat kerana kurang bersaing untuk mendapatkan air yang terhad. A B Tumbuhan dalam bekas A bersaing untuk mendapatkan nutrien yang terhad. A B Tumbuhan dalam pasu kecil ini bersaing untuk mendapatkan ruang yang terhad. A B Pokok-pokok di dalam pasu A tumbuh lebih tinggi kerana bersaing untuk mendapatkan cahaya matahari yang terhad. 61
Parasitisme ialah interaksi yang memberikan manfaat kepada satu pihak sahaja dan merugikan satu pihak yang lain. Dalam interaksi ini, pihak yang mendapat manfaat dikenali sebagai parasit, manakala pihak yang mendapat kerugian dikenali sebagai perumah. Sesetengah tumbuhan seperti bunga pakma tidak boleh menjalankan proses fotosintesis. Oleh itu, bunga pakma perlu menumpang pada pokok perumah. Keadaan ini merugikan pokok perumah kerana bunga pakma akan menyerap air dan nutrien dari pokok perumah. Pokok langsuyar hidup di batang pokok perumah untuk mendapatkan sokongan dan cahaya matahari. Pokok langsuyar tidak merosakkan pokok perumah kerana akar dan batangnya tidak menembusi pokok perumah. Pokok orkid menumpang di batang pokok perumah untuk mendapatkan sokongan, cahaya matahari dan nutrien daripada persekitaran. Sementara itu, pokok perumah tidak terjejas dan tidak mendapat sebarang manfaat. Komensalisme ialah interaksi yang memberikan manfaat kepada satu pihak, tetapi tidak merugikan atau memberikan manfaat kepada pihak lain. pokok perumah pokok perumah bunga pakma pokok orkid Simbiosis ialah hubungan rapat antara dua spesies tumbuhan. Terdapat dua jenis interaksi simbiosis, iaitu komensalisme dan parasitisme. pokok langsuyar 62 4.2.2 Komensalisme Parasitisme Simbiosis antara Tumbuhan
Hidupan dalam sebuah ekosistem berinteraksi antara satu sama lain untuk memastikan kemandirian spesies. Pokok dedalu yang menumpang pada batang pokok perumah mendapatkan nutrien dan air daripada batang pokok perumah. Interaksi ini merugikan pokok perumah dan dapat menyebabkan bahagian batang pokok perumah mati. Di dalam sebuah kolam, ikan besar bergantung pada ikan kecil untuk memastikan kemandirian spesiesnya. Bagaimanakah ikan kecil dan berudu memastikan kemandirian spesies masing-masing? Mengapakah hidupan perlu berinteraksi antara satu sama lain? rumpai air berudu ikan kecil ikan besar pokok perumah Perihalkan jenis interaksi simbiosis antara tumbuhan berserta contohnya. pokok dedalu Interaksi berbentuk persaingan dan mangsa-pemangsa dapat mengawal populasi hidupan dalam suatu habitat. Populasi tikus di ladang kelapa sawit dapat dikawal dengan kehadiran haiwan pemangsa seperti burung hantu. ladang kelapa sawit burung hantu 63 Kepentingan Interaksi antara Hidupan kepada Ekosistem
Persaingan antara tumbuhan membenarkan tumbuhan yang berjaya bersaing sahaja untuk kekal hidup dan menghasilkan baka-baka anak yang berkualiti. Oleh itu, sumber semula jadi dapat dikekalkan. Alat dan bahan: komputer, capaian Internet, pencetak, kertas A4 Langkah-langkah: 1. Cari dan tonton video berkaitan interaksi antara tumbuhan dan kepentingannya melalui enjin carian Internet. 2. Kongsikan pautan video dengan menghasilkan kod QR video interaksi antara tumbuhan melalui laman web penjana kod QR yang bersesuaian. 3. Cetakkan dan tampalkan kod QR di sudut pameran kelas. Semua jenis interaksi yang wujud antara hidupan dalam suatu habitat dapat menjaga keseimbangan alam. Dalam sebuah habitat hutan, pokok yang lebih mandiri akan berjaya hidup dan membiak. Perhatikan sesebuah habitat di sekeliling kamu. Secara kreatif, ceritakan kepentingan interaksi antara hidupan kepada ekosistem menggunakan media kegemaran kamu. Soalan: 1. Nyatakan faktor-faktor persaingan antara tumbuhan. 2. Jelaskan jenis interaksi simbiosis yang berlaku antara tumbuhan. 64 4.1.1, 4.2.2, 4.2.3 Kod QR Video Interaksi antara Tumbuhan
