The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

ARAHAN KEWANGAN DAN PERAKAUNAN 2012
KOPERASI PELABURAN PEKERJA-PEKERJA KEJORA KOTA TINGGI BERHAD

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by mrsmamh2004, 2021-07-11 21:06:18

ARAHAN KEWANGAN DAN PERAKAUNAN 2012

ARAHAN KEWANGAN DAN PERAKAUNAN 2012
KOPERASI PELABURAN PEKERJA-PEKERJA KEJORA KOTA TINGGI BERHAD

(xvi) SISTEM BAYARAN GAJI KAKITANGAN DAN UPAH
PEKERJA

4.89 Semua pembayaran gaji kakitangan dan upah pekerja adalah
melalui akaun bank individu.

4.90 Pembayaran gaji secara tunai tidak dibenarkan kecuali disertakan
bukti / surat kuasa mengesahkan bahawa kakitangan berkenaan
tidak boleh mempunyai / membuka akaun bank dan diberi
kebenaran khas oleh Lembaga.

4.91 Koperasi hendaklah menyelenggarakan fail individu kakitangan
bagi semua perkara tetap yang mengandungi maklumat-
maklumat berikut :
4.91.1 Tarikh mula dilantik;
4.91.2 Senarai tugas;
4.91.3 Kadar gaji, elaun, elaun khas, bonus dan sebagainya; dan
4.91.4 Syarat-syarat perkhidmatan.

4.92 Kadar potongan KWSP dan PERKESO hendaklah mengikut
undang-undang dan jadual yang diberikan oleh pihak berkenaan.

4.93 Semua kenaikan gaji dan bayaran bonus hendaklah disokong
dengan surat-surat rasmi dan minit mesyuarat.

27

BAB 4
REKOD-REKOD KEWANGAN

(xvii) MINIT-MINIT MESYUARAT
(xviii) ATURAN-ATURAN TABUNG

(xvii) MINIT-MINIT MESYUARAT
4.94 Minit-minit mesyuarat Koperasi hendaklah disimpan di tempat

yang selamat dan difailkan dengan tertib.
4.95 Salinan minit-minit mesyuarat ALK hendaklah dimajukan

kepada pihak Suruhanjaya Koperasi Malaysia untuk tujuan
pantauan bahagian Wilayah.

(xviii) ATURAN-ATURAN TABUNG
4.96 Aturan-aturan bagi setiap pengurusan dan perjalanan tabung-

tabung perlu disediakan dan disimpan dengan kemaskini, teratur
dan lengkap.

28

BAB 5
PEROLEHAN KERJA,

BEKALAN DAN
PERKHIDMATAN

BAB 5
PEROLEHAN KERJA, BEKALAN DAN PERKHIDMATAN
5.1 Perolehan Koperasi meliputi kerja, bekalan dan perkhidmatan.

5.2 Semua pengurusan perolehan adalah tertakluk kepada prinsip

berikut : Prinsip Pengurusan
Perolehan

5.2.1 Akauntabiliti;

5.2.2 Kecekapan;

5.2.3 Nilai faedah terbaik (best value for money);

5.2.4 Saingan terbuka, adil dan saksama; dan

5.2.5 Telus (transparent)

5.3 Lembaga adalah bertanggungjawab bagi :

5.3.1 Memperoleh dengan cara yang paling menguntungkan Tanggungjawab Lembaga
sama ada melalui tender atau sebut harga atau lain-lain;
dan

5.3.2 Membuat kontrak bagi perolehan Koperasi dengan
mengenakan terma dan syarat yang paling
menguntungkan dan berfaedah.

5.4 Lembaga boleh menurunkan kuasa secara bertulis kepada

Pengurus untuk melaksanakan urusan perolehan. Penurunan kuasa

29

5.5 Pengurus hendaklah bertanggungjawab memastikan bahawa Pembelian yang paling

pembelian itu adalah yang paling sesuai dan menguntungkan menguntungkan

dari segi harga, kualiti, penggunaan, khidmat selepas jualan dan

perkara berkaitan dengan mengambil kira dasar keutamaan

kepada barang buatan tempatan dan kontraktor Bumiputera.

5.6 Semua perolehan hendaklah dibuat dengan syarikat yang

pendaftarannya masih sah laku di bawah kod bidang atau kelas, Pendaftaran kontraktor
kerja, bekalan dan

kepala dan sub kepala yang bertepatan. Pendaftaran bagi perkhidmatan

perolehan bekalan dan perkhidmatan adalah dengan

Kementerian Kewangan, manakala bagi perolehan kerja adalah

dengan Pusat Khidmat Kontraktor (PKK) dan Lembaga

Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB).

5.7 Pengurus hendaklah menentukan perolehan tersebut telah

diluluskan peruntukan kewangan dalam bajet tahunan. Bekalan dan perkhidmatan

5.8 Pengurus bertanggungjawab membuat perancangan awal bagi

sesuatu perolehan. Perancangan awal

5.9 Semua sebut harga perolehan adalah tertakluk kepada syarat

berikut. Had perolehan bekalan
dan perkhidmatan

5.9.1 RM0.00 hingga RM5,000.00 adalah di bawah kelulusan

Bendahari; atau

5.9.2 RM5,001.00 hingga RM50,000.00 adalah di bawah
kelulusan Jawatankuasa Perolehan yang terdiri daripada
Pengerusi, Bendahari dan Setiausaha; dan

5.9.3 Bagi nilai yang melebihi RM50,001.00 dan ke atas
adalah di bawah kelulusan Lembaga.

30

5.10 Koperasi hendaklah mendapatkan sekurang-kurangnya 3 sebut
harga dan memilih yang terbaik sebelum pesanan rasmi dibuat.

5.11 Setiap pesanan rasmi Koperasi hendaklah mendapat
pengesahan daripada pegawai yang diberi kuasa sebagaimana
perkara 5.9.

5.12 Borang pesanan Koperasi berserta terma-terma dan syarat-
syarat bekalan dan perkhidmatan yang terperinci hendaklah
dikeluarkan terlebih dahulu sebelum membuat pesanan kepada
pembekal-pembekal. Ini disusuli oleh nota hantaran, invois
dan resit terimaan daripada pembekal.

5.13 Nota hantaran daripada pembekal hendaklah disemak dengan
mengambil kira bilangan dan mutu barang yang dihantar
adalah sama seperti yang dipesan.

5.14 Jika belian secara tunai, pastikan resit telah diterima dan invois
berkenaan telah dicop ‘TELAH DIBAYAR’.

5.15 Sekiranya ada kerja-kerja subkontrak, pastikan bahawa
pembayaran hanya dijelaskan setelah kerja-kerja kontrak
selesai dan telah disahkan.

5.16 Bagi setiap kerja-kerja seperti membeli baja, membeli racun,
membersihkan kawasan dan lain-lain perkara yang melibatkan
kos yang besar hendaklah dibuat satu semakan pengesahan ke
atas kerja-kerja yang dijalankan, bekalan yang diterima dan
perkhidmatan yang dilaksanakan sebelum bayaran dibuat.

5.17 Satu Sijil Pengesahan Bekalan dan Perkhidmatan hendaklah
digunakan bagi mengesahkan kerja-kerja yang telah
dilaksanakan.

31

BAB 6
PENGURUSAN STOR

BAB 6 Perolehan barang yang
tidak terus diguna
PENGURUSAN STOR

6.1 Lembaga hendaklah memastikan bahawa pengurusan stor
dikendalikan dengan baik dan sempurna. Semua barang yang
diperolehi, jika tidak terus digunakan hendaklah disimpan
dalam stor Koperasi. Menyimpan barang bukan kepunyaan
Koperasi di dalam stor Koperasi adalah dilarang.

6.2 Pengurus dan Pembantu Stor adalah bertanggungjawab Tanggungjawab
menentukan bahawa stor Koperasi yang terletak di bawah pengurusan stor
kawalannya diuruskan mengikut tatacara yang ditetapkan.
Sebarang perwakilan tugas untuk menerima barang dan
mengendali stor Koperasi hendaklah secara bertulis.

6.3 Pembantu Stor yang menerima barang hendaklah menyemak Semakan kepatuhan
barang yang diterima dan berpuas hati bahawa barang itu barang yang diterima
memenuhi perincian yang disebut dalam borang pesanan atau
kontrak sebelum menandatangani dokumen akuan terima.

