The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by zamohakhas.kbb, 2022-02-19 04:05:21

MOTOR KASAR

MOTOR KASAR

Keywords: kasar

MOH/K/ASA/80.16 (HB)

SIRI PENGENDALIAN KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS

MANUAL PENGENDALIAN KANAK-KANAK
BERMASALAH MOTOR KASAR

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KESIHATAN KELUARGA
KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA
http://fh.moh.gov.my
2016

Manual ini adalah salah satu dari 6 manual dalam Pengendalian Kanak-kanak Berkeperluan Khas yang dikeluarkan
oleh Bahagian Pembangunan Kesihatan Keluarga, Jabatan Kesihatan Awam, Kementerian Kesihatan Malaysia.
Dokumen ini boleh dikaji semula, dicetak semula dan diterjemah, tetapi bukan dengan tujuan perniagaan. Panduan
yang disediakan dalam manual ini adalah tanggungjawab penyumbang.

Dicetak oleh : Privilege Print Sdn. Bhd.

Tahun 2016

SIRI PENGENDALIAN KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS
MANUAL PENGENDALIAN KANAK-KANAK BERMASALAH MOTOR KASAR

PENDAHULUAN

Polisi dan program untuk individu yang kurang upaya telah diwujudkan dan dilaksanakan oleh pelbagai organisasi.
Kementerian Kesihatan Malaysia, bertanggungjawab untuk mencegah kecacatan dan menyediakan rawatan
rehabilitasi. Klinik Kesihatan telah menjalankan perkhidmatan rehabilitasi untuk kanak-kanak berkeperluan khas sejak
tahun 1996. Matlamatnya adalah untuk memaksimumkan potensi yang ada pada kanak-kanak tersebut supaya dapat
menguruskan diri sendiri dan menikmati kehidupan yang lebih baik.
Bagi memantapkan latihan pemulihan, pada permulaannya satu siri 6 manual telah disediakan dalam bahasa Inggeris
pada tahun 2006. Siri manual ini kini disemak semula dan disediakan dalam Bahasa Malaysia seperti berikut :
1. Manual 1 : Manual Pengendalian Kanak-Kanak Bermasalah Motor Kasar

(Terbitan Tahun 2016, MOH/K/ASA/80.16 (HB)
2. Manual 2 : Manual Pengendalian Kanak-Kanak Bermasalah Motor Halus

(Terbitan Tahun 2016, MOH/K/ASA/80.16 (HB)
3. Manual 3 : Manual Pengendalian Aktiviti Kehidupan Harian

(Terbitan Tahun 2016, MOH/K/ASA/80.16 (HB)
4. Manual 4 : Manual Pengendalian Kanak-Kanak Bermasalah Komunikasi

(Terbitan Tahun 2016, MOH/K/ASA/80.16 (HB)
5. Manual 5 : Manual Pengendalian Kanak-Kanak Bermasalah Tingkahlaku dan Sosial

(Terbitan Tahun 2016, MOH/K/ASA/80.16 (HB)
6. Manual 6 : Manual Pengendalian Kanak-Kanak Bermasalah Penglihatan

(Terbitan Tahun 2016, MOH/K/ASA/80.16 (HB)
Pengetahuan dalam perkembangan normal amatlah perlu bagi membantu dalam perancangan aktiviti pemulihan
kanak-kanak berkeperluan khas. Anggota kesihatan digalakkan mendapatkan latihan dalam perkembangan normal
kanak-kanak sebagai permulaan sebelum menggunakan manual ini.
Manual ini mengandungi maklumat seperti berikut:-
1. Tanda amaran kelewatan motor kasar
2. Kaedah yang betul dalam pengendalian dan memposisi
3. Aktiviti stimulasi
4. Peralatan rehabilitisi yang sesuai untuk fungsi motor kasar.
Manual ini boleh digunakan oleh anggota kesihatan sebagai panduan dan rujukan dalam pengendalian kanak-kanak
bermasalah motor kasar. Ianya juga boleh digunakan oleh guru-guru dan ibu bapa yang mempunyai kanak-kanak
berkeperluan khas.

3

SIRI PENGENDALIAN KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS MUKA SURAT
MANUAL PENGENDALIAN KANAK-KANAK BERMASALAH MOTOR KASAR
5
KANDUNGAN 9
11
BIL TAJUK 17

1 Pengenalan 35
39
2. Objektif
55
3 Tanda-tanda Amaran Kelewatan Motor Kasar Mengikut 57
Usia tertentu. 59

4 Teknik Memegang dan Memposisi
4.1 Teknik Mengangkat Dan Mendukung Yang Betul
4.2 Teknik Pengendalian Posisi Yang Betul
4.3. Senaman Pergerakan Sendi (Range of Motor Exercise)

5. Peralatan Asas Rehabilitasi Untuk Fungsi Motor Kasar
di Klinik Kesihatan dan di Rumah

6. Lampiran :
(I) Masalah Perkembangan Lain Berkaitan dengan
Kelewatan Motor Kasar
(II) Perkembangan Normal Motor Kasar
(III) Aktiviti Stimulasi Untuk Kawalan Kepala

• Kawalan Kepala
• Mengiring
• Merangkak
• Duduk
• Berdiri
• Berjalan

7 Glosari

8. Rujukan & Bibligrafi

9 Sumbangan & Penghargaan

4

1. PENGENALAN

5

SIRI PENGENDALIAN KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS
MANUAL PENGENDALIAN KANAK-KANAK BERMASALAH MOTOR KASAR

1. PENGENALAN

Setiap kanak-kanak akan melalui proses pertumbuhan dan perkembangan. Pertumbuhan adalah peningkatan saiz
dan jisim badan. Perkembangan pula adalah berkaitan dengan kematangan sistem saraf pusat. Secara amnya
perkembangan kanak-kanak boleh dibahagikan kepada empat bahagian utama:
• Motor Kasar
• Motor Halus dan Penglihatan
• Psikososial
• Bahasa dan Pendengaran
Perkembangan motor terdiri daripada motor kasar dan motor halus. Kemahiran motor kasar merangkumi postur dan
pergerakan yang melibatkan otot-otot besar dalam badan. Kemahiran motor halus pula adalah aktiviti manipulasi
tangan dan jari yang melibatkan otot-otot kecil serta kemahiran kordinasi mata dan tangan.
Kebanyakan kanak-kanak yang mengalami masalah motor kasar yang dikesan di klinik kesihatan adalah mereka yang
mempunyai masalah Palsi Serebrum dan Sindrom Down.
Terdapat 4 prinsip penting yang mempengaruhi perkembangan kemahiran motor :
• Prinsip Cephalocaudal – Perkembangan atau kematangan motor kasar bermula dari kepala, diikuti dengan

badan, pinggul dan kaki. Ini dapat dillihat di mana kanak-kanak dengan perkembangan normal mula dengan
keupayaan mengawal kepala, meniarap, merangkak, duduk, berdiri dan akhir sekali baru mereka berjalan.
Oleh itu, jika kanak-kanak tidak mampu mengawal kepala, dia tidak akan berupaya untuk duduk.
• Prinsip Proximal distal – kawalan pergerakan bermula dengan bahagian anggota badan yang terdekat
dengan tulang belakang misalnya kawalan otot-otot bahu mendahului kawalan otot tangan dan jari.
• Prinsip Central To Peripheral - kawalan bermula dari bahagian tengah badan dan beralih ke sisi,
contohnya aktiviti mencapai bagi kanak-kanak bermula dengan mencapai benda di hadapan sebelum ia dapat
mencapai benda di tepinya.
• Prinsip Non-Specific Movement Precedes Purposeful Movement - Pergerakan bermula dengan
pergerakkan rambang sebelum pergerakan spesifik contohnya bayi mula bermain-main dengan tangan dan
kemudian berkembang kepada kemahiran mencapai objek.

