1. Projek Zero to Hero menumpukan kepada pembangunan intelektual pelajar yang
didefinisikan sebagai keupayaan seseorang untuk memperoleh dan mengamalkan ilmu
pengetahuan bagi bertindak secara rasional, efisien dan efektif. Ia seterusnya
membantu meningkatkan bilangan pelajar yang bergraduat dalam tempoh yang
ditetapkan.
2. Projek CEO in the Making menfokuskan kepada keseimbangan dalam pembangunan
kepimpinan pelajar; yang merujuk kepada keupayaan individu untuk menerap dan
menzahirkan nilai-nilai murni seorang pemimpin dalam melaksanakan tanggungjawab
yang diamanahkan.
3. Projek #jumpadisyurga pula menyumbang kepada penerapan nilai murni,
pembangunan rohani dan kebajikan pelajar yang berlandaskan Al-Quran dan As-
sunnah. Matlamat utama adalah untuk melahirkan insan syumul yang berketerampilan.
Tiga projek utama ini digerakkan oleh jawatankuasa yang dilantik terdiri daripada pentadbir
akademik, pensyarah dan juga pelajar (Rujuk Lampiran 2.1). Tiga projek ini diletakkan di bawah
tanggungjawab pihak HEP yang turut sama dibantu oleh bahagian HEA, RICAEN dan
pentadbiran. Setiap bahagian akan bekerjasama di dalam memastikan inisiatif strategik di
bawah seliaan mereka dilaksanakan dengan sempurna.
Jadual 2.2 menunjukkan pemetaan tiga projek utama tersebut bagi tujuan perlaksanaan dan
pencapaian objektif strategik yang dirancang.
Jadual 2.2: Pemetaan Projek Utama dan OS Pengurusan dan Pembangunan Pelajar (HEP)
PROJEK OBJEKTIF STRATEGIK (OS)
PTJ SOKONGAN 7 8 9 10 11
Zero to Hero HEA & RICAEN / / /
CEO in the Making HEA & RICAEN / / / /
#jumpadisyurga RICAEN & / / / /
PENTADBIRAN
Melalui tiga projek utama di atas, pelbagai inisiatif strategik telah dirangka dan dilaksanakan
dengan sistematik sepanjang tahun 2016-2017:
1) Projek Zero to Hero
Projek Zero to Hero merupakan inisiatif yang diambil oleh FPN bagi tujuan pembangunan
intelektual pelajar. Menerusi projek ini, para pelajar dapat memperkasakan ilmu pengetahuan
mereka secara lebih praktikal dan berkesan. Inisiatif strategik yang dijalankan bukan hanya
melibatkan pelajar dan pensyarah tetapi juga merangkumi perkongsian kepakaran daripada
alumni dan pihak industri. Perkara ini sekaligus telah membantu pelajar untuk mendapatkan
maklumat dan perkongsian secara terus dari pihak berkepentingan terutamanya dalam bidang
perakaunan. Penerangan inisiatif strategik utama bagi projek Zero to Hero adalah seperti di
Gambarajah 2.2 berikut:
10
11
Gambarajah 2.2: Inisiatif Strategik di bawah Projek Zero to Hero
12
2) CEO in the Making
Projek CEO in the Making merupakan inisiatif yang diambil oleh FPN dalam usaha untuk
melahirkan graduan bercirikan kepimpinan, inovatif dan berani menyumbang kepada
pembangunan negara. Projek ini memfokuskan kepada penerapan sifat kepimpinan dan
kebertanggungjawaban yang tinggi di kalangan pelajar. Untuk tujuan tersebut, sebelas inisiatif
utama telah dijalankan seperti yang dipaparkan di Gambarajah 2.3:
Gambarajah 2.3: Inisiatif Strategik di bawah Projek CEO in the Making
13
3) Projek #jumpadisyurga
Projek #jumpadisyurga adalah projek yang berunsurkan kerohanian, kemasyarakatan dan
kemanusiaan yang dijalankan oleh FPN bagi melahirkan insan yang cemerlang bukan hanya
dalam bidang akademik tetapi juga memiliki peribadi yang baik dan ihsan. Pelbagai inisiatif
strategik telah dianjurkan bagi mencapai ini seperti yang disenaraikan dalam Gambarajah 2.4:
Gambarajah 2.4: Inisiatif Strategik di bawah Projek #jumpadisyurga
14
2.4 PEMANTAUAN OBJEKTIF DAN INISIATIF STRATEGIK
Bagi memastikan objektif dan inisiatif strategik dapat dilaksanakan dengan jayanya, FPN telah
merangka pelan pemantauan yang sistematik iaitu merangkumi empat fasa utama;
perancangan, perlaksanaan, pemantauan dan penambahbaikan. Jadual 2.3 dan lampiran
1.1 menunjukkan pelan pemantauan perancangan strategik FPN.
Jadual 2.3: Pelan Pemantauan Perancangan Strategik FPN
BIL FASA TINDAKAN PELAKSANA
1. Perancangan 1. Mengadakan Bengkel Perancangan Penyelaras dan AJK
Strategik bagi merangka perancangan Perancangan Strategik
(Nov – Dis 2015) strategic 2016-2020.
2. Merangka objektif dan inisiatif strategik.
2. Pelaksanaan 1. Melantik pengerusi projek dan AJK bagi Ketua Bahagian
inisiatif berkaitan.
(Jan – Dis
2016/17)
2. Menyediakan jadual pelaksanaan program Ketua Bahagian
dan menjalankan tiga projek utama. Pengerusi projek & AJK
program
3. Pemantauan 1. Memantau dan menilai status pelaksanaan Pengerusi projek
tiga projek utama. Proses pemantauan ini
(Jan – Dis merangkumi empat bahagian iaitu:
2016/17) a) Pemantauan berdasarkan pencapaian
KPI CSPI (menerusi analisa
pencapaian bagi setiap suku tahun)
b) Pemantauan pencapaian OS di
mesyuarat MKSP (menerusi analisa
pencapaian bagi setiap suku tahun)
c) Pemantauan pencapaian OS di
mesyuarat MPE (menerusi analisa
pencapaian bagi setiap suku tahun)
d) Pemantauan pelaksanaan inisiatif
strategik berdasarkan laporan aktiviti
(menerusi analisa kemahiran insaniah,
analisa keberkesanan program dan
maklumbalas dari pihak industri).
2. Melaporkan hasil pemantauan kepada Dekan
pengurusan eksekutif dan warga FPN. Pengerusi projek
Penyelaras
Perancangan Strategik
4. Penambahbaikan 1. Membuat penilaian dan melaporkan status Penyelaras
pencapaian objektif dan inisiatif strategik di Perancangan Strategik
(Okt – Dis 2017) MKSP, MPE dan Mesyuarat TAPA.
2. Menambahbaik proses bagi tiga projek Penyelaras dan AJK
utama. Perancangan Strategik
Pengerusi projek
15
2.5 RISIKO DAN PELAN TINDAKAN PENCEGAHAN
FPN telah mengenalpasti beberapa faktor risiko yang merupakan halangan kepada pencapaian
objektif strategik pengurusan dan pembangunan pelajar. Oleh yang demikian, pelan tindakan
telah dirangka untuk mengatasi risiko tersebut. Gambarajah 2.5 menunjukkan Analisa SWOT
yang telah disediakan disusuli dengan komponen, faktor dan pelan tindakan untuk mengatasi
risiko berkaitan pada Jadual 2.4:
Gambarajah 2.5: Analisa SWOT
16
Jadual 2.4: Risiko dan Pelan Tindakan
KOMPONEN FAKTOR PELAN TINDAKAN
1. Bebanan kerja tenaga pengajar 1. Penyelarasan bebanan kerja mengikut
yang tinggi menjejaskan gred lantikan dan jawatan pensyarah.
penglibatan mereka dalam aktiviti 2. Menyediakan jadual bertugas bagi staf
HEP. dan juruteknik.
2. Staf dan juruteknik yang bertugas 3. Membuat perancangan dan
Sumber tidak berada di lokasi program pemakluman awal berkenaan program
ketika program dijalankan. yang dijalankan bagi membolehkan
Manusia 3. Kurang penglibatan daripada mereka merancang penglibatan mereka
pensyarah-pensyarah lain dalam dan memberikan surat lantikan dan sijil
aktiviti HEP. penghargaan kepada mereka.
4. Pensyarah tidak maklum akan 4. Mengadakan taklimat kepada semua
aktiviti-aktiviti yang dijalankan pensyarah pada awal semester
sepanjang tahun. berkenaan aktiviti yang bakal
dilaksanakan.
1. Tahap kehadiran pelajar yang 1. Penganjur perlu memastikan tiada
kurang memuaskan. pertindihan kelas dan ujian pada masa
2. Pelajar lambat hadir ke program program dijalankan.
yang dijalankan 2. Pembudayaan sifat menepati masa
Pelajar
3. Pelajar kurang peka terhadap perlu dikuatkan di kalangan pelajar
aktiviti-aktiviti yang dirancangkan 3. Menjalankan promosi yang lebih agresif
melalui medium media sosial seperti
Facebook, Instagram dan Twitter FPN.
1. Capaian Wifi yang terhad. 1. Membuat laporan capaian Wifi dan
2. Kemudahan internet yang internet dari masa ke semasa kepada
kurang kelajuan menyukarkan pihak yang terlibat.
Logistik capaian maklumat ketika aktiviti 2. Menyediakan satu slot khas untuk
dijalankan. penganjuran aktiviti HEP.
3. Kekangan dalam mencari tarikh,
tempat dan waktu yang
bersesuaian untuk menjalankan
aktiviti yang dirancangkan.
2.6 PENGLIBATAN PELANGGAN DALAM PROSES PERANCANGAN PENAMBAHBAIKAN
FPN sentiasa melibatkan pelanggan dalam proses penambahbaikan perancangan strategik.
Terdapat dua (2) pelanggan utama iaitu pelanggan dalaman (pelajar dan pensyarah) dan
pelanggan luaran (badan profesional, industri dan komuniti perakaunan). Cadangan
penambahbaikkan dari pelanggan adalah diperolehi melalui pelbagai saluran maklum balas
seperti maklumbalas program, surat menyurat, SUFO, e-Aduan atas laman sesawang FPN,
taklimat, sesi engagement, kotak aduan, borang aduan, media sosial (Facebook, Instagram,
Twitter, WhatsApp, Wechat, Linkedin) dan soal selidik. Rujuk Lampiran 2.2. Di samping itu,
penglibatan khusus oleh kepimpinan pelajar menerusi program ALC juga telah berjaya melatih
pelajar untuk membuat perancangan tahunan dan penambahbaikan aktiviti tahunan.
17
2.7 PENERAPAN AMALAN DAN PEMBUDAYAAN
Penerapan Budaya IQRA’ diteruskan dalam PS 2016-2020 yang menekankan tiga elemen
penting iaitu; Kualiti Program, Kualiti Graduan dan Kualiti Pensyarah bagi menghasilkan
fenomena celik pengetahuan dikalangan warga FPN. Menerusi mekanisma empowering
students pelajar sedaya upaya dipupuk untuk mempraktikkan pembudayaan Iqra’ dengan
usaha dan inisiatif menggarap ilmu pengetahuan bagi meningkatkan kompetensi diri dan
berdaya saing dalam penyertaan program seperti CIMB Stock Exchange Challenge atau
Deloitte Tax Challenge. Sudah pastinya, dengan tertanamnya budaya Iqra’ dikalangan pelajar,
akan lahirlah graduan dinamik seimbang dari segi intelektual, kepimpinan, rohani dan jasmani
serta dapat memenuhi keperluan pasaran global. Disamping itu kepimpinan FPN yang sentiasa
mengamalkan budaya muhasabah diri, pandang ke hadapan, dan rancang masa depan amat
signifikan dalam memastikan FPN terus menerajui pendidikan perakaunan, selari dengan
slogan ”Leader in Accounting Education”.
2.8 INOVASI PENAMBAHBAIKAN PERANCANGAN STRATEGIK
Penilaian semula perancangan strategik pada 22 Disember 2015 yang menekankan kepada
proses penambahbaikan dan pemantapan Perancangan Strategik FPN 2016-2020
menyaksikan tiga inovasi yang bersifat futuristik dan mesra pemegang taruh. Tiga inovasi yang
dihasilkan adalah tiga projek yang dinamakan Zero to Hero, CEO in the Making dan
#jumpadisyurga.
18
TUMPUAN KEPADA PELANGGAN
3.0 PENGENALAN
Penglibatan pelanggan dalam pengurusan dan pembangunan pelajar amat penting dalam
menjayakan agenda bagi melahirkan modal insan yang holistic dan kompeten dari segi
pembangunan kepimpinan, rohani dan insaniah. Oleh yang demikian, FPN telah mengenalpasti
pelbagai kaedah bagi memastikan keperluan dan ganjaran kepada pelanggan dapat dipenuhi.
Pelanggan-pelanggan FPN sentiasa dilibatkan di dalam pengurusan dan pembangunan pelajar,
serta anjuran aktiviti-aktiviti Hal Ehwal Pelajar (HEP). Maklumbalas daripada pihak pelanggan
untuk proses penambahbaikan sentiasa dialu-alukan, dan pelbagai medium telah diadakan.
