KEMENTERIAN PENDIDIKAN INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA KEMENTERIAN PENDIDIKAN INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA SEDIA PANTAS BERINTEGRITI bukulog KOR SISWA-SISWI PERTAHANAN AWAM NAMA : ANGKA GILIRAN : PROGRAM : AMBILAN : UNIT: PENSYARAH: LEEWEI XIN 2022242440189 PISMP OGOS 2022 Y6 ENCIK LIM KENG CHEIAN
Bahawa Kami Warga Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Sesungguhnya Berikrar Akan Sentiasa Melaksanakan Peranan Dan Tanggungjawab Kami Dengan Ikhlas, Cekap, Berkualiti Tinggi, Berintegriti, Tidak Mementingkan Diri Sendiri Dan Bekerja Dengan Semangat Berpasukan Ke Arah Mewujudkan Masyarakat Yang Berpengetahuan Dan Responsif Terhadap Bencana Yang Mengancam Nyawa Dan Harta Benda. IKRAR PERTAHANAN AWAM
BIODATA LEEWEI XIN 041101080320 P22242996 SEJARAH [email protected] NO.250,TAMAN BUNGA MATAHARI, 32400 AYER TAWAR,PERAK +6013 584 5309 NAMA : NO. KP: NO. MATRIK : OPSYEN : E-MEL : ALAMAT: NO.TELEFON :
PENGHARGAAN Pertama sekali, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh kerana memberi peluang kepada saya untuk melaksanakan kerja kursus ini dengan menyediakan pelbagai kemudahan seperti perpustakaan bagi memudahkan saya untuk menyiapkan kerja kursus ini dengan sempurna. Sekalung penghargaan dan ucapan juga diberikan kepada Encik Lim Keng Cheian, selaku pensyarah bagi subjek MPU3481a yang telah memberi bimbingan dan tunjuk ajar kepada saya sepanjang saya menyiapkan kerja kursus ini sehinggalah selesai. Segala usaha dan penat lelah yang diberikan oleh tuan amat saya hargai dan syukuri. Lebih-lebih lagi, saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada ibu bapa saya yang sentiasa memberi dorongan serta sumbangan dari segi kewangan untuk saya menghasilkan kerja kursus ini. Tanpa sokongan mereka, kerja kursus ini mungkin tidak dapat saya siapkan dengan sempurna. Tidak lupa juga kepada rakan-rakan saya yang telah terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam penghasilan kerja kursus ini kerana sudi berkongsi maklumat dan tidak lokek dalam memberi pandangan kepada saya. Jelaslah bahawa penghasilan kerja kursus tersebut tidak akan sempurna tanpa bantuan dari semua pihak. Akhirnya, saya ingin menyusun sepuluh jari meminta maaf sekiranya terdapat cacat cela dalam kerja kursus yang dihasilkan ini. Sesungguhnya manusia belajar daripada kesilapan masing-masing. Saya akan sentiasa cuba untuk memperbaiki diri di samping menjadi contoh teladan yang baik kepada pelajar lain. Melalui kerja kursus ini, saya dapat menerapkan nilai-nilai murni dalam kehidupan harian.
ISI KANDUNGAN 1.0 PENGENALAN 2.0 SEJARAH KOR SISPA 2.1 Pertahanan awam di Malaysia 2.2.1 Sejarah Penubuhan KOR SISPA 2.1.2 Prinsip-prinsip asas KOR SISPA 2.1.3 Struktur dan Organisasi KOR SISPA 2.1.4 Pakaian, Pengangkutan dan Peralatan Latihan 3.0 PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN UNIT BERUNIFORM KOR SISPA 3.1 Prosedur Penubuhan 3.1.1 Pendaftaran ahli dan kumpulan 3.1.2 Punca kuasa 3.1.3 Pengenalan 3.1.4 Matlamat 3.1.5 Objektif 3.1.6 Moto, Visi, Misi 3.1.7 Logo dan Takrifan Logo 3.1.8 Lagu Pertahanan Awam 3.2 Penubuhan KOR SISPA 3.2.1 Tadbir urus KOR SISPA 3.2.2 Tugas dan tanggungjawab
3.4 Pakaian seragam ahli dan pemimpin 3.4.1 Peraturan pakaian seragam pegawai kadet KOR SISPA 3.4.2 Tatacara pemakaian pakaian seragam 3.4.3 Lencana dan pangkat 3.5 Pengurusan badan beruniform secara sistematik dan terancang 4.0 ORIENTASI KURIKULUM 4.1 Takwim dan rancangan aktiviti 4.2 Orientasi kurikulum TUSPA di sekolah rendah RUJUKAN LAMPIRAN
1.0 PENGENALAN 1.0 PENGENALAN
Kor Siswa-Siswi Pertahanan Awam (KOR SISPA) merupakan sebuah unit beruniform yang bernaung di bawah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM). Unit beruniform ini diwujudkan dengan matlamat melatih mahasiswa dalam aspek keselamatan, pertahanan awam dan bantuan kecemasan. Tidak dapat dinafikan bahawa aktiviti kokurikulum badan beruniform merupakan platform terbaik untuk membangunkan jati diri unggul, membentuk daya kepemimpinan, memupuk semangat kerja berpasukan serta menyerap nilai kesukarelawanan dalam kalangan pelajar institusi pengajian tinggi (Abu Yazid Abu Bakar & Othman A. Karim, 2020). Dengan keahlian yang terdiri daripada pelajar IPT, KOR SISPA berperanan sebagai medium untuk membentuk disiplin, kepimpinan serta kecekapan dalam pengurusan bencana dan kecemasan. Ahli yang melibatkan diri dalam KOR SISPA diberikan latihan intensif dalam pertolongan cemas, kawad, melawan kebakaran dan khidmat masyarakat, menjadikannya lebih bersedia dalam membantu komuniti apabila menghadapi keadaan kecemasan. Saya amat berminat untuk menyertai KOR SISPA kerana saya percaya ia merupakan satu platform terbaik untuk membentuk sahsiah diri yang berdisiplin dan bertanggungjawab. Melalui penyertaan dalam KOR SISPA, saya berharap dapat memperoleh ilmu dan pengalaman dalam bidang pertahanan awam serta meningkatkan kemahiran dalam memberikan bantuan kecemasan dan pengurusan keselamatan. Selain itu, saya juga ingin mengembangkan kepimpinan dan kemahiran komunikasi saya dalam suasana yang mencabar, yang mampu mencetuskan keyakinan diri dan daya kepimpinan yang tinggi.
