The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by g-30132820, 2022-12-14 08:33:08

BUKU PENGURUSAN SEKOLAH SEMADAH 2022

BUKU PENGURUSAN SEKOLAH SEMADAH 2022

PANDUAN AM STAF
SEKOLAH

TUGAS-TUGAS

1. Semua guru akan diberi tugas-tugas berbentuk kurikulum, kokurikulum, pentadbiran dan tugas-tugas khas dan
penglibatan dalam pelbagai AJK sekolah. Mereka mesti melaksanakan tugas-tugas tersebut dengan dedikasi,
cekap dan bertanggungjawab.

1. Apabila diarahkan untuk melaksanakan sesuatu tugas atau arahan, misalnya menghadiri mesyuarat, pergi ke
pejabat pelajaran atau ke sekolah lain, guru hendaklah mengambil tindakan sendiri. Guru yang diamanahkan /
ditugaskan TIDAK boleh mengarahkan guru lain melaksanakannya tanpa kebenaran dan pengetahuan
Pengetua.

1. Tugas/Kerja ganti (relief work) hendaklah dibuat bagi guru-guru yang tidak hadir kerana sebab-sebab
kesihatan.

1. Tugas/Kerja ganti rasmi dibuat bagi guru-guru yang perlu menghadiri mesyuarat-mesyuarat/kursus bagi pihak
sekolah atau menjalankan tugas-tugas rasmi yang diarahkan atau yang mendapat kebenaran dari Jabatan
Pelajaran Selangor atau Kementerian Pelajaran Malaysia seperti yang diwajibkan dalam PERINTAH AM dan
Pekeliling-Pekeliling Perkhidmatan.

1. Tugas/Kerja guru ganti adalah RASMI, guru yang diarahkan untuk jalankan tugas ganti adalah WAJIB
dilaksanakan.

JADUAL WAKTU

1. Guru Kelas hendaklah menyediakan SATU salinan jadual waktu untuk dipamerkan dalam kelas sendiri.
1. Guru TIDAK dibenarkan mengubah atau meminda jadual waktu yang telah ditetapkan tanpa kebenaran

Pengetua dan Penolong Kanan.

KESELAMATAN HARTA BENDA SEKOLAH

1. Semua guru dikehendaki memberi kerjasama sepenuhnya dalam menjaga keselamatan harta benda sekolah.
Pelajar yang merosakkan harta benda sekolah sama ada dengan sengaja atau tidak hendaklah dibawa ke
pengetahuan pihak sekolah.

1. Ketua Panitia/Guru Kanan hendaklah memastikan ada peraturan-peraturan mengenai penggunaan alat-alat
dan bilik-bilik tertentu seperti makmal, bengkel, pusat sumber atau perpustakaan.

51

PANDUAN AM STAF
SEKOLAH

KEHADIRAN MURID

1. Jika seorang murid tidak hadir ke sekolah selama 3 hari berturut-turut atau 3 hari dalam satu minggu atau
selalu tidak hadir, guru kelas hendaklah memberitahu ibubapa atau penjaga dengan kadar segera.
Surat/Borang untuk perkara tersebut boleh didapati dari pejabat sekolah.

1. Jika tidak ada jawapan daripada ibubapa,/penjaga, guru kelas dikehendaki mengemukakan satu peringatan.
Jika masih tidak ada jawapan, tindakan untuk memberhentikan murid dari sekolah hendaklah diambil. Ibubapa
/ Penjaga boleh diberi 14 hari berjumpa dengan Pengetua.

