The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Media KAQSA, 2020-10-19 23:20:18

BUKU PERATURAN TATATERTIB PINDAAN 2020

BUKU PERATURAN TATATERTIB PINDAAN 2020

Telah disemak oleh Datuk LA
Sept 2020

PERATURAN-PERATURAN TATATERTIB PELAJAR KOLEJ AL-QURAN
SAYYIDINA ALI (KAQSA)

Peraturan BAHAGIAN I PERMULAAN
1. Nama BAHAGIAN II TATATERTIB AM
2. Tafsiran

3. Larangan-larangan am
4. Menghadiri tasmik, kuliah, tutorial dan sebagainya
5. Sekatan ke atas penggunaan teks kuliah
6. Larangan plagiarism
7. Kehadiran peperiksaan
8. Kelakuan dalam peperiksaan
9. Larangan menganjurkan perhimpunan
10. Penubuhan persatuan
11. Mempunyai memiliki dan menggunakan pembesar suara
12. Bendera, sepanduk, plakad dan sebagainya
13. Penerbitan, pembahagi dan pengedaran dokumen
14. Aktiviti pelajar di dalam dan luar kampus

15. Pelajar melibatkan diri dalam pekerjaan, penggajian dan sebagainya
16. Representasi berhubungan dengan KAQSA
17. Bantahan pelajar terhadap kemasukan orang ke dalam kampus
18. Membawa masuk orang ke dalam kampus
19. Judi
20. Larangan merokok
21. Larangan minuman yang memabukkan
22. Bahan-bahan lucah
23. Gangguan Seksual
24. Dadah dan racun
25. Kebersihan dalam kampus
26. Larangan membuat bunyi bising
27. Pemeriksaan ke atas pelajar yang disyaki mempunyai gangguan mental atau spiritual
28. Tempat tinggal atau tempat tidur di dalam kampus
29. Memasuki mana-mana bahagian bangunan atau kawasan kampus yang dilarang
30. Keingkaran
31. Pakaian pelajar
32. Penggunaan barangan elektrik dan elektronik
33. Perkahwinan
34. Pemeriksaan Pelajar

BAHAGIAN III TATATERTIB ASRAMA

35. Memasuki atau berada dalam bilik pelajar menetap

36. Menghalang orang yang diberi kuasa menjalankan tugas
37. Berada di luar kampus

38. Menggunakan premis asrama dengan cermat dan larangan kacau ganggu
39. Menukar bilik tanpa kebenaran
40. Pelajar menetap hendaklah mengosongkan tempat tinggal apabila dikehendaki oleh KAQSA
41. Menetap di asrama waktu cuti
42. Arahan lisan atau bertulis dari masa ke semasa
43. Pemulangan kunci

BAHAGIAN IV TATATERTIB LALULINTAS JALAN
44. Larangan menyimpan, memiliki atau menggunakan kenderaan bermotor di dalam kampus
45. Meletakkan kenderaan di tempat yang dikhaskan
46. Menggunakan ruang letak kenderaan yang diperuntukkan
47. Halangan kepada aliran lalulintas di dalam kampus

BAHAGIAN V TATACARA PENYIASATAN

48. Aduan
49. Siasatan
50. Proses penyiasatan

BAHAGIAN VI TATACARA TATATERTIB

51. Notis kepada pelajar
52. Hadir di hadapan Jawatankuasa Tatatertib
53. Penjelasan fakta dan pengakuan
54. Pengakuan bersalah dan tatacara berikutnya
55. Tatacara apabila pelajar mengaku tidak bersalah
56. Keterangan Pelajar
57. Jagaan dan pelupusan barang kes

58. Nota bertulis mengenai prosiding tatatertib hendaklah dibuat
59. Menyimpan nota
60. Daftar prosiding tatatertib
61. Laporan prosiding tatatertib
62. Pihak-pihak yang boleh hadir dalam prosiding tatatertib

BAHAGIAN VII HUKUMAN

63. Hukuman tatatertib
64. Tindakan terhadap kesalahan dalam peperiksaan
65. Akibat tidak hadir di hadapan Jawatankuasa Tatatertib
66. Perintah untuk membayar pampasan

BAHAGIAN VIII RAYUAN

67. Notis rayuan
68. Pengemukaan rayuan kepada Pengerusi Jawatankuasa Tadbirurus KAQSA
69. Tindakan Pengerusi Jawatankuasa Tadbirurus KAQSA ke atas rayuan
70. Rayuan tidak berkuatkuasa sebagai penggantungan pelaksanaan hukuman

BAHAGIAN IX TATACARA TATATERTIB TERUS

71. Tatacara Tatatertib terus oleh pegawai tatatertib
BAHAGIAN X KESALAHAN TATATERTIB AM

72. Arahan atau Garis Panduan Tatatertib Pelajar yang difikirkan perlu
73. Kesalahan tatatertib
74. Peraturan-Peraturan ini tidak mengurangkan tanggungan jenayah

BAHAGIAN XI JAWATANKUASA TATATERTIB
75. Penubuhan Jawatankuasa Tatatertib
76. Keanggotaan Jawatankuasa Tatatertib
77. Fungsi Jawatankuasa Tatatertib
78. Keanggotan Jawatankuasa Tadbir Urus KAQSA

79. Fungsi Jawatankuasa Tadbir Urus KAQSA

PERATURAN-PERATURAN TATATERTIB PELAJAR

KAQSA (MELAKA) 2011

Suatu peraturan mengenai Peraturan-Peraturan Tatatertib Pelajar KAQSA dan perkara-perkara yang berkaitan
dengannya diperbuat oleh Jabatan Agama Islam Melaka seperti berikut.

BAHAGIAN I PERMULAAN

1. Nama

Peraturan ini bolehlah dinamakan Peraturan-Peraturan Tatatertib Pelajar di KAQSA (Melaka) 2020.

2. Tafsiran

Dalam Peraturan ini, melainkan jika kandungan menghendaki makna yang lain :
“aktiviti luar kampus” ertinya apa-apa program atau aktiviti persatuan atau badan atau kelab atau apa-
apa aktiviti pertubuhan di luar kampus ;

“asrama” ertinya apa-apa kemudahan dengan apa jua nama yang dipanggil yang disediakan olah
KAQSA bagi kediaman pelajar ;

“bantuan pelajaran” ertinya termasuklah biasiswa, dermasiswa, pinjaman, tajaan atau dengan
pemberian kemudahan lain, daripada mana-mana Kerajaan, institusi, pihak berkuasa berkanun, organisasi
perdagangan atau perniagaan, atau mana-mana badan lain ;

“bilik tatatertib” ertinya suatu bilik yang diperuntukkan bagi maksud menjalankan tatatertib amnya atau
tatacara tatatertib tertentu ;

“dadah” ertinya dadah atau bahan yang ada pada masa kini terkandung di dalam Jadual Pertama kepada
Akta Dadah Berbahaya 1952 [Akta 234]

“ejen” ertinya ejen yang dilantik oleh pihak Darul Quran ;

“Jawatankuasa Tadbir Urus KAQSA” ertinya satu badan tertinggi yang dipengerusikan oleh Pengarah
Jabatan Agama Islam Melaka ;

“judi” ertinya bermain-main permainan beradu nasib ; atau gabungan beradu nasib dan kemahiran,
bagi mendapatkan wang atau sesuatu yang boleh dinilaikan dengan wang, dan termasuklah apa-apa
pertandingan, pertaruhan atau loteri ;

“kampus” ertinya Kampus KAQSA termasuklah semua asrama, bangunan dan dewan KAQSA;
“KAQSA” ertinya KOLEJ Al-Quran Sayyidina Ali ;

“kelakuan tidak sopan” ertinya perbuatan yang boleh melanggar Peraturan Syarak dan adab ;
“kenderaan” ertinya sesuatu struktur yang boleh bergerak atau digerakkan atau digunakan bagi mana-
mana orang atau benda dan yang bersentuhan dengan permukaan bumi apabila bergerak;

“kenderaan motor” ertinya tiap-tiap perihalan kenderaan yang digerakkan jentera mekanisme yang
terkandung di dalam badan kenderaan itu dan dibina atau disesuaikan supaya boleh digunakan di
atas jalan, dan
termasuklah apa-apa kenderaan yang ditarik oleh sesuatu kenderaan motor sama ada atau tidak bahagian
dari kenderaan yang ditarik itu menindih atas kenderaan motor yang menariknya ;

“kesalahan tatatertib” ertinya sesuatu kesalahan di bawah Peraturan-Peraturan ini ;

“Ketua Akademik” ertinya Ketua Pentadbiran Akademik KAQSA ;

“Ketua Warden” ertinya mana-mana pegawai yang dipertanggungjawabkan untuk mengetahui hal ehwal
pelajar di asrama ;

“minuman yang memabukkan” ertinya apa-apa minuman yang mempunyai apa jua kekuatan alkohol
yang memabukkan dan yang memberi mudarat ;

“pegawai” ertinya mana-mana pegawai dan kakitangan KAQSA ;

“pegawai perpustakaan” ertinya mana-mana orang yang diberi kuasa oleh Pengetua untuk menjaga
perpustakaan KAQSA;

“pegawai tatatertib” ertinya Pegawai Hal Ehwal Pelajar atau mana-mana pegawai yang diberi kuasa
oleh Pengetua KAQSA untuk menjalankan fungsi, kuasa atau kewajiban tatatertib ;

“pelajar” ertinya mana-mana pelajar yang berdaftar masuk untuk belajar di KAQSA;
“pelajar menetap” ertinya seorang pelajar yang menetap di dalam asrama ;

“pelajar pemegang biasiswa” ertinya termasuklah mana-mana pelajar yang belajar dengan biasiswa,
dermasiswa, pinjaman, tajaan, atau dengan pemberian apa-apa kemudahan lain, daripada mana-
mana Kerajaan, institusi, pihak berkuasa berkanun, organisasi perdagangan atau perniagaan, atau mana-
mana badan lain ;