Secara kreatif, hasilkan kad muncul (pop-up card ) yang menarik dan berwarna-warni untuk menunjukkan interaksi antara hidupan. Gambar haiwan boleh didapati melalui enjin carian Internet, surat khabar atau majalah. 1. Interaksi antara hidupan bermaksud hubungan antara hidupan yang saling bergantung antara satu sama lain. 2. Terdapat tiga jenis interaksi antara haiwan, iaitu: • mangsa-pemangsa. • persaingan yang terdiri daripada intraspesies dan interspesies. • simbiosis yang terdiri daripada mutualisme, parasitisme dan komensalisme. 3. Terdapat dua jenis interaksi antara tumbuhan, iaitu: • persaingan untuk mendapatkan air, cahaya matahari, nutrien dan ruang. • simbiosis yang terdiri daripada komensalisme dan parasitisme. 4. Yang berikut merupakan kepentingan interaksi antara hidupan kepada ekosistem: • mengawal populasi hidupan • memastikan kemandirian spesies • mengekalkan sumber semula jadi • menjaga keseimbangan alam 65 Kad Muncul (Pop-up Card) Interaksi antara Hidupan
Jawab semua soalan yang berikut dalam buku latihan Sains. 1. Lengkapkan maksud interaksi antara hidupan di bawah. Interaksi antara hidupan ialah (a)__________________ antara hidupan yang saling (b)__________________ antara satu sama lain. 2. Padankan jenis interaksi dengan maklumat yang betul. Jenis Interaksi Situasi Hidupan Mangsa-pemangsa Bersaing untuk pasangan yang terhad Persaingan interspesies Persaingan antara burung hering dengan singa Persaingan intraspesies Citah memburu rusa Simbiosis Ikan remora mendapat pengangkutan percuma daripada ikan jerung 3. Interaksi yang memberikan manfaat kepada satu pihak dan tidak memberikan manfaat atau kerugian kepada pihak yang lain, sesuai dijelaskan oleh hubungan simbiosis antara (a) kucing dan sengkenit. (b) buaya dan burung. (c) ketam dan teritip. (d) ikan badut dan buran. 4. Lengkapkan jenis interaksi simbiosis antara haiwan dalam jadual di bawah: Jenis Interaksi Simbiosis _____________________ _____________________ _____________________ Memberikan manfaat kepada kedua-dua pihak. Memberikan manfaat kepada satu pihak, tetapi merugikan pihak lain. Memberikan manfaat kepada satu pihak, tetapi tidak merugikan atau memberikan manfaat kepada pihak lain. Contoh: _____________________ Contoh: _____________________ Contoh: _____________________ 5. Jelaskan interaksi antara tumbuhan dengan menyatakan jenis-jenis interaksi berserta contoh tumbuhan. 66
Murid-murid Tahun 6 Bestari berpeluang melihat tayangan realiti maya. Mereka melihat keadaan bumi pada zaman lampau. Bumi kelihatan sama tetapi mereka tidak pernah melihat haiwan-haiwan yang ditunjukkan. Mengapa? Wah, besarnya! Menakjubkan! 67 PEMELIHARAAN DAN PEMULIHARAAN UNIT 5
Pernahkah kamu melihat haiwan-haiwan ini? Haiwan-haiwan ini telah lama pupus. Apakah yang dimaksudkan dengan pupus? Mari kenali haiwan-haiwan yang pernah tinggal di bumi ini pada suatu masa dahulu. Serigala Tasmania pupus akibat diburu secara melampau, pemusnahan habitat dan wabak penyakit. Burung Dodo tidak boleh terbang. Burung ini berasal dari pulau Mauritius. Haiwan ini pupus kerana diburu oleh pelayar, manakala telurnya dimakan oleh haiwan seperti tikus dan kucing. Mamot kelihatan seperti gajah. Haiwan ini wujud pada zaman ais. Haiwan ini berkurangan akibat perubahan cuaca yang melampau dan akhirnya pupus kerana diburu oleh manusia. Mamot Pupus bermaksud telah lenyap sama sekali dari muka bumi. INFO SAINS Brontosaurus bersaiz 20.1 meter panjang dari kepala ke ekor dan mempunyai berat sehingga 34.5 tan. Gajah pula bersaiz sehingga 6.5 meter panjang dan mempunyai berat sehingga 5 tan. 68 5.1.3 Haiwan yang Telah Pupus