6.4 Dalam keadaan di mana barang yang diterima tidak dapat Terimaan tanpa semakan
disemak dengan serta-merta terhadap kepatuhan perincian kepatuhan
dalam pesanan atau kontrak, akuan terima syarat boleh diberi.
Pembantu Stor yang menerima barang berkenaan hendaklah
menentukan bahawa semakan kepatuhan pesanan atau kontrak
atas barang yang diterima dijalankan secepat mungkin. Satu
laporan semakan kepatuhan hendaklah dikemukakan kepada
Pengurus sebaik sahaja ianya disediakan. Tertakluk kepada
polisi semasa, bayaran ke atas sesuatu barang boleh dilakukan
hanya selepas semakan kepatuhan dijalankan dan barang yang
diterima adalah seperti yang disyaratkan.

6.5 Apabila barang diterima daripada pembekal, pembantu stor Terimaan barang
hendaklah menyemaknya terlebih dahulu dengan nota atau bil

32

serahan, nota pembungkusan, invois atau sebarang dokumen
penyokong yang sah, bagi mengesahkan bilangan sebenar
bungkusan yang diterimanya. Bungkusan itu hendaklah dibuka
dengan seberapa segera dan kandungannya disemak dengan
invois. Sekiranya pengesahan menyeluruh tidak dapat dilakukan
dengan serta-merta, maka dokumen tersebut hendaklah
dicatatkan seperti berikut :

“Diterima dengan syarat ia disahkan kemudian
ditimbang, dihitung dan diperiksa”

6.6 Setelah ditimbang, dihitung dan diperiksa dengan disaksikan

Laporan perselisihan atau

oleh seorang pegawai lain, jika ada sebarang kerosakan atau kerosakan
perselisihan, pegawai stor adalah bertanggungjawab untuk
melaporkan secara bertulis kepada penyelia dengan serta-merta.
Tandatangan hanya boleh diturunkan setelah dipastikan
keutuhan barang yang telah sampai.

6.7 Notis mengenai perselisihan atau kerosakan hendaklah

diberitahu dengan serta-merta kepada pembekal dengan Notis perselisihan atau
menggunakan Borang Laporan Terimaan Barang seperti kerosakan barang kepada
pembekal

Lampiran. Notis tersebut hendaklah disokong oleh dokumen

yang lengkap.

6.8 Pembelian yang dibuat dari sesuatu kontrak, pembantu stor Penerimaan barang

daripada stor lain

hendaklah memastikan bahawa barang tersebut disertakan
dengan satu nota atau sijil daripada pihak pembekal yang
menjamin bahawa mutu barang tersebut tidaklah berkurangan
dan menepati penentuan seperti yang telah dipersetujui dalam
perjanjian pembelian barang tersebut.

6.9 Sekiranya barang diterima daripada stor lain, pembantu stor
hendaklah memastikan bahawa Senarai Pembungkusan diterima
bersama salinan Baucar Pengeluaran Barang. Senarai dan
salinan tersebut hendaklah disemak dan dipadankan dengan

33

barang yang telah diterima dan jika terdapat sebarang
perselisihan ianya hendaklah dirujuk kepada stor pembekal
dengan serta-merta.

6.10 Pembantu stor perlu juga mengesahkan maklumat yang terdapat
pada Senarai Pembungkusan dengan salinan Baucar
Pengeluaran Barang. Barang tidak boleh diterima tanpa pesanan
rasmi.

6.11 Sekiranya barang diterima tanpa Senarai Pembungkusan atau Penghantaran tanpa
salinan Baucar Pengeluaran Barang, pembantu stor hendaklah dokumen
membuat catatan dan memberitahu penyelia dengan serta-
merta. Penghantaran tersebut hendaklah disimpan berasingan
sehingga kesilapan tersebut diatasi.

6.12 Penerima tidak boleh meminda butiran yang terdapat di dalam Penerima tidak boleh
Baucar Pengeluaran Barang. Sekiranya terdapat sebarang meminda baucar
perselisihan, penerima hendaklah memulangkan baucar tersebut
dengan menyatakan bilangan yang diterima dan perselisihan
ditunjukkan di dalam Borang Laporan Terimaan Barang.

6.13 Sekiranya sebahagian sahaja daripada barang itu diterima, Penyerahan sebahagian
pembantu stor hendaklah merekodkan bilangan sebenar yang
diterima dengan dakwat merah di atas salinan pesanan rasmi
atau dokumen lain yang berkenaan serta melaporkan kepada
Penyelia dengan serta-merta.

6.14 Baucar Pengeluaran Barang hendaklah diakuterima oleh Akuan terimaan
seorang pegawai yang diberi kuasa sepenuhnya secara bertulis
oleh Pengurus.

6.15 Pihak berkuasa stor hendaklah memastikan bahawa semua Dokumen penerimaan
dokumen penerimaan telah diambil kira dan diproses dengan
serta-merta dan semua akuan terimaan ditandatangan.

34

6.16 Pembantu stor bersama agen penghantaran muatan/barang Pemeriksaan barang
hendaklah memeriksa barang tersebut apabila sampai di stor.

6.17 Satu lejar stor atau kad kawalan stok untuk merekod terimaan Sistem penyimpanan Kad
dan keluaran barang hendaklah disimpan di setiap stor dan Stok
hendaklah menunjukkan :

6.17.1 Kuantiti dan harga setiap barang yang diterima;

6.17.2 Kuantiti, kadar keluaran dan jumlah nilai setiap
keluaran; dan

6.17.3 Baki yang tinggal dalam stok setelah keluaran
dicatatkan.

6.18 Pembetulan pada lejar atau kad kawalan stok hendaklah Pembetulan lejar atau Kad
ditandatangan ringkas dan ditarikhkan oleh pembantu stor. Kawalan Stok
Sesuatu catatan salah hendaklah dibetulkan dengan membuat
catatan pindaan selepas catatan terakhir dalam lejar atau kad
kawalan stok dan dirujuk silang kepada catatan asal yang salah.
Angka tidak boleh dipinda atau dipadamkan.

6.19 Setiap kekurangan yang dihapus kira perlulah dicatatkan di lejar Perselisihan stok
stor atau kad kawalan stok dan disokong oleh satu penyata
perselisihan stok yang disahkan oleh Pengurus berserta dengan
kelulusan untuk menghapus kira.

6.20 Barang yang diterima dan dipertikaikan kerana salah barang Tuntutan terhadap
atau bermutu rendah, tidak dapat dikenali, kekurangan pembekal luar
terlindung atau kerosakan yang bukan disebabkan oleh agen
penghantaran muatan hendaklah diasingkan dan penyelia
hendaklah diberitahu serta-merta.

35

6.21 Jika barang yang dibeli dari pembekal tempatan sama ada secara Tuntutan terhadap
kontrak atau pembelian terus, diterima rosak, usang, mutunya pembekal tempatan
rendah atau tidak menepati penentuan, maka pegawai stor
hendaklah dengan serta-merta melaporkan kepada penyelia.
Penyelia hendaklah berhubung dengan pembekal untuk
memberitahunya yang barang tersebut akan ditolak kesemua
atau sebahagian daripadanya. Barang tersebut hendaklah
diasingkan dan dicatat pada invois atau nota penghantaran. Jika
barang tersebut tidak diganti oleh pembekal maka tindakan
hendaklah diambil untuk memotong kos barang itu daripada
invois.

6.22 Pengurus hendaklah melaksanakan satu rancangan pusingan Rancangan pusingan
pengiraan barang secara terus menerus sepanjang tahun bagi pengiraan barang
menentukan bahawa semua barang yang disimpan di dalam stor
dapat diakaunkan sepenuhnya.

6.23 Pegawai Operasi yang ditugaskan untuk menjalankan pengiraan Pengiraan barang secara
barang bolehlah menetapkan jenis barang yang akan diperiksa terus menerus
dalam sesuatu pemeriksaan tetapi hendaklah memastikan
bahawa semua jenis barang diperiksa secara fizikal sekurang-
kurangnya sekali dalam setahun. Tugas ini hendaklah dilakukan
secara mengejut oleh pegawai yang tidak terlibat dalam kerja
pengurusan dan pengendalian stor yang diperiksa. Pemeriksaan
barang hendaklah dilakukan di hadapan penyenggara stor yang
berkenaan.

