The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by pojiecivic, 2023-02-12 23:22:17

BUKU PERATURAN DAN UNDANG2 SEMASHUR

buku pdf

Keywords: PERATURAN SEKOLAH

52 Jika termasuk ke dalam mulut sebarang asid atau alkali, hendaklah diludahkan keluar dengan serta merta dan basuhlah mulut dengan air paip kepadanya 32.4 Kecemasan dan kemalangan Laporkan sebarang kecemasan dan kemalangan kepada guru yang bertanggungjawab atau kepada penjaga makmal dengan serta-merta Jika pakaian terbakar, JANGAN CEMAS DAN LARI DENGAN TIADA KETAHUAN. Baringlah menggolek di atas lantai sehingga api dipadamkan dengan selimut Gunakan api pertolongan cemas dengan pengetahuan guru PERINGATAN PIHAK SEKOLAH TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB ATAS APA-APA KEJADIAN YANG TIDAK DIINGINI SEKIRANYA SEORANG PELAJAR ITU TIDAK MEMATUHI PERATURAN DAN LANGKAH-LANGKAH KESELAMATAN MAKMAL SEPERTI YANG DINYATAKAN.


53 PERINGATAN Setiap pelajar yang melakukan kesalahan tidak semestinya menerima hukuman atau denda mengikut susunan tertibnya. Hukuman atau denda yang dikenakan adalah mengambil kira kesalahan yang dilakukan, sama ada kesalahan kecil atau kesalahan besar dan berat. Dengan perintah, ......................................................................... (TN HAJI NOR PAIZIN BIN IBRAHIM) PENGETUA, SEKOLAH MENENGAH SAINS HULU SELANGOR, HULU YAM BHARU, 44300 BATANG KALI, SELANGOR.


54 LAMPIRAN LAMPIRAN 1 POTONGAN RAMBUT PELAJAR PUTERA KETERANGAN 1. Rambut hadapan tidak melebihi separuh dahi. 2. Rambut tepi tidak menyentuh telinga. ’Side-burn’ paras cuping telinga bahagian atas. 3. Rambut belakang tidak menyentuh kolar baju.


55 Lampiran 2 Pakaian Seragam Sekolah Pelajar Lelaki Pakaian Seragam Sekolah Pelajar Perempuan


56 LAMPIRAN 3 BARANG-BARANG YANG DILARANG DARI DIBAWA KE ASRAMA 1. Sebarang jenis senjata, pisau atau alatan tajam 2. Telefon bimbit, Tv , komputer riba,permainan video, discman,mp4,radio yang menggunakan lebih daripada 2 buah bateri, pengecas bateri. 3. Seterika, cerek elektrik, pemanas air atau cerek dan alatan elektrik yang lain 4. Alatan pertukangan seperti penukul, pemutar skru dan lainlain 5. Majalah hiburan, majalah atau novel berunsur lucah 6. Daun terup dan permainan berunsur judi 7. Bahan-bahan penerbitan, lambang, bendera parti –parti politik 8. Pakaian yang tidak bersopan 9. Sebarang jenis racun serangga seperti aerorol, elektrik dan lain-lain 10. Poster-poster serta gambar yang tidak sopan dan tidak ada kena mengena dengan pendidikan 11. Barang-barang lain yang tidak sesuai dan tidak perlu dibawa ke asrama PERHATIAN: Sebarang alat atau bahan bacaan yang berbentuk hiburan dilarang sama sekali dibawa ke kawasan sekolah. Warden serta guru-guru serta pengawas berhak merampas dan menyimpan barang-barang larangan yang dirampas daripada pelajar sehingga tamat tempoh yang ditentukan.


