The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by g-10389675, 2022-06-09 21:59:02

Microsoft Word - SEJARAH KERETA API DI TANAH MELAYU

1

SEJARAH KERETA API DI




TANAH MELAYU








Sistem kereta api di Tanah Melayu bermula pada
1 Jun 1885 apabila jajaran keretapi yang pertama

di Tanah Melayu sepanjang 8.25 batu ( 13.28 km )
antara Taiping dengan Port Weld dibuka secara
rasmi. Dibina menggunakan tolok meter, laluan ini dibina

untuk mengangkut bijih timah daripada lombong-
lombong di Taiping ke laut di Port Weld. Landasan di

laluan ini pernah diangkut untuk pembinaan Landasan
Kereta Api Burma semasa pendudukan Jepun di Tanah

Melayu tetapi diganti semula selepas peperangan
berakhir.



Selepas pembukaan laluan kereta api Taiping-

Port Weld, beberapa laluan kereta api bebas dan tidak
bersambung lain muncul di sekitar Tanah Melayu. Antara

laluan kereta api tersebut adalah laluan Klang-Kuala
Lumpur yang dibuka pada 15 September 1886, laluan

Keretapi Sungei Ujong (Seremban-Port Dickson) yang
dibuka pada Julai 1891, laluan Teluk Anson-Tapah Road
yang dibuka pada tahun 1893, laluan Kuala Lumpur-

Rawang yang dibuka pada 7 November 1892, dan laluan
Prai-Bukit Mertajam yang dibuka pada 1 Julai 1899.




Kesemua laluan-laluan kereta api ini
disambungkan antara Prai dengan Seremban pada


2

tahun 1903. Ketika proses penyambungan jalan kereta

api Prai-Seremban giat dijalankan, pembinaan landasan
kereta api telah bermula di Pulau Ujong. Landasan ini

yang menghubungkan pekan Singapura dan pekan
Kranji, telah dibuka pada tahun 1903. Di Negeri

Sembilan, penyambungan rangkaian kereta api ke
selatan dari Seremban telah dijalankan. Laluan kereta api

Seremban-Melaka telah dibuka pada tahun 1905 dan
laluan kereta api Seremban-Gemas dibuka pada tahun
1906.




Selepas itu. pembinaan jalan kereta api
diteruskan ke arah selatan daripada Gemas ke Johor

Bahru. Kerja-kerja pembinaan bermula pada tahun 1904
dan laluan ini dibuka secara rasmi pada bulan Julai 1909.

Oleh kerana pada ketika itu tiada jalan kereta api
menghubungi Singapura, sebuah perkhidmatan feri
disediakan antara Johor Bahru dengan Singapura.




Pada tahun 1923, pembinaan Tambak Johor giat
dijalankan bagi menghubungkan Singapura dan Johor

Bahru. Tambak ini dibuka secara rasmi pada 28 Jun 1924
walaupun kereta api kargo mula menggunakan tambak
ini sejak 17 September 1923 dan kereta api penumpang

pertama melalui tambak ini pada 1 Oktober 1923.



Semenjak awal 1907, terdapat pelan bagi membina

landasan kereta api dari Seberang Perai masuk ke
negeri Kedah. Pembinaan landasan ini antara Bukit

Mertajam dengan Alor Setar bermula pada tahun 1912
dan siap pada bulan Oktober 1915. Landasan ini




3

kemudian dipanjangkan sehingga Padang Besar pada

tahun 1918. Pada masa yang sama, laluan Pantai Timur
bermula pada tahun 1907 daripada Gemas sehingga

Bahau pada April 1910 dan Tembeling pada tahun 1913.
Kemudian, laluan ini dipanjangkan ke utara

sehingga Kuala Lipis yang merupakan pusat pentadbiran
Pahang pada tahun 1917.



Di Kelantan, pembinaan laluan Pantai Timur bermula

pada tahun 1906 dan pada tahun 1914, sebuah landasan
kereta api antara Tumpat dengan Pasir Mas dibuka

kepada awam. Sebuah landasan cabang antara Pasir
Mas dengan Golok bertujuan untuk menghubungkan

laluan ini dengan sistem kereta api Siam dibuka pada
bulan September 1920. Laluan kereta api antara Kuala
Lipis dan Tumpat dibuka secara berperingkat dan siap

sepenuhnya apabila landasan kereta api Gua Musang-
Kuala Gris siap pada tahun 1931. Dengan pembinaan

jalan kereta api ini, maka terjalinlah sebuah rangkaian
kereta api dari Singapura ke Bangkok melalui bandar-

bandar utama di Tanah Melayu.



