The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by g-30132820, 2022-12-14 08:33:08

BUKU PENGURUSAN SEKOLAH SEMADAH 2022

BUKU PENGURUSAN SEKOLAH SEMADAH 2022

BUKU
PENGURUSAN

SEKOLAHSesi 2022/23

⮚ PENTADBIRAN
⮚ KURIKULUM
⮚ HAL EHWAL MURID
⮚ KOKURIKULUM
⮚ TINGKATAN ENAM

SMKA DATO’ HAJI ABU HASSAN HAJI SAIL 1
71400 PEDAS, NEGERI SEMBILAN
(TAHFIZ MODEL ULUL ALBAB)

CEMERLANG DI DUNIA SEJAHTERA DI AKHIRAT

SURAT AKUAN PENERIMAAN

AKUAN PENERIMAAN MAKLUMAT DAN ARAHAN

Saya __________________________________ *guru /Pen Kanan / Pengetua SMKA Dato’ Haji Abu Hassan Haji

Sail mengaku bahawa saya telah menerima maklumat dan arahan tentang pentadbiran dan pengurusan

sekolah daripada Pengetua SMKA Dato’ Haji Abu Hassan Haji Sail pada __________________ dan

memahami segala maklumat yang disampaikan dan dinyatakan di dalam Buku Panduan Pengurusan

Sekolah serta akan mematuhi segala arahan yang diberikan.

Saya juga berjanji akan berusaha dengn sepenuh-penuhnya menunaikan tanggungjawab saya dengan rajin
dan bersungguh-sungguh dan mengekalkannya sejajar dengan kemajuan ikhtisas dan sosial serta sentiasa
mengawasi diri supaya tidak mencemarkan nama baik profesion perguruan.

Tandatangan : ……………………….………….

Jawatan : ………………………………….

Tarikh : …………………………………...

Disahkan oleh : ……………………………………….
(Tandatangan)

Nama Dengan HURUF BESAR : ………………………………………….

Jawatan : ………………………………………….

Tarikh : ………………………………………….

Cop Sekolah

(Sila potong yang tidak berkenaan)

2

ISI
KANDUNGAN

Kata-kata Aluan Pengetua/Pengetua
Visi dan Misi Kementerian Pendidikan Malaysia

Falsafah Pendidikan Kebangsaan
Ikrar Perkhidmatan Awam
Teras Perkhidmatan Awam
Budaya Kerja Sekolah
Etika Kerja

Pelan Induk Pembangunan Pendidikan Malaysia (PIPPM)
Tatasusila Profesion Perguruan
Penggal Persekolahan
Jadual Gaji
Cuti Perayaan
Latar Belakang Sekolah

Unit Pentadbiran dan Kurikulum Sekolah
Unit Hal Ehwal Murid Sekolah
Unit Kokurikulum Sekolah

Takwim Tahunan Sekolah Sesi 2022/2023
Lampiran

3

KATA-KATA ALUAN
Pengetua/PENGETUA

TUAN NOR ISKANDAR BIN MUHAMMAD
PENGETUA CEMERLANG

SMKA DATO’ HAJI ABU HASSAN HAJI SAIL

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Bersyukur kita kehadrat Allah SWT dengan limpah kurnia serta izin-Nya, julung-julung kalinya Buku Pengurusan
Sekolah bagi sesi 2022/23 dapat dihasilkan. Kandungannya yang disusun rapi akan dapat memberikan panduan
kepada guru dan staf sekolah ini untuk melaksanakan tugas dan tanggungjawab dengan baik dan berkesan.

Selama ini usaha gigih yang dijalankan oleh warga sekolah telah berjaya meletakkan sekolah ini
sebagai salah sebuah sekolah cemerlang di peringkat kebangsaan. Tahniah dan syabas kepada semua Penolong
Kanan, guru, staf, murid, PIBG dan ibu bapa yang memberikan sumbangan ke arah kecemerlangan sekolah.

Selari dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 – 2025, warga sekolah perlu
berkerja sebagai satu pasukan dan memberikan komitmen terbaik untuk memenuhi matlamat yang ditetapkan agar
segala usaha yang membuahkan kejayaan dan kecemerlangan memberi satu kepuasan kerja dalam profesion
yang kita ceburi ini.

Saya mengambil kesempatan ini untuk merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih
kepada jawatankuasa yang terlibat dalam menghasilkan Buku Pengurusan ini. Marilah kita memohon petunjuk
daripada Allah SWT, mudah-mudahan segala usaha murni yang kita lakukan ini diberkati serta mendapat kejayaan
dan keredaanNya jua.

Akhir kata kepada semua guru dan staf selamat bertugas dan teruskan usaha gigih kita agar
sekolah kita terus cemerlang dalam pelbagai bidang serta menjadi kebanggaan kita bersama.
Selamat bertugas, sekian terima kasih.
Saya yang menjalankan amanah,
..............................................…..
(NOR ISKANDAR BIN MUHAMMAD)
Pengetua Cemerlang
SMKA Dato’ Haji Abu Hassan Haji Sail

4

VISI DAN MISI KPM

VISI KPM IKRAR RUKUN NEGARA

“Pendidikan BAHAWASANYA NEGARA KITA MALAYSIA
Berkualiti Insan
Terdidik Negara Mendukung cita-cita hendak

Sejahtera” Mencapai perpaduan yang lebih erat dalam kalangan
seluruh masyarakatnya; Memelihara satu cara hidup yang
MISI KPM
demokratik;
“Melestarikan Sistem
Pendidikan yang Mencipta satu masyarakat yang adil di mana Kemakmuran
Berkualiti Untuk Negara akan dapat dinikmati bersama secara adil dan
Membangunkan saksama;

Potensi Individu Bagi Menjamin satu cara hidup yang liberal terhadap tradisi-
Memenuhi Aspirasi tradisi kebudayaannya yang kaya dan berbagai corak;
Negara”
Membina satu masyarakat progresif yang akan
menggunakan sains dan teknologi moden; MAKA KAMI,

rakyat Malaysia berikrar akan menumpukan seluruh
tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut

berdasarkan atas prinsip-prinsip yang berikut:-

Kepercayaan Kepada Tuhan
Kesetiaan Kepada Raja dan Negara

Keluhuran Perlembagaan
Kedaulatan Undang-Undang
Kesopanan dan Kesusilaan

5

FALSAFAH PENDIDIKAN
KEBANGSAAN

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha

berterusan ke arah memperkembangkan lagi

potensi individu secara menyeluruh dan

bersepadu untuk mewujudkan insan yang

seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani,

emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan

kepatuhan kepada tuhan. Usaha ini adalah bagi

melahirkan masyarakat Malaysia yang berilmu

pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia,

bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai

kesejahteraan diri serta memberi sumbangan

terhadap keharmonian dan kemakmuran

masyarakat dan negara.

❖ Percaya dan patuh kepada Tuhan.

❖ Berilmu pengetahuan

❖ Berakhlak mulia UNSUR ROHANI DAN EMOSI
❖ Bertanggungjawab kepada diri, masyarakat, agama

dan negara

❖ Berbakti dan memberi sumbangan kepada Unsur-unsur rohani dan emosi merangkumi
masyarakat dan negara aspek berikut :

❖ Memiliki sahsiah yang seimbang yang sepadu ❖ Keyakinan terhadap Tuhan

WARGANEGARA MALAYSIA ❖ Kepercayaan beragama
YANG BAIK ❖ Kemantapan jiwa
❖ Penghayatan nilai-nilai murni dan norma

Unsur intelek ini mengambil kira aspek berikut : masyarakat

❖ Hikmah iaitu ilmu yang boleh membawa kepada ❖ Berbudi pekerti mulia
kebenaran ❖ Berbakti dan berkorban

❖ Daya pemikiran yang kreatif dan inovatif

❖ Daya pemikiran yang logik dan analisis

❖ Ilmu yang bermanfaat UNSUR JASMANI

❖ Masyarakat Malaysia yang berilmu pengetahuan

memiliki sikap suka membaca serta cintakan ilmu Ciri-ciri unsur jasmani ialah :
pengetahuan. ❖ Kecergasan fizikal dan kesihatan diri

❖ Dapat menggunakan anggota dan tenaga

UNSUR INTELEK fizikal sendiri untuk berdikari dan hidup
bermasyarakat.

