INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PERLIS
01000 KANGAR, PERLIS
BMMB 1074
SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU
TUGASAN 2 : E PORTFOLIO
Nama : NUR AMERA BALQIS BINTI SHAMSHUDDIN
No. Kad Pengenalan : 041109-03-0408
Angka Giliran : 2022232310037
Program : PPISMP
Ambilan : JUN 2022
Unit : BAHASA MELAYU B
Nama Pensyarah : ENCIK ZAINUDIN BIN RAMLI
Tarikh Hantar : 27 SEPT 2022
ISI KANDUNGAN
Penghargaan............................................................................................................................4
Sistem Perkembangan Tulisan dalam Bahasa Melayu.............................5
-sistem tulisan Pallawa...................................................................................................7-9
-sistem tulisan Kawi.............................................................................................................10
-sistem tulisan Jawi.........................................................................................................11-12
-sistem ejaan Za'ba..............................................................................................................13
-sistem ejaan rumi kongres.............................................................................................14
-pedoman ejaan rumi bahasa Melayu.......................................................................15
Sejarah Perkembangan Bahasa Melayu Pramerdeka
dan Pascamerdeka...........................................................................................................16
-peranan Pejabat Karang Mengarang......................................................................17
-peranan Pakatan Belajar-Mengajar Pengetahuan Bahasa.........................18
-peranan Asas 50..........................................................................................................19-21
ISI KANDUNGAN
-Bahasa Melayu dalam sistem pendidikan.............................................................22
-Laporan Barnes (1951)............................................................................................23-24
-Laporan Fenn-Wu (1951).......................................................................................25-26
-Ordinan Pelajaran (1952).......................................................................................27-30
-Laporan Razak (1956)..............................................................................................31-34
-Pengenalan bahasa Melayu Moden........................................................................35
-peranan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).............................................36-39
-Kerjasama serantau dan pengantarabangsaan...............................................40
-MBIM..................................................................................................................................41-42
-MABBIM.................................................................................................................................43
-GAPENA................................................................................................................................44
ISI KANDUNGAN
Cabaran dalam Masa Depan Bahasa Melayu................................................45
-pendidikan....................................................................................................................46-47
-ekonomi.........................................................................................................................48-49
-pentadbiran kerajaan......................................................................................................50
-kerancuan bahasa di media sosial............................................................................51
-pencampuran kod.............................................................................................................52
-Slanga......................................................................................................................................53
-penerapan elemen Hak Asasi.....................................................................................54
-rujukan......................................................................................................................................55
PENGHARGAAN
Bismillahirahmanirahim,
Bersyukur saya ke hadrat ilahi kerana dengan limpah dan kurnia-nya dapat saya menyempurnakan tugasan bagi
kod subjek BMMB 1074 dengan jayanya.
Dengan kesempatan yang ada ini saya amat berbesar hati untuk menghadiahkan jutaan terima kasih kepada
Encik Zainudin Bin Ramli, selaku Pensyarah Sejarah Perkembangan Bahasa Melayu yang telah memberi tunjuk ajar
serta penerangan yang sempurna sejak tugasan ini diedarkan sehinggalah dalam proses menyiapkan tugasan ini.
Selain itu, saya juga ingin berterima kasih kepada rakan-rakan seperjuangan saya kerana telah banyak
menghulurkan bantuan dan kerjasama bagi merealisasikan usaha untuk menyempurnakan tugasan ini dengan jayanya.
Ucapan ini juga saya tujukan kepada semua pihak yang telah terlibat dalam menjayakan tugasan ini sama ada
secara langsung atau tidak langsung. Dengan bantuan yang telah mereka hulurkan, saya sangat menghargai kerana
tanpa bantuan dan sokongan mereka saya mungkin tidak dapat melaksanakan tugasan ini dengan baik .
Sekian, terima kasih.
5
01
SEJARAH
PERKEMBANGAN
TULISAN DALAM
BAHASA MELAYU
SISTEM
TULISAN PALLAWA
Sistem tulisan Pallawa adalah sejenis tulisan dikenali
sebagai "Vatteluttu" yang membawa makna tulisan bulat.
Tulisan ini juga berasal daripada tulisan Brahmi di
selatan India yang merupakan sistem tulisan abjad suku
kata iaitu abugida.
Tulisan ini merupakan tulisan yang paling awal di
Kepulauan Melayu iaitu di Pulau Jawa.