Semasa Perang Dunia Kedua, landasan-landasan
kereta api di Tanah Melayu menghadapi kerosakan yang

besar akibat terkena serangan bom dan lain-lain; banyak
juga telah diangkut untuk pembinaan landasan kereta api

Burma. Sejumlah 276 batu (444 km) landasan telah
dibawa keluar. Kerja-kerja pembaikan jalan kereta api

giat dijalankan selepas peperangan berakhir. Namun
begitu, landasan kereta api Melaka yang diangkut untuk
pembinaan landasan kereta api Burma tidak

dikembalikan semula.



4

Terdapat juga beberapa projek penyambungan

laluan kereta api dijalankan selepas peperangan.
Antaranya ialah laluan Prai-Butterworth yang dibuka

secara rasmi pada 14 September 1967. Kedua, pada
tahun 1966, sebuah cabang laluan kereta api baharu

telah dibuka di Singapura antara Bukit
Timah dan Jurong (kompleks industri baharu Singapura).

Ketiga, laluan kereta api di Kelantan dipanjangkan
ke Wakaf Baharu dari Kota Bharu yang dibuka secara
rasmi pada 8 Mac 1967.




Pentadbiran

Sebelum tertubuhnya Negeri-Negeri Melayu
Bersekutu pada tahun 1896, setiap negeri mempunyai

syarikat kereta api sendiri. Pada bulan Julai 1901,
kesemua syarikat-syarikat kereta api digabungkan

menjadi sebuah pentadbiran dengan nama Federated
Malay States Railways atau FMSR (dalam bahasa
Melayu, Keretapi Negeri-Negeri Melayu Bersekutu).




FMSR diberi kuasa dalam pengendalian dan
pembinaan laluan kereta api di Tanah

Melayu. Pentadbiran ini dimansuhkan pada 1948 selepas
Ordinan Keretapi 1948 diluluskan. Ordinan ini
menubuhkan Malayan Railway Administration atau MR

(dalam bahasa Melayu, Pentadbiran Keretapi Malaya)
dan memansuhkan FMSR, Enakmen Keretapi Johor,

Kelantan, Kedah dan Perlis yang mengendalikan sistem
kereta api sebelum Perang Dunia Kedua. Malayan

Railway Administration telah dikorporatkan menjadi
Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) selepas Akta

Keretapi 1991 diluluskan.


5

Rangkaian laluan




















Satu kereta api KTMB bandar dalaman berhenti
pada stesen kereta api di Kuala Lipis, Pahang

Rangkaian landasan keretapi tolok 1,000 mm (3 kaki

3
3 Ú8 inci) di Semenanjung Malaysia yang dikawal oleh
KTM terdiri daripada dua laluan utama dan beberapa

laluan cawangan. Kebanyakan landasan di rangkaian ini
diperbuat daripada sistem balast dan ranjang landasan
konkrit buatan tempatan, yang telah menggantikan

ranjang landasan kayu seawal 1982 untuk bahagian
Kerdau-Jerantut dan Sungai Yu-Tumpat.





Laluan Pantai Barat

Laluan Pantai Barat bermula dari stesen keretapi

Padang Besar berdekatan Sempadan Malaysia–
Thailand di Perlis (yang bersambung dengan landasan

negara Thailand) sehingga stesen keretapi
Woodlands di Singapura. Laluan ini dipanggil "Laluan

Pantai Barat" kerana laluan ini melalui negeri-negeri di
Pantai Barat Semenanjung. Laluan ini melalui hampir
semua stesen keretapi utama di pantai barat

terutamanya stesen keretapi Butterworth, stesen
Keretapi Ipoh dan KL Sentral.



6

Laluan Pantai Timur


Laluan Pantai Timur bermula dari stesen keretapi
Gemas di Negeri Sembilan dan Stesen keretapi
Tumpat di Kelantan. Gemas adalah tempat pertemuan

Laluan Pantai Barat dan Laluan Pantai Timur. Seperti di
pantai barat, ia juga dikenali dengan Laluan Pantai Timur

kerana ia melalui dua negeri Pantai Timur Semenanjung
Malaysia, iaitu Pahang dan Kelantan. Sebenarnya, ia

tidak melalui kesemua pantai dan hanya bertemu dengan
Laut China Selatan apabila ia tamat di Tumpat. Ia melalui

kawasan pedalaman, selalu melalui hutan tebal, yang
secara ringkasnya dengan nama "Laluan
Hutan". Terengganu merupakan satu-satunya negeri di

Semenanjung Malaysia yang tidak dihubungkan dengan
rangkaian kereta api KTM.





Infrastruktur

Panjang kesemua rangkaian ini adalah 1,699 km,

namun, akibat penutupan dan pembuangan landasan
antara stesen keretapi Tanjong Pagar dan stesen

keretapi Woodlands, jumlah rangkaian KTM kini adalah
1,677 km.