6

IKRAR PERKHIDMATAN
AWAM

KAMI YANG TELAH DILANTIK BERKHIDMAT DENGAN KERAJAAN MALAYSIA, MEMBUAT IKRAR DI SINI,
BAHAWA SEMASA DAN SELAGI KAMI BERKHIDMAT DENGAN KERAJAAN MALAYISA, KAMI PATUH DAN
MENGAMALKAN TERAS-TERAS PERKHIDMATAN SEMASA MENJALANKAN TUGAS-TUGAS KE ARAH INI, KAMI:

BERAZAM MENINGGIKAN MUTU PERKHIDMATAN

BEKERJA DENGAN PENUH TANGGUNGJAWAB

BERUSAHA MENGIKIS SIKAP MEMENTINGKAN DIRI

BERKHIDMAT DENGAN MUHIBBAH DAN KEMESRAAN

BEKERJA KE ARAH MEMAJUKAN PEMIKIRAN RAKYAT DAN PENBANGUNAN NEGARA

BEKERJASAMA DALAM MEMBANTERAS KELEMAHAN DAN MUSUH-MUSUH NEGARA

BERPEGANG TEGUH KEPADA AJARAN AGAMA

Ikrar Integriti Perkhidmatan Awam Malaysia

Kami, Pegawai Awam Malaysia dengan sepenuh rela hati mempertahan dan memperkukuhkan intergrti
Perkhidmatan awam dengan mencegah dan membanteras segala bentuk rasuah, salah guna kuasa dan

penyelewengan melalui tindakan-tindakan berikut :

PERTAMA Berusaha memupuk dan mengamalkan nilai-nilai membenci rasuah;

KEDUA Menutup semua ruang dan peluang yang mendedahkan kepada amalan rasuah;

KETIGA Bertindak tegas terhadap mereka yang melanggar undang-undang, peraturan dan
KEEMPAT etika jabatan;
KELIMA
KEENAM Bekerjasama sepenuhnya dengan mana-mana pihak untuk memerangi sebarang
perlakuan jenayah rasuah;

Bertindak tegas terhadap mereka yang cuba menggugat integriti dan imej pegawai
awam;

Mematuhi sepenuhnya kod etika jabatan dan mengamalkan nilai-nilai murni yang
berteraskan ajaran agama dalam melaksanakan tugas.

7

TERAS PERKHIDMATAN
AWAM

Berazam meningkatkan mutu perkhidmatan.

Bekerja dengan penuh tanggungjawab.

Berusaha mengikis sikap mementingkan diri
sendiri.

Berkhidmat dengan penuh muhibbah dan
kemesraan.

Bekerjasama dalam membanteras kelemahan
dan musuh-musuh negara.

Bekerja ke arah memajukan pemikiran rakyat
dan pembangunan negara.

Berpegang teguh kepada ajaran agama.

8

BUDAYA KERJA SEKOLAH

Memahami dan menghayati Falsafah Pendidikan
Kebangsaan, Falsafah, Matlamat dan Objektif
sekolah.

Memelihara dan mempertingkatkan imej Sekolah,
Jabatan dan Kementerian Pendidikan setiap masa.

Mementingkan mutu dan kesan pendidikan.
Menentukan objektif bagi setiap tugasan.

Mengamalkan kerja sepasukan serta
bermesyuarat.

Sentiasa bekerja dengan bersih, cekap dan
amanah.

Mengamalkan sikap jujur, ikhlas, amanah serta adil.

Mengamalkan perkhidmatan penyayang.

Kepimpinan melalui tauladan.

Sentiasa memimpin dan menilai diri sendiri.
Berusaha mempertingkatkan ilmu dan
kemahiran.

Kerja adalah ibadah.

9

ETIKA KERJA

Setiap pekerja hendaklah sentiasa berusaha menunaikan tugas mereka masing-masing. Sesebuah organisasi amat
bergantung kepada pekerja yang produktif dan cemerlang dalam melaksanakan tugas-tugas yang diberikan.

Terdapat etika kerja yang boleh dipraktikkan dalam tugas seharian untuk mendapat keredhaan Tuhan seterusnya
meningkatkan kualiti sesebuah organisasi.

BEKERJA DENGAN AZAM MENGABDIKAN DIRI KEPADA TUHAN

▪Sebagai seorang pekerja, seseorang itu hendaklah menyedari bahawa tugas yang dilaksanakan adalah amanah Tuhan.
Sekiranya dia tidak menunaikan tugas tersebut sebaik-baiknya, maka bererti dia tidak menunaikan amanah Tuhan. Bekerja juga
adalah seperti ibadat. Maka sewajarnya setiap pekerja menunaikan tugas sebaik-baiknya demi kebahagiaan hidup di dunia dan
akhirat. Sesungguhnya Tuhan itu maha melihat dan mendengar. Setiap gerak seseorang itu tidak lepas daripada pandangan-
NYA.



BEKERJA DENGAN IKHLAS DAN AMANAH

Seseorang pekerja itu harus menyedari bahawa jawatan yang dipegang adalah hasil permohonannya sendiri. Oleh
yang demikian, wajarnya dia menjalankan tugasnya dengan penuh kerelaan dalam usaha mengabdikan diri kepada

Tuhan di samping berusaha untuk menyara diri dan keluarga dengan rezeki yang halal.

BEKERJA DENGAN TEKUN DAN CEKAP

Ketekunan adalah suatu sifat yang perlu ada dalam setiap individu yang bergelar pekerja. Setiap pekerja akan dapat
meningkatkan kecekapan dalam menjalankan tugas masing-masing sekiranya meeka tekun. Rasullah s.a.w

bersabda yang bermaksud : “Sesungguhnya Allah suka apabila seseorang itu melakukan sesuatu pekerjaan
dengan tekun”. Mutu kecekapan seseorang itu akan meningkat sekiranya pekerja itu sanggup belajar dan
menambahkan ilmu pengetahuan yang berkaitan dengan tugasnya sepanjang masa.

BEKERJA DENGAN SEMANGAT SATU PASUKAN DAN BERPADU
FIKIRAN

Untuk menghasilkan perkhidmatan yang cemerlang, semangat bekerja sebagai satu pasukan dalam melaksanakan
tugas amat penting. Sikap saling bantu membantu di antara pekerja akan menimbulkan suasana bekerja yang aman

dan gembira.

10

PELAN INDUK
PEMBANGUNAN PENDIDIKAN

MALAYSIA

TERAS 1 : MEMBINA NEGARA BANGSA

Dalam tempoh PIPP, KPM akan membina Negara Bangsa melalui pendidikan dengan memberi tumpuan
kepada fokus dan strategi pelaksanaan seperti berikut :

1. Memperkasakan Bahasa Kebangsaan
❑ Menggerakkan gelombang baru Memperkasakan Bahasa Kebangsaan.
❑ Memantapkan pelaksanaan Dasar Buku Negara (DBN) dengan membentuk jawatankuasa induk
penggerak DBN dan lima jawatankuasa kerja penggerak DBN.
❑ Mengkoordinasi peranan semua pihak yang terlibat untuk menggiatkan aktiviti kebahasaan,
kesusasteraan, pengkaryaan, penterjemahan dan penerbitan.
❑ Mewujudkan Bulan Bahasa dan Sastera Negara.

2. Memantapkan perpaduan negara dan integrasi nasional
❑ Meningkatkan tahap kesedaran dan kefahaman rakyat Malaysia supaya menghormati
Perlembagaan Malaysia.
❑ Meningkatkan semangat patriotik melalui Rukun Negara, penyebaran maklumat, Kempen Cintakan
Warisan Bangsa Negara dan aktiviti kokurikulum.
❑ Menanamkan sifat hormat-menghormati dan peka terhadap sensitiviti masyarakat pelbagai kaum.
❑ Mempergiatkan aktiviti RIMUP dengan mewujudkan JK RIMUP di semua peringkat pernacangan,
pelaksanaan dan pemantauan aktviti RIMUP.

3. Memupuk kecintaan terhadap seni, warisan dan budaya bangsa
❑ Membina kurikulum kesenian.
❑ Membina Sekolah Seni.
❑ Meningkatkan kerjasama dengan KeKKWa.
❑ Membudayakan penggunaan tulisan Jawi.

4. Memupuk kefahaman yang jelas terhadap pendekatan Islam Hadhari
❑ Mempelbagai aktiviti untuk membimbing pelaksanaan Islam Hadhari dalam pembentukan pemikiran
dan kehidupan.

11

PELAN INDUK
PEMBANGUNAN PENDIDIKAN

MALAYSIA

TERAS 2 : MEMBANGUNKAN MODAL INSAN

Dalam tempoh PIPP ini, KPM akan membangunkan modal insan dengan memberi fokus dan strategi pelaksanaan
berikut:
1. Mengadakan lebih banyak pilihan pendidikan kepada ibu bapa dan pelajar

❑ Meneruskan kewujudan pelbagai jenis sekolah, aliran, mata pelajaran dan bidang pengkhususan.
❑ Meningkatkan peruntukan belanja mengurus kepada Sekolah Kerajaan dan Sekolah Bantuan

Kerajaan.
❑ Meneruskan pendaftaran SAR dan SAN di seluruh negara.
2. Meningkatkan keupayaan dan penguasaan ilmu pengetahuan
❑ Mengkaji pelaksanaan KBSR dan KBSM supaya lebih menekankan kemahiran berfikir aras tinggi

(higher order thinking skills)
❑ Memupuk budaya cintakan ilmu pengetahuan.
❑ Melaksanakan Program Pembestarian Sekolah.
❑ Menyediakan pusat akses.
❑ Menyediakan infrastruktur dan perkakasan yang mencukupi
❑ Melaksanakan Program Pengkomputeran Sekolah.
❑ Melaksanakan perisisan yang lengkap dan pelbagai.
❑ Mengadakan latihan dan bimbingan.
❑ Mewujudkan sistem penyelenggaraan yang berterusan.
3. Memupuk pelajar memiliki kemahiran dan keterampilan
❑ Melengkapkan diri pelajar dengan pelbagai jenis kemahiran hard and soft skills.
❑ Memupuk pelajar supaya menghayati dan mengamalkan nilai-nilai murni, budi bahasa dan adab.
❑ Memastikan sekolah memberi penekanan kepada keselamatan dan kebersihan dan kesihatan pelajar.
4. Memantapkan sistem pentaksiran dan penilaian supaya lebih holistik
❑ Menyediakan pentaksiran alternatif.
❑ Memantapkan pentaksiran sedia ada dengan unsur-unsur berasaskan kompetensi.
❑ Mengkaji semula sistem pentaksiran dan penilaian untuk menjadikan persekolahan tidak terlalu

berorientasikan peperiksaan.

