PLASTIC INJECTION MOULDING E–BOOK Versi Melayu
TAJUK PIM\TOPIC_1-PROCCESING WITH PLASTIC MATERIALS PIM\TOPIC_2-PLASTICS INJECTION MOULD STRUCTURE PIM\TOPIK_3-PLASTICS INJECTION MOULD FUNCTION PIM\TOPIC_4-MAINTENANCE OF INJECTION MOULD PIM\TOPIC_5-INJECTION MOULDING MACHINE STRUCTURE PIM\TOPIC_6-INJ. MOULDING OPERATION AND SAFETY PIM\TOPIC_7-MAINTENANCE OF INJECTION MOULDING M/C PIM\TOPIC_8-MOULD SET-UP PIM\TOPIC_9-PROCESSING SKILLS FOR INJECTION MOULDING PIM\TOPIC_10-TROUBLE SHOOTING FOR INJECTION MOULDING PIM\TOPIC_11-QUALITY CONTROL FOR INJECTION MOULDING
PENYENGGARAAN ACUAN SUNTIKAN Penyenggaraan Terminal Objektif: Menyenggara acuan dan melanjutkan hayat produktif bagi acuan Objektif Yang Dicapai Pengetahuan: 1.Acuan adalah seperti mesin dan memerlukan penyenggaraan. 2. Kekerapan penyenggaraan untuk acuan, sistem acuan dan bahagian acuan. Kemahiran: 1. Untuk merancang program penyenggaraan. 2. Untuk menyimpan rekod.
B d s Konsep Untuk mengekalkan produk bermutu, acuan bermutu mestilah dihasilkan. Acuan tepat menghasilkan bahagianbahagian yang bermutu baik. Seperti juga dengan kereta, acuan mulai haus apabila digunakan. Namun begitu, menyenggarakan acuan bermakna satu pelaburan dalam ketepatan yang pasti. Penyenggaraan acuan yang sempurna memerlukan perhatian yang teliti. Apabila acuan mulai haus, ia perlu diteliti dan dijaga. Inilah cara yang mudah untuk menyimpan rekod pengacuan untuk penyenggaraan apabila sedikit masalah timbul, dan melaksanakan penyenggaraan berkala apabila acuan dijalankan dalam pengeluaran.
PENYELENGGARAAN ACUAN PENYELENGGARAAN ACUAN
Pengendalian operasi pengacuan suntikan yang berjaya banyak bergantung kepada keadaan acuan suntikan plastiknya. Garis panduan yang berikut ialah: 1. Ia mestilah digunakan dalam mesin acuan yang ditetapkan untuk acuan tertentu. 2. Ia mestilah menggunakan air sejuk yang bersih, ditapis dan dirawat. 3. Ia mestilah menggunakan plastik yang pada asalnya bertujuan untuk dijadikan pengacuan. 4. Ia mestilah dikendalikan dengan sempurna semasa operasi, penyimpanan dan penyenggaraan.
1. Salah Kendalian Mana-mana acuan boleh rosak teruk akibat sedikit kecuaian. Kerosakan ini akan melemahkan keadaan acuan atau sekurang-kurangnya memerlukan banyak pembaikan. Kes biasa adalah seperti: a. Salah memasang mesin acuan. b. Produk plastik yang terlekat pada acuan tidak ditanggalkan dengan betul. c. Acuan tidak dilekapkan dengan betul pada mesin. d. Acuan tidak dijajarkan dengan betul pada mesin.
