The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

BAHAN_PENATARAN_RANCANGAN_PENDIDIKAN_INDIVIDU_MANUAL_PENATARAN_JANUARI (2)

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by teacher.ain2012, 2024-03-05 11:57:13

BAHAN_PENATARAN_RANCANGAN_PENDIDIKAN_INDIVIDU_MANUAL_PENATARAN_JANUARI (2)

BAHAN_PENATARAN_RANCANGAN_PENDIDIKAN_INDIVIDU_MANUAL_PENATARAN_JANUARI (2)

2. TANGGUNGJAWAB pastikan setiap orang berpeluang untuk mengeluarkan pendapat. menerima pendapat dan persepsi daripada ahli lain. menghormati setiap ahli tanpa mengira pangkat dan jawatan. Pada peringkat ini, perkara-perkara berikut wajar dilakukan iaitu ; wujudkan jawatankuasa RPI. mengedar maklumat yang diperolehi kepada semua ahli yang terlibat. mengadakan mesyuarat yang dipengerusikan oleh guru besar atau pengetua serta mana-mana pentadbir di sekolah.


3. AGENDA MESYUARAT AJK RPI : 3.1 Pengenalan dan Agenda Mesyuarat peranan pengerusi mesyuarat adalah memperkenalkan setiap ahli dan tugas masing-masing. Pengerusi juga perlu menerangkan peranan ahli berkenaan dalam setiap aspek pendidikan MBK. 3.2 Membuat analisa isu utama untuk keperluan intervensi dalam pembelajaran: pembentukan perancangan yang sesuai bergantung kepada ketepatan mengenal pasti isu utama, keperluan dan tahap pencapaian semasa MBK. 3.3 Pembentukan matlamat dan objektif : aspek ini merupakan bahagian yang paling penting bagi menyediakan perancangan pengajaran yang sesuai berdasarkan kepada isu utama yang telah diputuskan di dalam pra sidang. pembentukan matlamat jangka panjang, pendek dan objektif memerlukan kepakaran dan kemahiran. Adalah dicadangkan lebih baik sekiranya semua ahli sidang pertama sebulat suara bersetuju untuk menentukan objektif yang hendak dicapai oleh MBK.


3.4 Keputusan Untuk Mendapatkan Sokongan (Resos) dalam penulisan RPI, perlu ada sokongan yang hendak digunakan bagi mencapai matlamat yang harus dicapai oleh MBK. Sokongan inimungkin sedia ada di sekolah atau sokongan tambahan boleh didapati daripada agensi-agensi luar. Dalam hal ini semua ahli perlu berkerjasama untuk mendapatkan sokongan yang diperlukan. 3.5 Sesi Bersama Ibu Bapa : penerangan utama oleh guru mata pelajaran sebagai pencatat RPI. perbincangan isu utama bersama ibu bapa. penerangan terhadap surat persetujuan yang perlu ditandatangani oleh ibu bapa. sekiranya bersetuju dengan pemilihan isu utama yang telah dikenalpasti, penulisan RPI boleh dilaksanakan. Sekiranya ibu bapa tidak bersetuju dengan isu utama yang telah dikenalpasti semasa pra sidang, maka Sesi Pra Sidang dan Sidang Pertama perlu diadakan semula dengan mengambil kira cadangan daripada ibu bapa . menyediakan kriteria dan menetapkan tarikh sidang kedua untuk semakan semula.


3.6 Penulisan Rancangan Pengajaran Keputusan yang dibuat dalam mesyuarat perlu dicatat dalam dokumen RPI. Setiap ahli dalam mesyuarat RPI tidak semestinya menandatangani dokumen ini tetapi memadai nama mereka dicatat dan menyemak serta membaca RPI yang telah disiapkan. 3.7 Penutup Bahagian ini merupakan peringkat yang paling penting dalam dalam mesyuarat RPI. Setiap keputusan yang telah dibuat dan dipersetujui bersama dibaca untuk diperdengarkan kepada semua ahli untuk perhatian. dalam mesyuarat ini keputusan akan dibuat untuk menentukan tarikh mesyuarat yang akan datang iaitu pada sesi Sidang Kedua atau Penilaian.


