The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by hafilah yahaya, 2020-04-28 06:16:28

SEMARAK KASIH

SEMARAK KASIH

PRAKATA

Syukur kehadrat ilahi kerana dalam masa yang singkat, warga SK Taman Klang Utama berjaya
menyiapkan penulisan kreatif masing-masing untuk dibukukan dalam antologi ini. Buku ini
merupakan cetusan idea Encik M. Khalimi bin Dalhan, Guru Besar SK Taman Klang Utama.
Beliau ingin jadikan buku ini sebagai kenangan terindah buat Puan Suzainee sempena majlis
persaraan beliau. Memori yang sukar dilupakan ditafsirkan dalam bentuk penulisan. Perkongsian
saat-saat manis, suka duka bersama Puan Suzainee binti Neesa, Penolong Kanan Pentadbiran SK
Taman Klang Utama dikongsikan oleh semua warga sekolah. Setiap bait-bait kata dalam buku
ini adalah tulus dari hati setiap warga SK Taman Klang Utama. Begitu banyak kasih sayang yang
dicurahkan oleh Puan Suzainee hingga meninggalkan kesan yang dalam bagi setiap warga SK
Taman Klang Utama.
Dalam menyediakan buku ini, kerjasama dari setiap warga SK Taman Klang Utama amat
diperlukan. Penulisan Kreatif yang disampai dalam pelbagai bentuk disampaikan secara formal
dan santai. Semarak Kasih dipilih sebagai judul buku bersempena tema majlis
dan menggambarkan kasih kami warga SK Taman Klang Utama terhadap insan bernama
Puan Suzainee. Semoga ianya menjadi hadiah terbaik buat Puan Suzainee.

i

Disunting Oleh,
Puan Norhafilah bt Yahaya
Puan Noraikah bt Mhd Janudin
Puan Maszuin bt Ali
Puan Norina bt Bolhassan

Ilustrator
Puan Norhafilah bt Yahaya

ii

ISI KANDUNGAN

Prakata i
Penulisan Kreatif
1
 Pentadbir 7
 Guru-guru sesi pagi 29
 Guru-guru PPKI 41
 Guru-guru sesi petang 56
 Kakitangan Sekolah

iii

Setia budimu, semarak kasih TKU
Mengenali beliau dalam masa yang singkat membuatkan saya memulakan dengan menyebut

satu perkataan iaitu TABAH.
Sebagai tulang belakang pengurusan sekolah, beliau terus tabah walau dengan ujian kesihatan

Abang Mohd Khairi. Tidak pernah sekali pun saya mendengar keluhan beliau dengan tugasan
penolong kanan pentadbiran yang rencam dan pelbagai. Mungkin pengalaman beliau sebagai orang
kanan kurikulum di sekolah terdahulu membantu beliau untuk juga membantu guru-guru besar
sebelum-sebelum ini serta guru-guru dan warga SK Taman Klang Utama secara keseluruhannya.
Sememangnya pengalaman bukan satu perkara yang mudah diperolehi malah watak `guru otai’ di
tahun enam masih jelas kelihatan dalam gerak kerja kurikulum sekolah terutama apabila
mengendalikan program-program tahun enamnya.

Sebenarnya, beliau lebih mengenali isteri saya yang pernah beberapa kali bertugas sebagai
pengawas peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) di beberapa buah sekolah. Malah
beliau masih ingat beberapa momen semasa mereka bersama–sama. Sebagai guru wanita, agaknya
masa tu banyaklah juga yang mereka `bawangkan’ daripada hal-hal kerja sehingga hal-hal keluarga
masing-masing. Tetapi jujur, saya memang tidak mengetahui mereka sebenarnya bersahabat sejak
sekian lama.

Tak sampai dua bulan kami sebumbung di SK Taman Klang Utama, beliau
akan menamatkan perkhidmatan panjang sebagai guru, menyusul abang Mohd Khairi
yang juga telah bersara mulai 2019 lalu. Kita kembalikan Puan Suzainee Neesa kepada
pangkuan keluarga dan semoga beliau dan keluarga lebih banyak masa untuk bersama-
sama. Tiada lagi bagi beliau `punch kad’, erph, eoperasi, epangkat, hrmis, SAPS,
SKPMG2, Standard 4 dan pelbagai lagi tugasan yang beliau pernah ketuai di peringkat
SK Taman Klang Utama. Mungkin satu tekanan semasa berhadapan dengan tugasan
ini, namun tentunya manis untuk diimbas dan diingat kembali saat ini.Kenangan indah
semasa dalam dunia pendidikan keseluruhannya termasuk di SK Taman Klang Utama
tentunya terpatri kemas sebagai catatan gemilang beliau sebagai seorang guru.
Tahniah dan Selamat Bersara Puan Suzainee.

Setia budi semarak kasih,
Untukmu duhai insan terpilih,
Perpisahan tiba bukan menyisih,
Budimu puan di hati membenih.
Setia budi semarak kasih,
Puan Suzainee berangkat kami yang merintih.

Salam ingatan dari M. Khalimi Dalhan (gb)

1

Semarak Kasih , Setulus Sayang

DEDIKASI UNTUK PUAN SUZAINEE BT NEESA

DISINI ADA TANGISAN,
ADA PERJUANGAN,
ADA LUKA,

ADA TAWA, BAHAGIA DAN RINDU.

DAN ITU SEMUALAH,
YANG MEMBERATKAN..
KETIKA KITA HARUS BERPISAH.

Kak Sue,
Banyak orang masuk dan keluar dari hidupmu. Namun, sudah pasti hanya
sahabat sejati akan meninggalkan jejak dalam hatimu.

Tanggal, 15 Mei 2018 merupakan titik tolak perkenalan antara kita , iaitu hari
pertama saya melaporkan diri di Sk Taman Klang Utama sebagai
PK Hal Ehwal Murid.

Ketegasan dari raut muka amat jauh berbeza dengan keikhlasan yang ada
jauh di sudut hatimu, Kak Sue.

TERKADANG,
PERPISAHAN MEMBUAT KITA MENGERTI

BETAPA PERTEMUAN ITU
SANGAT BERERTI, SEHINGGA
KITA MAMPU MEMAKNAI DAN MENGHARGAI
SEBUAH DETIK KEBERSAMAAN.

Kak Sue,

Sehingga nukilan ini ditulis, tidak sampai 2 tahun tempoh perkenalan
antara kita rupanya. Namun keakraban dari nilai persahabatan itu
sendiri seolah menjadikan sudah 20 tahun kita saling mengenali.

Selepas 30 April 2020, Kak Sue sudah bukan lagi rakan sekerja
saya lagi. Namun, Kak Sue semestinya terus menjadi teman
yang sangat bererti untuk saya, Till Jannah.
Terima Kasih untuk segalanya, Kak Sue.
Tiada satu hari pun selepas 30 April 2020 nanti,
tanpa saya tak merindui Kak Sue.

KUNING EMAS MASAKNYA PADI,
MAWAR MERAH DALAM JAMBANGAN,

TERIMA KASIH DARI HATI,
BUDI KAK SUE JADI KENANGAN.

Ikhlas Dari Hati,

HAZLINA BINTI ALI (26 APRIL 2020)

2

One of the most special moments in life is the retirement day when you enter
a new sensation, a new phase and start a new episode of your life.

I am highly honoured to deliver this retirement speech to our
exceptional mentor who will retire from active service. It gives me great
pleasure to say that we recognize, respect and appreciate all the valuable
skills and knowledge that you had imparted onto us and to thank you for all
your effort and hard work. I also wish to express our sincerest gratitude to you
for all your contributions towards the educational programs and
developments of the school.

The five years that you had spent with us, imparting the right skills and
knowledge to the pupils is very much appreciated by all of us in this school. I
have no doubt on my mind to say that you are an achiever; modest,
courageous, open-minded, generous, knowledgeable, responsible and a
highly respected teacher with all your vast wealth of experience in making
quick decisions in each and every hostile situation. I would like to thank you for
your excellence in the education sector. You are always tolerant and eager
to help us at all times. Indeed, your exceptional qualities have inspired me in
so many ways. I will always remember you and the sweet memories that we
shared together will remain in my heart forever.