Laluan utama Pantai Barat adalah landasan

berkembar dan dielektrikkan dengan 25 kV AC di
antara stesen keretapi Padang Besar di Sempadan

Malaysia–Thailand dan Stesen keretapi Butterworth, dan
ke arah selatan di Stesen keretapi Gemas. Laluan

cawangan antara Persimpangan Batu dan stesen
Komuter Batu Caves, dan antara Persimpangan
Pelabuhan Klang dan stesen Komuter Pelabuhan






7

Klang juga merupakan landasan berkembar dan

dielektrikkan.

Baki laluan utama Pantai Barat dari Stesen keretapi
Gemas ke stesen keretapi Woodlands di Singapura, juga

kesemua Laluan Pantai Timur dari Stesen keretapi
Gemas ke Stesen keretapi Tumpat adalah landasan

tunggal dan tidak dielektrikkan.






Laluan Lain

Terdapat beberapa laluan kereta api yang tidak

dimiliki oleh KTMB di Malaysia. Ini termasuklah laluan
kereta api industri, laluan Kereta api Bukit Bendera,

dan Keretapi Negeri Sabah.





Keretapi Bukit Bendera

Kereta api Bukit Bendera adalah sebuah
perkhidmatan kereta api bukit di Pulau Pinang dibina

oleh pihak swasta antara 1920 dan 1923. Laluan ini
dibuka secara rasmi pada 1 January 1924 oleh
Gabenor Negeri-negeri Selat ketika itu, Sir L.N.

Guillemard. Pada tahun pertama operasinya, laluan ini
membawa 35,201 penumpang dan membuat 4,021

perjalanan. Kereta api ini dikendalikan dan diurus oleh
Majlis Perbandaran George Town (kini Majis Bandaraya
Pulau Pinang) dari pembukaan laluan ini sehingga 1

Februari 1977, apabila laluan ini diambil alih oleh
Kerajaan Negeri Pulau Pinang.






8

Keretapi Industri


Terdapat beberapa landasan kereta api industri,
semua dimiliki oleh pihak swasta dengan berbagai-bagai
kepanjangan. Kebanyakan landasan kereta api industri

terletak di pantai timur Semenanjung Malaysia dan tidak
disambungkan dengan Malayan Railway (kini Keretapi

Tanah Melayu).

Antara laluan tersebut adalah Keretapi Rompin yang
dibina oleh syarikat perlombongan untuk membawa bijih

besi dari Bukit Ibam ke Kuala Rompin di Pahang.
Panjang landasan ini adalah 60 batu (97 km), bertolok

meter dan menggunkan isyarat elektrik. Landasan ini
ditutup sepenuhnya pada tahun 1971.

Selain itu terdapat landasan kereta api industri

antara Bukit Besi dan Dungun di Terengganu yang
dibina pada tahun 1929. Panjang landasan ini adalah

sekitar 20 batu (32 km) bertolok 2 kaki 6 inci (76 cm) dan
landasan ini dimiliki sepenuhnya oleh Eastern Mining and
Metals Company (EMMCo). Landasan ini ditutup pada

tahun 1970 selepas pengurangan pengeluaran hasil
lombong.



Keretapi Negeri Sabah

Keretapi Negeri Sabah adalah sebuah sistem

kereta api dari Tanjung Aru sehingga Melalap. Sistem ini
dibuka pada tahun 1902 dan dimiliki sepenuhnya

oleh Jabatan Kereta Api Negeri Sabah. Dahulu, terdapat
banyak cawangan dalam sistem ini namun

kebanyakannya telah ditutup. Walaupun proses
pemodenan telah dijalankan beberapa kali, perkhidmatan
kereta api di Sabah masih dalam keadaan daif pada





9

tahun 2018 berbanding perkhidmatan kereta api moden

di Semenanjung Malaysia.





KTM Antarabandar























Stesen Seremban bertindak sebagai hentian KTM
Komuter dan hentian KTM Intercity.

KTM Antarabandar (dalam bahasa Inggeris: KTM

Intercity) merupakan perkhidmatan antarabandar yang
dioperasikan oleh Keretapi Tanah Melayu dalam rantau

Semenanjung Malaysia dan Singapura. Perkhidmatan ini
bertujuan untuk membawa penaung antara stesen-
stesen di bandar, pekan dan kampung (bergantung

kepada rantau). KTM Antarabandar kini menggunakan
lokomotif diesel.

Perkhidmatan KTM Antarabandar terdiri daripada

kereta api tempatan dan keretapi ekspres. Laluan Pantai
Barat kini hampir sepenuhnya dioperasikan

menggunakan kereta api ekspres manakala Laluan
Pantai Timur mengoperasikan kedua-dua kereta api

tempatan dan kereta api ekspres.





10

Woodlands Singapura



KTM ETS, juga dikenali sebagai ETS atau Electric
Train Service (Bahasa Melayu:Perkhidmatan Kereta Api

Eleketrik), merupakan perkhidmatan kereta api tolok
meter terpantas di Malaysia dan di dunia. Perkhidmatan

ETS kini beroperasi sebagai perkhidmatan antarabandar
diantara pekan Gemas dan Padang Besar sepanjang

Laluan Pantai Barat.




