BUKU LOG UNIT PENGAKAP DISEDIAKAN OLEH SOR CHU MIN (UNIT X12)
1 ISI KANDUNGAN No. ISI KANDUNGAN MUKA SURAT 1. Biodata diri 3 2. Maklumat pengenalan unit, lambang, bendera, congan kata/moto, ikrar dan lagu unit 4-11 3. Sejarah Pengakap Malaysia dan Pengakap Dunia 12-13 4. Perlembagaan dan Undang-undang Persekutuan Pengakap, pengasas, Sejarah penubuhan, tujuan penubuhan dan istiadat rasmi. 14-28 5. Struktur organisasi Pengakap pelbagai peringkat 29-38 6. Dasar Keagamaan 39 7. Pengurusan dan pentadbiran kumpulan 40-44 8. Pakaian seragam Pengakap, protocol dan pemakaian lencana dan tanda pangkat. 45-52 9. Skim Latihan Pengakap Kanak-kanak 53-65 10. Merancang Program / aktiviti kumpulan 66-71
2 BIODATA Nama : Sor Chu Min No. Kad Pengenalan : 030928-02-0779 Tarikh Lahir : 28/09/2003 No. Telefon : 019-589 8781 E-mel : [email protected] Pengkhususan : Bahasa Cina Program : PISMP Ambilan : Jun 2022 Nama Pensyarah : Pn. Zaharah Bt Abdul Manaf
3 MAKLUMAT PENGENALAN UNIT, LAMBANG, BENDERA, COGAN KATA/MOTO, IKRAR DAN LAGU UNIT 1.0 Maklumat Pengenalan Unit Pengakap • Definisi ➢ Pergerakan pengakap didefinisikan sebagai sebuah pergerakan sukarela yang bebas daripada pengaruh daripada pengaruh politik dalam usaha untuk melatin genarasi muda serta terbuka kepada semua golongan masyarakat tapa mengira agama, bangsa dan keturnannya. Definisi ini adalah selaras dengan tujuan, prinsip dan kaedah kepengakapan (scout method) yang dilhamkan oleh pengasasnya iaitu Lord Baden-Powell. • Matlamat ➢ Untuk melatih generasi muda bag melahirkan individu yang berpotensi dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial (JERIS) serta tanggungjawab terhadap masyarakatya, negaranya dan seterusya masyarakat antarabangsa. ➢ Menyediakan rancangan latihan yang progresif, menyeronokkan dan menarik berdasarkan kepada Persetiaan dan Undang-undang serta berpandukan kepada kepimpinan dewasa. ➢ Menyediakan pelan pelaksanaan yang berbeza dengan yang lain. Pelan periu bersifat holistic dengan mengambilkira sema aspek ➢ Penyesuaian sistem latihan mengikut peringkat umur dan kematangan ahli melalui unit-unit tertentu. • Falsafah ➢ Pergerakan Pengakap mempunyai tujuan untuk member latihan kepengakapan yang berasaskan prinsip dan Undang-Undang Pengakap ke arah mencapai nilai-nilai murni dan mengeratkan persaudaraan pengakap antara bangsa tapa mengira warna kulit, agama dan kebudayaan serta bersepadu bag mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani dan jasmani dengan berdasarkan kepercayaan kepada Tuhan.
4 • Objektif ➢ Menggalakkan lebih ramai golongan muda remaha menyertai pengakap. ➢ Untuk menjadi program pembangunan manusia yang berkesan dan berkualiti bagi golongan muda remaia. ➢ Untuk melatih jurulatih yang berkeupayaan dan berkualiti di sema peringkat. ➢ Menerapkan nilai-nilai mum di dalam program kepengakapan berpandukan prinsip dan undang-undang pengakap. ➢ Menjadi sebuah organisasi yang berdikari dan diurus dengan berkesan. • Misi ➢ Misi kepengakapan ialah memberi sumbangan kepada pendidikan generasi muda melalui sistem nilai yang berasaskan kepada Persetiaan dan UndangUndang Pengakap, membantu membina dunia yang lebih baik, dimana rakyatnya bolen berdikari sebagai individu dan dapat memainkan peranan yang berguna kepada masyarakat. • Visi ➢ Menjelang tahun 2023, Persekutuan Pengakap Malaysia (PPM) akan menjadi pertubuhan pendidikan golongan muda terunggul, moden, berdikari, yang akan melatih golongan muda negara menjadi warganegara aktif yang menjadi agen perubahan positif kepada masyarakat melalui nilai-nilai kepengakapan.
5 2.0 Lambang Pengakap Dunia dan Malaysia • Lambang Pengakap Malaysia
6 • Lambang Pengakap Dunia
7 3.0 Bendera Pengakap I. Tiga kelopak - Tiga Persetiaan Pengakap (Taat kepada Tuhan, Raja dan Negara, Menolong orang setiap masa) II. 2 Bintang pecah lima yang berwarna hijau - Undang-undang Pengakap yang sepuluh. III. Ikatan hijau yang mengikat kelopak - “Persaudaraan Pengakap” IV. Bintang pecah 14 - “Kesemua negeri-negeri dalam Malaysia V. Bulan Sabit - “Agama rasmi Negara iaitu Agama Islam’ VI. Lingkaran Tali - “Perpaduan Rakyat Malaysia dan Persaudaraan Pengakap Sedunia”. VII. Warna Kuning - Pengakap Kanak-kanak. VIII. Warna Hijau - Pengakap Muda. IX. Warna Merah - Pengakap Remaja. X. Warna kuning pada bulan sabit dan bintang - Warna diraja bagi Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja.