We feel sad about your retirement but at the same time
happy that you will spend the rest of the days with your loving
husband. I still remember how you had looked after your husband
when I travelled with you from Kemaman. It really touched my
heart and I cried when I went home thinking that how much you
were suffering and you never showed your tiredness at all. You
are such a wonderful wife and a dedicated teacher that I have
ever met in my life.

Lastly, I would like to thank you for all the
guidance and advice that you had given me. From
the bottom of my heart, I would also like to apologize
for any misunderstanding. May God bless you an
ocean of happiness, good health and inner peace,
my dear friend. ALL THE BEST.

With this, I end my writing with a quote by
Robert H. Schuller, “Always look at what you left.
Never look at what you have lost”.

Sulasena D/O Palanimuthu

Senior Assistant of Co-Curriculum

3

Assalamualaikum….

Saya mula mengenali Puan Suzainee pada pertengahan tahun 1996 di
SK Sementa. Pertemuan ini ialah di antara seorang guru pelatih dengan
seorang guru biasa. Pada masa itu saya sedang membuat latihan pratikum
kedua saya selama 6 bulan di sekolah tersebut.

Pertemuan kedua saya dengan puan ialah pada awal tahun 2019 di SK
Taman Klang Utama sebagai seorang GPK Penyelia Petang dengan seorang
GPK 1 . Allah temukan kami semula selepas hampir 23 tahun. Tetapi susuk
tubuh Puan Suzainee Binti Neesa tetap tidak berubah, beliau masih kurus dan
manis orangnya.

Terima kasih pada Allah kerana telah menemukan kami semula sebagai
seorang rakan sekerja dan seorang kakak. Terima kasih di atas segala tunjuk
ajar dan bimbingan puan kepada saya, selama saya menjadi pentadbir di SK
Taman Klang Utama.

Saya ingin mengambil kesempatan ini, memohon maaf dengan puan
jika terdapat kata-kata dan perbuatan saya yang telah menyinggung
perasaan puan.

Saya akhiri penulisan saya ini dengan iringan doa buat puan.

Ya Allah……

Berkatilah umurnya,

Sihatkanlah tubuhnya,

Terangilah hatinya,

Tetapkan imannya,

Baikkan amalannya,

Luaskan rezekinya,

Dekatkannya pada kebaikan & jauhi daripada keburukan,

Kabulkan segala keperluan,

Baik dalam agama, dunia mahupun akhirat,

Amiin ya rabbal amiin.

Zulkifli Bin Kamarulzaman
PK Petang SKTKU.

4

SEMARAK KASIH, SELAUT BUDI
16 Ogos 2015…

Kehadirannya amat dinanti-nantikan oleh warga kerja SKTKU.
Di sisi diriku hanya satu.
Doaku, semoga insan yang hadir
Boleh memahami kami warga PPKI.
Memahami warga kerjanya,
murid-muridnya dan ibubapanya.
Kernaku faham bukan mudah ‘ orang luar’ boleh menerima kami yang sangat
berbeza dari segi tingkahnya,
PDPCnya, klasnya
dan kepelbagaian rencah ratusnya.
Alhamdulillah doaku Allah kabulkan.
Seorang yang tegas namun jiwanya sarat dengan kasih sayang
Seorang yang menyantuni kami warga PPKI dengan penuh keikhlasan
Seorang teman yang dapatku sandarkan bahuku tatkala aku kelelahan
Seorang teman yang sangat prihatin kepada orang bawahannya
Seorang teman yang sanggup berkorban untuk orang lain
Seorang teman yang sanggup berkongsi kasut
Seorang teman yang sangat tegar jiwanya,
Saat diuji rakan sebantalnya
Tapi masih terus ke hadapan
Tanpa sebarang alasan
Sehingga kadangkala
aku tertunduk malu dengan ketabahannya..

5

Waktu terus berjalan,
Tanpaku sedar
5 tahun aku berganding bahu dengannya.
Demi kejayaan dan keharmonian SKTKU.
Tanpa pernah ada perselisihan,
Tanpa pernah ada permusuhan,
Waktu terus berjalan, terlalu cepat masa berlalu
Saat ini dirimu harus melangkah pergi dari alam SKTKU
Membawa seribu kenangan yang tidak mampuku ungkapkan.

BIARLAH GAMBAR BERBICARA, TENTANG KEAKRABAN KITA

kerna
Sahabat sejati selalu ada di hati,
perpisahan bukanlah pengakhiran cerita kita.

Semoga selepas ini dirimu bahagia di samping keluarga tercinta.

Nukilan rasa
Nor Len bt Sudar
Ahad, 26 April 2020

6

MEMOIR SEORANG SAHABAT…

Ungkapan agung memulakan langkah tari pena ini. Sesungguhnya amat sukar untuk
diluahkan dengan kata-kata kerana hanya kita yang dapat merasai erti persahabatan ini.
Namun, perlu diteruskan untuk diabadikan sebagai kenangan terindah pengalaman dan
perjalanan hidup kita, tercoret jua catatan ini walaupun berat untuk jari jemari ini
meneruskan rentak tarian kehidupan.

Kak Sue, itulah panggilan mesra sejak kita mula bergelar sahabat. Tika itu ada
amanah yang harus sama-sama kita pikul sebagai pelajar sebelum kita akhirnya bergelar
siswazah. Masih diingat Kak Sue lah pemandu setia kami menghadiri kuliah dan juga setiap
kali debaran ini datang untuk menjawab soalan-soalan peperiksaan. Walaupun kita bergelar
Mahasitua, namun semangat Kak Sue yang begitu cekal, tabah dan sangat positif
menghadapi apa jua kekangan sepanjang perjalanan kita sebagai pelajar.

Masih mesra ingatan itu walaupun sudah agak rapuh dimamah pantasnya masa
berlalu. Tak mungkin kenangan itu dapat dilupai walau sesaat. Seorang sahabat dan juga
kakak yang sentiasa sanggup merelakan bahunya menjadi tempat sandaran ketika jiwa dan
perasaan ini berkecamuk dengan segala permasalahan. Tidak pernah didengar keluhan
luahan rasa kesal, kecewa dan putus harap sepanjang kita menyelesaikan amanah yang
dipikul walau ada tikanya dilambung ombak dan diterjah badai. Kekuatan semangat itu
meresap ke dalam jiwa kami rakan seperjuangan dan akhirnya kita dapat mengharungi
perjalanan itu dengan jayanya. Syukur kepada MU Ya Allah kerana mengurniakan sahabat
yang begitu luhur hatinya, tinggi akhlaknya dan sentiasa merasai susah senang insan lain.

Namun begitu, kita dipisahkan seketika dengan kesibukan tugasan masing-masing.
Kak Sue meneruskan amanah Kak Sue dan kita sama- sama pula ditemukan menggalas
tanggungjawab menguruskan hal-hal peperiksaan di sekolah. Hubungan persahabatan kita
kembali terjalin erat dan Kak Sue tidak pernah kedekut ilmu memberikan tunjuk ajar kepada
saya dalam hal pengurusan peperiksaan. Kekurangan saya ditutupi dengan kelebihan Kak
Sue yang tidak dapat dinafikan antara insan yang banyak pengalaman dan OTAI dalam
pengurusan peperiksaan. Terima Kasih Kak Sue. Selamat tinggal Setiausaha Peperiksaan.

7

Kalau jodoh tidak ke mana. Begitulah ungkapan yang sering didengar. Terima kasih
sekali lagi atas kesudian menerima amanah sebagai sebahagian pentadbir di SKTKU.
Kehadiran Puan Sue melengkapkan kekosongan yang ada. Kami warga SKTKU menerima
Puan Sue dengan gembira… “kecil tapak tangan nyiru ditadahkan”. Meskipun Puan Sue
berada di sesi petang namun kita telah dipertemukan kembali untuk melaksanakan amanah
di bawah satu bumbung.

