2 PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG SEKOLAH MENENGAH SAINS HULU SELANGOR 1.0 PENDAHULUAN 1.1 Pada menjalankan kuasa yang diperuntukkan dalam peraturan (Disiplin Sekolah) 1959 Pelajaran, maka saya sebagai Pengetua Sekolah Menengah Sains Hulu Selangor (SEMASHUR), Hulu Yam Baru, Selangor dengan ini membuat peraturan yang dikuatkuasakan mulai 7 Januari 2008 ke atas semua pelajar SEMASHUR. 1.2 Peraturan ini dinamakan Peraturan Dan Undang-Undang Sekolah Menengah Sains Hulu Selangor, Hulu Yam Baru, Selangor. 1.3 Peraturan yang terkandung dalam risalah ini dikenakan ke atas setiap pelajar sekolah ini. 1.4 Mana-mana pelajar atau kumpulan pelajar yang didapati melanggar peraturan ini akan dikenakan tindakan disiplin atau dihukum. 1.5 Peraturan dalam buku ini boleh dimansuhkan, dipinda dan ditambah atau peraturan baru dimasukkan ke dalamnya. Kuasa melakukan ini semua adalah terletak pada Pengetua. 2.0 OBJEKTIF 2.1 Sejajar dengan objektif Falsafah Pendidikan Negara maka Peraturan Sekolah Dan Asrama, Menengah Sains Hulu Selangor diwujudkan untuk menjadi garis panduan perilaku setiap pelajar di samping menjadi panduan kepada ibu bapa dan penjaga tentang disiplin yang perlu dipatuhi oleh anakanak mereka semasa menjadi pelajar SEMASHUR. 2.2 Peraturan Sekolah Dan Asrama, Sekolah Menengah Sains Hulu Selangor adalah bertujuan untuk:
3 2.2.1 Membentuk pelajar-pelajar yang bertanggungjawab dan akauntabiliti dengan menanam sikap berfikiran positif dan saling hormat-menghormati di kalangan pelajar SEMASHUR. 2.2.2 Menerap nilai jati diri, kasih sayang di kalangan warga SEMASHUR bagi melahirkan pelajar-pelajar yang berhemah mulia dan bertimbang rasa dalam kehidupan masyarakat. 3.0 MATLAMAT 3.1 Peraturan Sekolah Dan Asrama, SEMASHUR disediakan dengan harapan: 3.1.1 Melahirkan pelajar berakhlak mulia, berbudi bahasa, bersopan santun dan toleransi kendiri. 3.1.2 Mewujudkan semangat kekitaan dan sentiasa berusaha mencari kecemerlangan dalam hidup. 3.1.3 Menghormati ibu bapa ,guru dan pemimpin. 3.1.4 Menyayangi yang muda dan menghormati yang tua. 3.1.5 Melahirkan ahli masyarakat yang seimbang, bersepadu dari segi rohani dan jasmani. 3.1.6 Melahirkan perasaan taat setia kepada sekolah dan negara. 4.0 PENGUATKUASAAN 4.1 Pengetua, Penolong Kanan, Penolong Kanan HEM, Penolong Kanan Ko-Kurikulum, Ketua Bidang, Ketua Waden, Waden, Guru Disiplin, Guru Pengawas dan Guru-guru SEMASHUR diberi kuasa menguatkuasakan peraturan sekolah.
4 5.0 KUASA MENGHUKUM 5.1 Pengetua, Penolong Kanan, Penolong Kanan HEM, Penolong Kanan Ko-Kurikulum, Ketua Bidang, Ketua Waden, Waden, Guru Disiplin, Guru Pengawas dan guru yang diberi kuasa. 5.2 Lembaga Disiplin Sekolah yang bersidang yang dipengerusikan oleh Penolong Kanan HEM. Ahli-ahli yang dilantik boleh mengesyorkan hukuman kepada Pengetua terhadap pelajar yang didapati sabit kesalahannya. Hukuman-hukuman yang boleh dijatuhkan adalah yang tertera di no. 28. 6.0 TATATERTIB 6.1 Setiap pelajar hendaklah mematuhi setiap peraturan yang terkandung di dalam buku peraturan ini dan juga manamana peraturan yang dikeluarkan oleh sekolah dari masa ke masa melalui pekeliling sekolah atau asrama. 6.2 Setiap orang pelajar hendaklah mematuhi setiap peraturan yang dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran, Jabatan Pelajaran Negeri, dan mana-mana pihak yang berwajib yang ada hubungan dengan sekolah. 6.3 Setiap orang pelajar hendaklah pada setiap masa menghormati pentadbir, guru-guru, kakitangan sekolah, pengawas dan menghormati sesama sendiri. 6.4 Setiap orang pelajar hendaklah pada setiap masa dan tempat mengamalkan prinsip Rukun Negara. 6.5 Setiap orang pelajar tidak boleh berkelakuan secara yang dianggap ingkar perintah sekolah, pentadbir, guru-guru, pengawas atau mana-mana pihak yang diberi kuasa untuk berbuat demikian oleh Pengetua. 6.6 Setiap orang pelajar tidak boleh berkelakuan dengan cara yang ditakrif atau dianggap sebagai: 6.6.1 Mencemarkan nama baik sekolah.
5 6.6.2 Mencemarkan nama baik mana-mana individu. 6.6.3 Melakukan perbuatan vandalisme terhadap sama ada harta sekolah atau harta orang perseorangan. 6.6.4 Menggganggu ketenteraman dan perpaduan sekolah. 6.6.5 Menimbulkan kegelisahan, persengketaan di kalangan pelajar atau kakitangan sekolah. 6.6.6 Melakukan perbuatan menghina mana-mana individu. 6.6.7 Melakukan perbuatan menyiksa atau mengugut manamana individu (pelancoan). 6.6.8 Berkelakuan tidak senonoh atau tidak sopan kepada Pengetua, Penolong Kanan, Penolong Kanan HEM, Penolong Kanan Kokurikulum, Ketua Waden, waden, guru-guru dan kakitangan sekolah. 6.7 Setiap pelajar hendaklah menumpukan perhatian terhadap pelajaran bersungguh-sungguh. 6.8 Setiap orang pelajar hendaklah menyertai semua kegiatan yang diarahkan oleh pihak sekolah sama ada bercorak akademik atau ko-kurikulum. 6.9 Tiada seorang pelajar pun yang dibenarkan keluar dari kawasan sekolah tanpa kebenaran. 6.10 Setiap pelajar hendaklah sentiasa menjaga nama baik dan imej sekolah dengan menunjukkan prestasi yang cemerlang dalam bidang akademik, ko-kurikulum dan sahsiah. 7.0 PAKAIAN SERAGAM BAGI PELAJAR LELAKI 7.1 Pakaian seragam sekolah bagi pelajar lelaki ialah baju putih kain kapas (cotton), lengan pendek, seluar panjang berwarna olive green, lencana sekolah, tanda nama, kasut kulit/PVC hitam jenis bertali, stokin putih serta bertali leher.(sila rujuk Lampiran 2) 7.2 Seluar hendaklah berfesyen sederhana, tidak dibenarkan memaki seluar sendat dan terlalu kecil kakinya ataupun jenis bell-bottom. Butangnya jenis biasa dan bukan jenis besi. 7.3 Jika memakai baju putih berlengan panjang, tidak dibenarkan menggulung, butang baju hendaklah dikancing semuanya.
6 7.4 Lengan baju putih lengan pendek hendaklah ridak melebihi paras siku. 7.5 Pemakaian tali pinggang diwajibkan. Hanya tali pinggang kanvas berwarna hijau/hitam dibenarkan, kepala tali pinggang hendaklah jenis biasa dan kosong (tidak melambangkan mana-mana kumpulan/jenama). 7.6 Rantai, gelang dan anting-anting dilarang pemakaiannya sama sekali. 8.0 PAKAIAN SERAGAM SEKOLAH BAGI PELAJAR PEREMPUAN 8.1 Pakaian seragam sekolah bagi pelajar perempuan ialah baju kurung teluk belanga putih, kain sarung biru (turqoise), mini telekung putih tanpa renda, kasut kulit/PVC hitam tanpa tali, stokin putih tanpa corak. (sila rujuk Lampiran 3) 8.2 Pelajar perempuan tidak dibenarkan mengenakan pakaian yang terlalu ketat atau singkat, terlalu besar atau labuh, pakaian adalah seperti mana yang diluluskan oleh kementerian. 9.0 MASA MEMAKAI PAKAIAN SERAGAM SEKOLAH 9.1 Sepanjang waktu persekolahan. Waktu persekolahan (7.10 pagi – 4.20 petang) 9.2 Apabila menghadiri aktiviti persatuan kecuali persatuan itu ada pakaian seragamnya sendiri. 9.3 Apabila menghadiri upacara rasmi dalam atau luar sekolah. 9.4 Apabila keluar menyertai aktiviti atau rombongan yang dianjurkan oleh pihak sekolah/Jabatan Pelajaran/PPD atau pun kementerian. 9.5 Apabila diarahkan berbuat demikian oleh Pengetua. 9.6 Seluar Jean dilarang sama sekali dibawa masuk atau dipakai di kawasan sekolah dan asrama. Takrif Jean :
7 1. Seluar jahitan bertindih/double 2. Kocek tampal. 3. Butang besi 4. kain denim/Coudroy 9.7 Baju/T-shirt yang mempunyai gambar tidak sopan dan tidak bersesuaian dengan adab dan budaya pelajar cemerlang, adalah dilarang. 10.0 TALI LEHER 10.1 Tali leher mesti dipakai: a. Pada sepanjang hari persekolahan. b. Semasa menghadiri majlis atau kegiatan yang diarahkan Pengetua 11.0 PAKAIAN KEBANGSAAN/BAJU MELAYU 11.1 Pakaian Kebangsaan pelajar lelaki ialah Baju Melayu Putih, seluar putih, samping rasmi sekolah dan songkok hitam. Songkok lipat, kupiah, songkok berbulu adalah tidak dibenarkan. 11.2 Pakaian Kebangsaan pelajar perempuan Islam ialah baju kurung teluk belanga putih, kain sarung rasmi sekolah dan mini telekung putih. 12.0 MASA MEMAKAI PAKAIAN KEBANGSAAN 12.1 Pakaian Kebangsaan hendaklah dipakai pada masa berikut: a. Waktu persekolahan Hari Jumaat b. Menunaikan fardhu Jumaat c. Menghadiri upacara rasmi dan keagamaan dalam surau atau masjid di luar kawasan sekolah. d. Lain-lain masa yang, munasabah seperti yang ditetapkan dan diarahkan Pengetua.
