The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

eBook ini adalah sebagai rujukan lengkap bagi pelajar dan juga pensyarah subjek SKE 3013 Sistem Digital Sijil Teknologi Elektrik Kolej Komuniti. Buku ini dihasilkan dengan berpandukan kurikulum semakan Mei 2018.

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Norhidayah Morsalin, 2020-12-09 23:57:35

Sistem Digital Sijil Teknologi Elektrik e978-967-14763-3-8

eBook ini adalah sebagai rujukan lengkap bagi pelajar dan juga pensyarah subjek SKE 3013 Sistem Digital Sijil Teknologi Elektrik Kolej Komuniti. Buku ini dihasilkan dengan berpandukan kurikulum semakan Mei 2018.

3.5.1 Penyahkod Binari ke Desimal
 Penyahkod binari ke desimal berfungsi bagi memilih salah satu daripada
sepuluh keluaran (desimal), bergantung kepada 4 –bit masukan binari yang
diberikan.
 IC penyahkod binari ke decimal yang sering digunakan ialah 7442.
 Sekarang cuba kita perhatikan simbol logik 7442 dalam Rajah 3.8, anda akan
dapati IC ini mempunyai 4 bit masukan BCD yang dilabelkan sebagai A (pin
15), B (pin 14), C (pin 14) dan D (pin 12).
 Dan sepuluh keluaran yang dilabelkan sebagai 0 hingga 9. Merujuk kepada
jadual fungsi kita dapati bahawa masukan BCD akan menentukan keluaran
desimal manakah yang akan diaktifkan.
 Sebagai contoh sekiranya masukan binari ialah 0010 (2), bermakna keluaran 2
akan diaktifkan, manakala masukan binari 0111 (7) akan mengaktifkan
keluaran 7.

Rajah 3.8 Penyahkod binari ke desimal (IC 7442)

RANGKAIAN LOGIK DAN ARITMETIK 95

Jadual menunjukkan keluaran bagi Penyahkod binari ke desimal (IC 7442)
3.5.2 Penyahkod LED 7-Ruas

 Secara umumnya paparan LED 7-Ruas adalah susunan LED dalam dua keadaan
iaitu anod sepunya dan katod sepunya.

 Walau bagaimanapun untuk mendapatkan bentuk-bentuk nombor tertentu ia
disusun seperti di Rajah 3.9.

Rajah 3.9 IC Penyahkod 7447 yang disambung ke LED 7-Ruas

RANGKAIAN LOGIK DAN ARITMETIK 96

 Rajah 3.10 menunjukkan voltan masuk dan paparan LED 7-Ruas yang
menunjukkan LED(b), LED(c), LED(f) dan LED(g) menerima voltan dan
mengeluarkan cahaya membentuk angka 4.

Rajah 3.10 Voltan masuk dan paparan LED 7-Ruas

RANGKAIAN LOGIK DAN ARITMETIK 97

 Jadual 3.3 di bawah pula menunjukkan Jadual Kebenaran bagi IC penyahkodan
7447.

Jadual 3.3 Jadual Kebenaran bagi IC penyahkodan 7447.

RANGKAIAN LOGIK DAN ARITMETIK 98

PENILAIAN KENDIRI

Anda telah menghampiri kejayaan . Sila cuba semua soalan dalam penilaian
kendiri.
Jika ada masalah yang timbul, sila berbincang dengan pensyarah anda.
Selamat mencuba semoga berjaya !!!!

SOALAN 1
Nyatakan jumlah litar penambah penuh yang diperlukan di mana daftar A = 10102 dan
daftar B = 11002.

SOALAN 2
Lakarkan satu litar penambah penuh yang boleh menjalankan operasi 10112 + 10012 =

SOALAN 3
a) Lukiskan rajah blok sistem berdigit yang mempunyai dua paparan LED 7-
Ruas?
b) Apakah jenis paparan LED 7-Ruas yang perlu digunakan jika bekalan kuasa
negatif Vcc?

SOALAN 4
Namakan DUA jenis alat paparan system berdigit yang anda tahu?

RANGKAIAN LOGIK DAN ARITMETIK 99


Click to View FlipBook Version