The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Info tentang perlaksanaan RPI

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by zamohakhas.kbb, 2022-02-25 10:48:56

Penataran RPI 2.0

Info tentang perlaksanaan RPI

Keywords: pendidikan

3. AGENDA MESYUARAT AJK RPI :

3.1 Pengenalan dan Agenda Mesyuarat

❑ peranan pengerusi mesyuarat adalah memperkenalkan
setiap ahli dan tugas masing-masing. Pengerusi juga perlu
menerangkan peranan ahli berkenaan dalam setiap aspek
pendidikan MBK.

3.2 Membuat analisa isu utama untuk keperluan intervensi dalam
pembelajaran:

❑ pembentukan perancangan yang sesuai bergantung kepada
ketepatan mengenal pasti isu utama, keperluan dan tahap
pencapaian semasa MBK.

3.3 Pembentukan matlamat dan objektif :

❑ aspek ini merupakan bahagian yang paling penting bagi
menyediakan perancangan pengajaran yang sesuai
berdasarkan kepada isu utama yang telah diputuskan di
dalam pra sidang.

❑ pembentukan matlamat jangka panjang, pendek dan
objektif memerlukan kepakaran dan kemahiran. Adalah
dicadangkan lebih baik sekiranya semua ahli sidang
pertama sebulat suara bersetuju untuk menentukan
objektif yang hendak dicapai oleh MBK.

3.4 Keputusan Untuk Mendapatkan Sokongan (Resos)

❑ dalam penulisan RPI, perlu ada sokongan yang hendak
digunakan bagi mencapai matlamat yang harus dicapai oleh
MBK. Sokongan inimungkin sedia ada di sekolah atau
sokongan tambahan boleh didapati daripada agensi-agensi
luar. Dalam hal ini semua ahli perlu berkerjasama untuk
mendapatkan sokongan yang diperlukan.

3.5 Sesi Bersama Ibu Bapa :

❑ penerangan utama oleh guru mata pelajaran sebagai
pencatat RPI.

❑ perbincangan isu utama bersama ibu bapa.

❑ penerangan terhadap surat persetujuan yang perlu
ditandatangani oleh ibu bapa.

❑ sekiranya bersetuju dengan pemilihan isu utama yang telah
dikenalpasti, penulisan RPI boleh dilaksanakan. Sekiranya
ibu bapa tidak bersetuju dengan isu utama yang telah
dikenalpasti semasa pra sidang, maka Sesi Pra Sidang dan
Sidang Pertama perlu diadakan semula dengan mengambil
kira cadangan daripada ibu bapa .

❑ menyediakan kriteria dan menetapkan tarikh sidang kedua
untuk semakan semula.

3.6 Penulisan Rancangan Pengajaran

❑ Keputusan yang dibuat dalam mesyuarat perlu dicatat
dalam dokumen RPI. Setiap ahli dalam mesyuarat RPI
tidak semestinya menandatangani dokumen ini tetapi
memadai nama mereka dicatat dan menyemak serta
membaca RPI yang telah disiapkan.

3.7 Penutup

❑ Bahagian ini merupakan peringkat yang paling penting
dalam dalam mesyuarat RPI. Setiap keputusan yang
telah dibuat dan dipersetujui bersama dibaca untuk
diperdengarkan kepada semua ahli untuk perhatian.
dalam mesyuarat ini keputusan akan dibuat untuk
menentukan tarikh mesyuarat yang akan datang iaitu
pada sesi Sidang Kedua atau Penilaian.

PERSEDIAAN AWAL UNTUK SIDANG KEDUA

A. Persediaan awal untuk Sidang Kedua ( penilaian ) iaitu:

❑ memo dalaman kepada pentadbir, pencatat RPI, guru kelas
dan guru bimbingan kaunseling atau kaunselor sekolah.