Program pertahanan awam di Malaysia telah disusun mengikut peringkat pendidikan bagi memastikan pendedahan awal dan latihan yang berterusan diberikan dalam aspek keselamatan dan pertahanan awam yang sejajar dengan Seksyen 2B (h) Akta Angkatan Pertahanan Awam Malaysia, Akta 221 (Parlimen Malaysia, 2016). Antaranya termasuklah Tunas Pertahanan Awam (TUSPA) bagi muridmurid sekolah rendah, Kadet Sekolah Pertahanan Awam (KASPA) bagi pelajar-pelajar sekolah menengah, Kor SiswaSiswi Pertahanan Awam (KOR SISPA) bagi siswa-siswi Institut Pendidikan Guru (IPG), Pasukan Institusi Pertahanan Awam (PISPA) bagi pelajar-pelajar universiti atau kolej serta Program Kesedaran Keselamatan Pertahanan Awam (PROKSPA) iaitu program bagi murid-murid prasekolah dan sekolah rendah. Kategori-kategori ini merupakan sebahagian daripada sistem latihan dan kesedaran keselamatan yang diselia oleh APM yang bertujuan untuk menerapkan kesedaran keselamatan dalam kalangan rakyat Malaysia sejak usia muda hingga ke peringkat pengajian tinggi. Semoga pengetahuan dan pengalaman yang saya peroleh daripada program ini dapat membantu saya dalam kehidupan seharian serta menjadikan saya individu yang lebih peka terhadap keselamatan dan kesejahteraan masyarakat.
2.0 SEJARAH KOR SISPA 2.0 SEJARAH KOR SISPA
2.1 PERTAHANAN AWAM DI MALAYSIA PERTAHANAN AWAM DI MALAYSIA
Aktiviti Pertahanan Awam di Malaysia dimulakan oleh pihak British sebagai '"Passive Defence"' yang diwujudkan di bawah Emergency Regulation Enactment Chapter 41 untuk menghadapi Perang Dunia Kedua. Era Pra-Merdeka Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) merupakan sebuah pasukan pertahanan awam yang beroperasi di bawah kawalan Jabatan Perdana Menteri. Sebelum ini, ia dikenali sebagai JPA3 atau Rescue 991, kemudian ditukar kepada JPAM dan akhirnya dikenali sebagai APM. TAHUN 1939 TAHUN 1951 Ordinan Pertahanan Awam 1951 (Civil Defence Ordinance 1951) digubal secara rasmi sebagai sebahagian daripada sistem keselamatan Tanah Melayu (Terence Henry O'Brien, 1955). Aktiviti Pertahanan Awam di Malaysia dimulakan oleh pihak British sebagai '"Passive Defence"' yang diwujudkan di bawah Emergency Regulation Enactment Chapter 41 untuk menghadapi Perang Dunia Kedua. TAHUN 1952
The Civil Defence Ordinance 1951 ditukar kepada Akta Pertahanan Awam 1951 (Akta 221). Era PASCA-Merdeka TAHUN 1957 TAHUN 1964 Pertahanan Awam diiktiraf sebagai elemen penting dalam sistem pertahanan negara mengikut Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan. Pertahanan Awam diperluaskan ke Sabah, Sarawak dan Singapura berikutan konfrontasi Malaysia – Indonesia (Kertas Kabinet No.302/314/64) TAHUN 1965 Keanggotaan meningkat kepada 36,000 anggota dengan 37 cawangan serta memperoleh peralatan logistik terbaru untuk seluruh negara. Kerahan tenaga anggota di seluruh negara dijalankan mengikut peruntukan Akta Perkhidmatan Negara 1952 (Akta 425) bagi menangani bencana banjir besar yang melanda negara. Akta 221 dipinda bagi melaksanakan tugas dan peranan semasa aman dengan menjalankan perkhidmatan bantuan selain tugas hakiki menghadapi peperangan. Pertukaran kepada logo baru dengan moto “Sentiasa Siap Sedia”. Tragedi runtuhan Kondominium Highland Towers di Hulu Kelang meningkatkan kesedaran terhadap kepentingan peranan pertahanan awam dalam situasi kecemasan. TAHUN 1958 TAHUN 1970 TAHUN 1972 TAHUN 1992 TAHUN 1993
Pengenalan nama ringkas ‘JPA3’ mula digunakan untuk membezakan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia dengan agensi lain seperti Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Jabatan Penerbangan Awam (DCA). Era PEMBANGUNAN TAHUN 1994 TAHUN 1996 Talian kecemasan ‘991’ dilancarkan pada 21 Mei bagi memberikan perkhidmatan bantuan kecemasan 24 jam. Rancangan Pembangunan Lima Tahun (1996 – 2000) JPAM dirangka bagi meningkatkan keperluan logistik dan prasarana dalam operasi menyelamat. TAHUN 2000 Perkhidmatan talian kecemasan ‘991’ dilaksanakan di semua ibu negeri serta enam pejabat cawangan. Rancangan Pembangunan Projek