“Pendaftar” ertinya Penolong Pegawai Tadbir KAQSA

“Pengarah” ertinya Pengarah Jabatan Agama Islam Melaka;
“Pengetua” ertinya Pengetua KAQSA selaku Ketua Pentadbiran KAQSA;
“racun” ertinya apa-apa bahan yang dinyatakan namanya dalam ruangan pertama Senarai Racun menurut
Akta Racun 1952 [Akta 366] dan termasuklah apa-apa sediaan larutan, sebatian, campuran atau bahan
semulajadi yang mengandungi bahan itu ;

“tasmik” ertinya sesi pelajar memperdengarkan hafazan Al-Quran di hadapan pensyarah ;

“tatacara tatatertib” ertinya tatacara tatatertib di bawah Peraturan-peraturan ini;

“warden” ertinya mana-mana pegawai yang dipertanggungjawabkan untuk menjaga hal ehwal pelajar di
asrama

BAHAGIAN II TATATERTIB AM

3. Larangan – Larangan Am

Seseorang pelajar tidak boleh :-
a. menjalankan urusan sama ada di dalam kampus atau di luar kampus dalam apa-apa cara

yang bertentangan dengan hukum syarak termasuklah berzina, bersekedudukan dan
berkhalwat ;

b. berjumpa secara berpasangan di antara bukan mahram di tempat yang tertutup atau mana-
mana tempat terbuka yang boleh mendatangkan syak;

c. berkelakuan tidak sopan di dalam dan luar kampus;

d. menjalankan urusannya sama ada di dalam atau di luar kampus dengan apa-apa cara yang
merosakkan atau memudaratkan:

i kepentingan, kesejahteraan, atau nama baik KAQSA, mana-mana pelajar, pegawai
atau ejen Darul Quran; atau

ii ketenteraman atau keselamatan awam, moral, kesopanan atau tatatertib.

e. melanggar mana-mana peruntukan undang-undang bertulis, sama ada di dalam atau di luar
kampus;

f. mengganggu atau campurtangan, atau menyebabkan supaya diganggu atau
campurtangan, apa-apa pengajaran, pengajian, penyelidikan, kerja pentadbiran, atau apa-
apa kegiatan yang dijalankan oleh atau di bawah arahan atau dengan kebenaran KAQSA;

g. melarang, menghalang atau mengganggu, atau menyebabkan supaya dilarang, dihalang
atau diganggu, mana-mana pegawai atau ejen Darul Quran atau ejen mana-mana orang

yang bertindak di bawah arahan atau kebenaran pegawai ejen Darul Quran itu, daripada
atau dalam menjalankan kerja, kewajiban atau tugasnya;

h. melarang atau menghalang, atau menyebabkan supaya dilarang atau dihalang, mana-
mana pelajar daripada menghadiri mana-mana kuliah, tutorial atau daripada mengambil
bahagian dalam apa-apa kegiatan yang sah;

i. menganjur, menghasut atau menyertai pemulauan apa-apa peperiksaan, kuliah, tutorial,
kelas atau kegiatan sah lain yang dijalankan oleh atau di bawah arahan atau dengan
kebenaran KAQSA;

j. merosak, mengubah, mengganggu, mengalih atau dengan apa-apa cara berurusan dengan
apa-apa bahan, objek, artikel atau harta dalam kampus;

k. melakukan apa-apa perbuatan atau menyebabkan apa-apa perbuatan dilakukan di
dalam kampus supaya menyebabkan atau mungkin menyebabkan apa-apa halangan,
kesulitan, kegusaran, kerugian atau kerosakan kepada mana-mana orang di dalam kampus;

l. melanggar apa-apa arahan atau kehendak pegawai perpustakaan berkenaan dengan
penggunaan perpustakaan, buku-buku dalam perpustakaan dan kemudahan-kemudahan
lain dalam perpustakaan Melanggar apa-apa arahan atau kehendak orang yang diberi
kuasa berkenaan dengan mengggunakan makmal komputer, peralatan makmal komputer,
perkakas, bahan atau kemudahan lain di dalam makmal;

m. Menyertai, menganggotai, melibatkan diri, menyebarkan, memiliki, mengedarkan apa-
apa bahan yang boleh menyelewengkan akidah atau diwartakan sebagai ajaran sesat;

n. Memiliki senjata berbahaya atau alatan lain yang boleh mengancam keselamatan atau
nyawa; dan

o. Tinggal di luar asrama sepanjang tempoh pengajian di KAQSA kecuali mendapat kebenaran
bertulis daripada Pengetua KAQSA.

4. Menghadiri Tasmik, Kuliah, Tutorial Dan Sebagainya

(a) Seseorang pelajar hendaklah menghadiri mana-mana kelas tasmik, kuliah, tutorial, kelas atau
pengajaran lain berhubung dengan kursus pengajiannya.

(b) Jika seseorang pelajar tidak dapat menghadiri mana-mana kelas tasmik, kuliah, tutorial, kelas
atau pengajaran lain berhubung dengan kursus pengajiannya itu dia hendaklah mendapat
kebenaran daripada Pengetua atau Ketua Unit Akademik atau pegawai yang diberi kuasa
olehnya untuk memberikan kebenaran terlebih dahulu, mengikut mana-mana yang
berkenaan;

(c) Jika kebenaran di bawah subperaturan (b) tidak diperoleh terlebih dahulu, pelajar hendaklah
dengan seberapa segera memaklumkan secara bertulis kepada Pengetua atau Ketua Unit
Akademik atau pegawai yang diberi kuasa olehnya untuk memberikan kebenaran alasan
yang munasabah berkenaan dengan ketidakhadirannya mengikut mana-mana yang
berkenaan.

5. Sekatan Ke Atas Penggunaan Teks Kuliah

(a) Tertakluk kepada subperaturan (b), seseorang pelajar tidak boleh menggunakan teks mana-
mana kuliah atau pengajaran yang disampaikan kepadanya di KAQSA kecuali bagi
maksud mengikuti kursus pengajiannya terutamanya dia tidak boleh membuat salinan dalam
apa-apa cara ke atas semua atau mana-mana bahagian teks itu bagi maksud penerbitan,
pembahagian atau pengedaran sama ada untuk bayaran atau tidak;

(b) Tiada apa-apa jua dalam peraturan ini boleh disifatkan sebagai menghadkan budi bicara
Pengetua untuk mengeluarkan garis panduan bagi membenarkan seseorang pelajar, atau
sesuatu pertubuhan, badan atau kumpulan pelajar, membuat salinan teks mana-mana
kuliah atau pengajaran di bawah kawalan dan arahan Pengetua boleh mengenakan dalam
garis panduan itu apa-apa terma dan syarat yang difikirkan perlu atau sesuai berkenaan
dengan pengeluaran teks mana-mana kuliah atau pengajaran.

6. Larangan plagiarism

(a) Seseorang pelajar tidak boleh memplagiat apa-apa idea, penulisan, data atau ciptaan orang
lain ;

(b) Bagi maksud ini, plagiarism termasuklah:

i. perbuatan mengambil sesuatu idea, penulisan, data atau ciptaan orang lain dan
mendakwa bahawa idea, penulisan, data atau ciptaan itu adalah hasil dapatan atau
ciptaannya sendiri atau

ii. suatu cubaan untuk menonjolkan atau perbuatan menonjolkan, dalam apa-apa cara,
bahawa dia ialah sumber asal atau pencipta sesuatu idea, penulisan, data atau ciptaan
yang adalah sebenarnya diambil daripada sumber lain;

(c) Tanpa menjejaskan keluasan makna subperaturan (b), seseorang pelajar memplagiat apabila
dia :-

i menerbitkan dengan dirinya sebagai pengarang, suatu ringkasan, artikel, kertas saintifik
atau akademik, atau buku yang pada keseluruhannya atau sebahagiannya ditulis oleh
beberapa orang lain;

ii menggabungkan dirinya atau membenarkan dirinya digabungkan sebagai pengarang
bersama sesuatu ringkasan, artikel, kertas saintifik atau akademik, atau buku apabila dia
tidak langsung membuat apa-apa sumbangan bertulis kepada ringkasan, artikel, kertas
saintifik atau akademik atau buku itu ;

iii memaksa orang lain untuk memasukkan namanya dalam senarai penyelidik bersama bagi
sesuatu projek penyelidikan tertentu atau dalam senarai penyelidikan bersama bagi
penerbitan apabila dia tidak membuat apa-apa sumbangan yang boleh melayakkan
dirinya sebagai penyelidik bersama atau pengarang bersama;

iv memetik data akademik yang adalah hasil penyelidikan yang dijalankan oleh beberapa
orang yang lain, seperti dapatan makmal atau dapatan kerja lapangan atau data yang
diperoleh melalui penyelidikan perpustakaan, sama ada diterbitkan atau tidak diterbitkan
dan menggabungkan data tersebut sebagai sebahagian daripada penyelidikan
akademiknya tanpa memberi pengiktirafan sewajarnya kepada sumber yang asal;

v menggunakan data penyelidikan yang diperoleh melalui usaha kerja usaha sama
dengan beberapa orang lain, sama ada atau tidak orang lain itu anggota pegawai atau
pelajar KAQSA sebagai sebahagian daripada penyelidikan akademik peribadinya yang
berbeza dengan orang lain, atau bagi penerbitan atas namanya sendiri sebagai
pengarang tunggal, tanpa memperoleh keizinan penyelidik bersamanya sebelum
memulakan penyelidikan peribadinya atau sebelum menerbitkan data;

vi menyalin idea atau ciptaan orang lain yang disimpan dalam apa-apa jua bentuk sama ada
bertulis, tercetak atau tersedia dalam bentuk elektronik, atau dalam bentuk slaid atau
dalam apa-apa jua bentuk pengajaran atau perkakas penyelidikan atau dalam apa-apa
jua bentuk lain dan mengaku sama ada secara langsung atau tidak secara langsung
bahawa dia ialah pencipta idea atau ciptaan itu ;

vii menterjemah tulisan atau ciptaan orang lain daripada satu bahasa kepada bahasa lain
sama ada atau tidak secara keseluruhannya atau sebahagian dan kemudian
mengemukakan terjemahan itu dalam apa-apa jua bentuk atau cara sebagai

penulisannya atau ciptaannya sendiri; atau

viii memetik idea daripada penulisan atau ciptaan orang lain dan membuat ubah suaian tanpa
rujukan yang sewajarnya kepada sumber asal dan menyusun semula dengan apa-apa
cara yang seolah-olah dia adalah pencipta idea tersebut.