8 4.0 Cogan Kata Pengakap
9 5.0 Ikrar Persetiaan Pengakap Cara Tabik & Hormat Pengakap
10 6.0 Lagu Unit Pengakap Lagu Rasmi Persekutuan Pengakap Malaysia Kami Pengakap Malaysia Harapan nusa dan bangsa Berikrar setia Pada pertiwi tercinta Melatih generasi muda Menjadi insan yang berguna Persetiaan pengakap Teras dipegang bersama Menolong orang setia masa Menabur bakti di mana sahaja Demi Tuhan, Raja dan negara Berbudi, bersaudara Taat, menurut perintah Kami bangga junjung cita-cita Pengakap Malaysia Kami bangga junjung cita-cita Pengakap, Pengakap Malaysia
11 Sejarah Pengakap Malaysia dan Pengakap Dunia 1.0 Sejarah Pengakap Malaysia Pergerakan Pengakap di Malaysia bermula pada tahun 1910 di Singapura dimana pengasasnya adalah F.C Sands seorang peneroka British. Sebelum itu, beberapa percubaan telah dibuat di Pulau Pinang ( 1908 ) dan Selangor ( 1909 ) tetapi gagal. Bermula disini, Pergerakan Pengakap telah berkembang pesat dimana kesemua negeri di Tanah Melayu dan Borneo telah memiliki sekurang-kurangnya satu pasukan pengakap pada ketika itu. Berikut adalah senarai pengasas pergerakan pengakap di negeri-negeri Melayu dan Borneo. 1. F.C Sands di Singapura ( 1910 ) 2. H.R Cheesman di Pulau Pinang ( 1915 ) dan Johor ( 1928 ) 3. I.R Wheeler di Perak ( 1926 ) 4. E.C Hicks, A.G Stuart, R.P.S Walker dan C. Bloomfield di Kedah (1922) 5. R. Brunnston di Melaka ( 1925 ) 6. Bird dan Roger Smith di Negeri Sembilan ( 1925 ) 7. Ameen Akhbar di Selangor ( 1926 ) 8. A.J Cracle di Terengganu ( 1926 ) 9. Y.M Tengku Ahmad Temenggung di Kelantan ( 1927 ) 10. Perlis dibawah naungan Kedah ( 1931 ) 11. Rev Canon Thomas Cecil Alexender di Sabah ( 1913 ) 12. Sarawak ( 1915 ) Persekutuan Budak Pengakap Tanah Melayu telah ditubuhkan selepas Perang Dunia Ke-Dua. Persekutuan Budak Pengakap Tanah Melayu telah menjadi ahli penuh Persidangan Pengakap Sedunia pada 1 Sepetember 1957. Persekutuan Budak Pengakap Tanah Melayu telah bertukar nama kepada Persekutuan Budak Pengakap Malaysia dimana dianggotai Tanah Melayu, Singapura, Sabah dan Sarawak pada tahun 1964. Pada tahun Ogos 1965, Singapura telah keluar daripada Persekutuan Budak Pengakap Malaysia sejajar dengan Singapura keluar dari gagasan Malaysia.
12 2.0 Sejarah Pengakap Dunia Sejarah Pengakap Dunia telah bermula pada tahun 1907 di Pulau Brownsea, England. Pergerakan Pengakap bermula apabila satu perkhemahan untuk budak-budak lelaki di pulau berkenaan. Perkhemahan ini telah diilhamkan oleh Robert Stephenson Smith Baden Powell yang merupakan seorang Bekas Mejar Tentera British yang penuh pengalaman dari medan pertempuran. Secara tidak langsung, bermula sejarah pergerakan pengakap dunia. Dengan kejayaan menganjurkan perkhemahan untuk budak lelaki, beliau telah mencetuskan pelbagai idea dan pengalaman untuk budak-budak melalui penerbitan buku " Scouting For Boys " yang dikarang oleh beliau sendiri. Pergerakan Pengakap telah tersebar luas melalui peneroka dan pedagang British. Tanpa diduga, pergerakan pengakap telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada negara-negara Eropah, Asia dan Amerika dalam masa beberapa tahun sahaja ia ditubuhkan. Beliau telah mengelilingi dunia pada tahun 1912 untuk menemui beberapa pergerakan pengakap di seluruh dunia. Pada tahun 1920, Jambori Pengakap Dunia yang pertama telah diadakan di Olympia, London. Disinilah beliau telah dilantik sebagai Ketua Pengakap Dunia manakala kerajaan British menganugerahkan " Lord Baden Of Gillwell " kepada beliau. Banyak pingat kebesaran negara pengakaptelah beliau perolehi diatas sumbangan beliau mewujudkan pergerakan pengakap. Pada tanggal 8 Januari 1941, beliau telah meninggal dunia di Paxtu, Kenya sebelum sempat menyambut ulangtahun ke 84.
13 Perlembagaan dan Undang-undang Persekutuan Pengakap, pengasas, Sejarah penubuhan, tujuan penubuhan dan istiadat rasmi. 1.0 Perlembagaan & Undang-undang Persekutuan Pengakap I. Perlembagaan Persekutuan Pengakap Malaysia Perlembagaan merupakan satu dokumen atau himpunan dokumen undang-undang tertinggi bagi sesebuah negara, negeri, organisasi atau pertubuhan. Perlembagaan diwujudkan adalah untuk menyelaraskan sistem pengurusan dan pentadbiran dalam sesebuah organisasi atau pertubuhan. Selain itu, perlembagaan juga berperanan sebagai garis panduan untuk membentuk undang-undang, sama ada di pihak pemimpin mahupun di pihak ahli. Perlembagaan juga bermatlamat untuk memberikan jaminan dan perlindungan, khususnya kepada ahli. Oleh itu, perlembagaan merupakan satu dokumen yang mengandungi semua undang-undang dan peraturan asas bagi sesebuah organisasi seperti Persekutuan Pengakap Malaysia. Dengan kata lain, perlembagaan ialah undang-undang. Sehubungan dengan itu, setiap persatuan atau pertubuhan yang ditubuhkan di institusi pendidikan, sama ada di sekolah, institut pendidikan guru atau di institusi pengajian tinggi perlu mempunyai perlembagaan dan undang undang tubuhnya yang tersendiri. Mengikut Akta Pendaftar Pertubuhan, setiap persatuan atau pertubuhan yang ditubuhkan di luar institusi pendidikan perlu mendaftar secara rasmi dengan Pendaftar Pertubuhan atau ROS, Pergerakan pengakap yang ditubuhkan di institusi pendidikan tidak perlu menyediakan perlembagaan kerana PPM selaku badan induk telah pun mempunyai perlembagaan. Oleh itu, persatuan tersebut perlu merujuk dan mematuhi perlembagaan yang telah ditetapkan oleh PPM. Fungsi sesebuah perlembagaan dan undang-undang kecil persatuan atau pertubuhan adalah sebagai panduan dan pedoman untuk menggerakkan persatuan atau pertubuhan berkenaan. Perlembagaan dan Undang-undang Kecil juga bertujuan untuk melancar dan melicinkan perjalanan sesebuah persatuan atau pertubuhan kerana perlembagaan akan dapat menetapkan bidang tugas dan hak jawatankuasa serta ahli biasa yang menganggotai persatuan atau pertubuhan yang berkenaan. Justeru itu, PPM amat memerlukan Perlembagaan dan Undang-undang Tubuhnya yang tersendiri untuk memasti dan menentukan dasar dan arah tuju perjalanan PPM dengan cara yang betul, teratur dan berkesan.
