The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

BAHAN_PENATARAN_RANCANGAN_PENDIDIKAN_INDIVIDU_MANUAL_PENATARAN_JANUARI (2)

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by teacher.ain2012, 2024-03-05 11:57:13

BAHAN_PENATARAN_RANCANGAN_PENDIDIKAN_INDIVIDU_MANUAL_PENATARAN_JANUARI (2)

BAHAN_PENATARAN_RANCANGAN_PENDIDIKAN_INDIVIDU_MANUAL_PENATARAN_JANUARI (2)

SEKTOR PEMBANGUNAN INSTRUKSIONAL BAHAGIAN PENDIDIKAN KHAS KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA RANCANGAN PENDIDIKAN INDIVIDU MANUAL 2.0


PENGENALAN Rancangan Pendidikan Individu (RPI) adalah satu dokumen bertulis. Ia dirancang khusus untuk seseorang murid. Ia juga dibentuk bertujuan mendokumentasikan segala pengubahsuaian dan penerapan ke atas program pembelajaran serta perkhidmatan yang disediakan. (Jabatan Pendidikan Khas, 2000, Kementerian Pendidikan Malaysia). RPI boleh diguna pakai untuk perancangan, pemantauan dan penilaian pendidikan kanak-kanak pendidikan khas bertepatan dengan syor Pengisytiharan Salamanca (UNESCO, 1994), Perkara 3 : “menggesa agar semua kerajaan mewujudkan mekanisme mewujudkan mekanisma-mekanisma disentralisasi dan penyertaan untuk perancangan,pemantauan dan penilaian peruntukan pendidikan untuk kanak-kanak dan orang dewasa dengan keperluan pendidikan khas”


Merujuk pada pengisytiharan tersebut, kerajaan Malaysia memperkenalkan Rancangan Pendidikan Individu (RPI) melalui Kementerian Pendidikan Malaysia. RPI diperkenalkan menerusi di program pendidikan khas. Program pendidikan khas integrasi disediakan untuk murid – murid bermasalah pembelajaran, bermasalah pendengaran dan bermasalah penglihatan. Ianya diwujudkan di sekolah pendidikan khas, harian biasa rendah dan menengah serta sekolah menengah teknik /vokasional yang menggunakan pendekatan pengajaran dan pembelajaran secara pengasingan dan separa inklusif. (Jabatan Pendidikan Khas, 2004, Kementerian Pendidikan Malaysia).


Penyediaan RPI sangat penting demi memastikan keperluan murid pendidikan khas menerima pendidikan dapat dicapai. Namun demikian sehingga kini belum ada undang-undang khusus atau akta yang mewajibkan pelaksanaan RPI di sekolah. Hanya Akta Pendidikan 1996 fasal 40 : “Menteri hendaklah mengadakan pendidikan khas. Menteri hendaklah mengadakan pendidikan khas di sekolah khas yang ditubuhkan di bawah perenggan 34(1) (b) atau di mana-mana sekolah rendah atau menengah yang di fikirkan oleh Menteri suai manfaat.” Namun kerajaan Malaysia telah mengeluarkan pekeliling ikhtisas bil 7/2004 yang bertarikh 27 September 2004: “Pelaksanaan Kurikulum Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah”. Pada perkara 5 dinyatakan : “Bagi memastikan keberkesanan kurikulum ini, Rancangan Pendidikan Individu (RPI) setiap murid hendaklah disediakan”


DAPATAN ISU DALAM PENULISAN RANCANGAN PENDIDIKAN INDIVIDU (RPI) 1. Sikap guru 2. Gangguan talian internet 3. Tiada kerjasama di antara pencatat RPI dan Guru Mata Pelajaran 4. Guru-guru tidak mahir mengendalikan isu utama MBK 5. Kesinambungan penulisan RPI tidak berlaku di dalam sebuah SPK dan PPKI 6. Sikap ibu bapa yang sambil lewa dan tidak mengambil berat terhadap MBK 7. Kurang pemantauan dari pihak penguruan sekolah 8. Kelemahan dari aspek penguatkuasaan