MEJA PKPK/ PENYELARAS GURU KELAS PENGETUA/ GURU BESAR/ GURU B&K / IBU / BAPA / KAUNSELOR PENJAGA GURU MATA PELAJARAN BINCANG& TANDATANGAN ULANG PROSES 1&2 SETUJU JALANKAN TIDAK SETUJU RPI PEGAWAI PUSAT PERKHIDMATAN 3PK CONTOH ILUSTARASI SIDANG PERTAMA :


LANGKAH 3 PENULISAN RPI


LANGKAH 3 - PENULISAN RPI Tugas dan tanggungjawab di dalam setiap penulisan RPI harus mengandungi perkara-perkara seperti berikut iaitu;


3.1 Nama AJK RPI Nama-nama ahli yang terlibat dalam pengendalian RPI dan yang berkaitan dengan pendidikan MBK adalah perlu disenaraikan untuk tujuan rujukan. 3.2 Matlamat Merupakan pencapaian sasaran dalam jangka masa panjang. Ia mestilah berkaitan dengan objektif dan tahap pencapaian MBK masa kini. 3.3 Pencapaian MBK Tidak semestinya semua objektif perlu dicapai dalam jangka masa tertentu. Pilih bidangbidang yang penting sahaja dan tumpukan satu atau dua perkara pada satu-satu masa.


3.4 OBJEKTIF Merupakan pencapaian sasaran dalam jangka masa yang ditetapkan.Ia perlu dinyatakan dengan teperinci dan tepat. Objektif-objektif hendaklah disenaraikan menurut keutamaan. 3.5 PROSEDUR DAN KRITERIA PENILAIAN Kriteria penilaian boleh juga dijadikan sebagai sebahagian daripada objektif atau ditulis di bahagian lain dalam tajuk yang berlainan. 3.6 STRATEGI PENGAJARAN Menentukan MBK dapat mencapai objekif pengajaran. Strategi ini tidak seharusnya ditulis dengan terperinci tetapiperlu ditulis oleh guru mata pelajaran yang terlibat dengan penggubalan RPI. Di antara strategi yang boleh digunakan seperti : bimbingan rakan sebaya setengah jam sehari. sistem kontrak dengan pengukuhan yang sesuai. membaca di rumah dengan penglibatan ibu bapa. latihan fisioterapi selama satu jam dua kali seminggu yang sesuai berdasarkan isu utama.


3.7 RESOS Resos yang difikirkan sesuai dan perlu oleh AJK RPI harus ditulis dengan jelas, sebagai contoh: “ setengah jam bersama dengan rakan sebaya” “ dua jam fisioterapi setiap hari” 3.8 ORANG YANG BERTANGGUNGJAWAB Penjelasan tanggungjawab adalah sangat penting untuk menentukan individu yang bertanggungjawab untuk memastikan MBK mencapai objektif pembelajaran. Setiap ahli yang akan dipertanggungjawabkan perlu dimaklumkan terlebih dahulu untuk membuat persiapan. 3.9 INKLUSIF dalam penulisan RPI harus dijelaskan jangkamasa dan sebabsebab mengapa MBK berkenaan diinklusifkan ke kelas biasa terutamanya bagi MBK yang mengikuti kelas inklusif separa. 3.10 CATATAN ruang catatan digunakan untuk ulasan pencatat dan pihak-pihak yang berkaitan dan juga boleh digunakan sebagai rekod. Selain itu, ruangan ini boleh digunakan untuk mencatat penggunaan resos.


