The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by INOVASI E-DIGITAL RAK BAHASA MELAYU SEMADAH, 2021-02-17 20:59:23

TALIA DAN RAKSASA QAD QAD

TINGKATAN DUA

TALIA DAN
RAKSASA
QADQAD

BUAT BAIK DIBALAS BAIK,BUAT JAHAT DIBALAS JAHAT

01 SINOPSIS 02 TEMA
03 PERSOALAN 04 PLOT BINAAN
05 LATAR 06 WATAK PERWATAKAN
07 GAYA BAHASA 08 NILAI PENGAJARAN
09 GLOSARI



Talia dan keluarganya merupakan masyarakat
orang asli yang tinggal jauh di kawasan
pedalaman bersama-sama dengan puaknya.
Pada suatu hari, sewaktu Talia sedang bermain-
main di sempadan huma, berdekatan dengan
hutan di lereng Bukit Ungu, Talia telah bertemu
dengan seekor katak raksasa yang telah
tercedera di bahagian tepi kepalanya.

Luka itu kelihatan seperti dilibas gergaji. Oleh
sebab timbul rasa kasihan, Talia telah merawat
katak raksasa tersebut dengan menggunakan

pucuk daun dalut. Dengan bantuan Talia,
raksasa tersebut telah pulih dan terus
menghilang di dalam hutan.

Talia bercerita tentang katak raksasa itu
kepada ibunya. Bapa Talia, Dodo menganggap

bahawa cerita tersebut sebagai khayalan
Talia sahaja. Namun begitu, tanggapan ibu dan
ayah Talia berubah beberapa minggu selepas

itu. Kisah ahli-ahli suku berselisih dengan
sekeluarga makhluk seperti yang diceritakan

oleh Talia di denai yang sama heboh
diperkatakan.

Penduduk kampung bimbang jika mereka
terpaksa berpindah lagi kerana mereka
semua baru beberapa bulan berpindah ke

Bukit Ungu.
Pada suatu hari, adik Talia, Jini demam panas.

Bapa Talia, Dodo berpendapat bahawa Jini
perlu dibawa ke hospital.

Dodo mencadangkan agar mereka
menumpang kereta api. Dodo mengajak
isterinya, Misa dan anaknya, Talia ke bandar.
Talia sekeluarga segera meninggalkan
rumah mereka. Dodo mendukung Talia.
lsterinya, Misa pula membawa Jini di dalam

bakul sandang.

Sewaktu Misa dan Dodo hendak ke stesen kereta
api, mereka dijerkah oleh seorang lelaki. Lelaki
tersebut bertugas mengawasi bijih yang
disorong keluar untuk dipindahkan ke dalam
gerabak kereta api. Dodo memberitahu lelaki itu
tentang hasratnya yang ingin menumpang kereta
api untuk ke bandar. Lelaki itu memarahi Dodo.

Pemandu kereta api yang baru keluar
memandang mereka dengan kehairanan.

Pemandu kereta api itu, iaitu Sidek
memberitahu lelaki tadi yang

dipanggilnya Tuan Binjah tentang
keadaan di kern balak timur yang

kacau-bilau.

Kekacauan tersebut berpunca
daripada serangan kumpulan katak
raksasa. Tujuh orang meninggal dunia
manakala dua puluh orang lagi cedera.
Pada hari sebelum pembalak-pembalak
itu diserang, sebatang balak telah

menimpa sarang katak raksasa.

Walaupun tidak cedera teruk, keluarga haiwan
itu terperangkap. Mandur kem balak berkenaan

telah menetak semua katak raksasa yang
terperangkap itu. Tindakan tersebut membawa

padah kepada pembalak-pembalak di kern
berkenaan.

Sekumpulan katak raksasa muncul dari dalam
hutan.

Para pekerja lari bertempiaran untuk
menyelamatkan diri. Binjah dan kebanyakan
pekerja termasuk Sidek masuk ke dalam sebuah
bangunan. Qadqad yang paling dekat dengan
keluarga Talia melompat lantas mendarat di bahu
Dodo. Anehnya, haiwan itu cuma berkelip-kelip
memandang Talia. Kepala haiwan itu berparut

seperti bekas luka dilibas gergaji.

Qadqad di bahu Dodo melompat turun. Ratusan
katak raksasa yang lain mengikuti jejak Qadqad

itu berundur. Binjah berasa hairan apabila
melihat keluarga Talia tidak diserang oleh
kumpulan katak raksasa tersebut. Dia melihat
ada tanah berwarna ungu pada tangan, kuku,

kaki, dan rambut Talia.

Dia membuat rumusan kononnya katak raksasa
takut akan tanah berwarna ungu. Akhirnya,
keluarga Talia dibenarkan menaiki kereta api
tersebut untuk ke bandar.
Tiga hari kemudian, Sidek datang menemui

keluarga Talia di hospital. Kebetulan pula, adik
Talia, Jini sudah dibenarkan keluar dari hospital.