BUKU KEDATANGAN MURID

1. Sila lihat arahan dan peraturan yang terdapat pada Buku Kedatangan murid yang dibekalkan.
1. Buku Pendaftaran mestilah dikemaskinikan. Segala butir yang diperlukan hendaklah ditulis rapi, jelas, bersih

dan boleh dibaca. Sila gunakan dakwat biru.
1. Penyata bulanan bagi setiap kelas hendaklah diisi pada akhir setiap bulan, borang penyata bulanan dihantar

pada Pembantu Tadbir Sekolah sebelum 2hb berikut.
1. Buku Kedatangan ini adalah dokumen rasmi yang perlu disimpan di pejabat sekolah. Buku ini tidak boleh

dibawa balik atau dibawa keluar dari kawasan sekolah.
1. Buku Kedatangan murid hanya boleh diambil oleh guru kelas pada waktu pertama dan mestilah dipulangkan

balik ke pejabat sekolah sebelum jam 9.00 pagi.
1. Buku Kehadiran murid akan diperiksa oleh guru yang ditugaskan atau Pengetua pada minggu pertama setiap

bulan atau pada bila-bila masa yang difikirkan perlu.

52

PANDUAN AM STAF
SEKOLAH

MENGISI DAN MENANDA BUKU KEDATANGAN

1. Semua ruangan di dalam Buku Kedatangan mestilah dipenuhkan dengan cermat dan betul. Tulisan mestilah
kemas, jelas, boleh dibaca dan menggunakan dakwat.

1. Bilangan sekolah (murid) mestilah diisi pada tiap-tiap bulan. Butir-butir ini boleh didapati dari buku pendaftaran
besar sekolah.

1. Nama penuh murid mestilah ditulis mengikut abjad. Murid yang masuk tanpa kebenaran atau surat
pengesahan dari pejabat Pengetua tidak boleh dimasukkan ke dalam buku pendaftaran tersebut.

1. Tandakan dengan (L) untuk lelaki dan (P) untuk perempuan dalam ruangan jantina setiap bulan.
1. Kedatangan hendaklah ditanda pada setiap hari persekolahan dan mestilah ditutup satu jam selepas sekolah

bermula. Buku kedatangan mestilah dihantar ke pejabat sebelum jam 9.00 pagi bagi sesi pagi dan jam 3.00
petang bagi sesi petang.
1. Murid yang hadir ditanda dengan garis ( I ): tidak hadir ditanda (O) . Jika ada murid yang datang lambat ditulis
huruf (L) di dalam (O) dan dikira sebagai hadir.
1. Bagi pelajar yang tidak hadir catatkan (P) untuk ponteng dan (S) untuk sakit (K) untuk tidak hadir dengan
kebenaran dalam (O).
1. Hari kelepasan untuk cuti umum hendaklah ditanda dengan perkataan melintangi ruang hari yang berkenaan.
Contohnya “Cuti Hari Kebangsaan” dan sebagainya.
1. Tandakan Buku kedatangan dengan dakwat hitam. Jangan sekali-kali gunakan pensil kemudian diikuti dengan
dakwat di atasnya.
1. Jika berlaku sebarang kesalahan atau kesilapan ketika menulis, jangan padamkan sebarang getah pemadam
atau liquid paper . Tetapi hendaklah dipotong kesalahan itu dan ditulis dengan yang betul disebelahnya dan
turunkan tandatangan ringkas guru.
1. Jika terdapat sebarang masalah mengenai Buku Kedatangan sila rujuk ke pejabat untuk mendapatkan
penjelasan.
1. Tidak dibenarkan menggunakan „Liquid Paper‟ di dalam Buku Kedatangan.
1. Setiap surat yang dihantar kepada ibubapa hendaklah dicatatkan tarikhnya. Salinan surat tersebut diserahkan
untuk fail pejabat.

53

PANDUAN AM STAF
SEKOLAH

JADUAL KEDATANGAN PELAJAR

1. Setiap guru kelas diberi sebuah buku kedatangan pelajar. Guru kelas bertanggungjawab memasukkan
maklumat-maklumat yang diperlukan tercetak di bahagian dalam kulit hadapan.