LANGKAH 4 PELAKSANAAN


LANGKAH 4 - PELAKSANAAN RPI Di antara tugas dan tanggungjawab dalam pelaksanaan RPI adalah seperti berikut :


4.1 Tampal semua senarai isu major untuk memudahkan semua pihak mengingatinya terutamanya bagi guru mata pelajaran. 4.2 Mengenal pasti keperluan bantuan atau sokongan yang diperlukan oleh MBK untuk mencapai matlamat dan objektif. 4.3 Pelaksanaan intervensi (RPI) untuk MBK boleh dilaksanakan dalam tempoh masa 2 / 3 / 4 bulan atau bergantung di atas keperluan seseorang MBK tersebut. 4.4. Disemak setiap 2 minggu dimana semua guru mata pelajaran bersama guru kelas perlu berkumpul dan membincangkan progres murid. 4.5 Setiap guru yang memasuki ke kelas masih mengajar menggunakan RPH berdasarkan potensi murid namun setiap orang guru perlu menjalankan intervensi bagi MBK secara terus semasa proses PdP berlangsung. 4.6 Pelaksanaan intervensi untuk MBK boleh dilaksanakan dalam tempoh masa 3 bulan atau bergantung kepada keperluan MBK itu sendiri.


4.7. Setiap penulisan RPI harus mengandungi perkaraperkara berikut : nama mata pelajaran nama MBK tarikh lahir kategori keupayaan diagnosis tarikh mula tarikh semak pengetahuan sedia ada matlamat jangka panjang kekuatan/ minat isu utama objektif jangka pendek strategi pengajaran dan pembelajaran penilaian catatan


OBJEKTIF JANGKA PENDEK STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENILAIAN CATATAN Contoh Format Penulisan RPI : Rancangan Pendidikan Individu Nama : ………………………… Tarikh Lahir :………………………….. Kategori Ketidakupayaan : ……………………………. Diagnosis : ……………………………. Tarikh Mula : ………………………… Tarikh Semak : ………………………. Pengetahuan Sedua Ada : ………………………………………………………………………………………………………………………………………………………… ………………………………………………………………………………………………………………………………………………………… Matlamat Jangka Panjang : ………………………………………………………………………………………………………………………………………………………… ………………………………………………………………………………………………………………………………………………………… Matlamat Jangka Pendek ………………………………………………………………………………………………………………………………………………………… ………………………………………………………………………………………………………………………………………………………… Kekuatan / Minat : ………………………………………………………………………………………………………………………………………………………… ………………………………………………………………………………………………………………………………………………………… Isu Utama : ………………………………………………………………………………………………………………………………………………………… …………………………………………………………………………………………………………………………………………………………


LANGKAH 5 PEREKODAN


LANGKAH 5 – PEREKODAN Tugas dan tanggungjawab dalam proses perekodan RPI adalah seperti berikut :


5.1 Perbincangan pencapaian MBK boleh dilakukan selepas 2 minggu RPI dilaksanakan dan direkodkan dengan tujuan untuk memastikan sama ada aktiviti intevensi perlu diteruskan atau perlu diubah aktiviti intevensinya berdasarkan isu major yang difokuskan. 5.2 Perlu merekodkan setiap aktiviti intevensi yang telah dilaksanakan bagi setiap orang MBK oleh semua guru mata pelajaran. 5.3 Sesi perbincangan perlu dikendalikan oleh Penolong Kanan Pendidikan Khas atau Penyelaras Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) selaku penyelaras RPI. 5.4 Teruskan intervensi sekiranya MBK tidak menampakkan perubahan dalam tempoh masa tersebut dengan perlu mengubah kepadaaktiviti yang baru. 5.5 Sekiranya MBK tersebut telah menampakkan perubahan yang positif dalam aktiviti intervensi yang diberikan, pencatat RPI boleh mengubahnya kepada isu utama yang seterusnya.