Fizikal dilaksanakan dengan 7 projek Pusat Pertahanan Awam Negeri dan Daerah di bawah RMK7 termasuk dua projek pusat latihan yang baru. Sebanyak tujuh lagi projek Pusat Pertahanan Awam Negeri dan Daerah diluluskan di bawah RMK8 menjadikan semua ibu negeri di seluruh Semenanjung memiliki kompleks pentadbiran, operasi dan latihannya sendiri. Slogan ‘Selangkah Ke Hadapan’ diperkenalkan sebagai komitmen warga JPAM memberikan penyampaian perkhidmatan yang terbaik kepada orang ramai. Slogan "Sedia, Pantas dan Berintegriti" diperkenalkan bagi menjadikan JPAM sebagai sebuah jabatan yang unggul. TAHUN 1995 TAHUN 2004 TAHUN 2001 TAHUN 2006
Pertukaran nama ringkas ‘JPA3’ kepada ‘JPAM’ telah dilancarkan semasa sambutan Hari Pertahanan Awam ke-56 di Ipoh, Perak pada bulan Mac. TAHUN 2008 Kerajaan Malaysia memperkenalkan talian kecemasan negara ‘Satu Malaysia Satu Nombor’ ‘999’ yang menyatukan semua perkhidmatan kecemasan negara seperti polis, hospital, bomba dan JPAM. Menteri Dalam Negeri menandatangani Keahlian Tetap Malaysia dalam International Civil Defence Organization (ICDO) di Geneva, Switzerland. Malaysia melalui JPAM diterima secara rasmi sebagai Ahli Tetap ICDO. JPAM melancarkan Ops Bantu bagi memberi bantuan dan khidmat kecemasan kepada orang awam yang menggunakan Jalan-Jalan Persekutuan dan Jalan-Jalan Negeri untuk pulang ke kampung semasa musim perayaan. JPAM terlibat dalam Op Lahad Datu dengan menyediakan pusat perlindungan awam dan bantuan kemanusiaan apabila menghadapi ancaman pencerobohan tentera Kesultanan Sulu. Ketua Pengarah Pertahanan Awam menerima anugerah "Knight of International Order of Civil Defence" daripada Dr. Vladimir Kuvshinov selaku ICDO Secretary General sebagai pengiktirafan terhadap kerja-kerja bantuan kemanusiaan dan aktiviti-aktiviti pertahanan awam yang dijalankan oleh JPAM. TAHUN 2010 TAHUN 2013 7 MEI 6 JUN 5 SEP MULAI 17 FEB TAHUN 2014 24 APR Kuala Lumpur menjadi tuan rumah buat bagi persidangan 12th Asian Crisis Management Conference (12th ACMC Kuala Lumpur 2014) merupakan hasil kerjasama antara JPAM dan DBKL. 1 - 2 OKT JPAM memainkan peranan besar dalam operasi menyelamat dan bantuan pasca banjir di negeri-negeri Pantai Timur, Perak, Johor, Sabah, dan Sarawak. 2014 - 2015
FUNGSI APM Menyediakan latihan serta melengkapkan masyarakat dengan pengetahuan dalam bidang pertahanan awam bagi meningkatkan kesiapsiagaan menghadapi ancaman musuh, kecemasan dan bencana. Melaksanakan operasi menyelamat, perlindungan serta bantuan kemanusiaan dalam situasi kecemasan, bencana dan ancaman musuh. Membangunkan dan menyusun modul latihan yang terkini serta menyeluruh untuk Angkatan Pertahanan Awam. Menubuhkan serta mengurus Angkatan Pertahanan Awam dengan perkhidmatan dan logistik yang relevan serta selaras dengan keperluan semasa. Menganalisis serta menilai ancaman yang berpotensi memberi kesan kepada keselamatan negara serta mengambil langkah-langkah pengawalan risiko. Menyediakan perkhidmatan kecemasan serta bantuan kemanusiaan di seluruh negara. Menyebarkan maklumat, memberi nasihat serta mengeluarkan amaran kepada masyarakat berkaitan sebarang ancaman musuh, kecemasan dan bencana. Mengimplementasikan serta menambah baik dasar-dasar pertahanan awam berpandukan punca kuasa yang ditetapkan. Merekuisisi aset dan kemudahan yang diperlukan bagi tujuan pertahanan awam.
PERANAN APM Membantu melahirkan seramai mungkin rakyat yang berpengetahuan dalam bidang keselamatan dan Pertahanan Awam – Seksyen 3(2)c Akta Pertahanan Awam 1951 (Akta 221). Bertanggungjawab dalam pengurusan, penubuhan, penyelenggaraan, penyediaan kelengkapan, latihan, serta pemantapan disiplin bagi Angkatan dan Perkhidmatan Pertahanan Awam – Seksyen 3(2)a Akta 221. Melakukan kerja bantuan bencana atau memberi perlindungan bagi menjamin keselamatan nyawa, orang atau harta benda penduduk awam sekiranya berlaku atau akan berlaku bencana serta memudahkan pemulihan mangsa selepas bencana tersebut-Seksyen 8(1) Akta 221 (Portal Rasmi Angkatan Pertahanan Awam Malaysia, 2015).