12

PELAN INDUK
PEMBANGUNAN PENDIDIKAN

MALAYSIA

TERAS 2 : MEMBANGUNKAN MODAL INSAN

5. Memantapkan program kokurikulum dan sukan
❑ Penambahbaikan aktiviti sukan dan kokurikulum.
❑ Meningkatkan penyertaan murid.
❑ Meningkat semangat patriotik dengan memastikan Rukun Negara dipelajari dan dihayati sepenuhnya
bermula daripada peringkat awal persekolahan.
❑ Memperkasakan sukan di sekolah ke arah sukan untuk semua.
❑ Memantapkan pelaksanaan kokurikulum bagi menggalakkan penglibatan pelajar yang lebih
menyeluruh.
❑ Memantapkan program keguruan dalam kokurikulum dan sukan serta kejurulatihan.
❑ Menyediakan infrastruktur dan peralatan yang lebih lengkap di sekolah, pusat kokurikulum, kolej
matrikulasi dan IPG.
❑ Meningkatkan kerjasama KPM dengan kementerian dan pihak luar KPM.

6. Memperkukuh disiplin pelajar
❑ Meningkatkan serta memantapkan mekanisme pengurusan dan pemantauan disiplin sekolah.
❑ Meningkatkan kefahaman dan kemahiran pengurusan penguatkuasaan peraturan disiplin pelajar.
❑ Mempelbagaikan saluran aduan terus.

7. Memantapkan kurikulum
❑ Meneruskan pelaksanaan mata pelajaran Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral, serta Pendidikan
Sivik dan Kewarganegaraan.
❑ Mempergiatkan pelaksanaan aktiviti kerjasama dengan pelbagai agensi.
❑ Memantapkan kurikulum sains dan matematik.

13

PELAN INDUK
PEMBANGUNAN PENDIDIKAN

MALAYSIA

TERAS 3 : MEMPERKASAKAN SEKOLAH KEBANGSAAN

Dalam tempoh PIPP ini, fokus dan strategi pelaksanaan berikut akan diberi tumpuan bagi memperkasakan
SK :

1. Peluasan Program Prasekolah
❑ Menambahkan bilangan kelas prasekolah KPM.
❑ Menggunakan Kurikulum Prasekolah Kebangsaan.
❑ Memastikan murid berkeperluan khas mendapat program prasekolah.
❑ Memastikan guru dan pembantu guru prasekolah mencukupi dan terlatih.

2. Pemantapan Kepimpinan Pengetua/Pengetua dan Kualiti Guru
❑ Memantapkan kepimpinan Pengetua/Pengetua.
❑ Meningkatkan kualiti guru.

3. Pengukuhan Budaya Sekolah
❑ Mewujudkan SK yang berbudaya cemerlang, iklim dan budaya sekolah yang sihat.

4. Pemantapan Kurikulum
❑ Memastikan semua murid Tahap 1 menguasai 3M.
❑ Memperluas j-QAF.
❑ Memperkenalkan Bahasa Cina dan Tamil.
❑ Memperkenalkan program bagi pelajar berkeperluan khas.
❑ Meningkatkan akses dan pilihan program di peringkat menengah.

5. Pemantapan Aktiviti Kokurikulum dan Sukan
❑ Menambah baik aktiviti kokurikulum dan sukan.
❑ Meningkatkan penyertaan murid.

6. Penambahbaikan Sistem Sokongan
❑ Menambahbaik sistem sokongan.
❑ Menambah bilangan jawatan pembantu guru.

7. Peningkatan Prestasi Akademik
❑ Memastikan semua pelajar mendapat peluang bersekolah.
❑ Memantapkan program intervensi.

8. Menyediakan Infrastruktur Dan Kemudahan Asas Mencukupi Dan Berkualiti
❑ Meningkatkan kualiti prasarana SK.
❑ Meningkatkan kualiti infrastruktur dan kemudahan pendidikan.
❑ Menambah bilangan sekolah rendah satu sesi.
❑ Pembestarikan sekolah.

14

PELAN INDUK
PEMBANGUNAN PENDIDIKAN

MALAYSIA

TERAS 4 : MERAPATKAN JURANG PENDIDIKAN

Dalam tempoh PIPP ini, KPM akan merapatkan jurang pendidikan dengan memberi tumpuan kepada fokus dan
strategi pelaksanaan seperti berikut:

1. Membangunkan infrastruktur dan kemudahan pendidikan luar bandar
❑ Menambahbaik Program Pembangunan Pendidikan Luar Bandar dan pedalaman.
❑ Menambah baik Sekolah Kurang Murid (SKM).
❑ Merapatkan jurang digital.

2. Meningkatkan kadar penyertaan dan mengurangkan risiko keciciran
❑ Penguasaan 3M.
❑ Pengurangan kadar keciciran.
❑ Pemantapan program pendidikan bagi murid orang kurang upaya.
❑ Membuka kelas khas bagi murid autisme dan ADHD serta yang mempunyai dua kecacatan.
❑ Memantapkan program pendidikan khas inklusif.
❑ Menghasilkan kaedah penilaian yang diiktiraf.
❑ Menyediakan perkhidmatan pendidikan khas kepada kanak-kanak dari umur satu hari di pusat
perkhidmatan.
❑ Meminda Peraturan- Peraturan Pendidikan Khas 1997 untuk menerima pelajar dua kecacatan.
❑ Memantapkan instrumen saringan untuk kenal pasti murid berkeperluan khas.
❑ Menyediakan kemudahan pengangkutan untuk murid pendidikan khas.
❑ Mengeratkan kerjasama antara KPM, Kem. Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Kem.
Kesihatan, KPT dan Kem. Sumber Manusia.

3. Meningkatkan bilangan guru terlatih dan mengikut opsyen di kawasan pedalaman
❑ Peningkatan bilangan guru terlatih dan mengikut opsyen di kawasan pedalaman.
❑ Mewajibkan guru baru berkhidmat di kawasan pedalaman.
❑ Menambah baik insentif khusus kepada guru yang berkhidmat di pedalaman.
❑ Menyediakan asurans kepada guru-guru yang berkhidmat di luar bandar.
❑ Menyediakan rumah guru dan kemudahan asas yang sempurna.

4. Menambah baik sistem pengagihan bantuan kepada pelajar miskin, berkeperluan khas dan kumpulan
minoriti

❑ Pemantapan sistem pengagihan bantuan.
❑ Memantapkan Sistem Maklumat Murid (SMM).
❑ Memantau pelaksanaan program bantuan secara berterusan.
❑ Menilai impak program secara berkala.
❑ Mewujudkan Majlis Tindakan Pendidikan Daerah (MTPD).
❑ Mengukuhkan kerjasama antara sekolah, sektor awam dan swasta.

15

PELAN INDUK
PEMBANGUNAN PENDIDIKAN

MALAYSIA

TERAS 5 : MEMARTABATKAN PROFESION KEGURUAN

Dalam tempoh PIPP ini, KPM akan memartabatkan profesion keguruan dengan memberi tumpuan kepada fokus
dan strategi pelaksanaan berikut:

1. Menambah baik sistem pemilihan calon guru
❑ Memperketat syarat dan kriteria pengambilan calon guru.
❑ Ujian Pemilihan Calon Guru Malaysia (Malaysian Teachers Selection Test - MTeST), temuduga individu
dan berkumpulan serta ujian bertulis Bahasa Inggeris.
❑ Syarat tambahan Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) yang bersesuaian dengan keperluan
opsyen.
❑ Pemilihan Guru Siswazah Sandaran Terlatih melalui iklan dan tapisan rapi.
❑ Pemantapan proses perlantikan dan pengesahan PPPS oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran
(SPP) bagi memastikan setiap guru mencapai standard minimum.

2. Memantapkan latihan perguruan
❑ Menaik taraf maktab perguruan kepada Institut Pendidikan Guru (IPG).
❑ Mereka bentuk dan menggubal Kurikulum IPG secara berpusat dan mendapat kelulusan Majlis
Kurikulum Pendidikan Guru.
❑ Memberi penekanan kepada elemen baru dalam kurikulum pendidikan guru.
❑ Membangunkan infostruktur yang meliputi Pusat Maklumat Latihan Keguruan, Sistem Penyaluran,
Rangkaian ICT, Portal Pendidikan Guru dan Total Campus Management System.
❑ Memantapkan profesionalisme keguruan dengan memberi latihan dalam aspek pedagogi, kokurikulum,
ICT, penyelidikan dan pastoral care.
❑ Memperkasakan peranan IAB untuk kursus dalam perkhidmatan bagi membina sumber tenaga
pengurusan dan kepimpinan pendidikan yang terbaik ke arah meningkatkan profesionalisme guru.
❑ Meningkatkan kelayakan tenaga pengajar IPG dengan mengadakan Program Peningkatan
Akademik PPP yang dijalankan secara sepenuh masa, Pendidikan Jarak Jauh (PJJ) serta gabungan
PJJ dan sepenuh masa.
❑ Meningkatkan, pemantapan dan peluasan kursus dan latihan.
❑ Memperkasakan peranan Institut Aminudin Baki.

