The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by amirahudinniah, 2022-03-21 09:10:32

PENGHASILAN PRODUK

PENGHASILAN PRODUK

EBOOK

BMMB
1104
KESUSASTERAAN DAN KEBUDAYAAN

MELAYU - PENGHASILAN PRODUK

NAMA: NUR AMIRAH BINTI ZAHEDAN UDINNIAH
NO. KP: 030405040252
ANGKA GILIRAN: 2021242310211
PROGRAM: PPISMP
AMBILAN: JUN 2021
UNIT: X9
NAMA PENSYARAH: ENCIK ABDUL RANI BIN
HASSAN
TARIKH hANTAR: 14 MAC 2022

ISI KANDUNGAN

1.0 PENGENALAN...............................................................1
2.0 TAKRIFAN KESUSASTERAAN MELAYU.......................2-3
3.0 BENTUK, JENIS DAN CIRI-CIRI KESUSASTERAAN
MELAYU.................................................................................4
3.1 PROSA TRADISIONAL.............................................. 4-16
3.2 PROSA MODEN...................................................... 16- 25
3.3 PUISI TRADISIONAL................................................20-26
3.4 PUISI MODEN..........................................................27-26
4.0 FUNGSI KESUSASTERAAN MELAYU............................28

4.1 HIBURAN...............................................................29-31
4.2 PENDIDIKAN/PENGAJARAN..................................32-33
4.3 DAKWAH................................................................34-35
4.4 KRITIKAN SOSIAL..................................................36-38
5.0 MANIFESTASI AKAL BUDI.......................................39-43
5.1 AKAL BUDI DALAM PANTUN................................44-47
5.2 AKAL BUDI DALAM SYAIR.....................................48-50
5.3 AKAL BUDI DALAM SELOKA.................................51-55
5.4 AKAL BUDI DALAM GURINDAM...........................56-62
6.0 KESIMPULAN.................................................................63
RUJUKAN........................................................................64-65

1.0 PENGENALAN

Kesusasteraan Melayu merujuk kepada seni
bahasa yang dihasilkan oleh masyarakat Maletu itu
sendiri. Sastera merupakan ungkapan secara tidak
langsung daripada perasaan atau lubuk hati yang
mendalam. Sastera juga dianggap sebagai ekspresi
fikiran melalui medium bahasa. Fikiran ini
bermaksud idea-idea, pandangan, perasaan,
pemikiran dan semua kegiatan yang berkaitan
dengan mental manusia. Terdpat penyataan
menyatakan bahawa sastera merupakan inspirasi
kehidupan manusia yang diserlakan dalam sebuah
karya tulisan yang indah dan memuatkan perasaan
kemanusiaan yang mendalam dan kebenaran moral
dengan sentuhan keikhlasan, keterbukaan dan
keluasan pandangan yang dinukilkan dalam bentuk
yang mempersonakan dalam sebuah karya.
Walaubagaimanapun, perkembangan masyarakat
yang semakin maju hari ini telah membuatkan
hubungan sastera dengan kehidupan semakin
menjauh. Dengan itu, sastera telah diiktiraf sebagai
satu bidang kegiatan yang berbeza dan mempunyai
khusus yang tersendiri. Kini, sastera telah berubah
menjadi pernyataan diri dan hak cipta semata-mata

1

2.0 TAKRIFAN KESUSASTERAAN
MELAYU

Menurut (Siti Hajar Abdul Aziz, 2011b) perkataan
kesusasteraan telah terbentuk daripada perkataan
Sanskrit, iaitu susastera yang bermaksud huruf atau
buku indah, manakala dari segi makna umu sastera
bermaksud bahasa yang digunakan dalam kitab-kitab.
Menurut kamus, kesusasteraan bermaksud hasil seni
atau karya tulisan dalam bentuk prosa atau puisi yang
mempunyai ciri-ciri keistimewaan yang tersendiri.

Kesusasteraan juga merupakan salah satu bentuk
ciptaan seni yang disampaikan melalui bahasa. Seni
kesusasteraan pula ialah seni karang mengarang
bahan-bahan sastera yang berbentuk prosa dan puisi.

Dalam bahasa Melayu, penggunaan istilah sastera
berasal daripada perkataan Sanskrit, iaitu sastra. Bagi
kata dasar sas- membawa maksud mengarahkan,
mengajar atau memberi petunjuk manakala -tra
merujuk kepada alat. Maka, sastra merujuk kepada
alat untuk mengajar. Awalan su pula bererti baik atau
indah. Imbuhan ke-dan-an membawa maksud yang
menyeluruh iaitu, segala yang tertulis yang bernilai
seni dan estetika serta dengan maksud memberikan
panduan, petunjuk dan pengajaran (Prof Dr Hashim
Awang, n.d.)

Selain itu, dalam Bahasa Melayu juga kesusasteraan
mempunyai maksud yang sama dengan literature
dalam Bahasa Inggeris.

2

Perkataan literature ini berasal daripada perkataan
literate yang bermaksud huruf atau abjad. Perkataan
literature digunakan untuk tatabahasa dan puisi telah
diguna pakai dalam bentuk asalnya.

Seterusnya, dalam lingkungan pendidikan pula,
kesusasteraan Melayu ditakrifkan sebagai karya asal
yang tertulis dalam Bahasa Melayu berunsurkan
keindahan dan kehalusan sama ada berbentuk novel,
cerpen drama, sajak, prosa tradisioanal atau puisi
tradisional bagi mengimbangi intelek, rohani, emosi
dan jasmani di samping mengetengahkan nilai
kemanusiaan dan citra masyarakat. Sastera juga
dianggap sebagai gambaran peribadi berupa
pengalaman, pemikiran, idea, perasaan, semangat
atau keyakinan dalam bentuk gambaran konkrit yang
membangkitkan keperibadian melalui pengantara
bahasa tidak kira sama ada bermutu atau tidak
bermutu.



3

3.0 BENTUK,JENIS DAN CIRI-CIRI
KESUSASTERAAN MELAYU
3.1 PROSA TRADISIONAL

Tradisional merujuk kepada ketegangan dan kekal
nilainya, tertinggi mutunya dan menjadi standard
kepada yang lain mempunyai gaya yang sederhana,
mempunyai ciri-ciri yang umum dan tidak berubah
mengikut masa (Siti Hajar Abdul Aziz, 2011). Dalam
perkara ini, prosa tradisional merupakan bentuk
kesusasteraan yang masih kekal hingga ke hari ini dan
masih menjadi sumber pengetahuan, amalan,
pengajaran, sempadan tingkah laku atau sumber atau
pengenalan masyarakat Melayu kepada masyarakat
luar.

Prosa tradisional jauh berbeza dengan sastera lama
kerana sastera lama hanya bersifat sementara. Hal ini
dapat dibuktikan melalui ketika datangnya yang
baharu, maka yang lama akan menghilang. Namun
begitu, prosa tradisional masih boleh diwarisi secara
turun-temurun kerana itu sifat lazimnya.

Pada awalnya, pengaruh Hindu dan Buddha
diterima masuk dalam prosa tradisional ini.
Sungguhpun begitu, dalam proses perkembangan
prosa tradisional ini, pengaruh Hindu dan Buddha
kurang memberi sumbangan.



4

Hal ini demikian kerana penggunaan bahasa dan
paparan cerita agak sukar difahami. Bahasa yang
digunakan adalah bahasa Sanskrit dan Melayu Kuno.
Cerita dewa-dewa yang digambarkan pula jauh dari
cara hidup masyarakat Melayu.

Pada abad ke-14 hingga abad ke-16 iaitu setelah
kedatangan Islam, kesusasteraan prosa tradisional
mengalami perkembangan yang positif. Dengan itu,
tulisan Jawi yang merupakan tulisan penting bagi
penganut agama Islam telah muncul pada waktu itu.
Setelah itu, agama Islam mulai bertapak di istana dan
mengambil alih peranan agama Hindu dan Buddha.
Pusat perkembangan kesusasteraan Melayu klasik
yang utama diletakkan di bawah pemerintahan istana.
Dengan itu, penulis hanya dibenarkan mengarang
karya baharu berdasarkan perintah raja. Hikayat yang
dihasilkan tidak mempunyai had kepada bidang
kesusasteraan sahaja malahan juga meliputi bidang
keagamaan, perubatan, sejarah dan sebagainya.
Pertambahan keperluan terhadap karya telah berjaya
mewujudkan pusat penyalinan dan penerbitan hasil
kesusasteraan.