Sidek memberitahu Dodo tentang hasrat Binjah
yang mahu melombong di Bukit Ungu. Menurut
Sidek, Binjah telah mengarahkan seisi kampung
berpindah. Binjah turut membawa samseng ke
kampung itu. Sidek membawa keluarga Talia ke
sebuah balai polis untuk mengadukan perkara

yang berlaku.

Sidek turut membawa keluarga Talia pulang ke
kampung mereka dengan menaiki sebuah
kenderaan.

Mereka tiba di kawasan perkampungan orang
asli tersebut. Mereka mendengar suara Binjah

berbalah dengan Tuk Sibat.

Binjah dan para pengikutnya membawa jentera
berat untuk memusnahkan perkampungan orang

asli itu. Binjah menyuruh samseng upahannya
membakar sebuah pondok yang terdapat di situ.

Dodo dan Sidek menjerit meminta mereka
berhenti. Binjah tetap menyuruh samseng
upahannya membakar pondok tersebut.

Penduduk kampung cuba menghalang
perbuatan samseng tersebut. Binjah melepaskan

dua das tembakan ke arah mereka. Satu
daripadanya menembusi lengan kiri Dodo. Talia
menjerit memanggil Raksasa Qadqad. Beratus-
ratus ekor katak raksasa tersebut muncul dari

dalam hutan.

Kumpulan Raksasa Qadqad itu menyerang
Binjah dan para pengikutnya. Sementara itu, Talia

dan sukunya terus melarikan diri dari tempat
tersebut.

Akhirnya, keadaan di kampung Talia tenang
semula. Qadqad sudah ghaib. Beberapa buah

pondok musnah terbakar.

Puluhan mayat manusia dan bangkai Qadqad
bergelimpangan. Selepas peristiwa itu, Raksasa

Qadqad terus lenyap.



Tema cerpen ini ialah konflik antara manusia
dengan alam semula jadi.

Manusia bandar yang rakus dan tamak telah
memusnahkan alam semula jadi demi mengaut

keuntungan semata-mata.

Hutan belantara ditarah untuk pembalakan
manakala bukit diruntuhkan untuk dijadikan
kawasan perlombongan sehingga memusnahkan
habitat flora dan fauna. Kehidupan orang ash

yang aman dan harmoni turut terancam.



(a) Perbuatan yang baik akan dibalas dengan
kebaikan.

Contohnya, Talia yang telah merawat seekor anak
Raksasa Qadqad yang tercedera, akhirnya telah

diselamatkan oleh raksasa tersebut sewaktu
perkampungan mereka hendak dimusnahkan oleh

Binjah.

(b) Kasih sayang terhadap keluarga.
Contohnya, Dodo amat menyayangi anggota
keluarganya dan sanggup ditembak oleh Binjah
semata-mata untuk menyelamatkan anggota

keluarganya.

(c) Sikap tamak segelintir manusia.
Contohnya, Binjah seorang yang tamak kerana
hendak melombong di perkampungan orang asli
tetapi akhirnya terkorban kerana diserang oleh

Raksasa Qadqad.

(d) Kesusahan masyarakat orang ash yang tinggal
di kawasan pedalaman.

Contohnya, Dodo terpaksa berjalan kaki ke stesen
kereta untuk mendapatkan rawatan anaknya, Jini

yang sedang sakit di bandar.

(e) Persahabatan antara manusia dengan haiwan.
Contohnya, sifat Talia yang baik hati dan merawat

seekor anak Raksasa Qadqad yang tercedera
telah menyebabkan haiwan tersebut membantu
kampungnya daripada dimusnahkan oleh Binjah.

PLOT
BINAAN

(a) Permulaan- Talia bertembungdengan seekor Raksasa Qadqad
sewaktu ermain di pinggir rumah berhampiran dengan hutan di
lereng Bukit Ungu. Tali terlihat seekor binatang aneh yang
menyerupai seekor katak tercedera. Dia telah mengambil pucuk
daun dalut untuk merawat binatang tersebut. Binatang aneh
tersebut diberi nama Qadqad oleh penduduk kampong kerana
bunyinya menyerupai seekor katak.

(b) Perkembangan- Peristiwa Dodo bersama isterinya, Misa dan anak-
anaknya, Talia dan jinni pergi ke stesen kereta api untuk merawat Jini yang
sedang demam di bandar. Di pertengahan jalan, mereka telah bertembung
dengan Sidek, pemandu kereta api dan Binjah yang bertugas mengawas
bijih yang disoraong keluar dari banggunan untuk dipindahkan ke dalam
gerabak kereta api. Mereka telah digertak oleh Binjah erana cuba menaiki
kereta api tersebut secara percuma. Secara tiba-tiba, Binjah dan pekerja
lombong telah diserang oleh raksasa Qadqad. Binjah berasa hairan kerana
Talia dan keluarganya terselamat dari serangan tersebut. Sidek telah
menemani Dodo mendapatkan rawatan untuk Jini di hospital. Kemudian,
mereka membuat laporan di balai polis tentang Binjah dan pengikutnya
yang menyerang kampong mereka.

