The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by hafilah yahaya, 2020-04-28 06:16:28

SEMARAK KASIH

SEMARAK KASIH

BINGKISAN HATI

Bismillahirahmannirahim…
Setiap pertemuan pasti ada perpisahan …
setiap perpisahan pastinya membawa bersama kesedihan..
Namun begitu kenangan lalu dijadikan penawar kesedihan…
Detik kenangan bersama menjadikan saya mengenali dan mengagumi
beliau…wanita yang kelihatan lemah lembut..sopan santun
dan sifat keibuan sangat nyata…
Namun disebalik lemah lembutnya beliau sebenarnya seorg
yang sangat kuat dan tabah… menghadapi situasi cabaran samaada
di sekolah malahan lebih-lebih lagi situasi di rumah…
Moga Allah kurniakan ganjaran syahid asbab kesabaran n ketabahanmu….
Wahai wanita yang bernama SUZAINEE…
moga dirimu jadi wanita yang tabah seperti Khadijah..
yang hebat seperti Fatimah..yang bijaknya seperti Aisyah…
yang Qudusnya dan taqwanya seperti Rabiatul Adawiyah…
Pulanglah ke pangkuan keluargamu….
Moga dirimu menjadi BIDADARI dalam rumahtanggamu…
Saya hanya inginkan kemaafan diatas segala kesalahan yg telah
saya lakukan sepanjang kita bersama
#sayasayangawakkeranaallah…
#doakankami
Ikhlas,
Huzaimah Hussain

27 April 2020
11:17 pagi

47

Semarak Kasih Sanjungan Budi

Detik pertemuan kali pertama bersama Puan Suzainee atau saya panggilnya dengan
panggilan Kak Sue ( lebih mesra )adalah sejak lebih sepuluh tahun yang lalu. Ketika itu kami
sama-sama berkursus iaitu Kursus Dalam Perkhidmatan ( KDP ) di Institut Perguruan
Bahasa sebelum menyambung pengajian di Universiti Terbuka Malaysia ( OUM )

Walaupun kami berlainan bidang pengajian, perkenalan terjadi apabila kak Sue sudi
menumpangkan saya dengan keretanya memandangkan kedudukan rumah kami yang tidak
terlalu jauh. Apatah lagi, rumah kami adalah dalam satu kawasan, yang membezakan
hanyalah kerana saya tinggal di kawasan kampung dan beliau pula tinggal di taman
perumahan. Pada ketika itu saya masih lagi dalam tempoh berpantang kerana baru
melahirkan anak yang bongsu, namun tetap juga saya gagahkan untuk pergi ke kelas.

Kami tidak terlalu mengenali kerana di sepanjang tempoh pengajian juga kami jarang
dipertemukan. Setelah selesai pengajian, masing-masing membawa haluan sendiri,
meneruskan tugasan hakiki sebagai seorang guru di sekolah yang berlainan. Beliau
bertugas di SK Sementa, sementara saya pula di SK Taman Klang Utama. Sejak itu kami tidak
lagi pernah bersua muka.

Tanpa diduga, pada tanggal 16 Ogos 2015 kami ditemukan semula bilamana beliau
telah dipindahtugaskan ke SK Taman Klang Utama sebagai Penyelia Petang (Penolong Kanan
Petang ) bagi menggantikan Penyelia Petang kami ( Puan Hajah Zuraida ) yang telah bersara.

Sepanjang mengenali beliau sebagai bos petang, beliau memang seorang kurang
berbicara, seorang yang tegas dan berdisiplin. Namun begitu beliau tetap seorang yang baik
hati dan begitu memahami, sudi mendengar luahan rasa permasalahan anak buahnya
walaupun ianya berkaitan dengan masalah peribadi. Saya begitu menghormati beliau yang
begitu terserlah sifat keibuannya dan juga lebih menunjukkan sikap seorang kakak terhadap
adiknya.

Walau bagaimanapun, kami sempat bersama di sesi petang hanya setahun cuma.
Pada tarikh 8 Ogos 2016, beliau telah dinaikkan pangkat sebagai Penolong Kanan
Pentadbiran ( PK 1 ) di sekolah yang sama. Alhamdulillah… kami masih sebumbung.