PANDUAN PELAKSANAAN DAN PENULISAN RANCANGAN PENDIDIKAN INDIVIDU (RPI) SECARA MANUAL


PERUBAHAN PENULISAN RPI BERFOKUSKAN KEKANGAN AKADEMIK DALAM MATA PELAJARAN PENULISAN RPI BERFOKUSKAN INTERVENSI BAGI MENINGKATKAN KEFUNGSIAN MBK DAN TIDAK LAGI BERFOKUS MATA PELAJARAN


RANCANGAN PELAJARAN TAHUNAN (RPT) RANCANGAN PELAJARAN HARIAN (RPH) RANCANGAN PENDIDIKAN INDIVIDU (RPT) Dokumen bertulis untuk merekodkan intervensi bagi meningkatkan kefungsian MBK agar murid dapat mengikuti kurikulum yang bersesuaian dengan tahap dan keupayaan mereka SPI.Bil.3/1999,KP (BS) 8591 / Jilid xv / (3) bertarikh 9 Mac 1999. “Rancangan pelajaran tahunan mengandungi secara ringkas isi pengajaran dan pembelajaran Berdasarkan sukatan pelajaran kebangsaan yang dikeluarkan oleh KMP” SPI.Bil.3/1999,KP (BS) 8591 / Jilid xv / (3) bertarikh 9 Mac 1999. “Rancangan pelajaran harian merupakan terjemahan Rancangan Pelajaran Tahunan yang mengandungi sekurang-kurang maklumat seperti OBJEKTIF,cara bagaimana hendak mencapai objektif dan kenyataan sejauh mana objektif itu tercapai” PERBEZAAN RPT RPH RPI


PERBEZAAN PENULISAN OBJEKTIF DALAM RPH DAN RPI RPH RPI Murid boleh mengenal 6 huruf abjad iaitu huruf a hingga f berpandukan gambar yang diberikan. Jamal boleh menggunakan tangan untuk meneroka dan memperoleh maklumat tentang objek yang diberikan.


PUNCA KUASA PENULISAN e RPI dan RPI


PUNCA KUASA PENULISAN RPI : Peraturan-Peraturan Pendidikan (Pendidikan Khas) 2013, Perkara 3. Perkara 8(1)Bagi maksud melaksanakan Pendidikan Khas :- • mana-mana orang yang terlibat dalam pelaksanaan Pendidikan Khas hendaklah menggunakan Kurikulum Pendidikan Khas; • seseorang guru hendaklah menggunakan RANCANGAN PENDIDIKAN INDIVIDU; dan seseorang guru boleh membuat pengubahsuaian kepada :- • kaedah atau teknik pengajaran dan pembelajaran; • masa yang diperuntukkan bagi setiap aktiviti; • susunan aktiviti; dan • bahan bantu mengajar. Perkara 8(2) Apa-apa pengubahsuaian yang dibuat di bawah perenggan (i)(c) hendaklah mengikut Kurikulum Pendidikan Khas.


KERANGKA KONSEP PEMBINAAN RPI


ELEMEN-ELEMEN RANCANGAN PENDIDIKAN INDIVIDU (RPI) 1. Kerjasama Merupakan elemen penting yang dirangka oleh sekumpulan individu yang terlibat secara langsung dengan pendidikan dan kebajikan MBK berkenaan. Oleh itu, ibu bapa dan guru merupakan orang yang sangat penting dalam proses ini. 2. Berkongsi Maklumat Mesti berdasarkan kepada maklumat daripada individu yang mempunyai hubungan rapat dengan MBK. Maklumat ini mesti dikongsi bersama dan menjadi asas kepada keputusan untuk membina perancangan pendidikan. 3. Keputusan Bersama Guru, Ibu bapa dan kumpulan pelbagai disiplin bekerjasama untuk menyediakan RPI. Mereka perlu membuat keputusan bersama untuk menentukan apa yang diperlukan oleh MBK berkenaan dan bagaimana RPI dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan.