LANGKAH 6 SIDANG KEDUA (PENILAIAN)


A. Persediaan awal untuk Sidang Kedua ( penilaian ) iaitu: dan guru bimmemo dalaman kepada pentadbir, pencatat RPI, guru kelas bingan kaunseling atau kaunselor sekolah. surat panggilan ibu bapa atau penjaga. surat panggilan kepada terapis (3PK) ( jika perlu ). surat panggilan pegawai pendidikan khas daerah ( jika perlu ). surat panggilan pegawai kebajikan daerah ( jika perlu ). persediaan tempat bersidang. persediaan lain-lain untuk sidang pertama bersama ibu/bapa/penjaga MBK seperti juru bahasa isyarat PERSEDIAAN AWAL UNTUK SIDANG KEDUA


LANGKAH 6 - SIDANG KEDUA ATAU PENILAIAN ) Pada langkah ini, sidang kedua atau penilaian perlu dibuat untuk menilai sejauh mana keberkesanan intervensi yang telah diterima oleh MBK hasil daripada aktiviti PdP yang dilaksanakan oleh setiap orang guru mata pelajaran.


6.1 Persediaan awal untuk Sidang Kedua ( Penilaian ) iaitu: Tugas dan Tanggungjawab: penyediaan RPI yang telah lengkap berdasarkan isu major bagi setiap orang murid yang telah dipersetujui bersama dalam Sidang Pertama. memo dalaman kepada pentadbir, guru bimbingan dan kaunseling atau kaunselor sekolah surat panggilan kepada terapis (3PK) surat panggilan ibubapa surat panggilan Pegawai Pendidikan Khas JPN ( jika perlu) surat panggilan Pegawai Pendidikan Khas Daerah (jika perlu) surat panggilan Pegawai Kebajikan Daerah ( jika perlu ) persediaan tempat bersidang persediaan lain-lain yang difikirkan sesuai dan perlu untuk Sidang Kedua


6.2 FUNGSI SIDANG KEDUA ATAU PENILAIAN Tugas dan Tanggungjawab: memaklumkan kepada ibu bapa berkaitan tentang perkembangan dan pencapaian anak mereka. pencatat RPI perlu membentangkan maklumat pencapaian MBK dengan tepat samaada isu utama telah dapat diselesai atau tidak dapat diselesaikan. mendapatkan keputusan sama ada isu utama perlu diteruskan dengan isu utama yang sama atau bertukar kepada isu kedua bersesuaian dengan keadaan semasa MBK tersebut. membuat keputusan sama ada perlu diteruskan dengan isu yang sama ( sekiranya gagal ) atau tukar kepada isu utama seterusnya berdasarkan kepada keputusan penilaian dan tahap kemampuan MBK tersebut. sekiranya semua isu utama dan kecil MBK telah selesai maka RPI boleh ditamatkan apabila murid ke inklusif penuh dan mengambil peperiksaan awam.


MEJA MEMBUAT KEPUTUSAN GURU MATA PELAJARAN IBUBAPA/ PENJAGA PKPK/ PENYELARAS PPKI GURU B&K / KAUNSELOR TERAPIS (3PK) PENGETUA /GURU BESAR CONTOH ILUSTRASI SIDANG KEDUA ATAU PENILAIAN


MATLAMAT RPI Matlamat jangka panjang yang menyatakan tentang kemampuan secara umum apa yang akan berlaku kepada MBK. • bersifat positif. • mengambil kira kekuatan/kekurangan MBK. • matlamat dirancang bersama ibu bapa dan panel lain. • perbincangan penulisan matlamat hendaklah dilakukan sebelum mesyuarat RPI dilakukan secara rasmi. Pada kebiasaannya matlamat yang dibuat oleh guru dan ibu bapa berbeza. Oleh itu adalah penting bagi pihak sekolah dan ibu bapa mendapatkan kata sepakat berkaitan dengan penulisan objektif yang hendak dicapai oleh MBK. Matlamat jangka pendek yang menyatakan tentang kemampuan MBK memberi tindak balas terhadap pengajaran guru dalam tempoh masa tiga bulan.


