RANCANGAN PENDIDIKAN INDIVIDU
MANUAL 2.0
SEKTOR PEMBANGUNAN INSTRUKSIONAL
BAHAGIAN PENDIDIKAN KHAS
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
PENGENALAN
Rancangan Pendidikan Individu (RPI) adalah satu dokumen
bertulis. Ia dirancang khusus untuk seseorang murid. Ia
juga dibentuk bertujuan mendokumentasikan segala
pengubahsuaian dan penerapan ke atas program
pembelajaran serta perkhidmatan yang disediakan.
(Jabatan Pendidikan Khas, 2000, Kementerian Pendidikan
Malaysia). RPI boleh diguna pakai untuk perancangan,
pemantauan dan penilaian pendidikan kanak-kanak
pendidikan khas bertepatan dengan syor Pengisytiharan
Salamanca (UNESCO, 1994), Perkara 3 :
“menggesa agar semua kerajaan mewujudkan mekanisme
mewujudkan mekanisma-mekanisma disentralisasi dan penyertaan
untuk perancangan,pemantauan dan penilaian peruntukan
pendidikan untuk kanak-kanak dan orang dewasa dengan keperluan
pendidikan khas”
Merujuk pada pengisytiharan tersebut, kerajaan Malaysia
memperkenalkan Rancangan Pendidikan Individu (RPI)
melalui Kementerian Pendidikan Malaysia. RPI
diperkenalkan menerusi di program pendidikan khas.
Program pendidikan khas integrasi disediakan untuk
murid – murid bermasalah pembelajaran, bermasalah
pendengaran dan bermasalah penglihatan. Ianya
diwujudkan di sekolah pendidikan khas, harian biasa
rendah dan menengah serta sekolah menengah teknik
/vokasional yang menggunakan pendekatan pengajaran
dan pembelajaran secara pengasingan dan separa
inklusif. (Jabatan Pendidikan Khas, 2004, Kementerian
Pendidikan Malaysia).
Penyediaan RPI sangat penting demi memastikan keperluan
murid pendidikan khas menerima pendidikan dapat dicapai.
Namun demikian sehingga kini belum ada undang-undang
khusus atau akta yang mewajibkan pelaksanaan RPI di
sekolah. Hanya Akta Pendidikan 1996 fasal 40 :
“Menteri hendaklah mengadakan pendidikan khas.
Menteri hendaklah mengadakan pendidikan khas di
sekolah khas yang ditubuhkan di bawah perenggan
34(1) (b) atau di mana-mana sekolah rendah atau
menengah yang di fikirkan oleh Menteri suai manfaat.”
Namun kerajaan Malaysia telah mengeluarkan pekeliling
ikhtisas bil 7/2004 yang bertarikh 27 September 2004:
“Pelaksanaan Kurikulum Pendidikan Khas
Bermasalah Pembelajaran Sekolah Rendah dan
Sekolah Menengah”.
Pada perkara 5 dinyatakan :
“Bagi memastikan keberkesanan kurikulum ini,
Rancangan Pendidikan Individu (RPI) setiap murid
hendaklah disediakan”
DAPATAN ISU DALAM PENULISAN
RANCANGAN PENDIDIKAN INDIVIDU (RPI)
1. Sikap guru
2. Gangguan talian internet
3. Tiada kerjasama di antara pencatat RPI dan Guru Mata
Pelajaran
4. Guru-guru tidak mahir mengendalikan isu utama MBK
5. Kesinambungan penulisan RPI tidak berlaku di dalam sebuah
SPK dan PPKI
6. Sikap ibu bapa yang sambil lewa dan tidak mengambil berat
terhadap MBK
7. Kurang pemantauan dari pihak penguruan sekolah
8. Kelemahan dari aspek penguatkuasaan
PANDUAN PELAKSANAAN DAN PENULISAN
RANCANGAN PENDIDIKAN INDIVIDU
(RPI)
SECARA MANUAL
PERUBAHAN
PENULISAN RPI BERFOKUSKAN
KEKANGAN AKADEMIK DALAM
MATA PELAJARAN
PENULISAN RPI
BERFOKUSKAN INTERVENSI BAGI
MENINGKATKAN KEFUNGSIAN MBK
DAN TIDAK LAGI BERFOKUS MATA PELAJARAN
PERBEZAAN
▪ RPT
▪ RPH
▪ RPI
RANCANGAN RANCANGAN RANCANGAN
PELAJARAN TAHUNAN PELAJARAN HARIAN PENDIDIKAN INDIVIDU
(RPT) (RPH) (RPT)
SPI.Bil.3/1999,KP (BS) 8591 / Jilid xv / SPI.Bil.3/1999,KP (BS) 8591 / Jilid xv /