6.24 Selepas pengiraan barang dijalankan, satu laporan lengkap Laporan pengiraan
hendaklah dikemukakan kepada Pengurus. Laporan ini barang
hendaklah menyenaraikan barang yang telah diperiksa serta
menunjukkan barang yang tidak dapat disesuaikan kuantitinya
dengan rekod barang yang disimpan.

36

6.25 Pengurus hendaklah mengambil tindakan ke atas laporan Tindakan ke atas laporan
pengiraan barang dengan segera. pengiraan barang

6.26 Pengiraan semua barang hendaklah dilakukan pada hari kerja Pengiraan barang pada
terakhir setiap tahun oleh pegawai yang ditugaskan. Satu hujung tahun
laporan mengikut format yang ditetapkan hendaklah
dikemukakan kepada Pengurus. Laporan ini yang menunjukkan
kuantiti fizikal dan nilai barang, hendaklah ditandatangan oleh
pegawai yang menjalankan pengiraan barang dan juga
penyenggaraan stor. Sebarang perbezaan kuantiti fizikal dengan
rekod yang disimpan hendaklah dilaporkan. Pengurus
hendaklah menghantar salinan laporan berkenaan yang telah
disahkan kepada Bendahari untuk tujuan penyediaan Penyata
Kewangan tahunan.

6.27 Pengurus hendaklah mengkelaskan semua barang kepada Pengkelasan barang
tiga(3) peringkat :

6.27.1 Kurang laju – diverifikasikan sekali setahun;
6.27.2 Laju – diverifikasikan dua (2) kali setahun; dan
6.27.3 Sangat laju – diverifikasikan sekali setiap (3) bulan.

6.28 Pengurus hendaklah menentukan bahawa verifikasi fizikal Verifikasi barang secara
barang secara bebas dijalankan sekurang-kurangnya sekali bebas
setahun. Tujuan verifikasi barang secara bebas adalah bagi
memastikan sama ada pengurusan dan penyenggaraan stor
Koperasi telah dijalankan seperti yang ditetapkan.

6.29 Pemverifikasi stok hendaklah dilantik oleh Lembaga. Pegawai Tugas Pemverifikasi
yang dilantik hendaklah tidak ditugaskan, sama ada secara Stok
langsung atau tidak, menyenggara stor yang diperiksa. Tugas
utama pemverifikasi stok adalah seperti berikut :

37

6.29.1 Membuat lawatan stor secara mengejut berasaskan
rancangan verifikasi barang yang disediakan. Tugas ini
perlu dilakukan di hadapan penyenggara stor dan
melibatkan semakan ke atas rekod tertentu serta
pemeriksaan fizikal barang bagi membolehkan laporan
verifikasi barang disediakan;

6.29.2 Melaporkan kepada Lembaga semakan dan
pemeriksaan yang dijalankan mengikut format laporan
yang mengandungi perkara berikut :
i) Senarai barang yang terdapat perbezaan kuantiti
fizikal dan rekod;

ii) Senarai barang yang rosak atau tidak boleh
digunakan lagi berserta syor pemverifikasi stok
bagi barang berkenaan;

iii) Senarai barang yang mempunyai had tempoh
atau tarikh luput yang tidak berguna lagi;

iv) Senarai barang yang tidak bergerak semenjak
verifikasi yang lepas berserta syor pemverifikasi
stok barang berkenaan; dan

v) Pandangan terhadap pengurusan stok pada
keseluruhannya berserta syor pemverifikasi stok
untuk memperkukuhkan pengurusan stor yang
diperiksa.

6.30 Pengurus dikehendaki mengambil tindakan yang sepatutnya Verifikasi barang tidak
dengan berpandukan syor yang diberikan oleh pemverifikasi melepaskan
stok. Perjalanan verifikasi barang secara bebas tidak tanggungjawab Pengurus
melepaskan pengurus daripada tanggungjawab untuk

38

menentukan bahawa stor di bawah kawalannya diuruskan
dengan sepatutnya.

6.31 Apabila kuantiti fizikal barang didapati berlebihan atau Perbezaan kuantiti barang
berkurangan jika dibanding dengan rekod barang, peraturan dalam rekod yang
berikut hendaklah dipatuhi : disimpan

6.31.1 Sebarang lebihan barang yang dipesan hendaklah Lebihan barang
dikemas kini di dalam rekod dengan serta-merta oleh
penyenggara stor. Pengurus hendaklah menjalankan
siasatan selanjutnya dengan menentukan punca yang
menyebabkan lebihan tersebut berlaku. Lebihan barang
hendaklah diselaraskan dalam akaun dan dikemukakan
kepada Lembaga.

6.31.2 Sebarang kurangan barang yang dikesan hendaklah Kurangan barang
dikemaskini dalam rekod mengikut tatacara yang
ditetapkan. Pengurus hendaklah menjalankan siasatan
selanjutnya dan mngenal pasti punca yang
menyebabkan kurangan berlaku. Satu laporan
terperinci yang menjelaskan bagaimana kurangan
tersebut berlaku hendaklah dikemukakan kepada
Lembaga untuk tujuan dihapus kira.

39

BAB 7
PELUPUSAN BARANG

BAB 7
PELUPUSAN BARANG

7.1 Barang milik Koperasi tidak boleh dijual kepada orang awam Barang tidak boleh dijual

tanpa kebenaran Anggota Lembaga. Sebelum tindakan tanpa kebenaran Anggota
Lembaga

pelupusan diambil, seberapa yang boleh dan praktik, barang

yang akan dilupus hendaklah ditawarkan terlebih dahulu kepada

Anggota Lembaga, Juruaudit Dalam dan Anggota.

7.2 Apabila kelulusan telah diperoleh bagi menjual barang tersebut Jualan kepada orang
kepada orang awam, duti kastam, jika ada dan bayaran awam

tambahan mengikut kadar sebagaimana dibenarkan hendaklah

ditambah kepada harga jualan.

7.3 Semua penjualan barang kepada orang awam mestilah

berasaskan kepada pembayaran tunai terlebih dahulu. Kredit Penjualan mestilah
boleh dibenarkan hanya atas kebenaran bertulis daripada berasaskan tunai

Pengerusi dengan syarat tempohnya ditetapkan.

7.4 Hasil jualan hendaklah dikreditkan kepada hasil. Kredit hasil jualan

7.5 Tertakluk kepada Arahan 7.10, Lembaga Pemeriksa hendaklah Perlantikan Lembaga
dilantik oleh Anggota Lembaga bagi maksud membuat laporan Pemeriksa
terhadap barang, loji, kelengkapan dan harta benda lain yang
nilai perolehan asalnya melebihi RM1,000 setiap satu, yang
telah digunakan dan dianggap tidak berguna atau tidak bernilai
lagi. Lembaga Pemeriksaan hendaklah dianggotai oleh
sekurang-kurangnya dua (2) orang Anggota Lembaga yang
berkebolehan untuk menilai dan menaksirkan kebergunaan
barang yang diperiksa. Mengenai kenderaan dan loji lain,
seorang daripada ahlinya hendaklah terdiri daripada orang yang
berkelayakan untuk memeriksa dan membuat laporan ke atas
kenderaan dan loji tersebut.

40

7.6 Keahlian seorang pegawai profesional di dalam Lembaga Barang TEB tidak perlu

keahlian pegawai

Pemeriksa tidak perlu sekiranya perakuan Tak Ekonomi Dibaiki profesional di dalam
(TEB) telah ditandatangan oleh seorang pegawai profesional Lembaga Pemeriksa
dalam bidangnya yang secara tidak langsung bertanggungjawab

ke atas pengendalian dan pengurusan kenderaan atau loji
berkenaan. Jika sesuatu loji atau kelengkapan tersebut

diselenggarakan oleh sebuah firma atau agen pembekal,
Lembaga pemeriksa boleh menimbangkan laporan firma atau

agen tersebut.

7.7 Lembaga Pemeriksa perlulah juga dilantik mengikut tatacara

yang tersebut di atas bagi barang yang belum dikeluarkan tetapi Lembaga Pemeriksa bagi
barang belum guna

didapati tidak boleh digunakan, cacat, usang atau melebihi

keperluan apabila dibuat pengiraan, verifikasi atau penyemakan

rekod stok. Sekiranya usang atau melebihi keperluan, sejumlah

yang munasabah hendaklah disimpan dalam stok dan selebihnya

dilupuskan serta-merta.

