The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by g-44168622, 2025-11-13 04:36:56

Modul 5 - Kawalan Eksport Makanan

Modul 5 - Kawalan Eksport Makanan

101PERMOHONAN SIJIL KESIHATAN8. TEMPOH SAH LAKU8.1 Tempoh sah laku bagi Sijil Kesihatan adalah tiga (3) bulan dari tarikhSijil Kesihatan tersebut dikeluarkan. Tempoh tersebut perlu dinyatakanpada sijil.8.2 Di dalam keadaan tertentu, pegawai yang mengeluarkan sijil bolehmenentukan tempoh sah laku Sijil Kesihatan dengan syarat pemohonmenunjukkan bukti yang munasabah yang memerlukan tempoh sahlaku Sijil Kesihatan diubah.


102PERMOHONAN SIJIL KESIHATAN9. PENGGANTUNGAN / PEMBATALAN SIJIL KESIHATAN9.1 Pihak Ibu Pejabat Kementerian Kesihatan Malaysia berhak membuatkeputusan agar Sijil Kesihatan tidak dikeluarkan atau dibatalkan, ataumenggantung pengeluaran Sijil Kesihatan bagi kes-kes tertentu (case bycase) termasuk :a) maklumat permohonan dan dokumen sokongan didapati tidak tepat /palsu;b) tidak mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan dalam Garis Panduan ini;c) pelanggaran keputusan analisis sampel produk dalam ProgramPemantauan Eksport bagi premis pemprosesan yang terlibat (Sijil Kesihatantidak akan dikeluarkan untuk batch yang didapati melanggar standardnegara pengimport dan penggantungan pengeluaran Sijil Kesihatan bolehdikenakan); ataud) tidak mematuhi keperluan negara pengimport


103PERMOHONAN SIJIL KESIHATAN10. PEMALSUAN / REPLIKASI SIJIL KESIHATAN10.1 Pemohon tidak boleh memalsukan Sijil Kesihatan, mengubahmaklumat dalam Sijil Kesihatan atau membuat replikasi SijilKesihatan.10.2 Sijil Kesihatan adalah dokumen rasmi kerajaan. Pemalsuan dokumentertakluk di bawah Kesalahan Jenayah Kanun Keseksaan.10.3 Kementerian Kesihatan Malaysia berhak membuat laporan polis ataumengenakan tindakan penggantungan / pembatalan Sijil Kesihatanke atas mana-mana pihak yang memalsukan, mengubah maklumatatau membuat replikasi Sijil Kesihatan.


104PERMOHONAN SIJIL KESIHATAN11. TATACARA PENGGUNAAN SIJIL KESIHATAN11.1 Sijil Kesihatan tidak boleh dipindah hak milik atau dijual beli.11.2 Pengeluaran Sijil Kesihatan bukan bermaksud bagi tujuan pameran ataupengiklanan.11.3 Kementerian Kesihatan Malaysia berhak membuat laporan polis ataumengenakan tindakan penggantungan / pembatalan pengeluaran SijilKesihatan ke atas syarikat atau mana-mana pihak yang melakukanpemindahan hak milik Sijil Kesihatan kepada syarikat lain.


105PERMOHONANSIJIL EKSPORT PENJUALAN BEBAS BAGI PRODUK MAKANAN


106 PERMOHONAN SIJIL EKSPORT PENJUALAN BEBAS MELALUI SISTEM FOSIMPejabat Kesihatan Daerah (PKD)


107PERMOHONAN SIJIL EKSPORT PENJUALAN BEBAS2. SYARAT DAN KRITERIA PERMOHONAN2.1 Permohonan dibuat oleh syarikat yang berdaftar di negara ini iaitu:a) Berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) atau manamana agensi yang berkaitan;b) Premis pemprosesan berdaftar dengan KKM secara online melaluilaman sesawang Food Safety Information System of Malaysia (FoSIM)https://fosim.moh.gov.my; danc) Premis pemprosesan mempunyai lesen pengilangan atau kelulusandaripada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) atau surat pengesahandaripada mana-mana agensi kerajaan.


108PERMOHONAN SIJIL EKSPORT PENJUALAN BEBAS2. SYARAT-SYARAT DAN KRITERIA PERMOHONAN2.2 Permohonan adalah untuk produk makanan manusia (for humanconsumption) sahaja.2.3 Produk dikilang atau dibungkus atau empunya hak untuk mengilangatau membungkus atau ejen di Malaysia.2.4 Premis pemprosesan perlu melaksanakan Program JaminanKeselamatan Makanan (PJKM) sekurang-kurangnya Skim MakananSelamat Tanggungjawab Industri (MeSTI), KKM dan mengikutkeperluan yang ditetapkan oleh negara pengimport.