1. Jadual kedatangan pelajar hendaklah ditulis secara teratur, kemas dan ditanda pada SETIAP hari oleh guru
kelas pada waktu PERTAMA. Sekiranya guru darjah tidak hadir, Guru Pembantu kelas bertanggungjawab
menandanya.

1. Pelajar yang tidak hadir selama 3 hari berturut-turut atau berselang-seli dalam satu minggu, ibu bapa atau
penjaga hendaklah dihubungi secara bertulis.

1. Analisis pada jadual kedatangan mesti dibuat pada setiap akhir bulan dan akan disemak oleh Penolong Kanan
HEM.

KEBERSIHAN

1. Setiap guru bertanggungjawab menjaga kebersihan sekolah, Jadual giliran bertugas pelajar hendaklah
disediakan oleh guru kelas. Alatan membersihkan kelas hendaklah digunakan dengan rapi dan disimpan
dengan selamat.

1. Guru Kanan/Guru Sumber dan guru lain yang mempunyai bilik khas/tempat khas seperti bilik kaunseling,
bengkel serta makmal bertanggungjawab untuk menjaga bilik tersebut.

1. Kebersihan kawasan sekolah adalah tanggungjawab SEMUA guru, staf dan pelajar.

SURAT-MENYURAT

1. Semua surat rasmi hendaklah dikirim melalui Pengetua untuk disampaikan kepada pihak berkenaan.
1. Surat yang diterima oleh sekolah akan diedarkan kepada guru untuk diambil tindakan. Guru berkenaan

hendaklah mengambil tindakan SEGERA terhadap surat-surat tersebut.

PELAWAT-PELAWAT

1. Semua pelawat DIMESTIKAN berjumpa dengan Pengetua/Penolong Kanan terlebih dahulu. Guru tidak
dibenarkan berbincang dengan wakil-wakil firma atau penjual-penjual kecuali dengan kebenaran Pengetua
atau wakilnya.

54

PANDUAN AM STAF
SEKOLAH

KEGIATAN KOKURIKULUM

1. Semua guru akan ditugaskan menjadi penasihat kegiatan kokurikulum. Tugas ini hendaklah dijalankan dengan
cekap dan teratur seperti yang telah dirancangkan.

PERHIMPUNAN SEKOLAH

1. Semua guru dikehendaki menghadiri perhimpunan sekolah pada masa dan hari yang ditetapkan. Setiap guru
akan diberi giliran untuk menjadi Pengacara Majlis Perhimpunan Harian atau Pehimpunan Rasmi.

1. Guru yang bertugas hendaklah membuat persediaan awal sebelum perhimpunan diadakan pada setiap
minggu.

1. Guru akan bersama-sama pelajar menyanyikan Lagu Negaraku, Lagu Ibu Pertiwiku, Lagu Sekolah dan Bacaan
Ikrar Rukun Negara.

MESYUARAT GURU

1. Dari masa ke masa Pengetua akan memanggil mesyuarat guru, kedatangan semua guru ke mesyuarat adalah
diwajibkan.

1. Guru juga diwajibkan menghadiri mesyuarat yang dipanggil oleh Guru Kanan atau Ketua Panitia.

TANDA NAMA

1. Semua guru hendaklah memakai tanda nama pada hari persekolahan, majlis rasmi di sekolah atau di luar
sekolah.

BUKU STOK/INVENTORI

1. Buku stok / Inventori akan digunakan dan semua guru dikehendaki merekod alat-alat dan inventori yang
dibekal atau diberikan untuk kegunaan P&P.

1. Penggunaan alat-alat hendaklah betul serta mengikut peraturan.
1. Guru hendaklah bertanggungjawab menggunakan alat-alat dengan baik dan memulangkan kembali dengan

segera serta berkeadaan baik.
1. Jika rosak hendaklah dilapor dengan serta merta.
1. Buku ini akan disemak dari masa ke masa oleh Pengetua / Penolong Kanan.