Prosa tradisional merupakan hasil karya seni yang
disampaikan melalui bahasa. Tujuan utamanya adalah
untuk menyatukan falsafah pencipta dan penerimanya
pada masa itu. Prosa tradisional terbahagi kepada dua
genre, iaitu sastera rakyat (lisan) dan sastera istana
(tulisan)

5

SASTERA RAKYAT
(LISAN)

Melalui konsep sastera rakyat, sastera didefiniskan
sebagai hasil karya kreatif yang termasuk dalamnya
daya ciptaan imaginasi pencipta yang mengandungi
atau menggambarkan nilai-nilai pandangan dunia itu
sendiri (Huda Hanafi, n.d.). Masyarakat pula
bermaksud kumpulan manusia yang hidup secara
berkelompok dan bersifat kolot. Rakyat pula
ditakrifkan sebagai manusia biasa yang hidup
beramai-ramai bagi membentuk satu sistem
kekeluargaan yang besar. Mereka hidup dalam
kumpulan dan mengamalkan nilai kemasyarakatan
yang tebal dan berpegang teguh pada corak budaya
tradisional Sastera rakyat merupakan hasil karya yang
dinspirasikan dan diadaptasikan secara lisan.

Menurut (Rohaya Md Ali, n.d.), sastera rakyat
merupakan susunan kata dari mulut ke mulut, hasil
kebudayaan lisan dalam masyarakat tradisional yang
isinya dapat diselarikan dengan sastera tulisan dalam
masyarakat moden. Dengan erti kata lain, ia
merupakan sastera yang diwariskan secara lisan
seperti pantun, nyanyian rakyat, dan cerita rakyat.
Sastera lisan menurut mereka disebut juga sastera
rakyat.

6

Ciri-ciri sastera rakyat meliputi sastera rakyat yang
disebar dan diwariskan secara lisan. Selain itu, sastera
rakyat juga bersifat tradisional dan lama yang berada
dalam sesuatu kebudayaan dalam tempoh yang lebih
lama daripada dua generasi. Sastera rakyat juga wujud
dalam variasi yang berbeza-beza serta bersifat samara
dan langsung tiada nama pencipta. Seterusnya,
sastera rakyat menjadi hak milik semua masyarakat
yang menghasilkannya. Sastera rakyat juga
mempunyai bentuk berpola dengan plot yang hampir
sama, mempunyai fungsi tertentu seperti memberi
pengajaran serta penulisannya bersifat sederhana,
spontan dan kadangkala agak kasar.

Sastera rakyat terbahagi kepada dua kategori, iaitu
naratif dan bukan naratif. Sastera naratif terbahagi
kepada mitos, legenda dan cerita rakyat manakala
sastera bukan naratif terdiri daripada puisi rakyat.

i. MITOS

Mitos merupakan cerita yang dianggap benar-benar
terjadi dan dianggap suci oleh empunya cerita dan
masyarakat yang menciptanya. Kesemua kisah
kejadian alam semesta, manusia, binatang tumbuh-
tumbuhan, bentuk muka bumi dan kejadian alam
dianggap mitos. Tokoh yang terlibat pula terdiri
daripada makhluk halus, dewa atau separuh dewa
yang terjadi pada zaman dahulu.

7

ii. LEGENDA

Seterusnya, legenda merujuk kepada cerita yang
dipercayai benar-benar berlaku tetapi tidak dianggap
suci. Manusia yang mempunyai sifat luar biasa
merupakan tokohnya. Ciri-ciri legenda termasuklah
sejenis komunikasi lisan yang bercorak cerita
berasaskan kisah-kisah tokoh atau pahlawan. Latar
masa dan sejarahnya tidak semestinya masa lampau,
tetapi masih ada hubung kait dengan masa silam.
Selain itu, kisahnya ada kaitan dengan zaman
sekarang kerana kepercayaan terhadap keramat
seperti Perigi Hang Tuah. Tokoh dan tempat
mempunyai sifat luar biasa serta dipercayai benar
benar berlaku.

Antara jenis legenda dalam masyarakat Melayu
ialah legenda keagamaan, iaitu cerita mengenai
orang alim dan penyebar agama. Kewujudan tokoh
itu telah menjadi bualan masyarakat hingga menjadi
supernatural, terutamanya Habib Noh dan Tok
Kenali. Manakala jenis yang berikutnya ialah legenda
alam ghaib ataupun memorat yang dianggap benar-
benar terjadi. Legenda jenis ini berfungsi untuk
meneguhkan kebenaran berkaitan dengan sesuatu
kepercayaan. Kebiasaanya, legenda ini berkaitan
dengan pengalaman peribadi seseorang tetapi
mempunyai unsur tradisional misalnya pengalaman
menziarahi ke alam ghaib seperti dunia hidup orang

8

Ciri-ciri mitos merangkumi perkara yang dianggap
benar-benar berlaku, peristiwa yang aneh1, tetapi
penting, dianggap keramat dan memberi kesan kepada
masyarakat serta berlaku pada zaman lampau.

Terdapat tiga jenis mitos dalam sastera Melayu.
Pertama, mitos asal usul, mitos institusi sosial dan
mitos politik. Mitos asal usul berlaku pada masa lalu
dan dianggap keramat oleh masyarakat yang
mendukungnya. Mitos ini mempengaruhi kehidupan
masyarakat Melayu terutama cara pemikiran yang
bersifat mistik dan bersangkut paut dengan sesuatu
yang rahsia serta magis. Contoh mitos jenis ini ialah asal
usul kejadian alam, kejadian bentuk-bentuk binatang
dan asal kejadian bentuk topografi seperti kisah Tasik
Cini. Selain itu, mitos institusi sosial merupakan cerita
yang mengisahkan asal usul sesebuah institusi sosial
dalam masyarakat Melayu. Contohnya, mitos
kedatangan Islam, institusi adat, institusi bomoh yang
melibatkan perubatan pemulihan, pendinding diri dan
adat berandam. Manakala mitos politik ialah cerita yang
berkait rapat dengan struktur pemerintahan dan
kerajaan. Contohnya, mitos ini dalam cerita keturunan
raja raja Melayu, mitos penubuhan sesebuah kerajaan
seperti Pasai. Melaka dan Samudera.

Namun, cerita-cerita mitos Melayu sudah banyak
mengalami kemerosotan hingga kadang-kadang tidak
lagi menjadi mitos ekoran daripada pengaruh agama
yang dianuti.

9

bunian. Legenda yang berikutnya ialah legenda
perseorangan yang berkaitan dengan tokoh-tokoh
tertentu yang dianggap segala peristiwa berkaitan
dengan tokoh tersebut benar-benar terjadi. Hal ini
dibuktikan dengan latar tempat dan masa seolah-
olah benar dengan situasi sebenar. Contoh
legenda jenis ini ialah tokoh kepimpinan berkaitan
tokoh Hang Tuah dan Tun Perak, tokoh agama
seperti Sheikh Omar Bashyir dan Pawang Langkat,
tokoh perniagaan seperti Si Tanggang dan Awang
Tunggal serta tokoh dalam pelbagai bidang iaitu
Puteri Sa'adong.

Legenda tempat juga tergolong dalam jenis
cerita-cerita legenda. Biasanya legenda ini
dikaitkan dengan cerita mengenal asal usul
sesuatu tempat di mana nama tempat yang
berkaitan dengan nama tokoh ataupun binatang.
Legenda ini berunsur cerita ataupun peristiwa
yang berkait rapat dengan fakta-fakta sejarah
tempatan. Contoh seperti nama tempat Melaka
Pindah di Melaka dikatakan diambil sempena
perpindahan masyarakat di Melaka ke kampung
baharu yang dibuka oleh Dato’ Paduka Seri
Maharajalela. Selain itu, tokoh yang berunsurkan
keistimewaan yang menjadi pengasas sesuatu
tempat juga digolongkan dalam legenda.
Contohnya Kampung Tok Pasai ialah nama
tempat yang berasal daripada seorang tokoh

10

bernama Tok Pasai. Akhir sekali, legenda jenis ini
ialah berunsur tanda-tanda alam atau bentuk muka
bumi. Contohnya Batu Gajah nama tempat yang
diambil sempena bentuk batu yang berupa gajah.

Selain itu, terdapat juga legenda tokoh seperti
cerita Mahsuri. Cerita Mahsuri dianggap benar
kerana ruang dan masa berkaitan cerita tersebut
dipercayai benar-benar wujud seperti makam
Mahsuri yang terdapat di Pulau Langkawi. Legenda
ini mengisahkan Mahsuri yang dijatuhkan hukuman
sula gara-gara tertuduh melakukan maksiat ketika
ketiadaan suaminya. Namun, darah putih yang
mengalir dari lukanya merupakan bukti bahawa
Mahsuri tidak bersalah. Sebelum menghembuskan
nafasnya terakhir, Mahsuri melafazkan sumpah ke
atas Pulau Langkawi bahawa Pulau tersebut akan
menjadi padang jarak padang terkukur selama tujuh
keturunan.

iii. CERITA RAKYAT

Selain itu, cerita rakyat berbentuk prosa dan tidak
dianggap benar-benar terjadi. Hal ini demikian kerana,
ia merupakan sumber hiburan, menegakkan
kebenaran dan mengandungi moral atau sindiran.