Tidak dapat digambarkan perasaan ini apabila menerima perkhabaran Puan Sue akan
menjadi sebahagian daripada kami di sesi pagi pula. Dalam keterujaan itu dapat diselami
perasaan puan yang berbaur kerisauan untuk memegang amanah baharu. Namun
Alhamdulillah segalanya dipermudahkan. Walaupun mungkin ada tingkah laku, tutur bicara
kami yang menyinggung perasaan Puan Sue sepanjang bergelar PKP. Kami menyusun
sepuluh jari memohon maaf atas segala-galanya. Pengalaman dan tindakan itu terkadang
mematangkan kita.

Kini, puan menghitung hari, jam dan saat untuk meninggalkan dunia pendidikan.
Namun, kami tahu jiwa dan hati puan tetap sebati dalam mendidik anak bangsa dan tidak
pernah tercuit sedikit pun untuk langsung tidak mengingati dunia yang telah diceburi
puluhan tahun yang lalu. Selamat bersara Puan Suzainee, nikmatilah waktu rehat ini, lupakan
sejarah hitam dan apa jua rintangan yang telah dilalui sepanjang kedewasaan ini.
Sesungguhnya segala jasa puan akan tetap abadi dan dikenang sepanjang hayat.

Kak Sue, semalam kita jadi kawan kerana kenangan silam, hari ini kita masih
berkawan kerana janji semalam, esok kita akan terus berkawan kerana hari ini kita saling
mendoakan, hari-hari kemudian kita akan terus berkawan kerana esok kita ada azam, tapi
andai esok tiada lagi kita tetap kawan. Kawan selamanya dalam kenangan.

“ Aduhai, sebaknys dada bila mengenangkan,
Aduhai, resahnya jiwa bila membayangkan,
Ada ketikanya pula kenangan yang mengundang rasa itu jadi igauan,
Tetapi ada masanya pula kenangan yang cukup manis itu menjadi impian”.

8

“ Ada pun hidup,
Tak selalunya indah
Ada pun hati,
Tak selalunya gelisah,
Ada waktunya ruang fikir ini bagai tak mahu menutup kenangan,
Ada ketikanya pula ruang kenangan ini bagai mahu sahaja melekat di
badan,
Kenangan itu pula adalah campuran suka duka dan resah risau sekali gus!
Demikianlah cetusan rasa daripada insan yang bergelar sahabat, adik dan
rakan seperjuangan. Kenang daku dalam setiap doamu…

Nukilan rasa insan kerdil bergelar sahabat,
CTZaharahzainal
25042020

9

‘SILVER IS SPEECH SILENCE IS GOLDEN’; ‘DON’T JUDGE A BOOK BY ITS COVER’ AND
‘A FRIEND IN NEED IS A FRIEND INDEED’……. entah kenapa tiga peribahasa Bahasa
Inggeris ini tiba-tiba muncul dalam kepala saya apabila saya memikirkan Puan Suzainee atau
lebih dikenali dengan panggilan mesra, Puan Sue.

Lima tahun yang lepas, pertama kali mengenali Puan Sue, sejujurnya saya sedikit
segan dengan beliau. Impresi pertama saya ialah beliau merupakan seorang yang tegas dan
serius. Akan tetapi setelah mengenali beliau dengan lebih dekat, saya begitu kagum dengan
cara beliau membawa diri; pendiam tetapi berpengetahuan luas. Sifat yang paling signifikan
pada dirinya ialah cara beliau mengendalikan mesyuarat rasmi, ringkas tetapi padat. Beliau
sentiasa bersikap professional dan tidak gusar akan apa-apa konflik yang dihadapinya.

Sekali-sekala, semasa perbincangan professional bersama beliau, terselit juga
perkongsian hal peribadi. Saya sangat terharu dengan ketabahan beliau menghadapi dugaan
dan kesengsaraan yang kekadang terpaksa diharunginya. Meskipun begitu, beliau masih dapat
mengimbangi kehidupan dengan begitu baik dan teratur. Saya memang menyanjungi
semangat beliau yang senantiasa mahukan yang terbaik untuk semua.

Setiap insan pasti mengharungi detik hitam dalam hidup ini. Saya pun tidak terkecuali
daripada lumrah hidup ini. Kata-kata semangat dan kesudian beliau untuk membantu saya,
tidak akan saya lupai. Itulah yang dikatakan, ‘A friend in need is a friend indeed!’ Terima
kasih Puan Sue atas jasa baik anda. Dengan akhir kata, ‘Selamat Bersara, Puan Sue’. Semoga
sentiasa sihat walafiat dan bahagia bersama-sama suami serta keluarga tersayang.

Sebelum saya mengakhiri coretan ini, saya ingin berkongsi dua buah gambar istimewa
yang dijumpai dalam buku Pesisir ’88, Maktab Perguruan Kota Bharu. Rupa-rupanya Puan
Sue semaktab dengan suami saya. ‘What a small world!’

Dengan tulus ikhlas daripada, Cuba teka yang mana Pn. Sue?
10
Pn. Michael @ Loh Lee Hwa
Guru Bahasa Inggeris SKTKU

APAKAH YANG INGIN AKU MADAHKAN? LAMA SUNGGUH AKU TDAK MENCORET SEBARANG
NUKILAN RASA,METAFORA,ANAFORA,HIPERBOLA TELAH BERTAHUN AKU TINGGALKAN,JADI
KENANG-KENANGAN

NAMUN HARI INI,HATIKU INGIN SEKALI MENGABADIKAN SESUATU UNTUK SESEORANG
YANG BERNAMA SUZAINEE BT. NEESA ATAU KADANG-KADANG KU PANGGIL KAK SU SAHAJA.

HAI! KENAPA PULAK SEDIH NI,HMMM,DUHAI AIR MATA JANGANLAH KAU TUMPAH,KERANA
AKU INGIN SEKALI MENERUSKAN CORETAN BUAT NYA.

DETIK PERKENALAN BEBERAPA TAHUN YANG LALU,BELIAU BERTUGAS DI SESI PETANG
SEBAGAI PENYELIA PETANG DAN UKHWAH KAMI SEMAKIN ERAT APABILA BELIAU BERTUGAS
DI SESI PAGI SELAKU GURU PENOLONG KANAN KURIKULUM.PADA TAHUN 2018,AKU
MENDAPAT JAWATAN SEBAGAI GURU PENYELARAS TAHUN 5.SELALU BERHUBUNG DENGAN
BELIAU KERANA BANYAK YANG PERLU AKU BELAJAR MENGENAI TUGASANKU.

ALHAMDULILLAH,SANGAT MUDAH UNTUK BERURUSAN DAN BEKERJASAMA DENGAN
BELIAU.PADA TAHUN 2019 SEMPAT AKU MENGURUSKAN 2 PROGRAM YANG DIANJURKAN
PANITIA PENDIDIKAN ISLAM DIMANA AKU ADALAH SETIAUSAHANYA.PROGRAM
TADARUS,IHYA’ RAMADAN DAN MAJLIS KHATAM AL-QURAN UNTUK MURID-MURID TAHUN
6.

DALAM MENJAYAKAN PROGRAM-PROGRAM INI,BELIAU SENANTIASA MEMBERIKAN
KERJASAMA YANG SANGAT BAIK,DI SINI DAPAT KU LIHAT BAHAWA BELIAU ADALAH
SEORANG YANG AMAT PEMURAH,TIDAK KEDEKUT BERKONGSI REZEKI DENGAN ORANG
LAIN.BELIAU MEMPERMUDAHKAN URUSAN KEWANGAN YANG TIDAK MENCUKUPI TANPA
PERLU MEMINTA,JUGA URUSAN YANG LAINNYA.