TAHUN 1990-an Jabatan Pertahanan Awam Negeri (JPA3) menjalankan pelaksanaan kurikulum Pertahanan Awam. Menurut Ahmad Shazrin Mohamad Azmi (2013), IPT awal yang terlibat dengan JPA3 untuk menubuhkan Pasukan Anggota Pelajar JPA3 : (i) Universiti Pertanian Malaysia Cawangan Terengganu (UPMT) (kini Universiti Malaysia Terengganu) - TAHUN 1996 (ii) Universiti Utara Malaysia (UUM) - TAHUN 1997 (iii) Universiti Teknologi Malaysia (UTM) - TAHUN 1998 (iv) Institut Teknologi Mara (ITM) - TAHUN 1998 TAHUN 1999 Pusat Kokurikulum UUM dengan kerjasama JPA3 Negeri Kedah telah menawarkan Kursus Pertahanan Awam berstruktur 4 kredit. Seramai 30 pelajar, 10 pensyarah dan kakitangan UUM menyertai Kursus Bakal Pegawai di Pusat Latihan Pertahanan Awam, Butterworth 20 MAC 2000 Majlis Pentauliahan disempurna oleh Ketua Pengarah JPA3 2.1.1 SEJARAH PENUBUHAN KOR SISPA
DISEMBER 2000 Penyelarasan semula kokurikulum Pertahanan Awam UiTM dilakukan oleh JPA3 Negeri Selangor Seorang Pegawai Penyelaras dilantik untuk menguruskan kokurikulum Pertahanan Awam UiTM. 16 JANUARI 2002 Pelancaran semula kokurikulum Pertahanan Awam di UiTM dilaksanakan oleh Ketua Pengarah Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPA3) yang mewakili Ketua Setiausaha Kementerian Keselamatan Dalam Negeri Malaysia. Kokurikulum Pertahanan Awam ini diasingkan daripada Unit Kesatria HEP UiTM dan bergerak dengan jenama sendiri. Penggunaan silibus pembelajaran yang digariskan oleh pihak JPA3 dan UiTM. TAHUN 2008 - 2009 Pihak Kokurikulum Pertahanan Awam UiTM Shah Alam telah menjalankan beberapa siri perbincangan dengan pihak Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) Negeri Selangor untuk membawa usul penubuhan sebuah pasukan berunifom siswazah yang boleh ditauliahkan kepada pihak Ibu Pejabat Pertahanan Awam (IPPA). Hasilnya, kesemua pihak menerima idea penubuhan pasukan yang dimaksudkan dan bersetuju dengan beberapa perkara yang melibatkan dasar dan pelaksanaan.
6 FEBRUARI 2010 Kor Siswa-Siswi Pertahanan Awam (Kor Sispa) Peringkat UiTM seluruh Malaysia dilancarkan secara rasmi di Kompleks Sukan UiTM Shah Alam TAHUN 2010 - 2011 Pihak JPAM membuka ruang yang lebih besar kepada penubuhan Kor Sispa di IPT yang lain. Contohnya, pendaftaran dan penubuhan Kor Sispa UiTM Shah Alam, Kampus Puncak Alam, Jengka, Machang dan Dungun. 12 - 16 DISEMBER 2010 Majlis Pentauliahan Kor Sispa pertama berjaya dianjurkan di UiTM Shah Alam yang melibatkan Pegawai Kadet Sispa daripada lima buah IPT iaitu UiTM, UMT, UNISEL UniKL dan USIM. Majlis ini disusuli dengan pelancaran buku Panduan Pengurusan Kor Siswa-Siswi Pertahanan Awam (Kor Sispa) yang telah disusun dan diterbitkan dengan kerjasama antara pihak IPPA, JPAM Selangor, JPAM Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Kor Sispa UiTM Shah Alam.
KETAHANAN FIZIKAL, MENTAL DAN KEROHANIAN KESEDARAN SIVIK DAN PATRIOTISME PEMBENTUKAN NILAI MURNI DAN DISIPLIN Mengukuhkan keupayaan fizikal, mental, dan kerohanian secara seimbang untuk menghadapi pelbagai cabaran. PENGETAHUAN & KEMAHIRAN PERTAHANAN AWAM Menyemai sikap prihatin terhadap masyarakat, kepatuhan kepada negara, semangat cinta tanah air, serta tanggungjawab dalam menjaga kelestarian alam sekitar. Menerapkan nilai-nilai positif seperti saling menghormati, mematuhi peraturan, disiplin diri, bekerjasama, bertanggungjawab, beradab, jujur, serta membina keyakinan diri. Memberi peluang kepada ahli untuk mempelajari serta menguasai ilmu dan kemahiran berkaitan pertahanan awam demi keselamatan diri dan masyarakat. 2.1.2 PRINSIP-PRINSIP ASAS KOR SISPA
C A R T A O R G A N I S A S I A N G K A T A N P E R T A H A N A N A W A M M A L A Y S I A 2.1.3 STRUKTUR DAN ORGANISASI KOR SISPA
CARTA ORGANISASI KOR SISWA SISWI PERTAHANAN AWAM INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS IPOH 2025
JAWATANKUASA KOR SISWA SISWI PERTAHANAN AWAM INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS IPOH 2025