7
Sejarah Perkembangan Tulisan
Pallawa
Tulisan Pallawa ini telah digunakan di Pulau Jawa bagi
menulis bahasa Sanskrit. Selain itu, bahasa Sanskrit
ketika itu menjadi bahasa pentadbiran dan ilmu
pengetahuan. Penyebaran tulisan ini dikatakan terhad
di kawasan istana raja sahaja. Hal ini demikian kerana
menurut Questt (t.t.) kemudahan asas yang tidak
mencukupi untuk mengajar orang lain membaca dan
menulis dengan menggunakan tulisan ini.
8
Selain itu, sistem Pallawa juga adalah
merupakan tulisan pertama yang digunakan
dalam bahasa Melayu Kuno. Hal ini
dikatakan demikian kerana, bahasa ini
banyak menerima pengaruh daripada
bahasa Sanskrit yang menjadi penyumbang
utama kepada pemantapan perbendaharaan
bahasa Melayu.
9
SISTEM
TULISAN KAWI
Tulisan Kawi merupakan tulisan yang berketurunan Brahmi
Pallava yang pernah digunakan secara bersejarah di wilayah
lautan Asia Tenggara termasuk Kepulauan Melayu iaitu
sekitar abad ke-8 hingga abad ke-16. Tulisan ini digunakan
untuk menulis bahasa Sanskrit serta bentuk-bentuk kuno
bahasa-bahasa Jawa, Sunda dan Melayu. Di samping itu,
sistem ini ialah sistem tulisan awal di Nusantara dan
merupakan permulaan bagi tulisan-tulisan yang lebih
moden. Justeru itu, tulisan ini hanya bertahan sekitar abad
ke-15 dengan kelemahan kuasa Majapahit yang
lama-kelamaan ditawan oleh Kesultanan Demak yang
membawa kepada tulisan Jawa.
10
SISTEM
TULISAN JAWI
Menurut Sharifah Nor Syed Abd.Rahman (2007) tulisan jawi
berasal daripada bahasa Arab iaitu Al-Jawwah yang
membawa maksud penduduk Sumatera yang menggunakan
bahasa Melayu. Manakala jawi pula membawa makna huruf
yang digunakan oleh penduduk di situ. Terdapat dua bukti
penggunaan tulisan Jawi iaitu penemuan Batu Bersurat di
Terengganu yang mana merupakan tulisan jawi yang tertua.
Selain itu, bukti yang seterusnya ialah penemuan manuskrip
tangan yang tertua iaitu Aqa'ib al-Nasafi.
11
Tahap Pertama Tahap Kedua
Tulisan Jawi yang mengikut ejaan Tulisan Jawi tanpa baris serta
arab sepenuhnya iaitu dengan mempunyai beberapa kelemahan
menggunakan
tanda-tanda kerana sukar untuk disebut.
baris.
Perkembangan
Tulisan Jawi
Tahap Ketiga Tahap Keempat
Tulisan Jawi dengan pengaruh Huruf-huruf vokal digunakan
Melayu iaitu menggunakan dalam suku kata pertama dan
vokal.
kedua.
SISTEM
EJAAN ZA'BA
Sistem ejaan Za'ba merupakan sistem ejaan rumi Bahasa Melayu yang
pertama yang ditulis oleh golongan berbangsa Melayu sebelum Perang
Dunia Kedua. Sistem ejaan ini telah dihasilkan di Maktab Perguruan Sultan
Idris. Secara amnya, sistem ejaan ini merupakan ejaan yang terkenal
sebelum munculnya sistem ejaan yang terbaru. Menurut Fritz Schulze &
Holger Warnk (2006) sistem bahasa ini telah disusun dalam tempoh masa
30 tahun sekaligus telah disiarkan di dalam buku-buku yang dikarang
sendiri oleh Za'ba seperti Ilmu Bahasa Melayu Penggal 1 (1926), Pelita
Bahasa Melayu Penggal 1 (1941) dan Daftar Ejaan Melayu (Jawi-Rumi)
(1949) dengan judul "Petua-petua Ejaan Rumi". Sehubungan dengan itu,
ejaan ini telah dijadikan sebagai ejaan rasmi di Malaysia serta banyak
digunakan di sekolah-sekolah dan institusi pengajian tinggi.
13
SISTEM
EJAAN RUMI KONGRES
Sistem ejaan rumi Kongres ini ialah hasil dalam salah satu
sidang di bawah Jawatankuasa Ejaan dan Bunyi Bahasa Melayu
pada 16-21 September 1956. Sidang tersebut telah
menghalusi tiga kertas kerja tentang ejaan dan bunyi bahasa
Melayu sekaligus membuat 16 ketetapan tentang ejaan bahasa
Melayu, 2 ketetapan tentang bunyi bahasa dan satu ketetapan
tentang tulisan Jawi. Menurut Nur Baiti Nazri (t.t) pada tahun
1952, Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu yang pertama
diadakan di Singapura manakala pada tahun 1954 di
Seremban. Pada tahun 1956 pula berlaku buat kali ketiga iaitu
di Singapura dan Johor Baharu.