3.1 PELANGGAN FPN
Dua kategori pelanggan FPN adalah pelanggan dalaman (pelajar dan pensyarah) dan
pelanggan luaran (badan profesional, industri dan komuniti perakaunan). Kumpulan pelanggan
dikenalpasti berdasarkan kepada tiga projek utama iaitu “Zero to Hero”, “CEO in the Making”,
dan #jumpadisyurga. Jadual 3.1 memperincikan kategori dan kumpulan pelanggan yang
terlibat, bagaimana mereka dikenalpasti serta bagaimana pengkalan data mereka dikumpul dan
disimpan:
Jadual 3.1: Kumpulan Pelanggan Terlibat dan Bagaimana Dikenalpasti
PELANGGAN DALAMAN: PELAJAR
Semua pelajar yang berdaftar dan sedang mengikuti pengajian untuk program yang ditawarkan
di FPN
Zero to Hero CEO in the Making #jumpadisyurga
• Pelajar berstatus • Pemimpin iaitu persatuan Pelajar yang layak menerima
SMF, bantuan diperolehi:
pelajar
probation
persatuan
daripada
dan •
ABACCS,
APACS
Pelajar yang mendapat
•
KAEDAH PENGENALPASTIAN • GPA < 3.00 AFTAS • pelajar
semakan terhadap fail
Sesi bersama “A Week •
Pelajar yang mengambil •
peribadi
With Mama Eda”
kod kursus kegagalan >
25%.
Sesi bersama “A Week
•
yang
With Mama Eda”
Pelajar
memerlukan bimbingan
rakan sebaya untuk kod Pelajar dipanggil untuk
temuduga untuk penilaian
kursus yang mencabar terakhir
Zero to Hero CEO in the Making diserahkan #jumpadisyurga akuan
BAGAIMANA DATA DIKUMPUL DAN DISIMPAN • Laman portal SIMS • kepada BHEP untuk rekod penerimaan untuk rekod
Data Peserta & Mentor:
Pelajar yang menerima
Maklumat pemimpin pelajar •
•
Data berkaitan peserta yang
bantuan perlu mengisi
carta
organisasi
dan
terlibat dikumpul melalui:
borang
persatuan
dan simpanan BHEP.
Program mentor-mentee
•
selepas setiap kali AGM.
WhatsApp group pemimpin •
Laporan aktiviti pelajar
pelajar diwujudkan oleh TD
Data Prestasi
HEP untuk memudahkan
Pelaporan
•
penilaian
proses komunikasi.
kepada
berterusan
Akademik •
BHEP
Penasihat
akan
(follow) laman Facebook,
(PA).
Instagram dan Twitter milik
persatuan pelajar mengikuti
19
PELANGGAN DALAMAN: PENSYARAH
Pensyarah FPN yang berkhidmat di Kampus Puncak Alam dan Shah Alam
Zero to Hero CEO in the Making & #jumpadisyurga
KAEDAH PENGENAL- PASTIAN • di dalam kursus tertentu. • Pensyarah pengiring
•
Pensyarah yang berpengalaman mengajar •
Penasihat persatuan pelajar
Penasihat Akademik (PA) yang telah •
Penceramah / Fasilitator
ditetapkan BHEA
• Salinan surat lantikan akan disimpan
BAGAIMANA DATA DIKUMPUL DAN DISIMPAN • Laporan yang dihantar oleh PA akan
•
Data berkaitan PA dan senarai pelajar
oleh BHEP
dibawah seliaan diperolehi dari BHEA.
disimpan dan dianalisa oleh penyelaras
projek.
•
Data keterlibatan PA akan disimpan untuk
pada penghujung semester.
tujuan pemberian anugerah PA Terbaik
PELANGGAN LUARAN
BADAN PROFESIONAL INDUSTRI KOMUNITI PERAKAUNAN
PERAKAUNAN Pihak industri seperti firma perakaunan, Komuniti perakaunan seperti
Badan Profesional seperti MIA, syarikat swasta, agensi kerajaan, pihak ibubapa, alumni, masyarakat
MICPA, ACCA, ICAEW, CPA penaja dan rakan kongsi
(Australia) dan CIMA
KAEDAH PENGENALPASTIAN
Zero to Hero CEO in the Making #jumpadisyurga
Badan Profesional adalah Pihak industri dikenalpasti Kumpulan sasaran untuk
badan yang menawarkan berdasarkan kesudian untuk program bersama komuniti
pensijilan perakaunan bekerjasama dalam aspek: dikenalpasti melalui maklumat
profesional seperti MIA, MICPA, • Penawaran peluang pekerjaan daripada badan berkaitan
ACCA, ICAEW, CPA (Australia) • Tajaan kewangan seperti:
dan CIMA. • Perkongsian ilmu melalui • Pusat Zakat Selangor
syarahan industri • Jabatan Kebajikan
Masyarakat
• UiTM Accounting Association
(UAA) – Persatuan Alumni
FPN
BAGAIMANA DATA DIKUMPUL DAN DISIMPAN
Maklumat pegawai yang perlu Data yang disimpan termasuklah: • Laporan aktiviti bersama
dihubungi disimpan di dalam • Salinan surat jemputan komuniti
pengkalan data BHEP • Maklumat pegawai untuk • Pengkalan data alumni
dihubungi
• Maklumbalas program
• Laporan aktiviti
3.2 KEPERLUAN PELANGGAN
Secara umumnya, keperluan setiap pelanggan akan dikenalpasti berdasarkan maklumbalas
dan aduan yang diterima ataupun berdasarkan polisi serta ketetapan yang dibuat oleh pihak
universiti. Usaha mengenalpasti keperluan dan kepuasan pelanggan ini dibuat dan dianalisa
dari semasa ke semasa. Sehingga kini, pelbagai instrumen maklumbalas diadakan untuk
memperolehi maklumat keperluan pelanggan seperti di Jadual 3.2:
20
Jadual 3.2: Kaedah Penentuan Keperluan Pelanggan
BIL. PELANGGAN KAEDAH MENENTUKAN KEPERLUAN
PELANGGAN
1. Pelajar Amanat Naib Canselor, Taklimat Timbalan Naib
Canselor (HEP), pencapaian akademik pelajar,
perbincangan bersama persatuan pelajar, sesi dialog
bersama pelajar, sesi dialog bersama pensyarah dan
industri, maklum balas aktiviti pelajar
2. Pensyarah Mesyuarat akademik, aduan, sesi perkongsian
maklumat, latihan
3. Badan Profesional Dialog, Mesyuarat, Konferensi “ALP” (Approved
Learning Partner), pendaftaran pelajar, bengkel dan
seminar, MOU, “approved learning provider”
4. Industri Firma perakaunan, Laporan latihan praktik, dialog bersama industri,
syarikat swasta, lawatan industri dan “Industrial Talk” secara berkala.
agensi kerajaan
Mesyuarat bersama pihak penaja terutamanya
Pihak Penaja berkaitan syarat penajaan
5. Komuniti Alumni Mesyuarat Persatuan Alumni
perakaunan
Masyarakat Komunikasi formal dan tidak formal bersama Pusat
Zakat, Jabatan Kebajikan Masyarakat, Persatuan
Penduduk
3.3 PENGLIBATAN DAN GANJARAN PELANGGAN.
Bagi memastikan penglibatan pelanggan secara menyeluruh, adalah penting bagi pihak fakulti
untuk mengenalpasti ganjaran yang akan diperolehi serta keperluan bagi setiap pelanggan.
Pelbagai kaedah telah digunakan bagi memastikan penglibatan pelanggan secara maksimum di
dalam projek utama yang dijalankan seperti dinyatakan di dalam Jadual 3.3 di bawah.
Jadual 3.3: Ganjaran dan Penglibatan Pelanggan
PELANGGAN DALAMAN: PELAJAR
Zero to Hero CEO in the Making #jumpadisyurga
• Peningkatan pencapaian • Meningkatkan • Memupuk semangat
akademik pelajar melalui kebolehpasaran kemasyarakatan dan saling
program “Mentor-Mentee” graduan contohnya membantu melalui program
• Peningkatan keupayaan melalui program contohnya Tabung 3S dan
untuk menamatkan Finishing School. Sedekah Membawa Barakah
pengajian pada waktu yang • Melatih bakat • Menyuburkan dan
ditetapkan (Graduate On kepimpinan contohnya menguatkan pegangan
melalui
pelajar dari sudut kerohanian
Time = “GOT”).
GANJARAN • Peningkatan motivasi diri Accountancy melalui program Solat Hajat
program
Leadership Camp
Perdana, Halaqah Perdana
mencapai
untuk
kecemerlangan
dan Tadarrus Al-Quran
melalui •
Meningkatkan
beban
seperti
pelajar • Meringankan
program
melalui
Charge, dan Recharge Take keterampilan program kewangan yang ditanggung
• Mendapat pendedahan Grooming for Leaders oleh pelajar yang menerima
secara langsung dari segi • Mendapat bimbingan bantuan.
kemahiran teknikal melalui khusus dari tokoh
program Industrial Talk, industri contohnya
Industrial Visit dan Program melalui program
Keusahawanan Kepimpinan
Profesional Khas.
21
PENGLIBATAN PELANGGAN DALAMAN: PELAJAR
PERANCANGAN PELAKSANAAN
Pelajar terlibat secara langsung dalam perancangan aktiviti • Pelajar terlibat sebagai Ahli
dimana persatuan pelajar akan berbincang bersama BHEP Jawatankuasa (AJK) Program,
untuk menyediakan Takwim Aktiviti HEP untuk tempoh setahun Mentor, Fasilitator ataupun
sewaktu Program Accounting Leadership Camp (ALC). Ianya peserta.
meliputi: • Tugas AJK meliputi jemputan
• Proses “brainstorming” untuk menghasilkan idea-idea penceramah dan tetamu
bernas. undangan, persediaan tempat
• Pemetaan aktiviti terhadap objektif strategik fakulti dan makanan, mendapatkan
• Penetapan persatuan yang akan menjadi penggerak tajaan serta membuat hebahan
(anchor) untuk setiap program atau publisiti.
Pelajar akan menyediakan kertas kerja untuk memohon • Menyediakan laporan dan
kelulusan menjalankan aktiviti serta mendapatkan peruntukan maklum balas aktiviti.
daripada Tabung Amanah (TAPA)
PENGLIBATAN LAIN-LAIN PELANGGAN (LLP)
LLP GANJARAN PERANCANGAN &PELAKSANAAN
• Meningkatkan peratusan markah LNPT Kehadiran dalam:
• TOT
dan peluang kenaikan pangkat.
PENSYARAH • Peluang untuk menambahkan ilmu dan • Konferensi penasihat aktiviti dan
Lantikan sebagai:
pengalaman
penasihat
pengajaran dan • pensyarah
sumber,
• Meningkatkan kualiti
pembelajaran.
akademik,
• Menaikkan profil pensyarah menerusi sesi
dan fasilitator
networking bersama pihak industri. persatuan pelajar, panel temuduga,
• Peningkatan bilangan keahlian pelajar • Sumbangan dalam bentuk kewangan
BADAN PROFESIONAL PERAKAUNAN • Dapat berinteraksi secara diberikan • Pengiktirafan pelajar cemerlang “prize
(tajaan program pelajar) dan bukan
mendaftar.
kewangan (latihan dan bengkel)
• Peluang pemasaran program lebih luas
pengiktirafan
yang
melalui
winner” peringkat Malaysia dan dunia
kepada UiTM
langsung • Menyediakan
sesi
untuk
wakil
ceramah
kerjaya
promosi,
dan
bersama pelajar bagi sesi perkongsian ilmu
pengetahuan dan pengalaman melalui
pendaftaran pelajar
program contohnya Professional Talk dan • Mengumpulkan maklumbalas soalan
Sharing Session
peperiksaan melalui penglibatan RP di
dalam Exam Review Board.
• Sumber tenaga kerja (graduan) yang • Kewangan melalui program tajaan
berkualiti dan berkompetensi.
untuk program pelajar.
SYARIKAT SWASTA & FIRMA PERAKAUNAN • Graduan yang memiliki kelayakan • Melantik duta dari kalangan pelajar
untuk meluaskan potensi “networking”
profesional dan bertaraf global.
pelajar
terbuka,
hari
sesi
• Mengelolakan
temuduga, bengkel CV
PIHAK PENAJA • Pelajar tamat dalam masa yang ditetapkan • Mesyuarat, email, kehadiran semasa
promosi program
[GOT]
• Meningkatkan imej dan KPI penaja
• Peluang kepada alumni untuk menabur • Sumbangan kewangan dan buah
bakti kepada pihak universiti.
fikiran.
KOMUNITI PERAKAUNAN • Meringankan beban yang ditanggung pihak • Gotong-royong dan majlis ramah
mesra
berkaitan.
• Memperoleh akses kepada kepakaran
yang dimiliki oleh pihak fakulti.
• Merapatkan hubungan pihak komuniti dan
universiti.
22
3.4 RISIKO DAN PELAN TINDAKAN PENCEGAHAN.
Semestinya bagi setiap projek, akan terdapat risiko-risiko yang mungkin menghalang
penglibatan pelanggan. Jadual 3.4 dibawah menyatakan risiko yang boleh menjejaskan
penglibatan pelanggan serta perancangan yang diambil oleh pihak fakulti untuk mengatasi
risiko tersebut.