2. Haus dan Karatan Keadaan yang menyebabkan haus dan karatan sentiasa ada. Walaupun faktor ini diambil kira dan dimasukkan dalam reka bentuk acuan, keadaan operasinya adalah di luar kawalan. Masalah biasa adalah seperti: a.Plastik suis acuan, dan acuan itu yang pada mulanya untuk kegunaan plastik bukan lelas atau bukan hakisan, digunakan dengan bahan yang salah. b. Kelembapan tinggi menyerang permukaan acuan, maka permukaan itu perlu sentiasa digilap. Akhirnya, ketepatan dimensi pada produk akan menjadi tidak tepat. c. Kelembapan tinggi mempengaruhi plat acuan dan memusnahkan keselarian acuan. d. Bahan pendingin tak dirawat menyerang saluran penyejukan dalam acuan dan mengurangkan keberkesanan penyejukan acuan. HAUS DAN KARATAN
Tahap dan kekerapan penyenggaraan ditentukan oleh empat faktor, iaitu:- 1. Bahan acuan 2. Kerumitan bahagian dan acuan 3. Plastik 4. Salah guna
1. Bahan acuan Acuan aluminium atau acuan lembut akan mengalami haus dan lusuh dalam masa yang singkat berbanding dengan acuan yang diperbuat daripada keluli biasa. Acuan yang diperbuat daripada keluli keras akan tahan lebih lama berbanding dengan yang diperbuat daripada keluli acuan biasa. BAHAN ACUAN
2. Kerumitan Bahagian dan Acuan Acuan yang menggunakan mekanisma yang halus atau bahagian yang memerlukan ketepatan tinggi yang luar biasa akan memerlukan penyenggaraan yang lebih berbanding dengan acuan dua plat yang mudah. Gelangsar, pengangkut, teras dalam, mekanisma hidraulik dan mekanisma mekanik, sistem pelari panas, sistem pelenting kompleks dengan komponen-komponen kecil, semuanya perlu diambil kira dalam jadual penyenggaraan GAMBARAJAH BKERUMITAN BAHAGIAN DAN ACUAN
Konsep 3. Plastik Plastik bersuhu cair tinggi akan haus dan tertanggal lebih cepat daripada plastik bersuhu rendah. Plastik berisi atau plastik bertetulang adalah pelelas kerana isinya tidak boleh cair dan akan haus dan tertanggal dari keluli acuan selepas beberapa lama. POLYPROPYLENE POLYSTYRENE POLYAMIDE ACRYLONITRILE BUTADIENE STYRENE
4. Salah guna Daya berlebihan, misalnya, tekanan pengapit dan suntikan yang tinggi, menyentak acuan lalu terbuka dan tertutup, pelentingan berbilang kali, tidak melincirkan komponen yang sesuai, menutup acuan dengan menghentamnya, sudah tentu akan meningkatkan penyenggaraan. Salah guna boleh juga diakibatkan oleh tempat kerja. Kedai yang kotor dan sentiasa tertakluk kepada kotor dan habuk akan menyebabkan acuan menjadi haus lebih awal. SALAH GUNA
Penyenggaraan Mencegah Acuan mulai haus serta-merta apabila digunakan disebabkan ia tertakluk kepada banyak daya. Namun begitu, setelah bertahun-tahun kajian dibuat, sekarang ramalan digunakan oleh banyak organisasi untuk melanjutkan hayat acuan melalui apa yang dikenali sebagai program penyenggaraan mencegah untuk acuan. Kebaikan penyenggaraan mencegah ialah:- 1.Pengurangan masa henti Acuan yang disenggarakan dengan baik selalunya sentiasa boleh digunakan. Ia dibekalkan bersama-sama kad yang menyediakan semua data penting untuk pemprosesan acuan dan pemasangan mesin. 2. Pengurangan produk kurang bermutu Penyenggaraan acuan dengan baik memastikanmutu yang tetap. Pengurangan mutu akibat kerosakan sistem pertukaran haba, gelangsar menjadi kejang, dapat dielakkan dengan banyak. Kawalan mutu yang tinggi kosnya dapat dirancang pada selang masa lebih lama dan membolehkan pekerja bebas melakukan tugas lain. Acuan yang berfungsi dengan baik juga dapat menjimatkan bahan dan tenaga.