57 LAMPIRAN 4 Perkara-perkara tatatertib yang dianggap menjadi KESALAHAN BESAR dan BERAT yang menjejaskan masa hadapan pelajar dan boleh DISINGKIRKAN DENGAN SEGERA dari sekolah ini tanpa amaran adalah seperti berikut: (KP 8543/Vol.2/ (55) - Surat Pekeliling Ikhtisas. Bil 9/1975) 1. Menjadi ahli dalam pertubuhan/ persatuan haram atau antinasional, anti- social dan anti- agama 2. Memiliki senjata merbahaya dengan niat jahat 3. Memukul pengetua , guru-guru , pengawas atau pelajar lain 4. Mengancam dan melawan Pengetua, guru-guru, pengawas – pengawas ,pelajar –pelajar dan kakitangan sekolah 5. Melanggar peraturan-peraturan dan undang-undang Negara, negeri, Kementerian Pendidikan dan sekolah 6. Menulis dan memberi sebarang maklumat dalam surat khabar dan majalah tanpa mendapat kebenaran dari pihak berkuasa sekolah 7. Sengaja merosakkan harta kerajaan atau sekolah(vandelisme) 8. Sengaja merosakkan harta persendirian guru-guru, Guru Besar, Pengetua, kakitangan sekolah dan murid-murid lain 9. Mencuri, menyamun,merompak dan memeras ugut 10. Mengancam dan menghasut murid-murid lain agar bergaduh atau membuat kacau-bilau atau merusuh. 11. Menghisap dan mengedar rokok 12. Mengambil atau mengedar dadah 13. Berjudi 14. Minum minuman keras atau memabukkan 15. Masih membantah hukuman guru atau Pengetua walaupun telah diberi amaran lebih daripada 3 kali 16. Menujukkan sifat dan kelakuan bongkak, bangga diri, sombong dan membuat penghinaan kepada murid-murid lain, guru-guru, Pengetua dan kakitangan sekolah 17. Sengaja menimbulkan perkara-perkara sensitif dengan tujuan supaya berlaku pergaduhan dan perpecahan kaum


58 18. Melanggar peraturan-peraturan tatatertib atau disiplin atau menangkis yang menurut budi bicara pengetua sebagai perlanggaran tatatertib atau disiplin yang berat 19. Ponteng kelas, sekolah-sekolah, sukan, ko-kurikulum, kelas persediaan petang dan malam atau kelas tahanan(DC) 20. Melakukan perbuatan raging atau suai kenal atau orientasi atau buli atau penyeksaan atau penghambaan dan lain-lain perbuatan yang seumpamanya ke atas murid-murid baru atau murid-murid dari tingkatan yang lebih rendah. Murid yang melakukan perbuatan-perbuatan ini akan diberhentikan dari sekolah ini tanpa amaran lagi. Rujuk KP 8542/07/jld. XI (85). Pekeliling Ikhtisas Bil: 4/1978. 21. Berasmara dan lain-lain perbuatan jahat dan sumbang antara lelaki dan perempuan sama ada dalam mahupun luar kawasan sekolah 22. Anti kerajaan , anti ketua –ketua negara, anti pemimpinpemimpin dan taat setia kepada negara 23. Tidak menghormati Lagu Kebangsaan, Lagu Negeri dan Lagu Sekolah 24. Menjatuhkan imej dan nama baik sekolah dengan perbuatanperbuatan mahupun tulisan atau lisan 25. Menjadi batu api supaya ibu bapa atau waris bergaduh 26. Memiliki dan menyebarkan sebarang jenis hasil penulisan dari badan-badan luar yang tidak mendapat kebenaran dari Kementerian Dalam Negeri, Jabatan Perdana Menteri atau Jabatan Agama Islam Negeri


59 Lampiran 5 KOD KESALAHAN SEKOLAH BERASRAMA PENUH KOD KESALAHAN / PERLAKUAN TINGKAHLAKU JENAYAH 111 Berjudi 112 Mencuri, memecah masuk kawasan larangan sekolah 113 Melawan/mengancam/memukul/mencederakan guru 114 Melawan/memukul/mencederakan pengawas 115 Memeras ugut 116 Membuli 117 Menganggotai kumpulan haram / kongsi gelap 118 Menyalahgunakan dadah 119 Membawa senjata berbahaya 120 Mencabul kehormatan 121 Mengancam/memukul/mencederakan pelajar lain 122 Menceroboh bilik khas/kedai/koperasi/pejabat sekolah/asrama 123 Mengedar dadah 124 Menunjuk perasaan / berpiket 125 Bertaruh secara besar-besaran 126 Bertumbuk dengan pelajar lain 127 Menganjur aktiviti yang tidak dibenarkan 128 Menyusup keluar asrama tanpa kebenaran sekolah TINGKAH LAKU LUCAH 221 Bercumbu-cumbuan 222 Berkhalwat 223 Bawa bahan lucah ke sekolah 224 Mengintai pelajar perempuan 225 Menggunakankata/perbuatan lucah 226 Melukis gambar-gambar/ menulis kata-kata lucah 227 Dating TINGKAHLAKU KEKEMASAN DIRI 331 Berambut panjang bagi lelaki, fesyen rambut keterlaluan 332 Berkuku panjang 333 Memakai pakaian tidak mengikut peraturan sekolah tiada tanda nama baju kurung tidak dikancing seluar berfesyen tidak memakai tali leher tidak memakai stoking/stoking selain warna putih