6

SIRI PENGENDALIAN KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS
MANUAL PENGENDALIAN KANAK-KANAK BERMASALAH MOTOR KASAR

Kanak-kanak bermasalah motor kasar mempunyai masalah kawalan otot. Ianya disebabkan samada oleh tona otot
yang berlebihan (spastik), atau tona otot yang berkurangan (floppy/hypotonia), atau gabungan kedua-duanya sekali.

Kanak-kanak bermasalah motor kasar mungkin mengalami masalah perkembangan yang lain. Dengan itu amatlah
penting bagi melakukan pemeriksaan menyeluruh yang merangkumi penilaian fizikal dan penilaian perkembangan.
Rujuk Lampiran 1 bagi senarai masalah perkembangan lain.

Tahap masalah motor kasar bergantung kepada tahap kerosakan otak. Program intervensi awal penting dimulakan
secepat mungkin tanpa mengira tahap kerosakan otak untuk mendapat kesan yang optima.

Peringatan Penting:

Aktiviti Stimulasi perlulah sistemetik, tetap dan berterusan untuk mendapat kesan yang optima dari
program intervensi awal.

Definasi Kes

Kanak-kanak dikategorikan bermasalah motor kasar sekiranya tidak mencapai perkembangan motor kasar yang normal
contohnya :

UMUR KELEWATAN MOTOR KASAR

6 minggu Lemah kawalan kepala
6 bulan Tidak boleh mengiring dan meniarap
9 bulan Tidak boleh duduk dengan bantuan
1 tahun Tidak boleh berdiri dengan bantuan
1 ½ tahun Tidak boleh berjalan

Fokus dalam manual ini diberi sehingga kanak-kanak berjalan.

7



2. OBJEKTIF

SIRI PENGENDALIAN KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS
MANUAL PENGENDALIAN KANAK-KANAK BERMASALAH MOTOR KASAR

OBJEKTIF

Objektif manual ini adalah sebagai panduan:
• Mengenalpasti dan merujuk kanak-kanak yang bermasalah motor kasar.
• Merancang dan menjalankan aktiviti stimulasi.

TINDAKAN YANG PERLU DIAMBIL OLEH JURURAWAT

1. Kanak-kanak yang dikenalpasti bermasalah motor kasar (Rujuk Lampiran 2 untuk perkembangan
normal motor kasar) perlu dirujuk kepada Pegawai Perubatan

2. Memulakan Pelan Jagaan Perawatan semasa menunggu rujukan:
i. Penilaian
ii. Diagnosa kejururawatan
iii. Menentukan matlamat intervensi
iv. Mengenalpasti aktiviti stimulasi yang bersesuaian
v. Menentukan pelan penjagaan
vi. Melaksanakan pelan intervensi
vii. Evaluasi dan membuat Penilaian semula

3. Melaksanakan aktiviti stimulasi yang bersesuaian.
4. Apabila kes telah dirujuk kepada pegawai/pakar perubatan atau Pasukan Pelbagai

(Multidisciplinary Team (MDT)), jururawat perlu menjalankan tindakan susulan di klinik
kesihatan dan di rumah.
5. Pastikan aktiviti stimulasi dijalankan secara bersistematik, konsisten dan berterusan.
6. Pastikan kanak-kanak ini didaftarkan dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Jabatan
Pendidikan Khas.

10

TANDA-TANDA
AMARAN KELEWATAN
MOTOR KASAR
MENGIKUT USIA
3. TERTENTU

SIRI PENGENDALIAN KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS
MANUAL PENGENDALIAN KANAK-KANAK BERMASALAH MOTOR KASAR

TANDA-TANDA AMARAN MASALAH KELEWATAN MOTOR KASAR MENGIKUT
PERINGKAT UMUR

Motor Kasar Teknik Penilaian Tanda Amaran / Tindakan
Normal Rujukan
• Rujuk pegawai
Kawalan kepala pada Terlentangkan bayi Kawalan kepala yang perubatan.
usia 4 – 6 minggu. • Tarik tangan hingga lemah pada usia
6 minggu. • Mulakan aktiviti
ke posisi duduk. stimulasi. (Rujuk
Lampiran III).

• Nilai semula selepas
sebulan.

Perhatikan kepala: Perhatikan kepala:
• Kawalan kepala. • Kawalan kepala
• Siku sedikit yang lemah.
• Kedua tangan lurus.
membengkok.

Kawalan kepala pada Tiarapkan bayi Masih mengekalkan • Mulakan aktiviti
usia 6 minggu – < 3 postur bayi baru lahir stimulasi. (Rujuk
bulan. pada usia 3 bulan. Lampiran III).

• Nilai semula selepas
sebulan.

Perhatikan kepala: Perhatikan kepala:
• Keupayaan bayi • Bayi tidak berupaya
untuk mendongak
perlahan-lahan memalingkan
• Punggung kepala ke sisi dan
tidak berminat
mendatar mengangkat kepala.
• Siku menyokong

12

SIRI PENGENDALIAN KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS
MANUAL PENGENDALIAN KANAK-KANAK BERMASALAH MOTOR KASAR

Motor Kasar Teknik Penilaian Tanda Amaran / Tindakan
Normal Rujukan
Terlentangkan bayi • Mulakan aktiviti
Berguling pada usia • Perhatikan samada Tidak boleh meniarap stimulasi.
3 – 6 bulan. pada usia 6 bulan. (Rujuk Lampiran III).
bayi cuba untuk
berguling • Nilai semula selepas
sebulan.

• Bayi meniarap dan
terlentang sendiri.

Duduk pada usia • Dudukkan bayi. Tidak boleh duduk • Rujuk pegawai
6 – 9 bulan. • Perhatikan walaupun dengan perubatan.
sokongan pada usia
kebolehan bayi 9 bulan. • Mulakan aktiviti
duduk sendiri / stimulasi.
dengan sokongan. (Rujuk Lampiran III).

13

SIRI PENGENDALIAN KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS
MANUAL PENGENDALIAN KANAK-KANAK BERMASALAH MOTOR KASAR

Motor Kasar Teknik Penilaian Tanda Amaran / Tindakan
Normal Rujukan
• Tiarapkan bayi dan
Merangkak pada usia perhatikan Tidak boleh • Rujuk pegawai
8 – 10 bulan. kemampuan bayi merangkak pada usia 10 perubatan.
untuk cuba bulan.
merangkak. • Mulakan aktiviti
stimulasi.
Nota : (Rujuk Lampiran III).
Tidak semua bayi
merangkak,
sebahagiannya hanya
mengesot
menggunakan
punggung / kaki.
Asalkan boleh bergerak
sudah memadai.