PENGURANGAN MASA HENTI PENGURANGAN PRODUK KURANG BERMUTU PENGURANGAN MASA HENTI
Program penyenggaraan mencegah bagi acuan meliputi perkara yang berikut:- 1.Dokumentasi 2. Pelabelan 3. Penyimpanan 4. Alat ganti 5. Amalan bengkel
1. Dokumentasi Dokumentasi yang lengkap untuk setiap acuan dikehendaki bukan sahaja untuk tujuan insurans tetapi juga untuk memudahkan inventori dan pengendalian acuan, misalnya, pesanan alat-alat ganti, dan supaya perincian tentang asalnya, pemilikan, kos, perincian teknikal, dll. dapat direkodkan dengan tepat. Sebaliknya, hasrat untuk mengekalkan mutu dan pengetahuan teknikal yang sukar diperolehi memerlukan semua data operasi, iaitu arahan berkaitan dengan bahan, pemasangan, prosedur pembuangan bahagian untuk pengeluaran, arahan penyenggaraan mestilah dinyatakan dengan jelas. Sesetengah dokumen berkenaan ialah:- a. Lukisan reka bentuk acuan dengan senarai bahagiannya b. Kad sejarah c. Kad pemasangan d. Senarai penggunaan e. Kad penyenggaraan dan pembaikan
2. Pelabelan acuan Acuan dilabelkan supaya boleh dikenal pasti dan mudah dikesan. Tanpa pelabelan ini, kerja penyenggaraan, pembaikan dan pindaan tidak boleh dilakukan kerana pengenalan acuan tidak dapat disahkan oleh tukang alat. Tanpa sistem pelabelan acuan yang sempurna, kos pengeluaran akan meningkat dan penghantaran produk kepada pelanggan tidak dapat dipenuhi. Terdapat 2 kaedah pelabelan acuan:- a. Label Terus Apabila huruf ditekapkan atau ditebukkan terus pada permukaan acuan, biasanya pada sisi atas atau sisi belakang acuan. b. Label Tak Terus Apabila plat logam yang ditekap atau dicetak, dipasangkan di dalam poket di sisi PANDANGAN ATAS ACUAN SUNTIKAN PANDANGAN SISI ACUAN SUNTIKAN
Label acuan biasa seharusnya terdiri daripada :- a.Nama Produk Kebanyakan acuan disebut mengikut nama bahagian acuan. Misalnya, acuan panel depan, acuan tutup atas, acuan butang tekan, acuan sarung TV, dll. PANDANGAN SISI ACUAN SUNTIKAN
b. Nombor Produk Nombor ini digunakan untuk menentukan pengenalan produk dengan betul kerana setiap sistem nombor kod adalah unik. Sangatlah jarang didapati nombor kod yang sama kerana gabungan nombor dan abjad sangatlah besar. Nombor-nombor ini biasanya didaftarkan oleh pereka bentuk produk masing masing dan tidak pernah digunakan untuk produk baru yang lain. Biasanya nombor adalah dalam angka digit 6,7,8,9, atau 10 atau gabungan abjad dan nombor. Misalnya “A-11-201”, “8695511703”, “8695560900”, “Z115/10”, dll. PANDANGAN SISI ACUAN SUNTIKAN
c. Pembuat acuan Label ini adalah untuk mengenal pasti pengenalan pembuat acuan yang asal jika acuan ini dipindahkan dari satu tempat pengacuan ke tempat yang lain. PANDANGAN SISI ACUAN SUNTIKAN
d. Nombor Acuan Sistem penomboran yang digunakan dalam kebanyakan kedai acuan menggunakan nombor larian. Biasanya acuan didaftarkan apabila kerja baru disahkan oleh pembuat acuan. Ia digunakan untuk mengawal dan mengesan acuan semasa penyimpanan, pengangkutan dan pengeluaran. Sistem penomboran yang digunakan adalah dalam angka dan abjad atau gabungan keduaduanya. Misalnya: - SP1001, SP1002, SP1003, TG100MA atau PT0001, PT0002, PT0003, dll. PANDANGAN SISI ACUAN SUNTIKAN
