The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by munzirmr, 2020-09-28 00:56:49

Rahsia_Penaklukan_Melaka_1511[1]

Rahsia_Penaklukan_Melaka_1511[1]

Berbeza dengan kerajaan Castille yang disibukkan dengan usaha menyatukan
wilayah-wilayah jajahannya selain menentang orang Islam yang berpusat di
Granada itu. Oleh itu belum mampu mendokong sebarang inisiatif penjelajahan ke
dunia luar. Bagaimanapun keadaan ini berubah dengan perkahwinan politik yang
terjadi antara Ratu Isabella I dari Castille dengan Raja Ferdinand II dari Aragon pada
1469.

Perkahwinan tersebut menatijahkan dua kuasa besar di Semenanjung Iberia,
iaitu Castille dan Aragon bergabung menjadi satu iaitu Sepanyol. Terhimpunnya
kekuatan Castille dan Aragon ini telah menguatkan tentera Kristian sehingga
pada tahun 1492, berhasil mengusir pemerintahan Islam dari kubu terakhirnya
di Granada. Tragedi ini bukan sahaja melenyapkan terus pengaruh Islam di Eropah
yang telah bertapak semenjak abad ke-8 Masihi lagi, tetapi menjadi pemangkin
yang kuat untuk kerajaan-kerajaan Portugal dan Sepanyol mula mencabar
kekuasaan Islam di wilayah-wilayah yang lain pula.

44 Kebetulan sekitar waktu yang sama, Christopher Columbus20 baru sahaja
menghadap pemerintah Inggeris dan kemudian Portugis untuk memohon
dokongan kepada hasratnya melaksanakan misi penjelajahan. Namun kedua negara
tersebut telah menolaknya. Ikhtiar untuk mendapatkan persetujuan Castille juga
ditolak pada awalnya. Namun, Ratu Isabella yang sangat gembira kerana berhasil
mengusir umat Islam keluar dari bumi Granada langsung menerima cadangan
tersebut dan bersedia menanggung seluruh biaya pelayaran Columbus.

Hasil seluruh ekspedisi pelayaran dan penaklukan tersebut diagihkan keuntungan
80% untuk Isabella (Sepanyol) dan 20% untuk Columbus sendiri. Dengan
kesepakatan tersebut bermulalah siri ekspedisi pelayaran serta penaklukan benua

20 Beliau merupakan kelahiran Itali, namun menjadi warganegara Portugal. Bagaimanapun pembiayaan
siri penjelajahannya di biayai oleh Castille (Sepanyol)

2 PENJELAJAHAN DAN
PENJAJAHAN PORTUGIS

Ilustrasi wajah Christopher Columbus, pelayar kelahiran Itali yang belayar bagi pihak 45
kerajaan Sepanyol. Pelayaran beliau telah dibiayai sepenuhnya oleh Raja Ferdinand II
dan Ratu Isabella I.

Amerika oleh Columbus yang sangat terkenal dalam sejarah dunia, dilaksanakan
sampai empat kali iaitu dalam tahun 1492, 1493, 1498 dan 1501 hingga 1502.21

Kejayaan Columbus ini telah menyebabkan Portugal bertindak pantas untuk
membuat suatu perjanjian dengan Sepanyol supaya tidak timbul masalah pintas
memintas dan konflik-konflik yang merugikan di antara mereka terkait ekspedisi
penjelajahan dan penjajahan dunia. Hasilnya wujudlah perjanjian Tordesillas yang
ditandatangani oleh kedua-dua belah pihak pada tanggal 7 Jun 1494.

21 Sejak Columbus menemukan benua Amerika, menyusul pelaut-pelaut Sepanyol seperti Cortez dan
Pizzaro. Cortez menduduki Mexico pada tahun 1519 M dengan menaklukkan suku Indian iaitu
kerajaan Aztec dan suku Maya di Yucatan. Pizzaro, pada tahun 1530 menaklukkan kerajaan Indian
di Peru iaitu suku Inca

Dalam tahun 1490-an, kegiatan penjelajahan orang Portugis mulai mendapat
saingan daripada orang Sepanyol. Justeru pada tahun 1493 Paus di Rom ketika
itu, Pope Alexander VI terpaksa campurtangan untuk mengelakkan kemungkinan
berlakunya peperangan antara dua negara penganut gereja Katolik yang setia.

Beliau bertindak dengan membahagikan dunia kepada dua kawasan pengaruh
iaitu timur untuk Portugal dan bahagian barat untuk Sepanyol.

Perjanjian ini telah ditandatangani di Tordesillas, Sepanyol pada 7 Jun 1494
di antara Paus yang mewakili Gereja Roman Katolik, Ferdinand II of Aragon yang
mewakili Sepanyol dan John II of Portugal. Garis pemisah kedua negara itu
terletak menegak di antara kepulauan Tanjung Verde dan Hindia Barat di Lautan
Atlantik. Melalui Perjanjian Tordesillas, kedua-dua negara ini bersetuju mematuhi
keputusan Paus itu.

Restu dan rangsangan daripada Paus untuk mengembangkan Kristian Katolik dan
46 menghancurkan kekuatan orang-orang Islam yang diperolehi dalam Perjanjian

Tordesillas dalam tahun 1494 telah memberi suatu semangat dan kekuatan
kepada Sepanyol dan Portugis, yang merupakan dua kuasa politik Kristian yang
terbesar di waktu itu, untuk menguasai dan mengkristiankan dunia.

Mereka menganggap Perjanjian Tordesillas sebagai suatu tugas dan amanah
suci yang harus dilaksanakan dengan baik. Hasrat ini dizahirkan apabila dalam

Garis pemisah kedua negara itu terletak menegak di
antara kepulauan Tanjung Verde dan Hindia Barat di
Lautan Atlantik. Melalui Perjanjian Tordesillas, kedua-
dua negara ini bersetuju mematuhi keputusan Paus itu.

2 PENJELAJAHAN DAN
PENJAJAHAN PORTUGIS

siri penerokaan kapal-kapal layar Portugis dan Sepanyol jelas terdapat bendera-
bendera dan simbol-simbol salib di bahagian layar kapal mereka. Pengembaraan
mereka juga disertai oleh para paderi Kristian Katolik yang mengembangkan
agama Kristian di kawasan-kawasan yang disinggahinya. Kelengkapan dan
peralatan militer juga dibekalkan bagi maksud memerangi orang-orang Islam jika
perlu.

Dalam tahun 1542, para paderi Kristian yang dipanggil ‘Jesuit’ memulakan
suatu upacara keagamaan Kristian dengan memercikkan ‘air suci’ serta
memacakkan tiang salib di kawasan-kawasan yang diterokai sebagai tanda
simbolik bahawa kawasan itu menjadi jajahan kerajaan Kristian Portugis atau
Sepanyol secara rasmi. Dengan termeterainya perjanjian ini juga telah memberi
‘lesen besar’ untuk Portugis dan Sepanyol meneruskan usaha mereka mencari
jalan lain ke Timur dan Barat, di samping lebih giat berdagang dan melakukan
penjajahan ke atas wilayah-wilayah baru.

47

Ilustrasi kapal pelayaran Sepanyol yang meletakkan tanda salib
pada setiap layar-layar kapal.

PENJELAJAHAN DAN PENJAJAHAN PORTUGIS

Berlatarbelakangkan suasana ini, maka kaum Kristian di
Sepanyol dan Portugis telah melancarkan siri ekspedisi

besar-besaran ke timur melalui jalan masing-masing
yang telah ditetapkan. Oleh kerana satu-satunya jalan
perdagangan laut ke timur adalah di bawah kuasa
empayar Islam yang sangat kuat pada masa itu, maka
puak Kristian Sepanyol bertekad mencari jalan laut
alternatif lainnya bagi maksud tersebut.

Dicatatkan sebelum ini bahawa salah seorang ketua
ekspedisi yang terkemuka dalam sejarah, Christopher
Columbus tidak menjumpai timur tetapi menjumpai
Amerika Utara dan Selatan, lalu membuka jalan penjajahan
Sepanyol di benua Amerika yang menyebabkan kerajaan-
48 kerajaan tempatan seperti Aztec dan Inca tumbang. Pihak
Sepanyol lalu mengkristiankan benua Amerika dan rakyat
asli benua ini dijatuhkan taraf sebagai rakyat kelas dua

oleh penjajah Sepanyol.

Da Gama Cross atau Salib Da Gama yang merupakan petunjuk
pelayaran laut yang dibina oleh kerajaan Portugal di tebing Tanjung
Pengharapan, Afrika Selatan. Ianya dibina sempena meraikan kejayaan
Vasco da Gama dalam pelayaran ke timur.

2 PENJELAJAHAN DAN 49
PENJAJAHAN PORTUGIS

Bagi penjelajah Portugis, setelah berhasil menakluki Cueta di Maghribi dari tangan
orang Islam pada tahun 1415, Medeira pada tahun 1419, Azores pada tahun 1427,
Cape Verde pada tahun 1445, Pulau Sao Tome pada tahun 1480 dan Cape Cross
pada tahun 1485, akhirnya sampai ke hujung benua Afrika dalam tahun 1487.

Dicatatkan bahawa orang Eropah pertama yang sampai ke Cape adalah
seorang pengembara Portugis yang bernama Bartolomew Diaz iaitu dalam
tahun 1488. Beliau menamakan tempat tersebut ‘Cape of Storms’ atau Tanjung
Taufan. Kemudian ditukar namanya kepada ‘Cape of Good Hope’ atau Tanjung
Pengharapan oleh Paus Rome bersempena harapan orang-orang Eropah waktu
itu agar tanjung ini menjadi suatu jalan laut alternatif ke dunia timur (India dan
Alam Melayu) yang membolehkan pelayaran dibuat tanpa melalui pusat-pusat
pelabuhan yang dibawah penguasaan Islam di jazirah Arab.

Dalam tahun 1497, seorang lagi pengembara Portugis yang bernama Vasco Da
Gama juga telah membuat pelayarannya ke sini. Namun ekspedisinya lebih
berjaya daripada Bartolomew Diaz. Vasco Da Gama telah dapat belayar pada
jarak yang lebih jauh iaitu bukan sahaja mengelilingi Tanjung Pengharapan,
malahan terus belayar sepanjang pantai timur Afrika sehingga ke Malindi pada
1498 dan akhirnya sampai di Calicut, India.22 Bersempena kejayaan kedua-
dua pengembara Portugis ini ke Tanjung Pengharapan, kerajaan Portugis telah
membina dua petunjuk navigasi laut iaitu Dias Cross dan Da Gama Cross
bersempena nama-nama mereka di tebing Tanjung Pengharapan.