14 Jenis Perlembagaan: Perlembagaan bertulis Perlembagaan tidak bertulis Perlembagaan bertulis ialah perlembagaan yang dikumpul dan disusun dalam satu kanun atau dokumen. Perlembagaan bertulis sukar dipinda kecuali wujud peruntukan dalam perlembagaan yang membenarkan dilakukan pindaan. Perlembagaan tidak bertulis pula ialah semua prinsip perlembagaan yang tidak terkumpul dalam satu kanun atau dokumen, misalnya adat resam dan pantang larang. Dalam konteks Persekutuan Pengakap Malaysia, Perlembagaan persekutuan yang telah digubal dan diterima pakai sejak PPM ditubuhkan adalah Perlembagaan Bertulis, bukannya perlembagaan lisan. Pada amnya, perlembagaan persatuan atau pertubuhan mempunyai beberapa perkara seperti yang berikut: • Nama dan alamat persatuan atau pertubuhan; • Matlamat; • Keahlian; • Ahli Jawatankuasa (bilangan, senarai tugas dan seumpamanya); • Kewangan persatuan atau pertubuhan; • Pembatalan dan pembubaran persatuan atau pertubuhan; • Pindaan perlembagaan persatuan atau pertubuhan; • Mesyuarat persatuan atau pertubuhan; dan • Perkara-perkara lain yang boleh dimasukkan mengikut kesesuaian. Tujuan atau fungsi perlembagaan: • Untuk mewujudkan suatu bentuk pengurusan dan pentadbiran yang adil dan bersih. • Untuk mengelak daripada berlakunya penyalahgunaan kuasa. • Mengawal pergerakan pemimpin dan ahli (orang bawahan). • Sebagai alat untuk menyelesaikan konflik atau masalah dalaman, khususnya kerana perlembagaan merupakan dokumen dan sumber rujukan yang tepat. • Melindungi hak ahli. • Menyatakan peranan individu, sama ada pemimpin mahupun ahli.
15 • Menjamin keharmonian dan kestabilan pertubuhan. Setiap PPM Negeri mempunyai Undang-undang Kecil yang tersendiri untuk menggerakkan PPM Negeri. Namun semua Undang-undang Kecil ini tertakluk di bawah Perlembagaan PPM yang dijadikan sebagai undang-undang tertinggi dalam PPM. Sekiranya Perlembagaan PPM atau Undang-undang Kecil PPM Negeri ingin dipinda, maka ia boleh dilakukan sekiranya memperoleh kelebihan suara dua pertiga (majoriti) daripada ahli Majlis Pengakap Negara atau Majlis Pengakap Negeri. II. Undang-undang Persekutuan Pengakap Malaysia
16 III. Lagu Undang-undang Dipercayai taat berguna Bersaudara berbudi Kasihkan binatang Menuru perintah Tabah Hati, berjima Suci fikiran Suci perkataan Suci perbuatan.
17 2.0 Pengasas Unit Pengakap Nama Robert Stephenson Smyth Baden-Powell Nama Singkatan BP Tarikh Lahir 22 FERBRUARI 1857 Tempat Lahir London, England Pendidikan Awal Charter House, London Pekerjaan Bekas Mejar Jeneral Tentera British Nama Bapa Reverend H.G. Baden Powell Nama Ibu Lady Olive Baden Powell Tarikh Meninggal Dunia 8 Januari 1941 Pada 22 Februari 1857, Robert Stephenson Smyth Baden Powell (BP) telah dilahirkan di London, England. Bapanya, Reverend H.G. Baden Powell, seorang professor di Universiti Oxford. Ibunya, Henrietta Smyth adalah anak seorang Laksamana British bernama W.T. Smyth. BP mempunyai tujuh orang adik-beradik. Pada tahun 1860 semasa BP berusia tiga tahun, bapanya meninggal dunia. Pada tahun 1870, BP belajar di Sekolah CharterHouse, London. BP bukanlah mempunyai sebarang kelebihan melainkan beliau periang dan berbakat dalam bidang sukan serta bidang seni. Pada tahun 1876, semasa berusia 19 tahun, BP ditauliahkan sebagai Leftenan Muda dalam Pasukan Askar Hussar ke-13 dan ditempatkan di India. Dalam tahun 1883 BP telah dinaikkan pangkat sebagai Kapten. Pada tahun 1887 BP berada di Afrika menyertai peperangan menentang keganasan orang-orang Zulu serta peperangan dengan orang-orang Ashanti dan Matabele. Penduduk tempatan menggelarkan BP sebagai IMPEESA (binatang yang tidak pernah tidur).
18 Pada tahun 1899 semasa berumur 42 tahun, BP dinaikkan pangkat sebagai Kolonel hasil dari kecekalan hati, kepintaran mengakap dan kebolehan luarbiasa dalam kerja mengesan. Pada tahun 1899 juga telah berlakunya huruhara di Afrika Selatan. BP telah diperintah untuk menubuhkan 2 batalion pasukan tentera berkuda dan pergi ke Mafeking, sebuah Bandar penting di tengah-tengah Afrika Selatan. Peperangan meletus dari 13 Oktober 1899 hingga 18 Mei 1900 (217 hari) menyebabkan Mafeking diserang dan dikepung oleh jumlah musuh yang berlipat ganda. Selama kepungan berjalan, rakyat England berasa amat cemas. Namun setelah berita Mafeking telah diselamatkan, BP menjadi pujaan seluruh rakyat England dan telah dinaikkan pangkat menjadi Mejar Jeneral. Pada tahun 1901, BP pulang ke England dari Afrika Selatan sebagai hero yang dipuja dan dimuliakan oleh seluruh rakyat England, terutamanya budak-budak. Beliau juga mendapati buku karangannya AIDS FOR SCOUTING turut diminati malah dijadikan subjek pelajaran di sekolah. BP melihat peluang ini untuk berbakti kepada negaranya dengan lebih lanjut lagi lalu mengarang sebuah buku khas untuk budak-budak dengan mengumpulkan pengalaman-pengalaman beliau di India dan Afrika. Bertitik tolak dari buku khas untuk budak-budak ini, semasa berusia 50 tahun, BP membawa sekumpulan budak lelaki seramai 20 orang ke Pulau Brownsea di Selat Inggeris pada mada musim panas tahun 1907 yang merupakan PERKHEMAHAN BUDAK-BUDAK PENGAKAP PERTAMA DI DUNIA Melalui kejayaan perkhemahan di Pulau Brownsea itu, pada awal tahun 1908, BP telah menerbitkan sebuah buku bernama Scouting For Boys. Diterbitkan setiap 2 minggu sebanyak 6 keluaran, ia mengandungi panduan melatih budakbudak menjadi Pengakap. Buku Scouting For Boys telah dijadikan panduan untuk semua Pengakap dunia dan telah mengasaskan SUATU PERGERAKAN yang menyatukan budakbudak seluruh dunia kecuali negara-negara komunis. Pada tahun 1910, pergerakan ini berkembang begitu pesat sehingga memaksa BP yang berjawatan sebagai Leftenan Jeneral ketika itu mengambil keputusan untuk berhenti dari pasukan tentera dan menumpukan sepenuh perhatian kepada Pengakap. Peperangan Dunia Pertama tahun 1914 telah menyebabkan kegiatan Pengakap tergendala sementara. Namun pada tahun 1920 ahli ahli Pengakap dari seluruh dunia telah berkumpul di London dalam perkumpulan Pengakap antarabangsa yang pertama kali diadakan iaitu JAMBORI PENGKAP SEDUNIA PERTAMA!
19 Pada malam akhir Jambori tersebut iaitu pada 6 Ogos 1920, BP telah diisytiharkan sebagai PENGAKAP AGUNG DUNIA dan disambut dengan tepuk sorak gembira seluruh Pengakap yang hadir. Pada tahun 1921, BP telah dianugerahkan darjah kebesaran oleh Kerajaan England dengan gelaran LORD BADEN POWELL of GILWELL tetapi bagi budak Pengakap seluruh dunia, beliau tetap BP yang agung. Pada 8 Januari 1941, kematian BP merupakan satu kehilangan yang besar bukan sahaja kepada semua orang, tetapi khususnya kepada ahli Pengakap. Mendiang dikebumikan dengan penuh kehormatan di bawah bayang-bayang lembut Gunung Kenya.