❑ surat panggilan ibu bapa atau penjaga.
❑ surat panggilan kepada terapis (3PK) ( jika perlu ).
❑ surat panggilan pegawai pendidikan khas daerah ( jika perlu ).
❑ surat panggilan pegawai kebajikan daerah ( jika perlu ).
❑ persediaan tempat bersidang.
❑ persediaan lain-lain untuk sidang pertama bersama

ibu/bapa/penjaga MBK seperti juru bahasa isyarat

CONTOH ILUSTARASI
SIDANG PERTAMA :

GURU PEGAWAI
KELAS PUSAT

PERKHIDMATAN
3PK

PENGETUA/ MEJA PKPK/
GURU PENYELARAS
BESAR/
GURU B&K /
IBU / BAPA / GURU MATA KAUNSELOR
PENJAGA PELAJARAN

BINCANG& SETUJU
TANDATANGAN
JALANKAN
TIDAK SETUJU RPI

ULANG PROSES
1&2

LANGKAH 3 - PENULISAN RPI

Tugas dan tanggungjawab di
dalam setiap penulisan RPI harus

mengandungi perkara-perkara
seperti berikut iaitu;

3.1 Nama AJK RPI

❑ Nama-nama ahli yang terlibat dalam
pengendalian RPI dan yang berkaitan dengan
pendidikan MBK adalah perlu disenaraikan
untuk tujuan rujukan.

3.2 Matlamat

❑ Merupakan pencapaian sasaran dalam jangka
masa panjang. Ia mestilah berkaitan dengan
objektif dan tahap pencapaian MBK masa kini.

3.3 Pencapaian MBK

❑ Tidak semestinya semua objektif perlu dicapai
dalam jangka masa tertentu. Pilih bidang-
bidang yang penting sahaja dan tumpukan satu
atau dua perkara pada satu-satu masa.

3.4 OBJEKTIF
❑ Merupakan pencapaian sasaran dalam jangka masa yang
ditetapkan.Ia perlu dinyatakan dengan teperinci dan tepat.
Objektif-objektif hendaklah disenaraikan menurut
keutamaan.

3.5 PROSEDUR DAN KRITERIA PENILAIAN
❑ Kriteria penilaian boleh juga dijadikan sebagai
sebahagian daripada objektif atau ditulis di
bahagian lain dalam tajuk yang berlainan.

3.6 STRATEGI PENGAJARAN

Menentukan MBK dapat mencapai objekif pengajaran. Strategi
ini tidak seharusnya ditulis dengan terperinci tetapiperlu ditulis
oleh guru mata pelajaran yang terlibat dengan penggubalan
RPI. Di antara strategi yang boleh digunakan seperti :

❑ bimbingan rakan sebaya setengah jam sehari.
❑ sistem kontrak dengan pengukuhan yang sesuai.
❑ membaca dirumah dengan penglibatan ibu bapa.
❑ latihan fisioterapi selama satu jam dua kali.
❑ seminggu.yang sesuai berdasarkan isu utama.

3.7 RESOS

Resos yang difikirkan sesuai dan perlu oleh AJK RPI harus
ditulis dengan jelas, sebagai contoh:

“ setengah jam bersama dengan rakan sebaya”
“ dua jam fisioterapi setiap hari”

3.8 ORANG YANG BERTANGGUNGJAWAB

❑ Penjelasan tanggungjawab adalah sangat penting untuk
menentukan individu yang bertanggungjawab untuk memastikan
MBK mencapai objektif pembelajaran. Setiap ahli yang akan
dipertanggungjawabkan perlu dimaklumkan terlebih dahulu untuk
membuat persiapan.

3.9 INKLUSIF
❑ dalam penulisan RPI harus dijelaskan jangkamasa dan sebab-
sebab mengapa MBK berkenaan diinklusifkan ke kelas biasa
terutamanya bagi MBK yang mengikuti kelas inklusif separa.

3.10 CATATAN
❑ ruang catatan digunakan untuk ulasan pencatat dan pihak-pihak
yang berkaitan dan juga boleh digunakan sebagai rekod.
Selain itu, ruangan ini boleh digunakan untuk mencatat penggunaan
resos.