OBJEKTIF RPI 10.0 Pengenalan : Objektif ialah pencapaian yang akan dicapai oleh MBK dalam satu jangka masa pendek yang mana kemahiran itu akan membantu untuk mencapai matlamat. 10.1 Objektif boleh dikategorikan sebagai: Objektif tingkah laku. Objektif pengajaran dan pembelajaran.


10.2 Keperluan dan kebaikan menulis objektif : Membentuk matlamat dan objektif dalam RPI merupakan satu daripada keperluan pengajaran dan pembelajaran pendidikan khas. Di antara kebaikan mewujudkan objektif dalam penulisan RPI adalah: a) Menggalakkan perancangan pengajaran dan penilaian yang bersistematik. b) Meningkatkan kebolehpercayaan boleh digunakan oleh semua pihak sebagai pengukur sama ada apa yang boleh diajar sudah tercapai atau belum. c) Meningkatkan motivasi MBK. d) Menyediakan guru untuk merancang pembelajaran dengan lebih tepat dan lengkap. Setiap guru perlu merancang apa-apa jenis intervensi yang akan diajar kepada MBK.Tindakan ini, akan membantu mereka merancang pengajaran dan pembelajaran mengikut keperluan dan isu utama MBK. e) Objektif ditulis dengan jelas akan dapat memberi kefahaman yang lebih kepada semua pihak tentang apa yang diharapkan dan ia akan dicapai oleh MBK. Ia juga memberi peluang kepada guru untuk berbincang dengan semua pihak yang terlibat. f) Menjadi asas menentukan matlamat pengajaran dan membantu menjelaskan lagi perkara yang perlu diajar kepada MBK.


10.3 Komponen Objektif Pengajaran : Objektif jangka pendek adalah lebih khusus jika dibandingkan dengan objektif jangka panjang. Objektif perlu mengandungi empat komponen utama iaitu; a) Tingkah laku yang akan dilakukan oleh MBK. b) Keadaan yang mana MBK akan melakukan perubahan tingkah laku. c) Kriteria untuk menjayakan perlakuan tingkah laku. d) Sejauh mana keterlibatan MBK dalam pencapaian objektif?


10.4 Peringkat-Peringkat Penulisan Objektif : Pihak yang terlibat dalam penulisan RPI perlu mengetahui perkara-perkara berikut; a) Apa yang dapat dilakukan oleh MBK? b) Bila dan di mana tingkah laku itu berlaku? c) Tanda-tanda yang memberi gambaran bahawa MBK itu telah mencapai objektif.


10.5 Pemilihan Objektif : Guru harus memastikan bahawa objektif yang dipilih itu mencerminkan apa yang boleh dicapai oleh MBK. Pemilihan objektif haruslah berpandukan kepada keutamaan. 10.6 Persoalan yang akan membantu AJK RPI memilih objektif yang bersesuaian dengan keperluan MBK. adakah dengan pencapaian objektif ini akan membantu pencapaian matlamat? adakah objektif itu bermakna kepada MBK? adakah ibu bapa telah diberitahu tentang objektif ini? adakah dengan pencapaian objektif ini akan membantu pencapaian matlamat? bagaimanakah objektif itu bersesuaian dengan kemahiran lain yang perlu dicapai oleh MBK? bagaimanakah objektif itu bersesuaian dengan program yang dijalankan dalam bilik darjah?


LAMPIRAN


LAMPIRAN D Contoh Surat Panggilan Mesyuarat Pelaksanaan [ KEPALA SURAT SEKOLAH Rujukan Kami: Tarikh : …………… Seperti Senarai Edaran, Tuan / Puan, MESYUARAT PELAKSANAAN RANCANGAN PENDIDIKAN INDIVIDU (RPI) Dengan segala hormat perkara di atas adalah dirujuk. 2. Dimaklumkan bahawa Program Pendidikan Khas Integrasi akan membincangkan intevensi bagi murid berkeperluan khas (MBK) dalam Rancangan Pendidikan individu. 3. Sehubungan dengan itu, pihak sekolah ingin menjemput tuan / puan untuk hadir ke mesyuarat di atas sepertimana ketetapan berikut : Tarikh : Masa : Tempat : 2. Kerjasama dan keprihatinan tuan / puan amat dihargai oleh pihak sekolah. Sekian, terima kasih. BERKHIDMAT UNTUK NEGARA Saya yang menjalankan amanah, ................................................ ( ) Pengetua/Guru Besar