APM akan menyediakan pakaian seragam lengkap No. 3 dan No. 4 kepada pihak IPT dalam bentuk stok pinjaman. Pihak pentadbiran Kor SISPA IPT bertanggungjawab menguruskan bekalan ini dan hanya boleh memohon penggantian sekiranya berlaku kerosakan. Sekiranya terdapat kehilangan, individu yang bertanggungjawab perlu menggantikannya. PAKAIAN Pakaian Seragam No. 2 Pakaian Seragam No. 3 Pakaian Seragam No. 4 Pakaian Seragam No. 1 Pakaian yang digunakan untuk majlis pentauliahan serta istiadat APM perlu diuruskan oleh pihak IPT sama ada melalui pembelian, pinjaman, atau kaedah lain yang sesuai. Pihak IPT juga boleh mendapatkan bantuan daripada APM bagi pembekalan pakaian yang diperlukan. Penyediaan pakaian seragam No. 1, No. 2, Mess Kit, serta aksesori wajib bagi Pegawai Kehormat atau Bersekutu adalah tanggungjawab pihak IPT masing-masing. 2.1.4 PAKAIAN, PENGANGKUTAN DAN PERALATAN LATIHAN
Pihak IPT bertanggungjawab menyediakan kemudahan pengangkutan yang sesuai bagi pelaksanaan program atau latihan Kor Sispa. Namun, sekiranya IPT tidak mempunyai kemudahan yang mencukupi, pihak pengurusan Kor Sispa boleh mengajukan permohonan kepada Pejabat Pertahanan Awam Negeri atau Daerah untuk mendapatkan bantuan pengangkutan. PENGANGKUTAN Bot Ambifia Motosikal dengan carrier Ambulans
Bagi memastikan kelancaran sesi latihan, penyediaan peralatan pembelajaran yang selaras dengan silibus adalah wajib. Peralatan ini merangkumi keperluan bagi latihan pertolongan cemas, penyelamatan, pengurusan bencana, pemadaman kebakaran dan lain-lain yang berkaitan. Semua peralatan pembelajaran mesti memenuhi spesifikasi yang telah ditetapkan oleh APM serta disimpan, dijaga, diselenggara, dan digunakan dengan kaedah yang selamat bagi menjamin keselamatan pengguna serta mengekalkan fungsi peralatan tersebut. Pihak pengurusan Kor SISPA boleh memohon bantuan daripada Pejabat Pertahanan Awam Negeri atau Daerah dan ILPA apabila menghadapi kekurangan peralatan latihan, tertakluk kepada kelulusan Pegawai APM. PERALATAN LATIHAN
3.0 PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN UNIT BERUNIFORM KOR SISPA 3.0 PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN UNIT BERUNIFORM KOR SISPA
3.1 PROSEDUR PENUBUHAN PROSEDUR PENUBUHAN
Bagi menubuhkan Kor Siswa Siswi Pertahanan Awam (Kor SISPA), prosedur berikut hendaklah dipatuhi: Pusat Kokurikulum atau Bahagian Hal Ehwal Pelajar IPT membuat permohonan bertulis dengan mengemukakan surat dan borang permohonan (rujuk Lampiran 1) yang telah disokong oleh Naib Canselor / Presiden / Rektor / Ketua Eksekutif IPT kepada Pengarah Pertahanan Awam Negeri (PPAN) dan satu salinan kepada KPM. Pihak IPT perlu mengemukakan usul penubuhan Kor Sispa untuk kelulusan pihak Senat / Lembaga Pengarah / Pengurusan Eksekutif / Presiden (Madya & Ahmad Tajuddin Othman, 2019). . Permohonan daripada IPT akan dinilai, diproses dan disokong oleh PPAN berdasarkan keperluan Kor SISPA IPT, kemampuan kewangan, pejabat pengurusan, logistik, peralatan dan jurulatih sebelum dimajukan kepada Ibu Pejabat Pertahanan Awam (IPPA) untuk kelulusan dan rekod. Sekiranya permohonan tersebut tidak disokong oleh PPAN, surat maklumbalas permohonan penubuhan Kor SISPA perlu dikembalikan kepada pihak IPT berkenaan. Permohonan yang berjaya perlu dimaklumkan oleh IPPA secara bertulis berserta sijil penubuhan kepada PPAN yang berkenaan dan satu salinan surat makluman akan dihantar kepada KPM.
PPAN akan memaklumkan kelulusan permohonan kepada pihak IPT untuk melaksanakan latihan dan aktiviti serta membuat pemantauan terhadap Kor SISPA di IPT tersebut. Permohonan yang telah diluluskan akan didaftarkan dengan satu nombor pendaftaran bagi IPT berkenaan seperti berikut : X / SISPA / XX / I / 600-XXX(A) X / SISPA / XX / C / 600-XXX(A) X / SISPA / XX / I / 600-XXX(S) X / SISPA / XX / C / 600-XXX(S) Contoh: B/SISPA/UiTM/I/600-01(A) B/SISPA/UiTM/C/600-02(A) B/SISPA/UNISEL/I/600-03(S) B/SISPA/UNISEL/C/600-04(S) X : Kod negeri yang berkenaan SISPA : Kor Siswa Siswi Pertahanan Awam XX : Nama singkatan IPT yang memohon I : IPT Induk C : IPT Cawangan 600 : No.Fail Bahagian Pengurusan Angkatan IPPA XXX : Nombor mengikut urutan, contoh: 01, 02 dan seterusnya. A : IPT Kategori Awam S : IPT Kategori Swasta
Permohonan penubuhan Kor Sispa bagaimanapun adalah tertakluk kepada syarat-syarat seperti berikut : IPT yang diiktiraf dan berdaftar di bawah KPM. IPT yang menawarkan program pengajian dengan pelajar yang mengikuti pengajian Ijazah Sarjana Muda yang diiktiraf Agensi Kelayakan Malaysia (MQA). Menawarkan sekurang-kurangnya DUA (2) jam kredit mengikut perancangan setiap IPT. TAMAT
