Memberi nasihat dalam aspek latihan dan bantuan daripada pihak IPT dalam mengendalikan latihan serta meningkatkan pencapaian akademik PKS. Bertindak sebagai Pegawai Pemerintah bagi pengurusan Kor Sispa IPT berkenaan. Pegawai yang bertanggungjawab merancang peruntukan kewangan Kor Sispa IPT. PEGAWAI KEHORMAT SELAKU KOMANDAN Bertanggungjawab mengurus semua aspek latihan, pentadbiran dan logistik melalui bantuan daripada pegawai-pegawai yang dipertanggungjawabkan. Membantu menjalankan tugas Pegawai Pemerintah dalam aspek pemerintah, pentadbiran, kawalan dan perhubungan. Mendelegasikan apa-apa keperluan, tugas kepada manamana pegawai yang difikirkan perlu. Menjadi perantara antara Kor Sispa dengan pihak IPT dalam semua aspek. Menentukan Latihan PKS dapat dijalankan dengan lancer dan mengikut jadual Latihan seperti yang telah dikeluarkan atau ditetapkan. TIMBALAN KOMANDAN TTAANNGGGGUUNNGGJJAAWWAABB PPEEMMIIMMPPIINN
Bekerjasama dengan Pegawai Penyelaras Kor Sispa IPT dalam segala aspek pentadbiran dan membantu dalam aspek Latihan. Mentadbir dan memantau segala urusan pentadbiran Pegawai Penyelaras dan PKS. Memantau dan menyebarluaskan dasar-dasar yang dikeluarkan oleh APM dan arahan Komandan. Menentukan dasar tatatertib dikemaskinikan dan dipatuhi oleh PKS. Bertindak sebagai Setiausaha semasa mesyuarat yang dipengerusikan oleh Komandan. Menentukan semua Perintah Tetap dikemas kini dan mendapat persetujuan daripada Pegawai Bahagian Pengurusan Angkatan APM Negeri dan dipatuhi oleh Pegawai Bersekutu / PKS. Memberikan nasihat kepada Pegawai Penyelaras Kor Sispa IPT tentang dasar-dasar yang dikuatkuasakan oleh IPT dari semasa ke semasa. Bertanggungjawab atas Kebajikan PKS di IPT. Menjaga hubungan dengan lain-lain badan beruniform atau agensi luar untuk mendapatkan bantuan Latihan dan pentadbiran. AJUTAN
Mengurus semua aspek rekod yang melibatkan sumber pejabat dan personel. Berhubung dengan pihak IPT dalam semua aspek pengurusan pentadbiran. Menyediakan anggaran belanjawan tahunan keseluruhan Kor Sispa. Bertanggungjawab kepada Komandan dalam hal-hal pentadbiran. PEGAWAI PENTADBIRAN Berhubung dengan pihak IPT dalam semua aspek pengurusan logistik. Menguruskan prosedur pembekalan dan peralatan termasuk pakaian seragam kepada PKS. Bertanggungjawab kepada Komandan / Ajutan dalam halhal logistik. PEGAWAI LOGISTIK Merancang dan menyediakan jadual latihan. Memantau pelaksanaan latihan dan aktiviti PKS berjalan mengikut jadual. Mengatur segala latihan dan aktiviti serta menyediakan perintah gerakan. Bertanggungjawab kepada Komandan / Ajutan dalam halhal latihan dan aktiviti. PEGAWAI LATIHAN
Merancang dan menyediakan silibus. Menyampai dan mendapatkan penceramah untuk latihan PKS. Membuat kajian berkaitan subjek-subjek yang diajarkan. Menyelaraskan penyediaan kertas ujian serta mengurus pemeriksaan dan pemarkahan. Bertanggungjawab kepada Komandan / Ajutan dalam halhal akademik. PEGAWAI AKADEMIK Bertanggungjawab berkaitan dengan taraf, mutu, kecekapan dan pentadbiran Kor Sispa. Menguruskan pendaftaran keanggotaan Kor Sispa di IPT. Merancang dan menjalankan aktiviti Kor Sispa berdasarkan sukatar pelajaran / silibus yang ditetapkan. Melaksanakan penilaian kemajuan pangkat PKS. Menyediakan Laporan Berkala Kor Sispa. Menguruskan penyertaan PKS dalam kegiatan pada setiap peringkat. Menghadiri perjumpaan / mesyuarat / kursus yang berkaitan dengan Kor Sispa. Menguruskan logistik pasukan dan membantu jurulatih. Menguruskan mesyuarat panel tatatertib PKS. Membantu tugasan Pegawai Bersekutu Pentadbiran, Pegawai Bersekutu Logistik, Pegawai Bersekutu Latihan dan Pegawai Bersekutu AkademiK Kor Sispa IPT. PEGAWAI PENYELARAS KOR SISPA IPT (PEGAWAI LANTIKAN APM)
3.3 PENGURUSAN FOLIO/ BUKU LOG / LAPORAN AKTIVITI PENGURUSAN FOLIO/ BUKU LOG / LAPORAN AKTIVITI
FOLIO Folio merupakan satu dokumen yang menghimpunkan laporan, pencapaian, tugasan serta bukti penglibatan seseorang dalam aktiviti tertentu. Ia bukan sahaja berfungsi sebagai rekod peribadi tetapi juga sebagai rujukan rasmi untuk menilai prestasi seseorang kadet dalam program Kor Sispa. Kepentingan Pengurusan Folio dalam Kor Sispa: Membantu dalam penilaian dan pemantauan perkembangan kadet. Sebagai bukti penglibatan aktif dalam program Kor Sispa. Meningkatkan disiplin dan kecekapan dalam merekod aktiviti. Memudahkan pihak pengurusan dalam menyemak dan mengesahkan penyertaan kadet.