KTM Komuter





















Satu KTM Komuter Kelas 83 EMU pada stesen kereta

api di Bank Negara, Kuala Lumpur



11

KTM Komuter merupakan perkhidmatan keretapi

komuter elektrik yang dilancarkan pada 1995,
memfokuskan kepada penumpang yang bekerja atau

tinggal di Kuala Lumpur dan kawasan-kawasan
sekitarnya, khususnya untuk mengelakkan kesesakan

lalu lintas. KTMB menyediakan hampir 300 perkhidmatan
komuter setiap hari, berkhidmat di 45 stesen di sepanjang

178km laluan komuter. Perkhidmatan ini dibahagikan
kepada dua laluan: Laluan Seremban dan Laluan
Pelabuhan Klang. Sejak 2018, KTM Komuter juga

mengoperasikan perkhidmatan kereta api ulang-alik
lapangan terbang — Skypark Link yang

menghubungkan KL Sentral dan Lapangan Terbang
Subang.

KTM Komuter beroperasi pada kekerapan 15 minit

pada waktu puncak dan 20-30 minit pada waktu biasa.
Perkhidmatan ulang-alik Rembau diantara stesen

Keretapi Seremban dan stesen keretapi Pulau
Sebang/Tampin beroperasi dengan kekerapan 30-minit
ke satu jam. Kesemua koc yang disediakan adalah

canggih dan dilengkapi penyaman udara. Bagi yang
memandu ke stesen atau hentian, kemudahan 'Park &

Ride' disediakan pada kadar yang ditentukan.

Kini, KTM Komuter mempunyai armada Kelas 81,
Kelas 82, Kelas 83 & Kelas 92. Kesemua Kelas 92 kini

beroperasi di KTM Komuter Sektor Tengah manakala
kebanyakan Kelas 81, Kelas 82 dan Kelas 83 telah

dibuang atau digunakan semula di Komuter Sektor Utara.

KTM Komuter merupakan sebuah mod
pengangkutan yang kerap digunakan oleh pekerja yang

berulang-alik ke Kuala Lumpur sebagai perkhidmatan
alternatif bagi kereta, yang kerap terhalang oleh




12

kesesakan lalu lintas. Hampir semua stesen KTM

Komuter menyediakan tempat letak kenderaan Park &
Ride (Bahasa Melayu: Letak & Tunggang) bagi mereka

yang memandu dari dan ke stesen. Kira-kira 6 juta
penumpang menggunakan KTM Komuter pada tahun

2018.







Perkembangan rel di Malaysia


Berikut adalah senarai pembangunan dan kerja
penaiktarafan perkhidmatan rel yang lalu, sedang

dijalankan dan masih dalam perancangan di Malaysia.




Perkembangan lalu


 Pemuliharaan landasan 327 km (Meter Gauge)

dari Paloh ke Singapura dan dari Slim River ke Laluan
Utama Seremban (1988-1994)- AS$ 70 juta

 Penyediaan landasan berkembar di laluan Rawang-
Seremban (1990- 1994)- AS$ 62 juta

 Penyediaan landasan berkembar di laluan Kuala
Lumpur-Pelabuhan Klang (termasuk spur

line ke Subang Jaya dan Sentul) di Malaysia (1991-
1994)- AS$ 66 juta

 Perluasan terowong kereta api dekat Seremban (1994-
1995)- AS$ 4 juta

 Landasan yang menghubungkan Pelabuhan
Klang dengan Pulau Indah (1997-1999)-AS$ 4 juta






13

 Pembinaan jambatan keretapi, jalan raya melalui atas

jambatan dan laluan bawah tanah di
bahagian Rawang-Kajang (1991-1994)- AS$ 6 juta

 Pembinaan jambatan keretapi, jalan raya melalui atas
jambatan dan laluan bawah tanah di bahagian Kajang-

Seremban (1991-1994)- AS$ 16 juta
 Pembinaan culvert gerabak keretapi dan box

pushing di bahagian Nilai-Seremban (1994- 1995)-
AS$ 4 juta

 Pembinaan Pelabuhan Tanjung Pelepas - Johor rail
link di Malaysia (1999- 2002)- US$ 121 juta

 Pembinaan trek di stesen Kuala Lumpur Sentral (1999-
2001)-RM 14.3 juta





Perkembangan semasa/masa hadapan


 Projek pengelektrikan dan penyediaan landasan
berkembar sepanjang laluan Rawang-Ipoh 179km,

akan memastikan KTMB dapat memandu keretapi
pada kelajuan maksimum 160 km/j. KTMB berancang

untuk menyediakan perkhidmatan antarabandar cepat,
antara Ipoh dan KL Sentral untuk 16 perkhidmatan

sehari dan seterusnya 32 perkhidmatan sehari. Projek
ini, yang pernah dibelenggui masalah dan penundaan,
dijangka siap menjelang awal 2008 dan bakal

memotong tempoh perjalanan antara KL dan Ipoh ke
2.5 jam.