3. Memantapkan kerjaya guru
❑ Penambahan perjawatan dan peluasan naik pangkat untuk PPPS di KPM/JPN/PPD/G.

16

PELAN INDUK
PEMBANGUNAN PENDIDIKAN

MALAYSIA

TERAS 5 : MEMARTABATKAN PROFESION KEGURUAN

4. Menambah baik persekitaran kerja dan kebajikan guru
❑ Menyediakan persekitaran kerja yang kondusif.
❑ Menyediakan kemudahan tempat tinggal yang mencukupi di kawasan pedalaman, luar bandar dan
bandar melalui pembinaan rumah guru baru dan membaik pulih rumah guru sedia ada.
❑ Memperkasa peranan Yayasan Guru Malaysia untuk meningkatkan inisiatif menjaga dan memelihara
kepentingan dan kebajikan guru.
❑ Mensifarkan GSTT.
❑ Memantapkan pelaksanaan Guru Simpanan.
❑ Mewujudkan tambahan jawatan kumpulan sokongan bagi mengurangkan beban tugas dan
tanggungjawab guru dalam kerja-kerja pentadbiran.
❑ Mengkaji keperluan kemudahan asurans bagi guru-guru yang berkhidmat di kawasan pedalaman.
❑ Menyediakan kemudahan bilik guru dan bilik darjah yang kondusif untuk meningkatkan kualiti kerja dan
p&p melalui projek naik taraf, bangunan tambahan dan pembinaan baru.
❑ Menempatkan guru mengikut opsyen dan keperluan.
❑ Menyediakan perancangan bagi mengatasi masalah kekurangan guru mengikut opsyen.
❑ Menyediakan data dan unjuran bilangan guru yang tidak mencukupi mengikut opsyen dan lokasi.

5. Memantapkan perancangan dan pengurusan sumber manusia
❑ Penyediaan mekanisme bekalan guru.
❑ Mewujudkan kerjasama dengan IPT tentang latihan guru.
❑ Menambahbaik sistem maklumat guru.
❑ Mewajibkan guru baru berkhidmat di kawasan pedalaman.

17

PELAN INDUK
PEMBANGUNAN PENDIDIKAN

MALAYSIA

TERAS 6 : MELONJAKKAN KECEMERLANGAN INSTITUSI
PENDIDIKAN

Sebanyak 300 institusi pendidikan yang menyerlah dan cemerlang dalam kluster institusi pendidikan tertentu akan
dikenal pasti dan dipilih mengikut elemen utama dan elemen sokongan.
Bagi sekolah-sekolah yang terpilih, fokus akan diberikan terhadap perkara-perkara berikut :
1. Memastikan kepemimpinan teguh dan berkesan

❑ Pemantapan latihan kepemimpinan Pengetua dan pengetua.
❑ Mengenalpasti memilih pengetua, Pengetua dan guru penolong kanan.
❑ Menentukan KPI yang perlu dicapai oleh pengetua, Pengetua dan guru penolong kanan.
2. Pemilihan guru dan jurulatih berkebolehan dan berkemahiran tinggi
❑ Memilih guru dan jurulatih melalui iklan, permohonan dan temu duga.
❑ Pengetua, Pengetua dan guru bersama-sama akan menentukan KPI yang perlu dicapai oleh guru dan

jurulatih.
❑ Prestasi guru dan jurulatih akan menentukan sama ada jawatan dikekalkan.
3. Memilih kelompok sekolah cemerlang
❑ Perlantikan sekolah.
❑ Menigkatkan keupayaan dengan memberi autonomi kepada sekolah.
4. Mewujudkan akauntabiliti
❑ Menyediakan pelbagai prosedur untuk memudahkan pelaksanaan program.
❑ Melaksanakan penilaian sekolah kluster.
❑ Melaksanakan penarafan kendiri.
❑ Memperkukuh mekanisme pemastian kualiti kolej matrikulasi.
❑ Memastikan semua program dan ijazah keluaran IPG diiktiraf di dalam dan luar negara.
5. Mewujudkan piawaian dan penandaarasan
❑ Menyediakan pengurusan perubahan dan mengenal pasti amalan terbaik.
❑ Melaksanakan penarafan kendiri.

18

PELAN INDUK
PEMBANGUNAN PENDIDIKAN

MALAYSIA

TERAS 6 : MELONJAKKAN KECEMERLANGAN INSTITUSI
PENDIDIKAN

6. Menjadikan Malaysia Pusat Kecemerlangan Pendidikan
❑ Meningkatkan jalinan antara sekolah-sekolah cemerlang dalam dan luar negara.
❑ Meningkatkan jalinan antara IPG dengan universiti luar negara.
❑ Meningkatkan jalinan Bestari (Smart partnership) antara universiti luar negara.
❑ Mempakejkan dan memasarkan IPG secara berkesan agar negara dapat dikenali sebagai pusat
pendidikan guru.
❑ Mempakejkan dan memasarkan sekolah swasta dan antarabangsa untuk menarik minat pelajar.
❑ Meminda dasar sekolah antarabangsa supaya dapat meningkatkan daya saing negara dalam bidang
pendidikan di rantau Asia.
❑ Melibatkan pelajar, guru dan sekolah dalam pertandingan kokurikulum pada peringkat antarabangsa.
❑ Meningkatkan jalinan kerjasama antara sekolah-sekolah cemerlang di dalam dan luar negara.
❑ Penglibatan dalam badan-badan pendidikan dunia seperti UNESCO, OECD dan IEA.
❑ Menyertai lebih banyak kajian pada peringkat antarabangsa.
❑ Memperkasa kolej matrikulasi.

7. Merintis perubahan dan pembaharuan
❑ Melaksanakan pentaksiran berasaskan sekolah.
❑ Mengadakan P&P berasaskan Model Hasil Pembelajaran (outcome based learning).
❑ Memperkenalkan program alternatif untuk kemasukan ke IPT seperti International Baccalaureate dan
peperiksaan Standard Admission Test (SAT)

Rujukan : 1) RMK-9: Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006-2010, Edisi Pelancaran. BPPDP, 2006.
Kad Laporan keempat seperti Disember 2008.

19

TATASUSILA PROFESION
PERGURUAN

Kami, guru-guru Malaysia, yakin bahawa tujuan utama pendidikan ialah berusaha menuju ke arah
pembentukan warganegara yang berilmu, yang taat setia, yang bertanggungjawab dan berkebolehan, yang
menyedari betapa pentingnya usaha menuju ke arah kebenaran dan ke arah pencapaian hasrat yang
gemilang, dan yang percaya demokrasi, kebebasan perseorangan dan Prinsip-Prinsip Rukun Negara.

1 TANGGUNGJAWAB TERHADAP

PELAJAR

1. Lebih mengutamakan kebajikan dan keselamatan pelajar kami daripada hal-hal lain.
2. Bersikap adil terhadap setiap orang pelajar tanpa mengira faktor-faktor jasmani, mental, emosi, politik ekonomi,

sosial, keturunan atau agama.
3. Merahsiakan maklumat ikhtisas atau sulit mengenai pelajar kecuali kepada mereka yang berhak

mengetahuinya.
4. Membimbing atau mengajar seseorang pelajar dalam darjah sendiri atau dalam mata pelajaran-mata pelajaran

yang diajar di dalam bilik darjah tanpa sebarang bayaran.
5. Menunjukkan suatu cara pakaian, pertuturan dan tingkah laku yang dapat memberikan contoh yang baik kepada

pelajar.
6. Memelihara dan memperbaiki kecekapan ikhtisas melalui pengkajian, penyelidikan, lawatan dan menghadiri

kursus ikhtisas, persidangan, mesyuarat atau seminar supaya pengajaran kami mencapai mutu yang setinggi-
tingginya.

2 TANGGUNGJAWAB TERHADAP
IBU BAPA

1. Menghormati tenggungjawab utama ibu bapa terhadap anak-anak mereka.
2. Berusaha mewujudkan hubungan mesra dan kerjasama yang erat di antara institusi pendidikan dengan rumah

tangga.
3. Mengganggap semua maklumat yang diberikan oleh ibu bapa mengenai keadaan rumah tangga atau mengenai

anak mereka sebagai sulit dan tidak akan membocorkannya kepada sesiapa kecuali kepada mereka yang
berhak mengetahuinya.
4. Memberikan maklumat kepada ibu bapa demi kepentingan anak-anak mereka, dan menggunakan maklumat
yang diterima daripada ibu bapa secara teliti dan bijaksana.
5. Mengelakkan diri dari menggunakan atau dipengaruhi oleh kedudukan sosial dan ekonomi ibu bapa pelajar.
6. Mengelakkan diri dari mengeluarkan kata-kata atau melakukan sesuatu yang boleh menjelaskan kepercayaan
pelajar terhadap ibu bapa atau penjaga mereka.

20

TATASUSILA PROFESION
PERGURUAN

3 TANGGUNGJAWAB TERHADAP
MASYARAKAT DAN NEGARA

1. Mengelakkan diri dari menyebarkan sesuatu ajaran yang boleh merosakkan kepentingan pelajar, masyarakat
atau negara, atau pun yang bertentangan dengan Rukun Negara.

2. Memupuk dalam diri setiap pelajar sikap dan nilai yang boleh membantu dan membimbing mereka untuk
menjadi warganegara yang taat setia, bertanggungjawab dan berguna, menghormati orang-orang yang lebih
tua dan menghormati adanya perbezaan kebudayaan, keturunan dan ugama.

3. Menghormati masyarakat tempat kami berkhidmat dan memenuhi segala tanggungjawab sebagai seorang
warganegara dan sentiasa sanggup mengambil bahagian dalam sebarang kegiatan masyarakat.