LANGKAH 4 - PELAKSANAAN RPI

Di antara tugas dan
tanggungjawab dalam pelaksanaan

RPI adalah seperti berikut :

4.1 Tampal semua senarai isu major untuk memudahkan semua pihak
mengingatinya terutamanya bagi guru mata pelajaran.

4.2 Mengenal pasti keperluan bantuan atau sokongan yang diperlukan
oleh MBK untuk mencapai matlamat dan objektif.

4.3 Pelaksanaan intervensi (RPI) untuk MBK boleh dilaksanakan
dalam tempoh masa 2 / 3 / 4 bulan atau bergantung di atas
keperluan seseorang MBK tersebut.

4.4. Disemak setiap 2 minggu dimana semua guru mata pelajaran
bersama guru kelas perlu berkumpul dan membincangkan progres
murid.

4.5 Setiap guru yang memasuki ke kelas masih mengajar menggunakan
RPH berdasarkan potensi murid namun setiap orang guru perlu
menjalankan intervensi bagi MBK secara terus semasa proses PdP
berlangsung.

4.6 Pelaksanaan intervensi untuk MBK boleh dilaksanakan dalam
tempoh masa 3 bulan atau bergantung kepada keperluan MBK itu
sendiri.

4.7. Setiap penulisan RPI harus mengandungi perkara-

perkara berikut :

❑ nama mata pelajaran
❑ nama MBK
❑ tarikh lahir
❑ kategori keupayaan
❑ diagnosis
❑ tarikh mula
❑ tarikh semak
❑ pengetahuan sedia ada
❑ matlamat jangka panjang
❑ kekuatan / minat
❑ isu utama
❑ objektif jangka pendek
❑ strategi pengajaran dan pembelajaran
❑ penilaian
❑ catatan

Contoh Format Penulisan RPI :

Rancangan Pendidikan Individu

Nama : ………………………… Tarikh Lahir :…………………………..

Kategori Ketidakupayaan : ……………………………. Diagnosis : …………………………….

Tarikh Mula : ………………………… Tarikh Semak : ……………………….

Pengetahuan Sedua Ada :
…………………………………………………………………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………………………………………………………………
Matlamat Jangka Panjang :
…………………………………………………………………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………………………………………………………………
Matlamat Jangka Pendek
…………………………………………………………………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………………………………………………………………
Kekuatan / Minat :
…………………………………………………………………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………………………………………………………………
Isu Utama :
…………………………………………………………………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………………………………………………………………

OBJEKTIF STRATEGI PENILAIAN CATATAN
JANGKA PENDEK PENGAJARAN DAN

PEMBELAJARAN

LANGKAH 5 – PEREKODAN

Tugas dan tanggungjawab
dalam proses perekodan RPI

adalah seperti berikut :

5.1 Perbincangan pencapaian MBK boleh dilakukan selepas 2
minggu RPI dilaksanakan dan direkodkan dengan tujuan
untuk memastikan sama ada aktiviti intevensi perlu
diteruskan atau perlu diubah aktiviti intevensinya
berdasarkan isu major yang difokuskan.

5.2 Perlu merekodkan setiap aktiviti intevensi yang telah
dilaksanakan bagi setiap orang MBK oleh semua guru mata
pelajaran.

5.3 Sesi perbincangan perlu dikendalikan oleh Penolong Kanan
Pendidikan Khas atau Penyelaras Program Pendidikan Khas
Integrasi (PPKI) selaku penyelaras RPI.

5.4 Teruskan intervensi sekiranya MBK tidak menampakkan
perubahan dalam tempoh masa tersebut dengan perlu
mengubah kepadaaktiviti yang baru.

5.5 Sekiranya MBK tersebut telah menampakkan perubahan
yang positif dalam aktiviti intervensi yang diberikan,
pencatat RPI boleh mengubahnya kepada isu utama yang
seterusnya.