(c) Klimaks- Binjah dan para pengikutnya telah membawa
jentera berat untuk memusnahkan perkampungan orang
ash tersebut kerana ingin mengaut hasil buminya. Dodo
yang uba mempertahankan kampung tersebut telah
terkena tembakan pada lengan kirinya yang dilepaskan
oleh Binjah.

(d) Peleraian- Beratus-ratus raksasa Qadqad muncul dari
dalam hutan dan telah menyerang Binjah dan para
pengikutnya. Banyak pengikutnya yang telah terkorban
termasuk Binjah sendiri. Akhirnya, penduduk di
perkampungan orang ash telah terselamat. Selepas
peristiwa itu, raksasa Qadqad terus lenyap.

(a) Dialog
Contohnya= (i) “Ini bukan demam biasa” kata D.odo. “Kita perlu bawa

ke hospital” [halaman 61]
(ii) “Tentulah tanh ungu. Serangan Qadqad sekarang

berleluasa di hutan di seluruh negeri. Kata Tuan Binjah,
sesiapa yang dapat mengawal tanah ungu, pasti kaya-raya!”
[halaman 64]

(b) Pemerian
Contohnya= Makhluk itu mengerang, mempamerkan taring. Cecair

hijau likat meleleh dari lekuk tajam di bahagian sisi kepalanya,
persis luka akibat dibilas gergaji.

(c) Imbas Kembali
Contohnya= Berdasarkan cerita salah seorang pembalak

terselamat, pada hari yang sebelumnya, sebatang balak
menimpa sarang makhluk itu. Biarpun tidak cedera teruk,
keluarga haiwan itu terperangkap. Namun, entah apa-apa
alasannya, mandur kem balak menetak mati kesemua yang
terperangkap itu. Tindakan itulah yang menjerut manusia lain
dengan hukuman mati. [halaman 62]



(a) Kawasan Bukit Ungu (e) Kawasan perlombongan
(b) Kawasan hutan (f) Hospital
(g) Balai polis
berhampiran dengan lereng
Bukit Ungu berempadan
huma
(c) Rumah Dodo
(d) Stesen kereta api

(a) Waktu siang (c) Tiga hari
(b) Waktu tengah hari (d) Waktu matahari

tergelincir

(a) Masyarakat orang asli (d) Masyarakat yang
(b) Masyarakat yang tamak dan kejam penyanyang
(c) Masyarakat yang berkonflik
(e) Masyarakat yang
dengan alam semula jadi kejam dan zalim



6.1 "Talia
(a) Seorang budak perempuan kecil keturunan orang
asli.
(b) Anak kepada Dodo dan Misa.
(c) Bersifat belas kasihan dan suka menolong.
(d) Bersahabat dengan Raksasa Qadqad.
(e) Seorang yang berani kerana merawat anak Raksasa
Qadqad yang tercedera.
(f) Sayang akan keluarga dan ahli sukunya.
(g) Menghormati ibu dan bapanya.

6.2 Raksasa Qadqad
(a) Menyerupai seekor katak tetapi lebih besar.
(b) Mempunyai sepasang tanduk kecil di kepala.
(c) Mempunyai taring.
(d) Mampu meloncat tinggi.
(e) Mempunyai sepasang mata berwarna kuning beriris
hijau.
(f) Menjadi penghuni dan penjaga hutan di Bukit Ungu.
(g) Menyelamatkan orang ash sewaktu Binjah ingin
memusnahkan kampung mereka.

6.3 Dodo
(a) Ayah kepada Talia dan Jini.
(b) Isterinya bernama Misa.
(c) Seorang yang penyayang kerana sanggup
mempertahankan keluarga dan kampungnya daripada
diancam oleh Binjah dan pengikutnya.
(d) Bertanggungjawab kerana bersusah payah
membawa anaknya yang sedang demam untuk
mendapatkan rawatan di hospital.
(e) Sanggup berkorban untuk menjamin keselamatan
anggota keluarganya.

6.4 Binjah
(a) Seorang saudagar yang tamak kerana cuba
memusnahkan kampung orang asli untuk mendapatkan
hasil buminya.
(b) Kejam dan tidak bertimbang rasa kerana sanggup
menyerang dan membakar rumah orang asli.
(c) Mementingkan kekayaan semata-mata tanpa
memikirkan kepentingan alam semula jadi.
(d) Terkorban bersama-sama dengan pengikutnya
sewaktu diserang oleh Raksasa Qadqad.

.6.5 Sidek
(a) Bekerja dengan Binjah.
(b) Membantu Dodo membawa anaknya yang sakit ke
hospital.
(c) Membuat aduan di balai polis berkaitan dengan
rancangan Binjah yang mahu memusnahkan kampung
orang asli di sekitar Bukit Ungu.
(d) Menyebelahi puak orang asli sewaktu Binjah cuba
memusnahkan kampung mereka.


Click to View FlipBook Version