7. Kehadiran peperiksaan

(a) Jika kursus pengajian seseorang pelajar memerlukan dia hadir bagi sesuatu peperiksaan dan
dia tidak selainnya dihalang daripada peperiksaan itu, dia hendaklah hadir.

(b) Jika tidak hadir dia hendaklah mendapat kebenaran Pengetua atau pegawai yang diberi kuasa
olehnya untuk memberikan kebenaran, mengikut mana-mana yang berkenaan.

(c) Jika kebenaran di bawah subperaturan (b) tidak diperoleh terlebih dahulu, pelajar hendaklah
dengan seberapa segera memaklumkan secara bertulis kepada Ketua Unit Akademik atau
pegawai yang diberi kuasa olehnya untuk memberikan kebenaran alasan-alasan yang
munasabah dan mengemukakan bukti yang memuaskan hati berkenaan dengan
ketidakhadirannya, mengikut mana-mana yang berkenaan.

8. Kelakuan dalam peperiksaan

Tiada pelajar boleh :-

(a) mengambil atau membawa apa-apa buku, kertas, dokumen, gambar, peralatan elektronik atau
benda lain ke dalam atau ke luar dari sesuatu bilik peperiksaan atau menerima apa-apa buku,
kertas, dokumen, gambar atau benda lain daripada mana-mana orang lain semasa dalam bilik
peperiksaan kecuali yang diberi kebenaran oleh Ketua Pengawas Peperiksaan;

(b) menulis, atau telah menulis melalui orang lain, apa-apa maklumat atau gambarajah yang
mungkin berkaitan dengan peperiksaan yang didudukinya, di atas tangannya atau di atas
mana-mana bahagian lain tubuh badannya atau di atas pakaiannya;

(c) berhubung dengan mana-mana pelajar lain semasa sesuatu peperiksaan melalui apa- apa jua
cara ; atau

(d) menipu atau cuba untuk menipu atau berkelakuan mengikut cara yang boleh ditafsirkan
sebagai menipu atau cuba untuk menipu dalam sesuatu peperiksaan, semasa peperiksaan itu
sedang dijalankan.

9. Larangan menganjurkan perhimpunan

(a) Tiada seorang pelajar, dan tiada sesuatu pertubuhan, badan atau kumpulan pelajar boleh
mengadakan, menganjur, mengelola, menghimpun atau memanggil atau menyebabkan
diadakan, dikelolakan, dihimpun atau dipanggil, atau dengan apa-apa cara terlibat dalam
menyebabkan diadakan dikelolakan, dihimpun atau dipanggil atau dalam melakukan
sesuatau perhimpunan seramai lebih daripada lima orang di mana-mana bahagian Kampus
tanpa terlebih dahulu mendapat kebenaran Pengetua atau orang yang diberi kuasa olehnya;

(b) Dalam memberi kebenaran yang tersebut dalam subperaturan (a) Pengetua atau orang yang
diberi kuasa olehnya untuk memberi kebenaran itu boleh mengenakan apa-apa sekatan,
terma atau syarat-syarat yang difikirkan perlu atau sesuai.

(c) Tiada seseorang pelajar boleh menghadiri atau menyertai sesuatu perhimpunan yang diadakan
yang bertentangan dengan subperaturan (a) dan (b).

10. Penubuhan persatuan

Tiada seseorang pelajar boleh menubuhkan apa-apa persatuan, pertubuhan, badan atau kumpulan
pelajar atau apa-apa yang boleh disifatkan sebagai.persatuan, pertubuhan, badan atau kumpulan
pelajar kecuali dengan kebenaran Pengetua.

11. Mempunyai, memiliki dan menggunakan pembesar suara

(a) Tiada seseorang pelajar, pertubuhan, badan atau kumpulan pelajar boleh memiliki atau
menggunakan atau mempunyai dalam milikan, jagaan atau kawalan pelajar atau
pertubuhan, badan atau kumpulan pelajar bagi maksud ucapan awam, apa-apa pembesar
suara, pelaung suara, penguat suara atau alat-alat serupa lain tanpa kelulusan Pengetua
terlebih dahulu ;

(b) Dalam memberikan kelulusan dalam subperaturan (a), Pengetua boleh mengenakan apa-
apa sekatan, terma atau syarat yang difikirkan perlu atau sesuai .

12. Bendera, sepanduk, plakad dan sebagainya

Tiada pelajar, pertubuhan, badan atau kumpulan pelajar boleh:-

a) membuat atau menyebabkan supaya dibuat;

b) mengibar, mempamer, menunjukkan atau dengan apa-apa cara;

c) menggunakan, atau menyebabkan supaya dikibar, dipamer ditunjukkan atau dengan apa-apa
cara menggunakan; atau

d) memiliki dalam, jagaan atau kawalannya;

apa-apa bendera, sepanduk, plakad, poster, lambang atau alat lain yang boleh membawa
kepada perbuatan melanggar disiplin, kekacauan, keingkaran, atau pelanggaran terhadap
Peraturan-Peraturan ini.

13. Penerbitan, pembahagian dan pengedaran dokumen

(a) Tiada seseorang pelajar, dan tiada sesuatu pertubuhan badan atau kumpulan pelajar, boleh
menerbitkan, membahagi-bahagikan atau mengedarkan apa-apa dokumen di dalam atau di
luar kampus kecuali dengan kebenaran Pengetua atau orang yang diberi kuasa olehnya.

(b) Dalam memberi kebenaran yang tersebut dalam subperaturan (a), Pengetua atau orang yang
diberi kuasa olehnya untuk memberi kebenaran itu boleh mengenakan apa-apa sekatan,
terma atau syarat-syarat yang difikirkan perlu atau sesuai.

(c) Kebenaran yang dikehendaki di bawah peraturan ini adalah tambahan kepada apa-apa lesen,
permit atau apa-apa bentuk lain kebenaran yang mungkin dikehendaki di bawah mana-
mana undang-undang bertulis.

14. Aktiviti pelajar di dalam dan luar kampus

(a) Tiada pelajar, pertubuhan atau kumpulan pelajar boleh menganjurkan, menjalankan atau
menyertai apa-apa kegiatan di dalam dan di luar kampus yang boleh mendatangkan kesan
buruk secara langsung kepada KAQSA atau kepentingan KAQSA.

(b) Pengetua boleh mengeluarkan garis panduan berkenaan dengan kegiatan di dalam dan luar
kampus yang dinyatakan di bawah subperaturan (a).

15. Pelajar melibatkan diri dalam pekerjaan, penggajian dan sebagainya

Tiada seseorang pelajar boleh di dalam atau di luar kampus melibatkan diri dalam apa-apa
pekerjaan, penggajian, perniagaan, perdagangan atau kegiatan lain, sama ada sepenuh masa atau
sambilan kecuali dengan kebenaran Pengetua.

16. Representasi berhubungan dengan KAQSA

Tiada seseorang pelajar, pertubuhan, badan atau kumpulan pelajar boleh membuat apa-apa
reprensentasi atau apa-apa perhubungan lain sama ada secara lisan atau secara bertulis atau
dengan apa-apa cara lain, kepada mana-mana pegawai awam atau kepada akhbar atau kepada
orang ramai dalam apa-apa kuliah, syarahan,ucapan atau pernyataan umum atau dalam sesuatu
penyiaran melalui suara atau gambar yang berhubung dengan apa-apa perkara berkaitan dengan
KAQSA, pegawai atau pelajarnya atas sifat mereka sebagai demikian, atau berkaitan dengan
dirinya atas sifatnya seorang pelajar KAQSA .

17. Bantahan pelajar terhadap kemasukan orang ke dalam kampus

Tiada seseorang pelajar, pertubuhan, badan atau kumpulan pelajar boleh membuat apa-apa
bantahan sama ada secara lisan atau bertulis atau apa-apa cara lain terhadap:

(a) kemasukan ke dalam atau kehadiran dalam kampus orang yang diberi kebenaran bertulis oleh
pengetua

(b) larangan atau pemecatan mana-mana orang, badan atau kumpulan orang dari kampus

18. Membawa masuk orang ke dalam kampus

Tiada seseorang pelajar, pertubuhan, badan , kelab atau kumpulan pelajar boleh membawa atau
menyebabkan masuk mana-mana orang, pertubuhan, badan, kelab atau kumpulan ke dalam
kampus KAQSA kecuali dengan kebenaran bertulis Pengetua atau pegawai yang diberi kuasa
olehnya.

19. Judi

Tiada seseorang pelajar, pertubuhan, badan atau kumpulan pelajar boleh menganjur, mengurus,
menjalankan atau membantu dalam penganjuran, pengurusan atau perjalanan, atau mengambil
bahagian dalam apa-apa perjudian, percagaran, loteri atau pertaruhan di dalam atau di luar
kampus.

20. Larangan merokok

Tiada seorang pelajar boleh merokok, memiliki, menyimpan, atau mengedar rokok di dalam atau di
luar kampus .

21. Larangan minuman yang memabukkan

Tiada seorang pelajar boleh meminum, memiliki, menyimpan atau mengedar minuman yang
memabukkan di dalam dan di luar kampus.

22. Bahan-bahan lucah

(a) Tiada seseorang pelajar, pertubuhan, badan atau kumpulan pelajar boleh:
i mempunyai dalam milikan atau di bawah jagaan atau kawalan mereka apa-apa
bahan lucah di dalam atau di luar kampus;

ii mengedarkan atau mempamerkan, atau menyebabkan supaya diedarkan atau
dipamerkan atau dalam apa-apa cara mengambil bahagian dalam pengedaran atau
pempameran apa-apa bahan lucah di dalam atau di luar kampus;

(b) Pegawai tatatertib atau mana-mana pegawai yang diberi kuasa oleh Pengetua boleh
mengkehendaki seseorang pelajar menyerahkan apa-apa barang dalam milikannya yang
disyaki mengandungi bahan-bahan lucah.