LANGKAH 6 - SIDANG KEDUA ATAU PENILAIAN )

Pada langkah ini, sidang kedua
atau penilaian perlu dibuat untuk
menilai sejauh mana keberkesanan
intervensi yang telah diterima oleh
MBK hasil daripada aktiviti PdP

yang dilaksanakan oleh setiap
orang guru mata pelajaran.

6.1 Persediaan awal untuk Sidang Kedua ( Penilaian ) iaitu:

Tugas dan Tanggungjawab:

❑ penyediaan RPI yang telah lengkap berdasarkan isu major
bagi setiap orang murid yang telah dipersetujui bersama
dalam Sidang Pertama.

❑ memo dalaman kepada pentadbir, guru bimbingan dan
kaunseling atau kaunselor sekolah

❑ surat panggilan kepada terapis (3PK)

❑ surat panggilan ibubapa
❑ surat panggilan Pegawai Pendidikan Khas JPN ( jika perlu)
❑ surat panggilan Pegawai Pendidikan Khas Daerah (jika perlu)

❑ surat panggilan Pegawai Kebajikan Daerah ( jika perlu )
❑ persediaan tempat bersidang
❑ persediaan lain-lain yang difikirkan sesuai dan perlu untuk

Sidang Kedua

6.2 FUNGSI SIDANG KEDUA ATAU PENILAIAN

Tugas dan Tanggungjawab:

❑ memaklumkan kepada ibu bapa berkaitan tentang perkembangan
dan pencapaian anak mereka.

❑ pencatat RPI perlu membentangkan maklumat pencapaian
MBKdengan tepat

❑ samaada isu utama telah dapat diselesai atau tidak dapat
diselesaikan.

❑ mendapatkan keputusan sama ada isu utama perlu diteruskan
dengan isu utama yang sama atau bertukar kepada isu kedua
bersesuaian dengan keadaan semasa MBK tersebut.

❑ membuat keputusan sama ada perlu diteruskan dengan isu yang
sama ( sekiranya gagal ) atau tukar kepada isu utama seterusnya
berdasarkan kepada keputusan penilaian dan tahap kemampuan
MBK tersebut.

❑ sekiranya semua isu utama dan kecil MBK telah selesai maka
RPI boleh ditamatkan apabila murid ke inklusif penuh dan
mengambil peperiksaan awam.

CONTOH ILUSTRASI
SIDANG KEDUA ATAU PENILAIAN

GURU IBUBAPA/
MATA PENJAGA
PELAJARAN

PENGETUA MEJA TERAPIS
/GURU BESAR (3PK)

PKPK/ GURU B&K /
PENYELARAS KAUNSELOR

PPKI

MEMBUAT KEPUTUSAN

MATLAMAT RPI

Matlamat jangka panjang yang menyatakan tentang kemampuan
secara umum apa yang akan berlaku kepada MBK.

• bersifat positif.
• mengambil kira kekuatan/kekurangan MBK.
• matlamat dirancang bersama ibu bapa dan panel lain.
• perbincangan penulisan matlamat hendaklah dilakukan sebelum

mesyuarat RPI dilakukan secara rasmi.

Matlamat jangka pendek yang menyatakan tentang kemampuan
MBK memberi tindak balas terhadap pengajaran guru dalam
tempoh masa tiga bulan.

Pada kebiasaannya matlamat yang dibuat oleh guru dan ibu bapa
berbeza. Oleh itu adalah penting bagi pihak sekolah dan ibu bapa
mendapatkan kata sepakat berkaitan dengan penulisan objektif
yang hendak dicapai oleh MBK.

OBJEKTIF RPI

10.0 Pengenalan :
Objektif ialah pencapaian yang akan dicapai oleh MBK
dalam satu jangka masa pendek yang mana kemahiran itu
akan membantu untuk mencapai matlamat.