11

Antara jenis cerita rakyat ialah cerita binatang.
Cerita ini ditokohi oleh binatang yang mempunyai
gambaran sikap dan tingkah laku seperti manusia.
Antara ciri cerita binatang ialah tokoh utamanya ialah
binatang yang bersifat serta bertingkah laku seperti
manusia. Biasanya watak utama binatang bersiaz kecil
tetapi cerdik manakala watak antagonis ialah binatang
besar tetapi kurang cerdik dan dianggap bodoh. Cerita
Sang Kancil menipu Buaya mengisahkan kecerdikan
Sang Kancil menggunakan helah dengan menyuruh
Sang Buaya berbaris dan kemudian membilang Sang
Buaya sebelum bejaya menyeberangi sungai.

Cerita penglipur lara atau lipur lara juga tergolong
dalam cerita rakyat. Cerita lipur adalah cerita yang
dituturkan oleh para penglipur lara seperti Tok
Selampit, Awang Belanga dan Awang Batil. Antara ciri
cerita lipur lara adalah dituturkan secara lisan dari
satu generasi ke generasi yang lain dengan tokok
tambah dan ia menjadi milik masyarakat. Cerita ini
juga berfungsi sebagai hiburan dan pendidikan serta
citra sistem masyarakat Melayu tradisional iaitu
mendukung ciri tempatan. Kebiasaanya, cerita ini
diselitkan dengan puisi tradisional dengan tema
berkaitan peperangan, percintaan dan pengembaraan.
Cerita lipur lara juga mengadungi amanat dan
panduan iaitu buat baik dibalas baik, kebenaran akan
menang dan kebatilan akan kalah.

12

Cerita ini mempunyai plot bersifat kronologi iaitu ada
pengenalan, perkembangan dan pengakhiran. Cerita
ini banyak berunsurkan magis dan kesaktian serta
latar tempat biasanya di istana, dunia kayangan dan
alam ghaib. Antara contoh cerita lipur lara ialah
Hikayat Malim Dewa, Hikayar Malim Deman dan
Hikayat Anggun Cik Tunggal.

Jenis yang seterusnya, cerita jenaka iaitu cerita
yang mewujudkan rasa geli hati dan lucu bagi
pendengar. Antara ciri cerita jenis ini adalah, adanya
unsur ketidaksengajaan dengan situasi sebenar
sebagai ragam kehidupan manusia. Jalinan cerita
yang disampaikan dan juga melalui dialog yang
diujarkan mampu menimbulkan unsur jenaka.
Watak-watak yang dipaparkan seharusnya
mempunyai sifat-sifat tertentu seperti watak bodoh
melalui watak Pak Pandir, Lebai Malang dan Pak
Kaduk serta watak pintar iaitu Pak Belalang. Antara
contoh-contoh karya dalam jenis ini ialah Pak Pandir,
Pak Belalang, Pak Kaduk dan Lebai Malang.

Tambahan pula, cerita teladan juga dikategorikan
sebagai cerita rakyat. Cerita jenis ini berunsurkan
didaktif serta sarat dengan unsur moral dan
pendidikan. Sasaran utama si pendengar biasanya
dalam kalangan kanak kanak. Ciri-ciri cerita jenis ini
ialah watak yang terdiri daripada manusia biasa yang
mengalami suka duka pada permulaan cerita tetapi



13

akan memperoleh kegembiraan pada pengakhiran
cerita, Watak utama ditakrifkan sebagai watak yang
sangat baik, amanah dan jujur. Kebanyakan watak
anak bongsu ataupun anak tunggal yang selalu
memperoleh pertolongan melalui kuasa sakti seperti
melalui watak binatang, dewa ataupun pari-pari.
Antara contoh cerita jenis ini ialah Bawang Putih
Bawang Merah dan Batu Belah Batu Bertangkup

IV. SASTERA ISTANA
(TULISAN)

Di samping itu, sastera tulisan mula diperkenalkan
setelah penerimaan Islam sekitar abad ke-15 dan
berkembang dalam istana. Sastera hikayat ini
terbahagi kepada tiga jenis berdasarkan unsur-unsur
yang terdapat di dalamnya, iaitu unsur Hindu, Islam
dan Hindu-Islam. Contoh sastera hikayat ialah Hikayat
Gul Bakawali, Hikayat Seri Rama dan Hikayat Raja
Pasai.

Bahan kajian tentang sistem pemerintahan, sistem
pentadbiran dan susun lapis masyarakat lama
tertumpu kepada sastera undang-undang. Genre ini
terbahagi kepada dua kategori iaitu Adat Temenggung
dan Adat Perpatih. Contoh sastera undang-undang



14

undang ialah Hukum Kanun Melaka, Undang-
undang Laut Melaka dan Undang-undang Pahang.
Manakala sastera undang-undang Adat Perpatih
hanya diamalkan di Negeri Sembilan.

Selain itu, sastera epik juga tergolong dalam
sastera pahlawan dan bersifat sejagat. Sastera epik
mementingkan ciri kepahlawanan dan keperwiraan
yang unggul. Gambaran tokoh ini secara berlebih-
lebihan sehingga menjadi sempurna dan disanjung
oleh masyarakat. Genre ini terbahagi kepada dua
jenis, iaitu epik kebangsaan yang diwakili oleh
Hikayat Hang Tuah dan epik berunsur Islam seperti
Hikayat Amir Hamzah.

Sastera panji pula merupakan karya yang isinya
berkisar sekitar kisah pengembaraan, percintaan
dan peperangan. Panji merupakan gelaran watak
utama sahaja. Selama berkelana, Panji mengalami
pelbagai peristiwa hingga akhirnya bertemu dengan
kekasihnya. Contohnya, Hikayat Cendawan Putih.

Sastera agama lebih tertumpu kepada cerita-
cerita yang menggambarkan kehebatan Nabi
Muhammad SAW dalam menyebarkan agama Islam
ke seluruh dunia walaupun menghadapi pelbagai
cabaran dan tentangan. Buktinya dapat dilihat
dalam Hikayat Bulan Berbelah.



15

Salah satu kitab sastera ketatanegaraan bertajuk Kitab
Nasihat Segala Raja-Raja. Kitab ini digunakan oleh al-
Sultan Zainal Abidin III sebagai panduan dalam
pemerintahan baginda.

3.2 PROSA MODEN

Menurut (Anas Hj Ahmad, n.d.), selepas tahun 1800
Masihi, kesemua hasil karya digolongkan dalam
sastera moden. Pembahagian dari segi masa ini
bertujuan untuk memudahkan kita untuk memahami
bentuk dan unsur perbezaan dalam sastera Melayu
semata-mata. Sebagai contoh, sajak bebas pada hari
ini merupakan suatu penyimpangan daripada bentuk
puisi lama seperti pantun dan syair Abdullah bin Abdul
Kadir Munsyi merupakan pengkarya sastera Melayu
Moden Hasil karya beliau yang terkenal adalah Hikayat
Abdullah dan Kisah Pelayaran Abdullah.

Cerpen merupakan gabungan dua perkataan, iaitu
cerita dan pendek cerpen yang berkembang apabila
kegiatan persuratkhabaran Melayu mencapai zaman
kegemilangannya sekitar tahun 1930-an. Cerpen
merupakan gambaran tentang suatu zaman, sama ada
berhubung masalah sosial, politik atau ekonomi di
samping menjadi alat yang menggambarkan sikap,
perasaan, pandangan dan fikiran pengarang.
Kebiasaanya, cerpen berkisar tentang sesuatu
kejadian atau peristiwa yang menjadi fokus utama.
Cerpen membawa satu tema sahaja dan beberapa
persoalan bagi menghasilkan kesan tertentu dan
mendalam kepada pembaca.

16

Dari segi perwatakan, cerpen memusatkan
perkembangan watak kepada beberapa orang
tertentu sahaja. Pertentangan antara watak protagonis
dan antagonis akan mencetuskan konflik yang
dianggap penting sebagai unsur dramatik. Dalam
penulisan cerpen, hanya terdapat satu plot sahaja dan
plot inilah yang dikembangkan dengan rapi, teliti dan
tidak rumit. Cetusan perasaan dan penyemarakan
emosi dalam cerpen menerbitkan ketegangan dan
menarik pembaca untuk merasai pengalaman yang
digambarkan dalam cerpen.

