6.6 Tuk Sibat
(a) Ketua suku kaum orang asli.
(b) Ketua yang bertanggungjawab kerana sanggup
menentang Binjah yang ingin memusnahkan kampungnya.
(c) Berani menentang Binjah dan pengikutnya sewaktu
mereka datang mengganggu tempat tinggal sukunya.
(a) Pengarang menggunakan ayat pendek.
Contohnya :
• "Kita ke bandar" ujar Dodo.
• "Nak ke mana?"
(b) Ayat panjang.
Contohnya :
• Talia sedang bermain sendirian di sempadan huma,
berdekatan dengan hutan di lereng Bukit Ungu apabila
dia terdengar rengekan ganjil. [hlm. 58]
(c) Kata Ganda
Contohnya :
• "Apa tumpang-tumpang? Kau fakir kereta api ni untuk
bersuka ria?" [hlm. 62]
• ... Jentera-jentera berat yang menumbangkan pokok-
pokok ceruyu tampak kecil di hujung jalan. [hlm. 65]
(d) Personifikasi
Contohnya :
• ... lingkaran reben hijau kuning itu kembali ditelan
hutan belantara. [hlm. 63]
• Matahari mula tergelincir tatkala Tuk Sibat menghantar
dua orang lelaki [hlm. 67]
(e) Inversi
Contohnya :
• Lewat petang hari yang sama, sampailah mereka ke
destinasi. [hlm. 61]
• ... Di bandar, Sidek menguruskan perjalanan mereka ke
hospital bersama-sama dengan pekerja lombong yang
cedera. [hlm. 64]
(f) Sinkope
Contohnya :
• "Kami ada padi saja." • "Kalau begitu, melombong di
pinggir hutan saja tanahnya ungu juga," saran Dodo.
[hlm. 64]
• "... Tapi tentulah Tuk Sibat tak mahu terima arahan itu,"
ujar Sidek, menyambung cerita. [hlm. 64]
(g)Repetisi
Contohnya :
• "Ini, di tangan, di kuku, di kaki, di rambut ..."
• "Tanah. Talia main tanah tadi," sambut Dodo, bingung.
(h) Simile
Contohnya :
• "Gempal macam disumbat air"... • ... bagaikan cincin
melingkari gunung