(c) Jika seseorang pelajar enggan menyerahkan apa-apa barang milikannya yang disyaki
mengandungi bahan-bahan lucah yang tersebut dalam subperaturan (a) dia adalah melakukan
suatu kesalahan tatatertib.

23. Gangguan Seksual
Seseorang pelajar tidak boleh melakukan gangguan seksual terhadap orang lain, iaitu seseorang
pelajar tidak boleh:-

(a) termasuklah perbuatan sesuatu pernyataan yang bersifat seksual kepada, atau di hadapan,
orang lain itu sama ada pernyataan itu dibuat secara lisan, bertulis atau dengan apa-apa lain.

(b) Tidak terhad kepada pelakuan perbuatan itu di mana-mana sahaja selagi pelakuan itu
memburukkan atau mencemarkan nama pelajar.

24. Dadah dan racun

(a) Tiada seorang pelajar boleh:

i. di dalam miliknya atau di bawah jagaan atau kawalannya apa-apa dadah atau racun;

ii. memberikan, membekalkan, mengadakan atau menawarkan atau bercadang untuk
memberikan, membekalkan, mengadakan atau menawarkan apa-apa dadah atau racun
kepada mana-mana orang; dan

iii. memasukkan dadah atau racun ke dalam badannya dengan suntikan atau apa-apa jua
cara lain.

(b) Tiada apa-apa jua dalam peraturan ini boleh disifatkan sebagai melarang seseorang pelajar
menjalani apa-apa rawatan oleh atau di bawah preskripsi pengamal perubatan yang
berdaftar di bawah Akta Perubatan 1971 [Akta 50]

(c) Mana-mana pelajar yang didapati di bawah pengaruh mana-mana dadah atau racun adalah
melakukan suatu kesalahan tatatertib.

(d) Pengetua atau pegawai yang diberi kuasa boleh mengkehendaki seseorang pelajar yang

disyaki menagih dadah menjalani ujian air kencing ; dan sekiranya enggan berbuat sedemikian

adalah melakukan suatu kesalahan tatatertib.

25. Kebersihan dalam kampus

(a) Seseorang pelajar tidak boleh melakukan sesuatu yang boleh menjejas kebersihan dan
kekemasan :

i tempat tinggal seseorang pelajar di dalam kampus ;

ii mana-mana asrama, dewan kuliah, jalan-jalan atau kawasan atau mana-mana bahagian
lain kampus ; atau

iii mana-mana bangunan atau binaan lain di dalam kampus.

(b) Jika seseorang pelajar melakukan perbuatan yang menjejaskan kebersihan dan
kekemasan adalah melakukan kesalahan tatatertib yang boleh diambil tindakan
berdasarkan jadual mata demerit dan jadual skema pemarkahan demerit sepertimana di
jadual 2 ;

(c) Seseorang pelajar dilarang membawa, memelihara, memiliki binatang peliharaan atau
seumpama dengannya.

26. Larangan membuat bunyi bising

(a) Seseorang pelajar tidak boleh membuat apa-apa bunyi atau bising atau menyebabkan apa-apa
bunyi atau bising dikeluarkan dengan apa-apa cara jika bunyi atau bising itu menyebabkan atau
mungkin menyebabkan gangguan kepada mana-mana orang di dalam kampus.

(b) Mana-mana pelajar atau kumpulan pelajar tidak boleh membuat apa-apa latihan atau
melibatkan apa-apa bunyi bising kecuali dengan kebenaran bertulis Pengetua atau pegawai
yang diberi kuasa olehnya.

27. Pemeriksaan ke atas pelajar yang disyaki mempunyai gangguan mental atau spiritual

Mana-mana pelajar yang disyaki mempunyai gangguan mental atau spiritual hendaklah menjalani
pemeriksaan perubatan oleh pengamal perubatan yang berkelayakan dengan arahan Pengetua
atau sesiapa yang diberi kuasa olehnya.

28. Tempat tinggal atau tempat tidur di dalam kampus
Tiada seorang pelajar boleh menggunakan atau menyebabkan supaya digunakan mana-mana
bahagian kampus atau mana-mana bahagian daripada bangunan didalam kampus sebagai tempat
tinggal atau tempat tidur kecuali asrama atau tempat penginapan lain yang disediakan oleh
KAQSA.

29. Memasuki mana-mana bahagian bangunan atau kawasan kampus yang dilarang
Seseorang pelajar tidak boleh masuk ke dalam mana-mana bahagian bangunan atau kawasan
kampus yang dilarang kepada pelajar-pelajar memasukinya.

30. Keingkaran

Jika seseorang pelajar melanggar apa-apa arahan atau kehendak yang sah yang diberikan atau
dibuat oleh pengetua atau pegawai yang diberi kuasa olehnya memberi atau membuat arahan atau
kehendak di dalam kampus, pelajar itu adalah melakukan suatu kesalahan tatatertib.

31. Pakaian pelajar

(a) Setiap pelajar hendaklah berpakaian dengan pakaian sopan dan menutup aurat.
(b) Setiap pelajar tidak dibenarkan membawa, memiliki, menyimpan dan memakai pakaian jenis

jeans.

(c) Setiap pelajar tidak dibenarkan membawa, memiliki, menyimpan dan memakai pakaian yang
memaparkan unsur-unsur politik, perkauman, perkataan dan budaya negatif.

(d) Pengetua boleh mengeluarkan apa-apa arahan atau garis panduan secara bertulis yang
difikirkan perlu berhubung dengan cara berpakaian pelajar di dalam dan di luar kampus.

32. Penggunaan barangan elektrik dan elektronik

(a) Setiap pelajar tidak dibenarkan membawa, memiliki atau menggunakan sebarang peralatan
elektrik dan elektronik kecuali setelah mendapat kebenaran bertulis daripada Pengetua.

(b) Pengetua boleh mengeluarkan apa-apa arahan atau garis panduan secara bertulis yang
difikirkan perlu berhubung dengan penggunaan barangan elektrik dan elektronik di dalam
kampus.

(c) Setiap pelajar tidak dibenarkan menggunakan sebarang peralatan memasak di kampus.

33. Perkahwinan

Tiada seseorang pelajar boleh berkahwin melainkan mendapat kebenaran secara bertulis daripada
Pengetua.

34. Pemeriksaan Pelajar

(a) Pengetua atau pegawai yang diberi kuasa olehnya boleh membuat pemeriksaan di asrama
dan bilik kuliah dan tempat-tempat lain di dalam kawasan kampus pada bila- bila masa yang
difikirkan perlu ;

(b) Pengetua atau pegawai yang diberi kuasa olehnya boleh membuat rampasan barang-barang
yang tersenarai dalam jadual 1 peraturan ini;

(c) Pengetua atau pegawai yang diberi kuasa hendaklah memulangkan barang-barang yang
dirampas setelah bayaran denda telah sempurna dibayar oleh pelajar; dan

(d) KAQSA tidak akan membayar ganti rugi terhadap sebarang kerosakan atau kerugian yang
ditanggung oleh pelajar akibat daripada tindakan atau rampasan.

BAHAGIAN IV
TATATERTIB ASRAMA

35. Memasuki atau berada dalam bilik pelajar menetap

(a) Tiada seseorang pelajar boleh menetap dalam bilik pelajar lain atau mana-mana bilik atau
mana-mana bahagian kampus yang tidak diperuntukkan kepadanya.

36. Menghalang orang yang diberi kuasa menjalankan tugas

Seseorang pelajar menetap tidak boleh melakukan apa-apa untuk menghalang atau melarang
seseorang yang diberi kuasa daripada memasuki bilik pelajar menetap itu dan menjalankan tugas,
kewajiban atau tanggungjawab di dalam bilik itu.

37. Berada di luar kampus

(a) Seseorang pelajar menetap tidak boleh berada di luar kampus selepas pukul 7.00 malam

kecuali dengan kebenaran yang diberi oleh Pengetua dan pegawai yang diberi kuasa olehnya.

(b) Pengetua boleh mengeluarkan apa-apa arahan atau garis panduan secara bertulis yang
difikirkan perlu yang berhubung dengan peraturan keluar masuk.

(c) Seseorang pelajar menetap tidak boleh keluar dari kawasan kampus tanpa kebenaran bertulis
yang diberi oleh Pengetua atau pegawai yang diberi kuasa olehnya.

38. Menggunakan premis asrama dengan cermat dan larangan kacau ganggu
(a) Seseorang pelajar hendaklah menggunakan premis asrama dengan cermat dan tidak boleh
melakukan apa-apa jua yang boleh mencacatkan, mengotorkan atau menyebabkan apa-apa
kerosakan lain kepada mana-mana bahagian kawasan atau bangunan atau kepada apa-apa
benda atau kelengkapan di dalamnya.

(b) Seseorang pelajar hendaklah dalam menggunakan premis asrama dan kemudahan-
kemudahan di dalamnya mengambil langkah berhati-hati bagi memastikan bahawa dia
tidak menyebabkan apa-apa kesulitan, kegusaran, halangan atau kacau ganggu kepada
mana-mana orang lain

39. Menukar bilik tanpa kebenaran

Mana-mana pelajar yang telah ditetapkan sebuah bilik di asrama bagi tempat tinggalnya oleh
KAQSA tidak boleh bertukar ke mana-mana bilik lain tanpa kebenaran oleh Pengetua atau Pegawai
yang diberi kuasa olehnya.

40. Pelajar menetap hendaklah mengosongkan tempat tinggal apabila dikehendaki oleh KAQSA

Pengetua atau orang yang diberi kuasa olehnya boleh menghendaki seseorang pelajar menetap
mengosongkan biliknya di asrama dalam tempoh yang ditetapkan.

41. Menetap di asrama waktu cuti

Jika seseorang pelajar mempunyai keperluan yang munasabah untuk tinggal di asrama semasa
cuti, pelajar itu hendaklah memohon kebenaran untuk tinggal di asrama daripada Pengetua atau
Pegawai yang diberi kuasa olehnya dan pelajar itu tertakluk kepada peraturan-peraturan yang
ditetapkan.