Jadual 3.4: Risiko dan Perancangan Mengatasi Risiko bagi Pelanggan
PELANGGAN DALAMAN: PELAJAR
RISIKO:
• Pelajar tidak hadir dalam program yang dijalankan
• Pelajar tidak berpuas hati dengan masa dan tempoh program diadakan
• Kekangan masa pelajar untuk menyertai program akibat komitmen terhadap tugasan lain
Zero to Hero CEO in the Making & #jumpadisyurga
• Memastikan Antara pelan tindakan utama adalah:
setiap peserta • Memastikan keterlibatan pelajar bermula dari peringkat
PERANCANGAN MENGATASI RISIKO
diletakkan perancangan sehingga program berakhir. Ianya bertujuan untuk
dibawah jagaan melahirkan rasa tanggungjawab untuk memastikan setiap
Penasihat program dilaksanakan dengan jayanya kerana ianya merupakan
Akademik (PA) hasil usaha dan penat lelah pelajar sendiri.
terlibat. Selain itu, pelan tindakan yang diambil termasuklah:
• Memastikan • Memastikan peserta mendapat makluman awal memandangkan
peserta perancangan perancangan aktiviti telah dibuat untuk tempoh
mengadakan setahun.
pertemuan • Menjemput penceramah yang mampu menarik minat pelajar
dengan PA serta mengutarakan topik yang terkini dan bersesuaian dengan
secara berkala pelajar.
untuk • Mewajibkan kehadiran kumpulan pelajar tertentu mengikut
membincangkan kesesuaian program serta
tentang prestasi • Menyediakan kupon aktiviti untuk kegunaan mereka yang
akademik menetap di kolej.
semasa serta • Mengambil tindakan tatatertib terhadap pelajar yang gagal hadir
masalah yang untuk program yang diwajibkan, Ahli Jawatankuasa Tatatertib
dihadapi. pelajar telah dibentuk pada tahun 2015.
LLP RISIKO PERANCANGAN MENGATASI RISIKO
• Membuat hebahan awal kepada para pensyarah
• Kekangan masa pensyarah melalui email salam.
untuk bertemu ataupun
menyertai aktiviti pelajar • Menyediakan jadual tugasan khusus mengikut
kesesuaian masa pensyarah contohnya jadual
PENSYARAH • Pensyarah tidak berminat • Mengeluarkan surat lantikan yang dapat digunakan
tugasan CARE Unit.
atau tiada motivasi untuk
untuk tujuan penilaian LNPT dan kenaikan pangkat.
terlibat.
•
Memberi penghargaan dan anugerah contohnya
anugerah “Penasihat Akademik Terbaik”
• Pensyarah tidak • Pensyarah digandingkan dengan wakil dari pihak
berpengalaman dalam
pengendalian program industri seperti lantikan panel “mock-interview”
23
Jadual 3.4: Risiko dan Perancangan Mengatasi Risiko bagi Pelanggan (Samb.)
LLP RISIKO PERANCANGAN MENGATASI RISIKO
Tajaan adalah terhad • Mempelbagaikan sumber tajaan
BADAN PROFESIONAL • Wakil dari setiap badan profesional dan wakil fakulti
berhubung secara langsung
•
Hebahan awal perancangan aktiviti pelajar bagi
menggalakkan tajaan dari pihak ini.
• Kekangan kewangan kerana • Mendapatkan tajaan pihak luar terutamanya dari
dana
FPN
pihak alumni dan pihak industri.
untuk
hanya
KOMUNITI • pelajar FPN komuniti • Mempelbagaikan bentuk aktiviti bersama komuniti.
Penglibatan
perakaunan bersama pelajar
adalah terhad kerana tempoh
program singkat
3.5 PEMANTAUAN DAN PENAMBAHBAIKAN PENGLIBATAN PELANGGAN
Sesuatu projek yang dirancang dengan baik memerlukan proses pemantauan yang berkesan
agar ia berjalan dengan lancar. Penglibatan pelanggan dalam proses penambahbaikan juga
amat penting dalam meningkatkan kualiti program. Jadual 3.5 menyenaraikan pelan
pemantauan serta penglibatan pelanggan dalam proses penambahbaikan.
Jadual 3.5: Pelan Pemantauan dan Cara Melibatkan Pelanggan dalam Proses Perancangan
Penambahbaikan
PELAN PEMANTAUAN PENGLIBATAN PELANGGAN DALAM
PROSES PENAMBAHBAIKAN
PELANGGAN DALAMAN: PELAJAR
• Merekod dan menganalisa kehadiran pelajar • Mengadakan mesyuarat “post-mortem”
pada setiap program. bersama pelajar yang terlibat sebagai AJK
• Memastikan Penasihat Persatuan memantau pelaksana. Segala permasalahan dan
perancangan dan perjalanan aktiviti yang cadangan penambahbaikan akan
dijalankan oleh setiap persatuan pelajar. dibincangkan semasa mesyuarat.
• Memastikan kehadiran sekurang-kurangnya • Maklum balas yang diberikan oleh peserta
seorang pensyarah pengiring pada setiap melalui borang yang diedarkan selepas setiap
program. program akan direkodkan dan dianalisa untuk
• Memastikan pelajar menghantar laporan tujuan penambahbaikan.
aktiviti kepada BHEP selepas tamat program. • Pelajar akan berbincang tentang masalah
• Mengambil tindakan tatatertib kepada pelajar dihadapi serta cadangan untuk penambah
yang gagal hadir ke program yang telah baikan dengan PA dari masa ke semasa.
ditetapkan. • Segala komen dan cadangan melalui media
sosial turut diteliti
PENSYARAH
• Penasihat Akademik diminta untuk Pensyarah / Penasihat Akademik akan
menyerahkan laporan prestasi pelajar seliaan memberikan maklumbalas di dalam laporan
serta laporan perjumpaan bersama pelajar berkala ataupun sewaktu mesyuarat.
secara berkala kepada penyelaras projek.
• Penglibatan pensyarah akan dinilai sewaktu
pemberian markah LNPT.
24
Jadual 3.5: Pelan Pemantauan dan Cara Melibatkan Pelanggan dalam Proses Perancangan
Penambahbaikan. (samb.)
BADAN PROFESIONAL / INDUSTRI / KOMUNITI
• Memastikan wakil badan profesional dan Cadangan dan komen untuk penambahbaikan
industri dijemput menghadiri program anjuran diperolehi sama ada secara formal seperti
pelajar dan BHEP sepertiM ajlis Pra- mesyuarat dan sesi dialog ataupun secara tidak
Graduasi, Majlis Anugerah Kecemerlangan, formal di majlis keraian atau media sosial.
Jamuan Hari Raya, Mock-Interview
• Memastikan Badan Profesional diberikan slot
perjumpaan khas bersama pelajar setiap
semester.
Setiap maklumbalas yang diterima daripada pelanggan pula akan diteliti, dianalisa,
dibincangkan di dalam mesyuarat bersama-sama pihak Kepimpinan Kanan FPN bagi
menentukan tindakan yang perlu diambil bagi menambahbaik program yang dijalankan oleh
pihak BHEP. Antara maklumbalas yang diterima dan tindakan yang telah diambil ditunjukkan di
dalam Jadual 3.6 di bawah:
Jadual 3.6: Contoh Maklumbalas Pelanggan dan Tindakan Pihak Pengurusan
PELANGGAN DALAMAN: PELAJAR
MAKLUMBALAS TINDAKAN
Pelajar tidak mendapat Mempelbagaikan medium hebahan supaya maklumat dapat
maklumat berkaitan disampaikan secara berkesan seperti:
program • Media sosial (Facebook, Twitter dan Instagram) BHEP.
• Media sosial persatuan pelajar
• Papan kenyataan sekitar fakulti
• WhatsApp group ketua kelas.
• Pelajar tidak hadir • Merekod kehadiran pelajar menggunakan sistem Easy Attendance
• Pelajar meninggalkan Management System (EAMS). Sistem ini memerlukan pelajar untuk
program sebelum ianya “clock-in” dan “clock-out” menggunakan kad pelajar. Selain dapat
selesai. mengelakkan pelajar meninggalkan program sebelum ianya selesai,
• Pelajar lain ianya juga memudahkan pihak BHEP untuk membuat analisa
menandatangani kehadiran serta mengenal pasti pelajar yang tidak hadir.
kehadiran • Mengambil tindakan tatatertib kepada pelajar yang gagal hadir ke
program yang telah ditetapkan.
Program dijalankan pada • Memastikan tarikh dan masa program bersesuaian (tidak dibuat
masa yang tidak pada waktu kuliah, cuti umum ataupun cuti panjang). Sekiranya
bersesuaian program dijalankan pada hari perkuliahan, ianya akan diadakan
pada waktu tengahari untuk tidak mengganggu kuliah dan makanan
tengahari juga akan disediakan.
• Melakukan semakan terhadap jadual waktu sebelum arahan
mewajibkan kehadiran dikeluarkan.
Pemimpin Pelajar lewat • Laporan sepatutnya dihantar kepada BHEP selewat-lewatnya 2
menghantar laporan minggu selepas tarikh program
aktiviti. • Pelajar tidak dibenarkan membuat tuntutan wang perbelanjaan
program sehingga laporan diserahkan.
25
Jadual 3.6: Contoh Maklumbalas Pelanggan dan Tindakan Pihak Pengurusan (Samb.)
PENSYARAH
• Pensyarah mempunyai kekangan masa Bilangan Penasihat Persatuan ditambah kepada
untuk hadir ke setiap program. sekurang-kurangnya 2 orang supaya penggiliran
• Kesukaran untuk mendapatkan pensyarah dapat dilakukan untuk hadir ke program pelajar
pengiring
• Pensyarah sukar untuk menghantar laporan. Proses pelaporan dimudahkan dengan
penggunaan Google Form
BADAN PROFESIONAL / INDUSTRI / KOMUNITI
• Pelajar kurang kemahiran berkomunikasi Mengadakan program khusus untuk menangani
• Pelajar kurang berketerampilan permasalahan tersebut seperti:
• Pelajar kurang keyakinan diri • Mock interview, Toast Master Club, Take
• Pelajar mempunyai masalah sikap Charge, Kaunseling
3.6 PENERAPAN AMALAN DAN PEMBUDAYAAN & INOVASI
Budaya mesra pelanggan diberi keutamaan dalam merapatkan hubungan baik antara fakulti
dan pemegah taruhnya. Antara inovasi baru yang diperkenalkan bagi menerapkan amalan
yang terbaik antara fakulti dan semua pemegang taruh/pelanggan adalah Program “A Week
With Mama Eda” dan Model perniagaan Management and Accounting Services Business Model
(MAAS).
“A Week With Mama Eda” merupakan contoh
pendekatan baru yang diambil, dimana
Timbalan Dekan HEP, Koordinator BHEP,
Penyelaras BHEP, Penolong Pendaftar HEP,
Kerani HEP, dan pemimpin pelajar mengadakan
perjumpaan dengan pelajar dari setiap kelas
untuk mendengar dan menyelami masalah yang
dihadapi oleh mereka. Ini kerana tidak semua
pelajar yang berani untuk tampil berkongsi
masalah yang dihadapi mereka, justeru
program seperti ini dapat membantu untuk
mendekati golongan ini. Penggunaan panggilan
“Mama Eda” sangat berkesan dalam usaha merapatkan jurang antara warga FPN, serta
mewujudkan suasana yang lebih santai dan mesra. Hasil dari perjumpaan direkodkan dan
dimajukan kepada pihak-pihak yang berkenaan. Secara tidak langsung budaya mesra
pelanggan turut membantu meningkatkan prestasi pencapaian akademik pelajar.
Manakala, Model perniagaan Management and Accounting Services Business Model (MAAS)
yang melibatkan kolaborasi 3 dimensi di antara universiti, industri dan firma audit perakaunan
juga turut diperkenalkan seperti di Lampiran 3.1 . Inovasi ini dilihat secara amnya dapat
mengukuhkan lagi penglibatan secara menyeluruh kepimpinan kanan FPN dengan pemegang
taruh yang sentiasa memberi sokongan yang tidak berbelah bahagi terhadap pengurusan dan
pembangunan pelajar. Inovasi ini telah memenangi pingat emas di dalam pertandingan
nd
IIDEX2016 dan dibentangkan di 2 Academic International Conference in Multi-disciplinary
Studies and Education di Newnham College, University of Cambridge, United Kingdom pada 23
Januari 2017.
26
PENGUKURAN, ANALISIS DAN PENGURUSAN PENGETAHUAN
4.1 PENGENALAN
Pencapaian pelaksanaan inisiatif strategik diukur dari semasa ke semasa bagi menjamin
objektif strategik dalam pengurusan dan pembangunan pelajar tercapai dengan jayanya. Untuk
tujuan tersebut, item ukuran yang mengambil kira petunjuk prestasi utama (KPI) universiti dan
fakulti dijadikan kayu pengukur utama bagi menentukan tahap pencapaian FPN. Pelbagai data
yang bersesuaian dikumpul secara berkala bagi tujuan penilaian dan analisa. Seterusnya, hasil
analisa akan digunakan untuk tindakan pembetulan dan penambahbaikan berterusan. Di
samping itu, data tersebut turut digunakan sebagai asas untuk tujuan memberi penghargaan
kepada pelanggan FPN terutamanya pelajar dan pensyarah.
4.2 ITEM UKURAN, DATA DAN KEKERAPAN ANALISA DATA
Pelbagai item ukuran digunakan untuk mengukur pencapaian FPN bagi memastikan kualiti
pengurusan dan pembangunan pelajar terjamin. Bagi tujuan tersebut FPN telah menetapkan
KPI yang bersesuaian bagi mengukur pencapaian pengurusan dan pembangunan intelektual,
kepimpinan, rohani dan kebajikan. KPI yang ditetapkan juga memasukkan KPI universiti yang
telah ditentukan oleh pihak CSPI. Di samping itu, sasaran negara dan pihak berkepentingan
seperti badan profesional juga diambil kira dalam mengukur pencapaian prestasi pelajar. Item
ukuran ini dikumpul dari semasa ke semasa untuk diukur pencapaian semasa. Pengumpulan
data dilakukan secara sistematik seperti di Lampiran 4.1 (carta alir prosedur pengurusan data)
mengikut prosedur analisa data oleh pegawai bertanggungjawab bagi setiap bahagian utama
FPN yang terdiri daripada koordinator, pegawai dokumen dan juga pembantu tadbir. Jadual 4.1
menunjukkan item ukuran, data yang digunakan dan kekerapan analisa data bagi pengukuran
prestasi FPN.