20 3.0 Sejarah Penubuhan Unit Pengakap Sejarah Pengakap di MALAYSIA Pergerakan Pengakap mula berkembang di Malaysia (Malaya) apabila F.C.Sands menubuhkan pasukan Pengkap Kanak-Kanak (cubs) di Singapura pada tahun 1910 ( Dua tahun setelah BP mengasaskan Pergerakan ini di England). Bergerak dari tarikh itu, pada tahun 1919 Pasukan Pengakap untuk budak-budak Melayu telah diasaskan oleh Kapten N.M. Hashim dan Encik A.Z. Alsagoff, juga di Singapura. Negeri Melayu yang pertama memulakan Pergerakan Pengakap ialah Pahang (Pekan) oleh G.M. Laidlow.Namun begitu, pergerakan ini terus terkubur setelah G.M. Laidlow meninggal. Pada tahun 1927, pergerakan Pengakap dihidupkan semula oleh H.P.Hertslet, Frisby dan Wheeler dari Jabatan Pelajaran Pahang memajukan pergerakan ini. H.R. Cheesman (seorang ahli pendidikan yang terkenal) telah menubuhkan pergerakan Pengakap di Pulau Pinang iaitu di Penang Free School pada tahun 1915. Mendiang juga menjawat jawatan sebagai Penolong Pesuruhjaya Pengakap Malaya selama 13 tahun lamanya. Di Perak pula, pergerakan pengakap ditubuhkan di Maktab Melayu Kuala Kangsar (MCKK) pada tahun 1926 oleh I.R.Wheeler. Pada tahun 1922, pergerakan Pengakap bermula di Kedah. Manakala di Johor pula, pergerakan ini bermula pada tahun 1928 dengan kumpulan pertamanya di Maktab Sultan Abu.Bakar. Melaka dan Negeri Sembilan memulakan pergerakan Pengakap pada tahun 1926 oleh Brunstone. Selangor menubuhkan pergerakan Pengakap pada tahun 1926 oleh Ameen Akbar. Terengganu dan Kelantan memulakan pergerakan ini pada tahun 1927. Pengasas di Terengganu ialah A.J.Gracle, dan di Kelantan pula ialah YM Tengku Ahmad Temenggong. Perlis pula ialah pada tahun 1931. Sarawak menubuh pergerakan pengakap pada tahun 1913 dan Sabah pada tahun 1915. Setelah merdeka pada tahun 1957, Persekutuan Budak-Budak Pengakap Tanah Melayu, menjadi ahli dalam Persidangan Pengakap Sedunia. Pada tahun 1963 (penubuhan Malaysia), Persekutuan Budak-Budak Pengakap Tanah Melayu ditukar kepada Persekutuan Pengakap Malaysia.
21 Secara Ringkasnya: Pulau Pinang • 1908, sebuah kumpulan percubaan ditubuhkan di YMCA Pulau Pinang • 1910, Kumpulan YMCA ini dirasmikan penubuhannya dengan En R.Robert sebagai Pemimpin dan En Goh G.H. dan En George Pykett sebagai Penolong Pemimpin • 1915, ditubuhkan di Sekolah Penang Free oleh Tuan HR Cheeseman Kuala Lumpur dan Selangor • 1910, ditubuhkan di Victoria Institution (dahulunya di dalam Selangor, kini Kuala Lumpur) oleh En B.E. Shaw Pahang • 1912, Ditubuhkan oleh Mr G.M. Laidlaw sehingga beliau meninggal. • 1927, dihidupkan semula oleh oleh H P Herslet Sabah • 1913, diperkenalkan oleh Reverend Thomas Cecil Alexander di Sandakan Sarawak • 1913, juga dibawa oleh Reverend Thomas Cecil Alexander, ke Anglican Bishop House,Kuching Kedah • 1922, diperkenalkan oleh E C Hicks, E A G Stuart, R P S Walker dan C W Bloomfield di Kolej Sultan Abdul Hamid N. Sembilan • 1923 dimulakan oleh Residen British Edward Shaw Hose dan secara
22 rasmi pada 1925 oleh Bird Smith dan Roger Smith bersaudara Perak • 1926, oleh L R Wheeler di Kolej Melayu Kuala Kangsar Melaka • 1926, dibawa oleh R Brunstone Terengganu • 1927, ditubuhkan oleh A J Gracle Kelantan • 1927, ditubuhkan oleh YM Tengku Ahmad Panglima Raja di Maktab Sultan Ismail Johor • 1928, ditubuhkan oleh En H R Cheeseman di English College (kini Maktab Sultan Abu Bakar) Perlis • 1931, dibawa oleh Bird dan Roger Smith bersaudara Persekutuan Budak Pengakap Tanah Melayu telah ditubuhkan selepas Perang Dunia Ke-2. Persekutuan Budak Pengakap Tanah Melayu telah menjadi ahli penuh Persidangan Pengakap Sedunia pada 1 Sepetember 1957. Persekutuan Budak Pengakap Tanah Melayu telah bertukar nama kepada Persekutuan Budak Pengakap Malaysia dimana dianggotai Tanah Melayu, Singapura, Sabah dan Sarawak pada tahun 1964. Pada tahun Ogos 1965, Singapura telah keluar daripada Persekutuan Budak Pengakap Malaysia sejajar dengan Singapura keluar dari gagasan Malaysia.
23 4.0 Tujuan Penubuhan I. Membentuk generasi pelajar yang menjiwai semangat perpaduan, memiliki ketrampilan diri, berdaya saing, kreatif serta inovatif dalam menghadapi pelbagai cabaran dalam kehidupan. II. Membantu mengembangkan semua aspek potensi manusia yang berteraskan ilmu dan amal ke arah pembinaan dan pengukuhan sahsiah pelajar yang mengamalkan nilai-nilai murni III. Mempelbagaikan kegiatan pasukan beruniform di sekolah bagi menyediakan para pelajar memperoleh pengetahuan, pengalaman, kemahiran, kebolehan mengurus dan memimpin. IV. Menangani masalah salah laku dalam kalangan para remaja. V. Membina generasi pelajar patriotik yang menjiwai semangat cintakan agama, bangsa dan negara. Melahirkan pelajar cemerlang yang BERILMU BERIMAN dan BERAMAL, berakhlak mulia, bersemangat patriotik dan berketrampilan.