10.1 Objektif boleh di kategorikan sebagai:
❑ Objektif tingkah laku.
❑ Objektif pengajaran dan pembelajaran.

10.2 Keperluan dan kebaikan menulis objektif :

Membentuk matlamat dan objektif dalam RPI merupakan satu daripada
keperluan pengajaran dan pembelajaran pendidikan khas. Di antara
kebaikan mewujudkan objektif dalam penulisan RPI adalah:

a) Menggalakkan perancangan pengajaran dan penilaian yang
bersistematik.

b) Meningkatkan kebolehpercayaan boleh digunakan oleh semua pihak
sebagai pengukur sama ada apa yang boleh diajar sudah tercapai atau
belum.

c) Meningkatkan motivasi MBK.

d) Menyediakan guru untuk merancang pembelajaran dengan lebih
tepat dan lengkap. Setiap guru perlu merancang apa-apa jenis intervensi
yang akan diajar kepada MBK.Tindakan ini, akan membantu mereka
merancang pengajaran dan pembelajaran mengikut keperluan dan isu
utama MBK.

e) Objektif ditulis dengan jelas akan dapat memberi kefahaman yang
lebih kepada semua pihak tentang apa yang diharapkan dan ia akan
dicapai oleh MBK. Ia juga memberi peluang kepada guru untuk
berbincang dengan semua pihak yang terlibat.

f) Menjadi asas menentukan matlamat pengajaran dan membantu
menjelaskan lagi perkara yang perlu diajar kepada MBK.

10.3 Komponen Objektif Pengajaran :

Objektif jangka pendek adalah lebih khusus jika
dibandingkan dengan objektif jangka panjang.

Objektif perlu mengandungi empat komponen
utama iaitu;

a) Tingkah laku yang akan dilakukan oleh MBK.

b) Keadaanyang mana MBK akan melakukan
perubahan tingkahlaku.

c) Kriteria untuk menjayakan perlakuan
tingkah laku.

d) Sejauh mana keterlibatan MBK dalam
pencapaian objektif?

10.4 Peringkat-Peringkat Penulisan Objektif :

Pihak yang terlibat dalam penulisan RPI perlu
mengetahui perkara-perkara berikut;

a) Apa yang dapat dilakukan oleh MBK?

b) Bila dan di mana tingkah laku itu berlaku?

c) Tanda-tanda yang memberi gambaran bahawa MBK
itu telah mencapai objektif.

10.5 Pemilihan Objektif :

Guru harus memastikan bahawa objektif yang dipilih
itu mencerminkan apa yang boleh dicapai oleh MBK.
Pemilihan objektif haruslah berpandukan kepada
keutamaan.

10.6 Persoalan yang akan membantu AJK RPI memilih
objektif yang bersesuaian dengan keperluan MBK.

❑ adakah dengan pencapaian objektif ini akan
membantu pencapaian matlamat?

❑ adakah objektif itu bermakna kepada MBK?

❑ adakah ibu bapa telah diberitahu tentang objektif
ini?

❑ adakah dengan pencapaian objektif ini akan
membantu pencapaian matlamat?

❑ bagaimanakah objektif itu bersesuaian dengan
kemahiran lain yang perlu dicapai oleh MBK?

❑ bagaimanakah objektif itu bersesuaian dengan
program yang dijalankan dalam bilik darjah?

LAMPIRAN

LAMPIRAN D

Contoh Surat Panggilan Mesyuarat Pelaksanaan
[ KEPALA SURAT SEKOLAH

Rujukan Kami:
Tarikh : ……………

Seperti Senarai Edaran,
Tuan / Puan,
MESYUARAT PELAKSANAAN RANCANGAN PENDIDIKAN INDIVIDU (RPI)

Dengan segala hormat perkara di atas adalah dirujuk.

2. Dimaklumkan bahawa Program Pendidikan Khas Integrasi akan membincangkan intevensi bagi murid berkeperluan khas (MBK) dalam
Rancangan Pendidikan individu.