48

Walaupun memegang jawatan yang lebih tinggi dan lebih berat tugasannya, namun
apa yang terlihat dimata saya, beliau tetap tenang dan sabar malahan lebih bersemangat
dalam melaksanakan pelbagai tugasan dan menghadapi segala cabaran. Beliau tetap berdiri
teguh bersama barisan pentadbir SKTKU yang mempunyai semangat juang yang tinggi dan
berdedikasi.

Pengalaman bekerjasama dalam mengendalikan Majlis Lambaian Kasih Sanjungan
Budi ( Majlis Persaraan salah seorang guru di SKTKU ) membuatkan saya lebih mengenali
hati budi beliau. Beliau sebagai ketua (kerana ketika itu Guru Besar telah bersara ) dan saya
sebagai penyelaras majlis memang selalu bertemu beliau untuk mendapatkan pandangan
dan nasihat. Bagi saya, beliau seorang yang begitu mengambil berat dan memudahkan.
Beliau komited dengan tugas dan tanggungjawabnya, tabah dan tenang kerana pada waktu
yang sama, suami beliau juga kurang sihat dan kadangkala terpaksa dimasukkan ke hospital.
Apa yang membuatkan saya lebih terharu dan tersentuh hati adalah apabila beliau tetap
terus membantu walaupun sedang bercuti dan terpaksa berurusan dihospital disebabkan
beliau menunggu suaminya di sana. Saya amat berterima kasih atas segala pengorbanan dan
pertolongan yang diberikan disepanjang beliau bertugas di SKTKU amnya dan dalam
menjayakan majlis tersebut khasnya.

Beliau juga terkenal sebagai seorang yang suka bersedekah dan rajin membantu
tanpa diminta. Hanya Allah sahaja yang dapat membalas budi baik yang beliau berikan. Kini,
sampai masanya beliau mengundur diri demi menunaikan niat murninya. Tanggal
30/4/2020 merupakan hari terakhir perkhidmatan beliau di SKTKU. Beliau mengambil
keputusan untuk bersara awal demi menjaga suami tercinta yang lebih memerlukan beliau
berada di sisi. Moga Kak Sue terus sabar, tenang dan bahagia bersama keluarga tercinta.
Khidmat bakti dan kasih sayang yang Kak Sue curahkan akan tetap terpahat di ingatan…

-Nukilan rasa dari Arbaiyah Tamsi- (SKTKU)

49

DIA ( Puan Suzainee Binti Neesa)

Dia,
Memiliki jiwa yang cukup tabah,
Tutur katanya disusun indah,
Tugasan diberi dengan berhemah,
Agar kami tiada gundah.

Dengan dia,
Banyak kisah jadi kenangan,
Banyak nasihat kini tersimpan,
Buat bekalan di masa hadapan.

Tiada kata yang dapat diungkap,
Bukan lama tidak sekejap,
Kisah kita ku simpan rapat,
Biar kekal menjadi azimat.

Kak Sue,
Selamat bersara,
Kami pasti merindui akak..

Salam sayang,
Maslinda binti Nik Ka

50

KENANGAN RAKAN SEPERMAINAN

“Dik Chik, mana Kak Long ko ni? Dari pagi tadi hilang tak balik-balik?!” suara
nyaring mak dah berbunyi. Seperti biasa menjadi tugas saya menjadi orang kanan mak
mencari Kak Long yang memang selalu hilang dari pandangan mata. Tiada tempat lain
untuk dituju, melainkan ke rumah Kak Suzainee (panggilan semenjak mengenali beliau dari
zaman sekolah lagi).Mereka berdua sebaya. Sebenarnya kami berjiran di Taman
Perumahan PKNS Batu 4 1/2 Jalan Kapar dan merupakan antara penduduk terawal yang
berpindah ke kawasan tersebut. Menjadi rutin setiap hujung minggu kami akan
berkampung di rumah Kak Suzainee sebab lokasinya yang strategik terletak
bersebelahan dengan gelanggang badminton yang disediakan oleh pihak pemaju. Mudah
bagi kami untuk bermain badminton, galah panjang, baling selipar, masak-masak dan
banyak lagi permainan yang kami main pada zaman itu. Walaupun jarak umur kami berbeza
tapi saya dibenarkan bermain dengan mereka. Kebetulan pula pondok telefon awam juga
terletak di situ. Tipu lah kalau kami kata kami tidak usik telefon itu. Kadang-kadang kami
pula yang jadi jaga tidak bertauliah menjaga telefon tersebut seolah-olah kami lah kakak
kawasan. Arwah bonda Kak Sue juga sangat baik dengan kami. Kadang-kadang kami makan
nasi di rumahnya. Itu lah yang membuatkan mak naik angin sebab menyusahkan keluarga
Kak Suzainee. Arwah ayah Kak Suzainee juga baik dengan arwah abah saya. Arwah Pakcik
Neesa memiliki perniagaan Sekolah Belajar Memandu sendiri. Kebetulan arwah abah
berniaga makanan di tempat ujian memandu. Kami bersekolah di sekolah yang sama iaitu
MGS Klang. Kadang-kadang kami menumpang kereta arwah Pak Cik Neesa bila kereta
arwah abah tidak boleh dihidupkan…almaklum kereta buruk. Setelah tamat sekolah
menengah saya semakin jarang bertemu Kak Suzainee. Mereka sekeluarga juga telah
berpindah ke rumah yang dibina oleh arwah Pak Cik Neesa di atas tanah pusaka keluarga.