14
PEDOMAN EJAAN RUMI
BAHASA MELAYU
Sistem ejaan Rumi yang digunakan sekarang adalah
merupakan Sistem Ejaan Rumi Baharu Bahasa Malaysia
yang dirasmikan pada 16 Ogos 1972. Hal ini kerana, ia
merupakan satu daripada perjanjian penyatuan ejaan
Rumi bagi bahasa Melayu dan juga bahasa Indonesia
pada tahun 1967. Sistem ejaan Rumi ini terhasil daripada
kesepakatan Majlis Bahasa Indonesia Malaysia.
Sehubungan dengan itu, jawatankuasa di bawah
pengurusan Dewan Bahasa dan Pustaka ditugaskan
untuk menyusun pedoman ejaan Rumi di Malaysia.
15
02
SEJARAH PERKEMBANGAN
BAHASA MELAYU PRAMERDEKA
DAN PASCAMERDEKA
PERANAN PEJABAT
KARANG MENGARANG
Menurut Khairuddin Mohamad et al., (2014) peranan Pejabat
Karang Mengarang ditubuhkan di bawah rancangan O.T. Dussek.
Peranan ini terbahagi kepada dua bahagian iaitu peranan jangka
pendek dan peranan jangka panjang. Bagi peranan jangka
pendek ialah mengeluarkan sebanyak mungkin jumlah buku-buku
bagi kegunaan Sekolah Melayu serta untuk pembacaan.
Manakala bagi tujuan jangka pendek pula adalah mengeluarkan
jurnal-jurnal yang bergambar, mengadakan perpustakaan
bergerak di desa dan menjual buku-buku di kampung.
17
PERANAN PAKATAN
BELAJAR-MENGAJAR PENGETAHUAN
BAHASA
Menurut Sharifah Nor Syed Abd. Rahman (2007) peranan PBMPB
adalah untuk mengendalikan perbincangan dan kuliah mengenai
permasalahan bahasa Melayu seperti aspek ejaan dan
perpustakaan. Selain itu, peranan yang seterusnya ialah untuk
mewujudkan perpustakaan manakala menurut Khairuddin
Mohamad et al., (2014) beliau berpendapat bahawa peranan bagi
PBMPB adalah untuk mengkaji dan menerbitkan buku-buku
bahasa, sejarah dan kebudayaan Melayu. Peranan yang kedua pula
ialah untuk menggalakkan lebih ramai orang Melayu untuk menulis
dan menerbitkan karya-karya mereka bagi memantapkan
perbendaharaan bahasa dan sastera Melayu.
18
PERANAN ASAS 50
Menurut satu siaran yang disiarkan di laman sesawang Facebook Evolusi
Persatuan Penulis Tonggak Perkembangan Sastera (2018) terdapat
pelbagai peranan Asas 50. Antaranya ialah memperluaskan dan
meningkatkan martabat kesusasteraan dan kebudayaan Melayu,
memperluas dan meningkatkan status kesusasteraan dan kebudayaan
Melayu yang menjadi tunjang bangsa yang majmuk di Tanah Melayu sekitar
tahun 1950. Selain itu, peranan yang seterusnya ialah untuk mempelajari
bidang penulisan sastera seperti cerita, lakonan, buku, rencana,
pengetahuan, kebudayaan dan peradaban Melayu serta mengubah dan
mencipta cerita, lakonan dan sebagainya yang mengandungi aliran dan
pemikiran yang maju untuk disiarkan dan diterbitkan. Seterusnya, mengatur
dan mengadakan syarahan dan perdebatan mengenai segala permasalahan
sastera dan mengadakan aktiviti karang-mengarang bahasa dan sastera.
19
PERANAN ASAS 50
Di samping itu, peranan asas 50 seterusnya ialah melindungi hak-hak
kepentingan seluruh ahli dan pengarangnya serta menjaga dan melindungi
anggota mereka dari segi undang-undang dan peraturan negara. Selain itu,
anggota Ahli Asas 50 akan mendapat perlindungan undang-undang dan
hak yang sewajarnya sebagai penulis atau pengarang malah mereka dapat
menentukan harga karangan yang dihasilkan. Seterusnya, mereka sedia
membantu sasterawan dalam mencapai cita-cita serta mengadakan
pembaharuan dalam sastera serta bahasa seiring dengan perkembangan
zaman.Di samping itu juga, tidak akan menghapuskan khazanah dan
langgam sastera lama yang telah diwarisi untuk kemajuan sastera dan
bahasa Melayu sekaligus memajukan dan memperbaiki bahasa Melayu
dalam penghasilan karya sastera serta mengubah,mencipta, membasmi dan
membina perkataan-perkataan untuk memperkayakan bahasa dan sastera.