8 13.0 PAKAIAN SUKAN DAN PERMAINAN 13.1 Apabila bersukan dan menyertai permainan dan mengikuti kelas pendidikan jasmani, pakaian berikut hendaklah dikenakan: a. Pelajar lelaki - T-shirt orientasi sekolah atau t-shirt rumah, track bottom biru tua/gelap, kasut putih dan berstokin. b. Pelajar perempuan - T-shirt putih orientasi atau t-shirt rumah, track bottom biru tua/gelap, kasut putih dan berstokin. 14.0 PAKAIAN DI DEWAN MAKAN DAN KELAS PERSEDIAAN MALAM 14.1 Pakaian masa makan malam dan prep malam adalah seperti berikut: a. Pelajar Lelaki - Baju Melayu/baju kemeja dimasukkan ke dalam, seluar panjang dan bersepatu.T-shirt dan selipar adalah dilarang. Pemakaian sandal bertali dibenarkan tertakluk kepada arahan Pengetua. b. Pelajar Perempuan - Baju Kurung teluk belanga, kain sarung, mini telekung hitam dan kasut serta stokin. Pemakaian sandal bertali dibenarkan tertakluk kepada arahan Pengetua. 15.0 JADUAL HARIAN 15.1 Pelajar hendaklah mematuhi jadual harian di bawah ini dan menepati masa yang telah ditentukan.
9 15.1.1 Hari Isnin Bil Waktu Aktiviti Catatan 1. 5.30-6.00am Bangun pagi 2. 6.00-6.30am Sembahyang Subuh dan Tadarus Tertakluk kepada waktu Subuh 3. 6.30-6.50am Sarapan pagi dan persiapan diri 4. 6.50-7.00am Pergerakan pelajar keluar dari asrama 5. 7.00-7.15am Berkumpul di Dataran Titiwangsa 6. 7.30-8.20am Perhimpunan rasmi 7. 8.20-2.10pm Sesi PNP berlangsung 8. 2.10-3.15pm Makan tengahari Solat Zohor berjemaah. Rehat 9. 3.15-4.30pm Prep petang 10. 4.30-5.00pm Solat Asar Pengurusan diri 11. 5.00-6.30pm Riadah Aktiviti bebas 12. 6.30-7.10pm Pengurusan diri Makan malam 13. 7.10-8.00pm Solat Maghrib berjemaah Tadarus 14. 8.00-10.00pm Prep malam berlangsung 15. 10.10-10.20pm Solat Isyak 16. 10.20-10.30pm Minum malam 17. 10.30-11.00pm Mengemas dorm Pengurusan diri 18. 11.00-11.15pm Bacaan Al-Mulk 19. 11.15-11.30pm Pengurusan diri 20. 11.30pm Lights off
10 15.1.2 Hari Selasa Bil Waktu Aktiviti Catatan 1. 5.30-6.00am Bangun pagi 2. 6.00-6.30am Sembahyang Subuh dan Tadarrus Tertakluk kepada waktu Subuh 3. 6.30-6.50am Sarapan pagi dan persiapan diri 4. 6.50-7.00am Pergerakan pelajar keluar dari asrama 5. 7.00-7.30am Perhimpunan pagi 6. 7.40-2.30pm Sesi PNP berlangsung 7. 2.30-3.15pm Makan tengahari Solat Zohor berjemaah. Rehat 8. 3.15-4.30pm Prep petang 9. 4.30-5.00pm Solat Asar Pengurusan diri 10. 5.00-6.30pm Riadah Aktiviti bebas 11. 6.30-7.10pm Pengurusan diri Makan malam 12. 7.10-8.00pm Solat Maghrib berjemaah Tadarrus 13. 8.00-10.00pm Prep malam berlangsung 14. 10.10-10.20pm Solat Isyak 15. 10.20-10.30pm Minum malam 16. 10.30-11.00pm Mengemas dorm Pengurusan diri 17. 11.00-11.15pm Bacaan Al-Mulk 18. 11.15-11.30pm Pengurusan diri 19. 11.30 pm Lights Off
11 15.1.3 Hari Rabu Bil Waktu Aktiviti Catatan 1. 5.30-6.00am Bangun pagi 2. 6.00-6.30am Sembahyang Subuh dan Tadarrus Tertakluk kepada waktu Subuh 3. 6.30-6.50am Sarapan pagi dan persiapan diri 4. 6.50-7.00am Pergerakan pelajar keluar dari asrama 5. 7.00-7.30am Perhimpunan pagi 6. 7.40-2.10pm Sesi PNP berlangsung 7. 2.10-3.00pm Makan tengahari Solat Zohor berjemaah. Rehat 8. 3.00-4.30pm Aktiviti kelab dan persatuan 9. 4.30-5.00pm Solat Asar Pengurusan diri 10. 5.00-6.30pm Riadah Aktiviti bebas 11. 6.30-7.10pm Pengurusan diri Makan malam 12. 7.10-8.00pm Solat Maghrib berjemaah Tadarrus 13. 8.00-10.00pm Prep malam berlangsung 14. 10.10-10.20pm Solat Isyak 15. 10.20-10.30pm Minum malam 16. 10.30-11.00pm Mengemas dorm Pengurusan diri 17. 11.00-11.15pm Bacaan Al-Mulk 18. 11.15-11.30pm Pengurusan diri
12 15.1.4 Hari Khamis Bil Waktu Aktiviti Catatan 1. 5.30-6.00am Bangun pagi 2. 6.00-6.30am Sembahyang Subuh dan Tadarrus Tertakluk kepada waktu Subuh 3. 6.30-6.50am Sarapan pagi dan persiapan diri 4. 6.50-7.00am Pergerakan pelajar keluar dari asrama 5. 7.00-7.30am Perhimpunan pagi 6. 7.40-2.30pm Sesi PNP berlangsung 7. 2.30-3.15pm Makan tengahari Solat Zohor berjemaah. Rehat 8. 3.15-4.30pm Prep petang 9. 4.30-5.00pm Solat Asar Pengurusan diri 10. 5.00-6.30pm Riadah Aktiviti bebas 11. 6.30-7.10pm Pengurusan diri Makan malam 12. 7.10-9.00pm Solat Maghrib berjemaah Bacaan Yaasin dan tahlil. Solat ’Isyak berjemaah 13. 9.00-10.30pm Prep malam berlangsung 14. 10.30-10.40pm Minum malam 15. 10.30-11.00pm Mengemas dorm Pengurusan diri 16. 11.00-11.15pm Bacaan Al-Mulk 17. 11.15-11.30pm Pengurusan diri 18. 11.30pm Lights off
13 15.1.3 Hari Jumaat Bil Waktu Aktiviti Catatan 1. 5.30-6.00am Bangun pagi 2. 6.00-6.30am Sembahyang Subuh dan Tadarrus Tertakluk kepada waktu Subuh 3. 6.30-6.50am Sarapan pagi dan persiapan diri 4. 6.50-7.00am Pergerakan pelajar keluar dari asrama 5. 7.00-7.30am Perhimpunan rasmi 6. 7.40-12.00pm Sesi PNP berlangsung 7. 12.00-12.45pm Makan tengahari Pelajar putera bersiap untuk Solat Jumaat 8. 12.45-1.35pm Usrah (perempuan) Pelajar lelaki Solat Jumaat 9. 1.35-5.00pm Rehat Aktiviti Basuh Baju Solat Asar 10. 5.00-6.30pm Riadah Aktiviti bebas 11. 6.30-7.10pm Pengurusan diri Makan malam 12. 7.10-8.00pm Solat Maghrib berjemaah Tadarrus 13. 8.00-10.00pm Prep malam berlangsung 14. 10.30-10.40pm Minum malam 15. 10.30-11.00pm Mengemas dorm Pengurusan diri 16. 11.00-11.15pm Bacaan Al-Mulk 17. 11.15-11.30pm Pengurusan diri 18. 11.30pm Lights off
14 15.1.4 Hari Sabtu/Cuti Umum 15.1.5 Hari Ahad Bil Waktu Aktiviti Catatan 1. 5.30-6.00am Bangun pagi 2. 6.00-6.30am Sembahyang Subuh Tertakluk kepada waktu Subuh 3. 6.30-7.30am Kuliah Subuh Pada minggu tidak pulang bermalam. 4. 7.30-8.00am Sarapan pagi Persiapan diri 5. 8.00-10.30am Prep pagi Bergantung arahan Pengetua 8. 10.30-11.30pm Aktiviti bebas Outing bergilir-gilir antara pelajar lelaki dan perempuan. Bergantung kepada jadual yang ditetapkan pihak sekolah. Bil Waktu Aktiviti Catatan 1. 5.30-6.00am Bangun pagi 2. 6.00-6.30am Sembahyang Subuh Bacaan Al-Ma’thurat Tertakluk kepada waktu Subuh 3. 6.30-7.00am Sarapan Pagi Persiapan Diri Pada minggu tidak pulang bermalam. 4. 7.00-9.00am Aktiviti gotong-royong Persiapan untuk inspection. 5. 9.00-10.00 Inspection dorm 6. 10.00-12.00pm Prep pagi 7. 12.30-1.30pm Makan tengahari 8. 1.30-5.00pm Aktiviti bebas 9. 7.10-8.00pm Solat Maghrib Tadarus 10. 8.00-10.00pm Prep Malam 11. 10.00-10.20pm Solat Isyak 12. 10.20-11.20pm Mengemas dorm Pengurusan diri 13. 11.20-11.30 Bacaan AL-Mulk Lights Off
15 15.2 Bangun Pagi Semua pelajar dikehendaki bangun pagi pada pukul 5.15 pagi Asrama akan dibunyikan siren oleh pengawas yang bertugas bagi mengejutkan para pelajar Suatu pasukan di bawah pimpinan SIS akan ditubuhkan bagi membantu pergerakan pengawas 15.3 Persiapan Diri Pelajar dikehendaki mandi dan bersiap-siap untuk ke solat Subuh Para pelajar dikehendaki mengemas katil dan pastikan barang-barng berada dalam keadaan terurus 15.4 Solat Subuh dan Tadarus Pada pukul 6.00 pagi , para pelajar dikehendaki mengosongkan asrama dan beredar ke surau untuk solat Subuh Iqamah akan dilaungkan tepat pada pukul 6.05 pagi “Skuad Solat” bertanggungjawab untuk memastikan semua pelajar menghadiri solat Subuh dengan mengadakan rondaan di sekitar asrama sebelum solat Subuh bermula Aktiviti tadarus dijalankan selepas solat Subuh Diketuai oleh imam Subuh Membaca sekurang-kurangnya 1 helai muka surat AlQuran (bergantung kepada kesempatan) 15.5 Skuad Solat Ditubuhkan di bawah kelolaan Semashur Islamic Society (SIS) Ahlinya terdiri daripada kalangan naqib dan naqibah