4. Menggalakkan kerjasama dan persefahaman di antara guru dengan ibu bapa, institusi pendidikan dengan
masyarakat.

5. Memberi sumbangan cergas untuk meninggikan kehidupan moral, kebudayaan dan kecendekiawan
masyarakat.

6. Berpegang kepada tingkah laku yang sopan yang diterima oleh masyarakat dan menjalani kehidupan kami
sehari-hari dengan baik.

4 TANGGUNGJAWAB TERHADAP RAKAN
SEJAWAT DAN PROFESION PERGURUAN

1. Mengelakkan diri dari membuat sebarang kenyataan atau ulasan yang boleh mencemarkan nama bagi
seorang guru.

2. Tidak melibatkan diri dalam kegiatan yang boleh menjejaskan kecekapan kami sebagai guru.
3. Berusaha dengan sepenuhnya menunaikan tanggungjawab kami dengan rajin dan bersungguh-sungguh dan

mengekalkannya sejajar dengan kemajuan ikhtisas dan sosial.
4. Sentiasa bersedia membantu rakan sejawat kami terutamanya mereka yang baru dalam profesion perguruan.
5. Sentiasa mengawasi diri kami supaya tidak mencemarkan nama baik profesion perguruan.
6. Akan menjadi ahli sesebuah pertubuhan guru.

CATATAN Guru yang dimaksudkan dalam konteks Tatasusila ini ialah orang yang
menyebarkan ilmu pengetahuan di sesebuah institusi pendidikan peringkat
rendah, menengah dan tinggi, (termasuk guru terlatih yang bertugas dalam
pentadbiran, organisasi dan penyeliaan pendidikan).

21

ANJAKAN PPPM

Menyediakan kesamarataan akses kepada
pendidikan berkualiti bertaraf antarabangsa.
Memastikan setiap murid menguasai kemahiran dalam
bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris dan digalakkan
mempelajari bahasa tambahan.
Melahirkan rakyat yang menghayati nilai.

Mentransformasi profesion keguruan menjadi
profesion pilihan.

Memastikan kepimpinan berprestasi tinggi
ditempatkan di setiap sekolah.

Mengupaya JPN, PPD dan sekolah untuk
menyediakan penyelesaian khusus berasaskan
keperluan.

Memanfaatkan ICT bagi meningkatkan kualiti
pembelajaran di Malaysia.

Mentransformasi kebolehan dan keupayaan
penyampaian kementerian.

Bekerjasama dengan ibu bapa, komuniti dan sektor
swasta secara meluas.

Memaksimumkan keberhasilan murid bagi setiap
ringgit.

Meningkatkan ketelusan untuk
kebertanggungjawaban awam secara langsung.

22

PENGGAL PERSEKOLAHAN
KUMPULAN A

KUMPULAN A :
Sekolah-sekolah di negeri : Johor, Kedah, Kelantan dan Terengganu

PENGGAL MULA AKHIR JUMLAH HARI JUMLAH MINGGU
1 PERSEKOLAHAN PERSEKOLAHAN 11
2 1
21.03.2022 31.03.2022 9
3 12
01.04.2022 30.04.2022 20 1

01.05.2022 31.05.2022 17 13
3
01.06.2022 03.06.2022 2 7
3
JUMLAH HARI 48

CUTI PENGGAL 1, SESI 2022/2023

03.06.2022 - 11.06.2022 9

12.06.2022 30.06.2022 15

01.07.2022 31.07.2022 19

01.08.2022 31.08.2022 22

01.09.2022 01.09.2022 1

JUMLAH HARI 57

CUTI PENGGAL 2, SESI 2022/2023

02.09.2022 - 10.09.2022 9

11.09.2022 30.09.2022 15

01.10.2022 31.10.2022 18

01.11.2022 30.11.2022 22

01.12.2022 08.12.2022 6

JUMLAH HARI 61

CUTI PENGGAL 3, SESI 2022/2023

09.12.2022 - 31.12.2022 23

01.01.2023 31.01.2023 20

01.02.2023 16.02.2023 12

JUMLAH HARI 32

CUTI AKHIR PERSEKOLAHAN, SESI 2022/2033

17.02.2023 11.03.2023 23

23

PENGGAL PERSEKOLAHAN
KUMPULAN B

Penggal Persekolahan

KUMPULAN B :

Sekolah-sekolah di negeri : Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau

Pinang, Sabah, Sarawak, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah

Persekutuan Labuan & Wilayah Persekutuan Putrajaya

PENGGAL MULA AKHIR JUMLAH HARI JUMLAH MINGGU
1 PERSEKOLAHAN PERSEKOLAHAN 11
2 1
21.03.2022 31.03.2022 9
3 12
01.04.2022 30.04.2022 21 1

01.05.2022 31.05.2022 16 13
3
01.06.2022 03.06.2022 3 7
3
JUMLAH HARI 49
24
CUTI PENGGAL 1, SESI 2022/2023

04.06.2022 - 12.06.2022 9

13.06.2022 30.06.2022 14

01.07.2022 31.07.2022 20

01.08.2022 31.08.2022 22

01.09.2022 02.09.2022 2

JUMLAH HARI 58

CUTI PENGGAL 2, SESI 2022/2023

03.09.2022 - 11.09.2022 9

12.09.2022 30.09.2022 14

01.10.2022 31.10.2022 17

01.11.2022 30.11.2022 22

01.12.2022 09.12.2022 7

JUMLAH HARI 60

CUTI PENGGAL 3, SESI 2022/2023

10.12.2022 - 31.12.2022 22

03.01.2023 31.01.2023 18

01.02.2023 17.02.2023 13

JUMLAH HARI 31

CUTI AKHIR PERSEKOLAHAN, SESI 2022/2033

18.02.2023 12.03.2023 23

JADUAL GAJI PENJAWAT
AWAM

JANUARI FEBRUARI MAC

25 25 25

SELASA JUMAAT JUMAAT

APRIL MEI JUN

25 265 24

ISNIN KRHAABMUIS JUMAAT

JULAI OGOS SEPTEMBER

25 25 23

ISNIN KHAMIS JUMAAT

OKTOBER NOVEMBER DISEMBER

18 25 19

SELASA JUMAAT ISNIN

25

CUTI PERAYAAN

CUTI PERAYAAN TAMBAHAN CUTI PERAYAAN YANG DIPERUNTUKKAN OLEH KEMENTERIAN
PENDIDIKAN MALAYSIA (KPM)

KUMPULAN A KUMPULAN B CATATAN

TAHUN BARU CINA 30.01.2022 (Ahad) 31.01.2022 (Isnin) Dua (2) Hari Cuti
01.02.2022 (Selasa) dan 31.01.2022 (Isnin) 03.02.2022 (Khamis) Tambahan KPM
02.05.2022 (Isnin) 05.05.2022 (Khamis)
02.02.2022 (Rabu) Dua (2) Hari Cuti
05.05.2022 (Khamis) 06.05.2022 (Jumaat) Tambahan KPM
HARI RAYA AIDILFITRI
03.05.2022 (Selasa) dan 03.06.2022 (Jumaat) Satu (1) Hari Cuti
Negeri Sarawak sahaja Tambahan KPM
04.05.2022 (Rabu)

HARI GAWAI DAYAK
01.06.2022 (Rabu) dan

02.06.2022 (Khamis)

HARI DEEPAVALI 23.10.2022 (Ahad) dan 25.10.2022(Selasa) dan Dua (2) Hari Cuti
24.10 2022 (Isnin) (kecuali 25.10.2022 (Selasa) 26.10.2022(Rabu) Tambahan KPM

Negeri Sarawak) Semua Negeri Kumpulan Satu (1) Hari Cuti
B kecuali Sarawak Tambahan KPM
24.10.2022 (Isnin)

Sarawak sahaja

TAHUN BARU CINA 24.01.2023 (Selasa) 20.01.2023 (Jumaat) Satu (1) Hari Cuti
22.01.2023 (Ahad) dan Tambahan KPM

23.01.2023 (Isnin)

KUMPULAN A :
Sekolah-sekolah di negeri : Johor, Kedah, Kelantan dan Terengganu

KUMPULAN B :
Sekolah-sekolah di negeri : Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau
Pinang, Sabah, Sarawak, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah
Persekutuan Labuan & Wilayah Persekutuan Putrajaya

26

LATAR
BELAKANG
SEKOLAH

KANDUNGAN BILANGAN

PERKARA 28
29
Logo Sekolah 30
Visi dan Misi Sekolah 31
Ikrar Murid 32
Lagu Sekolah 33
Piagam Pelanggan 34
Objektif & Matlamat SMKA 37
Sejarah Sekolah 38
Pelan Sekolah 39
Carta Organisasi Pengurusan Sekolah
Carta Organisasi Jawatankuasa Sekolah 27

LOGO SEKOLAH

NAMA SEKOLAH MAKSUD LOGO SEKOLAH

WARNA KUNING Nama sekolah dalam Bahasa Melayu dan Arab
WARNA HIJAU merupakan simbolik kepada mata pelajaran Bahasa Arab
dan beberapa mata pelajaran Pendidikan Islam yang
WARNA MERAH ditawarkan di sekolah ini.