IMBAS KEMBALI, JIKA AKU ADA APPOINTMENT DI HBTAR KLANG UNTUK URUSAN ANAK
SYURGAKU BELIAU JUGA SERING KE SANA UNTUK MENGURUSKAN SUAMI NYA YANG TIDAK
SIHAT.SESUNGGUHNYA KAK SU, ALLAH ITU MEMBERIKAN SETIAP UJIAN DAN DUGAAN ITU
MENGIKUT KEMAMPUAN HAMBANYA.

BERAT MATA MEMANDANG BERAT LAGI BAHU YANG MEMIKUL.BERTABAHLAH DUHAI KAK
SU ,SEMOGA BERKAT KESABARAN DAN KETABAHAN KAK SU SERTA DOA YANG DIPOHONKAN
AKAN MEMUDAHKAN KITA DALAM URUSAN-URUSAN YANG AKHIRNYA AKAN MEMBUAT
KITA RASA GEMBIRA DAN BAHAGIA INSHAALLAH.

KU PENDEKKAN CORETAN INI,UNTUKMU PUAN SUZAINEE BT NEESA KU DOAKAN SEMOGA
DIPERMUDAHKAN URUSAN DAN TABAH DALAM MENGHADAPI SEGALA DUGAAN DAN
RINTANGAN.SEMOGA HAJAT DAN HASRAT KAK SU YANG SUCI MURNI UNTUK MENJAGA
SUAMI DIPERMUDAHKAN DAN SEMOGA SANG SUAMI DIBERIKAN KESEMBUHAN.SELAMAT
BERSARA PUAN SUZAINEE BT. NEESA,SEMOGA SENTI ASA DALAM RAHMAT ALLAH TAALA .

AKHIR KATA,,MAAF DIPINTA ANDAI TERSILAP KATA DAN SEGALANYA,SALAM UKHWAH,SALAM
INGATAN DARI SAYA: USTAZAH ZARINA BT AKBAR ALI / 27 APRIL 2020

11

Terasa cepat masa berlalu
Hari yang dinanti kini tiba
Raut tenang diwajahmu
Mendamaikan hati kami yang gulana
Terima kasih atas bimbingan
Terima kasih atas tunjuk ajar
Ajaranmu kami tak lupa
Berguna ke akhir hayat kami
Sesungguhnya ini bukan perngakhiran
Pergi mu kerana sebuah pengorbanan
Jasamu tetap kami kenang
Budimu tetap kami sanjung
Akhir kata Selamat Bersara Cikgu
Selamat Bersara Puan Suzainee.

~ZZZ~

12

New message -- / x
To : [email protected]
Subjek : Selamat bersara April 2020 

Selamat Bersara Pn. Suzainee bt. Neesa 24 April 2020…………

............‫السلام عليكم ورحمة الله وبركاته‬

KETIKA MULA BERTEMU…. MASA TERUS BERLALU…
TERASA BAGAI TELAH LAMA BERSUA… DAN KITA TETAP SEIRINGAN BERJALAN…
KAU SAMBUT HULUR TANGANKU… MENEMPUH ONAK LIKU…
BERTEGUR SAPA PENUH MESRA… LALUI SEMUA SUKA DAN DUKA…

PN. SUZAINEE…..

LALALALA……….
Tiada kata terindah, tiada puisi puitis, tiada ucapan manis untuk saya ucapkan buat tatapan
Pn. Suzainee. Hanya dua rangkap lirik lagu sebagai bukti untuk saya katakan bahawa yang
sebenarnya berlaku pada saya ketika mula pn. Suzainee tiba ke SK Taman Klang Utama
(SKTKU). Lirik lagu tu memang saya maksudkan.

Bermula pn. Su dilantik menjadi PK Petang pada tahun 2016 (jika saya tidak silap) dan saya
juga di sesi petang. Pn. Su sangat peramah dan banyak membantu guru-guru dalam semua
hal. terutamanya dalam pengurusan RPH, kebajikan murid-murid dan urusan yang
melibatkan hal sekolah…Juga Pn. Su sangat memahami dan mengambil berat akan
masalah-masalah yang dihadapi oleh guru-guru. Terima kasih pn. Su. Saya sangat hargai.

Pada tahun berikutnya Pn. Su di naikkan pangkat lagi iatu menjadi PK1. Guru-guru sesi
petang kehilangan PK Petang yang baik, akan tetapi masih satu bumbung. PK1 di SKTKU
cuma sesi yang berlainan. Kita hanya berjumpa dalam 1 jam ke 2 jam sahaja sehari tetapi
Pn. Su masih beramah mesra dengan cikgu petang. Itu yang saya masih ingat. Terima kasih
Pn. Su.

Pada akhir tahun 2017 saya berjumpa dengan guru besar (Pn. Norlaila Bt. Jamaluddin) untuk
ditukarkan ke sesi pagi pada tahun 2018 atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.
Sekali lagi ucapan terima kasih kepada Pn. Su dan pihak pentadbir kerana memilih saya
untuk Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2018 (APC 2018) setelah 10 tahun saya
berkhidmat di SKTKU. Walaupun perangai saya kadang-kadang Pn. Su mungkin tak suka,
tetapi saya tahu jauh disudut hati Pn. Su mesti ada sedikit kesian kat saya…kan Pn.Su…
Saya tetap menjalankan tugas saya sebaik mungkin. Saya cuba buat yang terbaik untuk diri
saya dan kerjaya saya sebagai pendidik anak bangsa. Saya juga taknak susahkn Pn.Su.
Hanya Allah sahaja yang tahu Pn.Su.

Tahun 2020 saya telah menghadapi satu tragedi hitam yang saya tak akan lupakan sampai
bila-bila.Tragedi yang membuatkan saya rasa putus asa tetapi Pn. Su, Pn. Hazlina dan polis
banyak membantu saya. Ya Allah pada masa tu saya rasa macam dah nk kena buang kerja.
Maklumla saya ni cepat gabra, kalut dan takut. Tetapi Pn. Su banyak tenangkan saya dan
memahami keadaan saya. Semua guru-guru tak tau, cume dorang tengok saya menangis.

13

Ya Allah, terima kasih Pn. Su. Tapi kan Pn. Su tak lama beberapa hari akhirnya ramai cikgu
tau dan diorang semua bagi semangat pada saya.

Ha!! Saya juga nak ucap terima kasih pada Pn. Su sebab sudi beli SAMBAL HITAM
JAMILAH ye. #SekaliRasaPastiNakLagi. Jangan lupa # ye Pn. Su. Oang kata kalau repeat
beli tu makna nya sedap.Hihihihi. Takdelah, saya gurau je tapi kena la dengan selera Pn. Su
kan? Terima kasih pn. Su. Saat nak pencen puan masih beli sambal saya. Nak buat makan
sahur ye?

Okeylah Pn. Su panjang dah emel saya taip ni….lagu atas tu kalau Pn. Su nak tahu penuh
boleh tengok kat utube nyanyian kumpulan UNIC lagu KAU KAWAN, SAHABAT, TEMAN.

Sebelum saya akhiri ucapan saya panjang lebar ni saya nak ucapkan

 SELAMAT HARI LAHIR
 SELAMAT BERSARA

Semoga Pn. Su beroleh kejayaan dan kebahagiaan di dunia dan di akhirat. Aamiin…..

Akhir sekali, PENUTUP LAGU. Didedikasikan buat Pn. Suzainee

DAN KINI DIPISAHKAN DUA BENUA… KUPASTI SUATU MASA…
SALING MENGEJAR CITA… ENGKAU DAN AKU KAN BERTEMU SEMULA…
TAK PERNAH KULUPAKAN… KEMBALI MENJALINKAN DETIK NAN INDAH…
DETIK YANG INDAH BERSAMAMU… UNTUK KENANGAN…..

PN. SUZAINEE…… BERSAMA……..

SETIA BUDIMU, SEMARAK KASIH TKU…….