16 Pergerakannya dikawal penuh oleh badan pengawas sekolah Peranan dan tujuan penubuhan: Mengejutkan pelajar bangun pagi Mengerahkan para pelajar untuk menunaikan solat Memastikan tiada pelajar yang tidur di surau sewaktu prep petang berjalan Memastikan waktu solat dilaksanakan mengikut waktu yang ditetapkan Catatan: PELAJAR ADALAH DILARANG SAMA SEKALI UNTUK TIDUR SELEPAS SUBUH, TERUTAMANYA PADA HARI PERSEKOLAHAN. 15.6 Kosongkan Asrama Waktu-waktu untuk mengosongkan kawasan asrama adalah seperti berikut: - 7.00 am: Asrama perlu dikosongkan dan para pelajar dikehendaki bergerak ke sekolah - 7.00 pm: Asrama perlu dikosongkan dan para pelajar perlu bergerak ke surau untuk menunaikan solat maghrib Pada waktu persekolahan asrama tidak akan dibuka sehingga waktu solat Asar. Para pelajar tidak dibenarkan untuk pulang ke asrama tanpa alasan dan asrama akan dikunci. Bagi aspuri, asrama akan dibuka pada pukul 2.30 hingga 2.45 petang bagi pelajar yang uzur sahaja. Pelajar-pelajar lain tidak dibenarkan pulang ke asrama. 16.0 TATACARA PERHIMPUNAN PAGI 16.1 Perhimpunan Rasmi Perhimpunan pagi akan bermula pada pukul 7.30 pagi bagi hari Isnin sehingga 8.20 pagi.
17 Perhimpunan akan dijalankan di tapak perhimpunan atau di Dewan Titiwangsa. Susunan para pelajar akan dirombak. Para pelajar perlu beratur mengikut rumah masing-masing. Pelajar putera berbaris di bahagian kanan manakala pelajar puteri akan berbaris di bahagian kiri. Pengasingan dilakukan bagi membuat pembahagian dibahagian tengah bagi membenarkan laluan untuk para guru Para pelajar duduk di atas dataran selepas nyanyian dan ikrar selesai sepanjang perhimpunan dijalankan Pergerakan pelajar semasa perhimpunn adalah tertakluk kepada arahan komander yang bertugas pada hari tersebut 16.2 Perhimpunan Pagi Pada hari Selasa , Khamis dan Jumaat perhimpunan pagi akan bermula pada pukul 7.10 pagi dan akan tamat pada pukul 7.30 pagi Perhimpunan akan dijalankan di Dataran Semashur Susunan pelajar adalah seperti yang dinyatakan di atas Kelas yang terlibat dengan aktiviti sukan dikehendaki berbaris di bahagian kiri hujung sekali Perhimpunan dijalankan berdasarkan sistem ketenteraan di mana pergerakan pelajar semasa perhimpunan adalah berdasarkan kepada arahan komander yang bertugas pada hari tersebut Selepas komander mengeluarkan arahan keluar baris, para pelajar boleh terus bergerak ke kelas masing-masing untuk sesi PNP Para pengawas bertanggungjawab memastikan semua pelajar berada dalam keadaan terkawal 16.3 Perhimpunan Hari Rabu Pada hari Rabu perhimpunan akan bermula pada 7.10 pagi hingga pukul 8.05 pagi
18 Pada hari Rabu, semua pelajar diwajibkan memakai uniform, (tidak dibenarkan memakai baju-t) mengikut persatuan unit beruniform masing-masing Para pelajar dikehendaki berbaris mengikut pasukan unit beruniform masing-masing Perhimpunan dijalankan berdasarkan sistem ketenteraan di mana pergerakan pelajar semasa perhimpunan adalah berdasarkan kepada arahan komander yang bertugas pada hari tersebut Selepas komander mengeluarkan arahan keluar baris, para pelajar boleh terus bersurai ke kelas masing-masing untuk sesi PNP Perhimpunan perlu dijalankan dalam Bahasa Inggeris pada waktu-waktu berikut: - setiap hari Selasa - sepanjang minggu pertama dan ketiga - sepanjang bulan Mac,Julai dan September 17.0 SESI PNP PNP akan bermula sejurus sahaja selepas perhimpunan tamat Selepas perhimpunan semua pelajar dikehendaki terus bergerak ke kelas Waktu – waktu sesi PNP adalah seperti berikut: - Hari Isnin : 8.20 pagi – 2.10 ptg - Hari Selasa, Khamis : 7.30 pagi – 2.30 ptg - Hari Rabu : 7.30 pagi – 2.10 ptg - Hari Jumaat : 7.30 pagi – 11.50 tgh Sesi PNP adalah tertakluk kepada sebarang perubahan pihak atasan 17.1 Solat Zohor, makan tengah hari dan persiapan pelajar Iqamah akan dilaungkan 10 minit selepas tamat sesi pembelajaran di sekolah Semua pelajar dikehendaki solat berjemaah
19 Selepas selesai menunaikan solat, semua pelajar dibenarkan untuk pergi ke dewan makan untuk makan tengah hari Selepas makan, pelajar dibenarkan untuk merehatkan diri atau melakukan apa-apa aktiviti sebelum tiba masa prep petang 18.0 PREP 18.1 Prep Petang Prep petang bermula pada pukul 3.15 petang Prep petang dijalankan di kelas masing-masing Pada waktu prep petang, para pelajar dibenarkan untuk membuat perbincangan atau berdiskusi bersamasama rakan-rakan Para pelajar dikehendaki hadir ke prep petang dengan berpakaian lengkap sekolah Prep petang tamat pada pukul 4.30 petang dan para pelajar tidak dibenarkan keluar dari kelas lebih awal daripada waktu yang ditetapkan Selepas prep petang tamat, semua pelajar dikehendaki terus bergerak ke surau untuk menunaikan solat Asar Iqamah akan dilaungkan pada 5.00 petang Semasa prep petang dijalankan , para pelajar tidak dibenarkan untuk berkeliaran di kawasan sekolah. Kantin dan surau perlulah dikosongkan pada waktu tersebut 18.2 Solat Asar, bacaan Ma’thurat dan persiapan diri Iqamah akan dilaungkan 10 minit selepas tamat prep petang Semua pelajar diwajibkan untuk solat berjemaah Selepas selesai solat Asar, semua pelajar dikehendaki membaca Al- Ma’thurat dengan diketuai oleh imam pada solat tersebut. Selepas selesai bacaan Ma’thurat, para pelajar dibenarkan untuk keluar dari surau dan pergi dewan
20 makan atau pulang ke asrama untuk bersiap sebelum pergi riadah 18.3 Riadah atau aktiviti bebas Riadah bermula pada pukul 5.30 petang Riadah adalah tidak wajib untuk semua pelajar Bagi pelajar yang tidak beriadah, dibenarkan melakukan aktiviti bebas seperti membasuh baju dan lain-lain Bagi pelajar yang turun beriadah, wajib pulang ke asrama pada pukul 6.30 petang 18.4 Persiapan diri dan makan malam Selepas selesai riadah semua pelajar dikehendaki pulang ke asrama dan membuat persiapan diri seperti mandi dan lain-lain Kemudian, semua pelajar dibenarkan untuk pergi ke dewan makan untuk makan malam Tepat pada pukul 7.00 petang, dewan makan perlulah kosong dan semua pelajar dikehendaki pergi ke surau untuk bersiap sedia sebelum menunaikan solat maghrib 18.5 Solat Maghrib, Tadarus dan Tazkirah Solat Maghrib akan bermula tepat pada pukul 7.30 petang bagi membenarkan semua pelajar berkumpul dan menunaikan solat bersama-sama Semua pelajar wajib menunaikan solat secara berjemaah Selepas solat maghrib , tadarus Al- Quran akan di ketuai oleh imam Para jemaah akan membaca ayat-ayat Al- Quran bersama-sama imam Membaca sekurang –kurangnya satu helai muka surat Selepas selesai tadarus Al-Quran , semua pelajar dikehendaki duduk sebentar dan mendengar bacaan
21 tazkirah yang akan dilkukan oleh imam pada hari tersebut 18.6 Prep Malam Prep malam bermula pada pukul 8.00 malam iaitu sejurus sahaja para pelajar keluar daripada surau Semua pelajar diwajibkan berada di kelas dan tidak dibenarkan untuk berkeliaran di sekitar kawasan sekolah Para pelajar tidak dibenarkan untuk membuat perbincangan Prep malam adalah khusus untuk membaca buku Para pelajar perlu hadir ke prep malam dengan berpakaian lengkap Lelaki: - baju melayu dan seluar slack hitam. - baju kemeja - kasut hitam/sandal bertali - tidak dibenarkan memakai selipar jepun, kain pelikat atau baju tidak berkolar Perempuan: - baju kurung - bertudung hitam - berkasut/sandal bertali. - tidak dibenarkan memakai tudung selain daripada tudung hitam. Prep malam tamat pada pukul 10.00 malam untuk pelajar tingkatan 1 dan 2, 10.30 malam untuk pelajar tingkatan 3,4 dan 5. Para pelajar tidak dibenarkan untuk keluar daripada masa yang ditetapkan Para pelajar tidak dibenarkan berada di kelas melebihi pukul 11.00 malam dan dikehendaki terus pulang ke asrama