Pendaftaran untuk menyertai Kor SISPA adalah tertakluk kepada syarat-syarat berikut : Warganegara Malaysia. Pelajar-pelajar yang berdaftar dalam program Ijazah Sarjana Muda di IPT. Pelajar lepasan diploma yang melengkapi PS13 dan mengikuti program Ijazah Sarjana Muda di IPT. Sihat tubuh badan (pengesahan pegawai perubatan jika diperlukan). Tidak menyertai mana-mana pasukan pakaian seragam yang lain. Pendaftaran adalah disokong oleh pihak IPT. Mengisi dan mengemukakan borang permohonan serta lulus temu duga kemasukan. Ahli perlu mendaftar secara rasmi dengan mengisi borang penyertaan dan menjalani latihan asas sebelum mendapat pengiktirafan sebagai ahli rasmi. Ahli juga perlu membayar yuran pendaftaran Kebangsaan untuk Pasukan / Guild, yuran keahlian Kebangsaan Tahunan dan yuran keahlian IPT Tahunan. 3.1.1 PENDAFTARAN AHLI DAN KUMPULAN
Akta Angkatan Pertahanan Awam Malaysia 1951 [Akta 221] Akta Universiti & Kolej Universiti 1971 [Akta 30] Akta Universiti Teknologi MARA 1976 [Akta 173] Pindaan 2000 Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta [Akta 555] Pindaan 2017 Akta Syarikat 2016 [Akta 777] Peraturan / Kaedah Pertahanan Awam yang Berkuatkuasa Dasar Kementerian Pendidikan Malaysia yang berkaitan Arahan Jabatan / Pekeliling terkini Minit Mesyuarat Pengurusan dan Latihan Siswa-Siswi Pertahanan Awam Bil 1/2010 pada 31 Mac 2010 di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) 3.1.2 PUNCA KUASA
Institusi Pengajian Tinggi (IPT) termasuk Universiti Awam (UA), Institut Pendidikan Tinggi Swasta (IPTS) dan Institut Pendidikan Guru (IPG) kini aktif bekerjasama dengan pasukan beruniform negara dalam menubuhkan pasukan beruniform di institusi masing-masing. Contohnya, kerjasama antara UA dengan Angkatan Tentera Malaysia telah menghasilkan Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (PALAPES) manakala dengan Polis Diraja Malaysia pula terbentuknya Kor Sukarelawan Siswa-Siswi Polis (Kor Suksis) serta pasukan beruniform yang lain. Selaras dengan matlamat pembangunan kemahiran insaniah melalui lapan teras kokurikulum yang diperkenalkan oleh KPM, khususnya Teras Kesukarelawanan, pelajar digalakkan menyertai badan beruniform bagi memupuk nilai-nilai positif. Penyertaan ini bertujuan melahirkan individu yang cemerlang dalam akademik, berdaya tahan secara fizikal dan mental, serta memiliki kemahiran insaniah yang kukuh. Gabungan aspek-aspek ini menjadi asas utama kepada kepentingan penubuhan Kor Siswa-Siswi Pertahanan Awam (Kor Sispa). Penubuhan Kor Sispa bukan sahaja memberi manfaat kepada pelajar, malah turut memberi impak positif kepada universiti, jabatan yang terlibat, serta masyarakat secara keseluruhannya. Teras Kesukarelawan Teras Kebudayaan Teras Sukan Teras Keusahawanan Teras Pengucapan Awam Teras Kepimpinan Teras Khidmat Komuniti Teras Daya Usaha & Inovasi 3.1.3 PENGENALAN
Penubuhan Kor Sispa sebagai landasan untuk melahirkan pegawai muda yang berkepimpinan, berkelayakan dan professional dalam Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM). Menyebar dan mendidik pelajar mengenai langkah-langkah keselamatan diri dan orang awam serta membentuk keperibadian mereka untuk menjadi seorang individu yang berpengetahuan dalam ilmu pertahanan awam. Melahirkan pelajar yang mampu berkhidmat dengan APM sebagai pegawai pasukan yang berkepimpinan, bertanggungjawab, dan berkelayakan dalam melaksanakan tugas. Menjadi pemangkin kepada kesedaran keselamatan orang awam melalui ilmu pertahanan awam yang diterapkan dan diaplikasikan pada peringkat universiti. Menanam semangat kerjasama, tanggungjawab, perikemanusiaan, taat setia dan cinta akan negara. 3.1.4 MATLAMAT 3.1.5 OBJEKTIF
MOTO MISI Menjadi agensi Pertahanan Awam yang unggul dalam pengurusan bencana. VISI “SEDIA PANTAS BERINTEGRITI” Memastikan keselamatan orang awam dan harta benda terus terpelihara sebelum, semasa dan selepas sesuatu bencana. 3.1.6 MOTO, VISI, MISI
TAKRIFAN LOGO i. Konsep Logo Menonjolkan fungsi Pertahanan Awam melalui gabungan perlembagaan Pertahanan Awam pada peringkat tempatan dan antarabangsa. ii. Segi Tiga Sama Berwarna Oren Lambang dan warna keselamatan iaitu berwaspada dan bersedia menghadapi sebarang kemungkinan. Warna dan corak di tengah segi tiga adalah gabungan warna bendera serta perlembagaan negara Malaysia yang sentiasa dipertahankan. iii. Sentiasa Siap Sedia Di sekeliling segi tiga adalah moto APM. iv. Bunga Padi Berwarna Biru Melambangkan kesuburan dan kemakmuran negara ini yang perlu dipertahankan melalui keharmonian dan perpaduan yang kukuh seperti digambarkan oleh ikatan yang kemas pada bunga padi. v. Tapak Logo Berwarna Oren Melambangkan keteguhan, kesediaan dan sokongan padu APM untuk mendokong wawasan yang diharapkan. 3.1.7 LOGO DAN TAKRIFAN LOGO