(3) bertarikh 9 Mac 1999. (3) bertarikh 9 Mac 1999. Dokumen bertulis untuk merekodkan
“Rancangan pelajaran tahunan “Rancangan pelajaran harian intervensi bagi meningkatkan
mengandungi secara ringkas isi merupakan terjemahan Rancangan kefungsian MBK agar murid dapat
pengajaran dan pembelajaran Pelajaran Tahunan yang mengikuti kurikulum yang
Berdasarkan sukatan pelajaran mengandungi sekurang-kurang bersesuaian dengan tahap dan
kebangsaan yang dikeluarkan oleh maklumat seperti OBJEKTIF,cara keupayaan mereka
KMP” bagaimana hendak mencapai objektif
dan kenyataan sejauh mana objektif
itu tercapai”
PERBEZAAN PENULISAN
OBJEKTIF DALAM RPH DAN RPI
RPH RPI
Murid boleh mengenal 6 Jamal boleh
huruf abjad iaitu huruf a menggunakan tangan
hingga f berpandukan untuk meneroka dan
gambar yang diberikan. memperoleh maklumat
tentang objek yang
diberikan.
PUNCA KUASA
PENULISAN e RPI dan RPI
PUNCA KUASA PENULISAN RPI :
Peraturan-Peraturan Pendidikan (Pendidikan Khas) 2013, Perkara 3.
Perkara 8(1)Bagi maksud melaksanakan Pendidikan Khas :-
• mana-mana orang yang terlibat dalam pelaksanaan Pendidikan Khas hendaklah
menggunakan Kurikulum Pendidikan Khas;
• seseorang guru hendaklah menggunakan RANCANGAN PENDIDIKAN
INDIVIDU; dan seseorang guru boleh membuat pengubahsuaian kepada :-
• kaedah atau teknik pengajaran dan pembelajaran;
• masa yang diperuntukkan bagi setiap aktiviti;
• susunan aktiviti; dan
• bahan bantu mengajar.
Perkara 8(2) Apa-apa pengubahsuaian yang dibuat di bawah perenggan (i)(c)
hendaklah mengikut Kurikulum Pendidikan Khas.
KERANGKA KONSEP PEMBINAAN RPI
ELEMEN-ELEMEN
RANCANGAN PENDIDIKAN INDIVIDU (RPI)
1. Kerjasama
Merupakan elemen penting yang dirangka oleh sekumpulan individu
yang terlibat secara langsung dengan pendidikan dan kebajikan
MBK berkenaan. Oleh itu, ibu bapa dan guru merupakan orang yang
sangat penting dalam proses ini.
2. Berkongsi Maklumat
Mesti berdasarkan kepada maklumat daripada individu yang mempunyai
hubungan rapat dengan MBK. Maklumat ini mesti dikongsi bersama dan
menjadi asas kepada keputusan untuk membina perancangan pendidikan.
3. Keputusan Bersama
Guru, Ibu bapa dan kumpulan pelbagai disiplin bekerjasama untuk
menyediakan RPI. Mereka perlu membuat keputusan bersama untuk
menentukan apa yang diperlukan oleh MBK berkenaan dan bagaimana
RPI dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan.
ELEMEN-ELEMEN
RANCANGAN PENDIDIKAN INDIVIDU (RPI)
4. Kebolehpercayaan
Kebolehpercayaan objektif pengajaran, prosedur penilaian perlu
diterangkan dalam RPI dan perlu dibuat semakan dari semasa ke semasa.
5. Dokumentasi
Bertujuan sebagai rujukan dan panduan untuk semua pihak yang
terlibat.
6. Proses
Meliputi aktiviti bagi memastikan perancangan pengajaran dan
pembelajaran yang sesuai serta berkesan dapat diberikan kepada
MBK. Di antara proses RPI yang terlibat adalah seperti berikut :-
❑ pra sidang
❑ sidang pertama ( mesyuarat )
❑ penulisan RPI
❑ pelaksanaan dan perekodan
❑ sidang kedua ( penilaian )
ELEMEN-ELEMEN
RANCANGAN PENDIDIKAN INDIVIDU (RPI)
PROSES
KEBOLEHPERCAYAAN ELEMEN- KERJASAMA
ELEMEN
KEPUTUSAN BERKONGSI
BERSAMA RPI MAKLUMAT
DOKUMENTASI
CIRI-CIRI
RANCANGAN PENDIDIKAN
INDIVIDU
1. KOMPREHENSIF
RPI merangkumi aspek ketidakupayaan murid,
termasuk aspek kognitif, bahasa dan komunikasi,
sosio emosi, tingkahlaku, motor kasar dan motor
halus sepertimana yang terkandung dalam domain
pendidikan khas.