Dinosaur pupus akibat perubahan cuaca yang melampau. Quagga ialah haiwan yang separuh badannya kelihatan seperti kuda, manakala separuh lagi kelihatan seperti kuda belang. Kulit dan dagingnya diburu oleh manusia menyebabkan haiwan Harimau bertaring lengkung ini pupus. mempunyai taring yang sangat panjang, iaitu mencecah hingga 30 cm. Haiwan ini juga hidup pada zaman ais dan pupus akibat perubahan cuaca yang melampau. Tyrannosaurus Rex Harimau bertaring lengkung Tyrannosaurus Rex Nyatakan nama-nama haiwan yang telah pupus ini. Apakah contoh haiwan lain yang telah pupus? 69
Tahukah kamu bahawa terdapat berjuta-juta spesies haiwan dan tumbuhan yang tinggal di bumi? Apabila bilangan sesuatu haiwan atau tumbuhan semakin berkurangan dan hampir pupus, kita katakan haiwan atau tumbuhan tersebut sedang mengalami ancaman kepupusan. gajah bunga pakma Apakah haiwan dan tumbuhan yang mengalami ancaman kepupusan? periuk kera burung kenyalang pokok tongkat ali orkid selipar harimau Malaya 70 5.1.4 Haiwan dan Tumbuhan yang Diancam Kepupusan
Senaraikan haiwan dan tumbuhan lain yang mengalami ancaman kepupusan. dugong badak sumbu tapir Malaya beruang panda orang utan pokok meranti pokok keruing pokok cengal Mengapakah haiwan bersaiz besar lebih berisiko untuk diancam kepupusan? 71
Tahukah kamu bahawa aktiviti manusia merupakan ancaman terbesar kepada haiwan dan tumbuhan? Penggunaan sumber yang berlebihan dan tidak terkawal menyebabkan jumlah atau bilangannya semakin berkurangan. Pemusnahan habitat Pembinaan jalan raya dan pembangunan bandar baharu yang tidak terancang memusnahkan habitat semula jadi haiwan dan tumbuhan. Hutan turut dibakar untuk membuka kawasan pertanian baharu. Pemburuan haram Manusia menangkap pelbagai spesies haiwan dan tumbuhan secara berleluasa untuk dijadikan ubat-ubatan, makanan, perhiasan mahupun pakaian. Tenggiling dijual untuk dijadikan makanan. Gading gajah dijadikan Kulit buaya dijadikan beg. perhiasan mewah. Kulit harimau dijadikan pakaian. pembangunan bandar baharu pembinaan jalan raya pembakaran hutan Bunga pakma dijual untuk dijadikan ubat tradisional. 72 5.1.5 Faktor-faktor yang Menyebabkan Haiwan dan Tumbuhan Diancam Kepupusan
Pencemaran Pembuangan sampah seperti sisa plastik menjerat haiwan dan menyebabkan banjir kilat. Tumpahan minyak dan sisa toksik membunuh haiwan dan tumbuhan di kawasan laut dan pantai. Bencana alam seperti puting beliung, tanah runtuh, banjir dan gempa bumi turut memusnahkan habitat haiwan dan tumbuhan. Bencana alam puting beliung banjir tanah runtuh gempa bumi 73
Pemanasan global Pembebasan gas seperti karbon dioksida menghasilkan satu lapisan di atmosfera yang memerangkap haba dan menyebabkan peningkatan suhu bumi. Peningkatan suhu bumi yang berterusan mengakibatkan ais di kawasan kutub melebur dan paras air laut meningkat. Ini menyebabkan habitat haiwan dan tumbuhan di kawasan pantai tenggelam dan musnah. Gas dari serombong kilang dan asap kenderaan meningkatkan jumlah karbon dioksida di udara. Gas-gas ini menghasilkan lapisan yang memerangkap haba. sedikit haba kembali ke angkasa menyebabkan bumi menjadi lebih panas haba Matahari masuk ke Bumi Ais di kutub utara melebur sedikit demi sedikit setiap tahun akibat pemanasan global. Paras air laut meningkat dan memusnahkan habitat haiwan dan tumbuhan. Ceritakan kembali faktor-faktor yang menyebabkan haiwan dan tumbuhan diancam kepupusan. 74