22 18.7 Solat Isyak dan minum malam Selepas tamat prep malam, semua pelajar dikehendaki untuk terus pergi ke surau Iqamah akan dilaungkan 10 minit selepas tamat prep malam iaitu pda pukul 10.45 malam Para pelajar diwajibkan menunaikan solat Isyak secara berjemaah Selepas menunaikan solat, para pelajar dibenarkan untuk pergi ke dewan makan atau pulang ke asrama Para pelajar tidak dibenarkan berada di dewan makan selepas pukul 11.00 malam kecuali bagi para pelajar tingkatan 3 dan 5 yang menerima makanan tambahan 18.8 Mengemas dorm dan persiapan diri Para pelajar dikehendaki mengemas dorm supaya keadaan dorm pada hari esok terkawal Para pelajar perlu membuat persiapan diri seperti menggosok baju dan menguruskan diri untuk persekolahan pada hari esok 18.9 Bacaan Al- Mulk Bacaan Al-Mulk dimulakan pda pukul 11.15 malam Bacaan dilakukan secara berjemaah iaitu setiap ahli dorm dikehendaki membentuk halaqah 18.10Lights off Semua dorm dikehendaki lights off pada pukul 11.30 malam Biro petempatan setiap dorm perlu melaporkan bilangan ahli dorm ke bilik pengawas dan memastikan bilangan ahli dorm mencukupi dan tiada pelajar yang tidak pulang ke asrama pada waktu yang ditetapkan 18.11Inspection dorm Inspection dorm akan dijalankan pada setiap hari Ahad dan dilakukan oleh pengawas Inspection dorm akan bermula pada pukul 9.00 pagi
23 Selepas sahaja pulang dari solat Subuh, para pelajar dikehendaki membersihkan dorm dan kawasan asrama mengikut tugasan yang diagihkan Semasa pemeriksaan dijalankan, aspek yang diambil kira ialah kebersihan dorm, kawasan dan kelengkapan keperluan pelajar Semasa pemeriksaan dijalankan, para pelajar dikehendaki memastikan semua barang yang akan diperiksa oleh pengawas disediakan Semua pelajar dikehendaki memakai pakaian lengkap outing Inspection dorm akan dijalankan sehingga pukul 10.00 pagi 18.12 Prep pagi Sabtu Para pelajar dikehendaki mengosongkan kawasan asrama pada pukul 8.00 pagi iaitu sejurus sahaja tamat pemeriksaan dorm oleh para pengawas Prep pagi dijalankan di kelas masing-masing Semua pelajar tidak dibenarkan untuk berkeliaran di kawasan sekolah Prep pagi tamat pada pukul 10.30 pagi dan para pelajar dibenarkan untuk beredar dari kelas untuk aktiviti bebas.
24 ASRAMA 19.0 ASRAMA Terdapat 4 blok asrama. Asrama berikut terbahagi kepada dua iaitu Asrama putera dibahagikan kepada 5 rumah iaitu: a) Aras bawah blok Razali Ismail- Ar- Razi b) Aras 1 blok Razali Ismail - Al - Biruni c) Aras 2 Razali Ismail - Al - Farabi d) Aras 1 blok Ungku Aziz - Al - Khindi e) Aras 2 blok Ungku Aziz - Al - Battani Asrama Puteri : a) Aras bawah blok Sharifah Mazlina – Ar-Razi b) Aras 1 blok Sharifah Mazlina - Al-Khindi c) Aras 2 blok Sharifah Mazlina - Al-Farabi d) Aras bawah blok Zetty Akhtar Aziz – Al-Razi e) Aras 1 blok Zetty Akhtar Aziz - Al-Biruni f) Aras 2 blok Zetty Akhtar Aziz - Al-Batani Setiap aras mempunyai dorm, bilik,bilik air,bilik basuh, bilik dobi, bilik menggosok baju. Setiap asrama putera dan puteri dilengkapi dengan bilik rehat, bilik tv, bilik study dan ampaian. Pelawat-pelawat dan pelajar-pelajar lelaki tidak dibenarkan masuk ke asrama puteri. Pelajar- pelajar tidak dibenarkan masuk ke dalam asrama pada: a) Masa persekolahan b) Waktu di antara sesi persekolahan dan kelas persediaan petang c) Waktu kelas persediaan petang d) Semasa sembahyang berjemaah, pelajar perempuan yang uzur dibenarkan berada di kelas
25 dan ruang tamu di setiap blok sehingga jam 8 malam e) Waktu sembahyang jemaah dan programprogram yang diadakan di surau f) Program-program rasmi sekolah Lampu di dorm dan bilik khas hanya boleh dinyalakan pada waktu berikut sahaja: Isnin – Jumaat : 5.30pagi – 6.50 pagi : 6.50 petang – 7.00 malam : 10.30 malam – 11.30 malam Sabtu : 8.00 malam – 12.00 malam Ahad : 8.00 malam – 11.30 malam (Ikut keadaan semasa dengan kebenaran warden) Membasuh dan menggosok baju boleh dilakukan pada Isnin – Jumaat : 5.30 pagi – 6.45 pagi : 4.30 petang – 5.30 petang Sabtu : 5.30 pagi – 7.05 pagi : 10.30 pagi – 6.30 petang Ahad : 5.30 petang – 8.00 pagi : 12.30 tgh – 6.30 petang Menjemur baju Isnin – Jumaat : 5.30 pagi – 6.45 pagi : 4.30 petang – 5.30 petang a) Pelajar –pelajar tidak dibenarkan menyidai pakaian di beranda, cermin tingkap, katil, bilik gosok dan bilik setor. b) Semua pakaian di ampaian mestilah diangkat selewat-lewatnya jam 6.30 petang. Pelajar yang gagal berbuat demikian akan didenda c) Pelajar-pelajar dilarang menyidai sebarang pakaian dalam di koridor Bilik membasuh, bilik rehat dan bilik setor tidak boleh digunakan selepas jam 11.30 malam
26 19.1 Kebersihan Dorm dan Bilik Khas a. Semua pelajar dikehendaki membersihkan dorm pada setiap masa b. Pemeriksaan dorm/kamar akan dilakukan warden bertugas dan pengawas asrama pada setiap hari (7.00 pagi) c. Mana-mana dorm didapati tidak memuaskan dari segi kebersihan, ketua dorm berkenaan akan dipanggil pulang untuk membersihkannya d. Pemeriksaan rasmi dorm akan dilakukan pada hari Sabtu oleh warden-warden bertugas dan pengawas asrama (8.00- 8.30) 19.2 Waktu Senyap (Silent Hours) Suasana senyap dan tenteram hendaklah diwujudkan sepanjang masa terutama pada masa-masa berikut: a) Setiap malam : 11.30 malam – 5.30 pagi Semasa ‘silent hours’ semua pelajar a) Mesti berada di dorm atau bilik masing-masing b) Tidak dibenarkan berada di kelas, bilik bacaan, kantin dan lain-lain tempat c) Tidak dibenarkan membuat bising Tindakan tegas akan diambil terhadap pelajar – pelajar yang melanggar peraturan dengan memotong markah rumah sebanyak 5 markah bagi setiap kes. Kecuali dengan kebenaran guru bertugas atau warden bertugas. 19.3 Keluar Hujung Minggu / “Outing: dengan keluarga a. Outing adalah pada hari Sabtu berselang antara putera dan puteri b. Outing bersama keluarga dibenarkan mengikut masa yang telah ditetapkan.
27 c. Kebenaran outing mestilah diperoleh daripada Ketua Warden / warden bertugas pada hari Rabu minggu berkenaan. Kebenaran outing akan terbatal jika pelajar mengenakan pakaian selain daripada ditetapkan d. Pelajar yang pulang lewat melebihi pukul 6.00 petang akan diambil tindakan seperti berjalan kaki balik ke asrama. e. Outing adalah hak dan budi bicara pihak sekolah dan bukan hak pelajar f. Pelajar yang sengaja meniru tandatangan /’initial’ Ketua Warden / warden bertugas akan dikenakan tindakan. g. Jika ada keperluan yang sangat mendesak atau penting, pelajar boleh memohon kebenaran untuk outing daripada Ketua Warden / warden bertugas h. Pelajar puteri hendaklah keluar dalam kumpulan sekurang-kurangnya 2 orang bagi tujuan keselamatan. i. Semasa di bandar, pelajar tidak dibenarkan menukar baju outing dengan baju t- shirt atau sebagainya, dan tidak dibenarkan ke bar, kedai permainan video atau tempat perjudian atau tempat yang tidak sepatutnya dikunjungi pelajar. 19.4 Pulang bermalam a. Pelajar hanya dibenarkan balik ke rumah pada cuti penggal persekolahan atau pada hari – hari yang ditentukan oleh Pengetua. b. Sekiranya berlaku kecemasan, ibu bapa penjaga hendaklah mengemukakan permohonan bertulis atau berhubung terus melalui telefon kepada Pengetua, Penolong Kanan, Penolong Kanan (HEM), Penolong Kanan (Ko), Ketua Warden . c. Pelajar hendaklah pulang ke sekolah sebelum atau pada 6.00 petang pada hari yang ditetapkan. d. Setiap kali keluar, pelajar hendaklah menyerahkan kad pulang bermalam ke pondok pengawal dan mengambil semula apabila pulang ke sekolah.