e. Tarikh Pembikinan Inilah tarikh acuan dibina. Tarikh ini penting untuk diketahui apabila acuan hendaklah digantikan selepas hayat bergunanya telah berakhir (ia tidak lagi menghasilkan bahagian bermutu akibat sudah haus dan lusuh). PANDANGAN SISI ACUAN SUNTIKAN
f. Berat Ini ialah jumlah berat acuan. Berat adalah penting untuk diketahui bagi kumpulan pekerja pemasangan dan personel stor bagi menentukan saiz peralatan mengangkat yang betul semasa pemasangan dan penyimpanan acuan. Saiz yang salah pada peralatan yang digunakan boleh menyebabkan kemalangan yang serius. Namun begitu, apabila jumlah berat melebihi 500 kg atau ½tan metrik, maka kedua-dua setengah bahagian, iaitu bahagian teras dan bahagian rongga perlu ditimbang dan dilabelkan berasingan. PANDANGAN SISI ACUAN SUNTIKAN
g. Saiz Saiz ialah ukuran bagi panjang, lebar dan tinggi acuan. Saiz menentukan sama ada acuan boleh dilekapkan ke dalam mesin acuan atau tidak. Setiap mesin acuan mempunyai spesifikasinya sendiri. Oleh itu, acuan perlu dipastikan muat ke dalam mesin yang dipilih. Mengandaikan saiz acuan sering menyebabkan masa hilang semasa pemasangan apabila acuan tidak dapat dilekapkan dengan berjaya kerana ada pemasang acuan yang tidak mengetahui sisi untuk panjang, lebar dan tinggi bagi acuan suntikan. PANDANGAN SISI ACUAN SUNTIKAN
3. Penyimpanan Seelok-eloknya bilik stor ialah bangunan berasingan atau bilik tanpa tingkap yang kukuh binaannya yang ditempatkan di dalam loji utama. Bilik stor hendaklah berhawa dingin untuk mengelakkan kelembapan yang tinggi. Bahan boleh terbakar tidak boleh berada di dalam bilik stor kecuali gris yang disapukan pada acuan untuk mengelakkan acuan daripada berkarat. Para dan palet hendaklah dibina daripada keluli bukannya kayu atau plastik. RAK KELULI PENYIMPANAN ACUAN SUNTIKAN
4. Alat ganti Bahagian acuan yang mudah terdedah kepada kerosakan akibat reka bentuk dan fungsinya boleh dikenal pasti lebih awal semasa peringkat reka bentuk. Dalam keadaan sedemikian, beberapa alat ganti atau sekurang-kurangnya contoh kosong yang lebih sensitif hendaklah dirancang . Sekiranya alat ganti itu gagal berfungsi, kehilangan masa pengeluaran akan banyak berkurangan daripada jika alat ganti hendak dibina dari awal. ALAT GANTI
5. Amalan Bengkel Untuk memupuk amalan bengkel yang baik, prinsip yang berikut mestilah digunakan. Acuan mestilah mengikut aturan tempat kerja yang berikut: a.Dari bilik stor ke dalam mesin acuan, atau b. Dari mesin ke bengkel untuk penyenggaran atau \ sebarang pembaikan, atau c. Dari bengkel ke bilik stor. AMALAN BENGKEL
Terdapat 4 tahap penyenggaraan mencegah:- 1.Tahap 1, penyenggaraan rutin Setiap kali acuan dikeluarkan dan dikembalikan kepada pengeluaran. 2. Tahap 2, penyenggaraan periksa: Selepas setiap 20,000 kitaran 3. Tahap 3, penyenggaraan am Selepas 100,000 kitaran 4. Tahap 4, penyenggaraan besar Selepas 250,000 kitaran Satu contoh senarai penyemakan bagi penyelenggaraan acuan, ditunjukkan pada gambarajah kedua. Kekerapan penyenggaraan sebenar akan bergantung kepada amalan syarikat berkenaan.