 Kerajaan telah meluluskan secara prinsip rancangan
KTMB untuk melaksanakan projek landasan

berkembar dari Taiping ke Padang Rengas, Perak.
 Penaiktarafan Stesen Pulau Sebang/Tampin (2006)

dan Ipoh


14

 Pembinaan stesen keretapi JB Sentral yang

dihubungkan dengan Kompleks Kastam, Imigresen
dan Kuarantin (CIQ) di bawah projek Gerbang Selatan

Bersepadu yang dijangka siap pada September 2006.



Adalah diharapkan agar pembinaan JB Sentral
akan membolehkan KTMB untuk menawarkan servis

Komuter yang kerap pada laluan Kulai-Senai-Kempas
Baru-JB-Singapura. Peruntukan ini dijangka akan

menjadi menarik di kalangan penumpang Singapura
yang menaiki pesawat penerbangan Air

Asia dari Lapangan Terbang Antarabangsa Senai, kargo
dan juga warga Johor yang bekerja di Singapura. Laluan

Kulai/Senai ke JB memerlukan landasan berkembar
untuk membolehkan perkhidmatan Komuter ditawarkan.


 Stesen Kempas Baru akan dijadikan pertukaran antara
laluan Kulai-Senai-Plentong-Pasir Gudang dan laluan

Kulai-Senai-Johor Bahru-Singapura.

 Terminal transit rel juga dirancang oleh Lapangan
Terbang Senai dari 2007-2010. Ini akan
menghubungkan Senai ke bangunan CIQ baru. (Projek

ini belum diluluskan.)
 Senai akan menjadi hab logistik, kargo dan

penumpang dengan pelengkapan perkhidmatan rel di
antara Pelabuhan Tanjung Pelepas dan

pelabuhan Pasir Gudang oleh KTM iaitu hubungan
udara, laut dan rel.

 Cadangan membuka semula landasan kereta api dari
Pulau Sebang - Bandaraya Melaka dan Mentakab -
Kuantan menerusi Rancangan Malaysia ke 10








15

Permodenan






Semenjak pengkorporatan KTMB, program
pemodenan sedang dijalankan, namun projek bercita-cita

tinggi pengelektrikan dan penggandaan landasan di
sepanjang laluan keretapi Pantai Barat Semenanjung

Malaysia telah ditunda sehingga arahan selanjutnya

dikeluarkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah
bin Haji Ahmad Badawi.




Kerja penaiktarafan laluan Rawang-Ipoh masih
dijalankan, namun telah diganggu oleh penundaan akibat

perselisihan kontrak dan tidak dijangka siap sebelum
2007. Setelah siap, KTM dijangka menyediakan

perkhidmatan antarabandar yang lebih kerap (16 keretapi
sehari) pada kelajuan 160km/j.



Tren elektrik kelajuan tinggi dari Kuala Lumpur

ke Johor Bahru juga dirancang di bawah SJER. Di
samping lebuh raya, pengangkutan rel wajar turut

dinaiktaraf dan dimodenkan untuk melengkapkan sistem
pengangkutan Malaysia. Stesen KTMB Tampin juga

dikenali sebagai Stesen KTMB Pulau Sebang kerana
kedudukan stesen KTMB Tampin berada dalam negeri
Melaka yang lebih dikenali sebagai Stesen KTMB Pulau

Sebang, Alor Gajah, Melaka.










16

17

17

18

JENIS-








JENIS REL









DI









MALAYSIA


























19

JENIS-JENIS REL DI MALAYSIA




































LANDASAN KERETA API PERTAMA DI TANAH MELAYU
























PEMANDANGAN STESEN KERETA API TELUK ANSON 1964



20

Lokomotif 909.09 sedang menunggu untuk berlepas bagi
perkhidmatan keretapi petang dari Stesen Teluk Anson ke

Tapah Road pada 28 September 1969




































Stesen Kuala Lumpur dengan dua platform.




21

STESEN KUALA LUMPUR





































STESEN KERETAPI YANG DIGELAR SEBAGAI TAJ MAHAL IPOH



22

KERETAPI SARAWAK 1915

































LANDASAN KERETAPI SARAWAK ZAMAN BROOKE






23

Keretapi Sabah

























Lokomotif Pertama





24

KTMB



































Satu KTM Komuter Kelas 83 EMU pada stesen kereta api di
Bank Negara, Kuala Lumpur





25

MONOREL









26

MRT





































KTM INTERCITY






27

ETS







































SKYPARK LINK




28

KTM KARGO



































LRT





29

KLIA Ekspres dan KLIA Transit








































30

31

Monorel




Laluan monorel dibuka pada 31 Ogos 2003, dengan 11 stesen
sepanjang 8.6km di dua landasan selari bertingkat. Laluan monorel ini
menghubungkan hab pengangkutan KL Sentral di selatan dan