MOTTO Melambangkan sekolah ini terletak di bawah sesebuah
negara yang dinaungi oleh pemerintah beraja.
1996/1416H
SAINS DAN Melambangkan warna Islam, sesuai dengan sekolah ini
TEKNOLOGI sebagai SMKA yang menghayati ajaran dan budaya
AL-QURAN DAN Islam.
REHAL
Melambangkan keberanian pelajar-pelajar sekolah ini
mesti berani menghadapi cabaran, berani berjuang
menegakkan ‘amal ma’ruf nahi munkar’.

Diabadikan sesuai dengan wawasan negara dan
Falsafah Pendidikan Negara, iaitu ke arah melahirkan
generasi yang seimbang dari aspek jasmani, emosi,
rohani dan intelek.

Bersempena tahun penyerahan kunci bangunan sekolah
yang telah siap dibina, iaitu pada 19 Mei 1996
bersamaan 26 Zulhijjah 1416 Hijrah.

Sains dan Teknologi bergerak seiring dengan tuntutan
Islam.

Melambangkan Segala ilmu dunia dan akhirat - al-Quran
dan As-Sunnah.

28

VISI DAN MISI SEKOLAH

VISI SEKOLAH

PENDIDIKAN BERKUALITI, INSAN
TERDIDIK, NEGARA SEJAHTERA

MISI SEKOLAH

MELESTARIKAN SISTEM PENDIDIKAN
YANG BERKUALITI UNTUK

MEMBANGUNKAN POTENSI INDIVIDU
BAGI MEMENANGI ASPIRASI NEGARA

29

IKRAR MURID

30

LAGU SEKOLAH

Cemerlang di dunia,
Sejahtera di akhirat,
Matlamat hidup kita,
Putera puteri Pembina ummah.

Arahan dipatuhi,
Imej dijaga walau dimana,

Berilmu beriman,
Amalan hidup kita.
Guru kami yang bijak bestari,
Ikhlas mendidik setiap hari,
Ibarat ibu dan ayah,
Kami sanjung kami hormati.
Maahad pedas Al-Islami,
Harum nama di persada nusa,
Teguh dan usaha kami berjanji,
Capai matlamat bersama.

31

PIAGAM PELANGGAN
SEKOLAH

Kami pentadbir, guru dan kakitangan Sekolah
Menengah Kebangsaan Agama Dato’ Haji Abu
Hassan Haji Sail dengan penuh tekad dan iltizam
berikrar memberikan perkhidmatan terbaik kepada
semua pelanggan dengan:

⮚ Prihatin dalam semua perkara serta berusaha
mengatasi sebarang masalah yang mereka
hadapi dengan penuh kasih sayang.

⮚ Efisien dalam mendidik untuk mencapai
kecemerlangan akademik, sahsiah dan
kokurikulum.

⮚ Dedikasi dan bertenaga untuk merealisasikan visi
dan misi sekolah.

⮚ Amanah dan ikhlas dalam mentarbiah supaya
mendapat keredaan Allah SWT.

⮚ Segera bertindak melaksanakan tugas, proaktif,
kreatif dan tidak membuang masa agar menjadi
model terbaik kepada para pelajar.

32

OBJEKTIF DAN MATLAMAT
SEKOLAH

OBJEKTIF SMKA

⮚ Mencapai kecemerlangan kurikulum dan kokurikulum.
⮚ Melahirkan pelajar yang mengamalkan akhlak mulia.
⮚ Membentuk generasi pelajar sebagai pemimpin yang boleh

diteladani.
⮚ Melahirkan pelajar yang mempunyai ketahanan diri dalam

menghadapi cabaran budaya yang bercambah dengan nilai-nilai
Islam.
⮚ Menyediakan pelajar yang dapat

MATLAMAT SMKA

⮚ Mendidik pelajar dengan keperibadian Islam.
⮚ Membekalkan ilmu yang memenuhi tuntutan dunia dan akhirat.
⮚ Memperkembang potensi pelajar dari segi minat, kreativiti,

sahsiah dan kepemimpinan.
⮚ Memberi peluang kepada pelajar untuk melanjutkan pelajaran

dalam bidang ilmu dalam dan luar negara.

33

SEJARAH SEKOLAH

01 Disember 1995
Mula ditubuhkan dengan menumpang bangunan asrama
Sekolah Menengah Kebangsaan Tuanku Abdul Rahman,
Gemas. Pengetua pertama ialah Tuan Haji Zainal Abdidin
bin Abdul Latif.
19 Mei 1996
Bangunan sekolah yang telah siap di Pedas telah
diserahkan dengan rasminya oleh Jabatan Pendidikan
Negeri Sembilan.

34

SEJARAH SEKOLAH

15 Jun 1996
Pelajar dari SMK Tuanku Abd Rahman, Gemas telah
mendaftar di SMKA Pedas.

01 Januari 1998
Ustaz Marzuki Hamid menggantikan Puan Hajah
Khuzaimah bt. Sulaiman (Pengetua Kedua) yang
berpindah ke SMKA Sheikh Haji Mohd Said, Seremban.

07 Mei 2011
SMKA Pedas telah menukarkan nama kepada SMKA Dato’
Haji Abu Hassan Haji Sail. Perasmian disempurnakan oleh
YAB Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan,
Menteri Besar Negeri Sembilan.

35

SEJARAH SEKOLAH

09 Mac 2015
SMKA Dato’ Haji Abu Hassan Haji Sail dinobatkan sebagai
Sekolah Kluster Kecemerlangan dengan kebitaraan Bahasa
Melayu dan Memanah.
01 Januari 2016
SMKA Dato’ Haji Abu Hassan Haji Sail melaksanakan
Program Tahfiz Model Ulul Albab bagi Kohort Ketiga selari
dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM).

36

PELAN SEKOLAH

37

38

CARTA ORGANISASI

39

PENGURUSAN
PENTADBIRAN
DAN KURIKULUM

KANDUNGAN BILANGAN

PERKARA 41
42
Kata-kata Aluan Penolong Kanan Pentadbiran 43
Carta Organisasi Pentadbiran & Kurikulum 57
Panduan Am Staf Sekolah 58
Senarai Nama Staf Sekolah 62
Bidang Tugas Staf Sokongan Sekolah 64
Senarai Nama Staf Akademik 71
Jawatankuasa Pentadbiran & Pengurusan 93
Dasar Unit Kurikulum
Jawatankuasa-jawatankuasa Unit Kurikulum 40

KATA-KATA ALUAN
GURU PEN. KANAN PENTADBIRAN &

KURIKULUM

PUAN FARIDAH BINTI HJ. HUSSIN
GURU PENOLONG KANAN KURIKULUM
SMKA DATO’ HAJI ABU HASSAN HAJI SAIL

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Dengan nama Allah, selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. serta sekalian
sahabat-sahabat baginda,guru-guru, kaum keluarga dan warga sekolah SMKA Dato’ Haji Abu Hassan
Haji Sail (SEMADAH). Bersyukur ke hadrat Illahi kerana dengan limpah kurnia-Nya Buku Pengurusan
Sekolah sesi 2022/23 telah dapat dihasilkan dengan membawa harapan buku pengurusan ini dapat
membantu dan menjadi panduan semua warga SEMADAH. Adalah diharapkan dengan terhasilnya
Buku Pengurusan Sekolah Sesi 2022/23 ini akan memacu SEMADAH ke arah kecemerlangan.

Hasrat murni ini akan menjadi realiti apabila semua panduan yang disediakan ini dapat
dilaksanakan dengan sempurna dan berkesan. Selain itu, kepimpinan peringkat sekolah perlulah efektif
dan efisien, mempunyai barisan guru yang berkualiti, berilmu pengetahuan, berkemahiran dan memiliki
sikap serta sahsiah yang unggul.

Adalah diharapkan pengemblengan tenaga semua pihak dapat melahirkan generasi murid
yang cemerlang. Buatlah sesuatu yang terbaik pada anak-anak didik kita berdasarkan kerelaan dan
keikhlasan yang sejati. Tahun 2022 sudah bermula. Justeru, persiapan yang rapi semaksimum mungkin
perlu kita persiapkan bagi menghadapi cabaran pendidikan masa kini. Seluruh warga sekolah wajar
membuat tranformasi ke arah peningkatan minda, nilai kualiti kerja serta pembentukan sahsiah terpuji
agar sekolah ini dapat duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi di arena Pendidikan Negara.

Selamat bertugas, sekian terima kasih.

Saya yang menjalankan amanah,
..............................................………
()
Penolong Kanan Pentadbiran
SMKA Dato’ Haji Abu Hassan Haji Sail

41

CARTA ORGANISASI PENGURUSAN
PENTADBIRAN & UNIT KURIKULUM

42

PANDUAN AM STAF
SEKOLAH

ARAHAN DAN PEKELILING

1. Setiap arahan dan surat pekeliling yang dikeluarkan oleh Pengetua hendaklah DIBACA dengan teliti dan
dipatuhi serta ditandatangani selepas membacanya.

1. Sekiranya arahan dan surat pekeliling itu diberi terus, guru hendaklah menyimpannya di dalam fail khas.
1. Pekeliling-pekeliling dari Kementerian, Jabatan atau PPG/PPDK hendaklah dibaca difahami dan

ditandatangani.

TELEFON/FAKS

1. Penggunaan telefon / faks hanyalah untuk urusan rasmi sahaja dan buku penggunaan telefon disediakan untuk
mencatat nombor panggilan telefon dan tujuan telefon.