7.8 Lembaga Pemeriksa hendaklah menyediakan empat (4) salinan Laporan Lembaga
laporan seperti di Lampiran N untuk mendapatkan kelulusan Pemeriksa
hapus kira dan pelupusan di dalam Mesyuarat Lembaga
tertakluk kepada Arahan 7.18, 7.19 dan 7.20 kecuali jika disyaki
berlakunya kecuaian, penipuan atau kecurian yang mana
tindakannya adalah tertakluk di bawah Tatacara Kehilangan dan
Hapus Kira.

7.9 Apabila kelulusan untuk hapus kira dan pelupusan telah diberi,

tindakan hendaklah disegerakan mengikut Arahan 7.16. Satu Tindakan segera selepas
mendapat kelulusan

Sijil Pelupusan Barang seperti di Lampiran O, hendaklah pelupusan

disediakan oleh pegawai yang diberi kuasa untuk melupus dan

dihantar ke Bahagian Kewangan.

7.10 Pelupusan secara tender, lelongan atau hapus kira boleh Pelupusan tanpa Lembaga
dilaksanakan oleh pegawai yang diberi kuasa oleh Mesyuarat Pemeriksa
41

Lembaga tanpa mengadakan suatu Lembaga Pemeriksa ke atas
barangan berikut:

7.10.1 Nilai perolehan asalnya tidak melebihi RM500 setiap
satu atau RM1,000 jumlah kesemuanya dan tidak boleh
digunakan dengan ekonomi lagi serta hanya boleh
mendapatkan hasil jualan sisa sahaja;

7.10.2 Tidak bernilai untuk dijual, misalnya pinggan
mangkuk pecah dan sebagainya;

7.10.3 Tidak boleh dijual disebabkan oleh keselamatan awam.

7.11 Walau bagaimanapun, jika terdapat penipuan atau kecuaian dan Tindakan jika berlaku
sebagainya, tindakan hendaklah diambil mengikut Tatacara penipuan
Kehilangan dan Hapus kira.

7.12 Mengenai barang yang dihapus kira di bawah panduan ini, Laporan pelupusan tanpa
Pengurus hendaklah menyediakan tiga (3) salinan laporan Lembaga Pemeriksa
tahunan seperti di Lampiran P. Lampiran tersebut hendaklah
dihantar kepada Pengerusi tidak lewat dari bulan Februari tahun
berikutnya.

7.13 Lembaga Pemeriksa boleh mengesyorkan supaya barang yang Cara pelupusan barang
tidak boleh digunakan, lebihan atau aset lain Koperasi
dilupuskan secara berikut :

7.13.1 Jualan lelong; atau

7.13.2 Jualan melalui tender; atau

7.13.3 Secara tukar beli; atau

42

7.13.4 Pindahan ke bahagian lain mengikut budi bicara
Pengurus. Pindahan yang disyorkan itu mestilah
dirujuk kepada Anggota Lembaga untuk mendapatkan
keputusan sama ada pelarasan kewangan mesti dibuat;
atau

7.13.5 Cara lain yang sesuai.

7.14 Jualan lelong hendaklah diuruskan oleh Pengurus dari semasa Jualan lelong
ke semasa. Wang pertaruhan hendaklah dikenakan sebanyak
10% daripada harga simpanan.

7.15 Jualan melalui tender hendaklah diuruskan mengikut Tatacara Jualan melalui tender
Tender. Wang pertaruhan seperti Arahan 7.14 perlu dikenakan.

7.16 Jika pelupusan tidak dapat diselesaikan dalam masa tiga (3) Pelupusan yang tidak
bulan selepas kuasa diberi, urus setia pelupusan hendaklah dapat diselesaikan
melaporkannya kepada Pengurus untuk mendapat arahan
selanjutnya.

7.17 Adalah menjadi kewajipan Pengurus menentukan bahawa Tanggungjawab Pengurus
semua harta benda Koperasi yang tidak boleh digunakan atau
berlebihan diperiksa dengan segera dan dilupuskan secara yang
paling berfaedah.

7.18 Pengurus boleh diwakilkan kuasa oleh Lembaga untuk melupus Perwakilan kuasa kepada
dan menghapus kira, tertakluk kepada sebarang arahan yang Pengurus
dikeluarkan oleh Lembaga dari semasa ke semasa, berhubung
dengan nilai barang yang hilang, kurang atau tidak boleh
digunakan.

7.19 Jika perwakilan kuasa untuk melupus dan menghapus kira telah Perwakilan kuasa tidak

boleh diwakilkan semula

diberikan, perwakilan kuasa tersebut adalah tertakluk kepada

43

Arahan 7.10, 7.11 dan 7.12. Perwakilan kuasa tersebut tidak
boleh diwakilkan semula kepada pegawai lain.

7.20 Kelulusan pelupusan dan hapus kira yang tidak tertakluk di
bawah Arahan 7.8, 7.10, 7.18 dan 7.19 hendaklah dikemukakan
kepada Lembaga.

7.21 Pengurus hendaklah mengatur supaya semua inventori dan loji
diperiksa dengan daftar berkenaan. Lat masa di antara sesuatu
pemeriksaan bolehlah diubah atas budi bicaranya mengikut
jenis inventori atau loji dengan syarat kesemuanya diperiksa
sekurang-kurangnya sekali dalam masa dua (2) tahun.

7.22 Pengurus bolehlah melupus barang Koperasi tertakluk kepada
syarat berikut :

7.22.1 Kuasa yang diberi oleh Lembaga tidak boleh
diwakilkan kepada pegawai;

7.22.2 Nilai belian asal sesuatu barang yang hendak dilupus
tidak melebihi RM1,000 atau secara agregatnya tidak
melebihi RM10,000;

7.22.3 Sebelum meluluskan pelupusan, Pengurus hendaklah
berpuas hati bahawa barang itu tidak diperlukan atau
tidak ekonomik lagi; dan

7.22.4 Laporan pelupusan hendaklah dihantar kepada
Lembaga.

7.23 Pelupusan semua bahan bercetak yang telah diluluskan untuk
dihapus kira, sama ada telah atau pun belum dikeluarkan untuk Pelupusan bahan bercetak
kegunaan, hendaklah dirujuk kepada Lembaga. Jika perlu, satu

44

(1) salinan surat kebenaran daripada pihak yang berkenaan
seperti Arkib Negara hendaklah dilampirkan bersama.

7.24 Sekiranya pelupusan secara tender diuruskan, petender yang
berjaya dikehendaki memungut sendiri barang tersebut setelah
mendapat arahan daripada Lembaga. Butiran mengenai bahan
bercetak tersebut hendaklah direkodkan dan diakuterima oleh
petender.

7.25 Dokumen yang terkelas dan terhad adalah dikecualikan Pelupusan dokumen
daripada tatacara ini oleh kerana cara pelupusannya adalah terperingkat
tertakluk kepada arahan yang berasingan.

45

BAB 8
KEHILANGAN DAN
PROSEDUR HAPUS KIRA

BAB 8
KEHILANGAN DAN PROSEDUR HAPUS KIRA

8.1 Dalam Arahan ini, melainkan jika kandungan ayatnya Definisi perkataan
mengkehendaki makna yang lain, perkataan ‘kehilangan’ kehilangan
termasuk kehilangan wang, setem, barang dan harta lain yang
berharga disebabkan kecurian, penipuan, kecuaian pegawai,
kekurangan, bayaran tanpa kuasa, hutang yang hasil tidak boleh
dikutip dan perbelanjaan membazir.

8.2 Apabila kehilangan wang, barang atau harta Koperasi dikesan,

Tindakan apabila

adalah menjadi tugas Pengurus untuk melaporkan dengan serta- kehilangan dikesan
merta kepada Pengerusi dan jika Pengerusi berpuas hati atau
mempunyai sebab untuk mempercayai bahawa sesuatu
kesalahan jenayah telah dilakukan berhubung dengan
kehilangan itu, Pengurus hendaklah melaporkan kepada poli
serta-merta. Jika verifikasi stok atau pengiraan stok
menunjukkan kemerosotan atau kekurangan yang berlebihan
atau menyebabkan kepada syak wasangka yang munasabah
bahawa kesalahan jenayah telah dilakukan, tindakan yang sama
hendaklah diambil oleh Pengurus. Salinan laporan hendaklah
dihantar ke Bahagian Kewangan.