109PERMOHONAN SIJIL EKSPORT PENJUALAN BEBAS2.5 Keputusan analisis makmal bagi setiap produk yang dipohon memenuhikriteria berikut:2.6 Produk terdapat di pasaran atau boleh dijual secara bebas di negara ini.a) Terkini atau tidak melebihi 6 bulan dari tarikh permohonan.b) Makmal yang diiktiraf oleh KKM.c) Mematuhi Akta Makanan 1983 & Peraturan-Peraturan Makanan1985.2. SYARAT-SYARAT DAN KRITERIA PERMOHONAN


110PERMOHONAN SIJIL EKSPORT PENJUALAN BEBAS2.7 Pelabelan pada bungkusan makanan memenuhi kriteria berikut:a) Mempunyai “nama sebutan sebenar” produk.b) Mempunyai senarai ramuan(Nota: Senarai ramuan perlu dikemukakan secara berasingan untukproduk pukal yang tidak memerlukan senarai ramuan paa label).c) Nama dan alamat syarikat pengeluar/ pembungkus/ empunya hak untukmengilang atau membungkus atau ejen di Malaysia.d) Tiada akuan kesihatan.e) Bahasa yang digunakan adalah bergantung kepada keperluan negarapengimport tetapi terjemahan dalam Bahasa Melayu atau BahasaInggeris perlu disertakan sebagai lampiran.2. SYARAT-SYARAT DAN KRITERIA PERMOHONAN


111PERMOHONAN SIJIL EKSPORT PENJUALAN BEBAS3.1 Premis pemprosesan yang mempunyai pensijilan Hazard Analysis and CriticalControl Point (HACCP) atau Good Manufacturing Practice (GMP) dari KKMatau Accredited Certification Body (ACB), atau MeSTI dari KKM yang masihsah laku dikecualikan daripada klausa 2.5. Keputusan analisis makmal produkakhir boleh diminta secara rawak dari semasa ke semasa.3.2 Syarikat yang memperolehi bekalan daripada pengilang dan / ataupembungkus (sama ada di Malaysia atau di luar negara) melalui contractmanufacturing, atau trading atau ejen pengedaran perlu mengemukakandokumen sokongan seperti di klausa 4.3 (a).3. KEPERLUAN TAMBAHAN BAGI PERMOHONAN


112PERMOHONAN SIJIL EKSPORT PENJUALAN BEBAS3.3 Pemohon bagi pengeksportan produk yang dihasilkan bagi tujuan eksport sahaja(produk tidak dijual di Malaysia) perlu mengemukakan surat rasmi bahawaproduk yang dihasilkan hanya untuk tujuan eksport.3.4 Sijil Eksport Penjualan Bebas boleh dikeluarkan bagi produk yang diklasifikasikansebagai produk makanan di negara pengimport tetapi diklasifikasikan sebagaiproduk farmaseutikal di Malaysia bersama dokumen sokongan berikut:a) Surat sokongan dari Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) bahawaproduk didaftarkan dengan NPRA; danb) Surat / dokumen rasmi dari Competent Authority negara pengimport yangmenyatakan produk tersebut diklasifikasikan sebagai makanan di negarapengimport.3. KEPERLUAN TAMBAHAN BAGI PERMOHONAN


113PERMOHONAN SIJIL EKSPORT PENJUALAN BEBAS3.5 Sijil Eksport Penjualan Bebas boleh dikeluarkan bagi tujuan pendaftaranproduk di negara pengimport mengikut prosedur Sijil Eksport PenjualanBebas yang sedia ada. Pemohon perlu mengemukakan surat rasmi yangmenyatakan bahawa Sijil Eksport Penjualan Bebas dimohon bagi tujuanpendaftaran produk di negara pengimport dan bukannya untuk tujuanpengeksportan.3. KEPERLUAN TAMBAHAN BAGI PERMOHONAN


114PERMOHONAN SIJIL EKSPORT PENJUALAN BEBAS5. FI SIJIL EKSPORT PENJUALAN BEBAS5.1 Fi untuk satu sijil adalah RM 100.00. Satu sijil boleh mengandungimaksimum 25 produk.a) Maklumat produk makanan boleh dicetak pada kedua-dua belahmuka surat dalam satu sijil.b) Sekiranya menggunakan muka surat belakang sijil, senaraiproduk terakhir perlu dicop dengan cop rasmi PKD / PKB / PKKatau JKN yang mengeluarkan sijil.5.2 Bayaran fi perlu dibuat secara atas talian selepas penghantaranpermohonan atau mengikut tatacara kewangan (ArahanPerbendaharaan) seperti ditetapkan oleh JKN atau PKD/PKB/PKK yangmengeluarkan sijil.