Jadual 4.1: Item Ukuran, Data Yang Digunakan Dan Kekerapan Analisa Data
27
28
4.3 PEMANTAUAN PENCAPAIAN DAN PENAMBAHBAIKAN PRESTASI
Pemantauan pencapaian dilaksanakan secara berkala dan berperingkat mengikut kekerapan
analisa data yang telah ditetapkan. Proses pemantauan item ukuran dimulakan oleh pegawai
bertanggungjawab yang terdiri daripada koordinator, penyelaras, penasihat dan AJK yang
dilantik dengan menyediakan laporan status pencapaian program dibawah seliaan masing
masing. Dengan menggunakan data yang terkumpul, perbandingan dibuat diantara pencapaian
semasa dengan pencapaian pada semester yang lepas dan juga penetapan pencapaian
semasa.
Analisa pencapaian seterusnya disemak oleh ketua bahagian yang terdiri daripada Timbalan
Dekan dan Timbalan Pendaftar Kanan bagi mengenalpasti kelemahan untuk tujuan
penambahbaikan. Antara mekanisma penambahbaikan termasuk melantik pegawai
bertanggungawab untuk membuat pemantauan lanjutan dan penyediaan pelaporan status
pencapaian. Pelaporan status pencapaian yang disediakan ini akan dibentangkan oleh ketua
bahagian kepada kepimpinan tertinggi dalam saluran pelaporan tertentu seperti mesyuarat JAF,
MKSP dan MPE bagi tujuan pemantauan pencapaian, dan seterusnya membincangkan
tindakan penambahbaikan prestasi bagi keseluruhan fakulti.
Pemantauan pencapaian juga dilakukan oleh unit kualiti dan unit perancangan strategik fakulti.
Laporan pencapaian objektif kualiti, dapatan audit dalam dan status pencapaian sasaran CSPI
turut dibentangkan bagi mengesahkan semakan terhadap perlaksanaan dan pencapaian fakulti.
Secara keseluruhan, dengan terlaksananya pemantauan pencapaian dan penambaikan
prestasi yang sistematik di FPN dapat membantu pencapaian KPI UiTM dan KPI fakulti dengan
lebih efektif. Secara tidak langsung, pencapaian dalam pembangunan intelektual, kepimpinan,
rohani dan kebajikan pelajar serta kepuasan hati pelanggan dapat dipastikan dengan lebih
berkesan. Gambarajah 4.1 yang berikut menunjukkan contoh proses alir berkenaan
pemantauan pencapaian dan penambahbaikan prestasi.
Gambarajah 4.1: Proses Pemantauan Dan Penambaikan Bagi Analisa Data
29
4.4 RISIKO PENGUKURAN, ANALISA DAN PENGURUSAN PENGETAHUAN
Pengukuran, analisa dan pengurusan pengetahuan boleh terjejas dengan terdapatnya risiko.
Kegagalan untuk menangani risiko akan menjejaskan fokus terhadap pencapaian KPI UiTM dan
KPI Fakulti. Ini bermakna pembangunan intelektual, kepimpinan, rohani dan kebajikan pelajar
serta kepuasan hati pelanggan tidak dapat dilaksanakan dengan baik. Jadual 4.2 melaporkan
jenis-jenis risiko dan perancangan yang digunapakai untuk mengatasi risiko tersebut.
Jadual 4.2: Jenis Risiko dan Pelan Tindakan bagi Pengukuran dan Analisa Data
RISIKO PELAN TINDAKAN
1 Data pelajar tidak dapat dikumpul Cadangan untuk mewujudkan pengkalan data yang
deng . an baik. holistik yang boleh digunapakai oleh pihak fakulti dan
juga pihak luar.
2 Gagal untul mencapai KPI yang Menjalankan pemantauan yang lebih kerap oleh
ditetapkan. pegawai yang bertanggungjawab.
.
3 Pegawai bertanggungjawab gagal Pemantauan yang lebih jitu melalui pembentangan
.
untuk menyediakan laporan pencapaian di mesyuarat JAF, MKSP dan MPE.
4.5 PENERAPAN AMALAN DAN PEMBUDAYAAN
Di zaman kepesatan era teknologi digital, FPN turut tidak ketinggalan untuk memantapkan lagi
aspek pengurusan data dan maklumat dengan penggunaan teknologi digital. Projek rintis
dimulakan oleh Bahagian RICAEN dengan penghasilan pelaporan pencapaian secara e-buletin,
seterusnya dikembangkan ke bahagian lain seperti penggunaan QR-Code untuk perkongsian
bahan rujukan program dan merekod kehadiran pelajar.
4.6 INOVASI PENGUKURAN, ANALISA DAN PENGURUSAN PENGETAHUAN
Inovasi 1: Students’ Softskills Attainment Framework
Students’ Softskills Attainment Framework merupakan satu inisiatif yang dicipta bagi tujuan
penambahbaikan dalam proses pengurusan dan pembangunan pelajar. Kerangka ini
meletakkan kualiti dan hasil yang perlu dicapai oleh pelajar setelah menghadiri program yang
dianjurkan fakulti seperti contoh kemahiran berkomunikasi bahasa inggeris secara berkesan,
berfikiran kritis kreatif, cakna diri, kepimpinan dan literasi teknologi terkini. Pemakaian kerangka
ini membantu proses pengurusan data dan maklumat pencapaian kualiti softskill pelajar
sebagaimana yang diperlukan oleh objektif strategik OS5 dan iCGPA.
Inovasi 2: Report Database
Segala aktiviti yang dilakukan, laporan penuh hendaklah dihantar kepada pihak Bahagian Hal
Ehwal Pelajar. Walaubagaimanapun, laporan secara fizikal telah menggunakan banyak ruang
BHEP dan agar sukar untuk didapatkan semula tanpa perlu menyemak dan mengalih laporan-
laporan berikut satu persatu. Atas kelemahan ini, BHEP telah mewujudkan satu Report
Database bagi mengatasi kesukaran laporan secara fizikal terutamanya bagi pihak-pihak
tertentu yang ingin mendapat sebarang maklumat mengenai aktiviti dan inisiatif pelajar yang
dijalankan tanpa perlu mendapatkan kesemua laporan secara fizikal. Laporan fizikal hanya
dikeluarkan sekiranya memerlukan maklumat lanjut dan ini memudahkan penyimpanan dan
penyusunan laporan berikut (Rujuk Gambarajah 4.2).
30
Laporan fizikal Report Database
Gambarajah 4.2: Perubahan Daripada Laporan Fizikal Kepada Report Database
31
TUMPUAN KEPADA SUMBER MANUSIA
5.1 PENGENALAN
Di setiap organisasi sumber manusia merupakan elemen utama yang menjadi tunggak kepada
kejayaan sesuatu inisiatif strategik yang dirancang. FPN, contohnya sentiasa menggalakkan
warga akademik dan bukan akademik melibatkan diri secara menyeluruh dalam memastikan
inisiatif strategik tercapai setiap tahun mengikut KPI yang ditetapkan. Dalam memastikan
kepakaran dan pengalaman staf digunakan secara optimum, FPN memastikan wujudnya
persekitaran dan sistem kerja yang kondusif. Di samping itu, tahap kepuasan dan maklumbalas
warga fakulti sentiasa dianalisa agar penambahbaikan terhadap perkhidmatan kepada warga
FPN dapat dilaksanakan secara berterusan. Penghargaan dan pengiktirafan turut diberikan
kepada warga FPN yang telah memberikan sumbangan terhadap kejayaan FPN setiap tahun.
5.2 PENGLIBATAN SUMBER MANUSIA DAN PENGOPTIMAAN KEPAKARAN
Bagi menjayakan aktiviti pembangunan pelajar, pihak pengurusan telah melibatkan sumber
manusia dengan menyusun struktur pengurusan Hal Ehwal Pelajar sesuai dengan tugas dan
tanggungjawab yang dikhususkan yang terdiri daripada TD (HEP), Koordinator HEP dan
Penyelaras. Di samping itu, warga FPN turut dilibatkan sebagai ahli jawatankuasa yang
diwujudkan untuk menggerakkan inisiatif strategik. Kepakaran mereka sebagai penasihat
program, penasihat pelajar dan pensyarah pengiring juga dioptimakan untuk menjayakan
program yang dirancang. Jadual 5.1 menunjukkan penglibatan dan pengoptimaan kepakaran
sumber manusia dalam pelbagai inisiatif yang dirancang.
Jadual 5.1: Penglibatan Sumber Manusia dan Pengoptimaan Kepakaran
BIL PROJEK INISIATIF PENGLIBATAN SUMBER MANUSIA DAN PENGOPTIMAAN
UTAMA STRATEGIK KEPAKARAN
• Pensyarah berpengalaman mengendalikan sesi IRC bagi
kursus kritikal.
IRC
GOT-Q • Sumber manusia terlibat adalah pensyarah mengajar,
penasihat akademik dan AJK GOT-Q
• Kombinasi kepakaran dan pengalaman AJK lama dan baru
dalam mengendalikan program ini mampu dikekalkan untuk
1. • kesinambungan pengendalian yang cekap.
PA dan pensyarah mengajar adalah akademia yang
akademik, daya intelektual yang tinggi, sahsiah/akhlak baik
yang berupaya mempengaruhi minda pelajar melalui nasihat,
From Zero to Hero dianggap sebagai “role model” yang mempunyai kelayakan
motivasi, teguran dan pantauan.
Syarahan
Pengamal
bidang tumpuan dengan melantik pelajar sebagai AJK dan
Industri & Badan • Pengurusan melibatkan sumber manusia untuk menjayakan
dipantau oleh RP dan pihak HEP FPN.
Profesional
• Pengurusan mengoptimakan kepakaran dan pengalaman
sumber manusia bagi menjayakan bidang tumpuan dengan
mengikut bidang kepakaran penceramah luar yang dilantik.
Mentor Mentee • Penglibatan pelajar cemerlang sebagai mentor dan pelajar
yang memerlukan bimbingan mendaftar sebagai mentee.
Pensyarah sebagai penasihat persatuan pelajar akan
bertindak sebagai pemantau bagi program tersebut.
32
BIL PROJEK INISIATIF PENGLIBATAN SUMBER MANUSIA DAN PENGOPTIMAAN
UTAMA STRATEGIK KEPAKARAN
Accounting • Pihak HEP FPN serta semua penasihat persatuan pelajar
Leadership terlibat memaklumkan intipati perancangan strategik fakulti
Camp (ALC) kepada pelajar untuk direalisasikan dalam bentuk aktiviti/
inisiatif.
2. • Pensyarah terlantik sebagai penasihat persatuan pelajar
CEO in the Making
bertindak sebagai fasilitator membimbing pelajar untuk
mengemukakan aktiviti/ inisiatif yang berkesan serta
menyokong aspirasi fakulti, UiTM dan negara.
Conference • Kepimpinan Fakulti seperti Dekan dan TD HEP dilantik
UiTM
Accounting
sebagai panel sesi forum bersama kepimpinan industri dan
Firma Audit terkemuka.
Pensyarah dilantik sebagai penasihat bagi inisiatif ini serta
•
bertindak menjadi penghubung interaksi antara pelajar dan
wakil industri
• Pensyarah penasihat bertindak memantau perancangan dan
perjalanan program bagi memastikan kelancaran.
• Lantikan sebagai Fasilitator untuk Modul Destini
Kenegaraan
#JumpadiSyurga Kebajikan dan
Pelbagai
Program
3. Kerohanian, • Lantikan sebagai AJK untuk Unit Sahsiah Rupadiri Pelajar
dan Tatatertib Pelajar.
Sukarelawan • Lantikan sebagai Penasihat serta Pegawai Pengiring bagi
semua program Kerohanian seperti Ramadhan Kareem,
Pelajar
Solat hajat dan lain-lain
•
Lantikan sebagai Penasihat serta Pegawai Pengiring bagi
semua program Kebajikan dan Kesukarelawanan seperti
Helping Hands, Feed the Homeless dan lain-lain.
5.3 PENGHARGAAN DAN PENGIKTIRAFAN
FPN mengambil pendekatan dinamik dalam pengurusan sumber manusia dalam membantu
warga fakulti melakukan transformasi ke arah perkhidmatan yang cemerlang. Sehubungan itu,
pengurusan prestasi, pengiktirafan dan ganjaran dalam pengurusan sumber manusia terus
dilaksanakan untuk memotivasikan warga fakulti. Ini mampu mempamerkan prestasi staf yang
tinggi dengan mewujudkan ekspektasi terhadap penilaian keberhasilan, penetapan akauntabiliti,
penyediaan ganjaran dan pengiktirafan. Matlamat ini hanya boleh dicapai sekiranya ganjaran
dan penghargaan diberi kepada pencapaian prestasi yang sejajar dengan pencapaian visi dan
misi FPN. Berikut merupakan antara penghargaan dan pengiktirafan yang diberikan FPN
kepada sumber manusia.
a) Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) adalah
penghargaan berbentuk ganjaran, pengiktirafan dan
pujian kepada individu yang mempamerkan prestasi
cemerlang pada setiap tahun.
b) Melalui Kelab Kebajikan dan Informasi Fakulti
Perakaunan, FPN menganjurkan program sambutan hari lahir staf, persaraan staf,
perpindahan staf, dan menziarahi rumah anak yatim dan miskin di sekitar Puncak Alam dan
33
Klang. Selain itu, fakulti juga menganjurkan sambutan Hari Raya peringkat FPN bagi
mengeratkan silaturrahim sesama staf.
c) FPN turut memberi ucapan penghargaan melalui emel bagi setiap kejayaan yang dicapai
oleh Bahagian Hal Ehwal Pelajar. Sebagai contoh, emel penghargaan diberikan bagi
mengiktiraf pencapaian cemerlang kontinjen fakulti sebanyak 30 pingat dalam pertandingan
IIDEX 2017.
d) Dengan semangat kerjasama dan komitmen yang tinggi oleh
semua warga FPN berjaya menjuarai AKNC bagi kategori P&P
semasa majlis Bulan Inovasi 2017.
e) E-mel ucapan persaraan, perpindahan dan sambutan hari lahir
dihantar kepada individu terlibat dan untuk makluman warga
fakulti.