2. SPESIFIK
Matlamat dan objektif bagi RPI dinyatakan dalam
bentuk tingkah laku yang dapat diperhatikan dan diukur.
3.REALISTIK DAN BERSESUAIAN
Perlu sesuai dengan matlamat dan objektif yang
dinyatakan dalam RPI yang disesuaikan dengan tahap
kefungsian serta mengikut kadar perkembangan sedia
ada murid.
4. MENGIKUT URUTAN
Penulisan RPI perlu dilaksanakan dengan mengikut
urutan proses yang ditentukan (rujuk Carta Alir)
5. REALISTIK
Perlu sesuai dengan matlamat dan objektif yang dinyatakan
dalam RPI yang disesuaikan dengan tahap kefungsian serta
mengikut kadar perkembangan sedia ada murid.
6. MUDAH DIFAHAMI
Penulisan RPI direkodkan dengan menggunakan bahasa
yang mudah difahami serta dapat dijelaskan apa yang perlu
diketahui oleh ibu bapa dan para professional.
7. DIGUBAL BERSAMA
Penulisan RPI adalah program yang dipersetujui bersama
oleh ibu bapa, guru, murid dan para professional yang
terlibat.
CIRI-CIRI
RANCANGAN PENDIDIKAN INDIVIDU
RPI
MENGIKUT SPESIFIK
URUTAN
MUDAH CIRI-CIRI KOMPREHENSIF
DIFAHAMI RPI
BERSESUAIAN DIGUBAL
& BERSAMA
REALISTIK
PENUBUHAN JAWATANKUASA RPI
DI PERINGKAT SEKOLAH
Penubuhan Jawatankuasa RPI di peringkat sekolah
amat perlu dilaksanakan bagi menjamin kelancaran
dan keberkesanan dalam menentukan isu major,
aktiviti intervensi, bentuk sokongan dan keperluan
lain yang diperlukan oleh seseorang MBK.
CONTOH JAWATANKUASA RPI
SEKOLAH PENDIDIKAN KHAS( SPK )
(PENGERUSI)
PENGETUA/GURU BESAR
SETIAUSAHA
PK KURIKULUM
AHLI JAWATAN KUASA RPI
GURU IBU/BAPA/ GURU B&K / PPM GURU MATA PEGAWAI
KELAS PENJAGA KAUNSELOR PELAJARAN PUSAT
PERKHIDMATAN
(3PK)
JAWATANKUASA RPI SEKOLAH
PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI(PPKI)
PENGERUSI
( GURU BESAR )
NAIB PENGERUSI
( PENOLONG KANAN 1 )
SETIAUSAHA
( PENOLONG KANAN / PENYELARAS PENDIDIKAN KHAS )
AHLI JAWATANKUASA RPI
GURU KELAS GURU MATA IBU BAPA PEGAWAI PUSAT GURU B&K / PPM
PEN.KHAS PELAJARAN PERKHIDMATAN KAUNSELOR
(3PK)
(JIKA ADA)
PERANAN DAN SUMBANGAN AJK RPI
1. Pentadbir Sekolah :
❑ mempengerusikan sesi sidang pertama dan kedua .
❑ memperkenalkan semua ahli jawatankuasa RPI.
❑ menjawab soalan-soalan berkaitan dengan pentadbiran.
❑ bertindak segera ke atas perkara yang perlu diselesaikan
berkaitan dengan pelaksanaan RPI.
2. Ibu Bapa / Penjaga :
❑ memberi maklumat yang tepat tentang anaknya.
❑ berkerjasama menentukan isu major / utama anak mereka.
❑ menentukan matlamat jangka panjang yang diingini.
❑ bekerjasama mewujudkan kesinambungan pengajaran antara
sekolah dan rumah dengan cara mengambil dan menyemak
RPI anak.
3. Guru Kelas Pendidikan Khas :
❑ mengumpul maklumat MBK.