Seterusnya, novel pula dikategorikan dalam prosa
rekaan panjang yang di dalamnya termuat sebahagian
daripada sebuah kehidupan. Perkataan novel berasal
daripada bahasa Itali, iaitu novella yang bermaksud
satu benda kecil yang baharu. Novel mengisahkan
kejadian yang tertumpu kepada sebahagian daripada
kehidupan manusia pada suatu tempat dan masa
tertentu. Menurut (Mohammad Fadzeli Jaafar, n.d.)
novel merupakan salah satu bentuk pentafsiran
rencana hidup manusia yang terhasil dalam bentuk
sastera cereka. Novel merangkumi tiga faktor utama
yang saling berkait, iaitu pengalaman peribadi, realiti
rencam hidup dan imaginasi. Idea yang tercetus
daripada ketiga-tiga rangkuman ini bukan sahaja
berkisar mengenai tahap kehidupan manusia bahkan
boleh berlegar di sekitar kehidupan selain daripada
manusia itu sendiri.

17

Harun Aminurrashid menghasilkan novel yang
bercorak kemasyarakatan. Antara novelnya
termasuklah Cinta Gadis Rimba (1947), Darah Kedayan
(1947) dan Minah Joget Moden (1949). Novel Minah
Joget Moden ini dianggap menarik kerana
mempamerkan sikap negatif masyarakat terhadap
penari-penari joget. Hal ini dapat dilihat bahawa,
pengarang membetulkan sikap masyarakat yang
sebegini melalui watak anak wayang, iaitu Minah yang
petah bercakap dan bersyarah tentang kesucian para
seniman dan seniwati Melayu.

Selain itu, novel yang bercorak semangat
kebangsaan telah lahir pada pertengahan tahun 1940-
an, iaitu novel Pahlawan Rimba Malaya (1946). Novel
ini memberi persoalan tentang semangat kebangsaan
yang memperjuangkan gerila Melayu untuk
menentang penjajahan Jepun. Harun Aminurrashid
pula telah menghasilkan novel yang berjudul ‘Siapakah
Yang Bersalah’ (1949) yang menceritakan mengenai
pengalaman sendiri yang terpaksa bekerjasama
dengan Jepun. Melalui pengalaman ini, beliau
mendapat idea untuk memajukan bangsanya sendiri.

Pada tahun 1960-an, telah muncul zaman
kegemilangan novel Melayu dan dianggap tahun yang
mengisi kemerdekaan. Pelbagai hasil karya

18

dipertingkatkan dari segi kualiti dan kuantiti. Peraduan
mengarang yang telah diadakan berjaya melahirkan
beberapa naskhah novel yang baik dan tinggi nilainya
seperti Salina oleh A Samad Said iaitu Lingkaran dan
Sandera oleh Arena Wati, Merpati Putih Terbang Lagi
oleh Khadijah Hashim dan Desa Pinggitan oleh
Ibrahim Omar Peraduan ini sekaligus melahirkan
pengarang baharu seperti A Samad Said. Arena Wat,
Shahnon Ahmad dan ramai lagi.

Tambahan pula, drama juga digolongkan dalam
genre prosa moden. Drama merupakan salah satu
bentuk karya sastera yang penulis sendiri ingin
menyampaikan mesej atau pemikiran melalui lakonan
serta dialog. Menurut (Erwan Juhara, 2014), drama
adalah sejenis karya sastera yang diangkat oleh unsur
intrinsik iaitu satu kesatuan yang membentuk karya
secara keseluruhan Antara unsur yang mendukung
drama itu ialah skrip drama itu sendiri yang menjadi
panduan kepada pengarah. Setelah itu, pengarah pula
akan memegang peranan penting untuk
menyelaraskan pementasan drama tersebut. Untuk
melakonkan cerita pelakon ataupun watak yang
memegang setiap peranan yang ditulis dalam skrip
juga dianggap penting dalam unsur pementasan
drama. Selain itu, pentas ataupun panggung bagi
tujuan pementasan juga penting dalam sesuatu
pementasan drama itu.



19

Dalam melaksanakan pementasan beberapa unsur
seperti cahaya, bunyi, pakaian ataupun disebut
kostum, tatarias dan penonton juga merupakan unsur-
unsur yang penting dalam kesempurnaan bagi
pementasan drama itu.

3.3 PUISI TRADISIONAL

Di samping itu, puisi adalah genre sastera yang
paling awal bagi semua bangsa di dunia.
Penghasilkan dua buah epik yang berjudul Iliad dan
Odyssey oleh masyarakat Eropah telah diadaptasikan
daripada puisi. Masyarakat Hindu juga menggunakan
puisi untuk melahirkan Mahabharata dan Ramayana.
Kesusasteraan awal bangsa Arab tertulis di dalam
bentuk puisi dan puisi yang terbaik akan digantung di
Ka'abah pada zaman jahiliah. Orang Melayu
berbangga dengan puisi milik mereka yang
dinamakan pantun.

Antara genre dalam puisi tradisional itu ialah
pantun, syair, gurindam, seloka, talibun. mantera,
adat perbilangan, teka-teki, peribahasa, rubai,
masnawi dan sebagainya Dalam perbincangan ini
akan difokuskan kepada empat jenis puisi tradisonal
iaitu pantun, gurindam syair dan seloka.



20

i. PANTUN

Pantun merupakan langkah rangkapan yang tertua
dan memang asalnya kepunyaan masyarakat Melayu.
Sebelum orang Melayu mengetahui tentang surat
menyurat mereka telah pun pandai berpantun dan
biasa berbalas-balas pantun antara mereka (Za'abaa,
1978). Pencipataannya terkandung dalam dua
rangkap, empat rangkap. enam rangkap, lapan
rangkap, dua belas rangkap dan pantun berkait.
Dalam apa juga bentuk fizikalnya pantun merupakan
pengungkapan yang mengandungi unsur pembayang
maksud dan maksud.

(Harun Mat Piah, n.d.) telah menyatakan bahawa
pantun diambil kira dari aspek dalaman dan aspek
luaran struktur visualnya. Aspek dalaman pantun
meliputi unsur estetik dan isi, iaitu tema serta
persoalan. Unsur estetik dalam pantun dapat dilihat
berdasarkan dua aspek iaitu pertama, berkaitan
dengan penggunaan lambang-lambang tertentu yang
terdapat dalam pantun mengikut tanggapan dan
pandangan dunia masyarakat Melayu. Kedua,
berlandaskan hubungan makna antara pasangan
pembayang pembayang sama ada secara konkrit atau
abstrak. Berdasarkan aspek isi iaitu tema dan
persoalan, pantun biasanya menyentuh hampir
keseluruhan kehidup1an masyarakat Melayu.

21

Bentuk pantun berdasarkan bilangan baris dalam rangkap iaitu
pantun dua kerat, empat kerat, enam kerat, lapan kerat, dua belas
kerat dan pantun berkait. Namun begitu, pantun yang popular di
kalangan masyarakat merupakan pantun empat kerat dan dua
kerat. Ciri-ciri pantun ialah berdasarkan bilangan baris dalam
rangkap. Bagi pantun empat kerat baris satu dan dua ialah
pembayang manakala baris tiga dan empar ialah maksud. Bilangan
perkatan bagi setiap baris ialah 4 hingga 6 patah perkataan dan
bilangan suku kata ialah antara 8 hingga 12. Rima atau bunyi akhir
adalah sejajar iaitu bagi pantun dua kerat 'a', 'a', manakala bagi
pantun empat kerat pula rima akhir berbentuk 'a', 'b', 'a','b'.

Contoh jenis pantun yang bergantung pada fungsi dan
kandungan:
a. Meluahkan Perasaan

Lubuk kelah banyak ikan,
Tempat nelayan menebar jala,

Puas sudah saya hiburkan,
Siang malam terkenang juga.

Bentuk Pantun : 2 kerat
Banyak udang banyak garam,
Banyak orang banyak ragam.

4 kerat
Kalaulah jadi pergi ke ladang,

Kain panjang cari dahulu,
Kalaulah jadi pergi berdagang,
Induklah semang cari dahulu.

22

ii. GURINDAM

Seterusnya, gurindam diangggap satu bentuk puisi
Melayu tradisional sepertimana yang diperkenalkan
oleh Raja Ali Haji melalui ’Gurindam Dua Belas’ yang
dikarang pada tahun 1846. Gurindam mempunyai
bentuk tersendiri iaitu bentuk terikat yang terdiri
daripada dua baris serangkap dan mempunyai tiga
hingga enam oatah perkataan dengan skima rima
akhir ‘a’. ‘a’. Manakala sukukata dalam sebaris antara 8
hingga 12 suku kata. Bagi melengkapkan seluruh idea
gurindam, ia memerlukan beberapa rangkap yang
sempurna. Penggunaan bahasanya perlulah gramatis
dan serius manakala isinya pula seharusnya
mengandungi nasihat, kebenaran, pengajaran serta
penyataan perasaan cinta.

Gurindam pada asalnya disebut ‘iradam’ dan
‘kirandam’ yang berasal dari bahasa Tamil yang
membawa maksud puisi secara terbuka. Gurimdam
juga dianggap sebagai sejenis syair yang melarat tetapi
tetap sukatannya atau rangkapmya zabaa). Dengan
itu, setiap isinya mengandungi idea yang bernas
dengan bahasa yang riang dan suka sebagai nyanyian.
Lain pula bagi Sultan Muhammad Zain yang
mengatakan ia serupa dengan sajak yang terjadi dua
baris, baris pertama syarat dan baris kedua
merupakan akibat.