Titiwangsa di utara. Laluan ini terdiri daripada satu laluan dwi arah
yang menghubungkan kawasan-kawasan di dalam Kuala Lumpur

yang sebelumnya tidak dilalui oleh perkhidmatan kereta api yang lain,
iaitu Brickfields, Bukit Bintang, dan Chow Kit, dengan stesen LRT,
MRT dan KTM Komuter yang terdapat di KL Sentral, Muzium Negara,

Hang Tuah, Bukit Bintang, Bukit Nanas dan Titiwangsa.


Bagi maklumat tambahan mengenai Monorel dan

perkhidmatannya, sila layari laman sesawang Prasarana Malaysia
Berhad di https://www.myrapid.com.my/traveling-with-us/how-to-
travel-with-us/rapid-kl/monorail-and-lrts










































32

MRT Laluan Kajang




MRT Laluan Kajang bermula di Sungai Buloh dan melalui pusat

bandar Kuala Lumpur sebelum berakhir di Kajang. Laluan sepanjang
51km ini mempunyai 31 stesen yang merangkumi stesen bertingkat

dan bawah tanah. Kekerapan tren untuk MRT Laluan Kajang adalah
setiap 3.5 minit.


Bagi maklumat tambahan mengenai MRT Laluan Kajang dan

perkhidmatannya, sila layari laman sesawang Prasarana Malaysia
Berhad di https://www.myrapid.com.my/traveling-with-us/how-to-
travel-with-us/rapid-kl/mrt




















33

KLIA Aerotrain




KLIA Aerotrain merupakan suatu perkhidmatan percuma yang
mengangkut penumpang di antara Bangunan Terminal Utama (Main
Terminal Building) dan Bangunan Satelit.


Perjalanan di antara terminal ini mengambil masa kurang dari

dua minit dan KLIA Aerotrain ini beroperasi dengan kekerapan setiap
tiga hingga lima minit.


Kereta api berkapasiti 250 penumpang ini boleh membawa

seramai 3,000 penumpang setiap jam, setiap arah – dengan kelajuan
maksimum 56km/j(35mp/j). KLIA Aerotrain ini beroperasi secara

automatik sepenuhnya dan tidak mempunyai pemandu. Biasanya,
dua kereta api bergerak di antara kedua-dua stesen, ketika kereta api

sampai di platform, pintu keluar akan dibuka terlebih dahulu untuk
penumpang turun, setelah itu pintu masuk di sisi lain akan terbuka.









































34

KTM Intercity




KTM Intercity adalah perkhidmatan kereta api antara bandar

yang dikendalikan oleh pengendali kereta api nasional, Keretapi
Tanah Melayu Berhad (KTMB). Perkhidmatan KTM Intercity meliputi

kawasan yang luas di Semenanjung Malaysia dengan perjalanan
harian dari Kuala Lumpur.


Perkhidmatan antara bandar menghubungkan Sektor Selatan dan

Pantai Timur melalui 3 laluan utama:


 JB Sentral - Tampin
 JB Sentral - Tumpat
 JB Sentral – Woodland Singapore


Untuk maklumat lanjut mengenai perkhidmatan KTM Intercity,

layari https://www.ktmb.com.my/Intercity.html










35

Electric Train Service




Perkhidmatan Kereta Api Elektrik (ETS) adalah perkhidmatan kereta api antara
bandar yang dikendalikan oleh pengendali kereta api nasional, KTMB. ETS merupakan
suatu perkhidmatan kereta api antara bandar yang cepat dan mudah untuk
penumpang yang ingin melakukan perjalanan ke negeri-negeri di utara dan selatan
Malaysia. Pada masa ini, penumpang mempunyai pilihan laluan, iaitu;


 Gemas - KL Sentral - Padang Besar;
 KL Sentral - Ipoh;
 KL Sentral – Butterworth; and
 KL Sentral – Padang Besar.


Untuk maklumat lanjut mengenai perkhidmatan ETS,
layari https://www.ktmb.com.my/ETS.html
















































36

KTM Komuter





Diperkenalkan pada tahun 1995, KTM Komuter telah lama menjadi mod
pengangkutan utama bagi ramai penduduk Kuala Lumpur dan Lembah Klang.

Perkhidmatan antarabandar KTM Komuter meliputi Lembah Klang dan kawasan

luar dengan pelbagai rangkaian yang terdiri daripada 53 stesen dan dihubungkan
dengan hab seperti KL Sentral serta Bandar Tasik Selatan.