8.3 Pengurus hendaklah memberitahu Lembaga secepat mungkin

sesuatu kehilangan itu. Sekiranya tiada mesyuarat Lembaga Laporan kehilangan
dalam masa dua (2) minggu selepas kehilangan dikesan, laporan kepada Lembaga dan
permulaan yang mengandungi butiran berikut hendaklah laporan permulaan

dikemukakan kepada Lembaga:

8.3.1 Jenis kehilangan;

8.3.2 Anggaran amaun wang tunai atau anggaran semasa
nilai barang yang hilang;

46

8.3.3 Tempat sebenar di mana kehilangan berlaku;

8.3.4 Tarikh dan masa di mana kehilangan berlaku;

8.3.5 Cara bagaimana kehilangan berlaku;

8.3.6 Nama dan jawatan pegawai yang akhir sekali
menyimpan / menjaga barang yang hilang;

8.3.7 Sama ada terdapat pegawai yang dianggap prima facie
bertanggungjawab atas kehilangan itu dan jika ada,
nama dan jawatannya;

8.3.8 Sama ada seseorang pegawai telah ditahan kerja;

8.3.9 Sama ada laporan telah dibuat kepada polis dan
sekiranya tiada, sebab mengapa tidak dibuat;

8.3.10 Langkah yang telah diambil untuk mengelakkan
kehilangan itu; dan

8.3.11 Langkah yang diambil untuk mencegah berulangnya
kehilangan itu.

8.4 Kehilangan kecil bererti kehilangan sesuatu harta benda kecil

Kehilangan kecil

sama ada disebabkan kemalangan, pecah atau seumpamanya
dengan syarat harta benda dalam sesuatu perkara ini tidak
melebihi RM500. Kehilangan kecil yang mana laporan
permulaan tidak diperlukan, Pengurus hendaklah memberi satu
laporan akhir dan mengesyorkan kepada Lembaga mengenai
cadangan tindakan yang akan diambil.

47

8.5 Apabila tindakan ke atas kehilangan kecil telah selesai, Laporan akhir mengenai
Pengurus hendaklah mengemukakan satu laporan akhir yang kehilangan kepada
lengkap kepada Lembaga. Lembaga

8.6 Jika sesuatu kehilangan besar berlaku yang mungkin akan Kehilangan besar
menimbulkan perhatian awam, salinan laporan permulaan dan hendaklah dilaporkan
laporan akhir hendaklah juga dihantar kepada pihak kepada SKM
Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM).

8.7 Kegagalan Pengurus untuk mengemukakan laporan kepada Kegagalan melaporkan
Pengerusi apabila kehilangan dikesan atau pun kegagalan untuk sesuatu kehilangan
membuat laporan polis tanpa sebab munasabah, akan
menyebabkan beliau menghadapi tindakan tatatertib dari
Lembaga.

8.8 Jika sesuatu kehilangan telah dipastikan, Pengurus hendaklah Pelarasan kerja sementara
membenarkan suatu amaun yang sama banyaknya sebagai wang mengenai kehilangan
pendahuluan untuk dikenakan kepada akaun persendirian di
bawah nama pegawai yang dianggap bertanggungjawab bagi
kehilangan itu. Jika dianggap perlu bahawa pegawai yang
berkenaan patut ditahan kerja, Pengurus hendaklah membuat
laporan segera kepada Jawatankuasa Tatatertib untuk kelulusan
penahanan kerja pegawai yang berkenaan.

8.9 Pengurus hendaklah mengaturkan penyiasatan Lembaga Penyiasatan dan laporan
sepenuhnya mengenai kehilangan itu. Laporan Akhir yang bersama atas kehilangan
lengkap hendaklah dikemukakan kepada Lembaga dalam besar
tempoh empat (4) bulan dari tarikh Laporan Awal sebagaimana
di Lampiran R.

8.10 Lembaga hendaklah selepas menimbang Laporan Akhir di Hapus kira dan syor untuk
bawah Arahan 8.9 mengambil tindakan sepatutnya untuk surcaj
menghapus kira kehilangan itu. Jika Lembaga berpendapat
bahawa surcaj atau tindakan tatatertib perlu dikenakan terhadap

48

pegawai yang bertanggungjawab atas kehilangan itu, Lembaga
hendaklah membuat keputusan sedemikian dan Pengurus
hendaklah bertindak segera atas keputusan itu dengan
melaporkan kepada Jawatankuasa Tatatertib.

8.11 Pengurus adalah bertanggungjawab bagi mendapatkan surcaj Tanggungjawab mengutip
yang dikenakan oleh Jawatankuasa Tatatertib. Surcaj yang surcaj
dikutip hendaklah dikreditkan kepada akaun hasil Koperasi.

8.12 Pengurus boleh menghapus kira nilai barang Koperasi yang Kuasa Pengurus
hilang, tertakluk kepada syarat berikut: menghapuskira nilai
barang
8.12.1 Kuasa untuk hapus kira telah diberi oleh Lembaga dan
tidak boleh diwakilkan semula kepada pegawai;

8.12.2 Nilai belian asal sesuatu kehilangan yang dihapuskira
hendaklah tidak melebihi RM1,000;

8.12.3 Sebelum meluluskan hapus kira, Pengurus hendaklah
berpuas hati bahawa soal kecurian atau penipuan atau
kecuaian tidak terlibat; dan

8.12.4 Laporan atas kehilangan yang dihapus kira hendaklah
dihantar ke Bahagian Kewangan untuk pelarasan dan
salinan kepada Juruaudit Dalam.

8.13 Pembayaran balik hendaklah didapatkan daripada penerima Pembayaran berlebihan
bagi pembayaran lebih atau pembayaran yang salah dibuat. Jika atau bayaran tanpa kuasa
bayaran balik sepenuhnya diterima, laporan tidak perlu
dikemukakan kepada Lembaga melainkan Pengurus
berpendapat bahawa seseorang pegawai boleh dikenakan
tindakan tatatertib kerana kecuaian dalam menjalankan
tugasnya.

49

8.14 Jika penerima bayaran itu adalah salah seorang daripada Bayaran lebihan secara
Lembaga, Pengurus boleh membenarkan pegawai itu ansuran
mengembalikan sepenuhnya lebihan bayaran itu melalui
ansuran bulanan secepat mungkin dan tidak lewat dari enam (6)
bulan selepas bayaran itu dikesan atau sebelum pegawai itu
meninggalkan perkhidmatannya mengikut mana yang lebih
awal dengan keputusan Lembaga. Jika bayaran balik dengan
ansuran diluluskan, jumlah yang boleh didapatkan balik itu
hendaklah didebitkan kepada satu akaun pendahuluan atas nama
penerima bayaran yang berkenaan. Ansuran bulanan itu
hendaklah dikreditkan kepada akaun pendahuluan.

8.15 Jika pembayaran balik sepenuhnya tidak boleh didapatkan Laporan bayaran lebihan
daripada penerima bayaran atau jika Pengurus berpendapat
bahawa pembayaran lebih itu dibuat atau diterima melainkan
dengan suci hati, suatu penyiasatan hendaklah dibuat dan satu
laporan dikemukakan kepada Lembaga. Laporan hendaklah
menyatakan:

8.15.1 Nama pegawai yang bertanggungjawab;

8.15.2 Bagaimana dan mengapa bayaran itu berlaku;

8.15.3 Sebab bayaran balik itu tidak dapat dikutip balik; dan

8.15.4 Syor Pengurus untuk tindakan surcaj atau tindakan
tatatertib, jika perlu.

8.16 Apabila menerima laporan itu daripada Pengurus, Lembaga Menimbangkan laporan
hendaklah memutuskan berapakah amaun, jika ada, yang patut
didapatkan balik dan sama ada tindakan lanjut patut diambil
oleh Pengerusi. Lembaga hendaklah kemudiannya
membenarkan amaun yang tidak boleh atau tidak patut

50

didapatkan balik itu hendaklah didebitkan kepada akaun yang
sesuai.

8.17 Jika sesuatu kehilangan itu mengkehendaki surcaj atau tindakan Arahan untuk surcaj
tatatertib terhadap pegawai, Lembaga hendaklah mengarahkan
demikian. Pengurus hendaklah mengambil tindakan yang
sewajarnya berdasarkan arahan tersebut.