5.4 PENAMBAHBAIKAN PERSEKITARAN DAN SISTEM KERJA
FPN menekankan persekitaran dan sistem kerja yang kondusif bagi
membantu proses pembangunan pelajar. Suasana pembelajaran
yang selesa secara tidak langsung membantu kelancaran tugas di
fakulti, di samping meningkatkan lagi semangat untuk bekerja dan
belajar dikalangan staf dan pelajar, memupuk tingkah laku yang
positif dan mengeratkan silaturrahim antara warga fakulti. Antara
tindakan yang diambil bagi memastikan persekitaran kerja dan
sistem kerja yang kondusif adalah:
1. Menyediakan bilik aktiviti pelajar yang luas, selesa dan berhawa dingin serta dilengkapi
dengan alatan, perabot dan kelengkapan yang mencukupi. Bilik ini diberi nama Ind-E-Zone
(Industry Engagement Zone) dan merupakan sumbangan daripada pihak Talent Corporation
Malaysia Berhad khas untuk Fakulti Perakaunan, UiTM Kampus Puncak Alam.
2. Bagi menjamin kualiti pelajar, bilik kuliah dilengkapi dengan alat bantuan mengajar seperti
LCD, papan putih, komputer, meja, kerusi dan penghawa dingin.
Tong sampah yang mencukupi juga disediakan bagi menjamin
kebersihan persekitaran kerja.
3. Menganjurkan aktiviti 5S dan gotong royong setiap 6 bulan sekali
bagi memastikan kebersihan dan keceriaan ruang.
4. Menganjurkan program Zumba yang melibatkan semua staf bagi
menjamin hubungan baik antara staf pentadbiran dan staf
akademik di UiTM Kampus Puncak Alam pada 25 Ogos 2017.
34
5. Menggalakkan staf FPN mengikuti latihan dan konferensi bagi
meningkatkan ilmu dan kepakaran dalam bidang masing-masing.
Pemahaman yang baik dapat meningkatkan prestasi kerja.
6. Mengadakan kerjasama dengan pihak Akademi Pengajian Islam
Kontemporari (ACIS) melalui Program Cinta Ilmu (ProCIL) dan
Santai Pagi bersama Kaunselor pada setiap pagi Jumaat secara
berselang seli bagi memantapkan pengisian kerohanian dan
pemikiran kreatif di kalangan staf fakulti.
7. Mengadakan kerjasama dengan pihak ACCA (UK), CIMA (UK), dan CPA (Australia) untuk
membiayai yuran pengajian bagi staf akademik yang mahu mengambil peperiksaan program
Profesional Perakaunan ACCA (UK), CIMA (UK), dan CPA (Australia).
5.5 PENGURUSAN RISIKO
Risiko utama yang boleh menjejaskan pencapaian objektif strategik yang dirancang adalah
kegagalan perlaksanaan aktiviti/ inisiatif dengan berkesan akibat daripada ketidaklibatan
pensyarah yang dilantik dan aktiviti tidak mendapat sambutan dari pensyarah. Untuk mengatasi
isu ini, pihak HEP FPN bertindak untuk memantau penglibatan sumber manusia yang telah
dilantik sebagai penasihat dan pengiring dengan menyertai sama aktiviti yang dijalankan di
samping menemubual pelajar yang terlibat. Tindakan akan dikenakan sekiranya terbukti
ketidaklibatan secara sengaja dengan mengenakan penalti pada skor SKT pensyarah
berkenaan (Rujuk Jadual 5.2). Selain itu, untuk memastikan sambutan menggalakkan dari
pensyarah untuk menyertai aktiviti pelajar, promosi melalui email dijalankan untuk menjemput
mereka yang berminat. Penglibatan dalam aktiviti pelajar juga dimasukkan dalam pengiraan
SKT dan kenaikan pangkat.
Jadual 5.2: Jenis Risiko Dan Pelan Tindakan Bagi Sumber Manusia
35
5.6 AMALAN DAN PEMBUDAYAAN SISTEM KERJA
Amalan atau pembudayaan yang dihasilkan daripada proses pengurusan sumber manusia
adalah melalui mengamalkan gaya hidup sihat dengan menganjurkan aktiviti
senamrobik/Zumba/5S pada setiap tahun. Semua staf FPN adalah dijemput menyertai
senamrobik/Zumba tersebut. Pada tahun 2017, FPN telah menganjurkan Program Zumba
Merdeka dengan kerjasama Fakulti Pengurusan Perniagaan. Ini adalah bagi mengeratkan
silaturrahim anatara kedua-dua fakulti yang pejabatnya bersebelahan.
Program seumpama ini penting bagi membudayakan cara hidup sihat dalam kehidupan
seharian bagi menjamin mutu kerja dan tahap keupayaan yang maksimum untuk menghasilkan
produktiviti yang baik. Selain itu, ia merupakan inisiatif bagi menerapkan budaya gaya hidup
sihat dalam kalangan warga fakulti. Dengan penganjuran program kesihatan seperti ini, ia
adalah antara cara menggalakkan komunikasi secara langsung di kalangan pihak pengurusan
fakulti bersama-sama warga kerja fakulti.
Manakala program 5S adalah asas peningkatan kualiti dan produktiviti yang berkesan kerana ia
membantu fakulti:
a) Mewujudkan persekitaran tempat kerja yang berkualiti dan produktif;
b) Hasil kebersihan, kekemasan dan keselamatan yang nyata;
c) Lebih banyak idea kreatif dan inovatif diketengahkan oleh staf fakulti untuk penyelesaian
masalah dan penambahbaikan;
d) Semua pekerja akan lebih berdisiplin dan beretika untuk menghasilkan prestasi kerja
yang lebih baik;
e) Operasi di tempat kerja lebih senang, pantas dan selamat;
f) Membina budaya kerja dan nilai bersama yang cemerlang; dan
g) Menjadi kebanggaan semua pekerja dan meningkatkan imej fakulti.
5.7 INOVASI PENGURUSAN SUMBER MANUSIA
Antara inovasi yang terhasil dari pelaksanaan proses pengurusan sumber manusia adalah
penstrukturan Carta Organisasi BHEP iaitu dengan mewujudkan 2 jawatankuasa baru iaitu
Jawatankuasa Tatatertib dan Jawatankuasa Sahsiah Rupa Diri Pelajar.
Jawatankuasa ini dianggotai oleh staf fakulti. Jawatankuasa Tatatertib Pelajar (HEP)
diwujudkan pada 15 April 2016 dan dilantik oleh Naib Canselor UiTM. Jawatankuasa ini boleh
mengambil tindakan terhadap kes-kes yang berkaitan dengan:
• Ketidakhadiran Program – Program fakulti
• Kesalahan berkaitan rokok
Manakala, Jawatankuasa Sahsiah Rupa Diri Pelajar boleh mengambil tindakan dan memberi
teguran secara terus kepada pelajar, menganjurkan Ops Sikap Sahsiah Rupadiri Pelajar dan
juga mengeluarkan saman kepada pelajar yang tidak mematuhi sahsiah rupadiri pelajar.
Penubuhan jawatankuasa ini memberi kesan positif iaitu ketidakhadiran pelajar ke Porgram
program wajib pelajar fakulti telah berkurangan dan pelajar lebih mematuhi sahsiah rupa diri
pelajar.
36
TUMPUAN KEPADA OPERASI
6.1 PENGENALAN
FPN sentiasa komited dalam memastikan operasi Pengurusan Dan Pembangunan Pelajar
(PPP) berada pada tahap yang tinggi selaras dengan objektif fakulti bagi untuk melahirkan
modal insan yang lebih holistik, berkepimpinan, cemerlang akademik dan rohani. Oleh itu,
FPN sentiasa memastikan operasi PPP dirancang dengan baik agar pelaksanaan dapat
dijalankan secara berstruktur, teliti, efektif dan sistematik. Pemantauan pelaksanaan secara
berkala dan berterusan dibuat bagi memastikan keberkesanan tiga fokus utama PPP iaitu
Pembangunan Intelektual Pelajar, Pembangunan Kepimpinan Pelajar dan Pembangunan
Rohani Dan Kebajikan Pelajar.
6.2 PROSES UTAMA MENYOKONG PELAKSANAAN OBJEKTIF STRATEGIK
Proses utama yang terlibat dalam operasi PPP adalah proses penganjuran aktiviti pelajar.
Proses ini diwujudkan dalam memastikan kecekapan dan keberkesanan PPP berada pada
tahap yang tinggi bagi melahirkan modal insan yang holistik, berkepimpinan, cemerlang
akademik dan rohani serta kelestarian pencapaian objektif strategik. Proses ini digunapakai
di dalam setiap perlaksanaan inisiatif stategik bagi mencapai objektif strategik yang
ditetapkan. Berdasarkan kepada carta alir proses penganjuran aktiviti pelajar (Rujuk Lampiran
6.1) terdapat tiga proses utama di dalam proses penganjuran aktiviti pelajar iaitu proses
meluluskan kertas kerja, melaksanakan program dan menyediakan laporan perlaksanaan
program. Bagi memastikan kecekapan proses ini, KPI telah ditetapkan seperti di rajah berikut:
MELULUSKAN KERTAS MENJALANKAN PROGRAM MENYEDIAKAN LAPORAN
KERJA
KPI: KPI: KPI:
Menerima Kertas kerja Kehadiran pelajar 100% Laporan dihantar dalam masa 2
lengkap Tidak bertindih dengan waktu minggu selepas program
Kelulusan dalam tempoh 1 kelas/ujian Laporan mestilah lengkap beserta
borang kepuasan hati pelanggan
minggu
Bagi menjamin keberhasilan KPI proses diatas beberapa mekanisma diwujudkan seperti
garispanduan penyediaan kertas kerja, borang persiapan program dan edaran pekeliling yang
dikuatkuasakan universiti.
Mekanisma tersebut telah membantu kecekapan operasi PPP dan seterusnya dapat
menghasilkan output seperti perkongsian yang bermanfaat kepada pelajar dan penyediaan
resume yang baik.
37
MODEL PDCA DAN PENAMBAHBAIKAN BERTERUSAN INISIATIF UTAMA
Berikut ialah model Plan, Do, Check, Action (PDCA) bagi proses utama PPP bagi beberapa
inisiatif utama dalam menjalankan aktiviti pelajar. Terdapat banyak inisiatif yang dijalankan
dalam satu projek utama, namun kami hanya memilih beberapa inisiatif sahaja bagi
menzahirkan pelaksanaan model PDCA.
Kami memilih inisiatif IRC dan GOT-P bagi fokus utama Pembangunan Intelektual (Zero to
Hero), inisiatif Finishing School dan APAcS Star bagi fokus utama Pembangunan Kepimpinan
Pelajar (CEO in the Making), dan inisiatif Jejak Asnaf dan Solat Hajat Perdana bagi fokus
utama Pembangunan Rohani dan Kebajikan Pelajar (#Jumpa di Syurga).
1. Pembangunan Intelektual (Zero to Hero)
Inisiatif : GOT-Q (Graduate on Time with Quality)
Program GOT-Q merupakan salah satu inisiatif di bawah program Zero to Hero yang dibuat
bagi menyahut seruan dan amanat Yang Berbahagia Dato’ Naib Canselor pada 18 Februari
2016 yang telah menetapkan sasaran GOT 90% bagi program Diploma dan Sarjana Muda
sebagai KPI untuk dicapai oleh Fakulti. Program GOT-Q memfokuskan kepada pencapaian
pelajar melepasi sasaran GPA > 3.00 pada semester semasa secara konsisten. Pencapaian
GPA > 3.00 secara konsisten ini diyakini dapat melonjakkan pencapaian para pelajar
memperolehi CGPA > 3.00 apabila bergraduat kelak. Kumpulan sasaran untuk program ini
adalah para pelajar bahagian 2-6 yang mendapat GPA < 3.00 pada peperiksaan semester
semasa.
Gambarajah 6.1: Model PDCA Inisiatif GOT-Q
Inisiatif : IRC (Intensive Revision Course)
IRC merupakan satu inisiatif strategik yang dijalankan bagi kursus yang mempunyai
kegagalan yang tinggi melebihi 25%. Program IRC ini akan dikendalikan oleh pensyarah
berpengalaman selama satu hari secara intensif. Pelajar yang terlibat adalah semua pelajar
yang mengambil kursus tersebut. Beberapa program IRC mengikut kursus tertentu telah
dijalankan dan hasilnya sangat memberangsangkan di mana peratusan kegagalan untuk
kursus terlibat dapat dikurangkan secara signifikan.