55

PANDUAN AM STAF
SEKOLAH

MENGHUKUM/ MENDENDA MURID

1. Semua guru harus mengambil sikap dan tindakan berhati-hati apabila menghukum atau mendenda murid
supaya tidak bertentangan dengan etika profesion perguruan.

1. Menghukum/mendenda murid dalam bentuk fizikal atau mental seperti merotan atau memukul dengan benda
keras, menghantuk kepala murid, menarik atau mencubit cuping telinga, melontar dengan penggosok,
mencubit sehingga lebam, biru atau berdarah, berdiri di bawah panas matahari, berlari keliling padang dan
perbuatan lain yang boleh menjejaskan kesihatan mental dan fizikal murid adalah DILARANG.

1. Guru harus mengelak, perbuatan memaki hamun, mengejek, memperkecil keupayaan dan kebolehan murid
semasa proses P&P dijalankan.

PROGRAM PENDIDIKAN JARAK JAUH (PJJ)

1. Semua guru digalakkan untuk memperlengkapkan diri dengan ilmu demi kelangsungan pendidikan berkualiti.
Namun demikian peranan sebagai pembentuk insan dan penjana ilmu di sekolah WAJIB diutamakan.

1. Segala tugasan, aktiviti dan mentelaah nota-nota yang berkaitan dengan PJJ TIDAK DIBENARKAN
berlangsung di sekolah atau di dalam kelas semasa proses P&P.

HAL-HAL LAIN

1. Semua guru digalakkan untuk membantu melaksana segala aktiviti dan projek pengurusan sekolah dari
semasa ke semasa demi kebaikan bersama.

1. Sentiasa memberi khidmat professional yang bermutu terhadap objektif dan matlamat pendidikan.

Sumber Rujukan:
Buku Panduan Tugas Staf Sekolah Menengah.

56

SENARAI NAMA STAF
SEKOLAH

AHLI KUMPULAN PELAKSANA

BIL NAMA JAWATAN GRED TARIKH MULA
N11 BERKHIDMAT
1. JAMALUDIN BIN SIDEK PEMBANTU C22
OPERASI R3 16.04.2004
2. MAHSURI BINTI C19 01.01.1997
ABDULLAH PEMBANTU N19 01.11.2012
MAKMAL N11 18.07.2019
3. MD KAMIL BIN MOHD N19 12.01.2006
REDUZAM PEMBANTU C19 02.01.2004
KENDERAAN N26 12.01.2006
4. MOHD FAKHRURROZI 15.06.2012
BIN MOHD FAKIRI PEMBANTU 01.04.1994
MAKMAL
5. NOORASHIKIN BINTI N14 01.01.1994
ABDULLAH PENYELIA 01.12.1992
ASRAMA C22 21.07.2011
6. NORIDFA BINTI
JALALLUDIN PEMBANTU N22 16.10.2013
OPERASI (MEMANGKU)
7. NORLIHAIZAM BINTI
ZAKARIA PEMBANTU C19
TADBIR (P/O)
8. NURUL AZHANI BINTI
ABD AZIZ PEMBANTU
MAKMAL
9. ROHANI BINTI MD
YASSIN KETUA
PEMBANTU
10. SITRA A/P SOCKLINGAM
TADBIR
11. ZAINUDDIN BIN FIEE
PEMBANTU
12. WAN SITI KHADIJAH OPERASI

13. SITI NORHAFIZAH BINTI PEMBANTU
ABU MAKMAL

KETUA
PENYELIA
ASRAMA

PEMBANTU
MAKMAL

57

BIDANG TUGAS STAF
SOKONGAN SEKOLAH

PEGAWAI EKSEKUTIF GRED N26/KETUA PEMBANTU TADBIR N22

BERTANGGUNGJAWAB KEPADA : Pengetua

BIDANG TUGAS :
❑ Membantu Pengetua mengurus Hal Ehwal Kewangan / Akaun Sekolah.
❑ Membantu Pengetua mengurus hal-hal Perkhidmatan Perjawatan.
❑ Membantu Pengetua mengurus hal Pentadbiran Sekolah.
❑ Menyelia semua staf sokongan sekolah termasuk Pembantu Pengurusan Murid (PPM) kecuali sekolah yang

ada Pembantu Makmal Gred C22 dan Penyelia Asrama N22).
❑ Lain-lain tugas yang diarahkan dari semasa ke semasa.