8.18 Jika sesuatu hutang atau suatu jumlah hasil tidak dapat dikutip, Hutang yang tidak dapat
ia hendaklah dilaporkan oleh Pengurus kepada Pengerusi. Jika dikutip
Pengerusi berpuas hati bahawa segala usaha telah dibuat untuk
mendapatkan hutang atau hasil tetapi masih gagal, beliau
hendaklah melaporkan kedudukan hutang atau hasil tersebut
kepada Lembaga sebagai hutang ragu. Perakuan untuk hapus
kira hendaklah dibuat hutang ragu yang tidak dapat dikutip
dalam tempoh lima (5) tahun. Laporan Pengurus mengenai
hutang dan hasil hendaklah mengandungi:

8.18.1 Nama dan alamat orang yang kena bayar hutang itu;

8.18.2 Jenis dan amaun hutang dan tarikh ia kena dibayar
kepada Koperasi;

8.18.3 Tarikh bil dihantar atau tarikh bila pemberitahuan
jumlah wang yang kena dibayar untuk didapatkan telah
dibuat;

8.18.4 Tindakan yang telah diambil untuk mendapatkan
pembayaran selepas bil dikeluarkan atau notis untuk
mendapatkan balik amaun telah dibuat. Jika prosedur
bagi notis dan tuntutan dinyatakan secara berkanun,
sama ada prosedur sedemikian telah dipatuhi;

51

8.18.5 Nama dan jawatan pegawai yang bertanggungjawab
bagi mengutip hutang;

8.18.6 Nama dan jawatan pegawai yang bertanggungjawab
sebagai Pegawai Penyelia;

8.18.7 Sama ada kegagalan untuk mengutip adalah
disebabkan kegagalan mematuhi peraturan, kaedah
atau sebagainya; dan

8.18.8 Sama ada tindakan tatatertib telah disyorkan terhadap
pegawai. Jika tiada surcaj dicadangkan, sebab
sewajarnya hendaklah diberi.

8.19 Pengurus dan seorang pegawai lain boleh diwakilkan kuasa oleh Perwakilan kuasa tidak
Lembaga untuk menghapus kira, tertakluk kepada syarat dan boleh diwakilkan semula
arahan yang dikeluarkan oleh Lembaga dari semasa ke semasa,
berhubung dengan nilai barang yang hilang, kurang atau tidak
boleh digunakan yang dimiliki oleh Koperasi. Jika perwakilan
kuasa untuk menghapus kira telah diberikan kepada Pengurus
dan seorang pegawai lain oleh Lembaga, perwakilan kuasa
tersebut tidak boleh diwakilkan semula kepada pegawai lain.
Kelulusan hapus kira yang tidak tertakluk di bawah Arahan ini
hendaklah dikemukakan kepada Lembaga untuk keputusan.

8.20 Sekiranya kos standard bagi satu unit barang tidak digunakan, Kos seunit barang bagi
kos purata sewajarnya hendaklah digunakan. Kos seunit pelupusan
bolehlah dikira dengan membahagikan jumlah kos sebenar
dengan bilangan unit stok dan hendaklah ditetapkan kepada
jumlah sen yang terdekat. Apabila barang yang serupa bentuk
dan ciri diperoleh dengan kos yang berlainan kos seunit
hendaklah dipuratakan.

52

8.21 Lembaga pemeriksa bagi wang tunai hendaklah dilantik oleh Lembaga Pemeriksa bagi
Lembaga untuk memeriksa kedudukan baki wang tunai dan wang tunai dan aset
aset, pungutan hasil, setem, rekod kewangan dan barang dalam
simpanan Koperasi. Lembaga pemeriksa hendaklah
menjalankan pemeriksaan selepas penutupan urusan pada hari
terakhir bagi sesuatu tahun kewangan atau sebelum urusan pada
hari kerja pertama dalam tempoh tahun kewangan berikutnya.

8.22 Pemeriksaan mengejut ke atas wang tunai, pungutan hasil, Pemeriksaan mengejut
setem, rekod kewangan dan barang dalam simpanan Koperasi
hendaklah dibuat oleh Pengurus Kewangan atau wakilnya
sekurang-kurangnya sekali dalam tempoh enam (6) bulan.

53

BAB 9
JUALAN, SEWAAN DAN

PAJAKAN

BAB 9
JUALAN, SEWAAN DAN PAJAKAN

9.1 Arahan ini meliputi jualan, sewaan dan pajakan aset Koperasi. Jualan, sewaan dan
pajakan aset Koperasi

9.2 Kaedah dan prosedur mengenai tender dan kontrak bagi
perolehan boleh diguna pakai untuk jualan, sewa dan pajakan
aset Koperasi.

9.3 Penilaian hendaklah dibuat bagi menentukan nilai aset Koperasi

Penilaian aset

tersebut. Jika nilai aset melebihi RM100,000 hendaklah dibuat

panggilan tender dan jika melebihi RM10,000 tetapi kurang

daripada RM100,000 hendaklah dibuat sebut harga.

9.4 Bagi sewaan atau pajakan aset selain daripada syarat am,

Syarat kontrak

perkara berkaitan dengan insurans, penyelenggaraan aset, kadar
dan cukai yang kena dibayar terhadap aset itu, penalti kerana
gagal menyelesaikan premium dan sewa dalam tempoh yang
ditetapkan dalam kontrak dan deposit yang mencukupi
sekurang-kurangnya satu bulan sewa, hendaklah dimasukkan ke
dalam syarat kontrak.

9.5 Jika aset dipajak atau disewakan, akaun atau daftar yang sesuai Mengawal kutipan sewa
hendaklah diselenggarakan dan disesuaikan bagi tujuan
mengawal kutipan sewa yang kena dibayar. Tindakan yang
sewajarnya hendaklah diambil untuk mendapatkan balik jumlah
sewaan / pajakan. Sewa yang tertunggak hendaklah dilaporkan
kepada Jawatankuasa Pengurusan Kewangan dengan
menyatakan tindakan yang telah diambil.

54

BAB 10
PENYATA KEWANGAN

TAHUNAN
(i) AM

BAB 10
PENYATA KEWANGAN TAHUNAN

(i) AM

10.1 Penyata Kewangan adalah merupakan salah satu alat untuk Prinsip perakaunan yang
mengawal dan mengukur pencapaian operasi sesebuah diterima umum
Koperasi. Penyata Kewangan yang disediakan mengikut Prinsip
Perakaunan Yang Diterima Umum dapat mencerminkan Penyata Kewangan
kedudukan sebenar kewangan sesebuah Koperasi pada dan
tempoh masa tertentu. Tarikh kemuka Penyata
Kewangan
10.2 Istilah penyata akaun yang dimaksudkan adalah Penyata Konsep asas perakaunan
Kewangan yang meliputi:
10.2.1 Akaun Perdagangan;
10.2.2 Akaun Untung Rugi;
10.2.3 Akaun Pembahagian Keuntungan;
10.2.4 Kunci kira-kira; dan
10.2.5 Penyata Sumber dan Penggunaan Wang / Penyata
Aliran Tunai

10.3 Penyata Kewangan hendaklah disediakan tidak lewat daripada
dua (2) bulan selepas berakhirnya sesuatu tahun kewangan
berkenaan.

10.4 Penyata Kewangan perlu mempunyai matlamat yang hendak
dicapai. Oleh itu, dalam merangka Sistem Kewangan dan
Perakaunan, Lembaga hendaklah mengenal pasti dan
menentukan ia tercapai. Konsep berikut adalah menjelaskan
objektif khusus untuk Penyata Kewangan:
10.4.1 Satu keperluan bagi Koperasi dan dituntut oleh Akta
Koperasi 1993, Peraturan-peraturan Koperasi 1995,
Pekeliling Ketua Pendaftar dan Undang-undang Kecil
Koperasi.
10.4.2 Untuk dibentangkan dalam Mesyuarat Agung Tahunan
koperasi bagi mendapat kelulusan dan sebagai
makluman kepada anggota-anggota.

55

10.4.3 Untuk mendapat persetujuan Mesyuarat Agung Andaian perakaunan
Tahunan mengenai cadangan pengagihan keuntungan
bersih tahun semasa.

10.4.4 Menjadi panduan kepada anggota-anggota dalam
meluluskan anggaran belanjawan, menetapkan had
pinjaman luar dan had keterhutangan Koperasi.