❑ membuat modifikasi dan adaptasi kurikulum berdasarkan
kepada keperluan MBK.
❑ mengajar MBK secara individu berdasarkan kepada
keperluan dan kesesuaian MBK.
❑ mengambil tindakan ke atas perkara yang telah dipersetujui.
❑ memberi maklumat mengikut tahap keupayaan dan
kekurangan pembelajaran MBK.
❑ berhak menolak sebarang cadangan dari mana-mana pihak
jika cadangan itu di luar kemampuannya.
❑ membuat penilaian dan pemantauan ke atas MBK.
4. Pencatat (RPI) Guru Mata Pelajaran
❑ memastikan proses RPI iaitu sidang, matlamat, faktor
keupayaan dan akademik berfungsi ditulis oleh guru.
❑ bersidang dan berbincang dengan kumpulan permuafakatan
RPI bagi mengenalpasti isu major yang perlu diberikan
intenvensi untuk meningkatkan kefungsian MBK.
❑ menyediakan sidang, matlamat, faktor keupayaan dan akademik
berfungsi berdasarkan isu major yang telah diputuskan dalam
persidangan RPI.
❑ bertanggungjawab sepenuhnya atas pengisian RPI bagi MBK di
bawah penyelian masing-masing.
❑ memastikan sebarang perubahan pada intevensi perlu
dicatatkan oleh pencatat RPI selepas menerima makluman
daripada guru-guru.
❑ memantau intervensi mengikut keperluan masing-masing
dengan menjurus kepada kekangan utama yang dihadapi oleh
MBK.
❑ merancang dan melaksanakan pembelajaran dan
pemudahcaraan (PdPc) dengan menyediakan RPH dan RPT
(SPI Bil.3/1999): ( Penyediaan Rekod Pengajaran dan
Pembelajaran.
❑ Memaklumkan kepada penyelaras RPI untuk mengadakan
persidangan bagi membincangkan isu seterusnya sekiranya isu
major/utama telah berjaya diatasi.
5. Pusat Perkhidmatan Pendidikan Khas (3PK)
❑ memberi khidmat bantuan kepada MBK
mengikut keperluan dan keutamaan.
❑ Memberikan khidmat nasihat dan
tunjukcara kepada guru-guru pendidikan
khas dalam memberikan intenvensi kepada
MBK.
❑ menyediakan maklumat professional
tentang permasalahan dan kekuatan MBK
dari aspek kepakaran mereka.
6. Guru Bimbingan dan Kaunseling atau
Kaunselor
❑ memberi khidmat nasihat kepada ibu
bapa atau penjaga.
❑ memberikan motivasi dan keyakinan diri
kepada guru-guru pendidikan khas
❑ mengadakan sesi kaunseling individu dan
kelompok kepada MBK yang dikenalpasti
menghadapi kekangan atau kekurangan.
KEPENTINGAN
RANCANGAN
PENDIDIKAN INDIVIDU
(RPI)
4.0 PENGENALAN
RPI membolehkan MBK mengikuti program pendidikan yang
dirancangkan sama ada yang telah diadaptasi atau dimodifikasi
dengan lebih berkesan bagi tujuan menyimpan rekod dari aspek
seperti berikut :-
a. Jenis intervensi yang perlu diterima dan dipelajari oleh
MBK.
b. Jenis modifikasi dan adaptasi yang dibuat ke atas
kurikulum asal.
c. Jenis strategi dan teknik pengajaran yang perlu digunakan.
Proses RPI memberi pelbagai kebaikan dan keuntungan
kepada:
1. MURID BERKEPERLUAN KHAS
❑ setiap perancangan pendidikan yang digubal bertujuan
membantu MBK dalam proses pembelajaran.
❑ memberi peluang untuk terlibat dalam program pembelajaran
yang dirangka.
❑ menjadikan matlamat dan objektif lebih jelas.
2. GURU-GURU
❑ menerangkan peranan dan tugas mereka dengan jelas.
❑ memberi peluang untuk mendapat maklumat tentang MBK.
❑ menyediakan forum untuk mendapatkan bantuan, resos,
sokongan dan perkhidmatan daripada pihak yang berkaitan.
❑ menyediakan dokumentasi bagi tujuan kesinambungan amalan
dalam segala aspek perkhidmatan yang disediakan dan resos
yang diperlukan.
❑ menyediakan bantuan untuk menyelesaikan isu.
❑ menyediakan pertolongan untuk memenuhi cabaran.