PEMBANTU TADBIR N17 (BAHAGIAN KEWANGAN)

BIDANG TUGAS

Menyediakan :
❑ Tuntutan gaji dan elaun
❑ Biasiswa dan bantuan kerajaan
❑ Tuntutan elaun lebih masa pekerja.
❑ Tuntutan bantuan perkapita.
❑ Pembayaran bil-bil.

Mengemaskini :
❑ Buku Tunai - Akaun Kerajaan
❑ Akaun SUWA
❑ Akaun Asrama (jika terlibat)

Mengurus :
Cek-cek.
❑ Bayaran Tambahan dan Kira-kira yuran khas pelajar serta menyimpan slip bank.
❑ Pesanan barang-barang keperluan pejabat.
❑ Stok pejabat.
❑ Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Pengetua/Penolong Kanan dari semasa ke semasa.

58

BIDANG TUGAS STAF
SOKONGAN SEKOLAH

PEMBANTU TADBIR N17 (BAHAGIAN PENTADBIRAN PERKHIDMATAN)

SENARAI TUGAS
Mengurus :
❑ Biasiswa Kecil Persekutuan (BKP), Bantuan Kebajikan Masyarakat dan lain-lain.
❑ Pertukaran murid.
❑ Pertukaran guru dan staf sokongan
❑ Pengesahan jawatan, pencen, peperiksaan am kerajaan dan kursus induksi.
❑ Surat-surat dan rekod cuti guru/staf sokongan.
❑ Buku Biru/Permit mengajar guru.
❑ Data murid, guru dan staf sokongan.
❑ Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Pengetua dan Penolong Kanan dari masa ke masa.

PEMBANTU TADBIR RENDAH N14/11 (JURUTAIP)

SENARAI TUGAS
❑ Menaip surat-surat yang berkaitan dengan urusan sekolah atau yang diarahkan oleh Pengetua dan Penolong-

Penolong Kanan dari semasa ke semasa.
❑ Membantu pegawai Ketua Pembantu Tadbir sekolah dalam menyediakan perkara di atas.
❑ Menjaga serta menjamin keselamatan penggunaan perkakasan computer dan mesin taip serta lain-lain alatan

pejabat dalam keadaan baik dan selamat.
❑ Menjaga stok dan mengemaskinikan stok, alat-alat taip seperti stensil, kertas taip dan sebagainya serta

mengamalkan jimat cermat.
❑ Menaip Borang Perubahan Gaji.
❑ Menaip Baucer.
❑ Menaip Penyata Bulanan.
❑ Menaip minit-minit mesyuarat hal-hal pengurusan guru.
❑ Menaip Surat Berhenti Sekolah dan Surat Akuan.
❑ Menaip tuntutan perjalanan.
❑ Menjalankan semua kerja yang diarahkan oleh Pengetua atau wakilnya dari semasa ke semasa.

59

BIDANG TUGAS STAF
SOKONGAN SEKOLAH

PEMBANTU AM RENDAH (PEJABAT)

SENARAI TUGAS

❑ Mengurus pengambilan surat-surat di PPD dan surat yang berkaitan dengan urusan sekolah atau yang
diarahkan oleh Pengetua dan Penolong-penolong Kanan.