Berdiri dengan • Dirikan bayi. Tidak dapat berdiri • Rujuk pegawai
sokongan pada usia • Perhatikan dengan bantuan pada perubatan.
9 – 12 bulan. usia 12 bulan.
kebolehan bayi • Mulakan aktiviti
untuk berdiri stimulasi.
(dengan / tanpa (Rujuk Lampiran III).
bantuan).

Berjalan pada usia Perhatikan keupayaan Tidak dapat berjalan • Rujuk pegawai
12 – 15 bulan. bayi untuk berjalan. beberapa langkah pada perubatan.
usia 15 bulan.
• Mulakan aktiviti
stimulasi.
(Rujuk Lampiran III).

14

SIRI PENGENDALIAN KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS
MANUAL PENGENDALIAN KANAK-KANAK BERMASALAH MOTOR KASAR

Motor Kasar Teknik Penilaian Tanda Amaran / Tindakan
Normal Rujukan
• Perhatikan
Berlari pada usia keupayaan kanak- Tidak boleh berlari atau • Rujuk pegawai
18 – 24 bulan. kanak berlari. berlari dengan tidak perubatan.
normal.
• Mulakan aktiviti
aktiviti stimulasi
Contoh : Main
sepak bola, main
kejar-kejar, lari jarak
dekat/ jarak jauh.

NOTA:

Kanak-kanak yang mempunyai gaya jalan tidak normal, contohnya “limping, crouching, tip-toeing, hemiplegic,
scissoring” pada usia 24 bulan, perlu dirujuk kepada Pegawai Perubatan/ Pakar Perubatan Keluarga/ Pakar Paediatrik/
Jurupulih Perubatan untuk perawatan seterusnya.

Jururawat haruslah memastikan aktiviti yang dirangka oleh Pegawai Perubatan/Jurupulih Perubatan dilaksanakan
oleh penjaga dengan betul.

15



TEKNIK MEMEGANG
4. DAN MEMPOSISI

4.1 TEKNIK MENGANGKAT DAN
MENDUKUNG YANG BETUL

4.2 TEKNIK PENGENDALIAN
POSISI YANG BETUL

4.3 SENAMAN PERGERAKAN
SENDI
(RANGE - OF - MOTION)

SIRI PENGENDALIAN KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS
MANUAL PENGENDALIAN KANAK-KANAK BERMASALAH MOTOR KASAR

4. TEKNIK MEMEGANG DAN MEMPOSISI

Kanak-kanak belajar sesuatu pergerakan dengan merasa dan mencuba pergerakan tersebut. Bagi kanak-kanak dengan
masalah postur dan koordinasi seperti kanak-kanak Palsi Serebrum, teknik memegang dan memposisi yang betul
amat perlu pada peringkat awal untuk mencapai kawalan postur dan pergerakan yang betul.

Peringatan Penting:
Teknik memegang dan memposisi yang betul untuk kanak-kanak yang mengalami kelewatan
motor kasar akan:
• Membantu dalam sokongan dan keseimbangan badan yang baik.
• Memastikan keselamatan kanak-kanak.
• Mengelakkan tona dan postur abnormal menjadi lebih teruk.
• Mengurangkan dan mencegah berlakunya kecacatan/kecederaan menjadi lebih teruk.
• Memastikan posisi kanak-kanak selesa sepanjang masa.

TEKNIK MENGENDALI (HANDLING)

Teknik mengendali merangkumi aktiviti memegang, menggerakkan dan mengubah posisi kanak-kanak semasa
menjalankan aktiviti harian. Teknik mengendali yang betul boleh:
• Memberi sokongan dan mendorong kanak-kanak untuk melakukan pergerakan yang normal.
• Mengurangkan kekejangan bagi kanak-kanak yang spastik, menyokong kanak-kanak yang

lembik (floppy) atau “athetoid “ serta membantu kanak-kanak “ataxic“ mengawal pergerakan.
• Membantu kanak-kanak memahami corak pergerakan yang normal, contohnya kanak-kanak

perlu merangkak diikuti dengan melutut sebelah kaki dan seterusnya berpaut untuk berdiri.

Peringatan Penting:
1. Gunakan pendekatan bermain untuk membentuk hubungan yang rapat dengan

kanak-kanak.
2. Elak dari menghampiri mereka dari belakang kerana kanak–kanak mungkin

akan terperanjat dan menyebabkan pergerakan serta postur yang tidak normal.
3. Pegang kanak-kanak dalam posisi yang berbeza dari posisi yang biasa baginya,

contoh: bagi kanak-kanak yang kedua kakinya kejang dan lurus, adalah
dinasihatkan supaya posisinya diubah dengan membengkokkan kedua-dua sendi
peha dan lutut.

18

SIRI PENGENDALIAN KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS
MANUAL PENGENDALIAN KANAK-KANAK BERMASALAH MOTOR KASAR

POSISI

Kanak-kanak yang mengalami kelewatan motor kasar biasanya mempunyai postur yang tidak stabil di mana mereka
tidak boleh mengimbangi badan serta mudah terjatuh. Bantu dengan memberi sokongan dari luar untuk mengekalkan
posisi dan keseimbangan badan, sama ada dengan menggunakan alat bantuan atau sokongan dari individu lain.
Posisi kanak-kanak yang tidak stabil akan menyukarkan aktiviti hariannya seperti bermain, makan, belajar dan
berkomunikasi. Posisi yang betul (seperti duduk dalam kerusi sudut) amat diperlukan untuk kanak-kanak melakukan
aktiviti harian.
Kaedah posisi adalah seperti:
1. Terlentang
2. Meniarap
3. Mengiring
4. Duduk bersimpuh
5. Duduk berlunjur
6. Duduk bersila
7. Berlutut
8. Berdiri

Peringatan Penting:
1. Ubah posisi kanak-kanak setiap setengah jam (30 minit)
2. Posisi yang dipilih perlulah bersesuaian dengan perkembangan umur.
3. Posisi mengikut kesesuaian fungsi. Contoh: duduk semasa makan. Jangan

memberi makanan dalam posisi baring.

19

SIRI PENGENDALIAN KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS
MANUAL PENGENDALIAN KANAK-KANAK BERMASALAH MOTOR KASAR

4.1. TEKNIK MENGANGKAT DAN MENDUKUNG YANG BETUL
TEKNIK MENGANGKAT

CARA MENGANGKAT YANG DIELAKKAN CARA MENGANGKAT YANG DIGALAKKAN

Jangan pegang belakang kepala semasa mengangkat
sebab kepala kanak-kanak akan menolak ke belakang

(Semasa terlentang, tona otot ekstensor bertambah,
retraksi berlaku pada bahagian leher dan bahu,
ekstensi berlaku pada bahagian pinggul dan kaki.)

LANGKAH 1

Tekan di bahagian bahu dan angkat kepala ke
hadapan.

Kepala terkulai kebelakang
Sebab: Ini akan mengakibatkan komplikasi trauma
kepada leher dan bahu.