❑ mendapatkan maklumat yang tepat daripada mereka yang
berhubung rapat dengan MBK.
❑ memastikan bidang tugas yang memerlukan nasihat golongan
professional.
4.3 IBU BAPA ATAU PENJAGA
❑ memberi peluang untuk terlibat secara langsung dalam
menyediakan objektif dan matlamat anak mereka.
❑ memberi peluang untuk mendapat penerangan dengan jelas
tentang perkara yang perlu dilakukan bagi membantu
pembelajaran anak mereka di rumah.
❑ menyediakan forum untuk meminta bantuan, resos, sokongan
dan perkhidmatan daripada pihak yang berkaitan.
❑ memberi peluang untuk berkongsi maklumat dengan kumpulan
pelbagai displin yang terlibat secara langsung dengan anak
mereka.
4. AGENSI YANG BERKAITAN
❑ memperolehi maklumat yang sistematik untuk mengenal
pasti keperluan individu MBK.
❑ memperolehi maklumat tentang perkhidmatan penilaian
berdasarkan kepada objektif yang ditentukan.
❑ membantu mengenal pasti keperluan latihan.
5. SEMUA YANG TERLIBAT
❑ memberi peluang untuk meningkatkan komunikasi.
❑ menyediakan forum untuk menyelesaikan masalah.
❑ merangsang peningkatan tahap pendidikan.
❑ mewujudkan pakar perancangan dari pelbagai
peringkat untuk merangka program pendidikan.
❑ mengadakan program penilaian.
LANGKAH-LANGKAH
PENYEDIAAN
RANCANGAN PENDIDIKAN INDIVIDU
(RPI)
PENGENALAN
Penyediaan RPI memberi peluang kepada semua
pihak yang terlibat dengan MBK untuk sama-sama
merancang satu program yang paling penting
bersesuaian untuk seseorang MBK. Di antara langkah-
langkah penyediaan RPI yang wajar dilakukan adalah
seperti berikut :
PROSES PENYEDIAAN
RPI
Meliputi aktiviti bagi memastikan perancangan
pengajaran dan pembelajaran yang sesuai serta
berkesan dapat diberikan kepada MBK. Di antara
proses RPI yang terlibat adalah seperti berikut :
1. Pra Sidang
2. Sidang Pertama ( mesyuarat )
3. Penulisan RPI
4. Pelaksanaan
5. Perekodan
6. Sidang Kedua ( penilaian )
CONTOH CARTA ALIR PROSES PENYEDIAAN
RPI
PRA SIDANG
OBJEKTIF / SIDANG OBJEKTIF /
STRATEGI PERTAMA ISU UTAMA
(MESYUARAT) BERIKUTNYA
BARU
PENULISAN
RPI
PELAKSANAAN
RPI
GAGAL PEREKODAN OBJEKTIF
TERCAPAI
SIDANG
KEDUA
(PENILAIAN)
Carta Alir Pembentukan Rancangan Pendidikan Individu (RPI)
Sumber : Buku Panduan RPI Murid-Murid Berkeperluan Khas 2000
Kementerian Pelajaran Malaysia
PRA SIDANG
INDIVIDU-INDIVIDU YANG TERLIBAT DALAM
SESI PRA SIDANG
❑ Penolong Kanan atau Penyelaras Pendidikan Khas
❑ Guru Kelas
❑ Guru Mata pelajaran
❑ Pegawai Pusat Perkhidmatan (3PK)
LANGKAH 1 - PRA SIDANG
Bertujuan untuk mengumpul maklumat bagi menentukan apakah
isu utama dan isu kecil berdasarkan kepada maklumat yang
dikumpul dan diperolehi semasa proses mengenalpasti
dilakukan. Dapatan maklumat boleh diperolehi berdasarkan
tugas dan tanggungjawab seperti berikut ;
1.1 Rujukan kepada pihak yang terlibat :
Pada dapatan ini hubungan komunikasi yang baik perlu
berlaku dan diwujudkan iaitu;
❑ antara guru
❑ antara ibu bapa dan sekolah
❑ antara sekolah dan agensi luar yang terlibat
2. PENGUMPULAN DATA
a) Mengumpul segala maklumat yang berkaitan dengan
kekuatan, kekurangan dan keperluan MBK yang
boleh membantu proses pengajaran dan
pembelajaran melalui;
❑ borang biodata MBK
❑ sejarah hidup termasuk aspek kesihatan dan
perkembangan MBK
❑ borang kaji selidik akademik
❑ ujian diagnostik
❑ Borang domain pendidikan khas
6 DOMAIN PENDIDIKAN KHAS
20 Ogos 2010 oleh Ahli Jawatankuasa Kerja LINUS-NKRA Bil.
13/2010 Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK) bersetuju BPKhas
membina satu program alternatif bagi membantu MBK dalam
penguasaan literasi dan numerasi.