4 laluan utama untuk kereta api KTMB Komuter:


 Batu Caves – Pulau Sebang
 Tanjung Malim – Pelabuhan Klang
 Padang Rengas – Bukit Mertajam

 Butterworth – Padang Besar

Untuk maklumat lanjut mengenai perkhidmatan KTM Komuter,
layari https://www.ktmb.com.my/Komuter.html












37

Skypark Link




Skypark Link adalah perkhidmatan kereta api yang
menghubungkan penumpang ke Skypark Terminal, Lapangan
Terbang Subang.


2 lalu utama (pergi dan balik) adalah:


 KL Sentral – Skypark Terminal (jarak perjalanan sebanyak 26km)

 Subang Jaya – Skypark Terminal (jarak perjalanan sebanyak 9km)


Untuk maklumat lanjut berkenaan perkhidmatan Skypark

Link, https://www.ktmb.com.my/Skypark.html


















































38

KTM Kargo




KTM Kargo menyediakan perkhidmatan kargo yang sangat
mudah diakses dari pelabuhan laut dan Depoh Kontena Darat (ICD)
serta Kawasan bandar dan luar bandar, sebagai salah satu cara yang

menjimatkan untuk pemindahan barang.


Laluan peta KTM Kargo:


 Padang Besar - Tanjung Malim
 Port Klang Terminal

o Pelabuhan Utarat
o Pelabuhan Barat

o Pelabuhan Selatan
 Terminal Pasir Gudang

 Pelabuhan Johor
 Pelapuhan Tanjong Pelepas
 Pelabuhan Darat

o Pelabuhan Darat Ipoh
o Pelabuhan Darat Nilai

o Pelabuhan Darat Segamat


39

Projek MRT Lembah Klang



(KVMRT)




MRT Lembah Klang (KVMRT) adalah salah satu projek

infrastruktur pengangkutan awam darat yang terbesar dilaksanakan
di Malaysia setakat ini. Projek ini disenaraikan sebagai Projek
Permulaan (EPP) di bawah Program Transformasi Ekonomi Greater

Kuala Lumpur (GKL)/ Lembah Klang oleh Bidang Ekonomi Utama
Negara (NKEA), akan mendorong integrasi dan kecekapan

pengangkutan awam bandar.


MRT Laluan 2


Kerajaan telah memperuntukkan RM28 bilion bagi pelaksanaan
MRT2 untuk link Sungai Buloh-Serdang-Putrajaya. Laluan 2 ini akan

memberi perkhidmatan kepada kira-kira 2 juta penduduk yang
merangkumi koridor yang bermula dari Sungai Buloh melalui daerah

pusat perdagangan ke Bandar Malaysia, Kuchai Lama, Serdang dan
berakhir di Putrajaya. Laluan sepanjang 52.2km ini termasuk
bahagian bawah tanah yang meliputi 13.5km antara Jalan Ipoh dan

Kuchai Lama serta 38.7km jejambat. MRT Laluan 2 akan
mempunyai 37 stesen, di mana 26 stesen bertingkat dan 11 stesen

bawah tanah. Stesen-stesen ini termasuk Sri Damansara, Kepong,
Batu, Jalan Sultan Azlan Shah, Jalan Tun Razak, KLCC, Tun Razak

Exchange, Kuchai Lama, Seri Kembangan dan Cyberjaya



MRT Malaysia Sungai Buloh- Serdang- Putrajaya


Fasa awal laluan antara Sungai Buloh dan Kampung Batu akan

mula beroperasi pada bulan Julai 2021 dan laluan selebihnya dari
Kampung Batu ke Putrajaya Sentral dijadualkan akan dibuka pada




40

bulan Julai 2022. MRT Laluan 2 dijangka mempunyai 529,000

penumpang setiap hari. Ia dijangka akan memperbaiki kesesakan lalu
lintas yang kronik di Kuala Lumpur.


MRT Laluan 3



MRT Laluan 3, yang merupakan laluan ketiga dan terakhir bagi
Projek MRT Lembah Klang adalah di peringkat perancangan dan
pembangunan. Perkembangan projek ini akan diumumkan pada

masa akan datang.


Untuk maklumat lanjut berkenaan projek MRT,




















































41

Transit Aliran Ringan (LRT)




Perkhidmatan kereta api LRT atau Transit Kereta Api

Ringan dikendalikan oleh Rapid Rail Sdn Bhd, yang

merupakan subsidiari kepada Prasarana Malaysia Berhad.

Pada masa ini terdapat tiga laluan LRT yang beroperasi
iaitu:



 laluan Kelana Jaya, yang beroperasi daripada Gombak

sehingga Putra Heights;
 laluan Ampang, yang beroperasi dari Sentul Timur

sehingga Ampang; dan

 laluan Sri Petaling, yang beroperasi dari Sri Petaling dan

merentasi Kinrara serta Bandar Puteri, Puchong sebelum

berakhir di stesen bersepadu Putra Heights.