Ikhlas 100%
jamilah
(JAMILAH ABDUL RAZAK)

14

SELAMAT BERSARA BUAT PUAN SUZAINEE BINTI NEESA

Perkenalan dan pertemuan kami tanpa dirancang. Bak kata perpatah jodoh pertemuan
adalah takdir Allah swt. Kami dipertemukan ketika sama-sama menyambung pengajian
selama 14 minggu di Institut Bahasa Kuala Lumpur. Disini bermula sebuah persahabatan yang
erat dalam mengharungi cabaran untuk menimba ilmu pengetahuan demi menggenggam
segulung ijazah.

Terlalu banyak jasa yang beliau curahkan ketika sama-sama menimba ilmu
pengetahuan. Beliau sanggup mengambil dan menghantar saya pulang kerumah selama 14
minggu, beliau merupakan insan yang kuat semangat dan amat tabah, tidak pernah sekali pun
saya mendengar beliau mengeluh. Ketabahan beliau menjadi pembakar semangat untuk saya
meneruskan perjuangan, Jasa beliau tidak mungkin akan dapat saya lupakan, hanya Allah swt
sahaja yang dapat menbalasnya. Sahabat yang baik sukar untuk ditemukan. Lebih sukar untuk
ditinggalkan. Tidak mungkin untuk dilupakan.

Alhamdulillah persahabatan kami tidak terhenti disitu kerana Puan Suzaini telah
berpindah ke SKTKU untuk menyambung perkhidmatan beliau sebagai penyelia petang.
Selama kami berkhidmat bersama-sama saya dapat menimba ilmu dari beliau. Beliau
merupakan seorang pemimpin yang saya hormati kerana beliau sentiasa membantu dan
memudahkan kerja guru-guru. Walaupun kami bersahabat akan tetapi beliau sangat
professional dalam menjalankan tugasan beliau. Akhir kata saya mendoakan agar Puan
Suzainee dikurniakan kesihatan yang baik dan sentiasa bahagia disamping keluarga tercinta.

Perigi tuan semak siratan,
Ukur tali nampak serupa;

Pergi tuan semarak ingatan,
Luhur budi tidak dilupa.

Pahat papan serupa dulu,
Bawah kain daun cermai;

Rehatlah tuan di dunia baru
Ukhuwah terjalin usah terurai.

Salam ingatan dari Ustazah Norilah Binti Yusof
15

Pn Suzainee binti Neesa... satu watak penting dalam pentadbiran
SKTKU... awalnya tidak berapa mengenali beliau kerana pada mulanya
beliau di sesi petang sebagai Penolong Kanan Petang... Apabila
mantan PK1 SKTKU bersara beliau mengambil alih tugas tersebut.

Tidak juga begitu rapat kerana tugasan diri yg lebih ke arah Hal
Ehwal Murid. Walau bagaimanapun kerana turut mengajar Tahun 6,
banyak juga program-program Akademik Tahun 6 yg perlu kami
realisasikan bersama...

Seorang insan yang sangat tinggi motivasi, berdedikasi dan jauh
pandang ke hadapan. Sungguh pun begitu masih penuh dengan toleransi
kepada anak-anak buah. Beliau sangat mudah membantu dan memahami
tugasan guru-guru walaupun bukan di bawah bidang beliau. Mengapa?
Kerana beliau antara yg memudahkan pengurusan SPBT kerana memahami
dan mudah dibawa berbincang.

Pn. Suzainee... terima kasih atas segala
prihatin dan nasihat yang pernah diberikan.
Mohon maaf atas sebarang keterlanjuran bicara
dan perbuatan. Didoakan sentiasa sihat dan
bahagia bersama keluarga tercinta.

Selamat bersara...

Nukilan Suhana Abd Razak❤

16

Berdiri megah tugu negara

Tiada tandingan teguh dipersada,

Salam diberi mula bicara,

Hajatku ingin berkongsi minda

Setiap yang bermula pasti ada pengakhirannya. Permulaan kerjaya Puan Suzainee pada 1
Januari 1989 bakal berakhir pada 30 April 2020. Selama 31 tahun Puan Suzainee mengabdikan diri
dalam dunia pendidikan. Suatu perjalanan yang sangat panjang dan sudah pastinya mencatatkan
pelbagai pengalaman suka duka, pahit dan manis dalam dunia pendidikan. Saya sangat bersyukur
kerana dipertemukan dengan seorang pentadbir dan rakan pendidik yang dapat dianggap seperti
seorang kakak yang sangat komited dengan kerjaya dan dalam masa yang sama turut diuji dengan
tanggungjawab sebagai seorang isteri yang perlu memberi perhatian dalam menjaga suami yang
sakit. Secara tak langsung, banyak pengajaran kehidupan yang boleh saya ambil daripada kecekalan
seorang insan tabah yang bernama Puan Suzainee.

Takkan dilupa perkongsian Puan Suzainee suatu ketika dahulu sewaktu masih aktif dalam
dunia pendidikan. Ia pasti menjadi coretan indah buat saya yang
masih belajar dan terus belajar dalam membina potensi diri dalam
dunia pendidikan ini. Pada kesempatan yang masih berbaki ini,
izinkan saya menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf
sekiranya sepanjang perkenalan ini saya pernah mencuit rasa,
menyentuh hati Puan Suzainee sama ada dengan kata-kata atau
tindakan yang menyakiti hati dan perasaan Puan Suzainee sama ada
disedari atau tidak.

Tarikh Keramat 30 April 2020 secara rasminya hilang sudah
permata berharga buat dunia pendidikan khususnya buat kami warga
SK Taman Klang Utama dengan berakhirnya perkhidmatan Puan
Suzainee sebagai seorang guru dan pendidik. Semoga pertemuan dan
ukhuwah ini akan terus berpanjangan walau kerjaya memisahkan
kita. Semoga Puan Suzainee terus ceria dan bahagia dalam menjalani
kehidupan sebagai seorang isteri dan ibu di samping suami, anak-
anak dan cucu. Semoga Puan Suzainee sentiasa sihat sejahtera dalam
meneruskan hari-hari mendatang yang indah selepas bersara,
semoga juga dilindungi Allah sentiasa bersama keluarga tercinta.
Akhir kalam, izinkan saya akhiri dengan serangkap pantun,

Berkilau-kilau cincin permata,

Begitu indah cantiknya rupa,

Biarpun kelak jauh di mata,

Namun di hati tidak dilupa.

-Asmah Laily bt Mohamed

17

Assalamualaikum,

Buat Puan Suzainee…..

Tiada kata-kata yang mampu dicoretkan.Hanya barisan pantun mewakili….

Amat ketara pucuk siantan,
Rasa segar tepian titi;

Selamat bersara untuk ingatan,
Mekar jasa di taman bakti.

Semarak Kasih nama diberi,
Buat merai teman bestari,

Puan pentadbir yang kami hormati,
Jasa Puan amat dihargai.

Tuai padi tinggal jerami,
Mega petang amat redup;

Dunia persaraan puan alami,
Moga tenang nikmati hidup.

Pandai terbilang putera perkasa,
Tengok puteri akal dicari;

Andai ada ruang dan masa,
Jenguklah kami bugarkan memori.

Teman sepermainan di tengah laman.
Pakat bersama menunggang kuda,

Tautan kasih sepanjang zaman,
Sisihkan sengketa sekiranya ada.

Pakat bersama menunggang kuda,
Biar hanya seketika cuma,

Sisihkan sengketa kiranya ada,
Semoga Puan berbahagia sentiasa.

Kerja di dusun satu hari,
Sampai gelap terlupa makan,

Saya menyusun sepuluh jari,
Salah silap harap dimaafkan.

Sekian,
Zaida Hassan
27hb April 2020 ( hari ke-41 PKP)

18

BINGKISAN BUAT PN SUZAINEE

“Wau … bertuahnya kita, pakar Bahasa Melayu nak datang ke sekolah kita.”
Reaksi pertamaku bila dapat tahu Pn Suzainee akan berpindah ke SK Klang Utama, walaupun
sebenarnya aku belum pernah bertemu dengannya. Hanya sering mendengar namanya disebut-sebut
oleh teman-teman.
Peringkat awal kedatangannya aku jarang berurusan dengan Pn Suzainee kerana beliau bertugas
sebelah petang.