28 e. Kebenaran pulang bermalam adalah khas untuk bersama keluarga dan tidak boleh digunakan untuk menjalankan aktiviti berkumpulan persendirian tanpa seliaan sekolah. 19.5 Balik Cuti Sakit Hanya pelajar yang mendapat cuti sakit selama tiga hari atau lebih sahaja yang dibenarkan balik ke rumah dengan kebenaran Pengetua. 19.6 Pelawat a. Ibu bapa atau penjaga dibenarkan berjumpa anak mereka pada hari: i. Sabtu ( 11.00 pagi hingga 6.00 ptg) ii. Ahad dan cuti umum ( 11.00 pagi hingga 6.00 ptg) b. Ibu bapa tidak dibenarkan masuk ke dalam dorm yang dianggap kawasan larangan. c. Pihak sekolah mempunyai hak untuk melarang manamana pelawat untuk berjumpa dengan pelajar tanpa memberi apa-apa sebab. d. Pelawat mesti memakai kad pelawat di balai pengawal keselamatan sebelum dibenarkan melawat. 19.7 Kebersihan Asrama dan Penggunaan Alat serta Kemudahan a) Pelajar tidak dibenarkan berpindah atau bertukar bilik kecuali dengan kebenaran Ketua Warden. b) Almari hendaklah dipasang mangga dan berkunci setiap masa bagi tujuan keselamatan. c) Tidak dibenarkan menyidai pakaian di beranda, cermin tingkap, katil atau koridor d) Tidak dibenarkan merendam pakaian dan kasut di dalam sinki. e) Bilik membasuh dan bilik rehat tidak boleh digunakan selepas pukul 11.00 malam pada hari persekolahan.
29 f) Dilarang menggunting rambut di dalam dorm, koridor ataupun tandas, kawasan lapang di belakang asrama boleh digunakan g) Lampu semua bilik asrama hendaklah dipadamkan tepat pukul 11.30 malam kecuali bilik yang mendapat kebenaran khas. h) Tidak dibenarkan membawa peralatan – peralatan yang dilarang dibawa ke asrama.( sila rujuk lampiran 3). i) Tidak dibenarkan menyambung alat elektrik ke manamana lighting atau plug point. j) Alat elektrik yang menggunakan kuasa elektrik / punca elektrik berplug. k) Pelajar tidak dibenarkan sama sekali balik ke asrama pada masa pelajaran sedang dijalankan atau masa kelas persediaan. l) Lampu dan kipas hendaklah ditutup apabila pelajar meninggalkan bilik/dorm. m) Pelajar tidak dibenarkan sama sekali membetul atau mengusik lampu atau kipas sambungan elektrik, kerosakan hendaklah segera dilaporkan kepada Penyelia Asrama, warden, Setiausaha Asrama, Ketua Warden atau Pihak Pentadbir. n) Pelajar tidak dibenarkan mengusik atau mengalih alat pemadam api. o) Pelajar hendaklah menggunakan kemudahan asrama dengan cermat. p) Pelajar bukan sahaja dihukum malahan pihak sekolah tidak akan bertanggungjawab sekiranya berlaku apaapa kemalangan akibat daripada melanggar peraturan perkara (m) di atas. q) Tempoh penggunaan telefon awam ialah sehingga pukul 11.30 malam
30 19.8 Telefon a. Waktu menggunakan telefon: Isnin – Khamis : 4.30 ptg – 6.45 ptg Sabtu : 4.00 ptg – 6.45 ptg : 8.00 mlm – 11.00 mlm Ahad : 12.30tgh – 6.45 ptg b. Pelajar-pelajar diingatkan supaya menjaga kebersihan dan kebersihan dan keselamatan telefon dan tempat telefon (phone booth) 19.9 Bilik Rehat / Televisyen Dan Bilik Bacaan a. Bilik rehat dan TV hendaklah sentiasa dijaga kebersihannya oleh semua pelajar yang menggunakannya b. Kerusi dan sofa hendaklah sentiasa disusun dengan kemas c. Akhbar dan majalah hendaklah dibaca di dalam bilik bacaan sahaja. Letak dan susun akhbar dan majalah tersebut di tempat yang disediakan setelah membacanya c. Alatan permainan dalam seperti catur dan carom hendaklah digunakan dalam bilik bacaan sahaja d. Pelajar dihadkan menonton TV pada waktu berikut: a) Isnin – Jumaat : 5.30 ptg – 6.30 ptg b) Sabtu : 10.00 pg – 6.30 ptg : 9.00 mlm – 12.00 mlm e. Semua pelajar berhak menggunakan kemudahan di bilik rehat, TV, bilik bacaan. Tiada tempat duduk boleh dibuat. f. Barang-barang kepunyaan pelajar tidak boleh ditinggalkan di atas meja bilik bacaan dan bilik rehat. 19.10Bilik Rehat dan Kebersihannya a. Bilik rehat dan TV hendaklah sentiasa kemas dan dijaga kebersihnnya . b. Surat khabar dan majalah hendaklah dibaca di bilik bacaan sahaja. Letakkan dan susun surat khabar dan
31 majalah di tempat yang disediakan setelah membacanya. c. Alat indoor games seperti catur, carom dan lain-lainnya hendaklah digunakan di dalam bilik rehat sahaja. d. Menonton TV dan menggunakan bilik bacaan hendaklah pada waktu yang dibenarkan oleh pihak sekolah sahaja. 19.11Surau Dan Ibadat Sembahyang a. Semua pelajar diwajibkan menunaikan sembahyang fardu lima waktu sehari. b. Sembahyang berjemaah wajib diamalkan di Surau AsSykirin. c. Surau hendaklah digunakan untuk kegiatan ibadat dan agama shaja. d. Dilarang tidur atau berbual-bual di dalam surau. e. Sejadah dan tikar hendaklah dilipat dan disusun setelah digunakan. f. Kitab-kitab hendaklah disusun rapi di dalam almari atau rak setelah digunakan. g. Keceriaan, kebersihan dan kesucian surau hendaklah dijaga sepanjang masa. h. Pelajar hendaklah sentiasa memakai kopiah atau songkok semasa menunaikan solat. 20.0 PERATURAN MASUK KE DEWAN MAKAN a. Pelajar hanya dibenarkan masuk ke dewan makan pada waktu berikut: 1. sarapan pagi ( 6.30 pg – 7.00 pg ) 2. makan tengah hari Isnin – Khamis ( 2.10 ptg ) Jumaat ( 12.00 tgh ) Sabtu /Ahad ( 12.00 tgh ) 3. makan malam ( 6.00 – 7.00 ptg ) 5. minum malam ( 10.00-10.30 mlm )
32 b. Loceng akan dibunyikan lima minit sebelum waktu makan berkenaan. c. Pelajar dikehendaki beratur di depan dewan makan dan masuk ke dewan makan bila loceng kedua dibunyikan. d. Pelajar mestilah memakai pakaian yang telah ditetapkan dalam etika berpakaian sekolah setiap kali masuk dewan makan. Pelajar yang memakai pakaian yang basah tidak dibenarkan sama sekali masuk ke dewan makan. e. Doa sebelum dan selepas makan hendaklah dibaca. f. Belajar dikehendaki keluar dengan beratur melalui pintu dewan makan yang ditetapkan setiap kali selepas makan. g. Sisa makanan hendaklah dibuang ke dalam tong yang disediakan dan bukan ke dalam sinki atau longkang, di atas meja atau lantai. h. Cawan dan bekas makanan hendaklah dihantarkan ke tempat yang disediakan selepas makan . i. Pelajar tidak dibenarkan masuk ke dalam dapur dewan makan pada bila-bila masa pun. j. Pelajar dikehendaki senyap, tenteram dan bersopan sepanjang masa makan. k. Air sejuk dan air masak boleh diambil waktu makan tengah hari dan waktu makan malam. l. Dilarang sama sekali mengambil makanan untuk pelajar lain. m. Pelajar dilarang sama sekali membawa makanan serta peralatan dewan makan seperti pinggan atau gelas ke asrama. n. Pelajar juga dilarang memakai selipar, kasut bola dan kasut kawad masuk ke dewan makan. 21.0 BILIK SAKIT ( HOSPITAL WING ) DAN PENJAGAAN KESIHATAN a. Setiap pelajar hendaklah sentiasa berusaha menjaga kesihatan diri dengan mengamalkan gaya hidup sihat.