42. Arahan Lisan Atau Bertulis Dari Masa Ke Semasa

Pengetua atau pegawai yang diberikan kuasa olehnya dari masa ke semasa, boleh memberi secara

lisan atau bertulis, apa-apa perintah, arahan atau petunjuk yang difikirkannya perlu.

43. Pemulangan Kunci
Seseorang pelajar hendaklah memulangkan kunci bilik menetap kepada Unit Asrama dan Kebajikan
apabila diarah berbuat demikian.

BAHAGIAN V
TATATERTIB LALULINTAS JALAN

44. Larangan menyimpan, memiliki atau menggunakan kenderaan bermotor di dalam kampus

a) Pelajar adalah dilarang menyimpan, memiliki atau menggunakan kenderaan bermotor di
dalam kampus melainkan dengan kebenaran bertulis dari Pengetua atau Pegawai yang
diberi kuasa olehnya.

BAHAGIAN VI
TATACARA PENYIASATAN

48. Aduan

(a) Apa-apa aduan salahlaku pelajar hendaklah dikemukakan kepada Pengetua atau pegawai
yang diberi kuasa oleh Pengetua.

(b) Tiap-tiap aduan hendaklah mengandungi :-
i Nama penuh, nombor kad pengenalan ;
ii Fakta aduan ;
iii Keterangan Orang Yang Diadu ; dan
iv Salinan dokumen atau bahan bukti untuk menyokong aduan itu jika ada ;

(c) Pengetua atau pegawai yang diberi kuasa oleh Pengarah hendaklah mengeluarkan arahan
kepada Pegawai Penyiasat supaya melakukan penyiasatan terhadap aduan tersebut.

49. Siasatan

(a) Pegawai Penyiasat hendaklah :–

i menjalankan siasatan ke atas aduan yang dibuat;
ii memanggil orang yang diadu, mengambil keterangan percakapan dan apa-apa

bahan bukti berkaitan siasatan;
iii apabila siasatan telah selesai, Pegawai Penyiasat memberi suatu laporan tentang

dapatannya kepada Ketua Unit Ehwal Pelajar dan hendaklah juga membuat
perakuannya sama ada pelajar yang berkenaan adalah bersalah atau tidak atas
kesalahan yang diadukan itu; dan
iv Ketua Hal Ehwal Pelajar hendaklah menyerahkan laporan berkenaan kepada
Pengetua.

(b) Pengetua setelah berpuas hati dengan laporan tersebut perlu memanggil jawatankuasa
tatatertib untuk bersidang.

50. Proses Penyiasatan

Bagi maksud sesuatu penyiasatan, pegawai penyiasat boleh mencatatkan proses
penyiasatannya dengan menyatakan;

a) arahan untuk menjalankan penyiasatan;
b) waktu memulakan dan mengakhiri penyiasatan itu;
c) tempat atau tempat-tempat yang dilawati olehnya;
d) pelajar atau pelajar-pelajar atau orang yang disoal olehnya;
e) pernyataan mengenai hal keadaan yang dipastikan melalui penyiasatannya; dan

f) hendaklah melaporkan hasil siasatan Jawatankuasa Tatatertib.

BAHAGIAN VII
TATACARA TATATERTIB

51. Notis kepada pelajar

Jawatankuasa Tatatertib hendaklah:-
(a) suatu pernyataan bertulis menyatakan isi aduan berkenaan; dan

(b) suatu notis meminta pelajar berkenaan dalam tempoh yang tidak kurang daripada 7 hari
untuk memberi apa-apa penjelasan yang dia ingin kemukakan kepada Jawatankuasa
Tatatertib.

52. Hadir Di Hadapan Jawatankuasa Tatatertib

Jika pada pendapat Jawatankuasa Tatatertib seseorang pelajar telah melakukan sesuatu
kesalahan tatatertib, Jawatankuasa Tatatertib hendaklah, sama ada secara lisan atau bertulis,
memberitahu kepada pelajar itu tentang kesalahan tatatertib yang didakwa itu dan
mengkehendaki pelajar itu hadir dihadapan mereka pada tarikh dan masa yang ditetapkan.

53. Penjelasan fakta dan pengakuan

Dalam prosiding tatatertib, Jawatankuasa Tatatertib hendaklah menjelaskan kepada pelajar
itu fakta kesalahan tatatertib yang didakwa telah dilakukan oleh pelajar itu dan meminta pelajar
itu membuat pengakuan bersalah atau tidak atas kesalahan itu.

54. Pengakuan bersalah dan tatacara berikutnya

Jika pelajar itu mengaku bersalah dan Jawatankuasa Tatatertib berpuas hati bahawa sesuatu
kesalahan telah dilakukan, Jawatankuasa Tatatertib hendaklah memutuskan dia bersalah atas
kesalahan tatatertib itu dan meminta kepada dia membuatrayuan untukmeringankan hukuman.

55. Tatacara apabila pelajar mengaku tidak bersalah

(a) Jika pelajar mengaku tidak bersalah atas kesalahan tatatertib atau gagal atau enggan
mengaku fakta kes, Jawatankuasa Tatatertib hendaklah memeriksa mana-mana saksi atau
apa-apa dokumen atau apa-apa jua benda lain bagi menyokong kes terhadap pelajar itu.

(b) Pelajar itu hendaklah diberi peluang menyoal saksi atau memeriksa apa-apa dokumen atau
apa-apa jua benda lain yang telah dikemukakan dan Jawatankuasa Tatatertib boleh
memeriksa semula saksi itu.

56. Keterangan Pelajar

(a) Selepas keterangan yang tersebut dalam Peraturan 58 diterima,dan Jawatankuasa
Tatatertib mendapati bahawa ada suatu kes untuk dijawab, pelajar itu hendaklah diminta
memberi keterangannya, memanggil mana-mana saksi atau mengemukakan apa-apa
dokumen atau apa-apa jua benda lain bagi pembelaannya ;

(b) Jawatankuasa Tatatertib boleh menyoal pelajar itu atau mana-mana saksi-saksinya dan
memeriksa mana-mana dokumen atau benda yang dikemukakan itu, dan pelajar itu boleh
memeriksa semula mana-mana daripada saksi-saksinya.

57. Jagaan dan pelupusan barang kes

(a) Jawatankuasa Tatatertib boleh memerintahkan apa-apa dokumen atau apa- apa jua benda
lain yang dikemukakan di hadapannya semasa menjalankan prosiding tatatertib supaya
disimpan dalam jagaannya atau dalam jagaan mana- mana orang sebagaimana yang
dinyatakan oleh Jawatankuasa Tatatertib sementara menanti tamatnya prosiding tatatertib.

(b) Pihak Jawatankuasa Tatatertib hendaklah, apabila tamat prosiding tatatertib di
hadapannya, membuat apa-apa perintah, sebagaimana yang difikirkan patut untuk
melupuskan apa-apa dokumen atau apa-apa jua benda lain yang dikemukakan
dihadapannya semasa menjalankan mana-mana prosiding tatatertib dan boleh
mengarahkan supaya tindakan itu hendaklah berkuatkuasa sama ada serta-merta atau
bila-bila sebagaimana yang ditetapkan oleh Jawatankuasa Tatatertib.

(c) Kuasa Jawatankuasa Tatatertib di bawah subperaturan (b) hendaklah termasuk kuasa
untuk memerintah supaya mana-mana dokumen atau benda lain itu dimusnahkan.

58. Nota bertulis mengenai prosiding tatatertib hendaklah dibuat
Jawatankuasa Tatatertib hendaklah membuat atau mengarahkan dibuat nota-nota bertulis yang
jelas mengenai prosiding tatatertib di hadapannya.

59. Menyimpan nota

Nota bertulis mengenai prosiding tatatertib sebagaimana yang dinyatakan dibawah peraturan 59
hendaklah disimpan dalam jagaan Pengerusi JawatankuasaTatatertib.

60. Daftar prosiding tatatertib
(a) Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib hendaklah menyelenggara suatu daftar bagi semua
prosiding tatatertib yang dijalankan di bawah peraturan-peraturan ini.

(b) Daftar itu hendaklah merekodkan nama pelajar, butir-butir kesalahan tatatertib, kemajuan
perjalanan prosiding, keputusan prosiding tatatertib dan apa-apa maklumat atau butir lain
sebagaimana yang diarahkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib

61. Laporan prosiding tatatertib

(a) Jika seseorang pelajar telah didapati bersalah atas satu kesalahan tatatertib, Pengerusi
Jawatankuasa Tatatertib hendaklah menghantar suatu laporan berkenaan dengan
prosiding tatatertib itu kepada pihak-pihak berikut :
i Pengerusi Jawatankuasa Tadbir Urus KAQSA ;
ii Ibu bapa atau penjaga pelajar ; dan
iii pihak berkuasa atau badan penaja bantuan pelajaran jika pelajar adalah
merupakan pelajar pemegang bantuan pelajaran

(b) Ibu bapa atau penjaga, pihak berkuasa, badan penaja bantuan pelajaran bagi pelajar itu
adalah berhak mendapat suatu salinan prosiding tatatertib yang diperakui, yang dibuat di
bawah Peraturan 65 selepas membayar fi yang ditetapkan oleh Pengerusi
Jawatankuasa Tatatertib, dan fi itu tidak boleh lebih daripada lima puluh Ringgit Malaysia

(c) Suatu salinan nota prosiding tatatertib yang diperakui berkenaan dengan sesuatu kes
tertentu hendaklah diberi oleh Pengetua kepada Pengerusi Jawatankuasa Tadbirurus
KAQSA jika dia menghendakinya.

62. Pihak-pihak yang boleh hadir dalam prosiding tatatertib

Tiada seorang pun boleh hadir dalam sesuatu prosiding tatatertib KECUALI:-
(a) anggota Jawatankuasa Tatatertib;
(b) pelajar yang terhadap prosiding tatatertib itu diambil;
(c) saksi semasa dia memberi keterangan, atau apabila dikehendaki oleh Jawatankuasa

Tatatertib; dan
(d) mana-mana pihak lain termasuk ibu bapa atau penjaga pelajar itu boleh hadir dalam

prosiding tatatertib atau rayuan selepas mendapat kebenaran dari Pengerusi
Jawatankuasa Tatatertib atau rayuan.