❑ Mengurus Kad Perakam Waktu Kehadiran Guru/Staf Sokongan.
❑ Mencetak soalan-soalan peperiksaan dan siaran-siaran pejabat.
❑ Membantu Pembantu Tadbir dalam urusan bank seperti membayar bil dan lain-lain.
❑ Mengambil dan meminitkan surat.
❑ Memasukkan surat-surat ke dalam fail dan mengedarkannya kepada guru/staf sokongan yang berkenaan.
❑ Mengepos dan mengambil surat.
❑ Merekod dan mengawal semua stok masuk dan keluar peralatan pejabat.
❑ Mengemaskini sistem fail.
❑ Mengemas bilik Pengetua dan bilik cetak.
❑ Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Besar dari semasa ke semasa.

PEKERJA RENDAH AM

SENARAI TUGAS

❑ Membersihkan kawasan sekolah :
❑ Membersihkan rumput yang dipotong dan membuangnya di tempat buangan sampah.
❑ Menyapu sampah di kaki lima bangunan dan kawasan yang tidak berumput.
❑ Membersihkan tandas, longkang dan stor.

❑ Menjaga dan menyelenggara peralatan-peralatan kerja seperti cangkul, penyodok dan sebagainya.
❑ Memastikan stok peralatan PRA sentiasa lengkap dan cukup.
❑ Menanam dan menjaga pokok-pokok bunga/pokok serta membuang rumput dipasu.
❑ Membantu menyediakan tempat persiapan bagi program-program upacara rasmi sekolah.
❑ Membaikpulih peralatan sekolah/perabot sekolah yang rosak.
❑ Memastikan peralatan sekolah, perabot tidak terbiar di merata tempat.
❑ Melaporkan kepada Pengetua tentang kerosakan tandas, paip dan lain-lain untuk tindakan.
❑ Menggantikan tugas jaga sewaktu jaga bercuti.
❑ Memadam segala grafiti/conteng pada dinding bangunan sekolah.
❑ Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Pengetua atau Penolong Kanan.

60

BIDANG TUGAS STAF
SOKONGAN SEKOLAH

JAGA SEKOLAH

SENARAI TUGAS
❑ Melaporkan diri ke sekolah sekurang-kurangnya sepuluh minit sebelum waktu bertugas seperti dijadualkan dan

sentiasa berada di kawasan sekolah semasa bertugas.
❑ Menandatangani buku kedatangan sebaik sahaja sampai di sekolah dan sebelum pulang serta meminta

pengesahan daripada seorang lain.
❑ Membuat rondaan di dalam kawasan sekolah dari masa ke masa dan mengunci jam jaga jika ada.
❑ Membuat laporan mengenai keadaan sekolah seperti diperlukan dan menghubungi Pengetua/polis dengan

segera jika berlaku kecurian atau kecemasan.
❑ Memastikan semua bilik darjah dan bilk-bilik lain dikunci selepas waktu sekolah dan dibuka pada hari sekolah

sebelum meninggalkan kawasan sekolah setelah bertugas.
❑ Memastikan semua pintu dikunci selepas waktu sekolah dan pada masa cuti am/cuti sekolah.
❑ Membuka pintu pagar sebelum pulang pada hari sekolah.
❑ Memastikan semua kunci sekolah disimpan dengan kemas dan selamat. Kehilangan kunci hendaklah

dilaporkan kepada Pengetua.
❑ Memadam semua lampu sebelum meninggalkan kawasan sekolah selepas bertugas.
❑ Memastikan tiada orang luar dibenarkan masuk ke dalam kawasan sekolah kecuali dengan kebenaran khas dan

Pengetua.
❑ Mengawas muri/murid jemputaan yang mengadakan aktiviti-aktiviti ku-kurikulum di luar waktu persekolahan.
❑ Melaporkan dengan segera segala kes kecemasan seperti kebakaran, kecurian dan kemalangan kepada

Bomba/Polis/Hospital dan melaporkan kepada Pengetua.
❑ Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Pengetua/wakilnya dari semasa ke semasa.