10.4.5 Membantu pihak pentadbir dan pengurusan koperasi
membuat keputusan mengenai :-
10.4.5.1 Jumlah pinjaman yang diperlukan
10.4.5.2 Sama ada modal koperasi tergugat oleh
kerugian terkumpul koperasi
10.4.5.3 Sama ada liabiliti semasa koperasi telah atau
sedang meningkat terlalu tinggi sehingga
boleh menggugat kedudukan modal kerja
atau modal pusingan koperasi
10.4.5.4 Pelaburan yang hendak dilakukan sama ada
dari segi pelaburan aset atau syer-syer
10.4.5.5 Sama ada pinjaman yang diberikan kepada
anggota-anggota terlalu tinggi atau terlalu
rendah
10.4.5.6 Sama ada kempen untuk menambah
anggota-anggota atau modal syer / yuran
perlu dilakukan untuk kukuhkan kedudukan
modal Koperasi.

10.5 Peraturan dan amalan penyediaan Penyata Kewangan adalah
berasaskan andaian berikut:
10.5.1 Usaha berterusan (going concern) – operasi harian
Koperasi dianggap sebagai usaha berterusan
10.5.2 Ketekalan (consistency) – polisi perakaunan adalah
diandaikan tetap dari satu tempoh perakaunan ke satu
tempoh yang lain
10.5.3 Akruan (accrual) – hasil dan kos diakui apabila ianya
patut diperoleh atau direkodkan dalam Penyata
Kewangan untuk tempoh yang berkaitan dengannya

56

10.6 Pertimbangan yang wajar hendaklah diberi kepada pemilihan Asas perakaunan
dasar dan prinsip dalam mengamalkan dasar perakaunan supaya
Penyata Kewangan akan menunjukkan pandangan yang benar Penyata Kewangan
dan saksama terhadap kedudukan kewangan. berdasarkan asas
perbandingan
10.7 Dasar perakaunan hendaklah mengandungi asas berikut: Perubahan dalam dasar
10.7.1 Tindakan berhati-hati (prudence) – keadaan tidak perakaunan
menentu yang (tidak dapat dielakkan) menyelubungi Pelarasan tahun terdahulu
banyak urus niaga. Ini hendaklah diakui dengan
mengamalkan tindakan berhati-hati dalam penyediaan
Penyata Kewangan;
10.7.2 Kepentingan nilai mengatasi bentuk (substance over
form) – urus niaga hendaklah diambil kira dan
dibentangkan mengikut kepentingan nilai dan
kelaziman kewangan. Jika ini tidak mungkin
dilakukan, sebab hendaklah dijelaskan dalam bentuk
Nota kepada Akaun; dan
10.7.3 Materiality (materiality) – Penyata Kewangan
hendaklah mendedahkan semua item dan boleh
mempengaruhi sesuatu penilaian dan keputusan.

10.8 Amaun bagi setiap item semasa dan item tahun terdahulu
hendaklah ditunjukkan secara perbandingan termasuk nota
kepada Penyata Kewangan. Sekiranya tiada amaun untuk
butiran di dalam tahun semasa, maka bagi item yang sama dari
Penyata Kewangan terdahulu hendaklah ditunjukkan.

10.9 Jika perubahan dalam dasar asas atau amalan perakaunan
memberi kesan material bagi tempoh semasa atau tempoh
berikutnya, kesan perubahan tersebut perlu dinilai dan
didedahkan bersama.

10.10 Pelarasan mengenai Penyata Kewangan terdahulu dan item
yang luar biasa hendaklah ditunjukkan berasingan selepas
memperoleh lebihan atau kurangan tahun itu ataupun
diselaraskan kepada baki pendapatan dalam Penyata Kewangan
semasa. Pelarasan sedemikian hendaklah dijelaskan dalam
bentuk Nota kepada Akaun.

57

10.11 Amaun yang terdapat dalam Penyata Kewangan hendaklah Nota kepada Akaun
disokong dengan Nota kepada Akaun. Nota Kepada Akaun
hendaklah termasuk perkara berikut jika tidak ditunjukkan Format Penyata
dalam penyata akaun itu sendiri: Kewangan
10.11.1 Sebarang perubahan penting ke atas dasar, asas atau
amalan perakaunan jika menjejaskan perbandingan
dengan tahun lalu. Setakat mana perbandingan itu akan
terjejas hendaklah dinyatakan;
10.11.2 Asas yang digunakan untuk menilai aset tetap termasuk
tarikh dan punca penilaian, jika ada;
10.11.3 Asas dan kadar bagi pengiraan susut nilai;
10.11.4 Asas perkiraan stok dalam perniagaan dan kerja dalam
pelaksanaan;
10.11.5 Jenis liabiliti luar jangka jika material;
10.11.6 Kejadian yang berlaku selepas tarikh Lembaran
Imbangan sehingga akaun diaudit, jika kejadian
tersebut memberi kesan kewangan yang material;
10.11.7 Amaun agregat atau amaun yang dianggarkan sebagai
komitmen perbelanjaan modal; dan
10.11.8 Amaun liabiliti yang berbangkit daripada aset yang
dipajak perlu ditunjukkan berasingan daripada liabiliti
semasa dan liabiliti jangka panjang.

10.12 Peraturan 29(1) Peraturan-peraturan Koperasi 1995
menghendaki koperasi mengemukakan penyata kewangan
setiap tahun dalam bentuk dan cara yang ditetapkan oleh
Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) sebagaimana Lampiran.

58

BAB 10
PENYATA KEWANGAN

TAHUNAN
(ii) AKAUN PERDAGANGAN

DAN UNTUNG RUGI

(ii) AKAUN PERDAGANGAN DAN UNTUNG RUGI

10.13 Akaun Perdagangan dan Untung Rugi berfungsi bagi
menunjukkan sesuatu aktiviti perniagaan Koperasi mendapat
keuntungan atau kerugian di dalam sesuatu tahun kewangan
setelah mengambil kira segala pelarasan seperti mana kehendak
Seksyen 59 (1) (a) Akta Koperasi 1993.

10.14 Untung kasar / (rugi kasar) dari Akaun Perdagangan akan
dipindahkan ke Akaun Untung Rugi.

10.15 Akaun Perdagangan koperasi tidak sepatutnya menunjukkan
kerugian kasar kerana harga jualan selalunya lebih tinggi
berbanding dengan kos barang yang dijual. Namun begitu,
sekiranya berlaku rugi kasar mungkin disebabkan oleh perkara-
perkara berikut:-

10.15.1 Jualan terkurang rekod;
10.15.2 Belian terlebih rekod;
10.15.3 Stok awal terlebih diambil kira;
10.15.4 Stok akhir terkurang diambil kira;
10.15.5 Kehilangan/kecurian stok; atau
10.15.6 Stok rosak tidak dilaraskan.

10.16 Akaun Untung Rugi merupakan akaun yang menunjukkan
segala pendapatan dan perbelanjaan operasi yang sepatutnya
berlaku di dalam tahun kewangan koperasi (termasuk susut nilai
aset tetap, bayaran audit luar dan lain-lain pelarasan).
Keuntungan bersih daripada Akaun Untung Rugi hendaklah
dipindahkan ke Akaun Pembahagian Keuntungan.

59

BAB 10
PENYATA KEWANGAN

TAHUNAN
(iii) AKAUN PEMBAHAGIAN

KEUNTUNGAN

(iii) AKAUN PEMBAHAGIAN KEUNTUNGAN

10.17 Akaun ini menunjukkan cara keuntungan bersih tahun semasa Pengagihan untung bersih
diagihkan mengikut kehendak Seksyen 57 Akta Koperasi 1993, teraudit
Peraturan-peraturan Koperasi 1995, Pekeliling Ketua Pendaftar
dan Undang-undang Kecil Koperasi serta baki keuntungan /
(kerugian) terkumpul dari tahun lalu.