LANGKAH 2

Pegang bahagian bahu dan angkat perlahan-lahan.
Pusing kanak-kanak ke sisi semasa mengangkat. Ini
dapat membantu membawa kepala kanak-kanak ke
hadapan

LANGKAH 3 TEKNIK MENDUKUNG YANG BETUL DAN DIGALAKKAN

20

SIRI PENGENDALIAN KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS
MANUAL PENGENDALIAN KANAK-KANAK BERMASALAH MOTOR KASAR

PALSI SEREBRUM JENIS ATHETOID : TEKNIK PENGENDALIAN TANGAN

TEKNIK MEMEGANG YANG DIELAKKAN TEKNIK MEMEGANG YANG DIGALAKKAN

Apabila kanak-kanak athetoid duduk tanpa sokongan, Untuk memberi sokongan semasa duduk, pegang
pergerakan tangan dan kakinya tidak dapat dikawal bahu dan tekan ke arah bawah dan ke dalam, supaya
dan tubuhnya akan melentik ke belakang. tangannya menghala ke depan. Apabila kanak-kanak
sudah duduk dengan stabil, ia akan rasa selesa dan
akan bersedia untuk melihat dan mendengar.

Apabila kanak-kanak athetoid dipegang dengan
kawalan yang tidak mencukupi, badannya akan
menjadi kejang dan ini menyukarkan cara
memegangnya.

Bagi memudahkan mengangkat dan mengelak posisi
abnormal bagi kanak-kanak athetoid, gulingkannya
ke sisi dan sokong bahagian kepala. Bengkokkan
kedua kaki dan angkat kanak-kanak itu mendekati
tubuh anda. Gunakan cara yang sama
mendudukkannya.

Apabila kanak-kanak athetoid dipegang dibahagian
ketiak, dia akan duduk dengan kedua kaki
terkangkang. Kepala dan badannya akan melentik
serta bahu tertarik ke belakang. Posisi ini
menyukarkan kanak-kanak mengampu diri sendiri
dan menyukarkan sebarang aktiviti.

21

SIRI PENGENDALIAN KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS
MANUAL PENGENDALIAN KANAK-KANAK BERMASALAH MOTOR KASAR

SEREBRUM JENIS SPASTIK : TEKNIK PENGENDALIAN TANGAN SEMASA DUDUK

TEKNIK MEMEGANG YANG DIELAKKAN TEKNIK MEMEGANG YANG DIGALAKKAN

Tangan kanak-kanak spastik biasanya bengkok di Untuk meluruskan tangan, pegang bahagian siku dan
bahagian siku dan retraksi di bahagian bahu. Jari- pusing kedua tangan ke arah luar sambil
jarinya mungkin mengenggam. Sekiranya otot itu membawanya ke depan. Untuk membengkokkan
spastik, jangan buka genggaman secara paksa kerana tangan, sekiranya sukar untuk dibengkokkan, maka
ini akan menguatkan lagi genggamannya. pegang bahagian siku dan pusing kedua-dua
tangannya ke dalam.

Dudukkan kanak-kanak dengan kedua kaki rapat dan
dibengkokkan. Stabilkan kanak-kanak dengan
membawa bahunya ke depan.

22

SIRI PENGENDALIAN KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS
MANUAL PENGENDALIAN KANAK-KANAK BERMASALAH MOTOR KASAR

PALSI SEREBRUM JENIS SPASTIK : TEKNIK PENGENDALIAN KAKI

TEKNIK YANG DIELAKKAN TEKNIK YANG DIGALAKKAN

Apabila kanak-kanak spastik terlentang, badannya LANGKAH 1
akan melentik dengan kedua kakinya bersilang.
Sekiranya otot menjadi spastik, jangan membuka Pegang kedua-dua lutut kanak-kanak. Kekalkan posisi
kedua-dua kakinya secara paksa kerana ini akan kaki terkangkang semasa meluruskan kaki. Ini
mengetatkan lagi silangannya. memudahkan kakinya dibengkokkan.

LANGKAH 2
Untuk membuka kaki (sendi pinggul):
Letakkan bantal di bahagian kepala dan bahu untuk
bawa ke hadapan. Pegang lutut dan bengkokkan kaki.
Ketika kaki dibengkokkan, ia akan terkangkang
dengan sendirinya.

23

SIRI PENGENDALIAN KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS
MANUAL PENGENDALIAN KANAK-KANAK BERMASALAH MOTOR KASAR

4.2 TEKNIK PENGENDALIAN POSISI YANG BETUL
TEKNIK PENGENDALIAN POSISI YANG BETUL SEMASA MENGIRING

TEKNIK YANG DIELAKKAN TEKNIK YANG DIGALAKKAN

Kanak-kanak floppy akan terbaring dengan kaki Posisi mengiring
terbuka.
Baringkan kanak-kanak dalam posisi mengiring
dengan bantal dicelah kedua tangan dan kaki.
Tukarkan posisi setiap dua jam (bagi kanak-kanak
yang kurang keupayaan bergerak sendiri).

Elakkan posisi yang boleh menyebabkan postur dan
tona otot yang abnormal bertambah teruk.
(Untuk spastik dan floppy child)

Kanak-kanak spastik biasanya baring dengan kepala Posisi meniarap.
menekan ke belakang, bahu ke atas dan ke depan.
Kaki kanak-kanak akan bersilang (sissor-cross) atau
tertekan.

24

SIRI PENGENDALIAN KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS
MANUAL PENGENDALIAN KANAK-KANAK BERMASALAH MOTOR KASAR

TEKNIK PENGENDALIAN POSISI YANG BETUL SEMASA DUDUK

Kanak-kanak yang lambat duduk, memerlukan lebih bantuan berbanding kanak-kanak yang normal. Mereka mungkin
memerlukan kerusi khas untuk mendapat posisi duduk yang betul. Ini memudahkan dalam penggunaan tangannya
dan membantu proses mengunyah serta menelan dengan lebih baik Bagi kanak-kanak yang sedang belajar duduk,
aktiviti berdiri juga perlu diajar.

TEKNIK POSISI DUDUK YANG DIELAKKAN TEKNIK POSISI DUDUK YANG DIGALAKKAN

Punggung terangkat dan pinggul yang lurus akan
mengakibatkan kanak-kanak tergelungsur dari kerusi.

Kepala sedikit ke hadapan., Badan tegak, punggung
rapat pada kerusi dan kedua tapak kaki rehat di lantai
atau dengan sokongan (pengalas kaki). Kaki
dijarakkan sedikit (Lebih kurang 10 sm).

Sendi pinggul dan lutut terlampau membengkok
menyebabkan kanak-kanak jatuh ke hadapan.

Duduk berlunjur dengan tangan menyokong dilutut.
Sebab: Posisi ini lebih stabil dan mengelakkan
kecacatan.

Duduk –Posisi W:
Sebab ini akan menyebabkan kekakuan dan
merosakkan sendi pinggul, lutut dan pergelangan
kaki. Walau bagaimanapun, sekiranya hanya itu posisi
yang mampu dilakukan untuk menjalankan fungsi
tangan, ianya boleh digalakkan.

25

SIRI PENGENDALIAN KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS
MANUAL PENGENDALIAN KANAK-KANAK BERMASALAH MOTOR KASAR

TEKNIK PENGENDALIAN POSISI SEMASA DUDUK

TEKNIK POSISI DUDUK YANG DIGALAKKAN

Duduk berlunjur dengan tangan menyokong Duduk bersimpuh.
di sisi. Ianya lebih stabil dan mengelakkan kecacatan.

Ianya lebih stabil dan mengelakkan kecacatan.