23

iii. SYAIR

Selain itu, syair tergolong dalam sejenis puisi
berlagu yang dikatakan berasal dari Parsi dan telah
dibawa masuk ke Nusantara bersama sama
kedatangan Islam. Syair telah diubahsuaikan mengikut
kesesuaian bahasa Melayu Klasik ketika itu. Syair
merupakan puisi Melayu lama yang telah sedia wujud
tetapi namanya telah ditukar. A Teeuw.

Syair dikatakan berasal daripada puisi Arab iaitu
'sy'ir namun wujud perbezaan antara bentuk syair
Melayu dengan bentuk syair dalam kesusasteraan
Arab (Rahimah Hamid et al., n.d.). Keseluruhan
pengkaji berpendapat bahawa istilah syair berasal
daripada Bahasa Arab yang bermaksud puisi secara
umum. Istilah syair telah menjadi istilah khusu dalam
bahasa Melayu. Syair Melayu wujud dalam bentuk dan
acuan asli masyarakat Melayu dan tidak beracuankan
atau diciplak syair daripada tradisi Arab atau mana-
mana puisi Arab-Parsi.

Bentuk konvensional syair Melayu mengandungi
empat baris serangkap dengan rima akhir 'a' 'a', 'a', 'a'.
Setiap baris pula mengandungi 4 hingga 5 patah
perkataan dan suku kata pula 8 hingga 12 bagi setiap
baris. Di setiap baris terdapat suatu hentian dan setiap
rangkap memerlukan beberapa rangkap yang
berurutan untuk memberi idea yang lengkap. Syair
juga ialah suatu pernyataan yang berlarutan
contohnya, untuk mengemukakan cerita, kisah, buah
fikiran, nasihat dan puji-pujian. Setiap untai syair
mempunyai awalan dan akhiran.

24

iv. SELOKA

Menurut Harun Mat Piah (1989), perkataan seloka
berasal daripada perkataan Sanskrit 'shloka' yang
bermaksud berseloroh, berjenaka atau menyindir.
Seloka mula dikenali di alam Melayu semasa
perkembangan agama Hindu di Asia Tenggara. Teks
Mahabharata (100,000 rangkap) dan Ramayana
(24,000 rangkap) dipercayai sebagai naskhah terawal
yang tertulis dalam bentuk seloka.

Bentuk puisi tradisional lebih kepada bercorak
karangan berangkap atau bahasa berirama, seloka
lebih merupakan pepatah, bidalan atau
perumpamaan yang mengandungi unsur jenaka,
gurau senda, olokan, ejekan dan sindiran.
Walaubagaimanapun, isi dan mesejnya sarat dengan
sindiran yang berguna untuk menjadi pengajaran
dan teladan oleh pendengar atau pembaca.
Sebahagian besar seloka Melayu ditulis seperti
pantun seloka iaitu dalam bentuk terikat iaitu empat
baris serangkap namun binaannya lebih mirip
kepada bentuk pantun atau syair. Seloka juga
ditemui dan ditulis dalam bentuk bebas iaitu setiap
barisnya menjadi isi puisi berkenaan seperti Seloka
PakKaduk, Seloka Pandai Pak Pandir dan Seloka
Emak Si Randang







25

3.4 PUISI MODEN

Dalam puisi moden, sajak merupakan satu-satunya
genre puisi yang ada. Sajak ialah puisi moden yang
lebih bebas yang terikat pada sesuatu pola khusus
walaupun ada ketikanya memerikan ciri matra, rima
dan rentak. Oleh itu, sajak lebih mementingkan
keberkesanan pengucapan perasaan melalui
pemilihan dan pemakaian kata-katanya yang saling
menumpang dan terjalin menurut erti serta irama.
Sajak dianggap sebagai puisi baharu yang popular
lahir sebagai pilihan kepada puisi tradisional (hashim
awang 1984)
Menurut H. B, Jassin (1983), sajak merupakan satu
pengucapan perasaan dengan perasaan yang di
dalamnya mengandungi fikiran dan tanggapan. Ini
bermakna, sajak adalah suara dari kotak hati atau
luahan perasaan penyairnya. Sajak yang baik adalah
sajak yang bukan mainan kata semata-mata dan ia
lahir daripada jiwa dan perasaan. Dengan itu, sajak
yang baik membawa gagasan serta pemikiran yang
dapat menjadi renungan masyarakat. Sajak terbentuk
daripada kata-kata yang sopan dan terbaik dalam
susunan terbaik. Kata-kata sopan dan terbaik
bermaksud wujudnya nilai rasa dan nilai erti yang
seimbang serta bersifar harmonis antara kata dan
maksud.



26

Oleh kerana ia merupakan puisi moden, sajak tidak
lagi terikat pada peraturan seperti pemilihan kata atau
diksi, pembentukan rangkap, baris serta pematuhan
skima rima akhir seperti dalam puisi tradisional. Ciri
puisi Melayu moden yang lain adalah adanya nama
penulis sebagai pengakuan hak ke atas sesebuah
karya walaupun menggunakan nama samaran. Hal ini
berbeza dengan puisi Melayu tradisional yang bersifat
kolektif iaitu milik bersama.

Tuntasnya, puisi Melayu moden adalah hal karya
kreatif yang mempunyai bentuk yang bebas dan
tersendiri mengikut selera penulisnya ataupun
penyair. Sajak tidak terikat pada norma-norma
tertentu seperti yang terdapat dalam puisi tradisional.
Menurut Muhammad Hj Salleh (1991), rentak dan
perjalanan baris serta rangkap puisi Melayu moden
lebih mengikut nafas, fikiran dan cara bertutur tidak
disekat dan panjangnya ditentukan oleh peraturan
lama seperti dalam pantun dan syair. Beliau turut
menyatakan bahawa puisi Melayu moden juga
membawa suasana serta pandangan terhadap yang
lebih moden.







27

4.0 FUNGSI KESUSASTERAAN
MELAYU

Fungsi sastera merupakkan pemikiran yang
bijaksanana yang diwujudkan dalam kalangan
pemimpin manusia untuk mencapai kemajuan yang
sesuai dengan kemaslahatan hidup. Dengan itu,
fungsi sastera ini terbahagi kepada empat iaitu,
hiburan, pendidikan, dakwah dan kritikan sosial.
Sehubungan dengan itu, pemikiran dalam konteks
sastera Melayu dapat membentuk sosialisasi
masyarakat yang jelas dan tepat. Maksud pemikiran
yang digariskan di sini adalah masih kukuh dan murni
sungguhpun diletakkan dalam mana-mana zaman
mengikut pereedaran masa. Hal ini demikian kerana,
kesusasteraan Melayu dalam kalangan masyarakat
Melayu telah lama wujud bersama-sama bangsa
Melayu itu sendiri. Kewujudan sastera Melayu itu juga
memperlihatkan segala-galanya itu digambarkan
secara menarik. Keindahan itu juga terlihat pada gaya
bahasa, struktur cerita dan yang peranan dikdaktik
yang didukung oleh sastera itu sendiri. Perkembangan
budaya masa kini sebenarnya diasaskan oleh budaya
silam.

28

4.1 HIBURAN

Karya sastera akan dapat dilahirkan apabila
wujudnya keperluan untuk menghiburkan dan
membawa kesenonokan yang indah. Dengan kata-kata
atau ungkapan yang indah seperti irama atau rentak
yang tersusun, kemampuan karya sastera untuk
membelai emosi pembaca atau para pendengar,
unsur kelucuan dan sebagainya mampu menghasilkan
satu hiburan yang menarik. Kepentingan fungsi
hiburan menjadikan karya sastera seperti cerita
penglipurlara diterima oleh masyarakat sebagai karya
yang diminati dan digilai pada suatu ketika dahulu.

Sepertimana pantun yang kita ketahui ia
merupakan salah satu hasil karya sastera yang paling
popular dan digemari ramai gara gara keupayaannya
serta mampu membawa keindahan yang
menghiburkan. Perkara ini dapat dilihat sebuah
pantun lama seperti berikut:

Berburu ke padang datar,
Dapar rusa berbelang kaki,
Berguru kepalang ajar,
Bagai bunga kembang tak jadi.





29

Dalam pantun tersebut, terdapat banyak kualiti
yang menghiburkan. Irama dalam pantun terbentuk
apabila wujudnya rentak dan rima yang bersukat.
Tamabahan pula, dalam pantun tersebut
mempunyai struktur bacaan yang tersendiri yang
menghasilkan keindahan dalam pembacaan. Selain
itu, pantun disampaikan dalam pelbagai variasi akan
menambahkan lagi fungsi menghiburkan seperti
dijadikan lirik dikir barat di Kelantan, lirik lagu
popular, dan pelbagai bentuk lagi. Kemampuan
pantun untuk bertahan sebagai karya sastera yang
popular menunjukkan bahawa unsur hiburan ini
amat banyak dalam pantun.