61

SENARAI NAMA STAF AKADEMIK

62

SENARAI NAMA STAF AKADEMIK

63

JAWATANKUASA
PENTADBIRAN
& PENGURUSAN

64

65

66

67

68

69

70

DASAR UNIT
KURIKULUM

71

DASAR UNIT KURIKULUM

LATAR BELAKANG

Kurikulum adalah tugas utama bagi setiap guru dan murid
yang belajar di sekolah ini. Penetapan dasar ini mengambil
kira keperluan pendidikan dan status sekolah ini yang telah
diiktiraf sebagai Sekolah Kluster Kecemerlangan dan Model
Tahfiz Ulul Albab serta sebuah Sekolah Menengah Elit di
Negeri Sembilan. Dasar yang ditetapkan menjadi garis
panduan kepada pentadbiran dan pengurusan akademik di
sekolah ini.

OBJEKTIF

Penetapan dasar ini dilakukan bertujuan :

i. Menjadi garis panduan yang jelas kepada setiap warga
sekolah.

ii. Memantapkan pengurusan kurikulum peringkat
sekolah.

iii. Memenuhi standard kualiti pengurusan akademik
Jabatan Pendidikan Negeri dan Kementerian
Pendidikan Malaysia.

72

DASAR UNIT KURIKULUM

DASAR

i. Dasar Kurikulum Sekolah sepanjang masa mestilah selari dengan arus perdana
sistem dan dasar pendidikan kebangsaan.

ii. Kurikulum yang dilaksanakan mestilah memenuhi kehendak Kementerian
Pelajaran Malaysia, Jabatan Pendidikan Negeri dan Pejabat Pendidikan Daerah.

iii. Sebagai salah sebuah Sekolah Kebangsaan Agama – prasyarat yang ditentukan
oleh Sektor Pendidikan Islam Negeri Sembilan dan Bahagian Pendidikan Islam
Kementerian Pendidikan Malaysia akan dipatuhi sepenuhnya.

iv. Semua guru mestilah mendapat maklumat terkini mengenai pendidikan dan
kurikulum semasa.

v. Program-program akademik lebih diberi keutamaan jika ada pertembungan
dengan program lain.

MESYUARAT

i. Jawatankuasa Kurikulum akan bermesyuarat minimum 4 kali
setahun mengikut standard piawaian jabatan.

ii. Isi kandungan mesyuarat mengikut garis panduan yang diberikan.
iii. Mesyuarat Panitia – minimum 4 kali setahun dan minit mesyuarat mesti

disediakan seminggu selepas mesyuarat dijalankan.
iv. Surat Panggilan Mesyuarat diedarkan kepada guru 7 hari sebelum

tarikh mesyuarat.
v. Kehadiran mesyuarat adalah wajib. Sebarang ketidakhadiran

hendaklah dimaklumkan kepada Pengetua/GPK Pentadbiran sehari
sebelum mesyuarat.

73

DASAR UNIT KURIKULUM

FAIL

i. Fail Jawatankuasa Kurikulum disimpan di bilik Dokumentasi dan
diurus oleh Setiausaha.

ii. Semua fail panitia diletakkan di bilik Dokumentasi di bawah seliaan
Guru Kanan Mata Pelajaran.

PAKEJ MATA PELAJARAN

74

DASAR UNIT KURIKULUM

PAKEJ MATA PELAJARAN

75

DASAR UNIT KURIKULUM

SYARAT KEKAL DAN KEMASUKAN KE SMK AGAMA
DATO HJ ABU HASSAN HJ SAIL

1. Syarat masuk ke Tingkatan 1 *
Pemilihan berdasarkan pencapaian murid secara holistik,
merangkumi:
i. Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) (wajaran 30%)
ii. UPSR (wajaran 40%)
iii. PAJSK (Kokurikulum) = (wajaran 5%)
iv. PAJSK (SEGAK) = (wajaran 5%)
v. Ujian Perkiraan Tambahan (Agama) = (wajaran 20%)
vi. j-QAF/PSRA/UPKK
vii. Psikometrik (Ppsi) – minimum tahap sederhana bagi konstruk
tertentu.
viii. Lulus ujian kemasukan Tahfiz Model Ulul Albab

2. Syarat Kemasukan ke Tingkatan 4*
Syarat Umum (pengambilan):
i. Warganegara Malaysia
ii. Murid daripada Sekolah Menengah Kementerian Pendidikan Malaysia,
Sekolah Bantuan Kerajaan dan Sekolah Swasta.
iii. Lulus Ujian Penilaian Asas Fardhu Ain (PAFA).