Usaha-usaha pemeliharaan perlu dilaksanakan bagi melindungi haiwan dan tumbuhan daripada terus diancam kepupusan. Apakah yang dimaksudkan dengan pemeliharaan? Pembalakan pokok secara terpilih dilaksanakan bagi mengurangkan impak kepada alam sekitar. Kaedah ini juga dapat melindungi habitat haiwan dan tumbuhan. Menjalankan pembalakan terpilih Masyarakat dididik mengenai kepentingan melindungi haiwan dan tumbuhan daripada ancaman kepupusan. Mendidik masyarakat Pemeliharaan bermaksud langkah mengekalkan haiwan dan tumbuhan kepada keadaan asal yang seimbang. Bagaimanakah langkah-langkah pemeliharaan dapat dilaksanakan? Kempen Hari Hidupan Liar Sedunia Hari Hidupan Liar Sedunia sebelum pembalakan terpilih selepas pembalakan terpilih pokok belum matang dibiarkan membesar hanya pokok yang sesuai sahaja ditebang 75 5.1.1, 5.1.2 Pemeliharaan Haiwan dan Tumbuhan
Memboikot penjualan produk daripada spesies yang terancam Pengguna dan pembeli harus bijak memilih dengan tidak membeli produk daripada haiwan dan tumbuhan yang terancam. Menguatkuasakan undang-undang Undang-undang dikuatkuasakan dengan tegasnya bagi melindungi haiwan daripada diancam kepupusan. Antara haiwan yang dilindungi di Malaysia termasuklah harimau Malaya, tapir Malaya, orang utan, gajah, penyu dan tikus kesturi. telur penyu periuk kera tapir Malaya harimau Malaya tikus kesturi 76
Mengitar semula barangan Aktiviti guna semula dan kitar semula barangan diamalkan bagi membantu menyelamatkan haiwan dan tumbuhan daripada terus dieksploitasi. Menggunakan semula beg plastik dapat mengurangkan pencemaran. Hentikan Pencemaran Plastik Hentikan Pencemaran Plastik Mengurangkan penggunaan kertas atau mengitar semula kertas dapat membantu mengurangkan aktiviti penebangan pokok. JIMATKAN KERTAS SELAMATKAN POKOK Sebatang Pokok = 12000 Helai Kertas Mewartakan hutan dan taman marin sebagai kawasan yang dilindungi Kawasan hutan simpan seperti Taman Negara, Taman Marin dan Tapak RAMSAR dilindungi oleh undang-undang dan sesiapa yang melanggar undang-undang tersebut akan dikenakan hukuman. Taman Negara, Pahang Taman Marin Tun Sakaran, Sabah Tasik Bera, Tapak RAMSAR pertama di Malaysia INFO SAINS RAMSAR bermaksud senarai tanah lembap yang dipersetujui melalui Konvensyen Tanah Lembap yang diadakan di Ramsar, Iran pada tahun 1971. Konvensyen ini menyediakan rangka kerja bagi memelihara dan memulihara tanah lembap daripada terus musnah. 77
Pusat pemuliharaan haiwan seperti pusat pemuliharaan penyu dan pusat rehabilitasi orang utan memastikan haiwan-haiwan mempunyai peluang lebih tinggi untuk hidup di habitat sebenar. Apakah yang dimaksudkan dengan pemuliharaan? Pemuliharaan bermaksud mengembalikan haiwan dan tumbuhan kepada keadaan asal. Membina pusat pemuliharaan Pemuliharaan Haiwan dan Tumbuhan Pusat pemuliharaan penyu diwujudkan untuk memantau aktiviti penyu bertelur dan melindungi penyu betina daripada gangguan semasa aktiviti bertelur. Ini dapat meningkatkan kadar anak penyu yang menetas dan berjaya dilepaskan ke laut. Saya sudah pandai bergayut. Tidak sabar rasanya hendak kembali ke hutan. Mari kita lihat aktiviti pemuliharaan. Pusat rehabilitasi orang utan dibina untuk menyelamatkan anak-anak orang utan yang terpisah daripada ibunya akibat aktiviti pembalakan, pertanian atau pemburuan haram. Anak-anak orang utan akan dilatih di pusat ini supaya mampu meneruskan hidup sebelum dilepaskan ke habitat hutan sebenar. 78 5.1.1, 5.1.2