20
PERANAN ASAS 50
Akhir sekali, peranan yang seterusnya ialah Bahasa dan Kesusasteraan
mestilah dijadikan alat untuk perpaduan kebangsaan dan perjuangan
kemerdekaan malah memajukan pemikiran rakyat dan perpaduan
kebangsaan menerusi bahasa dan kesusasteraan Melayu agar masyarakat
sedar bahawa bahasa dan kesusasteraan Melayu adalah jambatan
kemajuan bidang ilmu.
21
BAHASA MELAYU
DALAM SISTEM
PENDIDIKAN
22
LAPORAN BARNES
1951
PENGENALAN
-Menurut Alis Puteh (2012) bahawa British telah melantik sembilan orang
Melayu dan lima orang Inggeris bagi mengetuai Jawatankuasa Barnes bagi
pengajian Melayu. Hal ini dikatakan demikian kerana selama 150 tahun
British memerintah, bangsa Melayu banyak dipinggirkan dari bangsa yang
lain. Sehubungan dengan itu, orang Melayu perlu bertindak dalam
melahirkan negara yang maju.
TUJUAN
-Memeriksa dan memberi cadangan agar bahasa Melayu dimartabatkan
dalam pendidikan bagi kesuluruhan penduduk Malaya.
23
LAPORAN BARNES
1951
CADANGAN
Pendidikan sekolah rendah mampu membentuk identiti yang setia dan taat
kepada negara.
Penguasaan dwibahasa di sekolah sebagai alat untuk membangunkan
negara.
Penghantaran anak-anak ke sekolah bukan merupakan satu paksaan
namun mereka dapat menarik minat ibu bapa agar tidak menghantar anak-
anak mereka ke sekolah vernakular.
Sekolah menengah yang menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa
pengantar maka ia tidak dinamakan sebagai sekolah kebangsaan.
Membangunkan sistem pendidikan yang menggalakkan keharmonian kaum
sejagat bagi membina asas untuk kestabilan Melayu.
24
LAPORAN FENN-WU
1951
PENGENALAN
-Menurut Azlizan Talib (2019) laporan Barnes banyak menerima tentangan dari kaum Cina
lebih-lebih lagi kaum Cina yang berpendidikan. Hal ini kerana mereka dapat merasakan diri
mereka tergugat lalu terhasillah
Laporan Fenn-Wu 1951.
TUJUAN
Laporan ini ditubuhkan bagi mengkaji semula Laporan Barnes 1950.
Memenuhi kehendak Cina yang menganggap Laporan Barnes 1950 bertujuan untuk
menghapuskan bahasa dan budaya Cina.
Mengelakkan perpaduan di antara kaum lain terjejas kerana rakyat dipaksa untuk
mempelajari satu atau dua bahasa sahaja.
25
LAPORAN FENN-WU
1951
CADANGAN
Sekolah Cina dikekalkan dengan sistem kurikulum.
Sekolah Cina menyokong konsep penggunaan tiga bahasa iaitu bahasa Melayu, bahasa Inggeris
dan bahasa Cina. Hal ini bertujuan supaya perpaduan antara kaum tidak terjejas.
Sumbangan tokoh-tokoh daripada kaum yang terlibat dalam perkembangan sejarah negara diundi
dan bukannya dipilih.
Membina maktab perguruan Cina.
Menubuhkan Kolej Latihan.
Mmemberikan latihan dalam perkhidmatan pada hujung minggu di sekolah Cina bagi tujuan
menampung kekurangan guru yang terlatih di sekolah Cina.
Kerajaan British perlu memberikan galakkan kepada orang Cina bagi memilih sistem pendidikan
yang melibatkan pengajaran ketiga-tiga bahasa iaitu bahasa Melayu, Cina dan India.
26
ORDINAN PELAJARAN 1952
PENGENALAN
Laporan Barnes dan Laporan Fenn Wu mempunyai
perbezaan yang sangat ketara tentang dasar Pendidikan
Tanah Melayu maka kerajaan British menubuhkan sebuah
jawatankuasa khas untuk mengkaji kedua-dua laporan
tersebut.
Ia telah diluluskan oleh Majlis Perundangan Persekutuan
pada 1951 sebagai Ordinan Pelajaran 1952.
27
ORDINAN PELAJARAN 1952
CADANGAN
Sekolah mempunyai dua jenis sekolah kebangsaan iaitu
sekolah berbahasa Inggeris dan sekolah berbahasa Melayu.