Sepanjang perkhidmatan saya ada juga sesekali bertugas bersama menjaga
Peperiksaan UPSR dan kursus-kursus tertentu. Sehinggalah pada tahun 2015 Kak
Suzainee hadir ke SKTKU sebagai Penolong Kanan Petang. Puan Suzainee (perlu gelaran
sebab sudah jadi ketua saya hihihi…) memang tidak banyak berubah. Mengimbau kembali
zaman persekolahan, Puan Suzainee bercakap dengan suara yang lembut dan
perwatakan yang baik hati. Sangat mudah berurusan dengan beliau kerana
beliau amat memahami. Persaraan Puan Suzainee nanti bakal meninggalkan
kesan yang mendalam di mana sekali lagi saya akan kehilangan seorang rakan
sepermainan, kakak yang baik hati, rakan sekerja yang mudah bekerjasama
dan seorang pentadbir yang prihatin.

Selamat bersara Puan Suzainee binti Neesa.

Nani Azlina bt Amsor

27 April 2020

51

Semarak Kasih, Sanjungan Budi

16.8.2015 adalah tarikh bermakna pada saya kerana PK Petang baharu telah
melaporkan diri bertugas di SKTKU. Kehadiran beliau amat dinantikan untuk menggantikan
Puan Hajjah Zuraida yang telah bersara. Beliau ialah Puan Suzainee bt Neesa guru dari SK
Sementa.Maka tamatlah sudah tugas saya sebagai Pemangku Penolong Kanan Petang selama
hampir tujuh bulan.

Selaku pembantu beliau menguruskan perjalanan sesi petang, saya dapat mengenali
hati budinya. Beliau seorang yang pemurah ,apa sahaja aktiviti atau progam sekolah khusus di
sesi petang beliau tidak lokek menghulurkan wang agar program dapat di jalankan dengan
jayanya. Beliau juga sangat memahami dan bertimbang rasa dengan guru-guru .

Disamping itu,beliau juga sentiasa memberi sokongan dan idea kepada guru –guru
untuk menjalankan program sekolah terutama sekali kepada saya dalam pengurusan pusat
sumber lantaran beliau mempunyai pengalaman luas sebagai GPM di SK Sementa.

Beliau juga sentiasa berkongsi pengalamannya semasa menguruskan Kelab Doktor
Muda di SK Sementa.Kegigihannya melaksanakan program dan kejayaan yang dicapai
mendorong dan memberi semangat kepada saya dalam menjalankan tugas dengan ikhlas.

Sikapnya yang berdedikasi dalam menjalankan tugas , beliau telah dinaikkan pangkat
menjadi PK Pentadbiran pada 8.8.2016 menyambung tugas Tn Haji Mat Zain yang telah
bersara.Kesinambungan tugas dan kemampuannya mentadbir telah memberi makna yang
besar dalam kejayaan sekolah dalam bidang kurikulum khasnya.

Saya amat mengkagumi beliau dalam menangani masalah keluarga.Beliau tabah
dengan dugaan yang Allah beri terhadap kesihatan suaminya.Beliau tetap menjalankan tugas
pentadbiran dengan baiknya.