22 Disebut tentang pelayaran Vasco Da Gama merentasi pesisir India yang dibantu oleh seorang pelaut
Arab bernama Ahmad ibn Majid, merupakan seorang pelayar terkenal pada abad ke-15 Masihi.
Menurut Sir R.F. Burton, Ahmad bin Abdul Majid adalah yang pertama menemukan kompas

50

Benteng Emmanuel yang terletak di Cochin, India telah dibina pada tahun 1503. Benteng
ini dinamakan sempena nama Raja Portugal iaitu Raja Dom Manuel I (1495-1521).

Kedatangan angkatan Vasco Da Gama ke Calicut kurang mendapat sambutan
kerana wilayah tersebut dikuasai oleh orang Islam menyebabkan beliau kembali
ke Lisbon pada akhir tahun yang sama. Belakangan beliau kembali lagi dan kali
ini menjumpai pula bandar Cochin dan terus menetap di sana sehingga akhir
hayatnya dalam tahun 1524.

Jawatan Vasco Da Gama di Cochin dan sekitar pantai barat India sebagai ketua
panglima tentera digantikan pula oleh Francisco de Almeida pada 1504. Pada tahun
1509 jawatan tersebut diambil alih oleh Afonso de Albuquerque.

2 PENJELAJAHAN DAN
PENJAJAHAN PORTUGIS

51
Apa yang menarik tentang misi Portugal mencari jalan laut alternatif ke dunia
timur terkait dengan apa yang disebut sebagai impian orang-orang Portugis
yang terpengaruh dengan mimpi-mimpi tentang kekayaan kota Melaka selain
persaingan dengan orang Muslim dalam menguasai perdagangan rempah ratus
di negara-negara Islam.23 Hal ini dapat dibuktikan dalam catatan Afonso de
Albuquerque sendiri sebagaimana berikut:

23 Francisco de Sa de Menesis, ‘The Conquest of Malacca, (KP JB 97). Terjemahan dari Bahasa Portugis
ke Bahasa Inggeris ‘Malacca Conquistada’, Lisbon 1634. Buku ini sangat menarik kerana menyerupai
karya sastera Eropah yang klasik tentang sejarah Alam Melayu. Daripada maklumat-maklumat pada buku
ini, ternyata penaklukan Melaka dan penjajahan rantau ini merupakan impian besar dan di anggap
peristiwa yang sangat penting bagi pemerintah dan masyarakat Portugal

Hal ini mencetuskan kedengkian orang-orang Kristian
terhadap Alam Melayu umumnya, dan Kesultanan
Melaka secara khusus sehingga mempunyai dendam
dan cita-cita untuk melumpuhkan kota Melaka sebagai
suatu kaedah meruntuhkan salah satu jaringan dan
kota satelit Islam yang penting di dunia.

“Saya merasa yakin jika kita merampas perdagangan Melaka dari mereka (umat
Islam), Kaherah dan Mekah akan hilang sepenuhnya dan tiada lagi rempah yang
akan diterima oleh orang Venice kecuali mereka (terpaksa) ke Portugal untuk
membelinya .” 24

Kenyataan ini jelas merujuk kepentingan Selat Melaka dan Kesultanan Melaka
dalam dunia Islam yang mana Melaka merupakan pusat ilmu, ketamadunan dan
peradaban yang terunggul di belahan dunia timur jauh hasil kepesatan kegiatan
52 perdagangan dan dakwah oleh para saudagar, alim-ulama dan delegasi-delegasi
khalifah dan keluarga bangsawan Islam dari berbagai penjuru dunia termasuk
dari dunia Arab, Farsi dan Gujerat.

Hal ini mencetuskan kedengkian orang-orang Kristian terhadap Alam Melayu
umumnya dan Kesultanan Melaka secara khusus sehingga mempunyai dendam
dan cita-cita untuk melumpuhkan kota Melaka sebagai suatu kaedah meruntuhkan
salah satu jaringan dan kota satelit Islam yang penting di dunia. Maka setelah
berhasil menguasai semua jalan laut di antara Afrika dan India melalui perjumpaan

24 T.F Earle & John Villiers ‘Albuquerque Caeser Timur, Teks-teks pilihan oleh Afonso de Alburquerque
dan anaknya’. Hlm 117-118

Ilustrasi Kota Melaka di zaman Kesultanan Melayu Melaka iaitu sebelum
penjajahan Portugis.

PENJELAJAHAN DAN

2 PENJAJAHAN PORTUGIS

53

Tanjung Harapan, Portugis telah bersedia untuk meneruskan dasar meluaskan
kuasanya dengan melancarkan kempen menakluki pulau-pulau utama yang mana
sudah tentu sasaran utamanya adalah Melaka.

Dalam misi mencari jalan-jalan laut ke Gugusan Kepulauan Melayu dan Cina, para
pengembara Portugis telah menggunakan pelbagai kaedah untuk mendapatkan
data-data tentang jalan dan cara pelayaran ke Timur Jauh. Misalnya orang-orang
Portugis sengaja menyinggah ke pelabuhan Malabar dan mengekori kapal-kapal
Muslim yang belayar ke Alam Melayu dan Cina. Selain itu terdapat juga maklumat
tentang lanun-lanun Portugis dan Sepanyol yang merampas kapal-kapal orang
Islam.25

Penemuan dan penerokaan dunia baru oleh para pengembara dan pelaut
Portugis dan Sepanyol26 dalam abad ke-15 Masihi telah menaikkan kedua-
dua negara barat ini sebagai kuasa terawal di kalangan negara-negara Kristian
di Eropah. Penemuan jalan alternatif yang strategik ke timur itu telah memberi
54 laluan pada kuasa-kuasa Barat untuk berpusu-pusu melancarkan ekspedisi demi
ekspedisi ke Alam Melayu. Susulan dari sini terbukalah tirai sejarah kemunculan
bangsa-bangsa Eropah di Alam Melayu yang legasinya masih tetap dirasai
sampai saat ini.

25 R.S. Whiteway’ ‘The rise of Portuguese power in India’ 49701550”, (KP JB 89), Perpustakaan
Negara Malaysia
26 Seorang lagi pengembara Sepanyol yang terkemuka adalah Ferdinand Magellan (1480-1521),
yang disebut sebagai orang Eropah yang berjaya mengharungi Lautan Pasifik sehingga sampai ke Alam
Melayu dan kemudian kembali ke Sepanyol melalui jalur Lautan Hindi dan pesisir barat Afrika, pertama
yang mengelilingi dunia, Bagaimanapun, sebenarnya Ferdinand hanya sampai ke Filipina dan telah
dibunuh oleh seorang pembesar di sana yang bernama Datuk Lapu-Lapu dalam tahun 1521. Seramai 18
anak kapalnya dari 237 yang memulakan pelayaran berhasil kembali ke Sepanyol pada tahun 1522
setelah mengelilingi bumi. Manakala baki yang lain tewas atas berbagai sebab

KPSOEESBRUETLULTUGAMISNAPNENMJAELJAAKHAAN
3

56

Tanggal 1492 adalah tarikh keramat bagi bangsa Eropah khususnya
Portugal dan Sepanyol. Namun tarikh tersebut meruntun jiwa umat
Islam sedunia di mana ianya ditandai dengan kejatuhan Wilayah
Andalusia yang diperintah selama berabad-abad oleh khalifah-khalifah
Islam. Di bawah pemerintahan Islam, Wilayah Andalusia juga menjadi
pusat ketamadunan dan peradaban gemilang yang menjadi rujukan
bangsa-bangsa Eropah.

3 KESULTANAN MELAKA
SEBELUM PENJAJAHAN PORTUGIS

Dengan kemenangan itu Portugal dan Sepanyol merasa
bangga dan mulia kerana terpilih sebagai penjaga
Kristian dan mendapat mandat Paus untuk menguasai
dunia, langsung bersemangat untuk bersaing
menerokai, menjelajah hatta menjajah negeri-negeri
Barat dan Timur, mengeksploitasi ekonomi sekaligus
mendakyahkan Kristian Katolik.

Dengan jatuhnya Granada ke tangan orang Kristian Katolik, maka hilanglah 57
toleransi beragama, suasana kedamaian dan keselamatan digalang gantikan
dengan unsur-unsur keganasan, kekejaman dan penindasan di luar batas-batas
kemanusiaan. Umat Islam dipaksa berpindah kepada agama Kristian. Jika tidak
mahu murtad harus meninggalkan Sepanyol namun tidak boleh membawa
putera-puterinya. Mereka yang tidak sanggup meninggalkan anak-anak, terpaksa
memilih untuk menganuti Kristian. Jika tidak mahu, dibakarnya hidup-hidup.
Dibangkitkan juga gerakan anti Yahudi, sedangkan hal ini tidak pernah terjadi pada
masa pemerintahan Islam.

Dengan kemenangan itu Portugal dan Sepanyol merasa bangga dan mulia kerana
terpilih sebagai penjaga Kristian dan mendapat mandat Paus untuk menguasai
dunia, langsung bersemangat untuk bersaing menerokai, menjelajah hatta
menjajah negeri-negeri Barat dan Timur, mengeksploitasi ekonomi sekaligus
mendakyahkan Kristian Katolik. Untuk menghindari konflik antara dua kekuatan
maritim-raksasa ketika itu iaitu Sepanyol dan Portugal, Paus Alexander VI
mengadakan Perjanjian Tordesillas yang membelah bahagikan dunia kepada dua
bahagian. Separuh untuk Sepanyol dan separuh lagi untuk Portugal.

Ilustrasi kepadatan Kota Melaka dan kesibukan pelabuhan Melaka pada
zaman kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka.

58 Portugis yang mendapat bahagian Timur langsung bergerak ke negeri-negeri
tersebut dengan semangat dan misi reconquista dores (penaklukan terhadap
Muslim). Mereka mengejar dan memporak-perandakan negeri asal Muslim
yang mereka benci, Afrika Utara yang dahulunya menguasai Andalusia. Setelah
menghancur dan melakukan pembantaian di sana, mereka berusaha pula
mencari orang-orang Moor (Muslim) di luar Afrika Utara sambil mencari
negeri asal-usul rempah-ratus yang mereka dengar-dengaran datang dari negeri
di sebelah Timur yang dikuasai orang-orang Islam.