Bahasa Cina dan Tamil akan diajar di sekolah-sekolah jika
mendapat permintaan daripada ibu bapa tidak kurang
daripada 15 orang.
Bahasa Inggeris adalah merupakan satu pengajaran yang
wajib di sekolah-sekolah kebangsaan yang pengantar
Melayu, manakala bahasa Melayu dijadikan bahasa wajib
sekolah kebangsaan yang berpengantar bahasa Inggeris.
28
ORDINAN PELAJARAN 1952
MASALAH
Masalah kewangan yang dihadapi oleh Inggeris. Hal ini kerana
Inggeris menyedari bahawa kedudukan mereka tidak akan
bertahan lama oleh sebab perkembangan kebangsaan yang
menuntut kemerdekaan daripada pihak penjajah yang berlaku
selepas Perang Dunia Kedua.
Inggeris tidak begitu mengambil berat terhadap dasar pendidikan
yang mana ingin melahirkan sekolah yang berkualiti dan
terancang.
Isu penggunaan bahasa ibunda sebagai bahasa pengantar di
sekolah telah mengelirukan pandangan rakyat yang terdiri
daripada pelbagai kaum.
29
ORDINAN PELAJARAN 1952
MASALAH
Inggeris menyedari bahawa mereka tidak mampu untuk
memberikan pendidikan bahasa Inggeris kepada semua lapisan
masyarakat
lebih-lebih lagi yang berada di luar bandar.
Akhir sekali, mereka tidak mahu mengiyakan bahawa penggunaan
bahasa Melayu adalah diiktiraf oleh seluruh lapisan masyarakat di
negara.
Mereka tidak mahu mengiktirafkan bahawa sekolah pondok
mahupun sekolah agama telah diserapkan kokurikulum yang
bersesuaian dengan rakyat Melayu.
30
LAPORAN RAZAK 1956
PENGENALAN
penyata Razak 1956 merupakan cadangan pendidikan yang ditulis pada tahun 1956 sebagai salah
satu usaha bagi membentuk Persekutuan Tanah Melayu. Nama laporan ini telah diambil sempena
daripada nama Menteri Pelajaran ketika itu iaitu Tun Abdul Razak. Laporan ini telah digabungkan
ke dalam Seksyen 3 daripada Ordinan Pelajaran 1957 untuk membekalkan asas kepada rangka
pelajaran atau kemerdekaan Malaya yang akhirnya dikenali sebagai Malaysia.
Laporan Razak merupakan tolak ansur di antara Laporan Barnes (digemari oleh orang Melayu)
dan Laporan Fenn-Wu (digemari oleh orang Cina dan India) dan antara perkara penting yang
dicadangkan adalah mewujudkan dua jenis sekolah rendah iaitu Sekolah Rendah Kebangsaan
(SRK) dan Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (SRJK) serta menggunakan bahasa Melayu sebagai
bahasa pengantar bagi SRK. Apabila Laporan Razak mengetengahkan bahasa Melayu sebagai
medium bahasa yang utama di dalam pengajaran, ia juga membenarkan pengekalan dalam
menggunakan medium bahasa yang lain di sekolah.
31
LAPORAN RAZAK 1956
TUJUAN
Membentuk satu sistem pelajaran kebangsaan yang dapat diterima oleh semua masyarakat
di Persekutuan. Hal ini bertujuan bagi memuaskan keperluan mereka dan menggalakkan
perkembangan budaya, sosial, politik dan ekonomi.
Untuk menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan malah pada masa yang
sama bagi mengekalkan dan mempertahankan pertumbuhan bahasa dan budaya
masyarakat yang tinggal di negara ini.
Bahasa Melayu menjadi bahasa rasmi sekaligus sebagai bahasa pengantar utama.
Orientasi kurikulum berasaskan alam sekeliling Malaysia.
Rupa bentuk kurikulum memberi penekanan kepada Pendidikan Sivik,
Agama, Moral dan Etika.
32
LAPORAN RAZAK 1956
TUJUAN
Membentuk satu sistem pelajaran kebangsaan yang dapat diterima oleh semua masyarakat
di Persekutuan. Hal ini bertujuan bagi memuaskan keperluan mereka dan menggalakkan
perkembangan budaya, sosial, politik dan ekonomi.
Untuk menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan malah pada masa yang
sama bagi mengekalkan dan mempertahankan pertumbuhan bahasa dan budaya
masyarakat yang tinggal di negara ini.
Bahasa Melayu menjadi bahasa rasmi sekaligus sebagai bahasa pengantar utama.
Orientasi kurikulum berasaskan alam sekeliling Malaysia.