4. Kebolehpercayaan Kebolehpercayaan objektif pengajaran, prosedur penilaian perlu diterangkan dalam RPI dan perlu dibuat semakan dari semasa ke semasa. 5. Dokumentasi Bertujuan sebagai rujukan dan panduan untuk semua pihak yang terlibat. 6. Proses Meliputi aktiviti bagi memastikan perancangan pengajaran dan pembelajaran yang sesuai serta berkesan dapat diberikan kepada MBK. Di antara proses RPI yang terlibat adalah seperti berikut :- pra sidang sidang pertama ( mesyuarat ) penulisan RPI pelaksanaan perekodan sidang kedua ( penilaian ) ELEMEN-ELEMEN RANCANGAN PENDIDIKAN INDIVIDU (RPI)


ELEMENELEMEN RPI KEBOLEHPERCAYAAN KERJASAMA DOKUMENTASI KEPUTUSAN BERSAMA BERKONGSI MAKLUMAT PROSES ELEMEN-ELEMEN RANCANGAN PENDIDIKAN INDIVIDU (RPI)


CIRI-CIRI RANCANGAN PENDIDIKAN INDIVIDU


1. KOMPREHENSIF RPI merangkumi aspek ketidakupayaan murid, termasuk aspek kognitif, bahasa dan komunikasi, sosio emosi, tingkahlaku, motor kasar dan motor halus sepertimana yang terkandung dalam domain pendidikan khas. 2. SPESIFIK Matlamat dan objektif bagi RPI dinyatakan dalam bentuk tingkah laku yang dapat diperhatikan dan diukur. 3.REALISTIK DAN BERSESUAIAN Perlu sesuai dengan matlamat dan objektif yang dinyatakan dalam RPI yang disesuaikan dengan tahap kefungsian serta mengikut kadar perkembangan sedia ada murid.


5. MUDAH DIFAHAMI Penulisan RPI direkodkan dengan menggunakan bahasa yang mudah difahami serta dapat dijelaskan apa yang perlu diketahui oleh ibu bapa dan para professional. 6. DIGUBAL BERSAMA Penulisan RPI adalah program yang dipersetujui bersama oleh ibu bapa, guru, murid dan para professional yang terlibat. 4. MENGIKUT URUTAN Penulisan RPI perlu dilaksanakan dengan mengikut urutan proses yang ditentukan (rujuk Carta Alir)


CIRI-CIRI RANCANGAN PENDIDIKAN INDIVIDU RPI MUDAH DIFAHAMI KOMPREHENSIF BERSESUAIAN & REALISTIK DIGUBAL BERSAMA CIRI-CIRI RPI MENGIKUT URUTAN SPESIFIK


Penubuhan Jawatankuasa RPI di peringkat sekolah amat perlu dilaksanakan bagi menjamin kelancaran dan keberkesanan dalam menentukan isu major, aktiviti intervensi, bentuk sokongan dan keperluan lain yang diperlukan oleh seseorang MBK. PENUBUHAN JAWATANKUASA RPI DI PERINGKAT SEKOLAH


(PENGERUSI) PENGETUA/GURU BESAR SETIAUSAHA PK KURIKULUM AHLI JAWATAN KUASA RPI IBU/BAPA/ PENJAGA PEGAWAI PUSAT PERKHIDMATAN (3PK) PPM CONTOH JAWATANKUASA RPI SEKOLAH PENDIDIKAN KHAS( SPK ) GURU KELAS GURU B&K / KAUNSELOR GURU MATA PELAJARAN


JAWATANKUASA RPI SEKOLAH PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI(PPKI) PENGERUSI ( GURU BESAR ) NAIB PENGERUSI ( PENOLONG KANAN 1 ) SETIAUSAHA ( PENOLONG KANAN / PENYELARAS PENDIDIKAN KHAS ) AHLI JAWATANKUASA RPI GURU KELAS PEN.KHAS PEGAWAI PUSAT PERKHIDMATAN (3PK) (JIKA ADA) GURU MATA IBU BAPA PPM PELAJARAN GURU B&K / KAUNSELOR


PERANAN DAN SUMBANGAN AJK RPI 1. Pentadbir Sekolah : mempengerusikan sesi sidang pertama dan kedua . memperkenalkan semua ahli jawatankuasa RPI. menjawab soalan-soalan berkaitan dengan pentadbiran. bertindak segera ke atas perkara yang perlu diselesaikan berkaitan dengan pelaksanaan RPI. 2. Ibu Bapa / Penjaga : memberi maklumat yang tepat tentang anaknya. berkerjasama menentukan isu major / utama anak mereka. menentukan matlamat jangka panjang yang diingini. bekerjasama mewujudkan kesinambungan pengajaran antara sekolah dan rumah dengan cara mengambil dan menyemak RPI anak.