Pada tahun 1488, Portugis sampai ke Tanjung Harapan di Afrika Selatan. Namun
masih belum mengetahui jalan ke India apatah lagi ke gugusan kepulauan
Melayu sehingga terpaksa pula mencari pemandu dalam pelayaran mereka.
Pada tahun 1498, tentera Portugis yang dipimpin Vasco da Gama tiba di India

3 KESULTANAN MELAKA
SEBELUM PENJAJAHAN PORTUGIS

dengan dipandu oleh seorang ahli pelayaran Muslim yang terkenal bernama 59
Ahmad bin Abdul Majid.

Di mana-mana wilayah yang dilalui pelayaran Portugis jelas terjadi bencana
kemanusiaan khususnya kepada orang-orang Islam. Hal itu terjadi kerana motivasi
pelayaran mereka bukan semata-mata untuk berdagang sebagaimana pelayaran
yang sebelumnya lazim dilakukan di Asia dan Afrika. Portugis juga mendambakan
misi reconquista dores. Ketika sampai di Goa India, mereka baru menyedari bahawa
sumber rempah-ratus yang dicari tempatnya bukan di situ, malah mereka perlu
pergi lebih jauh lagi iaitu ke Alam Melayu. Bagaimanakah bentuk rupa wajah,
suasana serta keseimbangan Alam Melayu sebelum diterjah dan dikejutkan dengan
kehadiran kuasa penjajah Eropah ini?

SEMARAK ISLAMISASI ALAM MELAYU

Lintas sejarah Alam Melayu pernah menyaksikan rantau ini mencapai kemuncak
kegemilangan ketamadunan dan peradaban Islamnya pada zaman Kesultanan
Melaka seterusnya dipegang obor-obornya pada zaman Kesultanan Aceh.
Pada awalnya Islam muncul di Alam Melayu dalam bentuk kecil-kecilan di
perkampungan dan kawasan pelabuhan yang terletak di pesisiran pantai,
kemudian berubah menjadi suatu gagasan hebat sehingga akhirnya membentuk
institusi dan pemerintahan Islam yang disegani dunia di waktu itu.

Harus dijelaskan bahawa ketamadunan orang Melayu bukanlah bermula pada
zaman Melaka namun ianya telah sekian lama dimiliki, hatta ribuan tahun sebelum
Islam mula bertapak di Alam Melayu. Ketika kedatangan Islam di rantau ini, orang
Melayu bukanlah manusia primitif yang hanya tinggal di atas pokok dan bercawat
di dalam hutan. Catatan Yunani mengatakan bahawa kapal-kapal Melayu yang
besar dan boleh mencapai muatan 1,000 tan telah sampai ke India pada abad
60 kedua atau ketiga Masihi. Ini bermakna orang Melayulah yang sebenarnya telah
mewujudkan jalur perdagangan di Selat Melaka, bukannya pedagang-pedagang
dari India mahupun Cina.

Dalam maksud lain, kerajaan-kerajaan kuno di Mesir, Timur Tengah atau India
sudah lazim dengan kehadiran pedagang-pedagang Melayu.1 Malahan, dengan
perkembangan ilmu pelayaran Melayu zaman-berzaman sebelum era Masihi lagi,

1 Sebuah catatan Arab dalam abad ke-13 Masihi mengatakan wujudnya sebuah penempatan
orang-orang Melayu di wilayah Aden, Yaman, seawal zaman penjajahan Romawi di Mesir kuno pada
31 Sebelum Masihi (abad pertama Masihi). Disebutkan bahawa kapal-kapal orang Melayu bersimpang
siur keluar masuk dari tempat ini. Bagaimanapun belakangan penduduk di penempatan ini menjadi
lemah, kehilangan bakat belayar dan dikalahkan oleh kaum-kaum yang berjiran. Rujuk Lynda Norene
Shaffer, Maritime Southeast Asia, 300 BC to AD 1528

3 KESULTANAN MELAKA 61
SEBELUM PENJAJAHAN PORTUGIS

dikatakan mulai abad ke-5 Masihi sehinggalah kedatangan penjajah dari Eropah
pada abad ke-16 Masihi. Perkembangan perdagangan maritim antarabangsa
di Selat Melaka telah memahkotakannya sebagai antara pelabuhan entrepot
yang paling strategik di dunia.

Banyak catatan sejarah yang membuktikan wujud ketamadunan orang Melayu
semenjak sebelum kedatangan Islam lagi namun agama Islam yang muncul
seawal zaman sahabat Nabi ‫ ﷺ‬lagi di awal abad ke-7 Masihi, telah berhasil
memasak serta memperkembangkan ketamadunan serta peradaban Alam
Melayu di atas pasak atau tunjang ketauhidan dan wahyu.

Peranan Islam sebagai agama wahyu yang bersifat syumul, zahir dan batin, telah
mengubah masyarakat tempatan di rantau ini dari pelbagai sisi, menukar orientasi
alam pemikiran mereka, bentuk kepercayaan, bahasa, penulisan, adat budaya,
pemakaian, rekabentuk dan ragam hias binaan, kesenian, kesusasteraan dan
banyak lagi. Ini belum termasuk perubahan-perubahan yang berlaku pada sistem-
sistem pengurusan dan pentadbiran masyarakat seperti sistem pemerintahan,
perundangan, pendidikan, perdagangan, pertahanan dan sebagainya.

Peranan Islam sebagai agama wahyu yang bersifat
syumul, zahir dan batin, telah mengubah masyarakat
tempatan di rantau ini dari pelbagai sisi, menukar
orientasi alam pemikiran mereka, bentuk kepercayaan,
bahasa,penulisan,adat budaya,pemakaian,rekabentuk
dan ragam hias binaan, kesenian, kesusasteraan dan
banyak lagi.

62 Ilustrasi yang menggambarkan keindahan Istana Kesultanan Melayu

Melaka.

Islam telah mengubah jatidiri, kejiwaan, akhlak dan perilaku pada rumpun
masyarakat di rantau ini sehingga disebut bahawa kebudayaan Melayu adalah
terlingkung di dalam kebudayaan Islam, manakala elemen-elemen kemelayuan
banyak yang menjadi identik dengan Islam. Islam telah menyuntik nilai-nilai dan
konsep-konsep yang tinggi dalam setiap aspek kehidupan orang Melayu secara
menyeluruh sehingga melahirkan bangsa yang beradab dan berbudi pekerti mulia.
Ringkasnya, agama Islam bukan saja telah membentuk lahiriah Melayu bahkan
jiwa dan batin dirubah kepada paksi ketauhidan dan ketasawufan yang utuh dan
mendalam.

3 KESULTANAN MELAKA
SEBELUM PENJAJAHAN PORTUGIS

63

Di sisi yang lain, Islam juga telah berhasil menyatukan banyak kerajaan Alam
Melayu di bawah satu gagasan yang mana sebelum itu mereka merupakan
kerajaan-kerajaan yang terpisah-pisah dan berasingan menurut kedudukan geografi
masing-masing. Ajaran Islam yang mengutamakan serta mementingkan konsep
persaudaraan dalam semangat ukhuwah Islamiyyah telah melarutkan sempadan-
sempadan ini sehingga membuahkan suatu kekuatan persaudaraan seagama dan
serumpun sebagai pembenteng agama Islam yang utuh di rantau ini.

Ringkasnya, Islam di Alam Melayu telah diterima sebagai sumber kekuatan,
kesatuan, kewibawaan dan kebanggaan yang meletakkan kerajaan-kerajaan seperti
kesultanan Melaka, Aceh, Brunei, Sulu, Maguindanao, Banten, Ternate, Palembang

dan banyak lagi sebagai kuasa-kuasa politik yang dihormati dan disegani. Malahan,
perubahan-perubahan dasar yang dimenifestasi serta diperkembangkan dalam
berbagai bentuk dan wajah, khususnya telah mengangkat beberapa kesultanan
seperti Melaka, Aceh dan Banten sebagai pusat intelektualisme, peradaban,
kebudayaan serta ketamadunan Islam yang unggul serta tinggi martabatnya.

SEJARAH RINGKAS KESULTANAN MELAKA

Kesultanan Melaka merupakan sebuah kerajaan Melayu yang besar lagi kaya. Ia
meliputi bukan sahaja Semenanjung Tanah Melayu, termasuk Singapura tetapi
juga beberapa wilayah di Pantai Timur Sumatera seperti Indragiri, Siantan, Kampar
dan Siak. Malahan beberapa negeri yang dahulunya berada di bawah jajahan
Siam dan Majapahit seperti Bernam, Kelang, Selangor, Sungai Ujung, Kedah
dan Patani telah memohon nobat dari Melaka. Pada zaman itu, nobat bererti
menerima ketuanan Melaka.

64 Parameswara, putera Sang Aji dari kerajaan Palembang, cucu-cicit Nila Utama
telah mengasaskan Kesultanan Melayu Melaka sekitar tahun 1390-1404.2
Menurut D.G. E Hall:

“Pembuka bandar Melaka itu namanya yang bermakna ‘Suami Permaisuri’ adalah
suami kepada seorang puteri Majapahit. Mengikut sejarah lisan Sumatera dia
adalah seorang putera Raja Sailendra dari Palembang. Sewaktu berlakunya perang
pemisahan diantara Virabumi dari Jawa Timur dengan Raja Vikramavardhana dari
Majapahit pada tahun 1401, dia (Suami Permaisuri) telah melarikan diri ke Tumasik
(Singapura) yang pada masa itu di bawah seorang pembesar yang mempunyai taat
setia kepada Siam. Parameswara membunuh pembesar itu dan merampas bandar

2 Sumber terbaharu dari Sulalatus Salatin (versi Raffles No.18) merujuk tahun pengasasan
Kesultanan Melaka pada 1262 Masihi

3 KESULTANAN MELAKA 65
SEBELUM PENJAJAHAN PORTUGIS

Tumasik. Pada tahun 1402 dia telah dihalau keluar oleh Raja Pahang atau Petani
yang taat setia kepada Siam dan mengikut catatan adalah adik beradik dengan
pembesar yang dibunuh oleh Parameswara. Selepas mengembara beberapa lama
dia menetap di Melaka yang pada masa itu adalah sebuah kampong kecil yang
didiami oleh lanun-lanun dan nelayan-nelayan. Nama yang serupa (Melaka) juga
terdapat dalam satu sumber Siam kira-kira pada tahun 1306”.