3. Sehubungan dengan itu, pihak sekolah ingin menjemput tuan / puan untuk hadir ke mesyuarat di atas sepertimana ketetapan berikut :

Tarikh :
Masa :

Tempat :

2. Kerjasama dan keprihatinan tuan / puan amat dihargai oleh pihak sekolah.

Sekian, terima kasih.

BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

Saya yang menjalankan amanah,

................................................
()

Pengetua/Guru Besar

LAMPIRAN C

CONTOH SURAT PERSETUJUAN IBU/BAPA/PENJAGA UNTUK PELAKSANAAN RANCANGAN PENDIDIKAN INDIVIDU (RPI)

Alamat Ibu / Bapa / Penjaga .Tarikh :..................................
.......................................................
......................................................

.....................................................

...........................................................................................................................................................................................................................................

Kepada,

Pengetua/Guru Besar
.....................................................
.....................................................

.....................................................

Tuan/Puan,

PERSETUJUAN IBU/BAPA/PENJAGA UNTUK PELAKSANAAN RANCANGAN PENDIDIKAN INDIVIDU (RPI)

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Dimaklumkan bahawa saya……………………….. ibu / bapa / penjaga kepada ………………. Bersetuju dengan pelaksanaan Rancangan Pendidikan
Individu yang dijalankan terhadap anak saya bagi tujuan meningkatkan keberkesanan pembelajarannya sepertimana yang telah diperjelaskan kepada
saya.

3. Kerjasama daripada pihak tuan saya ucapkan ribuan terima kasih.

Sekian.

Yang benar.

....................................
()

CONTOH FORMAT PENULISAN RPI

Rancangan Pendidikan Individu

Mata Pelajaran : …………………………

Nama MBK : ……………………………. Tarikh Lahir :…………………………..

Kategori Ketidakupayaan : ……………………………. Diagnosis : …………………………..

Tarikh Mula : …………………………… Tarikh Semak : …………………………..

Pengetahuan Sedia Ada :
…………………………………………………………………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………………………………………………………………

Matlamat Jangka Panjang :
…………………………………………………………………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………………………………………………………………
Matlamat Jangka Pendek :
…………………………………………………………………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………………………………………………………………

Kekuatan / Minat MBK :
…………………………………………………………………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………………………………………………………………

Isu Major / Utama :
…………………………………………………………………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………………………………………………………………

OBJEKTIF STRATEGI PENGAJARAN PENILAIAN CATATAN
JANGKA PENDEK DAN PEMBELAJARAN

SENARAI AHLI JAWATANKUASA
RANCANGAN PENGAJARAN INDIVIDU ( RPI )
PERINGKAT SEKOLAH DI PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI (PPKI )

1. Pengetua / Guru Besar Pengerusi
2. Penolong Kanan Pentadbiran Naib Pengerusi
3. Pkanan /Penyelaras Program Pendidikan Khas Setiausaha
4. Ahli Jawatankuasa RPI:

4.1 Guru Pendidikan Khas
4.2 Ibu /Bapa / Penjaga
4.3 Pakar Terapi
4.5 Pembantu Pengurusan Murid ( PPM )

PIHAK TERLIBAT / KHIDMAT SOKONGAN

1. Penolong Kanan Pendidikan Khas (PKPK)
2. Guru Kelas
3. Guru Mata Pelajaran
4. Ibu / bapa/ penjaga / ahli keluarga
5. Pentadbir sekolah
6. Pengamal perubatan
7. Pusat Perkhidmatan 3PK

•Jurupulih pertuturan
•Jurupulih anggota
•Jurupulih carakerja
•Ahli psikologi pendidikan
8. Guru Bimbingan&Kaunseling / Kaunselor
9. PPD ( Jika perlu )
10. JPN (Jika perlu)
11. JKM
12. Ngo Berkaitan

CONTOH PENULISAN RANCANGAN PENDIDIKAN INDIVIDU (RPI) MANUAL
PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI :……………………………………

Nama: Ali bin Zam TarikhLahir : Tarikh Mula: Tarikh Semak:

19 Mac 2013 2. 2. 2019 2.05.2019

Kategori Kurang Upaya : Masalah Pembelajaran Diagnosis : SIndrom Down

Umur : 7 tahun

Isu Utama : Tidak boleh memberitahu apabila hendak ke tandas

Pengetahuan Sedia Ada Boleh mendengar arahan mudah

Matlamat Jangka Panjang Dapat memberitahu apabila hendak membuang air kecil atau air besar

Matlamat Jangka Pendek Dapat mengetahui lokasi tandas tanpa bimbingan guru.