1. Tahap 1, Penyenggaraan Rutin Semua langkah mestilah dilakukan setiap kali acuan dikeluarkan daripada pengeluaran. a. Sebelum acuan keluar dari mesin acuan, ia perlu dipanaskan supaya semua lebihan air dan kondensasi akan terpeluwap.\ b. Semasa acuan masih panas, permukaan dalam acuan hendaklah perlahan-lahan dibersihkan dengan pelarut keselamatan industri untuk membuangkan sebarang sisa kotoran dan daki. c. Setelah sistem pelenting sepenuhnya ke arah depan, semburkannya dengan semburan pelindung acuan (antikarat) sebelum sistem ditarik balik dan acuan ditutup.
d. Semua saliran air hendaklah dihentikan salirannya dan dihembuskan udara supaya bebas daripada semua air berlebihan bagi mengelakkan pembentukan karat akibat air genang. | e. Status acuan kemudian hendaklah dipasangkan tag untuk pengenalan. f. Periksa dan pastikan semua bolt, plat, pengapit, dsb. berada pada tempatnya dan diketatkan. g. Pastikan acuan dikenal pasti boleh menjalankan pengeluaran tanpa perlu penyenggaraan lanjut melalui keterangan pada tag status acuan. h. Buka acuan dan keluarkan bahan awet acuan dengan menggunakan pelarut keselamatan industri dengan kain tanpa lin. i.Gunakan udara mampat bersih untuk mengeluarkan semua sisa yang tertinggal. j. Tutup acuan. Acuan sedia untuk pengeluaran. Amalan ini mungkin berbeza antara satu kilang dengan kilang yang lain.
Nota penting:- Bukanlah amalan yang baik untuk serta-merta menjalankan bahagian acuan dengan ajuga dan dengan itu, bahagian itu boleh digunakan untuk mengeluarkan bahan awet acuan. ndaian bahawa hasil keluaran pertama akan dibuangkan Biasanya bahan awet berupa cecair pekat dan akan menyumbat sistem lohong yang asli. Gambarajah menunjukkan beberapa set acuan yang telah disembur dengan antikarat. SEMBURAN PELINDUNG ACUAN (ANTI-KARAT)
2. Tahap 2, Penyenggaraan Periksa Semua ini hendaklah dilakukan pada akhir larian pengeluaran. a. Dengan menggunakan senarai semak dan teknik pemeriksaan visual, acuan akan diperiksa dan sebarang pembaikan kecil yang perlu dicatat bagi memudahkan prosedur penyenggaraan am. Jika tidak, pembaikan atau penyempurnaan akan dicatatkan pada kad sejarah acuan bagi penilaian masa depan. b. Sebahagian rekod ini adalah juga untuk meneliti perbezaan pada syarat proses pada panduan pemasangan yang asal. c. Sebarang perbezaan kenaikan dalam tekanan dari saliran air masuk dan yang keluar menunjukkan bahawa saliran air adalah kotor atau berkarat. d. Pertambahan pada bahagian terbakar atau saliran terbakar menunjukkan lohong tersumbat.