Apabila Parameswara menganuti Islam, baginda telah memilih nama Islamnya
sebagai Sultan Iskandar Shah.3 Selepas keislamannya, secara berperingkat negeri
Melaka berubah menjadi semakin maju dan mashyur, sehingga dikemuncaknya
menjadi pusat ketamadunan serta peradaban Islam yang terunggul dan terkenal
di Alam Melayu. Pada mulanya Islam dianuti oleh raja dan pembesar-pembesar
negeri tetapi berkat kegigihan ulama dan pihak istana dalam memperkenalkan
agama Islam pada rakyat jelata, penganut Islam telah berkembang baik. Dari istana
Melaka, Islam mulai menyinarkan cahayanya ke negeri-negeri lain di Semenanjung
Tanah Melayu dan kepulauan-kepulauan Melayu di sekitarannya.

Kepentingan, keutamaan serta kekayaan Kesultanan Melaka diakui oleh catatan-
catatan dari berbagai sumber primer. Sejarah Melayu mencatatkan kebesaran dan
kekayaan Melaka seperti berikut:

“Adapun zaman itu negeri Melaka terlalu sekali ramainya, segala pedagang pun
berkampung; maka dari Ayer Leleh datang ke Kuala Muar pasar tiada berputusan

3 Menurut Prof Sayyid Muhammad Naquib al-Attas, Parameswara memeluk Agama Islam samada
di antara tahun 1376-1378 di Palembang, kemungkinan di tangan Sayyid Ibrahim Asmoro atau
Sunan Ngesik atau Ibrahim Zain al-Din al-Akbar atau Karimul Makhdum atau Syarif Awliya, iaitu putera
kepada Sayyid Hussen Jamadil Kubra, ataupun diantara tahun 1378 dan sebelum 1404 di Melaka.
Menurut Prof Sayyid Muhammad lagi, jikalau Parameswara menganut Islam diantara tahun 1392-1404
di Melaka, berkemungkinan yang mengislamkannya adalah Maulana Ishak, putera kepada Ibrahim
Asmoro atau Ibrahim Zainal al-Din al-Akbar itu, cucu Sayyid Hussein Jamadil Kubra. Rujuk bukunya
Historical fact and fiction, op.cit. Hlm 96-97

66

Ilustrasi kedudukan istana dan masjid agung dalam Kota Melaka.

lagi, dari kampong Kelinang datang ke Kuala Penajoh ini pun tiada berputusan; jika
orang dari Melaka datang ke Jugra tiada membawa lagi, barang di mana berhenti di
sana adalah rumah orang; dari sebelah sini hingga datang ke Batu Pahat demikian
juga, kerana masa itu rakyat Melaka sembilan belas laksa banyaknya yang didalam
negeri jua.” 4

Selanjutnya Sejarah Melayu mencatatkan lagi:

4 Sejarah Melayu, (edisi W.G Shellabear), cetakan 10, Malaya Publishing House, Singapura, 1961, Hlm 247.
Sembilan belas laksa bersamaan dengan 190,000 rakyat Melaka

3 KESULTANAN MELAKA
SEBELUM PENJAJAHAN PORTUGIS

Kekayaan Melaka bukan sahaja tercatat dalam sumber
sejarah lokal, hatta pengembara-pengembara Eropah
juga mengakui hakikat ini. Contohnya, Duarte Barbosa,
seorang penulis dan pedagang Portugis yang hidup di
antara kurun ke-15 dan ke-16 Masihi.

“Maka Hang Nadim pergilah naik kapal Hang Isap, kerana pada masa itu orang 67
Melaka ratalah berkapal belaka.” 5

Bendahara Seri Maharaja pula begitu kaya sehingga anak cucunya
bermainkan serbuk emas dan beliau tidak mengenali hambanya kerana
berpakaian agak mahal.6

Kekayaan Melaka bukan sahaja tercatat dalam sumber sejarah lokal, hatta
pengembara-pengembara Eropah juga mengakui hakikat ini. Contohnya, Duarte
Barbosa seorang penulis dan pedagang Portugis yang hidup di antara kurun ke-15
dan ke-16 Masihi. Dia mengembara bersama-sama Ferdinand Magellan di atas
kapal Armada de Molucca yang berkata : “Sesiapa yang menguasai Melaka, dia
dapat menguasai perdagang dunia” .

Tome Pires, seorang pengembara dan penulis Portugis yang terkenal mencatatkan
tentang Kesultanan Melaka:“Sesiapa yang menjadi tuan bagi Melaka, tangannya
berada di kerongkongan Venice..” 7

5 Ibid. Hlm 220
6 Ibid. Hlm 256
7 Armanda Cortesao (tr.), The Suma Oriental of Tome Pires, Vol II, Hakluyt Society, London, 1944.
Hlm 287

Selanjutnya beliau menyebut lagi:

“Melaka adalah sebuah kota yang didirikan untuk perdagangan, lebih sempurna
daripada mana-mana kotaraya di dunia…..Dengan kepentingannya seperti itu dan
dengan kekayaannya yang melimpah, yang tidak akan berkurang, jika ditadbirkan
dengan sederhana dan disenangi, maka seharusnya dibekalkan, dilindungi, dipuji
dan digemari, dan bukan diabaikan; Sayangnya, Melaka dikelilingi oleh para
pengikut Muhammad (Islam) yang tidak boleh bersahabat dengan kita (Portugis)
disebabkan Melaka dalam keadaan kuat. Tanpa adanya tekanan, orang-orang
Islam tidak akan setia kepada kita. Mereka selalu waspada, setiap mereka melihat
kesempatan, mereka datang untuk mengambil kesempatan tersebut. Melaka
memiliki kekuatan dalam pelbagai bidang yang bersifat duniawi, begitu juga dalam
perkara rohani. Para pengikut Muhammad (Islam) telah terkepung dan mereka
tidak dapat pergi ke mana pun, mereka telah melarikan diri sejauh yang mereka
mampu. Masyarakat tersebut berpihak pada satu sisi (Sultan), sedangkan para
pedagang berpihak pada agama kita. Muhammad (Orang Islam) akan hancur
68 dengan kebenaran. Ia tidak akan dapat melakukan apa pun kecuali ikut hancur.” 8

Melaka adalah sebuah kota yang didirikan untuk
perdagangan, lebih sempurna daripada mana-
mana kotaraya di dunia…..Dengan kepentingannya
seperti itu dan dengan kekayaannya yang melimpah,
yang tidak akan berkurang, jika ditadbirkan dengan
sederhana dan disenangi, maka seharusnya
dibekalkan, dilindungi, dipuji dan digemari, dan bukan
diabaikan; Sayangnya, Melaka dikelilingi oleh para
pengikut Muhammad (Islam) yang tidak boleh
bersahabat dengan kita (Portugis) disebabkan Melaka
dalam keadaan kuat.

8 Ibid. Hlm 26

3 KESULTANAN MELAKA 69
SEBELUM PENJAJAHAN PORTUGIS

Kemakmuran Melaka juga dicatatkan dari berbagai sumber. Disebutkan bahawa
wujud berbagai bangsa di situ selain orang-orang Melayu sendiri contohnya kaum
Arab, Cina, India, Parsi, Siam, Bengali, Gujerati, malah orang-orang Armenia dan
Yahudi. Gujerati menjadi rakan perdagangan Melaka yang utama pada waktu itu.9
Perkara ini membuktikan bahawa pada era kegemilangan kesultanan Melaka,
kota ini merupakan sebuah emporium perdagangan dan kosmopolitan bertaraf
antarabangsa.10

Dengan kehadiran ramai bangsa-bangsa luar yang bermastautin dan berniaga
di kota Melaka, bahasa Melayu telah tersebar bukan sahaja di Alam Melayu malah
pada kerajaan-kerajaan lain di dunia. Bahasa ini menjadi elemen penyatuan
penting waktu itu memandangkan terdapat lebih kurang 59 suku kaum, puak dan
bangsa yang bertutur sebanyak 84 bahasa di pelabuhan Melaka.11

Menurut JJ. Sheehan:

“Bahasa yang digunakan di Melaka dipanggil bahasa Malaya (Melayu), dari bahasa
peribumi tempatan, yang sangat terkenal di seluruh Hindia Timur. Untuk pertemuan
umum bagi banyak bangsa, (yang mana) berbeza dalam bahasa mereka telah
meletakkan mereka satu keperluan untuk memilih bahasa tertentu, terdiri daripada

9 M.A.P Meilink- Roelofsz. 2016. Perdagangan Asia dan Pengaruh Eropah Di Nusantara Antara 1500
dan sekitar 1630. Hlm 36-59.Bagaimanapun setelah Melaka jatuh, naik pula saudagar Hindu
sebagai rakan perdagangan dan sekutu Portugis
10 Antara kemudahan yang disediakan oleh Kesultanan Melaka di pelabuhannya adalah stor menyimpan
barang, tempat tinggal untuk para pedagang, pengangkutan, tenaga pekerja, kemudahan membaiki
kapal dan bekalan makanan dan minuman. Cukai yang berpatutan juga dikenakan, pedagang dari
Barat dikenakan cukai 6%, pedagang yang tinggal tetap di Melaka dikenakan cukai 3%, dan pedagang
dari China dan Jepun hanya perlu memberi hadiah. Pedagang juga perlu mendapatkan surat
kebenaran berniaga yang membolehkan kerajaan Melaka mengawal dan memantau aktiviti
perdagangan di pelabuhannya
11 Ibid. Hlm 269

Bahasa Melayu bukan sahaja dipertuturkan di
pelabuhan Melaka dan pelabuhan-pelabuhan di Alam
Melayu, malah dipertuturkan juga di pelabuhan-
pelabuhan besar dunia seperti di Kaherah, Cambay,
Ormus dan Venice. Tidak hairan jika kedengaran
bahasa ini dipertuturkan di pelabuhan Venice, iaitu
pelabuhan yang paling sibuk menghubungi Eropah dan
Timur.

kata-kata yang terbaik dan terpilih yang lain, yang oleh itu dipertimbangkan paling
kemas dan paling sesuai di Hindia Timur.” 12

Bahasa Melayu menjadi bahasa lingua franca yang membolehkan integrasi sosial
wujud dengan begitu kukuh. Setiap pedagang yang datang ke Melaka termasuk dari
golongan yang bukan Muslim terpaksa belajar menggunakan bahasa tersebut dalam
70 syarikat-syarikat mereka bagi membolehkan mereka berdagang dengan bebas dan
mendapat keuntungan yang banyak. Mereka juga menggunakan khidmat orang-
orang Melayu tempatan sebagai para pegawai dan wakil-wakil mereka, keadaan ini
disahkan dalam kitab Hukum Kanun Melaka.