Duduk berlunjur dengan tangan menyokong di Duduk bersila.
hadapan.
Ini akan lebih stabil dengan secukup sokongan serta
Ini akan lebih stabil dan mengelakkan kecacatan mengelakkan kecacatan

PERINGATAN :

Jangan biarkan kanak-kanak diletak sesuatu posisi melebihi 30 minit.
Pelbagaian posisi dicadangkan dan akan lebih berkesan serta bermanfaat.

26

SIRI PENGENDALIAN KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS
MANUAL PENGENDALIAN KANAK-KANAK BERMASALAH MOTOR KASAR

TEKNIK PENGENDALIAN POSISI SEMASA BERDIRI

Posisi berdiri yang betul memberi manfaat kepada kanak-kanak yang lambat berdiri. Berdiri akan menggalakkan otot-
otot badan berfungsi. Ia mengelakkan kontraktur serta menguatkan otot kaki. Tangan kanak-kanak bebas untuk
bermain, mata boleh memandang dan berkomunikasi lebih mudah dengan orang lain.

TEKNIK POSISI BERDIRI YANG DIELAKKAN TEKNIK POSISI BERDIRI YANG DIGALAKKAN

Kanak-kanak mungkin berdiri dengan menggunakan Berdiri dengan kedua tapak kaki di lantai :
hujung / tepi kaki, lutut bertaut rapat. Ini Pegang kanak-kanak dibahagian lutut dan pusing kaki
menyebabkan kekakuan sendi dan kontraktur. keluar. Sokong kedua–dua tangan dengan sebatang
kayu supaya dapat mengimbang berat badan semasa
berdiri.

Berikan sokongan di sendi peha / siku

27

SIRI PENGENDALIAN KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS
MANUAL PENGENDALIAN KANAK-KANAK BERMASALAH MOTOR KASAR

4.3 SENAMAN PERGERAKAN SENDI (RANGE OF MOTION EXERCISE)

Senaman pergerakan sendi adalah satu senaman yang tetap dan berulang dilakukan untuk meluruskan dan
membengkokkan satu atau berberapa sendi mengikut arah pergerakan yang normal.
Matlamat pergerakan sendi ialah :
i. Mengurangkan spastisiti
ii. Mengekalkan pengaliran darah.
iii. Meregangkan otot untuk mengekalkan kepanjangan otot yang normal terutama otot yang

melalui dua sendi contohnya : Hamstring di kaki dan bisep di lengan
iv. Mengekalkan pergerakan sendi.
Pergerakan sendi perlu dilakukan secepat mungkin terutamanya bagi kanak-kanak yang cenderung mendapat
kekakuan sendi, kejang dan kecacatan. Keadaan ini berlaku kepada kanak-kanak Palsi Serebrum/ sebarang kecacatan
neuro motor. Senaman perlu berterusan sepanjang hayat untuk mengelak kekakuan, kekejangan dan deformiti.
Senaman sendi perlu dilakukan :
• Sekurang-kurangnya dua kali (2x) sehari
• Setiap pergerakan diulang sekurang-kurangnya sepuluh kali
• Perlu lebih kerap jika terdapat kekejangan , kekakuan atau deformiti.
Pergerakan ini melibatkan regangan otot yang boleh menyebabkan kesakitan jika dilakukan dengan cara yang tidak
betul. Senaman ini boleh dijadikan sebagai sebahagian daripada aktiviti harian yang menyeronokkan kedua-dua
belah pihak, contohnya menukar pampers.
Mulakan senaman dengan sendi yang kurang terjejas dahulu diikuti dengan sendi yang lebih bermasalah. Sebaik-
baiknya semua sendi yang bermasalah perlu digerakkan setiap hari.

Peringatan Penting: Semasa melakukan senaman
i. Lakukan pergerakan pada satu sendi dalam satu masa.
ii. Sentiasa lindungi sendi dengan memegang anggota di kedua bahagian atas dan bawah sendi.

Beri sokongan sebaik mungkin.
iii. Lakukan dengan lembut tetapi mantap , gerakkan sendi perlahan-lahan (pergerakan yang

cepat menyebabkan sendi lebih kejang ).
iv. JANGAN MEMAKSA PERGERAKAN. Senaman ini mungkin menyebabkan sedikit ketidakselesaan

tetapi sepatutnya tidak menyakitkan.
v. Lakukan aktiviti ini sebagai satu aktiviti harian/ permainan.

28

SIRI PENGENDALIAN KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS
MANUAL PENGENDALIAN KANAK-KANAK BERMASALAH MOTOR KASAR

SENAMAN PERGERAKAN SENDI (RANGE OF MOTION EXERCISE)

(TANGAN)

1. FLEKSI BAHU 2. EKSTENSI BAHU
(tangan ke atas dan ke bawah) (tangan ke belakang dan ke depan)

Posisi: Duduk / Baring Terlentang Posisi: Duduk/ Baring Terlentang / Mengiring

(i) (ii) (i) (ii)

a) Stabilkan sendi bahu dengan meletak satu a) Stabilkan sendi bahu dengan meletak satu
tangan di bahu dan tangan yang lain tangan di bahu supaya tidak terangkat dan
memegang dipergelangan tangan bayi. tangan yang lain memegang pergelangan
(gambar (i)). tangan bayi. (gambar (i)).

b) Tangan diangkat lurus ke hadapan dan ke atas b) Tangan diangkat lurus ke belakang dan ke
sehingga melepasi kepala. Kemudian bawa hadapan dada bayi. (gambar (ii)).
tangan ke bawah. (gambar (ii)).
c) Ulang pergerakan 10 kali.
c) Ulang pergerakan 10 kali.

29

SIRI PENGENDALIAN KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS
MANUAL PENGENDALIAN KANAK-KANAK BERMASALAH MOTOR KASAR

3. ROTASI BAHU 4. ABDUKSI BAHU

Posisi: Baring Terlantar Posisi: Baring Terlantar

(i) (ii) (iii) (i)

a) Sebelah tangan memegang bahagian atas (ii)
lengan sementara tangan yang lain a) Stabilkan sendi bahu bayi dengan meletak
memegang bawah lengan bayi. (gambar (i)).
tangan dibahu klien supaya tidak terangkat
b) Bengkokkan siku dan gerakan tangan ke atas dan tangan lain memegang lengan bawah.
sepenuhnya. (gambar (ii)). (gambar (i)).

c) Gerakan tangan ke bawah sepenuhnya. b) Tangan diangkat lurus dari sisi dan dibawa
(gambar (iii)). keluar kemudian dirapatkan kembali.
(gambar (ii)).
d) Ulang pergerakan 10 kali.
c) Ulang pergerakan 10 kali.

5. FLEKSI / EKSTENSI SENDI SIKU 6. ”SUPINATION” DAN “PRONATION”
LENGAN BAWAH
Posisi: Baring Terlantar
Posisi: Baring Terlantar

(i) (ii) (i) (ii)

a) Stabilkan siku dengan meletak tangan a) Stabilkan bahagian atas lengan bayi
disendi siku dan tangan satu lagi memegang sementara tangan yang lain memegang
pergelangan tangan bayi. (gambar (i)). pergelangan tangan. (gambar (i)).

b) Bengkokkan siku perlahan-lahan dan b) Angkat tangan bayi kesisi dan bengkokkan
luruskan. (gambar (ii)). siku. Pusingkan tangan sehingga tapak
tangan menadah dan pusingkan semula
c) Ulang pergerakan 10 kali. ke bawah perlahan-lahan. (gambar (ii)).

c) Ulang pergerakan 10 kali.