Walaupun cintanya pada tugas dan kerjaya sebagai guru setinggi gunung,namun kasih
yang seluas lautan terhadap suaminya,maka berakhirlah tugas yang digalas, Beliau bersara
demi suami tercinta.

Selamat bersara Kak Sue. Semoga dipanjangkan usia,dimurahkan rezeki ,sentiasa
dibawah lindungan Allah dan menjadi jutawan di akhirat kelak atas budi baikmu menabur
bakti dalam dunia pendidikan.Panggilan keramat Cikgu kekal terpahat
menjadi kenangan ke akhir hayat.

Daripada :

Sarimah bt Jamip@Joned

52

BICARA KASIH BUAT KEKANDA

Kekanda Suzainee yang dikasihi, entah dari mana harus kumula bicara ini.
Banyak sebenarnya yang ingin dinda nukilkan namun banyak lagi yang terpatri di
dalam. Benar kata orang, tak kenal maka tak cinta. Setelah kita benar-benar
mengenali seseorang dan tahu hati budinya barulah kasih terjalin mesra.
Demikianlah halnya dengan perkenalan kita.

Walau jarang kita dapat berbual mesra, bergurau senda lantas sesi bertugas
yang tidak serupa, namun aura kebaikanmu tetap terpancar dan menebar di
segenap jiwa. Kanda Suzainee yang dinda kenali, orangnya sangat sederhana
tetapi sungguh tinggi budi pekertinya, lembut tutur kata, sabar, bertimbangrasa,
tabah, penyayang, amat memahami dan sangat mengambil berat insannya. Tidak
pernah terdengar kanda marah-marah, meninggi suara apalagi menyinggung hati
sesiapa. Kanda Suzainee sangat luhur hatinya.

Sebagai pentadbir kanda Suzainee sentiasa memahami, membimbing,
bertolak ansur dan tidak memberi tekanan kepada kami semua warga
SKTKU. Sikapnya umpama ibu yang amat menyayangi semua anak-anaknya. Sedari
mula kanda Suzainee bertugas di SKTKU kita sudah bekerja bagaikan sebuah
keluarga. Senang sekali rasanya berada dalam satu pasukan dengan insan seperti
kekanda.
Satu lagi keistimewaan yang ada pada diri kekanda Suzainee yang adinda
sedari ialah kekanda sangat sayangkan anak-anak kecil. Jelasnya jika di SKTKU,
nampak benar kasihnya terhadap murid-murid tahun 1. Biasalah bagi murid-murid
kecil ini, bila diawal sesi persekolahan, banyak benar ragamnya. Ada yang datang
sekolah menangis dan tidak kurang yang mahu lari dan enggan masuk ke dalam
kelas juga. Setiap kali terlihat situasi sebegini rupa, tanpa berlengah pasti kanda
Suzainee turun dan memujuk mereka. Anehnya bila dipujuk dinda masuk ke kelas
mereka tak mahu, tapi bila diajak masuk ke bilik kekanda, kok mereka
setuju….memang power ayat pujukan kekanda !!! Itulah istimewanya kekanda
Suzainee, memang penuh dengan sifat keibuan orangnya…
Bukan setakat itu sahaja, dari apa yang dinda amati, kanda Suzainee juga
sangat suka memudahkan. Sebagai pentadbir, kekanda tidak pernah
membebankan dan memberatkan. Sedaya upaya kekanda sentiasa cuba

53

memberikan bantuan walau diri sendiri berada dalam kegetiran. Kekanda juga
sangat menjaga kebajikan kami semua.

Kekandaku, dikesempatan ini ingin dinda ucapkan terima kasih yang tidak
terkirakan diatas segala tunjuk ajar, bimbingan dan pengertian yang kanda
berikan. Segala budi baik dan timbangrasa kanda amat-amat dinda hargai.
Kekanda seorang insan yang baik, isteri yang baik, ibu yang baik, sahabat yang
baik dan pentadbir kami yang sangat baik. Di atas segala kebaikan, pengorbanan
dan dedikasi kekanda, mudah-mudahan Allah berikan sebesar-besar ganjaran dan
syurgalah sebagai balasan.