Bahasa Melayu bukan sahaja dipertuturkan di pelabuhan Melaka dan pelabuhan-
pelabuhan di Alam Melayu, malah dipertuturkan juga di pelabuhan-pelabuhan besar
dunia seperti di Kaherah, Cambay, Ormus dan Venice. Tidak hairan jika kedengaran
bahasa ini dipertuturkan di pelabuhan Venice iaitu pelabuhan yang paling sibuk
menghubungi Eropah dan Timur.

12 JJ. Sheehan,‘Melaka papers’, JMBRAS: ‘Seventeeth century visitors to the Malay peninsula’,
(KP JB 116), Perpustakaan Negara Malaysia

3 KESULTANAN MELAKA 71
SEBELUM PENJAJAHAN PORTUGIS

Selain perdagangan, faktor Islamisasi masyarakat serta penyebaran Islam di rantau
ini juga menjadi sebab berkembangnya kepentingan bahasa Melayu. Penyebaran
Islam merupakan salah satu aras tanda yang memajukan perkembangan
perdagangan di kawasan ini. Dinamika ini menyebabkan terjadinya penyebaran
dan penggunaan bahasa Melayu sebagai lingua franca dan bahasa pengantar Alam
Melayu termasuk bahasa pendidikan Islam.

Menurutnya JVC Leur’s:“Terima kasih kepada mereka (pedagang-pedagang
Melayu), Bahasa Melayu telah menjadi lingua franca bagi gugusan kepulauan
Nusantara dan di samping itu, mereka semestinya bertanggungjawab dalam usaha
penyebaran agama Islam .” 13

Apakah bentuk roh dan kejiwaan yang tersemai dan berpasak kukuh dalam
watak-watak dan tokoh-tokoh pengemudi kerajaan dan corak pentadbiran yang
mengendalikan titik bengik Kesultanan Melaka dari kurun ke 15- awal kurun ke 16
sehingga berjaya diiktiraf sebagai salah satu pusat ketamadunan dan peradaban
dunia di waktu itu? Perlu diingatkan juga bahawa dalam sejarah Malaysia,
Kesultanan Melaka memainkan peranan yang penting sebagai tanda aras dan
kayu ukur untuk kesemua kesultanan-kesultanan lain kecuali Negeri Sembilan,
yang mana konsep, bentuk am dan adat istiadatnya adalah berasaskan Kesultanan
Melaka sebagai penerus dan kesinambungan pada sejarah Malaysia. 14

13 J.C. van Leur’s. 1960. Indonesian Trade and Society. Hlm 57
14 Zainal Abidin Abdul Wahid. 1997. Siri Syarahan Tun Perak II, Kesultanan Melayu Melaka,
Pentadbiran Kuno atau Moden? Institut Kajian Sejarah dan Patriotisme Malaysia (IKSEP). Hlm 4-5

Ilustrasi singgahsana Sultan Melaka dalam Istana Kesultanan Melayu
Melaka.

72 ORANG GUJERATI, MANI PURINDAN DAN RAJA MELAKA

Hubungan awal bangsa Arab dengan India merupakan hubungan perdagangan yang
dibuat melalui jalan laut. Bangsa Arab dari Yaman dan Oman menjadi agen-agen
utama dalam perdagangan antara kerajaan Mesir dan India sekitar tahun 2350
SM, iaitu dalam era pemerintahan Firaun ke-11.15 Semenjak dari itu berlakulah
penghijrahan penduduk Arab dari wilayah Yaman ke pesisiran pantai India Barat.
Orang-orang Arab ini memusatkan diri mereka di Gujerat sehingga menjadi
suatu bangsa besar yang dikenali sebagai ‘Arabito’ oleh kaum India, sementara
penempatan mereka dipanggil ‘Perkampungan Arabito’.16 Hubungan perdagangan
Arab-India terjalin dengan baik secara berterusan. Kapal-kapal layar kedua-dua

15 Dr. Adil Muhyid bin Al-Allusi, Sejarah kedatangan Islam ke India & Indonesia. Hlm 57
16 Ibid. Hlm 9, 58

3 KESULTANAN MELAKA 73
SEBELUM PENJAJAHAN PORTUGIS

bangsa ini hilir mudik di perairan Laut Arab dan Teluk Parsi dan terdapat juga yang
terus ke bahagian selatan Semenanjung Arab menuju ke Yaman dan Laut Merah.

Orang Parsi Majusi (penyembah api) pula muncul di India mulai abad ke-10 Masihi.
Mereka melarikan diri dari kampung halaman selepas jatuhnya kerajaan Parsi (Iran
pada hari ini) kepada tentera muslimin. Penempatan pertama mereka adalah di
Sanjan, iaitu di selatan Gujerat. Dari sini, kaum Parsi ini tersebar ke seluruh India.

Akibat dari asimilasi dan percampuran antara penduduk asal dengan kaum Arab
dan Parsi di Gujerat selama berkurun lamanya, bentuk badan dan raut muka orang
India yang tinggal di bahagian ini mempunyai banyak persamaan dengan orang
Arab dan Parsi berbanding dengan kaum India yang asal. Dikatakan sehingga hari
ini kebanyakan orang India yang menduduki jawatan-jawatan penting dalam bidang
perniagaan, perusahaan dan akademik mempunyai darah Arab dan Parsi dalam
diri mereka. Bahasa Urdu yang menjadi salah satu bahasa di India pula adalah
campuran dari bahasa Arab, Parsi dan Hindi. Banyak kitab-kitab agama karangan
alim ulama India yang masyhur dikarang dalam bahasa ini.

Dalam konteks ini, tercatat dalam sejarah kedatangan Islam di India bahawa
kebanyakan kaum Muslimin yang menetap di sebelah India barat dan selatan
menganut Mazhab Syafi’ee kerana menerima Islam dari kaum Arab dari Jazirah
Arab sedangkan kaum Muslimin di bahagian utara dan timur hampir keseluruhannya
bermazhab Hanafi kerana menerima ajaran Islam dari orang-orang Afghanistan dan
Turki yang kebanyakannya bermazhab Hanafi.17 Itulah sebabnya umat Islam di Alam
Melayu juga menganut Mazhab Syafi’ee kerana mereka menerima Islam secara
langsung dari kaum Arab dan keturunannya yang singgah atau bermukim di India
terlebih dahulu selain dari orang-orang Arab yang terus datang dari Semenanjung
Arab sendiri.

17 Abu Ali al-Banjari an-Nadwi. 1992 Sejarah perkembangan Islam di India. Hlm 31

Selain daripada perubahan raut wajah, bentuk badan dan bahasa yang digunakan,
74 asimilasi penduduk asal di persisiran pantai barat India dengan kaum Arab dan

Parsi juga telah menyebabkan terbitnya kesenian, kesusasteraan dan kebudayaan
mereka yang banyak dipengaruhi seni, sastera serta budaya Arab dan Parsi.
Contohnya dalam masa pemerintahan Sultan Mahmud al-Ghaznawi (1005-1030),
lahirlah dua sasterawan Arab yang agung iaitu Abul Fadhlal Badiuzzaman al-
Hamdzani dan Abu Bakar al-Khawarizmi serta seorang ahli kaji bumi bernama Abu
Raihan al-Bairuni. Dalam masa ini juga muncul penyair-penyair agung Parsi yang
terkenal seperti al-Unshuri al-Farukhli, al-Asjudi dan al-Firdausi.18

Ulama dari wilayah-wilayah India Utara dan barat, khususnya di Gujerat, ramai
juga yang mempunyai darah Arab dan Parsi. Diantaranya termasuklah Maulana
Muhammad Qassim an-Natuwi, pengasas madrasah Darul Uloom Deoband yang

18 Prof Hamka. 1994. Sejarah Umat Islam. Hlm 488

3 KESULTANAN MELAKA
SEBELUM PENJAJAHAN PORTUGIS

Ilustrasi keindahan jambatan Kota Melaka yang merentangi Sungai 75
Melaka.

terkenal itu, dan Maulana Saadat Ali as-Sahranpuri yang menjadi pemimpin
pertama madrasah Mazhahirul Uloom Saharanpur.19 Syeikhul Hadeeth Maulana
Muhammad Zakariyya al-Kandhlawi, Syeikh Ahmad bin Abdul Ahad as-Sirhindi
(al-Farouqi) Ahmad Syeikh Waliyullah ad-Dahlawi, Maulana Ashraf Ali Thanwi,
Sayyid Abdul Awwal al-Huseini dan Sayyid Abu Hassan Ali an-Nadwi adalah
di antara ulama India yang termashur dan mempunyai darah Parsi, Arab atau
darah dari zuriat Rasulullah ‫ ﷺ‬sendiri.

Era pemerintahan kesultanan Gujerat mulai tahun 1391-1583 yang menjadi salah
sebuah dari kesultanan terbitan yang memerdekakan diri dari Empayar Delhi,
menjadi saat bermulanya kerajaan Gujerat sebagai pusat perkembangan dan
kemajuan Islam yang begitu pesat sekali. Negeri ini menjalin hubungan akrab
dengan negeri-negeri Arab Islam lainnya. Di masa itulah raja-raja yang memerintah

19 Abu Ali Al-Banjari An-Nadwi, op. cit. Hlm 153

telah menggalakkan perkembangan ilmu Islam sehinggakan ramai alim-ulama,
cendikiawan dan mubaligh-mubaligh agama di India Timur berpindah ke wilayah
ini untuk menyelamatkan diri dari ancaman penaklukan Timur Lank yang
masyhur itu, supaya dapat menumpukan sepenuh perhatian mereka kepada
kerja-kerja agama dalam keadaan yang lebih aman.20

Masjid, musafir khanah, madrasah dan majlis-majlis agama berkembang dengan
pesatnya sehingga Gujerat terkenal sebagai pusat penyebaran dan perkembangan
agama Islam yang terunggul di India. Ramai mubaligh Gujerat dalam era
ini kemudiannya telah melangkah ke Alam Melayu bagi menyampai dan
menyebarkan seruan Islam ke sini seperti yang tercatat dalam sejarah
perkembangan agama Islam di Asia Tenggara, dan kebanyakan daripada mereka
berdarah atau berketurunan Arab terutamanya dari ahlul-bait Rasulullah ‫ﷺ‬.
Antaranya seperti yang disebutkan terlebih dahulu ialah ahlul-bait Maulana
Malik Ibrahim serta kebanyakan Wali Songo yang lainnya serta keturunan mereka
dan Syeikh Nuruddin ar-Raniri, iaitu seorang ulama berbangsa Quraisy yang
76 terkenal di Aceh.

