10.29.7 Bagi deposit tetap dan wang di bank, perlu
disenaraikan bank-bank yang terlibat dengan jenis
pelaburan dan amaunnya.
10.29.8 Overdraf bank mesti menunjukkan butir-butir berikut:
10.29.11.1 Nama institusi kewangan
10.29.11.2 Had overdraf
10.29.11.3 Kadar faedah
10.29.11.4 Aset yang dicagarkan
10.29.9 Penjenisan aset tetap kepada perkara-perkara seperti
tanah, bangunan, kenderaan, mesin dan kelengkapan
pejabat dan lain-lain dengan menunjukkan kos atau
nilaian susut nilai terkumpul dan butir-butir sama ada
aset-aset ini dicagarkan atau tidak. Penyata
pergerakan aset di dalam tahun kewangan juga
diperlukan.
10.29.10 Pecahan aset yang mewakili Kumpulan Wang Rizab
Statutori.
10.29.11 Butir-butir pelaburan di dalam projek khas yang
diperlukan adalah sebagaimana berikut:
10.29.11.1 Jumlah kos asal projek sehingga siap
10.29.11.2 Peratus kos yang telah dibelanjakan
10.29.11.3 Catatkan sama ada kos terkumpul
rendah daripada nilai semasa projek
10.29.12 Butir-butir pelaburan di dalam subsidiari dan syarikat
bersekutu yang diperlukan adalah sebagaimana
berikut:
66
10.29.12.1 Nama syarikat
10.29.12.2 Aktiviti syarikat
10.29.12.3 Amaun pelaburan dan peratus pegangan
ekuiti dalam subsidiari dan syarikat
bersekutu termasuk persediaan rosot
nilai
10.29.12.4 Jumlah hutang subsidiari dan syarikat
bersekutu kepada induk
10.29.13 Butir-butir pelaburan dalam syer siar harga / syer tak
siar harga yang diperlukan adalah sebagaimana
berikut:
10.29.13.1 Nama syarikat
10.29.13.2 Bilangan unit saham
10.29.13.3 Kos seunit
10.29.13.4 Jumlah kos
10.29.13.5 Harga pasaran pada tarikh Kunci Kira-
kira
10.29.14 Pergerakan dalam akaun bagi setiap pinjaman
anggota dan bukan anggota termasuk persediaan
hutang ragu / lapuk
10.29.15 Stok disenaraikan mengikut jenis dengan amaunnya
10.29.16 Bagi penghutang perdagangan, pergerakan dalam
akaun perlu ditunjukkan bersekali dengan persediaan
hutang ragu / lapuk
10.29.17 Bagi pemiutang perdagangan, pergerakan dalam
akaun perlu ditunjukkan
67
10.29.18 Pelbagai penghutang dan pelbagai pemiutang perlu
disenaraikan berserta amaunnya
10.29.19 Pendedahan tentang liabiliti luar jangka, komitmen,
kejadian-kejadian selepas tarikh Kunci Kira-kira
yang boleh memberi kesan kepada akaun pada tahun
berikutnya
10.29.20 Perlu memperincikan perbelanjaan Anggota
Lembaga Koperasi secara individu seperti elaun
tetap, elaun mesyuarat, elaun perjalanan dan elaun-
elaun lain.
10.29.21 Bilangan kakitangan koperasi yang bekerja sepenuh
masa
10.30 Laporan-laporan yang berkaitan dengan Penyata Kewangan
adalah sebagaimana berikut:
10.30.1 Laporan Berkanun Lembaga Koperasi
10.30.2 Laporan Juruaudit
10.30.3 Pandangan Suruhanjaya Koperasi Malaysia
10.30.4 Laporan Jawatankuasa Audit Dalaman Koperasi
10.31 Koperasi dikehendaki menyediakan laporan yang Laporan Berkanun
ditandatangani oleh atau bagi pihak Lembaga mengenai Lembaga
kedudukan hal ehwal Koperasi. Laporan itu perlu mengandungi
butiran-butiran berikut:
10.31.1 Ada atau tidak keputusan-keputusan operasi Koperasi
terjejas secara material oleh perkara-perkara yang
abnormal sifatnya seperti:
68
10.31.1.1 Perubahan dalam dasar perakaunan
10.31.1.2 yang diterima pakai sejak laporan yang
10.31.1.3 berikutnya
10.31.1.4 Pemindahan kepada atau daripada rizab
10.31.1.5 atau peruntukan
10.31.1.6 Hapus kira hutang lapuk yang subtantial
amaunnya
Perubahan dalam asas pentaksiran bagi
kesemua atau mana-mana bahagian
kerja yang sedang berjalan
Butiran yang luar biasa jenisnya atau
nilainya terdapat dalam akaun-akaun
Koperasi
Ketiadaan butiran material yang
biasanya dimasukkan ke dalam akaun-
akaun Koperasi
10.31.2 Amaun (jika ada) yang telah dibayar, diisytiharkan
atau disyorkan supaya dibayar sebagai dividen,
pulangan atas modal yuran, rebat atau honorarium
Anggota Lembaga
10.31.3 Ada atau tidak perkara berbangkit yang menjadikan
pematuhan kaedah yang sedia ada bagi pentaksiran
aset dan liabiliti mengelirukan atau tidak sesuai
10.31.4 Apa-apa liabiliti kontigen yang belum ditunaikan
telah diaku janji oleh Koperasi yang akan
menjejaskan secara material keupayaan Koperasi
untuk mematuhi obligasi-obligasinya jika perkara itu
perlu dipatuhi
10.31.5 Pergerakan akaun rizab daripada Akaun Rizab
Berkanun
69
10.31.6 Sama ada nilai aset semasa yang ditunjukkan dalam
perjalanan biasa perniagaan koperasi adalah
munasabah
10.32 Koperasi dikehendaki membentangkan laporan juruaudit Laporan Juruaudit
sebagaimana yang dikehendaki Seksyen 59 (1) (d), Akta
Koperasi 1993.