33 b. Pelajar-pelajar yang sakit mesti melaporkan diri dengan segera kepada guru yang sedang mengajar/warden / Penyelia Asrama (Kesihatan) sebelum ditempatkan di bilik sakit atau dibawa ke klinik. c. Bilik sakit ialah untuk kegunaan pelajar-pelajar yang disahkan sakit sahaja. d. Semua pelajar yang sakit mestilah tidur di bilik sakit setelah mendapat kebenaran Penyelia Asrama (Kesihatan)/ warden. e. Mereka tidak boleh keluar dari bilik sakit / bilik yang dikhaskan tanpa kebenaran Penyelia Asrama (Kesihatan)/ warden. f. Makanan untuk mereka yang sakit akan diuruskan supaya dibawa ke bilik sakit. g. Pelajar-pelajar yang hendak ke klinik/ hospital perlulah memberitahu Penyelia Asrama (kesihatan). Pelajar – pelajar akan dibawa ke klinik / hospital oleh pekerja asrama (bilik sakit) yang ditugaskan, dengan menaiki kenderaan sekolah. h. Pelajar –pelajar yang disahkan menghidap penyakit berjangkit seperti sakit mata, penyakit kulit, beguk dan lain-lain akan dikuarantinkan bilik sakit atau dinasihatkan bercuti di rumah masing-masing. i. Pelajar yang sakit tidak dibenarkan langsung balik ke rumah bersendirian melainkan dengan kenderaan sekolah , dijemput oleh ibu bapa atau penjaga atau dengan kebenaran pihak sekolah tetapi di atas tanggungan sendiri. 21.1 Kebersihan dan Kesihatan Diri a. Setiap pelajar hendaklah menjaga kesihatan diri masing-masing. b. Rambut pelajar lelaki hendaklah nipis iaitu bahagian belakangnya hendaklah dinipiskan, tidak mencecah dahi, telinga dan tengkuk. Rambut sentiasa diminyak dan disikat kemas. Rambut yang berfesyen keterlaluan adalah dilarang.(sila rujuk lampiran 1)
34 c. Pelajar lelaki tidak dibenarkan bermisai, berjambang, dan berjanggut. d. Rambut pelajar perempuan bukan Islam hendaklah sentiasa kemas dan diikat dengan reben. e. Pakaian hendaklah sentiasa bersih. f. Kuku mestilah pendek dan bersih serta tidak boleh diwarnakan. 21.2 Sakit dan penyakit berjangkit a) Pelajar yang sakit dan tercedera hendaklah melaporkan segera kepada penyelia asrama (kesihatan), warden bertugas, guru bertugas, ketua warden untuk tindakan. b) Pelajar yang menghidap penyakit berjangkit hendaklah melaporkan segera kepada pihak sekolah. c) Untuk tinggal di bilik sakit, pelajar hendaklah mendapat kebenaran daripada guru bertugas (waktu sekolah), wareden bertugas (selepas waktu sekolah), atau penyelia asrama (kesihatan) dengan mengisi borang yang disediakan. d) Guru bertugas / warden bertugas / penyelia asrama akan menguruskan penghantaran pelajar yang sakit ke hospital atau klinik. e) Pelajar tidak dibenarkan pergi ke klinik secara persendirian, jika pelajar berkenaan mahukan rawatan secara persendirian hendaklah membawa ibu / bapa atau penjaga dan mestilah mendapat kebenaran terlebih dahulu daripada ketua warden / penolong kanan HEM, penolong kanan, penolong kanan (KO) atau pengetua.
35 SEKOLAH 22.0 PERATURAN DI KAWASAN SEKOLAH. a. Pelajar dikehendaki berpakaian seragam sekolah selengkapnya pada setiap hari persekolahan dan bila berada di kawasan sekolah dan bangunan sekolah pada waktu yang ditetapkan. b. Pelajar dikehendaki berada di tempat perhimpunan tepat jam 7.10 pagi. Pelajar dikehendaki beratur dan senyap apabila masuk ke kelas masing-masing. c. Berjalan-jalan tanpa tujuan di beranda, tangga dan lain-lain kawasan sekolah adalah dilarang. d. Pelajar adalah tidak dibenarkan memasuki makmal, bengkel, perpustakaan, bilik guru, pejabat, bilik-bilik khas tanpa guru berkenaan. e. Pelajar yang pergi ke makmal atau kelas pendidikan jasmani dan lain-lain urusan dikehendaki berjalan dengan teratur dan senyap. f. Bilik darjah, makmal, bengkel, perpustakan, dewan sekolah, kantin, bilik khas dan lain-lain hendaklah dijaga kebersihannya oleh pelajar. g. Dilarang membuang sampah merata-rata dalam kawasan sekolah. h. Pelajar dilarang merosakkan harta benda sekolah. i. Pelajar di sesebuah kelas bertanggungjawab menjaga keselamatan diri dan peralatan kelasnya. j. Alatan di makmal sains, bengkel yang dirosakkan dan dihilangkan hendaklah diganti oleh pelajar berkenaan. k. Memasuki kawasan sekolah terutamanya bilik darjah, dewan sekolah, kantin, makmal, bengkel, perpustakan, bilik khas dan lain-lain, di luar pada waktunya atau dengan tanpa kebenaran guru, adalah dikira menceroboh dan pelajar boleh dikenakan tindakan disiplin termasuk digantung persekolahannya.
36 22.1 Penggunaan Dewan Titiwangsa. a. Dewan Titiwangsa boleh digunakan untuk permainan, pementasan atau ceramah yang dianjurkan oleh pihak sekolah, dengan syarat perlulah mendapat kebenaran terlebih dahulu. b. Kebenaran menggunakan dewan mestilah diperolehi terlebih dahulu daripada Pengetua / Pen. Kanan / Pen. Kanan HEM / Pen. Kanan (Ko) melalui guru penasihat. c. Untuk kegunaan pementasan, kuiz dan ceramah, pengguna bertanggungjawab atas kekemasan dan kebersihan selepas penggunaannya. d. Pelajar dan persatuan yang menggunakan dewan sekolah dikehendaki mematuhi peraturan berikut: * Bertanggungjawab atas keselamatan harta benda yang ada dalam dewan. * Membersih dan mengemas dewan selepas digunakan. * Tutup semua pintu dan kunci selepas digunakan. * Dilarang sama sekali membawa masuk makanan dan minuman ke dalam dewan. * Sebarang penggunaan alatan siaraya perlulah dirujuk terlebih dahulu kepada guru yang bertanggungjawab atau pihak ‘quarter master’ yang bertauliah. * Pelajar dikehendaki berpakain kemas dan lengkap apabila menghadiri upacara di dewan. Pelajar tidak dibenarkan berjalan-jalan di sekitar koridor dewan semasa upacara rasmi sedang dijalankan. * Pelajar tidak dibenarkan memakai selipar, kasut bola atau kasut kawad masuk ke dewan sekolah. 22.2 Kantin Sekolah a. Kantin merupakan tempat untuk pelajar makan dan minum di kawasan sekolah. b. Waktu pelajar boleh membeli makanan di kantin adalah seperti berikut:
37 b.i Hari Persekolahan i. Waktu rehat hari persekolahan ii. Waktu tamat persekolahan sehingga 3.00 petang iii. Waktu riadah sebelum azan solat Maghrib iv. Waktu tamat prep malam sehingga jam 10.45 malam b.ii Hari Sabtu, Ahad atau Cuti Umum. i. Setelah selesai aktiviti di asrama contohnya ‘inspection asrama’ sehingga jam 10.00 malam. ii. Setelah selesai aktiviti di sekolah contohnya prep pagi sehingga jam 10.00 malam. c. Pelajar yang berada di kantin selain dari waktu di atas adalah dikira menceroboh kawasan larangan dan boleh dikenakan tindakan disiplin. d. Pelajar dikehendaki menjaga kebersihan semasa di kantin. Segala sampah hendaklah dibuang ke dalam tong sampah. Segala peralatan milik pengusaha kantin seperti pinggan, gelas, sudu atau garpu yang telah digunakan hendaklah dimasukkan ke dalam basin yang disediakan. e. Pelajar dikehendaki beratur semasa membeli makanan. Dilarang berebut-rebut semasa membeli makanan dan minuman. Pelajar juga dilarang membuat bising yang keterlaluan. f. Pelajar tidak dibenarkan memakai selipar, kasut bola atau kasut kawad masuk ke kantin sekolah. 23.0 PENGGUNAAN BAS, COASTER DAN VAN a. Bas, coaster dan van sekolah boleh ditempah oleh persatuan melalui guru penasihat kepada Pengetua. b. Semasa menggunakan kenderaan tersebut, pelajar hendaklah menjaga keselamatan diri dan mengikut nasihat guru penasihat serta pemandu.
38 c. Pelajar hendaklah beratur semasa menaiki bas dan coaster, demikian juga ketika turun. d. Pelajar lelaki adalah sama sekali tidak dibenarkan duduk di sebelah pelajar perempuan semasa berada dalam kenderaan sekolah. Pelajar terbabit boleh dikenakan tindakan disiplin atas tuduhan berdua-duaan. e. Pihak sekolah berhak menolak sebarang permohonan tanpa memberi apa-apa sebab. 24.0 PENGGUNAAN BILIK-BILIK KHAS a. Bilik khas ditakrifkan sebagai bilik yang telah dikhaskan bagi satu tujuan seperti makmal bahasa asing, bilik s/u peperiksaan, s/u disiplin, pusat sumber, perpustakaan, bilik komputer, bilik di surau dan sebagainya. b. Bilik-bilik ini hanya boleh digunakan dengan kebenaran khas Pengetua atau guru penyelia yang menjaga bilik berkenaan dengan syarat di bawah pengawasan guru. c. Pelajar adalah dilarang sama sekali menyimpan kunci kepada bilik-bilik khas sama ada dengan atau tanpa kebenaran guru. 25.0 BILIK KOMPUTER a. Pelajar dibenarkan memasuki bilik komputer hanya bagi tujuan pembelajaran dengan seliaan guru. b. Penggunaan oleh kelab atau persatuan mestilah mendapat kebenaran daripada Pengetua atau Guru ICT, melalui guru penasihat. Penggunaannya mestilah diawasi sepanjang masa oleh guru penasihat. c. Pelajar tidak dibenarkan membawa masuk sebarang software, disket, cd rom atau bahan-bahan lain kecuali dengan kebenaran Guru ICT.