Ramai mubaligh Gujerat dalam era ini kemudiannya
telah melangkah ke Alam Melayu bagi menyampai
dan menyebarkan seruan Islam ke sini seperti yang
tercatat dalam sejarah perkembangan agama Islam
di Asia Tenggara, dan kebanyakan daripada mereka
berdarah atau berketurunan Arab terutamanya dari
ahlul-bait Rasulullah ‫ﷺ‬.

20 Dr. Adil Muhyid bin al-Allusi, op. cit. Hlm 80-84

3 KESULTANAN MELAKA 77
SEBELUM PENJAJAHAN PORTUGIS

Dikatakan bahawa dalam masa pemerintahan Kesultanan Melaka, dua komuniti
bersaing untuk dagangan keluarga diraja, orang-orang Keling yang beragama
Hindu dan Gujerati yang beragama Islam, yang mana kaum Gujerati mempunyai
kelebihan berbanding Keling Hindu kerana agama mereka. Pelabuhan mereka di
Kambayat, pesisiran barat India waktu itu merupakan pelabuhan penting yang
menghubungkan perdagangan Asia Timur dengan dunia Barat. Di sinilah para
pedagang Gujerati menjalankan dagangan rempah yang dibawa dari kepulauan
Maluku dan India manakala dari Kambayat ini para pedagang Arab yang
waktu itu menguasai perdagangan di Barat, membawa komoditi kepada para
pedagang Venice yang kemudian menjual komoditi tersebut ke seluruh Eropah
dengan harga yang mahal.

Sementara selepas tragedi penjajahan Kota Melaka, kaum Keling Hindu menjadi
sekutu kuat kepada kaum Portugis, hatta belakangan ramai yang menganuti
agama Kristian. Kedudukan istimewa ini dimenafaatkan sebaik mungkin oleh kaum
Keling untuk menekan pesaing mereka dari kalangan para pedagang Gujerati.
Natijahnya telah mengakibatkan orang-orang Gujerati ramai yang berhijrah
ke tempat-tempat lain untuk membina semula kekuatan dagangan mereka,
khususnya di Aceh. Sedangkan kaum Keling tetap mendiami Kota Melaka dan
menjadi komuniti yang paling berpengaruh.21

Antara tokoh Gujerati yang masyur dan berperanan besar dalam Kesultanan
Melaka adalah Amir Badaruddin Khan Shindi Syeikh Matraluddin Zulkarnain

21 Walaupun pada masa-masa kemudian, kekayaan kaum Keling Hindu semakin berkurangan
disebabkan status Melaka yang merudum sebagai sebuah hab dagangan bertaraf antarabangsa,
namun mereka tetap mempunyai pengaruh untuk menjaga kepentingan komuniti mereka. Mereka juga
diberi kepercayaan pentadbir Portugis sebagai sekutu kuat yang bersama-sama dalam membentengi
Kota Melaka dari ancaman orang-orang Islam. Rujuk Paulo Jorge de Sousa Pinto, The Portuguese and the
Straits of Melaka 1575-1619, Power, Trade and Diplomacy, MBRAS Monograph 45. Hlm 181-182

Ilustrasi kapal perdagangan Melayu yang berlabuh di pelabuhan Kota
Melaka.

Baharshid Ibni Nizamul Muluk Akbar Shah. Beliau juga dikenali dengan nama
78 timangannya Mani Purindan.22

Sejarah kedatangan Amir Badaruddin Khan ke Melaka ada dicatatkan dengan
panjang lebar dalam Sulalatus Salatin susunan Bendahara Paduka Raja Tun Seri
Lanang@Tun Muhammad seperti berikut:

“Alkisah maka tersebutlah perkataan ada sebuah negeri di benua Keling, Pahili
namanya, Nizamul Muluk Akbar Syah nama rajanya, adapun raja itu Islam dalam
agama Nabi Muhammad ‫ﷺ‬, maka baginda beranak tiga orang, dua lelaki dan
seorang perempuan, yang tua Mani Purindan namanya, dan yang tengah, Raja
Akbar Muluk Syah namanya , dan yang perempuan Damia Sri Wandi namanya...…

22 Tun Suzana Tun Hj Othman. 2006. ‘Ahlul-Bait Rasulullah ‫ ﷺ‬dan Kesultanan Melayu’. Hlm 248, 264

3 KESULTANAN MELAKA
SEBELUM PENJAJAHAN PORTUGIS

Di Melaka, Amir Badaruddin Khan atau Mani Purindan
didudukkan oleh Sultan Muhammad setara menteri
dan dikahwinkan dengan puteri pembesar Melaka,
Seri Nara Diraja yang bernama Ratna Sendari. Dari
perkahwinan ini lahirlah Tun Ali dan Tun Ratna Wati.

“..... Setelah demikian fakir baginda Mani Purindan, maka baginda pun 79
berangkatlah dengan beberapa buah kapal, lalu belayar hendak ke Melaka. Setelah
datang ke Tanjung Jambu Air, maka angin pun turunlah terlalu kencang; maka
kapal baginda Mani Purindan pun tenggelam.”

“ …..Hatta berapa lama maka sampailah baginda Mani Purindan ke negeri Pasai.
Setelah didengar oleh Raja Pasai ia anak raja benua Keling, maka didudukkannya
dengan anaknya. Daripada anak cucunyalah pancar raja dan bendahara Pasai itu” 23

Sulalatus Salatin juga menyebut kemunculan Mani Purindan ke bumi Melaka
lengkap dengan “alat dan lasykarnya (armada), penghulu lasykarnya bernama
Khoja Ali Tandil Muhammad, dengan tujuh buah kapal sertanya.”

Di Melaka, Amir Badaruddin Khan atau Mani Purindan didudukkan oleh Sultan
Muhammad setara menteri dan dikahwinkan dengan puteri pembesar Melaka,
Seri Nara Diraja yang bernama Ratna Sendari. Dari perkahwinan ini lahirlah Tun
Ali dan Tun Ratna Wati. Tun Ratna Wati kemudian berkahwin pula dengan Sultan
Muhammad Shah, dari perkahwinan ini lahirlah Sultan Muzaffar Shah dan Raja-raja
Melaka yang seterusnya.

23 A. Samad Ahmad. 2013. Sulalatus Salatin : Sejarah Melayu. Hlm 80

Ilustrasi ‘pandangan burung’ kedudukan pusat pemerintahan
Kesultanan Melayu Melaka di zaman kegemilangannya.

Rujuk kembali kepada nama dan gelaran sebenar Mani Purindan, iaitu Amir
80 Badaruddin Khan Shindi Syeikh Matraluddin Zulkarnain Baharshid Ibni Nizamul

Muluk Akbar Shah. Daripada namanya, tempat asalnya, tarikh kemunculannya
serta pengkisahan keturunannya yang dipetik dari sumber-sumber sejarah
dapat dibuat beberapa rumusan, iaitu;

i. Istilah Amir, Khan dan Nizamul Muluk mengenalkan beliau dan
ayahandanya sebagai orang-orang bangsawan.

ii. Istilah Amir, Khan, Nizamul Muluk dan Bahar mengenalkan identiti ke
’Parsian’nya. Kebetulan pada zaman Mani Purindan bangsawan-bangsawan
Parsi dan Arab-Parsi sememangnya telah menakluki benua Utara India
termasuk Kesultanan Delhi. Rujuk juga kepada wasiat-wasiat Raja-Raja
Melaka yang merupakan cucu cicit Mani Purindan, banyak
menggunakan istilah-istilah Parsi dalam wasiat-wasiat mereka.

3 KESULTANAN MELAKA 81
SEBELUM PENJAJAHAN PORTUGIS

iii. Shindi merujuk kepada negeri tempat asalnya iaitu dari benua India.
Dan berdasarkan kepada namanya, wilayah tempat asalnya adalah
dari Kesultanan Delhi yang waktu itu merupakan sebuah jajahan yang
meluas di sebelah utara India.

iv. Nama penuh Mani Purindan ini terbukti merupakan nama yang
mengenalkannya sebagai seorang yang mempunyai darah Parsi. Ini tidaklah
menghairankan kerana pada zaman Mani Purindan, sejarah
kesultanan-kesultanan di utara India adalah di bawah pemerintahan
bangsa-bangsa Arab, Farsi, Turki, Afghan serta campurannya yang
datang dari wilayah Iraq, Farsi dan Khurasan (Asia Tengah pada hari ini).

v. Syeikh merujuk kepada statusnya sebagai seorang guru agama,
berkemungkinan seorang syeikh tarekat kerana gelaran qaddasallahu
sirrahum,24 oleh Tun Seri Lanang beserta namanya, merupakan sebuah
gelaran kemuliaan yang dikaitkan dengan tokoh syeikh-syeikh tarekat.
Dalam hal ini, sarjana Barat R.O Winstedt merujuk kepada
bendahara-bendahara Melaka sebagai mistikal yang amat berkait rapat
dengan pengalaman-pengalaman syeikh-syeikh tarekat.

vi. Keturunan Mani Purindan yang menjadi Raja-raja Melaka mengambil
sempena nama-nama penakluk-penakluk Khurasan di India seperti
Sultan Muzaffar Shah, Sultan Mansur Shah, Sultan Alauddin Shah dan
Sultan Mahmud Shah. Sementara puteri-puteri bangsawan Melaka
(khususnya dari kalangan keluarga bendahara seperti Tun Teja dan Tun
Fatimah) sangat mashyur dengan keelokan rupa paras mereka. Ini kerana
darah mereka dari Mani Purindan telah bercampur darah Arab dan Parsi!!

24 Ibid. Hlm xxvi

Ilustrasi Istana Kesultanan Melayu Melaka dari arah hadapan.

82 Antara zuriat Amir Badaruddin Khan atau Mani Purindan adalah Sultan Muzaffar
Shah, Sultan Mansur Shah, Sultan Alauddin Riayat Shah, Bendahara Tun Mutahir,
Tun Hassan Temenggung, Bendahara Tun Khoja, Bendahara Lubuk Batu, Serikandi
Tun Fatimah, Tun Kudu dan ramai lagi anak cucu mereka yang menjadi golongan
pemerintah dan pembesar seperti dalam Kesultanan Perak, Pahang, Johor dan
Terengganu di Tanah Melayu ini selama berabad-abad sehingga ke hari ini. Malahan
pujangga agung Melayu iaitu Bendahara Tun Muhammad atau Tun Seri Lanang
adalah juga zuriatnya.