1. Kognitif
2. Bahasa dan Komunikasi
3. Tingkahlaku
4. Sosial emosi
5. Motor Kasar
6. Motor Halus
b) Perkara yang perlu diberi perhatian dalam proses pengumpulan
maklumat ini adalah;
❑ cara mendapatkan maklumat yang berkaitan dengan MBK.
❑ individu yang akan mengumpul maklumat berkenaan.
❑ jenis bantuan yang diperlukan dalam proses mengumpul maklumat
❑ sejauh mana penglibatan MBK
❑ sejauh mana penglibatan ibu bapa atau penjaga
❑ sejauh mana penglibatan khidmat sokongan.
c) Perbincangan tentang isu atau kekangan untuk memilih satu atau lebih
isu utama bagi setiap MBK.
d) Semua guru mata pelajaran menyatakan intervensi yang sesuai
untuk dimasukkan dalam penulisan RPI.
e) Maklumat yang terkumpul hendaklah dianalisa, dirumus dan dicatat
dalam borang rumusan Pra Sidang setelah isu utama dikenalpasti
sebagai panduan semasa sesi Sidang atau mesyuarat Ahli
Jawatankuasa RPI diadakan.
e. Maklumat yang terkumpul hendaklah dianalisa, dirumus dan
dicatat dalam borang rumusan Pra Sidang.
CONTOH ISU UTAMA :
BIL. NAMA MBK DIAGNOSIS ISU UTAMA
1. Ali bin Bedul Tidak boleh memegang pensel
Syndrom Down dengan betul.
2. Melah binti Bunga Autisme Tidak memahami arahan yang
diberikan.
3. Donald ak Kintok Hyperaktif Tidak fokus dalam pembelajaran
ADHD
CADANGAN:
Guru-guru perlu mahir tentang Domain Pendidikan Khas kerana
kandungan dalam domain tersebut akan membantu untuk
memberikan intenvensi kepada MBK berdasarkan ISU UTAMA yang
telah dikenalpasti.
PERSEDIAAN AWAL UNTUK KE SIDANG PERTAMA IAITU:
• persediaan teperinci isu utama untuk setiap MBK.
• memo dalaman untuk pentadbir dan guru B&K atau kaunselor
• surat panggilan ibu bapa atau penjaga
• surat panggilan kepada 3PK.
• surat persetujuan yang perlu ditandatangani oleh ibu bapa atau
penjaga.
• persediaan tempat bersidang.
• persediaan lain-lain untuk siding pertama bersama ibu bapa atau
penjaga MBK seperti juru bahasa isyarat.
CONTOH ILUSTRASI PRA-SIDANG:
GURU TERAPIS
KELAS (JIKA ADA)
MEJA
PKPK/ GURU
PENYELARAS M.PELAJARAN
LANGKAH 2
SIDANG PERTAMA ATAU MESYUARAT
Sidang pertama atau mesyuarat RPI
mempunyai dua fungsi utama yang boleh
diperolehi berdasarkan tugas dan
tanggungjawab seperti berikut ;
1. ASPEK TUGASAN
❑ berkongsi maklumat.
❑ menyediakan matlamat dan objektif.
❑ menyenaraikan strategi pengajaran.
❑ membahagikan tugas kepada individu yang
terlibat dalam pengajaran.
❑ Menyediakan kriteria penilaian.
❑ menetapkan tarikh penilaian atau semakan
semula.
2. TANGGUNGJAWAB
❑ pastikan setiap orang berpeluang untuk mengeluarkan
pendapat.
❑ menerima pendapat dan persepsi daripada ahli lain.
❑ menghormati setiap ahli tanpa mengira pangkat dan
jawatan.
Pada peringkat ini, perkara-perkara berikut wajar dilakukan
iaitu ;
❑ wujudkan jawatankuasa RPI.
❑ mengedar maklumat yang diperolehi kepada semua ahli
yang terlibat.
❑ mengadakan mesyuarat yang dipengerusikan oleh guru
besar atau pengetua serta mana-mana pentadbir di
sekolah.