Akhir bicara kasih adinda, dengan sayu hati adinda ucapkan selamat
bersara buat kekanda, mudahan selepas ini kanda dapat bersama keluarga
tercinta dengan hati yang bahagia. Semoga kanda sentiasa sihat, gembira dan
tenang dalam menempuh hari-hari mendatang. Kandaku yang dikasihi, biar
berapa lama kita berpisah, biar berapa jauh kita terpisah, percayalah…. Kanda tak
pernah jauh dari hatiku….
Penutup bicara, terimalah pantun dari adinda…..

Bisa rasanya disengat tebuan,
Hendak mencari daun selasih,
Banyak sungguh jasamu puan,
Kami ucapkan terima kasih.
Buah pauh di atas para,
Batang bemban dikerat-kerat,
Buat kekanda selamat bersara,
Moga bahagia dunia akhirat.

Salam sayang dari adinda,
HARLINA BT ABDULLAH

54

BIAR TINTA BERBICARA

Assalamulaikum Puan Suzainee..

Pertama kali kita bertemu pada tarikh 6 Januari 2016, tahun pertama saya
berpindah ke SKTKU…

“Puan Maszuin, esok sila datang awal ke sekolah, jam 11.00 pagi kerana ada
mesyuarat guru sesi petang” ujar puan dengan nada tegas…saya mengiyakan
sahaja..sambil berkata dalam hati…seramnya..tegas betul penolong kanan ni..ketika
itu, saya masih tidak mengetahui bahawa puan adalah PK petang SKTKU..Di sinila
detik perkenalan kita secara tidak rasmi…

Sejujurnya, luaran puan memang nampak tegas..tetapi apabila semakin lama
berada di SKTKU saya dapat merasakan kelembutan seorang ibu…walaupun tidak
lama puan bertugas sebagai PK petang, tetapi dalam masa yang singkat
itu..pelbagai pengalaman dapat dirasai..

Pada tahun 2017 hingga sekarang, saya dilantik pula sebagai Penolong Setiausaha
Kurikulum, yang bertugas di bawah pimpinan puan selaku PK Pentadbiran…
Maafkan saya jika sepanjang saya bertugas di bawah pimpinan puan, saya tidak
menjalankan tugas dengan baik dan maafkan salah silap saya sepanjang berada di
SKTKU…terima kasih juga di atas bimbingan puan selama ini..banyak perkara-
perkara baik yang saya pelajari dari puan…walaupun kita jarang berbual..tetapi
pandangan,nasihat dan teguran puan sangat memberi kesan dan motivasi kepada
saya. Motivasi sebagai pelajar, guru, ibu dan isteri…terima kasih puan Suzainee…

Dalam kelembutan ada ketegasan,
dalam ketegasan ada kesederhanaan,
dalam kesederhanaan ada ketabahan.

“SELAMAT BERSARA PUAN SUZAINEE”,

Saya doakan puan diberikan kekuatan, ketabahan, kesihatan yang baik
dan kebahagiaan dunia dan akhirat. Aamiin.

Nukilan rasa,
Maszuin Ali

55

Assalamualaikum Puan Sue…..bertemu kita di alam maya.. walaupun tika
membaca coretan ini, mungkin Puan sedang menikmati udara segar sambil
merenung serta menggamit memori ketika bergelar pendidik. Memori yang
sukar diungkapkan dengan kata-kata namun, tinta ini tetap jua meneruskan
langkah tariannya sama ada gemalai, rancak atau sederhana sahaja.

Masih segar dalam ingatan kedatangan Puan Sue ke SKTKU, disambut
dengan penuh keikhlasan. Demi tuntutan tugas dan tanggungjawab yang
perlu digalas, puan melangkah dengan semangat waja tanpa memikirkan
hal-hal lain di sekelilingmu. Walaupun pada mulanya, wajah yang kutatap ini
agak serius, namun rentak tarimu dapat diikuti.

Hari berganti minggu, minggu berganti bulan, bulan berganti tahun.
Pengalaman itu juga menjadikan hubungan kita semakin erat. Walaupun diri
ini hanyalah insan yang menguruskan hal-hal pentadbiran di pejabat, namun
layanan puan dan ikatan kasih sayang begitu mengujakan. Tidak pernah
menolak apa jua permintaan walaupun ada kalanya mungkin
membebankan. Akan cuba juga puan penuhi. Sikap dan keprihatinan itulah
mengukuhkan lagi perhubungan kita bukan sekadar antara pentadbir dan
‘aku yang menggalas tanggungjawab’ namun lebih daripada umpama
kasih sayang seorang kakak terhadap seorang adik.