30

SIRI PENGENDALIAN KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS
MANUAL PENGENDALIAN KANAK-KANAK BERMASALAH MOTOR KASAR

7. FLEKSI/EKSTENSI PERGELANGAN TANGAN

Posisi: Baring Terlantar

(i) (ii) (iii)

a) Stabilkan lengan bayi dengan satu tangan sementara sebelah tangan lagi memegang tapak tangan
bayi. (gambar (i)).

b) Bengkokkan pergelangan tangan bawah. (gambar (ii)).
c) Bengkokkan pergelangan tangan ke atas. (gambar (iii)).
b) Ulang pergerakan 10 kali.

8. JEJARI 9. IBU JARI (Untuk Genggam)

a) Rengangkan jari satu persatu. a) Bengkokkan ibu jari sehingga mencecah ke
b) Ulang pergerakan 10 kali. bawah jari kelingking dan keluarkannya
semula.

b) Ulang pergerakan 10 kali.

31

SIRI PENGENDALIAN KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS
MANUAL PENGENDALIAN KANAK-KANAK BERMASALAH MOTOR KASAR

SENAMAN PERGERAKAN SENDI (RANGE OF MOTION EXERCISE)

(KAKI)

1. EKSTENSI SENDI PINGGUL (LURUS) 2. FLEKSI DAN EKSTENSI SENDI PINGGUL

• Posisi: Meniarap • Posisi- Baring Terlantar

a) Letakkan satu tangan di bahagian punggung (i) (ii)
bayi sementara sebelah tangan diletakkan di
bawah lutut bayi. a) Letakkan satu tangan di atas sendi lutut
sementara sebelah tangan memegang
b) Angkat kaki ke atas sementara punggung ke bahagian pergelangan kaki. (gambar (i)).
bawah, kemudian turunkan kaki.
b) Bengkokkan lutut ke dada, kemudian.
c) Ulang pergerakan 10 kali. Luruskan lutut ke bawah. (gambar (ii)).

c) Ulang pergerakan 10 kali.

3. ABDUKSI DAN ADDUKSI SENDI PINGGUL

Posisi-Baring Terlantar

(a) (b)
a) Stabilkan sendi dengan satu tangan letak di pinggul. Genggam tumit kanak dengan tangan yang

sebelah. (gambar (i)).
b) Alih kaki ke sisi untuk buka pinggul/ kangkang kaki. (gambar (ii)).
c) Kemudian gelongsor kaki balik ke tengah. (gambar (iii)).
d) Ulang aktiviti 10 kali.
Elakkan lutut keluar atau masuk ke dalam.

32

SIRI PENGENDALIAN KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS
MANUAL PENGENDALIAN KANAK-KANAK BERMASALAH MOTOR KASAR

4. PUTARAN PINGGUL (LURUS)

Posisi-Baring Terlantar

(i) (ii) (iii)

a) Letak satu tangan atas paha. Genggam tumit dengan tangan sebelah. (gambar (i)).
b) Pusing kaki dalam (gambar (ii)) kemudian pusing kaki keluar (gambar (iii)) menggunakan tangan

atas paha.
c) Ulang aktiviti 10 kali.
Elakkan lutut keluar atau masuk ke dalam.

5. FLEKSI DAN EKSTENSI SENDI LUTUT 6. FLEKSI PERGELANGAN KAKI
(DORSIFLEXION)
Posisi : Meniarap
Posisi : Baring terlentang

(i) (ii)

a) Stabilkan sendi lutut dengan satu tangan a) Stabilkan sendi pergelangan kaki dengan
atas lutut. Sementara tangan yang lain memegang betis bayi. Sementara tangan
memegang pergelangan kaki. (gambar (i)). yang lain memegang tumit bayi.

b) Bengkokkan lutut kemudian luruskan b) Tarik tumit ke bawah dan bengkokkan sendi
semula. (gambar (ii)). pergelangan kaki ke atas.

c) Ulang aktiviti 10 kali.

Tujuan: untuk meregang otot hamstrings (otot
di belakang lutut) yang memendek.

33

SIRI PENGENDALIAN KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS
MANUAL PENGENDALIAN KANAK-KANAK BERMASALAH MOTOR KASAR

Peringatan Penting
Untuk meregang pergelangan kaki yang ketat – Tarik tumit ke depan dan bengkokkan
sendi pergelangan kaki ke atas.

Tarik tumit ke bawah sementara tapak kaki ditolak ke atas. Tarikan tumit perlu lebih kuat
dari tekanan di tapak kaki untuk menggelakkan dislokasi berlaku di pergelangan kaki.

34

PERALATAN ASAS
REHABILITASI UNTUK
FUNGSI MOTOR KASAR
DI KLINIK KESIHATAN
5. DAN DI RUMAH

5. PERALATAN REHABILITASI ASAS UNTUK FUNGSI MOTOR KASAR DI KLINIK
KESIHATAN

Berikut adalah alat-alat yang di gunakan dalam rehabilitasi untuk fungsi motor kasar.

BIL PERALATAN FUNGSI

1. Exercise Mats Menyediakan tempat yang selamat dan selesa untuk melakukan
2. Cermin aktiviti.
3. Physiotherapy Gym Balls
Membantu kanak-kanak meniru dan memahami aktiviti pergerakan
4. Wedge yang dilakukan.

5. Rolls/Bolster • Untuk kawalan postur.
• Untuk menguatkan otot badan.
6. Corner seat/chair • Merangsang relaksasi – jika di lakukan dengan betul dapat

7. Parallel Bar mengurangkan kekejangan otot.
8. Standing Frame
• Merangsang kanak kanak untuk mengawal kepala dan tubuh.
9. Walking Aid/Rollator • Merangsang pengimbangan berat badan terutamanya di
10. Graduated Stools
bahagian lengan.
(of varying height) • Membantu kanak kanak menggunakan tangan secara bebas

untuk mendapat koordinasi tangan dan mata dengan lebih
baik.

• Merangsang kanak-kanak untuk mengawal kepala dan badan.
• Membantu kanak-kanak menggunakan tangan secara bebas

untuk koordinasi mata dan tangan.
• Merangsang kanak kanak untuk mengimbang berat badan

dengan keempat-empat anggota.
• Mewujudkan keseimbangan dan tindakbalas keselamatan.

• Untuk kedudukan yang betul – memudahkan kanak-kanak
menggunakan tangan dengan bebas.

• Posisi berlunjur dapat mencegah kekejangan otot dengan
meregang otot Hamstring.

• Merangsang fleksi sendi bahu – mendorong kedua-dua bahu
ke hadapan bagi mengurangkan kekejangan, untuk
memudahkan fungsi tangan.

• Merangsang aktiviti berdiri.
• Persediaan untuk berjalan.

• Merangsang pengampuan berat badan pada kaki.
• Untuk mendapat posisi badan dan kepala yang lurus.
• Memberi sokongan psikologi dan mental semasa berada di

dalam posisi berdiri.

• Menggalakkan pergerakan kanak-kanak dengan bantuan.
• Membolehkan kanak-kanak bergerak sendiri.

• Merangsang pergerakan dari posisi merangkak ke melutut dan
seterusnya duduk dan berdiri.

• Membantu kawalan badan – rotasi badan.