LAMPIRAN C CONTOH SURAT PERSETUJUAN IBU/BAPA/PENJAGA UNTUK PELAKSANAAN RANCANGAN PENDIDIKAN INDIVIDU (RPI) Alamat Ibu / Bapa / Penjaga ....................................................... ...................................................... ..................................................... .Tarikh :.................................. ........................................................................................................................................................................................................................................... Kepada, Pengetua/Guru Besar ..................................................... ..................................................... ..................................................... Tuan/Puan, PERSETUJUAN IBU/BAPA/PENJAGA UNTUK PELAKSANAAN RANCANGAN PENDIDIKAN INDIVIDU (RPI) Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk. 2. Dimaklumkan bahawa saya……………………….. ibu / bapa / penjaga kepada ………………. Bersetuju dengan pelaksanaan Rancangan Pendidikan Individu yang dijalankan terhadap anak saya bagi tujuan meningkatkan keberkesanan pembelajarannya sepertimana yang telah diperjelaskan kepada saya. 3. Kerjasama daripada pihak tuan saya ucapkan ribuan terima kasih. Sekian. Yang benar. .................................... ( )


OBJEKTIF JANGKA PENDEK STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENILAIAN CATATAN CONTOH FORMAT PENULISAN RPI Rancangan Pendidikan Individu Mata Pelajaran : ………………………… Nama MBK : ……………………………. Tarikh Lahir :………………………….. Kategori Ketidakupayaan : ……………………………. Diagnosis : ………………………….. Tarikh Mula : …………………………… Tarikh Semak : ………………………….. Pengetahuan Sedia Ada : ………………………………………………………………………………………………………………………………………………………… ………………………………………………………………………………………………………………………………………………………… Matlamat Jangka Panjang : ………………………………………………………………………………………………………………………………………………………… ………………………………………………………………………………………………………………………………………………………… Matlamat Jangka Pendek : ………………………………………………………………………………………………………………………………………………………… ………………………………………………………………………………………………………………………………………………………… Kekuatan / Minat MBK : ………………………………………………………………………………………………………………………………………………………… ………………………………………………………………………………………………………………………………………………………… Isu Major / Utama : ………………………………………………………………………………………………………………………………………………………… …………………………………………………………………………………………………………………………………………………………


SENARAI AHLI JAWATANKUASA RANCANGAN PENGAJARAN INDIVIDU ( RPI ) PERINGKAT SEKOLAH DI PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI (PPKI ) 1. Pengetua / Guru Besar Pengerusi 2. Penolong Kanan Pentadbiran Naib Pengerusi 3. Pkanan /Penyelaras Program Pendidikan Khas Setiausaha 4. Ahli Jawatankuasa RPI: 4.1 Guru Pendidikan Khas 4.2 Ibu /Bapa / Penjaga 4.3 Pakar Terapi 4.5 Pembantu Pengurusan Murid ( PPM )


PIHAK TERLIBAT / KHIDMAT SOKONGAN 1. Penolong Kanan Pendidikan Khas (PKPK) 2. Guru Kelas 3. Guru Mata Pelajaran 4. Ibu / bapa/ penjaga / ahli keluarga 5. Pentadbir sekolah 6. Pengamal perubatan 7. Pusat Perkhidmatan 3PK •Jurupulih pertuturan •Jurupulih anggota •Jurupulih carakerja •Ahli psikologi pendidikan 8. Guru Bimbingan&Kaunseling / Kaunselor 9. PPD ( Jika perlu ) 10. JPN (Jika perlu) 11. JKM 12. Ngo Berkaitan