ISLAM DALAM KESULTANAN MELAKA

Sejarah latar belakang Kesultanan Melayu Melaka adalah dikaitkan dengan
kerajaan etnik Melayu pra-Islam di wilayah Palembang, Sumatera, yang mana

3 KESULTANAN MELAKA
SEBELUM PENJAJAHAN PORTUGIS

belakangan warisnya muncul di bumi Melaka lalu membina kerajaannya di situ. 83
Selepas pengislaman Parameswara yang mengambil gelaran Sultan Iskandar Syah,
bermulalah era kemunculan para mubaligh khususnya alim-ulama sufi dalam
Kesultanan Melayu Melaka.

Kedatangan Islam telah memulakan proses perubahan yang besar kepada
falsafah, struktur, adat, budaya, sosio-politik, jatidiri, mentaliti, pandangan alam
dan kejiwaan masyarakat Melayu dengan memalingkan daripada kehidupan
sebelumnya yang menganuti kepercayaan animisme serta Hindu-Buddha,
yakni yang berpegang kepada soal mistikal, semangat, dewa-dewi serta
lain-lain kepercayaan syirik dan khurafat kepada suatu kepercayaan baru yang
berpaksikan konsep Tauhid yakni Allah sebagai Pencipta alam dan makhluk
yang Maha Esa segala-galanya bersumber daripadaNya.

Malahan berbagai ajaran serta amalan baru yang berteraskan unsur-unsur
Tauhid, Syariat dan Tasawuf atau Ihsan telah diperkenalkan yang bukan sahaja
berhasil mengembang serta memperkayakan perbendaharan bahasa Melayu
Klasik dan Jawi, malahan diterjemah dalam rupa bentuk, sistem dan struktur-
struktur masyarakat, selain menjadikan kebanyakan adat budaya Melayu bersendi
kitabullah.

Malahan sesetengah daripada apa yang dibawa oleh alim-ulama sufi ini adalah
pengajaran-pengajaran yang dibawa hasil daripada pengalaman baik buruk dunia
Islam di Timur Tengah dan Eropah yang dapat dijadikan iktibar dan tauladan
kepada perkembangan Fiqh Siyasi dalam Kesultanan Melayu Melaka yang baru
sahaja lahir sebagai salah satu dari mata rantai kerajaan-kerajaan Islam sedunia.25

Antara ulama yang berjasa adalah Sayyid Abdul Aziz yang mengislamkan Raja
Kecil Besar dengan mengambil nama Sultan Muhammad Shah, juga telah menjadi
guru agama peribadi kepada baginda selama lapan tahun.26 Anaknya yang
84 bernama Sayyid Yusuf (kemudiannya menjadi Maulana Yusuf) dan cucunya yang
bernama Sayyid Munawwar atau Menawar telah dilantik sebagai Kadi Melaka.

Kedua-dua anak dan cucu Sayyid Abdul Aziz ini telah berkesempatan
membimbing dan menjadi penasihat kepada hampir kesemua pemerintah Melaka
seperti Sultan Muzaffar Syah, Sultan Mansur Syah, Sultan Alauddin Riayat Syah
dan Sultan Mahmud Syah I. Ini merupakan suatu tempuh panjang yang mampu

25 Peranan yang dimainkan oleh alim-ulama sufi dari Tanah Arab, India dan Parsi, yang bersifat
‘rahmatan dan salaman’, penuh ihsan, menusuk kalbu, berhikmah serta halus dan berseni telah
berhasil membentuk identiti serta jatidiri bangsa Melayu yang lembut, serba sederhana dan bersifat
‘kejiwa-jiwaan’
26 Sumber tempatan menyatakan pesantren pertama Melaka telah dibuka oleh Sayyid Abdul Aziz di sebuah
tempat bernama Upih, sekarang menjadi Tengkera. Masjid Tengkera adalah salah satu masjid tertua
di Melaka

3 KESULTANAN MELAKA 85
SEBELUM PENJAJAHAN PORTUGIS

meninggalkan pengaruh serta warisan ketamadunan dan peradaban Melayu
berpasak ketauhidan sebagai teras pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka.

Maulana Sadar Jahan, Maulana Abu Bakar, Maulana Jalaluddin, Syarif Muhammad
Kabungsuwan, Karim al-Makhdum27 dan Sultanul Arifin Syeikh Ismail juga antara
nama alim-ulama yang membimbing sultan-sultan Melaka. Malah golongan
bangsawan dan anak-anak raja dititahkan untuk mengaji agama pada alim-ulama
Melaka.

Kefahaman Islam yang diajarkan dalam Kesultanan Melayu Melaka adalah pada
fahaman Ahlus Sunnah Wal Jamaah. Ini berikutan pengislaman Parameswara di
tangan ulama sufi Pasai, selain hubungan kekeluargaan diraja Melaka dengan
Pasai yang diketahui mengambil ajaran Fiqh Mazhab Syafie dan menjadi pusat
rujukan keagamaan bagi Melaka.28 Pengislaman Raja Kecil Besar di tangan Sayyid
Abdul Aziz yang dihantar oleh Syarif Mekah (pendokong fahaman Ahlus Sunnah
Wal Jamaah) juga merujuk kepada fahaman agama dari golongan ahlussunnah
dalam Kesultanan Melaka. Malah alim-ulama di Melaka juga mengajar kitab
Tauhid Makrifat.29

27 Muhammad Yusuff Hashim, Masyarakat Melaka zaman kesultanan dan sifat kosmopolitaannya.
Hlm 116
28 Menurut catatan Ibnu Batuttah dalam al-Rehlah, yang mengunjungi Pasai dalam tahun 1345 dan
1346 Masihi, “Sultan al-Malikuz Zahir dari golongan raja-raja yang mulia dan bermurah hati,
berpegang dengan mazhab as-Syafie, kasihkan alim-ulama yang datang ke majlisnya untuk membaca
dan muzakarah; dan baginda banyak berjihad, sangat merendah diri, datang berjalan kaki untuk
bersolat Jumaat dan penduduk negerinya berpegang dengan Mazhab Syafiee dan suka berjihad.
Mereka itu keluar dengan sukarela bersama-samanya; mereka itu mendapat kemenangan di atas
orang-orang kafir yang berhampiran, dan orang-orang kafir membayar jizyah kepadanya.”
29 Kesultanan Melaka pernah menjunjung sebuah kitab Tasawuf berjudul ‘Insanul Kamil’ atau ‘Insan
yang Sempurna’ karangan salah seorang anak cucu Syeikh Abdul Qadir al-Jailani, iaitu Syeikh Abdul
Karim al-Jili.Maulana Abu Ishak, seorang ulama muhaqiqin dari Mekah mengarang kitab Tasawuf
bertajuk Dur al Mazlum. Mengajarnya kepada Maulana Abu Bakar kemudian menyuruh Maulana
Abu Bakar mengajar kitab tersebut di Melaka

86

Hukum Kanun
Melaka, undang-
undang utama dalam
Kesultanan Melayu
Melaka.

3 KESULTANAN MELAKA 87
SEBELUM PENJAJAHAN PORTUGIS

Perundangan Melaka juga digubal mengikut undang-undang syariat dan undang-
undang adat.30 Dalam zaman pemerintahan Sultan Muzaffar Syah, baginda
memperkenalkan Hukum Kanun Melaka yang mengandungi 44 Fasal. Antaranya
meliputi persoalan adat berpakaian raja, bahasa segala raja-raja,31 perkara yang
dilarang orang biasa semasa pengkebumian, kesalahan yang boleh dijatuhkan
hukum bunuh, orang yang mengamuk, membunuh hamba raja, orang yang
mengganggu isteri orang, menyembunyikan dan melarikan hamba, hukum tuduh
menuduh yang tidak bersaksi, hukum pertunangan, undang-undang tanah, denda
yang dikenakan ke atas anak raja dan banyak lagi.

Pengaruh Islam amat jelas dalam Hukum Kanun Melaka, antaranya hukum
mengenai wali, saksi, talak, zina, minum arak, merogol dan berhutang. Misalnya
si pencuri, jika sabit kesalahannya akan dipotong tangan dan sesiapa yang
melakukan zina akan dihukum sebat seratus kali atau dihukum rejam dengan batu
sampai mati 32 (Hukum Kanun Melaka, Fasal 7:2 dan 12:2).

Salah satu ciri khas Hukum Kanun Melaka adalah wujud di dalamnya istilah
‘malu’ atau ‘aib’. Ternyata penghukuman moral adalah sangat efektif. Orang
Melayu takut merasa malu di hadapan orang lain. Jelas dalam era Kesultanan
Melaka, Islam telah mempengaruhi pelbagai bidang kehidupan termasuk sistem
kerajaan, perkahwinan, pengkebumian, pemilik hartanah, pewarisan dan
sebagainya.

30 Hukum Syariat dan Hukum Adat Melaka menyerupai sistem perundangan Daulah Othmaniyyah
di Istanbul yang menggunakan istilah Kanun Shar’i dan Kanun ‘Urfi. Kanun Shar’i berlandaskan
kepada tekstual (wahyu), manakala Kanun ‘Urfi dituliskan oleh para khalifah Othmaniyah
setelah dipersetujui oleh para ulama bagi memudahkan pengurusan dan pentadbiran kerajaan
31 Hukum Kanun Melaka mengatakan Hukum Adat Melaka diambil dari zaman Sultan Iskandar
Zulkarnain yang disebut sebagai nenek moyang kepada Raja-raja Melayu Melaka
32 Kesultanan Pahang dan Brunei merupakan dua kesultanan Melayu yang menggazetkan
perundangan negeri dengan mengambil Hukum Kanun Melaka sebagai rujukan dan panduan

Kesultanan Melaka juga disebut sebagai kerajaan
yang menyumbang jasa yang besar sebagai pusat
penyebaran dan pendidikan Islam di Alam Melayu.
Contohnya, perkembangan Islam di Negeri Sembilan
adalah atas pengaruh kesultanan Melaka, dimana
Bendahara Tun Perak (1423-1446) yang memiliki Sungai
Ujung menggunakan saluran ini bagi perkembangan
Islam ke jajahan-jajahan lain di negeri itu.