38
Gambarajah 6.2: Model PDCA Inisiatif Intensive Revision Course
2. Pembangunan Kepimpinan Pelajar (CEO in the Making)
Inisiatif : APAcS STAR
APAcS Star diwujudkan dengan tujuan untuk menangani semua sifat penting sebagai pelajar
program profesional perakaunan melalui acara dan aktiviti yang dijalankan sepanjang tahun.
Fokus keutamaan adalah melibatkan aktiviti-aktiviti yang bersesuaian dalam menyediakan
pelajar program profesional untuk menghadapi bidang pekerjaan sebenar. Tiga(3) bidang
tumpuan pembangunan sifat yang difokuskan adalah kemahiran berkomukasi, kemahiran
berfikir secara kritikal serta kepimpinan.
Gambarajah 6.3: Model PDCA Inisiatif APAcS Star
39
Inisiatif : Finishing School
Finishing School merupakan inisiatif strategik yang dikendalikan pada setiap semester bagi
bertujuan mempersiapkan pelajar peringkat Ijazah Sarjana Muda dengan dunia kerjaya di
masa akan datang. Fokus program ini adalah kepada pelajar semester akhir yang bakal
menamatkan pengajian dan akan bergraduat.
Gambarajah 6.4: Model PDCA Inisiatif Finishing School
3. Pembangunan Rohani dan Kebajikan Pelajar (#Jumpa di Syurga)
Inisiatif : SOLAT HAJAT PERDANA
Majlis yang menjadi acara wajib diadakan pada setiap semester oleh Persatuan Pelajar
Perakaunan Profesional (APAcS). Matlamatnya adalah untuk menekankan persediaan rohani
di kalangan pelajar untuk peperiksaan yang akan datang. Acara tersebut turut bertujuan
menegaskan pentingnya pembangunan seimbang dalam perspektif rohani dan akademik,
untuk menggalakkan peringatan terhadap Pencipta, untuk memupuk hubungan baik di
kalangan pelajar dan pensyarah dalam program perakaunan profesional dan menanamkan
sikap wajib terhadap agama dan mengamalkan ajaran Islam dalam kehidupan.
Gambarajah 6.5: Model PDCA Inisiatif Solat Hajat Perdana
40
Inisiatif : JEJAK ASNAF
Program ini bertujuan bagi membantu asnaf yang dikenalpasti dan melakukakan aktivti
kemasyarakatan besama-sama masyarakat setempat. Ianya dapat menyemai sikap tolong
menolong dan prihatin terhadap golongan yang memerlukan bantuan serta perhatian
Gambarajah 6.6: Model PDCA Inisiatif Jejak Asnaf
6.3 PEMANTAUAN DAN PENAMBAHBAIKAN PROSES UTAMA
Mekanisma pemantauan
• Kertas Kerja bagi setiap aktiviti disemak oleh penasihat persatuan pelajar bagi
memastikan segala butiran dalam permohonan penganjuran aktiviti pelajar
dilengkapkan
• Penggunaan senarai semak penganjuran program untuk memastikan program yang
dijalankan selari dengan petunjuk prestasi fakulti
• Menyemak keberkesanan program (kehadiran pelajar, prestasi penceramah, isi
kandungan program) yang lepas sebelum meluluskan program yang akan dating
41
6.4 RISIKO DAN PELAN TINDAKAN
Jadual 6.1: Jenis Risiko dan Pelan Tindakan bagi Operasi
6.5 AMALAN DAN PEMBUDAYAAN
• Go Digital
Era pendigitalan telah membawa perubahan yang besar terhadap bagaimana sesuatu operasi
itu memainkan peranannya. Dengan adanya pelbagai platform media sosial, semua hebahan
FPN kepada warga Fakulti sama ada pelajar dan pensyarah serta staf sokongan dapat
disampaikan dengan lebih mudah. Sebarang pengumuman dapat disampaikan menggunakan
aplikasi WhatsApp. Hebahan berita Fakulti juga dapat dilihat menerusi Facebook, Instagram
dan juga laman web rasmi Fakulti. Selain itu, segala bentuk promosi dan hebahan program
dapat juga dilakukan melalui e-banner sekaligus meminimakan kos percetakan yang
kemungkinan memakan belanja yang besar.
42
6.6 INOVASI PENGURUSAN OPERASI
• Checklist Do-It-Right BHEP
Dalam memastikan kelancaran perjalanan aktiviti
pelajar BHEP telah mewujudkan senarai semak iaitu
Checklist Do-It-Right BHEP. Senarai semak ini
digunapakai bagi program pelajar yang dijalankan di
Fakulti bagi memastikan kelancaran aktiviti bermula dari
permohonan aktiviti sehingga laporan dibuat selepas
aktiviti tamat dijalankan. Senarai semak ini memberi
gambaran penuh dan panduan kepada pelajar
terutamanya dalam menjalankan sebarang aktiviti bagi
memastikan kelancarannya. Senarai semak ini
diwujudkan berikutan senarai semak sedia ada oleh
pihak Bahagian Hal Ehwal Pelajar, UiTM hanya
memfokuskan kepada senarai semak dokumen yang
perlu ada sahaja tanpa mengambilkira faktor lain dalam
menjalankan aktivti.
• Digital Pre-Registration
Inovasi ini diwujudkan bagi mendapatkan maklumbalas atau respon daripada pelajar sebelum
mencadangkan sesuatu program bagi mendapat anggaran kehadiran. Maklumat daripada
inovasi ini membolehkan pelajar membuat permohonan peruntukan yang lebih tepat dan
menjamin kehadiran bagi
sebarang aktiviti dan
dapat mengelakkan
pembaziran. Inovasi ini
diwujudkan bagi
mengatasi kelemahan
sistem Easy Access
Attendance Management
System (EAMS) yang
digunapakai bagi
mendapatkan kehadiran
secara real time bagi
sebarang program yang
melibatkan pelajar. EAMS
ini biasa digunakan di
seluruh Fakulti dengan
hanya mengimbas kad pelajar dan hanya boleh mendapatkan kehadiran pada hari program
dan bukan sebelumnya.
43
• e – BPLKFS-HEP(PKK)/10
Inovasi ini adalah penambahbaikan daripada borang BPLKFS-HEP(PKK)/10 dimana borang
ini bertujuan bagi mendapatkan maklumbalas bagi modul Finishing School. Borang ini adalah
satu keperluan bagi BHEP peringkat UiTM. Data daripada borang ini akan dipindah ke sistem
analisa HEP bagi mendapatkan maklumbalas keberkesanan sesuatu porgram. Namun
kesukaran yang dihadapi oleh BHEP Fakulti di mana data terpaksa dimasukkan satu persatu
kedalam sistem dan ini
memakan masa dan tenaga
kerja. Oleh itu Fakulti telah
menghasilkan inovasi e –
BPLKFS-HEP(PKK)/10 di mana
pelajar hanya perlu mengisi
maklumbalas secara atas talian
dan memudahkan BHEP Fakulti
memindah dan menyusun data
yang diperlukan oleh pihak
BHEP. Ini dapat menjimatkan
penggunakan kos pencetakan,
tenaga kerja dan masa.
44
HASIL
7.1 PENGENALAN
Agenda perancangan strategik 2016-2020 antaranya menetapkan fokus keutamaan kepada tiga
aspek pengurusan dan pembangunan pelajar iaitu intelektual, kepimpinan, kerohanian dan
kebajikan. Objektif strategik yang ditetapkan berjaya dicapai melalui pelbagai inisiatif tiga
projek utama iaitu Zero to Hero, CEO in the Making dan #jumpadisyurga. Hasil perlaksanaan
objektif dan inisiatif strategik ini menjadikan FPN terus unggul sebagai peneraju utama dalam
pendidikan perakaunan selaras dengan slogan FPN “Leader in Accounting Education”.
7.2 HASIL DARI PELAKSANAAN STRATEGI
7.2.1 Hasil pelaksanaan objektif dan inisiatif strategik
Melalui pelaksanaan pelbagai inisiatif strategik di bawah tiga projek utama, lima objektif
strategik bagi bidang tumpuan pembangunan dan pengurusan pelajar seperti di dalam
Gambarajah 2.1 telah berjaya dicapai dengan jayanya.
Keberkesanan OS7 dan OS10 berjaya dicapai melalui hasil berikut:
1. Penganugerahan ‘Prize Winner’
Perlaksanaan inisiatif strategik di bawah projek Zero to Hero seperti GOT-Q, Intensive Revision
Course (IRC), Exam Technique, Transform to Excel, Fun to PRO serta Advisor Day telah
menghasilkan pelajar yang mendapat penganugerahan berprestij tinggi iaitu ‘Prize Winner’ bagi
program profesional. Penganugerahan ini diberikan oleh badan profesional antarabangsa iaitu
ACCA kepada pelajar yang memperolehi skor 85% dan ke atas di dalam peperiksaan akhir.
Kejayaan pelajar FPN bukan sahaja di peringkat nasional tetapi diiktiraf di peringkat dunia. FPN
meletakkan sasaran sekurang kurangnya dua orang pelajar profesional memperoleh
penganugerahan prize winner pada setiap tahun. Pada tahun 2016, pelajar FPN telah berjaya
mendapat tempat pertama di Malaysia, mengalahkan kolej dan universiti di Malaysia dan
keenam dunia. Pada tahun 2017, sekali lagi 2 orang pelajar bagi paper F2 dan MCS berjaya
meraih tempat pertama di Malaysia, sekaligus mencapai sasaran KPI yang ditetapkan iaitu
seramai 2 orang. Jadual 7.1 mempamerkan senarai prize winner semenjak tahun 2009 yang
menjadi kebanggaan FPN.
Jadual 7.1: Senarai Prize Winner FPN bagi Program Profesional
NAMA AWARDS PERINGKAT PEPERIKSAAN
Syuqry Sheikh Ismail CIMA Star Award Graduan Terbaik CIMA 2015
Nurul Nabilah Abdul Jalil P2 Pertama Msia, Jun 2016
Keenam Dunia
Faris Nazmi Bin Shafi’i F2 Pertama Msia 2017
Muhammad Imran Azim Bin Azman MCS Pertama Msia 2017
45
Gambarajah 7.1 memaparkan jumlah anugerah yang 3
diterima pelajar dari 2015 ke 2017. Peningkatan sebanyak 2
100% dapat disaksikan dengan 2 orang pelajar telah 2
berjaya meraih anugerah ‘Prize Winner’ pada tahun 2017 1 1
berbanding seorang di tahun sebelumnya. Pencapaian 1
tersebut telah menempa nama FPN dan UiTM dikalangan
pihak pemegang taruh. Ianya memperakukan kualiti 0 2015 2016 2017
pelajar FPN yang bertaraf dunia seterusnya membantu
meningkatkan kadar kebolehpasaran graduan FPN. Gambarajah 7.1: Jumlah Anugerah
Prize Winner bagi 2015-2017
2. Perakuan Platinum Status
Inisiatif strategik Zero to Hero telah membantu FPN mengekalkan status ‘Platinum Approved
Learning Partner’ oleh ACCA yang diperolehi bermula dari Jun 2010. UiTM merupakan satu-
satunya universiti awam di Malaysia yang diberi status tersebut. Untuk mendapatkan status
‘Platinum’, sesebuah institusi perlu menepati sasaran yang ditetapkan oleh ACCA iaitu
antaranya melepasi pencapaian 75% kadar kelulusan dunia untuk enam (6) peperiksaan. FPN
secara konsisten telah berjaya menepati sasaran tersebut dan mengekalkan status berprestij ini
hingga sekarang. Perakuan ini telah mengharumkan dan meletakkan FPN dan UiTM di peta
dunia yang akan menaikkan reputasi akademik FPN.
Pengiktirafan tersebut membuka peluang FPN untuk bekerjasama dengan institusi lain dalam
mencapai inspirasi negara untuk meningkatkan jumlah akauntan
bumiputra seterusnya dapat mensasar ‘feeder’ yang dikehendaki untuk
program profesional di FPN. Sebagai contoh, pada tahun 2017, pihak
Matrikulasi telah bersetuju untuk menawarkan Jurusan Perakaunan
Profesional bermula Jun 2018, di mana pelajarnya akan melanjutkan
pengajian ACCA di FPN di tahun berikutnya. Hasil tersebut membantu
FPN untuk mencapai sasaran KPI enrolmen universiti sebanyak 4500
di tahun 2020.
Keberkesanan OS8 yang menumpukan kepada jaringan industri dapat diukur berdasarkan
kepada pencapaian berikut:
1. Pencapaian QS Ranking
FPN merupakan fakulti yang pertama berjaya meraih kedudukan di dalam QS Ranking diantara
26 fakulti dan pusat akademik di UiTM. QS Ranking tersebut adalah by subject, Accounting &
Finance dan masih mengekalkan kejayaan ini di QS Ranking pada tempat ke 151-200, untuk
tiga tahun berturut turut. Diperingkat kebangsaan, FPN mengikut subjek Accounting & Finance
berada di kumpulan kedua selepas UM, UKM dan UPM bagi tahun 2015, dan masih kekal di
kumpulan kedua selepas UM bagi tahun 2016 dan 2017 seperti gambarajah 7.2. Walaupun
kedudukan ini konsisten, FPN tetap komited untuk melonjakkan kedudukannya ke sasaran
tangga ke 100. Usaha ini terserlah di mana ia sekarang berada di aras yang sama dengan IPTA
tersohor di Malaysia seperti UKM dan UPM, selain UM.