Menanam semula pokok Penanaman semula pokok dilakukan bagi menggantikan kawasan hutan yang telah musnah akibat pembalakan. Biji benih atau anak pokok ditanam di kawasan yang telah dibalak. penanaman semula pokok di kawasan hutan Tenggiling merupakan antara haiwan yang terancam di Malaysia. Sisik, daging dan kulitnya dipercayai mempunyai khasiat perubatan oleh pihak tertentu. Bagaimanakah cara-cara untuk mengatasi keadaan ini? Jelaskan maksud pemeliharaan dan pemuliharaan pada cadangan kamu itu. penanaman semula pokok di kawasan paya bakau 79
Amalan mengguna dan mengitar semula barangan dapat mengurangkan kebergantungan kepada sumber semula jadi dan dapat mengelakkan tumbuhan dan haiwan daripada dieksploitasi secara melampau. Memastikan haiwan dan tumbuhan tidak dieksploitasi secara melampau Hasil daripada usaha pemeliharaan dan pemuliharaan, faktor-faktor yang menjadi ancaman kepada haiwan dan tumbuhan berjaya dikurangkan dan populasi haiwan dan tumbuhan dapat ditingkatkan. Mengelakkan kepupusan Apakah kesan pemeliharaan dan pemuliharaan terhadap haiwan dan tumbuhan yang diancam kepupusan? Kawan-kawan, bilangan kita sudah semakin banyak. Ya. Kita tidak lagi diancam kepupusan. Sejak manusia mengamalkan aktiviti kitar semula, kami tidak lagi kerap ditebang. 80 5.1.6 Kepentingan Pemeliharaan dan Pemuliharaan
INFO SAINS Tumbuh-tumbuhan hanya membekalkan sebahagian kecil bekalan oksigen kepada manusia. Pengeluar oksigen terbesar di dunia ialah alga yang tumbuh di laut dalam. Aktiviti pembalakan yang terkawal seperti pembalakan terpilih serta aktiviti penanaman semula dapat mengekalkan keseimbangan gas oksigen dan gas karbon dioksida. Penetapan beberapa kawasan sebagai hutan simpan, taman marin dan tapak RAMSAR dapat mengelakkan haiwan dan tumbuhan kehilangan habitat. Mengelakkan kehilangan habitat Mengekalkan persekitaran yang bersih dan sihat Tenangnya tinggal di hutan simpan ini. Tiada lagi gangguan. Jelaskan kepentingan pemeliharaan dan pemuliharaan haiwan dan tumbuhan. 81
Alat dan bahan: bekas kaca, model haiwan dan tumbuhan, sisa sampah bersaiz kecil, pen penanda, pita pelekat, minyak masak Langkah-langkah: Masukkan beberapa model haiwan seperti model ikan dan penyu. Kemudian, isikan air ke dalam bekas kaca sehingga penuh. 2. Secara kreatif, hiaskan bekas kaca dengan sisa sampah kecil untuk mewakili bahan pencemar. Contohnya, plastik bungkusan makanan, penyedut minuman dan minyak masak. 3. minyak masak 1. Dapatkan beberapa bekas kaca. Labelkan setiap bekas kaca dengan faktor-faktor yang menyebabkan haiwan dan tumbuhan diancam kepupusan. Contohnya, satu bekas kaca dilabelkan dengan faktor pencemaran. 82 5.1.2, 5.1.5, 5.1.7 Pameran Visual Ancaman Kepupusan terhadap Haiwan dan Tumbuhan
Pamerkan hasil kerja kamu di sudut pameran kelas. Terangkan faktor ancaman pada bekas kaca yang kamu hasilkan dan cadangkan langkah pemeliharaan dan pemuliharaan yang sesuai kepada rakan-rakan kamu. 5. Kumpulan seterusnya akan menghasilkan pameran visual yang menerangkan faktor-faktor lain yang menyebabkan haiwan dan tumbuhan diancam kepupusan. 4. Soalan: 1. Apakah faktor-faktor yang menyebabkan haiwan dan tumbuhan diancam kepupusan? 2. Jelaskan melalui contoh cara pemeliharaan dan pemuliharaan haiwan dan tumbuhan. 3. Apakah peranan yang boleh kamu lakukan dalam usaha pemeliharaan dan pemuliharaan untuk kelestarian alam sekitar? Maksud kelestarian alam sekitar ialah tanggungjawab untuk memelihara sumber semula jadi dan melindungi ekosistem global untuk menyokong kesihatan dan kesejahteraan pada masa sekarang dan pada masa akan datang. 83