Ada ketikanya jua, agak sukar untuk difahami arahan yang puan
berikan… sukar difahami bukan bermakna perlu diingkari, namun sikap tanpa
mengenal erti jemu dan putus asa dalam memberikan tunjuk ajar,
menjadikan situasi itu begitu mendamaikan. Tiada tekanan dalam
menjalankan tugas yang diberikan. Sikap hemah tinggi dan toleransi puan
ketika berbicara amat disenangi. Tiada galang ganti insan yang bernama
Suzainee Bt Neesa.

Puan, walaupun di akhir-akhir perkhidmatan, puan diuji dengan
dugaan yang maha hebat, namun dapat dilihat daripada tindakan dan
perbuatan puan sangat redha akan ketentuan. Bak kata pepatah “Berat
mata yang memandang, berat lagi bahu yang memikul”. Kutahu puan insan
yang kuat, tabah dan dapat menghadapi segala ujian itu dengan
ketenangan dan kedamaian. Kekuatan itulah juga menjadi inspirasi untuk
aku juga kuat sepertimu. Dari kejauhan ini sentiasa kudoakan semoga puan
terus diberi kesihatan yang baik dan kehidupan yang membahagiakan.

56

‘Langit juga tidak selamanya mendung, awan yang gelap itu akan berarak
pergi dan menimbulkan sinar mentari dalam hidupmu, Puan Suzainee.

Kini, rindu sering bertamu mengingatkan kenangan pahit manis semasa
kita di bawah satu bumbung. Walaupun kerinduan itu ada kalanya tidak
dapat dibendung, namun itulah tandanya kita pernah bergelar sahabat,
kakak dan ketua yang disayangi. Semoga hubungan dan ikatan ini tidak
akan terputus.. biarlah kekal sepanjang hayat dunia dan akhirat.

Sebelum tinta ini berhenti menari, dipohon beribu kemaafan andai
sepanjang kita saling mengenali terdapat tutur bicara yang mengguris jiwa,
menghancur rasa. Sebagai manusia kita tidak dapat lari daripada melakukan
salah dan silap. Sepuluh jari disusun agar segalanya bisa dimaafi. Nikmatilah
saat-saat bergelar YB ini dengan penuh kegembiraan. Salam kerinduan dari
kejauhan.

“Kicak kicau mendayu-dayu,
Tumbuh berangan dihujung desa,
Sebak di dada pilu di kalbu,
Sejuta kenangan segunung masa.

Bunga cempaka menghias jendela,
Tepian selasih mengharudm kekwa,
Suka duka kau himpun segala,
Dalam bersedih engkau tertawa..

Salam sayang & salam penuh kerinduan :
Maziah Bt.Abdul Ghani (PT SKTKU)

57

Pertama kali saya mengenali pn suzainee, saya merasakan Pn. Suzainee
adalah seorang pentadbir yang agak pendiam dan tidak mesra dengan
semua stafnya, tetapi setelah lama mengenali dan berada dibawah
pentadbirannya baru lah saya dapat rasakan sifat pn suzainee yang sangat
baik, selalu memberi pendapat, tunjuk ajar dan sentiasa bertolak ansur.
Sifatnya yang baik dan penyayang membuatkan saya berasa seronok bila
berada dibawah pentadbiran Pn. Suzainee.
Kepada Pn. Suzainee, teruskan lah memberi senyuman kerana ianya
merupakan terapi tanpa bayaran, andai sendu terus berdampingan redha la
pd ketentuan, jadikan zikrullah sebagai amalan agar ketenangan mampu
direalisasikan..InsyaAllah.
Selamat bersara kepada Pn. Suzainee, semoga dilimpahkan kebahagiaan
yang berpanjangan hendaknya bersama keluarga tercinta, semoga
dimurahkan rezeki, dipanjangkan usia dan semoga terus tabah untuk
mengharungi liku kehidupan. Segala jasa baik dan kenangan kita bersama
staf pejabat dan warga sktku akan tetap segar diingatan.
Terima kasih di atas segala kebaikan Pn. Suzainee kepada saya. Saya mohon
Maaf jika ada kesalahan yang pernah saya lakukan sepanjang saya
mengenali Pn. Suzainee. SELAMAT BERSARA..