Nama: Ali bin Zam TarikhLahir : 19 Mac 2013 Tarikh Mula: 2. 2. 2019 Tarikh Semak: 2.05.2019 Kategori Kurang Upaya : Masalah Pembelajaran Diagnosis : SIndrom Down Umur : 7 tahun Isu Utama : Tidak boleh memberitahu apabila hendak ke tandas Pengetahuan Sedia Ada Boleh mendengar arahan mudah Matlamat Jangka Panjang Dapat memberitahu apabila hendak membuang air kecil atau air besar Matlamat Jangka Pendek Dapat mengetahui lokasi tandas tanpa bimbingan guru. Kekuatan / Minat Suka mendengar muzik Bahan Bantu Mengajar OBJEKTIF Kad perkataan dan kad gambar JANGKA PENDEK STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENILAIAN CACATAN Murid akan dapat : 1. Memaklumkan apabila perlu ke tandas 1. Lawatan ke tandas 1.1 Guru membawa murid ke tandas di kelas dan sekolah 1.2 Latihan memberitahu apabila hendak ke tandas. a. Guru membimbing murid menggunakan perkataan mudah b. Guru membimbing murid menggunakan isyarat tangan c. Latihan amalli ke tandas Jangkamasa : 3 bulan 1. Soal jawab lisan 2. Maklumat daripada guru Mata Pelajaran berdasarkan Isu utama yang sama. 3. Latihan amali bermula dari 12.03 2019 hingga 21.05.2019 . CONTOH PENULISAN RANCANGAN PENDIDIKAN INDIVIDU (RPI) MANUAL PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI :…………………………………… Tandatangan Ibu /Bapa /Penjaga : Di Semak Oleh : Tandatangan Ibu/Bapa/Penjaga : …………………………………… …………………… ………………………………………….. ( ) ( ) ( ) Tandatangan Guru Pencatat : Di Sahkan Oleh : Tandatangan Guru Pencatat: ………………………………………. ……………………. ……………………………………….. ( ) ( ) ( ) Tarikh Sidang Pertama : Tarikh Sidang Kedua : ……………………………….. ……………………………..


Kemahiran Item Kemahiran Yang Diuji Boleh Menguasai Sedang Menguasai Sudah Menguasai Catatan 3.1 Memaklumkan apabila perlu ke tandas. / / 3.1.1 Mengetahui lokasi tandas. / 3.1.2 Boleh menunjukkan arah tandas. / 3.1.3 Boleh membezakan tandas dan bilik-bilik lain. / 3.1.4 Boleh menyatakan apabila perlu ke tandas. / 3.1.5 Boleh memberi isyarat apabila perlu ke tandas. 3.1.6 Boleh melakonkan aksi secara lisan apabila perlu ke tandas. Tidak diuji 3.1.7 Boleh melakonkan bersama rakan. Tidak diuji 3.1.8 Boleh membiasakan diri ke tandas setiap hari selepas rehat. / 3.1.9 Boleh ke tandas bersama rakan selepas waktu rehat. / 3.3 Menama dan mengenal jenis tandas dan alatan. / 3.3.1 Boleh menyebut alatan di dalam bilik air (berdasarkan gambar) Tidak diuji 3.3.2 Boleh menyebut alatan di dalam bilik air (berdasarkan gambar) Tidak diuji 3.3.3 Boleh menamakan gambar yang ditunjukkan. Tidak diuji 3.3.4 Boleh menyebut semula kedua-dua tandas. / 3.3.5 Boleh menunjukkan tandas cangkung atau duduk. / 3.3.6 Boleh mengecam lokasi mangkuk tandas. / 3.3.7 Boleh mengecam bentuk paip air ( pili ) / 3.3.8 Boleh mengetahui bentuk paip air ( pili ) / 3.3.9 Mengetahui lokasi paip air dan hos air. / CONTOH SENARAI SEMAK RPI Nama: Ali bin Zam Tahun : 1 Gemilang Komponen : Pengurusan Diri Pangakuan Pencatat RPI : ............................................... Disemak : ...................................... Tarikh : ...............................