10.18 Keuntungan bersih teraudit Koperasi yang ditunjukkan dalam Pembahagian berkanun
akaun untung rugi hendaklah diagihkan untuk pembahagian
berkanun sebagaimana berikut:

10.18.1 Sebanyak mana yang ditentukan menurut fasal (2)
undang-undang kecil 60 kepada Kumpulan Wang
Rizab Statutori; dan

10.18.2 Sebanyak mana yang ditentukan dari semasa ke semasa
oleh Suruhanjaya dibayar kepada Kumpulan Wang
Amanah Pendidikan Koperasi dan Kumpulan Wang
Amanah Pembangunan Koperasi

10.19 Koperasi boleh selepas pembahagian berkanun dan peruntukan Lain-lain pembahagian
cukai menggunakan untung bersih terauditnya bagi setiap tahun
kewangan bagi semua atau mana-mana maksud berikut:

10.19.1 Pembayaran potongan atas langganan dan pulangan
atas deposit;

10.19.2 Pembayaran dividen atas syer dan yuran anggota
sebagaimana yang ditentukan oleh arahan atau garis
panduan;

10.19.3 Pembayaran honorarium kepada anggota lembaga
yang tidak melebihi jumlah yang disyorkan oleh

60

Mesyuarat Agung dan diluluskan oleh Suruhanjaya;
atau
10.19.4 Pembayaran untuk kebajikan anggotanya dan
masyarakat.
10.20 Koperasi tidak boleh membuat pembayaran dividen daripada
sumber-sumber lain selain untung bersih teraudit bagi tahun
kewangan berkenaan KECUALI telah mendapat kelulusan
bertulis daripada Suruhanjaya.
10.21 Koperasi tidak boleh membuat pembayaran sebagaimana
perkara 10.18.2, 10.19 dan 10.20 jika kerugian terkumpul masih
belum dihapuskira sepenunya.
10.22 Sekiranya kerugian terkumpul tidak dihapuskira sepenuhnya,
Koperasi boleh membuat pembayaran dividen kepada
anggotanya dengan menggunakan untung bersih terauditnya
tertakluk kepada kelulusan Suruhanjaya tetapi tidak boleh
melebihi (5%) dari jumlah syer atau yuran atau kedua-duanya.
10.23 Baki keuntungan setelah dibuat pengagihan akan dicampurkan
dengan baki keuntungan / (kerugian) terkumpul dari tahun lepas
dan akan dibawa ke Kunci Kira-kira.

61

BAB 10
PENYATA KEWANGAN

TAHUNAN
(iv) KUNCI KIRA-KIRA

(iv) Kunci Kira-kira

10.24 Kunci Kira-kira disediakan untuk menunjukkan ringkasan
kedudukan Kumpulan Wang Anggota, Aset dan Liabiliti
sesebuah koperasi selaras dengan kehendak Seksyen 59 (1) (b)
Akta Koperasi 1993.

10.25 Amaun setiap jenis aset dan liabiliti yang diperoleh daripada
baki akaun masing-masing di Lejar Am dan Buku Tunai iaitu
selain dari jumlah akaun-akaun pendapatan dan perbelanjaan
yang telah dibawa ke Akaun Untung Rugi hendaklah diambil
kira.

10.26 Selain itu, amaun-amaun agihan di Akaun Pembahagian
Keuntungan juga perlu diambil kira sebagai liabiliti.

10.27 Aset adalah harta, barang-barang dan hak kepunyaan Koperasi
yang bernilai dan digunakan untuk melaksanakan kegiatan
Koperasi. Aset dikelaskan sebagaimana berikut:

10.27.1 Aset Tetap – aset yang digunakan untuk jangka masa Aset Tetap
yang panjang dan digunakan di dalam perniagaan
bukan tujuan untuk dijual. Contoh aset tetap adalah
seperti tanah, bangunan, jentera, perabot dan
kelengkapan, kenderaan, komputer dan sebagainya.
Aset tetap kecuali tanah milik bebas dikenakan susut
nilai tahunan.

10.27.2 Aset Separa Tetap – aset ini berubah-ubah bentuknya Aset Separa Tetap
dalam dua keadaan iaitu kadangkala tetap dalam
jangka masa yang panjang dan kadangkala pendek
tempohnya seperti paten perniagaan, bon dalam

62

pelaburan saham yang dimiliki oleh Koperasi untuk
menjadi sumber hasil bukan kendalian.

10.27.3 Aset Semasa – aset yang dipunyai oleh Koperasi dalam Aset Semasa
jangka masa yang pendek dan akan ditukar kepada
tunai dalam masa 12 bulan dan bentuknya sentiasa
berubah seperti wang tunai di tangan dan di bank,
penghutang perniagaan, pelbagai penghutang (semua
pendapatan terakru dan perbelanjaan terdahulu), stok
perniagaan dan sebagainya.

10.28 Liabiliti merupakan tuntutan orang, pembekal atau syarikat lain
ke atas Koperasi dan dikelaskan sebagaimana berikut:

10.28.1 Kumpulan Wang Anggota – modal atau wang yang Kumpulan Wang
dipunyai oleh anggota-anggota Koperasi yang akan Anggota
membiayai aktiviti Koperasi seperti Modal Syer dan
Modal Yuran yang dilaburkan oleh anggota-anggota,
Keuntungan / (Kerugian) terkumpul serta Rizab dan
tabung-tabung yang diwujudkan untuk kepentingan
anggota-anggota Koperasi.

10.28.2 Kumpulan Wang Rizab Statutori – koperasi Kumpulan Wang Rizab
hendaklah memperuntukkan tidak kurang daripada Statutori
15% daripada untung bersih teraudit kepada
Kumpulan Wang Rizab Statutori.

KWRS bertujuan:
10.28.2.1 Untuk mengukuhkan kedudukan

kewangan Koperasi yang mana sebahagian
daripada keuntungannya perlu dikekalkan
dan tidak boleh diagihkan kepada anggota-
anggota.

63

10.28.2.2 Membolehkan Koperasi membiayai atau
membayar balik hutang-piutang sekiranya
Koperasi tidak mampu lagi untuk
meneruskan kegiatannya.

10.28.2.3 Menjamin kestabilan modal koperasi
apabila anggota-anggotanya mengeluarkan
modal syer/yuran mereka.

KWRS perlu diasingkan dan dilaburkan dalam
bentuk aset cair atau mudah cair yang selamat dan
terjamin seperti deposit tetap ataupun pelaburan
mudharabah dan ia perlu ditunjukkan di bawah tajuk
‘Aset Kumpulan Wang Rizab Statutori’ dalam Kunci
Kira-kira.
Jawatankuasa Audit Dalam dikehendaki memantau
penubuhan KWRS ini.

10.28.3 Liabiliti Jangka Panjang – tanggungan atau hutang Liabiliti Jangka Panjang
yang perlu ditanggung oleh Koperasi dan mesti
dijelaskan pada masa hadapan iaitu melebihi tempoh
dua belas (12) bulan seperti pinjaman bertempoh dan
gadai janji.

10.28.4 Liabiliti Semasa – semua tanggungan yang harus Liabiliti Semasa
dijelaskan dalam masa yang singkat iaitu kurang
daripada dua belas (12) bulan seperti pemiutang
(semua pendapatan terdahulu dan perbelanjaan
terakru), overdraf bank dan sebagainya.

64

BAB 10
PENYATA KEWANGAN

TAHUNAN
(v) NOTA KEPADA AKAUN

DAN LAPORAN-LAPORAN
BERKAITAN

(v) NOTA KEPADA AKAUN DAN LAPORAN-LAPORAN BERKAITAN

10.29 Mana-mana butiran akaun yang tidak dapat dipersembahkan Nota Kepada Akaun
secara terperinci di dalam Kunci Kira-kira, maka ia perlu
ditunjukkan di dalam Kunci Kura-kira, maka ianya perlu
ditunjukkan di dalam Nota Kepada Akaun. Perkara-perkara
yang perlu dimuatkan adalah sebagaimana berikut:

10.29.1 Maklumat yang berkaitan kegiatan-kegiatan yang
dijalankan oleh Koperasi

10.29.2 Dasar-dasar perakaunan dan asas-asas pengukuran
yang digunakan untuk menyediakan penyata
kewangan

10.29.3 Penyata pergerakan bilangan anggota dan jumlah
modal syer/yuran anggota telah disahkan melalui
surat pekeliling

10.29.4 Pergerakan kumpulan-kumpulan wang seperti
kumpulan wang / tabung (anggota), kumpulan wang
rizab dan kumpulan wang / tabung (bukan anggota)

10.29.5 Pinjaman jangka panjang mesti menunjukkan butir-
butir berikut:

10.29.11.1 Nama institusi kewangan
10.29.11.2 Jumlah pinjaman
10.29.11.3 Kadar faedah pinjaman
10.29.11.4 Tempoh bayaran balik
10.29.11.5 Tujuan pinjaman

10.29.6 Pergerakan simpanan / deposit anggota dan bukan
anggota perlu ditunjukkan

65


Click to View FlipBook Version