BAHAGIAN VIII

HUKUMAN

63. Hukuman tatatertib

Seseorang pelajar yang didapati bersalah melakukan suatu kesalahan tatatertib di
bawah Peraturan-Peraturan ini boleh dikenakan mana-mana satu, atau mana- mana
kombinasi dua atau lebih hukuman yang sesuai, daripada hukuman- hukuman
yang berikut :
(a) amaran;
(b) Demerit seperti di jadual (2) dan (3);
(c) membayar ganti rugi atau denda;
(d) digantung daripada mana-mana kemudahan KAQSA bagi suatu tempoh yang ditentukan

oleh Jawatankuasa Tatatertib;
(e) digantung atau dihalang daripada menduduki mana-mana peperiksaan bagi suatu tempoh

yang difikirkan sesuai;
(f) digantung daripada menghadiri kelas bagi suatu tempoh yang ditentukan oleh

Jawatankuasa Tatatertib;
(g) bantuan pelajaran digantung atau ditamatkan;
(h) membuang nama pelajar berkenaan daripada senarai lulus peperiksaan; atau
(i) dibuang dari KAQSA

64. Tindakan Terhadap Kesalahan Dalam Peperiksaan

Seseorang pelajar yang didapati bersalah boleh dikenakan mana-mana satu, atau mana-mana
kombinasi dua atau lebih yang sesuai daripada hukuman-hukuman yang berikut :-

(a) Amaran;
(b) gagal dalam kursus berkenaan;
(c) gagal dalam semua kursus pada semester berkenaan;
(d) menggantung bantuan pelajaran;
(e) membuang nama calon berkenaan daripada senarai kelulusan;
(f) menggantung calon tersebut daripada menduduki mana-mana peperiksaan untuk tempoh

yang difikirkan sesuai; atau
(g) mengarahkan calon tersebut supaya digantung pengajiannya di KAQSA

65. Akibat tidak hadir di hadapan Jawatankuasa Tatatertib

(a) Jika seseorang pelajar tidak hadir di hadapan pihak Jawatankuasa Tatatertib sebagaimana
yang diperuntukkan di bawah peraturan 55, dia hendaklah serta merta digantung daripada
menjadi pelajar KAQSA dan tidak boleh selepas itu berada dalam kampus.

(b) Penggantungan itu hendaklah berterusan sehingga pelajar tersebut menawarkan untuk
hadir di hadapan pihak Jawatankuasa Tatatertib pada tarikh dan pada masa yang
ditetapkan oleh Jawatankuasa Tatatertib.

66. Perintah untuk membayar pampasan

(a) Jika apa-apa hukuman tatatertib telah dikenakan ke atas seseorang pelajar,
Jawatankuasa Tatatertib boleh sebagai tambahan memerintah pelajar itu membayar
pampasan sebagaimana yang ditetapkan oleh Jawatankuasa Tatatertib berkenaan
dengan apa-apa kerosakan pada mana-mana harta atau apa-apa kerugian atau
kecederaan kepada mana-mana orang yang pelajar itu mungkin didapati bertanggungjawab
atasnya oleh pihak JawatankuasaTatatertib itu.

(b) Seseorang pelajar boleh diperintahkan membayar pampasan di bawah peraturan ini tidak
kira sama ada harta yang rosak itu kepunyaan KAQSA atau mana-mana orang lain.

(c) Nilai pampasan yang ditetapkan oleh Jawatankuasa Tatatertib di bawah subperaturan (a)
hendaklah nilai yang adil dan munasabah dengan mengambil kira semua hal keadaan kes
dan orang yang terlibat dalam kes itu.

(d) Pampasan yang ditetapkan di bawah subperaturan (a) hendaklah dibayar oleh pelajar
kepada Pengetua dalam tempoh yang ditetapkan oleh pihak Jawatankuasa Tatatertib.

(e) Peruntukan peraturan 60 hendaklah terpakai mutatis mutandis jika pelajar gagal
membayar pampasan yang ditetapkan di bawah subperaturan (a) dalam tempoh yang
ditetapkan di bawah sub peraturan (4).

(f) Pengetua hendaklah membayar pampasan yang dibayar oleh pelajar di bawah
subperaturan (d) kepada orang yang diperakui oleh Jawatankuasa Tatatertib sebagai
orang yang berhak menerima bayaran.

(g) Apa-apa ganti rugi yang kena bayar atau dibayar di bawah peraturan-peraturan ini
hendaklah tanpa menjejaskan hak mana-mana orang untuk memulakan prosiding sivil
dalam mahkamah undang-undang bagi kerosakan atau pampasan berkenaan dengan
kerosakan, kerugian atau kecederaan tersebut dalam subperaturan (a) atau hak mana-
mana orang untuk menerima apa-apa bayaran atau pampasan di bawah mana-mana
undang-undang bertulis lain berkenaan dengan kerosakan, kerugian atau kecederaan itu.

BAHAGIAN IX
RAYUAN

67. Notis rayuan

(a) Jika seseorang pelajar tidak berpuas hati dengan keputusan Jawatankuasa.Tatatertib dia
boleh memberi notis secara bertulis tentang niatnya untuk merayu terhadap keputusan itu
dengan memfailkan kepada Pengetua suatu notis rayuan dalam dua salinan dalam masa
empat belas hari dari tarikh keputusan itu disampaikan kepadanya.

(b) Notis rayuan itu hendaklah menyatakan dengan jelas alasan rayuan.

68. Pengemukaan rayuan kepada Pengerusi Jawatankuasa Tadbir Urus KAQSA

Pengetua hendaklah apabila menerima notis rayuan, mengemukakan notis rayuan itu kepada
Pengerusi Jawatankuasa Tadbir Urus KAQSA bersama dengan suatu salinan nota prosiding
tatatertib yang berkenaan dengannya notis rayuan itu diberi dan alasan keputusan.

69. Tindakan Pengerusi Jawatankuasa Tadbir Urus KAQSA ke atas rayuan

(a) Pengerusi Jawatankuasa Tadbirurus KAQSA boleh apabila menerima dokumen yang
tersebut dalam peraturan 72 daripada Pengetua meminta apa-apa maklumat atau butir-
butir lanjut berhubung prosiding tatatertib sebagaimana yang difikirkan patut.

(b) Jika Pengerusi Jawatankuasa Tadbirurus KAQSA menolak rayuan, keputusan tersebut
hendaklah disampaikan kepada pelajar melalui Pengetua.

70. Rayuan tidak berkuatkuasa sebagai penggantungan pelaksanaan hukuman

Sesuatu rayuan oleh seseorang pelajar tidak berkuatkuasa sebagai penggantungan
pelaksanaan hukuman yang dikenakan atau sebagai penggantungan pembayaran apa-apa
pampasan yang diperintahkan dibayar melainkan jika Pengetua atau Pengerusi Jawatankuasa
Tadbir Urus KAQSA mengarahkan sebaliknya.

BAHAGIAN X
TATACARA TATATERTIB TERUS

71. Tatacara Tatatertib terus oleh pegawai tatatertib

(a) Pegawai tatatertib boleh mengikut budi bicaranya sebagai ganti melaksanakan tatacara
tatatertib itu di bahagian VIII menggunakan hukuman tatacara tatatertib terus iaitu amaran
ke atas mana-mana pelajar yang melakukan suatu kesalahan tatatertib Peraturan-
Peraturan ini.

(b) Sebelum apa-apa hukuman tatatertib terus seperti yang dinyatakan di bawah subperaturan
(a) dikenakan ke atas pelajar, pegawai tatatertib hendaklah memberitahunya tentang
kesalahan tatatertib yang dilakukan olehnya dan memberinya satu peluang untuk
membuat representasi lisan berkaitan kesalahan itu.

(c) Setelah hukuman tatatertib terus seperti yang dinyatakan di bawah subperaturan (a)
dikenakan ke atas pelajar, pegawai tatatertib hendaklah dengan serta merta menyerahkan
kepada pelajar suatu notis bertulis tentang pengenaan hukuman itu.

BAHAGIAN XI
KESALAHAN TATATERTIB AM

72. Arahan Atau Garis Panduan Tatatertib Pelajar Yang Difikirkan Perlu

Pengetua boleh mengeluarkan apa-apa arahan atau garis panduan yang difikirkan perlu
yang berhubungan peraturan-peraturan tatatertib pelajar.

73. Kesalahan Tatatertib
Seseorang pelajar yang melanggar mana-mana peraturan-peraturan ini, atau mana- mana
garis panduan, arahan, sekatan, syarat atau terma yang dikenakan atau diberikan di bawah
peraturan-peraturan ini, adalah melakukan suatu kesalahan tatatertib.

74. Peraturan-Peraturan Ini Tidak Mengurangkan Tanggungan Jenayah
Tiada apa-apa jua dalam peraturan-peraturan ini boleh mengurangkan tanggungan mana- mana
pelajar atau orang lain bagi apa-apa kesalahan di bawah mana-mana undang-undang
bertulis.

75. Penubuhan Jawatankuasa Tatatertib

Pengerusi Jawatankuasa Tadbir urus KAQSA hendaklah menubuhkan suatu Jawatankuasa
Tatatertib KAQSA yang bertanggungjawab dalam hal ehwal tatatertib pelajar.