e. Perlunya pelentingan pelbagai sedangkan sebelum itu pelentingan itu tidak diperlukan menunjukkan bahawa penyenggaraan perlunya dibuat pada sistem pelenting. f. Pertambahan tekanan pengapitan untuk mengawal kilat menunjukkan bahawa kepincangan acuan kerana tertutup sendiri, maka penyenggaraan pada penutup garis pembahagi perlu dilakukan. g. Sebarang komponen yang hilang atau rongga tersumbat hendaklah dicatat dan dibaiki. h. Acuan hendaklah dicuci dengan pelarut keselamatan untuk membuangkan varnish dan bahan terbina daripada proses acuan. i. Kedalaman lohong hendaklah diperiksa dengan meneliti keadaan di sekeliling permukaan rongga. j. Pin pelenting yang bengkok, haus atau patah hendaklah dicatat dan diganti. TAHAP 2, PENYENGGARAAN PERIKSA
3. Tahap 3, Penyenggaraan Am Penyenggaraan tahap ini dilakukan selepas acuan telah melepasi 100,000 kitaran. a.Semua plat acuan hendaklah diasingkan dan dicuci dengan pelarut keselamatan industri yang diluluskan. b. Semua bahagian yang bergerak hendaklah ditanggalkan dan diperiksa akan keadaan hausnya. Bahagian itu hendaklah dicuci dan disapukan cecair pelincir (jika perlu) dan dipasangkan semula. c. Semua komponen hendaklah diperiksa akan keadaan hausnya. Sebarang haus berlebihan yang dicatat dan keputusan untuk membaiki, menggantikan atau terus menggunakannya akan dibuat. d. Lohong hendaklah diperiksa akan ukuran dalam, lebar, tinggi dan dibandingkan dengan spesifikasi lukisan acuan. Data ini direkodkan dalam senarai semak dan keputusan untuk membaikinya hendaklah dibuat.
e. Gelang “O” pengkedap dan gasket hendaklah diperiksa akan keutuhannya. Jika penggantian adalah perlu, maka kebenaran untuknya hendaklah diperoleh. f. Semua kawasan di luar kawasan perincian rongga hendaklah dicuci dan dipastikan berfungsi. Mana-mana kawasan di dalam kawasan perincian rongga yang mempunyai kemik atau apa-apa tanda kehausan atau salah guna hendaklah dianggap kritikal dan keputusan hendaklah dibuat sebelum penggantian atau pembaikan hendaklah dilaksanakan. g. Semua saliran air hendaklah diuji akan kebocoran dengan mengenakan tekanan dan disahkan semula untuk keupayaan aliran. Saliran air yang terbina kerak dan dihadkan hendaklah dibersihkan dengan mengenakan tekanan dengan menggunakan agen nyahkerak. h. Sistem pelenting hendaklah diperiksa untuk memastikan jajarannya sempurna. Jika sistem ini cacat atau berbentuk lonjong, keputusan untuk menggerudi semula dan menggerek lubang pin pelenting yang lebih besar dan menggantikan pin sedia ada dengan pin yang lebih besar, hendaklah dibuat.
I. SEMUA BAHAGIAN YANG BERGERAK HENDAKLAH DISAPUKAN CECAIR PELINCIR. J. PIN KEMBALI YANG PATAH, MEMPLAT SEMULA ATAU MENTEKSTURKAN SEMULA ADALAH AKIBAT BAHAN YANG DIGUNAKAN UNTUK PERMUKAAN ACUAN, PENGGANTIAN SISIPAN GET, BLOK PELARI YANG BARU, DSB. HENDAKLAH DITONJOLKAN DAN KEMUDIAN KEPUTUSANHENDAKLAH DIBUAT SAMA ADA UNTUK MEMBAIKI, MENGGANTI ATAU TERUS MENGGUNAKANNYA. TAHAP 3, PENYENGGARAAN AM
4. TAHAP 4, PENYENGGARAAN BESAR TUGAS INI HENDAKLAH DILAKUKAN OLEH TUKANG ALAT YANG MAHIR. PENYENGGARAAN INI HENDAKLAH DILAKUKAN APABILA DICETUSKAN OLEH KEADAAN YANG BERIKUT: - MELEPASI 250,000 KITARAN - KEHAUSAN BERLEBIHAN - KEROSAKAN ACUAN A. SEMUA KOMPONEN YANG DIBENARKAN UNTUK DIGANTIKAN HENDAKLAH DIBUANG DAN KOMPONEN BARU DIBINA DAN DIPASANGKAN MENGIKUT REKA BENTUK ACUAN YANG ASAL, JIKA KOMPONEN ALAT GANTI YANG DISAHKAN SEBELUM INI TIDAK DIPEROLEH. B. PIN PENDULU YANG HAUS, SESENDAL, DAN SEMUA PERMUKAAN GALAS YANG BERGERAK HENDAKLAH DIPERIKSA AKAN HAUS DAN DIGANTIKAN ATAU DIBAIKI JIKA PERLU.