Bila memandang ke muka laut,
Nampak sampan mudik ke hulu,
Hati terkenang mulut menyebut,

Budi yang baik ingat selalu,

Akar keladi melilit selasih,
Selasih tumbuh di dalam taman,
Junjungan budi kenangan kasih,
Mesra kenangan sepanjang zaman.

Ikhlas dari.,
Norhasimmah Bt Mat selan
Pen. Pegawai Teknologi Maklumat

SKTKU

58

Masa mula-mula jumpa Pn. Suzainee saya ingat Pn. Suzainee orangnya tak
banyak bercakap dan tidak mesra dan saya takut nak bercakap dengannya
tapi setelah mengenali Pn. Suzainee barulah saya tahu Pn. Suzainee mesra
dan baik orangnya
Disini ada tangisan,ada perjuangan, ada luka,ada tawa,bahagian dan rindu.
Banyak orang akan masuk dan keluar dari hidupmu namun hanya sahabat
sejati yang akan meninggalkan jejak dalam hatimu dan itu semualah yang
memberatkan ketika kita harus berpisah.
Selamat bersara Pn. Suzainee jasa dan kebaikan akan ku kenang dan setiap
yang engkau berikan akan memberikan kebaikan kepadamu kembali

Ikhlas dari,
*Noraihan Bt Mohd Jailani *

59

Assalamualaikum wbt puan,
Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan Selamat Bersara kepada Puan.
Sesungguhnya masa mencemburui kita. Namun, perancangan Allah adalah
yang terbaik dan tepat pada masanya.
Tak sangka sebenarnya puan diuji sehebat ini, namun saya pasti ada hikmah
disebaliknya. Puan pasti seorang yang boleh menghadapinya.
Saya doakan agar puan sentiasa berada dalam perlindungan Allah swt.
Selalu ceria dan positifkan diri. Tabah dan sabar dalam hadapi onak ranjau
ini. Setiap orang ‘kasut’ lain-lain namun kita pasti kerana Allah Maha
Menyayangi. Terus berdoa dan ikhtiar serta tawakal kepada Allah. Kerana
setiap ujian yang Allah turunkan sebenarnya sudah ada jalan
penyelesaiannya.
Jumpa lagi Puan Suzainie di lain masa. Minta maaf jika ada salah dan silap
perkataan atau perbuatan yang telah saya lakukan dari hari pertama
bertemu hinggalah sekarang.

Salam Sayang dari,
Eita PPM PPKI

60

Seiring Waktu Berlalu

Sebagaimana kita, dia juga pernah menangis…
Sebagaimana kita, dia juga pernah rebah…

Sebagaimana kita, dia juga menyimpan duka…
Dia menggalas tanggungjawab dengan tersenyum, lapangkan dada tinggalkan mimpi

Di sebalik tenang, terpancar garis luka
Dia guru
Dialah ibu
Dia teman

Dia adalah wanita
yang tak pernah putus harapan

Tetap bangkit walau lelah
Tetap melangkah tanpa menyerah

Seiring waktu berlalu
Tidak akan nampak cahaya bintang tanpa kegelapan

Tidak akan ada perpisahan tanpa pertemuan
Sepi bukan hilang
Diam bukan lupa

Antara kita telah tercipta satu ikatan yang dipanggil kenangan.
Semoga sentiasa dalam lindungan Allah S.W.T

“Salam penuh kasih sayang untuk Puan Suzainee”
 norinabolhassan_bumikenyalang 

61

Assalamualaikum Puan Suzainee,
Cik Corona sibuk ke sini ke sana,
Mencari mangsa yang tak endah risikonya,
Semoga Puan Su baik baik saja,
Bersama keluarga di dalam rahmatNya.
Arahan PKP duduk rumah saja,
PM pesan #kitajagakita,
Walau perkenalan kita singkat sahaja,
Terima kasih untuk kesempatan kita bersama.
Frontliners kita sedia berkorban,
Doakan urusan mereka dipermudahkan,
Selamat bersara saya ucapkan,
Semoga ukhwah kita sentiasa di ingatan.
❤ Dina❤

62

Assalammualaikum wbt ...
Pn.Sue ...
" Terkadang, perpisahan membuat kita mengerti betapa pertemuan itu
sangat bererti sehingga kita mampu memaknai dan menghagai setiap detik
kebersamaan.
Namun..
Tabahlah dengan perpisahan. Terpaksa juga lemah dengan kenangan....
Semoga Pn. Sue redha menghadapi dugaan dr Yang Maha Esa..