Kekuatan / Minat Suka mendengar muzik

BahaOnBBJaEnKtTuIFMengajar STRATKEaGdI PpEeNrkGaAtJaAaRnAdNaDnAkNad gambar PENILAIAN CACATAN

JANGKA PENDEK PEMBELAJARAN

Murid akan dapat : 1. Lawatan ke tandas Jangkamasa : 3 bulan .
1. Memaklumkan 1.1 Guru membawa murid ke 1. Soal jawab lisan
tandas di kelas dan sekolah 2. Maklumat daripada guru Mata
apabila perlu ke 1.2 Latihan memberitahu apabila
tandas hendak ke tandas. Pelajaran berdasarkan Isu
a. Guru membimbing murid utama yang sama.
menggunakan perkataan 3. Latihan amali bermula dari
mudah 12.03 2019 hingga 21.05.2019
b. Guru membimbing murid
menggunakan isyarat
tangan
c. Latihan amalli ke tandas

Tandatangan Ibu /Bapa /Penjaga : Di Semak Oleh : Tandatangan Ibu/Bapa/Penjaga :
…………………………………… …………………… …………………………………………..
() () ()
Tandatangan Guru Pencatat : Di Sahkan Oleh :
………………………………………. ……………………. Tandatangan Guru Pencatat:
() () ………………………………………..
Tarikh Sidang Pertama : ()
……………………………….. Tarikh Sidang Kedua :

……………………………..

CONTOH SENARAI SEMAK RPI

Nama: Ali bin Zam Tahun : 1 Gemilang Komponen : Pengurusan Diri
Kemahiran Item Kemahiran Yang Diuji
Boleh Sedang Sudah Catatan
Menguasai Menguasai Menguasai
3.1 Memaklumkan apabila perlu ke tandas.
3.1.1 Mengetahui lokasi tandas. / / /
3.1.2 Boleh menunjukkan arah tandas. / /
3.1.3 Boleh membezakan tandas dan bilik-bilik lain. / /
3.1.4 Boleh menyatakan apabila perlu ke tandas.
3.1.5 Boleh memberi isyarat apabila perlu ke tandas. / Tidak diuji
3.1.6 Boleh melakonkan aksi secara lisan apabila perlu /
ke tandas. Tidak diuji
3.1.7 Boleh melakonkan bersama rakan. /
3.1.8 Boleh membiasakan diri ke tandas setiap hari
selepas rehat. /
3.1.9 Boleh ke tandas bersama rakan selepas waktu
rehat. Tidak diuji
3.3 Menama dan mengenal jenis tandas dan alatan. Tidak diuji
3.3.1 Boleh menyebut alatan di dalam bilik air Tidak diuji
(berdasarkan gambar)
3.3.2 Boleh menyebut alatan di dalam bilik air /
(berdasarkan gambar) /
3.3.3 Boleh menamakan gambar yang ditunjukkan. /
3.3.4 Boleh menyebut semula kedua-dua tandas.
3.3.5 Boleh menunjukkan tandas cangkung atau duduk. /
3.3.6 Boleh mengecam lokasi mangkuk tandas.
3.3.7 Boleh mengecam bentuk paip air ( pili )
3.3.8 Boleh mengetahui bentuk paip air ( pili )
3.3.9 Mengetahui lokasi paip air dan hos air.

Pangakuan Pencatat RPI : ............................................... Disemak : ......................................
Tarikh : ...............................