C. PLAT ACUAN DAN PERMUKAAN RONGGA HENDAKLAH DIPERIKSA AKAN KESELARIAN DAN DIKISAR RATA JIKA PERLU. D. PERMUKAAN RONGGA HENDAKLAH DICUCI DAN DIGILAP. KESAN LECET DAN KEMIK HENDAKLAH DIATASI SEHINGGA SPESIFIKASI CETAKAN ASAL DICAPAI. E. SEMUA KOMPONEN YANG TIDAK MEMENUHI CETAKAN BAHAGIAN PADA SPESIFIKASI ASAL HENDAKLAH DIBAIKI, DIGANTIKAN DAN DILULUSKAN SEMULA JIKA PERLU. F. SEMUA KOMPONEN YANG TELAH DIPLATKAN HENDAKLAH DILEKANGKANDAN DIPLATKAN SEMULA JIKA PERLU. SEMUA KOMPONEN YANG MEMPUNYAI RAWATANPERMUKAAN KHAS UNTUK MERINTANGI KARAT, GELINCIRAN, KEKERASAN HENDAKLAH DIRAWAT SEMULA BAGI MEMASTIKAN TUJUAN ASAL ACUAN DIBUAT TERCAPAI.
h. Rongga acuan hendaklah ditanggalkan dan dilegakan tegasannya bagi\ membuangkan kekerasan dan kerapuhan pada acuan. Selepas kelegaan tegasan, rongga hendaklah dikeraskan semula kepada kekerasan yang ditetapkan. Seluruh rongga mestilah diluluskan semula seolah-olah seperti rongga baru. i.Semua saliran air hendaklah dibersihkan dengan agen nyahkerak untuk mengeluarkan kerak yang terbina. Semua gelang “O” palam dalaman, pengkedap dan gasket hendaklah digantikan. j. Dasar acuan hendaklah diperiksa akan keretakan, kekerasan pada acuan, karat, dsb. Jika dasar acuan diplat atau dicat untuk merintangi karat, maka salutannya hendaklah dilekangkan dahulu, dasar dicuci dan kemudian salutan dibuat semula. k. Permukaan rongga hendaklah diperiksa akan kehausan atau karat kerana di buat plat atau tekstur. Sekiranya perlu, permukaan rongga hendaklah dilekangkan dan diplatkan semula, atau tekstur digilap dan kemudian tekstur baru dibuat.
TAHAP 4, PENYENGGARAAN BESAR TAHAP 4, PENYENGGARAAN BESAR
Prosedur Operasi Standard 1.Mencuci acuan Untuk mengekalkan mutu yang berterusan dari segi dimensi dan kestabilan visual bagi bahagian acuan, maka acuan mestilah dalam keadaan bersih setiap masa. Prosedurnya adalah seperti yang berikut:- a.Ganggu operasi mesin acuan. b. Buka acuan pada kedudukan maksimum. (bukaan siang maksimum) c. Hembuskan teras dan sisipan rongga dengan menggunakan udara mampat. Hembus juga semua gelangsar jika ada. d. Lembabkan teras dan sisipan itu dengan agen pencuci yang diluluskan dengan menggunakan kertas atau kain industri tanpa lin. (Rujuk lampiran untuk agen pencuci). e. Perlahan-lahan, lapkan semua permukaan pada teras dan sisipan rongga. Gunakan penyepit kecil daripada kayu atau bahan lembut untuk sampai ke permukaan yang tidak dapat sampai dengan operasi pengelapan yang biasa.