24 5.0 Istiadat Rasmi Jenis-jenis Istiadat Dalam Pengakap : ▪ Istiadat Mengibarkan Bendera ▪ Istiadat Menurunkan Bendera ▪ istiadat Laung Agung ▪ Istiadat menyampaikan Lencana Kepandaian ▪ Istiadat Melantik ▪ Istiadat Meningkat Naik I. Istiadat Mengibarkan Bendera • Kedudukan Peserta ➢ Dalam Bulatan Jurulatih ➢ Sebaris di belakang tiang bendera, mengadap peserta ➢ Ketua berada di sebelah kanan dan jurulatih bertugas di sebelah kiri ketua Bendera ➢ Sudah bergulung dan terikat di puncak tiang • Perjalanan Upacara ➢ Peserta menyusun kedudukan dan menunggu kedatangan ketua dan jurulatih ➢ Petugas berdiri di tengah-tengah ➢ Bila jurulatih masuk (perintah) “baris sedia”, bila semua jurulatih sudah sedia, barulah petugas mulakan upacara. ➢ Petugas : (Mara ke hadapan memberi hormat) Assalamualaikum tuan, PEK sudah siap untuk memulakan acara ➢ Petugas : (Beri hormat, pusing belakang - bergerak ketempat asal) ➢ Petugas : (Beri arahan) Bendera ➢ Petugas : (Bergerak mengadap bendera) Pengibar bendera terus tarik tali bendera. Peserta hormat bendera sebaik sahaja tali bendera ditarik. Pengibar bendera dengan segera langkah ke belakang danhormat dan PKK yang lain ikut hormat bendera ➢ Petugas: “Negaraku”- semua menyanyi ➢ Petugas : (perintah) “Doa”- isyarat“Ap”Pembaca doa langkah selangkah ke hadapan dan terus membaca doa menadah tangan aras bahu, bukan muslim tunduk pandang hujung kaki isyarat “Ap” untuk menurunkan tangan dalam
25 kedudukan sedia. Petugas: “Persetiaan” isyarat “Ap” Petugas terus angkat tangan, diikuti oleh semua dan lafaz persetiaan ➢ Petugas : Bila selesai persetiaan, petugas bergerak ke hadapan ketua - hormat - lapor“Istiadat selesai - majlis diserahkan kepadatuan”- pusing ke belakang (bergerak) mengambil tempat dalam barisan (sebelah tiang bendera) - perintah“Baris senang diri” ➢ Jurulatih bertugas : mulakan tugas ➢ Petugas: “Jurulatih, jurulatih sedia” “Keluar baris” II. Istiadat Menurunkan Bendera • Kedudukan ➢ Peserta : Dalam bulatan ➢ Jurulatih : Sedia di belakang tiang bendera mengadap peserta • Perjalanan Upacara ➢ Petugas : (Beri arahan) “PEK! Sedia” ➢ Petugas : (Beri arahan) “Bendera” semua mengadap bendera, dua orang PKK berjalan ke arah tiang bendera, berhenti, bersedia di hadapan tiang bendera, seorang dari PKK menurunkan bendera dan seorang lagi mengawal dengan cermat supaya jangan ada bahagian bendera tercecah ke tanah dan menyangkutkan bendera ke bahu, Kedua PKK tadi melipat bendera. ➢ Petugas : (Beri arahan) “Serahkan bendera kepada ketua” PKK bergerak (arahan) “Ap”kedua PKK berpusing ke kanan, seorang balik ke dalam sekawan, seorang lagi (pemegang bendera) bergerak mengadap ketua, beri hormat dan serahkan bendera - selangkah ke belakang - hormat, balik ke sekawan Petugas: (beri arahan) “Doa”-“Ap”- angkat tangan. Pembaca doaselangkah ke hadapan dan terus membaca doa“Ap”- turun tangan ➢ Petugas : (beri arahan) “PEK ! Bersurai” III. Cara Pelaksanaan Istiadat Laung Agung • Akela berdiri di hadapan bendera dan berteriak " PEK " (1 kali – kuat & nyaring). Semua PKK berdiri diam dalam keadaan sedia • Akela berteriak "PEK, PEK, PEK" dan melipat tangan paras bahu sebagai isyarat kepada PKK membuat bulatan kecil bahu ke bahu mengeliling Akela PKK menjawab " P...E...K..." (5 harkat) dan berlari anak megelilingi Akela dengan membuat bulatan kecil bahu ke bahu.
26 • Akela depakan tangan sebagai isyarat kepada PKK membuat bulatan besar mengikut sekawan mengelilingi Akela sambil berpegangan tangan. Apabila bulatan telah berada dalam keadaan sempurna, Akela turunkan tangan dan PKK menjatuhkan tangan mereka. • Akela angkat tangan depa dari bawah ke paras bahu dan PKK mengangkat tumit. Akela merapatkan tangan ke peha dan secara serentak PKK mencangkung dengan kedua-dua peha rapat ke hadapan dan tangan di sisi kedua-dua belah peha dengan hujung lima jari mencecah ke tanah sambil kepala memandang ke hadapan dan terus berkata serentak " A K E L A " KITA BUAT HABIS BAIK. Pada penghabisan perkataan BAIK, PKK sudah bangun tegak dalam keadaan sedia. • Petugas (Ketua Sekawan Bertugas) memberi hormat kepada Akela dan mencabar "KAMU BUAT HABIS BAIK?" PKK memberi hormat kepada Akela dan terus menjawab "KAMI BUAT HABIS BAIK" Akela membalas hormat dalam keadaan sedia (tidak berpusing). PKK tidak jatuhkan tangan mereka sehingga Akela menjatuhkan tangannya. IV. Istiadat Penyampaian Lencana Kemajuan (PKK) • Lencana disediakan di dalam dulang dan dibawa oleh Penolong Pemimpin. • Laung Agung dijalankan terlebih dahulu • Akela bergerak ke bulatan di hadapan bendera • Akela memanggil penerima lencana berbaris di hadapannya (di tengah bulatan) • Taklimat Akela tentang pentingnya lencana yang diterima oleh penerima • Akela maju ke arah PKK dan PKK tabik hormat • Akela menyematkan lencana ➢ Lencana Kemajuan di kiri lengan baju ➢ Lencana Kepandaian di kanan lengan baju Akela bersalam dan ucapan “Syabas”. • PKK tabik hormat • Selesai semua- Pek beri sorakan “Tahniah” dan dijawab oleh penerima lencana • PKK balik ke sekawan masing-masing V. Istiadat Melantik • PKK dalam bulatan. Akela berdiri di dalam bulatan. Penolong-penolong Pemimpin berdiri di luar bulatan di belakang Akela. PKK dalam keadaan sedia. • Adik baru yang berada di luar bulatan dipanggil masuk ke dalam bulatan.