Selamat Bersara Pn. Suzainee

"Kalau ada sumur di ladang, bolehlah kita menumpang mandi. Kalau ada
umur panjang, bolehlah kita bertemu lagi"
Dariku sahabatmu:
AZILINA BT ABU HASSAN

SKTKU.

63

Buah delima buah jambu,
Dalam bakul ada juga ciku,
Pertama kali saat bertemu,
Pn Su sudi bersalaman denganku.
Rendang daging rendang hati,
Resepi masak apa tak jadi,
Senyuman manis memikat hati,
Insan yang baik dan sangat berdedikasi.
Muhyiddin PM baharu,
Teringin rasanya nk bertemu,
Jasa Puan dikenang selalu,
Semoga Allah merahmatimu.
Ikhlas daripada,
Suhaila Muji

64

Assalamualaikum….
Puan Suzainee…mengenalimu sebagai seorang insan yang lemah lembut…

Penuh dengan sifat keibuan…namun disebalik kelembutan itu..ada
ketegasan…

Seorang yang berhati cekal dan tabah dalam mengharungi liku-liku
kehidupan…

Saya ucapkan selamat bersara puan,
Pada detik dan saat ini, saya menghulurkan tangan pengharapan,
memohon ribuan ihsan dan rahmatMu, agar Engkau anugerahkan
kesejahteraan, taufiq dan hidayah, juga kesabaran, ketabahan dan

kekuatan kepada Puan Suzainee.
Kurniakan juga kepadanya dengan ganjaran, syafaat dan keredhaan atas

segala jasa dan pengorbananyang telah beliau curahkan sepanjang
perkhidmatan beliau. Aamiin….
Ikhlas daripada,
Jariah Mohd Azami

65

UNTUK PUAN SUZAINEE

Assalammualaikum... Daripada saya PPM baru Nur Fatin Nabilah aka
(Bella) saya tahu puan selalu keliru nama saya dengan PPM baru lagi
Sorang Nurul Nabilah hihihi,tapi tak apa saya faham...

Terlebih dahulu saya merasa rendah diri kepada Pn. Suzainee kerana
saya kagum melihat semangat yang kuat untuk bekerja dan hati yang tabah
cekal yang ditunjukkan oleh puan. Sememangnya puan Suzainee dikurniakan
hati yang kuat,tabah namun saya tahu hanya Allah sahaja tahu perasaan
puan kan...

Walaupun saya tak kenal lebih rapat dengan puan Suzainee tapi saya
dapat rasakan kebaikan puan terhadap semua orang...Masa saya baru lagi
masuk sekolah ni mula-mula saya tengok puan Suzainee macam garang,
rasa dalam hati ni takut je nak tegur...tapi bila puan Suzainee yang
mulakan bercakapan dengan saya terdetik sikit la ‘ ok kot puan ni macam
garang pun ye macam tak garang pun ye’ tu dalam fikiran saya la time
tu hihihi jangan marah puan ...

Saya doakan puan Suzainee dan keluarga diberi kesihatan dan
bahagia selalu... Puan… Doakan saya ya semoga satu hari nanti impian saya
nak sambung belajar ke tahap lagi tinggi tercapai. Saya sedih sebab tak
kesempatan nak sambung belajar ke tahap lagi tinggi macam kawan2
saya...apa –apa pun semoga puan Suzainee lebih tenang,tabah dan dapat
meluangkan lebih banyak masa beramal ibadat kepada Allah bila bersara…

Akhir kata daripada diri saya yang tidak seberapa ini minta
maaf jika ada tersalah kata dalam penulisan ini sebab saya tak berapa
pandai nak buat ayat sedap dibaca ni, Semua penulisan yang saya tulis
ini hanya terlintas di fikiran dan jujur dari hati saya.. Selamat bersara
Puan Suzainee doakan saya tau.bye...bye..bye

Daripada : PPM PPKI Nur Fatin Nabilah aka Bella

66




Click to View FlipBook Version