42

Kini, pembinaan laluan LRT3 yang baru sedang dibuat

di mana laluan LRT3 tersebut akan beroperasi dari Bandar

Utama sehingga Johan Setia, Klang.


Bagi maklumat tambahan mengenai LRT dan

perkhidmatannya, sila layari laman sesawang Prasarana

Malaysia Berhad

di: http://www.myrapid.com.my/rail/routes




























































43

KLIA Ekspres & KLIA Transit




KLIA Ekspres adalah rangkaian kereta api lapangan terbang
tanpa henti ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur
(KLIA) di Malaysia. Perkhidmatan KLIA Ekspres beroperasi dari KL

Sentral, stesen kereta api utama Kuala Lumpur ke KLIA serta
lapangan terbang, KLIA2. Laluan KLIA Ekspres adalah salah satu

daripada dua perkhidmatan bagi Express Rail Link Sdn Bhd (ERLSB),
yang berkongsi landasan kereta api yang sama dengan KLIA Transit.
Perkhidmatan KLIA Transit berhenti di semua stesen di sepanjang

jalan, manakala KLIA Ekspres beroperasi tanpa henti antara KL
Sentral dan KLIA/klia2. KLIA Ekspres dan KLIA Transit dikendalikan

oleh ERLSB.


Kereta api KLIA Transit ERL adalah suatu perkhidmatan yang
direka khas untuk pelancong dan kakitangan lapangan terbang untuk

melakukan perjalanan dari pusat bandar Kuala Lumpur ke KLIA dan
lapangan terbang KLIA2. Jumlah masa perjalanan dari KL Sentral ke

KLIA2 hanya 39 minit. Kereta api KLIA Transit berlepas dengan
frekuensi setiap 20 minit pada waktu puncak, dan setiap 30 minit pada
waktu luar puncak.



Untuk maklumat lanjut, sila layari https://www.kliaekspres.com/


























44

PERBEZAAN ANTARA KLIA EKSPRES & KLIA


TRANSIT




































1. KLIA Express


KLIA Express ini merupakan salah satu
pengangkutan train yang menuju ke KLIA dan KLIA2

tanpa berhenti di stesen yang lain. Cepat dan mudah.

KLIA Express ni hanya boleh dinaiki di stesen KL
Sentral sahaja. KLIA Express ini mengambil masa

perjalanan sekitar 30 minit sahaja untuk sampai ke
lapangan terbang.


Waktu beroperasi train pertama bagi KLIA Express

ini yang akan bertolak dari KL Sentral seawal jam 5
pagi. Kekerapan ketibaan train pula bergantung kepada


waktu kemuncak pada hari tersebut.




45

KLIA Express

Terdapat dua cara pembelian iaitu samada beli

terus di kaunter tiket ataupun beli secara online. Untuk

yang online, anda boleh membeli di aplikasi Traveloka
kerana ianya adalah lebih murah berbanding di kaunter.

Cuma perlu untuk mengisi maklumat yang diperlukan di

dalam borang dan pengesahan.Selepas bayaran dibuat
“Voucher” akan di hantar melalui via emel yang anda

berikan semasa pembelian.
























Anda akan merasa pengalaman yang amat selesa

kerana kerusinya lebih lebar, luas dan ruang kaki tidak
sempit. Malah anda tidak perlu berebut-rebut macam
dalam LRT.





46

2. KLIA Transit


Perbezaan antara KLIA Transit ini dengan KLIA

Express pula ialah KLIA Transit ini akan berhenti di
beberapa stesen yang tertentu untuk sampai ke

lapangan terbang. Antara stesen yang ada ialah KL
Sentral, Bandar Tasik Selatan, Putrajaya &

Cyberjaya, Salak Tinggi, KLIA dan KLIA2 Arrival.



KLIA Transit ini sering dinaiki oleh mereka yang

berkeluarga untuk sampai ke lapangan terbang
disebabkan tambangnya yang murah berbanding KLIA

Express. Cuma masa perjalanan akan sedikit lambat
berbanding dengan KLIA Express.











































47

Tambang pula boleh dibeli di kaunter yang

disediakan atau secara online di website Traveloka.
Proses pembelian adalah sama seperti membeli tiket

KLIA Express



Waktu operasi train bagi KLIA Transit pula ialah
seawal jam 4.30 pagi daripada KL Sentral. Ini kerana

banyak stesen yang perlu KLIA Transit ini berhenti
sebelum sampai di lapangan terbang. Kekerapan

ketibaan train pula ialah 15 minit bergantung kepada

“peak-hours” pada hari tersebut.




Keadaan di dalam train juga boleh dikatakan

selesa, cuma tidak seperti KLIA Express dimana tempat
duduk lebih luas dan selesa. Walaubagaimanapun,

kedua-dua train ini sangat sesuai untuk dijadikan
pengangkutan ke lapangan terbang samada secara

berkumpulan ataupun berseorangan.




48

49


Click to View FlipBook Version