The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by SOR CHU MIN IPG-Pelajar, 2024-03-17 11:58:17

BUKU LOG UNIT PENGAKAP

Buku Log Pengakap

Keywords: Buku Log Pengakap

50 Epolet 3 Lengkar ▪ Penolong Pesuruhjaya Antarabangsa ▪ Pesuruhjaya Ibu Pejabat Negara ▪ Timbalan Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri ▪ Penolong Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri ▪ Pesuruhjaya Pengakap Daerah Epolet 3 Lengkar ▪ Setiausaha Latihan Negara ▪ Setiausaha Program Negara ▪ Jurulatih Epolet 2 Lengkar ▪ Penolong Pesuruhjaya Pengakap Daerah Epolet 2 Lengkar ▪ Penolong Jurulatih


51 Epolet 1 Lengkar ▪ Pemimpin Pengakap Epolet Bunga Padi ▪ Penolong Pemimpin Pengakap


52 Skim Latihan Pengakap Kanak-kanak Sebelum berjaya dilantik sebagai seorang ahli pengakap, kanak-kanak akan diuji dalam perkara-perkara yang terkandung dalam silibus Lencana Keahlian. Selepas lulus Lencana Keahlian, ahli pengakap kanak-kanak akan meneruskan latihan dan ujian yang terdapat dalam skim latihan pengakap kanak-kanak. Skim Latihan Pengakap Kanak-kanak diadakan untuk memberi peluang kepada ahli-ahli Pengakap untuk terlibat dalam pelbagai aktiviti dan menunjukkan minat dalam gerakan Pengakap. Selepas menyertai latihan yang melibatkan kemahiran berpengakap, ahli Pengakap Kanak-Kanak akan diberikan lencanalencana tertentu sebagai pengiktirafan kejayaan mereka dalam ujian tersebut. Lencana Keahlian merupakan lencana yang wajid diambil dahulu. Selepas mendapatkan Lencana Keahlian, Pengakap Kanak-kanak perlu meneruskan latihan dengan memilih satu Lencana Wajib iaitu Lencana Penunggang Basikal atau Lencana Ahill Renang. Dalam peringkat Pengakap Kanak-kanak ini, tiga Lencana Kemajuan akan diberikan kepada seseorang yang berjaya mengikuti skim ini, iaitu Lencana Keris Gangsa, Lencana Keris Perak dan Lencana Keris Emas. Selain itu, Pengakap Kanak-kanak juga harus mendapatkan Lencana Kepandaian dengan dua dalam Kategori Kegemaran, dua dalam Kategori Pengetahuan, dan dua dalam Kategori Perkhidmatan.


53 1.0 Lencana Keahlian Dalam Lencana Keahlian kanak-kanak akan diuji dalam perkara-perkara berikut bagi menentukan bahawa ia faham dan mengerti makna-makna setiap perkara tersebut. Ujian yang terdapat dalam Lencana Keahlian termasuklah: 1. Lambang Pengakap Malaysia & Lambang Pengakap Sedunia. 2. Persetiaan Pengakap & Undang-Undang Pengakap. 3. Limaa Prinsip Rukun Negara. 4. Hormat Pengakap & Cogan Kata Pengakap. 5. Sejarah Pergerakan Pengakap. 6. Cerita Hutan. 7. Laung Agung Lencana ini diberikan kepada kanak-kanak sebagai pengiktirafan bahawa dia adalah seorang ahli pengakap dalam Persaudaraan Pengakap Malaysia dan dunia. Lencana Keahlian Pengakap yang berupa Lambang Pengakap diatas latar biru tua ini dipakai pada satu kiri kemeja. Lencana Keahlian


54 2.0 Lencana Wajib 1. Ahli Renang Lencana ini akan diberikan kepada Ahli Pengakap Kanak-kanak yang berjaya mengetahui ilmu pengetahuan dan kesungguhan dalam berenang dengan mengetahui peraturan keselamatan di air, kemahiran keselamatan diri, menunjukkan pelbagai kaedah berenang seperti kuak lontang, kuak kupu-kupu, gaya bebas dan mengapar menimbulkan diri (mushroom float). a. Mengetahui peraturan keselamatan di air secara teori b. Menunjuk cara memulakan berenang dan kemahiran keselamatan diri kepada Penilai atau Pemeriksa cara turun di air, cara rimbul tenggelam, cara tarik dan hembus nafas, menaham nafas c. Cara junam, terjun kaki lurus / junam depan layang secara teori d. Cari luncur, meniarap, tendang keribas, cara gaya rangkak tangan di lutut / tangan di atas kepala : Gerak tangan, tondang rejang, meniarap, rangkaian meniarap secara teori e. Berenang mengapar menimbulkan diri (Mushroom Float), berenang menyeberang dengan cara terlungkup, terientang dengan berbagai cara atau gaya biasa. Bila sampai separuh jalan ke jalan yang dituju berbalik semula menghabiskan renangnya dengan gaya yang sama. f. Mengetahui cara mengendalikan jeket keselamatan di air.