Kesultanan Melaka juga disebut sebagai kerajaan yang menyumbang jasa yang
besar sebagai pusat penyebaran dan pendidikan Islam di Alam Melayu. Contohnya,
perkembangan Islam di Negeri Sembilan adalah atas pengaruh kesultanan
Melaka, dimana Bendahara Tun Perak (1423-1446) yang memiliki Sungai Ujung
menggunakan saluran ini bagi perkembangan Islam ke jajahan-jajahan lain di
negeri itu. Bendahara Tun Perak juga menggunakan kaedah yang sama dalam
88 meluaskan Islam di Selangor melalui daerah Kelang yang juga adalah miliknya.33

Di Pahang, batu nisan Sultan Muhammad, sultan pertamanya yang ditemui
menunjukkan tarikh kemangkatan baginda dalam tahun 1475. Sultan Muhammad
merupakan putera kepada Sultan Mansur Syah Melaka. Ini menunjukkan bahawa
kemasukan Islam ke Pahang berlaku sekitar abad ke-15 Masihi. Islam juga telah
diperluaskan di negeri Kelantan pada yang sama melalui pengislaman keluarga
diraja mereka di tangan pemerintah Melaka.

33 Bendahara Paduka Raja Tun Perak, sempat berkhidmat dengan empat Raja Melaka, iaitu Sultan
Muzaffar Shah, Sultan Mansur Shah, Sultan Alauddin Riayat Shah dan Sultan Mahmud Shah.
Bendahara Tun Perak memegang tampuk pentadbiran negeri Melaka selama lebih kurang setengah
abad. Sejarah Melayu menyebut mengenai tokoh bangsawan ini seperti berikut:
“Syahadan, Bendahara Paduka Raja (Tun Perak) itulah dikatakan orang bijaksana, kerana pada zaman itu
tiga buah negeri yang samabesarnya: pertama, Majapahit: kedua, Pasai: ketiga, Melaka. Di dalam
negeri tiga buah itu, tiga orang yang bijaksana, di Majapahit, Patih Aria Gajah Mada; dan di Pasai,
Orang Kaya Kenayan; dan di Melaka, Bendahara Paduka Raja.”

3 KESULTANAN MELAKA
SEBELUM PENJAJAHAN PORTUGIS

Ilustrasi ‘pandangan burung’ kedudukan Masjid Agung, kubu 89
pertahanan dan jambatan Kota Melaka.

Sultan Mahmud Syah yang memerintah Melaka dari tahun 1488-1511 terpaksa
berundur akibat tewasnya Melaka di tangan Portugis lalu pergi ke Johor dan
mendirikan kerajaannya di sana pula. Dengan demikian, kemasukan agama Islam
ke negeri Johor adalah merupakan kesinambungan daripada pengislaman Melaka.
Islam tersebar ke negeri Perak pula melalui pertolongan yang diberikan oleh Sultan
Mahmud Syah kepada Raja Beruas dari serangan musuhnya, Manjung. Kemudian
saudara perempuan Raja Beruas telah dikahwinkan dengan seorang pembesar
Melaka. Di sinilah mulanya penyebaran Islam di Perak pada penghujung abad ke-
15 Masihi.

Ringkasnya, apabila kerajaan-kerajaan kecil mengambil nobat dari Melaka,
gagasan Melayu-Islam yang dicorakkan oleh Kesultanan Melayu Melaka dijadikan
dasar serta pegangan mereka. Maka peringkat demi peringkat pentakrifan Melayu
yang asalnya dimaksudkan sebagai kaum dari beberapa wilayah di Alam Melayu
termasuk Jambi dan Palembang kemudiannya telah berkembang dan bertukar

Ilustrasi ‘pandangan burung’ kedudukan pelabuhan Kota Melaka pada zaman
Kesultanan Melayu Melaka yang merupakan antara pelabuhan terkaya di dunia.

menjadi suatu takrifan budaya, meliputi berbagai etnik seperti Melayu-Brunei,
Melayu-Bugis, Melayu-Aceh, Melayu-Minang, Melayu-Pattani, Melayu-Sulu,
Melayu-Betawi, Melayu-Banjar dan sebagainya, sebagai rumpun bangsa Melayu
90 yang mencakupi seluruh Alam Melayu berpasak kepada tiga ciri dasar iaitu
‘Beragama Islam, Berbahasa Melayu dan Beradat Istiadat Melayu.’

Istilah Melayu pada takrifan budaya yang terjelma pada awalnya dalam
Kesultanan Melaka ini terus berkembang sejajar proses islamisasi Alam Melayu
dengan kemuncaknya pada abad ke-17 hingga ke-18 Masihi dengan penulisan
beribu-ribu kitab agama menurut jalur Ilmu Usuluddin dari ajaran Imam Asy’ari
dan Maturidi, jalur Ilmu Fiqh dari ajaran Imam Syafie, serta jalur ilmu Tasawuf
dari ajaran Imam al-Ghazali, Imam Ibnu Athoillah, Imam Abdullah al-Haddad,
Syeikh Abdul Qadir Jailani dan yang seumpama mereka.

Alim-ulama yang berdakwah di Alam Melayu seperti Syeikh Abdullah Arif, Maulana
Makhdum Ibrahim (Sunan Bonang), Syeikh Daud bin Abdullah al-Fatoni, Syeikh

3 KESULTANAN MELAKA
SEBELUM PENJAJAHAN PORTUGIS

Abdus Samad al-Falembani, Syeikh Abdul Rauf ibn Ali al-Fansuri, Syeikh Nuruddin 91
ar-Raniri, Syeikh Nawawi al-Bantani, Syeikh Uthman Jalaluddin dan ramai lagi
adalah alim-ulama Alam Melayu yang menulis kitab-kitab rujukan atau cabangan
bersempena kitab-kitab induk daripada imam-imam besar seperti di atas.

Maka alim-ulama serta tok-tok guru ini memainkan peranan yang amat penting
dalam mendidik serta membentuk minda, aliran pemikiran, kejiwaan dan gerak
kerja masyarakat Melayu seNusantara, termasuklah dalam amalan-amalan seperti
bertahlil, bertalkin, bermaulid, beratib, bermarhaban, berhaul, bersuluk, bertawassul,
bertabaruk, memuliakan wali-wali dan keluarga atau ahlul-bait Nabi ‫ ﷺ‬taat pada
raja, ibu bapa dan guru, serta banyak lagi.

Bahasa Melayu sebagai elemen kedua yang membentuk ciri kemelayuan serumpun
adalah dimaksudkan sebagai bahasa Melayu Melaka atau Klasik dengan tulisan
Jawi. Kemudian diwarisi pula oleh Kesultanan Melayu Johor-Riau sebagai pewaris
Melaka, sehingga Bahasa Melayu terbit sebagai bahasa lingua franca di rantau ini.

Elemen ketiga iaitu beradat istiadat Melayu menjadi satu lagi ciri kemelayuan
serumpun, yang pada asalnya banyak mengikut acuan adat-istiadat Kesultanan
Melayu Melaka dengan kebelenturannya yang tersendiri. Makna kata adat istiadat
yang diambil dari Kesultanan Melayu Melaka ini boleh diubahsuai mengikut faktor-
faktor tempatan bagi kesultanan-kesultanan yang lain di rantau ini.

Bermakna adat Melayu Melaka boleh diadaptasikan di alam Melayu Minangkabau,
di alam Melayu Bugis, di alam Melayu Pattani, di alam Melayu Kelantan, di alam
Melayu Brunei, di alam Melayu Aceh, di alam Melayu Palembang dan sebagainya
sehingga seseorang dapat melihat kesamaan ciri-ciri adat Melayu pada etnik-etnik
serumpun di atas namun tetap dapat dibezakan di antara satu dengan yang lain.
Malah akhirnya ditanggalkan terus kalimat usul-asal geografi, dirujuk saja sebagai
‘orang Melayu’, yang sinonim terkait dengan sesiapa sahaja dari Alam Melayu ini
yang memakai unsur jatidiri dan identiti ‘Beragama Islam, Berbahasa Melayu dan
Beradat Istiadat Melayu’ dengan menjadikan Melaka sebagai rujukan peradaban.

92 Kesimpulannya, Kesultanan Melaka bukan sahaja pernah menjadi salah sebuah
kuasa maritim terbesar dunia yang menyaingi pelabuhan Venice di Eropah malah
menjulang peradaban dan ketamadunan Islam yang tinggi, menjadi pusat ilmu dan
dakwah yang paling penting di rantau ini.

Bahkan Melaka dilihat sebagai highly cultured, sehingga menjadi impian kerajaan-
kerajaan kecil di sekelilingnya, bukan sahaja untuk mengambil nobat Melaka,
malahan mengambil sekali elemen-elemen yang menjadikan Melaka gah dan hebat
seperti bahasanya, faham agamanya, sistem pentadbiran dan perundangannya
serta adat istiadatnya. Rujuk pada kenyataan yang dibuat oleh seorang orientalis
barat tentang Kesultanan Melaka:

3 KESULTANAN MELAKA
SEBELUM PENJAJAHAN PORTUGIS

“… kerana Melaka sebuah kerajaan penakluk yang mempunyai jajahan-
jajahan yang luas merangkumi wilayah-wilayah di utara hingga ke negeri-negeri
perlindungan di selatan, ia tidaklah keterlaluan jika dikatakan bahawa, Melaka
merupakan pemangkin bagi tamadun budaya yang banyak meresap ke kebanyakan
Kepulauan Melayu. Melaka telah menjadi penanda aras bagi Kesultanan-Kesultanan
Melayu yang lainnya dari segi kesusasteraan, kerajaan (kanun-kanun negeri
masing-masing banyak diubahsuai dari Melaka), seni-seni muzik dan tarian dan
juga dari segi makanan. Perkara ini telah memeranjatkan pihak Portugis, apabila
diperhatikan pengaruh Melaka pada Sumatra; hampir semua golongan elit bertutur
di dalam Bahasa Melayu Melaka dan mereka menjunjung Adat Melaka dan ia telah
digunapakai sebagai takrif bangsa Melayu serta adab dan budipekerti seorang yang
sempurna. Pengamalan Agama Islam pun diukur dari tanda aras yang digunakan di
Melaka. Walaupun Samudera-Pasai serta Aceh mempunyai jajahan dan pengaruh
Islamnya yang tersendiri, Melakalah yang meletakkan jatidiri dan identiti Bangsa

93

Ilustrasi keindahan
senibina Istana
Kesultanan Melaka.


Click to View FlipBook Version