Rupa bentuk kurikulum memberi penekanan kepada Pendidikan Sivik,
Agama, Moral dan Etika.
33
LAPORAN RAZAK 1956
CADANGAN
Semua sekolah di tanah air mempunyai sukatan yang sama
Bahasa Melayu dijadikan bahasa Kebangsaan dan menjadi bahasa pengantar utama.
Bahasa Melayu dan bahasa Inggeris diwajibkan bagi semua sekolah rendah dan sekolah
menengah.
Bagi sekolah jenis kebangsaan, bahasa Inggeris, Cina dan Tamil menjadi bahasa
pengantar.
Sekolah-sekolah rendah ditukar kepada sekolah kebangsaan dan bahasa Melayu sebagai
bahasa pengantar utama.
Penubuhan satu jenis sekolah sahaja yang terbuka kepada semua kaum.
Guru-guru sekolah rendah dan menengah adalah bekelayakan.
Sistem pendidikan sekolah menengah adalah Sekolah Menengah.
34
PENGENALAN BAHASA MELAYU
MODEN
PERANAN DEWAN BAHASA DAN
PUSTAKA (DBP)
1. Membina dan memperkaya bahasa kebangsaan
dalam semua bidang termasuk sains dan teknologi
Dewan bahasa dan Pustaka memainkan peranan yang
sangat penting bagi memperkaya bahasa kebangsaan iaitu
bahasa Melayu supaya banyak perkataan daripada bahasa
Melayu dihasilkan di dalam bidang-bidang yang pesat
berkembang seperti bidang sains dan teknologi.
36
PERANAN DEWAN BAHASA DAN
PUSTAKA (DBP)
2. Memajukan bakat kesusasteraan terutama dalam
bahasa kebangsaan
Melahirkan pewaris ilmu kesusasteraan pada masa depan.
Menggunakan kaedah penganugerahan bagi menggalakkan
sasterawan-sasterawan menceburi bidang ini.
37
PERANAN DEWAN BAHASA DAN
PUSTAKA (DBP)
3. Mencetak/menerbitkan/membantu usaha percetakan atau
penerbitan buku-buku,
risalah-risalah dan lain-lain bentuk persuratan dalam bahasa
kebangsaan
Banyak mencetak dan menerbitkan buku-buku untuk sekolah-sekolah seperti buku
teks dan buku rujukan yang merupakan bahan ilmiah yang sangat penting bagi
pelajar-pelajar sekolah rendah mahupun sekolah menengah.
Bergiat aktif dalam menerbitkan buku-buku kesusasteraan bahasa Melayu
mahupun dalam bahasa Inggeris.
Menurut Bekas Menteri Kehakiman Malaysia, Dato' Dr. Sulaiman Hj. Daud (1990:1)
bahawa Dewan Bahasa dan Pustakaan (DBP) sejak 20 tahun lalu berjaya
menerbitkan tidak kurang daripada 50 judul buku undang-undang bahasa Melayu.
38
PERANAN DEWAN BAHASA DAN
PUSTAKA (DBP)
4. Menggalakkan penggunaan bahasa kebangsaan yang
betul
Bidang yang dimaksudkan ialah bidang pentadbiran negara, bidang
pengajian tinggi dan dalam kegiatan yang maju serta kompleks seperti
kegiatan intelektual, kegiatan kebudayaan, ekonomi dan perdagangan.
Bahasa Melayu kini telah dituturkan oleh masyarakat di negara ini
sebagai bahasa komunikasi, bahasa perpaduan dan sebagainya.
39
KERJASAMA SERANTAU DAN
PENGANTARABANGSAAN
Bahasa Melayu dan bahasa Indonesia adalah merupakan
bahasa serumpun yang berasal daripada bahasa Austronesia
Kedatangan Inggeris dan Belanda pada tahun 1824 iaitu
pada Perjanjian Inggeris Belanda yang mana telah
membahagikan bahasa dan bangsa serumpun kepada tiga
sempadan geografi dan politik. Hal ini telah menyebabkan
berlakunya perpisahan seperti yang telah berlaku sekarang.
40
MAJLIS BAHASA
INDONESIA-MALAYSIA
Berjaya mewujudkan "Sistem Ejaan Baru".
Mengeluarkan "Pernyataan Bersama Malaysia-
Indonesia".
Beberapa pertemuan telah diadakan bagi membincangkan
hal-hal yang berkaitan dengan linguistik lebih-lebih lagi dari
segi penyeragaman ejaan Indonesia-Malaysia yang
merangkumi aspek penyelarasan vokal, diftong, konsonan,
susunan dan jumlah abjad, penyukuan kata, partikel dan
sebagainya.