Buku log berfungsi sebagai laporan bertulis yang merekodkan perkembangan, pencapaian, dan aktiviti yang dilakukan oleh Kadet Kor Sispa semasa menjalani ujian lencana atau menerima anugerah. Ia mengandungi rekod penyertaan yang boleh dijadikan sebagai rujukan, laporan, serta bukti penglibatan seseorang kadet dalam Kor Sispa. Buku log juga berperanan sebagai dokumen yang merekodkan peristiwa dan aktiviti yang berkaitan dengan APM. Kadet Kor Sispa atau pemimpin boleh menulis ulasan serta mengesahkan ujian yang telah dijalani oleh ahli APM dalam buku log tersebut. Buku log yang berkualiti hendaklah mengandungi antara 200 hingga 300 halaman serta dilengkapi dengan kulit tebal bagi memastikan ia dapat disimpan dengan baik untuk tempoh yang panjang. Seseorang pencatat buku log haruslah: Mengasah kemahiran meneliti dan menghalusi pemahaman terhadap persekitarannya. Mampu menzahirkannya dalam bentuk penulisan, lakaran mahupun bantuan visual ataupun grafik BUKU LOG
Penting untuk para pemeriksa membuat pemerhatian umum dan mengagak kesungguhan penulis dalam menyediakan buku tersebut (first impression evaluation). HALAMAN PERTAMA Dimuatkan kandungan atau sukatan bagi ujian lencana (bagi buku log lencana). Ruangan untuk tandatangan pengesahan pemimpin beserta tarikhnya juga harus disediakan di tepi kanan setiap tajuk ujian yang disenaraikan. HALAMAN KEDUA Dicadangkan agar ruangan selebar 1-2 inci disediakan di sebelah kanan setiap muka surat di dalam buku log untuk memudahkan perkara-perkara berikut: Ruangan bagi komen, ulasan dan pengesahan pemeriksa buku. Pembetulan fakta yang perlu dibuat selepas selesai penulisan. Persembahan fakta. fika tertinggal semasa menulis nota / fakta yang diperolehi selepas penulisan nota) RUANG CATATAN
Penulisan dalam buku log haruslah benar, asli dan jelas. Penulis haruslah menggunakan ayat yang ringkas tetapi padat, tepat dan jelas. Elakkan penggunaan ayat yang panjang berjela-jela. BENTUK PENULISAN SAN ISI NOTA FOTO, LAKARAN DAN SAMPEL Penulis mempunyai kebebasan untuk menyertakan foto, lakaran, lukisan, atau sebarang bentuk ilustrasi sebagai sokongan kepada nota dalam buku log. Tulen dan menggambarkan perkara sebenar mengikut skim ataupun berdasarkan pengalaman ataupun apa-apa yang telah dilakukan oleh penulis. Untuk tugasan tertentu contohnya di dalam pengembaraan di mana ahli APM diarahkan untuk mengumpul sampek tertentu seperti tumbuhan atau serangga. Penulis buku log perlulah mempelajari teknik mengawet (sekiranya perlu) dan sampel boleh dikekalkan di dalam buku log. Lakaran atau lukisan adalah lebih baik jika dihasilkan sendiri oleh penulis. Pemeriksaan buku log tidak menilai kecantikan lukisan, tetapi lebih menitikberatkan kejelasan dalam penyampaian laporan dan nota hasil usaha sendiri.