60 memakai kemeja berwarna dalam pakaian sekolah tidak memakai baju sukan ketika waktu PJK memakai pakaian luar untuk kegiatan sekolah tidak memasukkan kemeja 335 Memakai barang perhiasan ke sekolah memakai barang kemas, rantai emas 336 Membawa barang-barang tidak dibenarkan radio/walkman/charger/telefon bimbit/mp4 gambar/poster artis/model cermin mata hitam/teropong bahan kosmetik/minyak wangi majalah hiburan/komik pita video/VCD/kaset 337 Memakai selipar / sandal (kecuali dengan kebenaran) 338 Tidak memakai stokin putih 340 Kuku berwarna 245 Memakai baju tanpa kolar di dewan makan 246 Tidak memakai stoking ketika menelefon TINGKAH LAKU TIDAK MEMENTINGKAN MASA 441 Berkeliaran di kawasan sekolah 442 Datang lewat ke sekolah 443 Lewat perhimpunan 444 Makan di kantin di luar waktu rehat 445 Lewat pulang ke asrama (pulang bermalam) 446 Tidur dalam kelas *lewat pulang ke asrama (keluar mingguan) 447 Bermain di dalam bilik darjah atau di kaki lima 448 Lewat mengahantar tugasan/kerja rumah 449 Berada di kantin sebelum/selepas waktu rehat *lewat ke aktiviti rasmi 450 Keluar dari kawasan sekolah/asrama tanpa kebenaran*lewat untuk berjemaah TINGKAH LAKU KURANG SOPAN DAN BIADAP 551 Berkelakuan kasar terhadap guru 552 Berkelakuan kasar terhadap pengawas 553 Berbahasa kasar terhadap pelajar lain 554 Berbahasa kesat dan kasar 555 Menyimpan rokok 556 Menghisap rokok 557 Mengganggu pengajaran dan pembelajaran* tidak menghormati guru 558 Tidak menghormati pengawas 559 Membuat kacau ganggu


61 560 Tidak mematuhi arahan guru 562 Terlibat aktiviti yang mencemarkan nama baik sekolah TINGKAH LAKU MUSNAH 661 Merosakkan harta benda sekolah 662 Merosakkan harta benda Pengetua/guru-guru 663 Merosakkan harta benda kantin sekolah 664 Merosakkan harta benda pelajar lain 665 Merosakkan harta benda asrama 666 Melakukan pembaziran air atau elektrik*melakukan aktiviti yang boleh merosakkan/harta benda 667 Menyalahgunakan/menbawa peralatan elektrik 668 Mengotorkan bangunan /kawasan sekolah 669 Mengotorkan kelas TINGKAH LAKU TIDAK JUJUR/MENIPU 771 Menipu yang melibatkan wang 772 Menipu yang melibatkan kepercayaan 773 Meniru semasa ujian/peperiksaan*membawa peralatan yang tidak dibenarkan di sekolah/asrama 774 Tidak sembahyang berjemaah 775 Tidak puasa PONTENG 881 Ponteng kelas 882 Ponteng sekolah 883 Ponteng perhimpunan 884 Ponteng aktiviti luar bilik darjah/ko-kurikulum 885 Ponteng ujian 886 Ponteng peperiksaan 887 Ponteng kelas persediaan 888 Ponteng asrama(fly) 889 Ponteng /lewat solat berjemaah 890 Ponteng aktiviti SIS 891 Solat dalam dorm KENAKALAN (HOOLIGANISM) LAIN-LAIN