Secara berkumpulan, hasilkan sebuah penapis air dengan menggunakan botol plastik, cawan, gunting, paku, tukul besi, jam randik dan bahan seperti batu kerikil, pasir serta serbuk arang. Langkah-langkah: 1. Bentukkan kumpulan yang terdiri daripada dua atau tiga orang murid. Periksa dan tentukan bahan yang kamu akan gunakan sebagai bahan penapis. Kamu boleh memotong bahan-bahan yang ada kepada bentuk yang lebih kecil. 2. Potong bahagian bawah botol. 3. Tebuk bahagian penutup botol dengan menggunakan paku. Pasangkan kembali penutup botol. 4. Masukkan bahan-bahan mengikut lapisan. Penapis kamu hendaklah mengandungi sekurang-kurangnya tiga bahan penapis. 5. Tuangkan secawan air kotor. Penapis kamu mestilah boleh membersihkan secawan air kotor dalam masa kurang seminit. Kongsikan hasil ciptaan kamu dengan kumpulan yang lain. Berhati-hati ketika mengendalikan peralatan tajam. air kotor batu kerikil pasir serbuk arang pasir air yang ditapis Air ini masih belum selamat untuk diminum. 84 Cabaran Penapis Air
1. Beberapa contoh haiwan yang telah pupus ialah burung Dodo, mamot, serigala Tasmania, dinosaur, Quagga dan harimau bertaring lengkung. 2. Haiwan dan tumbuhan yang terancam adalah seperti yang berikut: Haiwan terancam Tumbuhan terancam gajah, badak sumbu, orang utan, panda, tapir Malaya, harimau Malaya meranti, keruing, cengal, bunga pakma, periuk kera, orkid selipar, pokok tongkat ali 3. Faktor ancaman haiwan dan tumbuhan ialah pemusnahan habitat, pemburuan haram, pencemaran, bencana alam dan pemanasan global. 4. Cara-cara pemeliharaan dan pemuliharaan haiwan dan tumbuhan: Pemeliharaan Pemuliharaan • mengawal pembalakan • mendidik masyarakat • memboikot penjualan produk dan ubat-ubatan yang diperbuat daripada spesies terancam • menguatkuasakan undang-undang • mengitar semula barangan • mewartakan kawasan hutan simpan dan taman marin • membina pusat pemuliharaan • menanam semula pokok 5. Kepentingan pemeliharaan dan pemuliharaan: • mengelakkan kepupusan • memastikan haiwan dan tumbuhan tidak dieksploitasi secara melampau • mengekalkan persekitaran yang bersih dan sihat • mengelakkan kehilangan habitat 85
1. Nyatakan maksud pemeliharaan dan pemuliharaan haiwan dan tumbuhan. 2. Maklumat di bawah menunjukkan bilangan gajah dalam hutan X yang direkodkan dari tahun 2015 hingga 2019. Bilangan Gajah Tahun 0 10 20 30 40 50 60 2015 2016 2017 2018 2019 Berdasarkan maklumat di atas, jawab soalan di bawah. (a) Nyatakan pemerhatian kamu. (b) Berikan inferens terhadap bilangan gajah bagi tahun yang berikut: (i) dari tahun 2015 hingga 2017 (ii) dari tahun 2017 hingga 2019 (c) Cadangkan dua cara untuk mengelakkan gajah diancam kepupusan pada masa akan datang. 3. Rajah di bawah menunjukkan jadual pengelasan burung burung pupus X Y terancam (a) Namakan burung X: ________________ Y: ________________ (b) Bolehkah keadaan burung X dipulihkan? Jelaskan. (c) Cadangkan tiga cara yang sesuai untuk memulihara burung Y. 86
Adam dan rakan-rakannya bertugas di Pusat Sumber Sekolah. Perhatikan aktiviti yang dilakukan oleh mereka. Berdasarkan situasi di atas, bagaimanakah buku-buku di Pusat Sumber tersebut dapat dialihkan dan disusun? Adam, tolong tolak troli ini dan susun buku itu di rak belakang. Baiklah, cikgu. 87 UNIT 6 DAYA