Maklumat Aktiviti LAPORAN AKTIVITI Laporan aktiviti merangkumi proses mendokumentasikan segala perancangan, pelaksanaan, dan hasil sesuatu program atau aktiviti yang telah dijalankan. Ia bertujuan untuk merekodkan perkembangan, pencapaian, dan cabaran yang dihadapi sepanjang aktiviti tersebut bagi rujukan dan penambahbaikan pada masa hadapan. KOMPONEN UTAMA (i) Nama Aktiviti (ii) Tarikh, Masa dan Tempat Pelaksanaan (iii) Penganjur dan Pihak Terlibat (iv) Sasaran Peserta Objektif (i) Menyatakan tujuan utama aktiviti dijalankan Perancangan Aktiviti (i) Penyediaan jadual dan atur cara program (ii) Anggaran bajet dan keperluan kewangan
Pelaksanaan Aktiviti (i) Langkah-langkah pelaksanaan (ii) Peranan dan tugas ahli jawatankuasa (iii) Cabaran atau isu yang timbul Analisis dan Penilaian (i) Keberkesanan aktiviti berdasarkan pencapaian objektif (ii) Maklum balas daripada peserta dan penganjur (iii) Cadangan penambahbaikan Lampiran dan Bukti Sokongan (i) Gambar atau video aktiviti (ii) Senarai kehadiran peserta (iii)Dokumen berkaitan seperti surat jemputan, tentatif program, dan laporan kewangan Tatacara Perjumpaan KEHADIRAN Mencatat dan mengambil kehadiran ahli KOR SISPA PESANAN DARIPADA AJUTAN TENTANG AKTIVITI MINGGU SETERUSNYA TATACARA PENUTUP MENYANYIKAN LAGU TEMA APM BERGAMBAR
3.4 PAKAIAN SERAGAM AHLI DAN PEMIMPIN PAKAIAN SERAGAM AHLI DAN PEMIMPIN
i. Pakaian Istiadat No. 1 (pentauliahan) ii. Pakaian Seragam No. 2 (bush jacket) iii. Pakaian Seragam No. 3 (pakaian pejabat) iv. Pakaian Seragam No. 4 (pakaian operasi / kawad) v. Kemeja-T oren dan seluar pakaian seragam No. 3 atau 4 (separuh pakaian seragam) vi. Kemeja-T oren / putih dan seluar sukan hitam / biru gelap (pakaian sukan) vii. Tudung biru gelap (PKS wanita) 3.4.1 PERATURAN PAKAIAN SERAGAM PEGAWAI KADET KOR SISPA JENIS PAKAIAN UNTUK PKS Jambul (Hackle) Mafla (Muffler) Anklet Sarung tangan putih Selempang putih Selempang oren untuk ketua platun APM akan menyediakan Pakaian Seragam No. 3 dan No. 4 manakala pakaian lain disediakan oleh PKS sendiri. Aksesori BAGI TUJUAN Berkawad /Acara Majlis dan Istiadat
Pakaian Nombor 1 Pakaian Seragam Istiadat Pegawai Tetap dan Pegawai Pasukan Lelaki dan Wanita PAKAIAN SERAGAM NO. 1 LELAKI & PEREMPUAN (ISTIADAT) PAKAIAN SERAGAM NO. 1 LELAKI & PEREMPUAN (MESS KIT) 3.4.2 TATACARA PEMAKAIAN PAKAIAN SERAGAM
TATACARA PEMAKAIAN Pakaian ini dipakai oleh semua pegawai APM lelaki dan wanita apabila terlibat dalam sesuatu acara istiadat sama ada pada peringkat jabatan, negeri mahupun persekutuan. Digunakan dalam acara-acara berikut:- a. Majlis-Majlis Rasmi Kerajaan Persekutuan / Negeri b. Majlis Pembukaan Perasmian Dewan c. Majlis Penerimaan Pingat Kebesaran d. Perbarisan istiadat dan acara-acara lain yang menetapkan pemakaian pakaian ini.
Pakaian Nombor 2 (Bush Jacket) Pegawai Tetap dan Pegawai Pasukan Lelaki dan Wanita PAKAIAN SERAGAM NO. 2 LELAKI & PEREMPUAN (BUSTUNIK) TATACARA PEMAKAIAN Pakaian ini dipakai oleh pegawai APM lelaki apabila menjalankan tugas rasmi jabatan atau keadaan tertentu. Tugastugas tersebut adalah seperti berikut: a. Menghadiri temu duga b. Menghadiri mesyuarat c. Hadir ke acara perbarisan di mana anggota perbarisan memakainpakaian nombor 4 (kawad) d. Dalam semua bentuk lawatan / majlis rasmi
Pakaian Nombor 3 (Kerja) Pegawai Tetap dan Pegawai Pasukan Lelaki dan Wanita PAKAIAN SERAGAM NO. 3 LELAKI & PEREMPUAN (PEJABAT / KERJA) TATACARA PEMAKAIAN Pakaian ini dipakai oleh Pegawai Pertahanan Awam lelaki dan wanita apabila menjalankan tugas rasmi atau keadaan tertentu. Tugas-tugas tersebut adalah seperti berikut: a. Menjalankan tugas rasmi seharian b. Menghadiri mesyuarat c. Menjalankan aktiviti latihan dalam kelas d. Menjalankan tugas operasi
Pakaian Nombor 4 (Operasi) Pegawai Tetap dan Pegawai Pasukan Lelaki dan Wanita PAKAIAN SERAGAM NO. 4 LELAKI & PEREMPUAN (OPERASI) PAKAIAN SERAGAM NO. 4 LELAKI & PEREMPUAN (OPERASI CELORENG DIGITAL)
TATACARA PEMAKAIAN Pakaian ini dipakai oleh Pegawai Pertahanan Awam Lelaki apabila menjalankan tugas am atau latihan atau operasi. Bagi pakaian uniform No. 4, digalakkan memakai Kemeja-T pada bahagian dalam uniform. a. Kemeja-T berwarna biru untuk pegawai. b. Kemeja-T berwarna oren untuk pangkat-pangkat lain.