PIBG DAN MAJLIS SEKOLAH

1. Semua guru secara automatik menjadi ahli Persatuan Ibu Bapa dan Guru sekolah.
1. Jumlah sumbangan (jika ada) adalah tertakluk kepada keputusan mesyuarat dan perlu dibayar oleh guru.
1. Semua guru dikehendaki hadir dalam semua majlis atau acara rasmi sekolah.

LARANGAN MEROKOK

1. Kawasan sekolah telah diwartakan sebagai ‘Kawasan Larangan Merokok’.
1. Semua guru, staf, ibu bapa dan pelawat hendaklah mematuhi arahan tersebut pada setiap masa semasa

berada di kawasan sekolah.

GURU PENGGANTI (SIT-IN)

1. Jika terdapat guru tidak hadir kerana sakit, berkursus, pemeriksaan skrip UPSR atau sebab-sebab lain yang
tidak dapat dielakkan maka Jadual Guru Pengganti akan diatur oleh Penolong Kanan 1/JK Jadual Waktu.

1. Guru yang tidak mengajar (non teaching period) akan diminta untuk melaksanakan tugas sebagai guru
pengganti.

1. Guru pengganti diminta untuk mengajar dan membimbing murid-murid di dalam kelas tersebut.

43

PANDUAN AM STAF
SEKOLAH

PANDUAN AM

1. Selaku pegawai kerajaan, guru adalah tertakluk kepada segala arahan yang terdapat dalam Perintah Am
Kerajaan

1. Guru dan staf sokongan sekolah dinasihatkan supaya membaca, memahami dan boleh mentafsirkan dengan
tepat akan kandungan Perintah Am dan Arahan Perkhidmatan.

1. Guru hendaklah menghayati tatasusila profesion keguruan dan menjunjungnya sebagai satu profesion dan
bukan sebagai satu pekerjaan atau mata pencarian semata-mata.

1. Semua guru dan staf sokongan hendaklah mengamalkan dan menghayati prinsip-prinsip Perkhidmatan
Cemerlang.

1. Guru hendaklah mengamal dan menghayati Falsafah dan Matlamat Pendidikan Negara.
1. Meletakkan kepentingan murid dan sekolah lebih daripada kepentingan diri dalam menjalankan tugas.
1. Bertanggunjawab menjaga dan menjamin keselamatan murid dan harta benda sekolah ketika berada di

sekolah.
1. Sentiasa mengamalkan kepimpinan yang berkesan dan dinamik serta cekap menjalankan tugas.

KEDATANGAN

1. Jadual waktu belajar mesti dipatuhi seperti ditetapkan oleh pihak sekolah.
1. Guru dikehendaki berada di dalam kawasan sekolah 10 minit sebelum waktu belajar dan menandatangani

Buku Kehadiran SEMASA sampai dan sewaktu balik sekolah.
1. Guru yang tidak dapat hadir atau terpaksa datang lewat hendaklah memberikan kenyataan dan sebab-sebab

yang wajar. Guru mesti memberitahu pihak sekolah secepat mungkin supaya jadual waktu ganti dapat
disediakan.
1. Semua urusan peribadi guru hendaklah dibuat di luar waktu sekolah kecuali dalam keadaan kecemasan.
1. Guru diwajibkan datang untuk menjayakan aktiviti kokurikulum, bengkel, mesyuarat dan pelbagai program
akademik di luar masa yang ditetapkan.

44

PANDUAN AM STAF
SEKOLAH

KELUAR WAKTU MENGAJAR

1. Guru tidak dibenar meninggalkan kawasan sekolah atau bilik darjah dalam masa waktu mengajar kecuali jika
ada sesuatu perkara yang tidak dapat dielakkan atau arahan Jabatan Pelajaran Negeri/Gabungan/Daerah
dengan syarat mendapat kebenaran daripada Pengetua/Penolong Kanan.

1. Guru dikehendaki mengisi dan menulis di dalam Buku Rekod Pergerakan Guru. Dapatkan kebenaran
Pengetua/Penolong Kanan sebelum keluar.

1. Sebelum meninggalkan sekolah, guru diminta meninggalkan kerja bertulis untuk pelajar melalui Penolong
Kanan.

CUTI

1. Cuti Rehat / Cuti Penggal – mengikut surat Pekeliling Kementerian Pendidikan KP(PP) 0046.SJ/(30) bertarikh
24 Disember 1993, guru berkelayakan mendapat cuti penggal sekolah untuk menggantikan cuti rehat. TETAPI
guru boleh dipanggil bertugas oleh Pengetua tidak melebihi sepertiga daripada jumlah cuti sesuatu tahun untuk
menjalankan tugas-tugas seharian daripada tugas mengajar.

1. Cuti Sakit – Sijil cuti sakit yang dikeluarkan oleh doktor swasta yang melebihi dua hari berturut-turut hendaklah
disahkan oleh Pegawai Perubatan Kerajaan.

1. Cuti Tanpa Gaji – boleh dipohon di atas sebab-sebab persendirian yang mustahak. Kelayakan cuti tanpa gaji
ialah 30 hari bagi tiap-tiap genap tahun perkhidmatan dan tidak melebihi 180 hari.

1. Kelulusan cuti tanpa gaji yang tidak melebihi 14 hari setahun diluluskan oleh Pengarah Pelajaran Negeri. Cuti
melebihi 15 hari diluluskan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.

1. Cuti Rehat Khas – cuti ini boleh diluluskan oleh Pengetua hanya atas sebab-sebab kecemasan dan upacara
agama bagi tempoh tujuh hari dalam setahun.

PEMAKAIAN GURU

1. Semua guru hendaklah berpakaian kemas (bertali leher bagi guru lelaki),Baju Batik pada hari Khamis dan Baju
Kebangsaan pada hari Jumaat (Guru Islam) sesuai dengan profesion keguruan dan masyarakat timur seperti
di dalam surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 6/1995.

1. Pakaian berbentuk seluar dan baju tanpa lengan tidak dibenarkan bagi guru perempuan.
1. Guru lelaki dikehendaki mempunyai potongan dan panjang rambut yang sesuai.
1. Guru yang mengajar pendidikan jasmani dikehendaki memakai pakaian yang sesuai.

45

PANDUAN AM STAF
SEKOLAH

MENGAJAR DALAM BILIK DARJAH

1. Guru-guru dinasihatkan supaya tidak duduk semasa mengajar di dalam kelas.
1. Seluruh waktu mengajar itu mestilah digunakan sepenuhnya untuk menyampaikan bahan pelajaran dan

membimbing murid dalam proses pembelajaran.
1. Memeriksa buku rampaian dan kertas jawapan murid tidak harus dilakukan dalam bilik darjah ketika mengajar

melainkan untuk memberI bimbingan dan perhatian individu murid.
1. Tugas guru bukan sahaja menyampaikan bahan pelajaran tetapi juga mengawal kelas supaya tidak bising,

memberi contoh teladan dan bimbingan kepada murid supaya menjadi warganegara yang berdisiplin dan
berilmu.Kembangkan potensi dan modal insan di kalangan murid.
1. Kerja bertulis dan kerja rumah mestilah diberi secukupnya bagi semua matapelajaran dalam satu-satu minggu .
Jumlah kerja bertulis, latihan, ujian atau kerja rumah akan ditentukan dalam mesyuarat panitian mata
pelajaran.
1. Semua kerja murid mestilah disemak dan diperiksa dengan SEGERA dan NOTA yang diberi perlu disemak
dan diperiksa . Tandatangan guru dan tarikh membuat semakan hendaklah dicatat dalam buku rampaian murid
bagi setiap kerja semakan atau pemeriksaan yang dibuat.
1. Guru yang menjalankan tugas/kerja ganti (relief) diminta mengajar matapelajaran yang terdapat pada jadual
waktu atau mengajar mana tajuk yang berfaedah kepada pelajar . Sengaja duduk dalam kelas adalah TIDAK
digalakkan .
1. Jangan benarkan pelajar meninggalkan kelas pada masa belajar tanpa sebab yang munasabah . Guru yang
membenarkan murid-murid keluar kelas MESTILAH memberi KAD PAS atau TANDA NAMA guru berkenaan
sebagai tanda mendapat kebenaran dari guru berkenaan untuk keluar kelas.
1. Setiap orang guru mestilah menentukan bahawa bilangan murid dalam kelasnya adalah sama dengan bilangan
yang tercatat di dalam Buku Kawalan Kelas.
1. Pengajaran dan pembelajaran hendaklah menarik dan berkesan. Guru hendaklah memastikan persediaan
yang cukup telah dibuat dengan segala BBM yang sesuai serta strategi P & P yang berkesan.