27 • Ketua sekawan membawa PKK yang baru - berdiri di hadapan Akela. Selepas itu, Ketua sekawan balik ke tempatnya. • Serentak dengan itu, Pen. Pemimpin masuk ke dalam bulatan dan berdiri di sebelah Akela dengan membawa topi, skaf dan lencana keahlian • Akela: “Adakah kamu ingin menjadi seorang Pengakap Kanak-Kanak” PKK baru: “Ya, Akela” • Akela: “Adakah kamu bersedia untuk melafazkan Persetiaan Pengakap” PKK baru: “Ya, Akela”
28 Struktur organisasi Pengakap pelbagai peringkat 1.0 Pertubuhan pergerakan pengakap Dunia World Organization of the Scout Mobement (WOSM) Logo Pertubuhan Pergerakan Pengakap Dunia (WOSM) Pertubuhan Pergerakan Pengakap Dunia (WOSM) merupakan entiti pengakap antarabangsa terbesar dengan keahlian sebanyak 171 negara. Ahli-ahli ini diiktiraf sebagai badan pengakap kebangsaan, yang secara kolektif mewakili lebih daripada 50 juta peserta. WOSM ditubuhkan pada tahun 1922, dengan ibu pejabat operasinya terletak di Kuala Lumpur, Malaysia, dan pusat undang-undangnya di Geneva, Switzerland. WOSM berkerjasama rapat dengan Persatuan Pandu Puteri Sedunia (WAGGGS). Misi utama WOSM adalah "untuk menyokong pendidikan dan pembangunan belia melalui nilai-nilai Persetiaan dan Undang-undang Pengakap, memperkembangkan individu yang berdaya dan bertanggungjawab dalam masyarakat." WOSM melaksanakan program-programnya melalui konferensi, jawatankuasa, dan birobiro. WOSM juga menyokong tiga Pusat Pengakap Dunia. Jambori Pengakap Dunia, yang diadakan setiap empat tahun di bawah bimbingan WOSM, turut melibatkan ahli-ahli WAGGGS. Selain itu, WOSM menganjurkan World Scout Moot, sebuah jambori untuk belia berusia 17 hingga 26 tahun, dan juga World Scout Indaba, satu perhimpunan untuk pemimpin pengakap. Yayasan Pengakap Dunia merupakan dana kekal yang dikelola oleh entiti yang berasingan dan dibiayai oleh sumbangan untuk pembangunan program-program Pengakap WOSM di seluruh dunia. Sebagai sebuah organisasi bukan kerajaan, WOSM memiliki status Perundingan Umum dengan Majlis Ekonomi dan Sosial PBB (ECOSOC).
29 2.0 Struktur organisasi Pengakap pelbagai peringkat di Malaysia Dalam Malaysia, Unit Pengakap boleh dibahagikan kepada beberapa peringkat iaitu Persekutuan Pengakap Malaysia, Peringkat Negeri Kumpulan Latihan Malysia, Peringakat Negeri, Peringkat Daerah, Kumpulan Latihan Malaysia Institut Pendidikan Guru (KLMIPG) dan Persejutuan Pengakap Malaysia Kumpulan Sekolah Rendah. Struktur dan Organisasi Peringkat Kebangsaan
30 Struktur dan Organisasi Peringkat Negeri Struktur dan Organisasi Peringkat Daerah
31 Struktur dan Organisasi Peringkat IPG Struktur dan Organisasi Peringkat Sekolah dan Kumpulan (Sekolah Menengah)
32 Struktur dan Organisasi Peringkat Sekolah dan Kumpulan (Sekolah Rendah)
33 3.0 Fungsi Majlis Tadbir Maksud Majlis Tadbir: Mengikut Seksyen 6(1)Akta Pengakap 1968, Majlis adalah satu badan yang bertanggungjawab mentadbirkan segala urusan-urusan Perbadanan. • Jenis Majlis Pengakap • Majlis Pengakap(Negara)[POR12] • Majlis Pengakap Negeri[POR109 hingga POR120] • Majlis Pengakap Daerah/ Persekutuan Tempatan [POR131 hingga POR164] Fungsi Majlis Tadbir Tugas Majlis Tadbir I. Ketua Pesuruhjaya Negeri ▪Bertanggungjawab kepada Ketua Pesuruhjaya Negara melalui Ibu Pejabat PPM kerana kebajikan, kemajuan, dan latihan Pergerakan dan kerana mengekalkan POR PPM, dan khususnya. ▪Memajukan pertubuhan dan pekerjaan Majlis Pengakap Negeri dengan berkesan. ▪Bertindak bersama-sama dengan Jawatankuasa Kerja Majlis Pengakap Negeri atau semua perkara bersabit dengan kewangan dan harta Majlis Pengakap Negeri.
34 ▪Memajukan pertubuhan dan perjalanan Majlis-Majlis PPM Daerah dan menguruskan pendaftaran mengikut Peraturan-peraturan 132-135 POR PPM, menerima daripada Majlis-Majlis PPM Daerah. II. Penolong Pesuruhjaya Negeri • Dilantik oleh Ibu Pejabat PBBPM dengan Tauliah-Tauliah mengikut bagaimana dalam Bahagian IV POR PPM. • Jawatan diadakan untuk menolong Pesuruhjaya Negeri daripada perkara-perkaran yang berikut. • Bertanggungjawab kepada Ketua Pesuruhjaya Negara Melalui Pesuruhjaya Negeri bagi menjalankan semua tugas-tugas yang ditanggungkan kepada mereka oleh Pesuruhjaya Negeri. III. Pesuruhjaya Daerah • Bertanggungjawab kepada Pesuruhjaya Negeri dan kepada Ibu Pejabat PPM dengan kerjasama Majlis PPM Daerah, bagi kebajikan dan kemajuan pergerakan dan bagi mengekalkan Perlembangaan dan Peraturan-peraturan Persekutuan. • Mengadakan dan menggalakkan penubuhan Majlis PPM Daerah, kumpulankumpulan dan Cawangan-Cawangan "Persaudaraan Pengakap B.P." dan menentukan perjalannya dengan berkesan. • Mengadakan kerjasama yang tenteram bagi Majlis PPM Daerah, PemimpinPemimpin dan Jawatankuasa-Jawatankuasa Kumpulan dan Daerah itu。 • Menyelesaikan sebarang perbalahan di antara ahli-ahli Pergerakan. • Dengan Latihan Kepimpinan Penolong Pesuruhjaya Daerah, mengawasi Latihan Progresif pemimpin-pemimpin dewasa, dan secara aktif memajukan latihan pra-waren, dan penamatan manikayu. IV. Penolong Pesuruhjaya Daerah ▪ Dilantik oleh Ibu Pejabat PPM dengan Tauliah-Tauliah mengikut dalam Peraturanperaturan 63 dan 63(a) POR PPM. ▪ Secara aktif mewakili Daerah dalam semua perkara-perkara berkaitan dengan aktivitiaktiviti Kelana.