115PERMOHONAN SIJIL EKSPORT PENJUALAN BEBAS5. FI SIJIL EKSPORT PENJUALAN BEBAS5.3 Bayaran fi Sijil Eksport Penjualan Bebas perlu dikemukakan bersamapermohonan. Bayaran fi tidak akan dikembalikan setelah permohonandiproses.5.4 Sebarang pindaan kepada Sijil Eksport Penjualan Bebas yang disebabkan olehkesilapan pemohon atau di atas permintaan pihak/negara pengimport perludimohon semula dan akan dikenakan fi seperti yang dinyatakan di klausa 5.1.Sijil Eksport Penjualan Bebas asal yang dibatalkan perlu dikembalikan semulake JKN atau PKD/PKB/PKK yang mengeluarkan sijil tersebut sebelum Sijil EksportPenjualan Bebas baru dikeluarkan.5.5 Sebarang pindaan/pembetulan di atas Sijil Eksport Penjualan Bebas asal yangtelah dicetak adalah tidak dibenarkan.


116PERMOHONAN SIJIL EKSPORT PENJUALAN BEBAS5. FI SIJIL EKSPORT PENJUALAN BEBAS5.6 Sekiranya Sijil Eksport Penjualan Bebas hilang, pihak pemohon perlumengemukakan surat rasmi dan salinan laporan polis kepada JKN atauPKD/PKB/PKK yang mengeluarkan sijil tersebut semasa membuat permohonangantian Sijil Eksport Penjualan Bebas. Fi seperti yang dinyatakan di klausa 5.1akan dikenakan ke atas gantian Sijil Eksport Penjualan Bebas.


117PERMOHONAN SIJIL EKSPORT PENJUALAN BEBAS6. TEMPOH MASA PENGELUARAN SIJIL EKSPORT PENJUALAN BEBAS6.1 Tempoh proses permohonan adalah satu (1) hari bekerja dari tarikhterima permohonan lengkap.


118PERMOHONAN SIJIL EKSPORT PENJUALAN BEBAS7. TEMPOH SAH LAKU SIJIL EKSPORT PENJUALAN BEBAS7.1 Tempoh sah laku Sijil Eksport Penjualan Bebas adalah selama enam (6) bulandari tarikh sijil dikeluarkan. Tempoh tersebut perlu dinyatakan pada sijil.7.2 Di dalam keadaan tertentu, pegawai yang mengeluarkan sijil bolehmenentukan tempoh sah laku Sijil Kesihatan dengan syarat pemohonmenunjukkan bukti yang munasabah yang memerlukan tempoh sah lakuSijil Kesihatan diubah.


119PERMOHONAN SIJIL EKSPORT PENJUALAN BEBAS8. PENGGANTUNGAN / PEMBATALAN SIJIL EKSPORT PENJUALAN BEBAS8.1 Pihak Ibu Pejabat Kementerian Kesihatan Malaysia berhak membuatkeputusan agar Sijil Eksport Penjualan Bebas tidak dikeluarkan ataudibatalkan, atau menggantung pengeluaran Sijil Kesihatan bagi keskes tertentu (case by case) termasuk :a) maklumat permohonan dan dokumen sokongan didapati tidaktepat / palsu;b) tidak mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan dalam GarisPanduan ini; atauc) produk didapati melanggar Akta Makanan 1983 & PeraturanPeraturan Makanan 1985 sama ada melalui makluman darinegara pengimport atau pensampelan oleh pihak berkuasa diMalaysia.


120PERMOHONAN SIJIL EKSPORT PENJUALAN BEBAS9. PEMALSUAN / REPLIKASI SIJIL EKSPORT PENJUALAN BEBAS9.1 Pemohon tidak boleh memalsukan Sijil Eksport Penjualan Bebas, mengubahmaklumat dalam Sijil Eksport Penjualan Bebas atau membuat replikasi SijilEksport Penjualan Bebas.9.2 Sijil Eksport Penjualan Bebas adalah dokumen rasmi kerajaan. Pemalsuandokumen tertakluk di bawah Kesalahan Jenayah Kanun Keseksaan.9.3 Kementerian Kesihatan Malaysia berhak membuat laporan polis ataumengenakan tindakan penggantungan / pembatalan Sijil EksportPenjualan Bebas ke atas mana-mana pihak yang memalsukan, mengubahmaklumat atau membuat replikasi Sijil Eksport Penjualan Bebas.


121PERMOHONAN SIJIL EKSPORT PENJUALAN BEBAS10. TATACARA SIJIL EKSPORT PENJUALAN BEBAS10.1 Sijil Eksport Penjualan Bebas tidak boleh dipindah hak milik atau dijual beli.10.2 Pengeluaran Sijil Eksport Penjualan Bebas bukan bermaksud bagi tujuanpameran atau pengiklanan.10.3 Kementerian Kesihatan Malaysia berhak membuat laporan polis ataumengenakan tindakan penggantungan / pembatalan pengeluaran SijilEksport Penjualan Bebas ke atas syarikat atau mana-mana pihak yangmelakukan pemindahan hak milik Sijil Eksport Penjualan Bebas kepadasyarikat lain.


Click to View FlipBook Version