55 2. Penunggan Basikal Lencana ini diberikan kepada Ahli Pengakap Kanak-kanak sebagai tanda pengiktirafan terhadap pengetahuan dan kesungguhan mereka dalam berbasikal, termasuk pemahaman undang-undang jalanraya, kemahiran menjaga dan membaiki kerosakan kecil basikal, dan amalan peraturan berbasikal yang betul. a. Menyatakan undang-undang jalan raya semasa berbasikal b. Mengetahui dan menyatakan kepada Penilai 10 peraturan semasa menunggang basikal c. Menunjuk cara memberi isyarat tangan semasa berbakat d. Menyebutkan 10 perkara yang menyebabkan kemalangan semasa berbasikal e. Menjaga basikal seperti membaiki kerosakan kecil dan menjaga kebersihannya f. Menunggang basikl dengan diperhaitikan pleh Penilai atau Pemeriksa mengikut jalan yang ditetapkan dan cukup faham mengenai peraturan jalan raya bag penunggang basikal dan mengetahui undang-undang jalan raya yang ditetapkan bagi penunggang basikal termasuk penggunaan jalan simpang, bulatan dan lintasan pejalan kaki.


56 3.0 Lencana kemajuan – Keris Gangsa Lencana ini diserahkan kepada Ahli Pengakap Kanak-kanak sebagai pengiktirafan terhadap minat dan pengetahuan mereka tentang Persetian Pengakap, Rukun Negara, amalan Keagamaan, kesihatan, dan keselamatan, serta kemahiran pengurusan diri dan keluarga. Sebelum layak menerima lencana ini, seorang Pengakap Kanak-kanak perlu terlebih dahulu memperoleh Lencana Keahlian dan Lencana Wajib. A. Kesetian 1. Menyanyi Lagu Kebangsaan "NegaraKu" dan memahami bagaimana menghormati lagu itu ketika dimainkan. 2. Mengenai Bendera Malaysia dan Negeri di mana Pengakap Kanak-Kanak itu berada. 3. Mengetahui Lambang Pengakap Malaysia 4. Mengenal nama penuh Kuasa Penganjur / Guru Besar. Pemimpin dan Penolong Pemimpin Pengakap Kanak-Kanak kumpulannya. 5. Mengetahui agama-agama di Malaysia serta tempat-tempat ibadat di kawasan sekitar tempat tinggalnya B. Kesihatan dan keselamatan 1. Mengetahui kepentingan kesihatan dan kebersihan diri. 2. Mengetahui / menyedari bahayanya menelan apa jua jenis pil atau gula-gula yang diberi oleh orang yang tidak dikenal. 3. Mengetahul bahaya bermain benda-benda tajam. 4. Mengetahui bahaya bermain sebarang alat yang mengandungi bahan letupan seperti mercun, mercun buatan sendiri, meriam buluh dan bunga api. 5. Mengetahui bagaimana mendapat bantuan pertolongan jika berlaku kemalangan; mendapatkan alamat dan nombor telefon Balai Polis. Balai Bomba dan Penelamat, Doktor dan Rumah Sakit, telpat kerja ibu bapa dan keluarga rakan sebaya yang tinggal berhampiran. 6. Mengetahui peraturan berjalan dan menyeberang jalan raya, di tempat menunggu bas, melintas jalan di lampu isyarat, berjalan melalui terowong, jejantas dan lintasan lain-lain C. Kecekapan 1. Mengetahui Latihan Asas Kawad Kaki. 2. Mengetahui cara memanjat tali (tigi talitiak lebih dari 3 meter). 3. Mengetahui kedudukan tempat-tempat awam di kawasan tempat tinggalnya dan dapat menunjukkan arah tempat-tempat itu kepada orang yang


