KERACUNAN BAHASA DI MEDIA SOSIAL
Menurut Dr. Haji Zainal Abiddin Haji Masleh (2020) rancu membawa makna sebagai pencemaran
bahasa iaitu penggunaan bahasa yang melanggar hukum-hukum bahasa yang telah dipersetujui,
sama di peringkat sebutan, pilihan kata atau susunan frasa dan ayat manakala keracunan bahasa
pula adalah penggunaan bahasa yang tidak mengikut peraturan sama ada dari segi sintaksis,
morfologi, kosa kata, istilah dan sebagainya yang menyebabkan kekacauan dan ketidakmatangan
dari segi pembentukan ayat, klausa, frasa, ejaan, sebutan, kosa kata dan istilah.
Dalam erti kata lain, bahasa rancu ialah bahasa Melayu yang bercampur aduk penggunaannya
dengan bahasa lain. Dalam meniti arus permodenan ini, bahasa rancu banyak digunakan oleh
segelintir golongan penutur yang tidak mementingkan penggunaan bahasa Melayu. Selain itu,
bahasa rancu juga dipertuturkan mengikut perkembangan semasa dan tidak menggunakan
tatabahasa yang betul. Dalam pada itu juga, bahasa rancu sering digunakan oleh golongan
remaja mahupun kelompok sosial tertentu dan hanya difahami oleh kelompok itu sahaj seperti
"kacang je" (mudah sahaja), "ayam" (gadis), "cun" (cantik), "lowet" (rendah), "otw"
(dalam perjalanan) dan sebagainya.
51
PENCAMPURAN KOD
Pencampuran kod, juga dikenali sebagai kekeliruan bahasa, adalah fenomena bahasa yang popular
sekarang. Fenomena ini nampaknya telah diterima oleh masyarakat berbilang bahasa serta telah
menjadi amalan biasa. Pencampuran kod berlaku dalam bahasa pertuturan dan penulisan terutamanya
dalam penulisan karya kreatif. Bukan itu sahaja, kebanyakan karya kreatif ini menulis mengikut
kreativiti dan prinsip pengarang yang mana menggambarkan realiti reflektif namun di dalam dunia
nyata, bahasa yang digunakan bercampur aduk (bahasa rojak) dan menjadi tidak standard. Hal ini
secara tidak langsung menyebabkan wujudnya masalah bahasa dalam kalangan pelajar, seterusnya
membawa kepada terpinggirnya penguasaan tatabahasa
(Noor Aida Mahmor,2014).
Tuntasnya, apabila penguasaan tatabahasa bahasa Melayu semakin lemah dalam kalangan murid dan
pelajar, maka jati diri masyarakat juga semakin berkurangan dan usaha pembinaan negara bangsa
Malaysia akan turut terjejas.
52
SLANGA
Slanga biasanya ditafsirkan sebagai bahasa percakapan atau pertuturan
masyarakat umum dan dianggap sebagai bahasa yang direka oleh
remaja, hanya untuk mereka bercakap antara satu sama lain. Namun
begitu, penerangan menurut pengkaji adalah tidak tepat. Ini kerana
slanga mempunyai makna secara lebih luas, ia bukan sahaja dituturkan
dalam kalangan remaja,malah dalam kalangan banduan juga mempunyai
pertuturan slanga mereka sendiri. Selain itu, penggunaan slanga tidak
terhad kepada perbualan sahaja akan tetapi bahasa itu digunakan secara
eksklusif untuk penuturnya kerana mereka berharap perbualan sahaja
akan tetapi bahasa itu digunakan secara eksklusif untuk penuturnya
kerana mereka berharap perbualan mereka tidak dapat difahami oleh
orang luar kerana berkemungkinan ada maklumat sulit yang mereka ingin
sampaikan. (Harishon Radzi & Tengku Fariqul Haq, 2016)
53
PENERAPAN HAK ASASI
Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) telah ditubuhkan oleh
parlimen Akta Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia 1999. Secara
keseluruhannya, SUHAKAM telah ditubuhkan untuk mempromosikan dan
melindungi hak asasi manusia. SUHAKAM mempunyai empat fungsi utama yang
dinyatakan dalam Perkara 4(1) Akta Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia.
Antara matlamat pendidikan hak asasi manusia di sekolah ialah
-memastikan pelajar menjadi warganegara bertanggungjawab.
-menerapkan nilai dan norma kehidupan dalam melahirkan insan yang
berkelakuan baik.
-menggalakkan penghormatan dan tanggungjawab terhadap hak asasi dan
mengamalkan dalam kehidupan seharian.
-meningkatkan pemahaman tentang hak asasi manusia dan mengaplikasikannya
untuk tujuan hidup yang adil dan berperikemanusiaan.
54
RUJUKAN
Alis Puteh. (2012). Pendidikan & pembangunan kejayaan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar di
Malaysia (UUM Press). UUM Press.
Evolusi Persatuan Penulis Tonggak Perkembangan Sastera. (2018, November 28). Asas 50
Harishon Radzi, Tengku Fariqul Haq. (2016). Slanga sebagai wahana komunikasi dalam kalangan
remaja di Bengkalis. Jurnal Linguistik, 20(1), 34.
Mohamad, K., Ismail, G, Mohammed, M.B. (2014). Sejarah perkembangan bahasa Melayu, perkamusan
& terjemahan. Penerbitan Multimedia SDN.BHD.
Sharifah Nor Syed Abd. Rahman. (2007). Bahasa Melayu kertas 1&2. Arah Pendidikan Sdn. Bhd
Zainal Abiddin Masleh, (2020, Julai 13). Kerancuan bahasa : Cabaran dan realiti. Utusan Borneo
(Sarawak).
55
SEKIAN,
TERIMA
KASIH !