76. Keanggotaan Jawatankuasa Tatatertib

Keanggotaan Jawatankuasa Tatatertib hendaklah terdiri daripada:-

a. Pengetua sebagai Pengerusi;
b. Ketua Unit Hal Ehwal Pelajar sebagai Timbalan Pengerusi;
c. Dua (2) orang Ahli Jawatankuasa yang berkelayakan dan yang difikirkan sesuai oleh

Pengerusi; dan
d. Seorang Pegawai Hal Ehwal Pelajar sebagai Setiausaha

77. Fungsi Jawatankuasa Tatatertib
Fungsi Jawatankuasa Tatatertib ialah:
a. Membicarakan dan memutuskan hukuman bagi kesalahan-kesalahan berat seperti di
jadual 2 ;
b. Menerima notis rayuan dan mengemukakan notis rayuan itu kepada pengerusi
Jawatankuasa Tadbir Urus KAQSA

78. Keanggotaan Jawatankuasa Tadbir Urus KAQSA
Keanggotaan Jawatankuasa Tatatertib hendaklah terdiri daripada:-

a. Pengarah JAIM sebagai Pengerusi;
b. Ahli lain adalah terdiri daripada;

i. Setiausaha MAIM
ii. Pengetua KAQSA
c. Seorang Pegawai Hal Ehwal Pelajar sebagai Setiausaha

79. Fungsi Jawatankuasa Tadbir Urus KAQSA
Fungsi Jawatankuasa Tadbir Urus KAQSA ialah:
a. Menimbang rayuan pelajar dan memutuskan sama ada mengekalkan hukuman atau
sebaliknya.

Jadual 1
Peraturan 40

BIL BARANG YANG DILARANG
1 Komputer / Komputer Riba / Tablet / Printer
2 Pemanas Air
3 Periuk Nasi
4 Seterika
5 Peralatan Muzik
6 Rokok / Shisha / Rokok Elektronik / Rokok Daun
7 Tong Gas
8 Dapur Gas / Dapur Elektrik / Dapur Minyak
9 Permainan Video

10 Haiwan Peliharaan
11 Barangan Tujuan Perniagaan
12 Seluar Jean Dan Jenisnya
13 Pembakar Roti
14 CD / VCD Atau Bahan Lucah
15 Peti Sejuk
16 Alat Barbeque
17 Alat Pengisar
18 Peralatan Atau Bahan-Bahan Merbahaya
19 Microwave
20 Home Teater / Televisyen
21 Extension

Jadual 2 Kesalahan-Kesalahan Kecil

KESALAHAN KECIL TINDAKAN MATA TEBUS MATA
BIL A: DISIPLIN DAN TINGKAHLAKU Amaran 10 ✓
20
Tidak memakai kad matrik di kawasan 10 ✓
1 pejabat, bilik kuliah, makmal dan 10 ✓
10 ✓
perpustakaan. ✓
10
2 Enggan menyerahkan kunci dan Amaran (cagaran 10 ✓
mengosongkan bilik apabila diarahkan pihak kunci tidak 10 ✓
10 ✓
Pengurusan. dikembalikan) 10 ✓

Tidak mematikansuis lampu / alat- alatelektrik Nasihat 10
3 / elektronik dan paip airdiasrama. 50 ✓
10 ✘
4 Menyidai pakaian di tempat yang dilarang. Amaran 20
10 ✓
5 Pelajar membuat bising danmengganggu Amaran ✓
ketenteraman awam. ✓

Pelajar menampal gambar, iklan, nota dan Amaran Arahan
6 sebagainya tanpa kebenaran. menanggalkan

7 fPeeslyaejanrrammebwuatrynaankgatnidraakmsbeuntodnaonh.mengayakanAmaran dan gunting

8 Pelajarlelakiberambutpanjang/ tidak kemas. Amaran

9 Pelajar lelaki/perempuan yang menyimpan kuku Amaran
panjang.

10 Memakaiinaiselaindaripada kukubagi Amaran
perempuan.

11 Lewat memulangkan buku perpustakaan. Amaran Caj
Pengurusan

Mencuri, merosak, menghilang, tidak Ganti rugi
12 memulangkan buku pinjaman perpustakaan.

Tidak memperdengarkan (tasmi’) hafazan al- Amaran
13 Quran kepada pensyarah tasmi’ pada hari- Amaran

hari yang ditetapkan.

14 Keluar kampus tanpa kebenaran.

15 Keluarawal tanpakebenaran dari kuliah / Amaran
tasmik.

Jadual 2 Kesalahan-Kesalahan Kecil

B : DISIPLIN DAN TINGKAH LAKU Amaran 30 ✘
10 ✓
17 Mengalihkan perkakasan IT hak milik Darul 20 ✓
Quran ke tempat yang berlainan.
10 ✓
18 Tidak mematikansuiskomputer, LCDselepas Amaran
menggunakannya

Meletak al-Quran, kitab, buku, nota dan
19 sebagainya di tempat yang tidak sepatutnya Amaran

C : LAIN-LAIN KESALAHAN Amaran
20 Kesalahan lain yang setara seperti di atas

Jadual 3
Jadual Mata Demerit Mengikut Kepada Kesalahan JADUAL DEMERIT

BIL KATEGORI A : TINDAKAN MATA TEBUS MATA
100 ✘
KESALAHAN BERAT 100 ✘
100 ✘
Memiliki, mengguna, mengedar bahan racun, 50 ✘
1. dadah atau sebarang bahan yang memberi 100 ✘
30
kesan yang seumpamanya. 100 ✘
100 ✘
Pelajar berlainan jantina berada di dalam 50 ✘
2. blok penghuni atau dalam bilik pelajar tanpa 100 ✘
50 ✘
kebenaran dan menimbulkan syak. 100 ✘
100 ✘
3. Melakukan kesalahan di bawah undang- ✘
undang sivil atau syariah. 100

4. Berkelakuan atau berpakaian tidak sopan di
dalam dan di luar kampus.

5. Pelajar menjalankan aktiviti berbentuk
perjudian, pertaruhan atau loteri.
Jawatankuasa
Tatatertib

Ingkar perintah berkaitan suruhan atau arahan
6. daripada Pengarah atau orang yang diberi

kuasa berkaitan siasatan dan kesalahan
tatatertib.

7. Memilik, mempamer, mengedar bahan lucah

8. Memilik, meminum, mengedar dan menjual
minuman keras/memabukkan.

9. Mendera (Ragging/bully).

10. Gangguan seksual

11. Memukul / bergaduh atau mencederakan
individu lain

12. Mencuri / memiliki /menyimpan barang curian

13. Memiliki senjata berbahaya yang terlarang.

Plagiat / meniru /menciplak bahan akademik
14. atau

memalsukan dokumen / tandatangan / sijil /
sijil cuti sakit.

Jadual 3
Jadual Mata Demerit Mengikut Kepada Kesalahan JADUAL DEMERIT

15. Melakukan hubungan sejenis di dalam dan di 100 ✘
luar kampus

Menganjurkan / menyertai perhimpunan 100 ✘
16. haram / demonstrasi yang tidak sah, 100 ✘
50 ✘
menghasut peserta dan menggunakan 100 ✘
sepanduk / pembesar suara 100 ✘
100 ✘
17. Menerbitkan dokumen / artikel yang berbaur Dirampas 50 ✘
hasutan atau fitnah 50 ✘
Jawatankuasa
18. Memasuki kawasan larangan di dalam Tatatertib
kampus

19. Menjual / memiliki / menghisap rokok di dalam Dirampas
kampus

20. Melakukankegiatan vandalism /khianatdi Ganti rugi
dalam kampus.
Jawatankuasa
Mengamal dan menyebar fahaman atau Tatatertib
21. akidah selain daripada Ahli Sunnah Wal
Jawatankuasa
Jamaah Tatatertib

22. Berdua-duaan di tempat terbuka yang
menimbulkan syak

23. Menggunakan buku keluar masuk /kadmatrik Amaran rampas
/ kad perpustakaan pelajar lain

KATEGORI B : TINDAKAN MATA TEBUS MATA
KESALAHAN-KESALAHAN Amaran
(DISIPLIN & TINGKAHLAKU) 20 ✓
B1 : Disiplin Dan Tingkah Laku

1. Berpindah bilik di asrama tanpa kebenaran.

2. Membuat kunci pendua / menghilangkan Amaran rampas 20 ✓
kunci bilik / makmal / dewan kuliah / kampus.

3. Membawa masuk basikal/ motosikalkedalam Amaran rampas 30 ✓
bilik kediaman. 40 ✓
10 ✓
4. Membawa kenderaan bermotor ke dalam Amaran sita 10 ✓
kampus tanpa kebenaran. 20 ✓
30 ✓
5. Mengalih perabot asrama tanpa kebenaran Amaran 30 ✓
20 ✓
6. Memasuki kampus selepas jam 7.00 malam Amaran 20 ✓
(diploma) 10 ✓
10 ✓
7. Pelajar menghalang pegawai KAQSA dari Amaran
menjalankan tugas.

8. Membawa / menyimpan / menggunakan alat- Amaran rampas
alat elektrik, elektronik

Membawa, memiliki, menyimpan Rampas
9. menggunakan dan peralatan memasak ke Rampas
Amaran
dalam kampus.

Memiliki, menyimpan, mengedar atau
10. membakar mercun/bunga api dan

seumpamanya.

11. Menggunakan bahasa tidak sopan, kesat,
kasar dan lucah.

Pelajar membawa, memiliki, menyimpan atau

12. memakai pakaian/ aksesoriyangtidak Rampas

dibenarkan

13. Memakai pakaian tidak sesuai semasa Amaran
berurusan rasmi

Jadual 3
Jadual Mata Demerit Mengikut Kepada Kesalahan JADUAL DEMERIT

14. Memakai pakaian seperti jeans, pakaian Rampas 10 ✓
mendedahkan aurat dan seumpamanya

15. Memanjat / menyusup / memasuki / keluar Dibawa kepada 50 ✘
kampus melalui kawasan berpagar Jawatankuasa 10 ✘

16. Memanjat / menyusup / memasuki / keluar Tatatertib
dari bilik asrama melalui tingkap.
Amaran

Ponteng daripada menghadiri di mana- Amaran 40 ✓
17. mana kelas tasmi’, kuliah, tutorial, kelas, Amaran 20 ✘
Amaran 30 ✘
aktiviti, program dan majlis rasmi yang telah
ditetapkan

Membawa masuk mana-mana orang,
18. pertubuhan, kelab atau kumpulan ke dalam

kampus Darul Quran tanpa kebenaran.

19. membawa masuk penceramah tanpa
kebenaran

Lewat menghadiri mana-mana kelas tasmi’, Amaran 10 ✓
20. kuliah, tutorial, kelas, aktiviti, program dan

majlis rasmi yang telah ditetapkan

Tidak menjaga kebersihan dan kekemasan Amaran 10 ✓
21. bilik asrama, dewan kuliah, jalan-jalan atau ✓

kawasan atau mana-mana bahagian lain
kampus.