10.32.1 Adalah menjadi kewajipan juruaudit memeriksa dan
mengaudit akaun-akaun dan rekod-rekod koperasi
dan memberi laporan mengenai penyata kewangan
yang dikemukakan selepas berakhirnya tahun
kewangan berkenaan
10.32.2 Juruaudit harus memberi laporan sama ada penyata
kewangan koperasi memberikan gambaran yang
benar dan saksama tentang transaksi-transaksi
kewangan dan kedudukan hal ehwal koperasi dan
apa-apa perkara lain yang berbangkit yang perlu
dilaporkan
10.32.3 Kesilapan-kesilapan kecil tidak dimuatkan di dalam
Laporan Juruaudit, tetapi disampaikan kepada
pentadbir koperasi secara bertulis untuk dibetulkan
10.33 Selaras dengan kehendak Seksyen 49 (2), Akta Koperasi 1993, Laporan Juruaudit
menghendaki Jawatankuasa Juruaudit Dalam mengemukakan Dalaman Koperasi
laporan kepada mesyuarat agung tahunan berkaitan pengurusan
dan hal ehwal koperasi, termasuk apa-apa pelanggaran undang-
undang kecil koperasi. Ia mengandungi perkara-perkara yang
berkaitan dengan Sistem Kawalan Dalaman Koperasi dan
bidang-bidang yang lebih terperinci yang tidak diliputi oleh
Juruaudit Luar Koperasi.
70
BAB 10
PENYATA KEWANGAN
TAHUNAN
(vi) PENYATA SUMBER
DAN PENGGUNAAN WANG /
PENYATA ALIRAN TUNAI
(vi) PENYATA SUMBER DAN PENGGUNAAN WANG / PENYATA ALIRAN TUNAI
10.33 Koperasi dikehendaki membentangkan Penyata Sumber dan
Penggunaan Wang / Penyata Aliran Tunai bersama-sama
penyata kewangan.
10.34 Tujuan Penyata Sumber dan Penggunaan Wang adalah Penyata Sumber dan
sebagaimana berikut : Penggunaan Wang
10.34.1 Menentukan sama ada koperasi mampu memenuhi
semua tanggungan apabila tiba masanya
10.34.2 Menunjukkan bagaimana aktiviti-aktiviti yang
bertujuan mendapatkan keuntungan telah
mewujudkan modal kerja atau tunai dan ini dapat
menentukan kecekapan pengurusan melalui
perubahan tahap keuntungan koperasi
10.34.3 Menunjukkan punca perkembangan dalam sumber
kewangan seperti membeli aset tetap, membayar
dividen dan membayar hutang-hutang
10.34.4 Merancang kewangan pada masa hadapan sama ada
untuk menggunakan sumber yang ada atau
meningkatkan sumber kewangan
10.35 Penyata ini ditunjukkan dalam dua (2) kategori sebagaimana
berikut:
10.35.1 Sumber Dana – sumber wang akan bertambah apabila
berlaku sebarang pengurangan aset dan peningkatan
dalam liabiliti dan Kumpulan Wang Anggota
10.35.2 Penggunaan Dana – penggunaan wang akan
bertambah apabila berlaku sebarang peningkatan aset
dan pengurangan liabiliti dan Kumpulan Wang
Anggota
71
10.36 Selaras dengan keperluan Piawaian Perakaunan Antarabangsa
FRS 107, Koperasi digalakkan menyediakan Penyata Aliran
Tunai bagi menggantikan Penyata Sumber dan Penggunaan
Wang.
10.37 Penyata ini disediakan untuk menunjukkan aliran tunai (masuk Penyata Aliran Tunai
dan keluar) dalam sesuatu tempoh dan dikategorikan kepada
aktiviti-aktiviti operasi, pelaburan dan pembiayaan.
10.37.1 Aktiviti Operasi – aktiviti yang menghasilkan
pendapatan utama perniagaan dan lain-lain aktiviti
yang bukan aktiviti pelaburan dan kewangan seperti
terimaan tunai daripada jualan barang / perkhidmatan,
royalti, fi atau bayaran tunai kepada pembekal barang
/ perkhidmatan dan bayaran kepada pekerja.