Seterusnya, contoh lain dalam unsur hiburan ini
boleh dilihat dalam karya sastera rakyat iaitu cerita
jenaka Pak Kaduk. Pak Kaduk antara cerita jenaka
bagi menonjolkan unsur hiburan ini. Sebagaimana
yang kita ketahui, cerita ini mengisahkan watak
utama Pak Kaduk yang gila berlaga ayam dan pada
suatu hari Pak Kaduk dicabar oleh raja untuk berlaga
dengan ayamnya. Namun sebelum pertandingan
ayam, raja telah meminta Pak Kaduk menukar
ayamnya dengan ayam milik baginda. Tanpa berfikir
panjang, Pak Kaduk telah membuat pertukaran
tanpa menilai dan meneliti terlebih dahulu.

30

Malangnya dalam perlagaan itu ayam Pak Kaduk
yang dimiliki oleh raja telah memenangi
pertandingan tersebut. Pak Kaduk yang ingin
membuat kelainan ketika pertandingan tersebut
telah membuat pakaian daripada kertas. Selesai
pertandingan, Pak Kaduk yang menyangka ayamnya
telah memenangi pertandingan itu telah bersorak
girang sehingga seluruh pakaiannya koyak-rabak. Pak
Kaduk yang telanjang bulat malu dan menyesal
dengan kesilapannya.

Cerita ini bukan sahaja menghibur tetapi sarat
dengan mesej dan pengajaran yang ingin
disampaikan. Pada zaman dahulu, pemerintahan
beraja merupakan pemerintahan bercorak
fuedalisme. Oleh itu, raja suatu institusi tidak boleh
dikritik sungguhpun raja tidak melaksanakan
amanah yang diberikan sebaik mungkin. Berjudi
bukan sahaja bertentangan dengan syariat Islam
tetapi suatu perbuatan yang boleh memusnahkan
sesebuah negara. Secara halus cerita ini cuba
menyedarkan agar raja tidak terjebak dengan
perbuatan yang sia-sia seperti berjudi.

Dalam sastera moden seperti novel contoh terbaik
ialah dalam novel Anak Mat Lela Gila karya Ishak Haji
Muhammad Anak Mat Lela Gila merupakan sebuah
novel hasil nukilan Ishak Haji Muhammad atau lebih
dikenali sebagai Pak Sako pada tahun 1966. Buku ini
diterbitkan semula oleh Institut Terjemahan & Buku

31

Malaysia (ITBM) pada tahun 2012. Dengan
penggunaan gaya bahasa yang lama, beliau telah
menyampaikan kritikannya terhadapat masyarakat
secara tersirat dan difahami umum. Novel ini
terkandung dengan banyak maksud yang tersirat.
Ishak Haji Muhammad telah menyampaikan kritikan
sosial secara halus melalui novel ini. Sungguhpun
novel ini hamper 40 tahun lalu, tapi mereka sudah
mengetahui apa yang bakal dihadapi oleh generasi
akan datang sehinggakan kita dapat rasakan bahawa
pemikiran Pak Sako merentasi zamannya.

4.2 PENDIDIKAN/PENGAJARAN

Fungsi karya sastera yang seterusnya adalah untuk
memberi pengajaran, nasihat atau pesanan kepada
masyarakat. Fungsi ini telah menjadikan karya sastera
sebagai suatu bahan yang dapat membawa kesedaran
kepada masyarakat, mengubah pemikiran, serta
memberi ruang untuk masyarakat menyerap nilai-nilai
moral yang dibawa dalam karya sastera.

32

Sebagai contoh, cerita Sang Kancil dengan Buaya
sudah cukup terkenal bukan kerana ceritanya
menghiburkan malahanikeupayaannya untuk
memasyarakatkan nilai, unsur moral dan pengajaran
yang berguna kepada masyarakat. Oleh itu, tanpa kita
sedari kita telah membesar dengan asuhan moral
yang dibawa dari cerita tersebut. Tambahan pula, kita
juga diserapkan dengan kepentingan nilai tolong-
menolong dan kita pula diperingatkan betapa
buruknya sikap tidak mengenang budi.

Selain itu, kesusasteraan Melayu memainkan
peranan penting di peringkat sekolah sebagai satu
saluran ilmu dan senjata yang dapat berkembang dan
dimasukkn dalam pelbagai disiplin ilmu selari dengan
konsep bahasa merentas kurikulum. Di peringkat
pengajian tinggi pula, pelajar perlu didedahkan
dengan teknik penulisan ilmiah, penulisan kreatif dan
rencana. Selain itu, pelajar juga didedahkan dengan
pengetahuan dunia penerbitan dan penyiaran selaras
dengan matlamat pembudayaan bahasa Melayu
melalui sistem Pendidikan. Dengan itu, teks-teks
sastera Melayu sewajarnya dijadikan bahan bacaan
wajib kepada pelajar. Melalui perkara ini, pelajar akan
berjiwa sebelum melakukan sebarang tindakan dan
semua masalah, keruntuhan moral yang bakal melarat
sehingga membawa kepada kemusnahan alam dapat
dibendung serta-merta.



33

4.3 DAKWAH

Dakwah didefinisikan sebagai dorongan manusia
untuk membuat satu kebajikan dan mencegah
mereka dari melakukan perbuatan yang dilarang,
agar mereka mendapat kebahagiaan dunia dan
akhirat, Ali Mahfudh dalam kitab Hidayatul
Mursyidin. Menurut (Amir, 2020)pula mentakrifkan
dakwah sebagai satu ajakan orang lain untuk
menyakini dan mengamakan kaedah dan syariat
Islam yang terlebih dahulu diyakini dan diamalkan
oleh juru dakwah itu sendiri.

Fungsi bahasa kesusasteraan dalam dakwah
dapat menyembunyikan pesan-pesan yang hendak
dikomunkasikan kepada khalayak pembacanya,
melalui aneka bentuk dan ragam estetika, metafora,
simbol-simbol, subjek dan objek yang dada dalam
kehidupan. Ia juga dapat menjelmakan eksistensi
dirinya sebagai medium yang lebih neutral untuk
menjelajahi medan makna dibalik ruang dan waktu
yang tidak terbatas.

Ciri-ciri penting yang membentuk pandangan
sastera adalah nilai ijabiyah iaitu positif dan
waqi'iyyah adalah realistik, yang mendalami dan
menilik sesuatu sebagaimana adanya. Sastera dalam
Islam itu perlu jelas berciri waqi'iy, realistik, "dalam
erti melihat apa adanya" (Siddiq Fadzil, 2012).

34

Ia meraikan pandangan yang haq dalam menilai dan
melukiskan sesuatu hakikat, dengan menekankan peranan al-
tawjih (membimbing) dan al-ta dib (mendidik), dan
pengisbatan ciri-ciri estetik dan prinsip takamul dan
takmilahnya. Kekuatan prinsip inilah yang melahirkan
pandangan kosmologinya yang ampuh yang berakar dari
kefahaman nilai yang jelas dalam menggerakkan transformasi
kemanusiaan dan revolusi kebudayaan dan kesannya dalam
membentuk citra dan perubahan yang dinamik.

Pembangunan sastera Islam di Alam Melayu telah
digerakkan dari pengaruh dakwah dan harakat pengislaman
yang meluas antara abad 13-16 M. Gerakan Islamisasi yang
bermula pada abad ke-13 M itu telah membawa perubahan
yang penting dalam sejarah kebudayaan Melayu, dengan
penyerbuan pengaruh sufi yang berkembang di abad ke-17,
dan "menghasilkan pencerahan umat secara meluas dan
merata sehingga memecahkan monopoli kepujanggaan
istana." (Siddiq Fadzil, 2012:128)
Ismail Hamid dalam kertas kerja yang bertajuk "Ciri-Ciri Cereka
Keislaman telah memberikan beberapa ciri yang dapat digunakan
untuk menentukan karya itu boleh dikategorikan sebagai sastera
Islam dan bersifat memberi dakwah atau bukan, menurut beliau.

"Cerita-cerita yang terkandung di dalam al-Qur'an dan kisah-
kisah yang digubah kembali oleh pengarang-pengarang Islam
dalam bentuk antologi ccrita-cerita nabi yang pelbagai versi itu
saya kira dapat dijadikan model dalam menghasilkan cereka
bercorak Islam. Tegasnya asas asas cereka yang terdapat dalam
kisah kisah tersebut dapat dijadikan dasar titik tolak penulisan
cereka islam"
(1995:218)

Tuntasnya, Ismail menekankan bahawa ciri-ciri cereka
Islam mestilah berkait rapat dengan kepentingan fungsi dan
amanat cereka tersebut. Cereka Islam yang menjadi cabang
sastera Islam harus membawa amanah keimanan dan
ketakwaan kepada Allah SWT atau nilai-nilai kelslaman yang
murni.