35 ▪ Berhubung dengan Daerah dan/atau Majlis Kelana Negeri, pastikan bahawa kemajuan dan pengekalan taraf Kelana dalam Daerah ditubuh dan dijaga. ▪ Mengembang objektif jangka pendek dan panjang, berhubung dengan Krew Kelana dalam Daerah, untuk semua aktiviti-aktiviti Kelana dalam Daerah. ▪ Menghadiri mesyuarat-mesyuarat Daerah dan Negeri berkaitan dengan aktiviti-aktiviti Kelana. ▪ Pastikan perkembangan aktiviti-aktiviti antara bahagian pada tahap Krew dan Daerah, terutama antara Pengakap Remaja dan Kelana. ▪ Galakkan secara aktif Kelana yang sesuai, untuk menamatkan latihan Kelana mereka, unutk menjadi Pemimpin Dewasa dalam pergerakan. ▪ Pastikan laporan tetap tentang aktiviti-aktiviti Kelana disediakan kepada surat berita Negeri / Negara, galakkan Krew Kelana untuk berhubung dengan media tempatan, dalam aktiviti-aktiviti Kelana. V. Pengerusi ▪ Bertanggungjawab terhadap semua hal berkaitan pengurusan, pembangunan, pentadbiran dan kegiatan persatuan. ▪ Bertanggungjawab mempengerusikan semua Mesyuarat Jawatankuasa Persatuan. ▪ Menandatangani minit tiap-tiap mesyuarat semasa disahkan. ▪ Bertanggungjawab menyediakan tugas-tugas dan menyelia AJK Persatuan dalam perlaksanaan tugas mereka. ▪ Menentukan akaun Persatuan disediakan untuk diaudit, diluluskan dan dikemukakan ke Cawangan. ▪ Bertanggungjawab di dalam memastikan belanjawan dan perancangan belanjawan persatuan tersusun rapi. VI. Naib Pengerusi ▪ Bertanggungjawab menjalankan tugas Pengerusi semasa ketiadaannya. ▪ Mengambil alih jawatan Pengerusi apabila Pengerusi meletakkan jawatan sehingga Pengerusi baru dilantik. ▪ Bertanggungjawab terhadap kegiatan pentadbiran dan kewangan persatuan. ▪ Bertanggungjawab membantu Pengerusi menyelia tugas AJK Persatuan.
36 VII. Setiausaha ▪ Bertanggungjawab terhadap Setiausaha Cawangan dan menjadi Pegawai Penyelaras dan Perhubungan untuk Cabang dan Unit. ▪ Membantu jawatankuasa Persatuan dalam memelihara perhubungan dengan Badanbadan Kerajaan, Swasta dan Pertubuhan lain. ▪ Bertanggungjawab memberi bantuan sekretariat dan susulan untuk Jawatankuasa Persatuan terutama kepada Pengerusi dan Naib Pengerusi. VIII. Penolong Setiausaha ▪ Membantu Setiausaha menjalankan segala tugas dan tanggungjawabnya. ▪ Bekerjasama dengan Setiausaha. ▪ Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan dari masa ke masa. ▪ Bekerjasama dengan Bendahari Kehormat dalam menyediakan Peruntukan Tahunan dan Penyata Kewangan. ▪ Menjadi Pegawai Pentadbiran peringkat persatuan termasuk bertanggungjawab mengenai semua dokumen, buku, rekod, pendaftaran dan insuran kepunyaan persatuan. IX. Bendahari ▪ Bertanggungjawab terhadap Bendahari Cawangan dan akan bertanggungjawab menyimpan rekod akaun, menyediakan Penyata Penerimaan dan pembayaran, Pendapatan dan Perbelanjaan dan Kunci Kira-kira bulanan dan tahunan. ▪ Bertanggungjawab mengenai penerimaan dan pembayaran di persatuan dan Unit. ▪ Menandatangani semua cek yang dikeluarkan bersama pegawai yang dilantik oleh Jawatankuasa Persatuan. ▪ Bertanggungjawab menyediakan Belanjawan Tahunan untuk dikemukakan dalam Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan dan memajukan ke Persatuan. ▪ Menasihati Jawatankuasa Persatuan dalam pengawasan kewangan dan audit. ▪ Bertanggungjawab menyimpan dan merekod segala harta persatuan seperti tanah, bangunan, kenderaan, peralatan, perkakasan pejabat dan lain-lain.
37 X. Ahli jawatankuasa ▪ Membantu menjalankan tugas dalam segala program dan aktiviti yang dilaksanakan dengan sebaik mungkin. ▪ Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan. Ahli Majlis Tadbir MPKLM IPGM Pengurusan Tertinggi
38 Dasar Keagamaan I. Ahli-ahli yang terdiri daripada satu agama ▪ Persekutuan ini tidak menghadkan ahli-ahlinya pada suatu agama tetapi mereka mestilah mengamalkan RUKUN AGAMA masing-masing dan menghormati orang lain yang tidak seagama dengannya. Sekiranya terdapat dalam sesuatu kumpulan itu di mana ahlinya menganut satu agama maka pemimpin kumpulan itu hendaklah mengaturkan sembahyang di tempat-tempat ibadat mereka di antara mereka yang menganut agama masing-masing. ▪ Sehubungan dengan pembelajaran keagamaan mereka pula hendaklah menghubungi pegawai-pegawai agama yang berkenaan supaya mereka mengetahui perkaraperkara yang ditegah dan dilarang mengikut Rukun Agama masing-masing. II. Ahli-ahli yang terdiri dari pelbagai agama ▪ Apabila terdapat sesuatu kumpulan itu mengandungi ahli-ahli dari pelbagai agama, maka tanggungjawab pemimpin menggalakkan mereka membuat ibadat mengikut agama masing-masing. ▪ Adalah dilarang sama sekali pemimpin mengadakan satu sembahyang khas bagi kesemua ahli-ahli dalam kumpulan itu kerana ianya menyalahi peraturan atau tegahan bagi Rukun Agama ahli-ahli dalam kumpulan itu. ▪ Adalah menjadi tanggungjawab pemimpin kumpulan menjaga dan mengawasi supaya perkara seperti ini tidak berlaku dan melindungi sasaran dari masyarakat terhadap Persekutuan ini.