2015 101-150 2016 101-150 2017 101-150
• UM • UM • UM
• UKM • UPM
• UPM 151-200
151-200
151-200 • UKM
• UKM • UPM
• UITM • UITM • UITM
• UUM • UUM • UUM
46
Gambarajah 7.2: QS Ranking Tahun 2015-2017
Manakala QS Ranking by Subject, Accounting & Finance under Employer Reputation
menunjukkan UiTM berada dikedudukan ke empat dengan skor 72.7 pada tahun 2017 seperti
gambarajah 7.3. Ini menunjukkan reputasi FPN dalam menghasilkan graduan yang menepati
hasrat majikan tidak kurang hebatnya berbanding dengan IPTA lain.
UM UKM UPM UiTM UUM
81.2 73.8 73.9 72.7 65.9
Gambarajah 7.3: QS Ranking Employer Reputation Tahun 2017
2. Perkongsian Pengalaman dengan Pengamal Industri dan Badan Profesional
Bagi mendedahkan pelajar kepada keperluan industri, FPN
menjemput pengamal industri dan badan profesional bagi sesi
perkongsian bersama pelajar, pelantikan sebagai panel
penemuduga dan penganjur program secara bersama. Penglibatan
aktif pihak tersebut membantu bakal graduan meneroka secara
mendalam peluang yang ada diluar sana selain membantu
meningkatkan motivasi dan ilmu perakaunan. Jadual 7.2
menunjukkan antara program bersama industri sepanjang tahun
2017. Untuk memastikan perkongsian bersama pelajar
direalisasikan, FPN telah menetapkan sasaran sekurang-kurangnya
300 mahasiswa terlibat dengan program kolaborasi bersama
industri setahun dan berjaya melangkaui sasaran tersebut melebihi
1000 mahasiswa pada 2017.
Jadual 7.2: Senarai Perkongsian Pengalaman dengan Pengamal Industri dan Badan Profesional
PROGRAM BILANGAN PESERTA TARIKH
MIA Talk 90 Feb 2017
Writing CV and Success in Interview with ACCA 100 Mac 2017
Meet and Greet the Industry Players 40 Mac 2017
Profesional Talk with ACCA 200 Mac 2017
Profesional Talk with CIMA 310 Apr 2017
Meet and Greet the Industry Players 40 Apr 2017
MICPA CAANZ & Sponsorship Talk 200 Apr 2017
Profesional Talk on Fraudulent Reporting 100 Mei 2017
Deloitte Industrial Talk 100 Sept 2017
APACS PwC Day Preview by PwC 60 Sept 2017
APACS KPMG Talk 90 Ogos 2017
Writing CV and Success in Interview with ACCA 100 Ogos 2017
ACCA Talk 100 Ogos 2017
Deloitte Tax Challenge Talk 100 Okt 2017
Profesional Talk with PwC 200 Okt 2017
Discover your Future Program with CPA Australia 150 Okt 2017
Discover your Future Program with MICPA 200 Okt 2017
Increase Your Financial IQ with AKPK 325 Nov 2017
PwC Focus Group Session 12 Nov 2017
KPMG Youth Business Idea Challenge 100 Nov 2017
Career Talk by BDO and KPMG 339 Nov 2017
47
PROGRAM BILANGAN PESERTA TARIKH
Taklimat “The Islamic Banker Program by Bank Rakyat” 200 Dis 2017
Taklimat CIMA – KPMG Advisory Scholarship 200 Dis 2017
Gambarajah 7.4 menunjukkan tren
pengendalian aktiviti perkongsian ilmu 40
bersama pihak industri dan badan 20 24 35 39
profesional di mana terdapat peningkatan
di dalam penganjuran program dari tahun 0
2015 hingga 2017. Sesi perkongsian ini 2015 2016 2017
membantu melengkapkan diri pelajar Gambarajah 7.4: Tren Sesi Perkongsian Pengalaman
dengan pelbagai kemahiran yang Bersama Pengamal Industri dan Badan Profesional
merangkumi kemahiran akademik serta
kemahiran insaniah dalam usaha memastikan kebolehpasaran pelajar selepas bergelar
graduan UiTM.
Keberkesanan OS9 yang menumpukan kepada kepimpinan pelajar adalah terzahir melalui
pencapaian berikut:
1) Anugerah Pengiktirafan Kecemerlangan Pelajar
Pelajar FPN telah mendapat pengiktirafan dari pelbagai institusi dan badan profesional seperti
ACCA, CPA Malaysia (MICPA), dan Malaysian Institute of Accountants (MIA) diatas
kecemerlangan akademik mereka. Bagi tujuan penganugerahan, kriteria kepimpinan
merupakan di antara aspek penjurian yang diambil kira. Sebagai contoh, beberapa mantan
pemimpin pelajar FPN telah berjaya memperoleh anugerah cemerlang seperti dalam Jadual
7.3. Melalui Jadual 7.3 juga, anugerah cemerlang yang diperolehi oleh mantan pemimpin
pelajar FPN seperti Farah Adibah binti Karim dan Mohd A’sim Solahuddin adalah anugerah
terbaik yang diterima di kalangan pelajar jurusan perakaunan di Malaysia. Lain-lain kejayaan
yang telah diraih oleh pelajar/graduan FPN adalah seperti di Lampiran 7.1. Kejayaan
kecemerlangan pemimpin pelajar ini membuktikan mereka telah dibentuk supaya bersifat
holistik dan sejajar dengan sasaran FPN untuk memastikan mereka mampu mendapat
penganugerahan kecemerlangan.
Jadual 7.3: Penerima Anugerah Cemerlang Di Kalangan Pemimpin Pelajar
Tahun Nama Pelajar Pencapaian
2017 Alizahton Hainee • Anugerah Graduan Terbaik AC220
binti Abas • Anugerah Terbaik Fakulti Perakaunan
• Anugerah Ikon Fakulti 2.0
• Tajaan Biasiswa oleh Peneraju untuk melanjutkan
pelajaran ke peringkat ACCA
Farah Adibah Anugerah Pelajar Perakaunan Terbaik oleh Malaysian
binti Karim Institute of Accountants (MIA)
Ahmad Azwan Arif Anugerah Naib Canselor Program CAT & ACCA
bin Zainal
Muhamad Syahiid • Best Mentor FPN
bin Mohd Yusoff • Tajaan biasiswa oleh MICPA untuk melanjutkan
pelajaran ke program profesional MICPA
Ismail Hakim bin • Anugerah Naib Canselor Program CAT & ACCA
Abd Hafi • APAcS Star Graduate Award
2016 Ismail Hakim bin APAcS Star Graduate Award
Abd Hafi
Mohd A’sim Anugerah Pelajar Perakaunan Terbaik oleh Malaysian
48
Solahuddin Institute of Accountants (MIA)
Syed Mohammad • UiTM Highest Mark Achiever for F1 Financial Operation
Farhad bin Syed • UiTM Highest Mark Achiever for P1 Performance
Naseem Operation
Muhamad Syahiid Best Mentor FPN
bin Mohd Yusoff
2015 Ismail Hakim bin UiTM Highest Mark Achiever for F6 Taxation
Abd Hafi
2) Skor Kepimpinan dalam Kemahiran Insaniah
Pembangunan kemahiran insaniah (KI) merupakan elemen penting yang harus diberi
penekanan agar graduan tersebut dapat berperanan dengan lebih efektif kepada masyarakat
dan negara. Aspek kepimpinan merupakan salah satu elemen yang dititikberatkan dalam
penilaian KI.
Purata skor kemahiran insaniah ICGPA
Purata skor kemahiran insaniah ICGPA bagi tahun 2017 menunjukkan 2 elemen utama yang
mencatatkan skor tertinggi iaitu LO6 Etika dan Moral Profesional (3.76) dan LO9 Kemahiran
Kepimpinan (3.77). Pencapaian ini adalah hasil daripada penglibatan aktif pelajar di dalam
program anjuran FPN contohnya seramai 30 orang pelajar FPN telah terpilih menerima Latihan
Kepimpinan Profesional Khas yang mana ianya merupakan program kerjasama antara
TNCHEP, Pengarah Pembangunan Pelajar, Institut Kepimpinan Pelajar dan FPN. Nilai etika
dan moral profesional seorang pemimpin amat penting bagi meningkatkan integriti dan
ketelusan perkhidmatan yang ditawarkan oleh profesion perakaunan. Selain itu, prestasi ini
berjaya digarap melalui penglibatan pelajar dalam projek berimpak tinggi yang mana FPN telah
menetapkan sasaran sekurang-kurangnya 30 projek dijalankan setahun dan menepatinya.
3) Bilangan Pemimpin
3.43 2.44 3.69 3.74 3.76 3.94 3.72 3.33 4.00 Pelajar Berprestasi Tinggi
3.33
3.37
3.36
3.19
2.20 2.44 2.68 3.76 2.55 2.67 3.77 Pencapaian akademik
2.77 3.53 3.15 3.44 3.45 3.19 2.93
pemimpin pelajar amat penting
LO1 LO2 LO3 LO4 LO5 LO6 LO7 LO8 LO9 kerana mereka menjadi contoh
Mean Min Max tauladan kepada pelajar yang
lain. Jadual di bawah
LO1 – Kemahiran Menguasai Ilmu dan Membuat Keputusan; LO2 – Kemahiran menunjukkan kadar peratusan
Aplikasi Pengetahuan; LO3 – Kemahiran Pemikiran kritis dan Menyelesaikan GOT di kalangan pemimpin
Masalah; LO4 – Kemahiran Komunikasi; LO5 – Kemahiran Kerja Berpasukan;
LO6 – Etika dan Moral Professional; LO7 – Kemahiran Pembelajaran Berterusan pelajar bagi tahun 2015
dan Pengurusan Maklumat; LO8 – Kemahiran Keusahwanan; LO9 – Kemahiran sehingga 2017. Ini
Kepimpinan membuktikan bahawa
Gambarajah 7.5: Purata Skor Kemahiran Insaniah iCGPA pemimpin pelajar berjaya
menamatkan pelajaran dalam
tempoh yang telah ditetapkan.
Ianya memperlihatkan kecekapan pemimpin pelajar menunaikan tanggunggjawab tanpa
menghalang mereka untuk kekal fokus di dalam aktiviti pembelajaran.
49
Jadual 7.4: Pencapaian Akademik Pemimpin Pelajar
Tahun Peratusan GOT Peratusan PNGK
3.5-4.0 3.0-3.49 2.5-2.99
2015 89.74 11.43 62.86 25.71
2016 92 7.25 63.77 28.99
2017 100 0 75 25
Selain GOT, prestasi akademik pemimpin pelajar juga adalah sangat baik. Majoriti pemimpin
pelajar berjaya menamatkan pelajaran dengan PNGK melebihi 3.00. Manakala peratusan
pemimpin pelajar bergraduat dengan PNGK di antara 2.50 – 2.99 menurun sebanyak 3.99%
pada tahun 2017 (Rujuk Jadual 7.4 di atas). Ini menunjukkan perlaksanaan tiga projek utama
FPN telah memberikan impak positif di mana pelajar bukan sahaja mampu memimpin malah
berupaya mengurus pembelajaran dengan baik. Ciri ini penting bagi melengkapkan pelajar
sebagai graduan dambaan industri. Sasaran juga telah ditetapkan FPN untuk memastikan 110
orang pelajar yang bergelar pemimpin pada 2017 adalah berprestasi tinggi. Ia telah tercapai
apabila kesemua mereka (100%) seperti di Jadual 7.4 berjaya menamatkan pengajian secara
GOT. 62.86 75.00
% %
Keberkesanan OS11 yang memfokuskan kepada kerohanian dan insaniah dapat dilihat
daripada dua pencapaian iaitu:
1) Aktiviti Kerohanian Dan Kebajikan Pelajar
Untuk mencapai OS 11, FPN telah menganjurkan pelbagai aktiviti ‘Kerohanian dan
Kebajikan’ di bawah projek
2015 2016 2017 71% #Jumpadisyurga sepanjang 2016
hingga 2017. Sambutan yang
7 7 12 sangat menggalakkan di
kalangan pelajar dapat dilihat
daripada jumlah penyertaan
peserta yang mencapai dan
Gambarajah 7.6: Bil Aktiviti Kerohanian dan Kebajikan
melebihi sasaran yang telah
ditetapkan. Keprihatinan pelajar
dengan isu-isu kebajikan dapat membentuk mereka menjadi lebih cemerlang dalam aspek
kerohanian serta akhlak. Gambarajah 7.6 menunjukkan bilangan aktiviti kerohanian dan
kebajikan pelajar telah meningkat dari 7 aktiviti ke 12 aktiviti (71%) dari 2016 ke 2017.
Peningkatan ini berikutan kepentingan yang
3,000 2,584 2,623
2,469 ditekankan oleh fakulti untuk memastikan graduan
2,500
2,046 1,969 1,990 bukan sahaja berdaya saing, malah prihatin
2,000 dengan kesusahan dihadapi masyarakat.
1,500 Gambarajah 7.7 menunjukkan kesemua aktiviti
1,000 kerohanian dan kebajikan pelajar yang dijalankan
500 dari 2015 sehingga 2017 melebihi sasaran
penyertaan. Bilangan sasaran dan penyertaan
-
2015 2016 2017 tertinggi adalah di tahun 2016, di mana acara larian
amal telah menerima sambutan hangat dari pelajar
Gambarajah 7.7 Perbandingan Sasaran dan luar fakulti serta wakil industri.
Bilangan Sebenar Penyertaan Gambarajah
7.8 menunjukkan aktiviti program kesukarelawanan
meningkat sebanyak 100% (2 aktiviti ke 4 aktiviti) bagi
tahun 2015-2017. Ini membuktikan FPN berjaya 4
melahirkan pelajar yang bukan hanya mementingkan 2 2
50 2015 2016 2017
Gambarajah 7.8: Bilangan
Program Kesukarelawananan
prestasi akademik, tetapi juga memiliki ciri insan mulia yang
tidak memilih bangsa, agama dan keturunan.