39 HAL-HAL LAIN 26.0 BAYARAN SEKOLAH a. Kadar dan jenis bayaran sekolah akan diberitahu melalui pekeliling yang diedarkan semasa pendaftaran pelajar di sekolah ini. b. Bayaran dibayar melaui bank secara online. Sila serahkan slip bank bayaran kepada guru tingkatan. c. Pelajar juga perlu membayar derma PIBG yang dikenakan bagi tujuan kecemerlangan sepanjang belajar di sekolah ini. 26.1 Berjumpa pengetua / penolong kanan / ke pejabat a. Pelajar dibenarkan berjumpa dengan Pengetua setelah mendapat kebenaran daripada penolong kanan HEM terlebih dahulu. 26.2 Melaporkan perbuatan yang melanggar peraturan sekolah / asrama a. Adalah menjadi tanggungjawab kepada semua pelajar melaporkan apa-apa perbuatan yang dilakukan oleh manamana pelajar atau kumpulan pelajar yang bertentangan dengan peraturan sekolah / asrama. b. Laporan boleh dibuat kepada ketua warden, waerden bertugas bagi perbuatan yang berlaku di asrama dan guru pengawas / disiplin bagi yang berlaku di sekolah. 26.3 Keselamatan harta benda a. Setiap pelajar bertanggungjawab di atas keselamatan harta benda masing-masing. b. Pelajar tidak dibenarkan membawa senjata atau alat-alat yang boleh digunakan sebagai senjata di sekolah. c. Pelajar tidak dibenarkan membawa barang berharga. Pihak sekolah tidak bertanggungjawab atas apa-apa kehilangannya.
40 d. Pada satu masa seorang pelajar hanya dibenarkan menyimpan RM. 20.00 sahaja dalan simpanan. Wang yang lebih hendaklah diserahkan kepada warden dengan cara yang ditetapkan atau disimpan di koperasi sekolah. e. Pihak sekolah akan merampas apa-apa harta benda pelajar yang pada pendapat sekolah yang dilarang atau tidak sepatutnya dibawa ke sekolah. KO-KURIKULUM 27.0 KO KURIKULUM 27.1 Persatuan / kelab akademik a. Setiap pelajar diwajibkan menjadi ahli sekurang kurangnya satu persatuan atau kelab akademik tetapi tidak lebih daripada dua. b. Semasa menjalankan aktiviti persatuan, pelajar hendaklah memakai pakaian seragam sekolah atau pakaian persatuan atau kelabnya. 27.2 Pasukan beruniform a. Setiap pelajar diwajibkan menjadi ahli kepada salah satu pasukan beruniform sekolah. b. Semasa menjalankan aktiviti beruniform, pelajar hendaklah memakai uniform pasukannya. 27.3 Permainan a. Setiap pelajar diwajibkan memilih dan bermain sekurangkurangnya satu permainan.
41 DISIPLIN 28.0 HUKUMAN a. Apabila seorang pelajar atau kumpulan pelajar didapati bersalah melakukan perbuatan melanggar peraturan sekolah dan asrama, maka hukuman berikut boleh dikenakan keatasnya :- i. Teguran, nasihat, kaunseling ii. Amaran iii. Denda iv. Rotan v. Gantung persekolahan vi. Buang sekolah vii. Laporan kepada pihak polis viii. Lain-lain hukuman yang difikirakan munasabah oleh Pengetua atau guru yang telah diturunkan kuasa secara rasmi. (Sila rujuk Lampiran 5) 28.1 Nasihat a. Diberikan kepada pelajar-pelajar yang melakukan kesalahankesalahan kecil buat kali pertama. Untuk kesalahankesalahan berat nasihat juga diberikan di samping hukumanhukuman lain seperti kelas tahanan. Pelajar juga akan dikehendaki menghadiri program Kaunseling sekolah. (sila rujuk Lampiran 6). 28.2 Amaran a. Diberikan kepada peljar-pelajar yang melakukan kesalahankessalahan kecil berulang kali di samping hukuman atau denda lain yang setimpal dengan kesalahan.
42 b. Hukuman amaran ini dikategorikan kepada :- i. Amaran pertama ii. Amaran kedua iii. Amaran keras dan makluman kepada waris c. Ada kesalahan yang dilakukan mengakibatkan pelajar-pelajar dihukum tanpa memberi apa-apa amaran terlebih dahulu. 28.3 Denda a. Denda merupakan hukuman atau bayaran tertentu yang dikenakan kepada pelajar-pelajar yang melakukan kesalahan yang difikirkan oleh sekolah wajar menerima hukuman tersebut. b. Denda ini juga mungkin dikenakan bersama dengan hukuman-hukuman lain bergantung kepada berat ringannya kesalahan yang dilakukan. Kerja-kerja kebajikan, gotongroyong adalah salah satu dari bentuk denda. c. Denda ini berterusan sehingga pelajar-pelajar yang terlibat menunjukkan perubahan dari segi sikap, disiplin dan prestasi akademik. 28.4 Rotan a. Hukuman rotan dikenakan kepada pelajar-pelajar yang melakukan kesalahan-kesalahan sekiranya nasihat dan amaran tidak berkesan. b. Hukuman rotan di kategorikan sebagai berikut:- i. Rotan 1 kali dan makluman kepada waris ii. Rotan 2 kali dan makluman kepada waris iii. Rotan 3 kali dan surat perjanjian daripada waris c. Hukuman rotan ini dikenakan mengikut jenis kesalahan yang dilakukan berat ringannya kesalahan itu dan kekerapan ia dilakukan. d. Hukuman rotan juga boleh dikenakan kepada pelajar-pelajar yang melakukan kesalahan tanpa memberi amaran terlebih dahulu.
43 28.5 Digantung sekolah a. Tindakan ini diambil ke atas pelajar-pelajar apabila :- i. Semua hukuman awal yang dikenakan tidak memberikan kesan dan tidak mengubah pembentukan sikap dan displin pelajar tersebut. ii. Pelajar-pelajar yang melakukan kesalahan besar dan berat boleh menyebabkan hukuman gantung sekolah dikenakan terus tanpa amaran lagi. b. Hukuman gantung dikategorikan sebagai berikut :- i. Digantung 5 hari persekolahan dengan surat perjanjian daripada waris. ii. Digantung sekolah 14 hari dengan surat perjanjian kepada waris. 28.6 Dibuang sekolah a. Pelajar-pelajar boleh dibuang sekolah sekiranya melakukan kesalahan-kesalahan besar dan berat berulang kali dan telah dikenakan segala hukuman lain sebelum ini tetapi masih tidak menunjukkan sebarang perubahan atau sebarang kesan positif.Pelajar yang belum pernah menerima sebarang hukuman juga boleh dibuang sekolah sekiranya kehadirannya di sekolah boleh mengancam ketenteraman sekolah dan menjatuhkan imej sekolah di mata umum. 28.7 Dilaporkan kepada pihak polis a. Sekiranya didapati seseorang pelajar terlibat dengan penyalahgunaan dadah atau terlibat dengan kes-kes yang dianggap berat dan serius serta membahayakan, pelajar berkenaan akan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan seterusnya b. Pelajar tersebut juga akan terlucut haknya sebagai pelajar sekolah ini
44 PUSAT SUMBER SEKOLAH 29.0 PERATURAN-PERATURAN AM PUSAT SUMBER 1. Pengguna dimestikan memakai kad pelajar semasa di pusat sumber 2. Sunyi senyap dwajibkan. Sebarang bentuk perbincangan tidak dibenarkan. Pengawas Pusat Sumber berhak menyuruh mana-mana pengguna keluar dari pusat sumber sekiranya membuat bising 3. Beg, fail berzip, payung atau bungkusan tidak boleh dibawa masuk 4. Makanan dan minuman adalah dilarang di dalam Pusat Sumber Sekolah 5. Semua buku dan tas tangan mestilah ditunjuk untuk diperiksa di pintu keluar 6. Pengguna sentiasa dikehendaki berpakaian sekolah atau berpakaian kemas 7. Sesiapa yang didapati mengoyak/merosakkan atau mencuri buku pusat sumber akan dikenakan tindakan tatatertib 8. Tempahan tempat duduk tidak dibenarkan 9. Pengguna dikehendaki meletakkan semua buku-buku yang telah digunakan di atas troli berhampiran dan pastikan meja kosong sebelum beredar keluar 10. Peralatan dan perabot Pusat Sumber tidak dibenarkan dialih daripada tempat yang ditetapkan. Kerusi hendaklah disusun di tempat asal 11. Pengguna tidak dibenarkan tidur di pusat sumber 12. Sebarang alat elektronik yang berbunyi seperti walkman tidak dibenarkan dibawa masuk ke pusat sumber. 29.1 Syarat-syarat peminjaman 1. Kad keahlian a) Kad keahlian adalah perlu sebelum pelajar dibenarkan meminjam bahan perpustakaan (keterangan lanjut sila hubungi guru pusat sumber)
45 2. Pinjaman umum & buku bertanda merah a) Pinjaman perlu dibuat di kaunter perkhidmatan di pusat sumber. Kad pelajar mesti diserahkan kepada pengawas bertugas untuk urusan peminjaman. Jurnal-jurnal dan bahan rujukan tidak boleh dipinjam. Pengguna dilarang menggunakan kad pelajar orang lain bagi segala urusan perkhidmatan 3. Hak pinjaman dan tempoh i. pelajar - 2 buah / 7 hari ii. guru - 3 buah / 7 hari 4. Pembaharuan a) Bahan di dalam pinjaman boleh dibaharui tarikhnya kecuali bahan yang telah ditempah oleh pengguna lain. Pembaharuan perlu dibuat sebelum tarikh tamat sesuatu pinjaman 5. Pemulangan a) Tarikh pemulangan buku ada dicop pada setiap buku. Pemulangan mest dibuat di kaunter perkhidmatan sebelum atau pada tarikh yang ditetapkan 6. Denda atau kehilangan buku a) Buku yang lewat dipulangkan akan dikenakan denda bagi setiap hari/buku. Kutipan bayaran dibuat di kaunter perkhidmatan oleh pengawas bertugas dengan mengeluarkan resit. Kadar denda adalah seperti berikut: i. buku rak terbuka -10 sen sehari/buku ii. buku tanda merah- 50 sen sehari/buku b) Laporkan segera sekiranya anda kehilangan bahan yang dipinjam. c) Pengguna akan diminta menggantikan bahan atau membayar kos buku yang hilang