Kita mengenakan daya untuk melakukan pelbagai aktiviti. Daya ialah tarikan atau tolakan yang bertindak ke atas sesuatu objek. Apakah daya yang dikenakan untuk melakukan aktiviti yang ditunjukkan dalam gambar? Daya tarikan ialah tindakan yang menggerakkan suatu objek mendekati kita. Daya tolakan ialah tindakan yang menggerakkan suatu objek menjauhi kita. menekan papan kekunci menekan pengepit kertas membuka komputer riba menarik zip bekas pensel membuka pintu menutup pintu 88 6.1.1 Daya
Tujuan: Menyatakan maksud daya dengan menjalankan aktiviti Alat dan bahan: bekas pensel, spring, bola pingpong, magnet bar, klip kertas Langkah-langkah: Lakukan aktiviti di bawah dan catatkan pemerhatian kamu. Lontarkan bola ke atas dan perhatikan pergerakan bola. 4. Mampatkan spring dan lepaskan. Kemudian, regangkan spring dan lepaskan. 3. 1. Tolak bekas pensel. 2. Tarik bekas pensel. 5. Dekatkan dua batang magnet bar yang sama kutub. 6. Dekatkan magnet bar dengan klip kertas. Soalan: 1. Apakah yang dimaksudkan dengan daya? 2. Apakah daya yang bertindak dalam setiap aktiviti di atas? 3. Aktiviti yang manakah melibatkan daya yang bertindak tanpa perlu bersentuhan dengan objek? Apakah daya itu? Apakah jenis daya graviti Bumi? Jelaskan. 6.1.1 89 Daya Tarikan dan Daya Tolakan
Lihat dan fahami kesan daya yang ditunjukkan dalam gambar. Apabila suatu objek mengenakan daya tertentu ke atas objek lain, daya tersebut tidak dapat dilihat tetapi kesannya boleh diperhatikan dan dirasai. Daya yang dikenakan tidak dapat dilihat tetapi kita dapat merasainya. Semasa Adam dan Chua berjabat tangan, tangan Adam akan mengenakan daya ke atas tangan Chua. Tiub ubat gigi berubah bentuk apabila ditekan. Tanah liat ditekan untuk menghasilkan pelbagai bentuk pasu bunga. Daya mengubah bentuk objek Pemain memukul bulu tangkis ke arah lawan. Pemain menggelecek bola untuk mengawal arah pergerakan bola. Daya mengubah arah gerakan objek 90 6.1.2 Kesan Daya
Penunggang basikal menambah kelajuan melalui daya yang dikenakan ke atas pedal. Daya daripada ombak dapat menambahkan atau mengurangkan kelajuan kayak. Daya mengubah kelajuan objek Daya dapat menghentikan kereta mainan yang sedang bergerak. Bola dihalang daripada memasuki gawang. Daya menghentikan objek yang bergerak Pekerja menarik troli untuk memindahkan kotak. Pin boling terjatuh selepas dilanggar oleh bola boling. Daya menggerakkan objek pegun INFO SAINS Sikat plastik yang digosok dengan menggunakan kain dapat menarik cebisan kertas melalui daya elektrostatik. 91
Alat dan bahan: kamera, komputer, capaian Internet, Google Slides, Google Classroom Soalan: 1. Nyatakan daya yang terlibat dalam aktiviti yang kamu lakukan. 2. Apakah kesan daya yang diperhatikan? Langkah-langkah: 1. Kenal pasti dan lakukan tiga aktiviti kendiri yang dapat menunjukkan kesan daya. 2. Ambil gambar atau video semasa aktiviti tersebut dijalankan. 3. Imbas kod QR untuk menggunakan aplikasi Google Slides. 4. Sediakan persembahan kamu dengan menggunakan aplikasi Google Slides. 5. Kongsi slaid persembahan kamu dengan menggunakan aplikasi Google Classroom. aplikasi Google Slides • Contoh aktiviti kendiri yang dapat dilakukan oleh murid adalah seperti menyepak bola, menarik gelang getah, mengubah bentuk plastisin dan sebagainya. • Guru boleh mengubah suai aktiviti mengikut kesesuaian murid. • Selain aplikasi Google Slides, aplikasi Microsoft PowerPoint juga dapat 92 digunakan untuk menyediakan slaid pembentangan. 6.1.2, 6.1.3 Kenal Pasti dan Jelaskan Kesan Daya