SIRI PENGENDALIAN KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS
MANUAL PENGENDALIAN KANAK-KANAK BERMASALAH MOTOR KASAR

CADANGAN PERALATAN UNTUK FUNGSI MOTOR KASAR DI RUMAH

• Adaptasi duduk dan peralatan untuk kanak-kanak bermasalah motor kasar :
• Membetul dan mengawal postur yang tidak seimbang (Asymmetry).
• Membaiki pengawalan pergerakan yang tidak terkawal (involuntary) pada lengan (Upper arm).
• Meningkatkan keupayaan untuk berkomunikasi, makan , kemahiran sosial dan pembelajaran.

1. CORNER SEAT

a) Sekiranya kaki kanak-kanak terlampau rapat Dudukkan kanak-kanak dengan kaki mengangkang
gunakan kerusi yang boleh membukakan dengan meletak sebarang alat contoh : tuala yang
kedua belah kaki. Kerusi itu boleh diperbuat boleh membukakan kedua kaki
daripada kayu atau kotak

b) Sekiranya lutut dibiarkan membengkok otot Dudukkan kanak-kanak di atas corner seat dengan
akan menjadi pendek. Dudukkan dengan kedua-dua kaki lurus.
kedua kaki lurus. Kerusi ini boleh diperbuat
daripada kayu atau kotak.

Groin strap
xed to sent base

Padded pommel
to keep legs apart

37

SIRI PENGENDALIAN KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS
MANUAL PENGENDALIAN KANAK-KANAK BERMASALAH MOTOR KASAR

c) Sekiranya kanak-kanak melentik ke belakang d) Sekiranya kanak-kanak tidak boleh duduk tegak
(hyperextension) letakkan tapak supaya kerusi dan kedua kaki kaku, tambahkan ketinggian
menjadi stabil. kerusi supaya kedua lutut dapat dibengkokkan.

Meja Meja
Tapak Tapak

2. WEDGE 3) ROLL / BOLSTER

4) PARALLEL BARS 5) STANDING FRAME

38

6. LAMPIRAN

SIRI PENGENDALIAN KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS
MANUAL PENGENDALIAN KANAK-KANAK BERMASALAH MOTOR KASAR

LAMPIRAN I

MASALAH PERKEMBANGAN LAIN YANG BERKAITAN DENGAN
KELEWATAN MOTOR KASAR

1. Kelewatan perkembangan – Motor Halus

(a) Jejari masih menggengam selepas usia 3 bulan
(b) Tidak tahu menggunakan tangan (hand regards) pada usia 5 bulan
(c) Tidak cuba mencapai objek pada usia 6 bulan
(d) Masih mencapai objek menggunakan kesemua jari (palmar grasps) pada usia 9 bulan
(e) Gagal membentuk kematangan mencubit (pincer grasps) pada usia 1 tahun.

2. Kelewatan perkembangan – Pertuturan

(a) Terlalu senyap atau menangis berlebihan pada usia 3 bulan
(b) Tidak berkukur (cooing) pada usia 4 bulan
(c) Tiada sebutan (contoh; e-ee, ah-ah, uh-uh-uh) atau sebarang bunyi pada usia 5 bulan

– PERIKSA PENDENGARAN
(d) Tiada bebelan (contoh: da-da, ba-ba) pada usia 8 bulan
(e) Tiada mengeluarkan perkataan bermakna pada usia 15 bulan
(f) Menyebut kurang daripada 25 perkataan yang difahami pada usia 2 tahun
(g) Tidak boleh bercakap 2 ayat pada usia 30 bulan

• SILA PERIKSA PENDENGARAN BAGI (a) – (e)

3. Kelewatan perkembangan – Sosial

(a) Tidak merenung muka ibu pada usia 2 bulan
(b) Tidak membalas senyuman pada usia 3 bulan
(c) Tidak ketawa pada usia 6 bulan
(d) Masih meneliti tangan sendiri selepas usia 5 bulan
(e) Tidak membawa objek ke mulut selepas usia 8 bulan
(f) Sentiasa takut pada orang yang tidak dikenali pada usia 12 bulan

4. Masalah lain yang berkaitan

(a) Masalah pemakanan
- hisapan yang lemah sejak lahir
- kerap kali muntah
- gigitan, kunyahan dan penelanan yang lemah
- lidah sentiasa terjelir
- air liur sentiasa meleleh

(b) Komplikasi tona yang tidak normal
- Sakit
- kaku
- postur yang tidak normal
- dislokasi sendi peha
- sukar dalam penjagaan kebersihan diri

40

SIRI PENGENDALIAN KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS
MANUAL PENGENDALIAN KANAK-KANAK BERMASALAH MOTOR KASAR

(c) Masalah deria
- masalah penglihatan
- masalah pendengaran

(d) Masalah pernafasan
- Jangkitan paru-paru yang berulang
- Aspiration pneumonia
- Asma
- Gastro-esophageal reflux

(e) Komplikasi orthopedik
- Skoliosis
- Dislokasi sendi peha
- Kecacatan equinovarus

(f) Masalah usus
- - sembelit

(g) Masalah emosi pada kanak kanak / ibubapa / penjaga
- kebimbangan
- kemurungan
- masalah tingkah laku dan hiperaktif

(h) Masalah sosial
- penderaan dan pengabaian kanak kanak
- masalah rumah tangga
- masalah kewangan
- persaingan adik beradik
- kecederaan di rumah

(i) Lain-lain
- Terencat akal
- sawan

41

SIRI PENGENDALIAN KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS
MANUAL PENGENDALIAN KANAK-KANAK BERMASALAH MOTOR KASAR

LAMPIRAN II

PERKEMBANGAN NORMAL MOTOR KASAR

Matlamat perkembangan normal motor kasar adalah membolehkan seorang kanak-kanak itu duduk, berdiri dan
berjalan.

Untuk mencapai fungsi pergerakan, seorang kanak-kanak mestilah:

- hilang refleks primitif
- mempunyai tona otot yang normal
- kawalan postur dan keseimbangan yang baik

Reflek Primitif:

Reflek primitif yang wujud pada bayi yang lahir, adalah penting bagi menjalani kehidupannya.Reflek primitif ini
merangsang perkembangan normal pada peringkat awal kehidupannya.

Di antara refleks primitif yang dikenal pasti :

• Moro refleks

• Rooting refleks

• Grasps plantar refleks

• Stepping refleks

• Walking refleks

Untuk mencapai perkembangan yang normal, kebanyakan refleks primitif mesti hilang. Sebagai contoh, stepping reflex
dan walking reflex harus hilang pada usia 3 bulan sebelum bayi itu boleh berdiri dan berkoordinasi untuk berjalan
yang betul.

Postur:

Postur menggambarkan kedudukan badan seseorang di dalam suatu ruang, iaitu cara bagaimana kita baring, duduk,
berdiri atau bergerak. Mengekalkan postur yang baik adalah penting untuk menghasilkan pergerakan berfungsi yang
betul.

Kanak-kanak yang mempunyai postur yang tidak betul akan menghadapi masalah scoliosis atau kekejangan Hamstring
yang akan menyukarkan lagi pergerakan.