Lencana bahu mengikut pangkat bagi Pegawai Kehormat, Pegawai Bersekutu serta Pegawai Pasukan haruslah dipasang pada epolet atau shoulder cord berwarna emas yang dikancing di bahagian bahu menggunakan butang logo Pertahanan Awam saiz sederhana. 3.4.3 LENCANA DAN PANGKAT PANGKAT PEGAWAI ANGKATAN PERTAHANAN AWAM MALAYSIA
PANGKAT PEGAWAI ANGKATAN PERTAHANAN AWAM MALAYSIA
PANGKAT PEGAWAI KEHORMAT DAN BERSEKUTU ANGKATAN PERTAHANAN AWAM MALAYSIA
PANGKAT PEGAWAI DAN ANGGOTA PASUKAN ANGKATAN PERTAHANAN AWAM MALAYSIA a) PEGAWAI PASUKAN / OFFICERS b) PEGAWAI STAFF / STAFF OFFICERS
PANGKAT PEGAWAI DAN ANGGOTA PASUKAN ANGKATAN PERTAHANAN AWAM MALAYSIA c) LAIN-LAIN PANGKAT / OTHER RANKS
TANDA PANGKAT (EPOLET) PEGAWAI KADET SISPA
3.5 PENGURUSAN BADAN BERUNIFORM SECARA SISTEMATIK DAN TERANCANG PENGURUSAN BADAN BERUNIFORM SECARA SISTEMATIK DAN TERANCANG
STANDARD KUALITI Badan beruniform diurus secara sistematik dan terancang. TINDAKAN UNTUK MENCAPAI STANDARD Merancang dan melaksanakan aktiviti badan beruniform yang berteraskan ilmu pengetahuan, kemahiran dan kreatif / inovasi, merekod dan menganalisa data serta mengambil tindakan dengan mematuhi ketetapan pelaksanaan kokurikulum, mengikut keperluan secara menyeluruh dan berterusan (Anilsasaila, 2022).
TAHAP TINDAKAN Mengurus pelaksanaan unit beruniform dengan: Merancang aktiviti berdasarkan ilmu pengetahuan, kemahiran serta kreatif atau inovasi. Melaksanakan aktiviti yang dirancang dengan sistematik. Mendokumentasikan data serta maklumat berkaitan aktiviti yang dijalankan. Melaksanakan tindakan susulan bagi memastikan keberkesanan dan penambahbaikan aktiviti. TAHAP KUALITI Tindakan dilaksanakan: Mematuhi ketetapan kokurikulum serta arahan yang berkuatkuasa. Diselaraskan mengikut keperluan dan kesesuaian sekolah. Dilaksanakan secara menyeluruh, dikemas kini dengan tepat, dan mengikut prosedur yang betul. Dijalankan secara berterusan mengikut jadual.
4.0 ORIENTASI KURIKULUM 4.0 ORIENTASI KURIKULUM
4.1 TAKWIM DAN RANCANGAN AKTIVITI TAKWIM DAN RANCANGAN AKTIVITI
TAKWIM & RANCANGAN AKTIVITI TUSPA DI SEKOLAH RENDAH TEMA 1 : PENGENALAN PERTAHANAN AWAM & KETATANEGARAAN TEMA 2 : PEMBINAAN SAHSIAH TEMA 3 : ASAS KAWAD KAKI
TEMA 5 : ASAS IKATAN DAN SIMPULAN & ASAS PERKHEMAHAN TEMA 4 : PERAWATAN AWAL DAN ASAS MENYELAMAT TEMA 6 : ASAS PERKHEMAHAN
CONTOH RPH TAHUN 4
CONTOH RPH TAHUN 5
CONTOH RPH TAHUN 6
4.2 ORIENTASI KURIKULUM TUSPA DI SEKOLAH RENDAH ORIENTASI KURIKULUM TUSPA DI SEKOLAH RENDAH
TAHUN 4
TAHUN 5
TAHUN 6
RUJUKAN
LAMPIRAN