62 Lampiran 6 KESALAHAN BERAT KATEGORI A KOD KESALAHAN A1 Memiliki, menyimpan,membawa senjata atau benda atau alat-alat yang boleh dianggap berbahaya A2 Memiliki,menyimpan,mengedar dan menghisap rokok ( surat pekeliling Ikhtisas Bil 6/1975 dan 7/1975) A3 Berjudi atau bermain permainan yang berunsurkan perjudian A4 Ponteng sembahyang berjemaah, usrah, sembahyang terawih,sembahyang jumaat tanpa sebab yang munasabah A5 Tidak berpuasa tanpa alasan yang munasabah A6 Mencuri/mengambil dan menggunakan barang kepunyaan orang lain tanpa kebenaran A7 Mengedar,memiliki,menyimpan membaca,atau mendengar bahanbahan lucah A8 Menjadi ahli pertubuhan haram A9 Menulis atau membuat kenyataan surat khabar tanpa kebenaran A10 Sengaja merosakkan harta benda sekolah / kerajaan A11 Sengaja merosakkan harta benda persendirian guru, kakitangan sekolah,dan pelajar A12 Mengedar,menghisap,menyimpan atau terlibat dalam kegiatan penyalahgunaan dadah (surat pakaliling Ikhtisas Bil 6/1875 dan 7/1975) A13 Minum atau menyimpan minuman keras atau sebarang bentuk benda yang memabukkan A14 Memukul,mengancam,atau mengugut pelajar lain A15 Melakukan perbuatan ‘ragging’ atau peloncoan atau ‘suai kenal’ atau ‘orientasi’ atau ‘bully’ atau ‘penyeksaan atau ‘penghambaan’ dan lain-lain perbuatan yang seumpamanya ke atas pelajar-pelajar baru atau pelajar-pelajar tingkatan yang lebih rendah. Pelajarpelajar yang melakukan perbuatan-perbuatan ini akan diberhentikan dari sekolah ini tanpa amaran. A16 Menceroboh kawasan larangan A17 Menghasut atau mengetuai tindakan-tindakan yang boleh melanggar disiplin dan peraturan sekolah A18 Memiliki dan menyebarkan sebarang jenis hasil penulisan dari bahan-bahan luar yang tidak mendapat kebenaran dari Kementerian Dalam Negeri, Jabatan Perdana Menteri dan Jabatan Agama Islam A19 Masih membantah hukuman guru, sekalipun sudah tiga atau empat amaran


63 A20 Menunjukkan sikap bongkak, atau membuat penghinaan kepada kakitangan sekolah, guru,dan pengetua A21 Sengaja menimbulkan sesuatu perkara yang sensitif dengan tujuan menimbulkan kacau bilau dan perpecahan kaum A22 Memukul Pengetua, guru-guru, pengawas, pelajar lain A23 Mengancam atau melawan Pengetua, guru-guru, pengawaspengawas, pelajar-pelajar atau kakitangan sekolah A24 Melanggar peraturan-peraturan dan undang-undang Negara, Negeri, Kementerian Pendidikan A25 Berasmara dan lain-lain perbuatan jahat dan sumbang antara lelaki dengan perempuan sama ada di dalam mahupun di luar sekolah A26 Anti kerajaan , Anti ketua-ketua negara, Anti pemimpin-pemimpin dan tidak taat setia kepada negara A27 Tidak menghormati lagu kebangsan, lagu negeri,dan lagu sekolah A28 Menjatuhkan imej dan nama baik sekolah dengan perbuatanperbuatan mahupun tulisan atau lisan A29 Menjadi batu api supaya ibu bapa bergaduh A30 Melakukan sebarang kesalahan berat kategori B untuk kali ke empat A31 Melanggar peraturan-peraturan tatatertib yang menurut budi bicara Pengetua sebagai perlanggaran tatatertib yang berat A32 Lain-lain kesalahan yang difikirkan termasuk dalam kategori ini oleh Lembaga Disiplin dari masa ke semasa HUKUMAN UNTUK KESALAHAN BERAT KATEGORI A KESALAHAN PERTAMA SAMA ADA a) Digantung persekolahan selama 2 minggu b) Menandatangani surat perjanjian dan ikat jamin berkelakuan baik oleh ibu/bapa/penjaga dengan seorang saksi semasa melapor diri untuk diterima semula selepas tamat tempoh penggantungan c) Hilang kelayakan untuk mendapat surat sokongan Pengetua d) Ibu/bapa/penjaga dimaklumkan ATAU a) Dibuang dari sistem persekolahan SBP b) Hilang kelayakan untuk mendapatkan surat sokongan Pengetua


