The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by kiezrokiah, 2023-06-20 05:48:01

SLIDE PIM (MALAY VERSION) - Topik 4

PENYENGGARAAN ACUAN PLASTIK

4. Kawalan Mutu Penggunaan kisar semula dengan bahan berwarna boleh dipersoalkan, jika kawalan ketat ingin dikekalkan. Pada setiap laluan tong, gred pigmen menurun. Pigmen warna akan pudar jika terlalu banyak bahan kisar semula digunakan. Bagi sesetengah warna, perubahan 5% boleh diterima jika tidak menyebabkan perubahan warna. Pigmen organik mempunyai kestabilan haba yang lebih rendah. Kebanyakan pembuat acuan tidak terus menyuapkan semula bahan kisar semula untuk pemprosesan kerana pewarna tambahan mestilah disuap ke dalam sistem bagi mengekalkan kawalan warna yang tepat. KAWALAN MUTU


Keselamatan 1. Keadaan yang sesuai untuk penyimpanan bahan 1.Keselamatan dalam Penyimpanan Stor hendaklah bebas daripada habuk, dan berkelembapan rendah supaya ia sesuai sebagai tempat menyimpan resin. JANGAN menyimpan bahan plastik di sebelah mesin pengacuan/menara penyejuk air, atau tempat yang mudah terdedah kepada kelembapan yang tinggi, habuk, minyak/ bahan cemar. Semua bungkusan mestilah dikedap dengan ketat. Jangan terima beg/bekas yang telah terbuka. Jika beg telah terbuka, laporkan hal itu kepada penyelia anda dengan segera. Asingkan beg yang berkenaan. Semua resin yang disimpan hendaklah dilabelkan dengan betul. Jangan terima beg/ bekas tanpa label – ini boleh mengakibatkan penyediaan resin plastik yang salah untuk pengeluaran. Jangan simpan bahan kisar semula dengan resin asli. Asingkan keduaduanya KESELAMATAN DALAM PENYIMPANAN


KESELAMATAN DALAM PENYIMPANAN KESELAMATAN DALAM PENYIMPANAN 2. Keselamatan dalam Pengendalian Kenal pasti resin plastik melalui labelnya. Jangan bakar atau hidu resin kerana sesetengah asap yang dikeluarkan mungkin beracun dan berbahaya kepada kesihatan. Semua resin plastik selepas pengeluaran dihentikan dan kisar semula mestilah dilabelkan dengan betul. Resin ini mestilah dibungkus dengan sempurna dalam bekas yang bersih dan dikedap. Gunakan kelengkapan angkut yang betul untuk membawa dan mengangkut resin – lori angkut susun, lori palet, dan troli. Jangan cuba mengangkut resin seberat 25 kg. Jangan cuba memindahkannya secara manual dari para – risiko kecederaan diri akibat jatuh adalah tinggi.


Hak Milik: KOLEJ KEMAHIRAN PURE TECHNICS NO.3673 JALAN RASAH JAYA 6/6, TAMAN RASAH JAYA, 70300 SEREMBAN, NSDK


Click to View FlipBook Version