41
MAJLIS BAHASA
INDONESIA-MALAYSIA
Suatu rundingan telah berlaku pada tahun 1972 untuk mengembangkan
bahasa kebangsaan negara masing-masing yang merangkumi aspek
ejaan, istilah dan tatabahasa. Lalu membawa kepada persetujuan
mendatangi Pernyataan Bersama Indonesia-Malaysia dan telah
dipersetujui.
Seterusnya, persidangan telah diadakan antara Panitia Ejaan Bahasa
Indonesia dengan Jawatankuasa Tetap Bahasa Melayu Malaysia pada
tahun 1972 bertujuan menyempurnakan ejaan yang digunakan,
menyemak semula persetujuan mengenai ejaan bersama yang dicapai
pada tahun 1967 serta bertukar-tukar fikiran mengenai masalah dalam
bidang bahasa secara umum.
42
MAJLIS BAHASA BRUNEI
DARUSSALAM-INDONESIA-MALAYSIA
Pada tahun 1985, negara Brunei Darussalam telah menjadi anggota baharu dalam MBIM maka,
tertubuhlah Majlis Bahasa Brunei
Darussalam-Indonesia-Malaysia (MABBIM).
Sidang terbahagi kepada dua iaitu Sidang Majlis dan Sidang Pakar yang mana diadakan sekali
setahun dan tempat diadakan secara bergilir-gilir antara negara anggota.
Bagi Sidang Majlis, membahaskan perkara dasar MABBIM seperti hal-hal yang berkaitan dengan
pedoman bahasa, tatacara kerja sidang dan Rancangan Lima Tahun MABBIM.
Bagi Sidang Pakar pula, membahaskan khusus hal-hal penyelarasan istilah dalam bidang mahupun
sub-bidang yang tertentu.
Pemikiran tokoh-tokoh diperlukan bagi merealisasikan Pernyataan Bersama MABBIM pada tahun
1972.
Bukan itu sahaja, penglibatan aktif beberapa orang pakar bidang daripada pelbagai disiplin juga
diperlukan.
43
GAPENA
GAPENA adalah merupakan Gabungan Persatuan Penulis di Malaysia yang
berteraskan bahasa Melayu yang ditubuhkan pada tahun 1970.
Terdapat tujuh sebah GAPENA ditubuhkan antaranya :-
-mempertahankan dan memperjuangkan hak-hak dan kepentingan penulis.
-menyatupadukan penulis-penulis tanah air yang menulis dalam bahasa kebangsaan.
-mencari, mendapat dan mengendalikan harta alih dan harta tidak alih di mana-mana
sahaja dalam negara Malaysia.
-memberikan sumbangan moral dan material secara kolektif kepada tujuan dan masa
depan gabungan.
-menyatupadukan semua rakyat Malaysia menerusi bahasa rasmi iaitu bahasa Melayu.
-berusaha untuk memajukan bahasa, kesusasteraan, dan kebudayaan Melayu di
peringkat global
-membuka peluang kepada penulis untuk mengembangkan bakat mereka.
44
CABARAN DAN MASA
DEPAN BAHASA
MELAYU
PENDIDIKAN ?
Guru mengetahui secara mendalam ilmu bahasa dan pedagogi agar selari dengan Bahagian 1:
perkembangan zaman. Pengajaran dan
Menjadi pakar rujuk guru-guru yang lain yang memerlukan bantuan pembelajaran. Pembelajaran Bahasa
Kekurangan guru opsyen bahasa Melayu. Melayu
Pihak sekolah terpaksa meminta guru bukan daripada opsyen bahasa Melayu untuk mengajar
bahasa Melayu menyebabkan penguasaan bahasa Melayu lemah.
Kaedah yang digunakan oleh guru tidak mendorong murid secara berkesan.
Murid-murid tidak dapat menghubungkaitkan bahasa yang dipelajari dengan bahasa
komunikasi.
Pembelajaran bahasa Melayu hanyalah semata-mata untuk mendapat kelulusan dalam
peperiksaan.
Krisis identiti istilah nama bahasa Melayu dan bahasa Malaysia berlaku apabila bahasa
Bahagian 2: Melayu mengalami proses penjenamaan semula kepada bahasa Malaysia. Hal ini telah
Penjenamaan menyebabkan kewibawaan dan kredibiliti bahasa terhakis.
Bahasa Melayu Perubahan demi perubahan tersebut sedikit sebanyak telah mencemarkan imej bahasa
kebangsaan malah telah mengelirukan segelintir masyarakat lebih-lebih lagi golongan
murid. 46
PENDIDIKAN ? Bahagian 3 :
Bahasa Melayu dalam Akta Pendidikan
Tinggi Swasta
Bahasa kebangsaan adalah merupakan pengantar utama di institusi pendidikan
tinggi swasta.