FAKTOR KEUPAYAAN NAMA MURID: Julia Anak Bujang UMUR : 8 TAHUN KATEGORI: BD (Mengikuti Kurikulum Standard Sekolah Rendah Pendidikan Khas Kurang Upaya Pendengaran (Semakan Tahun 2017) Tahun 2 KESEDIAAN: 1. Memakai implan koklea. 2. Mengikuti terapi pertuturan bersama pegawai 3PK di SKPK Kuching, Sarawak (out reach) 3. Murid mempunyai alat artikulasi yang sempurna dan tidak bisu. KEKANGAN: 1. Memahami arahan guru hanya apabila diisyaratkan dengan bahasa isyarat/ secara bertulis 2. Kurang mengupayakan kemahiran auditori untuk mendengar arahan lisan 3. Kurang memahami pertuturan rakan sebaya dalam bilik darjah 4. Sukar melibatkan diri dalam aktiviti berkumpulan.


PERSIDANGAN 1. Apakah keputusan yang diperolehi dari panel permuafakatan RPI? 2. Apakah draf intervensi yang dicadangkan oleh panel permuafakatan RPI? Jangan lupa !!! Penulisan keputusan sidang haruslah dalam bentuk ayat positif Berdasarkan faktor keupayaan Julia, panel permuafakatan RPI telah bersetuju untuk menangani isu major Julia iaitu Meningkatkan keupayaan kognitif Rabindra untuk mengenal dan membezakan objek di sekelilingnya


AKADEMIK BERFUNGSI Dalam ruangan ini, cikgu akan menyenaraikan objektif dan intervensi bagi mengatasi isu major yang telah diputuskan dalam persidangan RPI. Jawab persoalan berikut: Apakah matlamat jangka pendek Rabindra? Bagaimanakah hendak mencapai matlamat jangka pendek Rabindra? Kenalpasti objektif dan langkah-langkah intervensi secara ansur maju. Mencerakinkan objektif tersebut dalam langkah-langkah yang kecil.


• Mengenaldan memahamiarahan lisandenganbantuan kadimbasan(rajah). • Mengupayakanalat artikulasiJulia untuk bertutursecaralisan di samping memahami bacaanbibir dari sekelilingnya. Objektif 1: Julia dapat memahami arahanlisansecara berpandu • Mendengardan memahami arahanlisantanpabantuan kad imbasan(rajah) • Bolehbertuturdenganjelas danbolehdifahamidengan bimbingan. • Mentafsir maklumatyang diperolehdan memberi maklum balas tersebut secaraverbal/non-verbal denganbimbingan Objektif2: Julia dapat membentuk kefahamandaripadapelbagai sumberdengan menggabungjalinkankemahiran auditoridenganfungsideria yang lain • Mendengar dan memahami arahan lisan dan memberi maklum balas yang bersesuaian dengan konteks/keadaan. • Melibatkan diri dalam aktiviti kumpulan dan menyuarakan pendapat secara lisan/ bertulis. • Mengulas pendapat/mempersembahka n idea secara bertulis/lisan. Objektif 3: Julia dapat memahamiarahan lisantanpabantuan/tanpa bahanransangan • Bersidanguntuk menentukanisu major/matlamat jangkapendek yang seterusnya. Selesai Matlamat Jangka Pendek (Isu Major/Keputusan Sidang): Mengupayakankemahiran auditoriJulia untuk mendengardan memahami arahan lisan Intervensi /Langkah-langkah: Intervensi /Langkah-langkah: Intervensi /Langkah-langkah: TEKNIK ANSUR MAJU UNTUK MENCAPAI MATLAMAT JANGKA PENDEK JULIA


RPI BUKAN RPT ATAU RPH TETAPI SALING BERGANTUNGAN DI ANTARA SATU LAIN SAMA LAIN


SEKIAN TERIMA KASIH


Click to View FlipBook Version