57 memerlukan bantuan seperti : perhentian bas, kerelapi, teksi, Balai Bomba, hospital, Balai Polis, Pejabat Pos dan lain-lain. 4. Menunjukkan cara yang betul memakai dan nenjaga Pakaian seragam Pengakapnya dan mengetahui peraturan memakai lencana dan lain-lain seperti Lencana Keahlian, Lencana Malaysia, Lencana Wajib, Nombor Kumpulan, Nama Daerah dan Negeri. 5. Mengetahui segala Isyarat Pengakap dan mengetahui arah tempat yang hendak dituju dengan menggunakan tanda isyarat Sulit Pengakap seperti "ikut arah ini", "jangan ikut arah ini', "di sini ada air", "tunggu di sini" dan "saya sudah pulang!. 6. Mengetahui cara mengikat Simul Buku Sila dan kegunaanya. D. Penyertaan 1. Menjadi ahli perpustakaan sekolah / perpustakaan awam tempatan; menunjukan Pengakap Kanak-kanak telah membaca sekurang-kurang TIGA (3) buah buku dan dapat menceritakan balik isi ceritanya kepada Pemimpin Pengakapnya. 2. Membuat satu barang permainan rekaan sendiri dari bahan terbuang. 3. Menjalankan SATU daripada aktiviti berikut; mengambil bahagian dalam persembahan pentas di sekolah ATAU membuka akaun simpanan. E. Perkhidmatan 1. Membantu ibu bapa di rumah setiap hari dengan menyempurnakan tugasnya itu dengan memuaskan (pengesahan dan perakuan ibu bapa dalam buku log). 2. Membantu guru / kakitangan sekolah dalam menjaga kebersihan dan keceriaan sekolah (pengesahan dan perakuan guru / kakitangan sekolah dalam buku log)


58 Selepas lulus Lencana Kemajauan Keris Gangsa, Ahli Pengakap Kanak-kanak dikehendaki meneruskan latihan dan ujian bagi mendapatkan dua Lencana Kepandaian dalam Kategori Kegamaran mengikut minat dan kesukaannya. Lencana termasuklah:


59 4.0 Lencana Kemajuan Keris Perak Lencana ini dianugerahkan kepada Ahli Pengakap Kanak-kanak sebagai pengiktirafan terhadap pelbagai kemahiran, aktiviti luar, serta pemahaman asas berdikari dan konsep perkhidmatan, termasuk kebersihan diri, rumah, dan alam sekitar. A. Kestiaan 1. Mengetahui nama penuh D.YM.M. Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong. D.Y.M.M. Raja Permaisuri Agong, D. YM.M. Sultan dan Sultanah atauT.Y.T. Yang Di Pertua Neger dan Isterinya. Perdana Menteri Malaysia dan Menteri Besar atau Ketua Menteri neger berkenaan. 2. Mengetahui dan mengenali Pesuruhjaya Daerahnya. 3. Mengetahui rukun sembahyang agama masing-masing. B. Kesihatan dan keselamatan 1. Mengetahui cara menjaga kebersihan diri dan persekitaran. 2. Mengetahui faedah senaman. 3. Mengetahui cara memberhentikan darah yang keluar dari hidung. 4. Mengetahui bahaya aliran elektrik dan gas dan cara mengelakannya bila menggunakan alat elektrik di rumah seperti seterika, kipas angin, pembakar roti, dapur gas dan lain-lain. Mengenal dan mengetahui kegunaan isi kandungan peti pertolongan cemas. C. Kecekapan 1. Mengukuhkan pengetahuan asas kawad kaki Lencana Keris Gangsa dan mengetahui Latihan Asas Perbarisan : Buku barisan dan tutup barisan 2. Mengukuhkan asas ikatan Buku Sila dan mengetahui cara mengikat Bunga Geti dan Simpul Sentak serta Kegunaannya. 3. Mengetahui cara memasang, mengibar, menurun dan melipat bendera. D. Penyertaan 1. Mengetahui 5 jenis haiwan dan sifat hususnya. 2. Mengetahui cara tumbuhan mendapatkan makanan serta cara menyimpan makanan. 3. Mengetahui cara mengelakkan makanan menjadi tercemar. 4. Mengetahui asas penggunaan komputer. Mengetahui penggunaan telefon awam / persendirian dengan menggunakan wang sling / kad telefon ketika mendail dan faham mengunakan buku panduan telefon. E. Perkhidmatan 1. Mengetahui dan memahami isyarat wisel. 2. Mendengar syarahan atau ceramah dan membuat catatan.


60 3. Mengetahui cara memberi pertolongan kepada seseorang di air dengan menggunakan peralatan. Setelah berjaya mendapatkan Lencana Keris Perak, Ahli Pengakap Kanak-kanak perlu meneruskan latihan dan ujian bagi mendapatkan dua Lencana Kepandaian dalam Kategori Pengetahuan mengikut minat dan kesukaannya dalam aktiviti-aktiviti lencana tersebut: Ahli Olahraga Ahli Pasukan Permainan Ahli Sains Pencinta Alam Semula Jadi Pembaca Peta Pemeliharaan Alam Sekitar


61 Pengembara Selain itu, ahli pengakap kanak-kanak juga perlu mendapatkan dua Lencana Kepandaian dalam Kategori Perkhidamatan:


62 5.0 Lencana Kemajuan Keris Emas SeteLah meperolehi kesemua Lencana Kepandalan iaitu Kalegori Kegermaran (2) Pengetahuan (2) dan Perkhidmatan (2), Pengakap Kanak-kanak itu perlu meneruskan latihan dan ujian bagi mendapatkan Lencana Kemajuan Keris Emas seperti dibawah mengikut aktiviti-aktiviti lencana tersebut: Lencana ini diberi kepada Ahli Pengakap Kanak-kanak, sebagai mengakui kebolehan dan keberanian serta penghargaan diri dalam menjalankan tanggung jawab dan kepemimpinan seperti Kepimpinan Ketua Enam Sekawan, khidmat Masyarakat, aktiviti luar dan Pertolongan Cemas. A. Kesetiaan 1. Menyanyi sekurang-kurangnya 2 buah lagu patriotik 2. Menganali Jata Negara dan lambang negeri masing-masing 3. Mengetahui nama dan mengenali tokoh tempatan. 4. Mengetahui nama penuh dan menganli ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri dan ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara. 5. Mengamalkan ajaran agama masing-masing. B. Kesihatan dan keselamatan 1. Mengetahui sekurang-kurangnya lima peraturan hidup sihat dan bahagia 2. Mengetahui bagaimana mengalasi sakit selsema dan menjauhkannya 3. Mengetahui maksud pertolongan cemas dan cara mendapatkan bantuan kecemasan. 4. Mengetahui bagaimana membuat anduh (kepala, tangan, tapak tangan, lutut dan kaki) 5. Menghasilkan sebuah buku skrap dari media surat khabar, majalah atau internet yang ada mesej : Anti Dadah atau Bahaya Merokok atau Keracunan Makanan. C. Kecekapan a. Mengukuhkan Latihan Asas Perbarisan Lencana Keris Gangsa dan Perak, serta memahami perintah "Langkah ke Sebelah", "Cepat Jalan", "Berhenti", dan "Hormat". b. Mempraktikkan latihan asas Ala Komando, termasuk Merangkak, Merangkak di Bawah Jaring/Jala, Bergayut pada Tali, Meniti Kayu dan Bergayut, serta Gayut Monyet. c. Mengasah kemahiran ikatan dengan menguasai teknik Buku Sila (Keris Gangsa), Bunga Geti, dan Simpul Sentak (Keris Perak). d. Mempelajari cara mengikat simpulan Tindih Kasih, Simpul Manuk, dan Lilit Dua Simpul, serta memahami kegunaannya.


63 e. Mendemonstrasikan kemampuan menaikkan dan menurunkan khemah, serta melipatkannya dengan sekawan. D. Penyertaan 1. Menyatakan lima jenis pokok hutan dan kegunaannya kepada manusia. 2. Membuat satu daripada perkara-perkara di bawah, mengikut pilihan pengakap kanak-kanak sendiri: I. Sebuah kotak tempat menyimpan alat-alat Pertolongan Cemas atau sebuah kotak untuk surat-surat atau sebuah kotak untuk menabung wang semuanya dibuat dari bahan terbuang. II. Membuat patung sarung jari pupet / patung puppet bertali yang boich digerak-gerakan dan membuat panggung puppet. III. Membuat layang-layang yang boleh dinaikan ke udara. IV. Mengetahui membaiki sekurang-kurang satu jenis permainan kanakkanak yang menggunakan bater. V. Menyanyi sekurang-kurang dua buah lagu pengakap Malaysia. E. Perkhidmatan 1. Bersama sekawan / Pek membersihkan kawasan rumah / sekolah / rumah ibadat / tempat awam 2. Membantu pemimpin unutk persiapan Pek bercuti / perkhemahan 3. Melukis peta lakar kawasan tempat tinggal sendiri. Setelah lulus Lencana Kemajuan Keris Emas dan Tujuh Lencana Kepandaian, Pengakap Kanak-kanak tersebut layak memakai Tanda Cemerlang Rambu Pengakap Kanak-kanak dengan syarat: 1. Memakai Lencana Keris Emas selama satu bulan 2. Berkelakuan bail 3. Menuniukkan sikap kepimpinan yang boleh dicontohi 4. Dicalonkan oleh Pemimpin Kumpulan.


64 Tanda Cemerlang Rambu Pengakap Kanak-kanak (Anugerah Ketua Pesuruhjaya Negeri)


65 MERANCANG PROGRAM / AKTIVITI KUMPULAN 1.0 CONTOH RANCANGAN AKTIVITI TAHUNAN DI SEKOLAH


66


67


68 2.0 Contoh Rancangan Mingguan


69


70 PROGRAM PENGAKAP DAERAH MANJUNG 2022


Click to View FlipBook Version