Tahun 2017 bermula la era kami di sesi pagi bekerjasama sepenuh masa bersama Pn Sue
(panggilan manja buat Pn Suzainee). Terlalu banyak suka duka dan pahit manis yang ku lalui
sepanjang bertugas bersama Pn Sue. Namun begitu percaya la aku sentiasa menyokong beliau
sepenuhnya. Lebih-lebih lagi aku tahu beliau adalah orang kampung yang bertugas di kampung
sendiri ….. pastinya beliau akan melakukan yang terbaik untuk “anak-anaknya”. Percanggahan
pendapat bukan la bermaksud aku menentang sebab kita dihadirkan bersama adalah untuk saling
melengkapi kelebihan dan kekurangan sebagai manusia. Percanggahan pendapat adalah jalan untuk
mencapai satu titik pertemuan yang akan membawa kebaikan kepada semua. Pendapat yang sering
berjalan seiring dan selari sukar untuk mencapai satu titik pertemuan kerana titiik pertemuan dua
garisan selari adalah infiniti. Meminjam kata-kata pujangga; “Dua orang yang sentiasa berjalan
seiring sebenarnya bersaing untuk menunjukkan yang dirinya adalah sentiasa yang terbaik.”

Tahun 2018, aku menyaksikan kemunculan Pn Sue yang sebenarnya. Banyak idea dan
pendapat yang dikemukakan untuk kebaikan kami semua di SKTKU. Sebagai penyelaras Tahun 6, aku
banyak berurusan dengan Pn Sue. Banyak yang ku pelajari dari beliau. Ketabahan dan kesabaran
menghadapai kerenah kami guru-guru dan dalam masa yang sama memikul tanggungjawab di rumah.
Semoga aku boleh tabah seperti Pn Sue …….. satu waktu aku ingin bertemu secara peribadi untuk
belajar bagaimana menjadi tabah dan kuat melalui situasi sepertinya.
Ku pinjam petikan gurindam daripada Aripin Said dalam bukunya “Pantun & Gurindam” khas untuk
Puan Suzainee

Segelanggang seperguruan,
Seperinduk sepermainan,
Sampai masa berpisah jua ….,

19

Rasanya tak mahu melepaskan puan pergi,
Khidmat puan masih diperlukan,
Sentuhan puan terlalu banyak,
Teguran puan menjadi ingatan,
Nasihat puan menjadi panduan,
Jejak puan ada di mana-mana,
Jasa puan takkan kelupakan.
Tahun 2020 menyaksikan begitu banyak perpisahan. Walaupun gelak tawa dan senyuman
terukir di bibir mengiringi perpisahan ……… sebenarnya jauh di sudut hati terasa kesedihan dan
kesayuan mengiringi persaraan rakan-rakan sekerja. Terlalu dalam maksud yang tersirat di sebalik
persaraan itu. Menutup bingkisan buatmu Pn Sue …. Kususun sepuluh jari memohon kemaafan atas
segala kekhilafan yang pernah kulakukan , terkasar bicara , terguris perasaan , halalkan makan
minum , halalkan ilmu yang kupelajari darimu dan kudoakan semoga Pn Sue serta keluarga sentiasa
berada dalam rahmat dan kasih sayang Allah .

20

Coretan ikhlas dariku untukmu

Norrahayu Kadis
SKTKU

21

Sekian,
Noraikah MJ
27hb April 2020 ( hari ke-41 PKP)

22

SELAUTAN BUDI SEGUNUNG JASA TETAP DIKENANG SEPANJANG MASA

Pada tanggal 08/08/2016, Puan Suzainee binti Neesa telah dinaikkan pangkat sebagai
Penolong Kanan Pentadbiran di SKTKU. Walaupun sebelum ini beliau adalah Penolong Kanan Petang
bermula pada 16/08/2015, diriku tidak berapa mengenalinya. Diriku hanya pernah bersua muka dan
mengetahui beliau adalah guru Penyelaras Kelab Doktor Muda semasa beliau berkhidmat di SK
Sementa. Semasa beliau berkhidmat di SKTKU barulah diriku mengetahui rupanya kami berjiran. Kami
tinggal di taman perumahan yang sama. Rumahku dengan rumahnya tidaklah berapa jauh. Oleh itu,
kerap jugalah diriku menumpang beliau sekiranya tiada kenderaan atau pun pergi ke majlis-majlis
luar yang dianjurkan oleh pihak sekolah.

Diriku mula mengenali rapat dengan Puan Su panggilan ringkasku kepada beliau sejak
menjadi Setiausaha Kurikulumnya. Pada mula berkhidmat dengan beliau diriku mula merisik beliau
supaya jawatan setiausaha kurikulum ditukar kepada guru lain pada tahun berikutnya kerana sudah
lama rasanya diriku menjawat jawatan tersebut iaitu sejak diriku mula berkhidmat di SKTKU pada
tahun 2005. Puan Su menolak risikanku. Bermula dari itu, diriku mengetahui Puan Su adalah seorang
yang tegas dalam membuat keputusan. Banyak momen indah yang telah tercipta antara diriku
dengan beliau sejak bekerjasama dengan beliau dalam menyelesaikan tugas. Puan Su adalah seorang
yang peramah dan pemurah orangnya.

Puan Su adalah seorang guru dan pentadbir yang sangat komited dengan tugas yang
diberikan kepadanya. Segala tugas yang diberikan dapat diselesaikan dengan jayanya. Terdapat satu
kisah, semasa di bawah pentadbiran Puan Norlaila binti Jamaludin, semua pentadbir bersama
setiausahanya perlu menginap di sebuah hotel di Port Dickson untuk merangka Takwim dan
Perancangan Tahunan untuk sesi persekolahan yang baharu. Pada hari kami bertolak ke Port Dickson,
suami Puan Su berada di hospital kerana perlu menjalani rawatan. Walau bagaimanapun, beliau tetap
hadir menaiki grab seorang diri pada sebelah malamnya bagi menyelesaikan tugasnya. Puan Su yang
kukenali adalah seorang yang berani, tabah dan cekal dalam mengharungi ujian hidupnya.

Sejujurnya diriku mengharapkan Puan Su dapat terus berkhidmat kerana persaraan ini adalah
persaraan pilihan buat diri beliau. Sebenarnya diriku mengetahui banyak lagi perjuangan dan tugas
beliau impikan di SKTKU. Tetapi apakan daya, ujian hidup memaksa beliau membuat keputusan ini.
Semoga selepas bersara ini, Puan Su dapat menghabiskan masanya untuk memberi sepenuh
komitmen kepada keluarganya tanpa dibebani tugasan lain.

Akhir kata, diriku memohon ampun dan maaf atas segala kelemahan, kekurangan, kesilapan
dan kekhilafan antara kita sama ada yang tersurat mahupun tersirat. Segala gurauan hanyalah untuk
menghiburkan hati bukan menyakiti hati sesama sendiri. Terima kasih atas segalanya Puan Su kerana
nasihat, bakti, dan keikhlasan dirimu akan kukenang sehingga akhir hayatku. Terimalah beberapa
rangkap pantun ikhlas dari diriku untuk dirimu.

Perigi puan semak siratan,

Ukur tali nampak serupa,

Pergi puan semarak ingatan,

Luhur budi tidak dilupa.

23

Tuai padi tinggal jerami,
Moga petang amat redup,

Dunia persaraan puan alami,
Moga tenang nikmati hidup.

Alangkah dinginnya menjelang senja,
Mentari terbenam diufuk barat,

Doaku ikhlas untukmu sahaja,
Bahagia di dunia hingga akhirat.

Pahat papan serupa dulu,
Bawah kain daun cermai,

Rehatlah puan didunia baru,
Ukhwah terjalin usah terurai.
Nukilan : Nuramiza binti Zakaria

24

SRIKANDI

Jika dilihat dari susuk tubuhnya tidak ada sesiapa yang menyangka beliau antara orang penting
dalam pengurusan sekolah. Bak kata pepatah 'Kecil-kecil Si Cili Api'.