f. Hembus kering teras dan sisipan rongga dengan menggunakan udara mampat. (Nota: udara mampat mestilah ditapis, bebas daripada minyak dan air) g. Buangkan semua kertas atau kain selepas digunakan. Jangan gunanya semula. h. Mulakan semula operasi. Semak setiap 5 hasil keluaran bagi memastikan mutu kosmetiknya. i.Ulangi proses mencuci jika mutu permukaan tidak dapat diterima. j. Rekodkan hasil dan teruskan operasi. MENCUCI ACUAN
2. Mencuci Saluran Penyejuk Acuan Prosedur ini hendaklah dilakukan sebelum saliran air disambungkan dengan unit suhu acuan:- a. Halakan muncung pistol udara ke dalam saluran penyejuk yang berlabel “1-IN”dengan menggunakan udara mampat. Letakkan satu jari pada saluran penyejuk berlabel “1-OUT” Jika udara mengasak keluar maka litar 1 berkeadaan baik. b. Ulangi prosedur itu bagi semua litar yang ada. c. (Jika tekanan udara yang datang dari satu saluran adalah rendah). Tandakan saluran yang disyaki dan hantarkan acuan kepada tukang alat untuk pemeriksaan lanjut. d. Sambungkan aliran air jika kesemua saluran berada dalam keadaan yang baik. BAGAIMANA CECAIR MENGALIR DALAM SALURAN PENYEJUK ACUAN
3. Pelinciran Acuan Prosedur semasa operasi acuan ialah:- a.Ganggu operasi mesin acuan. b. Buka acuan pada kedudukan bukaan maksimum. (bukaan siang maksimum) c. Seperti yang ditunjukkan di dalam Gambarajah 1, sapukan lapisan nipis cecair pelincir dengan menggunakan cat berus yang lembut pada pin pendulu, pandu sesendal , pin kembali dan semua komponen yang bergelangsar atau bergerak. Elakkan bersentuhan dengan rongga acuan dan juga teras acuan (terutamanya produk yang nampak kritikal) d. Gunakan cecair pelincir berasaskan aerosol untuk kawasan yang tidak dapat sampai. Halakan aerosol pada muncung dan semburkan perlahan-lahan. (Seperti di Gambarajah 2)
e. Lapkan apa-apa cecair pelincir yang berlebihan dengan menggunakan kain penyerap yang lembut, lebih baik jika menggunakan kertas pencuci industri tanpa lin. f. Mulakan semula operasi pengacuan. Periksa 5 hasil keluaran terhadap sebarang kecacatan, pengacuan butir dan kecacatan visual, sebelum operasi penuh dimulakan. g. Ulangi prosedur di atas pada selang berikutnya yang telah dirancangkan. PELINCIRAN ACUAN
PELINCIRAN ACUAN PRODUK PENJAGAAN ACUAN - CECAIR PELINCIR
3. Pengendalian Kisar Semula Seringkali pembutir digunakan untuk menyuap zarah kisar semula kembali terus ke dalam corong tuang mesin pengacuan melalui hos (tiub) yang dihubungkan kepada bukaan di bahagian bawah bekas simpanan pembutir. Kisar semula kemudiannya dicampur dengan bahan dara di corong tuang oleh unit pengadun. Kadangkala operasi kisar semula dilakukan pada lokasi yang jauh dari penekan. Biasanya, operasi ini dilakukan di lokasi pusat (terutamanya jika bahan yang sama digunakan untuk beberapa mesin pengacuan) supaya pembutir yang besar boleh digunakan untuk mengisar sebilangan besar bahagian bahan. Bahan kisar semula boleh disimpan untuk kegunaan masa depan, atau kembali dikitar di dalam mesin khusus untuk segera dicampurkan dengan bahan asli.. BERBAGAI JENIS PERALATAN DIGUNAKAN