35

Namun begitu, imaginasi pengarang sastera Islam
tidaklah bebas sehingga bertembung dengan
gambaran yang merosakkan prinsip-prinsip- pokok
dalam Islam. Begitu juga dengan gambaran watak
dalam sastera tidaklah semestinya manusia yang ideal
yang penuh dengan sifat-sifat kesempurnaan.
Gambaran manusia dalam al-Qur'an mempunyai sifat-
sifat yang tidak sempurna. Dengan yang demikian
gambaran manusia secara realiti memperlihatkan
sifat-sifat ketidaksempurnaannya tersebut, namun
mereka retap sebagai manusia yang beriman kepada
Allah, berusaha memperbaiki segala kelemahannya
dan menegakkan kebenaran dan kebaikkan seperti
yang dianjurkan oleh Islam (Ismail Hamid, 2020).

4.4 KRITIKAN SOSIAL

Aktiviti mengali dan menyelongkar kehidupan
manusia daripada pelbagai dimensi dan sudut
pandang yang berbeza-beza yang dianggap sebagai
satu rakaman hidup. Sesuatu yang dipaparkan dalam
sastera adalah sesuatu yang berlaku dan terjadi dalam
realiti kehidupan manusia. Sebagaimana yang
ditegaskan oleh Usman Awang A Samad Said dan
Dharwawijaya, sastera merupakan gambaran
kehidupan manusia. Lantaran itu, karya sastera bukan
sahaja merakamkan sesuatu yang luar biasa tetapi
pekara yang biasa tetapi diolah dalam bentuk karya
kreatif yang indah sifatnya.

36

Berdasarkan pertimbangan yang dibuat, karya
sastera berfokuskan masyarakat, kehidupan serta
manusia, sudah tentunya hubungan dan pertalian
antara ketiga-tiga entiti ini saling berkaitan. Dalam
konteks masyarakat yang pelbagai susun lapis dan
kehidupan yang melatari menjadikan wujudnya jurang
dalam kalangan mereka. Hal ini bukan sahaja
mempengaruhi tindakan malahan tatasusila juga ada
untuk tujuan menegur, mengkritik mahupun
menyampaikan mesej. Dalam masyarakat terdapat
pelbagai watak yang mempunyai peranan tertentu
dalam masyarakatnya. Namun begitu, terdapat
beberapa tugasan yang tidak dapat dilaksanakan oleh
mereka dalam keadaan yang tertentu. Contohnya,
berhubung konsep perjuangan terdapa pebagai ahiran
yang diketengahkan dengan merujuk d buah kary
novel iaitu Harga Sebuah Maruah oleh Azizi Abdullah
dan Titis Darah Terakhir oleh Adhyat Helmy. Dalam
perkara ini, kedua-dua pengarang novel menggunakan
landasan yang sama au menggunakan watak dapat di
kesan walaupun terdapat perbezaan dari aspek cara
perjuangan tersebut dipaparkan dalam karya. Hal ini
dikesan dalam contoh petikan di bawah.





37

“…Dalam hidup ini kita tidak harus terus di belenggu
dengan tekanan yang melulu. Kita harus berani untuk
membebaskan diri tanpa rasa ragu kerana itu hak kita
tetapi jangan sampai membelakangi undang undang.”

(Harga Sebuah Maruah)

Dalam petikan di atas, jelas memperlihatkan
bahawa konsep perjuangan yang berasaskan
pertimbangan akal. Hal ini dapat dikesan melalui
frasa "tetapi jangan sampai membelakangi undang-
undang.”

Sebaliknya dalam novel Titis Darah Terakhir karya
Adhyat Helmy memperlihatkan perbezaan konsep
perjuangan. Hal ini dapat dikesan melalui petikan
berikut;

“…Jangan ada seinci tanah kita tergadai, biar darah kita
kering di badan, namun sesekali menyerah tidak sama
sekali Ini hak kita dan hak kita perlu dipertahankan,”

Melalui petikan tersebut jelas memperlihatkan
bahawa perjuangan untuk menegakkan hak
memerlukan pengorbanan dan memerlukan
pertumpahan darah. Hal ini dapat dikesan melalui
frasa "biar darah kita kering di badan, namun
sesekali menyerah tidak sama sekali."





38

5.0 MANIFESTASI AKAL BUDI

Setiap perbuatan, pemikiran dan sikap seseorang
manusia yang mendokong kebijaksanaan, kehalusan
jiwa serta keindahan merupakan cerminan akal budi
yang utama. Perbuatan, pemikiran dan sikap
seseorang ini dapat ditafsirkan dalam pelbagai rupa,
namunyang paling lazim ialah dalam bentuk
penghasilan karya seni, seperti seni sastera.

Budi didefinisikan sebagai perwakilan dalam tempat
meluahkan perasaan, kesedaran, keyakinan dan
dorongan. Oleh hal yang demikian, budi dapat dilihat
dalam pertuturan, perlakuan, kehalusan berbahasa
dan gaya hidup. Manakala akal atau pemikiran
merupakan proses menggunakan minda untuk
mencari makna dan pemahaman terhadap sesuatu,
menerokai pelbagai kemungkinan idea dan membuat
pertimbangan yang wajar, bagi membuat keputusan
dan menyelesaikan masalah dan seterusnya membuat
refleks terhadap proses yang dilalui.

Seterusnya, masyarakat merupakan sekelompok
besar manusia yang hidup saling berhubungan dan
bergantung berasaskan satu budaya tertentu dan
mempunyai matlamat yang sama. Kesemua ini terdiri
daripada manusia yang hidup bersama dan
berorganisasi atas dasar saling berhubungan dari
pelbagai aspek gaya hidup.

39

Manifestasi akal budi ini boleh dilihat dalam empat aspek
utama iaitu pemikiran, pertuturan, perlakuan dan gaya
hidup.

i. PEMIKIRAN

Pemikiran dianggap satu proses menggunakan
minda untuk mencari maksud dan memahami sesuatu
perkara dengan menerokai pelbagai kemungkinan
idea dan membuat pertimbangan yang sewajarnya
bagi membuat keputusan dan menyelesaikan masalah
dan seterusnya membuat refleksi dan metakognisi
terhadap proses yang dilalui. Dari sudut pandangan
Islam pula, akal berfungsi sebagai pemerhati tenaga
supaya otak manusia bekerja dan beroperasi dengan
lancar. Seseorang itu akan dipandang tinggi apabila
berfikir dan menggunakan kemahiran berfikir
terutama dalam menimba ilmu agama berbanding
orang yang melaksanakan ibadah tanpa ilmu.
Sehingga Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

40

“Keutamaan seorang alim (ilmuwan) dari seorang abid
(ahli badah) keutamaanku dari orang yang paling
rendah di antara kalian Kemudian baginda
melanjutkan sabdanya Sesungguhnya Allah SWT.
MalaikatNya serta penduduk langit dan bumi bahkan
semut yang ada di dalam sarangnya sampai ikan paus
mereka akan mendoakan untuk orang yang
mengajarkan kebaikan kepada manusia,” (Hadis
Riwayat Tirmizi, no. 2609)

Dari segi perspektif pemikiran masyarakat Melayu
pula dianggap sebagai historikal yang akan
mengungkapkan perkembangan Melayu dari aspek
budaya selari dengan alam pemikiran mereka. Akal
fikiran, akal budi, alam ilmu yang diperlihatkan dalam
siratan Alam-Manusia-Tuhan merupakan rangkuman
alam pemikiran sosial Melayu. Manusia menggunakan
akal dan hati untuk mendekati dan berinteraksi
dengan Tuhan dan juga memerlukan hubungan
sipirtual emosi dan jiwa. Manusia dipilih oleh Tuhan
kepada untuk diabdikan sebagai khalifah-Nya di muka
bumi bagi memakmurkan tuntutan tugas manusia.
Dengan itu, manusia memegang amanah dan
tanggungjawab untuk menjaga alam ini.