Pengenalan pertama saya bersama beliau ketika beliau memegang jawatan sbg PK Ptg di SKTKU.
Keperibadiannya. Semangatnya. Gerak Lakunya berjaya menawan hati saya utk bertugas dan
bersama menyumbang bakti dalam dunia pendidikan. Mana tidak, dapat 'Bos Ptg' gelaran yg kami
beri ketika itu membuatkan kami gembira utk hadir kesekolah. Lagi-lagi bertambah gembira kerana
beliau sering berkongsi rezeki bila 'Potluck' dijayakan secara santai di bilik guru. Kuih Apam Kak Sue
jadi trending waktu itu sehingga saya sendiri menempah utk Jamuan Majlis Pernikahan adik saya.

Sampai satu ketika; mendapat perkhabaran beliau dinaikkan pangkat. Hati ini mula
gusar..tertanya..siapa pula penggantinya dan di mana pula perginya..Ternyata; rezeki itu datang
daripada Allah..Beliau ditempatkan semula diSKTKU dengan memegang jawatan sebagai Penolong
Kanan Pentadbiran dan Kurikulum.

Hilang gusar..Mana taknya; Bos Ptg jadi Bos No 1 Bahagian Kurikulum disekolah.

Maka gerak kerja lagi mudah..Siapa kata saya selamat..Tugas bertambah ya..tapi pelaksanaannya
saya jayakan dengan seikhlas hati saya..Nak dicanang tidak perlu rasanya..Cukuplah impak itu dilihat
oleh beliau dan pentadbir yang lain utk pmbangunan sekolah dan kemenjadian anak-anak murid
SKTKU.

Dengan semangat kerja yang sedang membara..beliau diuji dengan keuzuran tahap kesihatan
suami tercinta..Ketabahannya menghadapi ujian sangat luar biasa bagi pendapat saya secara
peribadi. Disekolah,tidak pernah sesekali melihat airmatanya jatuh berderai walaupun keletihan itu
jelas kelihatan.Sehinggalah bila keputusan untuk bersara awal dibuat atas alasan untuk menjaga
suami..

Ibarat tersepit ditengah jalan..Jiwa masih membara bersama dunia pendidikan..Tapi tanggungjawab
pada suami mendahului segalanya..

'Ina TABIK Kak Sue'..

Bukan mudah utk memilih..Moga Persaraan ini menjanjikan persaraan paling manis buat Kak
Sue(panggilan manja saya padanya)..Saya teringat beliau ada menyebut..'Kalau bersara..biarlah
bersara di SKTKU'..

Nampaknya doanya dimakbulkan Allah..

Akhir kalam dari saya..

Di sini ada tangisan, ada perjuangan, ada luka, ada tawa, ada bahagia dan ada rindu.
Dan itu semualah yang memberatkan ketika kita harus berpisah. Selamat Bersara
Kak Sue..Moga diberi kesihatan yang baik dan sentiasa bahagia disamping keluarga yang
tersayang.Terima kasih atas segala tunjuk ajar.Moga Allah merahmati dan
membalasnya.

Azrina binti Hadzman
27/4/2020

25

Kehadapan Puan Suzainee bt. Neesa

Pejam celik pejam celik tiba jua hari yang hiba iaitu hari puan
menamatkan perhidmatan dan memegang gelaran sebagai pesara
kerajaan.. Apalah daya sebagai manusia biasa untuk menghalang ianya
dari berlaku.. Di kesempatan ini, saya ingin mencoretkan patah-patah
perkataan untuk puan.. Di harap puan sudilah membacanya....

Mengenali puan di SKTKU banyak melakarkan kenangan. Di awal
kehadiran puan sebagai Penolong Kanan Sesi Petang, kita jarang
bekerjasama kerana tugas puan banyak bersama guru2 sesi petang.
Namun saya dapat lihat puan adalah seorang yang mesra dengan sesiapa
sahaja... Rakan-rakan sekerja pun senang bekerja di bawah puan..

Apabila tuan Haji Mat Zain bersara, puan telah menggantikan beliau
sebagai Penolong Kanan Pentadbiran.. Sebagaimana dulu Tn. Haji Mat
Zain banyak tugasan berkaitan ICT dan juga jadual waktu diberikan
kepada saya, puan pun memberi kepercayaan kepada saya untuk membantu
puan dalam bidang-bidang tersebut.. Dan telah menjadi tanggungjawab
dan tugas saya membantu puan semampu yang boleh agar bidang tugasan
itu dapat berjalan dengan lancar...

Secara peribadi, saya kagum dengan puan dalam menjalankan tugas
sebagai pentadbir di sekolah dan dalam masa yang sama menguruskan
keluarga puan.. Puan amat tabah menghadapi pelbagai ujian dan
rintangan dalam kehidupan.. Berat dugaan puan, namun berat mata
memandang berat lagi bahu yang memikul... Selagi saya mampu beri
bantuan, saya akan bantu meringankan tugasan puan walaupun nilainya
hanya sedikit..

Yg patah kan tumbuh yang hilang kan berganti.. Namun yang ganti
takkan sama dengan yang hilang... Kenangan bertugas bersama puan dan
sepanjang perkenalan kita takkan saya lupakan sampai bila-bila..
Saya berharap puan Suzainee tabah menghadapi segala ujian dan
cabaran dalam kehidupan dan sinar kebahagiaan akan sentiasa
mengiringi puan sepanjang menjalani hari2 selepas persaraan...

Di akhir kata, kenanglah kami di sini dan memori sepanjang kita
bersama kemas tersimpan dalam lipatan sejarah.. maafkan saya andai
saya pernah melukakan hati dan perasaan puan, halalkan makan dan
minum saya.... Kenang daku dalam doamu...

Yang ikhlas;

Sahiljannah bt. Mohamad Ilaham

26

UCAPAN KEPADA PUAN SUZAINEE

Kenangan bersamamu terimbas dalam memori….masih segar dalam ingatan. Begitu cepat
masa berlalu..tidak sedar hampir lima tahun bersamamu. Masih banyak yang ingin
dibicarakan. Namun , garis-garis waktu membuatkan saat-saat bersamamu berakhir
dengan perpisahan. Di SKTKU , banyak kenangan pahit manis yang kita lalui bersama.
Mana mungkin boleh dilupakan. Sesungguhnya segala kenangan bersamamu akan subur
dalam ingatan . Lantaran itu , semuanya itu memberatkan lagi untuk kita berpisah.
Namun apakan daya , itulah lumrah kehidupan di mana ada pertemuan pasti nya ada
perpisahan.

Yang indah itu pertemuan
Yang manis itu kemesraan,
Yang pahit itu perpisahan,
Yang tinggal hanyalah kenangan.

Semoga dimurahkan rezeki dengan limpahan kebahagian yang berpanjangan bersama
keluarga tercinta hendaknya. Semoga hubungan silaturrahim akan tetap berterusan dan
terjalin erat.

SELAMAT BERSARA PUAN SUZAINEE

Ikhlas;
Pn Hajah Hasnita bt Mustapa
27 April 2020

27

28

Assalamualaikum.....
Buat sahabat yang dikasihi...
(PN.SUZAINEE BT NEESA)

Kejujuran itu datangnya dari hati yang ikhlas dan bersih.Persahabatan yang kekal lama boleh dicipta
dengan keikhlasan dan kejujuran.

Semoga anda mendapat cukup kebahagiaan untuk membuat anda bahagia, cukup cubaan untuk
membuat anda kuat, cukup penderitaan untuk membuat anda menjadi manusia yang sesungguhnya
dan cukup harapan untuk membuat anda positif terhadap kehidupan.

Dunia ini umpama lautan luas.Kita adalah kapal yang belayar di lautan itu.Andai muatan kita adalah
iman dan layarnya takwa nescaya kita akan selamat dari tersesat di lautan hidup ini.