Akta ini telah memberi kuasa kepada Menteri Pendidikan untuk memberikan pen
gecualian kepada
institusi swasta.
Disebabkan perkara di atas, pelaksanaan akta ini telah menjejaskan martabat bahasa Melayu sebagai
bahasa kebangsaan dalam pendidikan.
Ini berlaku kerana pihak berkuasa di Kementerian Pendidikan tidak cakna akan dasar ini.
Sebagai warga Malaysia, kita tidak seharusnya meminggirkan bahasa Melayu dalam usaha
memajukan Malaysia dalam bidang pendidikan.
47
EKONOMI
Bahasa Melayu dalam urusan perniagaan
Bahasa Inggeris masih menjadi bahasa yang dominan bagi sektor swasta dalam bidang perniagaan
dan industri sungguhpun negara kita telah mencapai kemerdekaan lebih setengah abad.
Bahasa Inggeris menjadi bahasa yang utama manakala bahasa Melayu dipinggirkan.
Jurang dwibahasa bahasa Melayu dan bahasa Inggeris amat besar.
Perkara ini menjadikan seolah-olah bahasa Melayu sebagai bahasa yang kedua.
Syarikat yang menggunakan dwibahasa bahasa Inggeris dan bahasa Mandarin telah meminggirkan
bahasa Melayu.
Perkara ini menafikan peluang pelanggan domestik berbahasa Melayu untuk mendapatkan maklumat.
Bahasa Inggeris masih menguasai seratus peratus industri perhotelan, syarikat penjualan kereta,
barangan elektrik dan komputer.
Perkara ini telah menyebabkan percanggahan dengan hasrat yang dikeluarkan oleh Dewan Bahasa dan
Pustaka iaitu matlamat strategik untuk jangka masa panjang bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu yang
kaya dengan pelbagai bidang sains, teknologi, kemanusiaan dan kemasyarakatan.
48
EKONOMI
Bahasa Melayu dalam peluang kerjaya
Graduan dalam bahasa Melayu kurang diminati dalam pasaran kerja.
Strategi mencipta kerja sendiri.
Kenal pasti kebolehan yang dimiliki.
Menetapkan halatuju untuk jangka masa pendek, sederhana dan
panjang.
Tentukan sama ada kerjaya tersebut adalah tetap mahupun sampingan.
Bagi jangka masa panjang dan tetap, graduan haruslah memilih kerjaya
guru bahasa Melayu, menjadi guru tuisyen ataupun pensyarah di kolej.
49
PENTADBIRAN KERAJAAN ProgramTransformasi
Kerajaan
Kandungan Surat Pekeliling Am Bilangan 1 Tahun 2006 -semua kanak-kanak mempunyai
literasi asas dalam BM selepas
Bahasa Melayu dalam pentadbiran awam. tahun tiga di sekolah rendah.
1. Urusan Rasmi dalam Negara. -seperti membaca, menulis,
-Surat Rasmi memahami perkataan dan ayat
yang mudah dalam Bm.
-Dokumen Perjanjian Gagasan 1 Malaysia
-Urusan Mesyuarat Melibatkan Kehadiran Warganengara -mewujudakan jati diri bangsa
Malaysia Malaysia yang bangga Bahasa Mela
yu Dasar Ekonomi Model Baru
-Penganjuran Majlis Rasmi Melibatkan Kehadiran menggunakan BM. dalam -untuk menjayakan dasar
-Pembentukan masyarakat yang membangunkan tenaga kerja
Warganegara Malaysia bersatu padu. Dasar-dasar berkualiti mengikut acuan
sendiri.
2. Urusan Rasmi Antarabangsa -mahir bertutur dalam BM
-Urusan Mesyuarat Melibatkan Kehadiran Kerajaan
-wajib lulus BM sekurang-
kurangnya kepujian.
Bukan Warganegara Malaysia
-Penganjuran Majlis Rasmi Melibatkan
Kehadiran Bukan Warganegara Malaysia Pelan Pembangunan Pendidikan
Malaysia
MBMMBI
-Pelan ini melakarkan visi sistem
-Penggunaan BM dalam pelajaran
3. Pengiklanan Kekosongan Jawatan Dalam Perkhidmatan Awam jadi murid dapat memenuhi
Sains dan Matematik di sekolah-
kehendak negara pada masa
sekolah kebangsaan.
depan .
4. Perkhidmatan Kaunter Melahirkan generasi yang kaya -Melakukan penambahbaikan
kurikulum .
dengan ilmu pengetahuan.
5. Maklum Balas Aduan di Akhbar dan Isu Media Massa