42

SIRI PENGENDALIAN KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS
MANUAL PENGENDALIAN KANAK-KANAK BERMASALAH MOTOR KASAR

PERKEMBANGAN NORMAL MOTOR KASAR

1) BAYI BARU LAHIR HINGGA 3 BULAN - KAWALAN KEPALA

Bayi baru lahir 6 minggu 3 bulan

Tiada kawalan kepala. Sedikit kawalan kepala. Kedua Kawalan kepala yang baik.
tangan membengkok sedikit.

Semua anggota membengkok Dagu diangkat seketika dan Meniarap dengan mengampu berat
dan punggung ternaik. Muka punggung rata. badan dengan kedua tangan dan
siku membengkok.
berpaling ke sebelah.

2) 3 BULAN - 6 BULAN - KAWALAN KEPALA DAN BADAN

> 3 bulan – 6 bulan

Kawalan kepala yang baik. Kawalan kepala yang baik Kawalan kepala yang baik
cuba duduk. badan tegak.

Satu tangan lurus mengiring Dua tangan lurus. Boleh meniarap.
dan dada Terangkat.

43

SIRI PENGENDALIAN KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS
MANUAL PENGENDALIAN KANAK-KANAK BERMASALAH MOTOR KASAR

3) 6 BULAN – 9 BULAN- DUDUK DAN MERANGKAK

> 6 bulan – 9 bulan

DUDUK

Duduk dengan kedua Duduk dengan satu Duduk tanpa disokong
tangan menyokong tangan menyokong

MERANGKAK

Cuba merangkak tapi tidak Merangkak dan mara Merangkak dengan baik.
bergerak ke hadapan. ke hadapan. Boleh mengubah postur.
Punggung tinggi.

4) 9 – 18 BULAN – BERDIRI DAN BERJALAN

> 9 bulan – 12 bulan

BERDIRI

Boleh mengampu berat badan. Berpaut untuk berdiri Menyusur
Berdiri dengan sokongan minima.

44

SIRI PENGENDALIAN KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS
MANUAL PENGENDALIAN KANAK-KANAK BERMASALAH MOTOR KASAR

5) 12 BULAN - 18 BULAN - BERDIRI

> 12 bulan – 18 bulan

BERDIRI

Berdiri tanpa sokongan, Berjalan sendiri dengan sedikit kaki Berjalan dengan baik.
berjalan beberapa tapak. terbuka (broad base ).

5) > 18 – 24 BULAN (BERLARI PANTAS, MENENDANG BOLA DAN MEMANJAT TANGGA)

> 18 bulan – 24 bulan

Berlari pantas. Menendang bola. Memanjat tangga.

6) > 24 – 36 BULAN (LOMPAT SETEMPAT, MENGAYUH BASIKAL DAN BERDIRI SATU KAKI)

> 24 bulan - 60 bulan

Lompat setempat. Mengayuh Basikal roda tiga. Berdiri satu kaki. Melompat.

45

SIRI PENGENDALIAN KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS
MANUAL PENGENDALIAN KANAK-KANAK BERMASALAH MOTOR KASAR

LAMPIRAN III

AKTIVITI STIMULASI

Keterukan kelewatan motor kasar bergantung kepada keterukan kerosakan otak. Walaubagaimanapun aktiviti stimulasi
intervensi awal banyak memberi manfaat kepada kanak-kanak dan keluarganya. Bagi memastikan manfaat yang
maksimum, beberapa peraturan perlu di ikuti.

1. Mulakan aktiviti stimulasi secepat mungkin setelah kelewatan di kenalpasti.
2. Aktiviti stimulasi perlu sistematik, tetap dan berterusan.
3. Wujudkan kemesraan dengan kanak kanak dan ahli keluarganya.
4. Sebelum melakukan aktiviti stimulasi:

• Cara memegang dan kedudukan posisi kanak-kanak hendaklah betul
• Dan senaman pergerakan jarak sendi dilakukan.
5. Bantuan dikurangkan apabila kanak-kanak telah menunjukkan kemajuan.
6. Perlu kreatif dan menggabungkan aktiviti stimulasi dalam bentuk permainan dan aktiviti harian.
Ada banyak kaedah untuk menjalankan aktiviti stimulasi untuk kelewatan motor kasar. Jururawat Kesihatan digalakkan
menjalankan aktiviti secara lebih kreatif dengan menggabungkan aktiviti bermain dan aktiviti harian. Berikut adalah
aktiviti yang di cadangkan.

46

SIRI PENGENDALIAN KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS
MANUAL PENGENDALIAN KANAK-KANAK BERMASALAH MOTOR KASAR

AKTIVITI STIMULASI UNTUK KAWALAN KEPALA

Kanak – kanak dengan kawalan kepala yang lemah

1. Teknik mengurut (Stroking Technique) 2. Anda juga boleh merangsang kanak-kanak
Tiarapkan anak di atas peha anda. Urutkan untuk mengangkat kepala dengan
sepanjang tulang belakangnya menghala ke menarik perhatiannya. Letakkan bantal
tengkuk bagi merangsang anak untuk peluk di bawah dada anak. Lakukan
mengangkat kepala. aktiviti yang dapat menarik perhatian
anak tersebut bagi menggalakkan anak
angkat kepala. Lakukan urutan di
belakang dan tengkuk jika tiada respon.

3. Kedua-dua cara di atas boleh juga dilakukan 4. “ Pull to sit”
dengan mendokong atau meniarapkan bayi di Teknik ini hanya boleh digunakan sekiranya
atas dada ketika anda baring. anak menunjukkan kebolehan mengangkat
kepala. Dengan menggunakan kedua tangan
anak ditarik perlahan-lahan ke arah anda
sehingga posisi duduk.

47

SIRI PENGENDALIAN KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS
MANUAL PENGENDALIAN KANAK-KANAK BERMASALAH MOTOR KASAR

AKTIVITI STIMULASI UNTUK MENGIRING

Kanak-Kanak dengan kawalan kepala yang lemah

1. Merangsang untuk mengiring.
2. Ambil perhatian pada posisi tangan anak

untuk rangsangan mengiring.
3. Untuk mengiringkan anak ke kanan

bawah tangan kanan anak ke atas
melepasi kepala.

4. Bengkokkan kaki kiri dan kekalkan
kaki kanan lurus.

5. Tolak kaki kiri dan punggung ke kanan.

6. Rangsangan boleh diberi dengan
meletakkan permainan disisi supaya
kanak-kanak mengiring untuk
mencapainya.

48

SIRI PENGENDALIAN KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS
MANUAL PENGENDALIAN KANAK-KANAK BERMASALAH MOTOR KASAR

AKTIVITI STIMULASI UNTUK MERANGKAK

Rangsangan untuk menggalakkan anak :
• Aktiviti merangkak (4 point kneeling)
• Merangkak

Aktiviti merangkak (4 point kneeling) Merangkak

Mulakan dengan memberi galakan pada anak untuk Dengan menggunakan tuala/kain buaian akan
menampung berat badan pada kedua-dua belah membantu anak berada dalam posisi merangkak.
tangan dan kaki dengan menggunakan alat bantuan, Beri galakan supaya anak mengangkat satu tangan
sebelum anak memulakan pergerakan merangkak. manakala berat badan diimbangkan di atas satu
tangan yang lain. Bantu bayi untuk bergerak ke
hadapan .

Perhatian :
Tidak semua bayi merangkak. Sesetengah bayi mengesot (Bottom shufflers ).

49


Click to View FlipBook Version