76

DASAR UNIT KURIKULUM

77

DASAR UNIT KURIKULUM

78

DASAR UNIT KURIKULUM

79

DASAR UNIT KURIKULUM

80

DASAR UNIT KURIKULUM

81

DASAR UNIT KURIKULUM

82

DASAR UNIT KURIKULUM

83

DASAR UNIT KURIKULUM

84

DASAR UNIT KURIKULUM

85

DASAR UNIT KURIKULUM

86

DASAR UNIT KURIKULUM

87

DASAR UNIT KURIKULUM

88

DASAR UNIT KURIKULUM

89

DASAR UNIT KURIKULUM

90

DASAR UNIT KURIKULUM

91

DASAR UNIT KURIKULUM

92

JAWATANKUASA UNIT
KURIKULUM

93

94

95

96

97

98

UNIT
HAL EHWAL
MURID SEKOLAH

KANDUNGAN BILANGAN

PERKARA 100
101
Kata-kata Aluan Penolong Kanan Hal Ehwal Murid 102
Carta Organisasi Unit Hal Ehwal Murid 145
Dasar Pelaksanaan Unit Hal Ehwal Murid
Jawatankuasa-jawatankuasa Unit Hal Ehwal Murid

99

KATA-KATA ALUAN
GURU PENOLONG KANAN HEM

PUAN HJH. ROSLIN BINTI JAIS
GURU PENOLONG KANAN HAL EHWAL MURID

SMKA DATO’ HAJI ABU HASSAN HAJI SAIL

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Bersyukur kita kehadrat Allah SWT dengan limpah kurnia serta izinNya, julung-julung kalinya Buku Pengurusan
Sekolah bagi sesi 2022/23 dapat dihasilkan. Kandungannya yang disusun rapi akan dapat memberikan panduan
kepada guru dan staf sekolah ini untuk melaksanakan tugas dan tanggungjawab dengan baik dan berkesan.

Selama ini usaha gigih yang dijalankan oleh warga sekolah telah berjaya meletakkan sekolah ini
sebagai salah sebuah sekolah cemerlang di Negeri Sembilan. Tahniah dan syabas kepada semua Penolong
Kanan, guru, staf, murid, PIBG dan ibu bapa yang memberikan sumbangan ke arah kecemerlangan sekolah.

Selari dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 – 2025, warga sekolah perlu
berkerja sebagai satu pasukan dan memberikan komitmen terbaik untuk memenuhi matlamat yang ditetapkan agar
segala usaha yang membuahkan kejayaan dan kecemerlangan memberi satu kepuasan kerja dalam profesion yang
kita ceburi ini.

Saya mengambil kesempatan ini untuk merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih
kepada jawatankuasa yang terlibat dalam menghasilkan Buku Pengurusan ini. Marilah kita memohon petunjuk
daripada Allah SWT, mudah-mudahan segala usaha murni yang kita lakukan ini diberkati serta mendapat kejayaan
dan keredaanNya jua.

Akhir kata kepada semua guru dan staf selamat bertugas dan teruskan usaha gigih kita agar
sekolah kita terus cemerlang dalam pelbagai bidang serta menjadi kebanggaan kita bersama.
Sekian, Wassalam.
Saya yang menjalankan amanah,
...................................................
(PN. HJH. ROSLIN BINTI JAID)
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
SMKA Dato’ Haji Abu Hassan Haji Sail

100


Click to View FlipBook Version