FAKTOR KEUPAYAAN

NAMA MURID: Julia Anak Bujang
UMUR : 8 TAHUN

KATEGORI:
BD (Mengikuti Kurikulum Standard Sekolah Rendah Pendidikan Khas Kurang
Upaya Pendengaran (Semakan Tahun 2017) Tahun 2

KESEDIAAN:
1. Memakai implan koklea.
2. Mengikuti terapi pertuturan bersama pegawai 3PK di SKPK

Kuching, Sarawak (out reach)
3. Murid mempunyai alat artikulasi yang sempurna dan tidak bisu.

KEKANGAN:

1. Memahami arahan guru hanya apabila diisyaratkan dengan
bahasa isyarat/ secara bertulis

2. Kurang mengupayakan kemahiran auditori untuk mendengar
arahan lisan

3. Kurang memahami pertuturan rakan sebaya dalam bilik darjah
4. Sukar melibatkan diri dalam aktiviti berkumpulan.

PERSIDANGAN

1. Apakah keputusan yang diperolehi dari panel
permuafakatan RPI?

2. Apakah draf intervensi yang dicadangkan oleh panel
permuafakatan RPI?

Jangan lupa !!!

Penulisan keputusan sidang haruslah dalam bentuk ayat
positif
Berdasarkan faktor keupayaan Julia, panel permuafakatan
RPI telah bersetuju untuk menangani isu major Julia iaitu
Meningkatkan keupayaan kognitif Rabindra untuk
mengenal dan membezakan objek di sekelilingnya

AKADEMIK BERFUNGSI

Dalam ruangan ini, cikgu akan menyenaraikan objektif dan intervensi
bagi mengatasi isu major yang telah diputuskan dalam persidangan
RPI.
Jawab persoalan berikut:
Apakah matlamat jangka pendek Rabindra?
Bagaimanakah hendak mencapai matlamat jangka pendek Rabindra?

Kenalpasti objektif dan langkah-langkah intervensi secara ansur maju.

Mencerakinkan objektif tersebut dalam langkah-langkah yang kecil.

Matlamat Jangka Pendek (Isu Major/Keputusan Sidang): Mengupayakan kemahiran auditori Julia untuk
mendengar dan memahami arahan lisan

TEKNIK ANSUR MAJU UNTUK MENCAPAI MATLAMAT JANGKA PENDEK JULIA

Intervensi/Langkah-langkah:• Mengenal dan Objektif 2: • Mendengar dan memahami Selesai
Intervensi/Langkah-langkah:memahami arahan Julia dapat membentuk arahan lisan dan memberi • Bersidang untuk
Intervensi/Langkah-langkah:lisan dengan bantuankefahaman daripada pelbagaimaklum balas yang
kad imbasan (rajah). bersesuaian dengan menentukan isu
sumber dengan konteks/keadaan. major/matlamat
• Mengupayakan alat menggabungjalinkan kemahiran jangka pendek
artikulasi Julia untuk auditori dengan fungsi deria • Melibatkan diri dalam aktiviti yang
bertutur secara lisan kumpulan dan menyuarakan seterusnya.
di samping memahami yang lain pendapat secara lisan/
bacaan bibir dari bertulis.
sekelilingnya. • Mendengar dan memahami
arahan lisan tanpa bantuan • Mengulas
Objektif 1: kad imbasan (rajah) pendapat/mempersembahka
Julia dapat memahami n idea secara bertulis/lisan.
arahan lisan secara • Boleh bertutur dengan jelas
dan boleh difahami dengan Objektif 3:
berpandu bimbingan. Julia dapat memahami arahan

• Mentafsir maklumat yang lisan tanpa bantuan/tanpa
diperoleh dan memberi bahan ransangan
maklum balas tersebut
secara verbal/non-verbal
dengan bimbingan

RPI BUKAN RPT ATAU RPH
TETAPI

SALING BERGANTUNGAN
DI ANTARA

SATU LAIN SAMA LAIN

SEKIAN TERIMA KASIH


Click to View FlipBook Version