Tajuk: SENTIASA BERSEDIA Lirik: Marilah Kita Semua Berganding Bahu Menggembleng Tenaga Berbakti dalam Pertahanan Awam Untuk Bangsa Kita Padukan Jiwa dan Raga Sedia Berkorban Apa Saja Memberi dengan Ikhlas Khidmat Mulia Negara Tercinta Malaysia Bumi yang Bertuah Kami Sungguh Bangga Menjadi Warga Setia Penuh Azam dan Tekad Bersama Berkhidmat untuk Keselamatan Rakyatnya Kita Sentiasa Bersedia Menjunjung Wawasan Semua Ke Arah Hidup Aman dan Sentosa Malaysia Jaya Komposer: Dato’ Johari Salleh 3.1.8 LAGU PERTAHANAN AWAM VIDEO LAGU SENTIASA BERSEDIA
3.2 PENUBUHAN KOR SISPA PENUBUHAN KOR SISPA
3.2.1 TADBIR URUS KOR SISPA Tadbir urus Kor Sispa distrukturkan kepada empat peringkat iaitu, Jawatankuasa Dasar pada peringkat kebangsaan, Jawatankuasa Pengurusan Kor Sispa, Jawatankuasa Kerja Ajutan dan Jawatankuasa Peringkat IPT. Gambaran keseluruhan struktur tadbir urus Kor Sispa boleh dilihat dalam Rajah 1. Penubuhan Jawatankuasa Kor Siswa-Siswi Pertahanan Awam Malaysia amat penting untuk menggubal dasar, menggerakkan latihan, kegiatan dan pentadbiran Kor Sispa pada peringkat kebangsaan dan IPT. Rajah 1 Struktur tadbir urus Kor Sispa
i. Pengerusi Bersama Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, JPT Ketua Pesuruhjaya APM ii. Timbalan Pengerusi Bersama Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, JPT Timbalan Ketua Pesuruhjaya APM iii. Ahli-ahli Komandan-komandan Kor Sispa IPT Pengarah Bahagian Mahasiswa Holistik, JPT Pengarah Bahagian Pengurusan Angkatan, APM iv. Urus Setia Bersama Bahagian Pengurusan Angkatan IPPA Bahagian Mahasiswa Holistik, JPT Skop Tugasan: Jawatankuasa ini merancang dan membuat keputusan perkara-perkara dasar untuk perkembangan Kor Sispa pada peringkat kebangsaan. Jawatankuasa ini bersidang sekurangkurangnya SEKALI (1) dalam setahun. Sebarang dasar baharu, semakan atau rombakan dasar yang diluluskan hendaklah dibuat secara edaran melalui surat pekeliling. Jawatankuasa ini juga hendaklah merancang bajet pengurusan Kor Sispa. JJAAWWAATTAANNKKUUAASSAA DDAASSAARR KKOORR SSIISSPPAA PPEERRIINNGGKKAATT KKEEBBAANNGGSSAAAANN
i. Pengerusi Seorang dilantik dalam kalangan Komandan / Timbalan Komandan Kor Sispa IPT Lantikan secara undian dalam kalangan Komandan Kor Sispa IPT Lantikan selama dua tahun (Maksimum dua penggal) ii. Timbalan Pengerusi I Seorang dilantik dalam kalangan Komandan / Timbalan Komandan Kor Sispa IPT Lantikan secara undian dalam kalangan Komandan Kor Sispa IPT Lantikan selama dua tahun (Maksimum dua penggal) iii. Timbalan Pengerusi II Pengarah Bahagian Pengurusan Angkatan Pertahanan Awam IPPA iv. Ahli-ahli Komandan / Timbalan Komandan Pengarah-pengarah APM Negeri Pengarah Bahagian Pengurusan Latihan Komandan-komandan Institut Latihan Pertahanan Awam (ILPA) Pengerusi / Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kerja Ajutan Pegawai Bahagian Mahasiswa Holistik v. Urus Setia Bahagian Pengurusan Angkatan, IPPA Bahagian Mahasiswa Holistik, JPT Skop Tugasan: Jawatankuasa ini menyelaras dan menguruskan pelaksanaan Kor Sispa mengikut dasar-dasar yang ditetapkan oleh Jawatankuasa Dasar Kor Sispa Peringkat Kebangsaan. Jawatankuasa ini bersidang sekurang-kurangnya EMPAT (4) kali dalam setahun. Sebarang keputusan mesyuarat hendaklah dimaklumkan ke peringkat Jawatankuasa Dasar. JJAAWWAATTAANNKKUUAASSAA PPEENNGGUURRUUSSAANN KKOORR SSIISSPPAA
i. Pengerusi Seorang dilantik dalam kalangan Ajutan Kor Sispa IPT Lantikan secara undian dalam kalangan Ajutan Kor Sispa IPT Lantikan selama dua tahun (Maksimum dua penggal) ii. Timbalan Pengerusi Seorang dilantik dalam kalangan Ajutan Kor Sispa IPT Lantikan secara undian dalam kalangan Ajutan Kor Sispa IPT Lantikan selama dua tahun (Maksimum dua penggal) iii. Ahli-ahli Ajutan-ajutan Kor Sispa IPT Penolong Pengarah Cawangan Sokongan, BPA, IPPA Pegawai Bahagian Pengurusan Angkatan Negeri Wakil Komandan ILPA iv. Urus Setia Setiausaha dan Penolong Setiausaha yang dilantik dalam kalangan Ajutan Kor Sispa IPT Skop Tugasan: Jawatankuasa ini menyelaras dan melaksanakan arahan dan keputusan daripada Jawatankuasa Pengurusan Kor Sispa. Jawatankuasa ini bersidang sekurang-kurangnya EMPAT (4) kali dalam setahun. JJAAWWAATTAANNKKUUAASSAA KKEERRJJAA AAJJUUTTAANN KKOORR SSIISSPPAA