Hidup manusia ini ibarat daun yang akan gugur.
Setiap pertemuan akan berakhir dengan perpisahan.
Setiap yang mempunyai nyawa pasti akan merasai mati.

SELAMAT BERSARA

SEMOGA DIBERKATI DAN DIRAHMATI ALLAH DI DUNIA DAN AKHIRAT

Salam kasih sayang:
Nor Azimah Kahar
PPKI SKTKU
27 April 2020

29

SEDETIK KENANGAN
Masa begitu pantas berlari Meninggalkan berbagai cerita
Indah, manis ,menyentuh rasa,itu lumrah dalam Sedetik Kenangan
Kita bertemu,bersama mengharungi kelewatan sebagai Pendidik
Aturan ALLAH SWT yang cukup indah
kesopanan kelembutan bait bait bicaramu
Persis seorang kakak sulung dimata hati ku
Sabar , tegas terselit kelembutan dalam tindakan
Sentiasa bermain dimataku settiap kali memandangmu

Pn Su lafazan dari luahan bicara ku bila memula bicara dengan mu
Masih adakah lagi sapaan lembut itu nanti…..
Pasti kerinduan akan bertandang dilubuk hati
Meniti hari hari perjalanan langkahku
Mencorak insan dahaga ilmu dalam mengalas tangggungjawab
Bergelar Pendidik
Hanya satu ungkapan yang termampu kuungkap
Dikala perpisahan menjenguk untuk bertandang
Kerana …….
AKU SUNNGUH SAYANG DIRIMU
WALAU ITU HANYA SEDETIK KENANGAN ………….

NURKILAN SAYANG DARI :

IZAHMDS 2020

Kisah ini panjang..
Jika biar dicoret, berlembar-lembar jadinya..

30

Suatu ketika, pernah dirasa..
Perasaan tertanya-tanya siapakah pengganti gerangan yang biasa meneraju agenda utama..

Tatkala melihat mahkotanya dilepaskan.. Waktu itu diharap telah lahir penggantinya..

Sosok si dia ternyata menduduki posisi baru..
Ye dia..
Bukan seperti sebelumnya..
Kerana dia seorang wanita.

Dia hanya wanita sederhana.
Mungkin menangis bila sedih hatinya.
Mungkin tersenyum saat kebahagiaan menyapa.

Dia menggalas tugas sedaya..
Tak pernah alpa..
Tetap mengambil kira..
Keadaan anak-anak buahnya.

Dia redah..
Dia mara..
Ke setiap laluan keutamaan tugasnya.
Kadang lelah melihatnya.
Apatah lagi bahu si dia yang memikulnya.

Tahniah..
kerana si dia telah membuktikan..
Dia kuat hingga ke garisan penamat.

Diri ini berharap..
Si dia tetap terus berjuang..
Kerana perjuangan sebenar adalah menjadi khalifah Allah di dunia ini..

Justeru..
Dia penolong kanan pentadbiran dan kurikulum..
Dia juga wanita..
Dia juga isteri..
Dia juga ibu..
Dia adalah Puan Suzainee Neesa..

Selamat bersara..

Coretan pena Azliyana
27 April 2020
SKTKU

31

SETIA BUDIMU, SEMARAK KASIH TKU

Di awal kemasukan beliau di SKTKU, penampakan ciri-ciri keibuan dalam mengepalai unit-unit yang
beliau ketuai. Seorang yang peramah, mudah tersenyum dan TEGAS dalam setiap arahan yang
diberikan. Setiap tugasan diselesaikan dengan cekap bersama AJK dibawahnya tanpa mengira hari
cuti.
Apatah lagi, dikala itu SKTKU diketuai oleh semua barisan pentadbir Kaum Hawa. Beliau seorang yang
tegas, seorang yang sentiasa ‘happy go lucky’, sentiasa berkata ‘boleh’ walapun berada di dalam
situasi yang sukar. KECEKALAN dan ketabahan beliau dikagumi dan dihormati oleh para guru yang
lain.
Di sebalik senyuman yang terukir itu, rupa-rupanya beliau menanggung rasa yang sangat PEDIH.
Beliau menanggung kesedihan kerana di uji dengan kesakitan suami tersayang. Lantaran itu, beliau
memohon untuk bersara awal untuk memberikan tumpuan yang penuh terhadap suaminya. Moga
niat murni beliau dipermudahkan Allah. Suami tersayang kembali sihat.
Moga dengan persaraan beliau ini, akan memberikan ruang dan masa yang penuh untuk diri beliau
dan keluarga. Tiada lagi dikejar ‘date line’, mesyuarat yang pelbagai, rekod data yang perlu diisi.
Akhir kalam, mengenali beliau sesuatu yang amat indah dan bernilai. Memberi teguran dalam
senyuman, memberi nasihat dalam ketegasan. Moga beliau sentiasa di dalam rahmat Ilahi.
Tak usahlah main ke rumah
Main saja ke telaga

Hancur badan di kandung tanah
Budi kusanjung ku ingat juga
Norlaili Sahat
Guru Pendidikan Khas

32

























Salam Perpisahan dan Selamat Bersara Pn Suzainee

Mula mengenali beliau lima tahun yang lepas sewaktu beliau
menjadi Pk Petang. Pada masa itu saya baru ditukarkan ke
sekolah TKU dan ditempatkan di sesi petang. Berjumpa dengan
beliau adalah sesuatu yang sangat mendebarkan kerana beliau
seorang yang nampak serius dan jarang senyum bila bertembung
atau berjumpa.

Setelah beberapa bulan di SKTKU baru lah saya boleh
nampak beliau adalah seorang yang sangat senang untuk
berbincang dan tegas dalam membuat keputusan. Beliau
seorang yang sangat rajin dan penuh komitmen dalam
menjalankan tugas. Tapi perkenalan itu sangat singkat di mana
beliau telah ditukarkan ke sesi pagi bagi memegang jawatan PK
1.

Terima kasih Pn Sue diatas tunjuk ajar dan nasihat yang telah
diberikan sepanjang berada di SKTKU. Semoga persaraan ini
memberikan suatu yang baru dalam menjalani kehidupan
seharian.

Terkadang, perpisahan membuat kita mengerti betapa
pertemuan itu sangat bererti sehingga kita mampu memaknai
dan menghargai setiap detik kebersamaan.

SELAMAT BERSARA PN. SUE.

DARI,

Pn. Elveen John

45

DIA DIMATAKU

S U Z A I N E Eayang, khuwah, uhud, spirasi, ntegriti, ekad, fisien, mak

Namanya melambangkan keperibadiannya,
Aku Kagumi,
Aku hormati.

Sayang, Integriti,

Kerana sayang cita-cita dilupakan, Keihklasannya sebagai pendidik,
Kerana sayang dia berundur, Ketelusannya sebagai pentadbir,
Kerana sayang dia mengalah. Sentiasa berpaksikan prinsip yang utuh.

Ukhuwah, Nekad,

Dengan majikan dia hormati, Kini dia nekad,
Dengan rakan dia bantui, Demi akad yang diterima,
Dengan kami dia mengerti. Demi ijab yang dilafaz,
Dia nekad untuk berbakti,
Zuhud, Hingga nafas terakhir.

Siapapun dia, Efisien,
Apapun pangkatnya,
Kesederhanaan menjadi pilihannya. Dalam dia diduga,
Masa depan pelajar tidak dilupa,
Aspirasi, Dalam dia diduga,
Dia lupa masa untuk dirinya.
Tingkahnya,
Pertuturannya, Emak,
Perbuatannya menjadi ikutanku.
Kelembutannya menyapa,
Kesopanannya berbicara,
Keibuannya membuatkan aku selesa.

Kak Sue,
Terima kasih untuk semuanya,
Berehatlah, berbaktilah buat kekasihmu.

Namun,
Semarak Kasihmu,
Akan kekal di SKTKU selamanya

Norhafilah bt Yahaya
26.04.2020

10.00 p.m

46


Click to View FlipBook Version