3. Guru Kelas Pendidikan Khas : mengumpul maklumat MBK. membuat modifikasi dan adaptasi kurikulum berdasarkan kepada keperluan MBK. mengajar MBK secara individu berdasarkan kepada keperluan dan kesesuaian MBK. mengambil tindakan ke atas perkara yang telah dipersetujui. memberi maklumat mengikut tahap keupayaan dan kekurangan pembelajaran MBK. berhak menolak sebarang cadangan dari mana-mana pihak jika cadangan itu di luar kemampuannya. membuat penilaian dan pemantauan ke atas MBK. 4. Pencatat (RPI) Guru Mata Pelajaran memastikan proses RPI iaitu sidang, matlamat, faktor keupayaan dan akademik berfungsi ditulis oleh guru. bersidang dan berbincang dengan kumpulan permuafakatan RPI bagi mengenalpasti isu major yang perlu diberikan intenvensi untuk meningkatkan kefungsian MBK.


menyediakan sidang, matlamat, faktor keupayaan dan akademik berfungsi berdasarkan isu major yang telah diputuskan dalam persidangan RPI. bertanggungjawab sepenuhnya atas pengisian RPI bagi MBK di bawah penyelian masing-masing. memastikan sebarang perubahan pada intevensi perlu dicatatkan oleh pencatat RPI selepas menerima makluman daripada guru-guru. memantau intervensi mengikut keperluan masing-masing dengan menjurus kepada kekangan utama yang dihadapi oleh MBK. merancang dan melaksanakan pembelajaran dan pemudahcaraan (PdPc) dengan menyediakan RPH dan RPT (SPI Bil.3/1999): ( Penyediaan Rekod Pengajaran dan Pembelajaran. Memaklumkan kepada penyelaras RPI untuk mengadakan persidangan bagi membincangkan isu seterusnya sekiranya isu major/utama telah berjaya diatasi.


5. Pusat Perkhidmatan Pendidikan Khas (3PK) memberi khidmat bantuan kepada MBK mengikut keperluan dan keutamaan. Memberikan khidmat nasihat dan tunjukcara kepada guru-guru pendidikan khas dalam memberikan intenvensi kepada MBK. menyediakan maklumat professional tentang permasalahan dan kekuatan MBK dari aspek kepakaran mereka.


6. Guru Bimbingan dan Kaunseling atau Kaunselor memberi khidmat nasihat kepada ibu bapa atau penjaga. memberikan motivasi dan keyakinan diri kepada guru-guru pendidikan khas mengadakan sesi kaunseling individu dan kelompok kepada MBK yang dikenalpasti menghadapi kekangan atau kekurangan.


KEPENTINGAN RANCANGAN PENDIDIKAN INDIVIDU (RPI)


4.0 PENGENALAN RPI membolehkan MBK mengikuti program pendidikan yang dirancangkan sama ada yang telah diadaptasi atau dimodifikasi dengan lebih berkesan bagi tujuan menyimpan rekod dari aspek seperti berikut :- a. Jenis intervensi yang perlu diterima dan dipelajari oleh MBK. b. Jenis modifikasi dan adaptasi yang dibuat ke atas kurikulum asal. Jenis strategi dan teknik pengajaran c. yang perlu digunakan. Proses RPI memberi pelbagai kebaikan dan keuntungan kepada:


1. MURID BERKEPERLUAN KHAS setiap perancangan pendidikan yang digubal bertujuan membantu MBK dalam proses pembelajaran. memberi peluang untuk terlibat dalam program pembelajaran yang dirangka. menjadikan matlamat dan objektif lebih jelas. 2. GURU-GURU menerangkan peranan dan tugas mereka dengan jelas. memberi peluang untuk mendapat maklumat tentang MBK. menyediakan forum untuk mendapatkan bantuan, resos, sokongan dan perkhidmatan daripada pihak yang berkaitan. menyediakan dokumentasi bagi tujuan kesinambungan amalan dalam segala aspek perkhidmatan yang disediakan dan resos yang diperlukan. menyediakan bantuan untuk menyelesaikan isu. menyediakan pertolongan untuk memenuhi cabaran. mendapatkan maklumat yang tepat daripada mereka yang berhubung rapat dengan MBK. memastikan bidang tugas yang memerlukan nasihat golongan professional.


4.3 IBU BAPA ATAU PENJAGA memberi peluang untuk terlibat secara langsung dalam menyediakan objektif dan matlamat anak mereka. memberi peluang untuk mendapat penerangan dengan jelas tentang perkara yang perlu dilakukan bagi membantu pembelajaran anak mereka di rumah. menyediakan forum untuk meminta bantuan, resos, sokongan dan perkhidmatan daripada pihak yang berkaitan. memberi peluang untuk berkongsi maklumat dengan kumpulan pelbagai displin yang terlibat secara langsung dengan anak mereka.


4. AGENSI YANG BERKAITAN memperolehi maklumat yang sistematik untuk mengenal pasti keperluan individu MBK. memperolehi maklumat tentang perkhidmatan penilaian berdasarkan kepada objektif yang ditentukan. membantu mengenal pasti keperluan latihan. 5. SEMUA YANG TERLIBAT memberi peluang untuk meningkatkan komunikasi. menyediakan forum untuk menyelesaikan masalah. merangsang peningkatan tahap pendidikan. mewujudkan pakar perancangan dari pelbagai peringkat untuk merangka program pendidikan. mengadakan program penilaian.


LANGKAH-LANGKAH PENYEDIAAN RANCANGAN PENDIDIKAN INDIVIDU (RPI) PENGENALAN Penyediaan RPI memberi peluang kepada semua pihak yang terlibat dengan MBK untuk sama-sama merancang satu program yang paling penting bersesuaian untuk seseorang MBK. Di antara langkahlangkah penyediaan RPI yang wajar dilakukan adalah seperti berikut :


PROSES PENYEDIAAN RPI


Meliputi aktiviti bagi memastikan perancangan pengajaran dan pembelajaran yang sesuai serta berkesan dapat diberikan kepada MBK. Di antara proses RPI yang terlibat adalah seperti berikut : 1. Pra Sidang 2. Sidang Pertama ( mesyuarat ) 3. Penulisan RPI 4. Pelaksanaan 5. Perekodan 6. Sidang Kedua ( penilaian )


OBJEKTIF TERCAPAI GAGAL CONTOH CARTA ALIR PROSES PENYEDIAAN RPI PRA SIDANG SIDANG PERTAMA (MESYUARAT) PENULISAN RPI SIDANG KEDUA (PENILAIAN) PEREKODAN PELAKSANAAN RPI OBJEKTIF / STRATEGI BARU OBJEKTIF / ISU UTAMA BERIKUTNYA Carta Alir Pembentukan Rancangan Pendidikan Individu (RPI) Sumber : Buku Panduan RPI Murid-Murid Berkeperluan Khas 2000 Kementerian Pelajaran Malaysia


LANGKAH 1 PRA SIDANG


PRA SIDANG INDIVIDU-INDIVIDU YANG TERLIBAT DALAM SESI PRA SIDANG Penolong Kanan atau Penyelaras Pendidikan Khas Guru Kelas Guru Mata pelajaran Pegawai Pusat Perkhidmatan (3PK)


LANGKAH 1 - PRA SIDANG Bertujuan untuk mengumpul maklumat bagi menentukan apakah isu utama dan isu kecil berdasarkan kepada maklumat yang dikumpul dan diperolehi semasa proses mengenalpasti dilakukan. Dapatan maklumat boleh diperolehi berdasarkan tugas dan tanggungjawab seperti berikut ; 1.1 Rujukan kepada pihak yang terlibat : Pada dapatan ini hubungan komunikasi yang baik perlu berlaku dan diwujudkan iaitu; antara guru antara ibu bapa dan sekolah antara sekolah dan agensi luar yang terlibat