i. Pengerusi Komandan Kor Sispa IPT ii. Timbalan Pengerusi Timbalan Komandan Kor Sispa IPT iii. Ahli-ahli Pegawai Bahagian Pengurusan Angkatan Negeri Ajutan Kor Sispa IPT Pegawai-pegawai Bersekutu Kor Sispa IPT Pegawai Kokurikulum / HEPA IPT iv. Urus Setia Ajutan Kor Sispa IPT Skop Tugasan: Jawatankuasa ini merancang dan melaksanakan program Kor Sispa pada peringkat IPT. Jawatankuasa ini bersidang sekurang-kurangnya DUA (2) kali dalam setahun. JJAAWWAATTAANNKKUUAASSAA PPEERRIINNGGKKAATT IIPPTT
i. Pengerusi Timbalan Komandan Kor Sispa IPT Cawangan ii. Timbalan Pengerusi Ajutan Kor Sispa IPT iii. Ahli-ahli Pegawai Bahagian Pengurusan Angkatan Negeri atau Daerah Pegawai-pegawai Bersekutu Kor Sispa IPT Cawangan Pegawai Penyelaras Kor Sispa IPT Cawangan Pegawai Kokurikulum / HEPA IPT iv. Urus Setia Setiausaha yang dilantik daripada Pegawai yang sedia ada Skop Tugasan: Jawatankuasa ini adalah merupakan sub kepada IPT induk dan hendaklah merancang dan melaksanakan program Kor Sispa pada peringkat IPT Cawangan berdasarkan aspirasi daripada IPT induk. Jawatankuasa ini bersidang sekurangkurangnya DUA (2) kali dalam setahun. JJAAWWAATTAANNKKUUAASSAA PPEERRIINNGGKKAATT IIPPTT CCAAWWAANNGGAANN
a. Ibu Pejabat Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (IPPA) Menerima dan mengesahkan penubuhan Kor Sispa, Pegawai dan anggota Kor Sispa. Merancang peruntukan belanjawan Kor Sispa. Merancang dan menyedia perolehan peralatan dan logistik Kor Sispa. Melantik Pegawai Penyelia Kor Sispa atau pegawai yang bertanggungjawab di IPPA Malaysia. Meneliti cadangan lantikan Pegawai Kehormat / Bersekutu Kor Sispa IPT dan mengesahkannya. Mengeluarkan watikah pelantikan Pegawai Kehormat / Bersekutu yang telah dipersetujui. Merancang dan melaksanakan program-program Kor Sispa pada peringkat kebangsaan dan antarabangsa dengan kerjasama IPT. Mengemas kini, mengesah dan menyebarkan dasar-dasar serta arahan tetap mengenai pengendalian, pengurusan dan latihan Kor Sispa. Menyimpan rekod PKS yang diterima daripada APM negeri. AANNGGKKAATTAANN PPEERRTTAAHHAANNAANN AAWWAAMM MMAALLAAYYSSIIAA 3.2.2 TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB
b. Angkatan Pertahanan Awam Negeri Melantik seorang pegawai tetap APM sebagai Pegawai Penyelaras Kor Sispa IPT sesebuah IPT untuk merancang latihan dan aktiviti Kor Sispa peringkat negeri dengan bekerjasama Pegawai Bahagian Pengurusan Angkatan Negeri. Menerima dan menyokong penubuhan pasukan Kor Sispa. Menentukan latihan dan aktiviti Kor Sispa berjalan dengan teratur. Mengadakan hubungan rapat dengan IPT berkaitan kegiatan Kor Sispa. Menyedia dan memberi bantuan logistik, latihan dan penilaian kenaikan pangkat PKS. Mengumpul, merekod dan menyimpan maklumat Pegawai Kadet dan aktiviti Kor Sispa. AANNGGKKAATTAANN PPEERRTTAAHHAANNAANN AAWWAAMM MMAALLAAYYSSIIAA
a. Kementerian Pendidikan Malaysia Menetapkan dasar penubuhan dan perkembangan Kor Sispa dengan kerjasama APM. Mengeluarkan surat pelantikan Pengerusi dan Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Kor Sispa. Mengeluarkan surat pelantikan Pengerusi, Timbalan Pengerusi, Setiausaha dan Penolong Setiausaha Jawatankuasa Kerja Ajutan Kor Sispa. Bekerjasama dengan APM untuk merancang dan melaksanakan program Kor Sispa pada peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Meluluskan bajet tahunan pengurusan dan pelaksanaan program Kor Sispa kepada IPT. b. Institusi Pendidikan Tinggi Memohon penubuhan pasukan Kor Sispa termasuk kampus cawangan. Mencadang pelantikan Pegawai Kehormat / Bersekutu Kor Sispa IPT Menyelaras aktiviti-aktiviti Kor Sispa pada peringkat IPT. Menyediakan perancangan bajet tahunan pengurusan Kor Sispa. Bekerjasama dengan APM Negeri untuk merancang dan melaksanakan program Kor Sispa pada peringkat negeri. Menyediakan pejabat/tempat pengurusan Kor Sispa. Merekod dan menyimpan maklumat PKS dan menghantar ke APM Negeri. Melapor aktiviti bulanan Kor Sispa kepada APM Negeri. KKEEMMEENNTTEERRIIAANN PPEENNDDIIDDIIKKAANN MMAALLAAYYSSIIAA