41

ii. PERTUTURAN

Dalam aspek pertuturan pula, masyarakat Melayu
dapat dilihat melalui sifat kesantunan. Menurut
Kamus Dewan (1984), santun bermaksud halus budi
bahasa atau "berbudi pekerti" dan berusaha
menjauhi konflik antara penutur dengan pendengar
dalam proses komunikasi. Kesantunan ditakrifkan
sebagai penggunaan bahasa yang baik, sopan,
beradab, memancarkan peribadi mulia dan
menunjukkan penghormatan kepada pihak yang
menjadi teman perbualan, (Zakaria et al., 2017).
Kecantikan abadi terletak pada kesempurnaan adab
dan ketinggian ilmu seseorang dan bukan terletak
pada wajah atau pakaian (Hamka, 2006).

iii. PERLAKUAN

Seterusnya, perlakuan harian masyarakat Melayu
juga dikategorikan sebagai akal budi. Menurut
Kamus Dewan (1984), perlakuan didefinisikan
sebagai perbuatan. Hal ini demikian kerana, dalam
kehidupan seharian masyarakat Melayu tergolong
dalam masyarakat yang kaya dengan tingkah laku
yang berhemah tinggi dan baik. Contohnya, bagi
masyarakat Melayu, adab melayan tetamu amatlah
penting dan mereka sangat mengutamakan dan
mendahulukan tetamu walaupun mereka sibuk
dengan urusan diri sendiri. Perkara seperti ini dapat
dilihat dengan jelas dalam seloka popular Mak Si
Randang yang menggambarkan tetamu sangat
diberi keutamaan.

42

Baik Budi Emak Si Randang:
Dagang lalu ditanakkan,

Tiada kayu rumah diruntuhkan,
Anak pulang kelaparan,

Anak di pangku diletakkan,
Kera di hutan disusui,

Dagang pergi awak terhutang
Beras habis padi tak jadi.

Melalui seloka tersebut, kita dapat lihat sindiran
yang diwujudkan namun ia masih jelas
menggambarkan citra masyarakat Melayu yang
sangat mengutamakan tetamu. Lain pula dalam
budaya di negara Korea, mereka akan memberitahu
secara berterus-terang bahawa mereka sedang sibuk
dan menyuruh tetamu tersebut pulang.

Tambahan pula, dalam hikayat klasik ada tertulis
bahawa beberapa pergaduhan yang mengaibkan
atau menghukum seseorang. Sebagai contoh, atas
sebab Hang Jebat ingin membalas dendam ke atas
Sultan berpunca daripada Hang Tuan telah
dimalukan dan dijatuhi hukuman bunuh kerana
difitnah bermukah dengan dayang istana. Oleh itu,
lahirlah peribahasa 'menconteng arang di muka’ yang
bermaksud sesuatu perlakuan yang mendatangkan
malu ataupun alb kepada keluarga. Ahli masyarakat
yang sanggup memalukan diri sendiri dan ahli
keluarga ataupun seseorang dianggap sebagai tidak
bermaruah. Dengan itu, masyarakat perlu
mengambil Langkah untuk menjaga perlakuan agar
tidak menyinggung perasaan seseorang.

43

iv. GAYA HIDUP

Akhir sekali, tanpa gaya hidup, sudah tentu akal
budi masyarakat Melayu juga tidak lengkap. Menurut
Kamus Dewan (1984), gaya hidup membawa maksud
cara tertentu seseorang individu atau kumpulan
menjalani kehidupan kemampuan seperti mewah,
sederhana dan sebagainya. Manakala kehidupan pula
dikatakan sebagai perihal hidup. Gaya hidup ini
merupakan akal budi dapat dilihat dalam kehidupan
seharian iaitu agama serta kepercayaan, adat istiadat,
kesenian, sistem kekeluargaan dan pengamalan nilai-
nilai murni.

5.1 AKAL BUDI DALAM
PANTUN

Menurut Ungku Aziz (2011), pantun tidak wujud
dalam kekosongan kata. Pantun merupakan
manifestasi terbaik dan popular dalam seni sastera
orang Melayu. Oleh itu, menerusi pantun, kajiaan
menunjukkan bahawa struktur sosial bangsa Melayu
lama, akal budi, sikap, pemikiran, aktiviti kehidupan
dan falsafah hidup yang mereka anuti.

44

Pantun digunakan untuk menyampaikan pelbagai
pemikiran dan perasaan. Pantun ialah kaedah
rangkapan yang tertua dan memang asal
kepunyaan masyarakat Melayu. Pencipataannya
melibatkan dalam dua tangkap, empat ang enam
rangkap, lapan rangkap, sepuluh rangkap, dua belas
rangkap dan pantun berkait. Contoh pantun:

Puas sudah menanam ubi,
Nanas juga dipandang orang:
Puas sudah menanam budi,
Emas juga dipandang orang

Aspek pemikiran dalam pantun ini dapat dilihat
melalui aspek tersirat iaitu pemilihan diksi bagi
pembayang yang berkaitan dengan alam iaitu buah
nanas dan ubi. Nanas berbau harum dan berwarna
kuning apabila masak. Dengan itu, nanas cuba
dibandingkan dengan emas yang bernilai tinggi dan
menyebabkan masyarakat amat tertarik untuk
memilikinya. Hal ini berbeza daripada ubi yang
dikaitkan dengan sifat mempunyai budi namun
tidak suka menunjukkan kehebatannya sepertimana
ubi yang berisi tetapi tetap berada di dalam tanah.

Tuntasnya, akal budi dalam pantun ini mendidik
masyarakat supaya jangan mengejar sesuatu dari
pandangan luaran semata-mata seperti harta benda
tetapi lebih mementingkan sifat orang yang berbudi
dan merendah diri.

45

Cara nasihat yang disampaikan dalam pantun ini
menunjukkan ketinggian akal budi agar masyarakat
memandang tinggi akan nilai budi kerana kalau
dibandingkan dengan nilai budi itu lebih tinggi
berbanding emas tetapi pemahaman konsep itu
dijelmakan dalam pembayang yang membuat
bandingan antara nanas dan ubi. Kedua-dua jenis
tumbuhan ini ialah sejenis makanan namun nanas
merupakan makanan ringan bersifat pencuci mulut
dan bukan makanan ruji yang mengenyangkan seperti
ubi. Akan tetapi nanas daya tarikan yang tinggi dalam
aspek wama dan rasanya yang manis. Namun dalam
konteks keperluan hidup tentulah ubi lebih
bermanfaat berbanding nanas. Begitulah
diumpamakan antara emas dan budi.

Pantun-pantun tradisi seperti ini sangat
mementingkan penyusunan setiap kalimat sebagai
sangat bermakna dan terlahir falsafah masyarakat itu
sendiri. Rima akhir begitu dititiberatkan sehingga
hilang falsafah pantun yang dijelmakan melalui
pembayang dan maksudnya.

Dalam konteks perbincangan ini, pantun sangat
sesuai dengan jiwa orang Melayu kerana dapat
menunjukkan keperibadian orang Melayu yang
mempunyai kesenian serta kebudayaan sendiri.
Seperti yang dijelaskan pada awal perbincangan
keunikan pantun terletak pada pembayang dan
maksud itu sendiri. Beberapa contoh pantun di bawah
menampakkan falsafah yang tinggi pada pembayang
pantun yang dilafazkan.

46

Pantun ini sudah diperkenalkan sejak awal usia lagi.
Dalam kehidupan awal kanak-kanak, pantun telah
memainkan peranan penting dengan menjadikan ia
sebagai lagu menidurkan anak seperti:

Buai laju-laju,
Sampai pokok sena,

Apa dalam baju,
Sekuntum bunga Cina,

Tepuk amai-amai,
Belalang kupu-kupu,
Tepuk adik pandai,
Upah minum susu,
Susu lemak manis,
Santan kelapa muda,
Adik jangan nangis
Mak nak buat kerja.



Kesimpulannya, pantun diciptakan untuk pelbagai
jenis hiburan seperti nyanyian, dialog dalam hikayat,
ujaran, dan juga menjadi penawar untuk mereka yang
menerima beban hidup yang berat.





47

5.2 AKAL BUDI DALAM
SYAIR

Menurut Mohd Yusuf Md Nor (1985) syair dikatakan
berasal daripada puisi Arab iaitu sy'ir tetapi bentuk
syair Melayu amat berbeza dengan bentuk syair dalam
kesusasteraan Arab. Dalam bahasa Melayu. istilah
syair sudah menjadi satu istilah yang khusus. Syair
Melayu tidak beracuankan syair daripada tradisi Arab
atau mana-mana puisi Arab-Parsi tetapi dalam bentuk
dan acuan asli masyarakat Melayu (Harun Mat
Piah.1989). Dalam puisi Melayu tradisional, bentuk
syair dipercayai diperkenalkan dan dikembangkan
oleh hamzah Fansuri sekitar abad ke-16 dengan tujuan
mengajarkan agama Islam.

Syair merupakan salah satu karya kreatif lisan
genre puisi tradisional. Ia telah digunakan secara
meluas di Nusantara untuk menyebarkan ajaran
tasawuf (sufi) selain bertujuan untuk bercerita.
Hamzah Fansuri ialah seorang penyair yang dipercayai
dilahirkan pada akhir abad ke-16 di Barus atau
Panchor, Sumatera Utara Hasil karya beliau yang
paling popular ialah 'Syair Perahu yang banyak
membawa pemikiran agama iaitu lebih kepada ajaran
tasawuf Contoh Syair Perahu :

48


Click to View FlipBook Version