2. PENGUMPULAN DATA a) Mengumpul segala maklumat yang berkaitan dengan kekuatan, kekurangan dan keperluan MBK yang boleh membantu proses pengajaran dan pembelajaran melalui; borang biodata MBK sejarah hidup termasuk aspek kesihatan dan perkembangan MBK borang kaji selidik akademik ujian diagnostik Borang domain pendidikan khas


1. Kognitif 2. Bahasa dan Komunikasi 3. Tingkahlaku 4. Sosial emosi 5. Motor Kasar 6. Motor Halus 6 DOMAIN PENDIDIKAN KHAS 20 Ogos 2010 oleh Ahli Jawatankuasa Kerja LINUS-NKRA Bil. 13/2010 Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK) bersetuju BPKhas membina satu program alternatif bagi membantu MBK dalam penguasaan literasi dan numerasi.


b) Perkara yang perlu diberi perhatian dalam proses pengumpulan maklumat ini adalah; cara mendapatkan maklumat yang berkaitan dengan MBK. individu yang akan mengumpul maklumat berkenaan. jenis bantuan yang diperlukan dalam proses mengumpul maklumat sejauh mana penglibatan MBK sejauh mana penglibatan ibu bapa atau penjaga sejauh mana penglibatan khidmat sokongan. c) Perbincangan tentang isu atau kekangan untuk memilih satu atau lebih isu utama bagi setiap MBK. d) Semua guru mata pelajaran menyatakan intervensi yang sesuai untuk dimasukkan dalam penulisan RPI. e) Maklumat yang terkumpul hendaklah dianalisa, dirumus dan dicatat dalam borang rumusan Pra Sidang setelah isu utama dikenalpasti sebagai panduan semasa sesi Sidang atau mesyuarat Ahli Jawatankuasa RPI diadakan.


e. Maklumat yang terkumpul hendaklah dianalisa, dirumus dan dicatat dalam borang rumusan Pra Sidang. CONTOH ISU UTAMA : BIL. NAMA MBK DIAGNOSIS ISU UTAMA 1. Ali bin Bedul Syndrom Down Tidak boleh memegang pensel dengan betul. 2. Melah binti Bunga Autisme Tidak memahami arahan yang diberikan. 3. Donald ak Kintok Hyperaktif ADHD Tidak fokus dalam pembelajaran CADANGAN: Guru-guru perlu mahir tentang Domain Pendidikan Khas kerana kandungan dalam domain tersebut akan membantu untuk memberikan intenvensi kepada MBK berdasarkan ISU UTAMA yang telah dikenalpasti.


CONTOH ILUSTRASI PRA-SIDANG: MEJA GURU M.PELAJARAN PKPK/ PENYELARAS GURU KELAS TERAPIS (JIKA ADA)


LANGKAH 2 SIDANG PERTAMA (MESYUARAT)


PERSEDIAAN AWAL UNTUK KE SIDANG PERTAMA IAITU: • persediaan teperinci isu utama untuk setiap MBK. • memo dalaman untuk pentadbir dan guru B&K atau kaunselor • surat panggilan ibu bapa atau penjaga • surat panggilan kepada 3PK. • surat persetujuan yang perlu ditandatangani oleh ibu bapa atau penjaga. • persediaan tempat bersidang. • persediaan lain-lain untuk sidang pertama bersama ibu bapa atau penjaga MBK seperti juru bahasa isyarat.


LANGKAH 2 SIDANG PERTAMA ATAU MESYUARAT Sidang pertama atau mesyuarat RPI mempunyai dua fungsi utama yang boleh diperolehi berdasarkan tugas dan tanggungjawab seperti berikut ;


1.ASPEK TUGASAN berkongsi maklumat. menyediakan matlamat dan objektif. menyenaraikan strategi pengajaran. membahagikan tugas kepada individu yang terlibat dalam pengajaran. Menyediakan kriteria penilaian. menetapkan tarikh penilaian atau semakan semula.


Click to View FlipBook Version