64 KESALAHAN BERAT KATEGORI B KOD KESALAHAN B1 Membakar mercun atau bunga api B2 Menyalahguna peralatan elektrik di asrama atau bangunan sekolah, membuat sambungan, pendawaian haram di bangunan sekolah B3 Membawa masuk tetamu dari luar ke kamar asrama tanpa kebenaran B4 Berpasangan secara meragukan B5 Tidak amanah, menipu dan berbohong B6 Ponteng sebarang acara/ aktiviti rasmi sekolah/asrama yang telah dijadualkan B7 Keluar dari kawasan sekolah tanpa kebenaran B8 Keluar dari kawasan sekolah tanpa memakai pakaian lengkap sekolah atau pakaian yang dibenarkan oleh pihak sekolah B9 Pulang lewat ke asrama selepas keluar ke bandar atau balik bermalam dari masa yang telah ditetapkan B10 Mengedar, menghisap rokok, termasuk rokok elektronik Surat Siaran KPM Bilangan 17 Tahun 2015 B11 Melakukan kesalahan ringan bagi kali keempat dan dimasukkan ke dalam kategori ini oleh Lembaga Disiplin dari masa ke semasa HUKUMAN UNTUK KESALAHAN BERAT KATEGORI B KESALAHAN PERTAMA a) Dirotan 2 kali oleh Pengetua b) Diberi amaran keras c) Ibu bapa/penjaga dimaklumkan KESALAHAN KEDUA a) Dirotan 2 kali oleh Pengetua b) Diberi amaran keras c) Ibu bapa/penjaga dimaklumkan KESALAHAN KETIGA a) Dirotan 2 kali oleh Pengetua b) Hilang kelayakan untuk mendapatkan surat sokongan Pengetua c) Ibu bapa/penjaga dimaklumkan KESALAHAN KEEMPAT a) Digantung persekolahan 2 minggu b) Menandatangani perjanjian dan ikat jamin berkelakuan baik oleh ibu bapa/ penjaga dengan seorang saksi semasa melapor diri untuk diterima semula selepas tamat penggantungan c) Hilang kelayakan untuk mendapatkan surat sokongan Pengetua d) Ibu bapa/penjaga dimaklumkan


65 KESALAHAN BERAT KATEGORI C KOD KESALAHAN C1 Menyimpan misai, janggut dan jambang C2 Berambut panjang atau menyerupai kumpulan tertentu C3 Bermain di dalam bilik asrama atau di dalam bilik darjah C4 Membawa keluar sebarang peralatan bilik darjah seperti meja, kerusi atau seumpamanya tanpa kebenaran Pengetua/ Penolong Kanan/ guru C5 Membawa sebarang peralatan dewan makan seperti pinggan, gelas dan cerek ke asrama C6 Keluar dari bilik darjah tanpa sebab munasabah ketika kelas / kelas persediaan sedang berjalan C7 Tidak berada di dewan makan semasa makan tanpa sebab munasabah C8 Berada di kantin sekolah pada waktu persekolahan (kecuali waktu rehat) dan kelas persediaan petang atau malam C9 Berada di bilik sakit tanpa kebenaran C10 Memiliki/ menggunakan alat permainan sekolah tanpa kebenaran C11 Menggunakan alat hiburan yang boleh mengganggu ketenteraman asrama C12 Berpindah katil untuk tidur C13 Tidak mematuhi peraturan makmal/bengkel C14 Memakai barang kemas C15 Memasuki bilik guru tanpa kebenaran C16 Makan/minum di dalam bilik darjah C17 Makan/minum di dalam bilik darjah tanpa kebenaran Pengetua/ Penolong Kanan/ guru C18 Melakukan pembaziran elektrik C19 Lewat turun dari asrama semasa kelas pagi, kelas persediaan petang,riadah petang, kelas persediaan malam dan sebarang acara rasmi sekolah atau asrama C20 Lewat pergi sembahyang Jumaat C21 Tidak memakai pakaian sekolah lengkap C22 Membuka baju semasa kelas persediaan petang atau malam C23 Lewat turun ke padang untuk latihan permainan atau semasa riadah petang atau riadah pagi C24 Tempat tidur dan almari tidak tersusun kemas C25 Lewat memadam lampu asrama 11.30 malam (petugas harian) C26 Membuang sampah merata-rata di asrama, bilik darjah atau