Sebagai contoh, pada tahun 2017, program ‘Global Voluntours’
menyaksikan pelajar FPN bekerjasama dengan pelajar Prince
of Songkhla University menjayakan program
kesukarelawanan. Pelajar FPN telah menganjurkan bengkel
Sosial Ekonomi di universiti tersebut yang disertai oleh
mahasiswa mereka. Disamping pendedahan kepada isu sosial
ekonomi, pelajar dari kedua-dua universiti turut mempraktikan
skil komunikasi mereka. Aktiviti bersama anak-anak yatim
Thailand, kebudayaan, lawatan juga dilaksanakan dengan
jayanya bersama pelajar dan pensyarah Prince of Songkhla
University. Gambarajah 7.9 merakamkan satu dari aktiviti
tersebut.
Gambarajah 7.9: Program
Global Voluntours bersama
Sebagaimana aktiviti kerohanian dan kebajikan, aktiviti Prince of Songkhla
kesukarelawanan yang dianjurkan juga melebihi sasaran yang
ditetapkan bagi tahun 2015-2017 dengan
249 peningkatan ketara sebanyak 118% (130 pelajar)
antara 2016 dan 2017.
195
Selain daripada itu, peningkatan bilangan program
dan pelajar dalam aktiviti kerohanian dan kebajikan
95 107 turut dipacu sasaran ketetapan CSPI yang telah
70 80 dicapai seperti sekurang-kurangnya 7 penganjuran
program berteraskan University Community
Engagement pada tahun 2017.
2015 2016 2017 7.2.2 KEBERKESANAN PENGURUSAN RISIKO
FPN berjaya menguruskan risiko-risiko yang telah
Gambarajah 7.10 Bilangan Sasaran Dan dikenalpasti dalam mencapai objektif strategik yang
Penyertaan Program dirancang. Antaranya risiko yang berjaya diurus
Kesukarelawananan dengan jayanya adalah berkenaan kehadiran
pelajar yang kurang memuaskan. Ini disebabkan
oleh masa penganjuran program adalah di waktu rehat pelajar yang adakalanya bertindih
dengan kelas atau ujian. Bagi mengatasi isu ini, FPN mengambil langkah menghadkan program
yang dijalankan dengan cara menfokuskan kepada penganjuran program yang berimpak tinggi.
Justeru itu, jumlah program yang perlu dihadiri oleh pelajar berkurangan membolehkan pelajar
membuat perancangan masa yang lebih baik. Selain itu, FPN juga telah bersetuju untuk
menyediakan slot khas untuk penganjuran aktiviti pelajar yang menggalakkan lebih penyertaan
di kalangan pelajar. Penyertaan pelajar di dalam aktiviti anjuran FPN boleh dilihat di Jadual 7.2.
Selain itu, FPN telah berjaya menguruskan risiko kekangan peruntukan kewangan bagi
menganjurkan aktiviti. FPN telah mengambil inisiatif proaktif dengan memastikan program dapat
dijalankan dengan lancar tetapi dengan kos yang minima. Bagi menampung keperluan kos
program, FPN mendapatkan tajaan dari pihak luar antaranya pihak industri dan badan
profesional. Ini menunjukkan keberkesanan pengurusan risiko yang boleh dibuktikan menerusi
perolehan tajaan seperti yang dilaporkan di Lampiran Hasil Kewangan.
51
7.3 HASIL PROSES OPERASI
200
7.3.1 Kecekapan Proses 142 146 140
Proses pengendalian pengurusan dan 150
pembangunan pelajar adalah mengikut
prosedur penganjuran aktiviti pelajar. 100
Kecekapan bahagian BHEP dalam
menguruskan setiap proses utama dapat 50
diukur melalui kejayaan melaksanakan aktiviti 0 10 6 0 8 4
pelajar yang telah diluluskan. Gambarajah 0
7.11 menunjukkan bilangan aktiviti pelajar Lulus KIV-Ditangguh Ditolak
yang diluluskan, ditangguhkan dan ditolak bagi 2015 2016 2017
3 tahun berturut-turut. Terdapat penurunan
bilangan aktiviti yang diluluskan pada tahun Gambarajah 7.11 Bilangan Aktiviti Yang
2017 kerana FPN memberi tumpuan kepada Diluluskan, Ditangguh Dan Ditolak
aktiviti pelajar berimpak tinggi selaras dengan
kerangka Softskills Attainment Framework.
Kerangka ini mengambil kira kemahiran berkomunikasi bahasa inggeris secara berkesan,
berfikiran kritis kreatif serta cakna diri, kepimpinan dan literasi teknologi terkini.
Kecekapan proses diukur melalui tempoh
masa yang diambil untuk memproses
permohonan aktiviti. FPN berjaya
mengeluarkan surat kelulusan program dalam
tempoh masa yang ditetapkan iaitu 7 hari
bekerja, manakala penyediaan laporan
menjalankan aktiviti dibuat dalam tempoh 2
minggu selepas aktiviti dijalankan. Ini penting
untuk semakan dan penambahbaikan supaya
Gambarajah 7.12: Purata Tempoh Laporan objektif aktiviti tercapai dan memberi manfaat
Diterima kepada peserta program. Gambarajah 7.12
merakamkan kecekapan proses tersebut.
Proses permohonan aktiviti pelajar juga telah dijadikan penanda aras oleh Fakulti Sains Sukan
dan Rekreasi, UiTM Shah Alam pada tahun 2017. Maklumat terperinci tempoh masa terimaan
laporan di Lampiran 7.2.
7.3.2 Keberkesanan Proses Inisiatif Utama
Inisiatif: GOT-Q (Graduate on Time with Quality) 80%
Pencapaian cemerlang GOT pada tahun 2017 turut
disumbangkan oleh keberkesanan program dalaman 60%
yang dijalankan seperti GOT-Q. Gambarajah 7.13
merujuk kepada perbandingan pencapaian GPA 40%
pelajar dalam program GOT-Q bagi 4 semester. 61% 74%
Keberkesanan program ini dilihat melalui prestasi 20% 50%50% 50%50% 37%
GPA semester Sep 2017 yang terbaik berbanding 24%
semester lalu. Daripada 32 orang pelajar yang 0%
mengikuti program GOT-Q, seramai 27 orang Mac 2016 Sep-16 Mac 2017 Sep-17
mendapat GPA menaik. Gambarajah 7.14 % GPA Menaik % GPA Menurun
menunjukkan dua pelajar terbaik GOT-Q.
Gambarajah 7.13: Tren Prestasi GOT-
Q
52
Gambarajah 7.14: Pelajar Cemerlang GOT-Q
Inisiatif : APAcS STAR
APAcS Star diwujudkan dengan kerjasama industri seperti Deloitte, PWC, KPMG, Ernst &
Young dan BDO, untuk mengurangkan jurang kebolehpasaran pelajar pengajian profesional.
Keberkesanan inisiatif ini terpamer melalui kejayaan Graduan FPN yang diterima bekerja di
firma audit terkemuka, syarikat multi nasional, syarikat berkaitan kerajaan seperti dalam Jadual
7.5.
Jadual 7.5: Senarai Kebolehpasaran Graduan FPN di Firma Industri (Sebahagian)
Ernst & Young
Aina Syaza Asmui Nordalili Abu Hasan Nur Athirah Khairulzaffri
Ismail Hakim Abd Hafi Abdul Rahman Amsyar Alia Madihah Mustaffa
Nor Alya Jasmine Mohd Nassiruddin Sofiah Binti Ismail Muhamad Hasmirul Mohd Nor
Syahirah Binti Khusairi Nur Shuhada Binti Kamaruddin Nur Hidayah Binti Ali
Wan Mohamed Fazrul Amin Bin Mohd Hafiz Salihin Ibrahim Amir Arif Azhar
Deloitte UMW Schlumberger
Mohammad Faezulkamal Shamsualharis Nur Athirah Farhani Zamberi Ahmad Zaidi Bin Zainual
Affin Hwang Investment Bank Malaysian Airlines Berhad KCSM Chartered Accountant
Ahmad Azwan Arif Zainal Siti Nurhajar Amirra Binti Zulkafly Fatin Nurbazilah Bahaman
Wan Nadzir & Co Well Group Company YES Accounting Limited
Syed Muhammad Hazwan Engku Taufik Nazrin Kamarul Bahrain Raja Nisa Balqis Raja Shahrum
Khairuddin Hasyudeen & Razi Malaysian Institute of Accountants Fuji Electric (M) Berhad
Wan Muhamad Hafiz Bin W Mhd Jamin Haziq Zikri Bin Mahzan Fadzlin Binti Nazri
PricewaterhouseCoopers BDO Malaysia OCK Group Berhad
Afifi Abu Hassan Ashaari Mohd Nurhakimi Fitri Mohd Wahid Nur Ameera Semawi
Aiman Farhanah Bt Roslan Muhammad Farris Helmy Mohd CIMB Bank Berhad
Derrick Jason Anak Stanley Lokman Nur Nabilah Binti Mohd Zain
Nik Ahmad Firdaus Nik Ghazali Nur Ameerah binti Che Ahmad Tantowi
Nik Afiqah Nadhirah Megat Muda
Di samping itu, melalui penilaian Kemahiran
Pemikiran Kritis, Komunikasi serta Kepimpinan dalam
APAAcS Star ini, pelajar tahun akhir berjaya mendapat
status Affiliate ACCA. Ini memudahkan pelajar untuk
mendapatkan keahlian penuh (full membership) yang
membolehkan mereka mempraktikkan ilmu perakaunan.
Gambarajah 7.15 menunjukkan pencapai peratusan pelajar
yang berjaya mendapat status “Affliate” di kalangan
pemimpin pelajar bagi tahun 2015 sehingga 2017, dimana
peratus Affiliate merekodkan peningkatan di tahun 2017.
Gambarajah 7.15: Peratusan Affiliate A
CCA
53
Inisiatif: Skor Kemahiran Insaniah
Finishing School Program APPEARANCE
SELFCONFIDENCE
Program Finishing School yang 2.94 3.09 3.47 KNOWLEDGE
dijalankan di FPN merangkumi Sesi 3.07 LEADERSHIP
Mock Interview, Program Take Charge 3.02 2.94 RATIONAL
dan Recharge. Program-program ini IDEAS
dijalankan bagi mempersiapkan pelajar 2.77 2.91 ENGLISH
kearah dunia pekerjaan sebenar selain 3.01 2.82 ANALYTICAL
memastikan pelajar sentiasa bermotivasi ATTITUDE
dan berada di landasan yang betul 2.75 2.92 3.02 MATURITY
kearah mencapai objektif pengajian INDEPENDENCE
mereka. Melalui sesi “mock interview”, VISION
FPN telah mendapatkan input daripada INTERPERSONAL
pengamal industri berkaitan kemahiran
insaniah yang dimiliki oleh pelajar FPN. Gambarajah 7.16: Purata Skor Kemahiran Insaniah
Dapatan dari pandangan tersebut – Mock Interview
direkod dalam Gambarajah 7.16.
Daripada 10 kemahiran insaniah yang dinilai, 6 kemahiran insaniah mendapat skor > 3.00 iaitu
appearance (3.47), rational (3.07), ideas (3.02), maturity (3.01), independence (3.02) dan
interpersonal (3.09). Ini jelas menunjukkan keberkesanan program dalam membentuk kualiti diri
yang baik di kalangan pelajar.
7.4 HASIL TUMPUAN PELANGGAN
7.4.1 Keberkesanan Penglibatan Pelanggan
Pelanggan adalah penting kepada penambahbaikan dan inovasi dalam sesebuah organisasi.
Pelanggan FPN terdiri daripada pelajar, staf dan pihak luar seperti badan profesional tempatan
dan luar negara, industri utama (Big 5 Audit Firms) dan badan kawalselia, MIA (Malaysian
Institute of Accountants) serta JANM (Jabatan Akauntan Negara) dan IPN (Institut Perakaunan
Negara), dan juga MATA (Malaysian Association of Tax Acccountant). Selain itu, pihak industri
lain yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dengan FPN juga adalah pelanggan yang
banyak memberi impak positif kepada pembangunan pelajar. Hasil penglibatan dengan pihak
luar dapat dilihat di mana banyak kerjasama dan pelbagai aktiviti telah dijalankan bersama, di
peringkat kebangsaan dan juga antarabangsa. Persetujuan kerjasama ini dimeterai dengan
menandatangani MoU, MoA, Letter of Intent, Communique, sesi perbincangan dan mesyuarat
berkala turut yang diadakan.
HASIL PENGLIBATAN PELAJAR DAN STAF FPN
Penglibatan pelajar dan staf FPN dalam setiap program anjuran FPN amatlah penting dalam
memastikan prestasi yang diunjurkan dapat dicapai dengan jayanya seterusnya objebtif
pengurusan dan pembangunan pelajar dapat dicapai. Keberkesanan penglibatan pelanggan
terbukti melalui pencapaian berikut:
1) Pelajar Bergraduat Dalam Tempoh (GOT) 100%
Antara objektif penganjuran tiga projek utama 84.99% 94.73% 97.92%
adalah melahirkan gradúan holistik yang 50%
cemerlang dalam bidang akademik, selain 81.85% 71.08% 88.05%
berupaya memimpin serta cakna akan warga di 0%
sekelilingnya. Pemimpin yang berjaya adalah 2015 2016 2017
Peperiksaan Jun Peperiksaan Disember
54
Gambarajah 7.17: Peratus Bergraduat
Dalam Tempoh