46 SYARAT-SYARAT PINJAMAN BUKU TEKS 30.0 SYARAT – SYARAT PINJAMAN BUKU TEKS 1. Setiap pinjaman itu diharapkan mendapat satu set buku yang lengkap yang mengandungi semua perkara 2. Buku teks SPBT mestilah dibalut dengan plastik yang baik mutunya dalam masa satu minggu selepas buku-buku itu diterima. Pembalutnya digantikan setelah tidak sesuai lagi 3. Nombor buku dan nama peminjam hendaklah ditulis di bahagian atas kanan pembalut 4. Jika didapati buku-buku itu koyak, peminjam mestilah membaiki sendiri. Alat-alat membaiki ada disediakan di bilik SPBT 5. Peminjam-peminjam mestilah mengisi ruangan yang disediakan di kulit buku itu. 6. Buku-buku SPBT tidak boleh ditulis dengan sebarang alat penulisan melainkan arahan daripada guru berkenaan 7. Buku-buku pinjaman yang hilang mestilah dilaporkan kepada guru SPBT dan diganti dalam masa dua minggu selepas diketahui kehilangan buku tersebut 8. Buku gantian yang hilang hendaklah jenis yang sama dan mestilah baik keadaan fizikalnya 9. Peminjam-peminjam yang tidak dapat mencari penggantian buku yang hilang akan didenda. Denda-denda adalah seperti berikut: a) membayar harga buku mengikut harga semasa b) pembayaran hendaklah dibuat di pejabat sekolah dengan kenyataan bertulis 10. guru-guru yang menerima sebarang buku dari SPBT untuk tingkatan atau desk copy mestilah menulis a) nama buku, pengarang dan penerbit b) nama peminjam yang penuh c) tingkatan yang mengajar d) haribulan/ tarikh e) tandatangan
47 11. Segala penyerahan buku-buku SPBT hanya dibuat melalui guru tingkatan sahaja 12. Pemulangan buku SPBT akan dijalankan dalam masa satu minggu selepas berakhirnya peperiksaan akhir tahun 13. Tandatangani borang-borang SPBT (3 salinan) di ruangan pemulangan, mestilah dibuat setelah semua pemulangan selesai 14. Segala peminjaman dan pemulangan buku-buku SPBT mestilah melalui guru tingkatan yang bertanggungjawab berdasarkan boring SPBT 15. Pelajar-pelajar yang mengingkari peraturan SPBT tersebut akan ditarik kembali buku-buku pinjaman 16. Untuk perhatian, tingkatan peperiksaan (buku-buku pinjamam SPM) pemulangan buku hendaklah ditulis nama peminjam dan jumlahnya sekali. Sekiranya buku hilang hendaklah diganti atau didenda mengikut arahan denda Fasal 9(b). Segala penyerahan mestilah dibuat di pejabat sekolah/ bilik guru SPBT 17. Untuk perhatian guru-guru tingkatan, dapatkan daripada guru SPBT perkara-perkara berikut: a) Empat salinan borang SPBT dan fail b) Sebuah buku catatan pinjaman murid 18. Dapatkan bilangan murid yang layak dalam Skim Pinjaman dan tuliskan namanama murid mereka dalam buku catatan. Aturkan nama mengikut Jadual Kedatangan 19. Catatan sementara penyerahan buku-buku SPBT mestilah dibuat catatan/ salinan Borang SPBT. Senarai buku-buku di ruang SPBT mestilah mengikut aturan perkara (subjek yang tersusun di buku penyata/ Rekod Kemajuan Murid) segala catatan atau masalah pinjaman mestilah dituliskan dalam buku catatan sementara yang diberikan 20. Empat borang SPBT mestilah diisikan dengan lengkap dan diserahkan kepada guru SPBT dua minggu setelah menerima buku-buku SPBT 21. Senaraikan nama buku-buku yang patut digunakan untuk tindakan anda yang
48 tiada dalam stok SPBT dan serahkan secepat mungkin kepada guru SPBT supaya dapat dipesan 22. Guru-guru yang bertukar tingkatan atau bertukar sekolah hendaklah menyerahkan tanggungjawab kepada guru pengganti dan membuat laporan ringkas pada buku catatan dan memberitahu guru SPBT dengan segera PERATURAN MAKMAL 31.0 PANDUAN DAN LANGKAH – LANGKAH KAWALAN KESELAMATAN MAKMAL 31.1 Pendahuluan Keselamatan makmal merupakan langkah-langkah keselamatan yang seharusnya diambil semasa menghadapi apa juga keadaan semasa berada atau menggunakan makmal sains 31.2 Rasional SEMASHUR merupakan sekolah berasrama penuh yang beraliran sains tulin. Oleh itu makmal sains sentiasa digunakan dalam PNP 31.3 Objektif Memastikan makmal sains selamat digunakan oleh guru dan pelajar Memastikan bahan ujikaji dan peralatan sains mencukupi serta berada dalam keadaan baik untuk digunakan
49 31.4 Tanggungjawab pelajar Penggunaan makmal mestilah mendapat kebenaran daripada guru/pembantu makmal yang bertugas Berhati-hati menggunakan bahan kimia berlabel Peralatan yang digunakan hendaklah di dalam keadaan baik dan selamat Melapor segera kepada pembantu makmal tentang kerosakan alatan Penggunaan bahan-bahan kimia mestilah dengan pengetahuan dan kebenaran guru/pembantu makmal Sekiranya berlaku kecemasan, jangan panik, patuhlah kepada arahan keselamatan yang telah ditetapkan Murid adalah dicegah/ dilarang sama sekali menyentuh, mengusik dan mengubah alatan/ bahan yang sedia ada tanpa arahan/kebenaran guru Murid dilarang bermain, membuat bising atau berkelakuan tidak senonoh semasa berada di makmal Murid dinasihatkan supaya mematuhi peraturan makmal sains Jika berlaku kebakaran, murid mestilah menggunakan alatan kebakaran api yang tersedia 31.5 Tanggungjawab guru Guru memberi taklimat kepada semua warga sekolah untuk memahami undang-undang dan peraturan yang telah ditetapkan oleh sekolah Guru mestilah memastikan sistem kecemasan di makmal dipatuhi dan difahami Guru hendaklah memeriksa saluran gas dari semasa ke semasa Guru hendaklah memastikan alat pemadam api dan peralatan sains yang digunakan dalam keadaan baik dan selamat digunakan Jika berlaku kemalangan patuh kepada peraturan dan arahan yang ditetapkan
50 32.0 PERATURAN MAKMAL 32.1 Peraturan am Makmal dan bilik persediaan ialah kawasan larangan. Sesiapa pun tidak dibenarkan masuk ke dalam mana-mana makmal melainkan dengan kebenaran guru Peralatan sains dan bahan kimia atu bahan biologi tidak boleh dibawa keluar daripada makmal tanpa kebenaran guru Peralatan sains, bahan kimia atau biologi hanya boleh digunakan atas arahan dan panduan guru Eksperimen tidak boleh dilakukan tanpa pengetahuan dan kebenaran guru Semua peralatan sains, bahan kimia atau bahan biologi yang telah digunakan hendaklah dikembalikan di tempat asalnya Semua radas hendaklah dibersihkan sebelum dan selepas digunakan Setiap kerosakan, pecahan atau kemalangan hendaklah dilaporkan dengan segera kepada guru yang bertanggungjawab ataupun kepada kakitangan makmal Dilarang bermain-main dengan segala peralatan dan kelengkapan di dalam makmal Kepingan-kepingan kertas tidak boleh digunakan untuk menghidupkan api penunu Bunsen Kayu mancis dan benda-benda lain yang masih berbara hendaklah dipadamkan dahulu sebelum dibuang ka dalam tong sampah Beg pelajar tidak dibenarkan dibawa masuk ke dalam bilik makmal dan bilik persediaan Air pili di dalam makmal tidak boleh diminum Langkah-langkah keselamatan hendaklah dipatuhi setiap masa Tindakan disiplin akan dikenakan ke atas pelajar yang mencuri peralatan sains, bahan kimia atau bahan biologi
51 32.2 Kebersihan makmal Kebersihan makmal hendaklah selalu dijaga Kayu mancis, kertas turas atau sebarang sampah dalam bentuk pepejal hendaklah dibuang ke dalam tong sampah yang disediakan. Jangan buang ke dalam atau di bawah sinki/ besen penakung air Sinki hendaklah dibersihkan selepas membuat sesuatu ujikaji Meja hendaklah dikeringkan dan dibersihkan selepas setiap kali percubaan/ ujikaji Makmal hendaklah dibersihkan dan dikemas selepas digunakan Bangku-bangku hendaklah disusun di bawah meja dengan kemas dan rapi sebelum meninggalkan makmal 32.3 Penggunaan bahan kimia Bahan-bahan kimia hanya boleh digunakan di bawah jagaan dan arahan guru yang bertanggungjawab Label dan kenyataan pada botol hendaklah dibaca dengan teliti untuk memastikan bahawa bahan kimia yang digunakan itu adalah betul Gunakan sedikit sahaja bahan kimia semasa membuat pemerhatian kerana sedikit sahaja bahan kimia adalah mencukupi untuk memberi pemerhatian yang jelas. Jangan membazirkan bahan kimia Gunakan spatula untuk mengambil bahan kimia pepejal atau serbuk. Jangan sekali-kali menggunakan jari tangan Botol yang mengandungi bahan kimia hendaklah ditutup semula dengan segera setelah diambil bahannya Jangan masukkan kepingan-kepingan kertas seperti kertas litmus atau bahan-bahan pepejal lain ke dalam botol bahan uji Bahan kimia biasanya adalah beracun dan menghakis. JANGAN SEKALI-KALI MERASA DENGAN LIDAH SEBARANG BAHAN KIMIA WALAUPUN BAHAN ITU LARUTAN YANG CAIR.