10.37.2 Aktiviti Pelaburan – perolehan atau pelupusan aset
jangka panjang dan lain-lain pelaburan yang tidak
termasuk dalam aset hampir tunai. Ia mewakili
setakat mana perbelanjaan dikeluarkan untuk
memperoleh pendapatan dan aliran tunai masa depan.
Contohnya belian aset tetap dan aset tidak ketara,
jualan aset tetap, pinjaman kepada anggota dan
terimaan bayaran balik pinjaman.
10.37.3 Aktiviti Pembiayaan – aktiviti yang menyebabkan
perubahan dalam saiz dan komposisi modal ekuiti dan
pinjaman perniagaan seperti terimaan tunai daripada
tambahan modal syer anggota, terimaan pinjaman
jangka panjang dan bayaran balik pinjaman.
10.38 Bayaran berkanun dan lain-lain pembahagian dicadangkan
diletakkan berasingan selepas aliran tunai daripada aktiviti
operasi.
72
BAB 11
JAWATANKUASA AUDIT
DALAM
BAB 11
JAWATANKUASA AUDIT DALAM
11.1 Subseksyen 42A (1) Akta, Jawatankuasa Audit Dalaman Jawatankuasa Audit
hendaklah mengandungi empat (4) orang yang terdiri daripada Dalaman
anggota yang dilantik oleh Lembaga.
11.2 Jawatankuasa Audit Dalaman hendaklah dilantik di kalangan
anggota yang tidak terlibat di dalam perkara-perkara berikut: Kelayakan Jawatankuasa
Audit Dalaman
11.2.1 Disabit atas sesuatu kesalahan di bawah Akta;
11.2.2 Dipecat sebagai seorang pegawai sesuatu koperasi;
atau
11.2.3 Menjadi anggota Lembaga Koperasi ini.
11.3 Tempoh perkhidmatan ahli Jawatankuasa Audit Dalaman Tempoh perkhidmatan
Koperasi adalah satu (1) tahun atau sehingga mesyuarat agung JAD
yang akan datang, mana yang terdahulu. Perkhidmatan mereka
boleh disambung semula setelah diputuskan oleh mesyuarat
Lembaga.
11.3.1 Kekosongan dalam jawatankuasa hendaklah diisi
oleh Lembaga dalam tempoh tiga puluh (30) hari dari
tarikh pengosongan jawatan dengan melantik mana-
mana anggota yang layak
11.4 Ketua Juruaudit Dalam hendaklah bertanggungjawab secara
terus kepada Lembaga untuk menjamin keberkesanan
Jawatankuasa Audit Dalaman.
11.5 Jawatankuasa Juruaudit Dalaman hendaklah mempunyai
Kuasa dan kewajipan
kuasa untuk melaksanakan perkara-perkara berikut: JAD
73
11.5.1 Memeriksa segala rekod perakaunan dan rekod lain
yang berhubungan secara langsung atau tidak
langsung dengan Koperasi dan subsidiarinya, jika
ada, bagi memastikan hal ehwal Koperasi dijalankan
mengikut matlamat penubuhan, Undang-undang
Kecil serta keputusan mesyuarat agung.
11.5.2 Memanggil mana-mana orang yang dikehendakinya
supaya mengemukakan atau menyerahkan apa-apa
maklumat atau buku, akaun dan dokumen yang
berkaitan.
11.6 Bidang tugas Jawatankuasa Juruaudit Dalaman adalah
sebagaimana: Bidang tugas
Jawatankuasa Audit
Dalaman
11.6.1 Memastikan adanya kuasa dan kesahan bagi segala
perbelanjaan;
11.6.2 Memeriksa akaun-akaun Koperasi pada lat-lat masa
yang tetap dan tidak boleh kurang daripada sekali
dalam tempoh tiga bulan;
11.6.3 Memberitahu Lembaga apa-apa ketakselarasan yang
berlaku dalam pengurusan Koperasi dengan serta-
merta;
11.6.4 Mengemukakan kepada Lembaga laporan mengenai
pengurusan dan hal ehwal Koperasi termasuk
pelanggaran terhadap Akta, Peraturan atau Undang-
undang Kecil;
11.6.5 Mengkaji kebolehpercayaan dan keberkesanan sistem
kewangan serta kawalan dalaman koperasi;
11.6.6 Mengkaji aset dan kepentingan Koperasi dilindungi
dari segi kehilangan, penipuan dan penyelewengan;
dan
11.6.7 Memberi nasihat / pandangan mengenai kawalan
dalaman terhadap semua sistem termasuk sistem
teknologi maklumat.
74
11.7 Jawatankuasa Juruaudit Dalaman boleh dibayar elaun yang Elaun Jawatankuasa
Audit Dalaman
sewajarnya atas khidmat yang diberikan kepada Koperasi
tertakluk kepada kelulusan Lembaga.
11.8 Jawatankuasa Juruaudit Dalaman hendaklah bersidang tidak
kurang daripada dua (2) kali setahun dan mengemukakan
laporan bertulis kepada Lembaga dan Suruhanjaya.
75