66 kawasan sekolah C27 Berjalan-jalan, berbual-bual, bercakap, membasuh, mandi selepas jam 11.30 malam C28 Tidak berada di atas katil selepas jam 11.40 malam C29 Menconteng papan putih, papan kenyataan, dinding dan tidak pada tempat yang dikhaskan C30 Menyangkut sebarang bentuk pakaian ditingkap, dinding dan tidak pada tempat yang dikhaskan C31 Mengubah susunan katil dan almari di dalam bilik kepada susunan yang lain dari yang telah ditetapkan C32 Bising di dalam bilik darjah, kelas persediaan atau di asrama sehingga menjejaskan ketenteraman C33 Menyangkut pakaian basah di dalam dorm C34 Memasuki bilik guru tanpa kebenaran C35 Membawa atau menggunakan telefon bimbit di sekolah atau di asrama. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.2/2009 C36 Lain-lain kesalahan yang difikirkan termasuk di dalam kategori ini oleh Lembaga Disiplin dari masa ke semasa HUKUMAN UNTUK KESALAHAN BERAT KATEGORI C KESALAHAN PERTAMA a) Ditegur atau dinasihat (amaran) secara lisan untuk kali kedua dan dicatat kesalahan KESALAHAN KEDUA a) Ditegur atau dinasihat (amaran) secara lisan untuk kali kedua dan dicatat kesalahan b) Ibu bapa/penjaga dimaklumkan KESALAHAN KETIGA a) Ditegur atau dinasihat (amaran) secara lisan untuk kali ketiga dan dicatat kesalahan b) Dirotan sekali dipunggung atau tapak tangan c) Ibu bapa/penjaga dimaklumkan KESALAHAN KEEMPAT


67 a) Kesalahan ringan bagi kali keempat berturut-turut akan diletakkan kesalahan tersebut di dalam kesalahan berat kategori B1 Lampiran 7 JENIS HUKUMAN DEMERIT Kesalahan 1 Kelas tahanan 3 markah Kesalahan 2 Kelas tahanan 6 markah Kesalahan 3 Kelas tahanan 9 markah Kesalahan 4 Mengikut hukuman kesalahan 1 kategori B 12 markah *Peralatan akan dirampas serta-merta. PENGAKUAN PELAJAR Saya .........................................................................................


68 No. Kad Pengenalan .................................................................. Pelajar Sekolah Menengah Sains Hulu Selangor telah membaca dan memahami Buku Peraturan Dan Undang-Undang SEMASHUR. Dengan ini saya mengakui akan mematuhi peraturan-peraturan tersebut dan bersedia menerima tindakan yang akan dikenakan ke atas saya oleh Jawatankuasa Disiplin Sekolah jika saya melanggar peraturan-peraturan ini. Tandatangan pelajar : ............................................................. ( ) Tingkatan : ............................................................. Rumah : ............................................................. Tarikh : ............................................................. Disahkan oleh : ............................................................. ( ) PERAKUAN IBU BAPA / PENJAGA


69 Saya telah membaca dan memahami segala isi kandungan Buku Peraturan dan Undang-Undang SEMASHUR ini. Saya akan memastikan agar anak / anak jagaan saya ini mematuhinya dengan sebaik mungkin. ………………………………………………………………………… Tandatangan Ibu Bapa / Penjaga Nama : ……………………………………………………… No. Kad Pengenalan : ……………………………………………………… Tarikh : ………………………………………………………


Click to View FlipBook Version