39 Pengurusan dan Pentadbiran Kumpulan Pentadbiran dan pengurusan kumpulan adalah aspek yang sangat penting bagi kami sebagai guru. Ini disebabkan kami perlu mengaplikasikannya semasa kami berada di sekolah pada masa akan datang. Di sini, kami akan mengagihkannya kepada dua bahagian iaitu pengurusan kumpulan dan pentadbiran kumpulan. 1.0 Pengurusan Kumpulan Dalam pengurusan kumpulan pengakap di sekolah, langkah pertama adalah mendaftarkan ahli dan kumpulan. Sekolah hanya boleh menubuhkan satu kumpulan tetapi boleh mempunyai beberapa pasukan di dalamnya. Setiap kumpulan boleh terdiri daripada lapan belas ahli dan dua pemimpin. Jika jumlah ahli melebihi empat puluh lapan, kumpulan perlu dibahagikan kepada beberapa pasukan. Setiap kumpulan perlu didaftarkan kepada Persekutuan Pengakap Malaysia (PPM) melalui borang-borang seperti Borang PPM 8 (Pendaftaran Kumpulan), Borang PPM 1A (Pendaftaran Anggota), Borang PPM 1B (Borang Kawalan), dan Borang PPM 9A (Permohonan Tauliah Pemimpin/Penolong). Borang-borang ini boleh diperolehi dari Pesuruhjaya Daerah, Negeri, atau Ibu Pejabat PPM. Sebagai contohnya, Borang PPM 8
40 Borang PPM 1(A) Borang PPM 1(B)
41 Borang PPM 9A Kadar Yuran Keahlian ▪ Ahli Pengakap Lebah, Kanak-kanak, Muda dan Remaja (RM7.00) ▪ Ahli Pengakap Kelana (RM10.00) ▪ Pemimpin, Penolong Pemimpin dan Ahli Biasa (RM10.00) ▪ Ahli Majlis Daerah / AJK Kumpulan (RM10.00) Setiap pemimpin dalam kumpulan pengakap diwajibkan memiliki dua jenis tauliah dari PPM, iaitu Tauliah Sementara dan Tauliah Tetap. Tauliah Sementara diberikan kepada pemimpin yang telah menamatkan Kursus Kepimpinan Manikayu Peringkat Satu dan Dua, manakala Tauliah Tetap diberikan kepada pemimpin yang telah menamatkan Kursus Kepimpinan Manikayu Peringkat Tiga. Apabila seorang pemimpin berpindah ke sekolah lain, dia perlu memohon tauliah baru dan mengembalikan tauliah lama kepada PPM. Dalam kumpulan pengakap, setiap kegiatan yang dijalankan berpandukan kepada Skim Latihan yang dikeluarkan oleh PPM. Ini termasuklah Program Latihan PKK untuk murid-murid sekolah rendah, Program Latihan PM untuk pelajar Tingkatan 1 hingga 3, Program Latihan PR untuk pelajar Tingkatan 4 hingga 5, dan Program Latihan PK untuk pelajar Tingkatan 6 hingga remaja. Semua aktiviti yang dijalankan di luar kawasan sekolah perlu mendapat kelulusan dan sokongan dari pihak berkuasa yang berkenaan, iaitu Guru Besar atau Pengetua, ibu bapa atau penjaga, dan Pemimpin Unit PKK, PM, dan PR.
42 2.0 Pentadbiran Kumpulan Pengakap Pentadbiran kumpulan pengakap biasanya diuruskan oleh pihak penganjur seperti Guru Besar, Pengetua, atau Pemimpin. Semua surat-menyurat perlu dilakukan secara rasmi dan ditandatangani oleh pihak berkuasa yang bertanggungjawab atau pemimpin kumpulan bagi pihak pelajar. Anggota atau ahli pengakap tidak dibenarkan menjalankan tugas pentadbiran. Selain itu, sekolah perlu memiliki dan menyediakan satu fail khas untuk pengakap. I. Tugas Majlis Pemimpin ▪ Memeriksa dan menyemak buku log kumpulan. ▪ Mengambil kedatangan anggota kumpulan dan pemimpin. ▪ Memeriksa stok alatan kumpulan. ▪ Membuat persediaan mengajar dengan mengikut Program Latihan Mingguan. ▪ Memohon surat kebenaran Ibu bapa atau penjaga. II. Kuasa Penganjur ▪ Kuasa Penganjur Persatuan / Unit Uniform Pengakap di sekolah semasa penubuhan dan pendaftaran setiap tahun hendaklah di bawah kebenaran kuasa penganjur yang terdiri dari: ➢ Guru Besar di sekolah rendah dan (Unit PKK) ➢ Pengetua di sekolah Menengah (Unit PM dan PR) ➢ Pengetua / Pesuruhjaya Pengakap Daerah (Unit Pengakap Kelana) ▪ Tanggungjawab Kuasa Penganjur ➢ Meluluskan pendaftaran tahunan unit pengakap dengan ibu pejabat Persekutuan Pengakap Malaysia ➢ Merupakan salah seorang dari dua penurun tandatangan rasmi (official signatories) [seorang lagi ialah pemimpin kumpulan] bagi akaun simpanan atau semasa untuk unit pengakap itu ➢ Mengesahkan penyata akaun unit yang disediakan oleh pemimpin pengakap ➢ Mengesahkan sebarang persuratan rasmi yang berkaitan dengan unit pengakap di mana perlu ➢ Meluluskan permohonan untuk aktiviti-aktivi luaran (seperti rombongan, kembara perkhemahan dan sebagainya) untuk ahli-ahli ➢ Menyelia dan mengawal kemajuan unit pengakap di sekolahnya.
43 III. Pemimpin-pemimpin ▪ Pesuruhjaya di Ibu Pejabat PPM ➢ Bertanggungjawab untuk mengubah dan mengeluarkan Dasar Latihan. ➢ Menjalin hubungan antarabangsa. ➢ Merancang dan melaksanakan program pembangunan Pengakap di peringkat Nasional. ▪ Pesuruhjaya di Peringkat Negeri ➢ Memberi sokongan dan memfasilitasi latihan Pengakap Negeri. ➢ Melaksanakan program-program. ➢ Berkolaborasi dengan Majlis Negeri, Pandu Puteri, dan BP Guilds untuk pembangunan Pengakap. ➢ Meningkatkan standard pengakap dalam negeri. ▪ Pesuruhjaya di Peringkat Daerah ➢ Berkerjasama dengan Majlis Pengakap Daerah untuk pembangunan Pengakap Daerah. ➢ Mengawasi dan melatih kumpulan-kumpulan pengakap dalam hal peningkatan kepengakapan dan program-program daerah. ➢ Mengurus pendaftaran kumpulan dan ahli-ahli. ▪ Pemimpin Pengakap ➢ Mengarahkan pengakap untuk mencapai matlamat dan objektif PPM. ➢ Menjalin hubungan rapat dengan pihak penganjur dan ibu bapa pengakap. ➢ Berkerjasama dengan Pesuruhanjaya Daerah untuk menyelaraskan aktiviti. ▪ Ahli-ahli Pengakap ➢ Memahami prinsip hidup dalam sistem berpatrol. ➢ Mematuhi Persetiaan Pengakap.
44 Pakaian seragam Pengakap, protokol dan pemakaian lencana dan tanda pangkat. 1.0 Pakaian Seragam Pengakap
45
46 2.0 Protokol dan Pemakaian Lencana serta Tanda Pangkat Pemakaian Lencana pada Lengan Kanan Pemakaian Lencana pada Lengan Kiri
47 Pemakaian Lencana Pangkat ( Atas Poket Baju Kiri) Pemakaian Lencana Patrol (Legan Kiri)
48 Pemakaian Tanda Pangkat Persekutuan Malaysia adalah berdasarkan kepada edaran Persekutuan Pengakap Malaysia PPM-2 (179)/2013 bertarikh 20 Mei 2013. Tanda Pangkat Hak Memakai Epolet 6 Lengkar ▪ Ketua Pengakap Negara
49 Epolet 5 Lengkar ▪ Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara Epolet 4 Lengkar ▪ Timbalan Ketua Pesuruhjaya Negara ▪ Penolong Ketua Pesuruhjaya Negara ▪ Ketua Pesurujaya Pengakap Negeri Epolet 4 Lengkar ▪ Pesuruhjaya Antarabangsa ▪ Pesuruhjaya Latihan Negara ▪ Pesuruhjaya Program Negara