46

PANDUAN AM STAF
SEKOLAH

KETEPATAN MASA

1. Ketepatan masa guru adalah penting untuk menentukan disiplin dan dihormati oleh pelajar-pelajar.
1. Guru-guru hendaklah masuk kelas dan meninggalkan kelas mengikut waktu . Guru adalah bertanggungjawab

pada waktu guru itu sepatutnya berada di kelas; P & P hendaklah diberi keutamaan . Unsur-unsur lain bolehlah
dibuat pada masa yang lain.
1. Guru-guru tidak dibenarkan meninggalkan kelas ketika waktu mengajar . Kalau terpaksa meninggalkan kelas
kerana kecemasan atau sebab yang penting, guru berkenaan dinasihatkan supaya memberi kerja secukupnya
dan menentukan disiplin murid sekolah terkawal sebelum meninggalkan kelas.Sila maklumkan kepada rakan
guru di kelas sebelah atau yang terhampir.
1. Ketua kelas patut dinasihatkan supaya mencari guru yang masih belum masuk kelas 5 minit selepas sesuatu
waktu pembelajaran bermula belajar . Jika guru masih tidak dapat dicari, Penolong Kanan atau guru kanan
mestilah diberitahu.
1. Guru-guru mestilah menjadi CONTOH teladan dalam semua kegiatan sekolah termasuk ucapan-ucapan
sekolah. Jika sesuatu mesyuarat itu bermula jam 3.00 petang misalnya, maka guru yang sepatutnya bertugas
mestilah berada 10 minit sebelum jam 3.00 petang.
1. Semua urusan berkaitan dengan PPD, JPN serta Kementerian Pelajaran hendaklah diselesaikan dan di hantar
kepada pihak yang berkenaan pada atau sebelum masa yang ditetapkan.

DISIPLIN

1. Jangan sekali-kali mengorbankan disiplin untuk menjadi popular dalam kalangan pelajar. Guru seumpama ini
akan menjadi masalah besar kepada sekolah khasnya dalam usaha mendisiplinkan pelajar. Disiplin pelajar di
sekolah adalah tanggungjawab bersama setiap guru . Sebarang masalah yang berkaitan dengan disiplin
pelajar mestilah diselesaikan bersama oleh guru-guru . Jangan bebankan masalah disiplin semata-mata
kepada guru disiplin sahaja.

1. Kementerian Pelajaran melarang sama sekali guru-guru menjalankan sebarang HUKUMAN atau DERA
kepada murid kecuali diturunkan kuasa oleh Pengetua .

1. Hanya Pengetua dan guru-guru yang dibenarkan menjalankan hukuman atau dera kepada murid yang
melanggar peraturan sekolah atau yang menimbulkan masalah disiplin.

1. Semua kesalahan mestilah direkodkan ke dalam buku “DISIPLIN” yang disimpan di pejabat. Rekod ini akan
dirujuk ketika menyediakan sijil berhenti dan surat akuan pelajar.

47

PANDUAN AM STAF
SEKOLAH

DISIPLIN

1. Guru-guru kelas serta guru-guru mata pelajaran hendaklah merekod semua kesalahan murid dalam buku
persediaan mengajar di ruangan catatan. Rekod ini adalah penting dalam hal disiplin.

1. Sebagai panduan, aspek-aspek disiplin yang patut dikawal oleh semua guru adalah seperti berikut :
a. Kurang sopan, melawan guru / mencabar guru
b. Mencuri, menipu atau bercakap bohong
c. Mengugut, melawan atau memukul pengawas atau murid lain
d. Memeras ugut murid lain melibatkan wang atau harta benda bernilai dan lain-lain seumpamanya
e. Menipu tandatangan dan yang seumpamanya
f. Menganggotai kumpulan haram atau kongsi gelap
g. Meniru dalam perperiksaan (kecurangan akademik)
h. Keluar dari bilik kelas di waktu belajar dan merayau-rayau dalam kawasan sekolah tanpa tujuan
i. Kelakuan tidak sopan semasa perhimpunan
j. Pergerakan murid dari kelas ke makmal, padang permainan, bilik sumber dan lain-Lain.
k. Tabiat kebersihan diri, kebersihan sekolah dan kelas
l. Merosakkan harta benda sekolah
m. Membuat bising dalam kelas dan mengganggu pembelajaran kelas lain
n. Bergaduh dan bertumbuk
o. Berambut panjang
p. Pakaian yang tidak kemas
q. Berjudi
r. Terlibat dengan dadah
s. Menghisap rokok
t. Ponteng dan lewat datang sekolah
u. Membuat kenyataan akhbar dan sebagainya tanpa kebenaran
v. Sila rujuk buku peraturan sekolah

2. Bagi mewujudkan disiplin sekolah yang baik supaya proses pengajaran dan pembelajaran dan proses
sosialisasi dapat berjalan dengan lancar dan berkesan serta tidak terkeluar dari garis panduan yang telah ada,
sila rujuk peraturan atau Pekeliling-pekeliling yang berikut :-
a. School (General) Regulations 1951
b. Assited School Institution (Management) Rules 1969
c. Education Institution (Exemption Orders) 1959
d. School (Course of Studies) Regulations 1959
e. School Curriculum 1969
f. Education (School Decipline) Regulations 1959
g. School (Tour) Regulations 1958
h. School (Magazines) Regulations 1968
i. School (Societies) Regulations 1968
j. Education Institutions (Instruments of Managements Government) Rule 1963
k. Parent – Teacher Associations Rules 1973

48

PANDUAN AM STAF
SEKOLAH

SENARAI TUGAS GURU

1. Semua guru yang mengajar akan diberikan dan disediakan Senarai Tugas sebagai panduan untuk
mempertingkatkan prestasi pengajaran guru dan pembelajaran murid. Seterusnya menyediakan khidmat
Bantu secukupnya supaya matlamat Dasar Pendidikan Negara tercapai.

PERHUBUNGAN SESAMA GURU

1. Guru sewajarnya memupuk hubungan peribadi dan professional yang baik dan sihat sesama guru dan
sentiasa dapat mengawal tutur kata serta mewujudkan perasaan kekitaan.

1. Guru TIDAK dibenarkan mempengaruhi atau memaksa pandangan, fahaman, pendapat, kepercayaan kepada
guru, pelajar atau staf sokongan sekolah yang lain.

1. Perhubungan yang berbentuk kumpulan yang berdasarkan kepada kaum, status sosial, ekonomi, kelulusan
dan sebagainya adalah tidak dibenarkan sama sekali wujud di sekolah.

BILIK GURU

1. Kebersihan dan keselamatan bilik guru adalah menjadi tanggunjawab SEMUA guru. Ini termasuk keselamatan
harta benda di dalam bilik guru.

1. Guru hendaklah berada di bilik guru semasa tidak mengajar di kelas. Masa ini hendaklah dianggap sebagai
‘non teaching period’ dan bukannya ‘free period’. Oleh itu guru hendaklah menggunakan masa tersebut di bilik
guru untuk perkara-perkara berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran sahaja.

1. Guru yang berada di bilik guru hendaklah sama-sama bertanggunjawab memastikan suasana yang sesuai dan
tidak mengganggu ketenteraman mana-mana pihak.

PERJAWATAN DAN PENGAJARAN

1. Jikalau guru menghadapi sebarang masalah dalam bidang perjawatan, mereka boleh berurusan dengan
Pembantu Tadbir atau Pengetua.

1. Guru yang menghadapi masalah di bidang pengajaran bolehlah berurusan dengan Guru Panitia, Penolong
Kanan, atau Pengetua.

49

PANDUAN AM STAF
SEKOLAH

BUKU REKOD MENGAJAR

1. Sila rujuk Pekeliling Kementerian Pelajaran 256 yang terdapat di dalam buku rekod mengajar.

1. Buku ini mestilah dikemaskinikan dan sentiasa berada dengan guru ketika mengajar. Guru hendaklah
mengikuti perancangan yang telah dibuat bagi waktu yang tertentu.

1. Buku rekod mengajar ini akan diperiksa pada bila-bila masa oleh Pengetua, Nazir Sekolah, Pegawai-pegawai
dari Kementerian Pelajaran, Jabatan Pelajaran Negeri dan Pegawai Pelajaran Daerah.

1. Buku Rekod Mengajar hendaklah ditulis Rancangan harian/ mingguan tiap-tiap minggu dan rekod pengajaran
harian pada tiap-tiap hari.

1. Perkara-perkara berikut mestilah disempurnakan dengan baik di dalam Buku Rekod Mengajar:
a. Takwim Sekolah
b. Senarai Buku Teks
c. Daftar barang-barang atau perabot kelas
d. Jadual waktu kelas dan persendirian guru
e. Sukatan pelajaran
f. Rancangan Pelajaran
g. Rekod Kerja Mingguan
h. Rekod markah kemajuan murid bagi Ujiaan-ujian Topikal dan PKSR 1 & 2I
i. Semua markah kerja kursus, ujian dan peperiksaan hendaklah direkodkan
j. Butir-butir mengenai diri murid dan ibu bapa/penjaga murid
k. Butir-butir mengenai kutipan wang
l. Soalan-soalan latihan, ujian dan peperiksaan

2. Buku Rekod Mengajar dihantar ke pejabat Pengetua pada tiap-tiap hari Jumaat atau selewat-lewatnya pada
hari pagi Isnin tiap-tiap minggu untuk disemak atau diperiksa.

1. Cara menulis Rekod Mengajar adalah seperti berikut :
a. Rekod harian bagi satu-satu matapelajaran yang diajar hendaklah mencatat kelas, waktu dan subjek,
tajuk pelajaran dan muka surat buku teks yang digunakan, objektif, kemahiran, aktiviti dan nilai murni.
b. Penerangan lanjutan mengenai Buku Rekod Mengajar akan diberikan dalam Mesyuarat AJK Kurikulum
Sekolah dan mesyuarat-mesyuarat panitia matapelajaran.

2. Buku Persediaan Mengajar ini hendaklah diberikan pada mana-mana pegawai yang hendak menyelia dan
mencerap sebelum P&P bermula. Buku Persediaan Mengajar merupakan satu dokumen rasmi yang penting.
Buku ini akan dirujuk semasa penilaian prestasi guru dibuat.

50


Click to View FlipBook Version