22. Mengguna alat telekomunikasi di mana- Amaran rampas 20
mana kelas tasmi’, kuliah, tutorial, dan kelas

pengajian formal

Jadual 3

Jadual Mata Demerit Mengikut Kepada Kesalahan JADUAL DEMERIT

B2 : Lalulintas Tindakan Mata Tebus Mata
Amaran 20 ✓
1. Memandu dalam keadaan bahaya/laju Amaran 20 ✓

2. Menunggang basikal / memandu kenderaan Amaran 10 ✓
bermotor di kawasan larangan.

3. Menggunakan ruang letak kenderaan yang
diperuntukkan untuk pegawai dan kakitangan

4. Menghalang lalulintas dikawasan kampus. Amaran 10 ✓

B3 : Salahguna IT / Elektrik Tindakan Mata Tebus Mata
Amaran rampas 30 ✓
1. Menyambung, mengakses rangkaian talian ✓
elektrik / internet tanpa kebenaran. 10 ✘
50
Salah guna / memuatnaik / memuat turun/ Amaran 50 ✘
50 ✘
2. streaming video bukan untuk tujuan
50 ✘
pembelajaran.

Menghasut / menulis artikel yang berunsurkan Dibawa kepada

3. fitnah dalam laman web / blog dan media Jawatankuasa

sosial Tatatertib

4. Menggodam /mencerobohlamanwebdan Dibawa kepada
sistem maklumat KAQSA (e-kampus). Jawatankuasa

5. Merosakkan / melakukan vandalism kepada Tatatertib
perkakasan IT hak milik KAQSA
Dibawa kepada
Mengguna / mengubah kata laluan pengguna Jawatankuasa
6. lain untuk mengakses sistem dalam talian
Tatatertib
kampus.
Dibawa kepada
Jawatankuasa

Tatatertib

Lampiran 1
Jadual Mata Demerit Mengikut Kepada Kesalahan

Mata Demerit Tindakan Catatan
Terkumpul

10 Amaran lisan Kaunseling KhidmatRekod disiplin
Masyarakat 1 Jam

20 Amaran lisan, Kaunseling / Motivasi Khidmat Rekod disiplin (mata demerit dilupuskan,

Masyarakat apabila melaksanakan khidmat masyarakat)

2 Jam atau RM20 atau keduanya Makluman

kepada ibubapa/penjaga

Amaran bertulis, Kaunseling /Motivasi KhidmatRekod disiplin

30 Masyarakat (mata demerit dilupuskan, apabila melaksanakan

3 jam atau RM30 atau keduanya Maklumankhidmat masyarakat)

kepada ibubapa/penjaga

Amaran bertulis, Surat tunjuk sebab KhidmatRekod disiplin

40 Masyarakat (mata demerit dilupuskan, apabila melaksanakan

4 jam atau RM40 atau keduanya Maklumankhidmat masyarakat)

kepada ibubapa/penjaga

50 - 99 Dibawa kepada Jawatankuasa Rekod disiplin
Makluman kepada ibubapa/penjaga Hukuman dibawah subperaturan 69 (Makluman
Tatatertibkepada
ibubapa/penjaga)

100 dan ke atDasibawa kepada Jawatankuasa Rekod disiplin
Makluman kepada ibubapa/penjaga TatatertibHukuman dibawah subperaturan 69 (Makluman

kepada
ibubapa/penjaga)

Lampiran 2
Penebusan Kesalahan Demerit Mengikut Khidmat Masyarakat Dan Tempoh Masa

BIL KHIDMAT KOMUNITI TEMPOH MASA

1 Menyediakan laporan kebersihan masjid Dua jam

2 Menyediakan laporan kebersihan di asrama Dua jam
mengikut blok Dua jam

3 Menyediakan laporan tandas asrama

4 Memastikan kebersihan dan kekemasan 3 bilik Satu jam
kuliah Satu jam

5 Imam Qiamulail

6 Pentazkirah Satu jam

7 Bacaan al-quran sebelum Maghrib Setengah jam

8 Bacaan al-quran sebelum Subuh Setengah jam

9 Bacaan al-quran sebelum Jumaat Setengah jam

10 Menyediakan laporan kebersihan kafetaria Dua jam

11 RM1untuk setiapmatademerit Satu Jam

CARTA ALIRAN PROSEDUR PERBICARAAN TATATERTIB OLEH
JAWATANKUASA TATATERTIB (JKT)

NOTA:

Tidak Menerima Aduan Aduan Diterima
Tidak
Siasatan Awal Mendapatkan fakta-fakta kes melalui
siasatan, pemerhatian, temuduga
Mesyuarat JKT dsb.

Boleh Membincangkan:
Disabitkan 1. Kategori Kesalahan
Ya 2. Adakah bukti mencukupi
Surat Pertuduhan Kepada untuk mensabitkan
kesalahan
Pelajar
Mesyuarat JKT Pelajar diminta hadir ke perbicaraan
kes bersama JKT.
Bersalah?
Ya JKT membuktikan bahawa pelajar
bersalah dan diadili oleh panel.
Tindakan Hukuman
Hukuman berdasarkan peruntukan
Makluman Buku Panduan Tatatertib Pelajar.

Rekod Perihal sabitan kesalahan
dimaklumkan kepada pihak ibu
bapa.

Rekod JKT untuk rujukan pada masa
akan datang.

LAMPIRAN

ETIKA PEMAKAIAN PELAJAR LELAKI KAQSA

KULIAH

SUKAN

POTONGAN RAMBUT PELAJAR LELAKI KAQSA

ETIKA PEMAKAIAN PELAJAR PEREMPUAN KAQSA

KULIAH

SUKAN

NO KOD SENARAI BORANG
0001
SENARAI BORANG UNIT HAL EHWAL PELAJAR
0002 BORANG MAKLUMAT PERIBADI (Daftar Asrama)
0003
0004 BORANG KEBENARAN PULANG KE RUMAH
0005 BORANG KEBENARAN TINGGAL DI ASRAMA
0006 BORANG KESIHATAN
0007 BORANG JEMPUTAN TAHLIL DAN BACAAN YASIN
0008 BORANG PINJAMAN PERALATAN MUZIK DAN SUKAN
0009 BORANG PENDAFTARAN PERALATAN ELEKTRIK
NO KOD BORANG ADUAN KEROSAKAN ASRAMA
BORANG BERHENTI
A SENARAI BORANG UNIT AKADEMIK PELAJAR
BORANG PERMOHONAN PELEPASAN KULIYAH

SENARAI BORANG HAL EHWAL PELAJAR A 0001

KOLEJ AL-QURAN SAYYIDINA ALI
JABATAN AGAMA ISLAM MELAKA

75450 Bukit Katil, Melaka
Tel: 06-231 4240 Fax: 06-231 1587

BORANG MAKLUMAT PELAJAR ASRAMA

BLOK ASRAMA Sila lengkapkan maklumat yang dikehendaki. CATATAN
NO. BILIK

A. PERIBADI: Umur GAMBAR
Nama No. Pendaftaran
No. K/P
Syukbah Semester
No. H/P
Alamat Tetap No. Tel

B. PENJAGA: BAPA IBU
Nama
Pekerjaan No. Telefon/HP
Pendapatan
No Telefon
No H/P

C. WARIS TERDEKAT
Nama
Pertalian
Alamat

D. PENYAKIT KRONIK (JIKA ADA)

A 0002

KOLEJ AL-QURAN SAYYIDINA ALI
JABATAN AGAMA ISLAM MELAKA

75450 Bukit Katil, Melaka
Tel: 06-231 4240 Fax: 06-231 1587

BORANG PERMOHONAN PULANG KE KAMPUNG

1. Nama Pelajar : : 3. No. Telefon :
2. No. Matrik :
4. Asrama : Surah dari tarikh : hingga :
5. Sebab Memohon : Juzu’ Maqra
6. Tempoh :
7. Hafazan Terkini

Sekian, terima kasih. Untuk kegunaan pejabat :
Pengesahan : LULUS /TIDAK LULUS
Yang benar,
..................................... ..............................................................
(Tandatangan pemohon) (Tandatangan & Cop Unit HEP)
Tarikh : Tarikh :

*** Sila hantarkan surat rasmi daripada ibu/bapa/waris atau surat yang berkaitan
kepada Unit HEP KAQSA bagi tujuan pengesahan.

A 0003

KOLEJ AL-QURAN SAYYIDINA ALI
JABATAN AGAMA ISLAM MELAKA

75450 Bukit Katil, Melaka
Tel: 06-231 4240 Fax: 06-231 1587

BORANG KEBENARAN TINGGAL DI ASRAMA

3. Nama Pelajar : 3. No. Telefon :
4. No. Matrik :
8. Asrama : dari tarikh : hingga :
9. Sebab Memohon :
10. Tempoh :

Dengan ini saya bertanggungjawab di atas sebarang risiko / kemungkinan yang berlaku dan
saya akur dengan ketetapan asrama (kediaman) yang diberikan kepada saya.

Sekian, terima kasih. Untuk kegunaan pejabat :
Pengesahan : LULUS /TIDAK LULUS
Yang benar,
..................................... ..............................................................
(Tandatangan pemohon) (Tandatangan & Cop Unit HEP)
Tarikh : Tarikh :

A 0004

KOLEJ AL-QURAN SAYYIDINA ALI
JABATAN AGAMA ISLAM MELAKA

75450 Bukit Katil, Melaka
Tel: 06-231 4240 Fax: 06-231 1587

BORANG KESIHATAN PELAJAR

1. Nama :

2. No. Kad Pengenalan :

3. No. Matrik/Semester :

4. Kediaman :

5. Butiran :

6. Rawatan :

7. Rawatan Lanjut :

8. Cuti Sakit pada :

(Sila lampirkan surat pengesahan doktor)

Saya pelajar yang bernama di atas mengaku perkara di atas adalah benar,

……………………………………
Nama :
Tarikh:


Click to View FlipBook Version